Jumaat, 11 Julai 2014

GAZA: Pemuda UMNO Punya Hal..!!!




Sidang Video Perkembangan Terkini Di Gaza

TPPA : Malaysia is not for Sale' Tajuk sesuai, Mencerminkan Perasaan Curiga - Tun M

Kenaikan Kadar OPR di Malaysia 2014 Naik 25 Mata (3.25%). BLR Naik! Beban Hutang Bertambah!

Kadar BLR Naik 2014
Kenaikan Kadar OPR di Malaysia 2014 Naik 25 Mata (3.25%). BLR Naik!

Akhirnya benarlah jangkaan dan kajian penyelidikan serta analisis ekonomi Moody’s Analytics (Moody’s Corporation) menerusi pakar ekonominya Matthew Circosta bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan umumkan kenaikan dasar semalam (Overnight Policy Rate OPR) sebanyak 25 mata lagi daripada 3.00% kepada 3.25% seperti yang diumumkan lewat petang semalam melalui mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari. Dan sudah pastinya….
Dan sudah pastinya BLR (Base Lending Rate) juga turut akan terkena tempias dan kesan seperti kelazimannya tidak lama lagi. Nantikan bersama…

Punca Kenaikan OPR Naik 2014?

  • pertumbuhan ekonomi yang kukuh
  • dalam pada masa yang sama inflasi yang semakin meningkat
  • mengelakkan gelembung aset melibatkan hutang isi rumah yang berada pada paras terlalu tinggi (BUKTINYA KLIK SINI)
  • menggalakkan rakyat Malaysia membuat simpanan lebih awal
opr
Berita Utama TV3 : 9 Julai 2014

Kronologi OPR Naik 2014 & Kesan Kenaikan OPR?

  • Daripada sudut ekonomi, apabila ekonomi kukuh akan menyebabkan kenaikan inflasi di mana wang semakin kurang nilainya dek kerana ramai orang sudah mempunyai wang.
  • Sehingga mewujudkan permintaan yang tinggi disebabkan keupayaan tunai yang banyak dikalangan rakyat Malaysia dan ia boleh menyebabkan kenaikan harga dan kadar perkhidmatan naik
  • Oleh sebab itu BNM terpaksa naikkan OPR bagi memperlahankan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan harapan dapat mengelakkan rakyat Malaysia membuat pinjaman, mengurangkan permintaan, contohnya harga aset tidak naik mendadak.
  • Dalam pada pada masa yang sama NPL (Non Performing Loan) dikalangan peminjam berkurang
  • OPR naik 25 mata daripada 3% kepada 3.25%
  • BLR/BFR dijangka naik 0.25 menjadikannya kepada 6.85% tidak lama sahaja lagi menerusi pengumuman bank-bank di Malaysia
  • Ansuran bank akan menjadi meningkat
  • Nilai pinjaman akan menjadi lebih mahal
  • Sekaligus diharap dapat mengurangkan kadar permohonan pinjamam
  • Semuanya dek kerana kadar keberhutangan isi rumah di Malaysia yang sudah melampau dan terus melonjak tinggi dan meningkatkan kadar inflasi di Malaysia
  • Dan semuanya ini boleh menyebabkan kadar muflis, oleh itu BNM tidak pilihan lagi untuk menaikkan OPR seperti yang diumumkan semalam

Kadar Kenaikan BLR Naik VS BLR Turun?

Jabatan Perdana Menteri terima 15% daripada belanjawan negara


cabinet reshuffle-will the new minister be effective

KUALA LUMPUR 11 JUL: Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang memperolehi kira-kira 15% daripada keseluruhan belanjawan tahunan negara secara nisbah dilihat mendapat peruntukan dan peranan lebih berbanding kementerian lain.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, JPM yang kini mengembang dari lima kepada sepuluh Menteri dilihat sebagai institusi yang terlalu besar, tidak munasabah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di Malaysia dan ukuran kabinet.
Malah katanya, JPM adalah jabatan terbesar dalam pentadbiran kerajaan Malaysia dengan lebih 50,000 kakitangan.
“Masalahnya peranan JPM itu sendiri bertindih di antara pelbagai agensi dan Kementerian. Sebagai contoh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dengan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu).
“Kedua-duanya membuat perancangan hala tuju ekonomi. Bezanya, EPU adalah unit di bawah JPM manakala Pemandu adalah sebuah syarikat dan bukannya jabatan kerajaan,” kata Chin Tong dalam forum ‘Rombakan Kabinet: Apakah Menteri Baru Lebih Efektif’ di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam.
Satu contoh lain yang dikemukakan Chin Tong berkenaan fungsi Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) yang menguruskan projek penswastaan, tanggungjawab yang sebelumnya dipikul oleh EPU.
“Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kuasa yang lebih besar dalam pentadbirannya jika dibandingkan dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.
“Menteri di JPM pula boleh pada bila-bila masa, mengeluarkan peruntukan menurut budi-bicara mereka, tanpa melalui kelulusan kementerian, dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Johor: Kerisauan Tun Mahathir sudah terlambat

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayuh menyifatkan ramalan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Johor bakal menjadi seperti Singapura sebagai 'kerisauan yang terlambat'.

Jelasnya, Dr Mahathir sepatutnya melahirkan kerisauan sewaktu beliau masih menjadi Perdana Menteri lagi.

"Ramalan Dr Mahathir sudah terlambat dan ia sudah pun berlaku, sepatutnya beliau bertindak dari dulu lagi bukan hanya mendiamkan diri.

"Harga hartanah di Johor memang sudah tidak dapat dikawal lagi sekarang ini, peningkatan harga yang mendadak menyukarkan rakyat Johor memilikinya.

"Atas faktor itu menyebabkan warga asing dapat memiliki tanah di negeri itu dengan lebih mudah," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, statistik sekarang menunjukkan hampir 70 peratus tanah di Johor dimiliki warga asing.

"Apa rakyat Johor dapat dan apa yang tinggal.

Enam Lagi Maut Terkena Bedilan Peluru Israel


GAZA CITY: Bedilan peluru yang dilancar tentera Israel pada Jumaat mengorbankan enam rakyat Palestin.

Serangan itu turut dilancarkan ke rumah seorang pejuang jihad Islam, Abdel Razzaq al-Ghannam.

Enam rakyat Palestin termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia tujuh tahun antara yang maut dalam serangan yang dilancarkan di Rafah, selatan Gaza.
Manakala, 15 orang lagi dilaporkan cedera parah.
Saksi berkata, Abdel Razzaq tiada dirumahnya ketika serangan berlaku.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra, kira-kira 95 orang maut dalam serangan yang dilancarkan Israel sejak Selasa lalu.
Tentera Isreal telah melancarkan 407 roket dan bom mortar dalam seranga yang dikenali sebagai operasi perlindungan sempadan Israel itu.

