Sabtu, 12 Julai 2014

Counting the Cost - El-Sisi's big subsidies gamble

Special: Inside Egypt's Prisons

Israel-Palestine Conflict: Grief of a mother

Hamas buat lagu perang dalam bahasa Yahudi


Hamas meningkatkan perang psikologinya terhadap Israel apabila memuat
naik lagu semboyan perjuangannya dalam bahasa Hebrew, lapor AFP.

Lagu asal bahasa Arab itu sudah lama jadi lagu tema pergerakan sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam.

Lagu dalam terjemahan bahasa Hebrew itu dimuatnaik ke saluran YouTube sayap tersebut.

Liriknya antara lain berbunyi: “Hancurkan semua Zionis ... bakar tentera dan pangkalan mereka.”

Gelandangan: Kementerian Wilayah Persekutuan Adakan Perbincangan



KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengadakan perbincangan peringkat pertama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal bagi membantu menyelesaikan masalah gelandangan di ibu negara.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata selain itu, pihaknya akan mengaturkan satu majlis berbuka puasa dengan golongan kurang bernasib baik itu dalam masa terdekat bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah yang mereka hadapi.

"Kita tak nak mereka (hidup) bergelandangan. Saya kasihan tengok (gelandangan) kerana saya berjalan di seluruh Kuala Lumpur dan tahu keadaan kehidupan mereka.

Insya-Allah kita akan selesaikan sebaik mungkin kerana kerajaan ini kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Nur Kasih Ramadan peringkat Parlimen Lembah Pantai di Taman Pantai Indah Fasa 2 di sini, Sabtu.

Bajet 2015: MH370 punyai bajet berasingan..!!

Bajet 2015 KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan berlepas ke China minggu depan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Yang Chuangtang bagi membincangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang kini memasuki fasa kedua.

Beliau berkata walaupun perbelanjaan operasi SAR itu tidak termasuk dalam Bajet 2015 yang akan diumumkan pada Oktober ini, namun kerajaan tetap menyediakan bajet khas bagi menyelesaikan insiden itu.

"Saya rasa bajet itu lain, MH370 adalah satu insiden yang kita ambil berat dan bagaimana kita dapat selesaikan dengan secepat mungkin.

"Sebelum ini pun kita telah mengumumkan aset-aset yang baru yang dihantar kepada Australia untuk membantu dalam operasi ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Bajet 2015 di ibu pejabat MCA, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, beliau kemudiannya akan berlepas ke Australia pada Ogos ini untuk tujuan sama.

"Kita akan pastikan kerjasama Australia, China dan 26 negara ini terus komited mencari pesawat MH370 yang hilang itu.

Penduduk Palestin bangkit menentang kekejaman Israel

Dunia protes Israel serang Gaza

Gazans hold funerals amid Israeli bombing

Doctor: Human shield built around Gaza hospital

Unstoppable Barrage: Gaza bombing intensifies, death toll over 100

Gaza deaths pass 100

Moment of Impact: Israeli airstrike creates chaos in southern Gaza

Polis Buru Cybertrooper UMNO Bernama Padi Jantn Kerana Ugut MB Kedah

Facebook Mukhriz Mahathir Fan Club telah menyatakan bahawa empat laporan polis telah dibuat keatas keatas nama 'Padi jantn' atau Mohamad Taufik B. Ali di balai polis sekitar negeri Kedah.

Laporan polis dibuat atas ugutan tembak dan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

Pihak polis memandang serius perkara ini dan telah membuat serbuan dirumahnya pada pukul 10 malam tadi. Tetapi suspek tiada dirumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Bila melarikan diri, kes ini akan lebih teruk. Nasihat kami pada si Padi jantn, serah diri dan selesaikan kes ni, sebelum ianya menjadi besar dan berat,
menurut Facebook berkenaan.

Padi Jantn dikenali sebagai salah seorang cybertrooper UMNO.

Antara komen melampau dikesan dilakukan Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan ialah 'jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi'.

Satu lagi komen Padi Jantn yang berunsur ugutan berbunyi 'dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja'.

Insiden guru baling kasut: Tukar sekolah tidak memadai, perlu bawa ke mahkamah


gobind 2


KUALA LUMPUR, 12 JUL: Guru yang dilaporkan membaling kasut kepada seorang murid darjah dua sehingga mendatangkan kecederaan sepatutnya didakwa di mahkamah, bukan sekadar ditukar ke sekolah lain, kata Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo.
Sinar Harian pada hari Khamis lalu melaporkan insiden guru Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Abdul Rahim Jaafar, yang membaling kasutnya ke arah M Sharmini, 8, sehingga luka di dahi dan memerlukan tiga jahitan.
Ia berpunca daripada kegagalan Abdul Rahim mengawal kemarahannya terhadap Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama dua pelajar lain ketika beliau mengajar.
Keesokannya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Kalsom Khalid memaklumkan guru itu sudah ditukar ke sekolah lain, iaitu Sekolah Kebangsaan Linggi, berkuatkuasa serta-merta.
Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak memadai, Gobind berkata, guru itu sepatutnya didakwa di mahkamah kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
“Jika dakwaan itu benar, beliau sepatutnya dibawa ke mahkamah. Undang-undang kita jelas – tindakan itu bersamaan dengan mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang merupakan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Berikutan kenaikan kadar faedah, DAP minta skim pembeli rumah kali pertama dikembalikan


