Selasa, 24 Jun 2014

UiTM DISWASTAKAN: HIDUP MELAYU UMNO....!!!








Ugut pancung kepala: Perkasa burukkan imej Islam

KUALA LUMPUR: Ugutan seorang pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memancung kepala pihak yang dikatakan memperkotak-katikkan agama dan memperlekehkan sultan akan memberi kesan buruk kepada keharmonian kaum dan memberikan imej buruk kepada agama Islam.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media menyatakan kekesalan kerajaan negeri terhadap ugutan Perkasa itu dan ia hanya akan memberi kesan buruk kepada keharmonian pelbagai bangsa dan agama di Malaysia khususnya di Selangor.

Menurut beliau, ugutan yang dibuat oleh Perkasa tidak memberi manfaat bahkan telah memberi persepsi negatif terhadap agama Islam yang sebenarnya menitikberatkan persaudaraan, keadilan, keharmonian, saling hormat menghormati dan kesederhanaan.

"Kita melihat kenyataan sebegitu hanya mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam.

"Kerajaan Selangor menyeru semua pihak berhenti mengambil kesempatan di atas isu Bible demi kepentingan diri atau politik dan menghormati titah DYMM Sultan Selangor agar kes ini diserahkan kepada mahkamah," tegas beliau.

Hukuman Mesir pada wartawan cetus kemarahan dunia


Tindakan mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman penjara, sehingga sepuluh tahun, kepada wartawan Al Jazeera mencetuskan kemarahan antarabangsa yang menganggapnya sebagai “keputusan tidak adil”.

Keputusan itu dibimbangi meningkatnya kawalan media di negara umat Islam terbesar di rantau Timur Tengah itu, lapor Al Jazeera.

Australia menyatakan rasa terkejutnya manakala Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menyifatkannya sebagai “hukuman zalim dan mengerikan”.

Rumah Putih turut dilaporkan menggesa presiden baru Mesir Abdel Fattah al-Sisi memberi pengampunan kepada wartawan terlibat.

Ketua hak asasi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata kewartawanan “bukan sebuah jenayah” dan mendesak Mesir segera membebaskan mereka yang dipenjarakan hanya kerana menjalankan tugas.

Australia terkejut dengan hukuman penjara tujuh tahun yang dikenakan ke atas rakyatnya yang juga wartawan Al Jazeera, Peter Greste oleh mahkamah di Mesir semalam atas tuduhan membantu Ikhwanul Muslimin.

Dihukum mati: Ini jawapan Badie kepada hakim regim zionis As-Sisi


Semasa perbicaran semalam, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Dr Mohammed Badie yang dijatuhkan hukuman mati oleh sebuah mahkamah tentera, mengeluarkan kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada pejuang agama Allah.

Dalam satu kenyataan kepada hakim, pemimpin berusia 71 tahun itu berkata hukuman mati sedikitpun tidak menakutkan beliau, tetapi beliau cuma kecewa kerana tiada lagi keadilan di bumi Mesir.

"Hukuman mati tidak menakutkan saya. Saya tidak takut menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Jihad terbaik adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.

"Saya mengadu kepada Allah tentang tiada lagi keadilan. Saya bertukar dari mangsa kepada tertuduh di bawah rejim rampasan kuasa tentera.

"Anak lelaki saya, Ammar dibunuh dan kejadian itu tidak pula pernah disiasat atau dibawa ke mahkamah mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah itu," katanya dipetik Ikhwanweb.com.

Mohamed Badie dijatuhkan hukuman mati dalam satu perbicaraan tanpa kehadiran beliau dan tidak diberi peluang untuk membela diri.

"Ini adalah ibu segala ketidakadilan, terutamanya apabila pendakwa mengenakan tuduhan rekaan kepada saya dan tertuduh yang lain," katanya lagi.

Mohamed Badie dituduh menyerang dan membakar ibu pejabat polis Odoua di wilayah Minya, serta membunuh seorang anggota polis pada Ogos tahun lalu.

ISIS di Iraq: Punca dan implikasi

Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syam, yang lebih dikenali dengan singkatan nama dalam bahasa Inggeris, ISIS, dengan agak mudah menawan dan menguasai satu bahagian besar wilayah utara dan barat Iraq, bermula di sempadan dengan negara jiran Syria hingga menghampiri ibu negara Baghdad.

Negara yang menjadi medan persaingan kuasa Arab Saudi yang memimpin sikap dunia Islam Sunni dengan Iran yang mewakili Syiah itu kini berdepan risiko semakin berpecah berdasarkan garis mazhab dan etnik, dan perluasan penguasaan ISIS kini menampakkan dengan jelas lagi perang proksi antara Riyadh dengan Tehran.

Kumpulan ekstremis yang satu ciri utamanya ialah sikap anti-Syiah dan sekutu telah menunjukkan kecenderungan politiknya sejak awal kegiatan, yang memuncak semasa konflik menentang pemerintah Syria - medan ISIS membina pengaruh hingga muncul dengan kekuatan seperti disaksikan hari ini - yang disokong Iran dan mendapat bantuan gerakan militan Syiah Lubnan, Hizbullah.

ISIS menampakkan sikap politik anti-Syiah dan sekutu dalam konflik Syria, dengan penentangan terhadap rejim Bashar al-Assad dilakukan sebagai satu penentangan terhadap paksi Syria-Iran.

Seperti dijelaskan oleh namanya, rancangan besar ISIS ialah menubuhkan sebuah negara Islam menurut tafsirannya di Iraq dan Syam, satu kawasan besar meliputi Iraq yang majoriti penduduknya Syiah dan Syam yang turut meliputi Syria.

ISIS kelihatan mendapat sokongan oleh satu jumlah besar Muslim Sunni yang dipengaruhi fahaman anti-Syiah dan yang beraliran Wahabi, ekoran eksploitasi sentimen sektarian ekoran konflik di Iraq dan Syria.

Keruntuhan Iraq selepas perang yang menampakkan dengan lebih jelas perbezaan mazhab dan konflik di Syria yang sering digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menunjukkan perbezaan mazhab bagi memarakkan persengketaan.

Kedua-dua Iraq dan Syria berjaya dijadikan medan disebabkan ketiadaan undang-undang dan kestabilan, dan ketegangan yang tinggi akibat konflik memudahkan sentimen sektarian dimainkan, dan memudahkan pemerolehan senjata.

Himpunan 280412: Peguam k'jaan sedia 110 soalan untuk bos BERSIH

Seorang peguam kanan persekutuan menyediakan sebanyak 110 soalan untuk menyoal pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Maria Chin Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Ia menyebabkan sesi soal balas itu tidak dapat ditamatkan hari ini kerana ia memakan masa sehingga ke luar waktu pejabat.

Selepas menyoal balas Maria selama kira-kira dua jam, peguam kanan persekutuan Normastura Ayub, yang mewakili kerajaan Malaysia dalam satu saman sivil, memberitahu mahkamah yang beliau mempunyai senarai soalan yang panjang dan memohon kebenaran untuk berehat sebentar.

Soalan-soalan yang dikemukakan kepada Maria menyentuh beberapa topik, antaranya berhubung penglibatan beliau dalam jawatankuasa pemandu BERSIH, bilangan mesyuarat yang berlangsung sebelum tarikh 28 April 2012, serta penglibatan unit sukarelawan Unit Amal dari PAS dan latihan kawalan khalayak.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menangguhkan perbicaraan pada jam 5 petang selepas Normastura selesai mengajukan soalannya yang ke-83.

MB Selangor: Tolak ugutan 'pancung' dari PERKASA

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta semua pihak terutamanya masyarakat Islam menolak ugutan “memancung” oleh PERKASA yang dianggapnya memberi kesan buruk kepada keharmonian di negara ini.

"Kita melihat kenyataan sebegitu hanya mencerminkan pemikiran tidak bertamadun dan perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam," kata menteri besar Selangor.

Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim semalam mengancam untuk “memancung leher” pihak yang didakwa memperkotak-katik agama dan memperlekeh sultan dalam isu Bible.

