Jumaat, 4 Julai 2014

Menteri UMNO minta Ku Nan perlu utama gelandangan

Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan tidak membenarkan pemberian bantuan kepada gelandangan di Bukit Bintang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aktiviti gelandangan adalah sesuatu yang normal berlaku di bandar besar.

"Kita perlu pertimbangkan mengenai nasib gelandangan ini berbanding kebersihan, bagi saya, selagi mereka tidak melakukan jenayah besar, kita lebih harus prihatin terhadap mereka," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan berbuka puasa dengan kakitangan kementeriannya hari ini.

Akhbar melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan tidak boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, yang dijangka bermula dua minggu lagi.

Tiada perbincangan antara Anwar dan Hadi tukar MB Selangor

anwar hadiSHAH ALAM 4 JULAI: Tidak ada perbincangan mengenai isu Menteri Besar Selangor antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata bukan sahaja tidak ada perbincangan antara mengenai isu Selangor.
Malah katanya, perkataan ‘Selangor’ dan ‘MB’ tidak disebut langsung antara kedua-dua pemimpin itu semasa Anwar melawat Hadi di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.
” Itu tidak benar sama sekali (perbincangan pertukaran Menteri Besar),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika menyangkal dakwaan sebuah portal mengatakan akan berlaku pertukaran Menteri Besar Selangor selepas Hari Raya Aidilfitri.
Portal itu mendakwa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar manakala Azmin Ali akan menjadi Timbalan Menteri Besar.

Wan Azizah jadi MB? Anwar kata belum bincang


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangkis spekulasi bahawa isterinya yang juga presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Wan Isamil akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selepas sambutan Aidilfitri.

Anwar berkata, isu mengenai kemungkinan Wan Azizah mengetuai pentadbiran Selangor itu masih belum dibincangkan.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa timbul kebimbangan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang diketuai Khalid.

Katanya, perkara itu dijangka akan dapat diselesaikan tidak lama lagi kerana akan menjejaskan keupayaan Pakatan untuk mentadbir Selangor sekiranya terus berlarutan.

Anwar bagaimanapun enggan menyatakan pendirian sama ada Khalid perlu terus kekal atau berundur dari jawatan menteri besar.

“Terdapat banyak kebimbangan mengenai Selangor, contohnya tiada rundingan dengan pemimpin negeri berhubung isu lebuhraya Kidex dan konsesi air," katanya.

Lantik Mah ke portfolio agama Hindu, kabinet Najib ‘tangkap muat’


“Mah bukan penganut Hindu dan tidak tahu hal keagamaan Hindu, jadi bagaimana beliau hendak mengurus tadbir hal ehwal agama Hindu?
KUALA LUMPUR, 4 JULAI: DAP menggesa kerajaan mempertimbangkan semula pengagihan portfolio Menteri yang dilihat tidak mencerminkan kewibawaan barisan kabinet, sebaliknya hanya mengisi kekosongan, kata Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.
Katanya, pengagihan baru dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencerminkan kelemahan pentadbiran kerajaan khususnya pelantikan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong untuk menguruskan Hal Ehwal Agama Hindu di Jabatan Perdna Menteri (JPM).
“Melantik Mah ke portfolio Hal Ehwal Agama Hindu seolah-olah membuktikan tidak ada pemimpin kaum India dalam BN yang layak menguruskannya.
“Mah bukan penganut Hindu dan tidak tahu hal keagamaan Hindu, jadi bagaimana beliau hendak mengurus tadbir hal ehwal agama Hindu?,” kata Nga dalam kenyataan.
Selain portfolio tersebut, Mah turut berperanan termasuk mengawasi Unit Inovasi Khas (UNIK) di JPM, Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan kebajikan peniaga kecil Cina.
Tambah Nga yang juga Penolong Bendahari DAP, kabinet baru Malaysia yang terlalu besar ini telah menjadi jenaka antarabangsa.

UM students: Give us back our academic freedom

Anwar Ibrahim: The "Allah" Ban Decision Is Not The Right Decision

Anwar Ibrahim: Under A Totalitarian Regime, Any Critic Is Deemed To Be Anti National

Protest over don's resignation

Mat Surat: Penjelasan Abang Long Bazar Ramadhan Kluang..!!!

Mahasiswa UM Protes Pemecatan Pengarah UMcedel

UMcedel: Campur tangan politik punca letak jawatan


 Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman 

KAJANG - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini mendedahkan bahawa peletakan jawatan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) disebabkan campur tangan politik.

Presidennya, Amidi Abdul Manan mendakwa maklumat itu bocor ketika pertemuan Abim dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) semalam.

"Pada asalnya kami bertemu untuk membincangkan urusan teknikal (serah memorandum), tetapi dalam perbincangan itu, sumber dalaman kami tidak menafikan beberapa pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menemui naib canselor UM.

