Ahad, 15 Jun 2014

Kenapa hanya blogger macai UMNO makan cadbury, pegawai Jakim enggan?

Tak yakin ke?


Awal Jun lalu bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu dilaporkan sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.



Menteri Besar setuju kontrak saya sebagai SU Akhbar ditamatkan - Ust Fadhli

KUALA LUMPUR: Fadhli Shaari menjelaskan bahawa Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bersetuju dengan permohonannya agar kontrak perkhidmatan sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014.
“Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut penjelasan beliau.

Hari ini terlalu ramai yang menghubungi saya melalui telefon, SMS mahupun mesej peribadi di laman sosial bertanyakan status jawatan saya sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Besar berikutan khabar angin bahawa saya telah meletakkan jawatan.
Pada peringkat awal, saya tidak ingin memberikan sebarang respons memandangkan ia hanyalah urusan dalaman pejabat sahaja, namun apabila sahabat-sahabat ramai yang meminta ulasan, saya perturunkan jawapan ringkas saya.

Saya akui bahawa telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Datuk Menteri Besar Kelantan untuk memohon agar kontrak perkhidmatan saya sebagai Setiausaha Akhbar ditamatkan akhir bulan Jun 2014. Ia berikutan perbincangan saya dengan beliau dengan melihat beberapa aspek secara menyeluruh. Pihak YAB Ustaz Datuk Menteri Besar telah menyatakan persetujuan di atas permohonan yang saya lakukan.

Saya juga telah memaklumkan keputusan ini kepada pihak Yang Berhormat Tuan Guru Datuk Bentara Setia memandangkan perlantikan saya dibuat oleh beliau semenjak 7 Februari 2010 iaitu lebih empat tahun yang lepas.

Saya mengambil keputusan ini untuk menumpukan tugas sebagai penjawat politik terutamanya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan ke arah memperkukuhkan organisasi DPPNK yang akan bertindak antara lainnya sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan.

NUTP gesa LPM perjelas pelaksanaan PT3

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)KUANTAN - Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) diminta mengatur pertemuan dengan semua guru yang berkenaan bagi menerangkan berhubung pelaksanaan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula 1 Julai ini.
  
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata, pertemuan itu perlu diadakan dalam tempoh terdekat sebelum peperiksaan itu dijalankan bagi memastikan semua pengetua dan guru memahami aspek pelaksanaannya.
  
"Guru yang dikenal pasti untuk pelaksanaan PT3 itu, perlu memahami proses pelaksanaannya untuk memastikan kelancaran perjalanannya.
  
"Dalam hal ini LPM perlu mengadakan sesi penerangan tersebut dengan segera kerana kita sudah tidak mempunyai banyak masa berikutan pelaksanaannya akan bermula 1 Julai ini," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung TriTahunan NUTP Cawangan Pahang Kali Ke-20, di sini  yang turut dihadiri oleh Pengerusi NUTP Pahang, Kamarozaman Abd Razak.

Menurut Lok, selain itu ketua jabatan dan guru besar juga perlu diberi pemahaman yang lebih mendalam tentang perkara tersebut supaya mereka tahu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaanya nanti.
  

Siapakah Yang Berkuasa Di Negara Ini?

Dua isu yang sedang meresahkan masyarakat sekarang, malah menjarakkan perpaduan dan hubungan antara Islam dengan bukan Islam ialah rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais yang telah diputuskan oleh Peguam Negara sebagai tiada kes dan isu berkaitan penjagaan anak oleh ibu bapa yang berlainan agama.

Dalam kes rampasan Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah oleh Jais tidak berapa lama dulu, Peguam Negara telah memutuskan tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan dan kitab itu diarah dipulangkan kepada pemiliknya, Persatuan Bible Malaysia.

Masalah yang timbul ialah apabila Jais dan Mais atau Majlis Agama Islam Selangor, enggan mematuhi arahan Peguam Negara itu dengan alasan tindakan merampas dulu adalah sesuatu yang betul dan mengikut peruntukan Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (kawalan pengembangan di kalangan orang Islam), meskipun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mahukan ketetapan Peguam Negara itu dipatuhi.

Dalam perkembangan terbaru, Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abdul Wahid turut bertegas bahawa kitab Bible itu tidak akan dipulangkan kerana ia mengandungi bukti yang mengandungi kalimah Allah didalamnya.

Dalam masa yang sama, Peguam Negara, Gani Patail sekali lagi bertegas bahawa tiada sebarang pendakwaan akan dilakukan terhadap Persatuan Bible Malaysia berkaitan rampasan Bible itu, malah menyatakan tiada huraian lanjut akan diberikan berkenaan dengannya selepas ini.

Dalam erti kata lain, kes ini sudah ditutup dan tiada kes akan dibawa ke mana-man mahkamah.

Jika Peguam Negara enggan melakukan pendakwaan, apakah pula mustahaknya Jais dan Mais mahu menyimpan kitab Bible itu? Lebih tidak logik juga apakah perlunya bukti kalimah Allah yang terkandung dalam Bible itu mahu disimpan lagi kalau Gani Patail tetap tidak mahu mengubah pendiriannya?

Sementara isu ini terus berlarutan dan berbalas kenyataan juga makin panas, hakikat yang nyata ialah perkara ini semakin merenggangkan hubungan antara Islam dengan Kristian di negara. Perasaan syak wasangka dan curiga mencurigai tentunya makin tebal akibat perkara ini.

Timbulnya isu ini tidak lain ialah berpunca daripada perjanjian 10 perkara yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Najib Razak dengan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sebelum pilihanraya lalu yang antara lainnya membenarkan Bible bahasa Melayu serta penggunaan kalimah Allah di kedua-dua negeri itu.

Orang jahil sahaja kata hudud tidak adil

SERDANG: Pihak yang mendakwa kononnya undang-undang jenayah syariah atau hudud, sebagai tidak adil, malah memperlekehkan perkara ini, hanya menampakkan sikap jahil mereka sendiri.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, mereka ini sebenarnya telah gagal memahami hikmah kehebatan undang-undang yang menggerunkan orang untuk melakukan kesalahan.
Sebab itu katanya ada dikalangan tertentu yang mengatakan seperti "jika undang-undang hudud ini dilaksana, maka ramailah kena potong tangan".
"Adalah salah akal jika memahami bahawa rakyat akan berlumba-lumba untuk mencuri supaya dipotong tangan dan kaki.
"Apa yang sebenarnya berlaku, ramai kalangan penjenayah akan bertaubat," kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar Tegak Syariat Islam. (Tegas) di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasruddin Hassan yang juga pengarah program.
Katanya, undang undang jenayah syariah adalah bersifat mendidik, bukan menghukum.
Malah ujarnya, ianya mempunyai syarat yang ketat untuk dikenakan hukuman dan hakim pula perlu mencari jalan dengan seboleh-bolehnya untuk membebaskan pesalah.
Dalam pada itu beliau berkata, perjuangan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam ini perlu didahului dengan ilmu dan kesedaran.
Pada masa ini, apa yang wajib katanya adalah membetulkan kefahaman dan menjelaskan salah faham terhadap kekeliruan yang ditimbulkan.
Apatah lagi kata beliau, di saat negara kini sedang berdepan masalah jenayah berat tanpa mengira kaum yang sehingga kini tiada satu pun undang-undang ciptaan manusia dapat mengatasinya.
Dalam seminar sehari ini juga, beberapa kertas kerja turut dibentangkan.

