Isnin, 23 Jun 2014

Sikap tamak pemimpin Umno tindas Melayu di bawah – Anwar

Anwar TanjongTANJONG TOKONG 23 JUN: Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mempersoalkan kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.
Menurutnya, apa yang dipertikaikan adalah sikap tamak pemimpin Umno yang mengumpulkan kekayaan sehingga menindas rakyat bawahan, termasuk orang Melayu sendiri.
“Apa yang dipertikaikan ialah sikap tamak dan haloba pimpinan Melayu Umno yang menindas rakyat, memiskinkan orang Melayu dan mengkayakan segelintir rakan-rakan mereka dengan cara yang tidak adil,” tegas beliau.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan semasa majlis makan malam mengumpul dana KEADILAN Pulau Pinang di Straits Quay Convention Centre, di sini malam kelmarin.
Dalam ucapan tersebut, Anwar berkata beliau juga tidak mempertikai kekayaan jutawan seperti Syed Mokhtar Al Bukhari dan syarikat Penjana Tenaga Bebas seperti YTL yang dimiliki jutawan Tan Sri Francis Yeoh.
Namun apa yang dipersoalkan adalah cara perolehan kekayaan itu dilakukan.
“Seringkali ditegaskan, kita tidak pernah mempertikaikan kekayaan Syed Mokhtar tetapi cara perolehan kekayaan tersebut apakah ianya telus dan menindas orang Melayu yang ada di bawah.
“Begitu juga dengan projek yang diberikan kepada YTL dan seumpamanya. Kita tidak menentang kekayaan orang Cina dan India, tetapi janganlah mengkayakan orang yang sama sehinggakah golongan lain tidak dapat merasai kekayaan secara saksama,” ujar Anwar.
Dalam pada itu, Anwar juga menyentuh mengenai hasrat KEADILAN Pulau Pinang untuk mendapat dana sebanyak RM1 juta bagi mendirikan bangunan parti.

Malaysia Boleh: Pelajar menengah di Perlis penagih air ketum

KANGAR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum.
Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum.
Gambar hiasan "Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini hari ini.
Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan.
"Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga  perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk membantu," katanya.
Pada majlis itu, Azlan menyampaikan anugerah Tokoh Guru Perlis 2014 kepada bekas Pengarah Pendidikan Perlis, Dariah Saad, 67, berupa sebuah plak dan wang tunai RM4,000 sumbangan Bank Rakyat. - Bernama

Hilang sifat manusiawi punca manusia jadi kejam - Dr Maszlee Malik

 Dr Maszlee Malik 
SHAH ALAM - "Hilang sifat manusiawi punca manusia bertindak di luar batasan norma kehidupan," demikian respon penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik terhadap nasib malang yang menimpa remaja kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui pihak imigresen kira-kira jam 2 pagi dalam keadaan tidak terurus di Taman Semarak, dua hari lalu.

Maszlee berkata, tiga pendekatan perlu diperkasakan bagi menyemai semula 'sifat kemanusian' tersebut.

"Tersentap hati saya tatkala melihat nasib malang yang menimpa remaja OKU itu. Bagi saya apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah memperkasakan sistem pendidikan kita.

"Caranya kita perlu selitkan subjek pendidikan moral terhadap semua subjek  yang sedia ada, dengan itu secara tidak langsung ianya dapat menyemai sifat-sifat mulia kepada pelajar dan dapat mendidik pelajar supaya lebih berakhlak mulia," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui bersempena dengan seminar Protaz VS Uspro: Realiti Dakwah Masa Depan anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Politeknik Shah Alam semalam.

Tambah Mazlee, pendekatan kedua ialah dengan memantapkan institusi agama Islam.

"Pusat zakat, baitulmal perlu lebih 'mesra bantuan' dan wujudkan 'One Stop Center', bagi membantu golongan ini. Langkah terakhir ialah, tahap kesedaran masyarakat kita perlu dipertingkatkan.

Azizah, Anwar kenal Abu Bakar sejak sertai Abim


Wan Azizah Wan Ismail 

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenali AJK Pas Pusat, Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik seawal 1970-an ketika pembabitannya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Wan Azizah juga menyifatkan berita sedih itu sebagai satu kehilangan seorang lagi pemimpin Pas di Terengganu selepas pemergian Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib pada Januari lalu.
“Saya bersama Anwar, secara peribadi mengenali Allahyarham sekitar 1970-an, kerana beliau antara penggerak awal Abim di Terengganu yang banyak bergandingan dengan Anwar.
“PKR juga menyampaikan salam takziah kepada balu Allahyarham, Toh Puan Zaitun Salleh di atas pemergian Allahyarham,” katanya memetik kenyataan medianya, hari ini.
Allahyarham meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jam 3.16 pagi tadi di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil.

Wartawan al-Jazeera dipenjara 7 tahun oleh regim Zionis As Sisi

Wartawan al-Jazeera dipenjara 7 tahun
KAHERAH - MESIR. Tiga wartawan al-Jazeera dipenjara tujuh tahun kerana dituduh menyokong kumpulan Ikhwanul Muslim.

Mahkamah Kaherah menjatuhkan hukuman ke atas Peter Greste, Mohamed Fahmy dan Baher Mohamed atas dakwaan menyebarkan berita palsu serta menyokong kumpulan terbabit.

Ketika pertuduhan dibacakan, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, Pengarah Urusan al-Jazeera, Al-Anstey mendakwa, hukuman yang dikenakan mahkamah menentang logik akal dan menentang keadilan.

Menurutnya lagi, hanya sembilan daripada defendan yang didakwa merupakan pekerja manakala selebihnya merupakan pelajar dan aktivis.

Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata kepada pemberita hari ini, pihaknya amat kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan.

Greste merupakan rakyat Australia yang pernah berkhidmat dengan BBC sebagai wartawan sebelum menyertai al-Jazeera.

Greste dan tiga wartawan dituduh telah bekerjasama membekalkan 16 defendan yang lain dengan wang, peralatan, maklumat serta menyiarkan berita palsu.

Manakala Fahmy dan Mohamed adalah antara 16 orang yang didakwa memiliki organisasi pengganas serta dituduh merosakkan perpaduan negara.

Ucapan takziah pemimpin Pakatan Rakyat buat keluarga Almarhum Ustaz Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Ketika jenazah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik disemadikan, ucapan takziah bertali arus diterima daripada pelbagai pihak.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan menyampaikan salam takziah kepada isteri Allahyarham, Toh Puan Zaitun Salleh di atas pemergian Ustaz Abu Bakar yang terbabit dalam kemalangan Subuh tadi.

"KEADILAN juga mengucapkan takziah kepada PAS yang kehilangan seorang lagi pemimpin Pusatnya, yang juga pemimpin PAS di Terengganu, selepas pemergian Almarhum Dato’ Harun Taib.

"Saya bersama Saudara Anwar Ibrahim, secaraperibadi mengenali Almarhum Ustaz Abu Bakar di sekitar 1970-an, kerana beliau antara penggerak awal Abim di Terengganu yang banyak bergandingan dengan Saudara Anwar.

