Ahad, 29 Jun 2014

Tuan Guru Nik Razi Nik Mat]Ambang Ramadhan]Masjid Alhusna kg Alor Durian]

PUASA, PENGORBANAN DAN PERJUANGAN

Tazkirah Setiap 4 Rakaat Tarawih - UAI

Solat Witir 4 Rakaat - Ustaz Azhar Idrus

Jadikan Ramadhan bulan melawan sentimen perkauman dan agama - LGE


LGE-pc-tamil Foundation reg issues of tamil schools in malaysia-7626


GEORGE TOWN, 29 JUN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berharap seluruh rakyat Malaysia mengekalkan sikap saling menyayangi tanpa mengira kaum dan agama, sempena ketibaan bulan Ramadhan kali ini.
“Saya berharap kita akan sentiasa mengekalkan rasa kasih antara satu sama lain, tanpa mengira kaum dan agama. Semoga bulan yang mulia ini menjauhkan kita daripada bencana perkauman dan sikap melampau.
“Kerajaan Negeri mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua, khususnya umat Islam. Semga ia dapat merapatkan lagi silaturahim antara sesama rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan,
Setiausaha Agung DAP itu berkata, rakyat Malaysia sememangnya dikenali sentiasa memilih jalan sederhana dan menolak sikap ekstrimisme dan berlebih-lebihan.
Semalam, individu tidak dikenali membuang kepala lembu berdarah di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek RSN Rayer di Island Park.
Insiden itu dilihat sebagai cubaan berterusan pihak-pihak tertentu untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama di negeri itu.
Justeru, kata Guan Eng, beliau berharap Ramadhan yang dianggap sebagai bulan kesabaran akan memberikan kekuatan kepada semua untuk menghadapi sebarang cubaan mengganggu gugat keharmonian dan keamanaan negara.
Sumbangan kerajaan Negeri untuk masjid dan surau
Dalam pada itu, Guan Eng memaklumkan sempena Ramadhan tahun ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan sumbangan Ihya Ramadhan sejumlah RM222,000 kepada masjid dan surau utama di seluruh negeri.

Kepala Lembu: Kenyataan Menteri KDN Dikesali Serta Boleh Jejas Imej Islam



 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respon yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang. Perbuatan itu dengan jelas adalah satu penghinaan terhadap agama Hindu.


Respon yang diberikan oleh beliau tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan. Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.
Respon yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran. Sepatutnya kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama. 

AMIDI ABD MANAN, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Siasat ahli Pas, MCA jangan buat lawak


Gesaan Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen supaya semua ahli Pas disiasat latar belakangnya adalah satu tindakan yang melucukan.
Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan itu memperlihatkan sikap dan perangai pemimpin MCA seperti kebudak-budakan.
Katanya, MCA tidak boleh menyamakan ahli Pas yang lain dengan Lotfi Ariffin hanya kerana bekas ahli parti dari Kedah itu menyertai kumpulan mujahidin untuk menumpaskan kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Assad.
“Lotfi bergerak secara bersendirian. Dia tidak mengheretkan parti Pas dan penyertaannya dalam kumpulan mujahidin itu tidak ada kena mengena dengan Pas.
“Jika kita lihat kenyataan yang dibuat oleh Lotfi, beliau telah menyatakan secara terang bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli Pas di Kedah sebelum pergi ke Syria,” katanya.
Beliau berkata, apa yang digesa oleh Kim Sen sebagai melucukan dan barangkali MCA masih berasa gembira apabila wakil mereka tersenarai dalam kabinet.
Menurut beliau, jika MCA mahukan ahli Pas disiasat, parti itu sewajarnya menyiasat terlebih dahulu ahlinya kerana ada bekas Ketua Cawangannya dikatakan ditangkap kerana menjadi ketua gangster.
Ahmad Fadhli menjelaskan, negara masih tidak lupa bagaimana bekas Ketua MCA Cawangan Persiaran Gurney, Ong King Ee ditangkap pada 31 Julai 2003 selepas diburu pihak berkuasa.
“King Ee atau dikenali sebagai ‘Jackie Chan’ ditangkap kerana mengetuai kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Sio Sam Ong (Tiga Maharaja Kecil), tetapi kenapa tidak ada siasatan secara menyeluruh ke atas semua ahli MCA?