bank negara


KUALA LUMPUR, 12 JUL: DAP sekali lagi meminta kerajaan melaksanakan kembali Skim Tanggungan Faedah Pemaju (Developer Interest Bearing Scheme, DIBS) untuk pembeli hartanah kali pertama bernilai RM400,000 ke bawah, berikutan pengumuman Bank Negara menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR), yang turut melibatkan pinjaman perumahan, kepada 3.25 peratus.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, ia bagi memudahkan pembeli kali pertama untuk membeli hartanah serta menyemai demokrasi perumahan.
“Kami membantah sebarang kenaikan kadar faedah tanpa apa-apa langkah timbal balik membantu peminjam membayar semula pinjaman mereka,” katanya.
Pada 10 Julai lalu, Bank Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari. Kali terakhir OPR dinaikkan adalah pada Mei 2011.
DIBS adalah satu bentuk Skim Permodalan Faedah (Interest Capitalization Scheme, ICS) yang membenarkan kos faedah dirangkumkan ke dalam nilai jualan. Sewaktu tempoh pembinaan, pemaju dan bukannya pembeli yang membayar faedah terkumpul sehingga rumah siap.
Dengan DIBS, pembeli tidak perlu membayar faedah dan sewa pada masa yang sama, ketika rumah mereka masih dalam proses pembinaan.
Kata Guan Eng lagi, kenaikan kadar faedah akan membawa kesan inflasi, seterusnya meningkatkan kos sara hidup dan mengurangkan kemampuan berbelanja rakyat.

Kenaikan OPR 3.25% bebankan rakyat, kos meningkat

Dr Rosli YaakopSHAH ALAM, 12 JULAI: Belum pun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, peminjam perumahan dan kenderaan terlebih dahulu dipaksa berhadapan dengan kenaikan bayaran ansuran pinjaman mereka.
Bekas Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, hal ini berikutan pengumuman terbaru Bank Negara menaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang sekaligus menyebabkan meningkatnya kadar berian pinjaman asas (BLR).
“Kenaikan BLR ini tentunya akhirnya akan membawa kepada kenaikan kadar faedah pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, sewa beli barangan keperluan kelengkapan rumah dan lain-lain.
“Orang yang sedia ada mempunyai pinjaman perumahan juga akan berdepan kadar pinjaman lebih tinggi yang bermakna dah tentu membawa kepada kenaikan kos pinjaman.
“Pengguna membuat pinjaman membeli kereta, rumah dan pinjaman lain pastinya terpaksa membayar kadar faedah lebih tinggi,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Jelas beliau, peningkatan bayaran pinjaman ini juga menyebabkan kos sara hidup meningkat lebih tinggi dalam suasana peningkatan pendapatan yang lembab.
Dr Rosli yang mengakui BNM tidak mempunyai banyak pilihan polisi yang boleh dilaksanakan bagaimanapun berkata, kerajaan haruslah mengambil langkah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan harga lebih rendah.
“Tujuan sebenar BNM adalah bagi mencapai keseimbangan kewangan dalam dan luar negara dan mengawal tekanan inflasi disebabkan pertumbuhan pinjaman ekoran pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

Penganalisis: MB profesional, tak campur aduk tugas parti dan kerajaan

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (90)aSHAH ALAM 12 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah salah seorang contoh pemimpin yang bersikap profesional kerana tidak mencampur-adukkan tugas parti dan menteri besar.
Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata, Abdul Khalid menunjukkan kematangan politik sebenar dalam mentadbir Selangor walaupun menghadapi pelbagai serangan politik dan peribadi mutakhir ini.
“Beliau (Khalid) seorang pemimpin yang tahu apa yang dilakukan dan beliau bekerja untuk rakyat. Malahan beliau banyak menyelesaikan banyak isu dan masalah berkaitan dengan rakyat termasuk isu air.
“Beliau tahu tugasnya sebagai seorang pemimpin dan dia tidak mempolitikkan kehidupan rakyat,” katanya dipetik Sinar Harian Online, hari ini.

Isu MB Selangor: PR tak perlu termakan perang saraf Umno BN


KUALA LUMPUR: Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) diingatkan agar tidak termakan dengan sebarang propaganda palsu dicetuskan Umno bagi melaga-lagakan kesatuan PR.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata ini termasuk berita palsu peletakan jawatan Menteri Besar Selangor di laman sosial facebook, whatsapp dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

“Itu perang saraf daripada Umno-BN untuk memperlihatkan Pakatan seolah-olah dalam keadaan kelam kabut dan tak tentu arah.

“Rakyat perlu disedarkan bukan semua yang disebarkan di media sosial dan media arus perdana boleh dipercayai sepenuhnya,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini baru-baru ini.

Jelas beliau, orang ramai perlu membuat siasatan sebelum mempercayai sesuatu laporan di media sosial dan media perdana.

Menyentuh serangan yang dilakukan segelintir pemimpin PR terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Khalid mahu agar pertikaian itu dapat segera diselesaikan dengan baik.