"Moga rohnya ditempatkan di kalangan syuhada dan salihin. Al-Fatihah," kenyataan media itu dipetik.
Nabib Presiden PKR, Tian Chua turut mengucap takziah di atas pemergian Allahyarham.
Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai ahli strategi pilihan raya yang hebat dan pemimpin yang punyai inspirasi.
"Berita pemergian Ustaz Abu Bakar Chik sungguh menyedihkan. Takziah kepada ahli keluarga dan PAS atas kehilangan seorang tokoh yang handal," ujarnya di laman twitter.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengucapkan takziah kepada PAS dan anggota keluarga Allahyarham Ustaz Abu Bakar.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad pula mendoakan semoga Allah SWT merahmati dan memberkati Almarhum Ustaz Abu Bakar, dan menggolongkannya dari kalangan syuhada dan salihin.

Pesanan akhir sang murabbi

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik selamat dikebumikan petang tadi selepas disolatkan ribuan hadirin di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring.
Tatkala jenazahnya disempurnakan, pesanan akhir Allahyarham ketika berucap di program "Santai Anak Muda Bersama Murabbi" di Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam, malam semalam berlegar di laman sosial.
Dalam ucapannya itu, beliau mengingatkan bahawa anggota jemaah perlu berperanan mengatur strategi untuk kepentingan Islam dan bukannya untuk diri sendiri.
"Kita nak selesaikan kehidupan dengan syariat," ujarnya.
Jemaah, ujarnya bukan medan berehat tetapi medan berjuang, maka setiap isu masyarakat mesti ditafahhum dengan dasar Islam.
"Saf kita bukan sekadar ahli yang baik, tapi jundi (pejuang) yang berdisplin. Perlu ada kesegeraan dalam time management (pengurusan masa).

Menurut Ustaz Abu Bakar, ahli PAS memerlukan ilmu untuk memimpin dan mampu berijtihad dan inilah ciri yang perlu ada dalam "kepimpinan ulama".
Beliau turut berpesan supaya jangan ada walau sedikit pun bagi pejuang Islam memikirkan bahawa agama ini (Islam) menyusahkan.

Apabila harga telur meningkat...

Oleh SELENA TAY
MINGGU lalu harga telur sudah menjadi RM3.95 untuk 10 bagi biji telur biasa. Adakah ini bererti bahawa harga telur sudah tidak boleh dikawal lagi?
“Kalau harga barang makanan asas seperti telur mendadak naik, ia merupakan satu petanda buruk bahawa ekonomi negara sudah parah. Ia bermakna bahawa kerajaan gagal membendung gejala kejatuhan ekonomi,” kata Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam daripada PAS.

Hakikatnya, selepas kehilangan pesawat MH370 yang membawa 153 orang penumpang dari negara China, ia telah member i kesan kepada ekonomi negara kita disebabkan oleh krisis keyakinan terhadap pentadbiran negara. Justeru, pelancong asing terutamanya dari negara China telah membatalkan rancangan mereka untuk bercuti di Malaysia. Tambahan, kes penculikan dua warga China di pantai perairan Sabah juga lagi menjejaskan keyakinan pelancong asing terhadap pentadbiran negara kita.
Kini seorang daripadanya sudah diselamatkan. Selain itu, kes ragut beg yang menyebabkan kecederaan kepada pelancong dari China juga ada berlaku.
Oleh itu, pada keseluruhannya industri pelancong negara kita akan terjejas. Dan ini pula Tahun Melawat Malaysia 2014.

Islam bukan agama main-main

Oleh Timmy Say
Di satu kedai kopi, seorang kawan bertanya pandangan saya mengenai kes perbalahan penjagaan anak antara seorang bapa Islam dan ibu Hindu, perkahwinan seorang wanita Hindu yang bernamakan Melayu dan juga rampasan jasad seorang Cina oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Orang bukan Islam dan bukan Melayu yang mengikuti kes sedemikian melahirkan satu persepsi kurang baik terhadap Islam. Antara punca persepsi kurang baik ialah mereka ‘mengukur’ agama Islam melalui tindakan umat dan penjaga Islam berdasarkan apa yang mereka tahu. Mereka juga ‘mengukur’ Islam terhadap kepercayaan yang dianuti masing-masing. Dalam satu-satu keluarga bukan Islam, terutama keluarga Cina, agama bukan perkara terpenting dalam kehidupan. Di dalam sebuah rumah, ada Kristian, ada Buddha, ada Taois malah ada yang hilang kepercayaan pada wujudnya Tuhan.
Ketika di musim perayaan, atas dasar menghormati hasrat ibu bapa, anak yang sudah Kristian turut mengikut orang tua mereka ke tokong dan kuil untuk melakukan upacara keagamaan, dan begitu juga sebaliknya. Semua ini dilakukan untuk menjaga keharmonian keluarga.
Bagi bukan Islam, agama bukan penentu segalanya, dan disebabkan tiada pelaksanaan pihak berkuasa untuk agama mereka, maka larangan agama hanya diikuti dengan disiplin sendiri.
Oleh itu, bukan Islam yang tidak mengenali Islam susah memahami konsep Islam sebagai satu sistem.
Apa yang saya tahu, Islam bukan agama yang main-main. Ia adalah agama yang lengkap dengan sistemnya sendiri untuk menjaga sistem itu sendiri.

Dadah dan HIV di kalangan nelayan, kegagalan siapa?


Nelayan
Pendedahan yang dibuat oleh Bank Dunia baru-baru ini berkenaan dengan masalah HIV dan penyalahgunaan dadah di kalangan nelayan begitu membimbangkan.
Pendedahan ini dibuat oleh Dr Sutayut Osornprasop, pakar pembangunan manusia di East Asia and the Pacific Region’s Human Development Unit, sebuah unit di bawah Bank Dunia.
Dinamakan sebagai Project Waves dan dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Centre of Excellence for Research in AIDS dari Universiti Malaya pada tahun 2008, kajian awal ini melihat masalah penggunaan dadah dan risiko jangkitan HIV di kalangan nelayan di bandar pelabuhan di sebelah Pantai Timur semenanjung Malaysia, melibatkan sekitar 406 orang nelayan.
Kajian yang siap pada tahun 2012 itu mengejutkan kita dan membuka banyak persoalan baru.
Antaranya, lebih seorang daripada setiap 3 orang nelayan menggunakan dadah secara suntikan dan lebih seorang daripada 10 orang nelayan menghidap HIV. Jumlah ini 20 kali lebih tinggi daripada purata pengidap HIV di Malaysia.
Sejumlah 71 peratus nelayan menggunakan dadah ketika bekerja di tengah laut; 72 peratus daripadanya mengatakan bahawa juragan bot mengetahui mereka mengambil dadah; dan 63 peratus nelayan menggunakan dadah bersama-sama dengan rakan awak-awak.
Berdasarkan data Bank Dunia itu, tahap jangkitan HIV di kalangan nelayan adalah sama dengan pekerja seks di Kuala Lumpur.
Persoalan menarik yang muncul daripada dapatan kajian ini adalah, apakah penggunaan dadah suatu hal yang lumrah atau bukan lumrah di kalangan nelayan? Dan mengapa nelayan memerlukan suntikan dadah?

Orang mati 'hidup semula' pada pemilihan MIC Bahagian Jasin


Ketua MIC Cawangan Bandar Baru Jasin Melaka, Joseph Egambaram mendedahkan berlaku penyalahgunaan kuasa dengan membenarkan perwakilan mengundi untuk pemilihan MIC Bahagian Jasin baru-baru ini dengan menggunakan nama perwakilan yang telah meninggal dunia.
 
