Selasa, 1 Julai 2014
Analisis Awani: Bertemu militan di garisan Jihad
Pihak Polis bertindak ganas terhadap kami, kata peserta Perhimpunan Hijau
16 orang peserta telah ditahan di IPD Kuantan, dakwa dicederakan oleh anggota Polis.

“Bantahan pada 22 Jun 2014 merupakan upaya untuk menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng. Lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan dan memberikan sokongan solidariti kepada gerakan Himpunan Hijau ini,” kata salah seorang peserta himpunan, Dr. Phua Kia Yaw.
Menurut beliau, peranan polis sepatutnya memberi bantuan kepada Himpunan Hijau untuk memastikan perhimpunan aman dijalankan secara lancar. Tetapi apa yang berlaku, pihak polis langsung tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
” Pihak polis menghentikan perhimpunan ini dengan kekerasan yang akhirnya menyebabkan 16 orang peserta telah ditangkap di IPD Kuantan.
“Ini bukan sahaja mencabuli hak rakyat untuk berhimpun dan hak bersuara, malah hak kebebasan individu telah dilanggar oleh pihak Polis,” katanya.
Imuniti diplomatik biasa digunakan jika melibatkan jenayah, kata bekas diplomat
Menjadi kebiasaan bagi sesebuah kerajaan menggunakan imuniti diplomatik apabila pegawai mereka didapati melanggar undang-undang di negara asing, kata bekas diplomat hari ini.
Mengulas kes diplomat Malaysia yang dipanggil semula ke New Zealand selepas namanya didedahkan sebagai suspek kes cubaan rogol, bekas diplomat itu berkata imuniti diplomatik biasanya terpakai.
Dr Azhari Karim, bekas duta Malaysia ke Jerman, Romania dan Sepanyol berkata dalam kes ini undang-undang rujukan utama walaupun seseorang itu terlibat dalam kes peribadi seperti cubaan rogol.
Katanya, dalam apa kes sekalipun, diplomat itu akan disiasat kerana melakukan jenayah di negara asalnya.
"Kita mesti pelihara kedudukan itu. Imuniti perlu digunakan.
"Dia akan dibicarakan apabila pulang. Pesalah tidak akan dilepaskan jika tuduhan didapati benar," katanya.
Beliau berkata terdapat isu lain yang perlu dipertimbangkan seperti penahanan yang perlu dilihat oleh kerajaan Malaysia.
Katanya, ini bukan kali pertama imuniti diplomatik digunakan bagi kesalahan peribadi kerana terdapat kes sebelum ini yang tidak diperbesarkan.
"Saya tidak nafikan terdapat kes imuniti diplomatik bagi kesalahan peribadi tetapi ia mungkin selesai dengan penyelesaian bersama, maka ia tidak dihebahkan.
"Ini mungkin kali pertama menjadi isu umum," katanya.
Ketika ditanya sama ada kemungkinan diplomat yang terlibat itu dibicarakan di New Zealand, Dr Azhari berkata. Dalam kes Malaysia, ia isu sensitif terutamanya melibatkan penjawat awam".
Serangan Seksual: Putrajaya enggan lepaskan imuniti diplomat, bentuk lembaga siasatan

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Julai, 2014.
Putrajaya tidak akan memberi pelepasan kepada suspek diplomat penyerang seks, Muhammad Rizalman Ismail, 38, di New Zealand (NZ) melainkan "ia betul-betul dikehendaki".
Perkara itu diumumkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini pada sidang media di Wisma Putra, selain satu lembaga siasatan juga ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini.
"Jika ia betul-betul dikehendaki, di mana kami fikir jalan terbaik untuk melepaskan imuniti, kami akan lakukannya tanpa teragak-agak," kata Anifah pada sidang media hari ini.
Anifah berkata hasil siasatan oleh pihak Mindef akan disalurkan kepada pihak berkuasa NZ.
"Tapi kami mempunyai keyakinan yang tinggi dalam lembaga inkuiri Mindef dan mereka akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand," katanya.
Apabila ditanya mengenai "dikehendaki", Anifah berkata ia bermakna apabila pihak NZ meminta Rizalman supaya kembali ke negara tersebut atas dasar dipercayai siasatan di Malaysia tidak dijalankan secara sepatutnya.
Anifah juga menjelaskan pihak berkuasa New Zealand yang membenarkan Rizalman dibawa pulang ke Malaysia pada Mei lalu.
"Kementerian Luar sedia menyediakan pelepasan imuniti diplomatik terhadap tertuduh untuk membolehkan pendakwaan dibawah undang-undang NZ diteruskan.
Serangan Seksual: Mindef sokong tarik balik imuniti diplomatik
![]() |
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Mindef memandang serius tuduhan itu dan akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap pegawai terbabit.
"Kami akan siasat dan bekerjasama dengan Kementerian Luar dan Kerajaan New Zealand dan akan memastikan mana-mana pegawai yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman yang setimpal," katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, hari ini.
Hishammuddin juga menegaskan Mindef tidak akan memberi perlindungan kepada mana-mana pegawainya yang didapati melakukan kesalahan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini yang dilapor berkata Wisma Putra sedia menarik balik kekebalan diplomatik pegawai tersebut yang dikehendaki oleh pihak berkuasa New Zealand.
Demo Anti Lynas: Sambil digari kami dihantam di lori polis
Peserta Himpunan Hijau Dakwa Cedera Dipukul Polis
Jawatankuasa Fatwa Terengganu putuskan Kassim Ahmad kufur dan murtad

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
"Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media hari ini.
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.
Imuniti Diplomatik Dalam Kes Jenayah: Surat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Meminta New Zealand Gugurkan Pertuduhan Terhadap Muhammad Rizalman bin Ismail
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar
Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang
menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.
Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia
kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.
Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia
memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New
Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.
Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10
Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi
membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.
“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa
kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada
En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang
ke Malaysia secepat mungkin.
“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya,
Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada
keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui
MH130,” menurut surat itu.
Kapitalis Kota Raya: DBKL, Datuk Bandar Dan Pemaju Ketepikan Saman Penduduk Kg Chubadak

Mereka melihat penduduk setempat sebagai setinggan haram yang mesti dipindahkan, manakala penduduk pula menuntut hak tanah itu sebagai peneroka pertama kawasan itu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Hasmat Nik Mohamed yang turut memberi masa 14 hari bagi memfailkan penggantungan keputusan di Mahkamah Rayuan.
Salah seorang peguam yang mewakili 58 penduduk kampung, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi memberitahu Malaysiakini, barisan peguam akan memfailkan penangguhan keputusan segera.
Zam kata "Pergi mampuslah MCA..."

