Rabu, 25 Jun 2014

“Kabinet ada MCA atau tidak, sama sahaja” – Lim Lip Eng


lim lip eng


KUALA LUMPUR, 25 JUN: Penstrukturan semula Menteri Kabinet melibatkan lima pemimpin MCA tidak memberi sebarang makna kerana parti itu gagal menyuarakan hasrat masyarakat Cina di negara ini, kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Lim dalam kenyatannya hari ini berkata, sama ada wujud atau tidak wakil MCA dalam barisan kabinet, tidak ada perbezaan.
“Yang perlu dipersoalkankan sekarang – apa yang boleh mereka lakukan. Apa bezanya sebuah kabinet yang ada wakil MCA dan kabinet yang tiada wakil MCA?, kata Lim sinis.
Bekas Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, parti itu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian parti itu yang lemah dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Namun, pada Februari 2014 selepas pelantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai presiden MCA dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM), parti itu mengintai peluang untuk menjabat semula jawatan di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
Kata Lim, tidak ada sebarang hasil kerja yang boleh dibanggakan, malah tanpa sebarang petunjuk prestasi bagi mengabsahkan pelantikan lima pemimpin MCA ke dalam kabinet.
“Kabinet kerajaan minoriti Barisan Nasional terpaksa disusun semula. Selepas hanya satu tahun, Malaysia kembali ke petak mula? Apa sebabnya?. soalnya.
Tambahnya, penyusunan semula kabinet ini hanya untuk ‘memberi muka’ kepada MCA dan Gerakan yang gagal untuk kekal relevan pada PRU lalu.
Lim sebelum ini pernah meminta -pemimpin MCA yang begitu aktif di media sosial, terutamanya presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk menawarkan lima janji kepada masyarakat Cina sebagai hujah penyertaan parti itu ke dalam kabinet.

Kabinet: Bukan Rombakan Tetapi Penambahan

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Senarai baru kabinet telah diumumkan. Antara reaksi segera ramai penganalisis ialah ini bukan rombakan, tetapi penambahan ahli kabinet yang membolehkah negara kita masuk dalam senarai mempunyai ahli kabinet teramai di dunia.
Pertanyaan lain ialah tidak membazirkah kita dengan mempunyai ahli kabinet yang ramai itu? Apakah perlu kita mempunyai ramai menteri di Jabatan Perdana Menteri? Apakah bidang tugas mereka?

Dari sudut lain pula, ada yang menyatakan ini merupakan tindakan strategik PM kerana tidak merubah kedudukan kabinet yang ada. Bila menteri kekal, maka tidak tergoncangkan kedudukan politik kerajaan. Saya pula mengharapkan rombakan kabinet, bukannya penambahan ahli kabinet. Saya melihat sudah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku.
Dan dengan pengumuman tadi, tentunya menteri yang sejak seminggu dua ini tidak lena tidur boleh bernafas lega. Harapan saya, setelah nafasnya tidak lelah lagi, tengoklah rakyat dan bekerjalah untuk rakyat.
Tengoklah jalan sesak dan jam, tetapi tol terpaksa dibayar. Tengoklah tarif lektrik naik, tetapi bekalannya terputus, tengoklah nasib orang miskin dan OKU yang terbiar, tengoklah sekolah yang dimuatkan anak murid seramai 45 orang di dalamnya dengan kerusi bangku yang semakin tidak bermutu, tengoklah keresahan rakyat ini. Dengarlah rintihan mereka..
Pesan saya pada menteri, bertindaklah dengan visi dan misi yang baru. Janganlah selepas kabinet hendak dirombak lagi, baru perasaan mula resah semula.

Tambah Kabinet: PM Najib pilih jalan selamat.!!

Penambahan anggota Kabinet bukannya rombakan seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini menunjukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memilih jalan yang selamat.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus berkata, Najib sewajarnya mempertimbangkan pertukaran beberapa menteri Kabinet yang dilihat kurang cekap menjalankan portfolio masing-masing untuk digantikan dengan menteri Kabinet yang baharu.

“Ini merupakan tindakan strategik PM kerana tidak merubah kedudukan Kabinet yang ada. Bila menteri kekal, maka tidak tergoncang kedudukan politik kerajaan.

“Sepatutnya, telah sampai masanya beberapa menteri ditukar ke kementerian lain atau digugurkan, tetapi itu tidak berlaku.

“Dengan pengumuman tadi, tentunya menteri yang sejak seminggu dua ini tidak lena tidur boleh bernafas lega.

“Apa-apa pun, walau tiada rombakan, harapan saya, setelah nafasnya tidak lelah lagi, tengoklah rakyat dan bekerjalah untuk rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Agus berkata demikian bagi mengulas pengumuman rombakan Kabinet oleh PM pada tengah hari tadi.

Bukti rakyat tersepit dan susah, 6.8 juta permohonan BR1M dilulus sehingga Mei

Sebanyak 6.8 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 diluluskan kerajaan sehingga 31 Mei lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
  
Daripada jumlah itu, sebanyak 4.5 juta penerima terdiri daripada golongan isirumah manakala 2.3 juta lagi penerima adalah golongan bujang dengan kesemuanya melibatkan peruntukan RM3.6 bilion.

"Jumlah penerima ini dijangka meningkat memandangkan permohonan rayuan baharu ditutup pada 31 Mei lepas dan masih ada permohonan yang sedang diproses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," katanya di Dewan Negara hari ini.
  
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Mohd Khalid Ahmad yang bertanya sama ada kerajaan bercadang mengkaji semula pemberian BR1M secara tunai dengan kaedah baru seperti pemberian kupon makanan atau kaedah lain yang bersesuaian.
  
Ahmad berkata dari segi penunaian pula, sebanyak 6.4 juta penerima atau 94 peratus telah menunaikan BR1M masing-masing.
    

Kabinet Najib terima gaji RM10juta setahun..rakyat terus merempat beri makan Pak Menteri

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dinanti-nanti hari ini menimbulkan persoalan berhubung saiz besar kabinet barunya itu.

