Rabu, 2 Julai 2014

Tak Puasa Kerana Menyusu Anak/Mengandung - UAI

Terowong Jalan Imbi runtuh, bangunan sekitar selamat diduduki?


terowong_jalan_imbi_runtuh


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Setiausaha DAP Kuala Lumpur Lim Lip Eng membangkitkan persoalan berhubung status keselamatan bangunan berhampiran terowong Jalan Imbi yang runtuh.
Ini berikutan sebahagian struktur terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di simpang empat Jalan Imbi tenggelam lima meter setelah berlaku mendapan tanah, dipercayai berpunca paip air bawah tanah yang pecah.
“Ramai yang bertanya, adakah bangunan seperti Plaza Imbi dan Times Square selamat untuk dikunjungi.
“Jadi, perlu ada notis bagi memaklumkan tahap keselamatan dan tindakan susulan untuk orang ramai bagi menjelaskan keadaan sebenar,” kata Lim kepada Roketkini.
Kira-kira jam 10.30 pagi ini, terowong bawah tanah sepanjang 35 meter runtuh dengan kesan tanah jerlus sepanjang hampir 19 meter, dipercayai akibat paip air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang pecah.
Perkhidmatan monorel antara Stesen Hang Tuah ke Stesen Bukit Bintang dihentikan sementara waktu kerana ada tiang landasan monorel yang terletak berhampiran kawasan runtuhan.
Kejadian ini menjadi topik perbualan hangat media sosial, selain mengundang kebimbangan terutamanya kepada pengguna kenderaan awam terutamanya perkhdimatan Monorel.
Terowong yang masih dalam pembinaan itu mempunyai empat laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, dengan menghubungkan laluan kenderaan dari Jalan Pudu hingga menghala ke Jalan Tun Hussein.

Dapur Jalanan ajak Tengku Adnan lihat keadaan sebenar warga miskin kota


Dapur_Jalanan_Kuala_Lumpur


KUALA LUMPUR, 2 JUL: Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) mempelawa Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor untuk melihat sendiri keadaan golongan gelandangan dan warga tak berumah di Kuala Lumpur.
Dapur Jalanan dalam kenyataannya hari ini menyelar rancangan Tengku Adnan untuk mengklasifikasi kegiatan mengemis sebagai jenayah, manakala pemberi dan peminta sedekah berdepan hukuman sebaik undang-undang berkaitan diperketat.
Tengku Adnan dalam kenyataannya semalam berkata, satu kaedah sedang dirangka pihak berkuasa di mana pemberi sedekah akan ‘disaman’ manakala peminta sedekah akan ‘diangkut’.
Menurut Dapur Jalanan, kenyataan Adnan sebagai persediaan psikologi kepada orang awam bahawa isu miskin kota adalah masalah warga kota sendiri dan kerajaan dilihat melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mereka.
Tambahnya, sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa Akta Orang-Orang Papa 1977 (AOP 1977) akan dipinda untuk memberi penakrifan baru bahawa kegiatan meminta sedekah sebagai tindakan jenayah.
“Perancangan menjenayahkan warga miskin kota semakin menggila dengan cadangan dipersetujui DBKL dan Menteri tersebut.
“Apakah sehingga naif sebegini langkah diambil kerajaan dalam usaha ‘menyelamat’ dan ‘memulih’ warga miskin kota?” sebut Dapur Jalanan dalam satu kenyataan.

Pemilihan 2014: Enam ahli PKR dipecat, digantung

SHAH ALAM – Hasil mesyuarat Lembaga Disiplin PKR semalam menyaksikan sekali lagi pemecatan dan penggantungan ahlinya yang dilaporkan terlibat dalam masalah disiplin dan tatatertib.

Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya telah meneliti dan mengadakan siasatan terhadap kes disiplin yang membabitkan ahli PKR.

Katanya, pihaknya telah membuat keputusan untuk menggantung seorang ahli dan memecat lima ahli yang lain.

“Antara yang digugurkan ialah ahli Cabang Ampang, Nasharuddin Md Isa, kerana dia didapati telah  memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 Jun 2014.

“Tindakan beliau melanggar Perlembagaan Parti Fasal 44.1, iaitu Akta Membawa Parti ke Mahkamah di mana tiada seorang ahli yang boleh membawa apa-apa masalah berkaitan parti ke mana-mana mahkamah dan sekiranya mana-mana ahli didapati berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara otomatik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sedekah: Tengku Adnan gagal cari punca mengemis

KUALA LUMPUR: Islam menganjurkan penganutnya bersedekah sehingga diganjarkan dengan pahala yang berganda.

“Amalan mulia ini, selain dapat meringankan bebanan kesusahan si penerima, ia juga sebagai proses menyucikan harta, tingkatkan perasaan pemurah dan kembangkan harta si pemberi,” kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang menyatakan akan mengenakan hukuman ke atas peminta dan pemberi sedekah semata-mata atas alasan perbuatan tersebut mencemarkan imej ibu negara dan bagi mengurangkan budaya mengemis.

Katanya, kenyataan itu adalah tidak bertepatan dengan anjuran Islam dan memperlihatkan kegagalan menteri mengenal pasti punca sebenar gejala itu apatah lagi untuk mengkehadapankan solusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Menteri MCA jaga hal ehwal kpg baru Cina, IKS Cina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau akan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat Cina di negara ini iaitu hal ehwal kampung baharu serta industri kecil dan sederhana.

Wee berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan mereka sebelum mesyuarat kabinet hari ini.

"Saya akan cuba sedaya upaya membantu dan menangani masalah yang sedang dihadapi mereka," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Wee yang juga timbalan presiden MCA menganggap portfolionya satu tugas yang agak berat memandangkan terdapat 607 kampung baharu Cina dan sejumlah besar peniaga serta pengusaha industri kecil dan sederhana yang memerlukan perhatian serius.

Menurutnya portfolio menjaga hal-ehwal kampung baharu itu bukan suatu yang baru kerana pada tahun 1970-an tugas tersebut digalas oleh Tan Sri Michael Chen Wing Sum sebelum dimasukkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

- Bernama

MCA hentam Zam kata 'pergi mampuslah MCA'

Pengerusi biro keharmonian agama MCA, Ti Lian Ker hari ini mengecam tindakan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilaporkan berkata 'pergi mampuslah sama MCA' dalam satu serangan terhadap parti itu semalam.

Ti berkata, pemimpin Umno seperti Zainuddin lah yang memberi "tanggapan palsu" tentang Umno dan "memusnahkan semua kerja yang baik" oleh Umno, MCA dan lain-lain parti komponen BN.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam dilaporkan berkata demikian ketika merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu yang diletakkan di pintu pagar wakil rakyat DAP, RSN Rayer.

Ti (kiri) meminta Zam memilih keutamaan beliau - sama ada BN perlu
menerajui transformasi atau "membuang undang-undang" dengan menggalakkan intimidasi fizikal.

Menurutnya lagi, perbuatan mengutuk 'pergi mampuslah sama MCA' itu benar-benar tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas menteri kabinet.