Utusan harus dipersalahkan, manipulasi kenyataan Muhyiddin isu 13 Mei

utusanSHAH ALAM, 11 JULAI: Utusan Malaysia harus dipersalahkan kerana memanipulasi kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu 13 Mei yang ditimbulkan baru-baru ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Lim berkata, tindakan akhbar Umno itu menyebabkan Muhyiddin menerima pelbagai kritikan apabila melaporkan beliau memberi amaran kemungkinan berlaku satu lagi ketegangan akibat hubungan antara kaum dan agama yang makin buruk di negara ini.
Muhyiddin memberi amaran yang Malaysia mungkin menyaksikan satu lagi peristiwa berdarah jika tiada usaha dilakukan untuk memperbaiki keharmonian antara kaum.
Utusan Malaysia bertarikh 5 Julai lalu menyiarkan berita bertajuk ‘Tidak mustahil 13 Mei 1969 berulang – TPM’ melaporkan Muhyiddin berkata: “Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).”
Lim berkata, daripada laporan itu, Utusan sendiri meletakkan tarikh 13 Mei 1969 itu di dalam kurungan.
“Kalau ucapan Muhyiddin di Pagoh dimanipulasi, dalangnya tidak lain adalah Utusan. Ini kerana Utusan yang melaporkan amaran 13 Mei Muhyiddin itu dalam konteks hubungan kaum yang dikatakan makin teruk kerana Melayu dan Islam diserang,” katanya melalui blog.
Beliau berkata, walaupun beliau mengalu-alukan penjelasan Muhyiddin yang sebenarnya tidak membuat amaran 13 Mei, kenyataan itu harus diambil dengan berwaspada.
“Atas dasar kepentingan negara saya terima kenyataannya tanpa ragu dan berharap pada masa depan tidak ada sesiapa yang akan membuat amaran 13 Mei lagi kepada masyarakat.

Najib Atau Khalid Yang Terdesak?

Kehadiran Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim bersama Perdana Menteri, Najib Razak di majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO Selangor semalam menimbulkan banyak persepsi dan tafsiran. Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, inilah kali pertama Khalid Ibrahim hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh parti dan pihak yang bermusuh dengannya.

Walaupun ada yang berhujah bahawa kehadiran itu adalah perkara biasa, mungkin kerana adanya jemputan daripada Majlis Tindakan Negeri Selangor yang diketuai oleh Noh Omar atau daripada Najib sendiri, malah dikatakan Anwar Ibrahim juga pernah minum teh tarik bersama Perdana Menteri sebelum ini, tetapi kehadiran Khalid ini tentulah berbeza sama-sekali.

Ini kerana Khalid hadir di majlis berbuka puasa itu di ketika kedudukannya sedang tergugat dan kepimpinannya semakin ditolak oleh rakan-rakan dalam PR, tetapi ketika kedudukannya tidak dipertikaikan, tidak pula beliau mahu hadir di majlis-majlis seumpama itu.

Apakah Khalid sekarang ingin menunjukkan beliau sudah ada tauke baru sebagai tempat pergantungannya? Apakah Khalid begitu terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya?

Di sisi yang lain, UMNO memang mengetahui kedudukan Khalid sedang terancam sejak wujudnya apa yang dipanggil KajangMove lagi. Dengan serangan, kecaman dan desakan bertali arus agar Khalid segera diundurkan serta Khalid pula enggan mengalah, mungkinkah UMNO sekarang cuba menunjuk baik dengan menghukurkan dahan untuk bergantung kepadanya?

Gaza: Serangan Israel jejas bantuan kemanusiaan NGO tempatan


KESAN runtuhan bangunan akibat dibedil roket Israel.
KESAN runtuhan bangunan akibat dibedil roket Israel.
Serangan udara bertalu-talu rejim Israel terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas menyukarkan misi bantuan kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam membantu penduduk Palestin pada bulan Ramadan.
 
Dua NGO, Aman Palestine dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia memberitahu Bernama usaha mereka menghantar barang keperluan seperti makanan, pakaian dan perubatan terjejas ekoran serangan itu dari segi logistik dan pengangkutan selain masalah komunikasi.
 
Sambil mengecam dan mengutuk serangan itu, dua NGO itu menyifatkan usaha bantuan kemanusiaan yang telah dirancang selama ini perlu diubah dan memerlukan pelan tindakan lain.
 
Presiden GPM Mohamad Raimi Abd Rahim berkata pihaknya sebelum ini telah menghantar bantuan untuk persiapan Ramadan bagi kira-kira 1,000 penduduk Gaza dan bantuan fasa kedua dijadual dihantar dalam masa terdekat.
 
"Projek kita dengan rakan hubungan di sana adalah berterusan, tidak bermusim namun apa yang berlaku sekarang memberi kesan memandangkan keadaan getir dan situasi tidak menentu.
 

'Majlis Peguam tak patut dedah kandungan NUCC' kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur Majlis Peguam kerana membincangkan secara terbuka kandungan yang dirunding dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (NUCC).

Katanya, kandungan rundingan tersebut tidak harus didedahkan kerana ia merupakan perbincangan tertutup.


"NUCC bukan satu forum atau platform untuk bincang perkara itu (secara terbuka). Diadakan secara tertutup.

"Apa yang dilakukan oleh Majlis Peguam tidak selaras dengan tujuan NUCC ditubuhkan.

"Semua perbincangan secara tertutup. Dan NUCC bukan badan muktamad. Kabinet dan kerajaan adalah badan muktamad," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti Umno hari ini.

PM: Teguran pada Bung Moktar serius

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin parti perlu mengambil serius teguran agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip dan dasar parti.

Katanya, teguran berkenaaan, seperti yang disuarakannya ke atas ahli majlis tertinggi Datuk Bung Moktar Radin, perlu dipandang serius kerana kenyataan para pemimpin tersebut akan mencerminkan imej parti.

"Saya sudah mengingatkan kepada ahli Umno bahawa apa sahaja pendapat yang mereka keluarkan sedikit sebanyak mencerminkan pandangan luar terhadap Umno dan juga Majlis Tertinggi.

"Misalnya kalau seorang ahli parlimen, apa yang disuarakan itu, mereka yang berada diluar akan melihat kewibawaan BN," katanya.

Najib berkata beliau bertindak segera untuk menegur Bung Moktar dan MP Kinabatangan itu juga telah memohon maaf atas kenyataan yang menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Rocket strike on Israeli gas station

Israel, Gaza Exchange Rocket Fire

Rocket launched from Lebanon into northern Israel

Polis tahan kerabat raja, teman model Regina Soosalu

'Remaja pailang' diperintah ke pusat pemulihan

PM Israel Angkuh, Serang Gaza Untuk 'Ajar' Hamas

Jawatankuasa Pilihan siasat lebuhraya Kidex, Skip

15 peratus Belanjawan Negara untuk Pejabat Perdana Menteri

Gerakan pertahankan 'kabinet besar' Najib

Israeli jets bombard Gaza for fourth night

Gaza Hellfire: Israeli bombs kill 98 Palestinians, incl 20 children

IDF airstrikes batter Gaza as first Palestinian responders search for victims

Devastation after air strike on Khan Younis, Gaza

'Hamas wants to destroy Israel' says Mayor of Jerusalem Nir Barkat

Gaza: Lebih 200 bantah kekejaman Israel di Masjid Negara


KUALA LUMPUR: Satu himpunan aman menyatakan solidariti kepada Rakyat Gaza diadakan di perkarangan Masjid Negara hari ini.

Himpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan tersebut diadakan sejurus solat Jumaat.

Lebih 200 orang menyertai himpunan itu dengan masing-masing melaungkan takbir 'Allahuakbar’ dan 'hidup Islam'.

Mereka turut membawa plakad bantahan serta bendera Palestin.

Beberapa pemimpin pelajar dan Pemuda PAS Wilayah turut menyampaikan pidato mengecam tindakan kejam tentera Zionis terhadap rakyat Palestin.

10 pimpinan Ikhwan dihukum mati oleh Regim Zionis As Sisi

MAHKAMAH Jenayah Syubra Kheimah yang diketuai oleh Hakim An-Nazi Hassan Farid beberapa hari yang lalu membuat keputusan menghukum mati 10 daripada pimpinan Ikhwan Muslimin dan mengenakan hukuman penjara seumur hidup kepada 37 orang pemimpin Ikhwan yang lain termasuk Mursyidul 'Am Dr. Mohammad Bad'ie. Mereka dibicarakan dalam satu kes menghalang lalu lintas Jalan raya Qalyubiyah.

Keputusan ini dibuat setelah memperoleh pandangan daripada Mufti Mesir, Dr. Syauqi Allam (Gambar).

Pimpinan Ikhwan Muslimin yang dihukum mati termasuklah Dr. Mohammad 'Imaduddin, Mohammad 'Ali Abu Sa'adah, 'Imad Mohammad Fathi, Dr Abdul Rahman (Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar), Gamal Abdel-Hadi, Mohammed Abdel-Maksoud, Hisham Khafaji, Mustafa al-Badri, dan Dr Abdullah Barakat, (bekas Dekan Fakulti dakwah Universiti Al-Azhar).

Yang dipenjara seumur hidup selain Dr. Mohammad Bad'ie ialah Dr. Mohammad Beltaji, Dr. Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr. Basem 'Audah (bekas Menteri Perdagangan Dalam negeri) dan Dr. Sofwat Hijazi.

Hakim An-Nazi Hassan Farid juga mengarahkan harta yang dimiliki oleh semua tertuduh dibekukan. Para pemerhati melihat tindakan Mufti yang mempersetujui hukuman mati ini sebagai tidak wajar kerana empat daripada 10 orang mangsa itu merupakan bertaraf guru kepada beliau.

Rakyat Israel guna aplikasi telefon pintar untuk kesan roket Hamas

Rakyat Israel guna aplikasi telefon pintar untuk kesan roket Hamas

KUALA LUMPUR: Rakyat Isreal kini beralih kepada teknologi telefon pintar untuk mengenalpasti dan mengesan roket-roket yang dilancarkan oleh pihak Hamas terhadap negara mereka.

The Washington Post melaporkan setelah masuk hari ketiga serangan itu berlaku, lebih setengah juta penduduk Israel telah memuat turun aplikasi ‘Red Alert’ yang memberi amaran secara masa sebenar (real time).

Di samping menyediakan kod isyarat merah berterusan, aplikasi itu juga mempunyai elemen media sosial yang membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat tentang setiap serangan roket.

Sejak bermulanya serangan itu, lebih 300 roket telah dilancarkan ke atas Israel dan ini membuatkan rakyat Israel lari bertempiaran mencari tempat perlindungan daripada dibom.

Selain ‘Red Alert, BBC melaporkan terdapat juga aplikasi ‘Yo’ yang memberi pengguna notifikasi ‘Red Alert’ tentang serangan roket.

Ramai pengguna aplikasi-aplikasi tersebut berkata walaupun siren dan siaran radio dan televisyen Israel ditangguhkan untuk membuat pengumuman mengenai roket yang dilancarkan, aplikasi telefon pintar tersebut memberikan perasaan ‘selamat’.

Roket Hamas letupkan stesen minyak Israel, tiga cedera

Roket Hamas letupkan stesen minyak Israel, tiga cederaJERUSALEM: Sebuah roket yang dilepaskan dari Gaza meletupkan sebuah stesen minyak di selatan Israel pada Jumaat, menyebabkan letupan yang kuat dan mencederakan tiga orang, menurut wakil tentera dan perubatan Israel.

"Beberapa roket yang dilepaskan ke sasaran di Ashdod, salah satu daripadanya menyebabkan kerosakan pada sebuah stesen minyak," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera.

Kejadian berlaku di Ashdod, 28 kilometer di utara Gaza.

Wakil perubatan berkata, tiga orang telah dihantar ke hospital, termasuk salah seorang daripadanya yang cedera parah.

"Tiga orang cedera, seorang daripadanya parah," kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Eli Bin kepada stesen radio.

Api yang marak kelihatan di lokasi tersebut dengan pasukan kecemasan cuba mengawal kebakaran tersebut.

Tweet 'mandi darah', 6 lapor polis terhadap Bung


Enam laporan polis dibuat di Perai, Pulau Pinang terhadap MP Kinabatangan, Bung Moktar Radin kerana didakwa membuat "ancaman jenayah" terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy.

Beberapa pemimpin masyarakat membuat laporan, semua sama kandungannya, di Balai Polis Perai pada pukul 11.30 pagi.

Mereka adalah pengerusi jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JKKK) Taman Chai Leng, Turaisingam Mahalingam; ahli JKKK Taman Supreme, Tanngisuran Ramasamy; pengerusi JKKK Perai, Sri Sangar Sivalingam Raman; ahli JKKK Taman Inderawasih, Ng Hooi Lai; ahli JKKK Supreme, Kirupanantha Pillay, dan ahli JKKK Taman Chai Leng, Saghadevan Vallayan.

Dalam laporan mereka, kumpulan itu mendakwa Bung pada 10 Julai mengancam Ramasamy melalui tweet berunsur jenayah dan rasis.

Tweet dari Bung berbunyi “P Ramasamy belum merasa bahana perkauman kaum, saya berharap dia akan terkena dan dapat merasa mandi dlm darah.”

Gaza: Angka korban meningkat 86, lebih 550 cedera



GAZA: Angka korban akibat serangan tentera Zionis Isreal terhadap penduduk Gaza, Palestin terus meningkat dan setakat ini 86 dikenal pasti telah gugur syahid manakala 550 cedera.

Bagaimanapun angka sebenar didakwa jauh lebih besar sejak serangan agresif dimulakan Selasa lalu.
Sebahagian besar yang terkorban adalah orang awam, warga tua, wanita dan kanak-kanak.

Dalam serangan udara pada Khamis, sembilan lagi rakyat Palestin syahid dan ratusan rumah kediaman dilaporkan musnah setakat ini.

