Isnin, 14 Julai 2014

Sultan Perak: Jadikan al-Quran rujukan utama pemerintahan


Sultan Nazrin Shah 

SUNGAI SIPUT - Pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan  al-Quran sebagai sumber rujukan utama serta kompas dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa memperoleh rahmat dan reda Ilahi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah.

"Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.

"Dengan keinsafan bahawa setiap perkataan yang diucapkan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar," titah baginda di sini hari ini.

Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak dan merasmikan Masjid Ghufraniah di sini.

Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Baginda mengingatkan seluruh rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat.

Gaza: Persatuan Perubatan kutuk serangan di tempat awam

Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis. 
KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik di Timur Tengah supaya tidak menyerang tempat bukan tentera, terutama hospital, sekolah dan rumah perlindungan anak yatim.
  
Presidennya Dr H Krishna Kumar dalam kenyataan hari ini berkata, MMA mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan kerana kebanyakan yang cedera dan terbunuh dalam sengketa itu adalah penduduk tidak bersalah, terutama kanak-kanak dan orang tua.
  
"Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya sebarang keganasan terhadap mana-mana petugas perubatan yang hanya ke sana untuk membantu mereka yang cedera dan cacat.
  

LAPORAN KHAS:Percutian mewah 2 ekor panda

Gaza residents bury dead as offensive enters seventh day

Overnight Israeli strikes on Gaza target buildings and a mosque

Skandal RM32 juta: PAS serah memo tuntut penjelasan Bank Rakyat


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyerahkan satu memorandum kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak bagi meminta penjelasan berhubung dengan baki pinjaman RM32 juta membabitkan ahli perniagaan Deepak Jaikisnan.

Memorandum tersebut diterima Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Komukasi, Saliman Zainal di lobi Ibu Pejabat Bank Rakyat di sini hari ini.

Jelas Mahfuz, tindakan memberikan keistimewaan kepada seorang individu ingkar untuk ditangguhkan dari diambil sebarang tindakan undang-undang dan diberikan tempoh sepuluh tahun bagi menyelesaikan baki hutang adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar amalan perbankan yang pruden dan telus.

"Saya tidak nampak bagaimana arahan supaya Bank Rakyat memberikan keistimewaan kepada peminjam ingkar seperti Deepak dapat melindungi kepentingan Bank Rakyat dan ahli-ahlinya.

"Saya dimaklumkan bahawa bukan hanya pinjaman berjangka berbaki RM32 juta itu sahaja yang diberikan keistimewaan kepada Deepak melalui syarikat miliknya Carpet Tile Sdn Bhd.

Gaza: UNICEF gesa kedua-dua belah pihak hadkan tindakan

Gaza: UNICEF gesa kedua-dua belah pihak hadkan tindakan
KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu , UNICEF selari dengan pendirian Majlis Keselamatan PBB yang menggesa kedua-dua pihak Israel dan Palestin untuk menghadkan tindakan mereka dalam ketegangan yang berlaku ketika ini bagi melindungi orang awam, terutama sekali kanak-kanak di Gaza dan Israel.

"Tiada kanak-kanak perlu menderita akibat kesan keganasan. Keganasan menjejaskan kanak-kanak dari segi fizikal dan psikologi, dengan kesan-kesan yang membimbangkan terutamanya berkaitan harapan keamanan, kestabilan dan kefahaman mereka terhadap masa depan.

"Sering kali kanak-kanak yang menyaksikan keganasan tersebut, dan melihatnya sebagai "biasa", mungkin akan mengulangi perkara itu di masa depan," kata Pengarah Eksekutif UNICEF Anthony Lake dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak Palestin
Situasi di Gaza dan Israel boleh menjejaskan kanak-kanak dari segi fizikal dan psikologi. -AP Photo/Khalil Hamra

Gelang Emas Antara Sumbangan Ke Gaza - Aman Palestin



PETALING JAYA: Tidak hanya terbatas kepada wang ringgit serta barangan keperluan asas dan perubatan, Aman Palestin turut menerima sumbangan berbentuk barang kemas bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Pangarah Medianya, Anas Abdul Wahab berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu pernah mengumpul hasil sumbangan barang kemas seperti rantai, gelang dan cincin emas.

"Terbaharu, menerusi kutipan derma amal di lokasi tumpuan orang ramai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pihak Aman Palestin turut menerima sumbangan berupa cincin dan gelang emas.

"Selalunya sumbangan sebegini banyak diterima melalui kaunter cawangan dari seluruh negara," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Mengulas lanjut Anas berkata, pihaknya menerima apa sahaja sumbangan daripada orang ramai yang mahu membantu meringankan beban rakyat Palestin yang ditindas tentera rejim Israel.

"Rakyat Malaysia begitu prihatin dengan penderitaan di Gaza. Justeru kami terbuka dan menerima apa sahaja sumbangan orang ramai.

"Bagaimanapun sumbangan dalam bentuk wang ringgit lebih mudah diuruskan untuk di salurkan ke sana," katanya.

Jelas Anas, pada Jumaat lalu Aman Palestin menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Gaza bernilai RM1.6 juta.

Menurutnya Aman Palestin dijangka menghantar misi perubatan ke Gaza pada 18 Julai ini bersama lima doktor terlatih.

"InsyaAllah kita akan berada di sana selama sepuluh hari. Turut bakal mengikut Aman Palestin ke sana ialah wakil agensi media," katanya.

Media melaporkan sehingga kini lebih 170 nyata terkorban manakala beratus-ratus yang lain tercedera dalam serangan Israel di Gaza yang masuk hari ke tujuh.

Jangan Tiru Yahudi Dan Kristian Tabur Bunga Di Kuburan

KANGAR: Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, Isnin.
Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.

Bolasepak, Brazil Dan UMNO

Piala Dunia 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Sebagaimana yang diketahui, Jerman telah pun muncul juara dengan menewaskan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir yang mendebar dan menghiburkan semua peminat bolasepak di seluruh dunia. Atas semangat berpasukan yang tinggi dan bagaimana gigihnya Jerman mencipta pelbagai produk yang diterima di seluruh dunia seperti Mercedes, BMW dan Audi, begitulah juga gigihnya mereka berusaha mencipta kemenangan kali ini.

Kemenangan Jerman sememangnya layak dimiliki berdasarkan prestasi pasukan itu sejak peringkat awal lagi. Tanpa bintang utama yang menjadi pujaan dunia, satu-satunya yang menjadi sandaran mereka ialah semangat berpasukan di kalangan semua pemainnya.

