Jumaat, 13 Jun 2014

KJ Anak Emas Najib?

Kejohanan Bolasepak Piala Dunia tahun ini bukan saja dijadikan kesempatan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai medan mendekati golongan muda melalui program Feista Samba Brazil 2014 yang diadakan di seluruh negara, tetapi juga sebagai medan menunjukkan hubungannya yang boleh bergurau senda dengan Perdana Menteri, Najib Razak.

Sempena Piala Dunia tahun ini, Khairy Jamaluddin atau KJ melalui melalui kementerian yang diterajuinya telah menganjurkan program Fiesta Samba Brazil 2014 dengan memilih 14 tempat di seluruh negara sebagai tempat untuk peminat bolasepak menonton semua perlawanan secara langsung melalui skrin besar yang disediakan.

Pada malam perlawanan pertama, KJ telah berada di Dataran Merdeka menonton bolasepak bersama ribuan wargakota dan turut juga mengadakan pertandingan menjaringkan gol di mana beliau menjadi penjaga gawangnya. Sesiapa yang berjaya menjaringkan gol juga akan diberikan hadiah misteri.

Setelah berjaga sehingga subuh memeriahkan program di Dataran Merdeka itu, KJ cuba bergurau dengan menulis di twitternya yang ditujukan kepada Perdana Menteri -@NajibRazak Boss, saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC #CubaNasib.

Najib kemudiannya membalas tulisan KJ itu dengan tulisan - @Khairykj Glad you felt well enough to coma for Cabinet Meeting #MCDitolak.

Setelah mendapat balasan daripada Najib itu, KJ kemudiannya menulis lagi bahawa ini adalah sebagai pengajaran kepada sesiapa yang cuba kelentong boss masing-masing sempena Piala Dunia ini.

Gurau senda antara KJ dengan Najib ini menjadi viral dan bualan di media sosial di mana ribuan pengguna laman sosial telah meretweet atau memasukkannya ke laman sosial Facebook. Sementara ada yang memuji, mengeji dan menyindir KJ serta Najib kerana gurau senda itu, satu perkara yang nyata ialah ialah KJ telah berjaya menunjukkan kepada umum hubungannnya yang rapat dan boleh bergurau senda dengan Perdana Menteri.

Tarik balik usul Hudud bukti Umno bermain tali – MB

KAJANG, 13 JUN: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menegaskan Umno seharusnya tidak bermain tali berkenaan isu hudud hingga menyukarkan rakyat.
Beliau berkata, walaupn keputusan menarik balik usul hudud untuk dibawa di Dewan Negeri Selangor (DNS) itu terletak kepada Umno negeri, namun apa yang penting adalah memberikan tumpuan dan berbincang berkenaan kepentingan rakyat.
“Jangan sukarkan rakyat di Malaysia dan Selangor. Kalau dia nak tarik balik, maka dia boleh tarik balik.
“Saya harap kita harus bertanggungjawab dalam hal masyarakat. Apa yang perlu kita bincangkan perlu didahulukan dan yang tidak perlu kita ketepikan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke lokasi banjir, di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias, berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan bereknaan kebarangkalian melaksana hudud di Selangor kerana timbul banyak kekeliruan.
Katanya, usul berkenaan ditarik balik kerana masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.
Shamsudin berkata, perkara itu diputuskan dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.
“Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada Kerajaan Negeri sama ada mahu laksanakan hudud atau tidak.
“Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan,” katanya kepada Malaysiakini.

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana

KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.

Malaysia Yang Selamat: Empat cuba samun rumah pegawai kanan tinggi polis

PDRM KUALA LUMPUR - Niat empat lelaki dipercayai untuk menyamun rumah seorang pegawai kanan tinggi polis berpangkat datuk di Damansara di sini hari ini tidak kesampaian, selepas dikejutkan dengan satu das tembakan amaran.