Untuk negara dengan 30 juta penduduk ini, pertambahan anggota kabinet Najib menjadikannya memiliki 35 menteri penuh dan 28 timbalan menteri.

Jumlah portfolio kabinet juga semakin bertambah.

Seramai 35 anggota itu, 10 daripadanya berkhidmat dalam Jabatan Perdana Menteri – yang semakin membesar – membentuk kabinet dalam kapasiti sebagai menteri penuh.

Berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan parlimen Malaysia, barisan baru kabinet itu akan menelan wang pembayar cukai kira-kira RM530,000 dalam bentuk gaji atau RM6.3 juta setahun.

Ini tidak termasuk saraan yang diterima menteri-menteri itu atas kapasiti mereka sebagai anggota parlimen serta mengambil kira juga bayaran elaun-elaun yang layak diterima.

Jika timbalan perdana menteri dimasukkan sekali, kerajaan ini berbelanja RM835,325 sebulan untuk gaji pokok untuk kesemua pemimpin atasannya, atau mencecah RM10 juta setahun.

Lebih mahal dari UK

Najib mempertahankan keperluan mengembangkan kabinet. Ini ekoran perubahan pendirian MCA yang kini bertukar fikiran untuk menerima kerusi kabinet.

Jika dibandingkan dengan negara-negara Komanwel, kabinet itu besar jika dibandingkan dengan populasi penduduk.

India, negara dengan satu bilion penduduk, menyaksikan juga 23 anggota kabinet.

Malah, menteri di India tidak mempunyai gaji pokok dan dibayar berdasarkan elaun harian yang ditetapkan parlimen mereka.

Di United Kingdom yang mempunyai 63 juta penduduk, juga mempunyai 23 anggota kabinet yang menerima bayaran £1.57 juta setahun (RM8.54 juta).

APAKAH BEGITU SIFAT SEBENAR ORANG MELAYU?

Beberapa tindakan yang dilakukan oleh beberapa NGO di negara ini pada akhir-akhir ini seolah-olah menampakkan semacam orang Melayu tergugat kedudukannya. Semacam orang Melayu yang beragama Islam terancam kedudukannya. Apakah betul anggapan sedemikian?. Dan sekiranya diteliti dan diperinci, tidak menampakkan langsung bahawa orang Melayu di negara ini tergugat. Golongan yang merasakan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam sedang digugat adalah sama seperti takutkan  bayang-bayang yang diciptakan untuk ‘menakutkan’.
Mungkin pihak-pihak tertentu di negara ini mempunyai agenda tertentu yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Agenda mereka yang tersendiri yang direka dan dicipta oleh mereka sendiri. Aku tentulah tidak dapat memahami tindakan pihak-pihak tertentu yang terpaksa ‘mencipta’ sesuatu isu demi untuk menonjolkan diri mereka sebagai ‘hero’ memperjuangkan sesuatu isu yang berkaitan dengan agama. Terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang hebat bagi menunjukkan bahawa mereka berbuat sesuatu untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Hanya mereka sendiri yang tahu dan faham apa yang mereka lakukan.
Aku tidak faham dengan keadaan dan situasi yang berlaku kini. Semenjak zaman berzaman aku tidak pernah lagi melihat suasana dan ‘kelakuan’ yang sebegini yang dilakukan oleh rakyat Malaysia  berketurunan Melayu dan beragama Islam. Mungkin ada. Hanya aku yang tidak perasan perkara seperti itu berlaku. Semenjak zaman berzaman orang Melayu memang terkenal dengan bangsa yang bersopan santunnya, sehinggakan kita (orang Melayu termasuk aku) sangat dihormati oleh bangsa lain di negara ini. Orang Melayu sememangnya bersifat lemah lembut dan bersopan santun.
Aku turunkan beberapa baris dari sajak dari sastrawan negara Dato’ Usman Awang berjodol “Melayu”.

Bawa MCA, Gerakan dalam kabinet, BN terdesak raih sokongan

kabinet NajibKUALA LUMPUR 25 JUN: Perlantikan pimpinan MCA dan Gerakan dalam kabinet bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, penstrukturan semula kabinet yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara, selepas penolakan nyata kedua-dua parti komponen BN itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.
“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno,” katanya dipetik.
Beliau mengulas perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai ke dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Paling Ramai Dalam Dunia: Jemaah menteri ramai tak dapat dielak kata Najib

Menteri Penuh Paling Ramai Dalam Dunia..!!! 36 Orang.....??
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jumlah anggota jemaah menteri yang semakin bertambah dengan pelantikan baru yang diumumkan hari ini tidak dapat dielakkan atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, beliau membuat perubahan berdasarkan keputusan baru MCA yang mahu menyertai Kabinet semula, selepas memutuskan sebaliknya sebelum itu.

"Kita terpaksa buat perubahan berikutan keputusan yang dibuat oleh MCA.

"Sebab pada mulanya MCA kata dia tak nak masuk kerajaan, tapi kemudian dia telah berfikir semula dan melihat bahawa perlu mereka menyertai kerajaan," katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa pengumuman penstrukturan semula Kabinet itu ditunda bagi menumpukan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

“Kita tidak dapat umum lebih awal kerana MH370.

"Kita perlu tumpuan sepenuhnya ke atas kes ini, dan kesinambungan itu penting.

"Sekarang kita sudah pergi ke fasa baru mengenai MH370, saya rasa sekarang waktu yang sesuai untuk buat pengumuman," katanya.

Tambahnya, rundingan akan diadakan untuk memutuskan sama ada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memikul tanggungjawab dalam pencarian pesawat baru itu.

Susulan dari pengumuman hari ini, anggota jemaah menteri kini terdiri dari 35 menteri penuh, termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan juga 28 timbalan menteri.

Jabatan Perdana Menteri sendiri terdiri dari 10 orang menteri dan seorang timbalan menteri.

Pemimpin Umno mahu jadi raja, selar Zam

Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan menyatakan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa yang hidup ringkas.

Ini, tambahnya, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.

“Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.

“Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri,” sindir Zainuddin.

Singkirkan individu tak berguna, swastakan MAS sebelum terlambat

Oleh Viktor Wong
Adakah kerajaan persekutuan BN masih belum menyedari apa yang berlaku kepada syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) selepas bertahun-tahun lamanya?
 MAS telah mengalami prestasi teruk serta tenat sejak tiga tahun yang lalu. Ia mengalami kerugian sebanyak RM2.52 bilion pada tahun 2011, diikuti kerugian sebanyak RM433 juta pada tahun 2012 dan RM1.2 bilion pada tahun 2013. Bagi suku pertama tahun 2014, MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM443.4 juta dan tiada peningkatan dijangka dalam bulan kemudian malah dalam dua tahun akan datang.

Bahagian sahamnya juga telah menjunam ke paras terendah sepanjang masa.
 
Seperti yang kita semua tahu, MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan Khazanah Nasional sebagai pemegang saham yang terbesar dan menjadi syarikat GLC, MAS telah membuktikan bahawa ia tidak boleh melaksanakan di semua, kerana terbukti daripada kerugian yang berterusan.
 
Khazanah sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam menguruskan syarikat penerbangan. Tambahan pula, sebagai cabang pelaburan kerajaan, Khazanah sudah mempunyai terlalu banyak syarikat GLC bawah penjagaannya dan ia tidak boleh memberi perhatian sepenuhnya hanya untuk MAS.
 
Oleh itu, Khazanah dan kerajaan perlu memikirkan semula kedudukannya dan pegangan saham yang besar dalam MAS untuk mempertimbangkan melepaskan semua saham dan membolehkan pelabur swasta untuk mengambil alih syarikat penerbangan pendarahan. Adalah jelas bahawa MAS secara teknikal adalah entiti muflis sekarang yang masih mencari seseorang atau cuba untuk mohon kerajaan dengan wang tunai untuk mengisi kantungnya yang kosong.
 
Di bawah naungan kerajaan selama ini, MAS diuruskan seperti mana-mana agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam erti kata lain, MAS tidak diuruskan sebagai satu entiti perniagaan perlu dan pada masa itu seolah-olah lebih seperti jabatan kebajikan.
 
Dalam pengurusan dan sudut pandangan perniagaan, syarikat penerbangan ini telah pergi ke laut dalam banyak aspek operasinya. MAS mempunyai kira-kira 100 pesawat (termasuk MH370 hilang) dan lebih daripada 22,000 pekerja. Dan rasa apa? Gaji dan faedah dalam MAS juga jadi lebih tinggi daripada orang-orang AirAsia, Malindo dan Firefly.

Kebiadapan Ibrahim Ali bukti kelemahan pentadbiran Najib

Oleh V Sivakumar
Semakin hari semakin biadap kenyataan yang dibuat oleh presiden Perkasa. Tetapi, tidak ada apa-apa tindakan diambil oleh kerajaan terhadap beliau. Pentadbiran di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak nyata lemah dan uzur kerana tidak berani mengambil tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali dan kumpulan pelampau yang lain.

Datuk Ibrahim Ali mengeluarkan banyak kenyataan berunsur hasutan dan semangat perkauman yang tebal. Beliau sengaja cuba merosakkan keharmonian negara dengan menimbulkan perasaan marah dan kebencian di kalangan rakyat Malaysia.
Walaupun kenyataan beliau boleh merosakkan keselamatan dan kesejahteraan negara tetapi perdana menteri masih membisu seolah-olah beliau takut kepada pemimpin Perkasa yang berada di bawah payung naugan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
Dalam isu Bible Bahasa Melayu, Ibrahim menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seperti berhasrat untuk memesongkan akidah orang bukan Islam kerana mempertahankan Bible Bahasa Melayu. Beliau mengecam Lim kononnya tidak ikhlas mempertahankan Bahasa Melayu.
Selain mengecam ketua menteri Pulau Pinang, beliau juga mencabar dan mengeluarkan kata-kata menghasut tanpa menghiraukan sensitiviti kaum bukan Melayu. Ibrahim mencabar Lim:”Kalau betul mereka mahu Bahasa Melayu saya cabar mereka tutup sekolah ibunda dan semua masuk sekolah kebangsaan.”

Bawa masuk parti tidak relevan dalam kabinet bukti retorik politik BN

undi-bn-endSHAH ALAM, 25 JUN: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan penstrukturan semula kabinet dengan melantik pimpinan MCA dan GERAKAN menjadikan ia antara kabinet terbesar dalam sejarah negara.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata keputusan itu juga membuktikan tindakan berkenaan adalah untuk menarik kembali sokongan masyarakat bukan Melayu supaya kembali kepada Barisan Nasional (BN) selepas penolakan nyata pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Katanya, tindakan Najib juga bercanggah dengan apa yang ditonjolkan kelompok ‘Melayu Ultra’ yang dibawa badan bukan kerajaan (NGO) yang dibela Umno.
“Keputusan itu seperti ingin melunturkan imej ‘Melayu Ultra’ antaranya Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) secara tidak langsung demi meraih sokongan bukan Melayu walaupun NGO ini turut memberi sumbangan penting bagi Umno.
“Pada masa sama, Najib secara tidak langsung mengakui hakikat sejarah negara yang mmepunyai perjanjian sosial dengan mengiktiraf masyarakat bukan Melayu yang mempunyai hak sama daripada segi undi dan pembetukan kerajaan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu perlantikan Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai yang dilantik ske dalam kabinet sebagai Menteri Pengangkutan, manakala Datuk Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
khalid samadSementara itu, Pengerusi GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Lee Chi Leong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa), Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan), Datin Paduka Chew Mei Fun pula kembali memegang jawatan lama beliau iaitu sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pada masa sama, Khalid berkata, keputusan Najib merombak kabinet tidak akan berhasil bagi meraih sokongan bukan Melayu kerana MCA dan GERAKAN tidak lagi relevan, bahkan BN masih gagal menemui formula bagi mendapatkan semula sokongan bukan melayu.