Lantaran itu, kemenangan Jerman tidaklah mengejutkan. Yang lebih mengejutkan dalam Piala Dunia kali ini ialah prestasi pasukan Brazil. Bermain di negara sendiri dan bersandarkan kebanyakan pemainnya yang gah mencipta nama di Eropah dan dikenali di seluruh dunia, Brazil pada awalnya dijangka lebih berpotensi menjuarai Piala Dunia kali ini.

Malangnya, bukan saja piala kejuaraan jauh dari genggaman, malah kekalahan 1-7 ditangan Jerman adalah suatu episod yang memalukan bagi gergasi Amerika Selatan itu. Lebih buruk lagi, dalam penentuan tempat ketiga dan keempat pula, Brazil juga tewas 0-3 kepada Belanda.

Kenapakah prestasi Brazil begitu buruk?

Jika diperhatikan, corak permainan Brazil kali ini tidak lagi seperti dulu. Gaya samba yang menjadi identiti pasukan itu sudah lenyap sama-sekali. Kita tidak lagi lagi terhibur melihat persembahan Brazil sepertimana era gemilang yang dicetuskan oleh pemain seperti Pele, Socrates, Zico, Romario, Roberto Carlos, Cafu, Ronaldo, Ronaldinho dan ramai lagi pada suatu ketika dahulu.

Pasukan Brazil kali ini telah membuang sama-sekali tradisi samba yang menjadi imejnya selama ini. Dengan sebahagian besar pemainnya sekarang mencipta nama di pelbagai liga ternama di Eropah, gaya permainan Brazil juga sudah seperti gaya Eropah. Corak permainan mereka sudah tidak banyak berbeza dengan England, Sepanyol, Italy, Jerman mahupun Belanda.

Dengan mengubah gaya permainan itulah yang menjadi punca utama mereka mudah diratah oleh Jerman dan Belanda yang sememangnya sudah masak dengan corak sedemikian rupa.

Faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemilihan pemain dan jurulatih mungkin hanya faktor sampingan yang menyebabkan prestasi mereka paling buruk dalam kejohanan Piala Dunia kali ini, tetapi faktor sebenarnya ialah kerana Brazil sudah membuang tradisi samba yang menjadi kebanggaannya selama ini.

Jika Brazil merudum kerana membuang tradisinya, UMNO yang menjadi kebanggaan orang Melayu sejak lebih 50 tahun lalu juga sedang mengalami evolusi yang sama. Sejak 2008, UMNO mengalami prestasi buruk dan hampir ditolak oleh orang-orang Melayu sendiri, sebahagiannya adalah kerana UMNO juga turut membuang tradisinya.

Exco Selangor tempelak pemimpin beragenda ganti MB

Seorang Exco Selangor 'meluahkan' kekecewaan beliau berikutan kemelut kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan Selangor dari PAS Dr Ahmad Yunus Hairi, dalam laman sosial facebook peribadinya, mempersoalkan tindakan beberapa pemimpin Pakatan Selangor yang menurutnya, seolah galak dengan agenda tersendiri berbanding membela rakyat negeri.

"Adakah kini tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah di dalam keutamaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan agenda perubahan tampuk tertinggi selaku Penguasa Utama Negeri Selangor menjadi impian dan harapan mutlak untuk penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor kali ini," tulis beliau dalam satu 'post' panjang hari ini.

Kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini dikritik hebat oleh sekutu beliau dalam Pakatan sendiri.

Malah beberapa pemimpin PKR secara terbuka membuat kenyataan mengenai keperluan Khalid mengosongkan kerusi yang didudukinya sejak enam tahun lalu.

Ahmad Yunus yang dilantik menjadi exco selepas bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dipecat pasa 2012 tidak menyebut secara spesifik siapakah peminpin yang dimaksudkan.

Beliau yang juga ADUN PAS Sijangkang berulang-kali dalam tulisannya mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat tidak berebut kuasa dan memikirkan perasaan rakyat.

Menteri UMNO: Sekurang-kurangnya Vincent Tan bersyukur..!!


Ibarat pukul anak sindir menantu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengkritik taikun perniagaan Tan Sri Francis Yeoh dengan memuji jutawan lain.

“Sekurang-kurangnya (Tan Sri) Vincent Tan berterima kasih terhadap Malaysia yang memberi banyak faedah kepadanya.

"Beliau tidak buat apa yang taikun lain buat baru-baru ini. Cheers!" tulisnya di Twitter.

Walaupun tidak menyebut nama, Rahman dipercayai merujuk kepada Yeoh berhubung kenyataan berkaitan “kapitalisme kroni” di sebuah forum di mana beliau cuba menghapuskan tanggapan mendapat faedah daripada naungan berkas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau kemudian mendakwa kenyataannya disalah tafsir.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Yeoh diminta mengulas salah tanggapan mengenai amalan kapitalisme kroni di Malaysia yang diajukan secara berterusan oleh peserta.

"Ketika ditanya sama ada saya adalah 'kroni' Tun Dr Mahathir yang telah menganugerahkan YTL dengan konsesi penjana tenaga bebas (IPP), saya menyatakan bahawa saya bukan kroni beliau.

Hebat Kenalan Rosmah Ni: Pinjaman Deepak didakwa cecah RM215 juta

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa baki pinjaman berjangka saudagar karpet Deepak Jaikishan kepada Bank Rakyat tidak hanya berjumlah RM32 juta sahaja tetapi mencecah sekitar RM215 juta melalui dua lagi perjanjian.

Beliau yang juga MP Pokok Sena mendakwa Deepak gagal untuk menjelaskan ketiga-tiga pinjaman itu yang dibuat melalui syarikat miliknya dan/atau berkaitan dengannya serta melibatkan beliau sendiri.

"Berdasarkan maklumat hasil penyiasatan yang saya lakukan, baki keseluruhan kedua-dua pinjaman tersebut yang perlu dibayar berserta dengan baki pinjaman RM32 juta (jumlah asal RM40 juta) yang dinyatakan di atas adalah sebanyak sekitar RM215 juta,” dakwa Mahfuz.

Beliau membangkitkan perkara itu dalam suratnya kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak, yang memohon penjelasan berhubung baki pinjaman RM32 juta melibatkan Deepak dan/atau syarikat berkaitan dengannya.

