Sabtu, 14 Jun 2014

Hudud: Speaker Islam tolak usul untuk dibahaskan...!! Speaker Non Muslim...terima untuk dibentangkan!!!!



AGBK 2013: TG Nik Aziz tewaskan Dr Asri

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.

Editor Karya Bestari, Mohd Sofian Rosali yang juga editor buku tersebut menyifatkan kemenangan itu satu bonus.

"Ini buku pertama kita dengan Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah sambutan penjualan buku ini sejak awal perasmian tahun lalu begitu memberangsangkan.

"Menang ini satu bonus tetapi apa lebih penting bagaimana orang ramai memanfaatkan buku ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis penyampaian AGBK 2013, hari ini.

Menurutnya, anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Nik Aziz dalam masa terdekat di Kelantan.

Sudahlah air tiada, tangki 1Malaysia pun tidak dapat

Oleh ANDRI ZULKARNAEN HAMDEN
Kerap saya nyatakan dalam tulisan saya bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah yang paling kaya di Malaysia tetapi malangnya rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan papa kedana tidak dapat menikmati hasil kekayaan yang seharusnya mereka nikmati.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menjalankan amanah dengan membaiki taraf kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik lagi tetapi ianya gagal.

Malah kehidupan mereka bagaikan raja dengan membiarkan rakyat hidup sengsara tanpa menyediakan kemudahan asas yang sepatutnya rakyat nikmati.

Mana perginya slogan keramat BN (Barisan Nasional) ‘rakyat didahulukan' atau slogan ini semata-mata retorik atau gula-gula untuk menarik undi rakyat semasa pilihan raya saja?

Saya memetik laporan berita dari 'Borneo Post online' hari ini mengenai nasib yang menimpa penduduk RH Ngadan di Niah di daerah Miri.

Ianya sungguh mengejutkan apabila diberitakan rumah panjang ini merupakan rumah panjang yang masih lagi bergantung kepada air dari kolam buatan sendiri untuk tujuan harian mereka seperti mandi, membasuh pakaian dan sebagainya.

Sarawak sudah merdeka berpuluh tahun lamanya dan setiap kali laporan pendapatan kewangan bagi Sarawak dilaporkan, pemimpin BN dengan megah mencanangkan betapa berjayanya mereka menjana keuntungan berbilion ringgit tetapi hakikatnya masih ramai lagi rakyat Sarawak yang masih belum mendapat kemudahan asas. Pelik tetapi benar!

Menurut laporan portal berita tersebut, keadaan air kolam yang digunakan hampir 20 tahun oleh kira-kira 200 orang penduduk itu berlumpur dan berbau.

Kanak-kanak dan penghuni rumah panjang tersebut tiada pilihan lain selain dari kolam itu untuk mandi, di samping itu mereka juga ada menyimpan air hujan untuk minuman.

Walaupun mereka telah lama menetap di sana, tetapi bekalan air bersih tidak ada, malah tangki air 1Malaysia yang diagihkan ke rumah-rumah panjang yang tiada kemudahan air bersih seperti mereka juga tidak sampai ke tangan penduduk kampung.

Sampai bila DAP tolak hudud?

Oleh Tok Pepijat
MCA,GERAKAN,MIC dan DAP antara partai politik yang dianggotai majoritinya non muslim. Antara ciri-ciri utama partai politik ini ialah anti dan menentang hudud.GERAKAN,MIC dan MCA sebagai ahli kompenen BN menentang hudud kerana itulah "ajaran" UMNO kepada mereka semenjak merdeka.
Tiada yang baik,comel yang diajar oleh UMNO tentang hudud untuk mereka.Hudud adalah "momok" ciptaan UMNO yang menyebabkan MCA dan sewaktu dengannya begitu fobia,histeria dan trauma dengan Hudud.

Mulanya DAP juga satu "mazhab" dengan MCA dan sekutunya.Melalui MCA,DAP mendapat "ajaran sesat" tentang Hudud.Tok gurunya adalah UMNO. Tetapi semenjak DAP berkawan dengan PAS melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,penyakit trauma itu agak berkurangan. Lebih-lebih lagi dengan kemasukan ahli muda lulusan universiti yang berfikiran terbuka.
Antara yang paling lantang menentang hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan ialah Karpal Singh.Sepanjang hayatnya hingga menjadi mendiang beliau tetap menentang hudud. Seorang lagi Penasihat DAP Sdr Lim Kit Siang.Keduanya veteran.
Cumanya,mereka berdua beralasankan perlembagaan berbeza dengan Tok Guru MCA,GERAKAN dan MIC. Tok Guru mereka(UMNO) seperti Dr Mahathir walaupun mengaku Islam tetapi mempersendakan hudud seperti sup tangan dan sebagainya.
Mendiang Karpal dan Kit Siang tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghina dan memperlekehkan hudud.Hanya UMNO yang berbuat demikian.
Persoalan sekarang,sampai bila DAP menolak hudud? Sampai kucing bertanduk?
Dunia telah berubah.

