Khamis, 26 Jun 2014

SUAREZ KENA GANTUNG 9 PERLAWANAN SERTA-MERTA OLEH FIFA

suarez-kena-gantung-9-perlawanan-serta-merta-
FIFA mengesahkan bahawa penyerang Uruguay Luis Suarez dikenakan pergantungan serta merta sebanyak sembilan perlawanan untuk Uruguay susulan kes gigitannya baru-baru ini.
Pemain Liverpool tersebut juga tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti berkaitan dengan bola sepak selama empat bulan termasuk bersama dengan kelab. 

Suarez menjaringkan dua gol dalam edisi Piala Dunia tahun ini, dan juga beraksi selama 90 minit dalam kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Itali di mana dia bertindak menggigit pertahanan pihak lawan, Giorgio Chiellini.

Dengan itu dia tidak akan dapat diturunkan lagi bagi baki jadual Piala Dunia 2014. Uruguay dijadualkan akan bertemu Colombia pada awal pagi Ahad ini di peringkat 16 pasukan terbaik. 

Dan ini bukan merupakan kali pertama pemain berumur 27-tahun tersebut dikenakan hukuman berat kerana mengigit pihak lawan.

Pada tahun 2010, Suarez mengigit pemain tengah PSV Eindhoven Otman Bakkal semasa mewakili Ajax, dan dalam aksi Liga Perdana Inggeris tahun lepas, pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic pula menjadi mangsa kepada sikap keterlaluannya di atas padang.

Muhasabah untuk Pakatan daripada Dr. Dzul

SANGAT menarik ucapan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kelana Jaya, Selangor Ahad lalu, yang saya kira membuka minda kita dalam banyak perkara.

Ucapannya itu bersifat muhasabah, memeriksa kekuatan dan kelemahan bukan saja PAS, tetapi juga semua komponan dalam Pakatan Rakyat. Dengan pandangan yang terus terang ini, pada pendapat saya Dr. Dzul telah menyerlahkan kejujuran dan keterbukaannya untuk menjadi renungan dalam usaha memperbaiki kedudukan PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya itu beliau berkata, seteru PAS dan Pakatan sangat tahu bahawa hanya isu Hudud mampu 'memporak-perandakan' Pakatan.

PAS jauh lebih superior dan unggul dalam penggarapan semua isu pertentangan agama seumpama ‘Isu Kalimah Allah’ dan ‘Penghayatan Tasaamuh Beragama’ dalam isu kitab Injil, serangan Rumah Ibadat dan lain-lain, sebab PAS tahu benar-benar tuntutan ‘Wasatiyyah, sementara Najib Tun Razak dan UBN hanya pandai mewiridkan kalimat itu macam semua Mufti, Perkasa, Jati dan ISMA yakni NGO yang pro-UBN.

Kata Dr. Dzul, mereka memang menampilkan Islam yang ganas dan agresif dengan penganut agama yang lain dan sangat berlawan dengan sifat Islam yang Rahmah dan Adil kepada semua.

“Maka PAS wajar tahu bahawa parti Islam ini tidak perlu membuktikan bahawa PASlah yang telah secara konsisten dan komited sejak berzaman memperjuangkan Islam. Mutakhir ini lebih mantap dan 'releven' dalam pengolahan polisi dan dasar-dasar sesuai dengan tuntutan Perlembagaan PAS dalam Fasal 5 (i) dan (ii) yang menekankan persoalan nilai dan hukum-hakam bagi membina sebuah masyarakat dan pemerintahan dalam negara ini untuk mendapatkan keredhaan Allah.

“Nilai-nilai itu adalah seluruh ahklak dan moral yang dianjurkan Islam dari segi penghayatan individu dan masyarakat. Hukum-hukum itu pula adalah yang menyangkut mengenai hal urusan Fiqh Ibadat, Munakahat (Nikah-Kahwin), Mu'amalat (Urusan Komersial-Perniagaan-Harta) dan Ahwal-Syakshiah (Undang-undang Keluarga). Terkini yang dibacarakan PAS adalah untuk melaksanakan satu lagi juzuk Syariat Allah yang telah PAS Undang-undangkan (Taqninkan atau Enakmenkan) menjadi Undang-Undang Jenayah Syar'iyyah II (Kelantan -1993),” katanya.

Bagi beliau, PAS sangat memahami bahawa dalam berusaha untuk melaksanakan tuntutan agama ini yang menjadi sebahagian dari tuntutan Syariat Allah, PAS berdepan dengan masalah bukan saja dengan seteru dan lawannya Umno-BN, tetapi juga dengan kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat.

Dakwaan bahawa Hudud tidak 'constitutional', kata Dr. Dzul, sudah cukup menyiksakan umat Islam, tidak termasuk pula segala kelemahan negara umat Islam yang melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam ini.

Perjuangan R selaras manifesto Pakatan Rakyat

KOTA BHARU: Aktivis royalti memperjuangkan tuntutan royalti 20 peratus kerana ia selaras dengan manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13.

Presiden Pertubuhan R, Nazri Deraman berkata, Kelantan satu-satunya negeri pengeluar minyak yang berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Oleh itu katanya, tidak seharusnya kerajaan negeri mengetepikan manifesto berkenaan, lebih-lebih lagi tindakan serupa telah dilulus di persidangan Dun Sarawak.

“Cadangan usul itu selaras dan seiring dengan perjuangan negeri-negeri pengeluar minyak yang lain. Sekiranya bayaran royalti 20 peratus diperolehi Sarawak, maka Kelantan juga patut menerimanya.

“Ini kerana ia juga berasaskan perjanjian royalti pada 9 Mei 1975 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pertubuhan R mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah bagi mencadangkan dibawa usul tuntutan royalti 20 peratus pada persidangan Dun 24 dan 25 Jun lalu.

Nazri berkata, biar pun agak terkejut kerana usul tersebut belum sempat dibawa, namun difahamkan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) bercadang membawa usul terbabit pada persidangan Oktober hadapan.

“Pihak BBC bercadang untuk membawa usul ini pada sidang akan datang  yang dilihat lebih relevan dan sesuai.

DAP kecam Mahkamah Mesir penjara wartawan Al-Jazeera


LGE1


KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP mengecam sekeras-kerasnya keputusan Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara ke atas wartawan Al-Jazeera hanya kerana membuat laporan berhubung pergolakan yang berlaku di negeri itu.
Peter Greste, Mohamed Fahmy, dan Baher Mohamed yang dipenjarakan di Kaherah sejak Disember 2013 dijatuhi hukuman penjara tujuh hingga sepuluh tahun, kononnya kerana membantu pengganas dan mengancam keselamatan negara.
Dua lagi wartawan Al-Jazeera, Sue Torton dan Dominic Kane, serta seorang wartawan akhbar Beland, Rena Netjes, yang diadili tanpa kehadiran, turut dihukum penjara sepuluh tahun atas kesalahan serupa.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, hukuman itu menunjukkan Mesir sama sekali bukan negara demokratik yang menghormati hak asasi dan maruah manusia.
“DAP mengecam keras penghakiman yang lapuk ini yang boleh dilihat sebagai satu usaha membungkam media serta hak untuk menyuarakan pendapat.
“Jenayah’ mereka hanya kerana melapor apa yang disaksikan, sedangkan pihak berkuasa mempunyai hak menjawab serta mengambil tindakan undang-undang jika wujud fitnah dan laporan palsu,” kata Guan Eng

Maseu desak Ahmad Jauhari letak jawatan

Kira-kira 50 ahli Kesatuan Sekerja Malaysian Airline System mengadakan piket di hadapan bangunan pentadbiran Malaysian Airline System Berhad di Subang mendesak pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu meletak jawatan. Gambar: SAFWAN MANSOR
Kira-kira 50 ahli Kesatuan Sekerja Malaysian Airline System mengadakan piket di hadapan bangunan pentadbiran Malaysian Airline System Berhad di Subang mendesak pengurusan tertinggi syarikat penerbangan itu meletak jawatan. Gambar: SAFWAN MANSOR
Kesatuan Sekerja Malaysian Airline System (Maseu) mendesak tiga pegawai kanan Malaysian Airline System Berhad (MAS) meletakkan jawatan secara terhormat bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu daripada terus mengalami kerugian.
 
Tiga pegawai itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya; Ketua Pegawai Sumber Manusia, Zaharah Zaid dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Aerospace Engineering (MAE), Azhari Mohd Dahlan.
 
Menurut Presiden Maseu, Alias Aziz, sejak ketiga-tiga pegawai itu mengambil alih pengurusan dan pentadbiran MAS, syarikat berkenaan mengalami kerugian kira-kira RM4 juta sehari.
 
