Selasa, 15 Julai 2014

Pencerobohan Sabah: Nur Misuari terlibat - kata zahid


Ahmad Zahid Hamidi

KUCHING - Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari terlibat dengan menggunakan kumpulan sendiri beberapa kumpulan lain dalam melakukan pencerobohan dan penculikan di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kegiatan itu dilakukan dengan tujuan mengumpul dana bagi membentuk semula tentera upahan Nur Misuari selain bagi mengembalikan semula pengaruhnya di selatan Filipina.

Katanya umum mengetahui bahawa Nur Misuari tidak mendapat sokongan dan tidak dibabitkan dalam Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang ditandatangani kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi membuka jalan ke arah penyelesaian politik di Mindanao pada Mac lepas.

"Kita tidak mempunyai apa-apa hubungan secara langsung dengan Nur Misuari, tapi kita yakin beliau mempunyai matlamat lebih besar. Beliau bersekongkol dengan individu yang disebut berada dalam Kesultanan Sulu yang berhasrat untuk mengambil alih Sabah," katanya pada pada sidang media di majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mujahiddin di sini.

Beliau mengulas insiden serang hendap di Pulau Mabul, Sabah pada Sabtu lepas yang menyaksikan seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa pembabitan Nur Misuari dalam insiden itu setelah tidak berpuas hati kerana dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Jika Hishammuddin Suka Beri Amaran, Zahid Pula Penuh Dengan Retorik

Isu berkaitan Esscom atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah kembali menjadi perhatian berikutan berlakunya serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis manakala seorang lagi anggota keselamatan diculik oleh kumpulan yang dipercayai berpusat di selatan Filipina.

Esscom ditubuhkan berikutan tragedi pencerobohan di Lahad Datu, namun selepas penubuhannya kejadian penculikan yang melibatkan pelancong sebagai kegiatan mendapatkan wang tebusan sudah beberapa kali berlaku. Ia seolah-olah kumpulan penculik itu tidak gentar langsung dengan Esscom yang diberikan peruntukan besar serta melibatkan polis, tentera laut serta marin.

Kawasan perairan itu seolah-olah menjadi lubuk duit bagi kumpulan penceroboh tersebut memperolehi wang kerana setiap kali penculikan berlaku, ia mesti diakhiri dengan pembayaran wang berjuta-juta ringgit. Perairan Semporna dan Lahat Datu seolah-olah sudah seperti perairan Somalia yang menjadi medan lanun-lanun menawan kapal dan kemudian menuntut wang tebusan.

Selain beberapa aspek kelemahan masih wujud dalam Esscom sehingga Perdana Menteri juga sudah meminta dikaji semula sistem kawalan agar tidak begitu mudah dicerobohi, kecacatan paling ketara dalam Esscom ialah berkaitan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab terhadapnya.

Setiap kali berlaku insiden, reaksi Zahid lebih berbaur retorik dan kenyataan politik semata-mata. Dengan janji beliau untuk mendedahkan petualang Lahad Datu masih tidak ditunaikan sehingga kini, sebaik saja insiden terbaru yang melibatkan dua anggota polis baru-baru ini, Zahid sekali mengeluarkan kenyataan politik dan retorik apabila menyatakan serangan hendap itu dilakukan kerana penceroboh ingin membalas dendam berikutan peningkatan keselamatan yang dilakukan oleh Esscom.

Guna haid perlekeh Wan Azizah, Umno hina dan tak hormat wanita


dyana

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: DAP hari ini menyelar kenyataan biadap peguam Umno Datuk Hafarizam yang memperlekeh dan mempersoalkan kemampuan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor kerana uzur syarie.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud berkata, kenyataan Hafarizam itu merupakan bukti nyata bagaimana Umno telah gagal memartabatkan wanita dalam politik.
“Hanya individu dengan mentaliti katak di bawah tempurung saja boleh menafikan peluang dan hak wanita untuk memimpin semata-mata kerana ‘datang bulan’,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Menurut Dyana, terdapat ramai wanita-wanita hebat yang berjaya memimpin, mentadbir dan menunjukkan ketokohan luar biasa di seluruh dunia.
Sebagai contoh, katanya, Canselor Jerman Angela Merkel, yang merupakan antara pemimpin paling berkuasa di Eropah.
“Kalau Hafarizam menonton perlawanan Akhir Piala Dunia pagi semalam, dia mungkin perasan Merkel duduk di tengah khalayak bersama Presiden Argentina Christina Fernandez de Kirshner. Kedua-dua mereka ini adalah contoh wanita hebat.
‪”Dalam dunia Islam, kita memiliki Benazir Bhutto, wanita Islam pertama yang mengetuai sebuah kerajaan demokratik sebagai Perdana Menteri Pakistan pada tahun 1988.

Tak ada masalah jika MB wanita – Aziz Bari

interview aziz bari isu perlembagaan perakpix : fahmirep : tiada wartawanKUALA LUMPUR 17 JULAI: Tidak ada masalah daripada segi undang-undang khususnya Undang-undang Tubuh Negeri (UUT) atau perlembagaan negeri, sekiranya seseorang wanita dilantik ke jawatan Menteri Besar.
Menurut Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mempunyai sokongan majoriti boleh dipilih sebagai MB tanpa mengambil kira jantinanya.
“Yang penting sesiapa yang ditunjuk sebagai calon MB mesti ada sokongan majoriti dalam dewan.
“Budibicara sultan- sama ada Agong atau Tuan Yang Terutama – hanya relevan sekiranya ada keraguan tentang siapa yang sebenarnya ada sokongan atau mejoriti.
“Cara paling mudah, majoriti ADUN buat surat nyatakan sokongan kepada orang yang mereka mahu jadi MB,” katanya kepada keadilandaily.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan penasihat undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana wanita mengalami uzur syarie (haid).
Kenyataan disiarkan akhbar News Straits Times (NST) itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak dan disifatkan sebagai usaha merendah-rendahkan martabat wanita.

