Khamis, 19 Jun 2014

N Surendran Digantung 6 Bulan, Apa Kata Anwar?



Rafizi: Projek kampus UiTM kerana melobi

Pengarah strategi PKR mendakwa projek pembinaan enam kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpunca dari tindakan melobi dari syarikat konsesi dan bukannya terhasil dari pelan jangka panjang universiti.

Rafizi membangkitkan dakwaan tersebut dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, dan turut menggunakan peluang tersebut untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai projek pembinaan kampus UiTM Jasin.

Beliau mendakwa, konsesi tersebut diberikan kepada dua orang bekas ADUN Umno Selangor.

"Ini memberi gambaran seolah-olah keputusan untuk memberikan satu konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM kepada kedua-dua tokoh ini dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan membangunkan kampus cawangan UiTM," kenyataan medianya dipetik.

Beliau mendakwa konsesi 23 tahun itu bernilai RM1.5 bilion.

Rafizi mendakwa, bukti yang didedahkannya itu memadai untuk menunjukkan bahawa UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan kewangan bagi memberi keuntungan kepada pemimpin parti itu.

"Ini turut membuktikan konsesi tersebut diberikan menerusi rundingan terus," kata beliau.

Manusia Syaitan: 26 kes buang bayi dilaporkan pada 2014

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun ini, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah empat kes dan Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes.

Azizah menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) di sini, hari ini yang bertanyakan statistik dan tindakan kerajaan untuk membendung isu berkenaan.

Tambahnya sejak 2011 hingga 2013, 46 wanita telah diambil tindakan kerana kesalahan membuang bayi. Bagaimanapun jenis tindakan dan golongan umur wanita tidak diberitahu dengan terperinci.     

Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata buat masa ini kementerian masih tidak mempunyai statistik kes pembuangan bayi hasil hubungan antara wanita tempatan dan lelaki pendatang asing.

Bagi menangani isu pembuangan bayi, kementerian kini mempunyai tujuh program antaranya memperkenalkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada 2009, katanya.

Walau Terus Kekal, Muhyiddin Mungkin Sedang Sengsara...!!

Rombakan kabinet yang mula kedengaran sebaik berakhir pilihanraya kecil Teluk Intan kini ditunggu oleh semua orang. Daripada rombakan yang hanya bertujuan memasukkan wakil MCA dan Gerakan dalam kabinet, ia kemudian berlegar menjadi spekulasi kemungkinan beberapa menteri turut bertukar portfolio. Semalam pula spekulasi jadi meliar dengan dakwaan Muhyiddin Yassin akan bercuti panjang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tempatnya akan dipangku oleh sepupu Najib iaitu Hishammuddin Hussein.

Sebelum ini, menteri UMNO yang dijangka bertukar portfolio ialah Hishammuddin akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan, Zahid Hamidi dikembalikan ke Kementerian Pertahanan manakala Najib akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Jika pertukaran itu menjadi kenyataan, ia tidak syak lagi hanyalah bertujuan memprojekkan Hishammuddin sebagai bakal pengganti Najib suatu hari nanti. Hal ini segera menimbulkan rasa tidak senang majoriti ahli UMNO kerana Hishammuddin terbukti adalah watak yang lemah serta hampir ditolak oleh perwakilan UMNO dalam pemilihan Naib Presiden UMNO tahun lalu.

Setelah Najib sendiri sarat dengan pelbagai kelemahan, ahli UMNO bagaikan tidak sedia lagi menerima pemimpin yang juga lemah, malah kadangkala lebih lemah sebagai Perdana Menteri.

Apabila dispekulasikan pula Muhyiddin akan bercuti panjang dan jawatannya akan dipangku oleh Hishammuddin, tentulah lebih gempar ahli UMNO dibuatnya. Kalau mahu dijadikan Menteri Kewangan saja pun sudah ramai yang membantah, apatah lagi jika terus dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mungkin Najib sebegitu bodoh mahu berbuat begitu. Menaikkan pangkat Hishammuddin, apatah lagi memberi keistimewaan kepada sepupunya itu adalah umpama menggali lubang kubur buat UMNO kerana ia akan membuatkan ahli UMNO berasa tidak dihargai dan diperlekehkan.

Najib pasti akan lebih mudah dihukum jika tidak berfikir dengan lebih panjang mahu menyerahkan kerusi Perdana Menteri untuk diwarisi oleh sepupunya itu.

Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?

Nedim Kakitangan Awam
Nedim Nazri Aziz Pandu Lamborgini Aventador : Mungkin inilah yang dikatakan “tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu” bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia (BUKTI LANTIKKAN DI SINI) memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.
Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Rumah Nedim Nazri Aziz RM7.218 Juta?

Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah. 
Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau “mampu” mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……
Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer “milik seseorang” dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……
kereta nedim

Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)

Muhyiddin nafi mahu berundur

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking.

"Selama mana saya berada dalam kabinet beliau (Datuk Seri Najib) biasa berbincang dengan saya.

"Jadi setakat hari ini, tidak apa-apa pun perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kedudukan saya sendiri," katanya

Adakah PM Najib akan mengemas barisannya?

Oleh Hazlan Zakaria
Mula-mula kita dengar pertukaran menteri besar dan kini, kedengaran kisah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang akan berundur bagi memperkukuhkan parti Umno.Adakah ini dongengan atau akan benar-benar berlaku? Tunggu dan lihat.
Ketika satu persatu tokoh besar Umno bertukar, persoalannya: Adakah Perdana Menteri akan membuat perubahan besar bagi mengukuhkan kedudukannya sendiri?

Setelah dikritik dan diserang dari pihak dalaman parti, termasuk tokoh veteran Umno kerana kurang berpendirian tegas dan tidak menunjukkan pengaruhnya, Najib dilihat berdepan cabaran besar mengekalkan kuasa.
Diberitakan terdapat beberapa kumpulan yang diterajui pemimpin veteran yang turut disokong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamda yang kurang senang dengan Najib dan mahunya berundur. Muhyiddin dilaporkan menjadi pilihan bagi menggantikan tempatnya.
Ironinya, ia seperti apa yang berlaku apabila Najib mengambilalih jawatan perdana menteri daripada tangan Tun Abdullah Badawi dahulu, di mana Muhyiddn memainkan peranan penting menyingkirkan Pak Lah.
Berita yang berlegar-legar daripada kumpulan di dalam Umno telah dibaca pemerhati sebagai kemungkinan Najib bakal disingkirkan dari berterusan memimpin parti Melayu itu, selepas pencapaian hambar di dalam PRU13 yang lalu.
Namun Najib secara senyap-senyap (atau mungkin penasihatnya) mengorak langkah menyusun kembali langkah agar beliau kekal memimpin Umno.
Sejak berita pertukaran barisan MB tersebar, sekurang-kurangnya satu jawatan MB telah bertukar tangan dengan pengunduran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu. Ini kemungkinan diikuti dengan Datuk Seri Adnan Yaakob di Pahang mengambil langkah yang serupa.
Tokoh lama diganti dengan pemimpin baru yang menyokong kepimpinan Najib.