Joseph berkata, tindakan menggunakan mereka yang telah meninggal dunia mengundi pada pemilihan itu melanggar undang-undang pilihan raya parti.
 
Difahamkan aduan telah dikemukakan Joseph kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan dokumen yamh membuktikan pemilihan bahagian Jasin sebagai tidak sah dan perlu dibatalkan.
 
Di dalam aduannya, Joseph mendakwa kebanyakan perwakilan yang mengundi pada pemilihan peringkat Bahagian Jasin itu bukan perwakilan sah berlandaskan perlembagaan MIC.
 
"Jika terdapat 120 ahli berdaftar dalam sesebuah Cawangan parti, dua ahli daripada jumlah itu layak dan dibenar mengundi pada pemilihan dan ia juga merupakan undang-undang sedia ada dalam MIC.
 

Azhar Sulaiman ugut guru sekolah anaknya


Ingat lagi dengan pelakon Azhar Sulaiman? Pelakon yang popular zaman 90an menerusi filem Abang 92 Interlude dan Sayang Salmah.
 
Tahun lepas kalau siapa masih lagi ingat dengan Azhar, bapa kepada tiga orang anak ini buat laporan polis ekoran diugut di laman sosial Facebook.
 
Ini kerana sebelum itu, Azhar telah mengeluarkan kenyataan yang agak berani di laman sosial apabila mengkritik kepimpinan dalam parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Keberanian pelakon itu telah menyebabkan dirinya dikritik hebat oleh penyokong pembangkang, termasuklah beberapa komen yang berbaur ugutan, sehingga menyebabkan pelakon itu mengambil keputusan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
 
Namun alih-alih hari ini, heboh pula mengenai status Facebook milik Azhar seolah-olah dia mengugut seorang guru sekolah.
 
Status yang sudah dipadamkan itu menyebut seorang guru telah menampar anaknya, Andika Rees sebanyak 10 kali. 
 

3 Pelajar Perempuan Beraksi Dalam Video "Budak Pailang" Mengaku Bersalah

KOTA SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam video 'budak pailang' mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Samarahan di sini, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib April lalu.
Pelajar terbabit mengaku bersalah di depan Majistret Zulhairil Sulaiman dan hukuman akan ditetapkan 11 Julai ini selepas meneliti laporan akhlak tertuduh.
Seorang tertuduh dikenakan dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah, manakala dua yang lain dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Tertuduh yang hadir ditemani ibu bapa masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis setiap minggu.

Janganlah Berlebih-Lebih Meraikan Keputusan Mahkamah Mengenai Kalimah Allah

NGO Perkasa nampaknya paling gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Katolik Malaysia mengenai rayuan mereka terhadap larangan penggunaan kalimah Allah dalam majalah terbitannya, The Herald. Dengan keputussn 4-3 oleh tujuh hakim itu, bermakna berakhirlah sudah perjuangan mereka untuk mendapatkan kebenaran menggunakan nama Allah dalam majalah tersebut.

Dengan ertikata lain juga, selepas ini majalah The Herald itu tidak boleh lagi menggunakan nama Allah dalam sebarang penerbitannya. Ruang untuk merayu juga sudah tertutup rapat.

Namun demikian, oleh kerana keputusan itu hanya melibatkan larangan dalam The Herald saja, tiada sesiapa yang boleh melarang pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah, sama ada dalam gereja, doa harian, ketika membaca Bible bahasa Melayu, dalam penerbitan lain atau sebagainya.

Malah keputusan ini juga tidak menjejaskan apa-apa berhubung penggunaan nama Allah di Sabah dan Sarawak sepertimana yang telah diberikan kebenaran khas oleh kerajaan Pusat sendiri sebelum pilihanraya umum lalu. Mereka masih boleh menggunakannya seperti biasa.

Memang keputusan ini melegakan ramai umat Islam, tetapi malangnya Perkasa seperti berlebih-lebihan atau barangkali tidak memahami secara mendalam keputusan Mahkamah Pesekutuan itu sendiri. Berpada-padalah kerana ia hanya secebis kecil kejayaan saja.

Kg Chubadak: 'DBKL tindas golongan bawahan'

 Himpunan membantah tindakan DBKL yang diadakan di hadapan Ibu Pejabat DBKL, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
KUALA LUMPUR - Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan kediaman penduduk di Kampung Chubadak Tambahan disifatkan suatu bentuk penindasan terhadap golongan bawahan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, nasib penduduk berkenaan perlu diperjuangkan bagi memastikan golongan ini tidak terus ditindas.

"Apa yang terjadi di Kampung Chubadak adalah satu kezaliman, kita perlu mempertahankannya.

"Kita kena ingat juga bahawa isu ini merupakan isu kemanusian, jadi hentikan segera penindasan ini," katanya ketika berucap pada himpunan bantah perobohan Kampung Chubadak di hadapan bangunan DBKL, hari ini.

Perkara sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang menambah, penduduk Kampung Chubadak tidak sepatutnya kehilangan kediaman mereka hanya kerana pembangunan.

"Atas nama pembangunan mereka hilang hak? Selagi tidak ada perancangan yang menghormati orang miskin yang ditindas masalah ini tidak akan selesai," tegasnya.

Almarhum Ustaz Abu Bakar bapa pendidikan PAS - TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarham Ustaz Datuk Abu Bakar Chik sebagai Bapa Pendidikan PAS yang begitu banyak menyumbang jasa kepada parti itu khususnya dalam bidang pendidikan.

"Saya sifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada PAS. Bahkan tidak keterlaluan untuk digelar sebagai Bapa Pendidikan PAS,"tulis Nik Aziz di laman facebooknya.

Beliau turut mendoakan semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham dengan sebaik-baik ganjaran.

"Dan diampunkan segala dosa-dosa beliau serta digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh," ujarnya.

Ustaz Abu Bakar Chik, 64, yang juga AJK PAS Pusat terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Allahyarham adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat semenjak tahun 2008 hinggalah kini.

Himpunan 280412: 'BERSIH 3.0 hadapi provokasi ekstrem polis'

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur menerima provokasi ekstrem dari pasukan polis, antaranya melibatkan tembakan 909 kanister gas pemedih mata.

Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata: "Tembakan 909 kanister gas pemedih mata adalah provokasi ekstrem dari polis. Mereka memprovokasi dan menyerang orang ramai dengan menembak gas pemedih mata dan meriam air.”

Katanya, kementerian dalam negeri menyatakan bahawa sejumlah 909 kanister gas pemedih mata dan 58 bom pemedih mata digunakan untuk menyuraikan 200,000 orang yang hadir.

Bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, perhimpunan itu tidak akan bertukar ganas sekiranya polis memberi kerjasana, seperti yang dilakukan semasa perhimpunan anti-GST dan protes Blackout 505.

Ambiga yang merupakan defendan pertama dalam sama sivil difailkan oleh kerajaan Malaysia ke atas beliau dan 14 orang lagi anggota jawatankuasa pemandu tersebut ekoran kerosakan dan kerugian yang didakwa dialami ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.

Kerajaan menuntut gantirugi khas sebanyak RM122,000 untuk membaiki kenderaan polis, kos lain, faedah dan relif yang dikira patut oleh mahkamah.

Ia turut menuntut deklarasi bahawa defendan berkenaan selaku penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 melanggar Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012, kerana antara lainnya bertanggungjawab memastikan bahawa berhimpunan tersebut tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta awam.

