Jumaat, 27 Jun 2014

Khalid: 'Takziah' Noh Omar tidak terpilih jadi Menteri

Tinjauan orang ramai menjelang Ramadan

Ibu remaja OKU mengaku tidak bersalah abai anak

Aksi gigit Suarez kini jadi 'parody'

Rombakan kabinet hanya untuk jaga hati kaum Cina

Orang Asli Pos Lanai lapor polis terhadap TNB, UiTM

Seramai 22 orang Asli Pos Lanai membuat laporan polis terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rabu lalu, menuntut supaya soal selidik projek Empangan Ulu Telom dihentikan.

Dalam satu kenyataan, Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Shafie Dris mendakwa soalselidik itu 'tidak telus' kerana ia dilakukan tanpa perbincangan dengan penduduk kampung tersebut.

“Status ketelusan di dalam soal selidik ini wujud keraguan, kerana soalan-soalan yang diajukan kepada penduduk tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan JKOASM terutama Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Tanah dan Wilayah Adat Kampung Orang Asli Pos Lanai.

“Orang Asli Pos Lanai berpendapat, program 'soal selidik' yang akan dibuat oleh pihak TNB nanti memberikan pandangan seolah-olah Orang Asli tidak mempunyai hak terhadap tanah dan alam sekitar yang mereka duduki,” katanya.

Justeru itu, jaringan itu menuntut pihak TNB dan UiTM menghormati keputusan Orang Asli Pos Lanai yang dikemukakan melalui jawatankuasa bertindak kampung itu.

Lebih 80% pengusaha IKS tak faham GST, patut tangguh

GST Grafik BaruSHAH ALAM 27 JUN: Lebih 80 peratus pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) tidak tahu dan tidak memahami cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS), Teh Kee Sin berkata beliau menggesa Kerajaan Pusat agar melanjutkan tempoh pelaksanaan itu selama tiga tahun lagi bagi membolehkan pengusaha PKS menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu.
“Berilah sedikit masa untuk PKS menyesuaikan diri dengan sistem ini. Janganlah denda kami, sekiranya ada yang belum mengikuti cukai baharu ini apabila ia dilaksanakan kelak.
“Kerajaan sudah berikan dua tahun, tapi kami berharap tiga tahun untuk tempoh penyesuaian diri untuk PKS,” katanya dipetik Bernama.
GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kabinet XXL Najib

A Kadir Jasin

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita cacat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis “the biter” Suarez.

Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan biar besar juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Muslimat PAS bantah Mrs Universe di Malaysia

KUALA LUMPUR: Muslimat PAS Pusat menggesa kerajaan membatalkan pertandingan ratu cantik, Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

Pengarah Pilihan raya Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pertandingan itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di dalam sidang parlimen yang berakhir baru-baru ini pun rata-rata ahli parlimen Umno menegaskan negara ini adalah negara Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi membuktikan negara ini sebagai negara Islam, Athirah menegaskan sepatutnya kerajaan Umno memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik.

"Kita perlu sedar konflik dalam negara kita, apabila berlakunya pentafsiran yang berbeza, Umno BN mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam.

"Akan tetapi rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan Gerakan pula tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara islam," tambahnya.

Tegasnya, masyarakat sentiasa berhadapan dengan persoalan agama seperti penganjuran Mrs Universe Malaysia, siri konsert liar, artis barat tidak bermoral sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

"Isu pertandingan ratu cantik bukanlah isu baru, seperti yang kita ketahui bahawa bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran program tersebut.

Zul Noordin kata jangan undang 13 Mei..!!

Bekas pemimpin NGO Pendesak Melayu Melayu Zulkifli Nordin memberi amaran keras kepada Kristian "cauvinis dan ekstremis" supaya tidak menguji kesabaran umat Islam.

Menulis artikel berjudul "13-Mei 2.0?" dalam blognya, beliau berkata umat Islam diajar bersabar dan bertolak ansur, tetapi hanya kepada mereka yang bertamadun dan mempunyai sikap hormat- menghormati.