Menurut sumber polis, dalam kejadian 7 pagi itu, empat lelaki dipercayai warga Indonesia menaiki dua motosikal, berlegar-legar di hadapan pagar rumah pegawai polis berkenaan.

Dua anggota polis kemudiannya menghampiri kumpulan lelaki itu sebelum seorang daripada kumpulan lelaki itu mengeluarkan objek dipercayai  senjata api.

Anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan amaran menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. - Bernama

Keluarga penumpang MH370 di Kedah enggan terima pampasan

Keluarga penumpang MH370 di Kedah enggan terima pampasan
ALOR SETAR: Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampas an itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lepas.

Beliau berkata tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya tidak diketahui hingga kini.

"Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Chew berkata keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

"Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

‘Matematik kreatif’ KIDEX tidak boleh dipercayai – Yeo Bee Yin


Yeo-Bee-Yin-damansara-utama-01


PETALING JAYA, 13 JUN: Dakwaan bahawa Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) akan mengurangkan kesesakan lalu lintas sama sekali tidak boleh dipercayai dan hanya “permainan matematik kreatif” untuk mengaburi mata rakyat, kata Adun DAP Damansara Utama Yeo Bee Yin.
“Biar saya ingatkan Shaharizuan bahawa laporan Penilaian Kesan Trafik (TIA) yang dihantar oleh KIDEX sendiri kepada kami meliputi 43 jalanraya tempatan.
“Menurut laporan itu, di antara 43 jalanraya terdapat beberapa jalan mengalami kenaikan lalu lintas dan pengurangan pada tahap yang berbeza. Mengapa Shaharizuan tidak senaraikan semua jalan yang kadar lalu lintasnya bakal meningkat sehingga 233 peratus (Jalan Bukit Jalil Indah) berpunca daripada KIDEX?
“Jalanraya penting lain yang terjejas termasuk Jalan Changgai (109 peratus), Jalan Sultan (58 peratus) dan Jalan Barat (35 peratus).
“Untuk mengukur kesan keseluruhan semua 43 jalanraya tempatan, kita mesti mengambil kira unjuran kadar lalu lintas di semua 43 jalan dan bukan hanya ‘beberapa’ daripadanya,” kata Bee Yin dalam kenyataan yang mengulas dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif KIDEX Dr Shaharizuan Shafiei, semalam.
Shaharizuan semalam mendakwa KIDEX akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di 16 jalanraya tempatan sebanyak 20 hingga 30 peratus apabila beroperasi nanti dan di 23 jalanraya tempatan sebanyak 20-30 peratus pada 2028.

Punca sebenar Umno S'gor tarik balik usul hudud..!!

KUALA LUMPUR: Umno Selangor memberi alasan kononnya laporan yang mengelirukan oleh akhbar Cina sebagai punca mereka menarik balik usul berkaitan perlaksanaan hudud di Selangor seperti diumumkan hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata banyak akhbar Cina menghubunginya dan telah salah faham berhubung usul asal yang mahu dibawa ke Dewan Negeri Selangor itu.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak)," kata beliau dipetik Malaysiakini.

Dalam pada itu, satu sumber yang dekat dengan Umno Selangor memberitahu Harakahdaily, punca sebenar penarikan itu adalah kerana usul yang pada asalnya mahu memerangkap PAS Selangor itu telah "makan tuan".

"Pada asalnya mereka menyangka speaker (Hannah Yeoh) dari DAP sudah pasti akan menolak usul tersebut kerana DAP sejak awal konsisten menolak hudud.

"Jika benar berlaku penolakan oleh speaker, maka mereka akan menjadikan itu sebagai bukti bahawa PAS benar-benar tunduk kepada DAP dengan membenarkan usul itu ditolak.

"Namun sebaliknya pula berlaku apabila speaker membenarkan usul tersebut dikemukakan dan kali ini Umno pula terperangkap dengan jerat yang dibuat sendiri," katanya yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sebelum ini Adun Umno Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik membawakan usul itu di bawah Peraturan 26, Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Usul tersebut berbunyi:

"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".

