Jumaat, 20 Jun 2014

Mahasiswi UM Kecam Arahan Tanggal Purdah

Kumpulan Mahasiswi Islam Universiti Malaya mengecam tindakan mengarahkan seorang siswi menanggalkan purdahnya untuk masuk ke dewan peperiksaan.

Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (Hewi-PMIUM), Sobiroh Puzi (gambar) berkata, tindakan seorang pengawas peperiksaan itu bukan sahaja mengaibkan siswi terbabit malah menafikan hak beliau mengamalkan ajaran agama.

“Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri,” soal beliau dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kejadian Isnin lalu, di mana seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak seksyen peperiksaan kampus itu juga bertindak secara “double-standard”, apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian.

Sedangkan kata beliau, rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti.

“Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswi yang berpakaian menjolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib,” kata beliau lagi.

Pihak Hewi PMIUM juga katanya, menuntut pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.

“Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya?

“Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti,” tegasnya.

Sijil halal majukan industri bukan Islam - Jakim


Muhammad Naim 
SHAH ALAM - Sesetengah pengusaha makanan Islam didakwa mengambil sikap sambil lewa dalam mematuhi aspek kepatuhan sijil halal berbanding bukan Islam yang menjadikannya sebagai instrumen untuk memajukan perniagaan.


Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) , Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, produk yang diiktiraf halal bukan sahaja digunakan orang Islam sebaliknya bukan Islam juga menggunakannya.

"Kami (Jakim) berkhidmat bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua orang kerana bukan Islam juga mencari produk yang halal.

"Hari ini kita bawa sijil halal dalam industri supaya produk itu lebih berkualiti mengikut kehendak semua pengguna," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Gelatin dimonopoli bukan Islam - Jakim

Muhammad Naim Mohd Aziz 
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan, industri penghasilan pes makanan dan gelatin kebanyakannya dihasilkan oleh orang bukan Islam dan ia digunakan pengusaha Islam dalam pembuatan produk makanan mereka.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pemberian sijil halal kepada pengusaha makanan dibuat berdasarkan ramuan asas dalam sesuatu produk itu termasuk penggunaan pes dan gelatin.

"Sebab itu kami (Jakim) perkenalkan sistem jaminan halal melalui sijil halal.

"Ini kerana ramai orang Islam yang duduk dalam industri tidak menghasilkan bahan mentah termasuk pes dan gelatin, sebaliknya menghasilkan produk siap sahaja," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Naim menambah, susulan ramainya bukan Islam memonopoli industri pembuatan pes makanan dan gelatin, Jakim terpaksa meneliti ramuan asas sesuatu produk sebelum sijil halal diberikan.

Wujudkan Tanda Haram, Jakim Lebih Pakar


Beli barangan Muslim, majukan ekonomi umat

 Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
SHAH ALAM - Bagi memastikan ekonomi umat Islam terus berkembang maju, serta soal halal haram tidak timbul umat Islam disaran agar membeli barangan keluaran Muslim.

Menurut Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin, umat Islam perlu merubah minda serta amalan, supaya lebih mengutamakan barangan keluaran Muslim ketika membeli barangan keperluan.

"Jadi Muslim beli barangan Muslim, semua beli barangan Muslim.

"Tapi kita tidak 'support' diri kita, jadi perkara ini perlu diubah, jadikan ini satu kesedaran," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Oleh itu Asri menegaskan bahawa umat Islam boleh mencontohi sikap masyarakat Yahudi dari segi memperkayakan ekonomi masyarakatnya.

"Yang bagusnya orang Yahudi ini ialah mereka sokong sepenuhnya keluaran barangan orangnya.

"Mereka teliti dan betul-betul memastikan bahawa satu-satu produk keluaran masyarakatnya, baru mereka beli," jelasnya.

Siapa Yang Buat Rekaan Politik Muhyiddin Mahu Berhenti?

Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya bersuara berhubung kedudukan timbalannya, Muhyiddin Yassin di dalam kabinet dengan menyatakan laporan media sosial mengenai perkara itu hanyalah rekaan politik politik pihak-pihak tertentu saja.

Najib berkata lagi, beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu, bahkan Muhyiddin juga sentiasa mendukung dan menjayakan segala dasar pembangunan nasional terutama yang berkait dengan transformasi negara.

Apabila Najib berkata, isu perletakan jawatan Muhyiddin itu semata-mata rekaan politik pihak-pihak tertentu, apa yang menjadi perhatian sekarang ialah, siapakah pihak tertentu itu?

Adakah ia dalam pengetahuan Najib dan beliau memandang serius mengenainya? Atau beliau tidak langsung mengambil berat mengenainya?

Apakah pihak tertentu yang dimaksudkan Najib itu adalah kumpulan yang mahu menggugat kepimpinannya yang sedang berhadapan dengan pelbagai masalah sekarang ini?

Adakah juga mungkin pihak tertentu itu dari kumpulan Muhyiddin sendiri yang bertujuan untuk menguji sejauh mana Perdana Menteri benar-benar memerlukan Muhyiddin sebagai timbalannya?

Mungkinkah juga penyebaran berita itu sengaja direka oleh salah seorang Naib Presiden UMNO yang ada sekarang yang sudah tidak sabar lagi mahu mengambil alih tempat Muhyiddin itu? Jika ia benar, siapakah di antara tiga Naib Presiden UNNO yang ada sekarang yang paling mungkin menyebarkan cerita rekaan itu?