Terus mara teroka ruang sokongan baru – Guan Eng


bendera dap

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Untuk menerajui politik baru, DAP akan mula meneroka ruang-ruang baru, di samping mengekalkan tapak sokongan asas parti pelbagai kaum itu.
Berucap dalam Sidang Pimpinan DAP di Cheras semalam, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, seluruh anggota perlu menunjukkan DAP adalah parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, sebagaimana tujuan penubuhannya 48 tahun yang lalu.
“Anda ingin membuka tapak (sokongan) baru? Kita perlu tunjukkan bahawa kita bukan parti untuk satu kaum sahaja, atau untuk bukan Melayu sahaja. Kita parti untuk semua,” katanya ketika menyampaikan ucaptama semalam.
Oleh sebab itu, katanya lagi, pimpinan DAP mengambil keputusan berani meletakkan calon Melayu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan sebelum ini, iaitu Dyana Sofya.
“Walaupun kita tewas, kita telah berjaya memenangi masyarakat dalam media sosia, malah masyarakat di seluruh negara, terutama golongan muda,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau menyeru seluruh hadirin – yang terdiri daripada pimpinan parti, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – untuk sentiasa mendekati masyarakat Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak.
“Misalnya projek Impian Sarawak. Kita mengembangkan tapak dengan mendekati rakyat pedalaman di sana dengan pelbagai projek prasarana. Kita berjaya menangkap imaginasi ramai, terutama penyokong kita,” katanya lagi.

Dr Muhaya: Pengeluar fesyen Muslimah pastikan pakaian direka tepati syariah

prof dr muhayaSHAH ALAM, 14 JUN: Pengeluar fesyen muslimah patut memainkan peranan penting dalam memastikan pakaian yang direka dan dijual menetapi ciri fesyen seorang muslimah.
Penceramah motivasi, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata Wanita muslimah juga harus mendahulukan tuntuan syarak dalam aspek pemakaian bagi memastikan pakaian mereka mencerminkan keperibadian muslimah sebenar
“Kalau boleh, buat fesyen kerana Allah. Kejarlah untung di akhirat daripada untung di dunia kerana orang yang mengejar akhirat pasti akan dapat dunia sekali,” katanya.
Menurut beliau, terdapat wanita muslimah yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengikuti trend fesyen terkini sehingga terlupa tujuan sebenar berhijab dan menutup aurat.
“Alangkah ruginya wang yang dibelanjakan, kalau niat adalah untuk kecantikan dan pandangan manusia dan bukannya kerana Allah, kerana hijab bukan sahaja di luaran tetapi juga di dalam hati,” katanya dipetik Bernama.

Hudud: Beza antara Speaker Dun PR dengan BN


SHAH ALAM: Umno tidak ikhlas membincangkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya berminat mempermainkan isu itu dengan menjadikan sebagai senjata politik.

Ini dapat dilihat apabila Speaker Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu sendiri menolak usul membahaskan isu hudud yang cuba dibawa Adun PAS kerana bimbang menimbulkan kemarahan parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Parti Gerakan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang merupakan Adun daripada DAP pula memutuskan untuk membenarkan isu hudud dibahaskan di persidangan DNS berbanding Umno di Terengganu.

“Umno bukan sahaja tidak mempunyai kesungguhan malah tidak pernah berniat untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan atau sekurang-kurangnya menaikkan taraf institusi Mahkamah Syariah di Malaysia.

“Mereka tidak membawakan usul hudud ini di negeri dikuasai mereka sebab isu hudud ini adalah senjata untuk melagakan PAS dan DAP,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Kahwin Jangan Fikir Seronok Saja - Ustaz Azhar Idrus

Benarkah Allah Tak Terima SOLAT Kalau Makan Masakan Orang Tak SOLAT? - UAI

Hukum BERSEKEDUDUKAN Tapi TAK Buat MAKSIAT - Ustaz Azhar Idrus

Menaruh Hati Kepada Yang Telah Ada Teman Wanita - Ustaz Azhar Idrus

Dengar Muzik Main Video, Adakah Melalaikan? - Ustaz Azhar Idrus

Kapitalis Kg Chubadak : Sehingga Hari Ini Kerajaan Dan Pemimpin UMNO@BN Tutup Mulut..??