"Pegawai terbabit menyampai aduan pihak tertinggi KPM yang tidak berpuas hati dengan hasil kajian Mohamad Redzuan kerana tidak menguntungkan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian Online di sini, hari ini.

Katanya selepas menyerahkan memorandum kebebasan akademik dan 'solidariti untuk Prof Redzuan' di Kementerian Pendidikan Malaysia, di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Amidi menegaskan campur tangan politik itu nyata mengecewakan kerana ia memberi mesej tidak baik kepada warga universiti.

Kaedah tangani gelandangan, pengemis masa terdekat kata Menteri


Datuk Seri Rohani Abdul
Karim 

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijangka memaklumkan kaedah menangani isu golongan gelandangan dan pengemis di ibu negara dalam masa terdekat.

Menurut seorang pegawai kementerian, menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan memberikan perincian itu selepas segala maklumat dan langkah-langkah menanganinya dilengkapkan, menerusi perbincangan dengan pelbagai pihak.

"Kaedah-kaedah yang diambil akan mengambil kira kebajikan gelandangan," katanya kepada Bernama hari ini.

Satu mesyuarat antara Rohani bersama agensi-agensi berkaitan dan penguatkuasaan berlangsung kira-kira tiga jam di kementeriannya di sini hari ini.

Antara yang hadir ialah wakil daripada agensi di bawah KPWKM antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi penguatkuasaan antaranya Polis Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

NGO KSK yang dirasmikan Rosmah akur perintah Ku Nan

Satu NGO yang didukung oleh isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi pertubuhan pertama yang tunduk pada arahan kerajaan untuk tidak memberi makanan kepada golongan miskin di kawasan tumpuan pelancong Kuala Lumpur.

Kechara Soup Kitchen, yang dirasmikan Rosmah pada Mac 2011, memutuskan untuk tidak lagi memberi makan kepada golongan tersebut dalam lingkungan kawasan larangan yang ditetapkan.

Pengarah projek Kechara, Justin Cheah ketika dihubungi Malaysiakini menyebut, mereka akan mematuhi arahan dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Kechara akan terus mengagih makanan kepada golongan miskin dan gelandangan di luar zon larangan tersebut.

Buat masa ini, NGO tersebut mengagih makanan antara jam 11 pagi hingga 1 petang di luar pusat operasinya di Jalan Imbi, yang berada dalam kawasan larangan.

Tahniah Felixia, Neelofa dan Fara Fauzana

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang mula berhijrah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ianya termasuk kepada bekas model dan pelakon Felixia Yap yang melafazkan syahadah memeluk Islam semalam.

"Syukur dan tahniah kepada saudari seislam kami, Felixia Yap.
"Dengan izin Allah s.w.t (beliau) mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi semalam setelah 7 bulan mengenakan hijab dan mendalami islam," kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Mastura Mohd dalam satu kenyataan.

Selain Felixia, dua lagi selebriti yang turut berhijrah dengan mula bertudung adalah Fara Fauzana dan Neelofa.

"Dewan Muslimat PAS Malaysia juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pengacara Fara Fauzana dan Neelofa, dua orang pengacara Nona TV3 yang turut mengenakan hijab baru-baru ini.

"Alhamdulillah syukur. Inilah kecantikan dan ketenangan islam," kata Mastura lagi.

Dalam pada itu beliau turut menyeru semua umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai platform mendidik diri untuk kembali kepada fitrah dan keluar daripada fitnah.

"Mudahan keluarnya kita dari Madrasah Ramadhan ini dengan penuh rahmat, keampunan dan bebas dari api neraka," katanya.

Siswa potong rambut solidariti buat Pro Redzuan

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Fahmi Zainol memotong rambut sebagai simbolik bantahan terhadap dakwaan campur tangan pihak luar di Universiti Malaya (UM).

Menurutnya lagi, tindakan itu juga sebagai solidariti ekoran peletakan jawatan Prof Datuk Dr Redzuan Othman sebagai pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

"Ia adalah simbolik. Kami memotong rambut protes campur tangan pihak luar di pentadbiran UM.

"Ia simbolik kepada hak pelajar yang dipotong dan dibuang," kata Fahmi kepada Malaysiakini.

Turut berbuat demikian ialah Setiausaha 2 Persatuan Mahasiswa Univerisiti Malaysa (PMUM) Yushen Leong.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin mahasiswa itu bersama kira-kira 30 pelajar dan aktivis siswa  berhimpun depan bangunan Canseleri bagi menuntut kebebasan akademik yang didakwa telah hilang di kampus perdana itu.

Kerajaan P.Pinang beri bonus raya setengah bulan gaji, minimum RM600

mahkamah syariah-pinang-guan engGEORGETOWN 4 JULAI: Penjawat awam kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata keputusan pemberian bonus itu dibuat selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Pembayaran bonus itu akan dibuat sebelum hari raya ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini dipetik Bernama.

Surviving between homeless and poverty

KJ kata NGO agih makanan tak kotorkan KL..!! Ku Nan reti tak..!!