'Jangan benar cauvinis Islam bertapak'

Bulan Ramadhan yang mulia adalah sebuah bulan yang penuh maghfirah dan barakah. Bulan di mana ummat Islam di seluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa. Pada masa yang sama, bulan Ramadhan juga merupakan masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Saya telah terlibat di dalam satu perbincangan ‘inter-faith’ atau antara agama di Petaling Jaya beberapa beberapa bulan sebelum Ramadhan. Di antara ahli panelnya ialah seorang Sami Buddha. Ada dari kalangan hadirin yang telah bertanya kepadanya berkenaan peristiwa pembunuhan ummat Islam bangsa Rohingya di Myanmar. Mereka hairan bagaimana agama Buddha yang masyhur sebagai agama yang mencintakan keamanan boleh membenarkan tindakan kejam sebegitu rupa. Beliau menjawab dengan wajah yang suram, “apabila fahaman kebangsaan disatukan dengan agama, maka kerosakan akan terhasil”.

Membunuh dengan justifikasi agama

Jawapan mudah sebegitu dari Sami Buddha berkenaan adalah satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Di dalam sejarah terdapat banyak bukti yang boleh menyokong dakwaan ini sebagai contohnya kumpulan ‘white supremacist’ atau pelampau kaum kulit putih seperti Ku Klux Klan (KKK) di Amerika yang membunuh dan memusnahkan harta milik kaum kulit hitam dengan mengetengahkan justifikasi keagamaan mereka yang kononnya bersandarkan dari agama Kristian.

ISMA pertahan fahaman kaum, kebangsaan


NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyelar tulisan MP Shah Alam, Khalid Samad yang menyeru masyarakat menolak NGO cauvinis Islam.

Ahli jawatankuasa ISMA Mohd Hazizi Abd Rahman turut menggelar Khalid sebagai pelampau “Islamis liberalis” yang didakwanya bersekongkol dengan golongan “cauvinis Cina Kristian Evangelis” untuk mengina Islam.

Mohd Hazizi mendakwa, golongan seperti Khalid hanya membutakan mata terhadap seruan “asabiyah kaum Cina” untuk menyemai kebencian ke atas orang Melayu.

Mohd Hazizi mengaitkan golongan 'Islamis liberalis' itu dengan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja, yang didakwa sebagai “helah untuk memurtadkan orang Melayu”.

“Mereka membisu seribu bahasa di hadapan tindakan menghina agama Islam yang bertalu-talu dilakukan oleh orang-orang Cina.

“Bukan itu saja, bahkan mereka bersekongkol dan ¨bersekedudukan¨ dengan puak cauvinis Cina Kristian Evangelis menuntut penggunaan nama suci Allah dalam penerbitan gereja sebagai satu helah untuk memurtadkan orang Melayu.

Kenapa siasat saya, kata Sanjeevan lepas dedah skandal seks pegawai polis

Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan ingin tahu sebab beliau disiasat polis akibat pendedahan skandal seks seorang pegawai kanan polis.Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan ingin tahu sebab beliau disiasat polis akibat pendedahan skandal seks seorang pegawai kanan polis.Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan hari ini mempersoalkan mengapa dia yang harus disiasat selepas mendedahkan skandal seks pegawai kanan polis.
Sanjeevan berkata kepada The Malaysian Insider dia menerima surat dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua Polis Negara bertarikh 8 Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan di mana perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang.
"Pendedahan saya melalui MyWatch dikira sebagai berniat menghina seseorang," katanya merujuk kepada surat itu.
Sanjeevan berkata kenyataannya direkodkan polis minggu lalu dan diminta untuk menyerahkan semua dokumen dan bukti berkaitan kes.
Bagaimanapun, Sanjeevan enggan bekerjasama kerana percaya polis mahu melindungi kes dan pegawai kanan polis berkenaan.
"Malah, saya juga percaya polis cuba mencari siapa yang mendedahkan maklumat itu kepada saya dan MyWatch."

Siapa hendak jadi jutawan?

Oleh ABD JALIL ALI
SEPANJANG  bulan al-Mubarak yang mulia ini, anda tidak perlu bersusah payah berjualan di bazar Ramadan untuk membuat sedikit keuntungan. Tidak berbaloi berpanas dan berpeluh menjual ayam golek atau ikan bakar dengan keuntungan hanya RM100 atau RM200.

Juga hanya membuang masa dan tenaga bersusah payah menjual air tebu, sirap bandung, air mata kucing, atau terpekik terlolong hingga terkeluar anak tekak – “karipap!, roti John!, popia basah!” – sedangkan laba yang diperoleh tidak seberapa.

Kalau anda bijak, kini ada cara yang jauh lebih mudah untuk membuat keuntungan berkali-kali-kali ganda daripada modal yang dikeluarkan. Dengan modal tunai hanya RM300, anda boleh untung besar sehingga RM6,800 sebulan, tanpa melakukan sebarang kerja.

Malah, seperti yang diiklankan dan dihebohkan sehari dua ini, jika nasib baik dengan RM300 bukan sahaja keuntungan besar, anda juga berpeluang memiliki kereta mewah BMW model terkini menerusi cabutan bertuah.

Kalau anda percaya iklan itu, anda sebenarnya tidak bijak, malah singkat akal. Mana mungkin dengan modal sekecil itu anda boleh mendapat keuntungan hampir RM3,000 sebulan, malah dijamin pula boleh menjadi jutawan dalam masa hanya setahun.

Tetapi sesetengah orang kita memang suka dibodohkan. Mudah sangat mereka terpujuk dengan iklan seperti itu. Iklan yang menggunakan gambar Zhang Jian yang dikatakan seorang jutawan dari China – dan mendakwa ‘akan menjadi orang terkaya di dunia’ – itu banyak
dipasang pada poster, termasuk satu di Jambatan Pulau Pinang.