Jika maklumat yang didedahkannya benar, Mahfuz berkata ia menimbulkan lebih banyak persoalan tentang "layanan istimewa" Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu.

"Apakah tindakan selanjutnya yang diambil Bank Rakyat untuk mendapatkan kembali baki pinjaman yang masih tertunggak bagi ketiga-tiga pinjaman ini?" soal Mahfuz sambil berharap bank itu dapat memberi penjelasan segera.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi Deepak berhubung dakwaan itu.

Sebelum ini, Mahfuz menuntut Bank Rakyat menjelaskan dakwaan campur tangan politik dalam isu pembayaran balik pinjaman sebanyak RM40 juta oleh Deepak dan alasan bank dan kerajaan berkairan pinjaman diluluskan dan pembayaran balik tanpa faedah.

Sementara Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pula dilapor menegaskan bank itu tidak sesekali memberi pinjaman tanpa faedah kepada "mana-mana individu istimewa" termasuk Deepak.

Dihadiahkan bubur lambuk

Pertemuan Malam: Hadi & Abdul Khalid bincang macam-macam tapi tak sentuh isu MB

khalidPETALING JAYA, 14 JULAI: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan pertemuan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid di kediamannya di Bukit Damansara untuk berbincang berkenaan kemelut kepimpinan negeri terbabit.
Sebaliknya, Mustafa berkata, pertemuan berkenaan adalah kunjungan balas kerana sebelum itu Abdul Khalid melawat Abdul Hadi ketika beliau sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
“Kalau nak mesyuarat, mesti waktunya panjang dan awal. Saya datang, jam dah pukul 11 malam selepas solat sunat Terawih.
“Biasalah orang politik macam-macam diperkatakan. Tetapi tidak menyentuh isu itu (kedudukan menteri besar),” katanya.
Pada malam 12 Julai lalu, Abdul Khalid melalui laman Facebooknya memuat naik gambar kunjungan Presiden PAS dan rombongan ke rumah beliau yang menarik perhatian ramai pihak selepas kontroversi berkenaan kedudukannya selaku Menteri Besar Selangor hangat diperkatakan.

GAZA: UMNO DAN APCO SEKUTU ZIONIS..!!!



Militan: PAS pecat 3 ahli


KUALA LUMPUR: PAS memutuskan memecat tiga lagi ahlinya yang dikaitkan dengan kumpulan militan seperti yang didedah media sebelum ini.

Mereka adalah Dr Mahmud Ahmad, 36, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan seorang lagi Mohd Najib Husen, 36.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan memecat ketiga-tiga mereka dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam.

"Oleh kerana kenyataan Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) sebelum ini menyatakan sesiapa yang terlibat dengan gerakan selain gerakan aman "muajahah silmiyah" ini, kita akan pecat mereka ini.

"Oleh itu jawatankuasa PAS Pusat semalam membuat keputusan, ketiga-tiga mereka dipecat daripada PAS," katanya dalam satu temu bual khas dengan Harakahdaily hari ini.

Mustafa memberitahu, sebelum memaklumkan kepada PAS Pusat, pihaknya sebelum ini telah membuat semakan terhadap ketiga-tiga mereka ini dan mendapati mereka adalah ahli PAS di peringkat kawasan.

Kemudian katanya, penyiasatan lanjut dibuat dengan bertemu sumber yang rapat dan mengenali latar belakang mereka, bagi mendapat kepastian berhubung penglibatan mereka dengan kumpulan militan seperti yang didakwa.

Hasil siasatan katanya, ketiga-tiga mereka sememangnya ada terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao.

Iskandar Malaysia : Tun M Terus Disaran Kemukakan Bukti

Roketkini DAP tukar 'awek cun' dengan 'wanita muda'

Ahli PKR Kuala Selangor Desak JPP Gantung Keputusan Pemilihan

PAS: Deepak's loans total RM215mil

MH370: Kakak Kapten Zaharie akhirnya buka mulut

Sakinah 
SINGAPURA - Kakak kandung juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, akhirnya tampil ke hadapan demi mempertahankan adiknya dari terus didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan pesawat tersebut.

Sakinah Ahmad Shah yang selama ini memilih langkah untuk berdiam diri dengan segala dakwaan dan spekulasi mengaitkan Zaharie dengan kehilangan MH370 memilih untuk bersuara menerusi satu temubual dalam program ‘The Mystery of MH370’ bersama sebuah rancangan televisyen NewsAsia Channel.

“Individu yang merancang semua ini mestilah seorang yang cerdik dan bersifat 'Einstein'. Tak akan ada individu yang sanggup memanjangkan masa penerbangan sehingga empat, lima atau enam jam hanya untuk melakukan misi bunuh diri.

“Dia (Zaharie) hanya seorang lelaki yang terlalu meminati dunia penerbangan, dia banyak menghabiskan masa dan duit dengan membeli model-model kapal terbang.

"Kalau boleh, dia mahu pasang sayap pada badannya dan terbang. Itu menunjukkan bahawa dia terlalu meminati dunia penerbangan,” katanya menerusi temubual tersebut.

Tubuh segera Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen, kaji semula Esscom

PETALING JAYA, 14 JULAI: Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat (PR) menggesa Putrajaya supaya menubuhkan Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji semula keberkesanan Esscom dan Esszone di Sabah.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata insiden pencerobohan perairan Sabah semakin meningkatkan dan perlu diselesaikan segera.
Media semalam melaporkan seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul.
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.
Bersabit dengan perkara berkenaan, PR memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Korporal Abd Rajah Jamuan yang terbunuh sewaktu serangan hendap itu dan mendoakan keselamatan Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik.

