Ahad, 22 Jun 2014

Anwar minta wartawan tanya penaja Papa Gomo isu bayaran saman RM800K

Demo Anti Lynas: "Kekecohan" tercetus apabila peserta enggan berganjak

Demo Anti Lynas: Polis tangkap peserta himpunan, warga Australia

Pusat Zakat Perlu Tubuh Pusat Peduli OKU

Tonjol Melayu lawan YTL demi keliru rakyat, respons Anwar isu 'Projek 3A'

ANWAR Ibrahim bersama pemimpin-pemimpin negeri menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan 2014 kepada salah seorang penerima untuk tujuan pengimarahan masjid, yang dilangsungkan di Masjid Tengah Jalan Berapit di sini, pada petang. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Jangan kelirukan rakyat kononnya Melayu menentang YTL Power dalam rancangan pemajuan 'Projek 3A' di Johor sahaja, apabila Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam syornya kepada Pusat supaya mengamanahkan keseluruhan projek itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nasihatnya mensyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendedahkan serta menstrukturkan semula kesemua perjanjian konsesi stesen janakuasa bebas (IPP) yang didakwa lebih menguntungkan kroni tertentu.

Kata Anwar lagi, kroni kesemua projek IPP di tanah air ini sejak era 1980-an sebenarnya ada daripada kalangan Melayu, Cina atau India.
"Jangan kelirukan rakyat kononnya ada perjuang untuk membetulkan satu-satu isu ini sahaja, ini bukan isu Melayu lawan YTL.
"Tetapi, tidak berani dedah dan struktur perjanjian IPP lain, tidak berani banteras unsur rasuah dalam projek UiTM babit kroni mereka," ujar Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia kepada wartawan, selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Pulau  Pinang, petang tadi.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan) dan Amir Md. Ghazali (Ketua PKR Cabang Permatang Pauh) turut hadir pada majlis rasmi anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP) tersebut.

Sebelum itu, Anwar menyempurnakan RM221,000 sumbangan Ihya' Ramadan ZPP kepada semua 212 wakil masjid di negeri ini demi memartabatkan Islam serta mengimarahkan bulan ibadah yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Itu, tidak termasuk RM31,500 sumbangan peribadi Anwar khusus untuk 63 surau di sekitar Parlimen Permatang Pauh.   

Hishammuddin sangkal laporan Kapten Zaharie suspek utama kehilangan MH370

 Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014. 
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal laporan sebuah akhbar di United Kingdom mengenai juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai suspek utama di sebalik kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Hishammuddin berkata perbuatan akhbar terbabit yang melaporkan tanpa sumber sahih merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan meningkatkan jualan akhbar.
"Kalau hendak layan akhbar di UK (United Kingdom), hari-hari mereka ada cerita baharu. Jika ada asas, pihak tertentu di UK kena beri kita bukti dan petunjuk. Kita akan siasat mengenainya dan tidak perlu heboh di akhbar," katanya kepada pemberita selepas majlis 1Veteran 1Malaysia: Jasa Mu Sentiasa Dikenang dan Dihargai, di Kluang hari ini.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata Malaysia sentiasa konsisten dari awal mengenai apa jua petunjuk kejadian itu dan setiap perkara yang perlu diperjelaskan kepada umum mesti mendapat pengesahan daripada pakar serta badan tertentu.
Beliau berkata kesahihan sebarang perkembangan kejadian terbabit amat penting kerana kerajaan tidak mahu keluarga juruterbang mahupun anak kapal dan keluarga keseluruhan penumpang menerima pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan mereka.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga sudah menegaskan bahawa kita menggunakan segala pertimbangan bila kita siasat juruterbang, anak kapal dan penumpang. Jadi kita jangan layan konspirasi teori kerana kalau ada perkara yang disembunyikan sudah tentu ada pihak lain yang akan membantah," kata Hishammuddin.