“Kalau ini bukan kurang ajar dan biadab, saya tidak tahu nak bagi label apalagi kepada perangai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini.

“Dan Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa jika pihak Kristian yang melampau tidak menghentikan kenyataan berunsur hasutan dan provokatif mereka, pastinya “kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei”.

Sementara itu, Zulkifli yang tidak asing dengan kontroversi berkaitan agama Islam, mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balasnya terhadap mereka yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes penyiaran mingguan Katolik The Herald.

Beliau menegur langkah tidak menghormati keputusan itu sekali gus mengingatkan mereka bahawa Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah yang tertinggi.

Ops Bubar: Hukuman penjara diketepikan



IPOH: Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan 10 daripada 13 orang yang ditahan dalam demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu didapati bersalah.

Namun penghujahan oleh barisan peguam yang diketuai oleh Bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi dalam mitigasi berjaya meyakinkan Hakim, Datuk Ahmad Nashfi untuk mengetepikan hukuman penjara yang disabitkan ke atas 10 yang lain namun hukuman denda sebanyak RM5,000 setiap orang dikekalkan.

Asmuni ketika dihubungi berkata, beliau berpuas hati dengan hakim yang mendengar dengan baik penghujahan oleh barisan peguam perayu.

Pada awalnya, beliau berkata, Hakim telah memutuskan 3 daripada 13 perayu didapati tidak bersalah apabila pihak pendakwa gagal membuktikan kes dan dibebaskan tanpa disabitkan sebarang hukuman.

Katanya, setelah proses mitigasi, Hakim berpendapat bahawa hukuman penjara dua tahun yang dijatuhkan kepada 10 yang lain itu sebagai keterlaluan.

Ujarnya, Hakim mengambil kira penghujahan oleh peguam berkenaan faktor peribadi masing-masing perayu.

"Ada daripada mereka mempunyai pelbagai penyakit dan anak mereka mempunyai penyakit yang perlu pengawasan rapi.

"Dari kalangan perayu juga ada yang muda dan jika disabitkan hukuman penjara sudah pasti akan menjejaskan masa depannya.

"Hakim juga mengambil kira jasa dan pengorbanan perayu yang pernah menjawat jawatan dalam kerajaan," ujarnya.

Namun begitu, Asmuni berkata, barisan peguam akan melihat kembali keputusan kepada dua perayu yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 kerana ia akan menyebabkan karier kepada seorang daripadanya terjejas oleh kerana denda tersebut lebih daripada gaji yang diperoleh.

"Ia juga akan berisiko menjejaskan elaun persaraan seorang perayu.

Khalid dahului semasa ‘blackout’, JPP dakwa kerosakan ‘sub station’ TNB

HA..Ha..Ha....!!!
PETALING JAYA, 27 JUN:  Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengakui terdapat gangguan bekalan elektrik ketika pengiraan undi pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden sedang dijalankan.
Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata gangguan elektrik yang berlaku kira-kira selama dua jam itu disebabkan kerosakan salah satu ‘sub station’ milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi kawasan terbabit.
“Aduan kepada TNB dibuat serta-merta. Anda boleh sahkan dengan TNB.
“Semasa kejadian, kiraan undi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang mendahului dengan agak selesa.
“Pengiraan untuk cabang belum dijalankan lagi. Pemantau dari JPP, wakil calon turut ada sama. Kami ambil gambar keadaan bilik kiraan undi sebelum semua yang ada diarahkan kosongkan tempat pengiraan dan kemudiannya dikunci,” kata Johari dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Jelas Johari, kiraan undi disambung semula sejurus bekalan elektrik pulih dan Abdul Khalid mengekalkan kedudukan selesa dalam persaingan Timbalan Presiden.
Sementara itu, talian Care Line TNB memberitahu terdapat kejadian gangguan bekalan elektrik dalam jangkamasa seperti yang dinyatakan Johari sebelum ini.
“Kerosakan melibatkan sembilan jana kuasa bagi kawasan itu.
“Blok di mana terletaknya Hotel Media juga terlibat,” kata petugas terbabit ketika dihubungi Selangorkini.