PKR: Malay, Bumiputera name being used by cronies

Pemegang konsesi UiTM Kota Semarahan juga dianugerah konsesi LATAR

LATAR(Oleh Rafizi Ramli)

Pemegang konsesi penswastaan UiTM yang terakhir mengikut jawapan bertulis Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya ialah Rekajaya Projek Sdn Bhd yang dianugerahkan konsesi penswastaan UiTM Kota Samarahan.
Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat ini dikuasai oleh pasangan ahli perniagaan bernama Dato’ Mohamed Raffe b K. Chekku dan isterinya Datin Nilufar Yusupova melalui Rafulin Holdings Sdn Bhd. (Sila semak carian SSM bagi Rekajaya Projek Sdn Bhd dan Rafulin Holdings Sdn Bhd)
Sementara saya tidak mempersoalkan kebebasan ahli-ahli perniagaan seperti Dato’ Mohamed Raffe untuk menjalankan perniagaan masing-masing, kaedah rundingan terus yang digunakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan berselindung di sebalik alasan pendekatan “private finance initiatives” (PFI) begitu mudah disalahgunakan atau dipengaruhi yang membuka ruang kepada rasuah yang merugikan rakyat.
Melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses dengan pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat.
Selain konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Kota Samarahan, syarikat yang dikawal oleh Dato’ Mohamed Raffe juga dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (atau LATAR) melalui satu konsortium Kuala Lumpur Kuala Selangor Expressway Berhad. Konsesi lebuhraya LATAR ini adalah selama 40 tahun.
Syarikat-syarikat yang dikawal oleh Dato’ Mohamed Raffe boleh diibaratkan sebagai pakar perunding konsesi yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan konsesi-konsesi sebegini sementara pembinaannya diberikan kepada syarikat bukan Bumiputra sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.
Di dalam kes pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan bumiputra yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur.
Semakan ke atas carian syarikat SSM dan laman web syarikat-syarikat terbabit menunjukkan bahawa kos pembinaan kedua-dua konsesi yang dianugerahkan kepada syarikat Dato’ Mohamed Raffe dibiayai melalui pinjaman dengan Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan.
Saya mengambil contoh konsesi penswastaan UiTM cawangan Kota Samarahan ini untuk menunjukkan bagaimana kaedah PFI yang dijadikan alasan untuk memberi anugerah konsesi kepada ahli-ahli politik Umno dan rakan perniagaan mereka sebenarnya samalah dengan Kerajaan Persekutuan menanggung sendiri kos pembiayaan tanpa perlu diikat dengan perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan rakyat; atas pertimbangan berikut:

Rombakan Kabinet: Liow, Mah dan Wee dilantik menteri penuh, pemimpin kanan MCA terima laba mereka...!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penstrukturan semula Kabinet seperti berikut:

Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan

Wee Ka Siong - Menteri di JPM

Mah Siew Keong - Menteri di JPM

Lee Chi Leong - Tim Menteri Perdagangan Antarabangsa

Chua Tee Yong - Tim Menteri Kewangan

Chew Mei Fun - Tim Menteri Pembangunan Wanita

Kesemua anggota baru jemaah menteri itu akan mengangkat sumpah jawatan pada hari Jumaat.

Najib mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari, lapor media hari ini.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang kini dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.

MyWatch dakwa ada bukti skandal seks pegawai polis

NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai polis kanan.

Pengerusi NGO tersebut R Sriv Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.

"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pengkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini

"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahakn sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," kata Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.

" Bela Panda Rembat Duit Rakyat. Untuk Bantu Rakyat Tubuh Tabung "

Bukan aku nak kata perbuatan ini salah. Tetapi tidak berpaksi kepada realiti hari ini. Kerajaan boleh beli panda sampai berpuluh juta, rumah panda pula cukup selesa dengan kemudahan penghawa dingin yang cukup nyaman.

Padahal kerajaan boleh saja bagi seketul sekian jumlah untuk bantu adik Firdaus dan keluarganya. Hujung-hujung tubuh tabung juga untuk rakyat hulurkan bantuan. Mungkin kerajaan dibawah Kak Jat nak rakyat bersedekah kot keh keh keh. 

Psst ; Kak Jat taknak sumbang duit lembu sekali ke ???....

Mohd Najib-Muhyiddin Uneasy Partnership

A Kadir Jasin

NOT long before last year’s Umno election, Muhyiddin Mohd Yassin, made known to allies that he would not challenge Mohd Najib Abdul Razak for the post of president and gave “tiredness” as his reason.
When I asked him some time later, he repeated the same reason – penat. – Additionally he did not want to be accused of being unable to work with any Prime Ministers having been instrumental in hastening (Tun) Abdullah Ahmad Badawi’s resignation as PM in 2009.
The excuse that he was tired was flimsy. I would have given some credence had he said he was to challenging Mohd Najib because the latter was doing a good job or something like that. I could not remember him saying such a thing.
This latest talk that he wants out could have been members’ interpretation of his recent statements at party meetings that Umno must prepare for succession and take steps to train younger leaders.
Muhyiddin isn’t exactly old. He is 67 and is not known to have health problem. The late (Tun) Abdul Ghafar Baba became DPM at 61 and (Tun) Dr Mahathir Mohamad remained PM until he was 78.
Even if Muhyiddin has differences with Mohd Najib, it should not be an excuse for him to step down. Many Umno leaders, including ministers, have issues with Mohd Najib. They should stay and fight for the party instead of forsaking it out of distaste for Mohd Najib.