Beliau berkata demikian ketika berhimpun bersama 200 ahli NGO itu di hadapan Istana Bukit Kayangan Shah Alam semalam untuk mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak memulangkan dan melupuskan Bible yang dirampas.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid menyeru semua pihak berhenti mengambil kesempatan di atas isu itu demi kepentingan sendiri dan menghormati titah sultan Selangor agar ia diserahkan kepada mahkamah.

Menurut Khalid, kenyataan pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu tidak mencerminkan identiti Islam bahkan memberi pandangan buruk terhadap agama dan bangsa Melayu.

Kisah adik Firdaus, pentingnya peranan komuniti

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kisah malang yang menimpa remaja OKU Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dikurung dan kebuluran di Nilai pada 21 Jun lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof berkata orang yang paling dekat dengan remaja itu termasuk  bapa atau ibu saudara wajar bertangungjawab ke atas situasi Firdaus.

"Hendak salahkan orang luar sebenarnya mereka juga tidak tahu maklumat. Maknanya jika bapa saudara ada mereka boleh sampaikan maklumat remaja berkenaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Keluarga terdekat perlu memainkan peranan, misalnya bapa saudara, dia adalah zuriat keterunan mereka, takkanlah tidak tahu," katanya kepada Harakahdaily.

Selain keluarga terdekat, katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang peranan jiran di dalam sesebuah masyarakat perlu dipergiatkan dan kepekaan mereka menghadapi suasana sekeliling.

Begitu juga peranan khariah masjid dan surau katanya sepatutnya mengambil berat golongan-golongan seperti anak yatim, OKU, orang sakit dan orang tua-tua.

"Sebab itulah kita ada zakat bagi mereka yang layak. Sistem Islam yang sudah teratur. Bahkan di dalam solat berjemaahn kita patut bertanya khabar antara satu sama lain,"katanya.

Tegasnya, yang paling penting adalah peranan kerajaan misalnya hospital yang mempunyai rekod kesihatan remaja berkenaan hendaklah membuat pemantauan.

"Difahamkan remaja berkenaan dilahirkan di hospital, maka mestilah ada rekod-rekod perubatan remaja berkenaan dan sudah tentu ianya di hubung terus dengan JKM," katanya.

Zailah tidak menafikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak ramai kakitangan untuk memantau satu persatu mereka yang OKU.

Keputusan mahkamah Mesir tak masuk akal - Aljazeera



MESIR: Aljazeera menyifatkan keputusan hukuman penjara tujuh ke 10 tahun oleh mahkamah Mesir ke atas tiga wartawan mereka sebagai bertentangan dengam logik akal dan bersalahan dengan prinsip keadilan.
Pengarah rangkaian produksi Aljazeea Dr.Mustafa berkata, perkara itu merupakan satu insiden yang mengejutkan, lapor agensi berita itu.
Mustafa berkata, pihak Al-jazeera akan terus memepertahankan rakan-rakan wartawan mereka yang telah di jatuhkan hukuman tertsebut sehingga keadilan ditegakkan.
Menurut beliau lagi, kesemua wartawan agensi itu menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan profesional dan pihak Aljazeera berjanji untuk meneruskan kempen mereka bagi menuntut kebebasan wartawan tersebut.
Pengarah Aljazeera English Al Anstey turut melahirkan rasa kecewa dan  menggambarkan hukuman ini sebagai 'bertentangan dengan logik'.
Beliau berkata hukuman ini sebagai cubaan menghapuskan survival wartawan.
Katanya, mereka di anggap 'bersalah' kerana mereka telah menjalankan tugas secara jujur dan profesional serta mempertahankan keadilan yang berlaku di sekeliling mereka.
Tambah beliau, hukuman penjara ke atas wartawan itu dibuat tanpa adanya sebarang bukti kukuh, berdasarkan tuduhan palsu serta tempoh perbicaraan itu yang terlalu pendek sehingga ke tahap dakwaan dan penelitian  yang tidak masuk akal.

Kapitalis Kotaraya: Isu Kg Chubadak diputar-belit golongan tak bertanggungjawab kata Ku Nan

Journalists hold vigil for jailed Al Jazeera staff

Tribute Allahyarham Ustaz Abu Bakar Chik

MTEM kritik Greater KL dalam RMK-10, ETP

Jangan beban pelajar, Najib perlu kaji konsesi berat sebelah UiTM

MB: LLM masih belum beri jajaran Kidex lagi

Menteri umum cukai taksiran KL naik hingga 10 peratus

Najib beri bayangan rombakan Kabinet tak lama lagi

Mohon dakwaan seleweng dana NFC digugur, suami Shahrizat ketakutan

NFCKUALA LUMPUR 24 JUN: Permohonan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan memberi gambaran Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) itu kini dalam ketakutan untuk berhadapan dakwaan penyelewengan RM250 juta dana NFC.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Mohamad Salleh tidak perlu takut jika beliau benar-benar tidak menyalahgunakan dana awam itu yang disalur kerajaan kepada NFCorp.
“Beliau perlu berhadapan dengan tuduhan dalam kes penyelewengan dana bagi projek ternakan lembu itu.
“Jika tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut dan minta tuduhan terhadapnya digugurkan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan kepada Keadilan Daily.
Peguam Mohamad Salleh, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dipetik berkata, pihak pembelaan akan mengutus surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan terhadap suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu digugurkan.
Beliau juga dilapor memohon agar perbicaraan terhadap dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.
Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Hakim Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan mengikut jadual.
“Mohamad Salleh sekarang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak daripada tuduhan berkenaan.

PT3: Jangan seperti tikus baiki labu



NORMALA SUDIRMAN

Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaanmendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatur taklimat segera kepada semua guru yang terlibat dengan pelaksanaan Pentaksiran Pelajar Tingkatan 3 (PT3) yang bakal bermula Julai ini.

Ini sudah bulan Jun sedangkan peperiksaan akan bermula seawal Julai. Guru-guru pula masih keliru bentuk pelaksanaan yang akan dilakukan kerana taklimat belum lagi menyeluruh kepada semua pelaksana dasar di peringkat sekolah.

KPM didesak agar memberi  taklimat kepada seberapa segera tentang semua proses pelaksanaan instrumen PT 3 dan Lembaga Peperiksaan perlu memastikan ianya sampai kepada pelaksana dasar kerana masa sudah suntuk dan keresahan semua pihak semakin tidak dapat dibendung lagi.

Setiap hari kemi menerima aduan bukan sahaja daripada warga pendidik tetapi dari ibu bapa dan pelbagai NGO yang prihatin terhadap masa depan anak bangsa.

Selain daripada itu, apa yang paling penting sekali semua pengetua dan ketua jabatan harus benar-benar memahami apa itu PT3 supaya mereka bukan hanya tahu member arahan semata-mata sebaliknya dibimbangi mereka yang merupakan peneraju utama pentadbiran sekolah rupa-rupanya tidak faham mengenainya.

Ramai ibu bapa pula bimbang sejauhmana ketelusan pelaksanaan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa ini setelah ditangguhkan sehingga  April kerana apakah mungkin wujudnya ‘double standard’ dalam membuat klasifikasi gred pencapaian  kerana guru di sekolah masing-masing yang akan memberi penilaian bukan pemeriksa dari sekolah lain sebagaimana PMR sebelum ini.

Persoalannya, ruang untuk membuat ‘diskriminasi’ kepada pelajar atau wujud ‘sentimen pilih kasih’ mungkin berlaku. Juga semua guru perlu memiliki integriti yang tinggi dan jujur dalam memastikan setiap markah dang gred yang diberi  adalah berdasarkan jawapan pelajar semata-mata bukan sebab hanya mahu meluluskan pelajar atau menaikkan peratus serta prestasi sekolah untuk menggambarkan kepada masyarakat bahawa PBS ini berjaya  dan instrument  PT3 dilaksanakan tidak ada sebarang masalah.