Wakil BERSIH memfailkan tuntutan balas berasingan ke atas kerajaan susulan saman tersebut.

Ambiga turut ditanya oleh peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad sama ada polis mempunyai alasan untnu

IGP: don't listen to foreign media on MH370 case

IGP remaines silent on interfaith custody tussle

Egypt jails journalists

Egypt Sentences Al-Jazeera Journalists to Prison

PERKASA kata Pancung leher pengkhianat Sultan Selangor

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan BN Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Kenaikan elaun 2015
Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam penjawat awam : Suka atau tidak, bersedia atau tidak GST Malaysia tetap dilaksanakan bermula 1 April 2014. Melihatkan kata-kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (SEPERTI DI SINI) yang mengatakan kenaikan harga barang, kos sara hidup seklaigus inflasi negara bakal berlaku, Datuk Seri Najib tampil dengan idea dan cadangan bagi meringankan beban kos sara hidup sebilangan rakyat Malaysia daripada 9 juta pembayar cukai GST kelak. Seperti….

Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam?

  1. Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan elaun naik 2015 bagi 1.4 juta kakitangan awam
  2. Syaratnya, 9 rakyat Malaysia perlu berikan duit kepada kerajaan Malaysia melalui kutipan cukai GST Malaysia yang bakal dilaksanakan
  3. Kerajaan Malaysia memerlukan bajet, hasil dan dana tambahan bagi membolehkan hasrat 1.4 juta kakitangan awam bagi menikmati kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam bakal menjadi realiti tidak lama sahaja lagi selepas “tergantung” sekian lamanya
  4. Dengan menggunakan sebahagian kutipan dana GST yang bernilai RM27 bilion setahun membolehkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan elaun naik 2015 kakitangan kerajaan tanpa meminjam daripada mana-mana institusi kewangan termausklah Bank Dunia yang bakal membawa negara ke arah bencana ekonomi. Siapa kata? Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak. Sekian.
Penantian satu penyiksaan. Adakah ini bermakna permintaan 1.4 kakitangan awam selama ini termasuk kenaikan elaun COLA dan rumah akan dipermudahkan dan kakitangan awam akan dihidangkan dengan pengumuman rasmi kenaikan elaun 2015 penjawat awam selepas ini?

YB Dato' Dr Johari Mat | Kuliah Jumaat 20 Jun 2014

Sen Dr Syed Husin Ali Bahas Bajet Tambahan (2014) 2014

Sen Dato Dr Johari Mat Bahas Bajet Tambahan (2014) 2014

Tinggal seminggu lagi pelaksanaan, PT3 masih kabur


okm


KUALA LUMPUR, 23 JUN: Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mempersoalkan kerajaan yang masih gagal memberi penjelasan berhubung pelaksanaan sistem Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, walaupun sudah masuk semester kedua persekolahan.
Menurut beliau, setakat pagi ini, surat pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan masih belum dapat diakses di laman web rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) sedangkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan di Parlimen pada 18 Jun lalu bahawa dua surat pekeliling dikeluarkan bagi menjelaskan PT3 dan telah dimuat naik ke laman web LP.
“Malangnya, setakat jam 10.15 pagi ini saya belum dapat mengakses laman web itu (http://web.moe.gov.my/lp). Saya telah mencuba sejak Khamis lalu, namun tidak berjaya. Saya juga menjumpai laman web alternatif LP, iaitu http://www.lp.edu.my/. Hal yang sama berlaku apabila saya klik pada pautan PMR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Setakat jam 12.30 tengah hari ini, kedua-dua pautan itu masih tidak boleh diakses.
Menurut laporan, PT3 akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi subjek Sejarah dan Geografi, bermula 1 hingga Julai ini.
Namun sehinggai kini, masih ramai guru yang kabur dengan kaedah pelaksanaan PT3 yang merupakan sebahagian daripada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menerima kritikan hebat sebelum ini.

‘Penswastaan’ UiTM beri untung kepada Umno


dyana pc


PETALING JAYA, 23 JUN – Pembinaan sepuluh kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) melahirkan kegusaran lantaran ‘penswastaan’ universiti awam tersebut dikhuatiri akan menambah beban mahasiswa.
Kerajaan justeru digesa mengkaji semula konsesi pembinaan kampus-kampus UiTM yang didakwa memihak kepada syarikat kroni Umno bagi mengaut keuntungan.
Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP Dyana Sofya Mohd Daud, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin, dan beberapa alumni UiTM yang lain membuat gesaan terbabit selain mendesak supaya sistem tender terbuka dilaksanakan.
“Selaku alumni UiTM; kami tidak sanggup melihat UiTM tergadai kepada syarikat-syarikat konsesi ini hanya kerana kerakusan pimpinan UMNO,” ujar mereka dalam satu kenyataan bersama.
“Kami selaku alumni UiTM merasa sedih dan kecewa; kerana hakikatnya UiTM telah dipergunakan UMNO dan Barisan Nasional.”

KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN: SEOLAH-OLAH MEMBELAKANGKAN PENYATA RAZAK

YB DS Idris Jusuh selaku Menteri Pelajaran Malaysia berkata,’ "I can bet next year or the year after, you are going see more kids from private to public schools,”. Beliau berkata demikian dalam program ‘The Breakfast Grille’( Malaysian Insider 22 Jun 2014). Keadaan ini berlaku ekoran daripada beberapa pembaharuan yang diperkenalkan oleh kementerian Pelajaran dalam usahanya untuk memajukan pendidikan negara disamping ‘memanggil pulang’ semula ‘penghijrahan’ yang agak ramai pelajar-pelajar kita ke sekolah-sekolah swasta dan sekolah-sekolah antarabangsa.
Dan antara perubahan dan pembaharuan yang akan diperkenalkan ialah mengembalikan ‘keagungan’ dan kepentingan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kerajaan yang dirasakan agak ketinggalan. Seiring dengan hasrat itu, akan diadakan juga program-program untuk memberikan latihan semula kepada guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah. Disamping itu Malaysian Education Blueprint 2013-2015 akan ,’focus on developing higher order thinking skills (KBAT)’  dimana “ KBAT will shift learning away from rote memorisation to teaching students to analyse and interpret data and apply information”
Bagi Datin Noor Azimah Abdul Rahim pula, selaku pengerusi Parent Action Group for Education (PAGE) bahawa ‘umpan’ yang diberikan oleh YB Menteri Pelajaran itu tidak menarik. Ini disebebakan, “the main attraction of private schools is an English-medium syllabus that prepares students for overseas universities and colleges’. Beliau selanjutnya berkata, "More English is not enough. You have to teach science and maths in English’. Maknanya pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, sepertimana dasar yang diperkenalkan pada 2003 dan tamat pada 2011 itu patut diteruskan.
Maknanya golongan berada kini seolah-olah mahukan agar sistem persekolahan seperti yang dilakukan pada zaman penjajahan dahulu diperkenalkan. Bahasa Inggeris harus diutamakan. Bagi golongan ini Bahasa Melayu dan Sejarah seolah-olah tidak penting kerana tidak menjamin masa hadapan anak-anak mereka untuk mendapat tempat belajar di pusat pengajian tinggi luar negara. Di sekolah-sekolah antarabangsa di Malaysia, Bahasa Melayu ada diajarkan tetapi ‘layanan’ yang diberikan kepada mata pelajaran berkenaan tentulah tidak seperti ‘layanan’ yang diberikan kepada matapelajaran yang memberikan impak kepada masa hadapan pelajar-pelajar.
Matapelajaran Sejarah ada diajarkan di sekolah-sekolah antarabangsa, namun sejarah yang diajarkan bukanlah merupakan sejarah mengenai negara kita Malaysia. Isi pembelajaran adalah mengenai sejarah Eropah dan sejarah dunia yang boleh memberikan ‘manfaat’ yang lebih kepada pelajar yang mengikuti kursus IGCSE. Lantas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus disekolah-sekolah berkenaan  pasti  akan terlepas daripada mempelajari sejarah bangsa dan negara kita. Persoalannya ialah apakah akan lahir sebuah bangsa Malaysia di suatu  hari nanti sekiranya anak-anak yang terdidik di sekolah-sekolah antarabangsa tidak begitu didedahkan dengan sejarah negara kita.