Perniagaan secara ‘multi-level marketing’ (MLM) yang diiklankan itu dikatakan telah memungut lebih RM300 juta sejak mula beroperasi di sini kira-kira setahun lalu.

Oleh sebab tamak, singkat akal dan ingin cepat kaya, beribu orang telah melabur dalam skim ini. Mereka tidak kaya, jauh sekali jadi jutawan, sebaliknya wang yang dilaburkan hilang entah ke mana. Impian memiliki BMW pun tidak menjadi kenyataan.

Setakat ini lebih 50 aduan telah dibuat oleh mereka yang berasa telah ditipu menerusi pelaburan yang diiklankan menerusi poster juga dalam internet.

Dua hari lalu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengesahkan MLM model Zhang adalah tidak sah, dan menasihatkan orang ramai supaya jangan menyertai pelaburan skim ini.

Israel guna penculikan warganya halalkan serangan terhadap Gaza

Datuk Seri Anwar Ibrahim SHAH ALAM - Tentera Israel didakwa sengaja mengeksploitasi penculikan tiga remaja negara itu dari penempatan haram Yahudi di Hebron sebagai alasan untuk menyerang penduduk Palestin di Gaza.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tindakan keganasan tidak berperikemanusiaan dan pertumpahan darah itu juga dilakukan untuk menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan antara Hamas dan Fatah.

"Dalam percubaan terdesak memusnahkan sebuah negara Palestin, kerajaan Netanyahu juga bersedia mengheret rakyat Israel ke ambang perang secara terang-terangan.

"Tidak ragu lagi apabila dia melakukan tindakan keganasan itu dengan sewenang-wenangnya walaupun mendapat campur tangan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk menghalangnya," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kuasa Barat sekali lagi digambarkan berpura-pura dan mendiamkan diri terhadap kekejaman terbaru itu.

"Ia amat memalukan apabila melepaskan tanggungjawab sekali gus mendedahkan sikap 'double standard' mereka terhadap perjuangan demokrasi, kebebasan dan keadilan," katanya.

Mapim hantar misi khas ke Gaza

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu pasukan khas ke Gaza, Palestin Selasa ini, dalam misi menyalurkan bantuan kepada penduduk di negara bergolak itu.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata selain menyalurkan bantuan, pemergian pasukan khas ini juga untuk meninjau situasi dan mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sana.

"Kita sedang melaksanakan persiapan sebelum menghantar pasukan ke sana yang terdiri daripada Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim dan beberapa sukarelawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Abdul Ghani Shamsudin, Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz, Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Datin Aminah Zakaria dan Timbalan Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri Perak (Jama'iy) Zulkifli Ibrahim.

Sani Arabi berkata pihaknya juga sedang mengumpul derma untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Gaza: Zionis Israel serang masjid


Israel serang masjid, korban di Gaza cecah 121 orang 

Israel serang masjid, korban di Gaza cecah 121 orang Agensi Serangan udara tentera Israel ke atas Gaza menghentam sebuah masjid di Gaza yang didakwa jadi tempat pejuang Palestin menyembunyikan senjata, lapor agensi berita The Associated Press (AP).

Angka korban serangan sejak Selasa itu pada Sabtu mencecah 120 orang manakala mereka yang cedera hampir 1,000 orang.

Lima hari selepas Operasi Perlindungan Sempadan dilancarkan oleh rejim Zionis, belum ada tanda-tanda serangan itu akan kendur atau dihentikan.

Hamas memaklumkan dua buah masjid dijadikan sasaran serangan Israel dan ia berharap insiden ini akan membuka mata dunia Islam terhadap kekejaman yang sedang berlaku.

"Pengeboman ke atas dua buah masjid di Gaza ini menunjukkan betapa kejamnya mereka dan bagaimana bencinya mereka kepada Islam," kata Husam Badran, jurucakap Hamas di Doha, Qatar seperti dipetik oleh AP.

"Keganasan ini memberi hak kepada kami untuk meluaskan tindak balas."

Tentera Israel mengeluarkan gambar dari udara yang menunjukkan masjid yang jadi sasarannya yang didakwa tempat senjata disorok. Ia menuduh Hamas, Jihad Islam dan kumpulan pejuang yang lain menyalahgunakan rumah ibadat untuk menyembunyikan senjata senjata jadi rangkaian laluan tikus bawah tanah.

MAPIM, 11 NGO Islam kecam kekejaman rejim Zionis


MAPIM, 11 NGO Islam kecam kekejaman rejim Zionis

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama 11 lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menyelar tindakan kejam rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

Gabungan itu turut menggariskan 18 agenda bertindak yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Presiden Mapim, Mohamad Azmi Abdul Hamid berkata, antara agenda bertindak itu termasuk merancang untuk menganjurkan perhimpunan bantahan rakyat selain menggesa Parlimen Malaysia mengadakan persidangan khas bagi mengecam tindakan Israel itu.

“Kami telah menyenaraikan 18 agenda bertindak yang kita akan lancarkan.

“Yang besar sekali ialah kita akan adakan Perhimpunan Bantahan Rakyat Malaysia dalam masa yang terdekat yang kita akan tentukan tempatnya nanti.

