Ahad, 13 Julai 2014

Syefura Othman taruhan DAP

Selepas satu Malaysia dilanda demam 'Dyana' apabila DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, kemasukan seorang lagi jelitawan menjadi taruhan untuk meningkatkan lagi minat anak muda terhadap parti itu.

Dalam temuramah eksklusif siri pertamanya dengan organ Bahasa Melayunya, Roketkini, aktivis Syefura Othman, 25, ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutamanya Melayu.

Kemasukan Syefura (kanan), gadis Melayu bertudung yang lebih dikenali sebagai “Rara”, bulan lalu sudah pun menjadi perbualan hangat, termasuk di kalangan penulis blog anti-DAP.

Poster dan grafik di laman-laman sosial misalnya didakwa memfitnah Rara, ahli seumur hidup DAP, berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, menurut Roketkini, terdapat pihak memuat naik grafik memaparkan gadis bujang yang menetap di Negeri Sembilan itu sebagai pakar urut batin berserta dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.

Bagaimanapun, ia tidak dihiraukan oleh tuan punya badan.

“Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja. Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja,” katanya dipetik dari Roketkini.

Dari SAMM ke DAP

Walaupun belum diketahui sejauh mana keupayaan anak muda ini, namun ahli Solidariti Anak Muda Malaysia itu menjawab yakin, mengapa memilih DAP dan bukan parti Pakatan Rakyat lain sebagai wadah perjuangannya.

'Media bebas paling penting untuk p'raya'

Kebebasan media paling penting untuk memastikan berlakunya sebuah pilihan raya yang adil dan bebas di sebarang negara, kata pakar kajian pilihan raya Britain Prof Sarah Birch.

“Perkara kedua terpenting barulah perundangan,” katanya.

Birch berhujah, pilihan raya bebas tidak semestinya ditentukan oleh pelantikan yang dibuat untuk menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pentadbir pilihan raya semata-mata.

Lebih penting, katanya, supaya badan itu mentadbir perjalanan pilihan raya secara telus.

“Di Sweden, badan percukaian menjalankannya pilihan raya saban tahun. Tetapi semuanya lancar.

“Terdapat juga negara di mana kementerian menguruskan pilihan raya, semuanya juga lancar,” kata Birch.

Katanya, seperti dalam sektor awam, pihak terlibat tidak akan menjalankan kerja dengan baik kecuali terdapat pihak yang memastikan ketelusan mereka.

Boikot produk Israel bukan produk Yahudi - Dr Maza

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan pembela zionis gagal membezakan antara memboikot produk Israel dengan produk Yahudi.

Menurutnya, kegagalan itu membezakan itu termasuk di Malaysia.

“Para pembela zionis termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara 'memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel' dengan produk orang Yahudi,” tulisnya pada laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa penentangan terhadap Israel adalah ekoran segala kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh negara itu.

“Kita tidak anti setiap individu Yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut sempat menegur pihak yang memperkecil usaha memboikot produk Israel.

“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan, dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu (Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu).

Israel defends analysis conducted before air strikes

IDF, Hamas gun battle as Israeli commandos raid missile compound in Gaza

Pembantaian Israel ke atas Palestin

Jumlah kematian ekoran serangan udara oleh Israel ke atas Gaza kini meningkat kepada 162, dengan serangan paling besar berlaku pada Sabtu.

Sehingga kini Israel dan Hamas masih enggan mencari jalan damai terhadap sengketa berlarutan antara mereka.

Berikut adalah secara ringkas kekejaman pembantaian rejim Israel keatas penduduk Palestin di Gaza:

Palestin

Remaja Israel bangga caci penduduk Palestin

Remaja Israel bangga caci penduduk Palestin
SHAH ALAM - Rentetan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin, banyak pihak tampil mengecam perlakuan Israel yang menzalimi penduduk di Gaza.

Namun di sebalik kecaman itu, remaja Israel dengan bangga menyokong pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Israel ke atas penduduk Gaza.

Berdasarkan tinjauan penulis di portal berita Mondoweiss, David Sheen pada Khamis lalu menerusi laman sosial Twitter, ada segelintir anak muda Israel khususnya remaja perempuan memuat naik gambar ‘selfie’ mereka bersama hashtag #ZionStandUp dan jelas mengutuk rakyat Palestin yang ditindas.

Tidak cukup dengan penghinaan yang dilemparkan, remaja tersebut turut melaungkan sokongan terhadap Israel dalam memerangi Gaza serta mendesak bangsa Palestin dihapuskan dari muka bumi.

Salah seorang remaja yang menggunakan hashtag tersebut turut memuat naik sebuah post yang mengutuk Palestin dan mendesak supaya hukuman gantung dan mati dijatuhkan ke atas setiap penduduk Palestin.

Umat Islam perlu bantu saudara di Gaza


Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri  

SERDANG - Umat Islam seharusnya menghulur bantuan kemanusiaan berterusan kepada mangsa peperangan di Gaza sebagai tanda sokongan.

Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri berkata, umat Islam seharusnya memberikan bantuan makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada penduduk Palestin yang semakin dihimpit penderitaan dari sehari ke sehari.

"Pergolakan di Gaza ini adalah suatu kemalangan bagi umat Islam dan saya menganggap bahawa ia merupakan satu musibah yang dilalui penduduk Palestin," katanya kepada pemberita.

Kata beliau lagi, tragedi yang menimpa penduduk Palestin di Gaza boleh disifatkan sebagai suatu musibah dan ujian yang diduga oleh ALLAH.

"Ayuh kita bersatu, bersama-sama mengangkat tangan dan bermunajat kepada ALLAH supaya dugaan ke atas mereka dapat diringankan.

"Kepada yang mempunyai kelebihan dari sudut kewangan, bolehlah menghulur bantuan dan sumbangan kepada agensi-agensi serta NGO yang melaksanakan tugas sebaik mungkin supaya bantuan sampai kepada mereka(mangsa peperangan)," katanya lagi.

DR ASRI - PALESTINE GAZA MEMANGGIL MU

Islami Ya Quds

Sirah Al Qassam - سيرة القسام - Ghuraba Band | Malay Subtitles by FETYA

Cabinet reshuffle: Will the new Ministers be effective? - Part 1

'Semporna shootout like shoe thrown at Najib'

Hamas unveils attack video

Guan Eng: Justice for Beng Hock, lest we forget

Isu MB: PASMEB sengaja ambil kesempatan kata ADUN PKR

Isu MB: NGO sokong Khalid dakwa pemimpin PKR dalang sebar mesej palsu

IDF fires stun grenades, tear gas to disperse stone-throwing Palest...