Katanya, mereka gagal membawa MAS ke mercu kejayaan sebagaimana dijanjikan di awal memegang jawatan berkenaan sejak tahun 2010 iaitu hendak menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
 
"Malangnya, lebih tiga tahun memegang jawatan tertinggi dalam syarikat, dari setahun ke setahun prestasi kewangan MAS ialah kerugian yang mencecah sehingga RM120 juta sebulan dan RM1.4 bilion setahun.
 
"Kerajaan bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus campur tangan masalah ini bagi menggelak MAS terus menjunam jatuh dan menggunakan wang rakyat bagi menyelamatkannya.
 

Harga maksimum 18 jenis barangan terkawal ditetapkan


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 18 jenis barangan harga terkawal di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
 
Antara barangan tersebut adalah ayam hidup, ayam yang telah disembelih, telur, daging tempatan lembu dan import, cili merah, tomato,  kelapa, bawang, ubi kentang dan ikan kembung termasuk ikan mabung.
 
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2014 akan bermula 20 Julai sehingga 5 Ogos depan dengan tempoh yang lebih panjang iaitu selama 17 hari berbanding 15 hari sebelum ini.
 
Menterinya, Datuk Seri Hassan Malek berkata, kadar maksimum bagi barangan tersebut tidak jauh berbeza dengan tahun lepas namun terdapat penurunan harga bagi cili merah pada kali ini iaitu RM11 sekilogram berbanding RM14 sekilogram tahun lepas.
 
Ini kerana bekalan cili merah adalah stabil.
 
Bagaimanapun harga daging lembu tempatan ditentukan lebih tinggi akibat peningkatan harga semasa didorong oleh pertambahan permintaan lembu hidup daripada beberapa negara, kos pengeluaran dan pengangkutan serta kekurangan bekalan daripada negara pengeluar seperti Australia dan Thailand akibat perubahan cuaca.
 
"Kali ini kementerian turut meminta jawatankuasa keselamatan kampung dan orang ramai untuk sama-sama memberi maklumat kepada kami sekiranya terdapat peniaga yang melanggar peraturan. 
Malah media juga diminta untuk memainkan peranan penting untuk memberi laporan mengenai perkara ini," katanya semasa sidang media di sini hari ini.
 
Menurut Hassan, sejumlah 1, 800 penguatkuasa di seluruh negara digerakkan untuk memantau harga barangan dan menjalankan operasi di bawah skim ini.
 
Tambah beliau, harga ditentukan untuk 149 kawasan dan daerah di seluruh negara dan berbeza antara satu sama lain.
 
Para pengguna boleh melayari laman web KPDNKK bagi mengetahui harga maksimum bagi 18 barangan berkenaan.
 
Tambah beliau, selain diwajibkan menjual barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum,  peniaga juga diwajibkan untuk meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.
 
Peniaga yang engkar boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
 
Harga maksimum runcit bagi barangan harga terkawal bagi Kuala Lumpur
 
1. Ayam hidup - RM6.40
2. Ayam standard - RM7.7
3.Ayam premium - RM8.50
4. Daging lembu tempatan -RM26
5. *Daging lembu import - tertakluk hanya di Sabah dan Sarawak
6. Daging kerbau import (India) - RM15
7. Telur ayam gred A - 36 sen
8. Telur ayam gred B - 35 sen
9. Telur ayam gred C - 34 sen
10. Cili merah- RM11
11. Tomato - RM4.50
12. Kelapa parut - RM6
13. Bawang merah kecil (India) - RM5
14. Bawang besar import - RM2.50
15. Bawang putih China - RM5
16. Ubi kentang (China) - RM3
17. Ikan kembung termasuk ikan mabung - RM12
18. Kelapa biji - harga tidak dinyatakan.
 
* Harga adalah mengikut kuantiti sekilogram kecuali telur iaitu berdasarkan biji.
 

Khalid: ‘Takziah’ Noh Omar tidak terpilih jadi Menteri semula.!!

noh-omarSHAH ALAM, 26 JUN: Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.
Katanya, usaha Noh itu kelihatan sia-sia apabila tidak dihargai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Walaupun dia begitu lantang dalam Parlimen tetapi nampak gaya matlamat diimpikan untuk menzahirkan kehebatan dalam Parlimen tidak tercapai.
“Dia dengan jelas tidak dilantik menjadi menteri dalam rombakan baru-baru ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pembesaran kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam.
Pada masa sama, Khalid turut menasihati Najib untuk menonjolkan hero lain jika benar-benar serius mahu mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.
“Kalau dia serius, cubalah cari orang lain selain Noh Omar.
“Noh Omar juga seolah-olah perkenalkan begitu (calon Menteri Besar) kerana kerap bercakap pasal Selangor.
“Jika begitu, boleh dikatakan tiada harapan, cari hero lain,” katanya lagi.

Kabinet Tambahan: 'Berterima kasihlah pada kemurahan Melayu' kata ISMA

Pelantikan enam anggota baru kabinet semalam menunjukkan kemurahan pemimpin Melayu terhadap MCA dan Gerakan walaupun kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, kata sebuah NGO Melayu kontroversi.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua parti itu berterima kasih terhadap langkah itu, dengan mengaitkannya dengan pendirian mereka menolak hudud.

“Adakah MCA dan Gerakan akan menimbang kemurahan tersebut atau mereka mengambil kesempatan itu untuk bergabung suara bersama DAP dan golongan bukan Islam yang lain untuk mempertikai Islam dan hak Melayu serta bumiputera?” Abdullah Zaik Abd Rahman dipetik sebagai berkata oleh ISMAweb.

Najib semalam melantik enam pemimpin MCA dan seorang daripada Gerakan ke kabinetnya.

Mereka yang dilantik menteri ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (pengangkutan), Datuk Wee Ka Siong (Jabatan Perdana Menteri atau JPM) dan Datuk Mah Siew Keong (JPM).

Tiga timbalan menteri baru pula ialah Datuk Lee Chee Leong (perdagangan antarabangsa dan industri), Datuk Chua Tee Yong (kewangan) dan Chew Mei Fun (pembangunan wanita, keluarga dan mMasyarakat.

Abdullah Zaik berkata, sebagai parti yang bergabung dalam kerajaan memerintah, menjadi kesilapan bagi MCA dan Gerakan menjadikan permusuhan terhadap Islam, keistimewaan Melayu serta bumiputera sebagai modal menarik balik undi masyarakat Cina.

“Ini kerana MCA dan Gerakan sepatutnya memilih untuk mewakili kaum Cina yang setia kepada perlembagaan dan cinta kepada perpaduan dan keharmonian,” ujar beliau.

Peralat Melayu & Bumiputera untuk kayakan kroni


KUALA LUMPUR: Siasatan yang dilakukan terhadap projek konsesi pembinaan kampus UiTM mendapati, wujud syarikat Bumiputera yang bukan sahaja mempunyai 'kepakaran' dalam rundingan konsesi dengan kerajaan malah menyerahkan pula projek yang diperolehi kepada syarikat bukan Bumiputera.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kaedah rundingan terus yang digunakan pentadbiran Najib dengan berselindung di sebalik “private finance initiatives” (PFI) begitu mudah disalahgunakan dan terdedah kepada amalan rasuah.
"Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat," ujarnya.
Beliau memberi contoh syarikat yang diberi konsesi membina kampus UiTM Kota Samarahan iaitu Rekajaya Projek Sdn Bhd yang turut dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) melalui satu konsortium.
Syarikat-syarikat yang dikuasai ahli perniagaan ini, tambahnya boleh diibaratkan sebagai "pakar perunding konsesi" yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun ujar beliau, sebaik berjaya mendapatkan konsesi-konsesi pembinaan, projek pembinaan diberikan pula kepada syarikat bukan Bumiputera sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.

Jangan biarkan 'Islam cauvinis' PERKASA

MP Shah Alam Khalid Samad berkata sentimen "Islam cauvinis" yang ditunjukkan oleh ketua penerangan PERKASA Ruslan Kassim tidak boleh dibiarkan kerana akan menyebabkan pergaduhan antara kaum.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ruslan, Isnin lalu yang mengancam untuk "memancung kepala" empat MP Selangor kerana didakwa mempersenda Islam dan menghina Sultan Selangor melalui kenyataan berhubung isu rampasan Bible.

Khalid mendakwa pendekatan "Islam cauvinis" merujuk kepada pendekatan mengadu domba orang Islam dan bukan Islam, yang didakwa turut dilakukan Umno dan satu lagi NGO pro-Melayu, JATI.