Al-Qassam: Kejutan demi kejutan dari Gaza

Komando Darat al-Qassam yang berjaya masuk & kemudian bunuh 7 tentera Isreal

 
Kejutan demi kejutan dari Gaza
Israel diketahui sebagai 'negara haram' mempunyai angkatan tentera terkuat di Timur Tengah setelah dibantu oleh Amerika Syarikat yang memiliki kecanggihan keupayaan ketenteraan terhebat di dunia.
Namun segala kehebatan ini tidak menafikan bahawa regim Zionis ini juga terkesan dengan keupayaan luar biasa lawannya yang telah dikepung buat sekian lamanya di wilayah yang relatif saiznya sekangkang kera.
 
1-Komando Amfibia...
Keupayaan Hamas memiliki pasukan komando amfibia yang kemudiannya berjaya melepasi masuk ke wilayah terjajah 'Israel' daripada Gaza yang terkepung ini adalah sesuatu yang belum pernah dijangka tentera penjajah regim Zionis.
2-Komando Darat
Kelicikan pasukan Komando Darat al Qassam yang berjaya masuk dan kemudiannya membunuh 7 tentera regim Zionis di Ashkelon serta menawan seorang lagi tentera penjajah Zionis secara hidup-hidup adalah satu perkara yang mengaibkan mereka.

'Hafarizam panik hilang Kidex jika Azizah jadi MB'

Kenyataan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun bahawa perempuan tidak sesuai menjadi menteri besar menunjukkan beliau “panik” berhubung kemungkinan hilang projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), dakwa Rafizi Ramli.

“Saya rasa beliau boleh ucap selamat tinggal pada projek RM2 bilion Kidex jika Wan Azizah mengambil alih kuasa,” kata Rafizi kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Hafarizam merupakan pengarah dalam Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Construction Sdn Bhd, pemilik saham dalam konsesi lebih raya Kidex Sdn Bhd.

Rafizi berkata, Wan Azizah kelihatan tidak berminta dengan Kidex ekoran dakwaan kurangnya rundingan awam dalam perkara itu.

Wan Azizah dispekulasikan sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim jika menteri besar Selangor itu ditukar oleh Pakatan Rakyat.

Hafarizam: Tak relevan

Sementara itu, Hafarizam berkata, Rafizi tidak nampak gambaran besar kerana melihat perkara yang remeh-temeh.

Hafarizam juga berkata, ulasannya yang disiarkan New Straits Times (NST) hari ini adalah tafsiran undang-undang dan Kidex sementara Kidex pula sebuah projek komersial.

“Ia (kenyataan Rafizi) sama sekali tidak relevan, tidak berkaitan dan menyimpang,” katanya kepada Malaysiakini.

Laungan Allahu akbar iringi roket Hamas ke Tel Aviv


cheersWarga Muslim di Tepi Barat Palestina bersorak pada hari Sabtu karena  Hamas berhasil untuk pertama kalinya menembakkan  roketnya menjangkau  wilayah Tel Aviv  baru-baru ini.
Hamas mengaku bertanggung jawab atas 10 roket yang diluncurkan di Tel Aviv pada hari Sabtu.
Sirene terdengar di pusat kota Israel itu mengakibatkan kepanikan sebagai orang-orang yang bergegas untuk berlindung dari roket. Satu kelompok pemuda Muslim yang duduk di pantai bersorak saat mereka melihat roket terlihat di langit malam.
Di Gaza, Muslim Palestina berdiri di atap rumah dengan menyebut Allah Akbar (Allah Maha Besar), dengan menangis bahagia yang juga menggema melalui pengeras suara masjid.
Hamas telah menyiarkan pernyataan di televisi satu jam sebelum serangan tersebut  untuk mengatakan  akan ada persiapan  serangan besar ke Tel Aviv.
Beberapa menit sebelum meluncurkan serangan,  di kota Hebron, dan Tepi Barat, masyarakat berkumpul dalam kewaspadaan. Ketika apa yang tampaknya terlihat  roket melesat di langit malam, mereka meneriakkan Allahu Akbar  dan bersorak gembira.
“Hari ini kami datang untuk melihat roket memukul kota-kota kami yang  diduduki Israel sejak tahun 1948 dan melihat saat-saat martabat dan kebanggaan timbul lagi yang dilakukan  perlawanan kami di Gaza,” kata seorang warga.
“Saya mengundang semua orang untuk datang dan menonton roket, untuk mengkonfirmasi bahwa Palestina tidak lemah, Palestina itu kuat. Tetapi karena adanya  pengkhianatan, dan segala yang telah terjadi di masa lalu, sekarang kami membuka sebuah halaman baru untuk pertahanan dan Hebron akan menjadi percikan api, “kata yang lain.

Sultan S'gor: Khalid Samad biadap pada beta

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat kesal dan kecewa dengan kenyataan ahli parlimen PAS Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub dalam bawah undang-undang, laporan Utusan Online.

Baginda dilaporkan bertitah, ini bukan kali pertama Khalid (kanan) mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya lapuk.

"Keyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor," baginda dilaporkan sebagai bertitah.