Ibu remaja OKU didakwa di mahkamah

Lolanopita Sadi, 40, ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. - Foto Bernama  
Lolanopita Sadi, 40, ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. 
 
SEREMBAN - Ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan.
  
Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan fi hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh .
  
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
  
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman  denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin  RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
  
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.

Rugi jika ‘kabinet XXL’ Najib sekadar habiskan beras, kata wartawan veteran

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A. Kadir Jasin berkata jumlah kabinet Malaysia mengatasi purata kabinet dunia iaitu sebanyak 30 orang. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014. 
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A. Kadir Jasin berkata jumlah kabinet Malaysia mengatasi purata kabinet dunia iaitu sebanyak 30 orang. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014. 
Rombakan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi faedah kepada rakyat dan bukan sekadar untuk meramaikan majlis, kata Datuk A. Kadir Jasin.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata dengan bilangan jemaah kabinet yang ramai, rakyat berhak mendapat faedah yang lebih banyak dan menaruh harapan yang lebih tinggi.
"Oleh sebab perdana menteri suka (benda yang) besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan kita adalah kabinet XXL Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.
"Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras sahaja," katanya melalui kiriman blognya yang bertajuk "Harapan Besar kepada Kabinet XXL".
Najib pada Rabu melantik Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bulan lalu.
Beliau turut melantik Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan dan Datuk Wee Ka Siong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tiga lagi naib presiden MCA – Datuk Lee Chee Leong, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun – masing-masing dilantik timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kisah sedih Muhyiddin....

Oleh YUSOF HARUN
BERITA mengenai Muhyiddin Yassin hendak meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri boleh dikategorikan satu lagi cerita panas. Cerita-cerita  begini popular dan mudah dipercayai umum. Contoh terdekat ialah kehilangan pesawat MH370 yang kini masih misteri. Ada yang percaya pesawat itu disorok. 

Bagaimanapun penafian Muhyiddin berjaya menamatkan spekulasi itu tetapi kesannya terus dirasai. Dengan disusuli penjelasan  Perdana Menteri Najib Razak, keyakinan ahli Umno terhadap hubungan kedua-dua tokoh ini baik belaka dapat dipulihkan.

Berita peletakan jawatan TPM bukan saja menjejaskan kerajaan, malah menimbulkan persepsi iaitu Najib dan Muhyiddin tidak boleh lagi bekerjasama.
Bagi Najib, hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan mengatakan berita tersebut adalah 'rekaan politik'. Kita kurang pasti motifnya tapi tidak menolak elemen melaga-laga atau dendam.

Bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan mereka yang terpengaruh. Cerita begini sedap didengar macam tiga bomoh yang mahu menjejaki MH370.

Sejarah khabar angin di negara ini bukan suatu yang baharu. Perbalahan antara Dr Mahathir Mohamad dan Musa Hitam juga bermula dengan khabar angin sebelum Musa secara drastik meletakkan jawatan TPM. Begitu juga Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir dikatakan mula retak ekoran rancangan puak Anwar hendak menjatuhkan PM.

Akhirnya berita itu benar. Ia menyaksikan kemelut berpanjangan antara kedua-dua tokoh ini. Dan sejak itu seperti disebut tadi khabar angin tidak lagi dianggap betul.  Ia sudah jadi seperti bunyi guruh di langit sebelum hari hujan.

Secara amnya hubungan Muhyiddin dengan Najib sejak jadi TPM pada 2009 baik-baik belaka. Ia samalah macam gandingan Dr Mahathir-Musa pada peringkat awal. Malah kerjasama Najib dan timbalannya adalah resipi yang membuahkan kemenangan BN tempoh hari.                  
     
Ketika bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009, Muhyiddin memperoleh sokongan padu daripada akar umbi serta rakyat kebanyakan. Beliau menang bergaya walau tanpa disokong Najib secara rasmi.