Beliau merujuk kepada kritikan MCA kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.
“MCA tidak mahu sama mempertahankan dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan,” katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula baru bagi strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP sebagai rakan.”
Dalam tulisan terbarunya di blog hari ini, Zainuddin berhujah “lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal dari musuh dalam selimut”.
Katanya lagti, walaupun dilantik semula ke kabinet atas “kasihan belas” Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, MCA tidak sedikit pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum lalu.
PROF REDZUAN: MALAPETAKA BESAR MENIMPA KEINTELEKTUALAN NEGARA
Pengarah Pusat Demokrasi
dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan diarah
meletak jawatan. Ini ‘cerita’ besar
yang boleh menggemparkan negara. Banyak
kesan dan implikasi yang boleh ditimbulkan ekoran daripada tindakan yang
sebegini. Banyak persoalan yang tidak terjawab yang juga boleh timbul ekoran
daripada peristiwa demikian.
Pemberhentian Prof. Datuk
Dr. Ridzuan ini memberikan gambaran kepada masyarakt bahawa sesiapa sahaja
tokoh akademik yang tidak selari dan sependapat dengan pihak kerajaan akan
‘digugurkan’ dari jawatan. Bermakna juga bahawa professor yang tinggal dan
masih berkhidmat di university Malaya khususnya dan di university lain amnya
adalah terdiri dari mereka yang semestinya menyokong kerajaan walaupun secara
‘membabi buta’. Sekiranya ingkar maka nasib mereka adalah sama dengan nasib
Prof Ridzuan. Mungkin begitu anggapan masyarakat kini.
Mengikut Dato’ Saifuddin
Abdullah yang juga telah meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan
Universiti Malaya (UM) bahawa
Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian
yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan. Selanjutnya beliau
menyatakan bahawa, "Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui
oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan
meletakkan jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.
Ini boleh dianggap sebagai satu malapetaka besar yang menimpa bidang
kenintelektualan negara, yang membolehkan seluruh keluarga university
terpanggil untuk menyatakan sesuatu mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh
pegawai kementerian pendidikan bekenaan. Amat tidak wajar pegawai berkenaan
melakukan tindakan sedemikian yang pada pendapat ramai telah melakukan ‘saya
yang menurut perintah’ secara membabi buta. Apakah pegawai berkenaan tidak
langsung memikirkan kesan dan akibat daripada tindakannya itu? Dan yang lebih
penting lagi bahawa tidakkah piak yang mengarahkan pegawai berkenaan juga
memikirkan lebih juah tentang tindakan yang dilakukan itu.
Yang menyedihkan kita lagi ialah pihak tertentu
telah menunjukkan ‘kehebatan’ pada tempat yang salah. Sepatutnya phak
Kementerian Pelajaran menunjukkan kehebatan mereka meletakkan University Malaya
di tempat yang ke 10 teratas sebagai university terbaik di rantau Asia yang
boleh setanding dengan University Tokyo atau National University of Singapore
atau University of Hong Kong. Sepatutnya begitu. Apatah lagi apabila
mengenangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat peruntukan
sebanyak RM 38.7 billion pada tahun 2013
dan pada tahun 2014 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 54 billion. Itu
sudah merupakan peruntukan yang cukup besar sedangkan hasilnya tidak ada sebuah
university pun di negara ini yang dapat meletakkan diri di tempat 100 teratas
ranking university di Asia. Tentulah amat malang sekali. University Kebangsaan
Malaysia yang menduduki tangga ke 87 pada tahun lepas telah ‘terjatuh’ entah di
mana sehingga tidak tercatat dalam senarai penarafan unviversity itu. Ini
merupakan malapetaka yang menimpa bidang pendidikan negara.
Ramadan bulan perjuangan ‘lelaki dari hujung kota’
Oleh H FANSURI
“DAN
datang seorang LELAKI DARI HUJUNG KOTA dengan berlari lalu menyampaikan
nasihat dengan berkata: “Wahai kaumku! Turutlah rasul-rasul itu -
“Turutilah mereka yang tidak meminta kepadamu apa-apa balasan pun, sedang mereka itulah yang mendapat hidayah dan petunjuk”. ~ (Yaasin, ayat 20 - 21)
Dan dalam ayat lain disebutkan...
“Dan datanglah seorang LELAKI DARI HUJUNG KOTA itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya para pegawai Firaun sedang berpakat mahu membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku ini adalah kalangan orang yang menasihatkanmu.” – (al-Qasas, ayat 20) Sasterawan Negara Nordin Hassan telah menghasilkan sebuah drama pentas berjudul ‘Saya... dari Hujung Kota’.
Jalan penceritaan itu berasal daripada firman Tuhan, ‘rajulun min aqsol madinah’ yang kita alihbahasakan sebagai ‘lelaki dari hujung kota
Berkata sesetengah ahli tafsir, bahawa kota tersebut bernama Antakiah manakala lelaki dari hujung kota itu dikenali sebagai Habib An-Najjar. Lelaki An-Najjar inilah yang diriwayatkan kisah jihadnya di dalam surah Yaasin, ayat 20 sehingga 21.
Di kota ini, Allah SWT mengutuskan rasul-rasul untuk berdakwah kepada para penghuni kota itu. Asalnya, ada dua orang rasul, tapi kemudiannya ditambah seorang lagi rasul, menjadikan kumpulan rasul itu tiga orang.
Namun seruan rasul itu tetap didustakan oleh mereka.
Penduduk kota mendakwa bahawa kehidupan mereka akan jadi celaka akibat kedatangan tiga orang rasul ini. Rasul itu pun membalas hujah penduduk kota bahawa sebenarnya rakyat di kota itulah yang bakal mencelakakan diri mereka sendiri kerana mereka (penghuni kota) adalah masyarakat yang telah melewati batas. Kemudiannya, para penghuni kota itu merancang melakukan kezaliman ke atas para utusan Tuhan.
Pada ketika inilah telah hadir seorang lelaki dari hujung kota (kampung) dalam kalangan kaum sendiri iaitu Habib An- Najjar. Beliau menyeru kaumnya agar mengikuti rasul itu yang tidak meminta balasan apa pun daripada mereka.