Penduduk Padawan menang kes tanah adat 9 hektar

 
Pemilik tanah berketurunan Bidayuh di Kampung Nyegol, Kampung Sting dan Kampung Muk Ayun di Bengoh Atas, Padawan, berhampiran Kuching, menang dalam perbicaraan terhadap kerajaan negeri Sarawak bagi menuntut 8,594 hektar tanah adat mereka.

Mahkamah Tinggi Kuching mengembalikan tanah itu kepada penduduk selepas pegawai undang-undang kerajaan memberitahu mahkamah bahawa kerajaan negeri tidak akan meneruskan rancangan membina empangan Taman Negara Bengoh dan tambahan Taman Negara Banjaran Bungo.

Kedua-dua kawasan tersebut meliputi tanah masing-masing seluas 5,022 hektar dan 3,572 hektar.

"Memandangkan mereka baru sahaja meraikan pesta mereka, kemenangan ini boleh diibaratkan sebagai hadiah Hari Gawai kepada penduduk kampung.

"Mereka berhak sepenuhnya untuk menyambut kemenangan ini," kata peguam See Chee How (kiri) yang mewakili mereka.

Mengulas kes tersebut, See berkata Mahkamah Tinggi di Kuching kini membenarkan penduduk Bidayuh di tiga kampung itu untuk mengekalkan warisan nenek moyang mereka serta hak mereka ke atas tanah adat di Bengih Atas, Padawan.

Menurutnya, keputusan itu juga menyaksikan penduduk tiga kampung berkenaan menarik semula permohonan semakan kehakiman mereka untuk mengenepikan keputusan kerajaan negeri berhubung tanah itu sebelum ini.

PERKASA 'geram' pegawai k'jaan hidup mewah lepas bersara

Loji nuklear ancam keselamatan rakyat , bakal jadi macam Lynas

SYED HUSINAgensi Nuklear Malaysia telah merencanakan Pelan Infrastruktur Pembangunan pada tahun 2013 untuk membangunkan pusat janakuasa elektrik yang pertama menjelang 2021. Kerajaan dijangka memuktamadkan pelan pembinaan dua unit loji janakuasa nuklear walaupun negara kini mempunyai 40 peratus simpanan tenaga.
Khabarnya, kerajaan secara tidak langsung meneruskan idea ini apabila beberapa kawasan pantai dan pedalaman telah dikenalpasti sesuai.
Kontrak yang ditawarkan dikatakan bernilai RM21.3 bilion yang dijangka dengan mudah boleh meningkat kepada lebih RM60 hingga RM80 bilion sebelum projek itu dapat disiapkan.
Orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan hak asasi yang mewakili pelbagai bidang telah bersama-sama menyuarakan perasaan mereka terhadap pelan tersirat kerajaan untuk membina loji nuklear. Tanpa menghiraukan rakyat, projek tersebut mungkin menjadi seperti loji Lynas.
Ramai pakar berpendapat bahawa kita tidak perlu tergesa-gesa memulakan projek tenaga nuklear apabila Malaysia sudahpun menikmati sebanyak 40 peratus rizab tenaga. Nampaknya kerajaan tidak berterus terang tentang realiti ekonomi untuk membangunkan kuasa nuklear. Adakah bijak melabur berbilion-bilion ringgit untuk tenaga nuklear apabila pelaburan wajar dibuat untuk memperbaharui tenaga alternatif yang lebih cekap dan selamat?
Kini sisa radioaktif aras rendah dan sisa punca radioaktif terkedap Malaysia ditempatkan di pusat penstoran di premis Nuklear Malaysia yang dibina pada tahun 2000 di Bangi. Kapasiti kemudahan ini dijangka dapat menampung penstoran sisa sehingga tahun 2025. Pusat simpanan tersebut dibina secara senyap-senyap.
Masih ramai penduduk Bangi dan Kajang tidak tahu akan perkara ini. Secara umumnya, pusat penstoran sisa radioaktif merupakan strategi jangka pendek. Bagi memastikan sisa tersebut akan terus dapat diuruskan, maka adalah mustahak satu perancangan dibuat untuk membangunkan kemudahan bagi melupuskan sisa tersebut.
Namun demikian, sisa Nuklear adalah sesuatu yang kita tidak mahu. Kita tidak boleh terus membina pusat-pusat untuk menyimpan sisa merbahaya ini. Adalah dicadangkan agar kerajaan berusaha mencari alternatif kepada masalah tenaga negara dan tidak beralih kepada penggunaan kuasa nuklear.
Aktiviti-aktiviti yang menghasilkan sisa nuklear juga harus dipantau dari masa ke semasa. Bagi Lynas misalnya, agensi keselamatan yang bertangungjawab harus membuat tinjauan dari masa ke masa untuk memastikan sisa-sisa nuklear yang ada diuruskan dengan baik.

Kidex: Kerajaan BN patut halang anugerah konsesi lumayan kepada elit

kidex12SHAH ALAM, 24 JUN: Kuasa Kerajaan Negeri untuk menghalang penganugerahan konsesi lumayan kepada golongan elit, kroni dan kelas “rentier” amat terbatas terutama bagi hal-ehwal di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Bekas mahasiswa Koordinator Gabungan Tanah Rakyat (TANAH), Shazni Munir berkata berkata hal itu berlaku kerana Kerajaan Negeri terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan sekarang ditadbir Barisan Nasional sepatutnya menunjukkan ‘political will’ menghapuskan tol kerana ia mempunyai kuasa mutlak menetapkan syarat dan terma dalam sebarang perjanjian konsesi,” katanya.
Beliau berkata, perhubungan dan pengangkutan serta kerja raya dan pembekalan utiliti terkandung dalam senarai persekutuan meskipun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri manakala perancangan bandar dan kampung pula di bawah senarai bersama.
Katanya, Kerajaan Selangor sehingga kini dilihat sentiasa menyokong dan sedaya upaya cuba melaksanakan tawaran yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) meskipun di peringkat negeri.

Negara UMNO: 'Milo beri orang luar, air kosong pada rakyat'


Majlis Tindakan Ekonomi Melayu mengkritik dasar liberalisasi yang dilaksanakan kerajaan bagi Rancangan Malaysia ke-10 dan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) khususnya dalam Rancangan Greater KL.

Perkara dibimbangi antaranya apabila kerajaan cuba membawa masuk ekspatriat dan ketua pegawai eksekutif (CEO) luar ke negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM Nizam Marshad berkata langkah kerajaan untuk membawa seramai 2.1 juta kumpulan itu "terlalu besar", sekali gus menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

Menurutnya, dalam RMK-10 yang dilaksanakan melalui ETP, dalam rancangan itu populasi KL mahu ditambah daripada enam kepada 10 juta orang.

"Sepatutnya kerajaan membangunkan bakat tempatan atau kepakaran sedia ada tidak digunakan. Jumlah 2.1 juta adalah terlalu besar," katanya dalam sidang media petang ini sebagai sebahagian resolusi meja bulat mengenai ekonomi bumiputera hari ini.

Ulasan itu dibuat selepas MTEM, kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan 22 NGO lain mengadakan sidang meja bulat membincangkan dasar kerajaan yang didakwa menghalang pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini.

Radar Malaysia silap bacaan ketinggian MH370, lapor New York Times

Akhbar New York Times berkata, penyiasat mendapati pesawat itu turun naik seperti yang dipercayai mereka, namun kekal dikawal selama beberapa jam selepas gagal dihubungi, sehingga kehabisan minyak di sekitar Selatan Lautan Hindi.
Mereka membuat kesimpulan berkenaan selepas pemeriksaan semula data tentera dan ping antara pesawat dan satelit Inmarsat sepanjang garisan khatulistiwa, yang menunjukkan bacaan altitud radar tidak tepat.
Semakan antarabangsa mendapati radar Malaysia tidak dikalibrasi untuk membolehkan bacaan tepat.
Sedangkan kebanyakan radar tentera mampu mengesan altitud dan memberi bacaan tepat kedudukan pesawat, kelajuan dan arah, peralatan itu perlu dikalibrasi berdasarkan keadaan atmosfera tempatan, kata New York Times.
"Radar utama merujuk kepada altitud tidak boleh dipercayai," kata Angus Houston, pesara tentera Australia yang mengetuai operasi pencarian di Selatan Lautan Hindi.
Bacaan radar menunjukkan pesawat menjangkau altitud maksimum iaitu 43,100 sebelum turun di kawasan pergunungan, dan naik semula 23,000 kaki atau lebih di Selat Melaka.