Ti berkata, Zainuddin lah yang mencontohi DAP dengan memanggil MCA dengan nama-nama  secara tidak senonoh, dan tidak sepertimana budaya halus dan adab 'Melayu Jati'.

Wisma Putra: Rizalman akan dihantar balik ke New Zealand

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.

Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.

Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.

Dapur Jalanan, Pemuda PAS WP kecam tindakan hukum peminta, pemberi sedekah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan fenomena mengemis di ibu kota merupakan manifestasi kegagalan Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu dalam membasmi kemiskinan bandar dan menangani sindiket peminta sedekah di Bandaraya Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata tindakan mengenakan hukuman ke atas pemberi dan peminta sedekah tidak akan secara tuntas dapat membersihkan imej Kuala Lumpur daripada budaya mengemis.

"Sepatutnya, pihak Kementerian memberi fokus penuh kepada dua isu ini bagi memulihkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang makmur dan sejahtera dengan warganya yang memiliki taraf sosio-ekonomi yang seimbang sesuai dengan pembangunan fizikal dan perkhidmatan perbandaran yang disediakan di bandaraya itu.

"Pusat-pusat perlindungan gelandangan perlu diwujudkan di ibu kota bagi menempatkan para pengemis, mengelakkan mereka daripada berkeliaran dan sekaligus menjaga kebajikan mereka termasuk dengan memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada mereka bagi membebaskan diri daripada belenggu kesusahan hidup.

"DBKL dan MAIWP pula, tanpa menunggu para gelandangan ini membuat permohonan, perlu berkerjasama bagi menjejak para gelandangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Aidilfitri: Kerajaan Pusat beri bantuan kewangan RM500, Kerajaan Selangor beri bonus sebulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bayaran bantuan khas kewangan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan sebanyak RM500 itu akan diberikan kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.

Beliau berkata bantuan khas ini akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Hari Lebaran,” kata Najib di dalam satu kenyataan.

Pembayaran bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai.

Sementara itu, Kerajaan Selangor juga mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan.

Najib umum bantuan RM500 kepada penjawat awam sempena Aidilfitri bila Selangor umum 1 bulan bonus raya...

Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.
"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.
Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. – Bernama

Akhirnya Putrajaya buat keputusan hantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand

Putrajaya hari ini memutuskan untuk menghantar suspek penyerang seks pulang ke New Zealand (NZ) bagi membantu siasatan membabitkan kes rogol dan rompak di Wellington.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra mengatakan Muhammad Rizalman Ismail, 38, akan dihantar ke NZ dengan ditemani pegawai atasan Kementerian Pertahanan (Mindef).
"Kerajaan Malaysia memutuskan menghantar balik Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk membantu siasatan dalam pendakwaan rompakan dan rogol," kata kenyataan Putrajaya hari ini.
Keputusan menghantar tersebut disampaikan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar NZ, Murray McCully.
Menurut kenyataan itu, tindakan menghantar ke NZ itu diharap dapat membantu siasatan ke atas tuduhan yang dihadapi beliau.
Kerajaan Malaysia juga akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman.
Semalam, media mendedahkan diplomat negara, Muhammad Rizalman terlibat dalam jenayah rogol dan rompak di NZ tetapi dihantar pulang ke Malaysia kerana memiliki imuniti diplomatik.

Inilah Negara Islam Ciptaan Menteri Macai UMNO!!!


21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Punca Sebenar Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik!

ipp
21 Tahun TNB Dirompak IPP Malaysia! Rakyat Malaysia Terus Tanggung Kenaikan Tarif Elektrik! : Sebelum ini Berita Semasa pernah laporkan secara terperinci (DI SINI) mengenai kemungkinan kadar tarif elektrik naik tidak lama lagi. Terbaru….
Bila-bila masa daripada sekarang, Kerajaan Malaysia bakal mengumumkan “sesuatu” untuk anda rakyat Malaysia pada bulan ini bagi penyusunan semula tarif elektrik di Malaysia seiring dengan mekanisme fuel cost pass-through (FCPT) yang ditetapkan setiap 6 bulan sekali. Samada :
  • Naik tarif elektrik (hampir pasti berlaku, disahkan Suruhanjaya Tenaga & Mypower Corp Bhd) @
  • Tarif elektrik kekal
Rakyat Malaysia sepatutnya menolak IPP Malaysia dan gunakan duit rakyat untuk bantu TNB tambah janakuasa, sedangkan IPP Malaysia bersenang-lenang di mana hanya kerja buat untung atas angin atas kesusahan yang dihadapi TNB, Petronas, dan keperitan rakyat Malaysia.
Terbaru kerajaan Malaysia dilihat terus membela nasib dan untung poket kapitalis IPP iaitu disebabkan kontrak lama bakal tamat tempoh tidak lama lagi.
  • Apabila ditanya kepada pihak pengurusan TNB. Jawapannya : “Kita masih mengkaji peranan kita..”
  • Apabila ditanya kepada YTL. Jawapannya : “Tiada komen..belum bincang lagi..baru nak buat board meeting..”
  • Tanya kepada Razak Majid, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga. Jawapannya : “Kami terima arahan untuk award tender ini kepada YTL..’
  • Tanya kepada menteri. Jawapannya : “Mahu berikan projek ini siap cepat, reserve margin 40% yang sedia ada tidak cukup dan mahu naikkan margin secepat mungkin..”
  • Dan akhirnya apabila pemberita tanya lagi. Soalannya : “Kenapa mesti bagi terus kepada YTL? Tiada open tender seperti kebiasaan?
  • Semua diam seribu bahasa….
Apabila YTL dapat kontrak IPP contohnya, TNB juga terpaksa beli sumber tenaga daripada YTL. Jikalau YTL jual mahal, akhirnya kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan yang mana pastinya rakyat marhaen yang bakal menanggung bebannya.

Sejarah Punca Sebenar Kenaikan Tarif Elektrik di Malaysia Tidak Munasabah?

  • ipp malaysiaBekas Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Eksekutif Tan Sri Ani Arope telah mengeluarkan buku 143 muka surat “Memoir Tan Sri Ani Arope” mendedahkan bagaimana TNB terpaksa menandatangani pperjanjian belian bekalan elektrik (PPA) yang “terlalu murah & berat sebelah” dengan YTL selama 21 tahun – 1994-2015
  • Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan pada mulanya apa yang berlaku 21 tahun lalu, pada tahun 2011 ( DI SINI)
  • Selepas kejadian blackout pada tahun 1992, bermula era perniagaan skim cepat kaya taikun IPP di Malaysia yang mana Unit Perancang Ekonomi (EPU) dibawah kuasa Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohammad), telah memaksa TNB menyerahkan tanah mereka di Paka (Terengganu) dan Pasir Gudang (Johor) kepada pihak ketiga bagi pembinaan janakuasa
  • Sedangkan TNB mempunyai pelan sendiri untuk membina lebih banyak janakuasa di atas tanah sendiri ditambah dengan kemampuan kewangan yang kukuh pada ketika itu

Kes Pegawai Diplomat Malaysia Cuba Rogol Rakyat New Zealand (Muhammad Rizalman Ismail). Kronologi LENGKAP!