DAP kecam Dewan Rakyat gantung Surendran


1st day parliment 2013-_MG_5596 (12)

KUALA LUMPUR, 19 JUN: DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dewan Rakyat yang sekali lagi menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran hanya kerana mengkritik tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sering menolak usul yang dibawa Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung Lim Guan Eng menyifatkan Barisan Nasional menyalahgunakan majoriti yang dimiliki mereka dalam Dewan Rakyat untuk menafikan proses demokrasi dalam Parlimen.
“Mereka guna kuasa majoriti untuk menidakkan demokrasi dengan (bersetuju dengan usul) penggantungan Surendran.
“Ini adalah suatu yang sangat mengecewakan. Kita perlu ada toleransi, mesti beri peluang kepada semua pihak untuk berbahas,” kata Ahli Parlimen Bagan itu lagi dalam sidang media tadi.
Pagi tadi, timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee meluluskan usul yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim itu tanpa perbahasan, walau pun ia pada mulanya dibuka untuk dibahaskan.
Surendran dalam sidang media di sini Isnin lalu mengkritik Speaker kerana bersikap ‘authoritarian’ dengan tidak memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Halau MP Pakatan, Paul Low tidak jujur - Dr Ong Kian Ming


bukti1
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming hari ini menafikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low bahawa taklimat mengenai laporan Ketua Audit (AG) dua hari lalu hanya terhad pada media dan pegawai tinggi kerajaan.
Beliau berkata, tindakan Paul menghalang ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir ke taklimat sama sekali tidak masuk akal kerana jemputan yang diterimanya pada 17 Jun lalu secara terang-terang mengatakan bahawa ia adalah sesi taklimat umum.
Menurutnya, ketika Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Sim dan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah diminta meninggalkan sesi, beliau turut berada di situ.
“Saya tidak memperkenalkan diri sebagai Ahli Parlimen dan tidak disuruh meninggalkan auditorium. Tapi isunya sekarang adalah, tidak ada keperluan langsung untuk Paul mengatakan taklimat itu hanya terhad kepada media serta Ahli Parlimen tak boleh hadir.
“Dalam slip jawapan yang diberikan daripada sumber lain tidak menyebut ia hanya untuk media tapi sebagai ‘taklimat umum’, tambahan pula melalui e-mel pendaftaran, saya mendapat jawapan positif daripada pejabat Paul sendiri.
“Saya amat terkejut apabila beliau meminta Ahli Parlimen meninggalkan sesi, pada saya tindakan yang dilakukan ini berlandaskan niat tidak baik,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut membidas kenyataan Paul semalam, yang mendakwa tindakannya itu adalah berasaskan prinsip kerana Ahli Parlimen sudah mempunyai platform sah membangkitkan soalan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara setiap kali Dewan Rakyat Bersidang.
“Beliau harus sedar bahawa Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan hanya seminggu selepas Parlimen bersidang semula. Soalan parlimen kami dihantar dua minggu sebelum persidangan bermula, ini bermaksud kami tidak mendapat kesempatan untuk memasukkan Laporan AG dalam soalan untuk dikemukakan kepada menteri-menteri.
“Lagipun Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) hanya terdiri daripada sebilangan kecil Ahli Parlimen dan sesi pendengarannya tidak dibuka kepada media mahupun wakil rakyat.
“Sebab itu sesi taklimat baru-baru ini merupakan peluang terbaik untuk kami untuk bertanya soalan mengenai Laporan AG yang terkini,” ujarnya.
Kian Ming juga menuntut Paul supaya memastikan janji beliau untuk menganjurkan sesi sama kepada Ahli Parlimen ditepati.

Sudah tiba masa Khazanah diaudit - Nur Jazlan

Nur Jazlan Mohamed menunjukkan rumusan mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk diserahkan kepada Speker Dewan Rakyat. Gambar: FAZRY ISMAIL
Nur Jazlan Mohamed menunjukkan rumusan mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk diserahkan kepada Speker Dewan Rakyat.
Mungkin sudah tiba masanya Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) turut diaudit daripada segi operasi oleh Ketua Audit Negara sebagaimana yang dilakukan terhadap kementerian-kementerian serta agensi kerajaan yang lain.
Biarpun sayap pelaburan negara itu memiliki sistem urus tadbirnya sendiri seperti ahli lembaga pengarah yang hebat, pengurusan kanan yang profesional dan laporan kewangan yang perlu diaudit oleh firma antarabangsa, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merasakan ada keperluan untuk prestasi entiti berkenaan turut diaudit oleh Ketua Audit Negara.
Menurut Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, cadangan supaya Khazanah dan beberapa lagi entiti berkaitan kerajaan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diaudit oleh Ketua Audit Negara akan dibawa ke mesyuarat ahli-ahli PAC akan datang.
"PAC pernah memanggil Khazanah tetapi pertemuan tersebut lebih fokus kepada pengurusan kewangan malah Ketua Audit Negara juga telah melakukan audit terhadap penyata kewangan Khazanah tetapi mungkin kita juga perlu melihat dari perspektif bagaimana Khazanah diuruskan.
"Prestasi kewangan dan prestasi operasi adalah dua perkara berbeza. Jika kita boleh melakukan audit terhadap kementerian-kementerian sebanyak tiga kali setahun, kenapa kita tidak boleh melakukannya terhadap Khazanah?

Alhamdulillah kesihatan saya makin baik - TG Nik Aziz


KOTA BHARU: “Sakitpun boleh baca lagi akhbar Harakah,” ujar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil tersenyum sebaik sahaja melihat kami menghampiri katilnya petang ini.

Ketika diminta mengulas berhubung kesihatannya, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau berasa sihat namun mudah letih.

“Perkara ini berlaku mungkin saya tersalah makan, atau mungkin sebab saya menggunakan nada suara agak tinggi terutama sewaktu kuliah.

“Tetapi bila berada di sini beberapa hari, alhamdulillah kesihatan saya semakin baik hari ke hari, mungkin juga sebab saya banyak berehat di sini,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM, pada Jumaat lalu selepas mengadu kesihatannya terganggu.

Beliau dijangka dibenrkan keluar wad dalam masa terdekat.

Dalam pertemuan dengan Harakahdaily hari ini, beliau bagaimanapun memohon umat Islam seluruhnya mendoakan kesihatannya.

“Semoga hayat yang masih berbaki dapat saya gunakan untuk Islam,” katanya.

Tindakan gantung Surendran kali kedua dari Parlimen keterlaluan

RafiziSHAH ALAM, 19 JUN: Tindakan penggantungan sekali lagi terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran selama enam bulan daripada Parlimen bermula hari ini keterlaluan dan bersifat peribadi.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata tindakan yang dikenakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee dan dewan dilihat terlalu keras, selain memberi gambaran negatif dalam sistem demokrasi negara.
Katanya, Dewan Rakyat perlu sedar bahawa realiti kini memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) semakin kuat, maka speaker serta sidang dewan perlu mengadakan perbincangan dengan pembangkang.
“Seharusnya ,pembangkang daripada PR perlu diberi peluang untuk sama berbincang dalam banyak perkara. Namun, bila kita cuba pastikan ada suara dihormati, tindakan penggantungan dikenakan.
“Apa yang disebut Surendran adalah yang dirasai kebanyakan orang. Tidak ada yang salah disebut beliau dan tindakan kali kedua penggantungan ini dilihat bersifat peribadi serta membuktikan speaker juga dewan tidak boleh disentuh,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan penggantungan Surendran sekali lagi daripada Parlimen kerana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat daripada tindakan berkenaan.