Keganasan Israel: Henti sikap membisu OIC

10525985_728845527157526_5837303294138685142_nKUALA LUMPUR 14 JULAI: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menyelar sikap membisu pemimpin Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam krisis kemanusiaan di Palestin.
Menurutnya, OIC dilihat gagal menjalankan peranannya untuk menjadi perantara bagi mencari jalan penyelesaian kepada krisis yang berlanjutan sejak sekian lama.
“Kita tidak terkejut kerana pertubuhan itu dipimpin oleh Arab Saudi yang kebetulan adalah sekutu baik kepada Amerika. Sikap membisu ini memberi gambaran negara islam tidak bersatu dalam banyak hal termasuk isu Palestin,” jelasnya.
Jelasnya, kelemahan itu menyebabkan tentera-tentera rejim zionis semakin berani bertindak ganas membunuh rakyat Palestin yang dinafikan tanah milik mereka.
“Pemimpin negara Islam nampak tak serius cari jalan selesaikan berhubung masalah Palestin ini, kita tidak berani bersuara, ini kesilapan terbesar kita.
“Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), apabila terjadi krisis di Ukraine contohnya, kita lihat ada desakan kuat supaya ia segera diselesaikan.
“Tetapi isu Palestin, ia berlanjutan ke hari ini, dan puncanya adalah kerana pemimpin negara islam sendiri tidak bersatu menyatakan desakan supaya krisis itu ditamatkan,” tegas beliau ketika dihubungi.
OIC jelasnya tidak lagi boleh mengambil sikap berdiam diri dalam hal ini dan desakan kuat perlu dibuat bagi memberi tekanan supaya tindakan rejim zionis itu dihentikan segera.
Muhammad Nur sementara itu menyambut baik cadangan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) yang mahu sebuah pasukan tentera Islam dengan keanggotaan pelbagai negara Islam seluruh dunia ditubuhkan.

Xinjiang: Pelajar diugut buang universiti jika puasa


 (Pelajar dipaksa makan oleh pensyarah sebelum masuk ke kelas)

CHINA: Pelajar Islam di Xinjiang berhadapan ugutan buang universiti atau hilang peluang kerjaya jika berpuasa dalam bulan Ramadan ini.

Sebuah universiti di Kashgar melakukan rutin memaksa pelajar makan di hadapan pensyarah mereka sebelum memulakan kelas setiap hari bagi memastikan mereka tidak berpuasa.

Jika pelajar enggan, mereka akan diusir dan dinafikan untuk menerima ijazah mahupun diploma.

Menurut seorang pelajar, kakitangan pentadbiran universiti turut memberikan air botol dan makanan kepada pelajar Islam pada siang hari.

Merka juga akan mencatat nama pelajar yang enggan mengambil pemberian tersebut.

Pihak berkuasa China sebelum ini melarang penjawat awam, guru dan pelajar berpuasa khususnya di wilayah Xinjiang.

'Bantah serangan Israel, jangan tandatangani TPPA'

Pakatan Rakyat mendesak agar Malaysia tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sebagai membantah sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel yang menyerang Palestin.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata tanpa kebenaran Amerika Syarikat, tindakan keganasan ke atas rakyat Palestin itu tidak akan dilakukan secara berani sedemikian.

"TPPA ini penting untuk kedua-dua negara. Dengan ini diharap pentadbiran Presiden Barack Obama mendapat isyarat ini dan berhenti menyokong tindakan Israel," katanya.

Rafizi menegaskan demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Petaling jaya hari ini.

Serangan terhadap Israel ke atas Gaza, telah mengorban ratusan rakyat Palestine dan dibantah di seluruh dunia

Kumpulan ingatkan bahaya formasi tanah MRT

Walaupun mendapan besar di ibu negara baru-bari ini bukan disebabkan pembinaan sistem Transit Aliran Massa (MRT), persoalan keselamatan projek mega bagi menghubungkan Kajang-Sungai Buloh itu tetap menggusarkan orang ramai.

Persoalan keselamatan itu muncul kembali rentetan insiden lain seperti kejatuhan cerucuk logam di Pusat Bandar Damansara di ibu negara dan paip pecah di Mutiara Damansara, di Petaling Jaya.

Perkumpulan longgar pemantau projek itu, MRT Watch hari ini membangkitkan berhubung kerja-kerja menggali terowong 9.5 kilometer yang melingkari di bawah pusat ibu kota yang didakwanya berisiko.

Lebih-lebih lagi, menurut kumpulan itu, pakar berpendapat, tugas itu berdepan kesukaran dan bahaya kerana tanahnya didakwa daripada formasi Bukit Kenny (struktur batu pejal dan berpasir), yang kurang stabil.

“Tidak dapat dibayangkan kiranya tragedi ngeri berlaku kepada pembinaan terowong di tengah-tengah ibu kota ini,” kata MRT Watch.

US sokong kekejaman Israel, Malaysia harus boikot perjanjian TPPA

photo 2PETALING JAYA, 14 JULAI: Pakatan Rakyat (PR) mendesak Kerajaan Pusat menghentikan serta-merta semua perbincangan berkenaan isu Atrans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanjian itu sebagai protes ekoran Amerika Syarikat menyokong kekejaman Israel.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata kekejaman Israel berlaku dengan sokongan pada Amerika Syarikat.
Tegasnya, bersabit dengan perkembangan berkenaan, PR turut mendesak satu sidang Parlimen khas.
“PR mendesak supaya satu sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin seperti yang dibuat pada Januari 2009 demi mendengar suara rakyat tentang isu ini,” katanya dalam satu sidang media.
Beliau menambah, Kerajaan Malaysia juga perlu memanggil semula Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas berkenaan isu berkenaan.
Serangan Israel ke atas Palestin yang bermula awal Ramadan setakat ini mengakibatkan pembunuhan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak.

PAS: Kami tak cuba pikat MB Khalid

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali menafikan berusaha mengajak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai PAS dalam pertemuan mereka sebelum ini.

Mustafa berkata, kunjungan beliau bersama Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke kediaman Khalid lewat malam Sabtu itu hanya sebagai ziarah "bulan puasa."

"Saya pergi (rumah Khalid) pasal puasa. Jumpa bulan puasa. Dia (Khalid) dah lama tak jumpa tok guru (Hadi).

"Orang kalau nak bincang (mesti ambil masa) lama, ini tak sempat datang jam 11 malam selepas tarawih semua," jelas beliau ketika ditemui di sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Petaling Jaya hari ini.

Isu jawatan MB S'gor selesai sebelum Aidilfitri

PETALING JAYA: Kemelut Menteri Besar Selangor dijangka akan berakhir sebelum Hari Raya selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan akhir mengenai isu Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam Majlis Presiden.

"Kita mengharapkan sebelum raya akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden, dan mungkin salah satu isu yang akan dibincangkan adalah isu MB Selangor,"kata Mustafa dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sinj hari ini.

Malah Mustafa menegaskan apa-apa perkara khususnya berhubung kemelut ini mestilah bersama-sama melalui Majlis Presiden.