Muhammad Rizalman Ismail
Berita Kes Pegawai Diplomat Malaysia Cuba Rogol Rakyat New Zealand (Muhammad Rizalman Ismail). Kronologi LENGKAP! Berita Semasa cukup kasihan nasib yang menimpa isteri anak-anaknya.
Apatah lagi ketika ini sudah berada dalam tempoh berpuasa di bulana Ramadhan. Pejam celik pejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal menginjak tiba. Manakala si ayah dan suami bakal berhadapan hukuman di atas kesilapan & ketelanjuran sendiri“.
Yang dituduh cuba rogol bagi kes kali ini bukannya mat rempit, mat ganja, orang yang tiada pendidikan tetapi seorang Diplomat.

Kronologi Pegawai Diplomat Malaysia Cuba Rogol Rakyat New Zealand (Muhammad Rizalman Ismail)

  • 9 Mei 2014 : Polis New Zealand berjaya menangkap Pegawai Diplomatik Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail atas tuduhan cubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita di Wellington New Zealand
  • 10 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Menteri Hal Ehwal dan Perdagangan (MFAT) minta kekebalan dan imuniti diplomatik Rizalman digugurkan
  • 12 Mei 2014 : Perjumpaan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Timbalan pengarah protokol MFAT dan pihak polis New Zealand
  • 21 Mei 2014 : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menjawab permintaan MFAT bahawa Malaysia tidak akan gugurkan kekebalan diplomatik dan akan hantar Rizalman pulang ke Malaysia
  • 22 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dan ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak pulang ke Malaysia
  • 29 Mei 2014 : Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas Rizalman. Muhammad Rizalman Ismail memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran (seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia) dirujuk ke Hospital Tentera Tunku MIzan untuk pemeriksaan psikiatrik. Mindef tubuh lembaga penyiasatan. Siasatan masih dijalankan
  • 30 Jun 2014 : Perdana Menteri New Zealand John Key mula buka mulut tentang dakwaan serangan seksual oleh pegawai Diplomatik Malaysia
  • 1 Julai 2014 : Menteri Luar Datuk Anifah Aman adakan sidang akhbar mengenai isu tersebut. New Zealand segera menyangkal versi Anifah dengan mengeluarkan dua surat di antara kedua buah negara

ISIL militants show off tank in Raqqa - amvid

Menteri UMNO kata tak perlu berjihad di Syria, memadai hulur bantuan

Ustaz Azhar Idrus dan Yassin Senario -Semarak Ramadhan

Dakwaan RUU Keharmonian jejas Islam: Menteri enggan ulas

Dalam Ini Malaysia: Fatwa "Kufur" & "Murtad" ke atas kenyataan Kassim terhad di T'ganu saja

Khalid: Sepol, bekas setpol berhak merayu

Wakil Rakyat DAP dihalau daripada pasar Ramadhan oleh Macai UMNO

Saat pemerintah hilang kasihan belas


tangan


Gelandangan, fakir miskin, dan kelompok tidak bernasib baik seringkali dilihat sebagai penyakit oleh mana-mana sistem kerajaan yang mementingkan imej dan estetika korporat. Gelandangan berlindung di bawah jambatan dikira pencemaran, peminta sedekah dilihat bajingan. Dan perlahan-lahan masyarakat kehilangan hati dan perasaan.
Di kota London baru-baru heboh penghinaan yang dilemparkan terhadap syarikat pasaraya terkenal, Tesco yang dilaporkan meniru pendekatan yang diambil sebuah bangunan apartment mewah dengan meletakkan ceracak besi di ruang-ruang kosong yang dilazimi para gelandangan.
Tesco mendakwa ceracak besi itu diletakkan di situ supaya orang tiada boleh duduk bersidai minum-minum atau menghisap rokok di luar kawasan perniagaannya; tetapi siapalah yang boleh menipu masyarakat bertamadun apabila ia jelas sekali bertujuan menghalang mereka yang tiada tempat berteduh untuk berehat menghilangkan lelah.
Setelah menerima kutukan bertimpa-timpa daripada orang ramai yang melihat jelas kekejaman tersebut, Tesco pun membuang ceracak besi itu. Aksi bantahan antaranya dilakukan oleh London Black Revolutionaries yang membawa berbakul-bakul simen pada awal suatu pagi dan menimbus ceracak besi, meski dengan hasil kerja yang begitu selekeh sekali.
Tindakan kejam Tesco turut menimbulkan kemarahan Datuk Bandar London Boris Johnson yang menyifatkan pemasangan ceracak tersebut sebagai “hodoh, merugikan diri sendiri dan bodoh.”
Apa agaknya komen Boris Johnson terhadap Menteri Wilayah Tengku Adnan yang bercadang untuk mengambil tindakan terhadap peminta dan pemberi sedekah di ibukota Kuala Lumpur.
“Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita ‘angkut’ kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.”

Jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada OKU

Tidak mudah menjaga dan merawat anak-anak OKU kerana biaya perawatan yang sangat tinggi

firdausPETALING JAYA: Advokasi Cerebral Palsy (CP), Dr. Hamdan Datuk Mohd Salleh berkata rakyat Malaysia jangan terlalu mudah menyalahkan ibu bapa kepada Orang Kurang Upaya (OKU) apabila timbul kes-kes yang melibatkan golongan ini; terutama apabila mereka diterlantarkan.
Beliau menyatakan pandangannya berikutan kes baru-baru ini di mana seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui dikurung di dalam keadaan yang amat menyedihkan.
“Mengenai kes adik Firdaus ini, saya percaya ibunya juga mempunyai alasan sendiri dan mungkin juga beliau sudah berputus asa.
“Menjaga anak-anak OKU juga tidak semudah yang disangka kerana seperti kes ibu Firdaus, beliau berhadapan dengan situasi yang sukar kerana terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi,” katanya di Wacana ‘We Care For OKU’ anjuran Unisel Selangor.
Tambahnya lagi, ibu mangsa juga menghadapi kesukaran untuk menjaga adik Firdaus kerana memerlukan perhatian sepanjang masa di samping beliau juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarganya.
“Melihat senario masa ini, rakyat kita sering menyalahkan pihak ibu bapa sahaja tanpa memikirkan masalah yang mereka hadapi.
“Terdapat juga pihak yang ingin berlagak seperti hero, namun tidak langsung membantu golongan OKU kerana kurangnya tahap kesedaran dan keprihatinan terhadap golongan ini,” jelasnya.
Kata Hamdan lagi, ada juga ibu bapa yang tidak mengetahui ke mana anak OKU ini seharusnya dihantar jika mereka mempunyai masalah untuk menjaga mereka.