Keputusan Pemilihan PKR 2014 diumum Ramadan

Pemilihan 2014PETALING JAYA, 23 JUN: Rayuan atau bantahan pemilihan jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh dibuat melalui Jawatankuasa Rayuan selepas pemilihan terakhir yang akan berlangsung, pada 28 Jun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya tidak akan menerima aduan dan rayuan terhadap pemilihan selepas tarikh itu.
Katanya, jawatankuasa rayuan itu akan dipengerusikan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.
“Kalau ada pihak daripada sebarang cabang ingin membuat bantahan atau aduan, mereka diberikan satu lagi ruang di jawatankuasa rayuan.
“Namun, ia tidak ada kuasa eksekutif untuk sebarang tindakan, jawatankuasa itu hanya boleh menasihati MPP apakah tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Bagi pemilihan 28 Jun ini, pemilihan akan dijalankan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung membabitkan lima cabang di Sabah iaitu Tenom, Persiangan, Keningau, Papar dan Semporna.
johari-abdulBagi Sarawak pula adalah Batang Sadong, Julai, Sarekei, Kapit dan Limbang, manakala kawasan Semenanjung membabitkan Sungai Besar, Subang, Kelana Jaya, Sepang serta Puchong.
“Semua peti undi akan dibawa terus ke Ibu Pejabat PKR di tingkat satu yang diawasi Kamera Litar Tertutup (CCTV) 24 jam. Manakala, bagi Sarawak akan dihantar ke Kuching dan Sabah pula di Ibu Pejabat Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, Johari berkata, kongres PKR akan diadakan selepas hari raya puasa dan keputusan pemilihan akan diumumkan Ramadan.
Sementara itu, Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin menyifatkan 88 peratus pemilihan berjalan dengan lancar dan hanya 12 peratus sahaja mengalami masalah.

Alumni UiTM tuntut ketelusan projek pembinaan kampus

Banyak syarikat konsesi milik Umno dan Barisan Nasional dipergunakan untuk mengaut keuntungan.

PETALING JAYA: Alumni UiTM menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan Umno serta Barisan Nasional untuk berlaku telus dalam isu pembinaan 10 buah kampus baru melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) selepas pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan baru-baru ini.
misc_0331_300x200Afif Bahardin, Adun Seberang Jaya berkata, pimpinan Umno sering kali melaung diri mereka sebagai pejuang kepentingan Melayu, namun hakikatnya ini merupakan sandiwara untuk menjalankan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme yang membarah dan menghantui sistem negara.
“Banyak syarikat konsesi milik  Umno dan Barisan Nasional dipergunakan untuk mengaut keuntungan”, katanya lagi.
“Kali ini lebih memalukan apabila UiTM, satu institusi terulung Bumiputera, dipergunakan.
Afif melahirkan rasa kegusaran terhadap masa depan UiTM kerana dengan bentuk penswastaan ini bakal merugikan kerajaan dalam jangka masa yang panjang.
“Kos penyelenggaraan akan ditanggung oleh pihak UiTM dan akhirnya kos lebihan terpaksa ditanggung oleh siswa-siswi”, katanya semasa sidang media khas di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Terdahulu, melalui jawapan perdana menteri di Parlimen, kos pembinaan sebenar UiTM adalah diantara RM280 juta sehingga RM315 juta.
“UiTM terikat dengan kadar sewaan sekitar RM56 hingga RM69 juta setahun selama 23 tahun. Secara tidak langsung, kosnya meningkat empat kali ganda lebih besar dari kos sebenar.
Reformasi akademik
Beliau yang juga merupakan Exco negeri Pulau Pinang, menuntut supaya Perdana Menteri dan kerajaan mengadakan satu reformasi akademik dan pentadbiran dilakukan.
“Amalan korup di dalam pentadbiran wajib dihapuskan, autonomi universiti dan kebebasan akademik di tegakkan di UiTM.

Barua Kapitalis: Projek belum ada, DBKL sudah sibuk usir penduduk Kg Chubadak

03KUALA LUMPUR, 23 JUN: Kira-kira 100 penduduk Kampung Chubadak Tambahan mengadakan demonstrasi secara amanbagi membantah tindakan meroboh rumah mereka yang sudah didiami sejak sekian lama di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini.
Sambil membawa sepanduk “Pertahankan Kampung Warisan Melayu”, “Hormati Peneroka Bandar” dan “We are Malaysia, not panda”, demonstrasi itu turut menyaksikan pembabitan penduduk kampung pelbagai peringkat usia termasuk beberapa wakil rakyat dan aktivis politik.
Antara yang hadir adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dan Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman.
09Memorandum itu kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Pejabat Datuk Bandar, Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Norjannah Appendi.
Sementara itu, Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata DBKL tidak mempunyai alasan jelas dan konsisten untuk merobohkan kampung berkenaan kerana sering memberi alasan bercanggah.
Katanya, beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu akan terus bersama rakyat untuk menentang penindasan terhadap mereka.
“Isu ini selagi tidak ada perancangan yang menghormati peneroka bandar, ia tidak akan selesai. DBKL kejap kata ingin bina kondominium kemudian nak buat kubur.
“Sama ada mereka tidak tahu atau tidak konsisten dan mereka hanya mahu robohkan rumah sahaja. Belum jelas projek pembangunan tetapi sudah sibuk hendak usir penduduk,” katanya sambil disambut dengan sorakan “Hidup Rakyat”.

Pakatan memang dari dulu banyak masalah dalaman kata Pembangkang Selangor

Kalau susah sangat, lebih baik adakan semula PRK, kata Shamusdin Lias

Datuk Mohd Shamsudin LiasPETALING JAYA: Ketua Pembangkang Negeri Selangor Datuk Shamsudin Lias mendakwa bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah lama dibelenggu oleh masalah dalaman.
“Masalah dalaman yang dihadapi oleh PR memang banyak dan mereka memang perlu menyelesaikan masalah tersebut dengan segera,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Menurut Adun Sungai Burong itu lagi, sekiranya susah untuk menyelesaikan masalah tersebut lebih baik diadakan semula Pilihan Raya Kecil (PRK).
“Kalau susah sangat, lebih baik adakan semula PRK,” ujarnya ringkas.
Shamsudin berkata demikian bagi mengulas pergelutan dalaman yang berlaku didalam PR ekoran beberapa pemimpin daripada PKR, DAP dan PAS kini mula bersuara mengeluh mengenai kelemahan pentadbiran Khalid dan menggesa kedudukannya dikaji semula.