Penerimaan usul itu bagaimanapun memberi tamparan hebat buat bukan sahaja kepada Umno, malah BN secara keseluruhan.

Ada cakap-cakap dari dalaman Umno sendiri bahawa usul yang dibawa itu mencerminkan sikap "tidak cerdik politik" pemimpin Umno Selangor.

KDNK Cubaan Nakal kelirukan Rakyat

Yeoh: BN S'gor jangan bolak-balik isu hudud


Pas jangan terlena dengan dodoian Islam Umno

Surat jemputan agar hadir forum.
Malam ini akan berlangsung satu forum dakwah di Balai Islam Lundang, Kota Bharu yang mengundangkan tiga ahli panel, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, Menterid di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Bahrom dan MT Umno Asyraf Dusuki.

Forum itu katanya sempena dengan Karnial Hijrah yang menjaluri program dakwah negara. Kabur, siapakah pengajurnya, apakah kerajaan negeri Kelantan atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau pun anjuran bersama?

Sememangnya Islam menggalakan diadakan forum atau wacana ataupun muzakarah bagi mencari idea untuk mengembang serta memperhebatkan dakywah Islamiah. Justeru kewujudan forum berkenaan wajar dalam konteks kemaslahatan agama. Apa lagi menjadi kebiasaan umat Islam, menjelang Ramdhan pelbagai kegiatan dan aktiviti agama diadakan, bagi menyemerakkan sambutan Ramadhan al Mubarak. Kueh mueh juga akan banyak pada bulan Ramadhan.



Dengan berlangsungnya forum dakwah di Balai Islam Lundang itu malam ini, bermakna sudah dua program bersama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan (Jakim), atau dalam erti kata lain antara Pas dengan Umno diadakan.

Sebelum ini majlis tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan diadakan di tempat berkenaan yang merupakan julung-julung kali kerajaan Kelantan terlibat dalam tempoh lebih 50 tahun. Kerjasama itu memberi kesan sosiopolitik kepada rakyat Kelantan.

Kita yakin selepas ini akan banyak lagi program bersama antara kedua pihak akan diadakan demi kemajuan Islam dan kepentingan bersama. Diharap ia bukan sahaja mencakupi skop Islam tetapi dalam aspek-aspek lain juga yang lebih pintar.

Cuma apa yang menjadi sedikit kemusykilan, apakah dalam situasi sekarang dan Kelantan telah lama disebut sebagai Serambi Makkah forum-forum dakwah seperti itu masih perlu diutamakan berbanding dengan forum-forum keilmuan dalam bidang lain; politik, pentadbiran, perniagaan, strategi dan sebagainya? Apakah sesudah berdekad menjadi kerajaan, pemimpin masih cetek dengan ilmu dakwah dan pendidikan dan berbolot dengan idea yang stereotype?

Sidang Pimpinan DAP 2014: Politik baru, cabaran baru?