Guna ‘pintu belakang’ gugur tuduhan diplomat Malaysia, Anifah Aman perlu jujur

KUALA LUMPUR, 2 JUL – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman perlu jujur jika ada usaha Wisma Putra melalui ‘pintu belakang’ untuk menggugurkan tuduhan terhadap diplomat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kes serangan seksual di New Zealand.
Setiausaha Eksekutif Biro Antarabangsa DAP Howard Lee berkata, Anifah mesti menjawab sama ada kementeriannya menafikan permohonan New Zealand mengenepikan kekebalan diplomatik selain memohon pertuduhan terhadap pegawai tersebut digugurkan.
“DAP menentang kehendak kerajaan Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik kerana ia jelas bertentangan prinsip keadilan.
“DAP mengutuk sebarang usaha untuk membantutkan pelaksanaan keadilan serta sebarang usaha menutup kebenaran daripada orang ramai,” kata Howard dalam satu kenyataan.
Polis Wellington pada 9 Mei lalu menangkap pegawai tentera yang berkhidmat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail, kerana disyaki memecah masuk dan menyerang seorang wanita dengan niat merogol.
Keesokannya, suspek dihadapkan ke mahkamah, manakala Kementerian Luar & Hal Ehwal Perdagangan New Zealand memohon kekebalan diplomatik beliau digugurkan.

Presiden Indonesia : Sisi Berbeza Prabowo Vs Jokowi

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Soekarno membangunkan Indonesia dengan citra ideologis. Beliau satukan Indonesia dengan ideologi Pancasila. Begitulah juga dengan Soeharto, penerusnya.
Namun, persaingan ideologi ini sepi seketika semasa zaman awal reformasi kerana pemimpin politiknya ketika itu terlalu obses dengan perubahan sehingga lupa kepada persaingan ideologi sebagai keperluan dalam politik Indonesia.
Begitupun, persaingan ideologi muncul dan memuncak kembali dalam pemilihan presiden 2014. Ideologi apakah itu? Yang pastinya ialah Islam vs. sekular. Pasangan Prabowo-HR membawa panji Islam dan Jokowi-JK sekular. Ini dapat dilihat apabila parti-parti Islam dan pemimpinnya seperti dari PAN, PPP dan PKS bergabung dengan Prabowo, manakala parti sekular pula seperti Nasdem bergabung dengan Jokowi. Parti terbesar Golkar pula berpecah sokongannya—antara Islam dan sekular.
Sisi Berbeza Prabowo vs. Jokowi
Tidak cukup dengan itu, persaingan Prabowo dan Jokowi ini membawa dua sisi yang cukup berbeza. Prabowo digambarkan sebagai pemimpin elit dan kaya, manakala Jokowi pula digambarkan sebagai pemimpin bagi golongan bawahan dan miskin.
Cukup menarik persaingan antara dua pemimpin ini. Mereka telahpun mengadakan debat secara langsung. Kedua-duanya ada wawasan dan janji politik. Rakyat memerhati siapa lebih hebat. 80% rakyat telah membuat keputusan dan masih ada lagi 20% yang golput (berada di atas pagar).
Siapa Menang?

Umno lumpuhkan UMcedel demi politik

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Tekanan terhadap Pengarah UMcedel , Prof Dato’ Dr Redzuan Othman supaya meletak jawatan dilihat sebagai usaha terbaharu dilakukan pemimpin kerajaan Umno- BN bagi kepentingan partinya, sehingga tergamak melumpuhkan pusat kajian itu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana ia hanya akan merantai warga akademik dengan mengikut telunjuk pihak tertentu, sedangkan alam akademik seharusnya bebas membuat kajian selagi asas metodologi kajiannya disokong dengan disiplin yang ditetapkan.

Menurut beliau, Universiti Malaya sebagai mercu tanda akademik mendapat imej buruk dengan tragedi ini dan masa depan akademiknya dijangka semakin gelap. “Rakyat Malaysia yang mahukan masa depan akademik di negara ini maju ke hadapan tersentak dengan tekanan yang diterima oleh Prof Redzuan. Ini sekali gus memutar jam ke belakang dalam usaha transformasi yang giat dijalankan hari ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Majlis Professor Negara (MPN) membuat siasatan menyeluruh pada peristiwa yang menyedihkan itu dan mengeluarkan kenyataan tegas mempertahankan alam akademik yang bebas dan inovatif.
“Amat malang apabila MPN hanya berdiam diri apabila kebebasan akademik jelas dinodai oleh pihak-pihak tertentu. Dengan apa yang berlaku sekarang, adakah MPN juga dibelenggu oleh pihak tertentu?” katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar ketika dihubungi 1 Julai lalu.
Menurut Dr Mujahid, kajian akademi adalah bebas serta perlu dihormati atas amalan akademi dan jika seseorang atau sesuatu pihak itu tidak bersetuju dengan kajian yang dijalankan oleh sesuatu pihak, pihak ter babit boleh melakukan kajiannya sendiri pula.

Bela OKU: Kalau kami boleh, kenapa kerajaan tidak?

“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Mohamad_Rafie__300SEREMBAN: Isu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) Muhamamd Firdaus Dullah, 15, dari Nilai; terus mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Terbaru, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek, menyatakan pendapatnya bahawa kerajaan perlu serius menangani soal kebajikan dan perlindungan golongan OKU.
“Saya melihat dalam isu golongan OKU, secara umumnya kerajaan tidak begitu peka dan ikhlas.
“Kenapa saya katakan begini, sebabnya kerajaan seolah-olah ‘cuci tangan’ bila kes-kes membabitkan individu OKU mendapat perhatian media dan didedahkan kepada umum. Kepimpinan kerajaan atau menteri dengan mudah memberi alasan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak dimaklumkan terlebih dahulu.
“Dari satu sudut ianya betul. Kalau tidak dimaklumkan bagaimana JKM hendak bertindak.
“Tetapi saya nak tanya pada kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga Kementerian Kesihatan; apakah langkah yang telah mereka ambil agar kes seperti Muhammd Firdaus tidak berulang lagi. Adakah mereka proaktif?
“Kenapa tidak diwujudkan satu sistem yang mana sebarang kes OKU, samaada cacat fizikal atau cacat mental, boleh dikesan dan direkodkan sejak kelahiran atau selepas kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk rawatan permulaan?
“Masalahnya kerajaan tidak bersungguh-sungguh mahu mewujudkan ‘database’ (pengkalan data).
“Kalau ada data pun terlalu banyak birokrasi untuk mendapatkan bantuan, apatah lagi jika tidak mempunyai data” katanya.
Mohamad Rafie yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR berkata, menerusi bancian PKR Cabang Seremban, di DUN Ampangan sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 150 keluarga miskin. Ada diantara mereka yang boleh dikategorikan sebagai OKU.
Kaji semula sistem yang lemah

Pertahan Khalid: Setpol MB digantung, bekas setpol disiasat

 
Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pemilihan PKR kali ini.

Tertinggal dalam pemilihan timbalan presiden menentang penyandang Azmin Ali, bahangnya turut dirasai pihak-pihak lain yang dekat dengannya.