Utusan melaporkan, baginda sebagai bertitah demikian pada majlis perasmian masjid pekan Sepang.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan turut menghadiri majlis itu.

Pada 17 Jun lalu, Khalid Samad serta beberapa pemimpin PAS Selangor dilaporkan mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Hamas Rejects Egypt Cease-Fire Plan With Israel

Israel accepts, Hamas rejects cease-fire proposal

Gaza Ceasefire Fades, Airstrikes Resume

Sarah Birch: When democracy enables autocracy

'Perempuan layak jadi MB, tapi bukan perempuan itu'

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata secara peribadi wanita lebih layak menjadi menteri besar tetapi “bukan wanita itu”, merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya yang juga menteri belia dan sukan tidak ada kesalahan seorang wanita menjawat jawatan tersebut.

"Pada saya secara peribadi wanita lebih layak menjadi perdana menteri atau menteri besar, tapi bukan wanita itu (Wan Azizah).

"Itu terserah kepada Pakatan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno petang ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Peguam Datuk Hafarizam Harun bahawa Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan dalam majlis keagamaan.

Katanya, walaupun tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita sebagai menteri besar.

'Sejak Esscom, kenapa Sabah lebih tak selamat?'


Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah membangkitkan soal keselamatan negeri itu yang menurutnya lebih tidak selamat sejak penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom).

“Apa yang terjadi kepada keselamatan Sabah?

"Nampaknya Sabah menjadi lebih tidak selamat sejak penubuhan Esscom dan penyusunan semula terbarunya,” kata ketuanya Datuk Jeffrey Kitingan.

Menurut Jeffrey, insiden terbaru di Pulau Mabul pada Sabtu menjadikannya kebolosan sistem pertahanan kelima dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Ia juga, tambahnya, berlaku hanya seminggu selepas kehadiran anggota militan dikesan di Tawau.

“Adakah kerajaan persekutuan menangani masalah keselamatan Sabah dengan betul? Adakah Esscom memberikan jawapan yang tepat kepada segala permasalahan keselamatan kami?

“Atau adakah terdapat isu-isu sosial yang lebih serius dan asas yang perlu dikenal pasti dan ditangani?” soal Jeffrey yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.

Mesej penceroboh pada PM

Dalam serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada Sabtu malam lepas, seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan.

Kenyataan 'haid' peguam Umno cetus kemarahan

Kenyataan penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak sesuai menjadi menteri besar kerana wanita mengalami uzur syarie (haid) mencetuskan kemarahan di alam maya.

Di Twitter misalnya, semakin banyak komen mengkritik kenyataan Hafarizam yang disiarkan dalam New Straits Times (NST) itu.

Hafarizam dilaporkan sebagai berkata, Wan Azizah tidak sesuai menjadi menteri besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie dan ini bermaksud beliau tidak dapat selalu mengiringi sultan dalam acara keagamaan.

Hafarizam juga dilaporkan berkata, tiada halangan gender bawah undang-undang tubuh Selangor, terdapat kebimbangan praktikal dalam memilih wanita ke jawatan itu.

Berikut antara reaksi segera pelbagai pihak:

Datuk Saifuddin Abdullah, bekas menteri pengajian tinggi: “Kalau Pakatan Rakyat pilih Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor dan sultan perkenan, dialah MB. Tak timbul isu haid.”

Tan Keng Liang, ketua Pemuda Gerakan: “Saya tidak setuju suami nak jadi PM dan isterinya MB. Nepotisme. Tetapi jangan kata isterinya tak patut jadi MB hanya semata-mata sebab haid!”

Syahredzan Johan, peguam hak asasi manusia: “Tak dapat dipercayai apabila penasihat undang-undang Umno berkata haid menghalang wanita daripada menjadi menteri besar. Sangat kejam!”

Jo Kukathas, aktivis teater: “Kenapa wanita tidak boleh jadi menteri besar. Malah kenapa menteri besar harus Melayu Muslim? Peranan MB untuk mentadbir. Tugas-tugas lain bersifat istiadat.”

Syed Husin Ali, senator PKR: “Datang haid bukan masalah. Boleh hantar wakil. Ada wanita dah henti (haid).”

N Surendran, peguam dan anggota parlimen PKR Padang Serai: “Kenyataan bodoh, jijik dan merendahkan-rendahkan martabat.”

Kos sara hidup tinggi punca wujudnya miskin kota

hadiKUALA LUMPUR 15 JULAI: Kos kehidupan yang mahal di ibu kota ditambah dengan beban kenaikan harga barang punca bertambahnya golongan warga miskin kota di Kuala Lumpur.
Menurut koordinator Dapur Jalanan, Hadi Khalid, isu mengenai warga miskin kota ini telah wujud sejak tahun 60an, namun kini menjadi semakin parah kerana faktor kos kehidupan yang semakin meningkat.
Dapur Jalanan merupakan kumpulan kolektif yang dianggotai anak muda, yang melakukan aktiviti berkongsi makanan kepada warga miskin kota dan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

“Kita bantu mereka, buat aktiviti berkongsi makanan. Ini aktiviti untuk orang muda dan ia tak merumitkan bagi kami, kadang-kadang kami berbincang sesama kami untuk cari penyelesaian untuk bantu mereka ini.
“Dari dulu pun warga ini sudah ada, tapi yang jadi bertambah sebab kos sara hidup yang tinggi. Gaji tak cukup, tahun depan ada GST (Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) pula.
“Bayangkan gaji RM600, nak sewa bilik dekal KL sekarang pun lebih mahal. Nak makan lagi dan ini adalah faktor kenapa mereka tinggal di jalanan,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Dapur_Jalanan_Kuala_Lumpur-650x400Menurut Hadi, pihaknya sebelum ini ada mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, tetapi tidak mencapai persetujuan yang dikehendaki kerana masalah warga miskin kota ini masih belum ada jalan penyelesaian.
“Kita jumpa pihak Kementerian nak selesaikan isu ini, tapi mereka tak faham masalah yang dihadapi oleh warga ini, mereka asyik tekankan pasal imej kebersihan KL sahaja.