Isu Rebut Anak : Biar Mahkamah Tentukan Keputusan - Rohani

Impian Malaysia : Muzik Video - Menanam Benih Impian Malaysia


Impian Malaysia : Dokumentari Projek Menanam Bakau


KPN gagal laksana perintah Mahkamah, DAP buat laporan polis seluruh negara


Indra Ghandi


KUALA LUMPUR, 14 JUN: DAP akan melancarkan siri laporan polis di seluruh negara ke atas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran kegagalan besar beliau untuk mematuhi dan menguatkuasakan perintah mahkamah sivil berhubung kes hak penjagaan anak bekas pasangan berbeza agama.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Lim Guan Eng memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) semalam telah bersetuju mengarahkan semua Jawatankuasa Pemuda dan Wanita Negeri untuk membuat laporan polis ke atas Khalid.
Template laporan akan dirangka Ketua Biro Undang-undang Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi M Kulasegaran. Kula juga adalah peguam kepada M Indira Ghandi yang telah berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menyerahkan hak penjagaan kepadanya.
“Keengganan KPN untuk mematuhi perintah itu adalah pelanggaran tugas secara jelas. Beliau lupa tugas polis di bawah Seksyen 20 Akta Polis 1967 yang menyatakan tanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa arahan daripada saman, sapina dan waran yang dikeluarkan mahkamah,” katanya lagi.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut memaklumkan, Gobind sendiri akan memulakan siri laporan polis itu esok di Kuala Lumpur.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata, polis kononnya akan bersikap neutral dan tidak akan mengambil sebarang tindakan daripada keputusan bercanggah Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, namun sebaliknya akan menempatkan anak-anak mereka di pusat kebajikan.

Isu penjagaan anak: Rohani bidas IGP

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim membidas cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menempatkan kanak-kanak yang berdepan pertikaian hak penjagaan supaya ditempatkan di pusat penjagaan.

Beliau menegaskan semua pihak perlu mematuhi keputusan terbaru yang ditetapkan Mahkamah Rayuan dengan merujuk kepada kes pertikaian hak penjagaan anak bagi pasangan S Deepa dan Izwan Abdullah.

"Kes ini dah dipulangkan balik ke mahkamah. Ketua polis negara pun dah tak ada kena mengena dah. Kes ini berbalik kepada mahkamah.

"Ia tertakluk kepada keputusan yang paling baru," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Bapa peringkat Kebangsaan di Midvalley, di ibu negara hari ini.

Rohani menjawab soalan pemberita mengenai pendirian Khalid bahawa polis akan menempatkan anak dalam kes hak penjagaan membabitkan mahkamah syariah dan sivil, di pusat penjagaan sebagai jalan tengah.

Bulan lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan N Viran atau Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S Deepa yang beragama Hindu.

Mengulas lanjut, Rohani berkata kedua-dua anak mereka itu mesti diletakkan bawah jagaan ibu bapa mereka sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang wajar mengenai kes itu.

Patuh keputusan mahkamah

"Kanak-kanak itu sekarang, seorang dengan ibu, seorang (lagi) dengan bapa. Jadi biar mereka tinggal sehingga Mahkamah Persekutuan buat keputusan.

13 pesawat ‘ghaib’ dari radar umpama kehilangan MH370, 98 hari lalu

Air_traffic_radar__2941272bSHAH ALAM 14 JUN : Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas masuk hari ke 98 hari ini terus menimbulkan persoalan berhubung tahap keselamatan penerbangan awam di peringkat global mutakhir ini.
Dalam kejadian terbaru 13 pesawat tiba-tiba hilang dari radar kira-kira 25 minit, sebanyak dua kali ketika melalui ruang udara Austria.
Kejadian itu mirip kehilangan MH370 apabila hilang daripada radar di menara kawalan apabila trasponder pesawat itu didakwa dimatikan.
Menurut laporan Agensi, ia disifatkan sebagai suatu keadaan ‘tidak pernah berlaku sebelumnya’.
Insiden yang terjadi pada 5 Jun dan sekali lagi kelmarin menyaksikan data penerbangan hilang dari skrin pengawal udara.
Perkara ini diakui organisasi keselamatan penerbangan Austria apabila lokasi dan maklumat lain untuk 13 pesawat itu hilang secara misteri dari radar.
article-2656385-1EBBBBCD00000578-356_634x487Jurucakap menara kawalan Austro, Markus Pohanka berkata, agensi Eurocontrol (EU) sudah diminta melakukan siasatan ke atas insiden yang didakwa tidak pernah berlaku sebelumnya.
“Agensi keselamatan penerbangan jiran yang pernah melalui pengalaman yang sama turut meminta siasatan dilakukan,” katanya.
Pohanka juga tidak mendedahkan penerbangan negara lain yang mengalami masalah yang sama ketika melalui ruang udara itu.
Bagaimanapun, laporan akhbar Kurier di Jerman mendedahkan menara kawalan negara yang turut mengesan masalah yang sama antaranya ialah di Munich dan Karsruhe, Prague di Jerman, Republik Czech dan Bratislava di Slovakia.
Monitor kawalan trafik ruang udara menggunakan dua sistem radar iaitu rendah dan menengah. Ia adalah sistem utama yang digunakan di seluruh dunia untuk mengawal pesawat.
Radar utama digunakan untuk mengesan dan mengukur kedudukan anggaran pesawat menggunakan isyarat radio.

