Ahad, 6 Julai 2014

POLITIK BARU: KETUA PEMUDA UMNO KLUANG TELAH MENAIKKAN DARAH PARA MACAI DAN MAT SURAT..!!


Mula-mula Ketua Pemuda Kluang tidak mengaku macai yang halang beberapa YB DAP/PR dari mengedar buah kurma kepada para pengunjung sebuah Bazaar Ramadhan di Kluang dengan alasan perlu adanya surat kebenaran .. kini hari ini Ketua Pemuda UMNO Kluang bertindak lebih berani dan dahsyat lagi .. dia jemput YB-YB DAP yang dihalang termasuk beberapa pemimpin PAS dan PKR sama-sama ditempat yang sama mengedar buah kurma sambil beliau mengedar bubur lambuk kepada pengunjung .. Tahniah .. ini baru dinamakan politik dinamika .. politik bersih.

Yang seronoknya macai-macai UMNO berlagak samseng taik kucing tempoh hari menghalang langsung tidak nampak batang hidung terus menghilangkan diri.


Terlajak kereta boleh digostan, terlajak kata….

Oleh Amin Iskandar
Orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anak muda, sebelum bercakap, lebih baik berfikir terlebih dulu. Tapi apabila orang tua-tua sendiri yang terlajak kata, lain jadinya.
 Apatah lagi jika “orang tua” itu merupakan seorang pemimpin atau menteri. Inilah yang berlaku kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada 1 Julai lalu, agensi berita nasional Bernama melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata, pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing. "Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sukarelawan membawa makanan untuk diagihkan kepada gelandangan di pusat bandar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.

Sukarelawan membawa makanan untuk diagihkan kepada gelandangan di pusat bandar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.
Dua hari selepas itu, media melaporkan Tengku Adnan sebagai berkata:"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Apa bakal terjadi kepada Selangor jika Khalid tidak lagi menerajui?

Oleh Hazlan Zakaria
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas bahawa kekalahannya (sekiranya tidak dapat dielakkan) di peringkat cabang PKR Kuala Selangor bagi pemilihan parti tidak akan memberi kesan kepadanya di dalam memimpin negeri Selangor.Namun, kedudukannya semakin tidak selesa dengan penentangan dari dalam PKR dan Pakatan, ditambah pula rungutan mengenai isu Kidex dan bekalan air Selangor yang dikendalinya.

Bagaimanapun, Khalid seakan mendapat sokongan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata keputusan samada Khalid akan dikekalkan hanya boleh dibuat dengan melibatkan keseluruhan pimpinan Pakatan serta perkenan Sultan.  Khalid kekal sebagai sasaran pihak dalaman PKR selain seterunya timbalan presiden PKR Azmin Ali, sebaik mengumumkan akan bertanding bagi jawatan nombor dua di dalam parti itu.
Selaku seorang yang baru terjun ke kancah politik PKR, mungkin Khalid dilihat terlalu gopoh. Tambahan pula beliau dipilih menerajui Selangor dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin lebih senior.
Keputusan pemilihan parti menunjukkan penyandang jawatan, Azmin menang dengan hampir separuh daripada undi keseluruhan sambil Khalid dan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution memenangi undi selebihnya.
Ada yang berkata Saifuddin bertanding bagi memberi saingan terhadap Azmin, namun ada pula yang berkata langkah tersebut dibuat bagi memberi kekangan kepada Khalid daripada menumbangkan Azmin.
Tanpa Saifuddin di dalam persaingan yang berperanan memecah undi, Khalid berkemungkinan mampu memberi saingan sengit kepada Azmin.
Dan pada masa yang sama, muncul pula kelibat presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, yang baru ditabalkan sebagai ahli dewan undangan Kajang. Beliau diberitakan bakal mengambil alih jawatan MB selepas menggalas cabaran yang terdahulu dibawa suaminya Anwar yang tidak dapat bertanding kerana dijatuhi hukuman bagi kesalahan sodomi.
Semua ini mungkin petunjuk bahawa PKR sedang mencongak langkah menggantikan Khalid selaku pemimpin utama di negeri Selangor.
Kini Khalid turut berdepan kritikan daripada DAP dan PAS, yang kecewa dengan gaya pentadbirannya yang dianggap bersifat autokratik.
Sekiranya PKR dan Pakatan bersetuju menggantikan Khalid, bagaimanakah langkah ini akan memberi kesan kepada Selangor?

Muhyiddin Yassin layak jadi idola Perkasa dan Isma – Guan Eng

GEORGE TOWN, 6 JULAI: Perilaku Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan menyebar kebencian kaum serta memberi amaran tidak mustahil 13 Mei 1969 akan berulang menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada Perkasa dan Isma, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Muhyiddin bukan saja tidak bertanggungjawab tetapi menunjukkan bahawa beliau hanya layak menjadi contoh teladan kepada NGO sayap kanan seperti Perkasa dan Isma sebagai seorang pentaksub serta pelampau dan sama sekali tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
“Beliau nampaknya semakin membina reputasi sebagai ‘poster boy’ Perkasa dan Isma selepas memalukan prinsip 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menyatakan dirinya adalah ‘Melayu dulu, Malaysia kemudian’.
“Dengan mengamalkan sikap bermusuhan, dapatlah kita simpulkan bahawa Muhyiddin bukan saja tidak hormat, malah tidak bertolak-ansur terhadap bukan-Muslim dan bukan-Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Guan Eng menyarankan parti komponen BN supaya memberi kata dua kepada Muhyiddin yang tidak henti mengeluarkan kata-kata bersifat kebencian dan perkauman.