Angka korban dijangka akan terus meningkat dengan Israel terus meningkatkan operasi serangan termasuk bersedia melancarkan serangan darat dengan kekuatan 40,000 anggota tentera yang telah bersiap sedia dengan jentera berat di sempadan Gaza.

Sehingga ini belum ada apa-apa tekanan oleh negara kuasa besar dunia mahupun negara-negara umat Islam terhadap Israel agar menghentikan operasi pembunuhan rakyat Palestin itu.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya Palestin Mufeed al-Hassayna berkata, sehingga kini 190 buah rumah telah musnah keseluruhan manakala 6,300 buah lagi separuh musnah.

"Ada 190 unit rumah telah musnah seluruhnya dan 6,300 lagi rosak sebahagiannya oleh operasi ketenteraan Israel di Gaza," Mufeed.

Dunia mesti lawan penindasan, penganiayaan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandang tersangat penting insiden keganasan, penindasan dan pembunuhan umat Islam yang semakin meruncing mutakhir ini.

PKR berharap dan berdoa agar Negara-negara Islam bersatu di saat ini, bertindak bersama membela dan melindungi umat Islam kita.

Kejadian yang menimpa umat Islam di Palestin, China dan Myanmar di dalam bulan Ramadhan yang suci ini, begitu begitu menyayat hati, di saat kemampuan kita untuk menghulurkan pertolongan terbatas.

PKR turut menzahirkan kebimbangan terhadap kegagalan Negara-negara Arab untuk bersatu melindungi kesejahteraan umat Islam yang serantau.

Mutakhir yang berlaku di Palestin, meragut lebih 50 nyawa, lebih 300 yang cedera, banyak kediaman dan bangunan musnah akibat pengeboman tentera Israel yang tidak berperi kemanusiaan.

Sejak kejatuhan Presiden Mohammad Mursi, umat Islam di Gaza semakin tertekan kerana laluan masuk di pintu Rafah, untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan, tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.

Kelmarin media melaporkan bahawa pintu Rafah dibuka di atas desakan PBB,  namun kita tetap menggesa supaya tentera pengaman PBB ditempatkan di situ agar dapat memudahkan pengurusan bantuan kemanusiaan.

Dalam masa yang sama PKR menggesa PBB bertindak segera menghentikan keganasan Israel di Gaza dan mendesak supaya tidak berlengah lagi menghantar delegasi ke Gaza untuk membuat tinjauan dan bantuan segera.

Hanya ‘Caesar dari Planet of the Apes’ boleh selamatkan Malaysia

Hanya `Caesar dari Planet of The Apes' yang boleh selamatkan Malaysia.Hanya `Caesar dari Planet of The Apes' yang boleh selamatkan Malaysia.Siapakah yang boleh selamatkan Malaysia daripada keadaan huru-hara sekarang ini? Seorang teman berkata, hanya 'Caesar dari Planet of The Apes' yang boleh selamatkannya.
Itulah kenyataan seorang rakan saya ketika mengulas apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Bukan setakat negara bahkan juga Barisan Nasional apatah lagi Pakatan Rakyat.
Bukan saja kerajaan Malaysia tetapi kerajaan negeri Selangor dan Kelantan. Yang agak selamat adalah Pulau Pinang kerana watak 'Caesar dari Planet of the Apes' ada pada pemimpinnya Lim Guan Eng.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang berwatak 'Caesar dari Planet of the Apes' selama inilah yang berjaya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri paling lama memerintah Malaysia.
Apakah watak 'Caesar'? Menurut Caesar, "Beruk-beruk hanya akan bersatu apabila pemimpinnya kuat."
Apakah Najib kuat? Anda boleh nilai sendiri. Sesiapa saja di kelilingnya sentiasa dilihat mencabar kenyataan, sikap dan pendiriannya.
Apabila Najib melancarkan 1Malaysia untuk menggabungkan semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, orang yang berada di kelilingnya yang pertama menentang.
Lihat Perkasa. Lihat apa yang dibuat Isma. Keraguan juga kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Lihat Dr Mahathir sendiri.

Raisyyah Rania Yeap : Biarlah Palestin Menang!

Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia...dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
"Boleh saja!", teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu

Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ
maka syahid dan manislah pemergianku

Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang!

- Sebuah karya oleh Raisyyah Rania Yeap -

RCI pendatang haram Sabah: Sudah 2 bulan selesai, kenapa kerajaan masih enggan bentang laporan?


lks forum


KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mendesak kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar segera membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung masalah pendatang haram di Sabah.
Dalam satu kenyataan semalam, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang seakan-akan menyembunyikan laporan itu, walaupun sudah menyerahkan hasil siasatan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim pada 14 Mei lalu.
“Tindakan Najib yang terus ‘menyembunyikan’ laporan itu akan menyebabkan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri terus merosot.
“Ia hanya akan mengesahkan ketakutan rakyat Sabah bahawa penubuhan RCI itu dua tahun lalu bukanlah usaha jujur kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah yang lama berlarutan itu, tetapi hanya muslihat bagi memenangi undi pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.
“Apa lagi penjelasan yang boleh diberikan apabila kerajaan terus enggan membentangkan kepada umum selepas dua bulan ia selesai?” katanya dalam satu kenyataan.
RCI bagi menangani masalah pendatang haram di Sabah ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 bagi menyiasat masalah kerakyatan penduduk negeri itu.

Gelandangan: Antara warga asing dan rakyat sendiri

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

KETIKA seluruh tumpuan masyarakat dihalakan kepada kisah mereka yang dikatakan pengemis, gelandangan warga asing kian mendatangi Malaysia yang disifatkan sebagai lombong emas. Biarpun maksud undang-undang dicipta turut bertujuan memerangi pengemis asing, yang jelas rakyat dari golongan miskin kota amat terasa dengan ungkapan “pengemis” yang dipalu oleh pemerintah peneraju kuasa.

Kamus Dewan Edisi 4 mentakrifkan gelandangan antara lainnya sebagai “orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap” dan sanggup berbuat apa sahaja untuk keperluan diri.

Macam kebiasaan, telah menjadi corak pemerintahan negara bertindak secara responsif atas setiap apa yang disifatkan masalah. Dalam tempoh enam tahun Malaysia dicita-citakan sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, setiap unsur yang berlawanan mesti dihapuskan dari pandangan, lebih-lebih lagi di pusat bandar, ibu kota nadi negara.

Senario “gelandangan” meskipun itu bukanlah istilah tepat untuk menggambarkan kelompok miskin kota, amat tidak enak pada kaca mata pemerintah menjelang Malaysia dicanang sebagai negara berpendapatan tinggi. Justeru, langkah terbaik yang terlintas di fikiran adalah memerangi golongan ini biarpun mereka rakyat negara sendiri.

Pada mereka yang berkelapangan dan punyai ruang, cubalah selami derita golongan ini yang mudah ditemui sekitar ibu kota. Apatah lagi kepada elit politik yang menerajui negara. Sekitar bangunan PWTC mudah saja mereka diziarahi.