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyanggah kenyataan seorang lagi anggota Kabinet, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mendakwa kegiatan memberi makan kepada golongan miskin menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.

Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.

Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretarian Hal Ehwal Bandar Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook, bagi menjawab kenyataan Tengku Adnan.

"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.

"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.

Beliau seterusnya berharapan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus membantu usaha NGO tersebut.

"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO2 seperti ini untuk terus meneruskan kerja amal mereka.

Kerajaan UMNO@BN akan hantar Rizalman ke NZ

Pihak berkuasa Malaysia sedang berusaha menghantar seorang atase tentera kembali ke New Zealand "secepat mungkin", untuk menghadapi tuduhan cubaan merogol, menurut satu sumber Kementerian Pertahanan.

"Kami sedang menyiapkan ujian perubatannya dan kemterian luar sedang mencari peguam untuk membantunya," kata sumber tersebut.

Pemimpin New Zealand pada minggu ini meminta Muhammad Rizalman Ismail, 38, dihantar pulang ke Wellington di mana beliau didakwa menyerang seorang wanita berusia 21 tahun dengan niat merogol selepas mengekori wanita itu pulang.

Tertuduh telah meminta ekstraridinya dilengahkan sehingga akhir Ramadan pada 28 Julai, lapor Straits Times.

Menurut laporan itu, permintaan berkenaan dijangka tidak akan dipenuhi.

"Saya fikir kita tidak mahu satu lagi kemalangan antarabangsa berlaku selepas kehilangan MH370," sumber Kementerian Pertahanan memberitahu dpa, yang meminta untuk tidak dinamakan kerana tidak berkuasa untuk mengulas mengenai isu melibatkan diplomat tersebut.

Pondok militan: Dewan Ulama PAS sangkal Dr Mashitah

KUALA LUMPUR: Dewan Ulama PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan  Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim apabila mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan.

Menurut Pemangku Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Nik Zawawi Salleh, apabila menyebut pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan ia melahirkan kumpulan-kumpulan militan, ia sekali gus memberi memberi gambaran buruk terhadap institusi pondok.

"Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

"Kita rasakan ini adalah satu tuduhan yang sangat besar kepada masyarakat pondok dan pelajar-pelajar pondok," katanya kepada Harakahdaily.

Nik Zawawi berkata institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Ia termasuk bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, ujarnya.

Derma 50 sen, boleh didenda RM150?

KETIKA umat Islam sedang menjalani ibadah puasa Ramadan, tiba-tiba meletus isu DBKL akan menyaman pemberi sedekah dan menangkap pengemis dan  gelandangan di sekitar kota raya Kuala Lumpur.

Yang paling mengejutkan ialah kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Hah, biar betul! Dari satu sudut, niat mahu membersihkan Kuala Lumpur daripada golongan pengemis dan gelandangan wajar disokong jika betul pelaksanaannya.

Namun, selain daripada mendenda penderma, tidak adakah cara lain yang lebih sesuai dan cerdik untuk mengatasi masalah ini?

Sikap bermurah hati ini memang ada dalam mana-mana masyarakat di dunia, tidak kira bangsa dan agama. Walaupun kadang kala, ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sifat dermawan ini.

Sudah habis ideakah pihak berwajib untuk membasmi pengemis dan gelandangan ini? Janganlah semudah itu disalahkan pemberi sedekah dan penerimanya.

Masjid Cina pengumuman bermusim setiap Ramadan sejak 2008 lagi?

Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan yang dinamakan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra siap pada 2009. Masjid Cina di Rantau Panjang, Kelantan yang dinamakan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra siap pada 2009.Reka bentuk Masjid Cina di Kuala Lumpur siap sejak 1 Mac 2011 apabila isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan anugerah kepada pemenang dalam peraduan reka bentuk Masjid Cina dan kompleksnya akan dibina di Jalan Davis, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom sekali lagi mengumumkan Malaysia akan membina sebuah masjid bercirikan seni bina kesenian Islam China di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Beliau berkata, pembinaan masjid itu sebagai simbolik hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China sejak 40 tahun lalu.
"Keseluruhan konsep seni bina masjid itu diilhamkan daripada seni bina di negara China yang didapati daripada kajian masjid serta seni bina di sekitar Beijing.
"Secara tidak langsung, ia dapat menarik kunjungan pelancong luar dan masyarakat bukan Islam di sini," kata Jamil kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kebudayaan Islam China-Malaysia 2014 di Kuala Lumpur semalam.
Bagi seorang pengkaji politik dan sejarah, Dr Kamarul Yusof, tiada yang pelik dengan pengumuman menteri itu berhubung cadangan membina Masjid Cina di Kuala Lumpur kerana ia sudah diperkatakan, malah dipersetujui, sejak 2008 lagi.