Jamil Khir digesa selesai isu campur tangan politik pelantikan AJK masjid

KUALA LUMPUR 24 JUN: Menteri Agama yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Seri Jamil Khir Baharom digesa menyelesaikan segera isu campur tangan politik dalam pelantikan jawatankuasa masjid dan surau sekitar Lembah Pantai.
Ia berikutan campur tangan Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai dalam pelantikan terbabit, seperti pelantikan Datuk Ibrahim Thamby Chik selaku Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam.
Ibrahim merupakan Ketua Biro Agama Umno Bahagian Lembah Pantai dan sebelumnya juga terlibat dengan isu kontroversi Masjid Al-Rhaman di Universiti Malaya, yang sekarang ditutup dengan alasan kerja pembaikpulihan semula.
Selain itu, pelantikan Yusof Hasan Basri, Timbalan Pengerusi Tetap Umno cawangan Lembah Pantai sebagai Pengerusi Surau Insaniah.
Johari (kiri) menyampaikan memo bantahan kepada wakil MAIWP
Johari (kiri) menyampaikan memo bantahan kepada wakil MAIWP
Ketua Biro Agama KEADILAN Lembah Pantai, Johari Musa berkata, pelantikan berkenaan bermotifkan politik kerana membenarkan campur tangan luar dalam pelantikan AJK bagi mentadbir beberapa masjid dan surau sekitar Parlimen itu.
“Pelantikan yang dibuat bermotifkan politik dan bukannya kepada ahli kariah sendiri, ini memperlihatkan fungsi MAIWP dipinggirkan.
“Banyak pelantikan terdiri daripada orang luar kawasan, ini menyebabkan ramai penduduk kecewa dan terabai,” kata Johari kepada Suara Keadilan.
Beliau berkata demikian merujuk pertikaian yang dibangkitkan kariah dalam memorandum yang diserahkan beliau bersama sekumpulan kariah kepada Ketua Perhubungan Korporat Bahagian Khidmat Pengurusan, Wan Ahmad Fadhil Shah yang mewakili Pengerusi MAIWP, di bangunan Perkim, di sini, pagi tadi.

Ustaz Abu Bakar ikon kejayaan Pemuda PAS

Pemuda PAS Malaysia (PPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Datuk Ustaz Abu Bakar Chik yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi, jam 4.30 pagi semalam. PPM merasa terkejut dengan pemergian almarhum kerana baharu sahaja beliau menghadiri beberapa program minggu ini dan yang terakhir pada malam tadi bersama dengan Pemuda PAS Negeri Selangor.

PPM menganggap pemergian almarhum adalah suatu kehilangan besar kepada jemaah Islam khususnya pendokong-penokong PAS kerana beliau adalah pemimpin besar yang sentiasa hidup di hati ahli-ahli PAS serta rakyat umumnya. Kerendahan jiwa dan kekuatan tarbiyahnya mendorong PAS menjadi parti yang disegani rakan dan lawan. Beliau adalah duta dan pemimpin yang berjaya mengukir nama dalam kalendar kejayaan PAS disamping mampu menyebar luaskan dakwah melalui pelbagai lapangan, daripada politik, kegiatan masyarakat, hubungan antarabangsa mahupun pendidikan.

Selain menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sejak tahun 2000 sehingga sekarang serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, kerjaya  politiknya sentiasa menyerlah dan cemerlang. Beliau adalah ikon politik, murabbi ummah, guru politik dan aktivis yang berjaya menjadi contoh terbaik. Ketokohan beliau lebih terserlah dalam bidang pendidikan dan banyak mengasaskan sistem pendidikan di negeri Terengganu dan di negara ini. Beliau terlibat mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah TASKI ABIM pada tahun 1979, Mengasaskan Darul Qur’an di Rusila pada tahun 1983, Mengasaskan Pusat Pendidikan Islam Darul Taqwa, Terengganu pada tahun 1987 serta menjadi Pengerusi PASTI Malaysia pada tahun 1989 hingga 1999.

Dalam lapangan masyarakat terutama melibatkan agensi antarabangsa, beliau adalah insan disegani serta kehebatan beliau sukar ditandingi. Beliau pernah menjadi Ahli Persidangan Buruh Antarabangsa, Karachi pada tahun 1989, Pengarah Ijtima’ Perpaduan Ummah Antarabangsa kali pertama dan kedua pada 1989 & 1993, Ahli Persidangan Perpaduan Masyarakat Islam Antarabangsa, Turki pada 1994,1995 dan 1996, menjadi anggota JK Nadwatul Shabab Al Alami di Khortoum, Sudan pada 1997 & 1998, Ahli Persidangan Islamic Development Bank, Tajikistan dan Uzbekistan pada 2003, menjadi Presiden AFMY pada 2005-2013, serta mengasaskan Internasional Muslim Busines Netword (IMBNet) pada tahun 2007.

Mapim, Teras sifatkan Ustaz Bakar sukar dicari ganti

KUALA LUMPUR: Gerakan Islam dan umat Islam kehilangan seorang tokoh dakwah dan pejuang Islam yang sukar dicari ganti dengan pemergian Almarhum Datuk Ustaz Abu Bakar Chik pagi semalam, kata Presiden Majlis Perunding Islam (Mapim) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Sehubungan itu, beliau mewakili seluruh warga Mapim dan Teras menyampaikan takziah kepada ahli keluarga Almarhum berdoa agar roh beliau tergolong dalam kalangan syuhada, salehin dan siddiqin.

"Kami sangat terasa kehilangan beliau lantaran beliau bukan sekadar seorang aktivis Islam malah beliau adalah pemimpin umat.

"Ribuan kader muda yang lahir dari sentuhan asuhan beliau. Beliau telah menunjukkan erti kemurnian pejuangan Islam yang tulen melalui pengalaman pahit manis melalui pelbagai tahap perjuangan," ujar Cikgu Azmi dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, sepanjang berinteraksi dengan Almarhum Ustaz Abu Bakar, wataknya sebagai seorang pejuang senior Islam dalam pelbagai situasi sangat terrserlah.

Ustaz Abu Bakar, tambah beliau tidak putus-putus berkongsi pemikiran dan idea meneroka pendekatan Islam dalam pelbagai medan dan bidang dakwah.

"Wawasannya melihat pergolakan Islam di seluruh dunia sangat dinamik dan jelas pembacaannya," jelas Cikgu Azmi.

Beliau menambah, gerakan Islam, medan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tanah air kini kehilangan seorang tokoh yang telah menjadi aset umat.

Cikgu Azmi menyifatkan inisiatif Almarhum untuk melahirkan pelbagai lembaga dan wadah Islam khususnya dalam bidang pendidikan sebagai tidak ada tolok bandingnya.