PM Needs Muhyiddin

Muhd Firdaus: Kalau tahu, sudah tentu kami buat sesuatu kata jiran

Pelbagai persoalan kini berlegar termasuk bagaimana jiran tidak peka dengan keadaan Muhammad Firdaus

NILAI – Kisah remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan amat menyedihkan; dalam keadaan kurus kering, dipercayai kerana kekurangan zat makanan, sudah menjadi buah mulut orang ramai.
Pelbagai persoalan kini berlegar termasuk bagaimana jiran tidak peka dengan keadaan Muhammad Firdaus.
Firdaus_Dullah_300x200Seandainya Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Omar tidak melancarkan operasi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lepas, mungkin sehingga hari ini, nasib malang Muhammad Firdaus tidak akan diketahui umum.
Justeru itu malam kelmarin, untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, FMT pergi ke rumah remaja terbabit dijumpai.
Sejurus selepas memasuki kawasan perumahan rumah pangsa itu, penulis merasakan seperti berada di negara asing.
Rasa seperti berada di negara Bangladesh pun ada; ibarat berada di Indonesia pun ada; rasa singgah sebentar di Vietnam pun ada.
Kawasan perumahan tersebut dibanjiri dengan warga asing dan difahamkan mereka mempunyai permit pekerja sah dan kebanyakannya pekerja kilang di kawasan perindustrian Nilai.
Ketika penulis melangkah masuk ke blok bangunan rumah pangsa remaja terbabit ditemui itu, keadaan kebersihan bangunan tidak begitu bersih. Tercium bau yang kurang enak.
Hanya separuh lorong sahaja di tingkat satu itu bercahaya, manakala sebahagian lorong terutama bahagian rumah remaja malang ditemui itu gelap.
Pintu geriji besi (Grill) rumah remaja yang ditemui itu berkunci. Apabila salah seorang penduduk setempat yang menemani penulis, menolak pintu kayu rumah tersebut yang tidak berkunci, bau busuk menusuk hidung kami.
Keadaan rumah tersebut sebenarnya memberikan gambaran, ibu remaja malang itu, Lolanopita, 40, mungkin menghadapi masalah kekangan kewangan.
Yang kelihatan hanyalah sebuah tilam buruk tanpa katil, sebuah kerusi kusyen lama, periuk memasak nasi dan sebuah televisyen lama.
Kenal begitu sahaja
Salah seorang jiran Mohamad Ridzuan Abdul Rahman, 43, yang menetap di rumah pangsa itu sejak 18 tahun lepas, mengakui mengenali ibu kepada Muhammad Firdaus.
“Dia (ibu Muhammad Firdaus) sudah lama menetap di sini. Tetapi kami cuma mengenali begitu-begitu sahaja, sebab dia pun tidak bergaul dengan kami.”

Cover Line: Ugutan 'pancung' hanya satu bentuk ucapan, dakwa Ruslan

Dikritik kerana mengeluarkan ugutan untuk 'pancung' kepala pihak yang mempersenda Islam dan Sultan Selangor, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim kini mendakwa bahawa kenyataan itu hanya satu bentuk ucapan.

Sebaliknya katanya, apa yang dimaksudkan adalah untuk "memancung masa depan politik" empat ahli parlimen PAS - Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Hanipa Maidin (Sepang) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Mereka menggesa kerajaan negeri Selangor untuk meminda undang-undang dan menghadkan kuasa Selangor Majlis Agama Islam Selangor.

"Tak (pancung). Sebenarnya saya ketika berucap ... semangat orang tu ... Saya kata sebenarnya dalam hati, saya bukan nak pancung kepala, pancung dari segi politik, sebab yang terlibat keempat-empat, orang politik.

"Jadi kita pancung masa depan politik dia, tapi tak terkeluar masa depan politik tu, terkeluar pancung leher.

"Tak ada lah kita nak mengasah parang. Tak ada. Kita cintakan keamanan dan kedamaian," katanya Ruslan berseloroh kepada Malaysiakini yang menyiarkan ucapannya

Pemaju sorok belakang kerajaan BN, elak bayar pampasan penduduk Kg Chubadak

SHAH ALAM, 25 JUN: Syarikat pemaju perumahan tapak Kampung Chubadak Tambahan mendapat ‘perlindungan’ istimewa kerajaan daripada membayar pampasan kepada baki enam keluarga kampung terbabit.
Hal itu berikutan tanah di tapak kediaman enam keluarga peneroka bandar itu terletak di atas tanah milik kerajaan.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata keadaan itu menyebabkan pemaju yang bukan pemilik tanah itu terlepas daripada tanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga terbabit.
“Walaupun ini projek yang sama tetapi tanah diserah kepada Pejabat Tanah dan agensi ini yang melaksanakan perobohan , manakala pemaju dilindungi.
“Tanah ini bukan milik pemaju. Jadi, bila kita runding untuk dapatkan pampasan, Pejabat Tanah tolak dengan alasan mereka adalah pelaksana undang-undang bagi menjalankan perobohan dan tidak terbabit dalam isu pampasan.
“Penduduk tiada saluran untuk berunding dengan pihak berkenaan, sekali gus menekan mereka,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini di sini, semalam.
Tian Chua berkata, kerajaan harus bertanggungjawab membantu penduduk terbabit mendapatkan keadilan sewajarnya.
tian chua“Ini tanggungjawab kerajaan untuk memastikan peneroka kampung Chubadak mendapat keadilan dan tak boleh guna alasan tidak ada peruntukan untuk melepaskan diri,” kata.
Katanya, keadaan itu berbeza dengan statuskediaman penduduk Kampung Chubadak lain yang terletak di atas tanah yang sudah diserahkan kepada pemaju.
Tian Chua berkta, status tanah yang dimiliki pemaju memudahkan beliau membantu penduduk berunding sebelum tanah terbabit dibangunkan dengan projek perumahan kos rendah dan sederhana.
Hasil rundingan antara Tian Chua, penduduk kampung dan pemaju akhirnya membuahkan hasil apabila pemaju ketika itu bersetuju membayar pampasan, menawarkan membeli rumah kos rendah di kawasan sama dan diberikan rumah sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sementara menunggu projek disiapkan.

Rafizi bakal bongkar satu lagi skandal rasuah pemimpin UMNO

IMG_1553KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
“Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.
“Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini,” kata Rafizi di twitter.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.
Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.

Rombakan Kabinet: Jawatan menteri pengangkutan jadi tumpuan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan penstrukturan semula Kabinet terbaru, hari ini.

Najib dijangka akan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, tengahari, lapor media hari ini.