Dan dalam ayat lain disebutkan...
“Dan datanglah seorang LELAKI DARI HUJUNG KOTA itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya para pegawai Firaun sedang berpakat mahu membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku ini adalah kalangan orang yang menasihatkanmu.” – (al-Qasas, ayat 20) Sasterawan Negara Nordin Hassan telah menghasilkan sebuah drama pentas berjudul ‘Saya... dari Hujung Kota’.
Jalan penceritaan itu berasal daripada firman Tuhan, ‘rajulun min aqsol madinah’ yang kita alihbahasakan sebagai ‘lelaki dari hujung kota
Berkata sesetengah ahli tafsir, bahawa kota tersebut bernama Antakiah manakala lelaki dari hujung kota itu dikenali sebagai Habib An-Najjar. Lelaki An-Najjar inilah yang diriwayatkan kisah jihadnya di dalam surah Yaasin, ayat 20 sehingga 21.
Di kota ini, Allah SWT mengutuskan rasul-rasul untuk berdakwah kepada para penghuni kota itu. Asalnya, ada dua orang rasul, tapi kemudiannya ditambah seorang lagi rasul, menjadikan kumpulan rasul itu tiga orang.
Namun seruan rasul itu tetap didustakan oleh mereka.
Penduduk kota mendakwa bahawa kehidupan mereka akan jadi celaka akibat kedatangan tiga orang rasul ini. Rasul itu pun membalas hujah penduduk kota bahawa sebenarnya rakyat di kota itulah yang bakal mencelakakan diri mereka sendiri kerana mereka (penghuni kota) adalah masyarakat yang telah melewati batas. Kemudiannya, para penghuni kota itu merancang melakukan kezaliman ke atas para utusan Tuhan.
Pada ketika inilah telah hadir seorang lelaki dari hujung kota (kampung) dalam kalangan kaum sendiri iaitu Habib An- Najjar. Beliau menyeru kaumnya agar mengikuti rasul itu yang tidak meminta balasan apa pun daripada mereka.
Masalah PM Kabinet XXL bertimbun...
Oleh SELENA TAY
MASALAH jerebu dan wabak denggi belum diselesaikan lagi. Juga terdapat masalah g
angguan bekalan air.
Bersamaan dengan ini, pesawat MH370 masih belum dijumpai lagi. Juga dua lelaki, seorang warga negara China dan seorang dari Perak yang masing-masing telah diculik pada bulan Mei dan Jun baru-baru ini dari pantai perairan Sabah masih belum dibebaskan.
Selain masalah di atas, jiran dan saudara penulis gagal mencari minyak masak jenama ‘Knife’ di kedai-kedai runcit yang berdekatan. Apa ini? Mengapakah negara ini dilanda pelbagai jenis masalah?
“Jawapannya tentulah kerana pemimpin kita kurang berkemampuan,” kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Dan yang lebih penting lagi: Apakah halatuju ekonomi negara? Adakah ekonomi negara kukuh?
“Pemimpin negara jangan lupa bahawa masalah-masalah yang disebut di atas akan memberi kesan kepada ekonomi negara kita kerana kewibawaan dan kredibiliti negara kita akan disoal.
“Jangan sampai berlaku krisis keyakinan terhadap negara kita baru kita hendak berusaha dengan lebih gigih untuk menyelesaikan masalahmasalah tersebut,” ujar Khalid.
MASALAH jerebu dan wabak denggi belum diselesaikan lagi. Juga terdapat masalah g