Israel strike destroys Gaza police HQ in overnight airstrikes

18 dead in single Gaza bombing

PM Palestin Kelaku Macam Zionis Juga...Hampeh..!!

"Inilah Perdana Menteri Paling Fail Dimata Umat Islam Dunia "
Macam inikah sifat PM Palestin, seolah-olah menjadi jurucakap kepada Yahudi laknatullah yang sejak sekian lama menjajah dan setiap hari melakukan penindasan kepada tanah dan rakyat Palestin.
Yang sepatutnya dia persoalkan kenapa Israel attack Gazza bukannya persoalkan kenapa HAMAS serang Israel. Negara tinggal sekangkang kera masih tidak mahu berkeras.
Agaknya bila tanah Masjid Al-Aqsa sudah jatuh ketangan Yahudi laknatullah baru si Mahmoud Abbas nih sedar. Sepatutnya dia kena berbangga mempunyai rakyat Palestin yang sanggup jihad fisabilillah serta menyeru rakyatnya untuk berjihad sama.

NGO: Terus boikot produk rejim Zionist sampai menang

10489822_10152602464047125_1098727104258516973_nSHAH ALAM, 13 JULAI: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa rakyat Malaysia supaya terus memboikot produk keluaran Israel dan tidak melakukannya secara bermusim.
Presidennya Amidi Abdul Manan berkata, perkara ini sewajarnya tidak dilakukan secara bermusim kerana perseteruan di antara rakyat Palestin dan Israel sentiasa berpanjangan.
“Israel tidak pernah menganggap orang Palestin ini teman senegara sebenarnya. Mereka sentiasa bermusuhan sepanjang masa.
“Penentangan terhadap seharusnya berterusan sehingga satu kedudukan yang dianggap selesa dapat diperolehi saudara mara kita, rakyat Palestin.
“Perancangan untuk boikot Israel ini juga perlu secara berterusan, bukannya semasa Gaza diserang semata-mata,” katanya kepada Selangor Kini.
Kod Bar bagi produk barangan daripada Israel ialah 729 contohnya ialah : 729 3453459070
made israel
Sejurus serangan Israel terhadap penduduk Gaza dilancarkan pada awal Ramadan lalu, isu memboikot dan menempelak tindakan rejim Zionis itu kembali hangat diperkatakan terutama di negara ini sebagai solidariti umat Islam diatas kekejaman pembunuhan rakyat tidak berdosa.
10405374_728364550535771_4359148386859511362_n 
Lebih mencuri tumpuan terutama di laman sosial adalah kempen memboikot produk makanan segera McDonald yang didakwa menyalurkan dana keuntungan bagi membantu program Israel memusnahkan penduduk Palestin.

SAMM bantu miskin kota, edar makanan & 2 trak pakaian

gelandanganKUALA LUMPUR, 13 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meneruskan usaha mendekati golongan miskin kota tidak berumah dalam program Singgah Sahur Bersama Gelendangan Kota awal pagi tadi.
Program memasuki tahun ke lima itu melibatkan pengedaran 700 pek mengandungi nasi berlauk, roti krim, kurma, air kotak, air mineral, selipar, selimut, sabun mandi, berus gigi dan ubat gigi serta sejumlah dua trak pacuan empat roda pakaian sumbangan orang ramai.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, program ini diadakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap golongan tercicir dan tertindas dalam kemajuan ekonomi negara.
“Pada tahun pertama tidak sampai 10 orang dengan sumbangan yang sangat terhad.
“Ketika itu matlamat kami ingin menyedarkan dengan menarik perhatian masyarakat khususnya anak muda betapa dalam kerakusan ekonomi kapitalisme ada kelompok yang tercicir dan tertindas.
badrul sharin“Kami juga ingin mendesak agar penguasa memberikan perhatian khusus terhadap isu ini dengan memberi mesej mengenai hak semua untuk akses kepada makanan,” kata beliau kepada Selangor Kini sebaik selesai program dijalankan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur malam tadi.
Kata Badrul Hisham lagi, terdapat peningkatan kesedaran masyarakat yang ketara tahun ini apabila kumpulan beliau tersempak dengan pelbagai kumpulan lain yang menjalankan aktiviti sama.
“Pada tahun ke lima ini menjadi realiti apabila kami bertembung dengan banyak kumpulan melakukan perkara sama termasuk kumpulan Umno yang sebelum ini tidak mempedulikan isu ini,” kata beliau lagi.

GST: KP Kastam akui harga barangan akan naik


KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat 'one-off' dan akan kembali stabil dalam masa setahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.

"Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan dan peningkatan ini kembali stabil dalam masa setahun," katanya di sini.

Khazali ditemui Bernama selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata sehubungan itu gaya hidup pengguna tidak akan berubah dengan pelaksanaan GST tersebut.

Cara kenali barangan Israel melalui melalui ‘Barcode’

Boikot_Israel_Barcode 
Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.
“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”
“Para pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara ‘memboikot product Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan product orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”
Oleh itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company didaftarkan.
Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 gigit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.
Codebar_Malaysia 
Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.
Codebar_Israel 
Sekiranya merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.

Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list

Gaza: Hospital kehabisan ubat-ubatan


GAZA: Perkhidmatan perubatan di bandar Gaza dalam keadaan kritikal ekoran peningkatan jumlah mangsa serangan tentera zionis Israel yang masuk hari keenam hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kesihatan Palestin dan hospial mungkin tidak mampu lagi menerima pesakit kerana kekurangan bekalan ubat-ubaan pada tahap kritikal.

Mereka juga turut menghadapi kekurangan bekalan bahan api untuk meneruskan operasi hospital.

WHO berkata sebuah hospital dan tiga klinik di kem pelarian juga telah rosak.

"Kami membuat rayuan segera bagi mendapatkan 40 juta USD untuk menyokong Kementerian Kesihatan dalam menyediakan bekalan penting untuk hospital yang mencukupi selama enam bulan," kata Pengarah Serantau WHO bagi Mediterranean Timur, Dr Ala Alwan, .