Ketua Pemuda DAP ditumbuk

Ketua Pemuda DAP Malaysia dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong ditumbuk oleh seorang lelaki dalam satu kejadian pagi kelmarin.

BAHAU: Dalam kejadian lebih kurang pukul 10.00 pagi itu, Teo bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Chew Seh Yong (DAP) sedang bersarapan di sebuah kedai makan di Taman Meranti, Bahau.
“Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan usia 50an, menghampiri saya dan menumbuk dada kiri saya sebanyak dua kali.
“Selepas itu dia cuba baling kerusi ke arah saya, tetapi sempat dihalang.
polis tahan lelaki tumbuk Teo“Anggota polis yang tiba dalam masa kurang sepuluh minit, berjaya mengawal keadaan dan menahan lelaki itu.
“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Seri Jempol dan saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jempol.
“Tidak ada patah tulang tetapi sehingga ke hari ini dada saya masih sakit, terutama apabila menarik nafas,” kata Teo.
Teo mengulas bahawa beliau tidak bercadang mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana mengganggap ia sebagai cabaran yang harus dilalui olehnya sebagai wakil rakyat.
“Saya mengenali lelaki ini sejak tiga tahun lalu semasa saya menjadi ADUN Bahau.
“Dia pernah datang ke Pusat Khidmat DUN Bahau ketika itu.

Ada tiga lagi skandal korupsi pemimpin Umno akan saya dedahkan – Rafizi

TANJONG TOKONG 22 JUN: Selepas isu pemberian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kroni Umno didedahkan, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli  akan mendedahkan tiga lagi skandal membabitkan pimpinan parti itu.
“Selepas mendapat bukti dan isyarat, saya akan dedahkan tiga lagi skandal melibatkan korupsi pimpinan mereka dalam masa terdekat,” ujarnya pada majlis makan malam KEADILAN di Straits Quay Convention Centre di sini, semalam.
Menurutnya, pendedahan mengenai projek penswastaan kampus UiTM adalah bukti ketara bagaimana pemimpin Umno mengkhianati orang Melayu dengan memberikan projek tersebut kepada suku sakat dan kroni mereka.
“Jika kerajaan tidak ditukar dalam pilihan raya yang akan datang, banyak lagi pengagihan kekayaan negara secara tidak telus akan dibolot oleh kroni-kroni mereka secara melampau,” ujarnya.
“Umno seolah-olah mempertahankan bangsa Melayu, sebaliknya Umno lah yang memperbodohkan orang Melayu di kampung dan pedalaman,” katanya.
Justeru  Rafizi berkata, KEADILAN akan mengatur program turun padang ke seluruh negara bagi mendedahkan pembohongan Umno, terutama kepada penduduk luar bandar berkaitan isu berkenaan.
Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara. Bagaimanapun, UiTM perlu membayar semula sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.
Jumlah keseluruhannya bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.

Perkasa mahu pancung kepala pengkhianat Sultan Selangor

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran akan memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri. Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata, orang Islam kini diuji dengan golongan anti-Islam yang sengaja menimbulkan polemik berhubung isu kalimah Allah dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
"Suara mereka suara Israel, mereka yang anti Islam, minda mereka dicemari dengan musuh Islam.

"Jika kamu tidak tutup mulut kamu daripada terus memperkotak-katikkan Islam, kita akan tutup mulut kamu dan jika kamu mengkhianati Sultan, kita akan pancung kepala kamu. "Biarkan kamu mati daripada terus menjadi parasit," katanya semasa berucap dalam perhimpunan di depan perkarangan Istana Kayangan di Shah Alam, hari ini.

Pecah Amanah: Bos NFC mahu tuduhan digugurkan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu, pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail akan memohon agar pendakwaan ke atasnya digugurkan.

Peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut pada 30 September.

Pihak pembelaan juga akan mengutuskan surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan tersebut digugurkan, katanya di mahkamah.

Oleh yang demikian, beliau memohon agar perbicaraan itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.

Roboh Kg Chubadak: Lebih 100 demo desak DBKL hormati mahkamah


KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang penduduk Kampung Chubadak dan badan bukan kerajaan berhimpun di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini bagi menyatakan bantahan terhadap perobohan kediaman mereka.

Mereka membawa kain rentang bertulis "Datuk Bandar jangan angkuh dan biadap', 'Hormati Keputusan Mahkamah' dan ' Mempertahan, Membina dan Memperkasa Kampung Warisan' bagi menyuarakan penentangan mereka.

Mereka juga menggesa agar Datuk Bandar Kuala Lumpur lebih perihatin penderitaan yang dihadapi penduduk dan meminta DBKL tampil berunding dalam mencari jalan penyelesaian.

Seorang penduduk Kampung Chubadak yang hanya dikenali sebagai Pak Daud meminta agar Datuk Bandar lebih profesional dan tidak mencabar kesabaran penduduk kampung.

Katanya, sikap Datuk Bandar yang terlalu ghairah untuk meneruskan perobohan rumah-rumah di Kampung Chubadak Tambahan terutamanya kampung-kampung warisan akan menyebabkan lebih banyak lagi kampung Melayu akan hilang.

Himpunan aman itu turut dihadiri beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO), termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan PAS.

Selain itu turut hadir adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah.

Dalam pada itu, satu memorandum telah diserahkan oleh Pengerusi NGO Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi kepada Pegawai Pejabat Datuk Bandar Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Norjannah Appendi.

Kami tetap bersama dengan perjuanganmu


Firman Allah SWT:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً

Maksudnya: “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”. (Surah At-Taubah: 23)

Ketika ini, saya bersama dengan sahabat-sahabat daripada Pemuda PAS Selangor dalam perjalanan untuk menziarahi jenazah Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Sebak, pilu dan sedih. Air mata masih lagi mengalir perlahan mengenangkan Sang Murabbi perjuangan, Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik yang telah meninggalkan kita. Saya dan rakan-rakan begitu terkesan dengan berita pemergian Al-Marhum kerana kami baru sahaja bersama dengan beliau dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi (SERAMBI) anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda Pusat dengan kerjasama Pemuda PAS Selangor. Kurang 8 jam pertemuan ini kami mendapat berita yang amat menyedihkan ini. Semalam saya sempat berseloroh dengan Almarhum Ustaz yang kami akan bawa Ustaz naik motor jelajah seluruh Selangor dalam rangka mengisi program SERAMBI.

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan, tazkirah dan gurau senda ketika kami bersama dengan beliau pada malam tadi. Ia seakan-akan amanat terakhir sebelum pejuang yang begitu dikagumi ini pergi meninggalkan kita. Masih terbayang dengan jelas raut wajah Almarhum yang begitu berseri dan indah ketika menyampaikan mutiara-mutiara taujihat dengan begitu semangat kepada kami yang masih mentah dalam perjuangan Islam ini.

Antara pesanan beliau dalam program SERAMBI semalam ialah bagaimana beliau amat menekankan agar proses pembinaan perlu berterusan kepada generasi anak-anak muda sehingga menjadi para "jundi" yang berjuang dalam perjuangan suci ini.

Permintaan terakhir Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik

TEPAT jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?" Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Alhamdulillah, beliau sempat berjumpa dengan Tuan Guru Presiden.

Jam 5 pagi tadi, setelah bangkit dari tidur saya terus buka telefon bimbit saya dan mesej pertama yang saya baca ialah "Ustaz Abu Bakar Chik telah meninggal dunia kerana kemalangan dekat LPT Bukit Besi."