Menurutnya, pihak berkenaan berusaha untuk menunjukkan kuasa ketuanan Melayu dengan tindakan bahawa orang Islam "berkuasa dan orang lain perlu tunduk" walaupun ia mengganggu hak agama lain.

"Jika diteruskan tidak mustahil akan terjadi pergaduhan seperti yang berlaku di Myanmar, Sri Lanka. Islam menolak (cara ini)," kata Khalid dalam sidang medianya petang ini.

Ruslan semalam membuat penjelasan bahawa ancaman untuk "memancung kepala" itu hanyalah merujuk kepada "masa depan politik pada MP PAS berkenaan, dan bukannya memancung secara fizikal.

Flight MH370 Search to Shift Further South

Minyak bukan milik Melayu: PERKASA desak pecat CEO Petronas

PERKASA: Apa salah syarikat Umno dapat konsesi UiTM?

Karpal Singh diberi Anugerah Perkhidmatan Awam


SHAH ALAM: Mendiang Karpal Singh akan diberi Anugerah Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan beliau yang penuh dedikasi kepada negara selama lebih 40 tahun, kata Pengerusi Gandhi Memorial Trust (GMT) S.Radhakrishnan.
  
Beliau berkata anugerah anumerta itu akan disampaikan GMT pada satu majlis khas di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur pada 30 Jun.
  
Radhakrishnan menyifatkan Karpal Singh, bekas pengerusi kebangsaan DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor, sebagai peguam yang bijak, ahli politik dan anggota Parlimen yang pintar dan paling istimewa, seorang aktivis hak asasi manusia yang berjiwa kental.
  
"Sepanjang hayatnya, Karpal Singh memperjuangkan keadilan sosial serta menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang.
  
"Beliau adalah harta negara dan akan amat dirindui serta diingati kerana sumbangan dan pengorbanan besarnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menjadi kebanggaan kita semua di Malaysia," katanya kepada Bernama.
  
Karpal Singh, yang digelar 'Harimau Jelutong', meninggal dunia dalam nahas jalan raya di KM 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung, Kampar pada awal pagi 17 April. Beliau berusia 74 tahun.
  

Bangsawan UMNO: Syed Ali tak faham isu samping kata Zam

Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata ketua Umno bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee tidak memahami kritikannya berhubung imej bangsawan para pemimpin parti itu yang menyebabkan ia ditolak oleh rakyat.

Katanya, tulisannya semalam mengkritik budaya di kalangan pemimpin Umno yang sering bermegah dengan imej bangsawan, malah dengan songket mahal.

"Saya tidak mengatakan songket yang dipakai oleh mereka pada majlis itu berharga antara RM5,000 hingga RM 30,000 tetapi biasanya pertandingan memakai songket mahal ini berlaku di Perhimpunan Agung Umno.

"Semua ini diketahui oleh ahli Umno yang memperkatakannya antara mereka. Ini tidak penting tetapi pameran imej kepada rakyat di majlis itu  yang menimbulkan persepsi salah," katanya.

Berapa lama lagi bekalan air pulih?


 Sejak dua hari kawasan Ampang, Pandan Indah, Pandan Perdana, Lembah Jaya dan Maju Jaya mengalami gangguan bekalan air.
 
Kawasan-kawasan berkenaan merupakan sebahagian daripada 759,000 penduduk yang mengalami gangguan bekalan air di lima lokasi di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat.
 
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataannya berkata, gangguan bekalan air tidak berjadual itu disebabkan tekanan air rendah ekoran peningkatan permintaan bekalan air.
 
Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif untuk disalurkan ke kawasan yang terjejas. 
 
Ini kerana secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rizab bekalan air berada di sekitar kurang daripada satu peratus atau negatif apabila berlaku permintaan puncak.
 
Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pemulihan bekalan air dijangka mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada paras pengeluaran maksimum sumber air terawat.
 
Persoalan sekarang berapa lamakah gangguan bekalan air akan pulih semula memandangkan sejak hari Selasa lalu bekalan di kawasan Ampang dan Pandan sudah terputus sehingga setitik air pun tidak keluar daripada paip air.
 

Gangguan air: Mana pelan kontigensi SPAN?


Ketiadaan pelan kontigensi di pihak SPAN penduduk Lembah Klang terpaksa sekali lagi berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air.
Ketiadaan pelan kontigensi di pihak SPAN penduduk Lembah Klang terpaksa sekali lagi berhadapan dengan masalah gangguan bekalan air.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) didakwa gagal menyediakan standard prosedur dan polisi-polisi tertentu dalam menangani gangguan bekalan air sehingga menyebabkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sekali lagi mengalami masalah tersebut.
 
Sebahagian besar penduduk kini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran cuaca panas dan kapasiti bekalan air terawat cukup rendah berikutan permintaan tinggi.
 
Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab, SPAN sepatutnya sudah menyediakan pelan kontigensi kepada semua syarikat konsesi air bagi menghadapi masalah kekurangan bekalan air memandangkan cuaca panas yang panjang sudah diramalkan sejak awal tahun ini.
 
Namun tatkala beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak seminggu lalu, SPAN masih membisu.

Sepatutnya, SPAN sudah bersiap sedia dengan pelan-pelan strategik seolah-olah negara bakal menghadapi peperangan.
 

MH370: Lokasi pencarian baru diumum

MH370: Lokasi pencarian baru diumumKUALA LUMPUR: Kawasan pencarian dasar laut bagi pesawat Penerbangan Malaysia MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di Selatan Lautan Hindi, menurut Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss.

Menurut beliau, pihak pakar satelit telah membuat penilaian ke atas kesemua maklumat yang diperolehi bagi menentukan kawasan pencarian seluas 60,000 kilometer persegi itu.

Katanya, pencarian di lokasi terbaru itu melibatkan usaha serta pakar dari serata dunia.

"Pihak pakar telah menganalisis maklumat komunikasi satelit... maklumat yang pada mulanya tidak bertujuan untuk mempunyai kebolehan bagi mengesan pesawat dan membuat pengiraan kompleks," kata Truss pada satu sidang media pada Khamis.

MH370

Katanya kawasan pencarian baharu masih tertumpu kepada garisan lengkung ketujuh di mana pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu dikatakan membuat komunikasi terakhirnya.

Tambah Truss, pencarian dasar laut itu akan bermula pada Ogos ini dan dijangka akan mengambil masa selama 12 bulan untuk selesai.

Jelasnya, kawasan pencarian dasar laut itu bertujuan untuk mengesan pesawat serta sebarang bukti yang membantu penyiasatan Malaysia berkenaan kehilangan pesawat tersebut.

Perkasa mahu 'pancung kepala' Polis tunggu apa lagi

Zahid dodges bullet, passes buck to IGP

Zon pencarian baru MH370 di zon selatan Lautan Hindi

Kabinet Najib bertambah, gaji menteri dari poket rakyat

KUALA LUMPUR: Pengumuman perlantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baru daripada MCA dan Gerakan semalam oleh Perdana Menteri menjadikan Kabinet Malaysia kini diperbesar menjadi 62 orang anggota dengan 35 menteri dan 27 timbalan menteri.

Berikutan itu juga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini bertambah kepada 10 orang berbanding hanya 8 orang sebelum daripada ini dan secara purata tidak pernah mencecah angka 8 pada zaman Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir Mohamed.

"Implikasi langsung pertambahan ini ialah bertambahnya belanja mengurus negara sebanyak RM166,563 sebulan dan jumlah keseluruhan bagi menggaji anggota kabinet mencecah hampir RM10 juta sebulan," ujar Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan

Katanya, duit bagi menggaji kesemua anggota kabinet ini pasti sekali dari poket rakyat.

Baginya, keanggotaan JPM dengan 10 menteri dan seorang timbalan menteri membuktikan ketidakupayaan Najib untuk berperanan secara efektif sebagai PM dan tidak fokus menjalankan tugasnya.

Lebih mengecewakan, ujarnya perlantikan dua menteri di JPM dibuat terlebih dahulu tanpa ada portfolio khusus yang ditentukan.

Tunjuk sebab UMNO: Mungkin tak jawab rela dipecat, kata Yammy

KUALA LUMPUR: Ibu Dyana Sofya, Yammy Samat tidak peduli jika Umno memecat keahlian beliau ekoran dituduh menyokong dan membantu kempen anaknya yang juga calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu.

Katanya, setakat ini beliau berkemungkinan tidak akan membalas surat tunjuk sebab yang dihantar kepada beliau.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," kata beliau kepada mStar Online.

Yammy turut menafikan tuduhan bahawa beliau membantu kempen Dyana pada PRK tersebut seperti dakwaan dalam surat tunjuk sebab itu.