Umno guna isu hudud untuk politik, tiada kesungguhan martabat Mahkamah Syariah

SHAH ALAM, 14 JUN: Umno tidak ikhlas membincangkan perlaksanaan hukum Hudud sebaliknya hanya berminat mempermainkan isu itu dengan menjadikan sebagai senjata politik.
Ini dapat dilihat apabila Speaker Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu sendiri menolak usul membahaskan isu Hudud yang cuba dibawa ADUN PAS kerana bimbang menimbulkan kemarahan parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Parti Gerakan.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang merupakan ADUN daripada DAP pula memutuskan untuk membenarkan isu Hudud dibahaskan di persidangan DNS berbanding Umno di Terengganu.
“Umno bukan sahaja tidak mempunyai kesungguhan malah tidak pernah berniat untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan atau sekurang-kurangnya menaikkan taraf institusi Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Mereka tidak membawakan usul Hudud ini di negeri dikuasai mereka sebab isu hudud ini adalah senjata untuk melagakan PAS dan DAP,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Pada 15 April lalu, Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong menolak usul yang dibawa oleh ADUN Bukit Payong (PAS), Mohd Nor Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN.
Mohd Nor meminta persidangan ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan merundingkan isu pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.
Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu berikutan Umno Terengganu cuba melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.

Selamat datang TPM ke Kuala Besut, mana janjimu pada PRK yang lalu..??


KENAPA Kuala Besut menjadi lokasi pilihan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dikunjungi dalam kesibukan jadual yang disusun sepanjang lawatan seharinya ke Terengganu?
Mungkinkah nak tengok sejauh mana kehebatan pembangunan yang telah berlaku hasil dari segala projek yang telah diluluskannya semasa kempen PRK Dun Kuala Besut yang berlangsung pada bulan Ramadhan tahun lepas.

Macam mana Tan Sri? Hebat kan pembangunan Kuala Besut!

Gerbang Perlancongan Antarabangsa, Masjid Terapung Pulau Perhentian, Rumah Pangsa Tok Saboh, Sekolah Alor Peroi dan Empangan Kampung Nangka dan lain-lain lagi. Peruntukan yang diluluskan menjangkau lebih RM300 juta.

Kita masih ingat, bagaimana sepanjang kempen PRK Kuala Besut, setiap isu rakyat yang dibangkitkan PAS disambut segera oleh TPM dengan kelulusan projek bernilai jutaan ringgit.

Apabila kita timbulkan isu kerosakkan Empangan Kampung Nangka sehingga menyebabkan ribuan ekar tanah sawah padi terbiar, TPM lantas menyahutnya dengan kelulusan peruntukan lebih RM50 juta untuk pembinaan empangan baru. Sampai sekarang bayang empangan pun belum ada dan tanah sawah masih kering kontang.

Bila ditimbulkan isu penempatan generasi muda di Kuala Besut, TPM lantas mengisytiharkan pembinaan Rumah Pangsa Tok Saboh. Rumah pun masih nehi, pangsa pun entah ke mana. Pangsa durian adalah di Pasar Pagi Jumaat Kuala Besut!

Masalah muara Sungai Besut yang cetak dan mendatangkan masalah kepada pendaratan bot-bot nelayan antara isu yang hangat sepanjang kempen.

Penyelesaiannya, dilancarkan Kuala Besut sebagai Gerbang Perlancongan antarabangsa bernilai ratusan juta. Tetapi yang didirikan hanyalah pintu gerbang yang tertulis, TERIMA KASIH BN, IMPIAN MENJADI REALITI.

Apa yang menjadi impian dan apa yang menjadi realiti. Saya pun confius!

Kalau Tan Sri datang ke Kuala Besut hanya sekadar nak minum pagi dengan rakyat maka bertuahnya rakyat Kuala Besut dapat rasa minum pagi bersama Tan Sri TPM.

MCA akan bantah sebarang usul hudud dari Umno.!!

Selepas Umno Selangor berbolak balik mengenai usul hudud di DUN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu akan menentang sebarang usul atau rang undang-undang berkaitan hudud walau dimulakan oleh Umno pada masa akan datang.

Bagaimanapun, sama ada beliau mendesak parti terbesar itu secara langsung supaya menarik balik usul itu, beliau tidak menjawab secara langsung walaupun diasak pemberita beberapa kali.