Arah perniagaan daftar GST, tanda BN tak layan bantahan rakyat

GST Grafik BaruSHAH ALAM, 15 JULAI: Kenyataan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Khazali Ahmad supaya perniagaan berdaftar mematuhi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan mendaftar segera menunjukkan kesungguhan kerajaan melaksanakannya tanpa mempedulikan beban yang terpaksa ditanggung rakyat.
Bekas Pengarah Bank Negara Malaysia, Dr Rosli Yaakob, berkata hal itu juga menunjukkan kerajaan tidak akan mempedulikan bantahan rakyat bagi mengalihkan beban hutang negara kepada rakyat terbanyak.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan sudah tak akan peduli semua bantahan rakyat sama ada yang dah dibuat atau akan dibuat pada masa akan datang walaupun beban cukai rakyat meningkat sebab GST ini. Ini menunjukkan sikap tidak pro-rakyat.
“Hutang semakin meningkat dan kerajaan pula ada projek mega yang mahu dilaksanakan. Maka kerajaan perlukan dana yang besar. Kerajaan tidak ada jalan lain untuk meningkatkan pendapatan kecuali mengenakan GST kepada rakyat.
“GST ini menyeluruh kepada semua lapisan rakyat tak kira miskin atau kaya, tua atau muda yang sudah tentu beri pendapatan yang banyak kepada kerajaan. Sebab itu kerajaan begitu serius mahu melaksanakannya,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Kes TBH: Pegawai SPRM bebas tindakan disiplin

Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang dikaitkan dengan kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock kini bebas daripada sebarang tindakan disiplin.

Pasukan siasatan khas SPRM, terdiri daripada jawatankuasa disiplin dan jawatankuasa aduan, membebaskan mereka daripada pelanggaran Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993, Akta SPRM 2009 serta undang-undang dan peraturan-peraturan suruhanjaya.

Perkara itu dinyatakan oleh suruhanjaya itu melalui kenyataannya kepada Malaysiakini ketika menjawab soalan portal berita itu berhubung status pendengaran terhadap ketiga-tiga pegawai itu.

Mereka yang dikaitkan ialah bekas ketua Unit Siasatan Selangor Hishamudin Hashim, pegawai pembantu penguatkuasa Arman Alies dan Asisten Superintendent Mohd Ashraf Mohd Yunus (kanan).

Pada 2012, Pejabat Peguam Negara turut membersihkan mereka dariapda pendakwaan jenayah.

Teoh ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam pada pagi 17 Julai 2009 selepas semalaman disiasat di pegawai SPRM negeri.

Planes destroyed as rockets hit Libya airport

Egypt proposes ceasefire in Israeli-Palestinian conflict

Hamas rejects Egypt ceasefire plan for Gaza

Selangor:Jangan beri bola tanggung kepada BN, boleh sebabkan kematian ngeri

Grafik-Selangor-PakatanSHAH ALAM, 15 JULAI: Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) digesa untuk tidak ‘menonjolkan’ perbalahan seterusnya memberi bola tanggung kepada Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengintai peluang untuk merampas kembali negeri itu.
Exco Negeri yang juga Yang Di Pertua PAS Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata dengan kekalahan Teknikal Knock Out (TKO) BN pada pilihan raya umum lepas, BN kini sentiasa mengawasi dan mencari sebarang peluang terluang.
Katanya, BN akan menggunakan peluang yang terhidang untuk mencemar imej PR yang kini mula sebati dengan rakyat Selangor.
“Oleh itu kepimpinan PR Selangor janganlah pula cuba untuk bermurah hati dengan memberikan senjata dan peluru hidup kepada pihak musuh untuk menembak secara tepat ke jantung sehingga boleh menyebabkan kematian yang sangat ngeri.
“Kepimpinan PR perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba untuk memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Yunus yang juga ADUN Sijangkang mengingatkan semua pimpinan PR khususnya di Selangor untuk tidak mengtuhankan agenda peribadi termasuk ketaksuban perebutan jawatan yang sebelum ini sebati dengan BN.

Kenapa marah dengan istilah 'awek cun'?

Kenapa marah dengan istilah 'awek cun'?

Itu adalah soalan pertama yang saya fikirkan apabila terbaca tentang tindakan RoketKini menarik kembali penggunaan istilah itu dalam rencana mereka.

Ia pada asalnya digunakan untuk menggambarkan seorang anggota baru DAP yang merupakan perempuan Melayu bertudung berusia 25 tahun, berkulit cerah tanpa cela serta bermata bundar.

Saya bertanyakan soalan itu kerana istilah 'awek cun' adalah percakapan harian yang membawa maksud 'perempuan cantik' - dan anggota DAP itu sememangnya cantik.

'Awek cun' kemudiannya diganti kepada 'wanita muda' atas alasan ia satu slanga yang "menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak".

Secara tersiratnya, "rasa kurang senang" itu adalah 'serangan' kepada salah satu ciri universal wanita iaitu memiliki kemahiran untuk menjadi cantik.