Kerajaan cabul hak gelandangan – Dr Ong Kian Ming

KUALA LUMPUR, 6 JULAI: Tindakan kerajaan mahu menahan para gelandangan di Kuala Lumpur bermula Isnin ini adalah bertentangan dengan hak politik dan mencabul kebebasan mereka, kata Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming.
Menurut beliau, rancangan kerajaan menggunakan Akta Orang Papa untuk membenarkan penahanan dibuat juga tidak ubah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan pada tahun 2012.
“Seksyen 3 Akta Orang Papa (DPA) 1977 membolehkan majistret mengarahkan seorang gelandangan untuk tinggal di rumah kebajikan sehingga satu bulan.
“Manakala Seksyen 4 DPA membolehkan majistret, berdasarkan syor seorang pegawai kebajikan masyarakat, memerintahkan gelandangan tinggal di rumah kebajikan sehingga 3 tahun dan perintah ini boleh dilanjutkan sehingga 3 tahun lagi.
“Ini bermakna gelandangan boleh ditahan untuk tempoh panjang sehingga 6 tahun. Tindakan menggunakan DPA untuk menahan mereka perlu dikutuk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim baru-baru ini mengatakan gelandangan yang ditahan akan diberi penjagaan dan pemulihan selama tiga tahun, namun mereka boleh dikeluarkan menurut dua syarat.
Syarat itu menurut Rohani adalah seperti yang termaktub dalam Seksyen 8 (1) DPA, iaitu jika pihak berkuasa berpuas hati bahawa penghuni telah mendapat pekerjaan sesuai untuk menyenggara diri atau diberikan jagaan kepada seseorang yang mahu dan berkebolehan menanggung mereka.
Menyelar kenyataan Rohani itu, Kian Ming menegaskan bahawa gelandangan sukar untuk mencari pekerjaan tetap kerana pelbagai sebab dan, lebih malang lagi, mereka telah terputus hubungan dengan ahli keluarga.

Apabila bersedekah dianggap jenayah, pemerintah dan rakyat terpisah

Sukarelawan membawa makanan untuk diedarkan kepada gelandangan di Kuala Lumpur semalam. Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau menguatkuasakan larangan memberi bantuan makanan dalam lingkungan 2km daripada pusat beli-belah Lot 10 di pusat perniagaan Golden Triangle Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.
Sukarelawan membawa makanan untuk diedarkan kepada gelandangan di Kuala Lumpur semalam. Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau menguatkuasakan larangan memberi bantuan makanan dalam lingkungan 2km daripada pusat beli-belah Lot 10 di pusat perniagaan Golden Triangle Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 6 Julai, 2014.

 Apabila usaha murni dan baik hati rakyat biasa membantu golongan tidak bernasib baik dianggap jenayah, semakin jelas hubungan pemerintah dengan rakyat terpisah.
Aktiviti memberi makanan kepada gelandangan tidak ditaja syarikat swasta ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengaut untung berjuta-juta ringgit, tetapi ia adalah inisiatif peribadi mereka yang mahu membantu golongan tidak bernasib baik ini.
Membantu golongan tidak bernasib baik atau gelandangan ini tidak memerlukan anda untuk menulis cek dan bergambar masuk akhbar.
"Pendirian kami jelas, beri makanan tidak salah.
"Ia suatu yang tidak dapat diterima moral manusia apabila hendak berbuat baik tetapi tidak boleh dan dikata jenayah," kata Izwandi Ngadi, 29, salah seorang sukarelawan Dapur Jalanan.
Seperti kumpulan pemberi makan kepada gelandangan lain, Dapur Jalanan juga menjalankan aktiviti sama pada setiap hujung minggu di kawasan Jalan Panggung, di tengah ibu kota.
Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kata dua kepada kumpulan yang memberi makanan kepada gelandangan.

Saya akan tanggung kalau usul hudud diluluskan - Mah Siew Keong

Mah Siew Keong
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menegaskan bahawa dirinya akan memikul tanggungjawab sekiranya undang-undang persendirian mengenai hudud di Kelantan diluluskan di Parlimen.
 
Siew Keong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya usul tersebut diluluskan melalui sokongan Ahli Parlimen UMNO, maka dirinya dan Gerakan bersedia memikul tanggungjawab yang sepatutnya.
 
Namun Ahli Parlimen Teluk Intan itu enggan menjejaskan tindakan yang akan diambil sekiranya usul tersebut diluluskan dalam Parlimen.
 
Siew Keong berkata, beliau tidak berhasrat untuk menjadi wira atau berdebat mengenai isu hukum hudud, namun Gerakan telah menetapkan pendirian untuk menghalang usul berkenaan diluluskan.
 
Tambahnya lagi, sekiranya pelaksanaan hukum hudud menjadi kenyataan, sebuah lagi parti politik iaitu DAP juga tidak boleh berdalih.
 
"DAP boleh membantu memujuk Pas dan bukannya hanya bercakap dan mewujudkan perpecahan," katanya dalam temuramah dengan Sinchew Daily.
 

PAS pertikai pembatalan status tanah rizab Melayu Perak

 
PAS Perak hari ini mempertikaikan pembatalan berterusan tanah rizab Melayu di Lumut yang menurutnya menyebabkan kawasan itu hilang identiti sebagai kawasan pelancongan.

Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (bawah) berkata, pembatalan status itu di Teluk Senangin dan Teluk Rabiah menyebabkan kawasan hutan tergadai dan pembangunan tidak seimbang.

“Kami amat meragui kekerapan pembatalan status rizab tanah Melayu yang dilakukan oleh kerajaan negeri atas alasan pembangunan atau pelancongan atau yang terkini atas sebab perindustrian.

“Bagi kami akan terhakisnya entiti daerah Manjung sebagai salah satu kawasan alam sekitar yang cantik yang menarik ramai pelancong untuk hadir,” katanya.

Beliau membangkitkan perkara itu setelah kira-kira setahun tanah Teluk Senangin seluas 14.67 hektar di mukim Lumut Manjung diwartakan pembatalan status rizab Melayu pada Mac tahun lalu.

Beliau juga membangkitkan dua kes pembatalan tanah rizab Melayu di kawasan sekitar itu pada April 2004 (89.83 hektar) dan Teluk Rabiah (163 hektar) untuk pembangunan komersial pada Julai 1989.

Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad mendesak penjelasan daripada kerajaan negeri atas keperluan pembatalan status itu.

Dewan itu juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk mendapatkan penjelasan dan melahirkan kebimbangan mereka dengan situasi semasa itu.

"Menteri-Menteri Dinasour" Dalam Kabinet Najib

Cara Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi reaksi dan mahu bertindak terhadap golongan gelandangan dan pengemis di ibukota menyerlahkan bahawa beliau tidak sesuai lagi menjadi menteri atau berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan rakyat bawahan.