DAP-supporters-Sarawak-election


Oleh Izmil Amri
Hujung minggu ini pimpinan baris depan Parti Tindakan Demokratik akan bersidang tiga hari tiga malam merencana langkah-langkah sesuai untuk maju ke depan dengan mengambil kira pengajaran masa silam.
Enam tahun sesudah tsunami politik Mac 2008 dan lebih setahun selepas kemenangan besar DAP dalam PRU ke-13, semua orang pastinya sudah jelak dan menyampah dengan apa sahaja pendekatan yang diambil oleh parti tersebut. Tindak-tanduk DAP sudah boleh dijangka, dikira dan dimanipulasi oleh pihak musuh. Masanya sudah tiba untuk DAP melangkah maju dengan membawa benda-benda baru yang melampaui jangkauan musuh.
Menjelang perencanaan mega ini, ada baiknya kita mengambil sedikit masa dan memeriksa keadaan sekeliling.
Quo vadis DAP?
Quo vadis, ‘mana kau nak pergi?’ Soalan ini jarang ditanya, meski ramai di luar lingkungan parti sentiasa mengacah-acah fitnah yang bukan-bukan demi menjawab soalan yang tidak ditanya orang parti sendiri. Fitnah kononnya DAP mahu tubuh negara Kristian, mahu tubuh republik dan hapuskan sistem raja, malah kononnya mahu membubar rejimen askar Melayu heboh diperkatakan.
Ini kelebihan yang ada pada parti musuh dalam membina persepsi buruk orang ramai terhadap DAP. Kelebihan mencipta jawapan yang kemudiannya disebarkan melalui media kawalan mereka akhirnya mewarnakan DAP dengan warna-warna kepalsuan. Dan usaha ini telah berjaya dilakukan sejak sekian lama sehingga muncul media-media baru yang menenggelamkan usaha jahat musuh melalui media tradisional.
Pun begitu DAP tidak boleh selesa kerana otak licik musuh sentiasa berjalan dan berfikir bagaimana caranya DAP terus boleh diserang melalui media yang berat ke arah DAP sendiri. Maka lihat sahaja bagaimana kemahiran internet dan media sosial dipergunakan untuk menabur fitnah-fitnah spesis baru yang merebak pula dengan lebih cepat.
Hal ini terjadi akibat DAP jarang-jarang sekali bertanya ke mana hala tuju parti dan apa sebenarnya yang ia kerjakan. Dan kalau pun ia disoal, jawapannya panjang berjela dan sukar difahami orang biasa-biasa. Dan kalau pula jawapan itu pendek, cliche sungguh bunyinya.
DAP perlukan hala tuju yang lebih segar tidak lagi bikin mengantuk. Ia perlu bertanya kepada dirinya sendiri ke mana ia mahu pergi. Takkanlah setakat Putrajaya sahaja.
Apakah pekerjaan parti ini?

Sah Umno main wayang: Usul hudud ditarik balik

KUALA LUMPUR: Bidasan PAS Selangor terhadap cadangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN daripada Umno untuk mengemukakan usul pelaksanaan hukum hudud di negeri ini tepat apabila parti itu membuat pusingan-U apabila menarik balik usul yang dikemukakan.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias memberitahu telah menarik balik usul  mengenai kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor hari ini kerana mendakwa "timbul banyak kekeliruan".

Jelas Shamsudin, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Adun Sungai Burong itu berkata keputusan itu dibuat dengan persetujuan pemimpin BN Selangor.

"Ia bukan rang undang-undang persendirian. Ia hanya bertanya kepada kerajaan (negeri) sama ada mereka mahu laksanakan hudud (atau tidak).

"Kalau macam ini, kita boleh tanya dalam perbahasan," katanya.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh sebelum ini mengumumkan menerima tiga usul dikemukakan wakil BN untuk sidang akan datang termasuk pelaksanaan hudud.

Tindakan Hannah itu dilihat pemerhati politik telah meletakkan Umno dalam dilema kerana menerima kritikan hebat sekutunya dalam BN iaitu MCA dan Gerakan.

Shamsudin menjelas lanjut, kekeliruan timbul sebelum ini apabila ramai pihak menyangka BN Selangor memajukan usul untuk melaksanakan hudud di Selangor.

Beliau seterusnya menyalahkan akhbar berbahasa Cina yang menumpukan perkara itu.

"Saya fikir silap faham ini berlaku kerana terlalu banyak akhbar Cina menghubungi saya untuk bertanya tentangnya," katanya tanpa menyebut nama akbar tertentu.

Zionis Malaya: Kampung Chubadak teguh melawan pemaju

Pertembungan antara penduduk Kampung Chubadak Tambahan dan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Isnin lalu menyaksikan dua buah rumah penduduk menyembah bumi menjadi debu di tangan pihak berkuasa tempatan itu.