Kecantikan itu sendiri adalah satu bentuk kebijaksanaan.

Cantik perlu kepintaran

Walaupun pada luarannya kelihatan mudah, usaha untuk menjadi cantik sebenarnya memerlukan kepintaran, kerja keras dan pemerhatian yang tajam, serta bergerak seiring dengan zaman.

U.S. warns against Israeli ground invasion of Gaza

An Israeli Merkava tank rolls along the southern Israeli border with the Gaza Strip following Israeli air strikes in the Palestinian coastal enclave, on July 10, 2014.
An Israeli Merkava tank rolls along the southern Israeli border with the Gaza Strip following Israeli air strikes in the Palestinian coastal enclave, on July 10, 2014.
The United States on Monday warned against any Israeli ground invasion of Gaza, saying it would put even more civilians at risk than are currently in the crossfire of attacks on Hamas.
But the White House stopped short of criticizing Israel over the civilian toll so far in Gaza of the offensive, saying the government had a "right" and "responsibility" to defend their citizens against rocket attacks.
"Nobody wants to see a ground invasion because that would put more civilians at risk," White House spokesman Josh Earnest said during his daily press briefing.
It was the first time that the White House has specifically warned in a public forum against a full Israeli invasion of Gaza, though other US officials, including Secretary of State John Kerry, have previously said Washington would not like to see such a step.
The comments apparently reflect growing US concern over a possible escalation of the conflict, which Washington has offered to use its regional leverage to mediate.
Earnest said that Washington remained concerned about civilian casualties and called on both sides to minimize them.

11 ahli parlimen Palestin ditangkap askar zionis Israel

NABLUS: Tentera zionis Israel terus melakukan penindasan terhadap warga Palestin dengan melancarkan kempen memburu Ahli Parlimen Palestin (PLC) dan ahli akademik di Tebing Barat.
Para saksi mendedahkan bahawa tentera Israel menyerbu bandar Salfit dan menahan Ahli Parlimen Dr Omar Abdel Razek, yang juga Menteri Kewangan Palestin.
Beliau sebelum ini menghabiskan lebih daripada enam tahun dalam penjara Israel, manakala anaknya telah ditangkap oleh tentera Israel pada pertengahan bulan Jun.
Tentera Israel turut menahan Ahli Parlimen Khaled Said, dari Jenin, dan Ahli Parlimen Ibrahim Dahbour selepas menyerang rumah mereka.
Seorang lagi Ahli Parlimen, Dawoud Abu Sir juga ditangkap di rumahnya di Nablus. Beliau sebelum ini juga pernah ditahan di penjara Israel.
Pasukan tentera Israel juga turut menyerbu rumah pensyarah Universiti Al-Najah, Dr Abdel-Sattar Qassem.
Ahli Parlimen Fathi Qaraawi dan Riyad Raddad pula ditahan hari ini selepas rumah mereka dipecah masuk di Tulkarem.
Di Ramallah, tentera Israel menahan ahli Parlimen Fadel Hamdan, yang baru beberapa bulan menjalani pembedahan jantung.
Tentera Israel turut menahan Ahli Parlimen Riad Omla, dari bandar Kaplan selatan Nablus, dan Ahli Parlimen Mohammed Abu Jehich di rumahnya di bandar Idna selatan al-Khalil.
Ahli Parlimen Nayef Rajoub ditangkap dari rumahnya di bandar Dura petang semalam.
Jumlah tangkapan itu menjadikan seramai 36 ahli parlimen kini dalam tahanan penjara Israel.
Israel melakukan serangan pembunuhan ke atas jalur Gaza sejak Isnin minggu lalu yang mengakibatkan lebih 170 rakyat Palestin syahid, majoritinya orang awam, wanita dan kanak-kanak.

Surat terbuka kepada yang berjihad


PERKATAAN jihad, menjadi sebutan di kalangan umum umat Islam sejak zaman berzaman, walau pun ramai yang  tidak memahaminya secara hukum feqah. Kini menjadi lumrah disebarkan oleh media dan menjadi sebutan juga di kalangan bukan Islam, lebih menjadi sasaran media apabila ada kalangan yang mengisytiharkan jihad berperang menentang kerajaan yang ditolak dan mengajak seluruh dunia menyertainya.

Jihad adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang wajib diimani dan dihayati oleh penganut Islam dan sepatutnya difahami dengan betul oleh semua pihak mengikut tasawwurnya, supaya tidak mencalarkan ajaran Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam itu ada feqahnya, bukan hanya perkara ibadat sahaja seperti solat, puasa, haji dan zakat. Maka jihad pun ada hukum feqahnya yang tersendiri.

Feqah bererti kefahaman yang betul, bermaksud diketahui secara ilmu yang sahih dan dilaksanakan dengan istiqamah dan faham terhadap setiap ajaran itu secara menyeluruh dan mendalam. Ianya meliputi cara amalan, syarat, rukun, adab, masa  dan matlamatnya yang dinyatakan oleh sumber utama ajaran islam, iaitu al-Quran, serta dihuraikan pelaksanaannya yang betul oleh Rasulullah S.A.W. dan para ulama yang mendalaminya  di sepanjang zaman dengan cara ilmu yang betul melalui bahasa al-Quran, di mana ada perkataannya yang tidak boleh diterjemah dalam bahasa lain dengan satu perkataan sahaja.