"Isu yang melibatkan pimpinan tertinggi, kita ada Majlis Presiden, kita berpandukan kepada Majlis Presiden. Kita tidak ada pandangan sendiri,"jelas Mustafa.

Surat Pengerusi Aqsa Sharif kepada Nasir

Dr. Hafidzi Mohd, Nor
Dr. Hafidzi Mohd, Nor
Saya beri pandangan terbuka utk En. Nasir. Sebenarnya langkah terbaik ialah tidak mempromosi McD secara terbuka apatah lagi mengaitkan penghayatan Islam anda dan keberkatan bekerja di McD.
 
Yang menjadi sasaran boikot ialah McD, bukan pekerja-pekerjanya.
 
Kenapa En. Nasir beria-ia bahkan merelakan utk dipergunakan untuk mempromosi McD sehingga sebegitu rupa?
 
Bagaimana Islamik sekalipun penampilan pekerja atau bagaimana Islam-friendly sekalipun McD (meraikan pekerja muslim dan menyediakan tempat solat), itu tetap tidak mengubah hakikat McD Corp menyokong ekonomi Israel.
 
Bekerja di McD satu perkara dan memboikot McD satu perkara yang lain.
 
Kedua-duanya menuntut kepada pendirian yang berbeza. Seruan boikot ini ditujukan kepada pengguna. Bagi yang bekerja langkah yang wajar ialah berikhtiar untuk mencari pekerjaan lain kerana seperti yg En. Nasir kata 'rezeki ada di mana-mana' dan 'halal bukan pada makanan sahaja'.
 
Tetapi kalau En. Nasir sudah bekerja di McD selama 22 tahun sehingga sukar untuk meninggalkan McD teruskanlah bekerja disitu ; pilihan di tangan kita tetapi paling minima yang En. Nasir boleh buat untuk Palestin ialah tidak membiarkan diri anda diperguna atau anda sendiri mempromosi McD apatah lagi dengan mengaitkan pula dengan Islam.
 
Semoga teguran ini diambil dengan semangat persaudaraan Islam dalam kerangka 'tawasi bil haq; tawasi bil sabr.' (berpesan dgn kebenaran; berpesan dgn kesabaran). 
 
Semoga perkenalan kita berpanjangan dan kita terus berada di atas jalan kebenaran.--MalaysiaGazette
 
Dr. Hafidzi Mohd Noor,
Pengerusi,
Aqsa Syarif.

Peniaga Perlu Faham GST Sebelum Pengguna

Besarnya harapan kita kepada Mahathir

Pakatan to decide Khalid's fate as Selangor MB soon

Palestin: PAS tumpu misi kemanusiaan sahaja

Pakatan desak sidang khas Parlimen isu serangan Israel-Palestin

PRMajlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini telah membuat beberapa pendirian, pertama khusus mengenai isu serangan Israel ke atas Palestin yang setakat ini telah mengakibatkan pembunuhan lebih 150 warga Palestin termasuk orang awam dan kanak-kanak.
Kekejaman Israel ini berlaku dengan sokongan padu Amerika Syarikat. Oleh itu Pakatan Rakyat mendesak Kerajaan Malaysia supaya menghentikan serta-merta kesemua perbincangan mengenai isu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan tidak menandatangani perjanjian tersebut sebagai tanda protes terhadap Amerika Syarikat.
Pakatan Rakyat juga mendesak agar diadakan satu sidang khas Parlimen untuk membincangkan isu serangan ke atas Palestin sebagaimana yang telah dibuat pada Januari 2009, demi mendengar suara rakyat tentang isu ini.
Kerajaan Malaysia juga perlu memanggil semula Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sebagai tanda protes yang paling jelas mengenai isu ini.

Arahan berbentuk ugutan, Ku Nan perlu minta maaf pada gelandangan

gelandanganSHAH ALAM, 14 JULAI: Pelbagai reaksi ditunjukkan pengguna laman sosial Facebook selepas kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas golongan gelandangan, baru-baru ini.
Ada pengguna laman terbabit mahu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf berhubung kenyataan yang disifatkan mereka sebagai ‘arahan’ dalam bentuk ugutan dalam isu gelandangan itu.
Mereka berpendapat arahan yang berbentuk ugutan itu menimbulkan kemarahan dan pelbagai respon daripada lapisan masyarakat.
Fadzlullah Abdullah, berkata seharusnya Najib meminta Ku Nan memohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap kelantangan beliau.
“PM kena juga minta menteri itu minta maaf kerana mengeluarkan arahan dalam bentuk ugutan sehingga menimbulkan kemarahan dan respon negatif dan beliau sendiri kena buat ‘damage control’,” katanya.
Selain itu, Azhar Ameir mahukerajaan tidak terus menyalahkan rakyat apabila golongan berkemampuan bertindak membantu kumpulan gelandangan itu.
pc 1Katanya, tindakan yang mereka lakukan itu ekoran pengambilalihan tanggungjawab daripada kerajaan yang tidak prihatin isu terbabit.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Rakyat hendak tengok perubahan dan ia hanya boleh datang daripada mereka yang berada di tampuk kuasa. PM perlu selamatkan keadaan, jangan pedulikan kata pembodek (Ku Nan). Rakyat mesti didahulukan, bukan Ku Nan,” katanya.
Manakala, bagi Thiago pula, kunjungan Najib itu menunjukkan drama Umno bermula.
“Baru sekarang sedar? Selama ni tak terfikir ke? Ni la akibat harga barang naik dan harga rumah makin naik,” kata Alexander James.

PAS tubuh JK Khas tangani pencabulan akademik



KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras campur tangan politik di dalam sistem pendidikan negara terutama di peringkat Institusi Pendidikan Tingga Awam (IPTA).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayuh berkata, pemecatan tokoh akademik atas arahan politik adalah satu pencabulan kebebasan akademik yang mesti ditangani.

"Kita melihat beberapa insiden sebelum ini membabitkan pemecatan tokoh-tokoh akedemik, PAS berpendapat perkara itu suatu yang membimbangkan dan menjadi tanggungjawab kita memastikan pencabulan akedemik ini dapat ditangani.

"Kita mahu isu-isu berkaitan pendidikan dan kebebasan berpendapat diberikan kelonggaran sepenuhnya agar IPTA negara ini terus cemerlang setanding dengan negara-negara luar," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini sebagi mengulas isu pemecatan Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Salahuddin turut kesal dengan tindakan Universiti Malaya (UM) itu dan menyifatkan UM tidak konsisten dengan amalanya sebelum ini.