Bersamaan dengan ini, pesawat MH370 masih belum dijumpai lagi. Juga dua lelaki, seorang warga negara China dan seorang dari Perak yang masing-masing telah diculik pada bulan Mei dan Jun baru-baru ini dari pantai perairan Sabah masih belum dibebaskan.
Selain masalah di atas, jiran dan saudara penulis gagal mencari minyak masak jenama ‘Knife’ di kedai-kedai runcit yang berdekatan. Apa ini? Mengapakah negara ini dilanda pelbagai jenis masalah?
“Jawapannya tentulah kerana pemimpin kita kurang berkemampuan,” kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Dan yang lebih penting lagi: Apakah halatuju ekonomi negara? Adakah ekonomi negara kukuh?
“Pemimpin negara jangan lupa bahawa masalah-masalah yang disebut di atas akan memberi kesan kepada ekonomi negara kita kerana kewibawaan dan kredibiliti negara kita akan disoal.
“Jangan sampai berlaku krisis keyakinan terhadap negara kita baru kita hendak berusaha dengan lebih gigih untuk menyelesaikan masalahmasalah tersebut,” ujar Khalid.
Kabinet XXL tak efisyen, belanja RM10 juta setahun
Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak disifatkan bukan kabinet untuk rakyat, sebaliknya hanya akan menghabiskan lebih banyak wang negara untuk membayar gaji dan pelbagai elaun serta pencen mereka.
Dengan saiz sebegitu besar sehingga 35 Menteri dan 27 Timbalan Menteri berbanding rakyat negara ini yang hanya 30 juta orang, kabinet itu juga turut disifatkan sebagai bukan barisan kabinet yang berkesan, malah tidak menghasilkan nilai pulangan terbaik kepada rakyat dan negara.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ukuran keberkesanan sesebuah kabinet atau sesebuah kerajaan bukanlah terletak kepada saiznya yang besar, sebaliknya saiz XXL kabinet itu sendiri tentunya memberikan isyarat kepada prestasi yang tidak berkesan kepada sesebuah pentadbiran tersebut. Menurut beliau, saiz kabinet berkadar songsang dengan keberkesanan dan lebih besar sesebuah kabinet itu lebih tidak efisyen sesebuah kabinet terbabit, manakala hujah itu pula pasti boleh diterima oleh semua pihak.
“Jika sesebuah negara itu mempunyai penduduk yang ramai tetapi saiz kabinetnya kecil, itu menunjukkan kabinet itu adalah kabinet yang berkesan.
“Jika sesebuah negara itu mempunyai populasi penduduk yang kecil tetapi saiz kabinetnya besar, itu menunjukkan kabinet itu adalah kabinet yang tidak berkesan,” katanya.
KUALA LUMPUR: Kabinet baharu yang dibentuk oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak disifatkan bukan kabinet untuk rakyat, sebaliknya hanya akan menghabiskan lebih banyak wang negara untuk membayar gaji dan pelbagai elaun serta pencen mereka.
Dengan saiz sebegitu besar sehingga 35 Menteri dan 27 Timbalan Menteri berbanding rakyat negara ini yang hanya 30 juta orang, kabinet itu juga turut disifatkan sebagai bukan barisan kabinet yang berkesan, malah tidak menghasilkan nilai pulangan terbaik kepada rakyat dan negara.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ukuran keberkesanan sesebuah kabinet atau sesebuah kerajaan bukanlah terletak kepada saiznya yang besar, sebaliknya saiz XXL kabinet itu sendiri tentunya memberikan isyarat kepada prestasi yang tidak berkesan kepada sesebuah pentadbiran tersebut. Menurut beliau, saiz kabinet berkadar songsang dengan keberkesanan dan lebih besar sesebuah kabinet itu lebih tidak efisyen sesebuah kabinet terbabit, manakala hujah itu pula pasti boleh diterima oleh semua pihak.
“Jika sesebuah negara itu mempunyai penduduk yang ramai tetapi saiz kabinetnya kecil, itu menunjukkan kabinet itu adalah kabinet yang berkesan.
“Jika sesebuah negara itu mempunyai populasi penduduk yang kecil tetapi saiz kabinetnya besar, itu menunjukkan kabinet itu adalah kabinet yang tidak berkesan,” katanya.
NZ rebuts Anifah, reveals M'sia wanted charges dropped
NZ Dakwa Anifah Pendusta, Malaysia Yang Mahu Tuduhan Digugurkan
New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.
Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.
Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan.
Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu.
“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.
“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu. ~mk
Anifah: NZ tawar alternatif bawa pulang diplomat
Pihak berkuasa New Zealand yang menawarkan "alternatif" untuk membawa pulang seorang diplomat Malaysia yang dituduh terbabit dalam kes serangan seksual sebelum 30 Mei, kata Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.
Walaupun pemimpin New Zealand mahu diplomat tersebut, Mohammed Rizalman Ismail, dibicarakan di sana, Anifah berkata pihak berkuasa New Zealand yang membuat tawaran itu.
PAS desak kembalikan jawatan Prof Redzuan

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri seterusnya wajib memberikan jaminan kebebasan akademik kepada ahli-ahli akademik di negara ini agar mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.
"Saya juga menyeru supaya seluruh masyarakat sivil agar bangkit menyatakan keprihatinan ke atas nasib yang menimpa Prof Redzuan. Hal ini tidak boleh kita diamkan begitu sahaja," ujarnya yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.
Berikut kenyataan penuh beliau.
PAS memandang serius tindakan universiti tertua di negara ini, Universiti Malaya (UM) yang mengarahkan ahli akademik terkemuka, Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman supaya meletakkan jawatan sebagai Pengarah University of Malaya Centre for Democracy and Elections (UMcedel) serta tidak menyambung perkhidmatan Prof Redzuan sebagai Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Apa yang mengejutkan, kedua-dua tindakan ini dikatakan diambil hasil dari desakan politik pihak tertentu di Kementerian Pendidikan yang tidak senang dengan kajian-kajian berkaitan politik negara yang dijalankan oleh UMcedel di bawah kepimpinan Prof Redzuan.
Dengan mengambil tindakan sebegini ke atas Prof Redzuan, jelas menunjukkan bahawa janji perlaksanaan transformasi politik yang dilaungkan oleh Perdana Menteri untuk memberi ruang kebebasan bersuara yang lebih luas kepada rakyat, adalah suatu pembohongan semata-mata.
Bukan setakat kerajaan yang ada hari ini tidak boleh berkompromi dengan sebarang kritikan dari parti pembangkang, tetapi sudah sampai ke tahap tidak boleh berlapang dada di atas hasil kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli akademik non-partisan. Dalam dunia akademik, apa jua dapatan di dalam sesuatu kajian itu adalah terbuka untuk dicabar dan dinilai semula.
Bersih 2.0 gesa lantik semula Prof Redzuan

"Adalah amat mengecewakan apabila Kementerian Pendidikan menyerang Dr Redzuan dan hasil kajian akademik tinjauan dan persepsi pilihan raya oleh beliau yang didakwa memburukkan imej Barisan Nasional," ujar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tindakan campur tangan oleh Kementerian Pendidikan tersebut boleh disifatkan sebagai percubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dan sebuah lagi pencabulan ke atas kebebasan akademik.
Katanya, kebebasan bersuara dan kebebasan akademik adalah asas kepada pembentukan prinsip akademik.
"Seseorang pensyarah atau pengajar seharusnya mempunyai ruang yang bebas untuk mengajar dan membincangkan idea dan fakta (termasuklah yang tidak menyebelahi pemerintah), manakala cendekiawan seharusnya mempunyai hak untuk berfikir, berbicara, dan melontarkan persoalan," ujarnya.
UM tidak jawab isu pokok, kata Saifuddin Abdullah