Sesekali saya menuruti sahabat-sahabat dalam Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pusat sekitar Jalan Raja Laut menyantuni golongan ini, nyatanya mereka terlalu ingin untuk keluar daripada dilema kehidupan yang kian menghimpit hari ke hari. Di celah-celah derita mereka, terlalu berlawanan dengan apa yang dikata, Malaysia negara lombong emas.

Apa tidaknya, cuba kita keluar pada malam hari di tengah-tengah kota raya. Menaiki LRT atau Monorail, kadang kala gerabak dipenuhi oleh warga asing seolah-olah kita berada di luar negera. Tidak cukup dari itu, cubalah pula berjalan di hentian utama sekitar ibu kota, kelihatan senario yang sama.

Apabila kita bersiar di sekitar Hentian Putera misalnya, distinasi bas ke Pantai Timur, kadangkala bukan lagi loghat Kelantan atau Terengganu yang hinggap ke telinga. Aduhai tanah airku, warga asing melata di mana-mana.

Pejabat Aqsa Syarif di Gaza nyaris dibom

Pejabat NGO, Aqsa Syarif di Gaza nyaris menjadi sasaran bom pihak rejim Zionis yang melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Palestin sejak Selasa lalu.

Pengurus Besar Aqsa Syarif Berhad, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, beliau dimaklumkan berhubung perkara itu oleh salah seorang daripada tiga kakitangan Aqsa Syarif di sana, kelmarin.

"Saya dimaklumkan pejabat kami antara bangunan yang akan dibom oleh pihak Israel.

"Susulan itu, ketiga-tiga kakitangan kami diminta mengosongkan pejabat dan berpindah ke lokasi lain yang belum dipastikan," katanya, semalam.

Beliau bagaimanapun masih belum mengetahui keadaan terkini ketiga-tiga kakitangan tersebut kerana masih belum dapat menghubungi mereka.

"Setakat pagi tadi (semalam), kami masih boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan mereka hanya memberitahu berada dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, katanya, susulan serangan itu, pihaknya melancarkan kutipan bantuan kecemasan Ramadan menerusi operasi Badar bagi bantu rakyat Palestin.

Menurutnya, setakat ini kutipan diperoleh untuk Ramadan berjumlah RM400,000.

Katanya, sumbangan boleh disalur menerusi akaun Maybank, 551575-004299 atau Bank Islam, 1209-2010034904 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-87334636 atau e-mel projects@aqsyasyarif.org.my.

Zionis kemaruk darah

 Zionis kemaruk darah
GAZA - Hari ini adalah hari keempat Zionis melancarkan serangan di wilayah Gaza. Serangan kotor mencemarkan kesucian Ramadan itu begitu dirasai penduduk dunia terutama Malaysia.

‘Laknatullah Zionis!’ dan ‘Berdoa untuk Gaza’ antara bait kata paling banyak digunakan di laman media sosial untuk melahirkan kebencian dan kesedihan terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin kini.


Angka korban terus meningkat

Serangan udara Israel di selatan dan tengah Genting Gaza meragut 20 lagi nyawa semalam termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan angka korban sejak tiga hari lalu melonjak kepada 72 orang dan lebih 500 orang lagi cedera parah.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memaklumkan, dalam serangan pertama awal pagi semalam berlaku di sebuah kedai kopi di bandar Khan Yunis menyebabkan enam lelaki terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 yang lain cedera.

“Selang enam minit kemudian Zionis sekali lagi melancarkan serangan ke atas kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza diikuti tiga minit kemudian serangan menyasarkan dua rumah di Khan Yunis hingga mengorbankan tujuh orang dengan tiga wanita dan empat kanak-kanak,” katanya.

Difahamkan, puluhan siren serangan  roket kedengaran dan dilihat menghujani wilayah Palestin yang dikepung awal pagi semalam dalam operasi digelar Operasi Perlindungan Sempadan Israel.

Operasi itu adalah kempen ketenteraan terbesar terhadap Gaza sejak 2012.

Media tempatan melaporkan, pihak berkuasa Israel sebagai berkata, lebih daripada 200 roket ditembak ke Israel dari Gaza sejak Isnin lalu dengan beberapa serangan terbabit mencapai ke Tel Aviv.

Serangan itu bagaimanapun dibalas dengan 550 bedilan roket dan serangan jet Israel dan memusnahkan sebahagian Bandar Gaza, Beit Hanoun dan Khan Younis.

Menerusi paparan stesen televisyen antarabangsa, kelihatan puluhan kereta perisai Israel terus membuat rondaan di sempadan Gaza, selepas Kabinet menggerakkan 40,000 pasukan simpanan tentera mereka untuk melancarkan serangan darat.

Namun, sehingga jam 8 malam waktu Malaysia, kesemua askar terbabit masih belum melakukan serangan darat dan dipercayai hanya menanti arahan dari pihak atasan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berterusan mengugut dan melakukan provokasi dengan menyatakan serangan akan dilakukan pada bila-bila masa.

Dr.Mujahid: ISMA lebih perkauman daripada PERKASA


Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof yang menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) berpandangan NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersifat perkauman melampaui NGO PERKASA dan menurutnya lebih merbahaya.

Menurutnya, PERKASA sekurang-kurangnya berterus terang dengan agenda perkauman mereka namun ISMA, bersifat perkauman tetapi cuba bersembunyi di sebalik pengaruh agama.

Tindakan ini kata Mujahid, memberikan gambaran buruk kepada agama Islam yang sentiasa menyeru kepada keharmonian.

"Bagi saya ISMA ini lebih perkauman daripada PERKASA, sekurang-kurangnya PERKASA beritahu orang ramai yang mereka ini perkauman.

"Perkara yang bagus tentang PERKASA ini mereka berterus terang tentangnya.

"Saya katakan orang yang menggunakan agama untuk menyembunyikan dogma perkauman mereka ini lebih merbahaya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau yang juga merupakan pengerusi biro perpaduan nasional PAS berkata demikian sewaktu diminta mengulas pendirian pro-Melayu Islam yang dianuti ISMA.

Pertubuhan itu sebelum ini menggelarkan warganegara Malaysia berketurunan Cina sebagai 'pendatang' dan kemudiannya mempertahankan kenyataan itu sebagai satu fakta sejarah.

Terkini, presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman (kiri) dituduh menghasut di bawah Akta Hasutan 1948 pada 19 Jun lalu.

Beliau tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan pada 19 Julai ini.

Mengulas perkara ini, Mujahid menegaskan sekali lagi akan pendiriannya yang tidak bersetuju Abdullah Zaik dibicarakan kerana menghasut.

"Saya akan berhadapan dengan beliau dengan cara yang lebih beradab, berdialog dengannya dan bertanyakan apa sebenarnya yang beliau mahukan," kata Mujahid.