Sebaliknya ahli parlimen Bentong itu sering menekankan bahawa perkara terpenting adalah "akibat", bukan proses itu sendiri.

Beliau kemudiannya berkata Umno hanya mengemukakan usul mendesak kerajaan Selangor mengkaji kemungkinan melaksanakan hudud di negeri itu, tidak seperti PAS yang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian untuk menguatkuasakan hudud.

Liow yang juga bekas menteri kesihatan turut menafikan bahawa beliau mempertahankan Umno dengan berhubung kenyataannya itu.

Laporan sebelum ini memetik Liow sebagai berkata beliau tidak dimaklumkan dan diberi taklimat oleh Umno Selangor terlebih dahulu, namun beliau enggan memberi respons mengenainya.

HIKAP: KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS

Kes dalam buangan, keluarga PI Bala saman Najib, Rosmah

 
Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

Tindakan tersebut diambil selepas penemuan "bukti baru", kata peguam keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurutnya, tuntutan itu difailkan susulan terdapat bukti baru yang mengaitkan urutan peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 dan yang mengaitkan kesemua defendan yang didakwa memainkan peranan penting dalam melakukan salahlaku terhadap plaintif dan mendiang.

Antara defenden yang dinamakan dalam tindakan saman itu termasuk adik Najib, Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan ahli perniagan Deepak Jaikishan.

Writ saman dan kenyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 jun lalu. Plaintif dalam tuntutan itu ialah isteri Bala, AS Selvi dan tiga anaknya.

TINDAKAN WAKIL RAKYAT YANG MEMALUKAN

Entah macam mana aku diketemukan dengan buku lama dalam simpanan aku. Charles Handy,” The Age of Unreason’. Antara yang aku tertarik adalah kenyataan yang berbunyi,
“ We are entering the age of unreason, a time when the future, in so many areas, is to be shaped by us and for us; a time when the only prediction that will hold true is that no prediction will hold true; a time, therefore, for bold imaginings in private life as well as public; for thinking the unlikely and doing the unreasonable’
Aku terfikir pula berapa ramaikah agaknya wakil rakyat atau pemimpin negara yang terserampak dengan petikan sedemikian. Bagi aku mereka sepatutnya tahu dan dapat merasakan apakah bentuk keadaan dunia yang sedang dihadapi kini dan tentunya tindakan dan persiapan yang harus dipersiapkan kepada rakyat yang dipimpin di negara ini. Bagaimana wakil rakyat hendak berperanan sebagai pemimpin sekiranya mereka pun tidak tahu tentang arah tuju yang hendak dituju.
Rakyat masih boleh memaafkan sekiranya ramai antara wakil rakyat kita yang kurang membaca ataupun tidak pernah langsung berketemu dengan pandangan-pandangan baru melalui pembacaan. Masih dikira ‘tak apa’. Tetapi rakyat merasa gusar kini apabila terdapat agak ramai wakil rakyat yang tidak dapat meletakkan diri sebagai wakil rakyat menepati erti kata sebenarnya. Pendek kata rakyat amat tidak ‘selesa’ apabila berhadapan dengan tindakan wakil rakyat yang memalukan.
Walaupun tidak ramai yang berkelakuan yang tidak senonoh, namun rakyat akan melabelkan bahawa tindakan wakil rakyat adalah memalukan. Seekor kerbau (atau lembu) yang membawa lumpur maka pastinya semua terpalit. Disebabkan dua tiga ‘ekor’ yang melakukan tindakan yang tidak wajar sebagai seorang wakil rakyat maka rakyat sedikit sebanyak akan menuduh bahawa kebanyakan wakil rakyat adalah bersikap demikian.
Orang tua-tua selalu berkata bahawa, ‘bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru’. Membayangkan bahawa sesuatu perkara buruk itu pasti tidak dapat dilindungi dan lambat laun akan diketahui juga. Itu dulu. Kini setelah kemunculan media sosial yang begitu meluas, tentulah apa saja perkara yang membabitkan wakil rakyat akan diketahui dengan cepat oleh rakyat. Apatah lagi yang berkaitan dengan perkara-perkara buruk seseorang wakil rakyat itu.

Rombakan Kabinet: Teka-teki belum terjawab.??

Walaupun pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa Perdana Menteri akan melakukan rombakan Kabinet pada Jumaat ini, namun Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya masih belum bersedia mengumumkan jawapan untuk `teka-teki' itu.
 
Sumber memberitahu, Najib telah menemui Presiden MCA dan Gerakan iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Mah Siew Keong pada petang Khamis tetapi tidak menyentuh mengenai hal rombakan Kabinet.
 