Apakah ianya daripada orang-orang Zahid Hamidi yang merasakan Menteri Dalam Negeri itu paling layak untuk menggantikan Muhyiddin berikutan sudah dua kali mendapat undi tertinggi dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO?

Malaysia perlu cop haram bukan cop halal

 Dr Mohd Asri Zainul Abidin SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan label 'haram' berbanding menggunakan sijil halal.

Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.

"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.

"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.

"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini.

Sementara itu ketika menyentuh mengenai isu umat Islam yang termakan khinzir pula, Asri menegaskan bahawa Tuhan itu bersifat pemaaf, dan Tuhan tidak menghukum manusia yang melakukan perkara yang tidak disengajakan oleh mereka.

“Tidak perlu membersihkan darah.

“Kalau kita termakan khinzir, Tuhan tidak akan menghukum atas kesilapan tersebut,kerana Tuhan tidak menghukum manusia yang ‘tersilap’,” jelasnya.

" Kalau RM100 Sebulan Papagomo Memerlukan 667 Tahun Untuk Melangsaikan Hutang Anwar 800k "

Baru kamu ada akal yob. Sebelum buat tidak mahu berfikir, seronok dengan hidup memfitnah orang akibatnya diri sendiri merana. Ini baru hukuman dunia yob, akhirat nanti merangkak kamu mencari Anwar Ibrahim untuk memohon maaf selagi mana kamu tidak meminta maaf darinya semasa kamu hidup.

Kumpulan 'monyet' di sekeliling Palanivel kata Samy Vellu

S. Samy VelluDuta Khas (infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sebagai pemimpin yang baik tetapi dikelilingi segilitir kumpulan ' monyet'.
 
Samy Vellu yang juga bekas Menteri Kerjaya Raya berkata, kumpulan 'monyet' itu menghalang Presiden MIC itu daripada menjalankan tugas dengan berkesan.
 
"Palanivel ok, dia seorang pemimpin yang baik, tetapi orang yang ada di sekelilingnya menghalang dia daripada menjalankan tugas dalam parti.
 
"Kumpulan yang saya gelar sebagai monyet ini bercita-cita untuk mendapatkan gelaran Tan Sri dan Tun. Ketika zaman saya, saya tidak pernah benarkan mereka masuk ke pejabat saya. 
 
"Kenapa tidak boleh kritik? Sedangkan kucing di tepi jalan pun boleh kritik seorang Presiden. Mengapa saya tidak boleh? Ketika saya menjadi Presiden, saya berdepan dan menghadapi serta menangani segala kritikan dengan baik," tegasnya. 
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis anjuran Institut Pendidikan dan Pembangunan Maju (MIED) di sini.
 
Samy Vellu dalam sidang akhbar disoal mengenai tindakan beberapa pihak di dalam parti yang mengritik kepimpinan Palanivel sejak kebelakangan ini.
 

Isma, Perkasa dijemput sertai himpunan solidariti Kg Chubadak

KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal mempelawa semua NGO masyarakat untuk menyertai himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak pada Isnin ini.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, beliau turut menjemput Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) untuk turun ke himpunan tersebut.

Menurut Mazlan, beliau menghargai usaha Perkasa yang turun melawat penduduk Kg Chubadak Tambahan biarpun agak lewat.

"Bagi saya meskipun tindakan Perkasa agak lewat, ia lebih baik dari tidak berbuat apa-apa.

"Saya juga telah menghantar surat kepada Isma dan badan NGO lain untuk menyemarakkan himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak pada isnin ini," kata Mazlan.
Sebelum ini Mazlan dalam kenyataannya melahirkan rasa kesal dengan sikap NGO yang mendakwa mahu membela nasib orang Melayu tetapi membisu dalam isu Kg Chubadak.
Ekoran kenyataan itu, Perkasa kemudian dilihat turun bertemu penduduk kampung terbabit.

Himpunan solidariti Selamatkan Kg Chubadak akan diadakan Isnin ini di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpr (DBKL) bermula jam 9 pagi.

Himpunan ini anjuran Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat.

"Kerajaan mesti kekalkan Kg Chubadak, Kg Puah Seberang dan saki baki kampung tradisi melayu di Kuala Lumpur.

'UiTM tak nafi projek untungkan kroni Umno' - Rafizi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penjelasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam tidak menafikan secara khusus dakwaannya bahawa projek penswastaan kampus cawangan universiti tersebut menguntungkan ahli politik Umno.

"Pengurusan UiTM tidak sedikit pun menyangkal pendedahan saya mengenai siapa kroni Umno yang berada di belakang syarikat konsesi ini.

"Pengurusan UiTM juga tidak menyangkal kos sewa tahunan yang terpaksa ditanggung bagi setiap kampus seperti yang saya dedahkan.

"Ini bermakna pengurusan UiTM membantu mengesahkan bahawa kesemua fakta yang saya kemukakan selama ini mengenai (identiti) kroni di belakang setiap syarikat konsesi," katanya dalam satu kenyataa.

Hanya jawab keuntungan UiTM

Rafizi menambah, kenyataan UiTM semalam hanya menjawab mengenai keuntungan yang diperolehi oleh UiTM melalui langkah tersebut.

"Pertambahan kos lima kali ganda yang akan membebankan UiTM itu adalah benar dan tepat belaka.