Sebaliknya jelas Yammy, pada PRK tersebut beliau hanya menemani Dyana sebagai atas kapatisi seorang ibu.

"Saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak," tegasnya lagi.

'Sentimen isu 'Allah' kerana kelemahan Najib'

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelemahan perdana menteri dan mahkamah menyebabkan perdebatan mengenai isu kalimah "Allah" kini dikuasai oleh "elemen tidak bertanggungjawab".

Beliau mengulas mengenai peluang untuk membahaskan larangan ke atas penerbitan Kristian The Herald dari menggunakan kalimah "Allah", susulan keputusan Mahkamah Persekutuan, Isnin lalu.

"Malang sekali satu peluang penting untuk pemikiran yang berdasarkan logik dan kesedaran akan mengatasi sentimen menghasut dan ekstremis kini hilang," katanya.

Tambahnya, keputusan oleh Mahkamah Persekutuan, yang disifatkannya sebagai "bukan satu keputusan" itu, serta masalah kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hanya meletakkan negara dalam keadaan bimbang dan tidak pasti

Menurutnya, keputusan rayuan The Herald itu merupakan isu perundangan dan perlembagaan yang penting dengan implikasi besar kepada rakyat Malaysia" dan Mahkamah Persekutuan bertanggungjawab menawarkan bimbingannya.

Beliau juga membangkitkan bahawa kenyataan kontroversi PERKASA berhubung saranan untuk memenggal kepala golongan yang mempersenda Islam dan sultan juga berpunca dari kegagalan mahkamah untuk mendengar kes tersebut.

Prospek politik negara amat membimbangkan - Pemuda PAS

Remaja OKU diabaikan, bukan faktor kemiskinan keluarga - ADUN Kuala Pilah

OKU kurus kering: Rosmah sedih, sampaikan bantuan Isnin ini

Pejabat PM: Kenyataan ISIL diambil luar konteks untuk cover line

MAC: Polis minta penagih dadah 'belanja'

Malaysia abai OKU: Menteri kecewa..!!

Kenyataan selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengenai saluran bantuan kepada OKU tidak wajar, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Gambar fail The Malaysian Insider.Kenyataan selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot mengenai saluran bantuan kepada OKU tidak wajar, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35, yang mengeluarkan kenyataan menerusi akaum Instagram miliknya, kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).
Kenyataan itu dipaparkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu, sekali gus menggemparkan negara.
Dalam kenyataan itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.

Realiti Sebenar Mengenai Bantuan Kerajaan BN Kepada OKU.!!

Susulan dari kes adik Muhammad Firdaus Dullah, ramai yang bersimpati dan meluahkan rasa kasihan dan tidak kurang juga yang mencaci maki kerajaan. Realiti sebenar mengenai bantuan kerajaan kepada golongan OKU, adakah anda pernah ambil tahu? Langsung tak pernah.
Dengan segala karenah birokrasi, prosedur bagainya.. adakalanya membuatkan mereka yang mempunyai anak OKU, atau pun orang OKU sendiri malas nak mohon bantuan dari kerajaan. Seriously, ini bukan nak tuduh tanpa bukti. Ada seorang lelaki OKU sejak dari kecil, hanya memiliki kad yang mengesahkan dia OKU namun bantuan langsung tidak pernah diterima. Bantuan apa yang dicanangkan oleh kerajaan itu? 
Ikuti luahan hati seorang ibu yang mempunyai anak OKU di bawah:
Me and my Angel...sesak dgn news feed bkenaan bantuan yg kjaan sediakan utk anak2 OKU. Betapa masyarakat dibutakan dgn kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. 
Ini hakikat yg sebenar wahai semua...bantuan itu akan disaring, aku yg hanya kerani dan suami seorg atendan hosp pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yg layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang2nya 8x sebulan...sesuatu yg agak tidak logik diakal bagi anak OKU yg terlantar utk tidak ponteng ke kelas. 
Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yg severe sama seperti Angel. Ada parents yg tak mendapat kebenaran utk keluar waktu bekerja 2x seminggu...mungkin kerana boss yg x memahami, rakan sekerja yg busuk hati. 

'Sejak bila IGP ambil alih tugas AG?' Soal Peguam

Peguam M Kulasegaran mempersoalkan sekiranya Datuk Seri Khalid Abu Bakar boleh bertindak melampaui undang-undang, berdasarkan kenyataan terbaru ketua polis negara itu berhubung kes perebutan hak jagaan anak.

Beliau juga melihat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gerun dengan ketua polis negara.

MP Ipoh Barat itu seterusnya menggesa Khalid meletak jawatan sekiranya hati nuraninya menghalang beliau menjalankan tugas.

"Timbul kebimbangan meluas apabila pegawa polis tertinggi dilihat tidak menghormati arahan mahkamah yang terang, jelas dan tidak kabur.

"Jika hati nurani IGP mengganggu beliau, lebih baik beliau meletak jawatan sebelum berlaku huru-hara dan kehilangan keyakinan masyarakat terhadap polis," kenyataan itu dipetik.

Kulasegaran mewakili M Indira Ghandi dalam kes perebutan hak jagaan anak dengan bekas suami, S Pathmanathan yang kini dikenali dengan nama Riduan Abdullah selepas memeluk Islam.

Khalid semalam menyatakan bahawa polis tidak akan menahan Patmanathan dan hanya akan memerhatikannya, walaupun Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014 sudah mengeluarkan perintah untuk berbuat demikian.

Langkah Kajang masih berjalan, kata Rafizi Ramli

Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Kajang dillihat tidak membawa perbezaan besar terhadap perancangan Langkah Kajang parti itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Kemenangan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Kajang dillihat tidak membawa perbezaan besar terhadap perancangan Langkah Kajang parti itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Adakah 'Langkah Kajang' yang dihasilkan oleh Pakar Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah berhenti dan tidak bergerak lagi?
Ini kerana, selepas enam bulan strategi itu dihasilkan, RM1.6 juta wang pembayar cukai dibelanjakan kerananya (melalui pilihan raya kecil) dan menteri besar Selangor itu masih kekal di situ.
Orang yang dipilih untuk menggantikan beliau berdepan dengan hukuman penjara manakala pengganti yang dipilih untuk menggantikannya 11 jam sebelum masa itu, iaitu isterinya, tidak menunjukkan sebarang minat untuk pergi lebih jauh daripada Adun Kajang saja.
Para pengguna laman sosial mempermainkan strategi itu sebagai "Penipuan Kajang" kerana tiada apa-apa yang berlaku selepas pilihan raya kecil Kajang.
Tetapi Rafizi yakin perubahan bakal berlaku.
"Sudah lima bulan ke? Tak mungkin," kata Rafizi sambil ketawa dan menggelengkan kepalanya ketika dia diperingatkan tentang posting dalam blognya yang bertarikh 29 Januari 2014 yang bertajuk "Game Changer in Putrajaya Quest".
"Walaupun Langkah Kajang berubah sedikit daripada rancangan asalnya, saya yakin ia masih berjalan untuk mengubah keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Masing sedih, kecewa dengan rombakan kabinet Najib

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing melahirkan rasa sedihnya susulan rombakan kecil kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mendakwa formula perdana menteri dalam memberikan jawatan menteri itu “tidak mencerminkan kekuatan parti komponen”.
Presiden salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) di negeri Malaysia Timur itu berkata, peruntukan portfolio menteri yang diberikan semalam juga mengabaikan sumbangan Dayak terhadap kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PRS pada masa ini adalah parti kedua terbesar dalam gabungan empat parti BN Sarawak.
Masing berkata, walaupun beliau senang dengan kemasukan semula MCA dalam kabinet, beliau bagaimanapun kecewa kerana permintaan partinya unauk mendapatkan jawatan timbalan menteri tidak diendahkan.
“Perdana menteri tahu kehendak PRS. Saya sudah menulis surat kepadanya. Saya akan mengingatkan beliau lagi,” kata Masing yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak, ketika diminta mengulas rombakan kabinet semalam.
Masing sedih berikutan hakikatnya ialah pada PRU13, PRS menang semua enam kerusi yang dipertandingkan sementara MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi yang diperuntukkan.
Dengan tujuh ahli Parlimen, MCA diberikan dua jawatan menteri penuh dalam rombakan kecil kabinet semalam – presidennya Datuk Seri Liow Ting Lai kini menteri pengangkutan sementara timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Parti itu juga diberikan tiga jawatan timbalan menteri. Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagai timbalan menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Chua Tee Yong sebagai timbalan menteri Kewangan sementara Datuk Lee Chee Leong menjawat jawatan timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 TNB Siri 2 Bulan Julai? Kenaikan 24% hingga 39% 18 Bulan Daripada Sekarang!

tarif elektrik naikKenaikan Tarif Elektrik Naik 2014 : Paling rakyat takutkan adalah mendengar pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia, kedua adalah pengumuman kenaikan tarikf elektrik naik. Masakan tidak, kesannya rantaian cukup dahsyat ke atas kos sara hidup di Malaysia.
Kali terakhir, TNB melakukan semakan kenaikan tarif elektrik naik adalah pada Januari 2014 yang lalu di mana rakyat Malaysia mula “menikmati” peningkatan 15% kepada 38.53 sen per kilowatt-jam (kWh). Belum sempat….
Belum sempat rakyat Malaysia yang mengalami kesesakan nafas apabila menerima berita kenaikan tarif elektrik naik pada Januari 2014, dijangka akan ada satu lagi siri pengumuman kenaikan tarif elektrik naik sekitar bulan Julai 2014 akan diumumkan kelak.