Beliau  boleh dianggap "menteri dinasour" yang sudah ketinggalan zaman dengan pemikiran semasa, kontemporari, realistik  serta terbuka dalam menyelesaikan sesuatu isu.  Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selalu mengingatkan bahawa "era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir",  Datuk Seri Tengku Adnan sebaliknya masih lagi berfikiran "kerajaan sentiasa betul selama-lamanya".
Sebab itu, tidak menghairankan pelbagai label dihamburkan kepada ideanya mengenai usaha mahu menghapuskan golongan gelandangan dan pengemis itu, malah Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi  Ideris tanpa ragu-ragu menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan itu sebagai bodoh dan tidak masuk akal.
Dalam usaha mahu membersihkan golongan gelandangan, Tengku Adnan mahu NGO Dapur Jalanan yang selalu memberi makanan kepada golongan itu agar menghentikan amalan itu kerana ia menyebabkan golongan itu menjadi terus malas serta menyebabkan kekotoran. Beliau kemudiannya mensyaratkan jika mahu melakukan juga pemberian makanan itu, ia mestilah di luar 2 kilometer jaraknya daripada Kompleks Lot 10 di Bukit Bintang.
Mengenai pengemis pula, beliau melarang orangramai daripada terus menderma kepada golongan itu dah jika didapati berbuat demikian akan disaman serta-merta oleh DBKL dengan nilai kompaun sehingga RM150.
Memandangkan kenyataan dan larangan ini dikeluarkan dalam bulan Ramadan yang memang digalakkan umat Islam menderma, bersedekah dan membantu golongan susah, Tengku Adnan akhirnya berhadapan dengan kecaman yang berterusan daripada pelbagai pihak. Malah dua menteri kabinet sendiri iaitu Khairy Jamaluddin dan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut tidak bersetuju dan membantah pendirian Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan itu.

'Pada Anwar, semuanya cubaan menutup' kata Menteri UMNO

Atase tentera yang dituduh melakukan serangan seksual di New Zealand tidak patut dihadapkan dengan “perbicaraan pandangan awam atau media” selepas kembali untuk menghadapi pertuduhannya di negara kiwi itu.

“Keadilan bukan hanya untuk penuduh, tetapi juga pada tertuduh,” Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dalam sidang media selepas melancarkan pameran berkaitan pesawat hilang MH370 hari ini.

Hishamuddin bagaimanapun tidak mendedahkan bilah Rizalman akan dihantar kembali ke New Zealand kerana perkara itu sepenuhnya berada bawah menteri luar negara.

Doktor-doktor Malaysia hari ini berkata Rizalman tidak sihat sepenuhnya untuk terbang ke luar negara dan masih memerlukan “penilaian psikiatri”, lapor The New Zealand Herald.

Diminta mengulas dakwaan pihak berkuasa cuba menutup kes itu, Hishamuddin menolaknya dengan berkata ia hanya dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Padanya, semua perkara ditutup,” katanya ringkas.

Menteri UMNO kesal sensasi media terhadap MH370

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau kesal berhubung tindakan media mensensasikan berita dan melaporkan secara tidak tepat ketika melaporkan krisis MH370.

Ini kerana, katanya, terdapat “nyawa menjadi taruhan” bagi mencari pesawat yang sudah hilang selama 121 hari itu.

Hishammuddin ketika kejadian bertugas sebagai pemangku menteri pengangkutan. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac lalu, sekali gus menggerakkan usaha mencari dan menyelamat untuk beberapa bulan.

Hishammuddin juga berkata, perhatian media ketika itu amat hangat.

Kumpulan pekerja halangan utama MAS raih keuntungan - IDEAS

Kumpulan pekerja halangan utama MAS raih keuntungan - IDEAS
KUALA LUMPUR: Halangan utama bagi Malaysia Airlines (MAS) untuk kembali meraih keuntungan adalah kesatuan sekerjanya, kata sebuah kumpulan pemikir utama hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata setiap kali usaha dibuat untuk melakukan pembaharuan atau penyusunan semula syarikat penerbangan itu bagi mendapatkan semula keuntungan, kesatuan sekerja akan bangkit menentang kebanyakan daripada cadangan-cadangan yang diusulkan.

"Jadi saya rasa apa yang kita perlu lakukan untuk menjadikan MAS syarikat yang menguntungkan adalah dengan menjinakkan pengaruh kesatuan sekerjanya. Mereka agak terlalu berpengaruh, terlalu lantang, terlalu berkuasa. Ya, harus menghormati hak pekerja kerana hak mereka amat perlu dihormati.

"Tetapi kuasa kesatuan sekerja kadang-kadang tidak selari dengan kepentingan syarikat itu sendiri. Ironinya jumlah kakitangan MAS terlalu besar sedangkan syarikat itu sendiri mengalami kerugian. Biasanya, sesebuah syarikat akan mengurangkan kos apabila ia tidak mencatatkan prestasi yang baik," katanya.

Wan Saiful juga mengkritik kesatuan sekerja itu kerana keengganannya untuk berubah, sambil menambah mereka harus menerima perubahan agar syarikat penerbangan tersebut boleh diselamatkan.

Beliau berkata untuk menyelamatkan keseluruhan syarikat, beberapa keputusan yang sukar perlu diambil dan sekiranya kesatuan sekerja berterusan menentang, tidak ada apa yang boleh dicapai.

Apabila diminta pandangannya tentang apakah pokok masalah MAS, Wan Saiful berkata syarikat penerbangan nasional itu setanding dari segi menyediakan perkhidmatan terbaik walaupun jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan utama seperti Emirates atau American Airlines tetapi ia tidak dapat bersaing dari segi harga.

Jawatan MB Selangor: Pas belum buat apa-apa keputusan

Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat SHAH ALAM - Pimpinan Pas Pusat masih tidak membuat sebarang keputusan berhubung suasana politik yang melanda negeri ini termasuk jawatan Menteri Besar Selangor yang menjadi perdebatan kebelakangan ini.

Dalam satu pertemuan yang diadakan bersama Pimpinan Pas Pusat dan Selangor hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya masih meneliti kesemua hasil perbincangan dan sebarang keputusan hanya akan diumum kelak.

"Pimpinan Pas akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan apa-apa tuntutan yang dikemuka kepada pihak kami.

"Keputusan akan diumum setelah Pas berjaya mencapai kata sepakat," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Menurut Khalid, antara perkara lain yang dibincangkan dalam pertemuan pagi tadi termasuk juga isu air dan pungutan sampah di Selangor.

Antara pemimpin yang hadir termasuklah Ahli Parlimen Pas Selangor, Adun dan pimpinan Pas Pusat.

Konflik perbezaan fahaman cetus kumpulan ekstrem

Muka depan Sinar Harian 3 Julai 2014. KUALA LUMPUR - Konflik akibat perbezaan fahaman antara ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Syiah di Timur Tengah dipercayai mempengaruhi kemunculan kumpulan ekstrem di rantau ini, kata seorang ahli akademik.
  
Dekan Kolej Undang-undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Martadar Mohamed berkata, rakyat Malaysia pula mudah terpengaruh dengan kegiatan militan kerana wujudnya rasa tidak puas hati terhadap perkembangan di Syria dan Iraq.
  