Sementara rumah-rumah lain buat masa ini, masih selamat daripada diroboh akibat bantahan penduduk kampung.

DBKL mengenalpasti enam buah rumah untuk dirobohkan tetapi dibantah penduduk, dengan beberapa rumah masih lagi dihuni dan sebahagian yang lain pula enggan berpindah bagi selepas ditawarkan pampasan sebanyak RM7,000 sahaja.

Penduduk di situ telah menetap di tanah Wilayah Persekutuan di Sentul itu sejak 30 ke 50 tahun lalu tetapi mereka diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Usul Hudud UMNO: MCA ‘buat lawak’ salahkan DAP


tony pua (11)


KUALA LUMPUR, 13 JUN: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyatakan kehairanan atas tindakan MCA menyalahkan Pakatan Rakyat, terutama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh, berhubung usul hudud pada Sidang DUN minggu depan.
“Melucukan melihat bagaimana pemimpin MCA dan Gerakan berlumba-lumba menyalahkan Pakatan dan Hannah Yeoh kerana meluluskan usul Barisan Nasional untuk mengkaji pelaksanaan Hudud di Selangor.
“Bagaimana kita hendak memahami perkara ini – Barisan Nasional menyalahkan Hannah kerana meluluskan usul daripada Barisan Nasional sendiri?” katanya dalam satu kenyataan.
Malaysiakini melaporkan Timbalan Pengerusi MCA Selangor Datuk Seri Donald Lim Siang Chai meletakkan kesalahan kepada DAP berhubung usul itu.
Menurut laporan itu, Lim menyifatkan usul hudud yang dikemukakan oleh Adun Umno “ membazirkan masa dan wang rakyat” dan mengingatkan Hannah bahawa ada usul yang lebih penting untuk dibahaskan.
Lim juga melihat tiada keperluan untuk membentangkan usul itu, kerana ia pasti tidak akan diluluskan ekoran bilangan kerusi DUN BN yang sedikit berbanding Pakatan.
Menyifatkan hujah-hujah Lim sebagai dangkal, Tony mengingatkan Lim tentang hak setiap wakil rakyat untuk menyatakan apa sahaja pandangan ketika sidang DUN.
“Apakah bagi beliau memandangkan BN adalah pembangkang, semua usul yang dicadangkan mereka patut ditolak serta-merta, tanpa diberi peluang untuk didebatkan?
“Beliau tidak harus lupa bahawa dalam demokrasi yang sebenar, setiap wakil rakyat yang dipilih berhak untuk bersuara. Bukan tugas Speaker untuk menentukan suatu usul itu layak didebatkan atau tidak, kecualilah jika ia hal yang memang remeh-temeh,” katanya lagi.

Usul Hudud UMNO: Jangan main-main! – Speaker Selangor

KUALA LUMPUR, 13 JUN: Pembangkang Selangor hari ini menarik balik usul mengkaji pelaksanaan hudud di negeri itu dengan alasan usul itu “menimbulkan banyak kekeliruan.”
“Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik,” kata Ketua Pembangkang Datuk Mohd Shamsuddin Lias, seperti dipetik laman The Malaysian Insider.
Penarikan usul itu dibuat sehari selepas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh meluluskannya untuk dibahaskan di sidang DUN minggu depan.
“Selepas saya mengumumkan menerima usul Adun Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik semalam, hari ini pejabat saya menerima salinan notis beliau menarik balik usul itu.
“Tiada sebab disertakan berhubung keputusan beliau tersebut,” katanya kepada Roketkini.
Mengulas perkembangan terbaru itu, beliau menyifatkannya sebagai mainan politik terangan-terangan oleh Adun Umno itu.
“Dewan bukanlah tempat untuk sesiapa bermain-main politik. Jika seorang Adun itu tidak bersedia untuk berdebat dan mempertahankan usulnya, beliau tidak sepatutnya membuang masa Dewan untuk membentangnya.
“Maka, saya memberi peringatan keras kepada Kamarol Zaki dan semua Adun, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang, agar tidak menyalahgunakan dan mencabuli peraturan mesyuarat ketika mencadangkan usul untuk dibahaskan,” katanya.
Beliau berkata lagi, DUN adalah pentas wakil rakyat bersuara mewakili kawasannya serta mengambil bahagian secara produktif dalam proses perundangan.
“Walaupun wakil rakyat ada hak untuk membentang atau menarik balik suatu usul, tabiat seperti ini tidak boleh digalakkan. Mereka menggalas tugas untuk menjunjung integriti dan memelihara kemuliaan DUN dengan tidak memperlakukannya secara cuai dan sembarangan,” katanya lagi.