"Akhirnya, pengurusan UiTM hanya mampu menjawab bahawa pendekatan menswastakan kampus cawangan UiTM kepada syarikat konsesi ini menguntungkan UiTM kerana wang didahulukan oleh syarikat konsesi melalui kaedah “private finance initiatives” (PFI)," katanya.

Rafizi sebelum ini mendakwa kampus UiTM Pasir Gudang, Jasin, Seremban 3, Puncak Alam, Tapah dan Kota Samarahan dibina dan disewakan oleh syarikat yang ada kaitan dengan Umno kepada UiTM.

Dakwanya, pemberian projek secara runding itu meningkatkan kos daripada RM1.8 bilion kepada RM8.6 bilion.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan memegang konsesi untuk menyewakan kampus itu kepada UiTM selama 23 tahun.

Isu tender terbuka

 
Katanya, beliau tidak mempersoalkan kaedah untuk menjalankan projek berkenaan melalui pembiayaan swasta (PFI), namun menegaskan ia perlu dijalankan secara telus dan terbuka.

"Negara-negara lain turut mengamalkan kaedah PFI dalam beberapa projek tetapi tender dibuka kepada semua. Akhirnya, syarikat yang menawarkan harga dan nilai terbaik kepada kerajaan yang akan terpilih.

"Dalam kes konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM, konsesi dianugerahkan kepada syarikat kroni secara rundingan terus," katanya.

Katanya, beliau juga mempersoalkan kewibawaan syarikat yang dianugerahkan konsesi itu, yang didakwanya tiada pengalaman menguruskan projek demikian kerana ia ditubuhkan untuk menerima konsesi semata-mata.

"Akhirnya, pelaksanaan projek mengalami banyak masalah termasuklah kemudahan yang tidak mengikut spesifikasi, khidmat penyenggaraan yang tidak baik kelak dan lain-lain," katanya.

Najib: Isu Muhyiddin undur 'rekaan politik'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan media sosial bahawa timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur daripada kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu.
  
Najib berkata ini kerana beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu.
  
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa saya," katanya dalam kenyataan di ibu negara hari ini.

Najib berkata sebagai timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin.

Akui kini hanya nelayan, Papa Gomo pemilik KL POS mohon bayar RM100 sebulan kepada Anwar

KUALA LUMPUR: "Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Papagomo pemilik KL POS minta bayar ansuran RM100 sebulan pada Anwar sebab dah jadi "Nelayan" sekarang...!!

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
  
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
  
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
  
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
  
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
  
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
  
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
  
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.
  
-Bernama

Hannah Yeoh – Speaker untuk semua


hannah 7

Nama Hannah sedikit meletup ekoran keputusannya membenarkan usul yang cuba dibawa Umno didebatkan di sidang DUN Selangor. Speaker wanita pertama negara ini diasak kanan-kiri akibat keputusannya itu yang disifatkan ramai pihak sebagai ‘bermain api’. Namun wanita ini tetap hati dan berpendirian tegas bahawa sebagai speaker, beliau harus adil dan membenarkan demokrasi berfungsi secara adil.
Ini bukan pertama kali Hannah membenarkan usul pembangkang yang dirasakan beberapa teman-teman di kalangan Pakatan Rakyat sebagai ‘bermain api’. Sebelum ini Hannah turut pernah membenarkan usul Adun BN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi supaya DUN menyatakan pendirian terhadap Comango.
Usul tersebut kemudiannya dibahaskan di dewan dan selanjutnya ditolak.
hannah 8“Orang kita memang sedikit tidak senang dan bertanya kenapa saya benarkan usul itu. Saya mahu beri mereka ruang untuk yakinkan dewan. Adun-Adun juga saya rasakan cukup matang untuk membahaskan usul tersebut, yang akhirnya ditolak,” jelasnya.
“Kita mahu perbahasan berlangsung secara matang. BN ada pendapat mereka, Pakatan juga ada pendapat mereka,” tambah Hannah lagi, sambil berkata bahawa parlimen pun tidak pernah berbuat perkara yang serupa.
Baginya, Selangor sebagai salah satu negeri Pakatan Rakyat seharusnya menunjukkan tauladan dalam tatacara kepimpinan dan pengelolaan negeri, dan Dewan Undangan Negeri berada di baris depan sebagai penanda aras keterbukaan dan demokrasi yang direncanakan Pakatan Rakyat.
Apa lagi yang dibuat DUN Selangor?
DUN Selangor turut mempunyai sembilan buah jawatankuasa tetap, empat daripadanya dipengerusikan Hannah; iaitu Jawatankuasa Peraturan Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Selcat dan Pengurusan Dewan. Selebihnya adalah jawatankuasa pilihan khas Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah, GLC, jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan.
Pembangkang di Selangor turut diberikan peranan untuk dimainkan. Namun apa yang lebih menarik ialah, di bawah Jawatankuasa Peraturan Tetap yang dipengerusikan Speaker ada usaha untuk menetapkan ketua pembangkang sebagai pengerusi jawatankuasa kira-kira wang awam.
Ini dahulunya pernah cuba dilakukan sewaktu Saudara Teng Chang Khim menjadi Speaker, namun Umno menolak. Kini Hannah cuba untuk menjadikannya kewajipan pihak pembangkang melalui undang-undang.
“Saya lakukan ini kerana saya berpendapat ini adalah amalan yang baik yang sewajarnya dijadikan undang-undang,” ujar bekas peguam lulusan sebuah universiti Australia ini.
Masa depan Selangor dan Pakatan Rakyat
“Saya rasa kita tidak boleh mengambil mudah amanah yang diberikan, apatah lagi sokongan yang diberikan oleh rakyat,” ujar beliau sambil menegaskan bahawa konsep pemisahan kuasa legislatif dan eksekutif harus diperjelaskan demi memastikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak luntur.