BN cipta jawatan baru kabinet, ‘Menteri Tanpa Tugas’

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyifatkan rombakan kabinet semalam hanya menambah bilangan ‘Menteri Tanpa Tugas’, terutama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang kini memiliki sepuluh Menteri.
Malaysia kini memiliki Menteri di JPM paling banyak dalam sejarah, bertambah dari lapan kepada sepuluh dengan pelantikan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
“Wee dan Mah akan mendapat pejabat, kereta, pegawai dan kelebihan lain namun mereka tidak ada portfolio untuk dijaga.
“Mungkin kerajaan boleh pelopori jawatan kabinet baru iaitu Menteri Tanpa Tugas,” kata Kit Siang sinis.
Tambahnya, pelantikan Wee dan Mah ke dalam ‘gerombolan’ Menteri di JPM hanya menambah kekeliruan berhubung tugas dan fungsi masing-masing.
Malah sehingga kini, selepas Pilihanraya Umum ke-13, masih banyak kekeliruan berhubung tugas sebenar lapan menteri sedia ada di JPM.
“Najib sendiri masih tidak tahu apa tugas yang akan diberikan kepada mereka,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Kegagalan rombak kabinet serlah kelemahan Najib

KUALA LUMPUR, 26 JUN: Kegagalan melakukan rombakan dalam barisan kabinet menyerlahkan kelemahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Kata Chin Tong, Najib sebaliknya hanya memperbesarkan saiz kabinet dan gagal menggugurkan individu tidak berprestasi selain tidak membentangkan senarai calon baru Menteri daripada parti Umno.
“Sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13, kabinet Najib mempunyai 29 menteri, 32 selepas PRU-13 dan sekarang 35 orang.
“Sebelum PRU-13, Jabatan Perdana Menteri mempunyai lima menteri, selepas PRU-13 lapan, dan kini sepuluh,” kata Chin Tong dalam kenyataannya.
Semalam, Najib mengumumkan penyertaan kembali pemimpin MCA dan Gerakan sebagai menteri penuh ke dalam kabinet yang terdiri dari Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Menteri di JPM) dan Datuk Mah Siew Keong (Menteri di JPM)
Tiga nama lain ialah Datuk Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri), Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga & Masyarakat)
Kata Chin Tong, perubahan saiz kabinet sebanyak tiga kali oleh Najib langsung tidak bermakna dalam agenda perubahan, sebaliknya menyerlahkan lagi kelemahannya.
Terdahulu semenjak akhir 2013, spekulasi rombakan Kabinet disebut selepas semua komponen BN menyelesaikan pemilihan parti masing-masing.

Patuhi konvensyen antarabangsa, elak kejadian OKU dikurung

CY MOHAMMAD FAIZAL
JULAI tahun ini genaplah empat tahun Malaysia meratifikasikan dokumen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu “PBB” iaitu Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD). CRPD adalah satu dokumen antarabangsa yang mengiktiraf dan memperuntukkan hak-hak kepada Orang Kurang Upaya OKU yang pelbagai katagori.

Terdapat beberapa peringkat dalam proses penerimaan sesebuah negara terhadap CRPD. Pertamanya sesebuah negara itu perlulah menandatangani dokumen tersebut, seterusnya meratifikasikannya. Setelah proses tersebut dilalui, sesebuah negara disaran untuk menandatangani dan meratifikasikan pula suatu dokumen yang dinamai “Optional Protocol” atau Protokol Pilihan.

Protokol Pilihan membolehkan rakyat di sesebuah negara yang menggunapakai protokol tersebut membuat aduan kepada pihak jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh PBB sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan perundangan yang dibuat pada peringkat domestik.

Sehingga kini, terdapat 147 negara yang telah meratifikasikan dan meragui (reserve) CRPD, dan 158 negara yang menandatanganinya. Sementara itu terdapat 82 negara yang telah meratifikasikan dan meragui (reserve) Optional Protocol manakala terdapat 92 negara yang menandatangani protokol terlibat.