Kampung Chubadak threatened by 'development'

Kes Altantuya: Kesaksian DSP Musa tak jejas kes

Pasukan pendakwaan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu memberi alasan bahawa pasukan itu tidak mengemukakan bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Najib Razak, DSP Musa Safri sebagai saksi kerana ia tidak akan menjejaskan perjalanan kes.

Petisyen rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan itu menyebut, Musa Safri tidak terlibat dalam mengeluarkan apa-apa arahan.

Musa, yang menjadi pembantu peribadi semasa Najib menjadi timbalan perdana menteri pada 2006, tidak dipanggil sebagai saksi, yang menyebabkan Mahkamah Rayhuan membuat keputusan mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan.

Ia menggariskan bahawa mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu bukti tidak memihak kepada pihak terlibat, jika ia tidak dikemukakan.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan ke atas pembebasan Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar.

Dalam petisyen tersebut, pihak pendakwaan menyatakan bahawa Musa tidak memainkan peranan penting kerana beliau hanya memperkenalan keptua polis daerah Brickfields kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda – tertuduh pertama yang dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

"DSP Musa tidak mempunyai sebarang peranan yang signifikan dan relevan untuk memerlukan (Musa) dipanggil sebagai saksi," petisyen itu dipetik.

Dokumen yang disaksikan oleh Malaysiakini itu menggariskan 24 alasan rayuan.

Kg Chubadak: Tiada notis sebelum rumah diroboh DBKL

Hannah Yeoh: I'm speaker for all parties

Kesombongan BN menyebabkan kekalahan, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (gambar) mengkritik sikap sombong Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 dan PRU13 pada 2013.
Daim berkata, masalah timbul apabila BN menang dengan majoriti besar pada 2004 dan mula lupa diri sehingga lupa janji manifesto mereka kepada rakyat.
"BN jadi angkuh, sombong, lupa diri dan lupa janji kepada rakyat tetapi rakyat tidak lupa.
"Itu sebabnya pada 2008 majoriti kurang dan 2013 lagi berkurangan.
"Dengarlah kehendak rakyat. Jangan ingat kerajaan tahu semuanya," katanya dalam laporan wawancara khas bersama akhbar Berita Harian, hari ini.
Pemimpin veteran Umno itu sebelum PRU12 pernah meramalkan kekalahan BN di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dan ramalan itu ternyata tepat.
Katanya, dengan status quo yang ada, agak sukar BN menang lagi PRU pada 2018 jika masih tidak berubah.
"Nombor satu menteri, wakil rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mesti mesra rakyat, jangan sombong dan apa yang berlaku pada 2008, jangan berlaku lagi.
"Rakyat sudah pandai menimbang dan bukan tiada pelajaran. Jika tidak ada perubahan rakyat akan ubah kitalah," katanya.
Tambahnya, BN juga perlu memperbaiki masalah mereka dan menang atas kekuatan sendiri, bukan hanya mengambil kesempatan atas kelemahan pembangkang.
Masalah itu termasuk isu rasuah dan pembaziran wang kerajaan.

Pekung UMNO Terdedah: Tarik Balik Usul Bila Speaker Selangor Benarkan Bahas!