Pengemis: Agihan kekayaan negara masih tempang

RAKYAT seringkali diingatkan agar menunaikan zakat dan ia satu kewajiban. Namun sejauh mana institusi zakat berperanan dalam meleraikan masalah kemiskinan di negara ini? Mutakhir ini ramai asnaf yang merungut karenah birokrasi Baitulmal meyukarkan mereka untuk mendapatkan bantuan. Bagi merungkai persoalan ini, wartawan Harakah, HAZAYANI ZAKARIA pada 3 Julai lalu mendapatkan pandangan bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib yang pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara.

HARAKAH: Sejak sekian lama kita melihat kemiskinan di negara ini khasnya di ibu kota tidak selesai. Malah ada Umat Islam yang terpaksa murtad hanya kerana mahu dapatkan bantuan dari gereja yang lebih mudah memberi bantuan berbanding pusat Zakat atau baitulmal. Boleh ustaz ulas serba lanjut?

TAIB AZAMUDDEN: Perkara ini tidak sewajarnya berlaku sebab saudara baru termasuk salah satu daripada lapan asnaf zakat. Sepatutnya mereka itu dikenal pasti dan dibiayai zakat. Banyak negeri yang berjaya mengutip zakat yang sangat tinggi tetapi zakat yang dikutip itu seolah-olah tersimpan begitu sahaja. Di Wilayah Persekutuan Pusat Zakat nya membuka sebuah kedai sewaktu Allahyarham Tan Sri Syeikh Mohsin Salleh  menjadi pengerusi.Terdapat Pasaraya Baitulmal. Pasaraya ini antaranya memberi peluang kepada fakir miskin untuk mendapat bekalan yang disahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Contohnya Jabatan Agama Islam Wilayah mengeluarkan kupon, mereka membawa kupon itu ke Pasaraya Baitulmal, mereka dapat membuat tukaran dengan barang yang diperlukan. Tetapi sekarang pasaraya itu sudah tiada. Pasaraya Baitulmal wilayah dahulu ada di Sentul dan di Selayang. Selepas peninggalannya, pasaraya ini sudah tiada lagi.Kenapa itu tak diterjemahkan? Pasaraya Baitulmal itu wujud dahulu daripada kedai 1Malaysia yang menawarkan harga murah. Ini yang memberi peruntukan dan kemudahan yang khusus kepad afakir miskin yang disahkan oleh pihak yang berwajib.

Saya mencadangkan supaya institusi ini diperkasakan secara lebih luas supaya asnaf boleh menerima zakat secara berpanjangan seperti institusi yang bersaham. Zakat dijanakan supaya lebih besar, akhir sekali fakir miskin dan orang yang berhak dalam asnaf tadi mempunyai sahamnya di situ. Itu pun boleh dikaji untuk dibuat. Saya juga cadangkan orang yang duduk dalam asnaf dapat insentif seperti insentif Orang Kurang Upaya (OKU). Mungkin untuk bil elektrik, bil air atau apa-apa yang lain dikecualikan sebab apabila mereka ini disahkan sebagai orang yang berada dalam asnaf oleh pihak yang bertanggungjawab. Kalau kita letak mereka sebagai fakir miskin contohnya di Wilayah Persekutuan tetapi orang berkenaan kena bayar bil elektrik, air sama juga. Kenapa kerajaan tidak boleh menyediakan insentif? Itu sebagai salah satu daripada cara pengagihan.

Dilemma pelajar Melayu Islam terpaksa berhutang untuk belajar, walaupun golongan menuntut ilmu adalah asnaf, kerajaan buat PTTN pula untuk berniaga dengan rakyat walhal Zakat yang dikumpulkan boleh membantu pelajar?

Enakmen alam sekitar Johor siapa yang untung?

Selepas membentangkan enakmen penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang didakwa sebagai cubaan Sultan Johor mencampuri urusan pentadbiran negeri, kini satu lagi enakmen sedang diperingkat penggubalan juga dikhuatiri mempunyai kesan yang sama.
 
Enakmen Alam Sekitar Johor yang sedang digubal berkait-rapat tentang perkara membabitkan Kajian Alam Sekitar (EIA) dan Kajian Terperinci Kajian Alam Sekitar (DEIA), menurut exco alam sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat dua hari lepas.
 
Katanya, menerusi Enakmen Alam Sekitar Negeri sebarang cadangan EIA atau DEIA tentang projek pembangunan tanah tidak lagi memerlukan lampu hijau oleh kerajaan pusat tetapi hanya perlu diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar  negeri dan kerajaan negeri.
 
Menurutnya, disebabkan EIA dan DEIA itu memerlukan kelulusan pusat, ia telah menyebabkan kelewatan di dalam perlaksanaan projek pembangunan tanah itu.
 
"Jadi, cadangan untuk menubuhkan Enakmen Alam Sekitar Negeri ini adalah dengan harapan Jabatan Alam Sekitar Johor dan kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk mengkaji potensi EIA atau DEIA dan memutuskan sesuatu projek itu boleh diteruskan atau tidak," katanya.
 
Beliau menjangkakan Enakmen Alam Sekitar Johor itu dibentangkan dan diluluskan DUN tahun depan.
 
Penggubalan enakmen terbabit kata Ayub menyusuli titah Sultan Johor pada perasmian sidang Dewan Undangan Negeri akhir Mei lepas yang mahukan sebuah Perbadanan Alam Sekitar Negeri diwujudkan menerusi pembentangan Enakmen Alam Sekitar Negeri.
 

GAZA:Angka korban serangan Israel mencecah 90

GAZA CITY: Dalam tempoh dua 24 jam, 20 jadi korban.

Itu petanda keganasan Israel yang terus-terusan mengganas di bumi Palestin.

Serangan udara bertubi-tubi oleh Israel ke atas Gaza sejak empat hari lepas kini mencecah 90 orang.

Kebanyakan terkorban dalam serangan ke atas sebuah rumah dan kafe di Khan Younis, di wilayah Gaza.

Keadaan di Palestin itu membimbangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB di mana Setiausaha Agungnya Ban Ki-moon menyifatkan perkembangan di Asia Barat ini ibarat telur di hujung tanduk.

Sementara itu pejuang di Gaza membalas dengan serangan roket.

Tentera Israel memberitahu ia melancarkan serangan ke atas 108 sasaran sejak tengah malam khamis.

Rejim mendakwa mensasarkan kemudahan pelancar roket, tempat penyimpanan senjata, terowong dan pusat arahan.

Bagaimanapun jurucakap Aman Palestin di Gaza menyatakan, tentera Israel hanya mensasarkan kediaman dan kawasan penempatan.

Umno ingatkan MCA, Gerakan: Jangan bunuh sesama sendiri.!!

Palestinian Youth Clash With Israeli Police

Israel v. Gaza: brink of war

Increased rocket range raises fears

Islamic Relief USA -- Palestine Humanitarian Crisis

Hamas rockets reach deeper than ever

7-1:Tragedi nasional Brazil

Tuan rumah Piala Dunia Fifa 2014, Brazil, mengalami kekalahan besar yang memalukan dan mengejutkan dalam perlawanan separuh akhir menentang Jerman hari ini, dengan Jerman menjaringkan tujuh gol dan Brazil hanya mendapat satu gol yang tidak membawa banyak kesan.