KES FIRDAUS DULLAH: TELADANILAH ‘BUJANG LAPUK’

Kisah sedih dan menyayat hati seorang remaja OKU melanda setiap perasaan rakyat Malaysia. Setiap anggota masyarakat di Malaysia patut rasa bersalah. Sekurang-kurangnya bersimpati dengan nasib yang menimpa remaja malang berkenaan. Dan pastinya ada banyak lagi kes-kes yang sebegini, yang tidak ‘dicungkil’ atau hanya didiamkan sahaja oleh anggota masyarakat Malaysia yang kononnya bersikap ‘tidak boleh menjaga tepi kain orang lain’. Ramai yang mengamalkan sikap ‘ada telinga dengar dan ada mata tengok’.
Ibu bapa remaja OKU malang ini mesti dipersalahkan. Namun banyak pihak lagi yang juga sepatutnya rasa bersalah terutamanya pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat misalnya dan NGO-NGO lain yang sepatutnya merasakan diri mereka bertanggungjawab. Banyak NGO di negara ini lebih mementingkan hal yang bersangkut-paut dengan hal-hal yang remeh tetapi tidak merasa bertanggungjawab atas hal-hal seperti yang menimpa Firdaus Dullah.
Dan diperhatikan bahawa pihak-pihak bertanggungjawab hanya peka dan perihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya sesuatu pilihan raya di sesuatu tempat. Pada ketika itu akan berduyun-duyunlah para pemimpin kita mengunjungi dan memberikan apa saja bantuan yang perlu kepada anggota masyarakat yang memerlukan disamping masyarakat yang tidak begitu mememerlukan sesuatu tetapi ‘dilayan’ juga sewajarnya. Lebih ‘hebat’ lagi ‘layanan’ yang diberikan apabila berada dihadapan  kamera TV. Pada ketika itulah para pemimpin kita akan ‘berlakon’ dan menunjukkan bakat lakonan yang istemewa yang boleh mengalahkan laonon seniman agung P.Ramlee atau Saadiah.
Rancangan Berita Astro ( 23 Jun 214) telah memaparkan satu ‘investigative reporting’ yang agak baik dihidangkan kepada rakyat. Alangkah terperanjatnya, apabila didedahkan kisah bagaimana jiran-jiran keluarga Firdaus Dullah tidak tahu menahu langsung tentang derita yang dialami oleh keluarga malang berkenaan dan hanya dapat mengetahuinya apabila didedahkan kisah sedih ini oleh media massa.
Lantas aku teringatkan filem ‘Bujang Lapuk’ arahan P.Ramlee. Walaupun P. Ramlee berjaya dengan sifat kejenakaan yang memberikan hiburan yang cukup memuaskan penonton dari segenap lapisan masyarakat, namun masyarakat tidak dapat menilai dan menghargai mesej yang ingin disampaikan oleh P.Ramlee. Kisah kerukunan masyarakat yang dipaparkan oleh P. Ramlee sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada rakyat Malaysia.
Filem ‘Bujang Lapuk’ telah memaparkan kisah masyarakat sederhana yang tinggal dibandar yang kehidupan yang agak sederhana pada tahun-tahun 60an. Mereka menyewa bilik-bilk dan berkongsi dapur dan dapat hidup secara harmoni. Mereka ambil peduli tentang kebahagiaan dan juga penderitaan yang dialami oleh jiran tetangga tanpa mengira bangsa dan agama. Kisah sekeluarga India yang sentiasa bertengkar dipaparkan dalam filem berkenaan dan bagaimana jiran tetangga berperanan untuk meredakan pertengkaran. Dan cara penyelesaiannya juga membayangkan suasana harmoni dalam sesebuah masyarakat.

Menggempur pemikiran rasis sejak 30 tahun

Oleh Abd Shukur Harun
30 tahun lalu, melalui Ucapan Dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-30 iaitu pada 13 April 1984, di Alor Setar, Kedah, PAS memilih tema “Menggempur Pemikiran Asabiyah (Perkauman)” kerana pada waktu itu semarak perkauman yang ditiupkan oleh Umno/BN begitu kencang sekali.
Ucapan dasar tersebut yang disampaikan oleh Yang Dipertua Agung PAS (Presiden), Yusuf Rawa menggariskan kejahatan perkauman di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Antaranya beliau mengambil contoh mengenai asobiyyah di negara Arab di mana dengan fahaman perkauman Arab yang sempit itu negara Arab sepakat, bersekongkol dengan Eropah menentang Kerajaan Khalifah Uthmaniyah Turki. Pemimpin sekular tentera Turki, Mustafa pimpinan Mustafa Kemal Attaturk memimpin gerakan menentang kerajaan Uthmaniyah hingga tumbang pada 1924. Kesan sejarah pahit perebutan perkauman bangsa Arab ini dirasakan hingga kini.
Di rantau ini – khususnya di Malaysia - Umno/BN meneruskan sikap perkauman ini hingga kini di mana akibatnya, perpecahan yang parah sedang berlaku. Negara kehilangan arah dan keadaan tidak menentu.
Tidak sehari pun yang sunyi daripada ledakan isu perkauman yang diteriak pelbagai pihak, terutama sebelum pilihan raya, malah selepas pilihan raya dalam nada yang sangar mengerikan.
Maka, saya berpendapat, dalam suasana yang begini dan sangat mencemaskan, sewajarnya Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Johor Baru pada September akan datang, kita meninjau kembali Ucapan Dasar Presiden PAS 30 tahun lalu.
Penekanan semula perlu diberikan dan memperbaharui usaha menggempur pemikiran perkauman itu dalam karangka yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Meneliti kembali ucapan dasar yang disampaikan oleh Yusuf Rawa 30 lalu itu kita melihat pandangan dan hujahnya menentang perkauman sangat relevan hingga hari ini. Pandangan 30 tahun tidak berubah.
Perlu difahami perkauman melibatkan emosi, nostalgia masa lampau, kedudukan bangsa Melayu itu sendiri yang menjadi penduduk majoriti di negara ini, asal usul dan sejarah mereka sebagai pribumi negara ini.

Mana Pas ketika umat Islam berjuang tuntut hak kalimah Allah kata PERKASA..!!!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak hairan dengan sikap dingin Pas berhubung usaha umat Islam menuntut hak melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, kerana parti itu lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agama.
 
Ibrahim AliPresidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun sebelum ini Dewan Syura Ulama Pas sepakat mengatakan kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam, tetapi ketika kes itu dibawa ke muka pengadilan, tidak ada seorang pun pemimpin mereka turun berjuang bersama rakyat.
 
"Sebab itu kata, rakyat yang hadir berhimpun secara aman di pekarangan Istana Kehakiman untuk menuntut hak adalah lebih mulia daripada pemimpin Pas yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak tahu pun erti membela hak.
 
"Sekarang, apabila hak eksklusif kalimah Allah telah diberikan kepada umat Islam, ada pula beberapa pemimpin parti itu menguar-uarkan kejayaan itu kerana perjuangan mereka. Tidakkah mereka berasa malu," katanya kepada MalaysiaGazette mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang memutuskan hak penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam sahaja.
 
Ibrahim berkata, Perkasa bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain berjuang bermati-matian ketika kes itu mula-mula dibabitkan dalam perundangan sehingga mengambil masa hampir dua tahun untuk orang Islam mendapatkan hak itu.
 
"Sepanjang tempoh itu juga pemimpin Pas berdiam diri, malah tidak sedikit daripada mereka menunjukkan sikap kontradiksi dengan ada antaranya menyokong Gereja Katolik dalam penggunaan kalimah Allah.

Larang masuk Sarawak jejas nama baik Adenan


teresa1
SIBU, 24 JUN: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim menyifatkan larangan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memasuki Sarawak hanya menjejaskan nama baik Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Menghargai keputusan Adenan menghentikan sementara larangan itu bagi membolehkan pimpinan Pakatan menghadiri majlis pengebumian mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek Wong Ho Leng, Teresa tetap menggesa Adenan membatalkan sahaja larangan tersebut.
teresa3“Memberikan penghormatan kepada Ho Leng adalah tanda ‘gentleman’ dan mesra oleh Ketua Menteri dan kerajaan negeri.
“Saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada beliau yang membenarkan saya masuk ke Sarawak. (Namun) apabila saya tanya kenapa saya dilarang masuk, beliau tidak menjawab.
“Bukankah lebih baik jika beliau membatalkan (sahaja) larangan itu? Larangan tanpa alasan ini hanya menjejaskan nama baik beliau,” kata Teresa menerusi laman Facebooknya.
Ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Balingian Mac lalu, Teresa dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain, antaranya Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilarang masuk ke negeri itu.
Namun, Teresa diberi ‘pas istimewa’ selama tujuh hari bagi menghadiri pengebumian mendiang semalam.
Selain pimpinan DAP, Adenan, Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, dan beberapa Menteri Sarawak turut hadir memberikan penghormatan terakhir di kediaman mendiang, petang semalam.