Hannah Yeoh – Speaker Wanita Pertama


hannah1


Beliau wanita pertama yang dipertanggungjawabkan sebagai speaker Dewan Negeri Selangor. Setelah lima tahun terjun dalam arena politik dan menjadi suara rakyat Subang Jaya, Hannah Yeoh kini menjadi ikon politisi wanita tanah air, sebaris dengan tokoh-tokoh wanita negara yang telah berkhidmat demi kebaikan anak watan.
Hannah meninggalkan kerjaya peguamnya demi mencari haluan yang lebih memberi makna kepada hidupnya. Sebagai seorang Kristian yang taat beragama, wanita ini bingkas sahaja menyahut seruan untuk membangun sebuah negara yang adil dan peduli kepada setiap keluh kesah masyarakat.
Pada usia 29 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga, Hannah barangkali tidak menyangka pun bahawa kiprahnya secara runcit-runcit di majlis-majlis parti menyediakan makan minum bakal melonjakkan kerjaya politiknya yang hari ini menjadi bualan orang ramai setelah ia menerima usul pembangkang negeri Selangor untuk membahaskan perihal pelaksanaan hukum hudud di negeri Pakatan Rakyat itu.
“Apabila saya diberitahu untuk bersedia bagi menghadapi pilihanraya, saya cuma ada dua minggu untuk mempersiapkan diri,” ujarnya ketika diwawancara di pejabat speaker DUN Selangor.
Waktu itu katanya beliau baru sahaja menikah. “Saya berkahwin pada bulan Januari, dan Februari saya sudah diminta untuk bertanding.”
hannah2Katanya beliau mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan konflik dalaman ketika baru-baru sahaja menang dalam tsunami politik Mac 2008 yang menyaksikan Selangor turut tumbang dan diambil alih oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Baginya, tsunami tersebut tidak dijangka dan agak mengejutkan, selain melahirkan keterujaan maha hebat.
“Tugasan dan harapan yang dipikul oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat waktu itu sangat luar biasa,” katanya, menceritakan bagaimana beliau sedikit bergelut dengan pencarian diri dan menjawab sama ada dirinya benar-benar bersedia untuk sebuah kehidupan yang pastinya jauh berbeza daripada kebiasaan sehari-hari sebelum ini.
Masyarakat dan pengundi Subang Jaya pada waktu itu masih lagi melihat para wakil rakyat tidak jauh beza daripada ahli-ahli majlis yang menguruskan hal parit tersumbat dan lampu jalan meletup. Hannah, meski tidak punya ilmu banyak tentang tugas-tugas ahli majlis tenang-tenang sahaja melayani keperluan kawasannya.

Sampaikan perkara yang benar walaupun pahit - Sultan Nazrin Shah

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah meminta anggota Dewan Negara Perak memberi sebaik-baik nasihat dan panduan serta sentiasa menyampaikan kepada baginda perkara yang benar walaupun ia pahit untuk dinyatakan.
Sultan Nazrin Shah
Baginda bertitah setiap kebenaran wajib dipersembahkan kepada baginda tanpa sebarang rahsia.

"Jauhkan beta daripada cerita-cerita penglipur lara hingga mendorong beta untuk berkhayalan, lena dengan mimpi indah, sedangkan realiti yang berlaku dalam kalangan rakyat dan di dalam negeri sangat berlainan dengan apa yang diceritakan.

"Semoga anggota Dewan Negara akan membantu beta dengan segala keikhlasan dan kejujuran agar beta dapat menyempurnakan amanah dan tanggungjawab dengan adil lagi saksama," titah baginda pada Mesyuarat Dewan Negara Perak ke-159 di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Ia adalah Mesyuarat Dewan Negara yang pertama dipengerusikan baginda selepas bergelar Sultan.

Sultan Nazrin bertitah sumpah jawatan yang baginda zahirkan ketika dilantik sebagai Sultan adalah ikrar perjanjian baginda dengan Allah dan ia adalah amanah dan tanggungjawab yang berat.

Baginda bertitah ketika mesyuarat Dewan Negara Perak ke-150 pada 6 Mac 2012, mesyuarat terakhir yang dipengerusikan ayahanda baginda Sultan Azlan Shah, almarhum bertitah institusi raja akan kekal relevan jika terus mendapat penghormatan rakyat.

Syiah pecah belah umat, seleweng ajaran Islam, kata khutbah Jais

Dalam khutbah Jumaat hari ini, khatib mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan terlibat dengan penganut Syiah yang dianggap menyesatkan. – Gambar fail, 20 Jun, 2014.
Dalam khutbah Jumaat hari ini, khatib mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan terlibat dengan penganut Syiah yang dianggap menyesatkan. – Gambar fail, 20 Jun, 2014. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan sebarang aktiviti Syiah kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
Khatib melalui khutbah Jumaat hari ini berkata apa yang terkandung dalam Syiah seperti merendahkan kedudukan Rasulullah serta mengkafirkan para sahabat jelas menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASJ).
“Oleh sebab itu, Selangor memfatwakan Syiah ini bercanggah dan menyeleweng pada Februari 1998, seterusnya diwartakan semula bertujuan memperkukuhkan perkara berkaitan yang terdapat pada amalan Syiah.
“Syiah menyanjung tinggi imam-imam mereka bahkan meletakkannya setaraf dan kadangkala lebih tinggi dari Allah dan Nabi Muhammad,” katanya melalui khutbah hari ini bertajuk “Penyelewengan Syiah”.
Minggu lalu, media melaporkan bekas jemaah umrah sebuah agensi pelancongan di Kedah mengakui agensi berkenaan menyebarkan fahaman Syiah.