Saya terkedu kerana hanya baru beberapa jam lepas bersama-sama dengannya di dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi anjuran DPPN Selangor di Shah Alam.

Rasa macam tak percaya, dalam keadaan sedih dan hiba saya menahan emosi mengenangkan saat-saat terakhir bersama-sama dengan sang murabbi ini.

"Lama ke Ustaz jumpa dengan ayah?" saya bertanya.  "Alhamdulillah, ana puas hati, banyak topik yang kami berkongsi khususnya berkait dengan perkembangan Gerakan Islam peringkat antarabangsa," jawabnya.

Saya mengenali arwah sejak kecil lagi kerana persahabatannya dengan ayah sangat akrab. Memori yang tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau menjadi tetamu di rumah kami selama sebulan ketika Operasi Lalang dilaksanakan sekitar tahun 1985.

Hubungan kami sangat rapat kerana saya sentiasa menjadi temannya mendengar radio perkembangan semasa Operasi Lalang pada ketika itu. Saya boleh bayangkan perasaannya berjauhan dengan keluarga khususnya anak-anak kerana menjadi buruan pihak berkuasa.

Bagi saya jasa almarhum sangat besar khususnya ketika memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Jika sekiranya jasa Datuk Mustafa Ali di dalam pemuda memartabatkan institusi Kepimpinan Ulama di dalam PAS, tidak keterlaluan jika disebut di sini jasa Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik pula ialah memperteguhkan institusi itu di dalam PAS.

Jenazah Ustaz Abu Bakar dikebumi selepas Asar


KUALA LUMPUR: Solat jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dijadual diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring selepas Asar hari ini.

Ketika ini jenazah telah dibawa pulang ke kediaman beliau bersebelahan MTT untuk diziarahi oleh ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut beliau, Allahyarham Ustaz Abu Bakar adalah tokoh PAS dan pemimpin masyarakat yang terlalu banyak jasanya kepada parti di peringkat negeri maupun peringkat pusat yang telah bergelumang seluruh hidupnya demi agama Islam dan perjuangannya sehingga penghujung hayat beliau.

"Tarikh kembalinya beliau kerahmatullah sama dengan tarikh pemergiaan bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, 12 tahun yang lalu.

"Semoga keluarga beliau tabah dalam mghadapi ujian berat ini dan semoga roh beliau di tempatkan bersama roh para mujahid dan para syuhada insyaAllah," kata beliau.

Pemergian Ustaz Abu Bakar: TG Abdul Hadi masih terkejut

Pertemuan Terakhir Almarhum Ustaz Abu Bakar Dengan Presiden Pas
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pemergian AJK Pas Pusat, Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik yang meninggal dunia awal pagi tadi sebagai satu kehilangan besar kepada parti itu.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, Allahyarham banyak menyumbang kepada parti itu khususnya dalam bidang pendidikan. Nik Aziz turut menggelar Allahyarham sebagai Bapa Pendidikan Pas.

Sesungguhnya beliau telah menyumbang jasa yang begitu banyak kepada Pas khususnya di dalam bidang pendidikan, bahkan tidak keterlaluan untuk digelar sebagai Bapa Pendidikan Pas.

"Saya sifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada Pas. Semoga ALLAH SWT memberi ganjaran atas segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham dengan sebaik-baik ganjaran,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemergian Allahyarham benar-benar mengejutkannya.

"Sesungguhnya pemergian beliau adalah amat mengejutkan, merupakan suatu kehilangan besar bukan sahaja kepada parti tetapi kepada dunia gerakan Islam seluruhnya.

"Semoga jasa dan ilmu yang disampaikannya kepada kita menjadi amalan soleh yang berterusan di sisi ALLAH SWT," katanya menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, Allahyarham yang merupakan bekas Exco Terengganu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur setelah bertemu dengan Abdul Hadi sebelum terlibat dalam kemalangan terbabit.

12 Tahun Pemergianya: Dia adalah teman...Dia adalah Guru...Hari ini hilang lagi seorang pejuang - Al Fatihah

Hari ini genap 12 tahun pemergian beliau. Tarikh 23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.
Pertama kali daku mendengar ceramahnya semasa ceramah perdana sempena Pembukaan Madrasah Darul Quran Rhusila akhir 80an.

Mukaddimah ceramahnya agak perlahan tetapi lama kelamaan menyengat penuh ilmiah,sindiran,sinis,lucu,kiasan, mantik dan "peluru berbisa" kepada musuh.

Muktamar PAS 2002 Kota Bahru adalah muktamar terakhirnya.Penggulungan beliau di akhir muktamar itu adalah penggulungan terakhir buatnya.

Antara kata-katanya semasa penggulungan wida' itu,
" Payah hendak berpisah dengan orang yang dikasihinya". 

Seolah-olah beliau tahu "isyarat" kematiannya.Benar selepas itu, beliau menjalani pembedahan pintasan jantung dan tidak sedar hingga kematiannya.

Beliau menghembuskan nafasnya ketika pimpinan atasan PAS bermesyuarat dan tarikh mesyuarat itu ditetapkan sendiri oleh beliau.

Kasih dan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim berpanjangan. Walaupun asalnya bersama dalam ABIM tetapi apabila Anwar pilih masuk UMNO, beliau tetap berhubungan dengan Anwar atas dasar sahabat.

Jika Anwar ada Nurul Izzah,beliau ada Muna Izzah. Satu tanda keakraban mereka berdua.

Dalam pada itu beliau tetap "menembak" Anwar dengan sindiran. Ketika Anwar memegang jawatan Menteri Pertanian. Beliau menyindir Anwar sebagai Menteri Jaga lembu Kerbau.

Semasa Anwar dibuang dari UMNO dan ISA bermaharaja lela, beliau pergi berjumpa Anwar di rumah Anwar tanpa pengetahuan pimpinan tertinggi PAS.

Ketika Anwar kena ISA kali pertama,beliau diberitakan sanggup tidak melanjutkan pelajarannya peringkat lanjutan di Mesir semata-mata menunggu Anwar bebas.

Tetapi kali kedua Anwar di penjara, beliau tidak sempat menunggu hari pembebasannya kerana panggilan Ilahi buatnya.

Pada era beliaulah:
- Kelantan dan Terengganu kembali menjadi milik PAS (1990 dan 1999).
- Ketua Pembangkang kembali semula  kepada PAS setelah sekian lama dipegang DAP. 
- Misi dakwah PAS menembusi orang Cina melalui ceramah di Tokong Cina dan Dewan Perniagaan Cina.
- Pakatan Pembangkang kuat dibentuk seperti Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif.

Bayangkan jikalau beliau masih hidup, apa perasaan beliau melihat Presiden PAS,Pengerusi DAP dan Ketua Umum PKR duduk satu pentas dan dihadiri anak-anak muda pelbagai kaum.

Itulah dia insan yang mulia bertaraf mujahid ummah, Almarhum Ustaz Fadzil Nor.

DaripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali.

NOTA:
Hari ini 23 Jun 2013 juga GERAKAN ISLAM kehilangan seorang lagi pejuang dan murabbinya.Ustaz Abu Bakar Chik kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.Arwah terlibat dalam kemalangan di LPT Bukit Besi.Al Fatihah.