NGO: Ucapan 'pancung' ugutan jenayah, cemar duli


Kenyataan seorang pemimpin kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang mengancam “memancung leher” pihak memperkotak-katik agama dan memperlekehkan sultan mengundang rasa tidak senang NGO lain.

Solidariti Anak Muda Malaysia Pulau Pinang berkata, ucapan Yang Dipertua PERKASA Negeri Sembilan Ruslan Kassim (kiri) itu sebuah ugutan jenayah dan mencemar duli kerana membuat kata-kata kesat di kawasan istana.

SAMM negeri itu berkata, polis justeru perlu melakukan siasatan terhadap Ruslan dan mendakwanya bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Ini adalah perlu bagi memastikan kedaulatan undang-undang terjamin dan tiada individu atau pertubuhan yang mempunyai kekebalan undang-undang,” kata Penyelaras SAMM Pulau Pinang Mohd Aidil Fitri.

Dalam ucapan berapi-rapinya, Ruslan semalam berkata demikian dalam perhimpunan di depan istana Selangor, merujuk kepada “parasit” yang menurutnya “lebih baik berambus”.

“Kalau mereka tidak berhenti dari terus memperkotak-katikkan agama, kalau mereka tak berhenti dari terus memperlekehkan DYMM sultan, kita akan memancung leher mereka.

Muhyiddin dikhabar ke Jakarta, penyingkiran beliau semakin nyata..

Najib-Muhyiddin1KUALA LUMPUR 24 JUN: Khabar angin yang tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin hampir menjadi kenyataan apabila beliau dikhabarkan ke Jakarta, sebaik Perdana Menteri menafikan ada sebarang pertukaran untuk orang nombor dua itu.
Justeru, para pengundi serta ahli-ahli Umno Pagoh lega menerima perkhabaran itu.
Bagi penulis Shahbudin Husin, sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku,
malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.
“Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib Razak menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik,” tulis beliau di blognya, seperti dilapor Harakah Daily.
Menurutnya, sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.
“Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang
mengejutkan.

"Aib Rumahtangga": Shahnaz tidak dara lagi semasa berkahwin, kata Bekir

Now deputy minister implicated in UiTM deal

Timbalan Menteri Pertanian dapat konsesi UiTM Tapah

KUALA LUMPUR 24 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Tapah.
“Hari ini saya mengesahkan bahawa Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah.
“Ini mengulangi perkara yang sama di dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM yang lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno,” kata Rafizi pada kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, konsesi penswastaan UiTM cawangan itu dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.
Kata Rafizi, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.
“Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin,” katanya.

RUM bantah penutupan rel ke Pantai Timur oleh SPAD

Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) akan mengadakan piket di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berikutan keputusan suruhanjaya itu untuk menutup landasan Gemas-Gua Musang.

Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan berkata penutupan laluan tersebut selama dua tahun akan "menzalimi" seramai 300 orang kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, selain penumpang untuk laluan ke Pantai Timur.

“Tindakan ini menimbulkan implikasi kepada 300 orang pekerja KTMB di sektor berkenaan, malah melibatkan ratusan ribu penumpang yang menggunakan perkhidmatan keretapi, tindakan ini juga menjejaskan hasil KTMB sekurang-kurangnya RM100,000 sehari," kenyataannya dipetik.

Katanya, penutupan itu akan menyebabkan kakitangan dipindahkan ke depoh manakala para penumpang akan terjejas teruk semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri menjelang akhir Julai.

"Unsur Hasutan": Adam Adli diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan aktivis siswa Adam Adli Abd Halim membela diri atas tuduhan hasutan yang dihadapi anak muda itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah berkata pendakwaan membuktikan kes prima facie ke atas Adam Adli dan terdapat "unsur hasutan" dalam ucapannya pada 13 Mei tahun lalu.

Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 22 Julai.

Ceramah Pakatan Rakyat: YB Khalid Samad (MP Shah Alam) - Pekan Air Itam (Opposite RHB)

Anwar Ibrahim: Negara Lebih Selamat Kalau Orang Islam Faham Islam, Orang Bukan Islam Pun Tahu Sikit

Dr Syed Husin Ali: Perbezaan Di Antara Islam Sebagai Agama Rasmi Dan Negara Islam

Dr Syed Husin Ali: Bagaimana Nak Kembalikan Unsur-Unsur Islam?

Kalau bukan C4, Altantuya diletup guna bom apa?

altantuyaKUALA LUMPUR 24 JUN: Pendengaran rayuan kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang memasuki hari kedua hari ini dikejutkan apabila Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa wanita Mongolia itu mati bukan akibat letupan C4.
Mengikut laporan Malaysiakini, Timbalan Peguam Cara Negara II, Tun Abdul Majid Tun Hamzah menyalahkan media kerana menggelar letupan yang digunakan terhadap Altantuya sebagai ‘C4′.
“Kami tidak pernah kata ia C4, ia dibuat akhbar, ia bukan C4,” katanya dipetik.
Abdul Majid berkata, Unit Tindakan Khas tidak pernah menggunakan letupan C4 tetapi tertuduh boleh menggunakan sebarang bentuk letupan hasil latihan mereka.
Pendengaran rayuan itu dibuat terhadap pembebasan dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Chif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Akhirnya, ibu Dyana terima surat ‘cinta’ Umno dengan penuh bergaya

 
Ibu kepada calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud iaitu Yammy Samat pada Isnin mengesahkan yang dia akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno mengapa tindakan disiplin atau tindakan pemecatan daripada parti tidak boleh dikenakan ke atasnya atas dakwaan berkempen bagi pihak calon parti lawan.Surat itu diterima 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterima oleh Yammy.
Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana salah alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy ketika dihubungi mStar Online berkata, surat itu diterimanya daripada Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus yang datang sendiri ke rumahnya untuk melakukan serahan tangan pada kira-kira jam 11 pagi tadi. =”text-align: justify;”>Beliau bagaimanapun berkata, surat yang diterimanya itu sekadar salinan kepada surat asal yang bertarikh 3 Jun dan kandungannya begitu ringkas.

“Saya berterima kasih kepada Umno Perak kerana sudi menghantar surat secara serahan tangan kepada saya selepas lama menunggu.Tetapi kenapa saya hanya terima salinan surat tunjuk sebab daripada Umno? Tak kan saya nak memberi jawapan pada surat salinan? Surat asalnya mana?

“Kandungan surat itu pula terlalu ringkas yang hanya minta saya nyatakan sebab mengapa tindakan disiplin atau pemecatan tidak boleh dikenakan ke atas saya kerana berkempen untuk calon parti lawan. Tapi tak apa, saya akan jawab seperti yang dijanjikan,” katanya lagi.



Surat tunjuk sebab yang diterima Yammy pada Isnin.

Sementara itu, Ishak Darus ketika dihubungi turut mengesahkan apa yang dikatakan oleh Yammy itu.

Pada 3 Jun lalu, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan Mei lalu.

Muhd Firdaus: Jiran selalu dengar tangisan pada waktu malam, tidak tahu itu OKU dikurung

Jiran selalu dengar tangisan pada waktu malam, tidak tahu itu OKU dikurungKUALA LUMPUR: Penduduk rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai, tempat remaja OKU, Muhamad Firdaus Dullah, 15 dikurung mendakwa ada mendengar tangisan mangsa pada waktu malam.

Namun, rata-rata penduduk yang berkata mereka tidak menyangka bahawa ia datangnya dari Muhamad Firdaus.

Antara jiran yang ditemui Astro AWANI memberitahu bahawa mereka hanya mengetahui keadaan Muhamad Firdaus setelah keluar berita mengenainya.

Ada beberapa kanak-kanak yang mengenali Muhamad Firdaus turut mengakui bahawa mereka pernah terlihat mangsa memanggil dan menangis dari tingkap rumah, ketika mereka sedang bermain bola di padang flat berkenaan.