Katanya, kemuncak kepada fahaman ekstrem itu ialah mereka melakukan jihad songsang iaitu perjuangan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
  
Beliau berkata, menurut kajiannya, kumpulan militan mendapat sumbangan daripada mereka yang bersimpati termasuk sumbangan dari dalam negara ini sama ada daripada pertubuhan ataupun individu.
 
"Dari segi kewangan mereka juga dapat bantuan kewangan daripada NGO-NGO (badan bukan kerajaan) dan kumpulan Islam daripada negara-negara Timur Tengah," katanya.

Dapur Jalanan tak tunduk, sedia pasukan peguam hadapi saman DBKL

20140706_004126KUALA LUMPUR, 6 JUL: Organisasi amal, Dapur Jalanan tetap meneruskan aktiviti memberi makanan kepada golongan miskin tegar bandar walapun berhadapan risiko disaman penguatkuasa seperti yang mahu dikuatkuasakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, baru-baru ini.
Ahli Dapur Jalanan merangkap jurucakap bagi salah satu kumpulan yang menjalankan aktiviti itu, Wong Kar Fai, berkata hal itu berikutan golongan miskin tegar bandar memerlukan pembelaan sewajarnya.
“Seharusnya, ini tanggungjawab kerajaan tetapi mereka tak buat dan bila orang lain nak buat mereka halang pula,” katanya ketika ditemui Selangor Kini selpas mengagihkan makanan sekitar Jalan Panggung, Pasar Seni, Medan Pasar dan Lebuh Ampang, di sini, malam tadi.
Katanya, sebelum ini kerajaan dijangka meminda Akta Papa 1977 dalam persidangan parlimen sesi Jun-Julai, baru-baru ini bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih keras diambil terhadap golongan miskin tegar bandar yang tidak berumah.
Bagaimanapun, pindaan itu tidak berlaku, sebaliknya kerajaan terus membuat persediaan seperti mengadakan pelbagai operasi menangkap golongan tidak berumah sebelum pindaan akta itu dilaksanakan.
“Kami tak tahu apa pindaan yang akan dibuat dan bila, tetapi yang pastinya kerajaan dah buat persediaan awal dengan mengadakan pelbagai operasi seperti Operasi Kasih, Operasi Cantas dan Operasi Bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia serta polis.

Give us change, not rock songs, say Indonesia's young voters

Anger spreads after violence, confrontations in Mid-east

Israel bombs Gaza: Air Forces target 10 sites

Israel and Palestine exchange fire after Palestinian boy's death

Hisham: Rizalman should not face "public opinion" trial

Liow: DPM's May 13 warning just 'reminder'

Pengemis: 'Kalau saman macam mana kami nak makan...'

Walaupun menteri tegas mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis dan individu tidak berumah, perkara itu nyata tidak membuatkan golongan tersebut berasa gentar.

Mereka malah tidak puas hati dengan inisiatif terbaru Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu kerana menjejaskan sumber rezeki mereka.

Perkara itu diluahkan oleh seorang peminta sedekah dan penghidap HIV Yahya Abdullah, 52, yang sudah mencari rezeki sebegitu sejak 11 tahun lalu.

Bekas tentera itu memberitahu Malaysiakini sejak meninggalkan keluarganya kerana ketagih dadah, dia sudah biasa hidup di tepi jalan dan mencari sesuap nasi dengan meminta sedekah.

"Tak patutlah kalau saman. Macam mana nak makan," kata ketika ditemui di tepi jalan berdekatan stesen sistem transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek di ibu negara.

Manakala seorang wanita tidak berumah Hazellina Ezriantie Noor Mohamed, 28, pula termenung panjang ketika ditanya cadangan Tengku Adnan itu.

Ketika disoal, Hazellina memalingkan wajahnya ke tempat lain dan diam sebentar.

Tidak menyatakan setuju atau tidak, dia yang sudah gelandangan sejak dua tahun lalu berkata berkata perkara itu bukan pilihannya ketika tidak pernah diterima bekerja.

TS Khalid selar dakwaan 'keji' terhadapnya

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan menempelak sebilangan pimpinan PKR yang menyifatkannya tidak mahu meletak jawatan sebagai perbuatan keji dan tidak bertanggungjawab.

Menteri besar Selangor mendakwa tiada sebarang perbincangan dibuat dalam parti berhubung jawatannya mahupun menerima mana-mana arahan supaya berundur daripada jawatan tersebut.

"Kita tidak ada bincang perkara itu. Ini tidak benar.

"Ini adalah tindakan paling keji oleh orang yang mahu membuat kesimpulan penamat yang mempunyai tujuan sangat tidak bertanggungjawab," beliau dipetik sebagai berkatakepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di Shah Alam semalam.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei mendakwa Khalid enggan melepaskan jawatan menteri besar walaupun tindakan itu sebahagian daripada agenda Langkah Kajang.

Cina diberi tanah tanam sayur, Melayu tanam semak

Tanah yang diberi kepada golongan Melayu oleh Jabatan Pertanian tidak langsung mendatangkan hasil walaupun telah tiga tahun berlalu.
Tanah yang diberi kepada golongan Melayu oleh Jabatan Pertanian tidak langsung mendatangkan hasil walaupun telah tiga tahun berlalu.
Memang benarlah kata orang, kalau tanah diberi kepada orang Cina, pasti akan mengeluarkan hasil tetapi kalau diberi kepada orang Melayu, bukan sahaja semak menutup tanah malah akan menjadi hutan belukar tidak sampai satu tahun.
 
Kenyataan ini bukanlah cerita kosong tetapi hasil maklumat penduduk Mersing yang kesal melihatkan tanah-tanah yang diberi kepada golongan Melayu oleh Jabatan Pertanian tidak langsung mendatangkan hasil walaupun telah tiga tahun berlalu.
 
Seperti kata seorang penduduk keturunan Cina yang mahu dikenali sebagai Tong Nam, tanah-tanah yang dibenar guna oleh Jabatan Pertanian kepada penduduk yang memohon sepatutnya ditarik balik walaupun mereka membayar sewa.
 
"Tanah-tanah itu sebenarnya diberi sewa secara tahunan oleh Jabatan Pertanian kepada penduduk miskin yang berhasrat bercucuk tanam bagi mendapatkan sumber pendapatan.
 
"Setiap pemohon yang berjaya diberi tanah seluas 10 hingga 12 ekar dan pihak Jabatan Pertanian menyediakan segala kemudahan termasuklan jalan, paip air dan sebagainya bagi memudahkan usaha untuk bercucuk tanam.
 