Seperti juga urusan ajaran Islam yang lain, hukum jihad itu ada di dalamnya perkara-perkara dasar yang tetap dan teguh, ada pula yang berkait dengan perkembangan kehidupan masyarakat yang berbeza dan berubah yang  semuanya berada dalam ilmu Allah dan kebijaksanaanya yang penuh rahmat dan adil.

Perkataan Jihad daripada  bahasa Arab, perkataan asalnya,  “al-Juhdu” dan “al-Jahdu”, masdar atau nama terbitan daripada perkataan “Jahada”. Al-Jahdu berarti masyaqqah, yakni kesukaran atau payah. Al-Juhdu pula bererti “Thoqah”, yakni tenaga dan kemampuan kekuatan roh dan jasad, harta dan lain-lain daripada segala nikmat yang ada pada diri. Maka ditambah pula dengan makna yang lebih kuat, dipanjangkan huruf jim, menjadi “jaahada” dan melahirkan nama terbitan “jihad” atau “mujahadah”, bermaksud menggemblengkan segala kemampuan daripada nikmat tenaga, diri dan harta dan lain-lain, serta menghadapi segala cabaran, kesulitan, kepayahan dan segala penderitaan dengan sepenuh kesungguhan.

Kecekapan tentera Al-Qassam

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Jaga Aurat ! Jangan jadi makhluk perosak !!!

Blogger direman kes ugut bunuh Menteri Besar

Hijjaz - Pejuang Al Qassam

'Burung Ababil' buatan Al-Qassam mengejutkan Israel

Jika 2 hari yang lalu kita melihat Al-Qassam memberi kejutan dengan melancarkan roket J80 yang hebat itu, kini Al-Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat kawalan jauh yang diberi nama "Ababil", sempena nama burung yang disebut dalam Surah Al-Fil.

Pesawat ini mempunyai roket kecil yang boleh dilancarkan dengan kawalan jauh. Selepas ini, kita mungkin dapat melihat kejutan-kejutan lain yang lebih hebat dari Hamas. Nantikan!

VICTORY OR BACKLASH? Umno depending on 'TERROR' groups like Perkasa, Isma to win GE14

VICTORY OR BACKLASH? Umno depending on 'TERROR' groups like Perkasa, Isma to win GE14
Six years ago, BN lost its two thirds majority. And along with it, their easy earned rights to live like kings. Gone were the good old days, when they could shake legs in their little palaces, snapping their fingers at servants and waiting for money to fall out of the sky. Now they have to start making a living, just like everyone else.
Shell-shocked to say the least, these people started panicking like monkeys in heat. Something had to be done to arrest the situation before the general election in 2013 or GE13 as it was popularly called. MCA and MIC had lost control of the Non Malays who were abandoning BN, faster than a sinking ship. The Non Malays needed to be taught a lesson.
And so their proudly nurtured brainchild, Perkasa was born. They even invited the Selangor Sultan to be their patron saint but His Highness politely refused. With the inauguration function just moments away, a visibly shaken Ibrahim Ali’s hide was saved with Tun Mahathir jumping at the golden opportunity to become their patron saint. The inauguration had their leaders and patron raising the keris or Malay sword high up in the air as a gesture to protect the rights of the Malay Race, Religion and Royalty.
Vanity, undeserved self-conceit and a lack of moral courage
But it didn't work because the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim still won 52% of the popular vote, leaving Umno-BN with an embarrassing 47%. Yet Umno president and Prime Minister Najib Razak still thinks moving to the right is the way to go in the next general election - GE14 or the 14th general election.
The Umno strategy appears to be to keep their shrinking stranglehold on the Malay electorate at all costs including mad promises of gifting the community the moon and stars - all because Umno had increased the number of Parliamentary seats it held in GE14.

In a nutshell, Umno believes Malays want greater supremacy over the non-Malays. They want more and more of everything and anyone who is non-Malay has no say in this country. Such a pitiful and sad mentality, yet Umno leaders have not the moral courage to lead them out a morass made by their own vanity and undeserved self-conceit.
As a certain group of people in Germany followed dictator Adolf Hitler to their doom, will Malays too be led to theirs by Umno? This is the question that remains to be answered and only time and history can be the judges.
Related Stories:  UMNO HEADED FOR IMPLOSION: Bungling 'lower-life form' Bung confirms talent vacuum
The Malay Agenda

Perkasa spared no effort to warn everyone who would listen that; Malays were in grave danger of losing their political rights and Malays would one day become slaves in their own land, while Islam would no longer be protected.
With that agenda in hand, they started accusing the Chinese of trying to take over the country and sidelining the Malays. When their ill-hatched plot failed to rattle any nerves among the public, they decided to switch to smaller and safer targets like the minority Christians who would barely retaliate.
They accused the Christians of trying to proselytize the nation, with the intention to install a Christian Prime Minister. They even spoke of a Jihad (crusade) to go to war against the Christians. To add to the smokescreen, Perkasa had to start concocting rumours and hearsay to make their accusations sound credible.

Teladan daripada sejarah

Oleh Abdullah Ahmad
Indonesia dan Arab, adakah sejarah kita beracun?
Madah seorang bijak bestari “history repeats itself, but in such cunning disguise that we never see the resemblance until the damage is done” yakni sejarah berulang dengan menyamar kita tidak sedar sehingga  setelah nasi jadi bubur.
Itulah pendapat mereka yang duduk di meja bersama saya – 10 orang – pada majlis berbuka puasa juga sempena hari kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad ke-89 dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali Khamis malam lepas di Putrajaya.