Barisan Nasional (BN) Selangor menarik balik usul mengkaji sama ada undang-undang syariah hudud wajar dilaksanakan di negeri itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsuddin Lias .
Shamsuddin berkata, usul itu menimbulkan banyak kekeliruan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki menyerahkannya kepada Speaker Hannah Yeoh.
"Itu bukan Rang Undang-Undang (RUU). Ia cuma usul bertanya kepada kerajaan negeri sama ada mereka hendak melaksanakan hudud atau tidak," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.
Katanya, penarikan usul itu merupakan perkara amalan biasa bagi mana-mana parti dalam DUN.
"Kita sudah berbincang dalam mesyuarat awal Adun BN. Disebabkan terlalu banyak kekeliruan, kita putuskan untuk tarik balik," katanya.
Namun katanya, wakil rakyat BN akan membangkitkan isu hudud ini semasa persidangan DUN yang bermula minggu depan.
Katanya, soalan akan diajukan kepada PAS mengenai komitmen mereka melaksanakan hukum hudud di Selangor selepas bekerjasama dengan Putrajaya untuk melaksanakannya di Kelantan.
Sementara itu, Yeoh pada sidang media hari ini berkata, tindakan beliau memberikan kebenaran kepada Umno mengusulkan isu hudud dibuat atas prinsip "berdebat sebagai budaya".
"Sebagai speaker, saya perlu ambil kedudukan yang tidak berpihak, apabila saya pengerusikan sidang DUN, saya tidak lagi melihat diri saya sebagai wakil rakyat DAP atau Pakatan Rakyat (PR).
"Perkara paling penting ialah sebagai speaker saya perlu adil dalam mempertimbangkan usul yang dikemukakan," katanya.

12 kaum yang dibinasakan Allah SWT


1. Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh. (Surah Al-Ankabut: 14)
 
2. Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa. (Surah Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13)
 
3. Kaum Nabi Salleh
Nabi Salleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Salleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (Surah ALhijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12)
 
4. Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyonsang, iaitu berminat dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan lesbian). Banyak kali diberi peringatan, mereka tidak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (Surah Alsyu’araa: 160, Annaml: 54, Alhijr: 67, Alfurqan: 38, Qaf: 12)
 
5. Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perniagaan. Bila membeli, mereka minta dilebihkan dan bila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Banyak kali mereka berlindung di tempat yang teduh, perkara itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (Surah Attaubah: 70, Alhijr: 78, Thaaha: 40, dan Alhajj: 44)
 
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pohonnya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (Surah AlHijr: 78, Alsyu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14)
 
6. Firaun
Kaum Bani Israil sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun mengaku sebagai tuhan. Dia akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini masih boleh disaksikan di museum mumi di Mesir. (Albaqarah: 50 dan Yunus: 92)
 

Dyana hargai semangat Muslimat PAS bantu kempen di Teluk Intan




KOTA BHARU:  Bekas calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud  mengucapkan terima kasih kepada aktivis Muslimat PAS seluruh negara kerana telah membantu kempen pilihan raya beliau.

Menurut Dyana, Muslimat PAS dan Wanita PKR  khususnya dari Kelantan telah bersungguh-sungguh berkempen untuk membantu beliau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Berucap pada majlis ramah mesra bersama Muslimat PAS Kelantan, Rabu lalu, Dyana berkata  walaupun tewas di Teluk Intan, usaha bersungguh-sungguh yang ditunjukkan Muslimat PAS dan wanita Pakatan Rakyat membuatkan beliau begitu terharu.

"Semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat yang ditunjukkan Muslimat PAS membuatkan saya kuat.

"Kesepakatan kita ketika berkempen baru-baru ini membuktikan perpaduan kita dalam Pakatan Rakyat benar-benar utuh," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mumtaz Md Nawi, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan para pemimpin Muslimat PAS negeri.

Hannah: Saya speaker DUN untuk semua

Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh berkata pandangan peribadi beliau tidak penting dalam menerima usul hudud dari ADUN Umno negeri itu.