“Dan kita akan isytiharkan di sana sewaktu pengisytiharan apa yang dipanggil ‘World Intifadhah In Gaza’ iaitu ‘Intifadhah Dunia Untuk Gaza’ yang akan diisytiharkan dalam perhimpunan itu,” katanya.

Laporan European Commission (2010): Malaysia rakan dagang ke-15 terbesar Israel. Nilai dagang €667.6 juta.

 



Mangsa serangan Gaza meningkat lagi kepada 121 orang

Mangsa serangan Gaza meningkat lagi kepada 121 orang
GAZA: 16 rakyat Palestine terbunuh dalam serangan awal Sabtu di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh mencecah 121, menurut kata pasukan perubatan.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra, serangan terbaru mengakibatkan tiga terbunuh di kejiranan Tufah, timur Bandar Gaza.

Serangan dilancarkan selepas dua terbunuh dalam satu letupan di sebuah pusat kebajikan di Beit Lahiya, utara Gaza, dan tiga lagi maut di barat Bandar Gaza.

Awal hari ini, empat dilaporkan maut di Jebaliya, utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Pegawai tempatan berkata, serangan awal pagi itu turut meliputi masjid dan rumah para pegawai Hamas sepanjang pesisir wilayah terbabit.

Jumlah mangsa serangan meningkat menjadi 121 sejak Israel melancarkan serangan ‘Operation Protective Edge’ sejak awal Selasa dalam usaha menghentikan serangan roket rentas sempadan oleh kumpulan-kumpulan militan.

Menurut kenyataan oleh tentera Israel pada lewat Jumaat, militan telah melancarkan 520 serangan mortar dan roket ke Israel sejak Selasa, manakala 140 serangan lain digagalkan oleh sistem pertahanan perluru berpandu ‘Iron Dome’.

Ia merupakan keganasan paling teruk sejak 2012, dengan penambahan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv sehingga ke Haifa.

Setakat ini, tiada rakyat Israel yang terbunuh.

Gaza: Intifadah Ketiga?


gaza

Dalam sejarah tamadun manusia, peperangan bermula dengan sikap tamak untuk menguasai dan menindas golongan lemah. Peperangan itu persaingan tentang siapa yang lebih gagah – survival of the fittest. Pihak yang kalah akan tenggelam dalam jurang sengsara, yang menang pula menjadi raja.
Konflik Gaza adalah pengalaman panjang perebutan kuasa oleh dua belah pihak. Dalam perang, tiada pemenang nombor dua dan tiada kekalahan yang terakhir. Jadi, usaha untuk menghentikan peperangan adalah usaha yang sukar. Jika kita teliti isu Palestin sedari awal konflik Israel-Palestin, ia tidak lain dan tidak bukan tentang perebutan dua kuasa politik.
Israel memerlukan tanah untuk dijadikan wilayah kekuasaan. Maka, termeterainya Declaration of Balfour 1917 adalah demi memelihara kepentingan geo-politik masyarakat Yahudi semasa British mula mengiktiraf sebuah negara bernama Israel. Masyarakat Arab Palestin, pada sisi yang lain, sama ada mereka beragama Islam atau Kristian, merasakan bahawa kepentingan politik mereka tergugat di akhir-akhir keruntuhan empayar British. Mereka risau akan kehilangan kuasa politik apabila sebahagian tanah mereka diserahkan kepada pendatang Yahudi selepas British keluar daripada wilayah Palestin. Jadi, sebermulanya isu Israel-Palestin adalah seperti yang sering disebut, “War is about business and land.”
Usaha Israel menggagalkan pelan perpaduan PA dan HAMAS
Tragedi penculikan tiga kanak-kanak Israel disebut sebagai punca pergolakan mutakhir di Tebing Barat. Wilayah Tebing Barat berada di bawah penguasaan pihak berkuasa Palestin (PA), di bawah pimpinan Mahmoud Abbas. PA adalah badan politik berfahaman sekular dan secara tradisinya bermusuh dengan HAMAS, sebuah badan politik berorientasikan Islam yang menguasai Semenanjung Gaza.
Jika kita teliti semula peristiwa besar yang tercatat dalam sejarah politik Palestin beberapa minggu lalu, kita akan temui jawapan tentang konflik yang sedang terjadi di Gaza. Azzam El-Ahmed, jurucakap untuk Presiden Mahmoud Abbas, pada 2 Jun lepas memberitahu pihak media bahawa akan ada keputusan besar membabitkan masa depan Palestin. Presiden Mahmoud Abbas mengisytiharkan rundingan ke arah “kerajaan perpaduan” PA-Hamas telah mencapai persetujuan yang kukuh, sekaligus bakal menamatkan perseteruan politik selama lebih tujuh tahun di antara dua badan politik terbesar di Palestin itu.
Keputusan yang dicapai PA untuk membuka ruang kerjasama dengan HAMAS merupakan titik-tolak ke arah pembentukan negara Palestin yang merdeka. Usaha ini dianggap penting supaya kedua-dua pihak dapat mencapai persetujuan bersama dalam memperhalusi usaha damai.
Kebangkitan Intifadah Ketiga
Maka, hal ini amat menakutkan Israel. Peristiwa penculikan tiga kanak-kanak berkenaan adalah wayang untuk menguji sama ada Mahmoud Abbas masih boleh dipercayai dalam sebarang rundingan gencatan senjata di antara Israel dan Palestin. Sebagaimana diwarwarkan menerusi koresponden media asing seperti Washington Post dan New York Times, peristiwa ini dianggap sebagai detik permulaan gelombang Intifadah Ketiga, setelah terjadinya Intifadah Pertama 1987 dan Intifadah Kedua pada hujung September 2000. Intifadah Ketiga ini dianggap bakal menjadi kebangkitan rakyat Palestin melawan Israel paling panjang dalam sejarah.
Rundingan “kerajaan perpaduan” di antara Hamas dan Fatah hampir mencapai kesepakatan setelah berlaku serangan ke atas Gaza. Kita boleh lihat menerusi ucapan Mahmoud Abbas apabila ditanya mengenai konflik di Gaza baru-baru ini. Mahmoud Abbas berkata, “Serangan di Gaza adalah serangan ke atas Palestin!” Perkara ini amatlah mustahil untuk diucapkan oleh Mahmoud Abbas beberapa tahun dahulu.