PKR dakwa Syed Mokhtar untung RM2 bilion kerana pengecualian duti import beras

Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider.Ahli Parlimen PKR hari ini mendakwa Tan Sri Syed Mokhtar dapat untung RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import beras melalui Bernas. – Gambar The Malaysian Insider.PKR hari ini mendakwa usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bakal mengaut keuntungan sehingga RM2.25 bilion daripada pengecualian duti import ke atas import beras oleh Bernas.
Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung dalam satu kenyataan berkata, melalui peningkatan tahunan dijangka untuk import beras, Syed Mokhtar yang menguasai Bernas akan terus mengaut keuntungan besar memandangkan syarikat itu monopoli pasaran beras negara.
"Saya terkejut dengan pendedahan menteri pertanian di Parlimen, dalam lima tahun sahaja kerajaan mengecualikan kutipan bernilai RM2.25 bilion (atau purata RM450 juta setahun) atas duti import bagi beras yang diimport oleh Bernas dari 2008 sehingga 2013.
"Statistik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menganggarkan import beras Malaysia pada 2014 akan meningkat sebanyak 24% berbanding tahun 2013, daripada 890,000 tan beras kepada 1.1 juta tan beras pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan itu.
Gooi berkata, Bernas mempunyai monopoli ke atas import beras dan dikecualikan daripada membayar duti import ke atas beras.

Rasuah: Warden penjara hadapi sembilan pertuduhan



mahkamah
ALOR SETAR - Seorang warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan tuduhan menerima suapan bernilai RM2,800 daripada beberapa individu antara Januari 2012 hingga Februari 2013.

Muhammad Hafizal Che Dan, 32, dituduh menerima wang tunai RM400 dengan tiada balasan daripada V Anetha di Malayan Banking Berhad, 175&176, Jalan PJ7, Pekan Jitra 2, Jitra pada 3.38 petang 12 Februari 2012.

Tertuduh yang ketika itu berkhidmat sebagai warden penjara gred KX17 di Jabatan Penjara Malaysia Institut Penjara Tapah juga dituduh menerima wang tunai RM100 daripada K.Devika di tempat sama pada 9.35 malam 19 Januari 2012.

Muhammad Hafizal melakukan tiga lagi kesalahan di tempat yang sama apabila sekali lagi menerima RM100 daripada Devika pada pukul 9.11 malam, 4 Mac 2012, menerima RM100 dariada Chan Yin Ling pada hari sama pukul 4.09 petang dan menerima RM300 daripada A Hemalatha pada 5.37 petang, 14 Januari 2013.

Empat lagi pertuduhan terhadapnya ialah menerima RM600 daripada Hemalatha pada 5.16 petang 10 Februari 2013, menerima RM300 daripada B Darshaini pada 5.47 petang 22 November 2012, menerima RM700 daripada Darshaini pada 7.53 pagi 10 Disember 2012 dan menerima wang tunai RM200 daripada Darshaini pada 5.50 petang 27 Disember 2012.

Husam: Rakyat Masih Musykil Apa Sebenar Isi Kargo MH370?

Rakyat masih tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dibawa oleh kargo MH370, penerbangan yang telah hilang sejak 100 hari yang lalu, demikian dinyatakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa di dalam satu ceramahnya di Sungai Rambai Melaka malam tadi.

"Kenyataan awal menyatakan penerbangan itu membawa bertan-tan buah manggis ternyata tidak masuk akal kerana bukan musim manggis, kemudian dinyatakan bateri lithium sedangkan China adalah pengeluar utama bateri sedemikian, bagaimana mungkin ianya mengimport bateri lithium dari Malaysia?", soal Husam.

Beliau tdak menolak teori bahawa kehilangan MH370 adalah satu konspirasi. Dan yang paling aneh, tragedi itu mendedahkan banyak kelemahan dari aspek keselamatan negara. Kapal selam Scorpene yang dibeli ratusan juta ringgit tidak dapat digunakan di dalam operasi SAR (Search & Rescue) kerana ia dikatakan tidak sesuai untuk melakukan kerja-kerja SAR.

Secara berseloroh beliau menyatakan radar dan setelit yang Malaysia ada pun sudah sama tarafnya dengan teropong buloh Raja Bomoh.

MH370 hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China.

Sejak tempoh itu, usaha misi pencarian melibatkan 26 negara digerakkan untuk mengesan pesawat berkenaan, namun sehingga kini setelah 100 hari kehilangannya, masih belum membuahkan hasil.

Di dalam ceramahnya, ADUN Salor itu juga turut mengulas kenyataan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope yang mendedahkan TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu.

Ani, yang menyifatkan EPU sebagai ‘Economic Plundering Unit’ (Unit Penyamun Ekonomi), memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP) dengan harga yang mahal sehingga tarif elektrik terpaksa dinaikkan dan rakyat menjadi mangsa.

Penjana Tenaga Bebas (IPP) mula wujud apabila seluruh negara bergelap pada 1993 ekoran berlakunya "total blackout" pada tahun tersebut yang menurut Ani blackout itu adalah sengaja dirancang bertujuan mewujudkan IPP di negara ini.

Lagi kes tembakan di Sabah, 2 mati di Sandakan

84043069928-tembak_matiSANDAKAN, 15 JUN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan kesan tembakan di tapak pembinaan Taman Casa Uno di Batu 4, Jalan Utara Bypass.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata pihak polis menerima laporan mengenai penemuan dua mayat itu daripada orang awam pada pukul 11.30 pagi tadi.
Beliau berkata mayat anggota PGA itu berpakaian biasa manakala pengawal itu merupakan penjaga tapak pembinaan tersebut.
Bernama melaporkan kedua-dua mayat ditemui terbaring berhampiran pagar masuk utama ke tapak pembinaan itu.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat, katanya.
Fadzil berkata identiti anggota PGA dan pegawal keselamatan itu belum dikenal pasti dan pihaknya turut menemui sepucuk pistol di tempat kejadian.

Belanjawan Selangor 2015: RM17 juta bina Maahad Tahfiz Sains Integrasi

murid tahfiz 25 julai 01SELAYANG, 15 JUN: Kerajaan Selangor dijangka memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi membiayai pembinaan sebuah Sekolah Maahad Tahfiz Sains Integrasi dalam Belanjawan 2015 nanti.
Sekolah yang dibina mengikut spefikasi berdasarkan piawaian standard Kerajaan Selangor itu dibina berikutan peningkatan kecenderungan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama sekaligus melahirkan lebih ramai ilmuan agama dari kalangan anak muda negeri itu.
Exco Agama, Sallehen Mukhyi berkata, sekolah ini akan dibina mengikut spefikasi tetap berdasarkan piawaian yang ditetapkan Kerajaan Negeri.
“Kita juga sudah menetapkan satu kadar dan spefikasi yang standard untuk sesebuah sekolah. Pada masa ini Kerajaan Negeri ada kecenderungan untuk menjadikan Maahad Tahfiz Alam Impian yang dibina bersekali dengan masjid sebagai model.
“Kalau mengambil Sekolah Maahad Tahfiz Alam Impian sebagai model, kos pembinaannya memerlukan RM30 juta tetapi kalau tanpa masjid iaitu sekolah sahaja lebih kurang RM17 juta bagi membina sebuah sekolah yang mempunyai bangunan tiga tingkat yang lengkap,” kata Sallehen ketika ditemui Selangor Kini dalam majlis Pecah Tanah Fasa 1 Sekolah Agama Rakyat (Kafa) Integrasi Masjid Al-Firdaus Bandar Baru Selayang di sini, hari ini.

Bible tidak akan dipulangkan kerana PBM guna kalimah Allah, ‎kata Mufti Selangor

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid (gambar) berkata bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak akan dipulangkan kerana jelas Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) menggunakan kalimah Allah.
Beliau berkata terdapat bukti kukuh PBM melanggar enakmen negeri dengan menggunakan kalimah Allah dalam terbitan bible berkenaan.
“Bagaimana kita mahu memulangkan sesuatu yang diklasifikasikan sebagai bahan bukti,” katanya kepada portal berita The Star hari ini.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih berpegang kepada kenyataan sebelum ini tiada pendakwaan yang akan dilakukan kepada PBM selepas Jais merampas bible bahasa Melayu dan Iban dari premis persatuan itu, Januari lalu.
Katanya, tiada huraian lanjut perlu diberikan kerana kenyataannya pada Rabu jelas menerangkan segala-galanya.
“Saya sudah membuat kenyataan sebelum ini. Saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut.
“Saya berpegang kepada pandangan saya,” katanya kepada akhbar milik Umno Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Mengulas kenyataan Tamyes, Pengerusi Biro Guaman Pemuda MCA Choo Wei Sern berkata keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) merupakan ancaman serius kepada keadilan negara.
“Ia jelas tidak menghormati undang-undang dan hak rakyat Malaysia mengamalkan kepercayaan agama masing-masing berlandaskan Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada The Star.

Parlimen patut contohi speaker Selangor benarkan bahas usul hudud, kata penganalisis

Para penganalisis berkata Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut mengambil contoh daripada rakan sejawat mereka di Selangor yang membenarkan usul pembangkang, Hannah Yeoh dibentangkan dan dibahaskan. – Gambar fail,15 Jun, 2014.  
Para penganalisis berkata Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut mengambil contoh daripada rakan sejawat mereka di Selangor yang membenarkan usul pembangkang, Hannah Yeoh dibentangkan dan dibahaskan. – Gambar fail,15 Jun, 2014.  

Apa yang boleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain pelajari daripada keputusan Selangor membenarkan pembangkang membawa usul mengenai hudud?
Satu: Untuk menjadi sebahagian daripada demokrasi matang yang sentiasa berubah bermakna mempunyai keberanian dan kemahuan membenarkan sebarang isu dibahaskan secara terbuka, tidak kira sama ada ia akan membuatkan pihak lain berasa tidak selesa.
Dua: Ia akan memberi perhatian terhadap pembangkang, terutamanya kepada kualiti wakil yang dipilih daripada segi perdebatan dan tingkah laku.
Di Parlimen di mana usul yang dibawa oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat kerap dibuang, Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalannya perlu mencontohi rakan sejawat mereka di Selangor, yang membuat keputusan membenarkan usul pembangkang, Hannah Yeoh dibentang dan dibahaskan, kata para penganalisis.
Walaupun Umno Selangor melakukan pusingan-U dan menarik balik usul itu, penganalisis berkata memberi kebenaran ia dibahaskan menunjukkan pemahaman negeri undang-undang jenayah Islam menimbulkan minat kepentingan awam yang berhak untuk dibincangkan.
"Dengan membenarkan usul daripada pembangkang itu menunjukkan persidangan DUN Selangor adalah lebih demokratik.
“Ini adalah satu perkembangan yang sihat, " kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.
Beliau mengakui jarang dilihat melihat pembangkang dibenarkan membentangkan usul menyentuh isu kepentingan awam – seperti dalam kes perundangan Selangor – menegaskan ia perkara biasa di negara yang mempunyai demokrasi lebih matang.
"Sudah tiba masanya Parlimen menjadi lebih terbuka dalam membincangkan isu berkaitan dengan rakyat," katanya.
Di Parlimen, terdapat dua jenis usul, iaitu usul kecemasan dan biasa.
Usul kecemasan biasanya memerlukan notis sehari dan perlu memenuhi Perintah Tetap 18 (1), yang bermakna ia adalah penting, spesifik dan berkepentingan awam.

Mais Dan Jais: 'Selangor berlembut kerana politik' - Shahredzan Johan

Seorang peguam, Shahredzan Johan berkata beliau melihat bahawa tindakan lemah lembut kerajaan negeri ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) lebih bersifat politik dan bukan atas faktor perundangan.

Peguam itu berkata hal ehwal agama berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri, maka ia bertanggungjawab untuk menyelia tindakan dan tingkah laku pihak berkuasa tersebut.

"Maka, persoalannya mengapa kerajaan negeri tidak boleh mengawal mereka? Jawapannya lebih kepada politik berbanding perundangan.

"MAIS dan JAIS adalah badan agama, mereka dilihat berada bawah (kuasa) sultan. Maka kerajaan negeri tidak mahu dilihat menentang sultan, walaupun realitinya mereka perlu sentiasa (menjalankan fungsi semak dan imbang) ke atas JAIS dan MAIS.

Kedua-dua pihak berkuasa itu mencetus kontroversi sekali lagi apabila melanggar ketetapan Peguam Negara dan enggan memulangkan 321 naskhah Bible dalam bahasa Melayu dan Iban yang dirampas dari Persatuan Bible Malaysia pada Januari.

Syahredzan memberi alasan, walaupun sultan masih menjadi ketua agama Islam di negeri, badan seperti JAIS dan MAIS masih perlu menjawab kepada kerajaan negeri, yang dipilih orang rakyat kerana Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Pertahan Imej JAKIM: Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan..!!

ASM pertahan imej JAKIM, tidak gentar dikecam
KUALA LUMPUR: “Kami  tidak takut dikecam. Malah sanggup berdepan dengan mana-mana individu sekalipun.” Itulah pengakuan berani yang disuarakan Presiden Aktivis Siber Malaysia (ASM), Md Faisal Ahmad yang mempertahankan imej JAKIM susulan isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini ada DNA babi.

Katanya pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam.”

Tambahnya lagi kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.
Ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut menjamah coklat Cadbury itu, tegas Md. Faisal pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Dalam pada itu pihak Astro AWANI yang cuba untuk mendapatkan reaksi daripada wakil pegawai JAKIM berkenaan isu jamah Cadbury, gagal untuk mendapatkan beliau.
Macai "Muka Coklat"....Depa Tak Tolak Asal Masyuk..!!!

Dalam pada itu, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Roast Almond dan Hazelnut dibiarkan utuk tempoh tiga bulan.

Kapitalis Kotaraya: Pemimpin UMNO membisu lihat penduduk Kampung Chubadak meraung dan diusir

"Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,".
 
Itu kata seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal Kampung Chubadak Tambahan yang dipaksa keluar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memajukan kawasan tersebut.
 
Kata mudah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen.
 
"Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri.
 
"Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami.
 
"Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami," katanya penuh kesal.
 
Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu.
 
"Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami?
 
"Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa?

Seng Giaw bidas Kesatuan Sekerja MAS


Dr Tan Seng Giaw

KUALA LUMPUR - Kesatuan-kesatuan pekerja Malaysia Airlines (MAS) dikecam oleh seorang Anggota Parlimen (MP) paling lama berkhidmat kerana menghalang usaha untuk memulihkan MAS dengan tuntutan dan ancaman yang "tidak munasabah".

Dr. Tan Seng Giaw, MP bagi Kepong yang telah berkhidmat selama lapan penggal, berkata, "kisah MAS" telah berlanjutan terlalu lama iaitu lebih 40 tahun manakala kesatuan-kesatuan semakin kukuh hingga boleh menggugat syarikat penerbangan nasional yang bermasalah itu sendiri.

"Memandangkan kesatuan-kesatuan ini sudah lama dan mantap, mereka membuat tuntutan-tuntutan yang menakjubkan. Jika ada kesatuan-kesatuan yang tidak memahami kedudukan industri penerbangan hari ini, MAS tidak boleh bertahan. Jika mereka membuat terlalu banyak tuntutan, bagaimanakah MAS hendak terus hidup?" tanya Dr. Tan Seng Giaw, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Dewan Rakyat.

Antara lain Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan-kesatuan sekerja dalam MAS, baru-baru ini mengancam melancarkan mogok jika tuntutannya supaya eksekutif-eksekutif pengurusan penting syarikat itu disingkirkan dan agar kerajaan campur tangan dalam syarikat itu tidak dipenuhi.

MASEU tidak berpuas hati dengan percubaan pengurusan untuk menyusun semula MAS yang merangkumi ura-ura untuk menjual bahagian kejuruteraannya dan perniagaan-perniagaan bukan teras lain.

Dalam tahun 2011 dan 2012, kesatuan-kesatuan pekerja MAS juga membantah cadangan penggabungan antara syarikat itu dan AirAsia, iaitu suatu langkah yang disambut baik oleh banyak pihak sebagai permulaan baharu bagi MAS, termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isu Bible: MB panggil Exco, MAIS & Penasihat Undang-Undang tetap keputusan

MBSHAH ALAM 15 JUN: Kerajaan Selangor mengambil perhatian kenyataan dikeluarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Adzib Mohd Isa berkenaan isu pengambilan Bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi memanggil mesyuarat bersama Mufti Negeri Datuk Seri Setia Mohd Tamyes Abd. Wahid, Exco Agama mSalehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan perbincangan pada minggu hadapan.
“Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus,” kata Menteri Besar dalam kenyataan media.
Khamis lalu, Peguam Negara memutuskan kes BSM ditutup kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan Kerajaan Negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengedali barang kes yang diambil daripada BSM.
Kerajaan Negeri kemudiannya meminta JAIS mendapat khidmat nasihat Salehen dan Datuk Nik Suhaimi tentang prosedur dan tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.
Terdahulu, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara menutup kes dan mendakwa Kerajaan Negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan barang kes kepada BSM.

Umno lebih berminat sogok rakyat dengan hiburan

TANAH MERAH: Rakyat usah mengharapkan Umno bagi membina manusia mengikut acuan ditetapkan agama kerana parti itu tidak berminat berbuat demikian.

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Umno hanya berminat membina jalan raya, jambatan dan membuat bangunan yang lebih bersifat fizikal semata-mata.

Katanya, beliau tidak yakin Umno mampu membina manusia sejajar dengan apa yang dikehendaki agama.

“Umno lebih berminat menyogok rakyat dengan hiburan. Sambut tahun baru dengan hiburan, sambut raya pun hiburan dan segala-galanya dengan hiburan.

“Bagaimanapun kita hendak menjadikan bangsa Melayu lebih maju sehingga mampu menjadi pengembara yang boleh menyebarkan Islam  ke seluruh dunia,” katanya pada ceramah di Kedai Gual Ipoh malam tadi.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Wan Yusoff Wan Mustapha, Penyelia Dun Gual Ipoh, Mohd Razali Yusof dan wakil PKR Tanah Merah.

Muhammad yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat dalam misi jelajah penerangan di Kelantan. Malam semalam beliau berceramah di Gua Musang dan malam ini di Jeli.

THE ANWAR LINK?100 days on, sinister groups still out to blame MH370's Capt Zaharie - WHY?

THE ANWAR LINK?100 days on, sinister groups still out to blame MH370's Capt Zaharie - WHY?SOME consider him the prime suspect behind aviation’s greatest mystery, but the family of MH370 pilot Captain Zaharie Ahmad Shah have never wavered in their belief in him.
Today marks 100 days since MH370 disappeared with 239 aboard, and in that time Zaharie has been linked to a mystery “other woman” and even accused of using his at home flight simulator to plot a plane crash in an act of domestic terrorism to support controversial Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim.
But none of this is true, say his family in an exclusive interview, and there are several good reasons why.
“There are two reasons for Arie to still be alive. This is his best friend, this grandson of his,” says Zaharie’s brother in law, Asuad Khan, pointing to a photograph of five-year-old Ahmad Naufal Khan. “He was devoted to the little boy.”
“And this is the other reason,” he says, showing a photograph of Capt Zaharie and his daughter Aishah.
“That’s the reasons he would want to continue living.”

Daddy’s girl ... Captain Zaharie Ahmad Shah and daughter Aishah Zaharie. Source: Facebook
Daddy’s girl ... Captain Zaharie Ahmad Shah and daughter Aishah Zaharie. Source: Facebook. Source: Facebook
Describing him as a passionate pilot who devoted his life to Malaysia Airlines, which he joined in 1981, the family also spoke of an ordinary dad who was fun to be around, loved a joke, fixing things and cooking.
Family photographs show the pilot and his grandson playing with toys, jumping on a trampoline, blowing bubbles and wearing masks.
Mr Khan speaks on behalf of the family. He says his sister Faizah Khanum is not yet ready to speak publicly, especially with no idea of where the plane ended up.
Mrs Khanum has moved out of the home she and Capt Zaharie shared in Shah Alam and she is currently living with their younger son and daughter in their second home in Subang, a suburb of Kuala Lumpur.
Not to blame ... Asuad Khan says his brother-in-law — MH370 pilot Capt Zaharie Ahmad Khan
Not to blame ... Asuad Khan says his brother-in-law — MH370 pilot Capt Zaharie Ahmad Khan — was a loving family man. Source: News Corp Australia
Mr Khan says the home in Shah Alam holds too many memories for his sister and too much of it reminds her of Arie.
“She can’t bear to be there right now because there are too much memories. She said she can’t stay there,” Mr Khan said.
She is coping outwardly.

100 hari MH370 hilang, di manakah berakhir?

Stealth MH370SHAH ALAM 15 JUN: Penerbangan Malaysian Airlines (MAS) MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 12.41 tengah malam 8 Mac selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing.
Sejak 100 hari pada hari ini, misteri kehilangan MH370 masih belum terungkai berhubung lokasi paling tepat pesawat itu mengakhiri penerbangannya.
Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan dan model ke-404 yang bina oleh syarikat Boeing.
Kehilangan itu juga menjadi tajuk berita utama dunia untuk beberapa minggu dengan laporan dan analisis khas mereka dalam memberikan petunjuk kehilangan dianggap antara paling misteri dalam sejarah penerbangan moden.
Pencarian itu melibatkan empat lautan yang bermula di Laut China Selatan meliputi Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka, Lautan Andaman dan akhirnya ke Selatan Lautan Hindi.
Pelbagai teori dan spekulasi berlegar di laman maya nasib MH370 sejak hari kehilangannya dengan pertamanya mendakwa pesawat itu mendarat di Nanming, China selepas beberapa jam pesawat MH370 disahkan hilang.
Diego_Garcia_BSFPencarian mencari dan menyelamat MH370 digerakkan lebih 20 buah negara melibatkan pelbagai aset udara, darat dan laut serta penggunaan satelit pengimejan berkuasa tinggi milik kuasa besar dunia namun tidak membuahkan hasil positif.
Antara teori MH370 yang popular adalah pesawat itu ‘disorok’ oleh Amerika Syarikat di pangkalan Tenteranya di Kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi kerana pesawat itu membawa aset ketenteraan bernilai tinggi.
Diego Garcia adalah pangkalan tentera Amerika Syarikat yang mempunyai landasan kapal terbang yang membolehkan pesawat besar mendarat dan mempunyai kemudahan untuk ‘menyorokkan’ daripada pandangan satelit.
Namun teori disanggah oleh White House yang mengeluarkan kenyataan menafikan mereka terlibat dalam insiden itu.
Air_traffic_radar__2941272bTerdapat beberapa petunjuk salah, termasuk tumpahan minyak ditemui di Laut China Selatan dan serpihan. Bagaimanapun semakan kemudian mendapati ianya bukanlah minyak atau serpihan daripada pesawat MH370.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kejadian 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria.
Kejadian itu mirip kehilangan MH370 apabila hilang daripada radar di menara kawalan apabila transponder pesawat itu didakwa dimatikan.
Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.
Sebelum ini, seorang pelayar laut warga Britain mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar berdekatan Thailand pada pagi pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Kerajaan UMNO@BN jangan kelirukan data Kidex

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata kerajaan pusat tidak harus mengelirukan orang ramai dengan mempertahankan data yang tidak tepat untuk menyokong pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Pua berkata, sokongan Menteri Kerja Raya Datuk Fadhillah Yusof ke atas projek tersebut menunjukkan kementerian tidak melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian konsesi Kidex.

"Kami menyeru Datuk Fadhillah Yusof tidak mengelirukan orang ramai hanya kerana Kerajaan Persekutuan tidak melakukan kerja rumah dan terus menandatandatangani perjanjian konsesi Kidex selama 48 tahun itu," katanya.

Dalam kenyataannya, Pua berkata, jumlah dari sumber kerajaan dan sumber Kidex berhubung pengurangan lalu lintas yang terhasil di jalan sedia ada melalui penggunaan lebuh raya baru itu juga berbeza

Fadhillah pada minggu lalu menyebut, Kidex mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) sebanyak 20 hingga 30 peratus, apabila beroperasi nanti.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Kidex, Dr Shaharizuan Shafiei sendiri hanya berani mengakui bahawa Kidex akan mengurangkan lalu lintas di 16 jalan raya tempatan sebanyak 20 hingga 30 peratus apabila selesai," kata Pua.

Katanya, Shaharizuan juga memberitahu, lalulintas di 23 jalan raya tempatan akan berkurang sebanyak 20-30 peratus dari tahun 2028.

Pua seterusnya berkata Shaharizuan gagal memberitahu fakyat laporan awal Kajian Impak Lalulintas (TIA) tersebut meliputi 43 jalan, di mana sebahagiannya meningkatkan penggunaan trafik sehingga 233 peratus selepas Kidex beroperasi.

Mengikut laporan awal TIA itu, jalan utama seperti Jalan Bukit Jalil Indah bakal menghadap peningkatan kesesakan sebanyak 233 peratus Jalan Changgai (109 peratus), Jalan Sultan (58 peratus) and Jalan Barat (35 peratus), kata Pua.

TIA liputi 43 jalan

Kenapa UMNO@BN terdiam bila MAIS tolak keputusan AG, enggan pulangkan Bible..!!

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan memulangkan kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Dalam mesyuarat khas badan itu semalam, MAIS juga tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk tidak meneruskan pendakwaan kepada persatuan itu.

"Alasan yang diberilan oleh pihak peguam negara untuk tidak menuduh ppihak yang terlibat boleh mengelirukan akidah di kalangan umat Islam," kata Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan bahawa majlis itu membuat ketetapan tidak bersetuju dengan arahan exco kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan kitab Bible yang dirampas kepada BSM.

"PIhak MAIS juga menegaskan bahawa keputusan exco kerajaan negeri Selangor tersebut adalah di luar bidang kuasa mereka," katanya.

Pada Rabu lalu, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail menyebut kes rampasan itu kini ditutup dan pendakwaan tidak akan diteruskan.

Dilaporkan JAIS telah merampas sebanyak sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dan 10 bahasa Iban di dalam 16 kotak ketika melakukan serbuan ke pejabat BSM 2 Januari lalu.

MH370: Waris sambut Hari Bapa dalam duka

Satu persatuan mewakili keluarga penumpang dan kru penerbangan MH370, Voice370 akan mendedahkan satu video ucapan Hari Bapa, sempena memperingati 100 hari kehilangan pesawat tersebut.

"Kami berharap, dengan menyatakan keyakinan dan harapan kepulangan mereka, kita dapat meneruskan usaha untuk mendapatkan maklumat yang perlu untuk mencari individu tersayang," kenyataan persatuan itu dipetik.

Ia juga akan menerbitkan siri tulisan dan surat bagi memperingati kehilangan pesawat tersebut.

Video dan tulisan berkenaan boleh disaksikan di laman Facebook Voice370.

Dalam satu perkembangan berkaitan, kumpulan itu berkata ia telah menerima jawapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang MH370, Hamzah Zainuddin dan akan mengadakan pertemuan dengan timbalan menteri luar.

"Kami berharap akan dapat menubuhkan rangka kerja untuk menangani isu yang dibangkitkan oleh para waris seberapa segera...," surat itu dipetik.

Hubbul Watan atau Kecintaan kepada ibu pertiwi

Ramai dikalangan kita, terutama bangsa Melayu adalah penyokong sistem raja berpelembagaan. Ini bererti kita mahukan raja Melayu kita terus ujud, tapi mereka tertakluk kepada perlembagaan. Ertinya juga, oleh kerana perlembagaan itu adalah undang2 tubuh nya negara kita, yang dihasilkan oleh pemikiran pemimpin rakyat, raja2 Melayu itu tertakluk kepada kehendak rakyat jelata.
Sebagai orang Melayu, raja Melayu adalah sebahagian dari budaya dan warisan budaya. Mustahil kita membuang budaya kita. Dalam budaya Melayu, raja2 Melayu itu bahagian integral dalam budaya kita seperti bahasa dan agama orang orang Melayu. Buang nya, bererti kita membuang sebahagaian dari diri kita sendiri.
Perkara ini mesti dnyatakan seawal ini sebelum ada pihak yang menuduh Melayu durhaka. Kita menolak idea raja mutlak kerana idea konsentrasi kuasa keatas rakyat yang berada dalam tangan seorang secara mutlak, adalah idea yang bertentangan dengan piagam seorang manusia yang jasadnya merdeka dan berjiwa merdeka. 
Kita tidak mahu kezaliman raja Melayu menyebabkan anak Melayu menulis seperti yang pernah ditulis oleh Thomas Jefferson mengenai Raja George 111 dengan menggelar raja Gerorge sebagai : usurper, plunderer , oppressor. Tapi kalau raja2 Melayu melampauai batas keadilaan- saya yakin suatu hari yang terdekat , ada anak Melayu yang akan menyebut raja2 Melayu sebagai : penguasa yang tidak sah, perampas dan penindas.
Nabi Muhammad sendiri berakata: besar dan muliakan akan kamu Sultan (iaitu pemerintah) kerana mereka itu kebesaran dan bayangan Allah dimuka bumi- selagi mereka itu adil.

Mohon maaf jika saya terkasar bahasa - Felixia

KUALA LUMPUR: “Mohon maaf jika saya tersalah atau terkasar bahasa, tapi saya rasa saya lebih berminat untuk mengetahui keindahan agama Islam,” tulis Felixia Yeap menerusi facebook, semalam.

Beliau seterusnya menulis sebagaimana di bawah.

Apa yang serba-sedikit mengecewakan saya sebagai seorang yang baru mula mengenali agama Islam?

Apabila saya terlalu kerap ditegur oleh orang yang hanya memandang berat tentang kuku saya, tentang gambar lama saya, tentang hal silam saya, tentang bila saya nak masuk Islam, tentang saya tidak harus tidak bertudung di rumah sendiri (walaupun telah di"blur"kan), tentang kenapa saya bertudung tapi tak masuk Islam, tentang saya dah Islam ke belum, tentang betapa salahnya seseorang itu mengambil gambar selfie...etc, etc, ETC.

Tapi teramatlah jarang sekali orang memberitahu saya tentang keindahan ajaran agama Islam, setiap kebaikkan Nabi Muhammad SAW yang kita harus ikuti, keperibadian yang baik setiap isteri Nabi Muhammad SAW yang harus kita sebagai wanita contohi, ketenangan yang boleh saya pelajari melalui setiap ajaran agama Islam, dan sebagainya.

Cukai: LHDN pilih kasih, beri diskaun kepada hartawan, kata akhbar UMNO

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada hartawan dan syarikat besar berbanding pembayar cukai individu, kata Utusan Malaysia.
Pengarang akhbar milik Umno itu yang menggunakan nama Awang Selamat menerima laporan daripada pembayar cukai individu terhadap sikap pilih kasih LHDN dalam urusan kelewatan membayar cukai.
“Antaranya aduan memohon pengurangan denda kerana terlewat membayar cukai, yang bukan saja tidak dilayan malah tidak dijawab surat rayuan mereka.
“Lain pula ceritanya apabila berurusan dengan seorang bilionair sehingga boleh mendapat 'diskaun' lebih RM100 juta.
“Itu pun melalui ansuran selama 18 bulan, yang rakyat biasa tidak akan menikmati diskaun dan kelonggaran luar biasa itu,” katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Bagaimanapun, Awang Selamat berkata, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan namun ia sememangnya hangat diperkatakan.
Katanya, kes berkenaan melibatkan kepentingan umum dan Utusan Malaysia menggesa LHDN tampil memberikan penjelasan.
“Memandangkan ia isu kepentingan awam, LHDN wajar tampil memberi penjelasan termasuk menafikannya jika hal tersebut tidak benar,” katanya.
Awang Selamat berkata, jika ketirisan berkenaan tidak ditangani secara serius, Malaysia akan menjadi seperti Mexico yang kehilangan 30% hasil pendapatan akibat penipuan dan mengelak daripada membayar cukai.
“LHDN boleh mengutip lebih banyak hasil jika lebih efisien dan tidak mengira bulu.
"Aneh di Malaysia, tiada jerung besar yang didakwa kerana kesalahan tersebut walaupun gejala itu diketahui berlaku,” katanya.

Kapitalis Kotaraya: Pekerja DBKL menangis terpaksa roboh rumah Kampung Chubadak

Maka menangislah warga-warga emas di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur selepas rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun dirobohkan tanpa belas.
 
Rata-rata yang tinggal di situ adalah masyarakat Melayu yang telah pun memohon untuk mendapatkan status hak milik yang kini dikhabarkan sedang dalam proses untuk dikeluarkan.
 
Melihatkan kesungguhan penduduk mempertahankan hak mereka, rasanya mereka ada bukti sahih permohonan masing-masing memang sedang dalam proses untuk menjadi kenyataan.
 
Malah mereka juga telah mendapat surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2014 yang menghalang mana-mana pihak daripada menceroboh atau meroboh rumah mereka buat sementara waktu.
 
Namun apapun alasan yang diberi walau keluar air mata darah sekalipun, jentolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan kerja merobohkan rumah-rumah di situ.
 
Semuanya kerana tugas dan mereka bukanlah sengaja datang hendak menghalau penduduk jika tidak ada arahan daripada pihak atasan.
 
"Kami faham perasaan mereka yang enggan keluar tetapi apa daya kami untuk tidak merobohkan rumah-rumah di situ kerana kami hanya menjalankan tugas sebagai pekerja.
 
"Kalau kami dipandang benci sekalipun, kami perlu menjalankan tugas yang diarahkan walaupun hakikatnya kami juga ada perasaan tidak sampai hati,” kata seorang pekerja DBKL yang enggan namanya disiarkan. 
 
Katanya, setiap kali melihat warga-warga emas di situ merayu dan merintih, hati kecilnya tersentuh tetapi dia melakukannya kerana terpaksa demi tugasan yang dipertanggungjawabkan.
 
"Saya dan rakan-rakan sekerja dimaki, dicaci sepanjang kami bekerja tetapi kami hanya mendengar. Kami faham apa juga alasan yang kami beri, mereka tidak akan terima.
 
"Sebenarnya, kalau perkara itu berlaku dalam keluarga saya pun saya tidak boleh terima dan pasti saya akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mereka.
 
"Tapi inilah kerja saya dan punca rezeki untuk menyara keluarga. Kalau saya tidak melakukannya, saya akan dikenakan tindakan disiplin atau macam-macam lagi yang pasti akan menjejaskan kerja saya," ujarnya.
 
Pun begitu katanya, dia mengharapkan apa yang berlaku di Kampung Chubadak akan berakhir dengan sesuatu yang boleh memuaskan hati penduduk di situ.
 
"Saya hanya orang bawahan yang turut merasakan kesedihan mereka. Jadi, mudah-mudahan, selepas kejadian ini, ada pihak yang akan datang membantu mereka untuk menenangkan keadaan agar kesedihan yang ditanggung dapat diredakan," katanya.

Gelandangan: Mereka juga manusia


TIADA siapa tahu sebab mereka menjadi gelandangan namun sebungkus nasi adalah rahmat yang amat besar kepada kumpulan ini. Foto FAZRY ISMAIL.
TIADA siapa tahu sebab mereka menjadi gelandangan namun sebungkus nasi adalah rahmat yang amat besar kepada kumpulan ini. Foto FAZRY ISMAIL.
Kotor, busuk, selekeh, pemalas. Itu gelaran-gelaran yang sinonim dengan gelandangan atau juga dipanggil kutu rayau.
 
Malah mungkin ada yang memandang jijik kepada golongan tersebut, mungkin ada yang dengan mudah menuduh mereka penjenayah mahupun perosak imej negara.
 
Bagi Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid gelandangan juga adalah manusia biasa yang perlu dihormati dan berhak menerima layanan baik.
 
Jelasnya, fitrah seorang manusia mahukan kehidupan sempurna namun mereka mungkin tidak begitu bernasib baik seperti orang lain.
 
Ada yang mempunyai pekerjaan tetapi masih belum mampu untuk menyewa tempat tinggal sendiri apatah lagi golongan yang tidak mempunyai pekerjaan langsung, orang tua, kanak-kanak dan penagih dadah serta golongan yang mempunyai masalah kesihatan.
 
Itu antara sebab mengapa mereka terpaksa tinggal berselimutkan kesejukan di kaki-kaki lima kedai saban malam.
 
Gelandangan juga perlukan tempat mengadu nasib.
 
"Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan proaktif di dalam menghulurkan bantuan kepada golongan gelandangan dan bukannya hanya menahan mereka.
 
"Kenapa tidak sediakan tempat tinggal seperti sebuah asrama tetapi mereka bebas untuk keluar masuk dan melakukan aktiviti harian, kerana jika kita mendekati golongan ini, kita akan dapati mereka sukakan kebebasan.
 
"Tetapi sebagai manusia, mereka juga mahu keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan penjagaan kebersihan dan kesihatan.
 
"Jika kerajaan menyediakan tempat sedemikian, pastinya isu gelandangan dapat dikurangkan, jika tidak dihentikan seratus peratus. Para NGO pula boleh bertugas menjaga pusat-pusat tersebut secara bergilir," katanya kepada Malaysia Gazette di sini.
 

Pimpinan yang tidak berkepimpinan - Part 2

Aspan Alias
 
Saya menulis lagi sebagai sambungan kepada apa yang saya tulis dalam posting semalam dengan bahasa yang mudah seperti yang saya selalu lakukan. Bahasa yang mudah, tanpa istilah-istilah berat ini, diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih tentang apa yang dimaksudkan dalam tulisan ini oleh ramai yang mahukan kebenaran dan kesedaran yang sejati.
Apabila sebuah rumah yang sudah reput di banyak sudutnya, kita tidak boleh memperbaikinya dengan hanya memperbaiki reputan itu dengan menampal dan menyambung yang putus sahaja. Sampai bila kita hendak membuang masa untuk memperbaiki rumah yang sudah reput di setiap sudut rumah itu?
Yang terbaik ialah dengan membina rumah baru diatas tapak yang sedia ada kerana tidak semua orang mempunyai dan boleh membina rumah baru ditapak yang lain, lebih-lebih lagi bagi politik negara kita yang sangat sofistikated ini.
Apabila dinding yang roboh itu diperbaiki, tidak lama lagi kita terpaksa memperbaiki pula lantai dan rasuk rumah yang juga sedang mereput itu. Sudah selesai memperbaiki lantai dan rasuk rumah yang reput itu selepas raya nanti terpaksa pula memperbaiki ‘ceiling’ yang sudah bocor pula, atau tiang sendi yang sudah dimakan anai-anai.
Itu sebabnya saya selalu memberikan pandangan dari tepian selama ini agar ada yang akan membuat ‘initiative’ untuk membina sebuah negara dan politik yang baru yang berlandaskan kepada tapak yang sedia ada. Maksud saya keadaan politik negara kita berlandaskan kepada kerjasama diantara kaum yang sihat dan bukannya memberikan tumpuan kepada kaumnya sendiri dan berteriak sebagai parti berbilang kaum di mana-mana.
Asas kerjasama diantara kaum itu telah lama wujud hasil dari perundingan pemimpin semua kaum terdahulu. Malahan kerjasama yang begitu utuh itulah yang menjayakan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin berbagai kaum di negara ini yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan negara. Sebelumnya kemerdekaan kita telah diperjuangkan oleh banyak pertubuhan dan pemimpin-pemimpinnya.
Perikatan telah membuatkan kaum Cina bersatu dibawah MCA, kaum India bersatu dibawah MIC dan kaum Melayu yang terbesar itu bersatu dibawah UMNO. Ketiga-tiga parti ini memperkuatkan penyatuan kaum masing-masing dan ketiga-tiga parti ini bekerjasama dalam satu pasukan dengan begitu baik sekali.
Pendeknya parti berbilang kaum itu sudah wujud lama dinegara ini. Ia wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi dan semasa itu parti itu dinamakan PERIKATAN yang bersimbulkan kapal layar. Itulah parti berbilang kaum yang sebenarnya. Selepas berlakunya pertumpahan darah pada Mei 1969 dahulu bentuk rupa Perikatan ini telah diubah dan diperbaiki dengan menambah bilangan parti berbilang kaum itu dengan pertambahan parti-parti mengikut kaum dari Sabah dan Sarawak, sejak kewujudan Persekutuan Malaysia dahulu. Nama parti yang mengantikan Perikatan itu ialah Barisan Nasional dengan dianggotai oleh 14 parti-parti di dalamnya.
Penubuhan BN anjuran Tun Abd Razak ini telah difikirkan dengan begitu teliti seperti juga yang dilakukan dalam penubuhan Perikatan yang di usahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin berbagai kaum sebelum itu. Semua perkara diambil kira dan ia memakan masa yang agak lama sebelum ianya di wujudkan secara resmi.
Ia menambah baik dengan dasar-dasar BN yang menyelesaikan masalah-masalah yang sedikit sebanyak wujud dalam Perikatan sebelum itu. BN telah mendapat sokongan yang paling hebat semasa pilihanraya 1974 dengan sokongan yang padu dari semua kaum dan rakyat yang berbilang agama dan cara hidup itu. Semasa itulah DEB wujud sebagai dasar memperbaiki kelemahan sedikit sebanyak yang wujud dalam Perikatan dahulu.
Negara maju dengan pantas dan kelihatan perpaduan diantara kaum itu. Apa sahaja dasar yang dibentuk dan digubal mendapat sokongan semua pihak dan semua memahami yang perpaduan kaum merupakan ‘ultimate’ bagi negara kita.
Tidak ada bangsa yang mahu kelihatan negara rosak lagi, dan semua mengakui pengagihan kekayaan diantara kaum yang seimbang merupakan perjuangan semua kaum. Semua mengakui hakikat yang tidak akan aman negara ini jika ada kaum yang ketinggalan dalam semua bidang apatah lagi jika kaum itu adalah kaum majoriti negara ini. Matlamat kita ialah untuk membina bangsa-bangsa dalam negara, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah'. Itulah ‘ultimate’ kita dan telah dipersetujui oleh semua kaum.
Banyak sebab kenapa BN begitu mendapat sokongan dari rakyat. Ia bukan setakat dasar yang ampuh yang digubal, tetapi yang lebih dari segala-galanya ialah sikap dan nilai pimpinan.  Yang memimpin kerajaan BN itu, terutamanya semasa zaman pencipta BN itu, Tun Razak dan panggantinya Tun Hussein Onn. Rakyat nampak dengan jelas kejujuran dan niat pimpinan yang benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang di idamkan dan dengan dasar gubalan semasa itu.
Di zaman Tun Razak negara mencapai begitu pesat pembangun dengan initiatif-initiatif yang berkesan yang di berikan kepada pimpinan didikan beliau untuk melaksanakan dasar secara organik dan nampak hasilnya secara jelas. Tun Hussein meneruskan segala dasar yang telah digubal sebelumnya dengan penuh dedikasi dan tidak melakukan tugasan beliau bersandarkan kepada kehendak peribadi beliau semata-mata.
Perdana Menteri semasa itu (Razak dan Hussein) tidak campur tangan dalam urusan perlaksanaan dasar, diberikan tanggungjawab kepada sesiapa yang telah dipilih untuk melaksanakannya. Kepada sesiapa yang diberikan tanggungjawab itu pula tidak akan menyalahgunakan kepercayaan pimpinan kerana mereka bersama-sama ‘hand-in-glove’ dengan pucuk pimpinan bagi mempastikan segala dasar itu dilaksanakan dengan sempurna.
Semasa Perdana Menteri Razak dan Hussein mentadbir negara, tugasan perlaksana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas dan Perdana Menteri tidak perlu masuk campur dengan tugasan harian pemimpin yang diberikan tanggungjawab negara itu. Semasa itu tidak timbul isu mereka yang bertanggungjawab itu melakukan pencemaran terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
Tengku Razaleigh sebagai pemimpin (planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas bagi melaksanakan sesuatu dasar untuk kebaikan negara.  Ini hanya boleh dilakukan kerana semasa itu pimpinan semua peringkat fokus untuk melihat pembangunan negara, khususnya dalam bidang ‘social and economic engineering’ bagi pencapaian matlamat dan ‘ultimate’ iaitu pencapaian penyatuan kaum-kaum dalam negara yang maju.
Jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh TR seperti Jawatankuasa Pelaburan Kabinet yang sangat penting semasa itu telah berfungsi dengan begitu telus dan ia terlaksana dengan baik tanpa banyak masalah sampingan.
Dasar perlaksanaan memindahkan kekayaan negara kepada Bumiputra yang di koordinasikan oleh Jabatan Koordinasi dan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri misalnya, adalah hasil dari perancangan yang teliti dan rakyat masih merasakan nikmat perancangan itu sehingga hari ini.
(bersambung)

Usul hudud rupanya hanya muslihat Umno

Oleh Ng Kee Seng
Jadi ternyata bahawa ianya hanyalah sebuah temberang Umno pada akhirnya, sama seperti yang telah dikatakan DAP.
Dengan pusingan-U Umno terkini ini, theantdaily telah meramal dengan tepat dalam rencana Komen yang bertajuk "PAS perlu pulangkan paku buah keras kepada Umno di dalam isu hudud" (12 Jun).

Hari 3 Jun, muslihat Umno Selangor telah didedahkan apabila Ketua Pembangkang Selangor, Mohd Shamsudin Lias mengumumkan penarikan semula usul Umno untuk membahaskan kemungkinan melaksanakan hudud di negeri ini.
Apa sahaja sebab yang mungkin diberikan Shamsudin mengenainya, DAP telah muncul sebagai pemain yang lebih baik dalam mengenalpasti temberang Umno, dalam membentangkan usul ini dan kemudian menarik balik.
Umno telah gentar sama seperti ketika ia gentar dan menolak usul PAS untuk membincangkan pelaksanaan hukum hudud dalam DUN Terengganu.
Umno telah salah andai Speaker DUN Hannah Yeoh dan keberanian DAP untuk membenarkan usul hudud untuk dibahaskan.
Walau bagaimanapun, Hannah telah memberi respons pedas sebagai tindak balas kepada tindakan Umno ini (terjemahan):
Selepas semalam pengumuman saya semalam bahawa saya telah menerima usul ADUN Sungai Air Tawar (UMNO), YB Kamarol Zaki Bin Abdul Malik yang menggesa Kerajaan Negeri untuk menjalankan kajian mengenai kemungkinan melaksanakan Hudud di Selangor, hari ini pejabat saya telah menerima satu salinan notis untuk menarik balik usul ini.
Tiada sebab diberikan bagi keputusannya untuk menarik balik usul itu. Seorang Anggota DUN boleh, melalui notis secara bertulis kepada Kerani, menarik balik apa-apa notis usul sebelum ini yang diberikan olehnya, seperti Peraturan Mesyuarat 29 (1). Walaupun seseorang ADUN memiliki hak membentangkan dan menarik balik mana-mana usul, amalan ini tidak digalakkan. Setiap ADUN mempunyai kewajipan untuk menegakkan integriti dan memelihara kesucian Dewan Undangan Negeri dengan tidak menggunakannya secara tidak berhati-hati dan tidak berdisiplin. Dewan Undangan Negeri bukan tempat untuk mana-mana anggota untuk bermain permainan politik. Saya melihat langkah oleh ADUN UMNO ini sebagai cubaan bermain politik secara terang-terangan. Jika seseorang wakil rakyat tidak bersedia untuk berdebat menegakkan usulnya, dia tidak sepatutnya membuang masa Dewan Undangan Negeri itu dengan membentangkannya.
Dewan Undangan Negeri adalah sebuah tempat yang sah untuk ADUN, yang dipilih untuk mewakili rakyat untuk bersuara bagi pengundi mereka dan untuk melibatkan diri secara terhormat dan produktif dalam proses perundangan. Saya mengingatkan ADUN Sungai Tawar Air dan semua ADUN, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang kerajaan, supaya tidak menyalahgunakan Peraturan Mesyuarat dalam membentangkan usul untuk dibahaskan.
Semalam, ketua MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai telah mengesahkan dirinya sebagai ‘pak lawak’ dalam sebuah parti yang telah kehilangan kewibawaan.
Dan beliau adalah contoh mengapa MCA hari ini dipandang sinis dari segi politik – ditolak oleh rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Cina.

100 hari MH370: Kehilangan masih dianggap misteri

MH370
SHAH ALAM – Menjelang 100 hari kehilangan MH370, ia masih menjadi misteri malah usaha mencari dan menyelamat masih gagal menemui sebarang petunjuk walaupun hampir setiap inci Laut Hindi telah ‘dibongkar’.

Pelbagai reaksi ditunjukkan orang ramai termasuk pembaca Sinar Harian yang rata-rata masih berharap agar semua penumpang MH370 itu kembali ke bumi Malaysia dengan selamat.

Ariah Yah berpendapat harapan akan diberi kepada mereka yang berharap dan menyifatkan segala yang berlaku adalah atas ketentuan ALLAH.

“Kita hanya manusia biasa tak dapat nak meneka apa yang ALLAH telah tentukan. Kini yang ada hanya satu harapan agar ALLAH tunjukkan segala yang disembunyikan dari mata kasar kita semua.

“Memang terasa semakin hilang harapan itu namun bagi yang berharap akan ada harapan Insya-ALLAH. Doakan saja kerana doa bukan kena bayar pun,” katanya yang dipetik di Facebook Sinar Harian.

Sementara, ramai pembaca lain yang tetap mendoakan agar semua penumpang MH370 itu pulang dengan selamat.

Mila Karmila Ross menulis, “saya tetap berdoa semoga semuanya selamat.”

MH370: Mimpi kelibat anak pulang


Wartawan Sinar Harian menemubual Saimah di rumahnya semalam. 

TELOK PANGLIMA GARANG - “Makcik masih harap sangat anak pulang selepas beberapa kali bermimpi kelibat anak,” demikian luahan seorang ibu kepada penumpang MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

Saimah Sidik, 71, ketika ditemui di rumahnya kelihatan tenang menceritakan penantian menunggu kepulangan anaknya, Muzi Yusop, 50, yang sering ke luar negara atas urusan kerja.

Menurutnya, sejak kehilangan anak sulungnya itu, dia bersama keluarga akan berkumpul selepas Solat Maghrib membaca doa untuk keselamatan anak dan penumpang MH370.

“Setiap hari makcik dan pakcik tidak berputus berdoa dan bersyukur anak-anak dan cucu lain turut serta berkumpul di rumah ini.

“Penantian ini sungguh mencabar kerana tiada satu pun keputusan rasmi dimaklumkan,” katanya yang sedang menunggu suaminya, Yusop Tahir, 71 pulang dari mendapatkan rawatan di Pusat Dialisis di Telok Panglima Garang.