Mak nyah: Kem pemulihan takkan 'normalkan' kami

Pusat pemulihan tidak akan berjaya menukar golongan mak nyah menjadi lelaki “normal”.

Begitu tegas seorang wanita transgender yang hanya mahu dikenali sebagai Diana.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Diana, 25, berkata langkah memasukkan golongan itu ke dalam pusat pemulihan bukanlah satu keperluan.

Malah, katanya, jika pakaian mereka dibakar pun, mereka masih dapat membelinya di luar kem tersebut.

Diana antara 17 golongan itu yang ditahan polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan di Bahau bulan lalu kerana berpakaian perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan.

Alkisah Forest City dan Sultan Johor

Kadar pembangunan pesat di wilayah Iskandar Malaysia terbukti sukar diikuti orang awam, tetapi antara pelbagai projek yang tumbuh, berdirinya Forest City.

Pulau buatan hampir 2,000 hektar itu, hampir separuh keluasan Putrajaya, akan diwujudkan di barat daya Johor Bahru di Selat Johor, di mana terletaknya jambatan kedua ke Singapura.

Forest City menghiasi dada-dada akhbar dalam minggu-minggu terakhir ini.

Ia antaranya berhubung kerisauan Singapura berhubung sempadan dan  kebimbangan Penilaian Kesan Alam Sekitar (DEIA) dan dakwaan potensinya merosakkan pelabuhan Tanjung Pelepas tidak jauh daripada tempat itu.

Projek itu dilaporkan meluas sebagai kerjasama antara pemaju tersohor China dan syarikat milik kerajaan Johor, iaitu Country Garden Holdings yang berpusat di Guangdong di Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Untuk menjayakan kerjasama ini, Country Garden Pacific View (CGPV) Sdn Bhd ditubuhkan bagi menjayakan Forest City.

CGPV dikuasai 66 peratus syarikat gergasi China itu melalui anak-anak syarikat berdaftarnya di Malaysia, Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd.

Saham kerajaan Johor, atau lebih tepat KPRJ, dipercayai melalui Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mempunyai 34 peratus pegangan dalam CGPV.

Bagaimanapun, penelitian lebih dekat terhadap Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, Malaysiakini mendapati KPRJ hanya mempunyai pegangan tidak seberapa sebanyak 20 peratus dalam syarikat yang sepatutnya mewakili kepentingan satu pertiga kerajaan negeri dalam Forest City.

Usahasama Country Garden-sultan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dinamakan sebagai pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, yang mengawal pegangan 64.4 peratus yang menjadikan usaha sama itu sebenarnya antara Country Garden dan sultan.

Bagaimana rupanya Foresti City kelak, perkara itu masih tidak jelas.

Rara: Bukan hanya menawan, tetapi melawan


Rara-WIRA4294 (1)
Jarang-jarang sekali kita melihat muka baru dalam arena politik Malaysia mendapat perhatian banyak pihak. Rara barangkali salah seorang yang terampil di kalangan muka baru dalam dunia aktivisme politik.
Namun bukan sekadar muka yang harus dilihat dan dinilai. Jika rupa sudah cukup, justeru sekalian model dan pelakon boleh memperbuat parti politik sendiri dan pastinya akan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Tidak perlu berpenat-lelah bermandi air gatal dan gas pemedih mata menuntut perubahan.
Rara, pastinya bukan sekadar seorang wanita yang berpenampilan menawan, malah beliau sebenarnya turut berkeupayaan melawan.
“Setiap kali turun demo, kita boleh tengok sendiri muka-muka yang sama juga yang hadir,” kata Rara, seorang yang melazimi aksi-aksi melawan di ibu kota membantah ini dan itu, sambil turut mengiyakan bahawa masih ramai rakan-rakan seangkatannya yang masih takut untuk ikut serta.
“Ramai yang masih takut dengan kerajaan, maka hanya tinggal muka lama yang berani,” ujarnya.
Bagi Rara, ketakutan dan kerunsingan wanita untuk turut terjun beraktivisme hanya boleh diselesaikan apabila ada wanita lain yang meredah lautan lelaki dan tampil ke depan sebagai contoh ikutan.
Ditanya apa lagi yang boleh dibuat dalam kiprah sosial-politik selain berdemonstrasi dan angkat sepanduk, Rara tenang-tenang sahaja menjawab bahawa bukan itu semata-mata perkara yang boleh dilakukan sebagai aktivis masyarakat.
“Saya cuba ikut aktiviti Dapur Jalanan setiap minggu. Di situ kita lihat ramai aktivis muda,”
rara3“Aktiviti sebegitu menarik ramai mahasiswa. Setiap minggu akan bersilih ganti anak-anak mahasiswa membantu kami,” katanya berkisah tentang aktiviti memberi makan warga miskin kota di Jalan Panggong, Kuala Lumpur.
Aktiviti Dapur Jalanan dan ‘soup kitchen’ sekitar ibu kota yang menyediakan makan buat para gelandangan dan miskin kota menerima sorotan hebat seminggu dua ini selepas dilaporkan bahawa Kementerian Wilayah merancang mahu mengangkut para miskin kota dan memberi saman kepada mereka yang memberi sedekah kepada mereka.
Rara sudah aktif membantu warga miskin kota ini sebelum hal itu menjadi trendy dan diramaikan dengan anak muda membawa kamera dan berselfie.
Beliau juga turut melazimi aktiviti-aktiviti anak muda lain, termasuk Buku Jalanan, sebuah kolektif yang kini terbit di merata-rata tempat, menyediakan bacaan percuma kepada orang ramai demi menggalakkan budaya membaca dan berdiskusi, sambil busking dan kadang kala baca puisi.
Daripada kegiatan secara runcit-runcit ini, Rara menyimpan cita-cita politik besar untuk memimpin wanita keluar dari ketakutan yang membelenggu mereka daripada beraktivisme.
Oleh itu kami bertanya apakah itu sebabnya Rara masuk DAP? Beliau ketawa dan menutup mulutnya.
Mahu memimpin wanita

Israel bakal berdepan kekalahan lebih dahsyat

Oleh MOHD ARIF JUHANI
KEGEMBIRAAN umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan terus bertukar derita apabila tentera Zionis-Israel bertindak membedil wilayah Gaza dengan serangan udara yang menatijahkan korban jiwa, kecederaan parah dan kemusnahan tempat tinggal penduduk Palestin.
Ketika ramai peminat seluruh dunia menangis apabila pasukan bola sepak Brazil yang juga tuan rumah Piala Dunia 2014 dibelasah 7-1 oleh Jerman, situasi yang lebih parah terpaksa dihadapi oleh penduduk Gaza berdepan dengan kekejaman negara haram yang dilindungi Amerika Syarikat dan beberapa negara Arab.