Kepala lembu hadapan rumah ADUN perlu tindakan

Pemuda MIC kecewa dengan tindakan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer.
 
Perbuatan it menganggap perbuatan tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu demi meraih simpati dan mencetuskan ketegangan keharmonian sesama rakyat berbilang kaum di negara ini.
 
"Sudah pasti tindakan keterlaluan ini boleh mengancam keharmonian di kalangan masyarakat pelbagai kaum yang ketika ini hidup aman dan bersatu di negara ini.
 
"Kami mahu pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan tindakan ini.
 
"Ia perlu bagi mengelak kejadian seumpama daripada berulang sekali lagi," kata Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette malam tadi.
 
Beliau turut mengingatkan sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil segera, perkara serupa akan terus berlaku.
 
"Hari ini buang kepala lembu dan keesokkan hari ada pula yang buang kepala babi sehingga timbul situasi yang tidak diingini. Tidak ada mana-mana agama yang mengajar untuk bertindak sebegini. Setiap inidividu perlu menghormati setiap insan di muka bumi ini dan begitu juga dengan agama dan kepercayaan yang dianuti kaum lain. 
 

Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri

DAP menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Naib pengerusi DAP Teresa Kok berkata, Najib tidak menunjukkan sikap yang serius untuk melaksana transformasi kerana tidak menukar portfolio para menteri, termasuk Zahid.

Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkany ke luar rumah ADUN DAP tersebut.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini,

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Masa depan hudud ditangan Jawatankuasa Teknikal - Ulama PAS

DAP: Najib patut gugurkan Zahid dari kabinet

Sambutan Isra' Mi'raj 1435H ]Syeikh Nuruddin Marbu Abdullah] Msjid Muhammadi]

SIRI-5 ] Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari]Kitab Umdatul Al-Salik]Masjid Muhammadi]

SIRI-4 ]Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari ] Kitab Umdatul Al-Salik ]Masjid Muhammadi]

SIRI-3 Syeikh Nuruddin ]Haid Nifas & Istihadhah ]Masjid Muhammadi]

SIRI-2] Syeikh Nuruddin ]Haid Nifas & Istihadhah ]Masjid Muhammadi]

SIRI-1 Syeikh Nuruddin ]Haid Nifas & Istihadhah ]Masjid Muhammadi]

Tarannum - Diwajibkan Kamu Berpuasa

Amalan meritokrasi Petronas beri manfaat pada bumiputera, hanya rugikan kroni Umno


yeobeeyin


KUALA LUMPUR, 29 JUN: Anjakan sepenuhnya kepada sistem tender terbuka oleh Petronas akan turut memberi manfaat besar kepada golongan bumiputera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama Yeo Bee Yin.
Beliau berkata demikian membidas desakan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletakkan jawatan berhubung wawancaranya dalam akhbar perniagaan The Edge baru-baru ini.
Dalam wawancara itu, Shamsul mendedahkan Petronas menerima tekanan politik untuk memberikan sokongan kepada syarikat yang tidak berpengalaman.
Shamsul menyifatkan amalan kecekapan dan meritokrasi sebagai kunci kejayaan Petronas, manakala khazanah minyak dan gas adalah milik seluruh rakyat, bukan untuk orang Melayu semata-mata.
“Sangat ‘mengagumkan’ melihat Perkasa dan konco-konconya menjadikan sesuatu isu sebagai ‘perkauman’, termasuk kenyataan CEO Petronas yang membangkitkan masalah dihadapi GLC itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya lagi, dasar tender terbuka Petronas sebenarnya memberikan manfaat kepada orang Melayu secara keseluruhan dan hanya merugikan syarikat berkaitan dengan Umno yang tidak layak mendapat kontrak.

Felixia Yeap dapat nama islam melalui mimpi

felexSHAH ALAM, 29 JUN: Bekas model, Felixia Yeap yang bakal memeluk islam, pada 3 Julai ini mengakui sudah mempunyai nama sesuai yang diperoleh melalui mimpi.
Yeap, 28, berkata beliaua akan mengumumkan nama baru yang diperoleh itu pada majlis memeluk agama Islam nanti, 5 Ramadan ini.
“Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam. Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.
“Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur,” katanya yang dipetik daripada My Metro, di sini, hari ini.
Katanya, pada mulanya beliau menyangka nama berkenaan tidak membawa sebarang maksud dan turut mengakui mengimpikan menjadi muslimah yang baik selepas memeluk Islam.
“Namun, apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan ternyata ia mempunyai maksud yang baik dan indah. Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar daripada kehidupan lampau saya.
“Pada masa sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat serta sudah tentu mahu berkahwin,” katanya.

MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan biadab Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

"Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas.

"Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan.

"Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet.

"Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi.

DBKL: Hanya periksa bilis, jerung dibiarkan lepas?


Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa sebuah van yang menjual jajan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memeriksa sebuah van yang menjual jajan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
Baru-baru ini, sebuah kenderaan milik penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terdiri daripada enam hingga lapan orang penguatkuasa berhenti dan menyerbu sebuah van yang menjual jajan di tepi Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bintang Utara.
 
Peniaga jajan itu kemudian dilihat mengeluarkan pelbagai dokumen untuk diteliti oleh beberapa penguatkuasa yang ada. Seorang penguatkuasa lagi sibuk membuat catatan. Yang lain-lain sekadar memerhati. Dua orang penguatkuasa lagi berada di dalam kenderaan mereka.
 
Peniaga wanita itu hanya menjual makanan ringan dan air. Pelanggannya pun kanak-kanak sekolah, ibu bapa, penjaga atau pemandu bas sekolah.
 
Harga barang-barang yang dijual tidak mahal - sesuai dengan status pelanggan utamanya - kanak-kanak sekolah.
 
Beberapa ibu bapa yang berada di luar perkarangan sekolah yang melihat gelagat beberapa penguatkuasa DBKL itu ada yang menggelengkan kepala dan ada yang bercakap-cakap sesama sendiri.
Seorang lelaki warga emas menarik perhatian penulis apabila beliau dengan nada kuat berkata: "Penjaja kecil sibuk dicari, diperiksa, tak berperikemanusiaan langsung. Macam sudah tidak ada peniaga besar yang membuat salah".

Felixia Yeap tidak sabar jalani ibadah puasa buat kali pertama

Felixia Yeap tidak sabar jalani ibadah puasa buat kali pertama
KUALA LUMPUR: Personaliti media sosial Felixia Yeap teruja menjalani puasa pada kali pertama tahun ini dan berharap dapat melakukannya dengan baik.

Felixia atau lebih dikenali dengan gelaran ‘amoi berhijab’ menulis rasa tidak sabarnya itu di akaun Twitter dan Facebooknya.

Felixia sebelum ini sering diperkatakan orang ramai mengenai keputusannya untuk bertudung walaupun belum lagi memeluk agama Islam.

Namun, Felixia dijangka akan memeluk agama Islam secara rasmi pada 5 Ramadan depan sempena ulangtahunnya yang jatuh pada 3 Julai depan.

Kemelut kesatuan akan cepatkan kejatuhan MAS - bekas Menteri Pengangkutan

Kemelut kesatuan akan cepatkan kejatuhan MAS - bekas Menteri PengangkutanKUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan
syarikat penerbangan itu.

Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

"Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Ong dalam satu temu bual.

Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.

Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.

Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: "Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda".

Apa maknanya menjadi rakyat Malaysia?