Muhd Firdaus: Tiga perkataan yang meruntun jiwa


Muhammad Firdaus sentiasa memalingkan muka daripada orang ramai ketika ditemui
di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, semalam.  
Muhammad Firdaus sentiasa memalingkan muka daripada orang ramai ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, semalam.
'IBU, ummi dan makan...'. Hanya tiga perkataan itu saja mampu diucap Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU malang yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, Sabtu lalu walaupun usianya sudah 15 tahun.

Perkataan 'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan, Norfitri Radius, 42, yang menjaganya selama lapan tahun sejak 2003, sementara 'ummi' merujuk kepada ibu remaja berkenaan yang kini masih ditahan reman bagi membantu siasatan atas penemuan mengejutkan seluruh rakyat negara ini.

Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya setiap kali lapar.

Perkara itu didedahkan Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Datuk Dr Jaafar Che Mat berhubung tahap kesihatan Muhammad Firdaus selepas dua hari dirawat dan dijaga rapi di hospital berkenaan.

Ketiga-tiga perkataan itu juga menunjukkan 'dunia' Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada orang ramai.

3 Timbalan Perdana Menteri TPM Semenanjung, Sabah Sarawak? Malaysia Pecah Kepada 25 Negeri (Semenanjung 11, Sabah 5, Sarawak 9).

Timbalan Perdana Menteri TPM Sarawak
3 Timbalan Perdana Menteri TPM Semenanjung, Sabah Sarawak? Di atas kertas, Sabah & Sarawak penyumbang terbesar kerusi parlimen di Dewan Rakyat sehingga terbentuknya kerajaan Malaysia.
Hasil mahsul di bumi di Borneo banyak dihantar ke Semenanjung. Pulangannya? Terbaru…

Cadangan Wakil Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan Kepada Kerajaan Persekutuan!

  1. Terbaru Adun Sabah, Datuk Jeffrey Kitingan mahu kerajaan Malaysia melantik 2 orang lain Timbalan Perdana Menteri masing-masing dari Sabah & Sarawak kerana mahu menggelakkan perasaan tidak puas hati rakyat Sabah & Sarawak
  2. Malaysia dipecahkan kepada 25 negeri, masing-masing 11 negeri di Semenanjung, 9 negeri di Sarawak dan 5 negeri di Sabah
  3. Setuju?
What? Mengapa perlu ditambah 2 lagi TPM? Bukankah kualiti lebih baik daripada kuantiti. Sudahlah negara kita mempunyai menteri yang cukup ramai tidak padan dengan jumlah penduduknya dibandingkan dengan nisbah menteri VS penduduk di negara-negara lain seperti China, India, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Buat apa tambah bilangan TPM. Sepatutnya kurangkan lagi Menteri dan Timbalan Menteri..Senator pun buat apa?..
Tetapi Berita Semasa tetap bersetuju dengan cadangan TPM dari Borneo samada Sabah atau Sarawak. Tiada masalah atas nama semangat kesepakatan bersama.
Berita Semasa tiada masalah sebenarnya untuk melantik mana-mana ahli parlimen dari Sabah/Sarawak menjadi TPM hatta PM sekalipun dengan harapan menjadi “jambatan pengukuhan” antara Sabah, Sarawak & Semenanjung. Cuma pastikan figura politik yang dipilih biarlah berkaliber :
  1. Tidak cepat terliur dengan duit rasuah
  2. Ada ciri kepimpinan
  3. Ada sifat tegas ketika memimpin
  4. Juur, tulus & amanah ke arah kemajuan negara dalam segala aspek
  5. Ada lagi nak tambah senarainnya?
Dalam pada masa yang sama, Sabah & Sarawak perlu dirapatkan safnya bersama-sama kumpulan dari Semenanjung. Sebab Berita tidak mahu episod yang menimpa Papua, Aceh, Maluku, Scotland dan Crimea menimpa Sabah & Sarawak. Rakyat Malaysia perlu bersatu kerana pada masa inilah anasir luar akan mengambil kesempatan.
Ya Berita Semasa faham, Malaysia mengamalkan projek berimpak tinggi/ikut prioriti. Dalam penilaian prioriti di peringkat EPU, mereka akan nilai impak dan hasil projek itu kepada populasi setempat. Sudah tentu kalau aspek populasi diambil kira, maka Sabah dan Sarawak akhirnya seperti yang sentiasa terjadi sehingga ke hari ini “will be at losing end“. Kami daripada pasukan berita Semasa adalah golongan Semenanjung, tetapi hakikat tetap hakikat apa yang menimpa Sabah & Sarawak.

Mengapa membisu tentang Forest City?


Walaupun kerja-kerja penambakan laut bagi projek hartanah "Forest City" di Selat Johor sedang giat dijalankan sehingga menarik perhatian kerajaan Singapura, namun bagi warga Johor tidak banyak yang diketahui mereka tentang projek yang bakal mewujudkan salah sebuah pulau buatan manusia terbesar di Malaysia.
 
Rata-rata rakyat Johor mempunyai pengetahuan yang amat terbatas tentang "Forest City", kecuali ketika Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Iskandar mengumumkan pembinaan stadium bolasepak baru negeri di pulau buatan manusia itu beberapa bulan lepas.
 
Selain daripada itu, tidak ada pengumuman daripada pemaju projek "Forest City" seolah-olah kerajaan negeri lebih berminat untuk "mendiamkan diri" tentang projek itu, walaupun rakan kongsi projek adalah anak syarikatnya sendiri.
 
Projek "Forest City" itu hanya mendapat perhatian media beberapa hari ini, selepas Kerajaan Singapura menyuarakan kebimbangan terhadap kesan alam sekitar yang bakal ditanggungnya akibat perlaksanaan projek penambakan laut itu.
 
Apa yang diketahui adalah projek penambakan laut pulau buatan manusia bagi "Forest City" dilaksanakan oleh syarikat pemaju dari China, Country Garden Holdings Ltd dan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). 
 
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor (JAS) Mokhtar Mohd Majid, pada mulanya projek di Selat Johor itu hanya akan melibatkan kawasan seluas 49 ekar sahaja dan disebabkan keluasan yang kecil ia tidak memerlukan laporan Kesan Alam Sekitar (EIA).
 
Bagaimanapun beliau dimaklumkan pemaju projek itu bercadang menambak kira-kira 5,000 ekar lagi untuk memperluaskan pulau buatan manusia yang menjadi simbol projek hartanah "Forest City," itu.
 
"Setakat ini tiada cadangan rasmi daripada pihak pemaju.
 
"Jikalau 5,000 ekar, mereka (pemaju) perlu mengemukakan cadangan yang rasmi serta laporan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA), kerana kawasan yang mahu ditambak melebihi 50 ekar," katanya.

Adakah hidup seorang anak OKU tidak sama nilainya dengan dua ekor panda?

Oleh Ng Kee Seng
Berita mengenai Muhammad Firdaus Dullah yang dijumpai dalam keadaan terbiar dan kebuluran di Nilai, telah mencalarkan imej Malaysia.
Gambar-gambar mengejutkan keadaan hiba Muhammad Firdaus mengingatkan kita tentang keadaan di negara-negara Afrika, di mana puluhan ribu kanak-kanak dan orang dewasa kebuluran.