Mana-mana negara yang meratifikasikan CRPD atau Protokol Pilihan, mereka boleh menggantung iaitu meragui atau (reserve) artikel-artikel tertentu sebelum diratifikasikan sepenuhnya.

Bagi Malaysia, kita hanya meratifikasikan CRPD dengan menggantung beberapa artikel iaitu artikel 15 dan 18. Malaysia masih belum menandatangani Protokol Pilihan sekaligus tidak menjadi ahli kepada Protokol Pilihan tersebut.

Artikel 15 adalah berkaitan tegahan mengenakan sebarang tindakan berbentuk tekanan kekerasan atau kezaliman (sama ada fizikal mahupun mental secara kemanusiaan) terhadap OKU. Manakala artikel 18 adalah peruntukan yang menjamin kebebasan bergerak, dan hak atas kenegeraan. Prinsip-prinsip  kesamarataan dan tegahan diskriminasi adalah terpakai kepada kedua-dua artikel tersebut.

Sebagai memperkukuhkan hak-hak OKU yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan memastikan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685), telah tiba masanya penarikan balik kepada penggantungan (reserve) atas artikel-artikel 15 dan 18 dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia. Demikian juga telah tiba masanya Malaysia turut menjadi ahli kepada Protokol Pilihan bagi membuktikan kesungguhan negara memberi perhatian yang cukup sirius kepada pembangunan OKU.

Negara terbaru yang menandatangani dan meratifikasikan Optional Protocol ialah Angola iaitu pada 19 Mei 2014.

Apakah kita tidak mampu menandingi Angola dalam hal-ehwal OKU?

Begitu juga dengan penarikan balik kedua-dua artikel 15 dan 18 oleh pihak kerajaan Malaysia. Pada 19 November 2012, Malaysia telah juga komited kepada Asian Human Right Declearation. Pengisytiharan di peringkat Asian tersebut adalah suatu petunjuk jelas betapa penarikan balik kepada penggantungan terhadap artikel-artikel tersebut suatu yang perlu disegerakan.

Riuh-rendah kisah Firdaus akan segera berakhir...Tapi bagaimana OKU yang lain..???

AHMAD LUTFI OTHMAN
Seorang ibu tua, umur mendekati 70 tahun, kematian suami lebih dua dekad lalu, menghidap pelbagai penyakit kronik, mempunyai tiga anak cacat (OKU), dua daripadanya langsung tidak mampu menguruskan diri.

Kedua-duanya terganggu mental, seorang  sejak dilahirkan dan seorang lagi selepas kemalangan jalan raya. Yang seorang ini boleh saja bertindak ganas secara tiba-tiba, termasuk terhadap emaknya sendiri.

Sepatutnya, ketika dihimpit keuzuran pada usia emas, ibu tua ini yang perlu dirawat dan disantuni, tidak seharusnya lagi menguruskan karenah anak-anak yang begitu memenatkan. Mahu sebentar keluar rumah pun harus pastikan dulu anak-anak cacat ini

Apakan daya, anak-anak yang lain juga dibebani masalah tersendiri. Alhamdulillah, ada juga anak yang sedia duduk sebumbung, menampung rumah sewa dan belanja seharian, ala kadar. Dan ibu tua cukup memahami perasaan si anak budiman ini, yang pastinya tidak mudah menjalani kehidupan seharian dalam situasi itu.

Dalam keadaan berjalan pun terketar-ketar, mata kabur teruk akibat pendarahan diabetik, dia harus terus -- dengan sabar, dedikasi dan penuh kasih sayang -- memelihara anak-anak OKU, jantung hatinya. Tidak pernah merungut, apatah lagi mengeluh atau membayangkan keresahannya memikul amanah Ilahi.

"Makcik beruntung sebenarnya, tiga anak makcik itu bakal ahli syurga tanpa hisab, mereka akan menunggu di pintu jannah nanti, insya-Allah, asalkan makcik tetap reda dengan ujian ini," kata-kata jirannya mengubat hati dan melapangkan dada.