Beliau semalam membayangkan bahawa rombakan tersebut akan melibatkan jawatan menteri pengangkutan, yang kini dipangku sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

BN perlu mengotakan janji untuk melantik Datuk Mah Siew Keong ke jawatan penuh menteri, selepas presiden GERAKAN itu menang pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan.

Najib juga perlu mengambil kira kuota MCA, yang meluluskan usul untuk kembali memegang jawatan kerajaan melalui mesyuarat agung luar biasa, Februari lalu.

'A man whose nickname is 'The Cannibal''

SU PERKASA mahu keluar Umno jika k'jaan terima RUU hasutan

 
Setiausaha Agung PERKASA Syed Hasan Syed Ali berkata beliau dan ramai lagi akan keluar Umno jika kerajaan menerima cadangan memansuhkan Akta Hasutan dan menerima cadangan rang undang-undang baru menggantikan akta itu.

Katanya, jika kerajaan terus menerima cadangan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) itu, beliau percaya ramai ahlinya dan NGO Melayu Islam lain menolak kerajaan dan kepemimpinan negara sedia ada.

"Kalau kerajaan terima cadangan mansuh Akta Hasutan yang sedia ada dan RUU baru akta hasutan ciptaan MPKN, ahli-ahli PERKASA akan tolak pimpinan negara yang ada.

"Saya sendiri selaku SU (Setiausaha) Agung PERKASA akan keluar Umno. Dan ribuan akan bersama keluar Umno.

"Bukan terjebak mainan MKPN tetapi meluat dengan kebodohan pemimpin Melayu yang sentiasa ikut cadangan pihak yang ada agenda melemahkan Melayu dan umat Islam," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, setiausaha agung PERKASA itu mengingatkan kerajaan supaya "jangan terperangkap dengan mainan MKPN" dan mahu melihat penyokong BN meninggalkan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang MKPN Lim Chee Wee semalam bahawa ancaman seorang pemimpin NGO itu untuk “memancung leher” pihak yang didakwa memperkotak-katik agama dan memperlekeh sultan boleh menjadi kesalahan bawah RUU baru menggantikan Akta Hasutan.

'Ikut telunjuk'

Syed Hasan turut menempelak kerajaan didakwanya "tidak sedar dan asyik diperbodohkan" oleh pihak yang mahu melemahkan kuasa politik Melayu dan Islam melalui pemansuhan atau pindaan kepada beberapa akta tertentu.

Polis moral untuk rakyat, tapi bagaimana dengan ahli politik?

Oleh Md Izwan
Beberapa siri kontroversi melibatkan jabatan agama baru-baru ini menimbulkan persoalan, adakah pemerintah cuba mengawal moral rakyat ketika ini? Sebelum ini kita mempunyai akta tahanan tanpa bicara yang kemudiaannya dimansuh, tapi lena kebebasan dan keterbukaan tidak berpanjangan.
Bayangkan kita sedang tidur bermimpi tetapi tiba-tiba diketuk jabatan agama atau polis moral ini. Ini keadaan yang sedang rakyat hadapi.

Keagresifan polis moral ini menyebabkan saya terdetik untuk bertanya, hidup pun susah malah sudah mati pun susah Kalau sebelum ini kita jadi bahan jenaka disebabkan berebut perkataan Tuhan, kemudian isu babi dalam Cadbury, insiden serbuan jabatan agama kini pula bakal mendapat perhatian ramai.
Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba polis moral ini begitu bergiat aktif kebelakangan ini. Mungkin ramai umat Islam termakan coklat babi sehingga terganggu akidah.
Atau mungkin mereka berhujah umat Islam di Malaysia terancam.
Begitulah sikap ahli politik dan agamawan, mereka akan sedaya upaya mencari kesilapan rakyat. Kalau semua rakyat baik, maka tidak ada pekerjaan untuk mereka.
Rakan saya yang baru lepas membuat liputan memberitahu mengenai satu kes tangkapan khalwat dimana satu pasangan ini dikenakan denda RM1,500 setiap seorang, maknanya kedua-dua mereka perlu membayar RM3,000.
Jadi saya tertanya, sudahlah anak muda ketika ini terbeban dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi, kini bertambah lagi beban oleh jabatan agama ini.
Saya tidak ingin salahkan pasangan yang ditangkap, mana tidaknya saya berkata begitu, nak kahwin sekarang bukan mudah, paling kurang perlu ada RM10 ribu untuk melangsungkan perkahwinan.