KIDEX bercanggah matlamat GTP untuk tingkat mutu pengangkutan awam


KUALA LUMPUR, 20 JUN: Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) bukan sahaja satu pengkhianatan terhadap rakyat Selangor, malah terhadap Program Transformasi Kerajaan (GTP) sendiri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Tunku Lau Weng San.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan sepatutnya meningkatkan kecekapan dan penggunaan pengangkutan awam dalam menangani kesesakan di Lembah Klang, seperti dinyatakan dalam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA), bukannya membina lebuhraya yang mahal.
“Sangat menyedihkan apabila kerajaan Persekutuan menandatangani perjanjian konsesi dengan KIDEX yang mengkhianati inisiatif GTP mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang mempertahankan projek kontroversi itu, kononnya untuk menampung kawasan yang tidak memiliki keretapi.
Menurut Lau, orang ramai, terutama penduduk Petaling Jaya, meragui kenyataan itu yang sama sekali bertentangan dengan komitmen dilaungkan kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
“Mungkin saya perlu mengingatkan Timbalan Menteri tentang NKRA di bawah GTP untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam. Malah, NKRA ini diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan sendiri.
“Maka tentulah kenyataan beliau sukar untuk diterima. Apa yang diperlukan oleh Lembah Klang yang sesak dengan kenderaan adalah pengangkutan awam. Dengan kata lain, lebih banyak bas dan sistem transit dengan kekerapan tinggi serta lebih berkesan,” katanya lagi.
Beliau turut memetik laman Unit Pengurusan dan Prestasi Pelaksanaan (Pemandu) yang menyatakan jumlah kenderaan persendirian di Kuala Lumpur akan terus meningkat menjelang 2020 jika tiada sistem pengangkutan awam yang mapan.
Berbeza dengan lebuhraya antara-bandar

Apakah Malaysia negara Islam?

  Oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin 
PADA tahun 2011, bulan Disember, semasa menyampaikan ucapan di Oxford, sempena 400 Bible King James, Perdana Menteri UK David Cameron menyebut: “UK is a Christian country and we should not be afraid to say so”.

Sekali pun dalam penghayatan politik UK, elemen agama Kristian kelihatan amat lemah sehingga David Cameron itu sendiri turut menyokong hak berkahwin golongan gay yang ternyata bercanggah dengan pegangan agama Kristian, namun beliau tetap mengaku inilai agama bagi negara UK.

Polemik beragama

Semasa kecil, saya masih ingat bagaimana kami di sekolah agama sering dibawa berbincang apakah Malaysia sebuah negara Islam ataupun negara kafir sekular? Pada umumnya kami semua difahamkan Malaysia ini sebuah negara sekular. Itulah sifat Malaysia berdasarkan ceramah politik yang kami dengar.

Kepercayaan seperti itu masih dianuti oleh ramai golongan yang dikatakan ‘beragama’ dalam negara ini.

Mereka melabelkan negara ini sebagai negara kafir atau pun sekular. Dulu ia berlegar dalam kalangan mereka yang minat agama Islam.

Hari ini keadaan berubah apabila bukan Islam juga mendakwa hal yang sama, cuma dengan tujuan yang berbeza.

Jika dahulu dakwaan itu bertujuan membangkit semangat agar Islam itu lebih ditekankan pelaksanaannya di Malaysia, kini tujuannya agar elemen Islam itu tidak patut ditekankan dalam pentadbiran Malaysia kerana itu bercanggah dengan sifat negara ini.

Sebelum saya bahaskan tentang sekularisme dalam kerangka kefahaman yang sepatutnya, artikel ringkas kali ini akan bincangkan dulu apakah itu negara Islam?


Penjajahan dunia Islam

Seperti yang pernah saya sebutkan, apabila jatuh khalifah di Turki dan Kuasa Barat menjajah dunia Islam, kesedaran umat Islam tentang tanggungjawab jihad membebaskan tanah air Islam berkembang.

Selepas penjajah dihalau keluar, umat Islam memerintah negara sendiri. Kali ini tiada lagi negara khalifah seperti yang ditulis dalam buku-buku fikah lama.

Apa yang wujud adalah nation state atau negara bangsa yang mempunyai kedaulatan tersendiri.

Dalam proses menstabilkan negara masing-masing inilah munculnya istilah daulah islamiyyah (Islamic state atau negara Islam).

Ini adalah reaksi kepada penjajahan dan selepas penjajahan di dunia Islam. Padahal istilah ini tidak dikenali sebelum ini.

Zam kata Muhyiddin pendam kehampaan

Seorang bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin tidak menunjukkan rasa terkejut dengan spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Zainuddin, yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, rakan karib Muhyiddin sendiri sudahpun maklum dengan niat timbalan presiden Umno itu untuk berundur.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," kata Zainuddin melalui tulisan di blog zamkata.blogspot.com

Zainuddin bagaimanapun tidak menjelaskan sebab di sebalik kekecewaan yang didakwa ditanggung oleh Muhyiddin.