Butiran Kenaikan Tarif Elekrtik Naik 2014 Siri 2

  • dijangka kenaikan tarif elektrik naik bermula bulan depan, Julai 2014
  • kenaikan tarif elektrik tersebut tidak dapat dielakkan kerana berpunca daripada peningkatan harga gas antarabangsa
  • ditambah dengan mekanisma Pelaksanaan Pelepasan Kos Bahan Api (FCPT), di mana tarif elektrik akan diselarikan berdasarkan harga gas antarabangsa setiap enam bulan
  • Januari hingga Jun, berlakunya kenaikan harga LNG naik kepada 10%-25% tetapi harga batu arang turun 10%-15% antara tempoh tersebut
  • Tiada pilihan lain, iaitu merapatkan jurang antara kos sebenar janakuasa tenaga dengan tarif yang disubsidikan ketika ini
  • Kos sebenar kuasa tanpa subsidi sekitar 42 sen per kWh tetapi rakyat Malaysia hanya membayar tarif elektrik semasa 38.53 sen per kWh
  • jika tarif elektrik terus kekal seperti yang ada sekarang untuk beberapa bulan akan datang, jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan akan mencapai antara RM12 bilion hingga RM14 bilion bagi tahun ini saja.
Dengan kenaikan tarif elektrik naik Julai 2014 kelak, bukan sahaja orang bandar sahaja bakal terkesan, orang kampung, peniaga, pengilang, pemborong, pelabur asing bakal merasai impaknya.
Para pengilang dan para peniaga paling banyak mengunakan elektrik, yang mana akan menyebabkan kos akan meningkat secara mendadak dek kerana bil elektrik yang melambung tinggi. Akhirnya barang dikeluarkan kilang, pemborong hingga peniaga runcit semua akan terpaksa dinaikkan disebabkan kenaikan tarif elektrik naik peningkatan kos.
Suasana pelaburan dan perniagaan bakal menjadi tidak kompetitif. Jikalau ada negara lain yang bakal menawarkan kemudahan yang lebih baik, apa guna mereka melabur di Malaysia?

Semangat Makcik Wahida jadi inspirasi masyarakat Indonesia perjuangkan keadilan

Selamatkan-Pegunungan-KendengSHAH ALAM, 26 JUN: Kisah semangat penduduk Kampung Chubadak Tambahan mempertahankan kampung mereka daripada diusir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pertengahan bulan ini bukan sahaja mengundang simpati rakyat negara ini.
Malah, peristiwa hitam itu turut menjadi inspirasi kepada usaha membantah pembinaan kilang simen oleh penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan Kendeng Utara, Jawa Tengah Indonesia.
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Rakyat Menggugat (GERAM) di sana menjadikan semangat Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida memperjuangkan rumahnya dari dirobohkan DBKL sebagai pembakar semangat.
Antaranya, mereka menggunakan gambar makcik Wahida dalam kain rentang dan ‘bunting’ gerakan demonstrasi di hadapan bangunan kerajaan yang diadakan pada 19 Jun lepas.
Dengan tajuk ‘Selamatkan Pergunungan Kendeng’, mereka menggesa seluruh rakyat berkumpul bagi menyatakan solidariti mengusir jentera berat daripada terus melakukan kerja menarah kawasan pergunungan.
Mereka mendakwa tindakan kerajaan itu melanggar akta alam sekitar seterusnya mengubah ekologi semulajadi kawasan pergunungan khususnya Kampung Rembang.

Kerajaan perlu cekap, bukan tambah anggota kabinet

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini memerlukan kerajaan yang cekap dalam melaksanakan tanggungjawab kepada dan bukannya berbangga dengan jumlah anggota kabinet yang besar.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata pengumunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pelantikan beberapa anggota kabinet baru semalam amat mengecewakan dan dilihat satu pembaziran.

"Saya melihat pengumuman anggota kabinet yang dilakukan Najib semalam adalah perkara yang mengecewakan dan pembaziran untuk sebuah negara yang mempunyai rakyat seramai 30 juta penduduk.

"Rakyat hanya inginkan sebuah kerajaan yang berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan bukannya menambah anggota bagi memenuhi janji politik individu," katanya kepada Harakahdaily sebagai respons kepada penambahan anggota kabinet yang diumumkan Najib itu.

Katanya lagi, transformasi yang dilaungkan Najib dalam urus tadbir kerajaan tidak mencerminkan kesungguhan beliau dalam memastikan penjimatan dan kecekapan bekerja.

"Bila tambah anggota kabinet, ini menyebabkan tugas anggota kabinet akan lebih ringan dan saya pasti akan ada satu anggota kabinet akan laksanakan satu tugas sahaja.

"Sebagai sebuah kerajaan kita memerlukan seseorang yang dilantik itu boleh menjalankan pelbagai tugas yang diberikan.

Akhirnya MCA Lapar Dengan Umpan Najib

Oleh WFAUZDIN NS
HIDUP Melayu !! Itu mukaddimah aku untuk MCA yang kalah teruk di dalam PRU 13 yang lalu dan pernah berjanji untuk tidak akan menerima sebarang jawatan di dalam kabinet kononnya bertanggungjawab sangat terhadap prestasi buruk mereka, akhirnya lembik tengkuk dan merasa 'lapar' jua. Di dalam Bn, siapa tidak tahu bahawa kuasa dan jawatan adalah segala-galanya. 
Najib pun tahu kelemahan anak-anak buahnya, tidak lebih dan tidak kurang sama seperti pencacai di akar umbi yang lain. Jika untuk pencacai, beri saja BR1M maka tersedawa habis mereka dan lupa segala-galanya. Begitu jugalah dengan eksekutif di dalam MCA, nampak zahir saja seperti hebat dan bertanggungjawab dan berintegriti apabila berjanji dengan masyarakat Cina bahawa MCA tidak akan terima sebarang jawatan di dalam Kabinet jika MCA tewas teruk di dalam PRU 13. Alaahhh...semua ini di dalam poket Najib. Akhirnya, umpan saja jawatan maka umpama ayam daging kelaparan ditabur dedak. Rakyat di bawah melihat saja mereka diperbodohkan. Hidup Melayu, pemimpin MCA jadi Menteri setelah merata-rata kelentong rakyat. Orang Melayu sudah lama kita tahu standard mereka, dan kali ini kaum Cina di dalam Bn pun semakin sampai ke tahap serendah pemikiran kaum Melayu di dalam parti keris telanjang tanpa sarung itu. Adakah kita jadi susah hati? Tidak ada sebab mahu susah hati sebaliknya ini satu peluang kepada kita untuk memaklumkan kepada rakyat mainan politik Umno dan MCA ini.
Malaysia hebat bukan kerana ekonominya yang baik di dunia. Malaysia tidak hebat sekiranya hanya berharap kepada seekor Panda yang disewa. Malaysia hebat kerana di antara ranking Menteri paling ramai dan Tuan Penasihat 20 persen kepada Najib paling ramai di dunia. Itu lah hebatnya kita.

Pertambahan Menteri Kabinet : Ke Mana Negara Hendak DiBawa Oleh Najib Dan Kuncunya.....