Kurds fight Iraqi government and rebels for territory

Gaza toll soars as Israeli raids continue

Tear gas & Stun grenades: Palestinian protesters clash with IDF

Gaza civilians pay heavy price of conflict

SEBELAH KANAN SALAM DGN APCO SEBELAH KIRI KUTUK ISRAEL

Ada satu golongan di Malaysia, mengupah APCO untuk kerja-kerja tertentu ...

 Tetapi pada masa sama mengutuk Yahudi Israel. Mereka ini tahu siapa APCO tetapi tidak merasa bersalah membayar jutaan ringgit kepada APCO.

Apa jenis manusia macam ini ...... bersikap talam dua muka ....fikirkanlah

Jangan ulangi peristiwa 1977 menimpa Kelantan di Selangor

Entah azimat dan takar apa yang Abdul Khalid Ibrahim pakai untuk mengemaskan kedudukannya sebagai MB Selangor tidak diketahui. Mungkin takar Jawa atau Banjar? Tampaknya beliau liat dan leet macam "tahi beruk" untuk berundur walaupun ada tekanan berterusan. Bahkan dia kelihatan confident dengan sokongan yang diterimanya. Mungkin juga ada sokongan atau kata-kata jaminan secara senyap daripada pihak lebih berkuasa?


Khalid dalam satu majlis dengan Umno.
Dengan cara yang diambil sekarang oleh mereka yang mahu menurunkannya tidak mungkin Khalid bermurah hati untuk meninggalkan Bangunan Sultan Abdul Aziz. Kerusi MB bukan banyak, hanya 13 buah sahaja, termasuk kerusi Ketua Menteri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah. Jadi adalah "kuliha"nya untuk Khalid merasa sayang dan terus berbulan madu dengan kerusi berkenaan tanpa mempedulikan hiruk pikok di luar. Jawatan MB juga boleh menjadi pelindung atau insuran kepada hutangnya sebanyak RM70 juta?

Tekanan dalaman baik secara terbuka dan dalam mesyuarat sudah tidak didengar langsung. Khalid semacam sudah berikrar dengan diri dan tekad bersama penyokongnya untuk tidak berundur. Slogan Anwar Ibrahim, "lawan tetap lawan" telah dirampas dan digunakan sepenuhnya.

Jadi apakah pilihan yang ada kini bagi memastikan beliau turun daripada kerusi MB. Hanya ada dua sahaja, pertama keberanian Anwar Ibrahim untuk meminta Khalid meletak jawatan secara diplomasi, kedua dengan mengadakan undi tidak percaya. Cara pertama adalah lebih lendik dan teratur kerana ia tidak membabitkan pihak lain.

Walaupun selama ini Anwar sudah memberi isyarat kepada Khalid agar berundur, tetapi ia tidak dipedulikan Khalid. Mungkin Anwar perlu bertegas. Anwar perlu bertanggungjawab untuk memecat Khalid kalau dia sudah tidak layak kerana Anwar bertanggungjawab mengambilnya untuk jadi MB. Khalid jadi MB adalah kerana Anwar.

Protesters, Israeli Security Forces Clash

Clashes erupt during West Bank protest

Siswazah UIAM pengasas dapur jalanan terima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali

MASTURA_RASHID_SHAH ALAM 12 JULAI: Pengasas dapur jalanan yang menubuhkan Projek Nasi Lemak, Mastura Mohd Rashid menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali dari Kedutaan Amerika Syarikat atas usaha memberi makan dan membantu golongan kurang bernasib baik.
Siswazah berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menubuhkan Projek Nasi Lemak, dapur jalanan ​​yang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Brickfields, Ampang dan kawasan Chow Kit pada hari Jumaat.
Beliau menerima pembiayaan bagi projek itu selepas memenangi geran bernilai RM10,000 daripada Kedutaan Amerika Syarikat
“Saya tidak pernah tahu tentang anugerah ini sehinggalah pencalonan saya pada bulan April tahun ini,” kata Mastura dipetik The Malaysian Insider.

Palestin sudah bersiap sedia

GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.
Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat. "Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.
"Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri,“ katanya.
Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.
Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.