Beliau tidak menolak adanya campur tangan politik dalam arahan supaya Profesor Redzuan meletak jawatan sebagai Pengarah UMcedel.
Bahkan katanya, kenyataan UM tentang jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang melibatkan Prof Redzuan membawa beberapa konotasi iaitu, Prof Redzuan antara yang dicalonkan oleh pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) sekaligus membuktikan beliau mendapat pengiktirafan akademik.
"Beliau tidak dilantik semula kerana akan bersara tahun depan, bermakna tidak timbul soal kualiti," katanya di laman Facebooknya hari ini.
Katanya, Profesor Dr Md Sidin Ahmad yang dilantik sebagai dekan baru untuk meneruskan kecemerlangan penyelidikan di bawah FSSS, bermakna Prof Redzuan menjalankan tugas dengan baik termasuk sebagai Pengarah UMcedel.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan UM yang menafikan dakwaan kontrak Prof Redzuan tidak disambung kerana campur tangan politik.
"Tetapi kenyataan ini tidak jawab isu pokok iaitu campur tangan politik dalam arahan beliau letak jawatan sebagai Pengarah UMcedel," katanya.
Singkir Prof Redzuan petaka kepada kebebasan akademik

"Penyingkiran ini adalah atas arahan Kementerian Pendidikan," ujar Naib Presiden 1, Naqiuddin Nazrin dalam satu kenyataan.
Katanya, MKM percaya penyingkiran ini berlaku kerana banyak hasil kajian UMcedel yang diketuai oleh Prof Dr Mohamad Redzuan tidak menguntungkan kerajaan.
Ini, tambahnya merupakan satu malapetaka kepada kebebasan akademik.
Bulan lalu, mahasiswa UMSKAL menjadi mangsa kini ahli akademik turut mengalami nasib yang sama.
"Prof Redzuan hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyelidik dalam melakukan kajian akademik," ujarnya lagi.
Beliau berkata, pihak kerajaan seharusnya bersikap terbuka dengan hasil kajian yang dilakukan biarpun tidak menguntungkan kerajaan sekalipun.
Penolakan Tun Abdul Hamid sebagai pengerusi MKPN, Nancy minta renungkan
Status ini dimuat naik berikutan laporan daripada portal MalaysiaKini yang bertajuk 'Tun Abdul Hamid tolak jadi pengerusi MKPN

Nancy memuat naik status di twitternya pada pukul 11.30 pagi ini dengan mengatakan “Ex-Chief Justice, Tun Abdul Hamid’s reasoning for rejecting post as NUCC ‘s chairman is something to ponder on”.
Status ini dimuat naik berikutan laporan daripada portal Malaysiakini yang bertajuk ‘Tun Abdul Hamid tolak jadi pengerusi MKPN’.
Abdul Hamid menolak jawatan itu kerana khuatir diperalatkan oleh pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuhkan kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
“ Saya yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.“Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang ‘liberal’ itu.
“Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis,” katanya.
Gugur Tuduhan: Amaran hubungan keruh dengan New Zealand

McCully dilaporkan berkata Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) jelas mahukan diplomat itu, yang kini berada di Malaysia, didakwa, lapor stuff.co.nz.
“Ia akan mempunyai kesan berhubung bagaimana kita berurusan dengan negara berkenaan,” beliau dipetik sebagai berkata, tanpa menamakan Malaysia atas alasan kekebalan imuniti.
Mengulas berhubung pertemuan pegawai MFAT dan ketua misi Malaysia di New Zealand, beliau berkata:
“Pendirian kerajaan New Zealand telah dinyatakan dan ketua misi diminta menyampaikan pandangan-pandangan itu (kepada kerajaannya).”
Serangan Seksual: Dokumen dedah kerajaan UMNO@BN mahu semua tuduhan digugurkan..!!

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.
Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.
Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.
Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.
Bailout Lagi: MAS tidak akan tutup kata kerajaan UMNO@BN
4.6 juta anak muda belum daftar, PAS saran sistem auto
Mahfuz: Pemecatan Pengarah UMcedel, buktikan pembohongan transformasi politik PM
Dalam dunia akademik, apa jua hasil dari sesuatu kajian itu adalah terbuka untuk dicabar dan dinilai semula

Menurut beliau, bukan setakat kerajaan yang ada hari ini tidak boleh berkompromi dengan sebarang kritikan dari parti pembangkang, tetapi sudah sampai ke tahap tidak boleh berlapang dada di atas hasil kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli akademik non-partisan.
“Dalam dunia akademik, apa jua hasil dari sesuatu kajian itu adalah terbuka untuk dicabar dan dinilai semula.
“Jika kerajaan tidak berpuas hati dengan dapatan yang diperolehi oleh Redzuan, mereka boleh sahaja mengemukakan sebarang hasil kajian balas untuk seterusnya dinilai secara akademik dan bukannya dengan mengambil tindakan menghukum Redzuan kerana tidak selesa dengan kajiannya,” katanya.
Tambahnya lagi, PAS memandang serius tindakan UM yang mengarahkan ahli akademik terkemuka, Redzuan supaya meletakkan jawatan sebagai pengarah UMcedel serta tidak menyambung perkhidmatannya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).
Serangan seksual: Diplomat jalani ujian psikatri
Serangan seksual: Menteri dakwa NZ tawar bawa pulang diplomat
Presiden PMUM seru jangan sampahkan universiti-universiti di Malaysia
Jika Redzuan rasa dirinya sudah tua dan tidak mampu
meneruskan kerja, beliau tidak akan bersetuju dan terhegeh-hegeh untuk
bertanding sebagai calon Dekan FSSS UM.

Menurut beliau, bagi peringkat mahasiswa-mahasiswa UM, meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila sekali lagi gedung ilmu dirobek oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
“Alasan apa yang akan diberikan oleh pihak atasan berkenaan arahan dari pihak tertentu iaitu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memastikan Profesor Datuk Dr.Redzuan Othman meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) sedangkan kontraknya belum tamat.
“Saya sendiri mendapat panggilan terus dari Naib-Canselor UM berkenaan isu perlantikan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di UM.
“Saya juga telah meminta maklum balas daripada Naib-Canselor UM iaitu Prof. Amin sendiri berkenaan isu UMcedel ini,” katanya.
Tambahnya lagi, kepimpinan mahasiswa berasa amat kesal atas tindakan ini dan pada masa yang sama mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diatas hal tersebut.
“Jika betul pihak KPM dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Zaini Ujang terlibat dalam kejadian ini, saya yakin universiti-universiti di Malaysia akan sentiasa bergerak ke belakang seiringan dengan “kebodohan” sesetengah pihak.
“Secara telusnya, Redzuan tidak dipilih atas faktor umur beliau yang semakin lanjut usia.
“Itu respon yang diterima dari pihak atasan setelah saya meminta sebab dan alasan mengapa jawatan Dekan FSSS UM tidak dijawat lagi oleh Redzuan,” jelasnya.
PKPIM: UM digesa beri penjelasan isu Prof Redzuan