"Pelbagai perkara termasuk yang berkaitan isu agama dan pelantikan Senator telah dibincangkan, tetapi bukan mengenai rombakan Kabinet," kata sumber dari MCA kepada China Press.
 
Keadaan itu justeru mendorong akhbar tersebut meramalkan bahawa rombakan Kabinet mungkin tidak diumumkan dalam masa terdekat.
 
Walaupun kekurangan maklumat rasmi, namun spekulasi tetap bertiup kencang mengenai barisan Kabinet yang baharu.
 
Antara yang dikhabarkan ialah MCA akan menerima satu jawatan menteri dan tiga timbalan menteri manakala Gerakan berkemungkinan mendapat satu menteri dan satu timbalan.
 

US, Iran pertahan Iraq dari Tentera Sunni...!!

Ribuan penduduk cuba melarikan diri ketika keganasan menghampiri Mosul. 
 Ribuan penduduk cuba melarikan diri ketika keganasan menghampiri Mosul.
TENTERA Amerika Syarikat dan Iran kini dilaporkan sedang merangka serangan ke atas Iraq bagi mempertahan negara tersebut dari ditakluk oleh kumpulan pemberontak Sunni.

Menurut Presiden AS, Barack Obama, Pegawai-pegawai kanannya kini sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi serangan udara dan penyusunan pertahanan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

Jelasnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi dan penggunaan tentera udara, laut, atau kedua-duanya serentak.

Dalam pada itu, tentera Iran yang diketuai oleh Mejar Jeneral Qassem Suleimani sedang bergerak menuju ke barat untuk bertemu degan pemimpin tentera dan ketua-ketua puak di Baghdad.

Sejak berminggu yang lalu, kira-kira 7,000 pejuang jihad yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kumpulan Sunni atau Isis telah menyerang dan merampas bandar-bandar utama dan bandar bandar utara di sekitar Iraq sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan meninggalkan negara tersebut.

Transformasi guru dalam pelan pendidikan nasional

Ibu bapa, guru tak perlu ragu pelaksanaan PT3 kata TPM

PRA HIKAP: BUAL BICARA AMBANG RAMADHAN

Pesanan yang baik buat penziarah TG Nik Abdul Aziz

NIK MOHAMAD ABDUH

DENGAN penuh budiman, saya memohon semua lapisan masyarakat yang datang menziarahi ayahanda tuan guru di rumah atau di mana-mana agar memenuhi permintaan ini:

1) Bersalaman tangan dengan tidak menggenggam keras atau mengocak-ngocak lagak orang muda.

Bersalaman tangan itu sunnah. Mudah dan mesra.

2) Tidak memeluk atau mencium walaupun dengan tidak keras.

Sunnah memeluk dan mencium adalah tidak terpakai apabila ia mendatangkan kesusahan dan mengganggu kesihatan.

3) Elakkan berasak-asak yang boleh mengganggu ruang dan tumpuan ayahanda.

Tertib dan berdisiplin itu adalah sunnah dan kecantikan dalam berurusan.

Utamakan kesihatan ayahanda agar beliau mampu terus berkhidmat untuk agama dan masyarakat.

Terima kasih kerana turut menyebarkan pesanan yang baik ini.

MAIS tolak keputusan AG, enggan pulangkan Bible.!!

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan memulangkan kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu.

Dalam mesyuarat khas badan itu semalam, MAIS juga tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Gani Abdul Patail untuk tidak meneruskan pendakwaan kepada persatuan itu.

"Alasan yang diberilan oleh pihak peguam negara untuk tidak menuduh ppihak yang terlibat boleh mengelirukan akidah di kalangan umat Islam," kata Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan bahawa majlis itu membuat ketetapan tidak bersetuju dengan arahan exco kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan kitab Bible yang dirampas kepada BSM.

"PIhak MAIS juga menegaskan bahawa keputusan exco kerajaan negeri Selangor tersebut adalah di luar bidang kuasa mereka," katanya.

Pada Rabu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyebut kes rampasan itu kini ditutup dan pendakwaan tidak akan diteruskan.

Dilaporkan JAIS telah merampas sebanyak sebanyak 321 Bible versi bahasa Melayu dan 10 bahasa Iban di dalam 16 kotak ketika melakukan serbuan ke pejabat BSM 2 Januari lalu.

Pakatan out, civil society in?

The opposition is losing focus due to their fixation to capture Putrajaya.