Malaysia adalah negara berbilang kaum yang hidup harmoni sejak awal penubuhannya dan tindakan golongan ekstremis kini menjejaskan keharmonian itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Malaysia adalah negara berbilang kaum yang hidup harmoni sejak awal penubuhannya dan tindakan golongan ekstremis kini menjejaskan keharmonian itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Jika seorang pelancong membaca akhbar tempatan baru-baru ini, tentu mereka akan menganggap rakyat Malaysia tidak bahagia dalam negara mereka sendiri – paranoid komuniti mereka terancam dan cepat mencetuskan provokasi atau mengugut yang lain atas nama kaum atau agama.
Terdapat laporan di mana pejuang hak Melayu berkata Bible yang mengandungi kalimah Allah adalah ancaman kepada Islam, walaupun ianya digunakan keturunan asli rakyat Malaysia lebih satu abad lalu.
Kumpulan Islam pula sibuk membuat kenyataan menyemarakkan perpecahan kaum termasuk melabel rakyat Malaysia berketurunan Cina “pendatang” dan “penceroboh”, mengatakan bukan Islam bertujuan menyingkirkan hak Melayu dan menghapuskan kedaulatan Malaysia dan Islam.
Berita tentang pengebumian Tao dan majlis perkahwinan Hindu dihentikan dalam minggu sama oleh pegawai penguatkuasa agama yang mendakwa mempertahankan Islam dengan cara mengambil mayat seorang Cina dan menahan seorang pengantin Hindu, menjadikan ramai marah dan bingung bagaimana semua ini boleh terjadi dalam sebuah masyarakat moden dan pelbagai budaya.
Kemudian timbul pula pergaduhan hak penjagaan antara pasangan berlainan agama di mana polis enggan bertindak atas arahan mahkamah yang berpihak kepada bukan Islam, merampas keadilan daripada pasangan tersebut dan membuka perbincangan sama ada mahkamah sivil atau syariah patut mempunyai kuasa dalam kes sebegitu.
Konflik kian lama antara umat Islam dan Kristian tentang penggunaan kalimah Allah belum lagi berakhir walaupun dengan Mahkamah Tinggi mengekalkan larangan ke atas gereja menggunakannya di dalam penerbitan mereka.
Semalam, kepala lembu berdarah dijumpai di depan pagar rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di Pulau Pinang yang dahulunya menimbulkan kemarahan Umno apabila mengatakan "Umno celaka" dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kejadian tersebut rata-ratanya dikecam oleh ahli politik daripada kedua-dua belah pihak, dan menjadi peringatan kepada rakyat keamanan dan keharmonian memerlukan toleransi dan keterbukaan.
Sepanjang setiap isu yang disenaraikan, insiden 13 Mei sering diungkitkan – bukannya sebagai peringatan apa yang boleh terjadi kepada Malaysia sekiranya rakyatnya bergaduh sesama sendiri, tetapi sebagai kata ugutan untuk menakutkan kaum lain.
Namun, ia salah jika kita menggunakan tindakan beberapa individu yang mendakwa diri mereka wakil komuniti untuk menjadikan rakyat Malaysia satu stereotaip.
Untuk membuktikan perkara ini, The Malaysian Insider mendekati orang ramai baru-baru ini untuk bertanya rakyat pelbagai latar belakang satu soalan: Apakah maknanya untuk menjadi seorang rakyat Malaysia?
Inilah jawapannya.

"Menjadi rakyat Malaysia bagi saya adalah tentang perkongsian nilai, budaya dan harapan serta impian. Yang penting sekali adalah rasa hormat antara satu sama lain. Ia tentang menegakkan hak setiap individu berdasarkan yang tertera dalam Perlembagaan. Ia tentang pembelaan mereka yang terpinggir dan memastikan hak minoriti tidak diabaikan.
"Ia tentang menjadi bertamadun dan hidup dalam keamanan dan keharmonian bersama. Ia tentang berlaku adil dan jujur serta keyakinan institusi akan berlaku adil kepada semua, tidak mengira kaum atau agama.
"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, saya sebagai rakyat akan menentang setiap cubaan untuk memecah belah, menindas, menipu dan mengambil kesempatan kerana itu semua bukan nilai rakyat Malaysia."
Datuk Ambiga Sreenevasan
Bekas Pengerusi Bersama Bersih, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, Kuala Lumpur

Kegagalan penasihat istana runtuh institusi sultan, kata Raja Nazrin

Penasihat, pembesar negara dan ahli Dewan Negara perlu beri maklumat sebenar keadaan rakyat kepada sultan, titah Sulta Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah. Gambar fail.Penasihat, pembesar negara dan ahli Dewan Negara perlu beri maklumat sebenar keadaan rakyat kepada sultan, titah Sulta Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah. Gambar fail.Kegagalan peranan penasihat istana menjaga kepentingan rakyat berupaya meruntuhkan institusi kesultanan, kata Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah.
Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan rencana Awang Selamat hari ini, baginda dilaporkan bertitah demikian pada Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159, dua minggu lalu.
"Sejarah menunjukkan takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat.
"Sebenarnya, penasihat istana ini adalah terdiri daripada mereka yang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan diri mereka sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat dan negara," titah baginda, kata Awang hari ini.
Baginda turut mengharapkan untuk mendapat sebaik-baik nasihat dan panduan daripada ahli Dewan Negara bagi membolehkan baginda menyempurnakan amanah dan tanggungjawab ini sebaik-baik mungkin.
"Sembah maklumkan kepada beta perkara yang benar, betapa pahit sekalipun dan betapa berat untuk lidah mengucapkannya.

Perbezaan PT3 Dengan PMR..