Tulisan itu timbul susulan kenyataan Muhyiddin, 67, semalam yang menafikan dessas desus berhubung peletakan jawatan tersebut.

Muhyiddin juga berkata beliau akan meneruskan khidmat dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana perdana menteri masih menaruh kepercayaan kepadanya.

"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking," katanya kepada pemberita semalam.

Spekulasi itu timbul rentetan daripada cakap-cakap yang mendakwa Najib akan membuat rombakan Kabinet.

Syirik tengok bola, tidak solat Subuh, kata pendakwah

Demam Piala Dunia yang melanda setiap 4 tahun kini tiba dan umat Islam disarankan supaya jangan terlalu asyik dengan perlawanan sehingga lupa beribadat. – Gambar Reuters, 20 Jun, 2014.
Demam Piala Dunia yang melanda setiap 4 tahun kini tiba dan umat Islam disarankan supaya jangan terlalu asyik dengan perlawanan sehingga lupa beribadat. – Gambar Reuters, 20 Jun, 2014.Peminat bola sepak yang sanggup bersengkang mata pada awal pagi untuk menonton perlawanan tetapi tidak menunaikan solat Subuh dikategorikan sebagai syirik, kata Datuk Md Daud Che Ngah.
Pendakwah bebas itu berkata musim perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil bukan penghalang untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya mereka sentiasa lalai dengan keasyikan dunia. Bukan saya katakan tidak boleh menonton Piala Dunia.
“Lumrah alam di mana rakyat seluruh dunia meminati permainan bola sepak, namun jangan kita menjadi manusia yang lalai," katanya kepada Sinar Harian.
Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil akan berlangsung selama sebulan bermula 13 Jun dengan 64 perlawanan yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.
Sebanyak 32 negara akan berentap merebut Piala Dunia dan juaranya akan diumumkan pada 14 Julai nanti.
Md Daud berkata musim Piala Dunia juga tidak seharusnya dijadikan platform kepada umat Islam untuk menambahkan dosa.
Katanya, wanita antara golongan yang terdedah kepada dosa apabila menyaksikan pemain bola sepak lelaki dengan penuh syahwat.
"Jika seorang wanita menonton perlawanan bola sepak, mereka secara tidak langsung akan melihat aurat pemain.
“Melihat aurat sehingga mendatangkan rasa ghairah boleh dikategorikan sebagai zina mata,” katanya kepada akhbar itu.
Bekas pengerusi Tabung Haji itu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan perjudian bola sepak kerana ia merupakan satu perbuatan mengundang dosa.
Katanya, umat Islam seharusnya merebut peluang musim Piala Dunia dengan menambahkan amal ibadat.
"Piala Dunia bukan medan buat manusia untuk menghalalkan aktiviti judi kerana seperti yang kita tahu Allah menyatakan dalam Al-Quran dosa berjudi adalah dosa besar.
"Apa salahnya sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita beribadah terlebih dahulu. Jadi tidak sia-sia kita bangun awal pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia," katanya.

Taraf Malaysia hanya negara umat Islam, kata Dewan Ulama PAS

Ketua Penerangan PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata Malaysia ialah negara umat Islam berbanding negara Islam atau negara sekular yang dibahaskan. – Gambar fail, 20 Jun, 2014.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata Malaysia ialah negara umat Islam berbanding negara Islam atau negara sekular yang dibahaskan. – Gambar fail, 20 Jun, 2014. Dewan Ulama PAS beranggapan, Malaysia setakat ini bertaraf "negara umat Islam" kerana ia bukan negara sekular atau negara Islam, kata Ketua Penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Negara umat Islam, katanya, ialah negara yang diperintah oleh kuasa majoriti umat Islam tetapi kuasa Islam belum terpakai sepenuhnya.
"Pelaksanaan Islam secara menyeluruh menerusi dasar-dasar bernegara belum terlaksana sepenuhnya. Itulah 'negara umat Islam'," kata beliau dalam satu kenyataannya.
Isu bentuk negara Malaysia menjadi isu panas apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia bukan negara sekular atau Islam.
Ia dibantah oleh DAP yang mendakwa Malaysia adalah negara sekular.
Menurut Khairuddin, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang ditegaskan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan perlu diberikan maknanya yang sebenar menurut sudut pandang Islam sebagai ad-Din dan cara hidup bernegara.
Ia boleh berlaku menerusi dua cara, iaitu pertamanya meminda peruntukan undang-undang yang lebih jelas bagi memperkasakan kuasa Islam dalam perlembagaan agar mendasari semua dasar urustadbir negara. 

Perkauman Dan Agama: Putrajaya ‘sengaja pecah belah’ untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review

Sikap perdana menteri yang tidak ingin mengambil tindakan atas insiden-insiden yang berlaku dikhuatiri adalah taktik untuk memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman. – Gambar fail,  20 Jun, 2014.
Sikap perdana menteri yang tidak ingin mengambil tindakan atas insiden-insiden yang berlaku dikhuatiri adalah taktik untuk memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman. – Gambar fail, 20 Jun, 2014. Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada strategi untuk tidak bersuara yang diamalkan Putrajaya adalah bagi memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review.
Ini berikutan insiden yang melanda negara ini berhubung isu agama dan perkauman – tindakan pihak berkuasa agama Islam merampas mayat ketika upacara pengebumian dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu, selepas kedua-duanya dikatakan memeluk Islam.
Akhbar mingguan itu melaporkan, turut terdapat tanda-tanda mengenengahkan agenda inspirasi agama oleh penjawat awam.
Memetik insiden yang hampir serupa, seperti ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memusnahkan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menurut arahan mahkamah berhubung hak penjagaan anak oleh bapa yang memeluk Islam untuk memulangkan anaknya kepada ibunya yang beragama Hindu.
Akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap untuk "tidak membantu untuk menyelesaikan perselisihan itu."
"Keengganannya mengambil pendirian tegas menyebabkan orang ramai menyerang mengatakan beliau meninggalkan politik inklusif di bawah 1Malaysia dengan kaedah pengawasan polarisasi," katanya.
Pendapat itu dikeluarkan penganalisis politik Prof Madya dari Political Science di Singapore Management University Bridget Welsh, yang berkata: "Najib mempamerkan dirinya sebagai perdana menteri yang akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa."

PAPA GOMO GAGAL TANGGUH BAYAR GANTI RUGI RM850,000 KERANA FITNAH ANWAR

KUALA LUMPUR 20 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Dr Zulkifli Albakri dilantik mufti baru Wilayah Persekutuan

Dr Zulkifli Mohamad Albakri (gambar) diisytiharkan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ketujuh berkuatkuasa hari ini menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Tokoh Maal Hijrah 2014 peringkat negeri Terengganu, dijangka menjalankan tugas pertamanya melihat anak bulan Ramadan pada 27 Jun ini bagi menentukan tarikh permulaan puasa.
Zulkifli, 45, akan menjawat jawatan mufti bagi tempoh dua tahun menggantikan Wan Zahidi yang memegang jawatan berkenaan selama 9 tahun dan berakhir pada Mac lalu, lapor akhbar itu.

BIODATA:-

NAMA: Dr. Zulkifli Bin Mohamad
NAMA PENA: Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri
ALAMAT: 13A, Jalan Kasturi 7, Kasturi Height, Bandar Baru Nilai,71800 Nilai. Negeri Sembilan.
TARIKH LAHIR: 16 Januari 1969 ( 45 tahun )
TEMPAT LAHIR:Gong Pauh, Kemaman, Terengganu.

Kelulusan Akademik:
BA. Universiti Madinah
MA. Universiti Ilmu-ilmu Islam, Syria
Ph.D Universiti Sains Malaysia (USM)

Jawatan:
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Buku dan Penulisan:
1)  Intergriti Dalam Islam (2007), USIM.
2)  Akuantabiliti Sebagai Mahasiswa Islam (2007), USIM.
3)  Khazanah Irbidiyah 2: Hukum Wanita Menjadi Imam Sola
4)  Kontroversi Solat Jumaat Dr. Amina Wadud (Tulisan bersama al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
5)  Khazanah Madaniyyah 2: Menyelusuri Ikhtilaf Mazhab Antara Keterikatan & Keterbukaan, Perpaduan & Perpecahan (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri)
6)  Khazanah Madaniyyah 3: Siri Hukum –Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (1) - Hukum Jampi dan Pakai Tangkal (Suntingan al- Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
7)  Khazanah Madaniyyah 4: Siri Hukum-Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (2) - Hukum Bacaan al-Quran Untuk Si mati Adakah Sampai Pahalanya? (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
8)  Khazanah Madaniyyah 5: Siri Hukum-Hakam Syara’ & Kajian ilmiah (3) Hukum Makan Katak & Berubat Dengannya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
9)  Khazanah Madaniyyah 6: Siri Hukum-Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (4) - Memahami Kaedah Dharurat Dalam Islam (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
10)  Khazanah Madaniyyah 7: Siri Hukum-Hukum Syara’ & Kajian Ilmiah (5) - Hukum Penyerupaan Menurut Islam (Suntingan al- Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
11)  Khazanah Madaniyyah 9: Perbezaan Pendapat Mazhab Dikalangan Mazhab; Sebab-sebab, Adab & Penyelesaiannya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
12)  Hukum Jampi Dan Pakai Tangkal (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
13)  Hukum Bacaan al-Qur'an Untuk Si Mati: Adakah Sampai Pahalanya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri)
14)  Yaasin dan Doa - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), KPT dan USIM.
15)  Isu-isu semasa Global - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), KPT and USIM.
16)  Lebih 160 kertas kerja di pelbagai seminar dan forum.

"Negara Islam" Versi UMNO Bolehland....



UMNO CELAKA: 'Tiada tindakan pada YB tanpa kebenaran speaker'

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Law Choo Kiang berkata pihak polis dan Peguam Negara (AG) tidak boleh mendakwa mana-mana wakil rakyat bagi bagi salah laku di dalam Dewan.

Law berkata, pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas ADUN tanpa persetujuan speaker.

Kerana itu, ia membatalkn rancangan untuk mendakwa ADUN Seri Delima RSN Rayer (kiri) di bawah Akta Hasutan 1948, kata Law, yang juga ADUN PKR Bukit Tambun dalam satu kenyataan semalam.

Law berkata, amaran berdasarkan perintah tetap DUN telah dikeluarkan kepada Rayer supaya tidak mengulangi kata-kata "Umno celaka", yang didakwa diucapkannya di dalam Dewan pada 20 Mei.

Berdasarkan perintah tetap, katanya, 10 ADUN Umno yang tidak puas hati,  juga diminta supaya mengemukakan usul kepada jawatankuasa khas DUN Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, Umno gagal untuk mendapatkan kuorum atau undi yang cukup, jadi mereka tidak boleh meneruskannya.