Pakatan LeaderThis columnist conducted a survey recently in Kuala Lumpur (KL) between May 6 to June 6, involving a hundred fence-sitters to find out their views regarding Pakatan Rakyat (PR) one year after the 13th General Election (GE).
The criteria is that they must not be affiliated to any political party and their main objective is to vote for good governance besides not being a staunch supporter of any political party.
Out of the 100 people interviewed, 77 said they will still vote for PR in the next general election though 55 of them are already unhappy with Pakatan right now.
These 55 gave various reasons such as: “Pakatan has lost focus, Pakatan is lacking direction, Pakatan is divided.”
They are also of the view that PR should reform and reinvent itself in order not to suffer a terrible defeat in GE14 and the loss in the Teluk Intan by-election last month should be a wake-up call for Pakatan.
However there is a shop owner in his 80s in Chinatown, KL who opined that after the 2004 general election, in which the opposition did very badly, they became a good opposition by voicing out strongly against the wrongs done by the federal government.
That made them obtain many votes in 2008 and enabled them for the first time ever to deny Barisan Nasional (BN) its customary 2/3 majority in Parliament.
“But from May 2013 onwards, I noticed that the opposition’s performance had slacked,” said the shop owner.
pakatan flagThis was true indeed.
Nevertheless, after their astonishing performance in the 2008 general election, with results that even surprised themselves, the opposition seem to have lost steam after May 5 last year. Probably it is because they were and are still tired after all their efforts to capture Putrajaya had been in vain.
Continued the shop owner, “I have been an armchair political observer since the Merdeka days and I note that the opposition performs better as an opposition when they are not focused on capturing this and that. I recall Kit Siang’s failure in his Tanjung I and Tanjung II campaigns to capture Penang and now Pakatan’s failure to capture Putrajaya. It is all a distraction from their opposition work and thus made them lose focus.”
In his opinion, all the opposition candidates who contest in the next general election must focus entirely on winning their seats and should not be fixated on Putrajaya. Thus if PR still fails to capture Putrajaya, it would not affect them.
All the fence-sitters interviewed are of the view that the opposition’s best chance of capturing federal power has come and gone with the previous general election and therefore they should just focus on being the best opposition that they can be.
The shop owner emphasised that it is the thought of capturing Putrajaya that has diverted the opposition’s attention from being an effective watchdog.

Kita ada ramai pemimpin, tetapi tiada kepimpinan

Aspan Alias
 
Kalau kita ikuti segala apa yang sedang terjadi kepada negara kita sekarang, bukannya satu perkara yang mudah jika kita hendak mencari penyelesaiannya. Masing-masing bercakap tentang cara penyelesaian isu-isu yang banyak berbangkit dengan memberikan fokus untuk masalah-masalah terpencil yang banyak yang sedang di hadapi rakyat.
Jika tiba hari raya rakyat yang bekerja dengan kerajaan akan mendapat duit raya melalui bonus dan berbagai-bagai lagi. Apabila mendengar rakyat susah untuk mengendalikan hidup seharian kerana pendapatan yang tidak mencukupi, diberikannya BRIM yang tidak pun boleh menyelesaikan masalah hidup orang ramai ini.
Apabila terdengar kaum India tidak berpuas hati dengan kerajaan diumumkan peruntukan khas untuk sekolah Tamil dan apa bila sampai hari Thaipusam, Najib pakai pakaian India dan pergi melawat Batu Caves dan berucap dengan nada yang tinggi. Politik mengambil hati secara lama ini masih segar dilakukan oleh pimpinan kita.
Pendeknya pimpinan kita tidak tahu mencari formula untuk penyelesaian jangka panjang untuk semua. Mereka tidak tahu masalah sebenarnya yang rakyat dan pimpinan hadapi sekarang. Oleh kerana mereka tidak tahu masalah sebenarnya yang mereka sedang hadapi, maka pimpinan kita terus sahaja menyelesaikan masalah dengan penyelesaian isu itu secara individu yang akhirnya membelanjakan wang rakyat dengan begitu banyak.
Mereka tidak tahu masalah sebenar yang dihadapi rakyat secara menyeluruh, maka mereka menyelesaikan masalah mengikut apa yang sedang mereka hadapi secara 'ad hoc' dan memberikan sogokan bagi membeli hati rakyat dengan pendekatan jangka pendek.
Dulu blog ini pernah menulis tentang isu ini beberapa kali. Cara pemimpin kita mengubati masalah negara dan rakyatnya ibarat memberikan ‘pain killer’ atau ubat penahan sakit sahaja. Contohnya jika kelihatan mata merah yang sakit diberikannya panadol untuk menghilangkan sakit. Selepas beberapa hari terasa pula sakit tengkok, dimakan lagi ubat penahan sakit dan apabila sakit kepala diberikan panadol lagi untuk menghilangkan sakit buat sementara.
Tetapi pimpinan kita tidak pernah tahu sebab kenapa seseorang itu selalu sakit tengkok dan sakit kepala. Tidak pernah diketahuinya kenapa seseorang itu merah matanya atau selalu berjalan dengan tidak stabil. Sampai bila kita hendak memakan ubat menahan sakit seperti ini?
Pendeknya cara kerajaan kita hanya memberikan penyelesaian jangka pendek sahaja dengan memberikan ubat menahan sakit sahaja dan ia tidak akan menyembuhkan penyakit yang sebenarnya. Kerajaan BN hari ini sepatutnya mencari apa penyakit yang sebenarnya bukan setakat menghilangkan sakit. Mungkin yang menyebabkan sakit mata dan tengkok serta kekerapan sakit kepala itu adalah di sebabkan penyakit darah tinggi atau kencing manis.
Selama ini kerajaan kita tidak pernah berjaya untuk mengubati penyakit. Baginya memberikan ubat penahan sakit sudah selesai masalah rakyat. Itu sebabnya kerajaan sanggup memberikan wang bantuan 1Malaysia atau BRIM dan bantuan ini hanyalah menyelesaikan masalah jangka pendek sahaja.