Seorang daripada anaknya itu, melewati usia 40-an, sukar melangkah ekoran masalah tulang pinggul selepas jatuh dan hanya terbaring lemah. Penglihatannya juga samar-samar, mesti dituntun dan dipapah. Kadang-kadang kencing berak bersepah. Ya, perlukan pengawasan hampir 24 jam, 7 hari seminggu. Ia mengingatkan saya tentang kegigihan aktivis Ronasina (Mohd Affandi Ramli) dan isterinya, Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, yang berkorban segalanya untuk dua anak cerebral palsy.

Apa pun, ibu tua ini tetap mementingkan kebersihan. Tiada kompromi. Yang diutamakan, suci daripada najis. Mudahnya, boleh solat di mana saja dalam rumah sempitnya. Dengan keuzuran yang makin ketara, dia tetap tampak bersahaja melalui hidup seharian, biarpun berdepan penat lelah, sekurang-kurangnya untuk  memastikan kediaman bebas daripada waswas kekotoran.

Luahan Hati Pengarah Imigresen N9 Yang Menjumpai Adik Firdaus

"Ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi. Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.
Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.
Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.
Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.
Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci. Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.
Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.
Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi. Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.
Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa. Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.
Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.
Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung. Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Batal SOLAT Matikan Telefon Berbunyi? - UAI

Aurat Wanita Mengandung - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Gantung 'Khatamul Anbiya' - Ustaz Azhar Idrus

Maksud Mahram & Muhrim - Ustaz Azhar Idrus

Buang Air Besar Di Masjid, Tiba-tiba Tiada Air - UAI

Suarez Dealt Suspension for On-field Bite

Perkasa desak CEO Petronas letak jawatan

Sewaktu Tan Sri Datuk Mohd Hassan Merican dahulu, tidak banyak isu dan masalah timbul

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendesak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Shamsul Azhar Abbas meletakkan jawatannya.
Menurutnya, sejak jawatan tersebut dipegang olehnya, pelbagai masalah timbul terutamanya berkaitan dengan bumiputera.
ibrahim ali“Sewaktu Tan Sri Datuk Mohd Hassan Merican dahulu, tidak banyak isu dan masalah timbul,” katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, hari ini.
Katanya lagi, kenyataan yang dilakukan oleh Shamsul di The Edge seolah-olah beliau hendak menyalahkan orang lain dan cuba untuk melindungi dirinya.
“Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa beliau ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, golongan birokrat dari dalam kerajaan menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya.
“Saya dapat sifatkan temubual yang dilakukan bersama beliau seolah-olah beliau seperti burung unta yang takut, dan akan masukkan kepala di dalam pasir,” katanya.
Ujar Ibrahim lagi, kerajaan semestinya campur tangan, kerana konsesi tersebut adalah milik kerajaan dan pihak kerajaan cuba nasihatkan beliau tetapi beliau tetap berdegil.
“Kerajaan nasihat, tetapi beliau tidak mendengar. Adakah dia ingat, Petronas itu bapa dia yang punya?” tegas Ibrahim.
Tambahnya lagi, pihak Perkasa turut bersedia untuk berdialog.
“Kita sedia untuk berdialog, tetapi mesti dilakukan secara terbuka, siaran secara langsung, dan terbuka kepada masyarakat,” katanya.

"BUGHAH": 'Tiada semudah itu dapat kemaafan penduduk Memali'

 Ungkapan tahniah Dewan Pemuda PAS Kedah ucapkan kepada menteri besar (MB) Kedah kerana julung-julung kali MB daripada kerajaan BN, turun memberi bantuan ke kampung Memali.

Kampung yang dahulunya pernah berlaku peristiwa hitam sehingga kerajaan BN melabelkan pengikut Allayarham Ustaz Ibrahim Libya sebagai ‘bughah’ atau penderhaka.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menteri besar Kedah bersama ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim, juga Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Tajudin, Datuk Rawi, YB Aminuddin dan ADUN Bayu, Datuk Azmi telah hadir pada 22 Jun lalu untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Beberapa balu syuhada’ Memali juga diberikan bantuan.