'Peneroka Felda tak layak mohon lesen MPOB kerana perjanjian' kata Timb Menteri


  Peneroka Felda tidak layak mendapat lesen persendirian dan pekebun kecil dari Lembaga Minyak Sawit Berhad (MPOB) kerana mereka tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani dengan Felda, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata klausa 9 Surat Perjanjian (Sawit) Lampiran A menetapkan semua peneroka walaupun memiliki geran tanah wajib menjual hasil kepada "sebuah kilang yang ditetapkan Felda dan menerima harga yang ditetapkan bagi satu-satu bulan oleh Felda."

"Dalam soal hak milik ini jelas dalam surat perjanjian yang dimeterai bersama Felda. Tanah tidak boleh dicagar dipindah milik dan dijual kepada pihak ketiga.

"Peneroka walaupun mempunyai 10 ekar tanah tidak boleh memohon lesen pekebun kecil kerana mereka tertakluk dengan perjanjian Felda," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Razali berkata berkata hal demikian tidak bermakna Felda mengabaikan nasib peneroka sambil memberi contoh berkaitan pengumuman kerajaan membina rumah generasi kedua di Felda Soeharto Hulu Selangor pada 2010

"Tetapi sampai sekarang tak boleh buat sebab tanah milik kerajaan Selangor dan ada sekatan tertentu. Sama juga dengan ini, ada sekatan untuk pastikan warga Felda terbela," katanya.

Felda lebih telus

Sementara itu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Samsuddin Othman menjelaskan urusniaga dengan Felda lebih telus selain menjamin kualiti minyak sawit yang dibekalkan.

MTEM Desak Pengarah YTL Corp Kemuka Bukti Mereka Bukan Kroni

UMNO setaraf institusi Raja Melayu dan Islam?


UMNO telah meletakkan dirinya sama taraf dengan Islam dan Raja-Raja Melayu apabila parti itu langsung tidak boleh dihina, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
 
Dalam tulisan terbarunya, www.zaid.my, beliau berkata, laporan polis yang dibuat ahli UMNO terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sehingga wakil rakyat dari Pulau Pinang itu didakwa di mahkamah hari ini menunjukkan UMNO telah menaikkan imejnya sebagai sebuah parti yang ‘suci’.
 
Zaid Ibrahim"UMNO kini dalam kategori yang sama seperti Islam dan Raja-Raja Melayu. Anda tidak boleh menghina mereka. Anda tidak boleh membuat mereka marah dan tidak boleh memprovokasi mereka.
 
"Kalau anda cuba menaikkan kemarahan UMNO, anda bersedialah untuk berhadapan dengan tindakan polis atas kesalahan menghasut," katanya.
 
Beliau berkata, tindakan itu membuatkan UMNO akan ditertawa oleh seluruh rakyat di negara ini kerana dilihat terlalu sensitif dengan sebutan 'celaka', sedangkan perkataan itu adalah penggunaan biasa dalam perbualan seharian ketika seseorang itu dalam emosi marah.
 
Zaid memberi contoh, apabila pasukan bola yang diminati mempersembahkan permainan teruk, penyokong akan menjerit 'celaka' yang bermaksud 'sialan' bagi melegakan perasaan marah mereka.
 
Katanya, walaupun 'celaka' adalah perkataan yang tidak wajar diucapkan, tetapi ia tidak boleh dimasukkan dalam perbuatan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
 
"Jika kawan rapat memanggil 'celaka' kepada kita adakah kita akan membuat laporan polis mendakwa rakan kita itu menghasut? Sudah tentu tidak, kerana 'celaka' adalah sebutan gurauan dan boleh juga dilepaskan ketika marah, tetapi ia bukan suatu kesalahan sehingga perlu diambil tindakan undang-undang," katanya.
 

Peguam Negara halang laporan NFC dibentangkan di Parlimen

Peguam Negara berkata laporan ini akan mengganggu kes mahkamah Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh.

tony_pua_300x200KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail melarang laporan skandal RM250 juta Projek Fidlot Nasional (NFC) yang disediakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dibentangkan di dalam Parlimen.
Katanya lagi, Peguam Negara memberi alasan bahawa laporan berkenaan akan menjadi subjudis kepada kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Tony yang juga anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) daripada Pakatan Rakyat (PR) pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, mereka dimaklumkan perkara berkenaan oleh Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed.
“Peguam negara memaklumkan kepada speaker Dewan untuk melarang laporan PAC berkenaan NFC dibentangkan di Parlimen.
“Peguam Negara turut berkata laporan ini akan mengganggu kes mahkamah Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh yang kini berdepan dua kes pecah amanah melibatkan RM49.7 juta di Mahkamah Tinggi,” katanya.
Pua berkata, laporan PAC berhubung perkara itu sedia untuk dibentangkan apabila PAC menyerahkan laporan berkenaan kepada Dewan Rakyat pada November tahun lalu.
Pua turut memberi jaminan laporan yang disediakan PAC berhubung skandal melibatkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu tidak akan mengganggu perbicaraan kes Mohamad.
“Semasa dipanggil memberi keterangan, beliau tidak menjawab sebarang soalan kerana khuatir akan mengganggu perbicaraan.
“Laporan itu tidak menyentuh kes yang sedang berjalan di mahkamah,” katanya.

TPP: PR nafi beri 'lampu hijau'

Nurul Izzah Anwar N
KUALA LUMPUR - Kaukus Parlimen mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) daripada PR menafikan pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk menandatangani perjanjian perdagangan itu.

Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mendakwa, kerajaan telah menyalahtafsirkan pendirian PR berkenaan isu tersebut sedangkan isi kandungan perjanjian itu tidak pernah diberikan akses sepenuhnya.

"Sehingga kini, kami wakil PR dalam kaukus itu tidak pernah diberikan akses kepada 27 bab kandungan perjanjian TPP itu dan mana mungkin sebelum disemak kami boleh bersetuju dengannya.

"Bagaimana ahli Parlimen PR hendak buat pertimbangan sekiranya kerajaan masih tidak menyerahkan laporan analisis kos keuntungan perjanjian itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Mahathir pun pernah kata parlimen 'rubber stamp'


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Bagan Serai tanpa sebarang perbahasan dan menolak segala peraturan mesyuarat yang dibangkitkan sebagai mengulangi kegelapan sistem parlimen Malaysia.

Bercakap pada sidang media hari ini, Ketua Pembangkang itu juga mendakwa apa yang berlaku hari ini menunjukkan parlimen seperti diperalatkan pihak tertentu.

"Kita bantah keras cara parlimen diperalatkan, tidak boleh bahas usul penggantungan ahli parlimen dan apabila peraturan mesyuarat dibangkitkan speaker mencari pelbagai alasan untuk menolak semua peraturan tersebut.

"Kemudian kata kepentingan awam, apa kepentingan awam, nak jaga kemulian parlimen, beginikan cara kita jaga kemulian parlimen, tidak boleh kritik dan tegur," katanya sejurus keluar dari Dewan Rakyat selepas usul penggantungan N Surendran diluluskan.

Surendran pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat dari penggantungan itu.

Beliau hari ini sekali lagi digantung enam bulan atas dakwaan menghina dewan.

Anwar sendiri juga pernah digantung ketika membangkitkan isu APCO pada penggal parlimen yang lalu.

"Saya masih ingat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed ketika menentang Tunku Abdul Rahman mengatakan parlimen digunakan sebagai 'rubber stamp', tiada tindakan diambil.

"Tetapi bila disebabkan Pakatan Raykat ia dikenakan tindakan, kalau orang Umno bising melolong dalam parlimen tidak ada seorang pun dikenakan tindakan.

"Inilah cara perlimen dikendalikan, kita tiada pilihan dan membantah cara ia dikendalikan," kata beliau.

Bawa ke CPA

Sementara itu, Ketua Whip Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sesi parlimen yang berakhir pada hari ini dalam keadaan yang sangat memalukan.

"Ini bagi saya suatu yang sangat malang dan boleh menyebabkan orang tidak menghormati speaker.

"Tindakan ini turut mendorong ahli-ahli parlimen terus mengkritik keputusan speaker yang tidak menghormati peraturan mesyuarat," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Bughah: Menteri digesa tarik balik terjemahan mengelirukan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik balik terjemahan 'bughah' yang jauh tersasar dari maksud yang sebenar.

Katanya, menteri berkenaan telah memberi terjemahan yang salah sekali gus ianya boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Dalam jawapan bertulis menteri berkenaan kepada  beliau, menjelaskan bahawa 'bughah' di dalam Mazhab Syafie didefinisikan sebagai "orang yang menyalahi pemerintah yang adil, yang keluar daripada ketaatan kepadanya dengan cara enggan daripada melaksanakan kewajiban atau lain-lain dengan syarat-syaratnya".

Bagaimanapun menurut Khairuddin terjemahan '...keluar daripada ketaatan...' adalah salah, sebaliknya yang betul adalah "yang memberontak' .

"Terjemahan yang salah ini sekaligus telah mengelirukan orang ramai akhirnya Mufti Pahang dan Perak mengeluarkan pandangan orang yang berdemo dianggap bughah, puncanya tersilap terjemahan,"tegasnya.

Sebelum itu, Khairuddin bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) meminta menteri berkenaan tarik balik jawapan tersebut bagaimanapun Speaker Tan Sri Pandikar Amin tidak boleh membuat keputusan segera sebaliknya akan diputuskan dalam sesi parlimen akan datang.

"TPM Letak Jawatan" : Khairy Sifatkan Ia Sekadar Spekulasi

15 "Samseng Politik" mengaku tidak bersalah ceroboh DUN Pulau Pinang

PEMBELA dakwa AG lakukan jenayah syariah

Tutup MAS bagi elakkan kontrak kroni, kata DAP

Nelayan dakwa warga asing ancam hasil tangkapan ikan

"Dewan Rubber Stamp" : Gantung Surendran 6 bulan, parlimen diperalat kata Anwar

'Bodoh', 'hodoh' gamatkan hari akhir Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dalam suasana kecoh ekoran penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai N. Surendran selama enam bulan.

Kekecohan berlaku ekoran kekeliruan yang ditimbulkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang meminta perkataan 'bodoh' ditarik balik oleh Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, Azmin yang sedang mengemukakan Peraturan Mesyuarat menafikan mengeluarkan perkataan bodoh.

"YB Pasir Salak sudah jadi menteri pun perangai masih hodoh," bidas Azmin apabila Tajuddin menyampuk ketika beliau sedang memberi penjelasan kepada Speaker.

"Hodoh, bukannya bodoh!" celah Ahli Parlimen Kapar Manivanan Govindasamy mengundang sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.



Suasana bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen BN bangun kerana tidak berpuas hati dengan tuduhan itu sambil menggesa Azmin menarik balik perkataan tersebut.

Speaker Datuk Ronald Kiandee juga meminta Azmin untuk menarik balik perkataan tersebut, keadaan terus kecoh.

"Hodoh dengan bodoh tidak boleh Yang Berhormat," kata Ronald.

"Kata minta maaf!"celah Tajuddin.

"Duduklah dulu," tegas Azmin kepada Tajuddin.

Pertikaman lidah terus berlaku dari kedua-dua belah pihak menyebabkan suasana dewan bertambah kecoh.

Bagaimanapun Ronald yang tidak dapat mengawal keadaan itu terus membuat keputusan menerima usul Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang mencadangkan Surendran digantung selama enam bulan.

Samsen Politik: 'Penceroboh' Dun P.Pinang pro-Umno didakwa di mahkamah

 
Seramai 14 penyokong Umno yang meluru masuk semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lalu didakwa di mahkamah majistret hari ini atas tuduhan menceroboh.

Mereka mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh ke dalam DUN tersebut pada 12 Mei.

Kumpulan berkenan menceroboh masuk ke ruang persidangan berkenaan pada hari itu untuk mencari ADUN Seri Delima RSN Rayer.

Kesemua 14 orang individu tersebut dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, manakala Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit menetapkan tarikh 22 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh ketua unit pendakwaan negeri Razali Che Ani manakala tertuduh diwakili peguam Abu Bakar AS Sidek dan Wan Nazri Othman.

Tertuduh turut diiringi para penyokong yang memenuhi galeri awam sehingga menyebabkan polis terpaksa meminta petugas media beredar dari ruang mahkamah.

Kesemua 14 individu tersebut merupakan anggota Pemuda Umno, PERKASA dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Bible: Sultan titah JAIS rujuk pada pendakwa raya

Sultan Selangor menitahkan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama naskhah Bible yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia akan dipulangkan atau dilupuskan.

Setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya menyebut, Sultan Selangor berhasrat agar keputusan berkenaan dilaksanakan mengikut proses undang-undang.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada JAIS perlu merujuk kepada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

"Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan," kenyataan itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara – agar JAIS bertindak mengikut undang-undang.

"Oleh itu JAIS perlu segera merujuk perkara ini kepada pihak pendakwa raya untuk tujuan rujukan dibuat di mahkamah.

"Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga kedaulatan undang-undang dan sensitiviti kedua-dua belah pihak yang terlibat," kata Mohamad Munir lagi dalam kenyataannya.

PKR dedah dua lagi pemimpin Umno terima konsesi UiTM

Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan berdasarkan perancangan jangka panjang universiti itu, sebaliknya lebih dipengaruhi kepada melobi dan rundingan dengan syarikat pemegang konsesi, dakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian dengan menggunakan contoh konsesi penswastaan UiTM Jasin yang dibuat melalui rundingan terus.
"Konsesi penswastaan UiTM Jasin diberikan kepada YBK Usahasama Sdn Bhd yang dikawal dua tokoh Umno Selangor, yang juga bekas wakil rakyat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali Datuk Zainal Abidin Sakom, dan Adun Sungai Air Tawar yang juga bekas ahli Parlimen Sabak Bernam Datuk Dr Mat Yasir Ikhsan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi berkara, ekoran kegagalan konsesi itu untuk membina UiTM cawangan Serendah, syarikat yang dikawal mereka melalui YBK terlibat dengan konsesi penswastaan UiTM Jasin.
"Bukti yang saya tampilkan setakat ini sudah cukup menunjukkan bagaimana UiTM digunakan Umno untuk menanggung beban bayaran kepada syarikat konsesi yang semuanya milik pimpinan Umno," katanya.

MTEM dakwa kekayaan YTL diberi kerajaan tidak diagih kepada rakya

Kumpulan perniagaan Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendakwa YTL Corp Bhd (YTL) yang mendapat kekayaan daripada projek kerajaan tidak menyalurkannya secara seimbang kepada rakyat.
Ketua pegawai eksekutifnya Mohd Nizam Mahshar berkata, sumbangan YTL sangat kecil kepada negara berbanding keuntungan berbilion ringgit yang mereka perolehi.
"Dalam laporan 2013, YTL Corp mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.8 bilion. Ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat induk pula RM13.3 bilion.
"Jadi apa yang rakyat dan Bumiputera peroleh daripada YTL daripada segi ekuiti bernilai lebih RM13 bilion ini," kata Nizam pada sidang media di ibu pejabat mereka di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.
Nizam berkata, kenyataan Pengarah Urusan YTL Tan Sri Dr Francis Yeoh mengenai "kapitalisma kroni" tidak masuk akal ketika mereka juga mendapat projek secara rundingan terus.
"Bagi MTEM, kami meminta Yeoh untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah.
"Kemukakan juga bukti mereka bukan kroni," katanya.
Nizam berkata, Yeoh juga perlu sedar diri kerana kekayaan yang mereka perolehi datang daripada pembayar cukai yang diberikan oleh kerajaan.
"YTL harus sedar segala keuntungan dan kekayaan yang dikaut lebih daripada 13 projek kerajaan datang daripada dompet pembayar cukai dengan niat untuk berkongsi kekayaan itu bersama rakyat," katanya.
Nizam berkata, jurang pendapatan antara tiga kaum utama juga berpunca daripada sikap membolot YTL sendiri.
"Yeoh dan YTL perlu cermin diri sendiri, apa yang mereka lakukan untuk menangani jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Nizam juga mempertikaikan keistimewaan yang diperoleh oleh YTL berbanding Bumiputera yang masih bergelut dalam perniagaan serta terpaksa meminjam untuk berniaga.
"Bagaimana sebuah syarikat seperti YTL boleh menerima kontrak berbilion ringgit sementara bersepah syarikat Bumiputera kecil dan sederhana perit untuk mendapat kelulusan pinjaman," katanya.
Yeoh dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ke-7 baru-baru ini dilaporkan berkata, tidak wujud isu kroni dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) sehingga membolehkannya hidup mewah dengan memperoleh projek TNB, sedangkan hakikatnya peranan itu dimainkan syarikatnya yang ternyata lebih inovatif dalam melaksanakan projek diberi kerajaan.

Bekas suspek kes bunuh Altantuya ditangkap khalwat dengan polis wanita

Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Gambar fail.Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Gambar fail.Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.
Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.
Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.
Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.
Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.

Pakatan: PAC's report on NFC not sub judice

Chaos in Parliament as Surendran suspended again

Anwar: It's official, Parliament is indeed a rubber stamp

Unrepentant Surendran vows to push for parliamentary reforms

Shahidan Liar: "No one wanted to debate Surendran's suspension"

Penswastaan UiTM: Mengapa Umno, NGO Macai Membisu???

PENDEDAHAN Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai penswastaan UiTM melalui sistem konsesi yang menguntungkan kroni, dilihat merupakan satu masalah yang akan merugikan rakyat khususnya Bumiputera.
Ini kerana UiTM merupakan salah satu institusi kebanggaan Bumiputera selama ini.
Meskipun kos pembinaan enam kampus UiTM yang telibat di dalam skim ini sekitar RM1.8 bilion, tetapi rakyat menerusi Kerajaan Persekutuan terpaksa membayar RM8.6 bilion sebagai sewa untuk tempoh 23 tahun.
Mengapakah pimpinan Umno yang kononnya pejuang Melayu menerima konsesi-konsesi mewah dalam pembikinan UiTM?
Ke manakah suara-suara lantang dari NGO-NGO Umno seperti Isma, Jati dan Perkasa yang selama ini mendabik dada dengan bangga mengatakan bahawa mereka adalah pembela hak kaum Melayu apabila pendedahan ini dibuat?
Walhal, sudah terang dan nyata bahawa penswastaan UiTM ini nanti akan membebankan rakyat.
Adakah masing-masing menjadi bisu hanya kerana syarikat-syarikat yang telah dilantik sebagai pemegang konsesi adalah dari kalangan kroni mereka sendiri?

Roboh penempatan Melayu, DBKL hanya berani sesama bangsa sendiri kata Perkasa

Irwan Fahmi Ideris
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan penempatan penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul Ahad lalu sebagai 'berani sesama bangsa sendiri'.
 
Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, sikap pengecut DBKL bertindak tidak adil kepada penduduk Melayu di situ, adalah suatu perbuatan yang memalukan sebagai agensi penguatkuasa kerajaan tempatan.
 
Katanya, beliau tidak mempertikaikan penguatkuasaan DBKL dalam merangka perancangan bandar raya itu, tetapi mereka seharusnya perlu bijaksana menangani kes yang melibatkan penempatan haram atau setinggan.
 
"Memang penempatan itu dibina secara haram sejak lebih 40 tahun lalu, tetapi pegawai DBKL yang rata-rata berkelulusan tinggi, perlu berhemah menangani masalah ini.
 
"Mereka boleh ajak penduduk berbincang, cari jalan penyelesaian. Apabila sudah capai kata sepakat, barulah DBKL boleh merobohkan penempatan itu dan penduduk pula mencari tempat tinggal sementara,” katanya kepada MalaysiaGazette.
 
Tetapi menurut Irwan Fahmi, DBKL langsung tidak menggunakan kebijaksanaan, melainkan penduduk di situ diberi notis supaya mengosongkan rumah masing-masing pada Oktober tahun lalu dengan alasan kawasan itu akan dimajukan.
 

"Rubber Stamp & Authoritarian": N Surendran digantung 6 bulan lagi tanpa bahas dan bela diri

Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan apabila usul berkenaan dipersetujui di Parlimen selepas usul diluluskan tanpa dibahas.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee mengambil keputusan itu selepas usul itu pada awalnya dibuka untuk perbahasan.
Susulan keputusan Parlimen itu, ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) mula melaungkan "rubber stamp" ketika sidang Dewan Rakyat.
"Sah, Parlimen kita macam 'rubber stamp'. Kita membantah keras cara Parlimen diperalatkan begini.
"Kita tidak boleh bahas usul yang dibentang," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemberita sejurus keluar dari Dewan Rakyat.
Anwar berkata, istilah "rubber stamp" itu juga pernah digunakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam Parlimen kepada Tunku Abdul Rahman.

'Umno-linked lobbies got to build UiTM campuses'

Dewan Rubber Stamp: Usul MP Padang Serai digantung 6 bulan dilulus dewan tanpa bahas dan bela diri

Dewan Panas: MP PKR Gombak persoal Speaker dan dihalau!

MP PAS Sepang persoal Speaker benar Bahas Usul Khas MP Pdg Serai

Kecoh! Speaker benar Bahas Usul Khas MP Pdg Serai

MP BN Tg Karang lawan PAS Sepang Bahas Usul Khas MP Pdg Serai

Peraturan 27(3) MP PAS Sepang Bahas Usul Khas Terhadap MP Padang Serai

Usul Khas Terhadap MP Padang Serai - Menteri JPM

MP PAS Pokok Sena - Jawapan Isu Bughoh

Usul Terhadap Menteri JPM (Malaysia Negara Sekular?) ditolak

(2) DR 19 Jun 2014 : Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

(1) DR 19 Jun 2014 : Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

1,000 peneroka Pro-Felda@Macai UMNO pula demo di parlimen

 
Selepas demonstasi peneroka Felda yang menuntut lesen persendirian dari Lembaga Minyak Sawit Berhad (MPOB) di Parlimen semalam, satu kumpulan mengadakan demonstrasi balas di tempat sama hari ini.

Hampir 1,000 peneroka dan warga Felda berkumpul di sepanjang Jalan Parlimen sejak jam 9:40 pagi menunjukkan sokongan mereka kepada Felda dan mengutuk kumpulan peneroka yang berdemonstrasi semalam.

Membawa sepanduk bertemakan 'Untuk Apa Lesen MPOB' dan 'Kami Menyokong Felda' kumpulan ini mendesak agar Ahli Parlimen tidak melayan tuntutan mendapat lesen persendirian itu kerana Felda membeli hasil peneroka secara adil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim bertemu dengan wakil kumpulan itu dan akan mengadakan sidang media bersama selepas ini.

Menteri UMNO usul gantung Surendran 6 bulan, bukti sikap ‘authoritarian’ kerajaan UMNO@BN

parlimentSHAH ALAM, 19 JUN: Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang melihat rupa sebenar ‘demokrasi ala Malaysia’ apabila satu usul untuk menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, bakal dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, hari ini.
Usul itu bercadang menggantung Surendran selama enam bulan kerana kenyataan yang dibuat beliau dalam satu sidang media dengan menyatakan kononnya Dewan Rakyat bersifat ‘authoritarian’ yang mengekang hak bersuara pembangkang, pada 18 Jun lalu.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, berkata Surendran juga membangkitkan kegagalan Parlimen berfungsi dengan baik dan menyindir institusi itu sebagai “rubber stamp” kerajaan.
“Tindakan membawa usul penggantungan ini menjadi bukti paling kukuh betapa Kerajaan Pusat bersifat ‘authoritarian’, tidak mahu menerima kritikan dan tidak mahu menerima realiti bahawa komen juga kritikan Surendran itu adalah suatu yang demokratik, selain adalah hak beliau untuk bersuara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam sebarang demokrasi matang, perbezaan pendapat diraikan serta diberi perlindungan di sisi undang-undang.

5 + 1 faktor nasib malang Sepanyol di Brazil..!!

Sepanyol menjadi pasukan kelima yang tersingkir di peringkat pertama Piala Dunia selepas tewas mengejut 2-0 kepada Chile awal pagi tadi.

AFP Sports menyenaraikan lima sebab malang aksi penyandang juara itu di Brazil.

1. Masih mengekalkan pemain veteran

Selepas tewas 5-1 kepada pasukan Belanda, jurulatih Vicente del Bosque terpaksa bertindak menggugurkan Xavi Hernandez dan Gerard Pique, dengan menggantikannya kepada Pedro Rodriguez dan Javi Martinez.

Walaubagaimanapun, nafas baru bagi pasukan Sepanyol sepatutnya sudah bermula sejak awal lagi. Pemain seperti pemain midfield Atletico Madrid, Keko yang sentiasa tampil penuh bersemangat, agak terlewat dimasukkan ke dalam pasukan.

Adakah mungkin bergantung harap terhadap Iker Casillas satu percaturan salah? Kapten pasukan ini mempunyai ‘track record’ cemerlang, namun Casillas tidak bermain kerap dengan pasukan Real Madrid dan Del Bosque memiliki alternatif dalam mencatur bahagian gol, tanpa bantuan Victor Valdes yang mengalami kecederaan buku lali.
2. Pertahanan titik lemah

Jika semua menuding jari terhadapnya, Casillas mungkin akan memberikan respon sistem pertahanan depan hanya patut menerima kritikan. Walaubagaimanapun, kemenangan Sepanyol di Euro 2012 dan 2010 adalah kerana pertahanan yang ketat.

Inspirasi Carles Puyol tidak diendahkan. Pique dan Sergio Ramos adalah faktor utama pertahanan bek tengah, namun buat masa ini, Javi Martinez telah membuktikan sebagai titik lemah pertahanan terutamanya ketika pasukan berdepan dengan Chile.

Di antara Belanda dan Chile, Sepanyol muncul gah dengan formula luarbiasa dan tidak mampu untuk bertahan sehingga tujuh gol membolosi tiang gol pihak lawan dalam dua permainan.

3. Pemilihan Diego Costa

Apabila Del Bosque berjaya memujuk Diego Costa untuk ‘berpaling arah’ dari negara kelahirannya Brazil, tidak dapat dinafikan bintang Atletico Madrid itu sepatutnya diserap ke barisan permulaan.

Namun, Sepanyol tidak mampu memujuk penyerang itu untuk mengadaptasi stail permainan pasukan itu. Costa perlu lebih berani untuk memberikan impak, namun dia kelihatan seolah-olah gentar dengan corak permainan tiga pemain pertahanan Chile.

KELEMAHAN ORANG MELAYU: “KAYU JUGA MENUMBANGKAN KAYU”

Walaupun apa yang telah dilakukan oleh kerajaan selama setengah abad ini dikira berjaya membantu orang Melayu namun masih ada lagi ‘tompok-tompok’ kegagalan kerajaan di sana sini. Mahu tak mahu orang Melayu mesti dibantu. Dan tidak pula bermakna bahawa orang bukan Melayu mesti diketepikan. Kaum-kaum yang memerlukan samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan mesti dibantu seiring dengan hasrat kerajaan yang menganggap bahawa mereka juga adalah rakyat Malaysia.

Namun aku kurang bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa golongan bukan Melayu tidak harus diberikan keutamaan. Maknanya segala bantuan dan tumpuan mesti diuatamakan kepada orang Melayu. Alasannya ialah bahawa orang Melayu terutama di kawasan luar bandar yang telah memberikan kemenangan besar kepada kerajaan BN dalam PRU ke 13 yang lalu. Apakah ini merupakan rasional yang betul dan tepat? Adalah dirasakan ramai orang Melayu yang tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian.

Aku terpaksa bersandar kepada fakta sejarah untuk meneruskan hujah bahawa orang Melayu (yang miskin) mesti terus dibantu, walapun golongan bukan Melayu (yang memerlukan) tidak harus diabaikan. Aku teringat kepada detik sejarah negara dimana pemimpin negara yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum amat sukar untuk menyelesaikan isu kerakyatan Jus Soli. Kaum bukan Melayu pada ketika itu terus menerus mendesak agar kerakyatan diberikan kepada bukan Melayu yang telah buat beberapa lama tinggal dan telah sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada  negara ini.

Orang Melayu melalui UMNO pula terus menerus menentang cadangan pemberian kerakyatan kepada golongan imigran itu, dengan alasan bahawa negara ini adalah sah dimiliki oleh orang Melayu. Dan mereka juga memberikan contoh negara jiran seperti Indonesia dan negara Thai yang tidak langsung ‘memberi muka’ kepada golongan imigran di negara mereka. Di negara Thai misalnya Pibhul Songgram bertindak ganas terhadap sekolah Cina dan akhbar Cina. Orang Melayu sentiasa menjadikan keadaan di Thailand dan Indonesia sebagai contoh bagi mereka untuk menolak kerakyatan Jus Soli yang diperjuangkan oleh golongan bukan Melayu.

Atas semangat pakatan murni dan rundingan yang diadakan antara kaum, maka akhirnya Raja-Raja Melayu telah bersetuju memberikan kerakyatan ‘jus soli’ kepada golongan imigran, khususnya orang Cina dan India  yang telah sekian lama tinggal di negara ini dengan syarat golongan bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa yang diberikan kepada orang Melayu. Itu merupakan satu ‘ikatan kekeluargaan’ yang sungguh mantap dikalangan penduduk di negara ini.

"Umno Celaka": Rayer Tidak Didakwa

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N. Rayer pada Khamis tidak didakwa atas kesalahan menghasut.
"Kami telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkata mereka telah menerima arahan daripada pejabat Peguam Negara supaya tidak mendakwa beliau. 
"Kami tidak tahu apa yang dimaksudkan ini. Kami telah melaksanakan tugas kami. Rayer juga telah hadir di mahkamah pada hari ini," kata peguam bela yang mewakili Gobind Singh Deo. 
Terdahulu Rayer, hadir ke Mahkamah Sesyen bersama penyokongnya. Sementara pihak polis diletakkan dalam keadaan bersedia di luar bangunan mahkamah. 
Pada Rabu, ADUN DAP itu ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis daerah George Town selepas dia mengeluarkan kata kesat memanggil 'Umno Celaka' pada sidang Dewan Undangan Negeri 20 Mei lalu.
Beliau kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis

Ambiga tak setuju presiden ISMA didakwa menghasut

Walaupun berulang kali dikecam oleh penyokong Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), namun peguam Datuk Ambiga Sreenevasan tidak bersetuju dengan tindakan untuk mendakwa presiden NGO itu, Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Menulis di Twitter, Ambiga berkata, walaupun tidak begitu berkenan dengan ISMA, namun beliau tidak bersetuju Abdullah didakwa di bawah Akta Hasutan.

Peguam aktivis yang lain termasuk MP PKR Padang Serai, N Surendran dan ahli jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam, Syahredzan Johan, sehaluan dengan pendirian bekas presiden Majlis Peguam itu, dalam tulisan tweet mereka menyokong Ambiga.

Menentang secara prinsip terhadap Akta Hasutan, Syahredzan berkata mendakwa sesiapa saja kerana menghasut, melanggar kebebasan bersuara.

Katanya, melainkan terdapat ancaman kecederaan fizikal, sama ada kepada orang atau harta, ia tidak boleh dijadikan jenayah.

With corruption at FREE-FOR-ALL levels, M'sia looks set to be an ECONOMIC WRECK by 2019

With corruption at FREE-FOR-ALL levels, M'sia looks set to be an ECONOMIC WRECK by 2019Cutting out corruption is not the only cure for Malaysia’s problems, Minister Datuk Seri Idris Jala said. “This is because subsidies alone cost RM40 billion — far more than the possible RM8 billion that could be saved from combating corruption.”
He made the statement, while addressing to claims made by politicians from federal opposition Pakatan Rakyat (PR) that corruption was one of the biggest problems facing Malaysia.
RM8billion a measly sum?
Maybe, RM8 billion may not sound like a lot to Idris Jala, if compared to the RM40 billion worth of subsidies, but this amount can be used to build around 320 thousand low cost homes for the poor, priced at around RM25 thousand per home. Overnight, we would have solved the poverty and the homeless afflicting the country.
If this amount is given out as business loans, it will develop a very big pool of entrepreneurs that will instantly inflate the country’s economy. But no, this RM8 billion goes missing every year due to lack of enforcement against Corruption.
If corruption can be nipped in the bud, the RM8billion saved could reduce the subsidies to only RM32 billion that will benefit 30million Malaysians in this country.
And sadly, it is this RM8billion that politicians are tripping head over heels and over each other, selling their souls in the process to take a cut. This amount is also the singular cause of all the country’s ills today.
They think that being an assemblyman today, is a license to make money and many are so obsessed with this passion, they have thrown caution to the wind, dropping every ounce of dignity left in them, and abandoning the people to wallow in poverty and self pity.
If corruption is not nipped in the bud, 8000 politicians and their cronies stands to become instant millionaires every year.

Combating corruption is just lip service
Every Prime Minister since Tun Mahathir has vowed to stem out corruption but to no avail. There is simply not enough evidence to nail the culprits with some of them amassing obscene wealth to the tune of billions. Nowadays, Millions of Ringgit from corruption is considered chicken feed, without anyone batting an eye.
Does Corruption Agencies like MACC, have any concrete solutions to stem corruption and graft afflicting the country today? Everyone doubts so, as corruption is being committed so openly without any fear.
Even the Armed Forces or more precisely ESSCOMM is alleged to be on the take, affecting the security of Sabah State. The Cowgate scandals like many others are at a stalemate, while the 12billion PKFZ still stinks to the high heavens.
Little or no attempts are made to recover the billions that have gone missing and neither is there a political will to get a conviction.
Corruption is still as rampant as ever
Recently, PKR's Pandan MP Rafizi Ramli unearthed another bombshell; that Putrajaya is paying five times more to build six Universiti Teknologi Mara (UiTM) campuses by privatising the construction work.

Menghasut: Presiden Isma mengaku tidak bersalah


Abdullah Zaik Abdul Rahman 

SHAH ALAM – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap tuduhan mengeluar kenyataan menghasut 6 Mei lalu.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ dalam laman www.ismaweb.net, sebelum ini.

Dalam kenyataan bertarikh 6 Mei lalu, Abdullah berkata, orang Cina datang ke negara ini bersama penjajah British sebagai penceroboh.

“Siapa yang bagi mereka hak kerakyatan dan kekayaan sehingga hasil pencerobohan mereka dilindungi sampai hari ini?

SAMM mahu anjur forum undang-undang trafik

SAMM akan menghantar surat Jemputan forum tersebut kepada SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik PDRM dan peguam Zulhazmi Shariff.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  sedia menganjurkan forum kefahaman undang-undang  (saman trafik) bagi mendidik pengguna ke arah keselamatan jalan raya.
SAMM akan menghantar surat Jemputan forum tersebut kepada SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik PDRM dan peguam Zulhazmi Shariff untuk menjadi panel dalam forum tersebut.
samm1_300x200“Diharapkan dengan penganjuran forum ini akan menambah kefahaman rakyat dan polis sendiri mengenai undang-undang.
“Rakyat yang faham undang-undang akan lebih menghormati pelaksanaan undang – undang itu sendiri seterusnya keluhuran undang undang itu sendiri akan terpelihara.
“SAMM menjangkakan selaku institusi yang seharusnya dekat dengan rakyat PDRM sudah tentu akan mengambil kesempatan forum ini untuk menyampaikan dan menerangkan peranan serta pendirian PDRM dalam perkara ini,” kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrim.
Beliau menambah, tidak ada satu pun dalam mana-mana peruntukkan khususnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memberi kuasa kepada polis untuk merampas kenderaan sesiapa atas alasan mempunyai saman.
Aktivis rakyat itu merujuk kepada laporan akhbar the Star hari ini dengan tajuk berita “No money is no excuse under Ops Warta.”

Laporan audit lebih tebal dari Singapura, tak bermakna Malaysia lebih telus

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low diingatkan agar tidak menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia apabila menyatakan akauntabiliti di negara ini lebih baik berbanding Singapura, hanya kerana memiliki laporan yang lebih tebal.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata demikian mengulas kenyataan Low dalam majlis taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013 di Putrajaya, semalam.
Menurut laporan media, Paul dikatakan meminta delegasi majlis taklimat Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013 melihat laporan audit Singapura dengan hanya 70 halaman, berbanding Malaysia yang lebih tebal.
Dari sudut tersebut menurut Paul, amalan kerajaan Malaysia melebihi standard akauntabiliti untuk sektor awam.
Tony berkata, beliau sukar mempercayai tindakan Paul yang ‘berani’ membuat perbandingan begitu, sedangkan hakikatnya kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (CPI) di tangga ke-53, berbanding Singapura di tempat kelima.
“Ada banyak sebab mengapa laporan audit Singapura lebih nipis, termasuk kerana mereka lebih berakauntabiliti, telus sehingga tidak perlu mengeluarkan laporan tebal seperti di Malaysia.
“Paul selaku Menteri bertanggungjawab dalam soal ketelusan dan integriti tidak patut menghina kebijaksanaan rakyat Malaysia dengan membuat dakwaan yang tidak berasas dan mengarut seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

ROBBER BARONS ON RAMPAGE!From federal to state govts & GLCs,M'sians are being BLED DRY


The sheer waste of the rakyat's money in most Government Linked Companies (GLCs) in recent times goes to show and highlight the irresponsible governance of the Barisan Nasional (BN) government and Malaysians wonder when the rot in these companies will be arrested.
Added to this, recent findings by the Public Accounts Committee (PAC) has shown that there is a dire need to review the role of all GLCs in terms of their relevancy and performance as these GLCs are being funded by the federal government.
ROBBER BARONS ON RAMPAGE!From federal to state govts & GLCs,M'sians are being BLED DRYThere is a need by the BN government to check if the objectives of these GLCs are relevant to the present times besides checking on their management, efficiency and Return-Of-Investment (ROI) to the government.
For example, Felda and Felcra are examples of which where the government puts equity into the companies, but questions arise on how they manage these equities and whether the government is recouping their investments in dividends.
Felda and Felcra are glaring examples of the abuse of GLCs based on the Auditor-General's Report 2013 Series 2 (AG Report 2013) unveiled on June 16, 2014 which states that these corporations have made procurement that are not in accordance with procedures.
The factor in question is not so much of corruption but the spate of mismanagement that goes on within GLCs.
Compounding and complicating the situation is the growing number of GLCs operating now in the country many of whom overlap in function and have been around for decades and may not even be relevant anymore but continue to receive public money to fund them.
Rein in this abuse of public money
It is incumbent upon the Ministry of Finance (MOF) to do a full audit and review of all GLCs to see which are the companies that are still relevant and are fulfilling their objectives.
The core problem is mismanagement by incapable managers in these GLCs that cause a great loss and waste of the tax payer's money.
Another example is Radio Television Malaysia or RTM's use of RM43.7 million which was allocated by the Ministry of Communications and Multimedia to create new programs for TV Interactive in TV 1 and to purchase existing programs for TV 1 and TV 2.
The funds allocated were misused and it was a clear breach of the rules concerning allocation of money to GLCs.
Besides GLCs, in particular, a total of 230 suggestions were made in the AG Report 2013 Series 2 to assist the federal and state governments and federal statutory bodies to make improvements and overcome the weaknesses reported.
But the AG's Report annually often highlights these recommendations but they are often not heeded and therefore it is time for greater political will on the part of the BN government to ensure that corrections are made.
Of the 230 suggestions in the most recent report, 55 were made to the federal government, 31 to the federal statutory bodies and 144 to state governments.
Not only are GLCs wreaking havoc, basically the specter of mismanagement and abuse of funds within the BN government is really bad it paints a picture of a government that couldn't care less and acts and behaves recklessly and irresponsibly with the people's money.
What is the point of having rules and regulations in place when the weaknesses reported mostly involved inefficiency and failure to comply with the government financial regulations by public servants?
Need for real checks-and-balances

Selangor silap letak Jais bawah Mais, kata bekas mufti Perlis

Bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor adalah satu kesilapan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor adalah satu kesilapan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Isu melibatkan pertikaian agama di Selangor tidak akan selesai selagi polisi agama mengaitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak diperbetulkan, kata bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri yang ditemui di Parlimen, Kuala Lumpur semalam berkata, kegagalan kerajaan negeri Selangor adalah meletakkan Jais di bawah Mais, sekali gus menyaksikan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa kepada agensi penguatkuasaan agama tersebut.
"Saya enggan mengulas soal Bible (yang dirampas) kerana secara umumnya, buku agama orang lain Islam tidak kacau.
"Ada kerumitan tentang Jais bertanggungjawab kepada siapa, dan sejauh mana bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.
Konflik agama di Selangor, terutamanya Islam dan Kristian timbul apabila Jais merampas 321 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara, pada awal tahun ini.
Keengganan Mais untuk memulangkan kitab berkenaan meskipun diarahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail merumitkan lagi keadaan.

Malaysia Negara Islam: Mahasiswa Dihalau Dari Dewan Peperiksaan Angkara Berpurdah

Adakah bimbang dia akan menipu dalam peperiksaan? Jika bimbang dia akan menipu kepada tak periksa dulu apa yang ada dalam purdah dia? Actually kalau nak menipu tak pakai purdah pun boleh je buat. Rasa macam tak adil pula wanita2 yang berpurdah dilayan sebegitu rupa. Apatah lagi kes neh berlaku di Malaysia.
Baca ;


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Status ‘purdah’ saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengaut perhatian besar. Saya sudah lali, bercerita tentang realiti hidup yang saya alami di FB saban hari, dengan tujuan perkongsian. Mana yang elok, ambil. Mana yang tidak elok, tinggal. Tiada niat juga untuk saya meletakkan mereka yang tidak menutup aurat pada status yang rendah, kerana siapa saya untuk menjadi juri. Kalau boleh tidak ingin diperbesarkan, tetapi eloklah menjadi pengajaran.
Malam ini, saya koreksi diri. Bukan saya ingin membuka identiti purdah saya untuk menunjukkan saya ini baik tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya memegang purdah sebagai SUNAT dan itu pilihan. Dan tidak setiap masa juga saya mampu mengenakan purdah, lagi pula saya masih baru dalam lindungan fabrik ini.