Presiden PKPIM, Muhamad Aliemran Norasid berkata ini berikutan laporan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman ditamatkan kontrak atas dasar kebanyakan kajiselidik UMCEDEL tidak berpihak kepada kerajaan BN.
Katanya, sekiranya laporan itu betul, maka ternyata kebebasan akademik di universiti yang dijanjikan oleh kerajaan masih lagi tidak dipenuhi.
“Prof Datuk Dr Redzuan Othman dianggap sebagai mewakili suara ahli akademik yang murni kerana setiap pembentangan beliau mengenai kajiselidik pilihanraya disokong oleh data yang komprehensif.
“Malah beliau sendiri mempunyai pandangan yang tajam mengenai situasi politik semasa dan tidak gentar dalam menyatakan kebenaran walaupun mungkin tidak selari dengan pandangan pemimpin kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
'280 ekar tanah adat di Lundu diceroboh syarikat kroni'

Penduduk dua kampung di Lundu, Sarawak mendakwa 280 ekar tanah adat mereka menjadi mangsa pencerobohan sebuah “syarikat kroni”.
Perkara itu ditimbulkan oleh penduduk di Kampung Siru Dayak dan Kampung Sebat Dayak di kawasan Tanjung Datu.
Hasil pencerobohan itu, dakwa mereka menyebabkan kemusnahan tanaman kontan, pokok buah-buahan, getah dan kelapa sawit mereka.
Syarikat itu dikaitkan dengan anggota keluarga bekas ketua menteri Tun Taib Mahmud.
“Nampaknya tiada sesiapa boleh bantu kami, walaupun polis, sudah banyak laporan polis dibuat.
“Malah wakil rakyat kami Adenan Satem yang kini ketua menteri Sarawak tidak dapat membantu,” kata Nanty Binglai, suri rumah dan jurucakap kumpulan penduduk dalam sidang media semalam.
Perkara itu ditimbulkan oleh penduduk di Kampung Siru Dayak dan Kampung Sebat Dayak di kawasan Tanjung Datu.
Syarikat itu dikaitkan dengan anggota keluarga bekas ketua menteri Tun Taib Mahmud.
“Nampaknya tiada sesiapa boleh bantu kami, walaupun polis, sudah banyak laporan polis dibuat.
“Malah wakil rakyat kami Adenan Satem yang kini ketua menteri Sarawak tidak dapat membantu,” kata Nanty Binglai, suri rumah dan jurucakap kumpulan penduduk dalam sidang media semalam.
Kes OKU: Apa peranan Pusat Zakat?
Saya cadangkan Pusat Zakat membuka pusat penjagaan
dan perlindungan untuk golongan OKU, anak yatim piatu dan warga emas
yang di terlantarkan keluarga mereka.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata institusi agama Islam juga seharusnya mengambil langkah ke depan dalam membantu umat Islam yang terdiri dari golongan OKU, anak yatim piatu dan warga emas yang di terlantarkan oleh kelurga mereka.
“Pengalaman saya sendiri, ketika saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi (Penggal 2008-2013) di Negeri Sembilan, saya lihat ada pihak gereja dan NGO Kristian yang menyediakan pusat penjagaan dan perlindungan untuk golongan OKU, anak yatim piatu dan warga emas.
“Saya juga tahu ada satu kes di Paroi, bagaimana efektifnya pihak gereja membantu satu keluarga Kristian yang miskin, di mana ketua keluarga itu menghidapi penyakit kanser.
Redzuan isi barisan panjang campur tangan di IPT

Dr Abdul Aziz Bari (bawah) berkata, beliau sendiri pernah digantung oleh Universiti Islam Antarabangsa ketika mengajar di situ selepas mengulas isu berkaitan gereja di Petaling jaya pada 2011.
Menurut Aziz lagi, menteri pengajian tinggi ketika itu Datuk Saifuddin Abdullah turut campur tangan dalam isu itu.
Dalam kes terbaru di UM, Saifuddin turut meletakkan jawatan sebagai felo universiti itu kerana tidak puas hati dengan tekanan terhadap Redzuan.
“Lebih lucu, Saifuddin sendiri kemudiannya tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA,” kata Aziz lagi.
Dalam tulisan terbarunya hari ini, kes-kes lain campur tangan lain dibariskannya termasuk:
- Selepas pilihan raya umum 1999, UM didakwa meminggirkan profesor ekonomi Jomo KS kerana pandangan dan penglibatannya bersama Barisan Alternatif yang dipimpin presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor.
5 juta cicir, PAS gesa daftar pengundi auto

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum dewan itu kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya pagi ini, yang dihantar oleh ketuanya Suhaizan Kaiat dan pengarah pilihan rayanya Sany Hamzan.
Menurut Sany, pendaftaran automatik lebih mudah dilaksanakan dan dapat mengelakkan daripada manipulasi data pihak tidak bertanggungjawab.
"Ini adalah penting bagi menyelesaikan masalah dan kekurangan yang berlaku dalam sistem pilihan raya di Malaysia dengan memudahkan pendaftaran baru di kalangan anak muda.
"Sekarang ni berdasarkan rekod kira-kira 4.6 juta anak muda yang masih belum mendaftar, " kata Sany dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum itu.
Perintah ditarik balik: Media NZ dedah nama diplomat M'sia dalam kes seksual