Kelemahan pemimpin, pegawai dan “decision makers” kita pada amnya tidak dapat (ada sengaja buat tak tahu) mengenal antara yang bermuka-muka atau alih muka atau bersalin wajah di depan mereka dan kembali kepada muka asal di belakang pemimpin, pegawai dan konco-konco mereka. Penyamar bukan monopoli satu etnik tetapi suka-duka agak lumrah pada satu etnik tertentu.  Mereka lazimnya sukses menyamar diri kerana sesuatu muslihat - pangkat, darjat dan bintang, bisnes, kontrak hatta pinjaman bank pun.
Di Indonesia, pemilihan presiden baharu selesai pada 9 Julai tetapi keputusan rasmi hanya akan diketahui sekitar 22 Julai. Kenapa begitu lewat, seperti di India, pengiraan undi masih menggunakan kaedah lama, tidak terkini seperti di Amerika Syarikat (AS) – cepat, lekas dan pantas. Lazimnya keputusan diketahui pada hari yang sama.
Kedua-dua calon telah mendakwa mereka menang!  Siapa pun menang antara calon establishment Prabowo Subianto dan Joko Widodo atau Jokowi, calon bawahan mewakili masa depan bukan  era lama; lebih tepat Orde Lama vs Orde Baru keputusan kemenangannya tipis.
Kedua-dua puak berkeras mengatakan mereka menang mengikut exit polls  (kiraan awal tidak rasmi)- ini satu resipi trouble menunggu. Kedua-dua puak akan memonitor pembilangan undi dengan rapi elak penipuan.
Siapa pun berjaya, saya harap yang menang adalah kebajikan dan kesejahteraan rakyat Indonesia terutama the under class, mereka yang terpinggir dan terabai serta ekonomi Indonesia yang akan menjadi pemangkin atau catalyst bagi Orde Baru di Indonesia.
Hatta jika takdirnya Prabowo menang pun. Saya sungguh berharap presiden baharu akan berjaya menamatkan political drift  atau kepimpinan hanyut yang dialami negara itu di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang penggalnya tamat Oktober ini.
Indonesia tidak akan maju dan mara ke hadapan memain peranan leadership di wilayah Asean tanpa kebanjiran modal asing, tanpa pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan keuntungan korporat yang menyenangkan; kehadiran modal insan yang berpendidikan tinggi, mahir,  berdisiplin dan transparensi; rasuah di tahap terendah kalau itu boleh (possible).
Indonesia negara Islam terbesar di dunia (250 juta), ketiga demokrasi terbesar di alam ini - pertama India, kedua AS - juga negara keempat terbesar dari segi penduduk - hanya China, India, AS mendahuluinya.  Setakat ini walaupun kepimpinannya terapung, sebagai sebuah demokrasi, Indonesia berjaya setelah 32 tahun di bawah dictatorship.

Panda v Gaza

Oleh Mohamad Ammar Atan

Kerajaan Malaysia dilihat seolah-olah menutup sebelah mata akan tragedi yang menimpa rakyat Gaza, Palestin. Ironinya kerajaan Malaysia sanggup membiayai RM25 juta hanya untuk dua panda daripada membantu rakyat Gaza yang dihimpit kesengsaraan dek kekejaman Zionis Israel dan kuasa dunia yang dilihat terus sepi dalam isu kemanusiaan ini.
Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan
Perkara itu seperti dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun, 2012. Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Alangkah baiknya jika usaha sehebat ini digunakan untuk membantu orang Palestin. Wanita, orang tua dan kanak-kanak di Gaza mungkin tidak mengalami kepupusan seperti beruang panda, tetapi nyawa mereka lebih murah daripada beruang panda itu sendiri pada saat ini. Yang mati bergelimpangan, yang cacat dan akan merana seumur hidup mereka. Apabila panda hadir di Malaysia kita memperuntukkan puluhan jutaan ringgit tanpa menilai sudut pandang rakyat dan menurut World Wildlife Fund (WWF) yang mencadangkan peruntukan sebesar itu lebih bagus disalurkan kepada usaha menyelamatkan binatang yang diancam kepupusan di Malaysia.

Malaysia patut henti hubungan dagang dengan Israel

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF

1. Hari ini telah masuk hari ke-8 serangan bersepadu darat, laut dan udara Israel ke atas Gaza. Serangan udara dan tembakan meriam ke atas orang awam Gaza diteruskan sehingga mengakibatkan angka kematian meningkat secara mendadak mencecah 160 orang di samping lebih 1000 pula mengalami kecederaan sehingga semalam. Semalam juga Israel mengumumkan akan memperhebatkan serangan darat dengan “gempuran paling kuat” pada bila-bila masa sahaja.

2. Umat Islam di serata dunia telah menunjukkan solidariti tidak berbelah bahagi kepada penduduk Palestin khususnya di Gaza. Ribuan berhimpun di United Kingdom, Yaman dan juga di Israel sendiri. Dijangka menjelang hujung minggu ini lebih banyak negara akan mengadakan himpunan dan demonstrasi besar-besaran. Turki pula, melalui Perdana Menterinya, Erdogan telah mengumumkan bantuan segera kemanusian akan dihantar ke Semenanjung Gaza. Menariknya, misi bantuan kemanusian itu juga akan diiringi oleh beberapa buah kapal perang. Ini merupakan signal jelas kepada Israel bahawa Turki bersungguh besar terhadap isu yang melanda umat Islam Palestin.