Keluarga juruterbang MH370, rakan-rakan marah laporan tidak bertanggungjawab Sunday Times

Sebuah akhbar luar negara melaporkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah kini menjadi suspek yang bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014.
Sebuah akhbar luar negara melaporkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah kini menjadi suspek yang bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2014.
Keluarga dan rakan-rakan juruterbangan pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah marah dengan laporan terkini Sunday Times yang menamakan beliau sebagai suspek utama dalam kehilangan pesawat itu.
Mereka juga menafikan tuduhan yang dilontarkan kepada Zaharie dalam laporan itu, menyifatkannya sebagai laporan tidak bertanggungjawab kerana ia tidak menamakan sebarang sumber.
"Ia hanya menyebut polis cawangan khas. Beri kami nama. Siapa yang mengatakan semua ini? Polis Malaysia juga perlu memberi kenyataan mengenai perkara ini," kata Dr Mohd Ghouse Mohd Noor, kenalan kepada keluarga Zaharie.
"Kami tidak mempertahankan Kapten Zaharie membuta tuli tetapi setiap kenyataan perlu disokong dengan bukti yang kuat dan jika tidak, ia akan berakhir sebagai hanya satu lagi spekulasi," katanya.
Mohd Ghouse berkata keluarga kapten amat kecewa selepas membaca laporan berita awal hari ini.

Sekali Lagi Kapten Zaharie Dituduh Jadi Suspek Utama Kehilangan MH370

Polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan Pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, iaitu Kapten Zaharie Shah, lapor The Sunday Times, United Kingdom.

Akhbar itu melaporkan, Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat dibersihkan.

"Penyiasatan jenayah tidak menolak kemungkinan kerosakan mekanikal atau perbuatan pengganas, tetapi polis berpendapat jika ia adalah kerana tindakan manusia, maka Kapten adalah orangnya," lapor akhbar itu.

Polis cawangan khas kini menumpukan penyiasatan ke atas Zaharie selepas semua yang lain di atas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Beijing 8 Mac lalu itu dibersihkan.

Menurut media itu, polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie – seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial itu – tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh lain-lain termasuk pembantu pilot, Fariq Hamid dan lain-lain kakitangan di atas pesawat itu, lapor The Sunday Times.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi rehearsal pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di landasan yang pendek.

Polis panggil pemimpin PKR berhubung buku Reformasi 2.0

Polis hari ini merakam kenyataan Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir di ibupejabat polis Dang Wangi berkaitan siasatan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan.

Rafizi sedang menyiasat di bawah akta itu berhubung bukunya mengenai perbicaraan kes Liwat II ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesi polis merakam kenyataan Akmal hari ini berlangsung selama 40 minit, dari jam 3 petang hingga 3.40 petang, kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan, menemani Akmal di balai polis hari ini.

Rafizi telahpun disoal siasat di pusat khidmat beliau di Pandan sebulan yang lepas.

Rafizi memberitahu Malaysiakini beliau menulis buku itu sejurus selepas Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjaea oleh Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu.

Katany, pada asasnya, buku itu meliputi pemerhatian apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi dan Rayuan sepanjang tempoh perbicaraan.

Buku itu bertajuk "Reformasi 2.0: Fakta kes Anwar Ibrahim: Di mana integriti mahkamah?"

Akmal merupakan salah seorang ahli PKR yang mempromosikan buku yang dijual itu menerusi kedai buku online Kempenrakyat.com pada harga RM10 senashkah.

Beliau juga bertugas sebagai pengarah National Oversight and Whistleblowing Centre (NOW), sebuah NGO di mana Rafizi merupakan pengarah eksekutifnya.

DAP: KM dijangka benarkan MP PR hadiri pengebumian Wong

Ketua Menteri Sarawak dijangka menarik larangan kemasukan ke atas beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke Sarawak, untuk membolehkan mereka menghadiri pengebumian ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng.

Ini mengikut ADUN DAP Piasau, Alan Ling, yang menyambut baik langkah tersebut sebagai "berperi kemanusiaan".

MP DAP Stampin, Julian Tan juga mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini.

Wong meninggal dunia akibat kanser otak malam tadi.