Umat Islam harus simpati nasib Palestin

Kekuatan doa seluruh umat Islam adalah peluru yang paling digeruni musuh 

palestine_004_300PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hafiz Haji Musa berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang dialami oleh umat Islam di Gaza.
“Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin sudah berlarutan semenjak beberapa puluh tahun lalu dan keganasan Israel telah mengorbankan puluhan ribu umat Islam.
“Kejadian pembedilan terkini tentera Israel telah mengorbankan 27 orang sementara 130 yang lain cedera menambah lagi konflik berdarah di bumi umat Islam itu,” katanya.
Menurut beliau, kebiadapan rejim Israel tanpa batas kemanusiaan serta tidak mengenal erti kasihan dan belas simpati. Kanak-kanak dan wanita adalah sasaran utama yang sering menjadi korban serangan mengejut di mana-mana dan pada bila-bila masa.
“Bagi umat Islam, keprihatinan terhadap umat Islam Gaza menandakan solidariti dan kebersamaan umat Islam sejagat.
“Umat Islam wajar menangisi kematian, penderitaan dan kemusnahan yang dialami umat Islam dan bumi Gaza. Pemimpin-pemimpin negara Islam punya tanggungjawab untuk bersuara bagi membela golongan tertindas di bumi syuhada’ itu.

Israel tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa -PM Israel

Israel tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa -PM Israel
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata dia tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa untuk menghentikan serangan ke atas Hamas di Gaza.

“Tiada tekanan antarabangsa akan menghalang kita daripada menyerang pengganas yang menyerang kami,” katanya semasa satu sidang media di Kementerian Pertahanan di Tel Aviv pada Jumaat.

Netanyahu juga tidak menolak kemungkinan pencerobohan tanah di Gaza, selepas dilaporkan bahawa Israel telah mengumpulkan beribu-ribu tentera di sepanjang sempadan untuk operasi tanah.

“Kami sedang mengkaji setiap kemungkinan. Saya akan menamatkannya apabila matlamat kita tercapai. Matlamat utama ialah untuk memulihkan kedamaian dan ketenangan,” Netanyahu memberitahu AP.

Pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menelefon Netanyahu untuk menyatakan kebimbangannya dan untuk menawarkan bantuan dalam menyelesaikan krisis tersebut.

Korban kezaliman rejim Zionist meningkat 118

10439506_797637600259910_6239992017877671552_nGAZA 12 JULAI: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan rejim Zionist meningkat kepada 118 orang apabila tujuh lagi terkorban dalam serangan awal pagi Sabtu.
Sekurang-kurangnya 5 rakyat Palestin terbunuh dalam dua lagi serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza awal pagi tadi.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra berkata dua maut di dalam serangan di Beit Lahiya, utara Gaza dan tiga lagi maut dalam serangan kedua di barat Gaza City.
Serangan terbaru Israel itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada 118 orang sejak rejim itu melancarkan serangan pada awal pagi Selasa.
Dalam perkembangan lain, Unit media Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya melakukan serangan balas menggodam Stesen TV Israel dan web-web penting dan peribadi tokoh Israel.
10524572_734809799893862_7459892842059692904_nMenjadi sasaran penggodaman itu juga adalah ahli dewan rakyat Israel dengan risalah amaran dan kata-kata semangat untuk tidak menyerah kalah sambil memaparkan wajah kanak-kanak Muhammad Abu Khudair yang diculik dan dibunuh dan dibakar Israel sebelum ini.
Buat pertama kalinya juga pejuang Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya mensasarkan roket serangan balas menuju Lapangan Terbang Ben Gurion di salah sebuah lapangan terbang yang terbesar di Israel menggunankan roket M75.

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.
Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:


1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

Gambar-gambar solidariti buat Gaza








 

 
 
selepas menunaikan solat Jumaat. Himpunan aman di kebanyakan masjid di seluruh negara bagi membantah dan mengutuk serangan Israel ke atas Gaza Palestin.

Rahsia Briged Al-Qassam

Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.
 
Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.
 
Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.
 
Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.
 
Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam
 

Kematian hari kelima serangan di Gaza kini 112 orang

Kematian hari kelima serangan di Gaza kini 112 orangGAZA: Tujuh rakyat Palestine terbunuh dalam beberapa serangan awal pagi Sabtu oleh Israel, menjadikan jumlah kematian hari kelima serangan berjumlah 112.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra, empat maut di Jebaliya, di utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Tidak lama selepas itu, seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia dalam serangan di Bandar Gaza.

Jumlah mangsa serangan meningkat menjadi 112 sejak Israel melancarkan serangan’ Operation Protective Edge’ sejak awal Selasa dalam usaha menghentikan serangan roket rentas sempadan oleh kumpulan-kumpulan militan.

Menurut kenyataan oleh tentera Israel pada lewat Jumaat, militant telah melancarkan 520 serangan mortar dan roket ke Israel sejak Selasa, manakala 140 serangan lain digagalkan oleh sistem pertahanan perluru berpandu ‘Iron Dome’.

Ia merupakan keganasan paling teruk sejak 2012, dengan penambahan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv sehingga ke Haifa.

Setakat ini, tiada rakyat Israel yang terbunuh.

PM Israel Janji Lebih Banyak Serangan Udara Ke Atas Gaza

TANPA menghiraukan tekanan supaya menghentikan serangan udara rejim Israel terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan pihak luar.
Sehingga kini media melaporkan sekurang-kurang 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera hasil serangan roket bertubi-tubi tentera rejim Israel terhadap Gaza.

Bagaimanapun jumlah itu dipercayai sedang meningkat.

Malah Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan'.