Wanita mangsa pemerdagangan dan sindiket

Wanita mangsa pemerdagangan dan sindiket
DALAM era moden ini pemerdagangan manusia adalah satu bentuk perhambaan. Ia merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat bangsa dan negara yang terlibat. Isu wanita dijadikan mangsa pemerdagangan seakan tidak pernah berkesudahan. Sejak beberapa tahun dahulu, Malaysia nampaknya bukan lagi semata-mata menjadi transit pemerdagangan wanita, malah dapat dilihat dengan mata kepala sendiri, betapa ramainya warga asing yang entah legal entah tidak, berada di negara ini.

Ketika saya ditugaskan di Meja Mahkamah dan Jenayah, boleh dikatakan ada sahaja sebutan reman dilakukan di Mahkamah Majistret Klang dan Shah Alam bersabit kes mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang atau Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). Namun tidak dapat dipastikan seberapa banyakkah dalang dan sindiket berjaya dibawa ke muka pengadilan.

Apabila diperdagangkan, mangsa tidak diberi sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan rentetan menerima kawalan ketat oleh sindiket. Ada yang mengakui didera, diberi makan kertas jika melawan dan tidak kurang juga yang dikerah tanpa bergaji serta diperlakukan seperti hamba seks.

Menurut Kajian Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara Amerika, pemerdagangan manusia ini dapat menjana keuntungan yang lumayan dan dianggarkan sebanyak USD33 bilion setahun (angka tidak rasmi). Pemerdagangan manusia bukan saja berlaku di negara-negara mundur tetapi juga di negara-negara maju. Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik semua ini? Dan bagaimanakah pemerdagangan manusia ini berlaku?

Menurut Artikel 3 Protokol Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan Pemerdagangan Manusia sebagai; perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan lain. Ia termasuklah tragedi penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan, atau memberi atau menerima bayaran atau manfaat untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang lain, untuk tujuan eksploitasi iaitu pelacuran, buruh paksa atau perhambaan dan pemindahan organ-organ.

Hubungan baik antara negara

Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan Indonesia, Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat dan sebagainya. Hubungan baik ini sangat penting kepada sektor ekonomi, namun ia juga telah menyumbang kepada satu masalah sosial yang amat ketara iaitu pemerdagangan manusia.

'Raja Toyol' terlibat 23 kes kecurian

Raja Toyol dicekup penduduk selepas memecah masuk kedai runcit, di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara.  
Raja Toyol dicekup penduduk selepas memecah masuk kedai runcit, di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara.
PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali  perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid  dan kedai runcit  di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.

Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik,  malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.

Difahamkan kanak-kanak  ini hanya  memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.

Remaja putus tiga jari terkena serpihan mercun

Mohd Idham kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu akibat terkena serpihan mercun. - Gambar kecil: Kecederaan yang dialami Mohd Idham.  
Mohd Idham kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu akibat terkena serpihan mercun. - Gambar kecil: Kecederaan yang dialami Mohd Idham.
KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 14 tahun menjadi mangsa mercun pertama tahun ini selepas putus tiga jari kanan dan cedera mata kanan akibat terkena serpihan mercun botol ketika bermain mercun bersama rakannya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Idham Syafiq yang dipercayai terkena serpihan mercun itu ketika dia menyalakan sumbu menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya memegang mercun berkenaan.

Menurut Mohd Idham, belum sempat dia membaling mercun berkenaan ia meletup secara tiba-tiba meletup sehingga menyebabkan tangannya cedera disamping turut terkena pipi dan mata kanannya.

"Saya menjerit kesakitan. Salah seorang rakan yang turut bermain mercun bersama saya membawa saya ke hospital Pasir Mas untuk menerima rawatan.

Sentimen awam cetusan Ku Nan, tingkat penyertaan sukarelawan Dapur Jalanan

20140706_005401KUALA LUMPUR, 6 JUL: Sukarelawan yang terbabit dalam aktiviti mengedarkan makanan percuma kepada golongan miskin tegar bandar bertambah secara mendadak sejak tercetus isu penguatkuasaan mendenda orang ramai yang memberi makanan kepada keumpulan terbabit.
Hal itu dapat dilihat apabila akitiviti memberi makanan percuma yang dijalankan kumpulan amal Dapur Jalanan berjaya menarik kira-kira 250 sukarelawan, malam tadi iaitu paling ramai setakat ini.
Kumpulan 250 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan yang ditetapkan.
Salah satu daripada kumpulan terbabit beroperasi bermula dari Jalan Panggung dan bergerak ke Pasar Seni, Jalan Medan Pasar, Lebuh Ampang dan kawasan sekitarnya.
Ahli Dapur Jalanan yang juga jurucakap bagi sub kumpulan itu, Wong Kar Fai, berkata pertambahan sukarelawan itu isyarat jelas bahawa Dapur Jalanan tidak akan tunduk kepada arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu bandaraya Kuala Lumpur bebas golongan miskin tegar bandar.
“Pada malam ini, sukarelawan semakin ramai kerana sentimen masyarakat awam terhadap isu miskin tegar bandar dan ini suatu pencapaian yang bagus, bukan untuk Dapur Jalanan tetapi untuk masyarakat awam sendiri.
“Kita lihat kenyataan Tengku Adnan itu tak masuk akal dan kami perlu buat sesuatu sebab makanan, kaunseling dan kesihatan adalah hak semua,” kata Kar Fai ketika ditemui Selangor Kini di sini, malam tadi.
Katanya, Tengku Adnan sewajarnya menjalankan kajian terhadap masalah yang dihadapi golongan terbabit bagi mendapatkan penyelesaian total, bukan menyembunyikan masalah ini daripada mata umum.
“Bila Tengku Adnan kata ini untuk membersihkan ‘bandar dia’ dari kekotoran yang dikaitkan dengan warga miskin tegar kota, jelas membuktikan dia tak melihat punca akar masalah sebenar iaitu struktur sosio ekonomi.