3. Malangnya, pemimpin dan negara umat Islam sekitar yang lain masih membisu dalam isu ini dan jika ada pun hanya mengeluarkan kenyataan bantahan dan kecaman yang bersifat umum untuk publisiti media tanpa ada dilakukan suatu tindakan affirmatif untuk sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada Israel. Malah ada antara negara Islam yang mengecam dan mengkritik tindakan Hamas mempertahankan diri dari serangan Israel dan melabel tindakan itu sebagai bersifat keganasan terhadap Israel. Mesir juga menghalang bantuan perubatan dari Eropah yang cuba memasuki Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.

Pertahan Palestin: Negara Arab tidak boleh diharap

NEGARA Arab dalam kedudukannya paling lemah sekarang dan terjebak pula dalam kancah perang saudara, tidak mungkin dapat menolong umat Islam di Palestin yang kini diserang secara gila oleh Israel.

Lebih-lebih lagi rejim tentera Mesir sendiri yang kini berkuasa begitu akrab dengan Israel, malah menutup Trowong Gaza, yang selama ini digunakan oleh umat Islam menyalurkan bantuan makanan dan perubatan kepada umat Islam Palestin. Kini bantuan hanya melalui perbatasan Rafah, tetapi menghadapi pelbagai sekatan oleh tentera Mesir.

Pelbagai pihak menuntut Mesir supaya membuka pintu sempadan Refah itu secara kekal, kerana ini adalah persoalan hidup mati umat Islam di Gaza. Terapi belum ada jawapan dari tentera Mesir.

Ada laporan mengatakan bahawa stok makanan dan perubatan di Gaza kini tidak sampai 30 peratus saja lagi sejak beberapa hari lalu dan akan terus berkurangan.  Malah ada laporan terkini bahawa hospital di Gaza telah kehabisan ubat-ubatan dan bahan api, sedangkan mereka yang tercedera semakin ramai.

Dalam masa yang sama tiada lagi kawasan selamat di Gaza, melainkan menjadi sasaran serangan udara dan darat Israel.

Israel mengaku mengerahkan 20,000 pasukan tentera simpanannya untuk serangan di Gaza yang kini memasuki minggu kedua. Bagaimanapun kebanyakan serangan setakat ini dilakukan daripada udara, dengan 1,200 sasaran telah dibedil.

Hamas, pejuang Islam yang mendominasi Gaza, melancarkan ratusan roket ke Israel, menyerang jauh lebih dalam ke nagara itu berbanding sebelum ini. Tetapi dibalas oleh Israel dengan serangan udara besar-besaran.

Siapakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Palestin untuk membantu mereka kerana dunia Arab semakin lemah dan berpecah-belah, terlibat dalam kancah perang saudara di Iraq dan Syria yang menuju kepada kehancuran kedua-duanya.

Walaupun ada penyatuan Hamas dan Fatah yang kini dalam proses untuk membentuk semula Kerajaan Perpaduan, tetapi sebenarnya hanya satu suara penyatuan kepada Palestin untuk berurusan dengan Barat dan PBB. Dari segi ketenteraan, tiada ada yang perlu dibimbangkan oleh Israel kerana kekuatan tentera Hamas dan Fatah tidak seberapa.

GAZA:16 maut dalam serangan hari ketujuh, angka terbunuh kini 186


16 maut dalam serangan hari ketujuh, angka terbunuh kini 186

GAZA: Israel mengesahkan bahawa ia akan mempertimbangkan cadangan gencatan senjata oleh Mesir, namun Hamas dikatakan telah menolak cadangan tersebut sekiranya ia tidak disertakan dengan perjanjian.

Laporan AFP hari ini menyatakan, cadangan oleh Mesir itu hadir pada saat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry dijadualkan tiba di Kaherah untuk berbincang bagi menamatkan permusuhan setelah Washington memberi amaran kepada Israel terhadap rancangan mereka untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza.

Jumlah kematian ekoran serangan Operasi Perlindungan Sempadan yang dijalankan oleh Israel sejak Selasa minggu lalu itu kini meningkat kepada 186, melebihi jumlah mangsa dalam siri keganasan yang sama pada 2012.

Ekoran jumlah maut yang melibatkan ramai orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, masyarakat antarabangsa kini mendesak gencatan senjata serta-merta dengan menjadikan Mesir sebagai pengantara bagi rundingan perjanjian.

Kaherah pada lewat Isnin mengumumkan cadangan gencatan senjata bermula Selasa dan menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi delegasi Israel dan Palestin berbincang sebaik sahaja gencatan senjata dipersetujui.

Namun begitu, tarikh permulaan gencatan dilaporkan bakal ditunda ekoran Israel yang mahu mempertimbangkan cadangan itu terlebih dahulu di dalam mesyuarat kabinet keselamatannya.

Hamas pula enggan bersetuju dengan cadangan tersebut, di mana jurucakap Fawzi Barhum mengesahkan bahawa mereka tidak akan bersetuju untuk sebarang gencatan senjata tanpa perjanjian penuh untuk menamatkan permusuhan.

Gaza hospitals overwhelemed with casualties

Israel sends tends of thousands of troops to Gaza border

West Bank clashes erupt during protest against Israeli offensive in Gaza

Cabinet reshuffle: Will the new Ministers be effective? - Part 2

ANWAR IBRAHIM-HANIPA MAIDIN 'HENTIKAN KEZALIMAN INI'

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Kisah Nabi Yunus as & Ikan Yu

Tiga ditahan ponteng puasa

Israel claims to shoot down Gaza drone

Three Israeli Jews confess to revenge killing of Palestinian teen: Israel

Sunset explosions on the Gaza Israel border

NY politicians support Israel