Pakatan Rakyat harus utamakan agenda bersama – Anthony Loke


23 Jun 2014, KULAIJAYA – ‘Politik Baru’ yang diperjuangkan oleh gerakan Islam di Malaysia seharusnya lebih menumpukan kepada agenda bersama yang dapat difahami dan boleh diterima oleh semua lapisan kaum sebagai satu objektif yang jelas dalam mendepani cabaran sebenar masa kini.
anthony lokePerkara tersebut ditegaskan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat Anthony Loke dalam seminar “Islam dan Demokrasi” anjuran NGO Wadah di sini, kelmarin.
Menurut beliau, agenda bersama yang dimaksudkan adalah agenda berkaitan kenegaraan yang merangkumi sistem tadbir urus yang cekap, bersih dan adil buat rakyat.
“Matlamat kita untuk pastikan dasar dan agihan kekayaan negara diagih secara adil, tiada rasuah dan salahguna kuasa. Semua ini menepati dengan nilai-nilai Islam iaitu untuk membela golongan miskin dan memberi keadilan kepada mereka,” ujar Loke.
Beliau juga berpandangan bahawa agenda bersama Pakatan untuk meningkatkan sistem pilihanraya selari dengan nilai Islam.
“Dalam Islam, nilai-nilai keadilan dan kejujuran itu amat dititikberatkan. Maka sistem pilihanraya kita mesti direformasikan.
“Begitu juga dengan sistem kehakiman dalam negara kita, Islam sentiasa memastikan hakim itu adil, bukan hakim yang mudah dibeli oleh penguasa. Perjuangan agenda ini adalah selaras dengan prinsip Islam,” tambah beliau.
Dalam pembentangan kertas kerja bertajuk “Perspektif Bukan Islam Terhadap Idea dan Pendekatan Islam dan Demokrasi Malaysia” itu Anthony Loke menyatakan kebanyakan orang bukan-Muslim tidak memahami konsep-konsep Islam seperti “politik Islam” atau “ekonomi Islam”.

GST dan Budaya BN Berbelanja

Belek punya belek portal-portal berita, ada satu berita betul-betul menarik perhatian. Berita tentang kemungkinan elaun boleh dinaikkan. Bukanlah sebab elaun Tukang Belek ini bakal naik maka berita itu menarik perhatian, tetapi sebab Tok Jib dah cerita tentang elaun penjawat awam bolehlah “dipertimbang untuk dinaikkan.”
Betul, cerita kelebihan demi kelebihan yang penjawat awam dapat itu cerita biasa. Tapi yang ini istimewa sebab ada kena-mengena dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Laporan Sinar Harian menyebut, “Pertambahan hasil daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan, termasuk kenaikan elaun penjawat awam.”
Ini mengingatkan Tukang Belek pada satu berita yang pernah dibelek suatu masa dahulu. The Star pada November 2013 pernah melaporkan berita dengan tajuk jelas, “Najib: It’s either GST or facing bankruptcy (Najib: Sama ada GST atau berdepan muflis)”.
Sering digambarkan keadaan kewangan negara begitu mendesak meninggalkan kita cuma dua pilihan, GST atau dibebani hutang kerana negara perlu terus meminjam. Malah kemungkinan muflis tanpa GST.
Jika cuba dihubungkan antara kenyataan terbaru Tok Jib dengan rayu-rayuannya pada 2013, timbul beberapa persoalan. Apakah maksud tersirat di sebalik semua itu?
1. Adakah elaun kepada penjawat awam itu salah satu beban kepada pendapatan negara sehingga perlu dilaksanakan GST untuk menambah lagi elaun kepada penjawat awam? Ini merujuk kepada kenyataan Tok Jib bahawa GST diperlukan bagi mengurangkan beban negara.

'DBKL roboh Kg Chubadak Tambahan, penduduk mahu serah memo pada Agong, PM'

Roboh: 7 Kg. bakal senasib Chubadak Tambahan

Roboh Kg. Chubadak : DBKL Jangan Ambil Tindakan Melulu

Roboh Kg. Chubadak: Datuk Bandar jangan angkuh

Roboh Kg Chubadak: Jangan jadi alat kapitalis

Wira Perkasa desak Peguam Negara letak jawatan

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berucap kepada ahli-ahli pertubuhan itu yang hadir di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendengar keputusan rayuan yang dikemukakan oleh gereja Katolik berhubung penggunaan kalimat Allah. Gambar: NOOR ASREKUZAIREY SALIM.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berucap kepada ahli-ahli pertubuhan itu yang hadir di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendengar keputusan rayuan yang dikemukakan oleh gereja Katolik berhubung penggunaan kalimat Allah.
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris mendesak Peguam Negara, Datuk Abdul Ghani Patail meletakkan jawatan kerana gagal menasihati kerajaan dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Khatolik.
 
Katanya, jika Abdul Gani bijak menangani isu ini, beliau percaya kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah dan berlarutan sehingga hari ini.
 
"Abdul Gani adalah penyangak. Dia patut letak jawatan kerana menjadi alat kepada pihak tertentu sehingga kalimah Allah diheret ke mahkamah.
 
"Apapun kita tetap menghormati undang-undang, tetapi ia dapat dielakkan jika Peguam Negara dapat menanganinya dari awal," katanya berucap pada perhimpunan aman mendengar keputusan penggunaan kalimah Allah di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.
 
Kira-kira 300 ahli Perkasa dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun sejak jam 7 pagi sambil bermunajat dan membawa kain rentang mempertahankan kalimah suci Allah.
 

OKU Terabai : Negara Kafir Lebih Bertanggungjawap

Hujung minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang dikurung sehingga kurus kering mendapat perhatian masyarakat dan ramai yang bersimpati dengan nasib remaja malang itu. Ianya masih diperkatakan ramai hari ini.
Pelakon dan aktivis Wardina Safiyyah turut meluahkan pandangannya terhadap isu berkenaan. Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon sitkom Spanar Jaya ini meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan dan polisi negara.
“Ini berlaku salah satunya berpunca dari ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya (di sini mahu) bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,”
“Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya mempunyai anak OKU kedua dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU”
“Anak anak OKU dihantar ke terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga kanak kanak istimewa ini”
“Ya, itu negara kafir. Anak anak istimewa & OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah,” tambahnya lagi.

'Kg Chubadak Tambahan mahu serah memo pada Agong, PM'

 
Peguam Kampung Chubadak Tambahan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib masih bertegas mahu merobohkan rumah penduduk kampung itu.

"Memorandum ini cara pertama, keduanya kita akan hantar memorandum kepada menteri (Wilayah Persekutuan), Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong sekiranya tuntutan kami tidak didengar Datuk Bandar.

"Memorandum ini dihantar sebagai tanda kemarahan penduduk terhadap kenyataan datuk bandar yang bertegas akan melakukan perobohan walaupun adanya rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi," katanya.

Ahmad Zamri menegaskan memorandum hari ini juga menuntut supaya Ahmad Phesal menghentikan aktiviti perobohan sehingga tamatnya tempoh injunksi pada 26 Jun nanti.

Selain itu, menuntut supaya datuk bandar berunding dengan penduduk kampung sebelum melakukan sebarang tindakan ke atas rumah penduduk kampung Melayu itu.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Pegawai Pejabat Datuk Bandar Mohd Shukri Rohim dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar Norjannah Appendi di Dataran DBKL kira-kira jam 10:35 pagi tadi.