MB Selangor: Tak perlu sekat bantuan gelandangan, atur cara lebih baik

gelandanganCHERAS, 6 JUL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.
Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.
“Saya rasa ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.
“Kita mesti mencari jalan supaya menyusun pemberian ini secara teratur,” katanya kepada Selangor Kini selepas mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tesco Extra, dekat sini.
Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha pemberian makanan kepada orang yang memerlukan bagi tujuan mengurangkan bebanan serta kesusahan yang dialami dalam kehidupan seharian mereka.
Pada masa sama, beliau berkata, cadangan Kerajaan Pusat untuk membina rumah perlindungan “one stop centre” bagi menangani masalah kemiskinan dan gelandangan boleh dilaksanakan namun mengakui ia bukan mudah untuk dilakukan.
“Bukan senang nak buat (one stop centre). Nak edar bubur lambuk pun bukan kerja senang, kena ambil masa. Ia boleh dilakukan tetapi caranya mesti betul,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Presiden PAS sebak hargai simpati semua pihak


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak dapat menahan rasa sebak ketika menyampaikan tazkirah khas Ramadhan di Masjid Rusila, malam tadi.

Nada sebak itu bermula apabila beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memohon Allah memberi balasan yang tidak terhingga kepada semua sama ada parti-parti politik yang ada di Malaysia dan semua pertubuhan Islam dan bukan Islam yang telah menunjukkan simpati kepada beliau semasa menerima rawatan di Istanbul, Turki baru-baru ini.

“Mudah-mudahan Allah menjadi keberkatan dan hidayah, termasuk gerakan Islam dan pertubuhan Islam daripada negara-negara Islam dan negara yang bukan Islam yang berdoa dan menghantar sumbangan, berebut-rebut untuk menghantar sumbangan termasuk pelajar-pelajar yang miskin yang kaya, semuanya bersedia untuk menyumbang.

“Mudah-mudahan semua itu termasuk dalam timbangan amal yang soleh di sisi Allah SWT,” ujar beliau.
Rakaman tazkirah itu dimuatnaik dalam facebook beliau

DAP cabar lapan menteri bukan Melayu letak jawatan protes kenyataan 13 Mei Muhyiddin

DAP mencabar semua parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bukan Melayu termasuk MCA, MIC dan lain-lain mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin menarik balik kenyataannya berkaitan 13 Mei.
Jika tidak lapan pemimpin mereka yang menyertai kabinet dicabar meletakkan jawatan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
"MCA, MIC, SUPP, PBS, PRS dan Gerakan perlu mengambil tanggungjawab terhadap kenyataan perkauman dan melampau Muhyidin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Lapan menteri ini perlu memberikan Muhyiddin dua pilihan, menarik balik kenyataan benci dan bahasa menghasutnya atau dua menteri MCA, dua MIC, satu Gerakan, satu PBS, satu PRS dan satu SUPP meletakkan jawatan daripada kabinet sebagai tanda protes," katanya.

'KU NAN THE BARBARIAN': Hiding the homeless & poor will not erase Umno-BN's failure

Federal Territories Minister, Adnan Mansor, in an act of absurdity, has stated that soup kitchens will not be allowed to operate within a 2km radius from the Lot 10 shopping complex in Jalan Bukit Bintang in Kuala Lumpur's Golden Triangle.
Adnan claims the existence of such facilities would only cause beggars, the jobless and homeless to be more complacent.
'KU NAN THE BARBARIAN': Hiding the homeless & poor will not erase Umno-BN's failureThis is in line with Dewan Bandaraya Kuala Lumpur's (DBKL's) efforts to rid the capital city of beggars and vagrants and a by-law and standard operating procedure would be introduced in a week or two.
DBKL also plans to impose a fine of RM150 on anyone giving a donation to a beggar. Those who are penalized will be given a numbered receipt and their fine of RM 150 will be channelled to the poor.
Adnan stated that those who give donations should do so through the proper channels like the "zakat" (tithes) collection centers, state Islamic religious councils and charitable bodies.
Adnan's rash and reckless decision has sparked outrage and incited anger among different groups of Malaysians while the general public is appalled that he can act so cruelly and in a heartless way.
The suddenness of his act has also caused many to wonder why he is behaving in such a high handed manner. Adnan himself lives in a palatial home and has no thoughts or feelings for the thousands that throng the soup kitchens and the homeless of Kuala Lumpur.
Many of them can be seen at night congregated at various places in the city and sleeping in the open air. They not only lack a place to stay but many have health problems and are incapable of fending for themselves.
Malaysians of all walks of life have voiced their dissent with Adnan's arrogant and autocratic move and see it as another ploy by the BN (Barisan Nasional) government to fail to get to the root of the problem of urban poverty and to avert responsibility.
The many voices of dissent

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia said Adnan's decision was unfair to needy folk and added that they would continue to run the service despite the announcement. They stated that life in the city was tough and the welfare of these people were important.
Other organizations that reach out to these needy people such as Dapur Jalanan have lawyers on standby in case the authorities raid its premises on Jalan Panggong near the prominent Chinatown or Petaling Street.
Dapur Jalanan contends that homelessness was the result of socio-economic issues that need addressing and which will not be eliminated by simply getting rid of the homeless.
They are also upset and disturbed by the fact that the Social Welfare Department, police and DBKL have already moved to arrest these homeless people. The harsh and evil crackdown has been going on daily for the past week with between ten to 20 arrests a day.
Soup kitchens are typically located in areas such as Jalan Pudu, Jalan Silang, Central Market and Chow Kit. These areas are 1.4km, 750m, 2.8km and 3.2km respectively from Lot 10.
The number of soup kitchens have been on the rise over the past few years owing to the hardship of a flagging economy and there are even individuals who give out packets of food as they are moved by the plight of the needy.
Samaritan Ministry in YMCA and Brickfields stated that Adnan's decision would not solve the problems of the homeless and beggars.

Ku Nan, latest to join blunder list

The presence of homeless people in the city shows some of the government policies are not working out well and it is time for a review of BN's policies.
By Stephen Ng
zahid kunan shaberyAll hell broke loose when Federal Territories Minister Tengku Adnan Tengku Mansor made a statement to chase out the homeless in the city; now his ministry is spinning another story – that it is providing a solution!
How ironic that this was not coming out from Tengku Adnan’s own mouth, but from his ministry officials.
This is what makes every city folk fume with the minister’s latest fiasco, synonymous of the party which he represents. It makes me wonder if anything good can come out of Umno these days.
From bashing the non-Muslim community with the “Allah ban” and cow head incident, to chasing out the homeless and banning soup kitchens from the Kuala Lumpur city centre, Umno ministers appear to be involved in one controversy after another.
These ministers are the ones to blame for Barisan Nasional’s overall poor performance in the past two general elections.
I have always wondered why Prime Minister Najib Tun Razak is unable to find anyone better to fill Cabinet positions.
There are people such as Saifuddin Abdullah who should have replaced ministers like Tengku Adnan or Home Minister Ahmad Zahid Hamidi.
Instead, Najib continues to appoint “clowns” to helm important ministries and when they continue to make blunders, he says nothing to reprimand them.
I guess it is because he, too, has made blunders with his “kangkung” and later RM1 per chicken remarks.