Sementara itu, Ketua Kecemasan Hospital al-Shifa, Dr Ayman al-Sahbani, memaklumkan mereka menghadapi kekurangan peralatan hospital dan perubatan, sambil menambah doktor hampir tidak berehat dan tidak dapat pulang ke rumah ekoran jumlah mangsa yang cedera terus meningkat.

Ditegur kerana solat di lokasi penggambaran

Pelbagai cabaran menanti seorang saudara baru yang memilih Islam sebagai pilihan hidupnya, tidak terkecuali bagi seorang artis terkenal Adam Corrie.

Pelakon dan koreografer tarian itu mendedahkan, beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.

"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.

"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum “Kahwin Campur” anjuran sebuah yayasan di Bayan Baru malam tadi.

Akhbar web PAS itu juga melaporkan, kecewa dengan teguran itu, Adam mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.

Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama.

'Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada PM' - LGE

Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng.

“Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?

“Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

“Ini seperti baling kasut pada Najib,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.

Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.

Gaza diserang, siapa bantu Hamas hadapi serangan Israel?

Setiap kali berlaku serangan ke atas Gaza di Palestin, atau sebarang konflik dalam wilayah dunia Islam, Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, sering disebut dalam kenyataan-kenyataan, mendesak pertubuhan terbesar masyarakat Islam dunia itu bertindak.

Malangnya, realiti politik aliansi global tidak membenarkan peranan yang besar itu diambil oleh OIC, sebuah pertubuhan yang dikuasai oleh Arab Saudi dan tidak melibatkan diri dalam isu politik yang rumit.

Negara-negara Arab yang secara tradisi menguasai dunia Islam dan sekaligus OIC ialah Arab Saudi dan Mesir, dua negara yang juga sekutu kuat Amerika Syarikat.

Dua negara ini ialah negara yang tidak senang dengan Ikhwan al-Muslimin dan Hamas, kumpulan yang umumnya berkongsi falsafah perjuangan yang sama.

Maka, amat sukar untuk melihat OIC yang dikuasai Saudi dan Mesir berupaya mengambil tindakan yang tegas dalam isu Palestin.

Mesir di bawah Abdel Fatah al-Sisi kini lebih kuat memusuhi dua kumpulan ini, dan tidak dapat diharapkan sama sekali untuk membantu dalam kes Gaza.

Dalam dunia Arab, politik serantau seperti konflik Syria dan Iraq biasanya ditangani melalui Liga Arab, yang kini juga dikuasai oleh Arab Saudi dan sekutu-sekutunya di Teluk Parsi.

Tindakan paling tegas diambil oleh Liga Arab sejak beberapa tahun lalu, pada 2011, ialah menggantung keahlian Syria, dalam satu tindakan yang memperlihatkan persaingan serantau melibatkan konflik di negara itu.

Syria yang bersekutu dengan Iran sejak 1979 kini digugat oleh Saudi, Qatar, Turki dan negara sealiran yang lain dalam usaha melemahkan paksi Syria-Iran dan kumpulan-kumpulan yang disokong mereka, yang paling utama Hizbullah dan Hamas.

Komando Israel, tentera Hamas bertembung di Gaza

Komando laut Israel bertembung dengan tentera Hamas semasa serbuan di Semenanjung Gaza pada Ahad, mencetuskan kejadian tembak-menembak pertama seumpamanya.

Ia pertama kali berlaku dalam operasi Israel yang masuk hari keenam bagi menghalang pelancaran roket rakyat Palestin.

Kenyataan tentera menyebut, tentera Israel menyerang utara Gaza menggunakan roket jarah jauh selepas ditembak yang menyebabkan empat komando cedera ringan.

Menurut Hamas, pejuangnya menyerang pasukan Israel di pesisir pantai bagi mengelakkan mereka mendapat.

Israel mengaku mengerahkan 20,000 pasukan tentera simpanan untuk serangan di Gaza. Bagaimanapun kebanyakan serangan setakat ini dibuat daripada udara, dengan 1,200 sasaran telah dibedil.

Hamas, pejuang Islam yang mendominasi Gaza, melancarkan ratusan roket ke Israel, menyerang jauh lebih dalam ke nagara itu berbanding sebelum ini.

Keganasan rentas sempadan menunjukkan tiada tanda-tanda akan berkurangan walaupun tekanan antarabangsa makin memuncak supaya ia dapat dihentikan.

Siren kecemasan berbunyi sepanjang malam di Israel dan penduduk berpusu-pusu memasuki bilik selamat dan pusat perlindungan bom.

Israel melancarkan beberapa siri serangan di Gaza, termasuk terhadap ibu pejabat polis, menurut pihak berkuasa Palestin.

Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 162 pada Ahad


Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 162 pada Ahad

GAZA: Jumlah kematian ekoran serangan udara oleh Israel ke atas Gaza kini meningkat kepada 162, dengan serangan paling besar pada Sabtu menyebabkan 56 penduduk Palestin maut termasuk seorang kanak-kanak dua tahun dan wanita berusia 73 tahun.

Laporan terbaru daripada AFP menyebut, Israel dan Hamas masih enggan mencari jalan damai terhadap sengketa berlarutan antara mereka.

Israel terus menempatkan tenteranya di sempadan Gaza bagi menghalang sebarang kemungkinan serangan darat oleh Hamas serta turut memberi amaran kepada penduduk di utara Gaza agar mengosongkan rumah mereka.

Ekoran peningkatan jumlah mangsa penduduk Palestin yang maut dan tiada kematian penduduk Israel, Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mendesak Israel dan Hamas untuk menghormati “undang-undang kemanusiaan antarabangsa” dan mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa.

Majlis yang mempunyai 15 anggota itu turut mendesak agar gencatan senjata seperti yang dilakukan pada November 2012 dikembalikan.

Israel lancar serangan darat pertama ke atas Gaza, lapor radio awam

Israel lancar serangan darat pertama ke atas Gaza, lapor radio awam
BAITULMUQADDIS: Komando laut Israel melancarkan serangan darat semalam di Semenanjung Gaza buat pertama kali sejak serangan terhadap Hamas dimulakan, lapor radio awam Israel pada awal Ahad.

Serangan singkat itu disasarkan ke lokasi pelepasan roket.

Cawangan tentera Hamas mengesahkan tembak menembak berlaku dengan beberapa pejuang Palestin.

Seorang jurucakap tentera kemudian mengesahkan empat tentera Israel cedera ringan ketika operasi berlangsung.

“Tembak menembak tercetus ketika misi, yang dimulakan oleh pengganas di lokasi serangan, di mana empat tentera Israel tercedera,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai operasi itu.