Dewan Pemuda PAS Kedah melihat situasi ini sebagai suatu usaha normalisasi Umno melalui tindakan Datuk Seri Mukhriz mengunjungi kampung yang suatu ketika dahulu dihina dan dimalukan dalam Parlimen beberapa kali.

Normalisasi bukan suatu usaha yang mudah, tambahan pula jika ia dilakukan tanpa keikhlasan dan konsisten.

Lihat sahaja konsep normalisasi Jepun terhadap China dan Korea yang sehingga kini masih belum berjaya 100 peratus kerana bisa dan luka lama penyiksaan, jenayah perang kerajaan Jepun belum boleh dimaafkan oleh rakyat dua negara berkenaan.

Normaliasi boleh kelihatan berpura-pura atau wayang jika hubungan mesra hanya melalui media cetak dan media elektronik.

Beranikah Najib Pecat Ceo Petronas?

Ramai benar yang marah dengan kenyataan Ceo Petronas, Shamsul Azhar Abbas yang disiarkan dalam sebuah akhbar perniagaan The Edge yang disifatkan menggambarkan dirinya seorang yang lberal, tidak berjiwa Melayu dan tidak suka dengan campurtangan orang politik dalam tugasnya.

Tidak saja kecaman dan serangan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, malah beliau turut diminta meletakkan jawatan jika isu Bumiputera dan bukan Bumiputera serta canpurtangah politik menjadi masalah kepadanya. Antara yang mahu beliau meletakkan jawatan ialah Perkasa yang disuarakan oleh Presidennya, Ibrahim Ali.

Dalam interbiu itu, dua isu pokok yang menjadi perhatian ialah berkenaan hak milik minyak dan gas serta campurtangan orang politik. Shamsul Azhar bertegas menyatakan bahawa minyak dan gas bukanlah hak milik Melayu dan Bumiputera semata-mata, tetapi adalah milik semua rakyat negara ini.

Katanya, Akta Pembangunan Petroleum dengan jelas menyebut bahawa minyak dan gas adalah hak milik rakyat Malaysia dan ia boleh jadi milik kerajaan, milik pembangkang atau sesiapa saja sementara Petronas hanyalah sebagai penjaganya sahaja.

Kenyataan ini dilihat oleh banyak pihak yang pro UMNO dan Melayu sebagai menunjukkan dirinya yang liberal dan tidak kuat jiwa Melayunya. Ramai yang melihat bahawa beliau tidak perlu pun menyebut hak milik siapa minyak dan gas di negara ini kerana semua orang sudah mengetahui dan memahaminya, cumanya sebagai seorang Melayu yang duduk di kerusi yang mempunyai peluang memajukan bangsanya sendiri, beliau harus mempunyai tekad, azam dan semangat ke arah itu.

Penegasan beliau secara terbuka itu dikatakan lebih bertujuan menggembirakan hati bukan Melayu dan menghalalkan tindakannya selama ini membawa masuk ramai bukan Melayu ke dalam syarikat minyak itu.

Mengenai campurtangan orang politik pula, Shamsul Azhar berkata, setakat ini bossnya (Najib Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campurtangan.

Dalam hal ini, beliau nampaknya tidak risau dengan campurtangan Najib kerana ianya tidak banyak, bukannya setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan. Beliau secara jelas mengakui ada campurtangan Najib, cuma tidak banyak dan mungkin hanya sesekali sahaja. Walaupun tidak banyak dan subjektif, beliau masih boleh menerima lagi canpurtangan itu.

Namun, dengan mengatakan orang di sekeliling Najib yang campurtangan, Shamsul memperlihatkan beliau rimas dengannya serta menganggapnya sebagai suatu gangguan kepada tugasnya. Mungkin Shamsu Azhar hanya mahu Najib yang campurtangan dan berurusan dengannya, tetapi bukan orang-orang keliling Perdana Menteri.

ANWAR IBRAHIM-MAT SABU 'GENG SONGKOK TINGGI'