"Saya membuat keputusan ini berdasarkan peruntukan perintah tetap, oleh itu sebarang isu (luaran) yang timbul daripada (kejadian) ini perlu dihentikan serta-merta," katanya.

Law melahirkan rasa kesal bahawa pihak polis dan AG telah mencabar kesucian Dewan dengan menangkap Rayer atas dakwaan menghasut Rabu lalu.

GST: Bil hospital naik atau tidak?

Anwar  
ANTARA kebimbangan terbesar orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ialah sama ada kos rawatan di hospital swasta dan klinik akan meningkat apabila GST dilaksanakan pada 1 April depan.

Perkara ini sebenarnya masih belum ada jawapan tepat kerana hospital swasta masih berbincang dengan kerajaan dan pembekal ubat-ubatan, dan keputusan perbincangan ini yang akan menjadi penentu sama ada kos rawatan akan naik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Medical Centre Sdn Bhd, Anwar Anis berkata, hospital dikecualikan daripada mengenakan GST kepada pesakit tetapi hospital perlu membayar GST untuk barangan dan bekalan perubatan yang dibeli.

“Contohnya pada masa ini ubat-ubatan yang kami beli tidak dikenakan cukai jualan, (tetapi) selepas GST ada (cukai GST sebanyak enam peratus),” katanya semasa ditemui dalam satu majlis makan tengah hari bersama media, baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada ini bermaksud kos operasi hospital akan meningkat, beliau berkata: “Saya rasa ya jika syarikat (pengeluar) ubat-ubatan tidak boleh menyerap (kos cukai GST)”.

Namun beliau berkata walaupun kos operasi hospital akan meningkat, sukar untuk dikatakan secara tepat sama ada kos rawatan yang perlu dibayar oleh pesakit akan turut meningkat.

“(Ini kerana) kami sedang berbincang dengan rakan-rakan kami (seperti syarikat pembekal ubat-ubatan) dan kami harap dapat kongsi beban kos ini dan cuba uruskannya.

“Saya tidak mahu katakan akan ada peningkatan kos secara langsung (yang perlu dibayar oleh pesakit). Ini adalah sesuatu yang kami harap kami dapat uruskan,” katanya.

"Last-Last Mengaku Juga GST Boleh Mengakibatkan Inflasi Kepada Negara"

Serabut betul dua orang menteri kewangan nih aku tengok. Yang pertama cakap GST laksana harga barang akan turun, GST laksana hanya untuk orang kaya. Hakikat sebenar sekiranya harga barang turun sudah semestinya kadar inflasi akan turun.

Tetapi menteri kewangan kedua pula telah mengakui GST laksana akan meningkatkan kadar inflasi. Toksah kiralah sementera atau pun tidak, apa jaminan kerajaan ianya sementara, kalau setakat sembang aku pun boleh.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan inflasi yang besar, tetapi berkata ia hanya untuk sementara waktu.
Ahmad Husni berkata, kesan kepada inflasi akan reda apabila keadaan ekonomi seimbang. Ya, pengenalan GST akan memberi kesan kepada inflasi, dijangkakan sekitar 1.8%.
"Namun, kesan ini hanya sementara kerana ia akan reda apabila ekonomi menyesuaikan diri dengan keseimbangan baru," katanya ketika berucap di Persidangan Perbankan Malaysia ke-18 di Kuala Lumpur, pagi ini.
Beliau berkata, kerajaan menyedari beban yang akan ditanggung rakyat, oleh itu kerajaan sedang meneliti pengecualian cukai ke atas beberapa barangan dan perkhidmatan untuk membantu rakyat. Kerajaan prihatin dengan trend peningkatan kos sara hidup.

Kerana Dyana: Surat tunjuk sebab Yammy dihantar kali kedua

KUALA LUMPUR - Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, hari ini.  

Turut hadir Pengerusi Avenue K, Tan Sri Yap Yong Seong. Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi. - Bernama

Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...!! RM400 juta bakal dibazirkan...??

Mohd Nor Izzat Mohd Johari SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.

"Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru.

"Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Bukan berhasrat untuk menolak pemberian kerajaan itu, namun menurutnya, majoriti guru di negara ini sudah memilik komputer riba sendiri.

Sehubungan itu, beliau menyarankan peruntukan itu digunakan untuk prasarana lain yang lebih berguna.

"Sekali lagi saya menyatakan pendirian bahawa bukan kita menolak pemberian ini tetapi majoriti guru sudahpun memiliki notebook masing-masing disebabkan keperluan semasa.

Lulus lesen kasino, kerajaan UMNO@BN terdesak tambah pendapatan

KUALA LUMPUR 19 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kerajaan terdesak apabila meluluskan lesen untuk membuka pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.
Katanya, keputusan itu diambil semata-mata untuk menambahkan hasil pendapatan negara, tanpa memikirkan masalah sosial kepada masyarakakat.
“Apakah kerajaan BN begitu terdesak sehingga terpaksa meluluskan lesen judi tambahan, semata-mata untuk meningkatkan hasil pendapatan negara?
“Sedangkan perjudian ini banyak menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat, bukan sahaja di kalangan muslim tetapi juga orang bukan Islam,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.
Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.
Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.
Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perkara ini ditentang Pakatan Rakyat, termasuk DAP apabila kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak satu ketika dahulu.