Dalam perkembangan terbaru, setiausaha politik Khalid, Mustapha Mohd Talib (kiri) digantung keanggotaan dalam PKR selama setahun secara serta-merta.

Ini ekoran dakwaan mengugut seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua cabang Kuala Selangor, bagi menentang Khalid.

Dalam perkembangan sama, pendahulu Mustapha sebelum itu, Faekah Husin, pula mendapat surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin PKR.

Keputusan itu dinyatakan dalam kenyataan media Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong hari ini.

Selain Faekah, surat tunjuk sebab turut dikeluarkan kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan calon penggantinya Amiruddin Shari – dua pemimpin muda yang dikaitkan dengan kem Azmin.

Ketiga-tiga mereka terlibat dalam jawab menjawab di media berhubung isu desakan supaya Khalid berundur dari jawatan menteri besar yang disandangnya sekarang.

Sementara itu, lembaga disiplin PKR turut meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota yang dibentangkan dalam mesyuarat biro politik yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail semalam.

Dalam perkembangan terbaru, empat lagi anggota parti itu daripada cabang Kota Raya dipecat kerana merampas, menendang dan memecahkan peti undi dalam pemilihan parti.

Khalid: Mereka berhak merayu

Berbeza dengan Umno, MCA sokong kajian UMcedel

Isu peletakan jawatan Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mendapat reaksi pelbagai pihak. Gambar fail The Malaysian Insider.Isu peletakan jawatan Pengarah UMcedel Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman mendapat reaksi pelbagai pihak. Gambar fail The Malaysian Insider.Naib Presiden MCA Senator Datuk Dr Hou Kok Chung mempertahankan kredibiliti Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam menjalankan kajiannya mengenai politik tempatan secara akademik.
Hou berkata, hasil kajian UMcedel memberikan sudut pandangan yang menyegarkan walaupun adakalanya nampak seolah-olah memihak kepada satu pihak.
Katanya, semua pihak boleh menerima bulat-bulat hasil kaji selidik UMcedel sebagai kajian akademik dan perlu dihujahkan secara akademik, pada masa sama mereka boleh menilainya sebagai input penting bagi memperkukuh kedudukan dan pengaruh politik mereka terhadap rakyat.  
"Apa yang perlu dielakkan ialah tuduhan tidak berasas terhadap Redzuan serta hasil kajian UMcedel.
"Kita perlu matang dan mengambil sikap 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berhubung hasil kajian UMcedel.
"Secara peribadi, saya mendapati banyak hasil kajian UMcedel adalah berani, telus dan boleh membantu semua pihak yang bersedia mendalaminya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yakin pihak universiti akan membuat penilaian yang objektif dan profesional tentang kedudukan Redzuan sebagai pengarah UMcedel.
"Saya amat mengenali beliau sebagai rakan sejawat sejak zaman saya sebagai ahli akademik di UM sehingga ke hari ini.

UMcedel: Kerajaan UMNO@BN perlu belajar terima perbezaan pendapat, kata NGO

Putrajaya digesa untuk belajar menerima perbezaan pendapat dan tidak mengambil pendekatan menghukum, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).
Setiausaha agungnya Abdul Halim Ismail berkata penamatan khidmat Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman daripada Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) sebagai tidak wajar.
"Wadah menyesali campur tangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu kepimpinan UMcedel yang membawa kepada 'tersingkirnya' Prof Redzuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Halim berkata, walaupun hasil sesuatu kajian itu tidak memihak kepada sebelah pihak, ia mesti diterima secara terbuka.
"Tetapi itu semua harus diterima oleh semua pihak, termasuk pemerintah, dengan hati terbuka, rasional dan objektif demi merealisasi sebuah masyarakat sivil yang berasaskan prinsip demokrasi," katanya.
Malah, katanya, hasil kajian yang dijalankan UMcedel banyak membantu masyarakat dalam memahami politik negara.
"Kajian yang dibuat secara professional berjaya meningkat dan mempertajam pemikiran masyarakat bahkan membantu pembuat dasar dan ahli politik dalam memahami realiti sebenar di lapangan," katanya.

Tersingkir pensyarah angkara jaga hati 'tuan politik'

KUALA LUMPUR: Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) menyesali campurtangan Kementerian Pendidikan  Malaysia dalam isu kepimpinan UMcedel yang membawa kepada ‘tersingkirnya’  Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman dari jawatannya sebagai pengarah.

Beliau yang sepatutnya memegang jawatan hingga Disember 2014, telah ‘disingkirkan’ pada bulan April yang lalu, iaitu lapan bulan lebih awal melalui percaturan yang membawa kepada pelantikan pengarah yang baru.

"Seperti yang diketahui umum, peranan Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman amat instrumental dalam mengangkat UMcedel sebagai sebuah pusat kajian demokrasi dan pilihan raya yang berwibawa," ujar Setiausaha Agungnya, Abdul Halim Ismail dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, katanya sekaligus mengangkat nama Universiti Malaya ke tahap yang membanggakan sebagai sebuah universiti yang mendukung kebebasan akademik.

Katanya lagi, kajian-kajian yang dibuat secara profesional berjaya meningkat dan mempertajamkan pemikiran masyarakat bahkan membantu para pembuat dasar dan juga ahli-ahli politik dalam memahami realiti sebenar di lapangan.

Seperti selalunya, ujar beliau sebahagian dari hasil kajian, terutama apabila melibatkan amalan demokrasi dan pilihan raya, akan menemukan hal-hal yang berlawanan dengan persepsi yang sedia ada, sebahagiannya adalah  hard truths yang menyakitkan.

Tambah beliau, tetapi itu semua harus diterima oleh semua pihak, termasuk pemerintah, dengan hati terbuka, rasional dan objektif demi merealisasi sebuah masyarakat sivil yang berasaskan prinsip demokrasi.

Selepas rombakan kabinet, tiada lagi tsunami Cina?

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak telah menambah anggota kabinetnya minggu lalu, melantik wakil-wakil MCA dan Gerakan.

Parti-parti Cina itu kembali ke kabinet melalui pelantikan itu, selepas "tsunami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 menyaksikan MCA, parti Cina terbesar dalam Barisan Nasional tewas teruk.

Kemasukan kembali wakil-wakil Cina ke kabinet menyusuli kemenangan wakil Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan bulan lepas.

Teluk Intan menjadi petanda jelas peralihan undi etnik Cina, apabila wakil DAP tewas kepada calon BN, yang dijanjikan jawatan dalam kabinet Najib sekiranya menang.

MCA telah agak lama menunjukkan kesediaan untuk kembali ke kabinet, satu perubahan pendirian yang menunjukkan penilaian semula oleh parti itu selepas tsunami Cina tidak menghasilkan perubahan pemerintahan di peringkat persekutuan.

MCA menunjukkan yang parti itu melihat ketiadaan mereka dalam kabinet merugikan, dan juga memberi gambaran parti Cina itu bersedia berperanan semula dalam pemerintahan BN.