Awal hari ini, Naib pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok menggesa kerajaan Sarawak membenarkan pemimpin Pakatan menghadiri pengebumian Wong.

Naib pengerusi DAP Kebangsaan Teresa Kok berkata beliau dan ramai lagi ahli parlimen (MP) telah dihalang memasuki Sarawak.

"Ketua Menteri Sarawak telahpun berkata di banyak acara yang kerajaan beliau akan mengamalkan autonomi imigresen dan menghalang pelampau kaum dan agama dari memasuki Sarawak.

"Tetapi saya hairan mengapa saya dan rakan Pakatan dihalang masuk
kerana kami bukannya pelampau kaum dan agama," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Audit: Kerusi besi RM380 dibeli RM1,250


KANGAR: Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 2 bagi Aktiviti Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Perlis mendapati terdapat harga perolehan yang tidak munasabah pagi pembelian dua buah kerusi besi di pondok teksi di Pekan Simpang Empat .

Laporan Audit untuk Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mendapati agensi terbabit telah membina sebuah pondok teksi di Pekan Simpang Empat pada 12 April 2013 dengan kos sejumlah RM14,900 melibatkan kerja-kerja meroboh pondok dan tapak sedia ada, membina kerangka besi, kerja-kerja konkrit serta membekal dua buah kerusi besi.

Kos membekal dua buah kerusi besi tersebut berjumlah RM2,500 atau RM1,250 bagi sebuah kerusi.

Bagaimanapun semakan dan pemeriksaan Audit mendapati kos membekal kerusi besi ini adalah tidak munasabah dan pihak Audit telah membuat kajian pasaran harga di dua buah syarikat yang boleh membekalkan kerusi besi seumpamanya.

Berdasarkan sebut harga yang diperoleh daripada dua pembekal terbabit, harga pasaran termasuk kos penghantaran ke Pekan Simpang Empat bagi sebuah kerusi besi berkenaan hanya berjumlah RM380 berbanding RM1,250 bagi sebuah kerusi yang dibayar oleh MPK.

Demo Anti Lynas: Polis tangkap Superman, warga Australia



 Sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas ditahan kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Antara mereka yang ditahan termasuk ketua Himpunan Hijau Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'.

Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di pintu masuk kilang dengan kira-kira 300 kenderaan seawal tengah hari untuk menuntut penutupannya.

Semalam, Polis telah mendapat perintah injuksi semalam yang menghalang sesiapa berkumpul dalam lingkungan 20 meter loji kilang tersebut.

Bagaimanapun kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari pintu masuk loji Lynas itu.

Menteri Beragama Islam: Sudah Jadi Kelaziman MAS Hidang Arak Kata Pemangku Menteri Pengangkutan

Jawapan menteri beragama 'Islam' Pemangku Menteri Pengangkutan Hishammuddin terhadap soalan yg berkaitan dgn kenapa MAS menghidangkan arak kpd penumpang MAS...

KENAPA perlu ikut syarikat lain hidang arak dan KENAPA TAK IKUT MENCONTOHI Royal Brunei Airlines yg tidak menghidangkan arak !!!

MASIHKAH ANDA INGAT jawapan Sultan Brunei melarang menghidangkan arak dlm penerbangan.. "Ada yg menganggap larangan hidang arak akan akibatkan kerugian kerana penerbangan dikhuatiri rugi & tidak laku. Tetapi org tidak ingat keuntungan di akhirat & keuntungan rahmat serta berkat dari Allah S.W.T."

Lawak Ahad: " Saya tidak pandai berenang ", kata Rosmah tolak dakwaan bil air RM300,000 pada 2012