Pelantikan presiden haram Mesir, Jeneral Abdel Fatah Al-Sisi juga dilihat seolah-olah menjadi ‘kunci’ kepada keberanian Zionis- Israel untuk kembali melakukan serangan terhadap penduduk Gaza selepas kepentingannya tergugat semasa Presiden Dr Mohamed Morsi memerintah negara itu.
Ketika artikel ini ditulis, laporan menyebut bahawa sebanyak 780 serangan udara dilancarkan dan memusnahkan 112 kediaman, 64 syahid, 450 cedera parah dan kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan wanita dan kanak-kanak.
Hakikat yang sukar untuk ditolak pula adalah dipercayai korban nyawa dan kemusnahan infrastruktur di Gaza akan terus meningkat berdasarkan kepada pendirian Perdana Menteri Zionis- Israel, Benjamin Netanyahu bahawa lebih 40,000 tentera dalam mode bersedia untuk melancarkan serangan melalui darat pula.
Menurut kenyataan Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh tentera Zionis-Israel (IDF) dengan tujuan untuk menghapuskan gerakan Islam, Hamas merupakan lanjutan kepada Operations Brother’s Keeper yang bertujuan kononnya untuk mengesan tiga remaja Israel yang diculik di Hebron.

Gaza menangis, di mana umat Islam?

Oleh KHALIS IBRAHIM
ASIA Barat adalah wilayah yang paling kuat dilanda kecamukan sejak penjajahan imperialis Barat. Setelah tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniyah, negara-negara jajahan empayar Islam yang terakhir itu dibahagi oleh rejim Barat melalui Perjanjian Sykes-Picot.
Disamping bertujuan memecahkan tanah jajahan empayar Uthmaniyah kepada kuasa-kuasa besar Barat ketika itu, ramai pengamat politik berpendapat perjanjian tersebut juga meletakkan objektif penubuhan sebuah negara baru bagi menempatkan pelarian Yahudi. Rentetan dari itu, wujudnya Israel sebagai negara baru hasil rampasan tanah milik rakyat Palestin.
Sehingga hari ini, Israel menjadi agenda terpenting dasar luar “polis dunia” Washington khususnya mengenai keselamatan negara haram tersebut. Keberadaan PBB sejak ditubuhkan pasca perang dunia juga bagi memastikan keutuhan strategik negara tersebut. Menariknya mengenai Israel ialah mengenai kedudukannya di rantau Asia Barat. Dikelilingi negara-negara majoriti umat Islam termasuklah Lubnan, Jordan, Syria dan Mesir.
Ini bermaksud, jika negara-negara Arab yang mengepung Israel dari sudut geografi itu bersepakat untuk menekan Israel dari sudut tekanan politik mahupun ketenteraan, Zionis bakal menghadapi kesusahan.
Bantuan kemanusiaan ke Gaza lebih banyak datangnya dari sukarelawan Eropah dan jauh di timur Asia termasuk Malaysia.
Negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin sudah terbuai dengan konflik politik negara mereka yang tidak berkesudahan.
Hakikatnya, negara Arab mampu berhadapan dengan Israel jika mereka mahu. Malah, mereka juga mampu berganding bahu bagi melawan musuh yang satu sungguhpun wujud kepentingan bagi beberapa negara.

Gaza: Israel musnahkan 21 masjid, 36 buah sekolah



GAZA: Pesawat perang Israel bukan sahaja mensasarkan kediaman orang awam di semenanjung Gaza, malah juga bangunan-bangunan strategik untuk dimusnahkan.

Setakat pagi ini, 21 masjid, 36 sekolah, enam hospital serta 233 buah rumah telah dimusnahkan dalam serangan yang masuk hari kelapan hari ini.

Pagi ini pesawat Israel mengebom masjid Al-Nour di bandar Gaza tengah Deir el-Balah, yang turut merosakkan rumah-rumah kediaman sekitarnya.

Jet Israel juga turut memusnahkan sebuah bangunan kerajaan serta ladang di selatan semenanjung Gaza termasuk Rafah dan Khan Yunis.

Pada Sabtu lalu, Israel turut mengebom masjid Farouq ketika hampir waktu subuh dikala umat Islam Palestin sedang bersahur.

Rumah Pengurus Aqsa Syarif dibom zionis Israel


KUALA LUMPUR: Rumah keluarga Ahmad Thabit, Pengurus Pejabat Aqsa Syarif di Gaza telah dibom semalam.

Aqsa Syarif di dalam facebooknya memaklumkan keseluruhan bangunan telah rosak dan tidak dapat digunakan.

Bagaimanapun tiada kehilangan ahli keluarga dilaporkan. 2 daripada mereka telah cedera.

"My big family home had been destroyed... 2 injuries.. total lost everything.. alhamdulillah akhi don't worry there are things cannot be calculated mentally... Allah give the strength"

Ahmad Thabit memainkan peranan yang sangat penting di Gaza dalam memberikan maklumat terkini dan memantau projek-projek di sana.

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, Ahmad Thabit telah memaklumkan perkembangan semasa Palestin kepada wartawan-wartawan Malaysia.

Pelajar Malaysia di Gaza akui nyawa dalam bahaya

Muhammad Nadir menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak di Gaza sebelum ini. 
Muhammad Nadir menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak di Gaza sebelum ini.
GAZA - PALESTIN. Sambutan Ramadan di bumi Gaza kali ini, amat jauh berbeza. Saban waktu, bumi Gaza bermandikan darah, ramai nyawa terkorban, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberitahu, Ramadan di sini asalnya lebih meriah daripada Aidilfitri tapi kerana perang, suasana itu jadi hambar.

Katanya, akibat serangan udara Zionis yang bertubi-tubi, masjid-masjid di Gaza membatalkan solat sunat tarawih malah ziarah berbuka terpaksa ditangguhkan dan operasi perniagaan turut di tutup.