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan sokong Ku Nan halau pengemis, gelandangan

Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyokong usaha Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membasmi pengemis dan golongan tidak berumah di ibu negara.
Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata kerajaan melakukan pelbagai cara untuk membantu golongan berkenaan, namun disebabkan sifat mudah mengalah mereka program itu gagal.
"Rekod sebelum ini pernah menunjukkan golongan gelandangan dan pengemis cukup sifat iaitu bukan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang masih bertenaga pernah diberikan bantuan pekerjaan oleh agensi kerajaan.
"Tetapi ada di antara mereka berputus asa dan meninggalkan peluang pekerjaan yang diberikan.
"Kemudian mengharapkan sumber pendapatan lebih mudah dan cepat dengan mengemis semula tanpa perlu membanting tulang empat kerat," katanya, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan menggemis dan gelendangan di ibu kota berkenaan.
Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.

Saman peminta sedekah: Peguam akan bela kami, kata mereka

“Semoga Ku Nan mendapat hidayah” – Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Setiausaha DAP Kuala Lumpur Lim Lip Eng menganggap usaha Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang berniat ‘membersihkan’ golongan fakir miskin dan gelandangan di ibu kota menunjukkan beliau sememangnya memandang jijik golongan itu.
“Sangat mengejutkan apabila seorang menteri ternyata tidak pun mempedulikan nasib rakyat miskin malah mahu menghukum mereka pula. Bukan itu sahaja, mereka yang menderma juga mahu disamannya.
“Ini sangat luar biasa. Saya belum pernah melihat seorang Muslim yang begitu keras hatinya sehingga sanggup mengeluarkan arahan sebegini dangkal di bulan mulia ini, ketika umat Islam berlumba-lumba membuat kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Tengku Adnan mengeluarkan arahan bahawa sesiapa yang didapati memberi sedekah akan disaman. Beliau juga menghalang mana-mana badan sukarelawan untuk meneruskan kegiatan agihan makanan percuma dalam lingkungan dua kilometer daripada kawasan Bukit Bintang.
Arahan itu dikeluarkan kononnya untuk menjaga imej negara dan segera mengundang kritikan ramai, termasuk daripada kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur yang menyifatkan kerajaan tidak berhak menentukan tempat mereka menjalankan agihan makanan.
Laman Facebook Tengku Adnan juga diserang ramai pengguna Facebook yang meninggalkan komen menghentam beliau dan memuat naik poster bertulis “feeding people is not a crime.”

Oh! Malaysaku Negara Islam, Nak Bersedekah Pun Kena Saman...

Ramai benar yang marah dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan lagi wargakota memberi sebarang jenis sumbangan kepada peminta sedekah dan dalam masa yang sama juga melarang kumpulan NGO Dapur Jalanan memberi makanan kepada golongan kutu rayau, fakir miskin dan gelandangan.

Alasan yang diberikan Tengku Adnan atau Ku Nan ialah untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada semua jenis peminta sedekah, kutu rayau dan gelandangan yang disifatkannya sebagai sampah yang mengotorkan imej bandaraya selama ini, selain kononnya program pemberian makanan itu menambah-kotorkan lagi persekitaran ibukota.

Menurutnya lagi, kerana adanya golongan yang murah hati inilah menyebabkan kewujudan golongan sampah itu sukar dihapuskan oleh kerajaan serta menyusahkan usaha membanteras kewujudan mereka. Serentak dengan itu, beliau mensyaratkan jika NGO Dapur Jalanan mahu meneruskan kegiatan memberi makan kepada gelandangan, ia haruslah dilakukan sejauh 2km dari pusat bandar yang dikenalpasti iaitu Kompleks Membeli-belah Lot 10.

Walaupun mungkin niat Ku Nan ini adalah baik tetapi beliau seolah-olah tiada hati perut dalam tindakannya. Ini kerana dalam usahanya membersihkan imej Kuala Lumpur, sampai beliau bukan saja tergamak menghalang orangramai daripada bersedekah dan memberi sumbangan, malah menguatkuasakan undang-undang agar tindakan saman serta-merta dikenakan kepada sesiapa yang menghulurkan sumbangan.

Sedekah bukan jenayah, kata Hanipa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin meminta agar Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor mempelajari undang-undang terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai undang-undang.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tengku Adnan yang bertegas ingin melaksanakan bayaran denda serta merta RM150 kepada pemberi sedekah dalam usaha membasmi gelandangan di Kuala Lumpur.

Jelas Hanipa, seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali ia dibuktikan bersalah dan pelaksanaan denda serta-merta itu jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang yang sedia ada.

"Kita tidak boleh terus menjatuhkan hukuman kepada pemberi sedekah ia amat bertentang dengan prinsip undang-undang sekarang.

"Seperti kita kena saman laju, ada bukti kesalahan itu tetapi mahkamah akan memutuskan kita bersalah atau tidak.