Malaysia mahu mencapai status negara maju dalam Wawasan 2020 yang hanya tinggal kira-kira enam tahun lagi. Tetapi mengapa masih ada cerita-cerita sebegini yang memalukan? Kemiskinan dan orang yang memerlukan telah diabaikan. Mereka yang terus hidup dalam penafian akan menyangkal bahawa ini hanyalah kes terpencil.
‘Hanya’ sebuah kes adalah satu kes terlalu banyak. Pergi ke kawasan pedalaman Malaysia, dan anda mungkin mahu mempertimbangkan semula dakwaan yang ianya adalah "kes terpencil".
Dan kes Muhammad Firdaus yang berusia 15 tahun berlaku di sebuah bandar pinggir Lembah Klang!
Ini mengingatkan kita mengenai keselesaan yang diterima kedua-dua Panda – Fu Wa dan Feng Yi – yang mana kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno telah membelanjakan kira-kira RM60, termasuk tinggal di dalam suhu berhawa dingin 24 jam sehari.
Ada baiknya RM60 juta ini dibelanjakan untuk program kebajikan bagi golongan yang memerlukan di Malaysia, tidakkah anda bersetuju?
Apakah faedah yang dibawa panda ini kepada rakyat dan Malaysia? Adakah kedua-dua ekor haiwan ini berbaloi harga RM60 juta mereka?
Itulah masalah dengan kerajaan persekutuan – memberi keutamaan sosio-ekonomi yang salah.
Bukan sahaja golongan miskin bersusah-payah mencari makan setiap hari, tetapi kedua-dua golongan miskin bandar dan luar bandar juga terpaksa berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi bagi orang yang tersayang.
Dan kerajaan sanggup memberitahu rakyat Malaysia supaya mengikat perut mereka dan membayar lebih banyak cukai untuk membantu mengurangkan hutang negara yang berjumlah lebih daripada RM800 bilion, hasil pengurusan kewangan yang lemah.
Muhammad Firdaus berlumuran kotoran dan najis sendiri apabila dia dijumpai oleh pegawai-pegawai imigresen di sebuah flat di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun.
Sebuah pasukan imigresen yang sedang menjalankan pemeriksaan ke atas pendatang tanpa izin sebaliknya menemui insiden yang menyayat hati itu.
Muhammad Firdaus, dipercayai seorang pesakit mental, hanya berpakaian t-shirt koyak yang kotor apabila dia ditemui dalam salah sebuah bilik rumah pangsa.
The Star melaporkan bahawa pegawai-pegawai itu sendiri terkejut. "Oh Tuhan! Ini tidak berhati perut," kata pegawai yang menemui anak itu.

Surat terbuka kepada Datin Seri Rosmah Mansor

Oleh Fahmi Zainol
Saya terpanggil untuk menulis sepucuk surat buat mama selepas membaca khabar berkenaan ucapan mama di Majlis Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita Umno di ibu negara semalam menyentuh berkenaan mahasiswa. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih buat mama, atas keperihatinan berkenaan anak-anak mama sendiri iaitu mahasiswa sendiri.

Memetik ucapan semalam, pandangan mama kepada anak-anaknya dan menasihatkan golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya mempercayainya tanpa membuat semakan dan kajian, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunakan pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat.
Selain itu, mama ada juga mengemukakan harapan kepada mahasiswa iaitu berharap kaedah tersebut tidak hanya digunakan di peringkat universiti saja tetapi diaplikasikan dalam proses pencarian ilmu di Internet mahupun ketika membaca bahan di media sosial serta laman web.
“Jika bertindak melulu dan membantu menabur fitnah merata-rata, harus ingat perbuatan tersebut akan membinasakan masa depan anda sendiri dan memperjudikan negara kita kelak," katanya.
Tambah mama lagi, masyarakat tidak boleh menyalahkan segelintir kecil mahasiswa yang bertindak mengikut perasaan dan secara terburu-buru tanpa memahami keadaan sebenar. Ini mungkin kerana mereka (mahasiswa) tidak mendapat gambaran sebenar mengenai usaha dan peranan kerajaan dalam membangunkan negara.
Dalam ucapan tersebut juga mama menyentuh berkenaan GST di mana beliau menasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Saya dengar golongan pelajar kini tidak membaca surat khabar (arus perdana) kerana mendakwa surat khabar berat sebelah. Bacalah, Kita kena tahu benda yang betul (melalui media arus perdana),” katanya.
Di sini saya mengambil peluang untuk respon berkenaan ucapan mama memandangkan masih belum ada mahasiswa respon berkenaan ucapan mama. Di sini beberapa perkara yang saya mahu kemukakan:
1. Mama perlu menjadi wanita/mama untuk semua mahasiswa, semua masyarakat Malaysia tidak kira agama dan bangsa di Malaysia
Saya sedikit terkilan, mama hanya berperanan sebagai wanita Umno/BN sahaja, sepatutnya mama perlu berusaha untuk menjadi wanita Malaysia yang melambangkan wanita pertama Malaysia di mata dunia, sentiasa bersikap adil kepada semua rakyat serta mahasiswa.
Perkara ini termasuk menjaga identiti sebagai wanita islam pertama Malaysia, menutup aurat, menjadi idola semua wanita islam di mata dunia. Tidak perlu menjadi seorang ustazah, tetapi cukup sekadar menjaga baik nama Islam di mata masyarakat lain. Saya mengambil contoh mudah, iaitu berkenaan majlis semalam, majlis ini hanya meraikan wanita Umno/BN serta mahasiswa yang pro kepada kerajaan sahaja.

Apa Muhyiddin Buat Di Jakarta?

Setelah Perdana Menteri, Najib Razak memberikan kenyataan bahawa desas-desus perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hanyalah rekaan politik pihak-pihak tertentu saja dan diikuti pula dengan perasaan lega pengundi serta ahli-ahli UMNO Pagoh menerima perkhabaran itu, hakikat yang berlaku mungkin adalah sebaliknya.

Sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku, malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.

Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik.

Beberapa nama telah disebutkan sebagai antara yang pergi menemani Muhyiddin ke Jakarta itu dan antaranya memang diketahui sebagai penyokong setia dan mereka yang selalu jatuh bangun bersama-sama dengannya.

Sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang mengejutkan. Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihanraya umum akan datang.

Sebelum tersebar berita mengenai perletakan jawatan Muhyiddin yang dihebohkan melalui media sosial, sudah lama sebenarnya kedengaran mengenai hubungan dinginnya dengan Najib Razak kerana beliau difahamkan tidak bersetuju dalam beberapa perkara tetapi tidak mampu bertindak berikutan pemusatan kuasa yang terlalu tertumpu kepada Najib dan Seri Perdana.

Blog ini turut mendedahkan kesengsaraan yang dialami oleh Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding ramai pemimpin dan ahli UMNO yang kecewa dengan Najib, Muhyiddin mungkin merupakan orang yang paling sengsara dan terseksa jiwanya.

Kemudian dari itu, bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam dalam blognya juga menulis bahawa Muhyiddin memang diketahui telah memberitahu beberapa rakannya mengenai hasrat untuk meletakkan jawatan dan walaupun alasan yang diberi ialah umur tetapi dikatakan juga menyimpan perasaan kecewa yang mendalam tentang beberapa hal.

Kapitalis Kotaraya: Tak sampai 10 minit rumah lenyap dari pandangan


Halim Abdul Hamid ketika menceritakan kisahnya kepada Sinar Harian Online. 

KUALA LUMPUR - "Tidak sampai 10 minit ,rumah saya hilang pada pandangan. Rumah pak cik kayu, senang sangatlah nak dirobohkan," kata salah seorang penduduk Kampung Chubadak Tambahan mengenai situasi ketika kediamannya dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Penduduk Kampung tersebut yang dikenali sebagai Halim Abdul Hamid,75, berkata, ketika kejadian beliau sedang memberi haiwan ternakannya makan.

"Sedih sangat hati pak cik... Rumah pak cik dirobohkan. Sebelum kejadian, dalam lapan orang masuk rumah pak cik sambil bawa bekas sebab hendak 'kemas' rumah pak cik.

"Lepas siap 'kemas' mereka terus roboh rumah pak cik," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Himpunan Bantah DBKL di Ibu Pejabat DBKL hari ini.

Halim mendakwa, akibat tindakan itu, beliau dan keluarganya kini terpaksa tinggal di garaj kereta.

"Saya dukacita dengan cara itu, macam merempat sangat. Lepas roboh rumah pak cik, pak cik terpaksa tinggal di garaj.

Pada 9 Jun lalu, pihak DBKL telah merobohkan beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Terdapat kira-kira 160 keluarga di kampung itu, lokasi kampung ini yang hanya lima kilometer daripada pusat bandar.

Pasangan suami isteri ditahan terlibat kes rogol budak perempuan berumur 13 depan anak sendiri

SIBU: Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.
Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.