Briged Ezzedine al-Qassam, yang merupakan sayap tentera Hamas mengesahkan tembak menembak berlaku antara pejuangnya dan tentera Zionis yang cuba untuk memasuki zon Sudanyia di barat laut Gaza.

Ini merupakan serangan darat pertama di Gaza oleh tentera Israel sejak serangan dilancarkan pada Selasa.

Sukarelawan belum boleh ke Gaza


Ratusan rakyat Indonesia melakukan demonstrasi mengutuk kekejaman Zionis di Jakarta, semalam. - Foto: AFP

KAHERAH - MESIR . Duta Besar Republik Indonesia ke Mesir, mengeluarkan arahan bahawa sukarelawan masih belum dibenarkan ke Gaza kerana keadaan masih tegang, lapor AntaraNews.

Nurfaizi Suwandi berkata, ketika ini pos keselamatan di sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gaza, ditutup oleh pihak berkuasa Mesir bagi mengelakkan rakyat negara itu memasuki Gaza.

"Segala bantuan sebaiknya disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Mesir atau Duta Besar Palestin di Jakarta untuk masuk ke Gaza.

Mereka perlu dapat kebenaran dari Kementerian Luar Mesir," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Mesir hanya mengizinkan penduduk Gaza memasuki negara itu jika memerlukan rawatan susulan di hospital.

Insiden Mabul: Apa sudah jadi keselamatan negara & Esscom?

polis-komando-paskal-dan-marin-sabahSHAH ALAM, 13 JULAI: Kes penculikan dan serangan hendap di Pulau Mabul,Sabah memperlihatkan segala usaha mempertingkankan ciri keselamatan di kepulauan dan sempadan Sabah seolah-olah tidak berkesan malah ia perlu ditangani dengan serius.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi berkata, perkara itu sangat membimbangkan kerana ini bukan kejadian pertama bahkan sebelum ini turut melibatkan rakyat tempatan dan pelancong asing.
Katanya, setiap kali kejadian penculikan berlaku, Kerajaan Pusat hanya akan menjanjikan pengukuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
“Ini (kes penculikan) sudah berulang kali berlaku. Setiap kali berlaku Kerajaan Pusat menjanjikan untuk memperkukuhkan Escomm dan sebagainya tetapi nampaknya tidak berkesan.
“Ini sangat membimbangkan. Kita lihat seolah-olah kita tidak mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku sebelum ini.
“Kita rasa (aspek keselamatan) seperti tidak disiasat dengan betul apa yang perlu kita lakukan supaya perkara-perkara ini boleh dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini.
Memetik laporan media difahamkan seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Singkir Khalid boleh pecahkan Pakatan - Penganalisis

Bapa Wan Azizah cadang buat tinjauan umum sebelum lantik MB Selangor‎ baru

Bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood cadang tinjauan umum sebelum lantik MB Selangor baru . – Gambar The Malaysian Insider, 13 Julai, 2014.
Bapa Wan Azizah, Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood cadang tinjauan umum sebelum lantik MB Selangor baru . – Gambar The Malaysian Insider, 13 Julai, 2014.

Satu tinjauan umum perlu dilakukan bagi mengenal pasti siapakah yang paling layak untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, kata Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood.
Bapa kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berkata pandangan rakyat perlu diambil kira dan hal itu tidak harus berlandaskan kepada emosi kerana ia tidak mampu menyelesaikan masalah.
"Kita boleh buat tinjauan umum. Bergan‎tung pada pendapat rakyat keseluruhannya.
"Bila kita mendapat maklumat kolektif, kita ada panduan. Jika itu perlu kita buat. Itu pada pandangan saya," katanya yang pernah berkhidmat selama 20 tahun dengan Majlis Keselamatan Negara kepada The Malaysian Insider semalam.
Semalam, ‎Anwar berkata perbincangan untuk menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar Selangor perlu dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik, terutamanya dalam urus tadbir kewangan negeri.
"Saya tidak fikir kita perlu tergesa-gesa. Ia perbincangan dalaman dan baik bagi kami uruskannya dalam keadaan yang baik.
"Saya selalu berpendapat beliau lakukan tugasnya dengan baik dalam hal kewangan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa semalam.

Jangan malukan Wan Azizah, segera singkirkan Khalid, kata Utusan Malaysia

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu digantikan sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memandangkan Majlis Himpunan PKR Januari lalu sudahpun sepakat, kata penolong pengarangnya Zulkefli Hamzah. – Gambar The Malaysian Insider oleh 13 Julai, 2014.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu digantikan sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, memandangkan Majlis Himpunan PKR Januari lalu sudahpun sepakat, kata penolong pengarangnya Zulkefli Hamzah. – Gambar The Malaysian Insider oleh 13 Julai, 2014. 

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu segera diangkat sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mengelak keaiban besar presiden PKR itu, kata Utusan Malaysia.
Penolong pengarangnya, Zulkefli Hamzah berkata usaha untuk mengangkat Azizah sebagai menteri besar bukanlah satu tugas sukar kerana ia sudah disepakati Majlis Himpunan PKR Januari lalu.
“Sepatutnya mereka jaga kedudukan presiden parti. Sudah diangkat dengan susah payah sebegitu rupa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, tetapi dibiarkan terkapai-kapai di awang-awangan. Kasihan Wan Azizah.
“Sepatutnya segeralah laksanakan 'Langkah Kajang' dan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat. Jangan malukan presiden sendiri. Presiden pun ada aib dan wibawa yang perlu dijaga.
“Jadi, apa tangguh-tangguh lagi. Mengapa perlu lama-lama? Lantik segera Adun Kajang ini sebagai menteri besar,” katanya menerusi akhbar Umno itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Semalam, ‎Anwar berkata perbincangan untuk menyingkirkan Khalid sebagai menteri besar Selangor dilakukan secara dalaman dan usaha berkenaan tidak dilakukan secara tergesa-gesa.
Ketua umum PKR itu berkata, Khalid setakat ini menjalankan tugasnya dengan baik, terutamanya dalam urus tadbir kewangan negeri.

Hari-hari terakhir seorang MB

Radzi Razak

Dengan komen terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, maka dengan rasminya juga Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjalani hari-hari terakhir beliau sebagai menteri besar (MB).

Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri.

Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu.