"Begitu juga dengan apa yang Tengku Adnan ini lakukan, kita beri sedekah bukan satu kesalahan jenayah dan tidak bertentangan dengan agama jadi tiada sebab untuk kita didenda serta merta," jelasnya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kerajaan perlu meneliti semula dasar yang sedia ada kenapa angka pengemis ini terus meningkat setiap hari.

PERKASA mahu sidang kemuncak anti-judi, rumah urut

Nafi khalwat, tiga gadis minta JAIS mohon maaf

Senator and activist send 'eviction' notice to Lynas

Judi Dalam Ini Malaysia..!! Ada Halal, Ada Haram Jadah....??

 

Bantu kami dengan beri pekerjaan - Gelandangan

KUALA LUMPUR: Gelandangan yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur enggan berpindah ke pusat perlindungan yang disediakan kerajaan kecuali sistem di pusat berkenaan ditambah baik.

Malah mereka lebih selesa hidup dalam keadaan serba kekurangan di kaki lima, di celah bangunan dan bawah jambatan berbanding hidup di pusat perlindungan.

Seorang gelandangan berkata, beliau menyedari kerajaan mahu membantu dan mengubah nasib mereka namun sistem perlindungan perlu diperbaiki terutama cara layanan.

Menurutnya, layanan yang diberikan begitu teruk selain dihina bagaikan sampah sehingga menyebabkan mereka tidak mahu tinggal di pusat perlindungan.

Beliau juga tidak mahu hidup terkurung di pusat perlindungan dan lebih selesa tidur di kaki lima apatah lagi mendapat tahu ramai gelandangan yang tinggal di situ sering dihina.

"Kami juga ada hati dan perasaan, jangan layan kami seperti itu. Jika benar kerajaan nak ubah hidup kami dan bantu, beri pekerjaan...biarlah usaha itu dilakukan bersungguh-sungguhdan bukan sekadar melepas batuk ditangga," kata Along dipetik Berita Harian.

Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai pegawal keselamatan, akhirnya diberhentikan selepas status lampaunya diketahui.

Jais dikecam lagi, kali ini silap ‘tangkap basah’

Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014.Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014.Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.
Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.
"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.
"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.
Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid  kerana kekeliruan status agamanya.

MOHON SETIAUSAHA AGUNG UMNO 'KU NAN' INSAF LEPAS BACA AYAT INI...


Beri amaran kepada pengemis, Ku Nan Menteri paling kejam dalam Kabinet

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Tindakan Datuk Seri Tengku Adnan Mansur memberi amaran kepada pengemis dan NGO Soup Kitchen jika terus membantu mereka adalah bukti beliau layak digelar Menteri paling kejam dalam kabinet.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan saja tidak berperikemanusiaan malah telah berjaya menandingi kebiadaban Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempertahankan tindakan membuang kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP RSN Rayer, baru-baru ini.
“Nampaknya sikap tidak ada perasaan dan kurang bijak Zahid sedang disaingi Tengku Adnan, apabila beliau memberi amaran sehingga Isnin ini kepada Soup Kitchen dan pengemis untuk menjauhkan diri dari pusat bandar atau berdepan tindakan daripada Majlis Bandaraya.
“Dengan satu tindakan saja, Tengku Adnan kini terbukti menjadi Menteri paling tak berperikemanusiaan dan kejam dalam kabinet,” ujar Kit Siang dalam kenyataannya semalam.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga mempersoalkan tindakan Tengku Adnan tersebut yang dilihat cuba untuk menjenayahkan kegiatan mengemis seperti dilakukan di Norway.
“Adakah Tengku Adnan mendapat inspirasi untuk menjenayahkan pengemis dari Norway? Sebuah negara antara terkaya di dunia dengan keluaran dalam negara kasar per kapita kira-kira AS$100,000?
“Jika beliau mahu mencontohi Norway, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mendapatkan kelulusan Parlimen berkenaan tindakan kejam dan tak berperikemanusiaannya itu,” ujarnya.

Rasuah: Siasat lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram - PPPR


Siasat lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram - PPPRKUALA LUMPUR: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan penyiasatan terhadap isu lesen gerenti lulus, warganegara ekspres dan mesin judi haram yang didedahkan media.

Pengerusi PPPR Tan Sri Johan Jaaffar berkata isu itu memerlukan perhatian dan tindakan segera pihak berwajib memandangkan ia boleh menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan kerajaan keseluruhannya.

Beliau berkata PPPR berpendapat terdapat kelemahan dan kelonggaran sistem yang memberi ruang pada kemungkinan rasuah.

"Panel juga berpendapat bahawa ketidakcekapan petugas selain penyelewengan amnanah juga menyebabkan hal ini berlaku," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Johan berkata PPPR menggesa kajian semula sistem sedia ada dilakukan dan tindakan pembaikan dilakukan segera.

Isu mesin judi haram yang didedahkan akhbar berbahasa Melayu mendakwa kegiatan itu semakin berleluasa dengan hampir semua daerah mempunyai premis mesin judi dan dianggarkan jumlah premis judi haram di ibu kota mencecah 2,350 buah.