Portal berita stuff.com.nz menamakan diplomat tersebut sebagai Muhammad Rizalman Ismail, yang memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran.
Menurut laporan itu, dia adalah seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Negara Islam Umno anjur ratu cantik Mrs. Universe 2014
Ketika
wakil rakyat Umno di parlimen dan para NGO mesra Umno sedang berhempas
pulas bertegas Malaysia adalah adalah sebuah negara Islam, tanpa
disedari sebuah pertandingan ratu cantik Mrs Universe yang akan diadakan
di negara ini pada penghujung Ogos nanti.
Pertandingan yang julung kalinya diadakan di Malaysia itu dianjur oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa pada 29 Ogos nanti.
Hampir 45 buah negara dijangka mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari itu dan menurut Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim, pertandingan ratu cantik itu bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Pertandingan ratu cantik menjadi begitu sensitif di negara ini kerana para peserta akan memperaga pakaian mandi menjolok mata (bikini) di depan khalayak.
Penganjuran ini sekaligus menjawab segala ketegasan para pengampu konon negara ini adalah negara Islam hanya kerana Islam adalah agama rasmi persekutuan di Malaysia. Jelas sekali Umno mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam. Persepsi yang perlu diperbetulkan apakah Malaysia negara islam atau Malaysia adalah negara majoriti umat Islam?
Pertandingan yang julung kalinya diadakan di Malaysia itu dianjur oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa pada 29 Ogos nanti.
Hampir 45 buah negara dijangka mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari itu dan menurut Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim, pertandingan ratu cantik itu bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Pertandingan ratu cantik menjadi begitu sensitif di negara ini kerana para peserta akan memperaga pakaian mandi menjolok mata (bikini) di depan khalayak.
Penganjuran ini sekaligus menjawab segala ketegasan para pengampu konon negara ini adalah negara Islam hanya kerana Islam adalah agama rasmi persekutuan di Malaysia. Jelas sekali Umno mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam. Persepsi yang perlu diperbetulkan apakah Malaysia negara islam atau Malaysia adalah negara majoriti umat Islam?
Ketua Pemuda Umno Perlis diugut bunuh...

Beliau berkata, ugutan bunuh itu diterima melalui rakannya yang juga ahli jawatankuasa parti yang mengatakan bahawa pemimpin itu bertanya sama ada dirinya sudah menerima mesej daripada seseorang.
“Dia (wakil jawatankuasa) berkata, pemimpin itu bertanya ada tak orang datang beri amaran pada saya yang mengatakan kalau nak hidup lama, buat perangai bagi elok sikit".
“Kata-kata itu disampaikan pada 25 Mei lalu kepada saya. Pada masa itu, saya berada di luar negara kerana mengikuti rombongan kerja dan dimaklumkan melalui telefon,” katanya.
Jelas Syed Atief ekoran daripada makluman berkenaan, dirinya bukan hanya terkejut tetapi tidak menyangka bahawa pemimpin itu mengetahui mengenai ugutan bunuh dan bertanya mengenainya, walhal dirinya belum menerima sebarang ugutan bunuh daripada mana-mana pihak.
MH370: Siapa ganggu sistem kuasa pesawat?

David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
“Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa.
“Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika,” katanya.
Penyiasat nahas udara itu berkata mereka menemui bukti baru kehilangan pesawat MH370 mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.

Laporan menyebut mengenai permintaan ‘log masuk’ yang dikenali sebagai ‘handshake’ yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.
“Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.
“Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan ‘logon’ adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa,” Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Kinrara – Damansara Expressway RM2.5 Bilion & 5 Projek Mega Lebuhraya di Malaysia Bernilai Lebih RM10.4 Bilion. Kesesakan Selesai?

Bagi Berita semasa sendiri pembinaan
lebuhraya di kawasan bandar bukanlah penyelesaian jangka panjang yang
mampan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang nampaknya
belum menemui titik noktah sehingga ke hari ini. Malah lebuhraya juga
sebenarnya lebih memburukkan lagi kesesakan lalu lintas yang acapkali
kali terjadi terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan
Selangor.
Malah sebenarnya sehingga ke hari ini
tidak bukti yang ditemui pakar yang menunjukkan sekurang-kurangnya
terdapat peningkatan 20% daripada aliran trafik yang sedia ada. Oleh
itu, maka tidak ada justifikasi sebenarnya bagi menghalalkan
pembinaan lebuhraya baru bukan?
Senarai Projek Mega Lebuhraya Yang Telah Diluluskan?
Inilah yang berlaku terhadap satu projek
mega lebuhraya yang cukup kontroversi, Kinrara – Damansara Expressway
(KIDEX) yang bernilai RM2.5 bilion.
- Apa keperluan membina lebuhraya ini?
- Apakah projek Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) benar-benar mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan hanya mahu memnuhkan poket saudagar lebuhraya yang terus “terliur” bagi mendapatkan salah satu skim cepat kaya di Malaysia, konsesi lebuhraya bertol selain projek IPP (SEPERTI DI SINI)?
Sekarang ini sudah terdapat 5 projek
lebuhraya yang bernilai berbilion-bilion ringgit telah diluluskan oleh
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Bilions & kerajaan persekutuan dan
perjanjian dengan kontraktor telah pun ditandatangani. Masa untuk menuai
hasil selepas ini?
Gandhi Memorial Trust beri Anugerah Perkhidmatan Awam kepada mendiang Karpal

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Biarpun sudah dua bulan lebih meninggal dunia, pengorbanan besar Karpal Singh dalam menegakkan keadilan, memperjuang nasib warga tertindas dan membela rakyat tanpa mengira warna kulit terus mendapat pengiktirafan.
Dalam sebuah majlis memperingati jasa besar yang ditinggalkan mantan Pengerusi DAP itu di Kelab Di-Raja Selangor semalam, Gandhi Memorial Trust (GMT) telah memberikan Anugerah Perkhidmatan Awam kepada beliau.
Anugerah berupa piala berbentuk harimau yang diperbuat daripada piuter telah disampaikan Pengerusi GMT S Radhakrishnan kepada isteri Karpal, Gurmit Kaur, dan anak-anak mendiang yang menghadiri majlis itu semalam, iaitu Gobind Singh Deo, Ramkarpal, Man Karpal serta Sangeet Kaur.
Sangeet yang mewakili keluarga dalam ucapannya selepas menerima anugerah di hadapan hampir 500 hadirin berkata, beliau berterima kasih dan amat berbesar hati dengan penghargaan tidak terhingga yang diberikan.
Mengenang detik bersama Karpal, perkara utama yang tidak dapat beliau lupakan mengenai ayahnya itu adalah ketabahan dan kecekalan beliau untuk tetap berjuang menegakkan demokrasi walau dalam keadaan susah sekalipun.
PERKASA: Lagi banyak menteri lagi banyak masalah......