Bagi Brazil, negara yang telah membelanjakan AS$11 bilion untuk menjadi tuan rumah tahun ini, kekalahan ini merupakan satu tragedi nasional yang besar, dan berupaya mencetuskan krisis sosial dan politik yang mendalam.

Kedudukan Brazil sebagai kuasa bola sepak dunia terjejas teruk akibat kekalahan ini, dan kini memaksa penilaian semula, refleksi diri dan debat nasional yang kritikal oleh pasukan yang dianggap paling berjaya dalam Piala Dunia itu, memenangi piala paling berprestij bola sepak itu sebanyak lima kali.

Kekalahan paling teruk Brazil sebelum ini, dengan agregat yang sama, berlaku 94 tahun lalu, iaitu kekalahan dengan Uruguay pada 1920, dengan jaringan 6-0, peristiwa yang telah lama hilang daripada ingatan.

Pada 1950, Uruguay sekali lagi mendatangkan bencana kepada Brazil apabila menewaskan pasukan tuan rumah di laman sendiri dalam perlawanan akhir Piala Dunia, ketika Brazil dianggap sebagai pasukan yang pasti menang.

Peristiwa itu, yang dikenang sebagai Maracanazo, kini diangkat kembali ekoran kekalahan teruk kepada Jerman hari ini. Brazil sebagai sebuah kuasa bola sepak dunia kini sekali lagi terpaksa berdepan kekalahan memalukan yang memberi kesan mendalam.

Laporan-laporan kritikal mengenai infrastruktur yang menelan belanja berlebihan dan gagal disiapkan dengan sempurna sehingga menuntut Presiden Dilma Rousseff membuat kenyataan menjawab kini kelihatan hanya kebimbangan yang kecil perlu dihadapi Brazil.

Skim Cepat Kaya YSLM Haram!

cdtup
Syarikat Cdtup International Sdn Bhd Milik “Orang Terkaya Di Dunia” Diserbu KPDNKK. Skim Cepat Kaya YSLM Haram! Ya…hidup di dunia ini memang kejam. Itu sebablah dibekalkan A-Quran dan Sunnah supaya menjadi pegangan hidup untuk terus hidup di “jalan yang betul” dan juga akal bagi memilih yang mana kaca yang mana permata. Kebanyakannya semua mahu hidup senang.
Tetapi percayalah “bukan senang nak senang, bukan susah nak susah“. Dengan….
Dengan lonjakan kenaikan kos sara hidup di Malaysia hari ini, mahu menambah pendapatan digalakkan tetapi pilihlah peluang perniagaan dan pendapatan tambahan yang betul. Usahlah serkap jarang. Takut-takut senyum lebar hari ini, tetapi merana di kemudian hari. Minta dijauhkan…
Jikalau boleh elakkanlah perniagaan dengan caption gambar yang banyak disebarkan di media sosial Facebook contohnya bagi menjual model perniagaan kepada anda seperti :
  • Baring di atas duit
  • Bergambar dengan deretan kereta mewah
  • Bergambar dengan golongan kaya dan kelompok elit
  • Tunjuk duit ribu-riban kepada anda
  • Ada lagi mahu ditambah?

Terbaru…..Syarikat Orang Terkaya Di Dunia, Zhang Jian (Cdtup International Sdn Bhd) YSLM Haram!

CIMB, RHB Capital & MBSB Bergabung. Bakal Bank Terbesar di Malaysia (Bernilai RM600 Bilion)....!!!

mbsb cimb rhb
Boleh dikatakan sepanjang satu bulan ini kebanyakan mata dan telinga dikalangan pelabur lebih tertumpu dikalangan bola sepak Piala Dunia 2014 sehingga menyebabkan tempoh dagangan agak lesu sehingga akhirnya menyebabkan wujudnya sentimen berhati-hati dikalangan pelabur. Terbaru…..
Terbaru dilaporkan tiga institusi kewangan telah digantung hari ini bagi “membuka jalan” kepada pembentukkan bank terbesar di Malaysia. Di mana dagangan RHB Capital Berhad, Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan CIMB Group Berhad telah digantung di mana setiap institusi kewangan telah pun memaklumkan kepada Bursa Malaysia secara berasingan.
Nampaknya tindakan Datuk Seri Nazir Razak melepaskan jawatan menjadi CEO CIMB dan dilantik menjadi Pengerusi CIMB bagi menggantikan Tan Sri Md Nor Yusof adalah merupakan signal awal kepada berita penggabungan MBSB, CIMB Bank dan RHB Capital.
Sebenarnya berita RHB Capital, CIMB dan MBSB bergabung merupakan rahsia yang begitu dijaga rapi yang hanya beberapa individu berprofil tinggi sahaja mengetahui perancangan sulit ini.

Berita CIMB, RHB Capital & MBSB : Kedudukan Kewangan Terkini?

MBSB RHB CIMB
KWSP memainkan peranan pentingan bagi episod penggabungan bank CIMB, MBSB dan RHB Capital :

MCA Kata Dalam Minda Bung Hanyalah Tubuh Perempuan...

MCA tuntut Bung buang 'bra' hijau

Walaupun telah meminta maaf, MCA hari ini menuntut lebih komitmen daripada anggota parlimen Umno Bung Moktar Radin yang dihurung kontroversi akibatnya komennya berhubung kemenangan besar Jerman ke atas Brazil.

Ketua Pemudanya Senator Chong Sin Woo mendesak Bung mengeluarkan gambar bra berwarna hijau yang diganding bersama perkataan “ZIL” kepada seorang wartawan perempuan dalam tweetnya.

Chong berkata, bukan sahaja menghina Brazil selepas kalah teruk 1-7 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, tindakan Bung juga memperkecilkan wanita.

“Tweet ini meninggalkan tanggapan bahawa imej kekal tercetak dalam minda Bung hanyalah tubuh perempuan sejak 2006 lagi, beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan 'bocor' terhadap MP wanita yang memperkecilkan kitaran haid semua perempuan,” katanya.

Bung telah mentweet imej itu bersama-sama jawapan kepada soalan wartawan itu berhubung reaksi terhadap sanjungannya kepada Adolf Hitler setelah kemenangan Jerman.

Bung hari ini meminta maaf setelah ditegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. -mk

Kenyataan Bung salah, tak boleh diterima

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai kaitan kemenangan Jerman dengan Adolf Hitler ‘tidak boleh diterima dan salah’.

Pemuda Pas: Sekat kuasa ekonomi, politik Israel

Pemuda Pas Pusat hari ini menggesa kerajaan untuk memboikot dan menyekat sebarang hubungan diplomatik yang dijalinkan di antara Israel atau Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan menegaskan bahawa ianya merupakan suatu langkah terbaik bagi mengekang sikap tidak berperikemanusiaan Zionis dan juga sekutunya AS terhadap umat Islam.

“Justeru, tekanan kepada rejim Zionis termasuk sekutunya, AS perlu melalui jalan politik dan ekonomi. Kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tersebut perlu bertindak mengetuai pemboikotan terhadap sebarang bentuk hubungan diplomatik serta mengadakan sekatan ekonomi terhadap Israel dan AS.