Sementara itu, laporan akhbar mengenai lesen kopi warganegara ekspres mendakwa kewujudan sindiket menjual sijil kelahiran, sijil kerakyatan, MyKad dan pasport negara ini kepada warga asing dengan bayaran antara RM5,000 hingga RM150,000.

Dr Asri: Bersihkan KL dari pusat maksiat sebelum bertindak kepada gelandangan

BrogLWKCcAExFUYSHAH ALAM 4 JULAI: Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan merosak dan meruntuhkan moral sebelum mahu membersihkan bandar raya itu dari peminta dan pemberi sedekah.
Mantan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Asri Zainul Abidin, berkata beliau mahu agar Kerajaan menjadikan kota Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang selamat dan berkat.
“Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
“Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya,” kata Dr Asri dipetik dari Facebooknya.
Beliau berkata Kerajaan perlu membuktikan bahawa negara yang berpegang kepada Islam maka ibu kotanya juga patut melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan ‘Soup Kitchen’ berpindah adalah tidak berperikemanusiaan.
Izzah menggesa agar Tengku Adnan memperbetulkan kesilapan yang melampau ini.
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata DBKL wajib membantu Dapur Jalanan dengan berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.
Kata, jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan digunakan selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka.

Pemuda PAS turun akar umbi selami kedaifan hidup



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia pada 24 Jun lalu telah melancarkan Dana Rahmat Ramadan bagi mengimarahkan ketibaan bulan mulia penuh keberkatan ini.
Pelancaran yang disempurnakan ketuanya, Suhaizan Kaiat di pejabat Jabatan Pengarang Harakah menyaksikan kerjasama baik dengan akhbar lidah rasmi parti itu.
Suhaizan berkata, selain sumbangan, pihaknya bersama Harakah juga akan menyantuni golongan miskin dengan mengadakan ibadah berbuka puasa di kediaman mereka untuk merasai keperitan hidup yang dihadapi.
"Sepanjang pemerhatian saya, terdapat kediaman yang cukup sukar untuk dinamakan sebagai rumah kerana kedaifan dari segi keselamatan dan kemudahan seperti api serta air yang bersih.
"Oleh itu, tujuan kita berbuka puasa di rumah golongan miskin itu untuk merasai sendiri keperitan mereka berbuka puasa dengan apa sahaja yang ada di dapur," ujarnya sambil menjelaskan beberapa lokasi yang sudah dikenal pasti untuk dikunjungi semasa Ramadan ini.
Untuk permulaan, jelasnya, beberapa rumah orang miskin di Johor akan dijadikan tempat berbuka puasa sebelum diadakan di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, kata Suhaizan, golongan sasaran yang turut sama diberikan perhatian adalah Orang Kelainan Upaya (OKU).
Beliau menjelaskan, jika dilihat secara rambang, ternyata golongan tersebut masih jauh dibelakang daripada menikmati hak mereka yang sepatutnya disediakan dengan sempurna oleh kerajaan.
"Bahkan sudah banyak kes yang kita dengar tentang kesukaran mereka dapatkan bantuan daripada pihak berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," kata Suhaizan.

Bekas mufti Perlis tuntut Kuala Lumpur bersihkan pusat hiburan dan maksiat

Sukarelawan dapur jalanan mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan termasuk orang miskin dan gelandangan di ibu kota. Gambar fail The Malaysian Insider.Sukarelawan dapur jalanan mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan termasuk orang miskin dan gelandangan di ibu kota. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mencadangkan kerajaan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu negara.
Asri berkata,  bagi menjaga imej negara Islam itu sendiri, ibu negara seharusnya aman dan selamat buat pengunjungnya.
"Kepada pihak yang ingin membersihkan bandaraya Kuala Lumpur daripada peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin elak Kuala Lumpur tercemar serta untuk menjaga nama baik ibu kota negara Islam ini, mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Dr Maza.com.
Beliau berkata, kerajaan juga seharusnya menunjukkan dakwaan berpegang kepada Islam dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang melambangkan kemakmuran dan kesantunan.
"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.
"Jadikanlah ia kota yang setiap orang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya.

PAS arah Unit Amal bantu dapur jalanan beri makanan kepada si miskin

PAS mengarahkan badan kebajikan dan sukarela di bawah parti itu, Unit Amal membantu dapur jalanan (soup kitchen) untuk terus menjalankan tugasnya membantu golongan miskin dan gelandangan di ibu kota mendapat makanan percuma.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Unit Amal boleh membantu badan kebajikan itu untuk membersihkan kawasan digunakan soup kitchen untuk memastikan orang susah dapat terus diberi bantuan daripada mereka yang sudi membantu.
Tuan Ibrahim berkata, beliau kesal dengan tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyalahkan usaha murni dilakukan soup kitchen memberikan makanan kepada golongan tidak berumah di Kuala Lumpur sebagai faktor menjejaskan imej bandar raya Kuala Lumpur.
"Lebih elok jika Tengku Adnan mencadangkan agar dalam lingkungan 2km daripada pusat beli-belah Lot 10 digazetkan sebagai kawasan bebas penjenayah, kongsi gelap, tandas kotor dan jalan berlubang.
"Itu sebenarnya lebih membantu menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur daripada menghalang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh soup kitchen," kata Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim berkata, kerajaan perlu peka ramai rakyat yang hidup susah di Kuala Lumpur.
"Betul, imej Kuala Lumpur perlu dijaga tetapi bukan dengan menghalang aktiviti kebajikan, sebaliknya aktiviti jenayah," katanya.