Bagaimanapun isu penukaran MB sebenarnya bukan merupakan perkara pelik kerana ia kelaziman dan pregoratif parti politik masing-masing

Baru-baru ini di Terengganu, MB turut ditukar, dan ia 'prosedur biasa' yang digunakan BN sekiranya merasakan penyandang jawatan itu kurang 'kena' dengan pimpinan peringkat tertinggi.

Tetapi jika dilihat dari sudut 'ketelusan' dan 'kebertanggunjawaban' yang sentiasa dikumat-kamitkan PKR, adakah alasan menukar Khalid merupakan langkah dari segi politik semata tanpa sebarang input daripada 'rakyat'?

Terbaru, dengan jaminan Anwar bahawa isu itu akan diselesaikan secara tertib, teratur dan di “balik pintu yang tertutup”, serangan halus, licik dan ancaman politik menggunakan media massa dan sosial ini akan berterusan?

Ini kerana sama ada Khalid ditukar atau tidak, persepsi yang tercetus hasil polemik dan caturan kelompok politik langkah ini amatlah tidak baik untuk PKR dan juga Pakatan secara umum.

'Langkah 28'

Dengan pemilihan isu pemilihan parti yang masih tidak selesai, timbul pula isu 'Langkah 28' apabila kelab penyokong kerajaan (BBC) DUN Selangor dilaporkan membincangkan isu ini.

Sumber dari DUN Selangor menyatakan 28 dari 31 ADUN PKR, PAS dan DAP telah pun bersetuju untuk mengusulkan usul undi tidak percaya terhadap Khalid.

Ketua BBC Azmin Ali dilaporkan memanggil mesyuarat khas BBC buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun di Shah Alam Selasa lalu

"Hanya dua ADUN PAS iaitu Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Saari Sungib (Ulu Klang) hadir pada mesyuarat tersebut," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

ADUN DAP dan PKR difahamkan sudah sepakat untuk menguatkan desakan terhadap Khalid bagi meletakkan jawatan beliau.

Hanya PAS dilihat masih tidak memberi jawapan lagi terhadap hal ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Ab Samad tidak mahu memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Bagaimanapun sumber daripada PAS Selangor menyatakan ada arahan 'tertinggi' parti yang meminta mereka agar tidak menurut desakan oleh PKR dan DAP.

Apa Yang Saya Lalui Tentang Yahudi-Dr.Maza

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Semalam (21 Mac 2012) saya bermusafir dari UK ke Jordan. Saya hadir memenuhi undangan para pelajar Malaysia di sini. Ada seminar yang sedang berlangsung. Sebanyak empat sessi untuk saya. Asalnya, saya macam ‘berusaha’ untuk tidak memenuhi undangan yang datang dari pelbagai pihak sepanjang berada di Oxford kerana ingin menumpukan kepada tugasan saya.
Pelbagai jemputan khususnya dari para pelajar dan masyarakat Malaysia dari Eropah, saya masih tangguhkan. Saya pernah berkata kepada beberapa sahabat ‘rasanya jemputan yang saya dapat melebihi hari-hari yang ada’. Tapi, saya terima undangan dari Jordan, sekalipun jauh selama 5 jam penerbangan. Sedangkan saya baru sahaja selesai ibadah umrah beberapa hari lepas di Mekah.
Saya datang juga kerana di sini tempat saya belajar dahulu. Saya ingin mencium bau padang pasir dan udaranya yang telah lama saya tinggalkan. Saya ingin menikmati ‘maqlubah’, kunafah, mansaf dan lain-lain hidangan Jordan. Namun lebih penting, saya rindu ingin melihat wajah guru-guru saya. Kata orang melayu ‘tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain’.
Saya pulang dari Jordan pada 1995, setelah hampir 5 tahun berada di sini. Saya belajar ijazah pertama Bahasa Arab dan Shariah di University of Jordan. Pulang ke Malaysia ketika usia masih 20an. Kini baru saya datang semula setelah saya menjejak kaki ke atas pelbagai benua dan negara.
Jika para imam yang agung dan besar seperti al-Imam al-Syafi’i itu berubah pandangan dan pendapat setelah melalui pelbagai kembara, sudah pastilah insan yang kerdil seperti saya terdedah kepada perubahan. Namun, kesan dan pengaruh pengalaman mewarnai banyak perkara dalam hidupan.
Isu Yahudi
Di Malaysia sekarang timbul isu yahudi. Sesiapa yang pernah hidup di Jordan terutama pada era saya berada dahulu yang mana Perang Teluk memuncak, akan tahu betapa Israel dan Yahudi menjadi ‘zikir’ bicara setiap rakyat Jordan. Kedudukan Jordan yang bersempadan dengan Israel dan jumlah orang Palestin yang memenuhi pelbagai ruang di negara ini menjadikan isu Palestin sentiasa segar.
Di sinilah saya mengikuti pelbagai aktiviti yang kesemuanya ke arah pembebasan Palestin dan penghapusan yahudi. Demonstrasi, khutbah, ceramah, nasyid, syair dan segala pementasan seni dan segala berasaskan isu Palestin dan Israel. Guru-guru saya di masjid seperti as-Syeikh Dr Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, as-Syeikkh Dr Hammam Said, as-Syeikh Dr Muhammad Abu Faris dan lain-lain merupakan lambang rakyat dalam menentang Yahudi.
Di universiti juga demikian. Kawan-kawan arab ramai yang bersemangat jihad. Kadang-kadang kami ponteng kelas kerana menyertai demonstrasi anti-yahudi. Sehingga saya terfikir untuk pergi berperang di Palestin dan mati syahid di sana. Usia yang teramat muda, yang baru sahaja meninggalkan alam remaja ketika itu menjadikan segala slogan-slogan itu berkobar terbakar dalam darah dan perasaan. Apa tidaknya, nasib Palestin dan kekejaman Yahudi yang disaksikan saban hari.
Di Jordan inilah kami menghafal slogan-slogan bersemangat menentang Yahudi. Dalam demonstrasi, slogan-slogan seperti Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad saufa ya’ud (Khaibar! Khaibar! wahai Yahudi! Tentera Muhammad akan kembali) berkumandang di sana sini. Lirik-lirik nasyid juga penuh dengan isu Yahudi. Kami menghafal dan mendendangkannya. Maka Yahudi isu asas di sini. Bak kata guru-guru kami; kerana Yahudi itu isu asas, maka Surah al-Isra ataupun Bani Israil itu berada paling tengah al-Quran.
Yahudi di Barat
Apabila saya melawat Berlin, Jerman pada tahun 2009, saya melihat gambaran yang lain cuba diberikan. Yahudi dilihat sebagai mangsa kekejaman Hitler. Dibuat memorial khas untuk mengenang Yahudi yang menjadi mangsa pembunuhan di Eropah. Walaupun banyak yang boleh dipersoalkan.
Apabila saya ke Oxford sekarang, saya mendapati betapa ramai penulis muslim di Barat membincangkan mengenai Yahudi di sudut ia sebagai salah satu agama tanpa isu Palestin. Maka Yahudi dilihat sebagai agama seperti agama Kristian. Emosi Palestin tidak berperanan.