Mengenang seorang murabbi Almarhum Datuk Abu Bakar Chik

Oleh Zulkifli Sulong
Tanggal 23 Jun 2014 adalah hari ulang tahun kematian presiden PAS yang paling terkemuka, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pada hari ulang tahun kematiannya itulah, seorang lagi tokoh PAS, Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia.
Beribu-ribu orang berkumpul di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah Darul Iman (MTT), Tok Jiring, Kuala Terengganu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Ustaz Idris Ahmad adalah antara yang mengusung keranda jenazah beliau ke tanah perkuburan. Ketiga-tiga mereka adalah antara exco Dewan Pemuda PAS ketika Abu Bakar adalah ketuanya (1989-1999).
Dengan perginya Abu Bakar, PAS kehilangan seorang lagi tokoh PAS dari Terengganu selepas perginya Datuk Harun Taib sebelum ini.
Abu Bakar bersama Harun dan tiga lagi pimpinan PAS iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Peguam Datuk Wan Mutalib Embong adalah lima tokoh PAS yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1982 lalu.
Ketiga-tiganya berjaya memulihkan kembali PAS selepas hancur pada 1978. Kelima-lima merekalah antara tokoh yang membina kembali PAS di Terengganu dan Malaysia.
Saya masih ingat bagaimana bersemangatnya penyokong PAS ketika itu menyambut kemenangan lima tokoh mereka itu yang kemudiannya menjadi pemimpin besar PAS di peringkat pusat.
"Lima wakil ini akan kami jadikan jari yang membentuk penumbuk untuk menentang kezaliman," kata Abdul Hadi dalam ucapan sulungnya selepas menang dalam PRU 1982 itu.
Asas yang dibentuk mereka pada 1982 inilah yang kemudiannya membolehkan yang mendapat hasilnya pada 1999 apabila PAS berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRU pada tahun itu.
Abdul Hadi menjadi menteri besar, Mustafa menjadi exco kanan manakala Harun, Wan Mutalib dan Abu Bakar masing-masing menjadi exco kerajaan negeri.
Itulah kemuncak kejayaan yang mereka bina sejak pra PRU 1982 lagi.
Abu Bakar terkenal dengan sistem penkaderan beliau. Melalui Institut Berakan, sebuah sekolah swasta yang beliau tubuhkan di Kuala Terengganu, kader-kader PAS dibentuk. Sebutlah apa sahaja program PAS sama ada di Terengganu atau di luar Terengganu, dari pusat inilah petugas PAS datang.
Kerana takut dengan perkembangan ini, pada 19 November 1991 institut yang banyak menghidupkan semula peluang belajar untuk pelajar yang terkandas dalam pelajaran ini dirobohkan.
Kecenderungan Abu Bakar dalam pendidikan menyebabkan beliau ke Fort Wayne Community College, Indiana, Amerika untuk belajar Bahasa Inggeris dan ke Jami'ah Afriqiyyah Alamiyah, Khourtoum, Sudan untuk belajar Bahasa Arab.
Di peringkat pusat, Abu Bakar terlibat secara langsung dalam menginstitusikan pusat pendidikan pra sekolah PAS yang bermula dengan Tadika Islam dan dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), bertebaran menjadi pusat pendidikan PAS yang sangat popular di seluruh negara sekarang ini.

Tak Keluar TV3/4 & RTM: Isu Air Kotor di Jasin Melaka

Tanpa YTL, laksana tender terbuka

KUALA LUMPUR: Bidaan pembinaan loji janakuasa Track A4 perlu dibuat semula menerusi tender terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga selepas YTL Corporation mengambil keputusan menarik diri daripada projek itu.

Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan (gambar) berkata, pengunduran YTL itu tidak seharusnya menyebabkan projek itu dianugerahkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti dicadangkan sesetengah pihak.

“Pengunduran (YTL) itu tidak sepatutnya mendorong projek itu diberikan kepada TNB. Monopoli seperti itu tidak akan memberi faedah kepada pengguna,” katanya.

Menurut beliau, pengunduran YTL itu membuka peluang untuk Suruhanjaya Tenaga mematuhi janjinya untuk melaksanakan proses tender terbuka bagi projek janakuasa demi kebaikan rakyat.

Wan Saiful memetik kajian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) awal tahun ini bertajuk ‘Reforming Peninsular Malaysia’s Electricity Sector’ yang menunjukkan bahawa persaingan pembidaan projek tarif loji gas telah membawa kepada penurunan tarif yang sepatutnya memanfaatkan pengguna elektrik di rumah.

“Desakan agar projek janakuasa diberikan kepada satu syarikat sahaja bertentangan dengan Model Ekonomi Baru (MEB) dan hanya mengembalikan kita kepada amalan monopoli masa lalu. Kita tidak boleh membiarkan tadbir urus dijalankan secara samar kerana ia akan menyebabkan kronisme terus berlaku,” katanya lagi.

Pada 18 Jun lalu, YTL menarik diri daripada projek kontroversi itu dengan alasan "mengelak kesangsian terhadap komitmen tadbir urus dan ketelusan kerajaan".

Militan: KL mahu Syria sah dakwaan rakyat M'sia terlibat

Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.
  
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
  
Ia menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.
  
Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.
  
Ia juga mendakwa bahawa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu diSyria.

Pampasan penduduk Kg Chubadak dilesapkan bekas Ketua Umno?

ChubadakSHAH ALAM, 25 JUN: Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu.
Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an.
“Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.
“Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun.
“Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000,” kata Suliah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan itu dibuat secara mengejut sehingga Ketua Umno terlibat tidak sempat ‘menyelamatkan’ dokumen penting di dalam pejabat Umno Cawangan Kampung Chubadak.

Kampung Chubadak wujud sebelum 1800


WALAUPUN tidak dicatat tarikh sebenar pembukaan Kampung Chubadak tetapi berdasarkan sejarah lisan, ia dipercayai wujud sebelum 1800 lagi.

Ia dikatakan diteroka sekumpulan masyarakat keturunan Minang Chubadak dari Sumatera sejak bergenerasi lamanya.

Perkampungan yang sebahagiannya bekas tanah lombong terdiri daripada beberapa kampung seperti Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Selepas lombong ditutup sekitar tahun 40-an, semakin ramai  menduduki Kampung Chubadak dengan membina rumah di tanah yang mereka terokai.

Penerokaan untuk dijadikan penempatan baru yang ketika itu Wilayah Persekutuan belum wujud, asalnya mendapat restu dan  galakan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ini dapat dilihat apabila Kerajaan Selangor ketika itu berjanji mengambil segala langkah perlu bagi memastikan penduduk kampung itu mendapat hak milik tanah yang diduduki.

Walaupun selepas status tanah rezab Melayu Kampung Chubadak dibatal melalui Pengistiharan Rezab pada 22 Jun 1932, Pegawai  Daerah Kuala Lumpur pada 1960-an menyediakan pelan lakar bagi memecah tanah itu kepada lot-lot yang dibahagi-bahagi kepada penduduk kampung.

Ini diperkuat dengan kewujudan pelbagai kemudahan yang dibangunkan pihak berkuasa seperti dua balai raya, tiga masjid, bekalan air dan eletrik, perkhidmatan telefon, klinik, jalan berturap, pusat aktiviti wanita dan beberapa sekolah agama antara 1960 hingga 1990.

Malah ada bukti menunjukkan sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan, Kerajaan Selangor telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Committee of Village Development and Security (CVDS).

Peranan CVDS yang diketuai ketua kampung itu menyamai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada masa ini.