Oleh Abu Hassan Adam

Perdana Menteri telah pun mengumumkan penambahan jumlah menteri dalam kabinetnya. Kini jumlah menteri dan timbalan menteri yang menganggotai kabinet DS Najib berjumlah 35 menteri penuh dan 27 Timbalan Menteri.
Kata golongan bijak pandai dan penganalisis politik, jumlah itu agak besar bagi Malaysia yang merupakan sebuah negara yang kecil berbanding dengan negara-negara seperti India, United Kingdom, Amerika Syarikat dll. Jika ditinjau dari segi jumlah menteri dan timbalan menteri maka tidak syak lagi bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang ‘hebat’- dari segi kuantiti.
Malaysia sentiasa ‘hebat’ dalam hal-hal sebegini. Kita ada bangunan tinggi yang merupakan antara yang tertinggi di dunia. Kita boleh cipta berbagai jenis kuih yang boleh dianggap terbesar, terpanjang di dunia. Kita boleh adakan perayaan secara besar-besaran untuk meraikan ‘kehebatan’ hasil karya kita yang dianggap antara yang ‘terhebat’ di dunia. Cuma kita agak ‘tewas’ dalam pertandingan yang membabitkan hal-hal berhubung dengan hal pendidikan. ‘Bab’ ini kita kalah.
PISA (Program for International Student Assessment )adalah ujian untuk menguji kebolehan pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 16 tahun dikalangan negara-negara OECD (Organization for Economic Coperation and Development) dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan. Yang ini kita kalah.
Berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara lain kita kalah. Jelas menunjukkan bahawa negara-negara Asia seperti Shanghai, Hong Kong, Singapore, Japan, Korea Selatan telah begitu maju dari segi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan. Malah telah dikatakan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di negara-negara Asia berkenaan adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan Malaysia. Maknanya negara kita terkebelakang lima tahun berbanding dengan negara-negara yang menduduki tempat yang ke 20 teratas.
Apakah Menteri pelajaran di negara kita tidak bimbang dengan pencapaian negara kita? Apakah Menteri Pelajaran tidak runsing dengan kedudukan university kita yang berkedudukan hampir tercorot berbanding dengan university-university di negara jira seperti singapura? Mungkinkah dengan sebab sedemikian telah menyebabkan ada ura-ura yang mengatakan bahawa Menteri Pelajaran kita berhasrat untuk mengundur diri? Persepsi rakyat mengenai perjalanan kementerian Pelajaran Malaysia kini amat negatif dan perlu dipulihkan segera.
Aku tidak dapat menjangkau apakah yang ada dalam fikiran para menteri samada yang baru dilantik ataupun yang sudah lama ‘menghangatkan’ kerusi menteri. Aku amat yakin bahawa rakyat Malaysia kurun ke21 memerlukan seorang Menteri yang juga seorang pemimpin bukan seorang menteri yang hanya boleh mentadbir. Rakyat perlukan seorang menteri bukan sahaja hadir di parlimen dan membaca apa saja yang telah ditulis oleh para pegawai di kementeriannya tanpa mengerti dan faham sebenar-benar apa yang ditulis. Bagi aku tugas mentadbir sesebuah kementerian boleh saja diserahkan kepada Ketua Setiausaha Kemnterian yang sememangnya terlatih untuk menjadi pentadbir sebuah kementerian yang diselenggarakannya. Tidak syak lagi bahawa sememangnya mereka layak menjalankan tugas itu.
Yang diharapkan dari seorang Menteri kabinet ialah idea bagaimana memajukan kementerian dan negara. Menteri sepatutnya memberikan sumbangan idea yang mengarahkan kepada kepimpinan yang berkesan. Untuk mencari dan menimba idea, seseorang menteri seharusnya membaca banyak buku-buku yang boleh membantu memperkayakan idea untuk digembelingkan. Berapa orang agaknya antara menteri kita yang mendampingkan diri mereka dengan buku-buku yang memaparkan tentang idea-idea baru yang boleh dipraktikan di Malaysia kini.

Bangsawan UMNO: Saya pakai songket murah saja, ia dari pakistan jawap Syed Ali pada Zam.!!

Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tulisan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang menuduh pemimpin parti itu bermewah-mewah pada sambutan ulang tahun ke-20 bahagian itu, kelmarin.

Zainuddin yang dikenali dengan nama pena 'Zam' mengkritik pujian pengarang kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam majlis itu.

Menurut Zam, pemakaian persalinan songket berharga di antara RM5,000 sehingga RM30,000 sepasang pada majlis itu menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa.

Bercakap kepada Malaysiakini, Syed Ali (kiri) menjelaskan bahawa songket yang dipakainya dan beberapa pemimpin Umno pada malam itu adalah songket murah daripada Pakistan.

"Berapa ramai sahaja daripada kami yang memakai songket pada malam itu? Bukan semua pakai songket.

"Dan takkan dia (Zam) tak tahu hendak bezakan antara songket yang mahal dengan songket yang murah?

"Songket yang kami pakai malam itu songket murah saja daripada Pakistan," katanya.

Jelasnya, beliau tidak faham akan alasan Zam untuk mengkritik kreativiti bahagian Cheras yang hanya menyambut ulang tahunnya setiap lima tahun sekali.

'Sekupang pun kita tak minta'

Kapitalis Kotaraya: Makcik Wahida berjaga malam bimbang rumah diroboh DBKL

KUALA LUMPUR: Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida terpaksa berjaga malam secara bergilir-gilir dengan suaminya kerana risau rumahnya diroboh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara mengejut.

Makcik Wahida merupakan seorang penduduk di Kampung Chubadak Tambahan merupakan salah seorang mangsa apabila rumah mereka dirobohkan DBKL sebelum ini.

Beliau ketika ditemui Harakahdaily memberitahu akan terus mempertahankan rumahnya walaupun DBKL tetap bertegas untuk merobohkannya.
"Sekarang makcik terpaksa berjaga setiap malam bergilir-gilir sebab takut rumah ini diroboh secara mengejut.

"Makcik akan terus mempertahankan rumah ini selagi tidak ada keadilan untuk makcik, menang atau kalah makcik akan tetap duduk di sini," katanya.

Beliau yang menjelaskan tidak pernah menolak pembangunan tetapi kerajaan perlu bersikap adil dan memberi pampasan yang sewajarnya dan bukannya mengambil kesempatan.

"Hormatilah orang tua seperti makcik, kita tidak pernah menolak pembangunan tetapi biarlah keadilan diberikan sewajarnya dan jangan mengambil kesempatan dari usia makcik ini," jelasnya yang turut mengidap sakit jantung, paru-paru dan darah tinggi.

Ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah yang akan diketahui esok 26 Jun yang berkemungkinan DBKL akan terus bertindak merobohkan rumahnya, beliau memberitahu akan terus mempertahan dari rumahnya diroboh.

"Harapan makcik kepada pemerintah atau orang yang berkenaan tolong beri kerjasama dan beri inisiatif terbaik untuk kami sepertimana yang kami pohon.

"Makcik cekal hati Allah tetap melindung orang yang benar, apa yang akan terjadi makcik akan pertahankannya," sambung beliau yang telah menetap di Kampung Chubadak hampir 45 tahun.

GST tingkatkan kos rawatan hospital...ada kerajaan BN peduli..!!


 Peningkatan kos penjagaan kesihatan tidak dapat dielakkan apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April tahun depan.
 
Public Invest Research dalam nota penyelidikannya berkata, walaupun hospital-hospital tidak dibenarkan melaksanakan GST untuk kos rawatan pesakit kerana ia dikecualikan namun ubat-ubatan dikenakan GST.
 
Katanya, pengendali-pengendali hospital tidak mungkin mampu menanggung kos dan ia perlu diserap oleh pelanggan.
 
"GST terhadap ubat-ubatan ini adalah kos kepada hospital-hospital," katanya dalam nota penyelidikan itu.
 
Tambahnya, peserta-peserta dalam industri itu sedang berunding dengan kerajaan untuk mengurangkan kesan GST terhadap kos mereka tetapi hasilnya tidak diketahui.

Tambah kabinet: Tanggung ahli kabinet bertambah, rakyat tunggu bayar GST untuk penuhkan tempolok menteri..!!!

Ketika banyak pihak memandang sinis dengan pentadbiran Dato Seri Najib Razak yang memegang 'Guinness Book of Records' barisan kabinet yang mempunyai bilangan menteri paling ramai di dunia, namun Perdana Menteri itu masih kelihatan 'selesa' dengan rekodnya itu.

Sudah tentu perbendaharaan negara terpaksa menanggung beban kewangan yang semakin besar untuk membayar elaun para barisan kabinet Najib ketika rakyat marhaen bakal berdepan tanggungan beban GST tidak lama lagi.

Ramai menjangkakan Najib akan melakukan rombakan besar-besaran dengan mengecilkan sedikit jumlah barisan kabinet namun sebaliknya berlaku apabila mengumumkan beberapa pemimpin kanan dari MCA dan Gerakan kembali menyertai barisan kabinet selepas memulaunya sebelum ini.