Nasib (kuih) Melayu di bulan Ramadan


bazar


Jam lebih kurang 4.30pm. Waktu yang sedang-sedang elok untuk berangkat menunaikan ‘ritual’ petang hari di bulan puasa –  merayau di bazar Ramadan. Aku kurang pasti sejak bila perkataan bazar ini digunakan, tapi yang jelas semasa aku masih lagi anak kecil, kami di kampung tidak pernah memanggilnya bazar Ramadan. Hanya pasar Ramadan. Bukankah perkataan bazar itu sama sahaja ertinya dengan pasar? Barangkali bazar itu perkataan yang lebih dekat dengan Islam, kan Arab itu Islam?
Maka berangkatlah aku. Ternyata Ramadan tidak seluruhnya mampu menyemai sabar, apatah lagi dalam kalangan pengguna jalanraya di negara ini. Masing-masing mahu sampai rumah awal barangkali. “Macamlah boleh buka awal”, getus hati aku, separuh meradang, separuh ditahan.
Dalam radang-radang itu, tiba juga aku ke bazar atau pasar Ramadan. Sebagaimana biasa jumlah manusianya ramai tak terhitungkan. Hatta dalam negeri yang dikatakan tiada Melayu ini, penuh dengan Melayu, bersesak-sesak, berhimpit-himpit. Entah dari mana munculnya tidak pula ingin aku pastikan.
Anehnya, ketika aku mengaji dahulu, pesan Lebai Sahak, bulan Ramadan adalah bulan ibadah, bulan untuk banyakkan baca Al-Quran, bulan banyak solat sunat, bulan untuk banyak doa. Tapi kini nampaknya bulan Ramadan adalah bulan orang Melayu berniaga. Tapi betul juga, berniaga itukan ibadah? Bukankah Ramadan itu lebih baik daripada seribu bulan, maka mungkin sebab itulah ramai Melayu yang hanya berniaga di bulan Ramadan dan makan gaji lagi 11 bulan.
Aku pun melihat-lihat jualan –  dari lopes membawa ke pulut panggang, dari air tebu sampai ke air katira, dari murtabak hingga roti jala. Oleh sebab hanya pada bulan puasa, jumlah peniaga Melayu meningkat mendadak, maka variasi pilihan makanan juga bertambah. Pada waktu inilah, akan ada banyak kuih tradisional atau ‘eksotik’ pada kaca mata orang bandar muncul di atas meja jualan seperti akok, tepung pelita, dan kole kacang.

Terus suarakan bantahan kepada Israel di PBB

teo kok seong
KUALA LUMPUR, 12 JUL:Pemuda DAP Kebangsaan (Dapsy) menggesa agar masyarakat antarabangsa terus menyuarakan bantahan terhadap serangan rejim Israel ke atas Gaza yang kini sudah masuk hari kelima.
Ketua Dapsy Teo Kok Seong menyifatkan serangan itu tidak boleh didiamkan dengan begitu sahaja kerana telah banyak mengorbankan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas pihak Israel. Ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa mereka.
“Kita berharap agar negara-negara seluruh dunia dapat terus bersama-sama menyuarakan bantahan terhadap serangan terbaru ini, terutama melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya kepada Roketkini.
Menurut laporan Al-Jazeera, siri serangan terbaru yang bermula Selasa lalu setakat ini sudah mengorbankan 121 nyawa warga Palestin dan mencederakan 920 orang.
Namun, tiada tanda bahawa serangan ini akan berakhir dalam masa singkat, apabila Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu menyatakan beliau akan meningkatkan lagi serangan selagi Hamas tidak menghentikan serangan roket ke negara itu.

33,000 Tentera Israel Siap Sedia Lancar Serangan Darat


Kereta kebal dan perisai tentera Israel bersiap sedia di sempadan untuk melancarkan serangan darat.

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 33,000 tentera Israel, peralatan perang termasuk kereta kebal dan perisai bersiap sedia serta ditempatkan di sepanjang sempadan untuk melancarkan serangan melalui darat di Semenanjung Gaza.
  Perancangan terbaharu ini membuktikan kekejaman Israel tidak pernah padam selepas serangan yang masuk hari kelima dan mengorbankan 127 orang.

Ketika ini juga, sekurang-kurangnya 16 lagi kawasan penduduk Palestin menjadi sasaran dalam serangan ganas Israel.

Pada masa sama, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu bertegas untuk tidak tunduk dengan tekanan antarabangsa bagi menghentikan pengeboman, manakala Menteri Luar, Avigdor Lieberman pula memaklumkan keputusan akan dibuat mengenai serangan darat, selepas melancarkan fasa pertama melalui udara sebelum ini.


Anggota Israel diberi penerangan mengenai operasi yang bakal dilancarkan di Semenanjung Gaza di lokasi yang dirahsiakan.

Bubarkan saja DUN untuk selesaikan krisis Selangor..!!

Oleh Amin Iskandar
Persoalan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus terus memimpin Selangor perlu diselesaikan segera oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum negeri terkaya Malaysia itu mengulangi sejarah Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.Belum terlalu lama untuk kita lupa tentang krisis kepimpinan di negeri jelapang padi itu sebelum PRU13.