57 tahun merdeka, akademik belum bebas

Oleh SYUKRI RAZAB
Prof Redzuan Othman bukan individu pertama yang menjadi mangsa kedangkalan pihak pembuat polisi dalam memahami kebebasan akademik. Prof Dr Abdul Aziz Bari juga mengalami nasib yang sama apabila beliau terpaksa berundur daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2010 hanya kerana pandangan akademik beliau yang disifatkan sering tidak digemari pihak tertentu.

Tidak perlu dipersoalkan apa yang telah dikatakan atau ditulis oleh Prof Datuk Dr Redzuan Othman, Prof Dr Aziz Bari mahupun Prof Datuk Dr Zainal Keling. Selagi mana pandangan mereka berbasiskan akademik, maka pandangan tersebut perlu dihormati dan jika ingin dipertikaikan, mestilah melalui proses perdebatan secara ilmiah. 

Faktor 1: Kegagalan mengawal nafsu politik

Bagi saya ada empat faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Yang Pertama ialah kegagalan pihak tertentu mengawal nafsu politik sehingga sanggup mencabul kesucian dunia akademik. Pada 30 Jun lepas, Datuk Saifuddin Abdullah, Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi mendedahkan melalui laman Facebook beliau terdapat arahan pihak tertentu daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mendesak Prof Datuk Dr Redzuan Othman berundur diri daripada Umcedel.

Informasi ini memberikan justifikasi yang jelas iaitu kajian Prof Datuk Dr Redzuan tidak disukai pihak tertentu, maka Prof Redzuan perlu berundur. 

Agak bingung bila memikirkan bagaimana masih ada pemimpin dalam kerajaan yang bermentaliti seperti ini. Di ambang kemerdekaan ke 57 negara, mentaliti kebudak-budakan masih tersimpan dalam benak sesetengah pemimpin kerajaan. Sekali imbas, perangai pemimpin ini  tak ubah seperti Junta Tentera Thailand dan Mesir, membuang individu yang tidak mereka gemari secara sesuka hati. Walaupun individu tersebut dipilih secara demokrasi.

Faktor 2: Kegagalan memahami instrumen hak asasi

Faktor kedua ialah kegagalan pemimpin kerajaan dalam memahami instrumen hak asasi seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Malaysia juga merupakan salah sebuah Negara yang telah menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa 1948 (UDHR) yang mana telah memperuntukkan hak kebebasan bersuara dalam prinsip ke-19.

Namun sejauh mana pemimpin kerajaan memahami konsep fundamental rights ini masih boleh dipersoalkan ekoran tindakan yang dibuat ke atas Prof Datuk Dr Redzuan. Malaysia melalui wakilnya Datuk Mazlan Muhammad, semasa Persidangan Berkala Universal PBB (UPR) pada Disember 2013, cuba mempamerkan seolah-olah Malaysia telah melaksanakan hak pendidikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dihadapan wakil negara-negara lain. Ini merupakan pembohongan kerana hak pendidikan rakyat tidak akan sempurna selagi kebebasan akademik tidak ditunaikan.

Faktor 3: Dangkal mengenai kebebasan akademik

Mahathir terus tekan Najib

Oleh Mohd Sayuti Omar
Banyak pihak bercakap mengenai ketidakwajaran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan satu akta baru. Masing-masing tidak setuju dengan pemansuhan itu dan berpandangan pemansuhan akta itu memburukan keadaan negara misalnya bertambahnya kejadian jenayah.

Antara orang yang mempertikai dan melahirkan rasa kurang senang dengan cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948 ialah bekas PM Dr Mahathir Mohamad. Katanya penghapusan itu boleh menyebabkan keadaan negara huruhara. Katanya apabila akta itu ditiadakan ia memudahkan untuk orang melakukan hasutan.

Sependapat dengan Mahathir ialah bekas IGP Musa Hassan. Katanya kalau akta itu dihapuskan dikhuatiri asas perpaduan dan keharmonian masyarakat selama ini menjadi sasaran orang tidak bertanggungjawab.

Sejauh manakah benar dan logiknya alasan diberikan kedua-dua mereka itu terutamanya Mahathir. Sebelum ini Mahathir dilihat orang yang berpandangan ke depan melakukan perubahan, tetapi berlainan berhubung soal ini. Beliau seakan premitif dan nampak sangat bimbang.

Apakah kebimbangan Mahathir itu berasas? Atau pun beliau sengaja menimbulkan itu kerana hendak menekan Mohd Najib Razak. Umum tahu pemansuhkan akta ISA dan cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948 adalah sebahagian dari transfomasi pentadbiran dilakukan Najib. Sedikit sebanyak Najib mendapat pujian atas keberaniannya memansuhkan akta berkenaan.

Setidak-tidaknya akta yang disifatkan kolot, usang dan undang-undang rimba itu sudah tidak ada lagi, walaupun ia diganti dengan akta-akta baru. Setidak-tidaknya Najib berani menghapuskan akta yang menjadi phobia ramai.

Kes saman royalti minyak tidak perlu dibicara kata Mahkamah Persekutuan

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan, kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan bayaran royalti minyak, tidak perlu melalui proses perbicaraan.

Panel lima hakim Mahkmah Persekutuan, yang dipengerusikan Tan Sri Abdull Hamid Embong membuat keputusan sebulat suara dengan berpendapat saman itu boleh diselesaikan melalui isu perundangan tanpa perlu memanggil saksi.

Korum yang turut dianggotai Tan Sri Suriyadi Halim Omar; Datuk Ahmad Maarop; Datuk Hasan Lah; dan Datuk Zainun Ali menolak permohonan yang dikemukakan Kerajaan Negeri Kelantan.

Ketika membuat keputusan itu, Abdull Hamid berkata, saksi tidak perlu dipanggil untuk memberi keterangan bagi menentukan fakta dan material dalam kes itu.

Tindakan itu diambil kerana isu yang dibangkitkan berkaitan perundangan yang hanya boleh diputuskan mengikut Perintah 14A.

Menurutnya, prinsip perundangan dalam saman itu sudah lengkap dan mencukupi untuk diputuskan tanpa perlu mengadakan perbicaraan penuh.

Beliau berkata, saman sivil sesuai mengguna pakai prosedur Perintah 14A kerana isu dalam kes itu membabitkan bidang kuasa, tafsiran Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan, tafsiran Akta Parlimen serta pentafsiran perjanjian tersirat.

Tidak wajar pemberi sedekah dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR: Mengenakan hukuman kepada pemberi sedekah kerana membantu peminta sedekah adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

Menurut seorang penceramah bebas Abdullah Hanif Hassan, peminta sedekah akan wujud sepanjang zaman dan akan ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini.

Malah katanya, peminta sedekah sudah lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehinggalah sekarang.

"Sebab itulah hieraki manusia yang Allah jadikan iaitu ada yang paling kaya dan ada yang paling merempat yang mana satu hari makan pun tidak cukup," katanya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah petang ini.

Tambahnya, kedatangan orang Islam bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan jurang antara golongan yang merempat dengan golongan yang paling kaya melalui sedekah iaitu zakat dan infak.