“Ini merupakan jalan paling strategik dalam mengekang sikap ganas Zionis dan juga sekutunya AS disamping ia akan menunjukkan keizzahan dan kesatuan umat Islam dalam mempertahankan saudara-saudara seagamanya.

Jika kerajaan-kerajaan yang ada sekadar memberi kenyataan tetapi dalam masa yang sama masih berurusniaga dengan mereka, maka tiada apa tekanan yang dapat dirasai oleh Zionis dan AS,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan rasa simpati kepada umat masyarakat Islam di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan keganasan Israel.

Persatuan pekerja bimbang pembentukan bank terbesar di Malaysia jejas pekerja

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) bimbang terhadap kesan cadangan penggabungan dua bank dan badan kewangan ke atas pekerjaan mereka kerana sehingga kini mereka tidak dirujuk.
Presiden NUBE, Tan Eng Hong melahirkan kekecewaan dengan Bank Negara kerana kesatuan tidak dipanggil berbincang mengenai perkara itu, merujuk kepada laporan berita hari ini bahawa tiga institusi kewangan  CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Sdn Bhd dan Malaysia Building Society Bhd merancang untuk bergabung dan membentuk bank terbesar di Malaysia.
Beliau berkata penggabungan institusi kewangan atau bank-bank di Malaysia memerlukan kelulusan terlebih dahulu daripada bank pusat negara itu.
"Terus terang, kami agak kecewa dengan Bank Negara kerana setiap kali mereka memberi kebenaran penggabungan, mereka tidak memanggil kami untuk berbincang," kata Tan kepada The Malaysian Insider.
"Penggabungan sedemikian biasanya mempunyai akujanji bahawa pekerja institusi kewangan yang terlibat tidak akan dipindah atau diberhentikan kerja."
"Bagaimanapun, akujanji ini lebih kerap berbanding tidak, hanya untuk setahun. Berikutan itu, institusi-institusi kewangan akan mengumumkan amalan pemusatan semula."
Tan memberi contoh penggabungan 2011 antara Hong Leong Bank dan EON Bank, segala-galanya kekal status quo dalam tahun pertama operasinya.
"Selepas itu, pengurusan bank mengumumkan ia memusatkan semula cawangan bank dan jabatan," kata Tan.
"Ini menyebabkan beberapa pekerja dipindahkan dari utara ke selatan dan sebaliknya," kata beliau sambil menambah sehingga 26 orang pekerja meletak jawatan kerananya.

Bekas ketua hakim kata kenyataannya silap

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang dilaporkan menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), hari ini berkata berlaku kesilapan dalam kenyataannya pada 2 Julai lalu.

Beliau menjelaskan tawaran yang ditolak sebenarnya adalah jawatan Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) atau yang mempunyai nama lebih kurang seperti itu.

"Sebenarnya saya tersilap dalam merujuk kepada MKPN dalam ayat itu. Saya sepatutnya merujuk kepada JKMPKA.

Jawatankuasa itu juga terletak di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri.  Saya memohon maaf di atas kesilapan itu," katanya dalam satu kenyataan.

KPDNKK nafi mohon maaf kepada YSLM

KPDNKK
PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan permohonan maaf kepada syarikat jualan langsung, YSLM atas tindakan yang diambil terhadap syarikat itu.

KPDNKK dalam kenyataan berkata malah tindakan tegas akan diteruskan terhadap apa sahaja aktiviti yang melibatkan syarikat itu termasuk menahan pemilik syarikat tersebut iaitu seorang warga China Zhang Jian, 26, untuk siasatan lanjut.

"Berita yang tersebar di laman sosial menyatakan KPDNKK memohon maaf serta akan memulangkan semula barangan yang dirampas kepada pihak YSLM adalah palsu," katanya.

YSLM dipercayai menjalankan perniagaan secara haram di negara ini dan tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.

AKHBAR KINI - JADI SUARA UNTUK UMNO

Apakah sudah 75 tahun Utusan Malaysia 
tapi ianya makin jumud dan rasis - satu analisa

18 Jun lalu genap 75 tahun Utusan Melayu satu akhbar yang dikatakan akhbar Melayu.  Daripada pejabatnya  di Singapura berpindah ke Kuala Lumpur. Syarikat ini asalnya dibina oleh keringat & airmata atas kesedaran kepentingan orang Melayu tapi sekarang dikuasa oleh orang Melayu yang berkentingan dan membodohkan Melayu.


Utusan Melayu lahirnya lebih awal daripada UMNO yang dikatakan parti Melayu terbesar dan parti Islam ketiga terbesar di dunia dakwa Tun Mahathir. Sangat malang UM yang asalanya membela Melayu kini dikuasai oleh sesetengah pemimpin UMNO bukan lagi untuk Melayu tetapi untuk UMNO dan isi perut pemimpin tersebut.
Utusan Melayu telah bertukar rupa menjadi Utusan Malaysia. Utusan ini warisan akhir tulisan jawi yang telah dikhianati oleh UMNO. Sukar mencari bahan bacaan bertulisan jawi.
Jika bangsa lain boleh mengekal bahasa dan tulisan asalnya melalui akhbar sendiri, harapan kepada Utusan Malaysia menjadi wadah ini bagi mempertahankan tulisan jawi hilang terus di dunia.

Kerajaan UMNO masih tak sedar, pendidikan di sekolah menepikan tulisan warisan sehingga orang Melayu hilang jati diri.

Telan Hingus Ketika SOLAT & BERPUASA - Ustaz Azhar Idrus

Rawatan Gigi / Gosok Gigi Siang Ramadhan - Ustaz Azhar Idrus

Terhidu Bau, Habuk, Asap Di Bulan Puasa - Ustaz Azhar Idrus

Salah Faham Gosok Gigi, Telan Air Liur & Pakai Wangian Bulan Puasa - UAI

Batal Puasa Kalau Terasa Ubat Gigi Sampai Ke Tekak? - UAI

Anwar Ibrahim: Pakatan Rakyat Have Done Wonderfully Well Getting Common Agenda Forward

Anwar Ibrahim: For Selangor, We Have Come To A Stage Where We Have To Give A Final Decision

Anwar Ibrahim: Issues Concerning The Keadilan Party Election

Ambiga Sreenevasan: Pakatan Rakyat Not Coming Strong Enough On Unilateral Conversions

Ambiga Sreenevasan: July 10, The Day We Have Decided To Take The Nation Forward

Pak Samad: Kita Mesti Bertindak Sebelum Masyarakat Jatuh Lebih Jauh Ke Dalam Jurang Ketidakstabilan

Death toll climbs as Israel bombards Gaza

'People in Gaza are not the target' - IDF Spokesperson on airstrike barrage

UN says Gaza 'on knife edge'

Israeli-Palestinian Tensions, Attacks Escalate

Israel continues airstrikes on Gaza

Injured Palestinians cross from Gaza into Egypt