Foto
JOHARA Abdul Wahab
Tidak dinafikan ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan kaedah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Mene­ngah Rendah (PMR). Ikuti temubual wartawan Harian Metro Rosyahaida Abdullah bersama Ketua Sektor Pengendalian Peperiksaan Mene­ngah Rendah dan Rendah Lembaga Peperiksaan (LP) Johara Abdul Wahab mengenai PT3.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan PT3 dan bilakah ia mula diperkenalkan? 

J: PT3 adalah komponen Pentaksiran Pusat (PP) di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ia adalah penambahbaikan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilalui pelajar tingkatan tiga mulai Julai 2014. Pelajar tingkatan satu pada 2012 adalah kohort pertama melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan akan menempuhi PT3 pada tahun ini.
S: Apakah perbezaan antara PT3 dan PMR? Apakah bentuk penambahbaikan yang sudah dibuat? 

J: Secara asasnya, skop pentaksiran PT3 masih sama seperti PMR di mana ia berbentuk pentaksiran sumatif iaitu mengukur penguasaan intelek pelajar secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. 

Namun, beberapa instrumen seperti ujian lisan misalnya, diperkukuhkan dalam PT3 untuk memastikan pelajar bukan saja menguasai mata pelajaran terbabit secara bertulis malah secara lisan. Pelbagai instrumen pentaksiran lain seperti kajian kes turut digunakan supaya pelajar benar-benar menguasai aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi mata pelajaran yang dipelajari. 

S: Adakah PT3 turut menilai keupayaan murid dari segi jasmani, emosi dan rohani seperti di­nyatakan dalam PBS? 

J:
 Melalui PBS, terdapat dua komponen dalam bidang akademik dan dua komponen dalam bidang bukan akademik. Dua komponen dalam bidang akademik ialah Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) iaitu PT3. Namun begitu, setiap pelajar akan turut diukur dari sudut jasmani melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta dari segi emosi dan rohani melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi). 

Samseng Dan Barua Politik: Letak kepala lembu depan rumah Rayer, sengaja bangkit isu perkauman

kepala lembu depan rumah rayerSHAH ALAM, 29 JUN: Tindakan tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala lembu di hadapan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer dilihat didalangi melalui perancangan terancang sebagai usaha menaikkan kembali sentimen perkauman.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, tindakan itu seperti didokong parti pemerintah kerana setakat ini tiada sebarang penafian daripada mereka.
“Saya nampak ini semua seakan ada perancangan provokasi untuk mewujudkan ketengangan antara kaum di negara ini. Kita bukan nak menuduh tetapi corak tindakan ini didokong daripada belakang oleh parti yang memerintah.

“Kita tidak nampak penafian dan kutukan daripada pemimpin Umno. Ini trend yang sangat bahaya sebab apa yang mereka lakukan ada akibat dan implikasi serius kepada kestabilan masyarakat,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau berkata, parti pemerintah sepatutnya menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah usaha pihak yang menimbulkan sentimen agama dan bukannya ‘seakan mengapi-apikan’ isu berkenaan.
Rayer sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melabelkan pemimpin Umno sebagai ‘celaka’ dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, pada Jun lalu.
Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu turut membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi yang dilaporkan berkata insiden meletakkan kepala lembu itu adalah harga yang perlu dibayar Rayer kerana celupar.
Tindakan sama turut diambil Gerakan selaku parti komponen BN yang mengecam kenyataan celupar Zahid itu.

Ramadhan bulan jihad, merakyatkan perjuangan

SATIFUL BAHRI MAMAT 
BADAN Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mendoakan agar seluruh umat Islam dipanjangkan usia dan sempat dengan kedatangan Ramadhan pada setiap tahun untuk mengecapi ‘barakah’ serta nikmat kurniaan Tuhan yang melimpah-ruah yang diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya Ramadhan yang datang menjadi tetamu yang membawa rahmat dan keampunan dan kami mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana pada tahun ini, sekali lagi Allah memilih kita untuk mengecapinya.

Semoga rahmat melingkari kehidupan kita di dunia serta melimpahi kita hingga ke akhirat. Segala noda dan dosa kita diampuni dan dibersihkan, umpama kain yang putih atau umpama bayi yang baru dilahirkan.