Selain menyangka Najib mengecilkan jumlah kabinetnya, ramai juga turut berharap beberapa menteri yang dianggap 'cap ayam' turut disingkirkan dari barisan menteri namun tiada isyarat ke arah itu akan berlaku.

Laporan media semalam menyebut Najib selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) telah mengumumkan kemasukan kembali wakil dari MCA dan Gerakan dalam kabinet 'gergasinya'.

Menurut portal The Malaysian Insider, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai telah dilantik sebagai menteri pengangkutan, menggantikan Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sebelum ini memangku jawatan berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kabinet meningkat kepada 35 Menteri, Najib tiada pilihan?

KETIKA Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009 yang lalu, kabinet pertama beliau dianggotai 30 orang Menteri sahaja.
Sebaik sahaja selepas PRU ke-13, kabinet beliau mempunyai 32 menteri, dengan satu kekosongan Menteri Pengangkutan. Kerusi tradisi MCA, Menteri Pengangkutan tidak diisi melainkan hanya dipangku oleh Datuk Hishamuddin Tun Husein yang juga Menteri Pertahanan.
Seperti yang dijangkakan, Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA diberikan portfolio Menteri Penangkutan yang sengaja dikosongkan sejak pembentukan kabinet kerana MCA tertakluk kepada resolusi tidak menerima jawatan kabinet jika mengalami prestasi yang buruk dalam PRU ke-13 lalu.
Najib juga mesti mengotakan janji untuk memberikan kembali satu kerusi Menteri kepada Gerakan yang menang dalam pilihan raya kecil Teluk Intan tempohari. Disebabkan tidak berlaku rombakan kabinet dalam erti kata yang sebenarnya, Mah Siew Keong dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
MCA yang sebelum ini dipertuntukkan dengan empat kerusi Menteri penuh tidak mendapat kembali kouta tersebut, sebaliknya hanya diberikan satu lagi kerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri supaya tidak kelihatan lebih kecil daripada MIC pula apabila parti tersebut diberikan dua kerusi Menteri.
Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala ketiga-tiga Naib Presiden MCA dilantik menjadi timbalan Menteri dengan Lee Chee Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Najib beri hadiah sebelum larian tamat

Najib Razak telah mengumumkan kemasukan enam orang pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinetnya. Tiga dilantik menjadi menteri, iaitu Presiden MCA Liow Tiong Lai, timbalannya Wee Kah Seong dan Presiden Gerakan Mah Siew Keong. Tiga lagi ialah Naib-naib Preisden MCA masing-masing dilantik menjadi timbalan menteri.

Alasan Najib untuk menambah anggota kabinetnya, kerana menerima keputusan MCA dibawah pimpinan Tiong Lai yang mahu sertai semula kabinet. Sebelum ini MCA tidak menyertai kabinet dan menerima apa-apa lantikan politik (kerajaan) kerana sebagai kifarat atas kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Tindakan MCA yang ketika itu dibawah pimpinan Chua Soi Lek dilihat tegas dan itulah integriti politik MCA. Bukan sahaja orang Cina tetapi orang lain juga menadang tinggi atas ketetapan Chua Soi Lek berkenaan. Pemerhati merasakan tindakan MCA itu sebagai tepat sekali dan hukuman yang setimpal.

Seharusnya MCA tidak menganggotai kabinet kerana ia jelas tidak membawa kemenangan atau membantu kemenangan kepada Umno. Seharusnya kerusi-kerusi diperuntukan kepada MCA itu diberikan kepada wakil-wakil Umno. Tidak menjadi kesalahan, dan tidak ada sesiapa boleh pertikiaikan kalau Umno bersikap tamak kerana Umno lah menyelamatkan kerajaan BN.

Mungkin keperluan wakil kedua-dua parti itu untuk dibawa masuk ke dalam kabinet boleh ditangguhkan sehingga selesai pilihan raya umum akan datang. Kesannya apabila Najib sedia akur dengan pemintaan MCA agar membawa masuk wakil mereka semula ke dalam kabinet, Najib juga perlu mengambil peduli yang sama kepada mana-mana pihak atau ethnik di Sabah dan Sawarak yang mahukan anggota mereka berada dalam kabinet.

Dunia belum hendak kiamat lagi, kita bina negara baru....

Aspan Alias
 
MCA dan Gerakan telah kembali ke kabinet negara seperti yang diumumkan oleh PM Najib semalam. Hishamudin Husein tidak akan mengendalikan lagi isu MH370 yang hilang lebih dari tiga bulan yang lepas kerana Liow Tiong Lai akan memikul isu itu sejak dari sekarang ini. Adakah MH370 akan ditemui jika Tiong Lai mengambil alih Kementerian Pengangkutan kita?

Dua dari tujuh ahli Parlimen MCA yang menang dalam PRU 2014 yang lalu berada di dalam Kabinet Najib. Gerakan pula menempatkan 50 peratus dari dua ahli Parlimen nya yang menang dalam pilihanraya itu dengan melantik Presidennya yang baru memenangi pilihanraya kecil Teluk Intan baru-baru ini . Dari segi peratusan Gerakan mempunyai penyertaan yang paling tinggi iaitu 50 peratus dan MCA pula mendapat penyertaan dalam kabinet sebanyak lebih dari 40 peratus.
UMNO yang memenangi 89 kerusi hanya mempunyai 20 peratus dalam kabinet Najib sekarang ini. Inilah ‘cantiknya’ BN. Parti yang berpeluh tidak mendapat penyertaan yang sebegitu besar. Tetapi ini semuanya kerana kebersamaan dalam BN itu masih wujud.
Susah dan senang bersama. Tetapi susah senang bersama itu tidak seindah dahulu. Sekarang mereka dalam komponen BN itu sama-sama susah. Diantara parti-parti yang ada di dalamnya, mereka bukan untuk membantu memberikan kekuatan kepada BN itu, tetapi mereka sama-sama menyumbang kepada melemahkan komponen itu sejak beberapa tahun yang lalu.
Kita mesti menerima hakikat yang BN itu sudah sampai ke penghujung kalamnya. Itu pun adalah hakikat yang perlu dilalui oleh mana-mana parti yang sudah tua. Asal kelemahan ini ialah kerana UMNO khususnya dan BN amnya, terlalu leka dengan kejayaan mendapatkan mandat yang berterusan. Mereka tidak mangambil kegagalan mereka secara serius.
Mereka sudah terlalu biasa dengan melakukan kesilapan tanpa berusaha untuk memperbaiki kesilapan itu. BN tidak pernah merasakan yang kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan itu akhirnya akan menerima padahnya. Kelalaian itu terlalu lama sehinggakan UMNO dan BN itu tidak lagi mempunyai daya kekuatan untuk memperbaiki keadaan, kerana dalam mereka lalai dan leka itu, parti-parti di dalamnya sarat dengan pemimpin yang tidak tahu apa yang hendak mereka lakukan.
Keseluruhan pimpinan parti-parti dalam BN itu sudah menjadi lemah dari semua sudut. Itu sebabnya blog ini sentiasa memohon dan merayu kepada semua pihak terutamanya kepada pemimpin yang berada dalam legislatif negara untuk mempunyai pemimpin yang mungkin boleh memberikan semangat yang membolehkan imej dan kekuatan parti-parti dalam BN itu diperbaiki dan ditingkatkan.

Susunan Kabinet Membuktikan Najib Pemimpin Hebat Lagi Luar Biasa!!

Barangkali disebabkan kecaman dan serangan awal terhadap rombakan kabinet terutama yang melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO, khususnya spekulasi juga tersebar mengatakan ia akan dijadikan landasan untuk menaikkan pangkat sepupunya, Hishammuddin Hussein, telah menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak tidak melakukan apa yang dinamakan rombakan dalam kabinetnya kali ini, sebaliknya hanya melakukan penambahan anggota saja.

Anggota yang ditambah pula hanyalah melibatkan kemasukan pemimpin MCA dan Gerakan saja. Presiden MCA, Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, masing-masing dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA, Lee Chee Leong, Chua Tee Yong dan Chew Mei Fun pula dilantik sebagai timbalan menteri di MITI, Kewangan serta Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penambahan dua lagi anggota kabinet kali ini bukan saja menjadikan barisan kabinet Najib menjadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia dan mungkin juga terbesar dalam dunia iaitu seramai 35 orang. Bagi Malaysia yang baru mencapai jumlah penduduk 30 juta orang, Najib dianggap cemerlang kerana memberi pekerjaan dan ganjaran kepada 35 orang sebagai menteri dan 28 orang lagi sebagai timbalan menteri.