Kegagalan PR, khususnya PAS, dalam menyelesaikan masalah di negeri Kedah menyebabkan harga mahal dibayar dalam PRU13. Akhirnya Kedah yang PR menangi buat pertama kali pada 2008 kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) apabila pengundi menghukum melalui kertas undi.
Selain kehilangan negeri Kedah, PR juga kehilangan beberapa kerusi Parlimen yang mereka menangi pada 2008.
Tidak mustahil sejarah ini akan berulang di Selangor. Rata-rata pengundi atas pagar yang saya temui meluahkan rasa meluat mereka dengan “pergaduhan” pemimpin-pemimpin PR Selangor tentang siapa yang harus berkuasa.
PR silap jika menjangkakan pengundi di Selangor akan terus menyokong mereka secara membuta tuli dalam pilihan raya umum akan datang tanpa menyelesaikan permasalahan di negeri yang seharusnya menjadi contoh kepada kepimpinan gabungan pembangkang di Malaysia.
Dalam suasana sebegini, pemimpin tertinggi PR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang harus menunjukkan “kepimpinan” mereka, bukan hanya tahu mengutuk Umno dan BN sahaja.
Krisis Selangor yang berlarutan menunjukkan betapa tidak sepakatnya pimpinan PR, sehingga menyebabkan ramai yang tertanya, jika masalah Selangor tidak dapat diselesaikan, bagaimana mahu memimpin Malaysia?
Bagaimanapun caranya, Umno berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan di negeri Terengganu walaupun Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said sempat “berdrama.”
Selemah-lemah Datuk Seri Najib Razak, beliau berjaya menyelesaikan masalah di negeri yang kaya dengan minyak itu, tanpa sebarang masalah secara zahirnya.

Survivor of Israeli airstrike

Deadliest day so far in Gaza

Ketua Polis Gaza antara 15 maut dibom Israel

Ketua Polis Gaza antara 15 maut dibom IsraelGAZA: Serangan udara Israel di rumah Ketua Polis Gaza mengakibatkan Ketua Polis, Tayseer Al-Batsh maut dan turut mengorbankan 15 rakyat Palestin yang lain.

Menurut laporan Reuters, kebanyakan yang mati merupakan dari kalangan ahli keluarganya sendiri.

Serangan itu menyusul tidak lama selepas Briged al-Qassam, melepaskan beberapa roket di bandar-bandar Israel di Tel Aviv dan Bat Yam. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, tentera Israel meminta rakyat Palestin untuk mengosongkan kawasan utara Gaza sebagai langkah keselamatan.

Ia susulan selepas serangan Israel yang mengorbankan lebih 135 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam masuk hari keenam pada Ahad.

Menurut laporan AFP, tiga roket berjaya dipintas sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

"Tiga roket dipintas di atas kawasan metropolitan Tel Aviv. Satu lagi roket diserang di kawasan terbuka berhampiran Rishon LeTzion," kata tentera Israel selepas siren dan letupan kedengaran di kawasan berkenaan.

Sementara itu, kumpulan Jihad Palestin Islam, Briged al-Quds berkata, pertempuran meletus dengan Israel dalam misi untuk mara ke Gaza.

Bagaimanapun, kumpulan itu menyifatkan serangan itu tidak menguntungkan mereka.

156 kematian dicatatkan di Gaza pada hari keenam

156 kematian dicatatkan di Gaza pada hari keenam
GAZA: Masuk hari keenam, tentera Zionis Israel memperhebatkan serangannya ke atas Gaza dengan mencatat 156 kematian pada saat tekanan antarabangsa diberi agar satu gencatan diisytihar segera.

Israel turut mengeluarkan amaran kepada penduduk Palestin supaya meninggalkan semenanjung Gaza seandainya mahu selamat.

Ia sekali gus petanda aktiviti ketenteraan Israel akan dipertingkat.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Gaza meminta penduduk tidak keluar dari rumah masing-masing dan menganggap arahan itu hanya perang psikologi yang mahu mengelirukan penduduk Gaza sendiri.

Dalam pada itu, sehingga lewat petang Sabtu, puluhan lagi bom digugurkan di Gaza.

Pada hari kelima serangan, 16 rakyat Palestin yang terbunuh menjadikan jumlah 121 orang terkorban sepanjang serangan tercetus.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra, serangan terbaru mengakibatkan tiga terbunuh di kejiranan Tufah, timur Bandar Gaza.

The PM and Bung Mokhtar- two peas in a pod.

The UMNO Supreme council met up a few days back. Everyone in their finest baju Melayu.  Each time it meets up, I am wondering how do the other UMNO leaders size up their own paramount leader- Kim Il Najib? Do they in private lament- what a dumb ass our president is?
The man has obviously become silly; many of them will now realise that Najib is not very much different from Bung Mokhtar Radin- that crude and loud leader from some place called Kinabitangan in Sabah.
He must have left his brain somewhere when he concluded that Brazil lost to Germany on the semi-finals because they were leaderless. That is exactly what people are saying about Malaysia, which under Najib, appears to be leaderless. The general consensus on the ground now, is that Najib is worse than Pak Lah. Najib must not confuse popularity as indicative of leadership qualities.
Long ago I have written that if Najib can become PM of Malaysia- then anyone can. That observation was not done out of spite entirely. While he may have that imperial air about him which people can mistake as indicative of a leadership attribute, the truth is, he has no substance. He is no thinker in the calibre of his father. His idea of development and progress is to provide immediate temporary relief and the gratitude expressed by recipients and the elation seen on the faces,  taken as approval of what he does. He then declares success.  Hurrah!

Bung bungled with his anti-Semitic tweet

Bung Mokhtar prefers to dwell on war atrocities of the past, instead of learning from Germany about how to progress as a united, forward-thinking nation.

By Agens Mutationis
bungmokhtarOn July 8 as a confident Germany went on to score seven goals past World Cup host and five-time champions Brazil, Israel bombed Gaza as millions around the globe stay glued to their televisions, watching the horror unfolding at the Mineirao.
For Malaysians, the horror continued to unfold the next day in the form of a cynical but extremely anti-semitic tweet from a member of parliament.
Kinabatangan MP, Datuk Bung Mokhtar Radin not only courted controversy over his tweet; “WELL DONE-BRAVO-LONG LIVE HITLER” but drew the ire of local lawmakers and Malaysians, the German Embassy and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak himself.
It is timely to remind you about the subject of the tweet – Nazi dictator Adolph Hitler was responsible for the loss of lives of nearly six-million Jews during the Holocaust in World War 2.
Germany’s Ambassador to Malaysia Holger Michael, strongly rejected the reference made.
You see, the Germans have long since moved on.
It was a different scenario for Bung though, as evident in the manner he replied to his Twitter followers.
The audacity of the tweet and his antics led Najib to slam the now uncontrollable Sabahan lawmaker’s remarks as “unacceptable and wrong.”
Bung did apologise, in a somewhat bung-gling fashion and continued to slay his adversaries on Twitter like a six-year-old fighting over a toy.

Negara Arab lemah dorong Zionis serang Gaza

 Mohamad Abu Bakar SHAH ALAM - Kelemahan negara-negara Arab dipercayai antara faktor yang mendorong Israel menyerang Gaza kini, kata Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

Beliau berkata, siapa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat Palestin untuk membantu mereka kerana dunia Arab semakin lemah dan berpecah-belah.

"Dulu ada Iraq tetapi Iraq sudah hancur. Syria diambang kehancuran, Mesir pula dalam keadaan tidak menentu,” katanya, semalam.

Ditanya apakah faktor penyatuan Hamas dan Fatah yang kini dalam proses untuk membentuk semula Kerajaan Perpaduan menjadi punca susulan kebimbangan Israel bahawa penyatuan itu menjejaskan mereka, katanya: "penyatuan Hamas dan Fatah hanya satu suara penyatuan kepada Palestin untuk berurusan dengan Barat dan PBB.

“Selain itu, dari segi ketenteraan tiada ada yang perlu dibimbangkan Israel. Apalah sangat ketenteraan yang ada pada Hamas dan Fatah?”

KUIS jadi universiti wakaf pertama Malaysia pada 2016

KUIS2BANGI, 13 JULAI: Selangor sebagai sebuah negeri yang mementingkan pembangunan ilmu bakal memiliki sebuah lagi universiti penuh menjelang 2016 nanti.
Ini bakal direalisasikan apabila Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjaya mencapai status universiti penuh pada 2016 nanti.
Rektor KUIS, Profesor Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata, antara langkah diambil bagi menjayakan wawasan ini termasuk menawarkan program pasca siswazah iaitu Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Muamalah), Ijazah Sarjana Syariah (Pengurusan) dan Doktor Falsafah Islamiyyat.
“Penawaran program ini adalah bagi menggalakkan usaha melahirkan lebih ramai profesional dan penyelidik Islamik disamping memupuk dan meneruskan usaha menjalankan penyelidikkan ilmiah,” kata Dr Ab Halim.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dalam Majlis Berbuka Puasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Azhar, KUIS di sini semalam.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS.

Serangan bersenjata di Pulau Mabul: Ops besar-besaran udara & darat

polis terkorbanSEMPORNA 13 JULAI: Satu operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk melarikan diri dari Semporna disekat.
Memetik laporan MStar Online, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak mati.
Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakiah Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul pada kira-kira pukul 11 malam Sabtu.
Petunjuk awal mendapati kumpulan lelaki bersenjata itu mungkin menyeberangi kawasan itu menggunakan bot mereka sebelum memanjat ke arah jeti resort melalui belakang bangunan berkenaan.

Mereka masih solat walaupun negara dihujani bom

 
 
Keadaan inilah yang membuatkan zionis Israel laknatullah takut akan Islam. Walau dalam apa juga keadaan pun mereka tidak lupa untuk menyembah dan memohon doa kepadaNya. Walaupun mereka tahu nyawa mereka hanya dihujung tanduk buat masa ini. Allahuakbar.

Zionis sasar orang awam, tiada kawasan selamat di Gaza

KUALA LUMPUR: Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza.

Demikian kenyataan bersama Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (Pengerusi Shura}, Wan Tarmizi Abdul Aziz (Timbalan Pengerusi, Teras Pengupayaan Melayu), Datin Hajah Aminah Zakaria {Pengerusi, Salimah) dan Zulkifli Ibrahim (Timbalan Pengerusi Jama'iy Perak) yang mengutuk pencerobohan dan keganasan tentera rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

Berikut kenyataan penuh mereka.

Kami, organisasi dan individu yang bertandatangan di bawah, menyatakan kutukan keras kami kepada keganasan tentera Israel Occupation Force (IOF) ke atas Gaza. Pembunuhan rakyat Palestin di Gaza sejak serangan itu dilancarkan pada hari Selasa, 8 Julai 2014 yang lalu adalah pengulangan  serangan tentera Israel pada 2008/2009 dan 2012. Serangan yang diberi nama oleh IOF itu  sebagai Operation Protective Edge telah diumumkan akan menjadi operasi ketenteraan yang akan berlarutan dalam jangka masa yang panjang.

Kini pencerobohan sekali lagi dilancarkan dan mensasar orang awam melalui serangan udara dan pengeboman setiap hari. Tiada kawasan yang selamat lagi di Gaza.

Sangat malang ketika seluruh dunia memberi perhatian sepenuhnya kepada Piala Dunia FIFA di Brazil, masyarakat dunia berdiri kaku bila setakat 12 hb Julai lebih 100 orang, termasuk  kanak-kanak terbunuh dan lebih 800 orang cedera, 300 rumah kediaman musnah dan 1000 rumah rumah rosak  dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza dalam 4 hari sejak 8 hb Julai yang lalu. Adalah mencukupi untuk sesiapa sahaja tersentuh hatinya bila mengetahui bahawa dalam satu serangan udara sahaja, ke atas sebuah rumah, IOF telah membunuh 7 rakyat Palestin termasuk 5 kanak-kanak pada hari Selasa lalu.

Dakwa enam ahli PKR terlibat

Wan Adnan (tengah) dan Mokhtar (kanan) menunjukkan laporan polis dan bukti.  
Wan Adnan (tengah) dan Mokhtar (kanan) menunjukkan laporan polis dan bukti.
KLANG - Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) mendesak enam ahli PKR dan seorang individu yang terlibat menyebarkan fitnah berhubung pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat.

Individu berjawatan ahli parlimen antara yang didakwa terlibat dalam provokasi itu.

Ahli Jawatankuasa Pasmeb, Wan Adnan Wan Abdul Rahman berkata, pihaknya mempunyai bukti penglibatan mereka melalui kenyataan yang tersebar dalam media cetak dan laman sosial.

Menurutnya, ada yang mengeluarkan kenyataan melalui Facebook dengan menyebarkan berita tidak benar mengenai peletakan jawatan menteri besar apabila mengaitkan institusi Diraja yang kononnya telah memperkenankan peletakan jawatan ini.

"Ini bukti sah komplot yang sengaja dirancang untuk mengaibkan dan menjatuhkan Abdul Khalid," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, semalam.

Sementara itu, ahli bersekutu Pasmeb, Mokhtar Razak Badri berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung isu itu mengelakkan kekeliruan.