"Maksud Islam itu sendiri adalah sedekah dan sedekah itu memberi, bahkan ada yang wakafkan zakat-zakat mereka. Sedekah digalakkan untuk orang yang memerlukan," katanya.

Khalid Ibrahim akur Faekah dikenakan tindakan disiplin PKR

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated Faekah Hussein dikenakan surat tunjuk sebab oleh PKR kerana mengeluarkan kenyataan di media. Gambar fail.Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated Faekah Hussein dikenakan surat tunjuk sebab oleh PKR kerana mengeluarkan kenyataan di media. Gambar fail.Calon Timbalan Presiden PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akur dengan tindakan PKR mengenakan hukuman terhadap dua orang kanannya kerana melanggar disiplin semasa pemilihan parti.
Khalid bagaimanapun menasihati Setiausaha Politiknya, Mustapha Mohd Talib dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menteri Besar Incorporated (MBI) yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang Faekah Hussein supaya mengemukakan rayuan.
"Tak apa. Kalau itu keputusan Biro Disiplin kite mesti terima.
"Mereka berhak membuat permohonan untuk rayuan dan dalam parti kita ada proses rayuan," katanya pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
Lembaga Disiplin PKR memutuskan untuk menggantung keahlian Mustapha selama setahun secara serta merta.
Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, ini ekoran tindakan mengugut yang dilakukan Mustapha terhadap seorang calon untuk tidak meneruskan niat bertanding jawatan ketua Cabang Kuala Selangor.
Manakala Faekah dikenakan surat tunjuk sebab kerana mengeluarkan kenyataan di media.

PKR keluar surat tunjuk sebab kepada Shamsul Iskandar, Faekah dan Amiruddin

PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves Amiruddin Shaari serta Faekah Hussein berhubung isu penggantian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu Datuk Dr Tan Kee Kwong.
Tan (gambar) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini berkata, Lembaga Disiplin PKR akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada anggota-anggota berikut untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan kesemua mereka berhubung isu tersebut.
Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil sebelum ini secara terbuka mendesak pengunduran segera Khalid daripada jawatan menteri besar Selangor lantaran kegagalan mempertahankan jawatan ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang disandang sebelum ini.
Shamsul berkata, pengunduran Khalid tidak akan memudaratkan pentadbiran Selangor kerana ramai lagi pemimpin PKR yang berkelayakan dan berupaya menggalas tugas sebagai ketua negeri.
"Saya juga minta supaya Khalid memikirkan sedalam-dalamnya apakah tindakan yang terbaik untuk beliau lakukan.

MB Selangor umum bonus raya sebulan gaji

SHAH ALAM 2 JULAI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor akan memberi bonus sebulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.

 Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan.

"Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.

"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Tiong Lai jadi Menteri Pengangkutan, apa yang berubah?

zulhazmi-shariffSHAH ALAM, 2 JUL: Kempen Anti Saman Ekor (Kase) berkata kemasukan semula Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bagi mengisi jawatan Menteri Pengangkutan tidak membawa apa-apa perubahan terhadap tuntutan mereka kepada kerajaan.
Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff berkata, perlantikan Liow sebagai menteri tidak menjanjikan apa-apa yang baru kerana ia merupakan lantikan politik semata-mata.
Jelas Zulhazmi yang sebelum ini begitu lantang menentang pelaksanaan sistem kamera AES, situasi sama pernah berlaku ketika Tan Sri Dr Chua Soi Lek menjadi Presiden MCA dan Tan Sri Kong Cho Ha.
“Dalam keadaan itu, Chua Soi Lek bukan Ahli Parlimen. Jadi portfolio Menteri Pengangkutan diberikan kepada Kong Cho Har yang merupakan Timbalan Presiden MCA.
“Apabila Kong Cho Har dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, dia meneruskan agenda Chan Kong Choi & Ong Tee Keat iaitu meneruskan perlaksanaan AES.

Tahniah, Neelofa ambil keputusan bertudung

neelofa tudung sepenuhnya
KUALA LUMPUR: Keputusan yang diambil Neelofa untuk bertudung tentunya memberi impak positif kepada para peminat.
Dipetik daripada blog beautifulnara.com, jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa atas keputusan untuk bertudung sepenuhnya.
Penulis blog itu suka dengan langkah menutup aurat yang diambil oleh artis-artis muda semenjak dua ini.
Berita gembira ini telah pun disampaikan oleh adik Neelofa yang bernama Ameera menerusi akaun Instagramnya.
The beautiful month of ramadan has a lot in it. Especially if you allow yourself to be closer to Allah by doing more and more Ibadah everyday.
For kak love though, ramadan this year has made her realize that covering her hair with hijab has brought peace and calmness to her, that she’s decided to wear it forever starting this month.
You are so beautiful no matter what. And yes, you are prettier this way. I love so much kak love. I’m sharing my joy for the decision you’ve made. Can’t be more happier for you. I love you kakak.

Taklimat Petronas tanpa pembangkang Sarawak

Anggota pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menyuarakan rasa tidak gembira mereka selepas dikeluarkan daripada taklimat Petronas berhubung operasi pada Isnin lepas.

Taklimat yang dihadiri oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan menterinya itu diadakan ekoran tuntutan negeri supaya bayaran royalti minyak dinaikkan kepada 20 peratus.

Pembangkang negeri berang tidak dibenarkan menyertai mesyuarat itu lebih-lebih lagi mereka sebelum ini berada di barisan hadapan menuntut kenaikan royalti minyak, yang turut terkandung dalam manifesto mereka sebelum ini.

Ketika sidang DUN Mei lalu, ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen membentangkan usul kenaikan royalti minyak, tetapi ia kemudiannya "dirampas" dan dibentang semula oleh seorang ADUN penyokong kerajaan.

Bagaimanapun, 15 ADUN pembangkang masih memberi sokongan penuh kepada usul itu.

Kassim Ahmad hanya ‘murtad’ dan ‘kufur’ di Terengganu, kata Jamil Khir ..!!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu memutuskan aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad sebagai murtad merupakan pandangan negeri berkenaan dan tidak berkuat kuasa di negeri lain.
Beliau berkata‎ fatwa tersebut merupakan pandangan mufti Terengganu dan keputusan itu dipersetujui pada peringkat negeri berkenaan.
"Saya fikir fatwa itu hanya diputuskan oleh pihak Majlis Agama Islam Terengganu, ia merupakan pelaksanaan keputusan berdasarkan kuasa dan peruntukan yang diberikan.
"Jadi itu di Terengganu, kalau yang lain nak ikut itu terpulang," katanya pada sidang media pelantikan mufti baru dan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan hari ini di Putrajaya.
Semalam Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.‎
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya.

Ahli heret PKR ke mahkamah gugur keahlian

Seorang anggota PKR yang mengheret partinya sendiri ke mahkamah berhubung pemilihan penuh kontroversi parti itu kini bukan lagi anggotanya.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Tan Kee Kwong berkata, ini kerana Nasharuddin Md Isa daripada cabang Ampang itu bertentangan dengan larangan dalam perlembagaan parti.