Mesin Perang Gila Israel bunuh penduduk Palestin di Gaza

Oleh Ismail Hashim
Masyarakat di seluruh dunia Islam sekarang mengalami kegoncangan psikologi dan emosi yang amat dahsyat akibat serangan ganas Israel dan menyaksikan tontonan kekejaman regim haram Zionis yang membunuh dan mencederakan penduduk awam Palestin.
Luapan emosi ini mencetuskan kemarahan dunia Islam terutamanya di bulan Ramadan yang begitu biadap menyerang Gaza tanpa mempedulikan kemuliaan bulan ini. Malah ini adalah bulan keamanan yang tidak dihormati Israel langsung.

Tidak seorang elit kepimpinan Israel mahupun Amerika Syarikat dan sekutu yang lain mempunyai hati nurani dan tidak merasa bahawa serangan ini sebenarnya tidak dilandasi oleh rasionaliti iaitu tujuannya sekadar melayani nafsu dan hasrat kebuasan yang lebih keji dari binatang.
Serangan ini hanya berdasarkan kepada suatu kegilaan atau delirium yang dikembangkan oleh para pemimpin keganasan dan kekerasan yang menjiwai sebuah mesin tidak rasional. Mesin-mesin perang atau “war machines” secara besar-besaran dengan teknologi persenjataan tercanggih yang digunakan regim haram Yahudi sekarang adalah digerakkan oleh “mesin-mesin kegilaan” para jeneral dan pemimpin pengganas yang mengembangkan dirinya dalam “fantasi-fantasi gila” mengenai wira dan keperwiraan, kekuasaan, keunggulan dan gejolak mesin hasrat.
Fantasi-fantasi gila para pemimpin pengganas ini telah melacurkan akal sihat dan membawa mereka kepada keadah fikiran singkat mengenai kemenangan, kekuasaan, kemusnahan dan kehancuran massa sambil mencampakkan cara berfikiran rasional mengenai kesan selepas perang ke atas penduduk Gaza, rakyat Palestin dalam mencapai keamanan di Timur Tengah.
Fantasi-fantasi dan mitos gila ini mengenai keperwiraan dan keunggulan bangsa Israel dan kemuliaan bangsa yang terpilih membawa perang sekarang ini ke perangkap kegilaan fantasi itu sendiri dan mencemari realiti yang sangat diperlukan seperti tindakan tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang sangat lemah yang tidak ditemukan pendirian sebenar mereka.

Surat terbuka untuk Najib Razak

Oleh Nomy Nozwir
Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
Saya, Muhammad Nomy Nozwir, hari ini menulis surat ini berdasarkan kenyataan anda berkenaan tentang kekalahan teruk Brazil kerana ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan bolasepak Samba itu.
Apabila anda bercakap begitu, mungkin anda sedang bermuhasabah diri.

Dalam masa saya tidak yakin dengan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana terlalu banyak pergolakan konflik dalaman parti serta isu pemilihan dalam parti komponen PR yang tak selesai-selesai, saya juga tidak yakin dengan kepimpinan anda yang membawa negara ini ke arah terumbang-ambing. Sejak 2009 apabila anda menerajui pentadbiran, terlalu banyak isu yang berlaku yang saya rasa anda tidak menanganinya dengan baik.
Ya, mungkin akan ada yang kata, “kalau kau pandai kau jadi la perdana menteri”, saya akui saya tidaklah berapa pandai dan cerdik dan berkelayakan menjadi perdana menteri.
Tetapi, saya tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Tetapi, tugas perdana menteri ini sangat berkait rapat dengan rakyat marhaen seperti saya ini.
Dari isu api perkauman yang semakin marak, isu rasuah yang masih macam-macam hal, isu pembangunan yang asyik retak runtuh tenggelam pecah dan sebagainya, saya rasa anda di luar kawalan dan tidak mampu untuk mengawal keadaan di negara ini.
Setiap kali anda selaku perdana menteri dan menteri kewangan membentangkan bajet, ramai menteri, ahli akademik, penganalisis ekonomi berkata bajet yang anda bentangkan sebagai yang terbaik yang pernah dibentangkan.
Tetapi jika ia terbaik, kenapa negara ini dalam keadaan berantakan sebegini?

Lucu, Menteri Kewangan luluskan permohonan Perdana Menteri


lct


KUALA LUMPUR, 12 JUL: Semenjak tahun 1999, Malaysia mengalami pentadbiran yang pincang apabila Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan adalah orang yang sama, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau berkata, ‘tradisi’ yang dimulakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu menyebabkan amalan semak dan imbang tidak dapat dipraktikkan secara sistematik dalam kabinet .
“Peranan Perdana Menteri ialah membelanjakan peruntukan (Belanjawan), manakala Menteri Kewangan memantau dan mengawasi perbelanjaan.
“Dalam keadaan seperti sekarang, bolehkah Menteri Kewangan (Datuk Seri Najib Razak) mengawal perbelanjaan Perdana Menteri?” soal Chin Tong, mengundang tawa kira-kira 100 hadirin di forum ‘Rombakan Kabinet: Apakah Menteri Baru Lebih Efektif’ di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Khamis lalu.
Semenjak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan pada 1998, jawatan itu hanya sekali disandang oleh seseorang yang bukan memegang jawatan Perdana Menteri, iaitu Tun Daim Zainuddin dari tempoh 1999 hingga 2001.
Namun ‘tradisi’ itu kemudiannya diteruskan Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.