MB Selangor: Tidak perlu sekat bantuan gelandangan

Wakil rakyat Selangor, orang besar Bukit Aman antara penderma gelandangan

20140704_230117 aKUALA LUMPUR, 5 JUL: Walaupun golongan gelandangan merasakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap mereka sebagai menjijikan tetapi percaya masih terdapat golongan kelas sederhana dan menengah lain yang pemurah dan memiliki perasaan kemanusiaanmenebal.
Antaranya, individu yang dipercayai wakil rakyat Selangor dan seorang berjawatan tinggi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang kerap mengunjungi dan menghulurkan bantuan kepada warga emas yang bergelandangan di hadapan Restoran Nasi Kandar Yassen, Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini.
“Kotak tempat Pak Long tidur ini, wakil rakyat pernah duduk bersembang dan bersedekah. Kereta dia ada logo yang menunjukkan wakil rakyat Selangor. Pak Long tak tahu nama tapi tahu dia wakil rakyat Selangor. Kawan juga beritahu Pak Long macam itu.
“Seorang lagi orang besar di Bukit Aman. Dia ada empat anak termasuk yang masih kecil, adakala siap ada pemandu. Selalu datang sini tanya khabar Pak Long dan bersedekah. Alhamdullilah, ada lagi orang kaya macam ini tetapi yang seorang menteri ini (Tengku Adnan) nak denda orang mahu beramal jariah.
“Adakah kami bukan manusia sehingga hilang perasaan perikemanusiaan langsung?” katanya.
Pak Long, 68, yang memilih tinggal di jalanan selepas mengalami tekanan perasaan disebabkan kematian isteri dan empat anaknya dalam kemalangan tragis di Melaka hampir dua tahun lalu.
Katanya, selain wakil rakyat Selangor dan orang besar di Ibu Pejabat Bukit Aman, orang kebanyakan yang tidak memiliki pendapatan tinggi juga sering membantu dengan memberikan sumbangan wang ringgit dan sedikit makanan.

Pekida nafi ada kaitan militan

Syahril (bersongkok, empat dari kiri) bersama anggota Pekida yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh mereka di IPD Dang Wangi, semalam.  
Syahril (bersongkok, empat dari kiri) bersama anggota Pekida yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh mereka di IPD Dang Wangi, semalam.
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, bagi menolak tohmahan mengatakan ada ahli pertubuhan berkenaan menganggotai kumpulan militan di negara ini.

Ia susulan dakwaan sebuah laman sosial Facebook milik ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu’ yang mengatakan ada ahli Pekida yang ber'baiah’ dengan kumpulan militan yang berada di rantau ini dan sedang merancang untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta anggota polis yang lain.

Ketua Penerangan Pekida, Syahril Abdul Aziz berkata, ini adalah satu fitnah besar kepada seluruh anggota persatuan terbabit.

“Apabila kita sebut baiah, ia mesti berkait dengan Pekida. Perkara itu jelas tidak benar sama sekali,” katanya kepada media ketika ditemui media di IPD tersebut.

Pondok militan: Mashitah buat kenyataan 'cari pasal'

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin Umno Dr Mashitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikatakan berpotensi menghasilkan pengganas militan.

Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi.

Kata beliau juga, ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan‘jihad’yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Mashitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan beliau ketika itu.

Selepas ugut halau, Ku Nan baru fikir wujudkan rumah perlindungan


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam.
Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.
"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.
"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.

Ekstradisi diplomat ke NZ mungkin ditangguh, doktor arah ujian psikiatri tambahan

KUALA LUMPUR: Kepulangan Diplomat Malaysia ke New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail untuk berdepan tuduhan serangan seksual dan rompakan dikatakan berkemungkinan ditangguh.

Menurut sumber The New Zealand Herald di Hospital Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, situasi Rizalman kini kelihatan murung dan banyak menyisihkan diri.

Sumber itu turut menyatakan, sejak Rizalman dimasukkan ke wad sejak Selasa, individu 38 tahun itu dilihat tidak cukup sihat untuk diterbangkan semula ke Wellington.

Seorang doktor kanan di hospital itu mengesahkan diplomat berusia 38 tahun itu mungkin memerlukan penilaian psikiatri lanjut, kata akhbar itu pada edisi Ahad, Herald on Sunday.

Akhbar itu berkata, keputusan sama ada Rizalman sihat atau tidak untuk dibicarakan bergantung kepada kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri Luar New Zealand Murray McCully juga tidak dapat memberi jaminan diplomat itu akan kembali.

Sementara itu, Herald berkata butiran baru mengenai tuduhan kesalahan itu kini mula terdedah.

Katanya, pada 9 Mei, Rizalman didakwa mengekori seorang wanita berusia 21 tahun dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn, sebelum memecah masuk dan menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawannya dan jiran kemudian datang membantunya.

Selangor tiada kuasa langsung atas Jais jika libat orang Islam, kata MB

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta Jabatan Agama Islam Selangor beri sendiri penjelasan berhubung kes tangkapan khalwat yang dikatakan tidak adil kerana pemantauan dilakukan hanya 5 minit. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minta Jabatan Agama Islam Selangor beri sendiri penjelasan berhubung kes tangkapan khalwat yang dikatakan tidak adil kerana pemantauan dilakukan hanya 5 minit. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri Selangor tidak ada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) jika badan kerajaan itu mengambil tindakan ke atas orang Islam di negeri itu, lapor Selangorkini.
Malah, Jais hanya perlu memberitahu saja kerajaan negeri dan exco apabila mahu mengambil tindakan kepada orang bukan Islam tetapi tiada kuasa langsung jika membabitkan orang Islam.
"Malangnya, Jais hanya perlu memberitahu kerajaan negeri dan exco apabila membabitkan tindakan kepada orang bukan Islam. Tetapi kalau orang Islam, Jais tidak perlu meminta pandangan kerajaan negeri,” katanya sebagaimana dilaporkan laman web rasmi kerajaan negeri Selangor itu.
Kenyataan itu dibuat pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu semalam.
Khalid berkata demikian ketika mengulas tindakan dua penguatkuasa Jais menahan empat individu yang didakwa melakukan khalwat ketika semua mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Dapur jalanan bukan sekadar beri makan kepada gelandangan, kata pengasas