Datin Seri Rosmah Mansor berkata ada yang membuat fitnah kononnya apabila beliau masuk dalam kolam Seri Perdana air tak keluar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Jun, 2014.
Datin Seri Rosmah Mansor berkata ada yang membuat fitnah kononnya apabila beliau masuk dalam kolam Seri Perdana air tak keluar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Jun, 2014.
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengakui beliau tidak pandai berenang bagi ‎menolak tohmahan mengenai perbelanjaan bil air kediaman rasmi di kompleks Seri Perdana lebih daripada RM300,000 pada 2012.
Beliau  menegaskan tohmahan yang dibuat ke atasnya sebelum Pilihan Raya ke-13(PRU 13) lalu, adalah tidak masuk akal dan tidak benar.
"Cerita itu sebelum pilihan raya lalu, ada yang fitnah kononnya apabila saya masuk dalam kolam Seri Perdana air tak keluar.
"Saya tidak pandai berenang. Kalau orang itu nak jumpa saya boleh beritahu memang tidak pandai, saya cakap memang tidak tahu kalau pergi laut saya tidak berenang, saya duduk macam filem P. Ramlee itu," katanya pada majlis penyampaian anugerah nadi negara Wanita Umno 2013 di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam acara itu, Rosmah dilihat turut menyanyikan tiga buah lagu sambil ditemani beberapa ahli Wanita Umno termasuk ketua Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

Mungkinkah PR Bakal Tumbang Di Selangor?

Adakah PR Nak Sedekahkan Selangor Pada UMNO@BN Buat Selama-lamannya..??
Kedudukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mula dipertikaikan oleh rakan-rakan gabungan dalam Pakatan Rakyat sendiri kini mula menjurus kepada persoalan kemungkinan ia bakal kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika masalah yang kian meruncing itu tidak segera diurus dengan baik.

Bermula dengan masalah dalaman PKR yang dihadapi oleh Khalid Ibrahim, terutama penentangan daripada kelompok Azmin Ali yang juga Pengerusi PKR Selangor, masalah kini bertambah rumit apabila DAP dan Pas juga mula merasakan Menteri Besar itu perlu ditukar dan sudah tidak relevan lagi.

Walaupun sejak awal lagi, Khalid memang ada stail kepimpinan sendiri ala CEO sebuah syarikat perniagaan, tetapi imejnya yang bersih, bebas dari amalan rasuah, tidak mengaut kekayaan, tiada kes menyalahgunakan kuasa dan kemampuannya meningkatkan rizab negeri kepada hampir RM3 billion telah menyebabkan beliau lebih disanjung daripada dipertikaikan.

Namun sejak ura-ura mahu menukarkannya dengan Anwar Ibrahim melalui KajangMove yang tidak menjadi kenyataan, Khalid dilihat semakin menunjukkan belangnya. Beliau makin memperlihatkan gaya kepimpinan ala CEO dengan banyak isu-isu besar hanya diuruskannya secara sendiriannya saja.

Rakan-rakan gabungan dalam PR, EXCO Kerajaan Negeri dan beberapa jawatankuasa yang ditubuhkan atas persetujuan PR tidak lagi dipedulikan suara dan kehadiran mereka. Khalid mungkin masih terbawa dah merasakan Kerajaan Selangor juga seperti PNB dan Guthrie yang pernah diketuainya dulu.

Bermula dengan tindakan menandatangani persetujuan secara tergesa-gesa dan tidak memaklumkan kepada EXCO mahupun rakan-rakan dalam PR mengenai isu air dengan Kerajaan Pusat, Khalid kemudiannya semakin berani dan terbuka menyokong pembinaan Lebuhraya Kinrara Damansara atau Kidex walaupun sebahagian penduduk yang terlibat dengannya membantah pembinaan lebuhraya itu.

Lebih dari itu, sokongan Khalid terhadap projek itu juga dianggap memalukan PR kerana diketahui umum pemegang konsesi lebuhraya itu ialah bekas peguam UMNO yang kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi bersama peguam UMNO sekarang, Hafarizam Harun.

Sokongan Khalid dianggap menyokong projek BN dan menyokong amalan kronisme UMNO walaupun Zaki Tun Azmi dan Hafarizam sentiasa bermusuh dengan PR.

Kelemahan Khalid juga agak ketara dalam isu rampasan Bible yang sudah diarahkan oleh Peguam Negara agar Jabatan Agama Islam Selangor segera memulangkan kitab itu berikutan tiada sebarang pendakwaan akan diambil terhadap Persatuan Bible Malaysia.