“Penduduk Gaza terpaksa mengambil risiko untuk keluar meskipun menyedari berdepan bahaya. Jadi mereka hanya akan masak juadah berbuka sendiri, walaupun kadangkala penduduk datang hantar makanan ke rumah," katanya.

Berkongsi pengalaman yang ketika ini berdepan serangan Israel di Semenanjung Gaza, penuntut tahun dua Ijazah kedua Syariah Universiti Gaza itu berkata, sejak hari pertama, tingkat lima hospital yang juga tempat dia menginap sentiasa bergegar oleh bedilan roket Israel.

Katanya, hampir setiap masa dron di atas kepala dan sesekali pesawat pejuang F16 melintas di udara mencari mangsa.

"Apabila bunyi F16 terlalu dekat, otak akan berfikir, apakah aku sasarannya kali ini," ujar Muhammad Nadir.

West Bank Palestinians helpless over Gaza

Israel terus mengganas

Israel cari alasan untuk serang Gaza

Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 11 Julai 2014

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 04 Julai 2014

TGNA | Kuliah Jumaat 04 Julai 2014

Gaza: Lihat semangat anak muda Palestin

Ada pengaruh kongsi gelap dalam politik - Zaman Khan

Abdul Khalid terus terima asakan

 Amirudin Shari 
SHAH ALAM – Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau.

Senario PR ketika ini ialah sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk Adun dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Adun Batu Caves (PKR), Amirudin Shari berkata, penilaian corak pemerintahan Abdul Khalid sedang ditimbang tara berdasarkan beberapa kepincangan dan kelemahan yang dihadapi kerajaan negeri dalam tempoh mutakhir ini.

“Buat masa ini komponen PR sedang berbincang keperluan pengunduran Abdul Khalid bermula dari akar umbi sebelum koleksi pandangan berkenaan dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan sama ada kekal atau diturunkan.

“Isu pertukaran ini perlu dibuat berhati-hati kerana ia melibatkan banyak perkara membabitkan hal pembangunan, urusan pentadbiran negeri termasuk strategi berkesan berdepan PRU14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia bakal jadi jutawan


Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi kebankrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada sihirnya menghilang semburan sepakan percuma.
Buih yang boleh di gunakan untuk '10 ela dan akan terhapus selepas 60 saat - dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun sedang dipertimbangkan oleh pihak majikan Liga Perdana Inggeris.
Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo baru-baru ini.
 
 
Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa  "14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini. 
 
Itulah tuah Hanie sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya jutawan kerana ciptaannya ini akan digunakan di seluruh dunia.

Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia

Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia

PONTIAN: Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Goetze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di sini pagi Isnin. -

Jeritan 'gol' memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.

"Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik," kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.

Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan.

Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.

"Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini," kata Mohd Asri.

Roket Brigade Al-Qassam hancurkan tank Merkava "Israel"



Brigade al-Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, mendedahkan pihaknya telah melengkapi sebahagian dari roket-roket yang ditembakkan ke Tel Aviv dengan teknologi baru.
"Si tem pertahanan kami membuatkan Iron Dome mereka tidak boleh mengesannya sehingga roket-roket mampu melepasi anti peluru berpandu Israel itu."

Sebelumnya, Sabtu malam, (12/7/2014) Brigade al-Qassam kembali melakukan serangan peluru berpandu ke bandar Tel Aviv dan kawasan pinggir selatan bandar dengan menggunakan roket jenis J80.

"Pukul 21.00, kami telah melepaskan 3 roket tahap pertama untuk jenis J80 dan dua buah roket ditembakkan para pukul 21.05 ke arah Beit Yam. Sistem pertahanan peluru berpandu dan radar mereka tidak mampu mengesan kedua-duanya kerana telah dilengkapi dengan teknologi yang kami sematkan sehingga tepat pada sasaran. "

Brigade al-Qassam menambah, empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini telah dilancarkan pada pukul 21.08 ke wilayah tengah Tel Aviv. Sistem Iron Dome berusaha untuk menghalangnya, namun salah sebuah peluru berpandu Iron Dome meletup di atas Ashkelon yang menyebabkan kecederaan.
 

172 rakyat Palestin terbunuh hari ketujuh serangan Israel

172 rakyat Palestin terbunuh hari ketujuh serangan IsraelGAZA: Serangan Israel ke atas Gaza yang meragut nyawa seorang lelaki dan seorang wanita pada awal Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 172 pada hari ketujuh serangan.

Kedua-duanya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan udara Israel pada hari Ahad, selain lapan lagi terbunuh dalam serangan berkenaan.

Lewat Ahad, serangan Israel membunuh seorang lelaki 65 tahun di Deir el-Balah, seorang lagi berusia 20 tahun di Rafah berdekatan dengan sempadan Mesir dan dua lagi di Khan Yunis.

Dalam pada itu, sebuah rumah menjadi sasaran serangan di bandar utara Jabaliya membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra.

Tidak lama selepas itu, satu lagi serangan membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza.

Seorang lelaki turut terbunuh dalam satu serbuan di Beit Hanun di utara Gaza, di mana tentera Israel memberi amaran akan meningkatkan serangan dan mengarahkan penduduk untuk melarikan diri.

Terlalu ramai orang Palestin dibunuh - Ki-moon

Terlalu ramai orang Palestin dibunuh - Ki-moonPBB: "Sudah terlalu ramai orang awam Palestin dibunuh," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Ki-moon turut mendesak Israel membatalkan serangan darat selain menyatakan kesan buruk jika ia dilaksanakan.

Mengulangi gesaan untuk gencatan senjata, Ki-moon merasakan tanggungjawabnya kepada rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza yang sudah lama dinafikan hak terhadap kebebasan, katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan jurucakapnya, Stephane Dujarric.

"Situasi terkini di Gaza, dengan sekurang-kurangnya 172 rakyat Palestin terbunuh dan tiada langsung kecederaan di pihak Israel dilihat semakin teruk," kata Ki-moon yang melihat Israel tidak menghormati langsung saranan Majlis Keselamatan PBB untuk gencatan senjata.

Ki-moon turut mengulangi gesaannya supaya Hamas menghentikan serangan roket ke atas Israel.

Bagaimanapun, beliau melahirkan perasaan bimbangnya terhadap jumlah orang awam Palestin yang dibunuh sekali gus jika serangan darat dilakukan Israel, jumlah kematian penduduk di Semenanjung Gaza pasti meningkat.