Ramadhan juga adalah bulan taubat dan bulan bagi meninggalkan segala maksiat. Kami menyeru kepada semua, ambillah kesempatan untuk meninggalkan segala amalan buruk dari sekecil-kecil dosa sehingga yang besarnya.

Tinggalkanlah segala 'makar' seperti mencuri, berzina, minum arak, khianat, rasuah, salah guna kuasa mahu pun syirik kepada Yang Maha Kuasa.

Ramadhan juga merupakan bulan ibadat, maka rebutlah setiap detik dan saat, dengan gandaan pahala yang melimpah. Carilah malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu 'Lailatulqadr' yang pastinya ada keredhaan Allah padanya menanti.

Dekatilah Tuhanmu di dalam bulan yang mulia ini seolah-olah inilah kesempatan terakhir bagi kita. Jadikanlah malamnya umpama pendita, manfaatkan siangnya sebagai tentera berkuda.

Menteri jangka lebih banyak laporan kes OKU terbiar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim percaya lebih banyak kes pengabaian kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan di masa hadapan susulan kes Muhammad Firdaus Dullah.

Beliau berkata susulan kejadian menimpa OKU berusia 15 tahun yang dikurung oleh ibunya, akan menggalakkan lebih ramai orang awam tampil melaporkan kejadian seumpama itu berikutan kesedaran yang ditimbulkan kes berkenaan.

"Kita lihat selepas kes Firdaus, kes di Kelantan pula dilaporkan. Saya tahu ada yang tanya kenapa lambat sangat tindakan diambil? Ini kerana tiada pihak yang melaporkannya sebelum ini," katanya.

Rohani berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Raya Aidilfitri Fashion Fiesta anjuran Globe by Sarah Hughes di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengenai kes Nasitah Yahya, 44, yang dikurung selama lebih 10 tahun di bawah rumahnya di Tumpat, Kelantan,  Rohani berkata wanita itu kini sedang menjalani pemeriksaan di hospital.

Utusan Malaysia persoal kemampuan MCA, Gerakan kembalikan sokongan Cina


Utusan Malaysia mempersoalkan kemampuan MCA dan Gerakan untuk mengembalikan sokongan kaum Cina selepas kembali menyertai Kabinet awal minggu ini.
Kolumnis Awang Selamat berkata, sokongan kaum Cina masih belum kembali kepada Barisan Nasional (BN) contohnya seperti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang lalu.
"Selepas dimalukan, kedua-dua parti tersebut memberikan mesej jelas kepada masyarakat Cina apabila enggan menerima jawatan dalam kerajaan ekoran prestasi buruk semasa (PRU13)," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia hari ini.
"Setakat ini, prestasi MCA masih hambar, tewas dalam Pilihan Raya Kecil Kajang sementara Gerakan dapat keyakinan baharu selepas menang di Teluk Intan,” katanya.
Awang Selamat berkata, penyertaan semula pemimpin parti komponen itu dilihat sebagai masa untuk menebus malu selepas prestasi hambar dalam meraih sokongan pengundi Cina.
"Salah satu cabaran MCA dan Gerakan ialah menerobos ke kawasan majoriti pengundi Cina dan tidak lagi hanya bergantung kepada sokongan pengundi Melayu.
"Lebih setahun tiada penyertaan kedua-dua parti itu dalam kerajaan terutama kabinet maka menjadi harapan dengan kembalinya MCA dan Gerakan, akan memberi dorongan kepada kedua-dua parti itu untuk menarik sokongan kaum Cina yang terikut rentak percaturan DAP ," katanya.

MCA tidak wakili suara Cina, masuk kabinet ihsan PM, kata ahli akademik

Kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak bukan kerana prestasi mereka yang cemerlang menjuarai isu kaum Cina tetapi atas ihsan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Prof Dr Jayum Jawan.
Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah kedua-dua parti itu kini ditanggalkan kaum Cina dan bukan lagi suara kepada kaum itu.
“Nampak sangat politik Malaysia belum terlepas daripada kongkongan paradigma politik etnik atau politik perkauman yang diwarisi sejak 1960-an.
“Saya tidak fikir MCA dan Gerakan diberi jawatan kerana mereka mampu menuntutnya daripada Najib, sebaliknya saya melihat itu ihsan Najib berdasarkan realiti kedudukan mereka sebagai parti politik dalam BN,” katanya menerusi rencana di Utusan Malaysia.
Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.
Beliau turut melantik Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan timbalannya Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.