Dapur jalanan bukan sekadar beri makanan, kata pengasasnya Munirah Abdul Hamid ketika ditemubual di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2014.Dapur jalanan bukan sekadar beri makanan, kata pengasasnya Munirah Abdul Hamid ketika ditemubual di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2014.Empat hari seminggu, Munirah Abdul Hamid, seorang nenek berusia 64 tahun akan turun ke jalanan untuk memberi makan dan menjaga kira-kira 800 gelandangan serta kutu rayau.
Beliau mendapat idea ini daripada seorang rakannya yang sakit tenat tujuh tahun lalu.
"Rakan saya ini mengidap kanser semasa dia suruh saya mulakan soup kitchen atau dapur jalanan. Pada April  2009, dia suruh saya lakukannya secepat mungkin tetapi beliau meninggal dunia seminggu kemudian,"  kata pengasas Soup Kitchen, Pertiwi (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) kepada The  Malaysian Insider.
"Kami mengambil masa bertahun-tahun untuk merancang dan melaksanakannya. Ia perlukan sedikit  masa untuk lakukannya dan memastikan ia kekal,” katanya.
Munirah berkata, cabaran yang dihadapi mereka adalah memastikan ia kekal dan mempunyai peruntukan untuk menjayakannya.

KL Soup Kitchens

Hukum Dalam Al-Quran..Alil ti qa' assakinain - Ustaz Don Daniyal

Niat Puasa Qadha & Puasa Sunat Sekaligus - Ustaz Don Daniyal

Rawatan Gigi / Gosok Gigi Siang Ramadhan - Ustaz Azhar Idrus

US urges Israel to probe teen beating

Empire - The Arab Spring according to Azyz Amami

Egyptians hit by drastic rise in fuel price

Iraqi Islamic State leader purported to make public appearance

Violence against teens in Israel

Israeli Police Reportedly Beat American Teen

"There is no peace for us"- Muslim in Myanmar

Islamic State: Undermining Syrian revolution?

Udin kata silap haribulan 13 Mei akan berlaku sekali lagi, itu bererti konsep 1Malaysia Najib dah masuk dalam jamban...

Timbalan perdana menteri itu berkata ketegangan dan hubungan tidak baik antara kaum memungkinkan insiden itu berulang lagi.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969)," kata Muhyiddin dipetik dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Timbalan presiden Umno itu juga menggesa agar masyarakat menghargai suasana aman damai yang dikecapi sejak merdeka dan tidak berpecah belah.

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

"(Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," kata beliau.

Muhyiddin juga menyatakan kebimbangan ke atas penghinaan kepada masyarakat kaum Melayu dan Islam kebelakangan ini.

"Saya sendiri sebagai timbalan perdana menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana hendak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa hendak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," kata beliau.

Pertikaian kaum dan agama sering diperdebatkan di dalam negara, tidak kurang juga ada yang mencetuskan kontroversi. - tmi

Muhyiddin hilang moral ugut insiden 13 Mei akan berulang...
Kenyataan itu disambut dengan nada sinis oleh penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan sekiranya Muhyiddin mengakui kegagalan BN dalam merangka dasar perpaduan negara.

“Beliau mengakui kegagalan BN apabila membayangkan bahawa satu lagi peristiwa 13 Mei tidak mustahil akan berlaku,” kata Lim.


DAP menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak bermoral susulan kenyataan amaran 13 Mei mungkin berulang hari ini dalam Utusan Malaysia.

Berkorban bukan sahaja dengan memegang jawatan, melepaskan jawatan juga pengorbanan besar

Aspan Alias

Saya ingin memberikan ‘response’ kepada kenyataan Muhyiddin Yassin yang 13 Mei mungkin akan terjadi sekali lagi jika perselisihan faham diantara kaum masih tidak dapat dihentikan. Rusuhan kaum itu berlaku pada tahun 1969 , 13hb Mei, kerana tidak ada persefahaman diantara kaum semasa itu yang akhirnya telah berlaku pertumpahan darah diatas perselisihan diantara kaum. Titik hitam itu tidak mustahil akan berlaku seperti yang diandaikan oleh Timbalan Perdana Menteri kita itu.
Beberapa hari yang lepas blog ini telah menulis yang kejadian 13 Mei itu sudah pun berlaku tanpa disedari oleh banyak pihak. Rusuhan kaum sedang berlaku dalam jiwa semua kaum terutamanya di Semenanjung ini. Yang belum berlaku hanyalah pertumpahan darah, bunuh membunuh dan bakar-membakar rumah kediaman dan deretan kedai sahaja. Yang lain sudah pun berlaku.
Kita telah melihat bagaimana kaum yang menguasai bidang perniagaan dan industri sedang membunuh peluang kaum yang ketinggalan seperti Bumiputra dengan mengetatkan syarat untuk diterima bekerja dalam syarikat-syarikat besar awam yang tersenarai di Bursa Saham negara. Bukankah ini seperti kejadian 13 Mei juga?
Banyak syarikat-syarikat besar sekarang ini mahukan hanya mereka yang fasih dalam bahasa Mandarin sahaja untuk diterima bekerja sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Isu ini telah pun disebut oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin setelah ratusan kali isu ini disebut oleh banyak pihak terutamanya blog ini. Tetapi itu sahajalah yang kita dengar selepas itu kita tidak mendengar apakah pelan tindakan Pemuda UMNO untuk menyelesaikan masalah ini.
Memberikan syarat seperti ini boleh dianggap sebagai berperang dengan rakan-rakan bangsa yang tinggal bersama dalam sebuah negara yang telah merdeka selama 58 tahun ini. Dalam hampir kesemua syarikat awam yang dikuasai oleh bangsa bukan Melayu sekarang ini boleh dikira jumlah bumiputra dan Melayunya, malahan ada yang tidak ada langsung orang Melayu yang diambil bekerja dalam syarikat kepunyaan awam ini.
Ini merupakan keadaan yang baru berlaku tanpa disedari oleh pihak yang berwajib yang begitu lantang dalam isu menyatu padukan rakyat berbilang kaum melalui penyertaan berbilang kaum dalam bidang pengurusan syarikat awam dan bidang-bidang yang berkaitan dengan ‘industry and commerce’. Dulunya banyak syarikat yang mengambil initiatif untuk mengimbangi penyertaan semua kaum dalam syarikat-syarikat awam ini kerana menghormati hasrat kerajaan yang mereka hormati semasa itu. Ini hanya segelumit contoh dan banyak contoh-contoh yang lain yang boleh kita saksikan dengan jelas dan terang.