Selepas Kena Tangkap Khalwat, Bekas Komando Kes Bunuh Altantuya Disiasat Tumbuk Polis Pulak..

Bekas komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi – ditangkap khalwat dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang anggota polis pula.
Kejadian berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.
Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.

Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.
Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.
Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.
"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff.
Difahamkan satu kenyataan direkodkan daripada pengadu tentang apa yang berlaku semasa insiden tersebut, namun tiada kenyataan direkod daripada bekas komando itu.
"Kami akan panggil dia untuk membuat kenyataan tidak lama lagi," kata Mohd Yusoff.
Bekas komando itu yang sebelum ini bersama Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, ditangkap khalwat bersama wanita sudah berkahwin di dalam unit apartmennya di Ibu Pejabat Polis Sepang oleh suaminya pada 1.20am.

Negara Islam: Siapa luluskan Vincent Tan buat kasino baru?

PUCHONG 22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.
“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?”
“Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media, semalam.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.
Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut
Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.

Demo Anti Lynas: Polis tutup jalan ke kilang

MPM gesa k'jaan Umno@BN jangan ada lagi IPP


Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mendesak Putrajaya supaya tidak lagi pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ini ekoran tindakan YTL Power International Bhd menarik diri daripada projek loji tenaga yang digelar 'Projek 4A' benilai RM3 bilion di Johor yang dianugerahkan secara langsung kepada sebuah konsortium yang melibatkan syarikat itu dan juga firma Sultan Johor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Setiausaha Agung MPM, Hasan Mad berkata kerajaan sebaliknya harus kembali kepada keadaan sebelum ini di mana TNB bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjanaan kuasa.

"Oleh YTL telah menarik diri, tidak ada lagi kontroversi dan kerajaan perlu mengambil peluang untuk memberikan projek itu kepada TNB sahaja," kata Hasan dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia Masih Aman Dan Selamat: RELA tempatkan anggota di 417 sekolah

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menempatkan anggotanya di 417 sekolah di seluruh negara yang berisiko tinggi dalam kemalangan dan penculikan. 
  
Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata kes kemalangan serta penculikan melibatkan pelajar ketika di sekolah di bandar besar agak tinggi.
  
"Sebelum ini kita memang telah meletakkan anggota di sekolah-sekolah... namun kita terpaksa hentikan pada November lalu ekoran kekurangan dana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Briged Relasis Politeknik peringkat negeri Terengganu di Dungun semalam.
  
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Politeknik Datuk Mohlis Jaafar.
  
Menurut Mustafa bermula 15 Jun lalu pihaknya telah meletakkan semula anggota Rela di sekolah berisiko tinggi.
  
Beliau berkata RELA akan juga meletakkan kembali anggotanya bertugas di negeri-negeri Perak, Perlis dan Kelantan, yang bersempadan dengan negara jiran.
  
Ini bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan diesel dan sebagainya.
  
- Bernama

Siapa Yang Percaya Kelentong Papagomo Yang Dakwa Dirinya Seorang Nelayan?

Papagomo minta bayar ansuran RM100 sebulan

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Ambil tindakan pihak bazir wang rakyat kata PAS Terengganu

Satiful Bahri Mamat KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu meminta tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana pihak bertanggungjawab terhadap ketirisan dan kelemahan urus kewangan sehingga menyebabkan kerugian serta pembaziran wang rakyat.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya memandangkan ia melibatkan jumlah cukup besar, di samping isu sama dibangkitkan setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dibentangkan dalam Parlimen.

Malah, beliau cukup yakin isu ketirisan dan kelemahan akan terus berlaku sekiranya perkara sedemikian dibiarkan tanpa tindakan susulan.

“Tindakan diambil sebelum ini tidak cukup tegas sehingga menyebabkan perkara sama berulang walaupun kadangkala Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) memanggil pihak terlibat.
"Yang penting bila tindakan cukup tegas seperti dipecat atau digantung kerja, orang lain tidak akan ulanginya.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu ambil tindakan dan ke hadapan berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 dibentangkan di Parlimen pada 16 Jun lalu, yang menunjukkan masih berlaku ketirisan dan kelemahan seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1.

El Nino: Panas selama 18 bulan?

MAZNORIZAN MOHAMADMUNGKIN ramai yang masih tidak banyak mengetahui mengenai ancaman El Nino. Ada yang sangat bimbang berhadapan dengan krisis cuaca itu, tetapi ada juga yang tidak langsung mengambil tahu perkara tersebut. Untuk mengetahui secara mendalam berkenaan fenomena tersebut, ikuti temu bual wartawan Sinar Harian Norutul Ilham Mad Jari, juru video Sinar Harian Online, Nizam MK dan juru foto, Sharifuddin Abdul Rahim bersama Pengarah Bahagian Korporat dan Komersial Jabatan Meteorologi, MAZNORIZAN MOHAMAD.
Boleh puan terangkan apa itu El Nino?
El Nino adalah fenomena cuaca jangka panjang yang berskala global yang berlaku akibat daripada interaksi antara lautan dan atmosfera yang berulang.

Ia berlaku apabila anomali suhu permukaan air laut di kawasan khatulistiwa tengah dan timur Lautan Pasifik yang melebihi 0.5 darjah celcius sekurang-kurangnya lima bulan berturut-turut.

Bagaimanapun, El Nino dikategorikan sebagai lemah apabila anomali suhu air permukaan laut adalah julat 0.5 -0.9 darjah celcius, kategori sederhana (1.0-1.4 darjah celcius).

Semasa tempoh El Nino datang, air laut akan lebih panas di pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya.

Pergerakan udara lembap akan menaik dengan kuat dan membentuk kawasan berawan konvektif dan ribut petir yang luas serta hujan lebat di kawasan berkenaan.

Pada masa yang sama, di bahagian Khatulistiwa Pasifik Barat termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina (kawasan Asia Tenggara) akan mengalami tekanan atmosfera yang secara relatifnya meningkat sedikit dan ini akan menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding dengan keadaan biasa.

Apa persediaan kerajaan untuk menghadapi ancaman El Nino?

Antara langkah-langkah kerajaan sebagai persediaan awal untuk mengurangkan impak fenomena El Nino adalah dengan mengaktifkan satu Jawatankuasa Kabinet yang sentiasa memantau dan meneliti perkembangan El Nino.

Jawatankuasa Kebangsaan ini akan menangani kesan fenomena El Nino terhadap bekalan air, kesihatan, pertanian dan sektor-sektor lain yang berkaitan di seluruh negara.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, urus setianya Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha), ahli-ahlinya pula terdiri daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti).

Selain itu, kita akan meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan operasi pembenihan awan dan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam masa yang sama memulakan kajian khusus untuk mengkaji serta memastikan pembenihan awam dapat dioptimumkan operasinya.

Kenapa Malaysia antara negara yang diancam El Nino?

El Nino ialah fenomena berskala global yang memberi impak dan kesan yang luas serta serius terhadap keadaan cuaca dan iklim global termasuk di kawasan Asia Tenggara termasuk Afrika, India, Benua Amerika, Australia dan juga negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Bila jumpa anjing dilanggar, berhenti dan ubati, kata PAS

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata cara bergerak melalui gerakan sukarela dan kebajikan diterima oleh semua orang dan ia merupakan khazanah Islam yang sudah lama ditinggalkan oleh umatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata cara bergerak melalui gerakan sukarela dan kebajikan diterima oleh semua orang dan ia merupakan khazanah Islam yang sudah lama ditinggalkan oleh umatnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
 "Anggota Unit Amal kalau bertemu dengan anjing kena langgar, berhenti, ubati dan balut luka dia dahulu, baru lepaskan," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam mengembangkan lagi konsep kebajikan partinya.
Walaupun anjing dianggap 'haram' untuk dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Mohamad berkata, kebajikan perlu dikembangkan menjangkau binatang.
"Bila selesai, samaklah," kata Mohamad ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat semalam.
Katanya, ia perlu dibuat oleh Unit Amal PAS apatah lagi terhadap manusia tanpa mengira siapa mereka.
"Kalau nampak musuh atau bukan Islam ditimpa musibah, kita kena bantu. Jangan tanya yang pelik-pelik pula," kata Mohamad.
Unit Amal PAS kini diterima sebagai badan kebajikan yang diiktiraf. Ketika banjir melanda Pantai Timur dan selatan semenanjung sebelum ini, Unit Amal disebut sebagai yang paling banyak membantu mangsa.
"Kita memilih demokrasi dan bukan senjata. Kalau ada ahli-ahli PAS yang angkat senjata, ia bukan arahan pimpinan dan PAS tidak ada kena mengena mengenainya.

Maradona dakwa FIFA cuba main tipu

Maradona dakwa FIFA cuba main tipu
RECIFE: Legenda bolasepak Argentina, Diego Maradona berang dengan FIFA selepas badan bolasepak dunia itu meminta tujuh pemain Costa Rica menjalani ujian dadah.

Ujian selepas perlawanan dengan Itali itu dibuat atas kebimbangan syarikat-syarikat penaja tidak akan membayar tajaan Piala Dunia 2014 sekiranya pasukan jaguh seperti Itali tidak layak ke pusingan kedua.

Costa Rica minggu lalu mengejutkan juara Amerika Selatan, Uruguay 3-1. Ia kemudian menumbangkang Itali 1-0 pada Jumaat. Kemenangan itu melayakan Costa Rica menyertai pusingan kalah mati 16 pasukan.

Di bawah peraturan FIFA, dua pemain setiap pasukan akan diuji dadah selepas perlawanan.

Bagaimanapun, media melaporkan lima lagi pemain Costa Rica turut dipanggil untuk diuji.

Maradona yang dihantar pulang semasa Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat kerana gagal ujian bahan terlarang menyelar tindakan FIFA sebagai "tidak hormat peraturan".

Beliau mendakwa pasukan Costa Rica diperiksa ketat kerana penaja "tidak akan membayar tajaan seperti yang dijanjikan" sekiranya pasukan ternama seperti Itali tersingkir.

"Kenapa tujuh pemain dari Costa Rica dan bukan tujuh dari Itali?" Kata Maradona.

Menurut laporan media yang sama, FIFA menjelaskan lima pemain tambahan itu adalah kerana mereka tidak diuji sebelum perlawanan.

Kem Majidee ditutup secara rasmi pada Sabtu

Kem Majidee ditutup secara rasmi pada Sabtu
JOHOR BAHRU: Sayu. Itulah perasaan yang terpancar di wajah sebilangan anggota tentera darat berikutan penutupan secara rasmi Kem Majidee, antara kem tertua di Malaysia, hari Sabtu.

Terletak di antara Jalan Bakar Batu dan Lebuhraya Tebrau, kes seluas kira-kira 132 hektar itu beroperasi selama 74 tahun sejak penubuhannya pada Mac 1940.

Kem Majidee turut menjadi perintis kepada pasukan Komando, pasukan elit tentera darat-Rejimen Gerak Khas yang sehingga kini menjadi kebanggaan tentera darat.

Kem itu akan berpindah ke Banang, Batu Pahat dan pembinaan kem baharu di atas tapak seluas 140 hektar dijangka membabitkan kos kira-kira RM126 juta.

Sejumlah 2,500 anggota daripada pelbagai pasukan terlibat dengan perpindahan ke kem-kem lain berikutan penutupan kem ini.

Bagi Mejar Mohd Ziarul Aflah Mohd Fadzil daripada Rejimen 501 Askar Wataniah Kem Tebrau, kehidupannya sebagai askar bermula di Kem Majidee apabila beliau menjalani pemilihan pada 1998 ketika berusia 21 tahun.

"Setiap askar pasti melalui saat yang sama dalam kehidupan mereka iaitu menjejakkan kaki di kem ini sebelum memulakan kehidupan seterusnya sebagai seorang askar," kata beliau ketika mengimbas kembali kenangannya di kem itu.

Fighting at Iraq oil refinery causing fuel shortages

Kenapa ALLAH Cipta Perempuan Ada Cantik Ada Tak Cantik? - UAI

Ayam Kampung VS Ayam Daging - Ustaz Azhar Idrus

Semua Akan Ditanya..! - Ustaz Azhar Idrus

Bahagian Pusaka Untuk Anak & Kedua Ibu Bapa - Ustaz Azhar Idrus

Pegang Tangan 'Awek' Atau Onani..Mana Lebih Berdosa? - UAI

Tayammum Di Tempat Yang Ada Air - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Isteri Halang Suami BERPOLIGAMI - Ustaz Azhar Idrus

Selawat Dalam Tandas (Dalam Hati) - Ustaz Azhar Idrus

Cara Betul Niat SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Al-Mulk..Afdhal Dibaca Sebelum Tidur - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Jual Hadiah Pertandingan/Pemberian Orang - Ustaz Azhar Idrus

Akad Nikah Kali Kedua Selepas Akad Nikah Di Thailand - UAI

Air Kencing Kucing Yang Sudah Kering (Najis Hukmi) - UAI

Nak Tinggal Dunia, Kejar Akhirat - Ustaz Azhar Idrus

Tak Ziarah Kematian Ibu Bapa Kerana Tiada Keizinan Suami - UAI

Sedang Solat Tiba-tibaTerkena Hujan - Ustaz Azhar Idrus

Nak Berimamkan Seseorang Kena Cuit Ke? - UAI

Macamana Nak Ganti Puasa Lebih Sebulan? - UAI

Iraq: Six questions you need to know

ISIL video shows children in arms

Iraqi Shias show force in weapons parade

ISIS in Iraq: The image of an insurgency

MH370: Lokasi pencarian baharu diumum seminggu dua lagi kata Hishammuddin

MH370: Lokasi pencarian baharu diumum seminggu dua lagi - HishammuddinSEPANG: Fasa baharu lokasi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 akan diumum dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun, katanya lokasi pencarian baharu itu masih kekal di koridor selatan.

"Carian kita tidak pernah berhenti tetapi sebelum diumum fasa baharu kawasan pencarian yang akan kita beri tumpuan bersama-sama China dan Australia, kita juga akan kenal pasti aset-aset kita," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata selepas itu, semua aset tambahan akan dihantar untuk membantu usaha pencarian di lokasi baharu.

Terdahulu, beliau menghadiri taklimat mengenai persiapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sempena perasmian lapangan terbang itu yang dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa depan.

Hishammuddin menjelaskan aset tambahan dari China, Belanda serta syarikat swasta Petronas dan SapuraKencana sudah sedia untuk dihantar.

MH 370: "Akibat Dari Pendedahan Berani mati Sharifah Sofea, Beliau Kini Dikatakan Tengah Tenat Terkena Perbuatan Khianat "

Akibat pendedahan 'berani mati' ini agaknya Sharifah Sofia Syed Rashid kini khabarnya sedang menderita akibat perbuatan khianat.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ini yang menyatakan kebimbangan tentang perbuatan khianat santau yang cuba dihantar kepadanya dan cerita terkini tentang keadaan beliau yang ditulis oleh 'saudara terdekat' beliau di wall fb beliau. Sumber




ADUN DAP Bukit Assek meninggal dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Bukit Assek, Wong Ho Leng disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.50 malam Sabtu akibat kanser.

Terdahulu, The Star melaporkan Hong Leng yang sedang menjalani rawatan tumor otak berada dalam keadaan koma di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.

Isteri beliau, Irene Chang turut mengadakan sidang media untuk memaklumkan mengenai keadaan Hong Leng.

Pada Januari tahun lalu, Hong Leng mengumumkan beliau disahkan menghidap tumor otak.
Bagaimanapun, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan berdasarkan rekod sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 20 Jun 2011.

Ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK hanya boleh diadakan tidak kurang dari tiga tahun dari tarikh pembentukan kerajaan negeri.