15 militan Malaysia didakwa terbunuh di Syria, kata Wisma Putra

Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014.Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014.Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.
Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”
Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.
Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.
Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.
Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.

Gesaan Najib Umno contohi kumpulan pengganas bodoh dan terdesak, kata penganalisis

Gesaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (tengah) untuk ahli parti itu mencontohi perjuangan kumpulan pengganas tidak wajar. Gambar fail The Malaysian Insider.Gesaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak (tengah) untuk ahli parti itu mencontohi perjuangan kumpulan pengganas tidak wajar. Gambar fail The Malaysian Insider.Gesaan Datuk Seri Najib Razak agar ahli Umno mencontohi perjuangan kumpulan pengganas menunjukkan kebodohan dan betapa terdesaknya perdana menteri pada ketika sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) semakin terhakis, kata penganalisis politik.
Mereka berkata, kenyataan Najib kepada ahli Umno pada Isnin lalu juga bakal mencalarkan imej kesederhanaan perdana menteri yang diketengahkan di peringkat antarabangsa dan akan mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam sederhana.
Walaupun sedar Najib tidak menyokong aktiviti militan, para penganalisis terkejut dengan contoh yang diberikan untuk mengukuhkan kenyataannya.
Dalam ucapannya di Kuala Lumpur malam Isnin sempena ulang tahun ke-20 Umno Cheras, Najib menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.
“Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun dari tingkap pada waktu malam,” perdana menteri dilaporkan berkata.
Para penganalisis merasakan kenyataan dikeluarkan Najib itu terdesak terutamanya selepas sokongan terhadap BN dan partinya Umno semakin merosot.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei tahun lalu, Umno dan BN kehilangan undi popular walaupun memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Selain itu, BN turut kehilangan lagi tujuh kerusi Parlimen kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding pilihan raya umum pada 2008.

Minyak dan gas bukan milik Bumiputera semata-mata, kata CEO Petronas

Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata minyak dan gas bukan milik orang Melayu dan Bumiputera semata-mata tetapi milik semua rakyat Malaysia tidak kira kerajaan atau pembangkang.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) itu berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) menyebutkan dengan jelas minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia.
"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja. Kami (Petronas) ini adalah penjaga,” katanya dalam wawancara eksklusif akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris, The Edge keluaran 23-29 Jun, 2014.
Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuk komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.
"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,” katanya.
Beliau berkata, campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan menyukarkan Petronas untuk membuat keputusan.

US government promises to review future Egypt funding

Will ISIS expand fight into Jordan?

Iraq's ISIL crisis

Perkasa echoes PM's call for Umno to man up like ISIL

Perkasa man: Chop heads just a figure of speech

Apa Lagi, Penggallah... Sebab Kerajaan Sendiri Benarkan Gereja Guna Kalimah Allah

Tidak lama selepas beberapa NGO dan banyak pejuang-pejuang Islam meraikan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang secara jelasnya mengekalkan keputusan tidak membenarkan majalah Herald menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya, kerajaan mengeluarkan kenyataan ringkas bagi memperjelaskan lagi keputusan mahkamah itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan itu menyebut bahawa keputusan itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja, tetapi penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja. Diulang, penganut agama Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menghormati keputusan mahkamah itu dan meminta semua pihak mematuhinya, namun penghakiman itu hanya terpakai untuk majalah Herald saja.

Lihat betapa lemah-lembut, toleransi dan talam dua mukanya kerajaan. Dalam sejak sekian lama mengatakan kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam dan meminta NGO serta banyak pihak lain menjerit dan bersama dengannya mempertahankan kalimah Allah, sekelip mata saja pendirian kerajaan boleh berubah.

Kenyataan itu hanya menyebut ianya sebagai pendirian kerajaan atau Putrajaya, tetapi tidak pula mengaitkan dengan mana-mana pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri dan sebagainya. Namun demikian, oleh kerana ia disebut mewakili kerajaan atau Putrajaya, sudah tentulah kenyataan yang memperjelaskan bahawa keputsan mahkamah hanya berkaitan dengan majalah Herald dan penganut Kristian masih boleh menggunakan kalimah Allah tanpa halangan, turut mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri.

Tidak mungkin ia dikeluarkan tanpa mendapat restu atau lampu hijau daripada Najib selaku Perdana Menteri.

Kenyataan yang dilihat amat melukakan hati NGO dan pejuang-pejuang Islam seperti Perkasa, Isma dan lain-lain ini bagaimanapun hanya mendapat tempat di portal berita dalam talian saja, namun tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana. Dengan demikian, pendirian "double standard", talam dua muka dan secara jelas membenarkan kalimah Allah digunakan di gereja, tidak diketahui oleh orang-orang Melayu di kampung atau makcik-makcik di tanah rancangan Felda di seluruh negara.

Dengan Perkasa, Isma dan lain-lainnya meraikan keputusan mahkamah semalam seolah-olah suatu kejayaan kepada Islam dan kemudian berhimpun pula di Istana Kayangan, Shah Alam menuntut agar Bible bahasa Melayu yang dirampas Jais sebelum ini tidak dipulangkan, pengundi Melayu yang tiada kemudahan internet tentulah menyangka bahawa kerajaan pimpinan Najib juga benar-benar mempertahahkan kalimah Allah itu.

Cara Betul Selawat, Tahmid & Takbir.....'Malaysia Boleh!' - UAI

JIMAK Ketika PUASA SUNAT - Ustaz Azhar Idrus

Tudung Labuh Dipinkan Sama Paras Bahu - Ustaz Azhar Idrus

Tengah SOLAT Baru Perasan Waktu SOLAT Baru Masuk - UAI

Datang HAIDH, Tetapi Kena Hadir Ujian Bacaan AL-QURAN - UAI

'Confius' Kiraan Hari Membolehkan SOLAT JAMAK - UAI

Isteri Mengamuk Suami Nak Kahwin Lagi - Ustaz Azhar Idrus

PROMO - CHANNEL-JINAC-VERDICT-RESPONSE

El-Sissi Refuses to Pardon Convicted Journalists