Katanya, saiz “kabinet terbesar dalam dunia” itu tidak memberikan jaminan masalah negara dapat dibanteras, sebaliknya hanya membazirkan wang rakyat.
“Lagi banyak menteri, lagi banyak masalah timbul,” sindirnya dalam satu kenyataan.
Pada 25 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula kabinet dengan melantik wakil MCA dan Gerakan ke dalam kabinet.
Sementara itu, mengulas cadangan supaya seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dipertanggungjawabkan dalam aktiviti haram, Ibrahim berkata, ia tidak menjamin masalah itu akan selesai.
Isu Prof Redzuan: Lagi jenayah akademik negara

"Ia memperlihatkan bahawa campur tangan politik masih berlaku di pusat pengajian tinggi tanah air sekalipun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda," ujar Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi PKR Johor, Steven Chong dalam kenyataan media bersama.
Justeru, tegas mereka Pakatan Rakyat Johor mengecam tindakan itu dan mendesak agar keadilan sewajarnya yang bertunjangkan prinsip kebebasan akademik diberikan kepada Prof Datuk Redzuan Othman.
Ini, kata mereka bukan kali pertama kerajaan pimpinan Umno BN bertindak mencabul kebebasan akademik sebagai institusi yang seharusnya bebas dalam menjalankan kajian dan penyelidikan akademik demi kebaikan negara.
Tambah mereka, tindakan pemecatan pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Prof. Dr Abdul Aziz Bari pada tahun lalu juga turut mencemarkan imej universiti tempatan sebagai institusi ilmu yang seharusnya bebas dari pengaruh politik.
Tun Abdul Hamid tolak jadi pengerusi MKPN kerana bimbang diperalat ....
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid
Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi Majlis
Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak
tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan
menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah
dan Sarawak.
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.
"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.
"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.
Jika tidak suka fakta statistik, jangan jadi penggubal dasar, kata penganalisis

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, kerajaan seolah-olah tidak dapat menerima pendapat yang berbeza di kalangan orang ramai, sebuah petunjuk kepada demokrasi yang matang.
"Ia menunjukkan rasa tidak selamat, kurang matang di pihak mereka. Saya tidak tahu apa yang berlaku, dan apa alasan mereka meminta beliau meletakkan jawatan," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
"Tetapi ia menunjukkan mereka tidak boleh menerima kritikan, walaupun daripada ahli akademik. Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman seorang yang terpelajar, individu penting yang memberi sumbangan besar dalam penyelidikan."
The Malaysian Insider semalam melaporkan Redzuan, seorang penganalisis politik terkemuka, bukan hanya diperintahkan meninggalkan jawatan pengarah UMcedel, tetapi kontrak beliau sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di Universiti Malaya juga tidak diperbaharui.
Ini jelas berpunca daripada hasil penyelidikan Redzuan di UMcedel yang membuatkan Putrajaya tidak senang hati sejak beberapa tahun, dengan penemuan kaji selidik terhadap politik Malaysia yang menunjukkan imej buruk pemerintah Barisan Nasional (BN).
Analisis Awani : Elemen militan & misi kemanusiaan
Is al Qaeda building 'undetectable' bombs?
US says it will send additional troops to Iraq
ISIS declares "Islamic Caliphate"
Membentuk DAP sebagai parti idea

Liew Chin Tong
Senario setahun selepas PRU13, khususnya selepas PRK Teluk
Intan, boleh dianggap sebagai detik terburuk dalam politik Malaysia.
Tetapi ia mungkin juga boleh dijadikan sebagai detik terbaik.
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Pemuda Sosialis DAP, dan Ahli
Jawatankuasa Wanita, bersama semua wakil rakyat DAP – Ahli Parlimen dan
Adun – telah bersidang pada 13 hingga 15 Jun di Kuala Lumpur.
Persidangan sebegini bukan kali pertama diadakan. Ia pernah diadakan
pada tahun 2013 selepas PRU13. Namun pemimpin DAP hanya bersidang untuk
sehari pada kali pertama ia diadakan. Dengan masa yang lebih panjang,
persidangan kali ini memberi ruang untuk perbincangan yang lebih
terperinci.
PRK Teluk Intan memberi isyarat bahawa “bulan madu” antara
pembangkang dengan masyarakat bukan-Melayu telah berakhir. Bulan madu
bermula apabila Hishammuddin Hussein selaku Ketua Pemuda UMNO pada tahun
2005 menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO dan apabila UMNO
menunjukkan kecenderungan ke arah politik yang konservatif dan pelampau.
Bagaimanapun, undi Melayu, terutamanya golongan anak muda
mula memperlihatkan “kelonggaran”. Populariti Najib dalam soal selidik
yang terbaru gagal melepasi kadar 50%, untuk kali kedua. Malah UMNO yang
kononnya parti mewakili Melayu, hanya mendapat sokongan sedikit lebih
daripada 50%, di kalangan Melayu. Dengan kata lain, hampir 50% Melayu
tidak percaya kepada UMNO.
Jihad: Lotfi bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia
Rakyat Malaysia yang berjuang di Syria, Mohd Lotfi Ariffin bertekad
untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanan yang sempat
disampaikan sebelum beliau berlepas ke negara bergolak itu, kata Mohd
Zainon Ariffin.
Zainon yang juga abang sulung Lotfi berkata, perkara itu disampaikannya
seminggu sebelum bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS pusat itu pergi
meninggalkan tanah air.“Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika
dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima.
Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia.“Saya antara
orang terawal yang tahu, itu pun seminggu sebelum dia berangkat.
Walaupun tidak diberitahu secara jelas, naluri saya merasakan dia akan
pergi senyap-senyap.“
Tidak sangka 31 Januari lalu, jam 12.30 tengahari, dia datang berjumpa
buat kali terakhir,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.Lotfi dalam
satu kiriman Facebook pada Khamis mendakwa sudah meletakkan semua
jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat oleh parti itu.
Langgan:
Catatan (Atom)