Fasal 44.1 perlembagaan PKR menyebut, tiada anggota boleh membawa perkara parti ke mana-mana mahkamah.

Parlimen NZ bahas isu 'serangan seksual' diplomat Malaysia

Isu seorang diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mendapat perhatian Parlimen negara kiwi itu.

Ia bermula apabila jurucakap hal ehwal luar negara Parti Buruh David Shearer mahukan sebuah perbahasan segera dibuat berhubung isu itu.

Shearer, seperti dilaporkan TVNZ, mempersoalkan cara menteri luar negara itu Murray McCully mengendalikan isu itu dengan mendakwa mangsa tidak diberikan keadilan selepas tertuduh pulang ke Malaysia.

McCully mengakui bahawa terhadap beberapa kelemahan dalam pengendaliannya.

“Ia sesuatu yang tidak dinafikan oleh anggota daripada bahagian ini di dalam dewan,” McCully dilaporkan sebagai berkata.

Projek Kerajaan UMNO: Torowong runtuh di Jalan Imbi



Projek Kerajaan UMNO: Tanah runtuh, Jalan Hang Tuah berlubang

Hukuman menanti pemberi, peminta sedekah, kata menteri UMNO

Mufti Umno Eh..!!!

Siapa suruh Melayu bersetinggan di KL?

SUBKY LATIF
YANG terakhir Kampung Chubadak sebagai perkampungan kediaman Melayu cuba dirampas daripada penghuninya untuk disedekahkan kepada taikun YTL yang sudah kaya raya itu.
   
Antara isunya pemastautin itu adalah setinggan, bukan waris penduduk asal dan kawasan itu telah dikeluarkan daripada tanah rizab Melayu lama sebelum Jepun datang.
   
Siapa mendiami tanah di situ? Tidak kiralah mereka setinggan atau orang membeli tapak kediaman daripada setinggan atau saki baki waris penduduk di situ sejak Kuala Lumpur itu ada sebelum kedatangan Yap Ah Loy.
   
Jika mereka itu setinggan baik lama atau baru, siapakah yang menyeru supaya orang Melayu selepas merdeka berhijrah ke Kuala Lumpur tidak kira ada pekerjaan atau tidak, tidak kira ada kediaman atau tidak?
   
Tun Razaklah selepas berkuasa sejak kejadian 13 Mei 1969 menyeru orang Melayu jangan tinggal tanpa kerja tetap di kampung. Hijrahlah ke Kuala Lumpur mengisi tanah kosong, mecari apa juga rezeki yang halal di bandar raya itu.
   
Sebelumnya telah ada penduduk tanah haram di Lembah Kelang ini. Masa itu belum diketahui orang gelaran setinggan itu. Telah ada di sana sini orang mendirikan rumah di kawasan kosong dan di celah-celah rumah yang sedia ada.
   
Status mereka adalah penduduk tanah haram. Keberadaan mereka haram atau orang haram.
   
Tetapi setelah diseru oleh Tun Razak (Gambar kiri), datanglah ke Kuala Lumpur untuk bersetinggan, jadilah penduduk sah Kuala Lumpur yang halal berstatus setinggan. Bukan saja tanah kosong kerajaan mereka teroka, tanak milik orang Melayu yang terbiar juga diceroboh setinggan.
   
Pernah bangkit isu kebanjiran setinggan di Kuala Lumpur, lalu apa kata Datuk Bandar masa itu, Almarhum Tan Sri Yaakub Latif, ‘Setinggan-setinggan itulah yang menyeri dan mengindahkan kehidupan masyarakat Kuala Lumpur.’
    
Apa ertinya semua perkembangan itu?
    
Betul atau tidak betul seruan Tun Razak itu, dia adalah pencetus Dasar Ekonomi Baru yang menstruktur semula supaya kawasan bandar tidak dikenali sebagai kawasan satu kaum tertentu saja.
  
Dia mahu sekurang-kurang 30 peratus daripada ekuiti negara milik Bumiputera. Sama ada di belakang seruan Tun Razak itu terselit fikiran cauvanis perkauman atau tidak, tetapi dia adalah untuk memecahkan atmosfera yang menjadikan Kuala Lumpur bandar perkauman.
     

Lynas pindah ibu pejabat ke Malaysia

Syarikat pengeluar nadir bumi Lynas Corp akan memindahkan ibu pejabatnya ke Malaysia, antaranya bagi mengurangkan kos operasinya.

Ekoran rintangan dalam dua tahun terakhir dalam menambah pengeluaran bahan itu di Australia dan pemprosesannya di loji Malaysia, Lynas berkata, elemen utama pengeluarannya beroperasi berdasarkan kapasiti sasaran dalam suku tahunan terakhir.

“Menyelaraskan lokasi pejabat adalah yang pertama dalam siri inisiatif yang mensasarkan usaha mempermudahkan pendekatan kami,” Ketua Eksekutif Lynas Amanda Lacaze dipetik sebagai berkata.

Pengurangan kos termasuk pengurangan jumlah tenaga kerja, rundingan semula kontrak dengan pembekal dan mempertingkatkan amalan pemerolehan, kata syarikat itu dalam kenyataan, seperti dilaporkan Reuters.

Lynas, salah satu daripada dua pengeluar nadir bumi di luar China, berhempas pulas untuk meningkatkan hasil melalui loji A$873 juta di Malaysia sejak mula beroperasi pada November 2012, ekoran masalah teknikal.

5 tahun BN rampas kuasa di Perak, mana janji 2000 ekar tanah untuk Sekolah Tamil?


V Sivakumar 3

BATU GAJAH, 2 JULAI: Sudah masuk tahun kelima rampasan kuasa BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun mereka masih gagal menunaikan janji memperuntukkan 2000 ekar tanah bagi sekolah-sekolah Tamil.
“Sebaik saja kerajaan negeri dirampas BN pada tahun 2009, MIC Perak dengan gopoh membuat pengumuman bahawa kerajaan akan beri 2000 ekar tanah untuk sekolah Tamil. Masuk ke pertengahan tahun 2014, janji ini masih belum ditunaikan.
“Kenapa MIC dan kerajaan Negeri Perak sudah senyap semula mengenai isu 2000 ekar tanah yang kononnya akan diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil ini?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Gajah V Sivakumar dalam satu kenyataan semalam.
Beliau juga menyatakan kerisauan kemungkinan ada pihak yang ingin mengambil kesempatan mendapatkan tanah secara tidak wajar.
“Saya tidak percaya MIC akan menyelesaikan masalah ini dengan jujur. Saya lihat ia sengaja dilambat-lambatkan pihak tertentu. Mungkinkah MIC sedang mencari jalan bagaimana menghilangkan 2000 ekar tanah ini?” katanya sambil menambah bahawa hal itu berkemungkinan berlaku, memandangkan rekod buruk parti itu menjaga kebajikan masyarakat India.