Dalam sususan kabinet kali ini, tambah cemerlang lagi ialah dengan perlantikan Wee Ka Siong dan Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bermakna jumlahnya meningkat kepada 10 orang. Lapan menteri sedia ada di JPM ialah Jamil Khir Baharon, Wahid Omar, Shahidan Kassim, Idris Jala, Joseph Kurup, Nancy Shukri, Joseph Entulu dan Paul Low.

Jika dikira dengan Najib sebagai ketua dan Muhyiddin sebagai orang nombor dua di JPM, jumlahnya meningkat lagi kepada 12 orang, suatu angka yang menakjubkan pencapaiannya bagi negara seperti Malaysia.

Mempunyai menteri di JPM seramai 10 orang tidak pernah berlaku sebelum ini, baik di era Mahathir mahupun Pak Lah. Inilah hebat dan luar biasanya Najib.

Ramai yang berkata, jumlah itu terlalu besar dan lebih merupakan pembaziran. Berapa wang rakyat bakal dihabiskan untuk membayar gaji dan elaun mereka saja sedangkan dengan jumlah menteri yang ramai itu, tentulah skop kerja dan bidang tugas menjadi semakin sedikit.

Sekali lagi, inilah hebatnya Najib.

Sebelum beliau memperolehi banyak wang melalui cukai GST yang akan dikuatkuasakan pada April tahun depan, beliau sudah pun mempunyai perancangan ke mana wang itu mahu dibelanjakan. Inilah pemimpin yang memandang ke hadapan dengan gaya pemikiran di luar kotak.

10 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri boleh tubuh pasukan bola sepak

NEWSSHAH ALAM, 25 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tidak ubah seperti seorang pengurus pasukan bola yang paling gagal dalam sejarah kabinet Malaysia.
Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, berkata tindakan Najib melantik dua lagi menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak akan membawa perubahan dan hanya menambah beban rakyat.
Katanya, pelantikan itu juga tidak memberi makna kepada masyarakat Tiong Hua kerana mereka sudah menolak secara keseluruhan kepimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Tiada gunanya, beliau tambah lagi pemain dalam pasukan kerana yang lepas juga rakyat dah tolak habis, 52 peratus sudah pilih Pakatan Rakyat (PR).
“Najib ini memang tiada strategi, bukan hendak menjadikan pasukan dia semakin mantap, bahkan membebankan kita.
“Makin besar kabinet itu, makin besar hutang rakyat. Najiblah pengurus paling gagal,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Cara pelik membela Islam?

MOHAMED HANIPA MAIDIN
SEORANG ulama faqih dan sufi yang terkenal di Morocco iaitu almarhum Sidi Ahmad Zarruq (1442- 1493) telah dihukum oleh pemerintah kerana mempertahankan hak-hak orang Yahudi. Ulama besar ini yang juga digelar muhtasib al-ulama'wa al-auliya' terkenal dengan kitabnya yang masyhur iaitu Qawa'id al-tasawwuf.

Beliau juga telah memberi komentari ke atas kitab al Hikam. Beliau akhirnya meninggal dunia di Misrata, Libya. Mungkin pelik kita mendengar ulama besar Islam dihukum kerana mempertahankan hak orang orang Yahudi yang dizalimi oleh pemerintah yang beragama Islam.

Ia pelik jika kita belajar Islam dari Umno dan Perkasa. Tetapi jika kita pelajari Islam dari sumbernya yang bersih dan suci insya-Allah tidak ada peliknya. Muqaddimah itu sengaja saya lontarkan di sini supaya kita tidak terikut dengan gelagat dan cara Perkasa ingin membela Islam.

Yang terbaharu pemimpin Perkasa Ruslan Kassim mahukan Sultan memenggal kepala mereka yang dikatakan menghina Islam. Jika beginilah imej dan mesej Islam yang dibawa oleh para pendakwah dan pedagang Islam yang datang ke bumi Nusantara ini adakah Parameswara tertarik kepada Islam?

Wahai Ruslan bacalah al-Quran nescaya kamu akan lihat banyak lagi penghinaan yang dilemparkan kepada Islam dan para anbiya' dan adakah Islam menyelesaikan penghinaan itu dengan bertindak secara hina iaitu memenggal kepala manusia? Segalanya bermula daripada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 2 Januari 2014 yang meramPAS 300 buah naskah al-Kitab berbahasa Melayu dan Bup Kudus (bible berbahasa Iban) yang mengandungi nama Allah dari stor Persatuan Bible Malaysia.

Alasan ramPASan itu adalah penggunaan kalimah Allah dalam bible tersebut adalah melanggar seksyen 9 (1) (a) Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan penyebaran ke atas orang-orang Islam) 1988 . Antara lain menurut seksyen 9 (1) (a) Enakmen tersebut, seseorang itu dikatakan melakukan kesalahan sekiranya ia menerbitkan kata-kata di dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut bagi tujuan "menyatakan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, aktiviti, cara atau apa yang berkaitan dengan agama bukan Islam".

Perkataan Allah termasuk dalam Bahagian 1 Jadual di Enakmen tersebut. Berdasarkan Enakmen tersebut mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah Sesyen iaitu pendakwaan akan dilakukan oleh Pendakwa Raya iaitu Peguam Negara. Pihak Peguam Negara telah memutuskan tiada kesalahan dilakukan di bawah Enakmen tersebut dan tiada pendakwaan akan dilakukan ke atas mana-mana orang.

Dengan ketiadaan pendakwaan itu maka di sisi undang undang dan juga logik, pihak JAIS sewajarnya memulangkan kembali 300 bible yang diramPAS itu. Malangnya JAIS tidak mahu memulangkan kembali. Meskipun PAS tidak terlibat dengan tindakan JAIS tersebut, pelbagai kritikan di laman sosial menghentam PAS sehingga ada yang menyatakan jika PAS memerintah Malaysia inilah yang PAS akan lakukan (macam JAIS lakukan).

Tepi Lorong Bawah Jambatan


gelandangan1
Oleh Edry Faizal
‘Seseorang itu miskin kerana malas’ merupakan satu kesimpulan yang pastinya biasa didengar. Kadangkala tanpa cubaan menilai kembali sama ada pernyataan yang menjadi tiang bagi kesimpulan itu kukuh atau rapuh.
Baik di sekolah mahupun di dalam masyarakat, kejayaan dikaitkan dengan kerajinan, kegagalan pula dengan kemalasan. Apabila masyarakat menjadikan kekayaan sebagai simbol kejayaan, kemiskinan akan langsung menggambarkan kegagalan.
Kemudian kejayaan dan kekayaan itu seringkali dipamerkan sebagai usaha individu semata, kegagalan dan kemiskinan juga akan dilihat begitu. Kemiskinan tidak akan dilihat ada kena-mengena dengan sistem ekonomi, politik dan sebagainya, melainkan hal individu itu semata-mata. Lalu secara sedar atau tidak, lebih mudah kemiskinan itu terus dikaitkan dengan kemalasan kerana tumpuannya ialah individu.
Ditambah semakin menjadi-jadi zaman ini, kayu ukur kejayaan sering dikaitkan dalam bentuk pemilikan harta. Mempunyai rumah agam meletakkan seseorang pada kasta lebih tinggi berbanding yang sekadar memiliki pangsapuri.
Yang memiliki pangsapuri tentulah lebih tinggi kastanya berbanding sekadar menyewa. Oleh itu amat mudah untuk menyusup ke fikiran kasta lebih tinggi satu tanggapan, mereka tanpa rumah itu kasta paling bawah dalam sistem kejayaan.
Jika demikian corak fikir masyarakat, di manakah kedudukan kelompok yang bukan saja miskin tetapi juga tiada tempat tinggal, sehingga terpaksa hidup bergelandangan?
Sepertimana masalah kemiskinan, masalah gelandangan ada kerumitan tersendiri. Mengabaikan kerumitan itu menyebabkan mudah membuat kesimpulan kelompok terpinggir itu hanya mengada-ada. Hidup di bawah jambatan atau lorong-lorong kerana malas bekerja, memperbaiki kehidupan dan cuma mengharapkan bantuan.
Tanggapan serong bertunas daripada corak berfikir pukul rata bahawa golongan miskin adalah kelompok pemalas.
Baru-baru ini, tinjauan portal berita The Star memberikan gambaran jelas betapa masalah golongan gelandangan itu pelbagai. Ada yang dihalau keluarga kerana punyai anak di luar pernikahan. Ada disisihkan kerana kecacatan mereka menyebabkan mereka tidak dapat lagi berfungsi di dalam masyarakat.
Ada ditipu dengan janji peluang pekerjaan lebih baik di bandaraya, kemudian menyedari hanya sekadar menjadi buruh murah. Malah turut dikisahkan ramai di kalangan mereka pernah dikecewakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu.