Sabtu, 21 Jun 2014

Terbongkar: GST bolehkan kerajaan timbang permintaan kenaikan elaun penjawat awam kata Najib

AYER KEROH: Pertambahan hasil daripada perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan tersebut dan sistem GST yang lebih telus serta efisyen dilihat dapat membantumenambah hasil kerajaan.

“Kalau presiden CEUPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam) mahu meminta tambahan elaun dan sebagainya, saya sebagai menterikewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan,” katanya

Menurut Najib, negara tidak boleh melakukan pinjaman daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia untuk membayar gaji atau elaun kerana ia meruapakan ‘resepi’ untuk bencana ekonomi.

Kata perdana menteri, rasional perlaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.

Nnajib turut menegaskan perlaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian akan diagihkan kembali kepada rakyat.

“Bukan semua barang akan naik dan bukan semua perkhidmatan akan naik (disebabkan oleh GST). Banyak barangan perkhidmatan asas akan dikecualikan daripada GST dan inilah yang patut kita faham,” katanya.

Ibu remaja OKU yang dikurung bersama sampah dan najis diberkas

NILAI: Ibu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu diberkas sebaik pulang ke rumah untuk siasatan lanjut.

Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


OKU kurung
Pegawai Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menemui remaja OKU malang itu ketika menjalankan Ops 6P. -fotoBERNAMA

Di dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu remaja lelaki itu sudah berpisah dengan suaminya.

Rohani berkata Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan setelah melawat remaja itu di hospital di mana dia diserahkan.

Siasatan awal mendapati ibu remaja itu menafikan yag anaknya dikurung dan diabaikan.

Dia turut mendakwa telah terputus hubungan dengan bapa anaknya itu setelah mereka bercerai.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati berlaku pengabaian terhadap anak OKU tersebut, kita akan menempatkan remaja itu di sebuah pusat kendalian JKM,” kata Rohani.

Negara Sekular Bukan, Negara Islam Pun Bukan ......Malaysia Boleh


Malaysia bukan Negara Islam dan juga bukan Negara Sekular. Jadi kalau begitu Malaysia negara apa..........Malaysia negara serba boleh. MALAYSIA BOLEH ........setuju atau tidak?

Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan Malaysia adalah "negara umat Islam" kerana kuasa majoritinya diperintah orang Islam, sementara pelaksanaan Islam belum terpakai sepenuh di negara ini.
Dalam kenyataan medianya, Ketua Penerangannya Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia juga tidak boleh ditafsirkan sebagai negara sekular sepenuhnya.
Ini kerana, katanya, terdapat peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 121 dan di peringkat negeri melalui Mahkamah Syariah yang membuka jalan kepada pelaksanaan Islam.
"Justeru, isunya ialah bukan status negara sama ada Islam atau Sekular tetapi ialah usaha untuk memberi makna bagi Islam yang lengkap dan syumul bagi peruntukan perlembagaan Islam sebagai agama Persekutuan.

Anwar: PR akan bincang kedudukan Khalid

Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADLI ZAKI 
PUCHONG - Sama ada perlu kekal atau tidak sebagai menteri besar, perkara itu perlu dibincangkan secara menyeluruh dalam Pakatan Rakyat, ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata demikian mengulas perkembangan terbaru membabitkan desakan Pas supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan.

"Pandangan dan luahan yang diutarakan terhadap Abdul Khalid mungkin berdasarkan kepada keadaan dan prestasi semasa.

"Kita akan mendengar idea dan cadangan yang diajukan. Kemudian kita akan berbincang dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dilakukan bersama," katanya selepas ceramah Asian Renaissanace di Centre for Reform, Democracy and Social Initiative, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan PR dalam membuat keputusan.

Anwar: Ganti Khalid bukan pendirian rasmi Pakatan

183 ahli Muslim Brotherhood dijatuhi hukuman mati oleh Regim Zionis As Sisi

183 ahli Muslim Brotherhood dijatuhi hukuman mati di Mesir
MINYA: Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 183 ahli kumpulan Muslim Brotherhood termasuk ketuanya, Mohamed Badie pada Sabtu.

Demikian menurut seorang pendakwa raya sejurus selepas perbicaraan beramai-ramai yang telah mencetuskan bantahan antarabangsa.

Mahkamah di bandar Minya itu pada mulanya menjatuhkan hukuman mati kepada 683 orang, namun pada Sabtu, empat orang daripada mereka diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup termasuk dua wanita dan 496 orang yang lain dibebaskan.

Sejak tentera mengambilalih tampuk pemerintahan Presiden Mohamed Morsi pada Julai tahun lepas, beratus-ratus penyokong Morsi  termasuk Badie, dijatuhi hukuman mati.

Hukuman tersebut telah mendapat tentangan rakyat tempatan serta badan hak asasi manusia.

Perbicaraan berlangsung selama 15 minit dan antara tuduhan yang dibacakan adalah terlibat dalam pembunuhan dan cubaan membunuh polis ketika  pertempuran di Kaherah pada 14 Ogos di mana polis membunuh beratus-ratus penyokong Morsi.

Keputusan pada Sabtu itu dibuat selepas keputusan awal mahkamah dirujuk kepada Ulama Islam Mesir sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang negara tersebut.

Pada Mac, mahkamah yang sama dipengerusikan oleh Hakim Said Youssef Sabri telah mengurangkan 492 dari 529 hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Jangan bina kasino lagi, mudarat kepada masyarakat

casino genting highlands ditutupSHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pahang digesa untuk tidak membenarkan sebarang cadangan membina pusat perjudian lagi.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pusat kasino sedia ada sudah membawa kemudaratan kepada negara dan diharapkan perkara berkenaan tidak berulang
“Cukuplah kerana yang sedia ada sudah mendatangkan banyak musibah dan perkara yang bercanggah kepada masyarakat serta umat Islam.
“Bagi kita kasino yang dicadangkan itu bukan benda baru kerana pada 2001 pernah disuarakan dan kita menentang di peringkat Dewan Undangan Negeri.
“Kita berharap Kerajaan Pahang tidak akan meluluskan hasrat itu di Pahang mahupun mana-mana negeri di Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.
Tegasnya, pihak media perlu memainkan peranan dalam perkara ini dan bukan sahaja memaparkan berita mengenai isu halal haram yang bersangkut paut dengan makanan semata-mata.
Sebelum ini umat Islam di Malaysia tidak berpuas hati mengenai dakwaan kewujudan DNA babi dalam makanan.
“Kita tengok memang realiti begitu, sentimen tinggi dengan makanan sedangkan perjudian merupakan antara perkara yang diharamkan dalam Islam.
“Faktor yang melonjakkan emosi rakyat adalah media, isu ini akan senyap begitu sahaja,” tambahnya lagi.
Dalam satu laporan yang dipetik The Business Times in Malaysia, didakwa pusat kasino kedua terbesar di negara itu akan dibina dengan pelaburan sebanyak RM3 bilion.

Polis dapat perintah halang sekatan anti-Lynas

Polis telah memperolehi perintah mahkamah hari ini untuk menghalang sekatan anjuran Himpunan Hijau esok di pintu masuk utama ke kilang penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan Abdul Aziz Ahmad berkata pihak berkuasa telah mendapat perintah mahkamah itu sebagai langkah pencegahan terhadap protes esok.

Menurut beliau, perintah itu melarang sesiapa daripada berada dalam jarah 20 meter dari loji tersebut, mulai hari ini hingga Jumaat depan.

"Oleh kerana mereka tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan ini, jadi sesiapa yang datang esok akan melakukan kesalahan di bawah seksyen 143 Kanun Kesiksaan (perhimpunan haram)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurut Abdul Aziz lagi, mereka yang enggan mematuhi perintah itu akan dianggap sebagai menghina mahkamah.

Anwar mahu Umno langsaikan kes Papa Gomo

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan permohonan pengendali blog Papa Gomo yang mahu membayar ganti rugi secara ansuran sebanyak RM100 sebulan.
Enggan mengulas lanjut, Anwar sebaliknya meminta Umno sendiri yang menyelesaikan masalah itu.
"Jangan tanya saya, tanya pemimpin Umno yang taja dia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Asian Renaissance di Puchong, hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris menangguhkan bayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100‎ sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," katanya dipetik laporan media semalam.
Wan Muhammad Azri turut mengaku sudah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Papa Gomo perlekeh keputusan mahkamah - Latheefa Koya

LatKUALA LUMPUR 21 JUN – Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya menyifatkan permohonan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo yang meminta  membayar ganti rugi saman fitnah secara ansuran RM100 sebulan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memperlekehkan keputusan mahkamah.
Latheefa berkata, mahkamah akan tetap mengambil tindakan supaya Papa Gomo membayar sejumlah RM850,000 kepada Anwar secara serentak.
“Dia ingat, dia boleh main-main, mahkamah tetap akan terus mengambil tindakan terhadapnya,” katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Papa Gomo untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi kepada Ketua Umum KEADILAN itu 20 Jun lalu atas kesalahan fitnah di dalam blognya.
Menurut Latheefa, Papa Gomo memohon menangguhkan pembayaran ganti rugi atas alasan dia telah membuat rayuan kepada mahkamah sebelum ini.
Latheefa juga berkata, Papo Gomo memberi alasan tidak mampu untuk membayar ganti rugi secara serentak kerana dia kini hanya bekerja sebagai  seorang nelayan ketika ini.
” Sebab dia kuat menipu, dari dulu sampai sekarang menipu dan fitnah, kita tak boleh terima semua alasan yang diberikannya.
” Sebelum ini dia tipu dia bukan Papa Gomo dalam mahkamah, tetapi sebenarnya dia ialah Papa Gomo atau Wan Muhammad Azri,” kata Latheefa.
Menurut Latheefa, peguam Anwar akan mengambil tindakan antaranya tindakan bankrapsi jika Papa Gomo tidak dapat membayar ganti rugi tersebut.

Khalid: Premature to discuss Kidex

Remaja OKU dikurung sampai kurus kering

PENGANIAYAAN KANAK-KANAK - MASYARAKAT TURUT BERDOSA


Khalid: We will follow sultan's order on bibles

Wacana Siri Ke 29: Isu halal: Apa Hak pengguna Bhg 4

Wacana Siri Ke 29: Isu halal: Apa Hak pengguna Bhg 3

Wacana Siri Ke 29: Isu halal: Apa Hak pengguna Bhg 2

Wacana Siri Ke 29 Isu halal Apa Hak pengguna Bhg 1

MB Khalid unfazed by calls for his removal

Pengerusi Mais nafi Sultan Selangor perkenan Perkasa berhimpun depan istana ...!! Siapa tipu siapa.??

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memberi kebenaran kepada pertubuhan itu untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan, Isnin ini.
Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa (gambar) berkata dalam hal ini Sultan Selangor tidak pernah memberi perkenan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di mana jua.
"Tiada perkenan yang diberikan Sultan Selangor maka kenyataan Perkasa dinafikan.
"Surat yang diterima daripada Yang Dipertua Perkasa Abu Bakar Yahya pada Jumaat tidak diangkat untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda berangkat ke luar negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Abu Bakar berkata Sultan Selangor berkenan memberi kebenaran kepada Perkasa untuk berhimpun di hadapan Istana Kayangan pada Isnin.
Katanya, perkara itu disampaikan oleh Adzib dalam satu perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) pada minggu ini.
Adzib berkata hakikatnya adalah terserah kepada NGO berkenaan menggunakan budi bicara masing-masing untuk berhimpun berama-ramai tanpa mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
Perkasa Selangor akan mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Mais berhubung rampasan Bible dari pejabat Pertubuhan BIble Malaysia (PBM) Januari lalu.
Perhimpunan itu akan diadakan di perkarangan Istana Kayangan Shah Alam bermula pada jam 11 pagi dan membariskan beberapa pemimpin Perkasa untuk memberikan ucapan sebelum memorandum diserahkan kepada pihak istana.

Pembangkang boleh tentukan dasar kerajaan


Pakatan-Rakyat


- Liew Chin Tong

Memasuki gelanggang persaingan idea, pembangkang memainkan peranan utama dalam menentukan agenda untuk “dicuri” kerajaan. Tetapi kita tidak seharusnya berhenti di situ. Kita perlu meneruskan desakan, dengan idea baru yang lebih baik, dipandu dengan kerangka falsafah yang kita dukung.
Sejak Ketua Pemuda UMNO Hishammuddin Hussein (kini Naib Presiden UMNO) menghunus kerisnya pada Julai 2005, pembangkang telah dimanfaatkan dengan “bulan madu” yang agak panjang dari pengundi bukan-Melayu. Penurunan mendadak sokongan Cina dalam PRK Teluk Intan barangkali sebagai petanda bahawa keghairahan “anti-UMNO” selama sembilan tahun ini telah menyurut.
Mungkin setakat itulah yang boleh dibawa sentimen “Kami bukan UMNO”. Apabila keghairahan ABU (Asal Bukan UMNO) menyurut, maka pembangkang perlu mencapai kemenangan dengan menawarkan idea yang lebih baik di peringkat nasional, dan mentadbir dengan idea yang lebih baik di peringkat negeri.
Ramai di kalangan pembangkang berpegang kepada idea bahawa tidak usah kita mengajar Barisan Nasional untuk menjadi “celik” dengan menawarkan dasar kita untuk ditirunya. Dengan kata lain, kita tidak perlu bekerja keras untuk mencanangkan idea. Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian. Mengapa?
Pembangkang di Malaysia tidak berpeluang untuk terlibat dalam penggubalan dasar – tapi ini bukan bermakna bahawa wakil BN memiliki peluang tersebut.

DAP Perak kecam pengusiran petani Kampung Baru Chenderong


sivakumar_majmuk


BATU GAJAH, 21 JUN: Ahli Parlimen DAP Batu Gajah V Sivakumar menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan Pejabat Tanah dan Daerah Kinta yang memaksa petani Kampung Baru Chenderong supaya mengosongkan tanah mereka dengan segera.
Beliau berkata, tindakan pengusiran ini amat tidak wajar kerana para petani telah mengusahakan tanah sejak puluhan tahun.
“Ada di antara para petani di sana yang telah mengusahakan tanah berkenaan selama lebih 65 tahun, tapi tiba-tiba menerima notis mengejut daripada pejabat tanah pada 23 Mei lalu.
“Tindakan ini adalah salah sama sekali, kalau mahu laksanakan pembangunan sekalipun mengapa tidak disediakan terlebih dulu tanah gantian supaya kegiatan para petani tidak tergendala?” ungkit beliau.
Timbalan Pengerusi DAP Perak itu berpandangan bahawa langkah menjaga maslahat petani terbabit adalah penting bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menggiatkan lagi sektor pertanian negara.
Beliau bersama Ahli Parlimen Kampar Dr Ko Chung Sen pagi ini telah melawat tapak tanah berkenaan dan mengadakan perbincangan bersama para petani.

KJ harus yakinkan kabinet untuk batalkan tindakan ke atas pelajar


tony pua (7)


KUALA LUMPUR, 21 JUN: DAP hari ini menggesa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya meyakinkan kabinet untuk menarik balik surat tunjuk sebab yang diberikan kepada pelajar Canberra Aslam Abdul Jalil.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, sebagai seorang menteri yang menyokong keterbukaan, Khairy harus berusaha memastikan surat tersebut ditarik balik.
“Saya memohon pertimbangan Khairy yang selama ini menyokong agar pelajar lebih bersikap terbuka demi meningkatkan pemikiran kritis serta kemahiran analisis mereka, selain bagi menyuburkan nilai-nilai demokrasi, agar beliau berusaha memastikan Kabinet mengeluarkan arahan supaya JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) di Australia menarik balik surat tunjuk sebab yang tidak wajar itu,” ujar Tony.
Pada 18 Jun lalu, Aslam seorang pelajar tahun akhir Universiti Nasional Australia (ANU) telah diberikan surat tunjuk sebab oleh JPA kerana mengambil  bahagian dalam forum bersama Tony dan Fello Jabatan Politik & Perubahan Sosial ANU Dr John Funston.
Forum bertajuk ‘Race, Religion dan Royalty’ itu telah dianjurkan oleh Canberra Malaysia Interest Group di ANU pada 22 April 2014.
Menurut Tony, perbincangan dalam forum itu langsung tidak mempunyai sebarang unsur hasutan, penghinaan terhadap mana-mana kaum, agama mahupun raja.

Keputusan kes pembunuhan Altantuya Isnin ini

Mahkamah Persekutuan akan menjadi perhatian ramai Isnin ini apabila ia memutuskan dan mendengar kes berprofil tinggi, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu (gambar).
Pada hari berkenaan, mahkamah tinggi itu akan mendengar rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009.
Mereka didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman 47 muka surat, menegaskan bahawa keterangan ikut keadaan yang dikemukakan pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan keputusan bersalah kedua-dua anggota polis itu.
Kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan, oleh itu mahkamah terpaksa memberi mereka faedah kesangsian".
Pendakwaan memfailkan petisyen rayuan pada 3 Januari tahun ini, menyenaraikan enam sebab panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terkhilaf, dalam undang-undang dan fakta, untuk membenarkan kedua-dua anggota polis itu terlepas daripada tali gantung.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Pihak pendakwaan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

"Percikan api di setiap kampus, termasuk kubu Umno"

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Setahun dua ini saya lebih kerap bertemu rakan-rakan pimpinan gerakan pelajar. Ia bukan lagi terhad kepada universiti sekitar Lembah Klang. Kampus-kampus baru yang berselerak di seluruh negara, termasuk di Sabah Sarawak, juga menggamit perhatian.
Perjumpaan juga tidak terbatas untuk membincangkan soal penyertaan dalam pilihan raya kampus setahun sekali, tetapi lebih merata dan menyeluruh. Apatah lagi kumpulan yang memenanginya agak seimbang, di antara Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, petanda kecenderungan politik majoriti pelajar semakin terbuka.
"Sebenarnya banyak kampus dikuasai oleh kumpulan  Pro-Mahasiswa atau lebih tepat, yang independen dan tidak dikongkong Umno-BN, tetapi mereka memilih untuk tidak bersuara lantang dan mengidentifikasikan diri dengan mana-mana kumpulan," kata sumber.
Walaupun lama ditubuhkan, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) nampak agak terpencil di utara, tetapi sesekali turut mewarnai kemeriahan politik kampus. Begitu juga Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dan Pekan yang merakamkan keberanian aktivis mahasiswanya berdepan "kecurangan" pentadbiran tertingginya  memanipulasikan proses pilihan raya kampus.
"Ada percikan api di sana!" saya menjawab soalan seorang teman apabila mendapat tahu saya turun ke Pahang, Pulau Pinang, Kedah, Johor meninjau gelodak rasa masyarakat terpelajar yang terus dikongkong.
"Potensi anak muda sebagai agen perubahan tidak pernah padam, walaupun kadang-kadang nampak suram, sampai masanya ia menggelegak juga," saya cuba menekankan fungsi gerakan mahasiswa  yang bertenaga untuk mempengaruhi lanskap sosio-politik tanahair, atau secara lebih khusus membela kepentingan rakyat tertindas.
Bayangkan, jumlah pelajar IPTA, IPTS, IPG (Institut Pendidikan Guru), politeknik dan kolej komuniti mencecah 1.3 juta orang. Mereka merupakan kelompok yang paling strategik dan kritikal untuk mana-mana gerakan perubahan. Tanpa mendampingi anak-anak muda ini usaha pembaharuan dan reformasi akan terbantut.

Terbaru, saya lebih tertarik mendengar kampus-kampus Universiti Teknologi Mara yang  juga mula berkocak. Umno sering berbangga dengan UiTM, manakala pergerakan mahasiswanya teruk ditekan. Pengurusan kanannya seolah-olah mahu memastikan setiap siswazah "menurut kata" dan "tidak melawan".

UMSKL: Mesej ugutan, bangkai ayam atas katil Pengerusi Pro-Mahasiswa


KUALA LUMPUR: BILIK Pengerusi Pro-Mahasiswa UMS Kampus Labuan (UMSKL) Jamhuri Mohamed dipecah masuk malam tadi dan bangkai seekor ayam diletak atas katil serta mesej ugutan diconteng di dinding.

Jurucakap Pro Mahasiswa UMSKAL, Hasnur Faridah Abbas berkata kejadian disedari Jamhuri sendiri apabila pulang dari forum berkaitan dengan 16 Mahasiswa yang dikenakan AUKU kira-kira jam 12 malam.

Menurut beliau, bangkai ayam diletakkan di atas katil Jamhuri turut disertakan contengan mesej "berambuslah bodoh" dengan cat di dinding bilik tersebut.

Ekoran kejadian itu, Jamhuri telah membuat laporan polis malam tadi.

"Pro M UMSKAL cuma berharap peristiwa yang berlaku ini bukanlah disebabkan polemik pertembungan idealisme diantara mahasiswa kerana jelas, perbuatan ini tidak menggambarkan imej seorang pelajar Universiti," kata Hasnur.

Jamhuri adalah salah seorang pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran  Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana menulis artikel bertajuk ‘Rampas Kedai: Mahasiswa Serah Memo’ yang disiarkan di Harakah Daily 28 Februari lalu

Dalam artikelnya, Jamhuri mengecam tindakan Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Ismail Ali kerana merampas kedai mahasiswa kendalian sekretariat Masjid Al Hikmah.

Jamhuri dituduh melanggar Kaedah-kaedah 3(a) Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar) 1976 yang menyebut seseorang pelajar tidak boleh menyatakan bangkangan terhadap ‘sama ada di dalam atau di luar kampus, melalui apa-apa cara yang merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Institusi atau pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi’.

APABILA ‘SPEAKERS CORNER’ UNIVERSITY MALAYA ‘DIROBOHKAN’.

Aku merasa bertuah dan amat gembira sekali sebagai anak Perak ‘bersultankan’ Sultan Raja Nazrin Shah. Rakyat Malaysia juga pastinya amat gembira mendengar titah ucapan Tuanku yang bertitah, ‘“Do not tell me tales to send me into dreamland when the reality on the ground is something entirely different from what has been related to me…..Hopefully, the members of the Dewan Negara will help me with all sincerity and honesty so that I can discharge my responsibility fairly and equitably,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Dewan Negara Perak yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 20 Jun 2014. Pastinya ucapan itu dalam Bahasa Melayu. Aku petik dari sumber Malaysiakini, berbahasa orang putih.

Maknanya Tuanku mahu rakyat, terutamanya pemimpin peringkat pusat dan negeri di Malaysia sentiasa bercakap benar. Jangan tipu-tipu. Jangan belit-belit. Jangan terlampau banyak main politik. Bela rakyat dengan ikhlas. Aku yakin bahawa baginda Sultan bercakap benar dan ikhlas apa yang dititahnya itu. Latar belakang pendidikannya sudah cukup memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa negeri Perak pastinya amat bertuah mempunyai ketua negeri yang menepati erti kata yang sebenarnya.


Sehubungan dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Raja Nazrin itu yang mahukan rakyat bercakap benar tentang isu-isu yang berkaitan dengan negara, terdapat pula berita-berita yang memperlihatkan bahawa seolah-olah setengah pihak di Malaysia yang melarang rakyat mendengar berita sahih dan benar, terutama yang melibatkan para pelajar kita samada di pusat pengajian dalam negara atau di luar negara. Semacam bercanggah pula kenyataan Tuanku itu dengan apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam negara.

Frittering away our tax money

Homes of our rakyat are being torn down while an expensive 'mansion' is built for two pandas. This is the reality today.
gst_flag_300x200

The dispute whether Malaysia is secular or not is still ongoing. But is this controversy being cooked up to divert attention from the economic issues?
One of the major economic issue is of course the Goods and Services Tax (GST).
PAS Central Working Committee member and former Kuala Selangor MP, Dr.Dzulkefly Ahmad has requested the government to furnish the full list of goods that are to be GST exempted.
“The government should not delay on issuing the list. Is the government afraid of showing the list? Does this mean that only a few goods are GST-exempted?” asked Dzulkefly.
He added that he wants to study the list in detail so that it is in accordance with the government’s statement that GST will not burden the rakyat especially the low-income group.
Another problem plaguing the nation is cost overruns. Take for instance KLIA2. The construction was supposed to cost RM2 billion but it had shot up to RM3.6 billion.
Its targetted completion date was April 2012 but it only started operations in the first week of last month.
And then there is the humongous Port Klang Free Zone (PKFZ) project with a massive bill of RM12.5 billion when its original cost was only to be RM1.1 billion.
As for the panda project, RM25 million was spent to build its habitat with RM15 million budgeted for its upkeep for ten years and RM30 million in total to be paid as rent to the Government of China.
What does all these expenditure show?
“Simply that the Malaysian government is not prudent in spending and the more they collect from the people the more they will spend. Therefore whatever is collected from the rakyat goes into a bottomless pit because no matter how much is collected, it will never be enough,” remarked William Leong, PKR’s Selayang MP.
This means that the GST will not help to lessen the fiscal deficit because even if RM100 billion is to be collected from GST, it will still be frittered away.
Elegant silence

ISMA: Siapa kata bangsa Cina musuh kami?

Seorang pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjelaskan bahawa pergerakan itu tidak menganggap rakyat Cina Malaysia sebagai musuh hanya kerana kaum mereka.

"Jangan menuduh kami memusuhi bangsa Cina kerana mereka Cina... Cina yang tidak mencabar dan memusuhi Islam adalah rakan-rakan kami di dunia ini," kata Ketua Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Sharipudin Ab Kadir.

"Perlu diulangi Cina yang beragama Islam adalah saudara kami," katanya dalam satu kenyataan.

"Kemuliaan di sisi kami ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Bangsa, warna kulit, keturunan dan darjat tidak membezakan antara kami kecuali taqwa," tambahnya.

Menurutnya, musuh ISMA ialah mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya.

"Musuh kami ialah mereka yang mencabar dan merendahkan agama kami setaraf dengan ideologi ciptaan manusia.

DAP Bukit Bendera buat laporan polis terhadap rencana fitnah Berita Harian


hariszuan laporan 2
GEORGE TOWN, 20 JUN: DAP Bukit Bendera hari ini membuat satu laporan polis berhubung rencana terbitan akhbar Berita Harian 7 Jun lalu yang memfitnah dan berniat jahat untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap parti itu.
Rencana tersebut bertajuk “DAP Api-apikan Sejarah Hitam”, dengan tajuk kecil “Sikap Biadap, Provokasi Berterusan Terhadap Melayu Tak Dijadikan Iktibar”, ditulis oleh Juhaidi Yeah Abdullah.
Laporan polis dibuat Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Haris Zuan di Balai Polis Jalan Patani pada jam 10.30 pagi tadi. Turut bersama adalah Setiausaha Pemuda Bukit Bendera Rozaimin Elias dan Naib Ketua Pemuda DAP Negeri Chris Lee Chun Kit.
Haris Zuan berkata, rencana tersebut jelas tidak disokong apa-apa fakta dan berniat jahat untuk mengelirukan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu, terhadap DAP.
“Dalam rencana itu, Juhaidi memfitnah DAP sebagai parti yang tidak henti-henti menghina orang Melayu, serta mendakwa matlamat DAP adalah untuk menimbulkan kebencian terhadap Umno, menghapuskan hak istimewa Melayu dan mengurangkan pengaruh Melayu dalam politik dan negara.
“Penulis juga menuduh DAP sebagai ‘rasis-cauvinis’ kerana cuba menghapuskan satu kaum untuk kepentingan kaum lain, selain menghina institusi Raja-raja Melayu menolak undang-undang syariah, mempertikaikan kontrak sosial dan hak istimewa orang Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.
Walhal, ujar Haris Zuan, DAP adalah parti yang ditubuh berteraskan Perlembagaan Persekutuan, serta sentiasa konsisten memartabatkan keluhuran undang-undang negara.
Justeru itu, beliau menggesa polis supaya menjalankan siasatan yang adil berhubung fitnah tersebut.
“Saya berharap, pihak polis dapat menjalankan siasatan yang adil dan telus terhadap rencana Juhaidi Yeah Abdullah. Sementara kami percaya kepada kebebasan bersuara, namun ia haruslah digunakan secara bertanggungjawab,” kata Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang itu lagi.
Apa bukti DAP benci Melayu?

YTL tarik diri projek janakuasa Track 4A, tamparan terhadap ketelusan kerajaan

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Keputusan YTL Corporation menarik diri daripada rundingan terus loji janakuasa Track 4A memberi tamparan hebat kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) yang gagal menjalankan tender secara terbuka, kata Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Katanya, tindakan yang dilakukan itu kali pertama dalam sejarah apabila sebuah syarikat secara terbuka menolak konsesi lumayan dari kerajaan, walaupun dianugerah melalui rundingan terus.
“Walaupun langkah YTL wajar diberi pujian, namun ironinya ‘pengorbanan’ dilakukan bagi ‘mengelak kesangsian terhadap komitmen tadbir urus dan ketelusan kerajaan’. Jadi ia jelas merupakan tamparan kepada ST dan amalan tidak telus kerajaan.
“Projek 4A bukan saja dirunding secara terus, malah termanya juga samar-samar, tidak spesifik dan disediakan secara tergesa-gesa.
“Lebih buruk lagi, perjanjian konsortium antara YTL, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SIPP Energy, syarikat yang dikaitkan dengan Sultan Johor, masih tidak selesai.
“Ini menunjukkan ST memanipulasi proses penganugerahan keseluruhan untuk memihak kepada syarikat konsesi tertentu dengan tidak mengambil kira prinsip tadbir urus yang baik, tender berdaya saing dan ketelusan,” katanya dalam satu kenyataan.
Setiausaha Publisiti DAP itu menegaskan, ST harus berasa malu apabila ketidaktelusan dan kegagalan memastikan tadbir urus yang baik akhir didedahkan oleh syarikat swasta.
“Ini merupakan satu penghinaan besar terhadap misi dan matlamat mewujudkan persekitaran berdaya saing dalam sektor tenaga negara bagi memastikan tarif elektrik serendah mungkin kepada rakyat,” ujarnya.

Hisham belum sedia jadi nombor 2..!!

Dari kiri: Muhyiddin, Najib dan Hishammuddin.
HENDAK dikatakan ribut dalam cawan pun bukan. Sebabnya memang tidak ada punca pun untuk dikaitkan dengan cerita kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan dalam masa terdekat.

Namun itulah yang disebarkan merata blog dan juga oleh tok-tok nujum politik sejak beberapa hari lepas.

Paling tidak munasabah apabila cerita itu dikaitkan pula dengan ura-ura rombakan Kabinet akan dilakukan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh beberapa hari ini, khusus untuk membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan.

Apa pula kaitannya kemasukan mereka hingga Muhyiddin perlu digugurkan?

Ya, semua orang pun tahu bahawa pelantikan Timbalan Perdana Menteri, seperti juga anggota Kabinet yang lain adalah prerogatif Perdana Menteri. Namun haruslah ada sebab-sebab yang relevan sekalipun memang hak Najib sebagai pemimpin utama parti yang memerintah untuk menggugurkan sesiapa sahaja termasuk Muhyiddin.

Ini samalah juga dengan bidang kuasanya untuk melantik mana-mana pemimpin lain termasuk sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke kedudukan yang lebih atas jika memang itu yang mahu dilakukan.

Namun takkanlah urusan yang sangat penting itu boleh dilakukan semudah itu sahaja?

Sedangkan mahu menurunkan Datuk Seri Ahmad Said dari kerusi Menteri Besar Terengganu tempoh hari pun bukan main bergelora Laut China Selatan dibuatnya. Inikan pula orang nombor dua negara!


Berani mati

Muhyiddin sudah lima tahun pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri - sejak 9 April 2009.

Apakah dalam tempoh itu beliau tidak punya penyokong tegar yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan dirinya?

Memahami pengaruh kepimpinan politik negara kita, setiap pemimpin yang naik, pasti akan ada penyokong setia yang mengelilingi dan 'berani mati' untuknya.

'Berani mati' di sini bermaksud kesetiaan dan tidak ada kaitan dengan keganasan atau pertumpahan darah.

Kesal Iskandar Malaysia didominasi pelabur asing - Perdasama


Iskandar Malaysia 

 KUALA LUMPUR - Pendominasian pelaburan asing di Johor perlu dikaji semula kerana ia memberi kesan negatif kepada kontraktor Melayu untuk mendapat projek secara langsung di negeri itu.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, isu peminggiran kontraktor Melayu di Iskandar Malaysia memperlihatkan seolah-olah Bumiputera tidak mempunyai kepakaran dan kelayakan untuk mengambil bahagian dalam projek berprestij.

"Ini amat menyedihkan dan memalukan," katanya dalam satu kenyataan.

Sambil berkata Perdasama memandang serius isu itu, beliau meminta pihak bertanggungjawab sensitif kepada bangsanya sendiri.

Perdasama berpendapat kenyataan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia yang mendakwa kontraktor Melayu di wilayah itu semakin dipinggirkan, harus dipandang serius.