Keluarga PI Bala saman Najib, lain-lain kerana terpaksa hidup dalam buangan di India

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.
Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.
The Malaysian Insider sudah melihat saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.
Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.
Peguam mewakili keluarga sedang dalam proses menyerahkan surat mahkamah kepada defendan, termasuk Cecil yang sedang berdepan prosiding tatatertib oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana peranannya dalam SD kedua Bala.
Selvi dan anaknya sedang menuntut gantirugi terhadap kerugian ditanggung semasa hidup dalam buangan di antara Julai 2008 dan awal tahun lepas. Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu selepas serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang dari India.

Jaga anak: Cadangan Najib hina mahkamah syariah

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malasia (Abim) berpandangan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perebuan hak penjagaan anak diserahkan kepada Mahakamah Persekutuan dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara.

Presidennya, Amidi Abdul Manan menegaskan prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Beliau menyatakan demikian dalam sau kenyataan merujuk kepada kenyataan Najib yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah  dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan agar kes perebutan hak jagaan anak dalam kes Izwan Abdullah dan Muhammad Ridzuan Abdullah diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan sebagai jalan akhir bagi mengatasi kemelut tersebut. 

Abim berpandangan cadangan tersebut dilihat tidak menghormati bidang kuasa dan legitimasi Mahkamah Syariah dalam negara serta menafikan keistimewaan Mahkamah Syariah dalam menjalankan kes-kes yang tidak boleh dicabar oleh Mahkamah Sivil. 

Prinsip Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan secara dasarnya memberi kuasa penuh kepada Mahkamah Syariah untuk mengadili semua kes yang melibatkan hal ehwal yang bersangkutan dengan agama Islam dan ianya satu yang baik sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan perundangan Syariah dalam negara.

Namun, berdasarkan solusi yang dicadangkan menggambarkan seolah-oleh kerajaan tidak serius dalam mengangkat martabat Mahkamah Syariah di tempat yang sewajarnya yang dijamin oleh Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan tersebut.

Walau bagaimanapun, Abim melihat perbezaan yang ada pada amalan perundangan Mahkmah Sivil dan Mahkamah Syariah sepatutnya tidak ditajamkan. Sebaliknya satu lembaran baru untuk memastikan agar benar-benar kedua-dua sistem ini dapat diharmonikan perlu direalisasikan.

Wanita Syria minta mas kahwin 15 kepala tentera pro-Assad

Sekumpulan tentera Syria sedang berkawal di sebuah kawasan di dekat ibu kota Damsyik. Foto: SANA / AFP

Damsyik - Seorang wanita Syria yang akan melangsungkan perkahwinan meminta mas kahwin yang tak lazim. Dia meminta kekasihnya untuk memenggal dan membawa 15 kepala tentera pro-Assad.

Selain itu, wanita tersebut juga memberi syarat 50 kepala pasukan pro-Assad lagi jika nantinya pernikahan mereka terkandas di tengah jalan.

Kehilangan suami dan empat anaknya dalam perhimpunan anti-Assad mungkin membuat Aicha Faaourya (50) menuntut mas kahwin "mengerikan" itu kepada Ahmad Ramilat (75), calon suaminya.

Perempuan yang biasa dipanggil Umm Shouhada atau yang bererti ibu para syuhada itu telah bersumpah untuk mendedikasikan sisa hidupnya untuk memerangi pemerintahan Bashar al-Assad.

Sementara itu, Ahmad Ramilat, ahli dewan kesukuan Syria yang kerap disebut "Sang Bijaksana", juga kehilangan dua anaknya saat memerangi pasukan Kerajaan Syria.

Ramilat menerima permintaan mas kahwin yang diajukan Aicha itu dan bersumpah akan memenggal kepala 15 anggota pasukan pro-Assad demi cintanya.