Saya sudah Islam - Felixia


Saya sudah Islam

Kuala Lumpur: Bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap, 28, mengaku memeluk Islam di hadapan empat saksi pada satu majlis tertutup di sini, semalam.

Dilaporkan memilih nama Islam, Rania, pelakon berkenaan yang membuat pengesahan itu melalui status di laman sosial, memaklumkan beliau mengucap dua kalimah syahadah di hadapan keluarga terdekat serta kenalan.
Saya yang sudah Islam di hati, kini akan mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan keluarga terdekat dan kenalan yang sering menyokong dan memberi galakan kepada saya supaya terus beristiqamah. Tiada sebarang media yang hadir.

Hari ini bukan saja hari lahir saya, tetapi hari kelahiran semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang, katanya seperti dipetik di laman peminatnya semalam, namun bekas model itu gagal dihubungi untuk pengesahan berhubung proses pengislamannya.

Maklum kepada peminat

Felixia pada status laman Facebook miliknya, mengaku memaklumkan kepada peminat dan media bahawa beliau akan memeluk Islam pada hari kelima Ramadan, tetapi tidak pernah mengumumkan lokasi dan waktu majlis itu akan dilangsungkan.

Lafaz syahadah adalah di antara saya dan Maha Esa. Privasi saya hanyalah untuk saya mengucap (dua kalimah syahadah), katanya sambil menambah, jika timbul desas-desus berhubung lokasi dan waktu beliau akan memeluk Islam, ia bukan datang darinya.
Terdahulu, wakil media berkumpul di Pusat Yayasan Hidayah, Pusat Bandar Melawati, Hulu Klang kerana menyangka Felixia akan memeluk Islam di situ hingga membuatkan Penolong Pengurus Pentadbiran pusat itu, Siti Hamisah Manan terkejut.

Felixia: Sejak mengenali Islam lebih tenang & bersyukur

photo1-3
SHAH ALAM 4 JULAI: Model,Felixia Yeap sah memeluk Islam setelah mengucap syahadah di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail pada jam 6.30 petang,semalam
Felixia sebelum ini semasa menjadi panel jemputan anjuran Kerajaan Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam berkata tarikh 5 Ramadan bersamaan 3 Julai dipilih untuk mengucap syahadah adalah bersempena ulangtahun kelahirannya.
“Jam 6.30 petang, saya telah selamat mengucap syahadah saya di sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail.
“Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi extra dugaan hari ini,” katanya di laman Facebook.
Beliau turut mengucapkan syukur atas kehadiran rakan-rakan yang turut sama menyaksikan hari bersejarah baginya.
Beberapa portal menyebut beliau bakal menggunakan gabungan dua nama, di mana salah satunya adalah ‘Rania’.
felexMemetik tulisan di blognya, Felexia berkata sejak beberapa bulan ini beliau bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya.
“Hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi…saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
“Tetapi syukur Alhamdullilah…saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah,” tulisnya.

Bukan sedekah yang cemar imej ibu kota, PAS jawab Ku Nan

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turun sendiri melihat warga kota susah sebelum membuat kenyataan bersifat 'menghina' mereka.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak bersetuju dengan kenyataan menghina Tengku Adnan yang menyalahkan usaha murni yang dilakukan oleh Soup Kitchen memberikan makanan kepada mereka yang susah dan tidak berumah di Kuala Lumpur sebagai faktor yang menjejaskan imej bandar raya Kuala Lumpur.

Menurut beliau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.

"PAS mencadangkan agar Tengku Adnan turun sendiri melihat warga kota yang susah. PAS sendiri ada memberi makanan percuma kepada rakyat jelata yang susah tanpa mengira latar belakang daripada Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut secara berkala.

"Lebih elok jika Tengku Adnan mencadangkan agar dalam lingkungan 2 kilometer daripada pusat membeli-belah Lot 10 digazetkan sebagai kawasan bebas penjenayah, kongsi gelap, tandas kotor dan jalan berlubang.

"Itu sebenarnya lebih membantu menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur daripada menghalang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Soup Kitchen," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Lola rindu Firdaus tapi...

Norfitri
Norfitri Bekas Pengasuh Firdaus
SEREMBAN – “Lola rindu nak jumpa anak, tapi malu nak keluar kerana takut dicemuh orang." Itu kata Lolanopita Sadi, 40, ketika menghubungi bekas pengasuh Muhammad Firdaus Dullah, Norfitri Radius, 42.

Menurut Norfitri, setiap dua hari sekali, Lolanopita atau Lola akan menghubunginya untuk bertanya khabar serta bercerita mengenai dirinya yang kini tinggal di suatu tempat tidak diketahui.

Katanya, Lola memberitahu bahawa dia kini berada di sebuah rumah perlindungan yang jauh lebih selamat jika berada di rumahnya di Taman Semarak, Nilai.

“Kali terakhir Lola telefon saya pada malam kelmarin melalui telefon awam, ketika itu saya bertanyakan di mana dia tinggal sekarang ini, namun Lola hanya memberitahu dia tinggal di sebuah tempat perlindungan di sekitar Seremban, dan berada dalam keadaan sihat.

“Lola juga meluahkan hasrat hatinya ingin bertemu serta melihat Firdaus serta anak keduanya itu, namun belum berkesempatan berbuat demikian kerana bimbang dicemuh masyarakat, memandangkan Firdaus kini masih berada di hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Golongan masalah pembelajaran paling ramai mendaftar untuk kad OKU - Rohani

KUALA LUMPUR: Seramai 180,067 daripada 498,906 Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendaftar untuk mendapatkan kad OKU merupakan golongan yang mempunyai masalah pembelajaran.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, angka itu merupakan yang tertinggi selain golongan OKU lain yang mengalami masalah berkaitan.

"Kategori OKU paling ramai mendaftar ialah golongan yang mengalami masalah pembelajaran iaitu 180,067 orang dan diikuti masalah fizikal (163,809), masalah pendengaran (59,161), masalah penglihatan (46,875), masalah mental (20,492), masalah pertuturan (3,717) dan 24,785 yang mempunyai masalah pelbagai kombinasi.

"Lebih kurang 35 peratus daripada jumlah ini merupakan kanak-kanak. Pada masa ini pendaftaran OKU dilakukan atas dasar sukarela," katanya.

Kad OKU itu adalah sebagai pengesahan status mereka dan layak untuk menerima 25 keistimewaan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Antara keistimewaan itu termasuklah pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, pengecualian duti import alat tiruan sokongan dan pengecualian bayaran pembaharuan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jurang Gaji & Pendapatan Orang Kaya VS Golongan Berpendapatan Serdahana & Miskin di Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara!

Gini Coefficient Malaysia
Jurang Gaji & Pendapatan Orang Kaya VS Orang Serdahana & Miskin : Saban hari terpampang di media arus perdana yang mana negara kita Malaysia mahu menjadi negara yang berpendapatan tinggi dengan angka dengan pendapatan per kapita USD$15,000 menjelang tahun 2020. Di mana sekarang ini, Malaysia masih lagi ditahap US$9,970. Tetapi..
Tetapi dalam pada masa yang sama, diharap kerajaan Malaysia mengambil berat situasi sukar yang dihadapi rakyat Malaysia jurang pendapatan di antara orang kaya VS orang miskin yang semakin melebar jauh dan semakin jauh….
Semakan Berita terhadap beberapa laporan yang terkumpul yang disediakan oleh World Bank (bank Dunia) menunjukkan?
Berita Semasa turut juga membandingkan Malaysia dengan negara-negara Asia yang lain serta juga dengan negara-negara yang mempunyai kuasa ekonomi dunia yang kuat termasuklah Jerman, Kanada, China, Britain, USA dan lain-lain lagi di mana Berita Semasa cuba melakukan perbandingan secara menyeluruh. Hasilnya…..
Malaysia hanya mampu duduk sama rendah dengan Seychelles, Sudan, Nigeria, Zambia, Papua New Guinea, Gambia, Jamaica, Uganda, Senegal dan Zimbabwe.
Manakala apabila Berita Semasa melakukan perbandingan terhadap antara negara di Asia Tenggara mengejutkan apabila Malaysia diangkat sebagai juara :

Senarai Ranking Negara Yang Mempunyai Jurang Miskin VS Kaya di Asia Tenggara

12 individu anggotai jawatankuasa hudud kata Timb MB Kelantan

Hudud
KOTA BHARU – Mesyuarat kedua Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) semalam, menetapkan 12 nama calon wakil kerajaan negeri yang akan menganggotai jawatankuasa pelaksanaan enakmen tersebut di peringkat persekutuan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, delegasi Kelantan itu juga diketuai Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad sebagaimana penglibatan beliau sejak penggubalan undang-undang tersebut sebelum ini.

“Nama 12 calon tersebut akan diserahkan kepada menteri, selain itu jawatankuasa juga setuju  mengadakan kunjungan hormat secara rasmi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam waktu terdekat ini,” katanya, semalam selepas mesyuarat kedua pelaksanaan enakmen tersebut yang turut dihadiri wakil badan terlibat di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.