Ini kerana, katanya, banyak pihak mempertikaikan keputusan beliau membenarkan usul kontroversi itu dibentang dalam DUN walaupun partinya tidak menyokong undang-undang syariah Islam itu.

Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya menegaskan beliau merupakan speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR dan Umno.

"Ketika saya menjadi speaker saya bukan lagi ahli DAP atau Pakatan Rakyat," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Tekanan MCA & Gerakan: ADUN UMNO@BN tarik semula usul hudud di DUN Selangor

Walau bagaimanapun perkara mengenai hudud ini akan tetap dibahaskan sepanjang sidang DUN berlangsung.
Shamsuddin_Lias_300x200PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Negeri Selangor, Shamsuddin Lias (gambar) menjelaskan bahawa usul yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik bagi mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor telah ditarik semula.
Menurutnya, perkara ini diputuskan setelah mencapai kata sepakat sewaktu ‘Pre-Council Meeting’ ADUN-ADUN Barisan Nasional (BN) pada 12 Jun lalu.
Katanya lagi, tujuan penarikan semula ini adalah kerana usul yang dibawa tersebut bukanlah bil persendirian sebaliknya ia hanyalah usul untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor.
“Usul hudud tersebut hanyalah satu bentuk persoalan.
“Walau bagaimanapun, perkara mengenai hudud ini akan tetap dibahaskan sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) berlangsung,” katanya sewaktu dihubungi FMT.
Jelasnya lagi, dalam isu hudud ini, pihaknya mahu melihat sejauh mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS bersetuju untuk membawa hudud ini ke negeri Selangor.
“Kita mahu melihat sejauh mana PAS bersetuju untuk membawa dan menjayakan hudud kerana sebelum ini perkara ini (hudud) sering dijadikan isu utama PAS terutama ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK)
“Jangan jadikan isu hudud ini sebagai isu politik,” kata ADUN Sungai Burong itu.
Sebelum ini, usul ADUN Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor telah diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.
Usul yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:
“Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”
Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.

M'SIA DOOMED UNDER REGRESSIVE UMNO: They have to change, not the rest of the civil world

M'SIA DOOMED UNDER REGRESSIVE UMNO: They have to change, not the rest of the civil world
If a person labours for most or all of his life, in an honest and upright way and finds that in the twilight of his life, when he looks back in hindsight, that what he has achieved is not much, the person can take satisfaction that he has done well in life really.
This is true if he lives in a country that fails to practice fair play, justice and meritocracy like Malaysia.
This is the best that Malaysians can really hope for their efforts in life.
There is no denying that the runaway success and achievement claimed by many people in this country are at best hollow because it is usually achieved by crony capitalism and corruption and evil.
This is why before we pay true respect and homage to VVIP's and VIP's, before we accord and bestow praise and acclamation on these dignitaries and so-called high achievers, we really need to take a look at how and what they have really achieved.
In reality, when we examine the supposedly great success and achievement of these people, and being crowned with titles and awards, we will really find that most of them are nothing but scum's who climbed up the ladder of society by subscribing to dishonesty, corruption and evil.
This is why when we are truly able to separate the chaff from the wheat, or the scum's of society from the true and genuine high achievers, there will only remain a fraction of truly successful people in this country.
This is why if people feel they have been unjustly denied, if they have been denied opportunities or been obstructed and hindered unfairly to progress in life, they should continue to fight for justice, fair play and meritocracy and not take the easy way out by opting to follow the corrupt and cheating ways of evil leaders in this country.
The time has come for real changes

When the minority of successful high achievers, those with a track record of genuine success, complain of unfairness, cronyism and cheating in this country, they are asked by Barisan Nasional (BN) leaders to shut up and not be ungrateful for what they have achieved.
But the fact remains that the true and genuine high achievers in Malaysia are beginning to feel the heat and are uncomfortable because Malaysians are suspicious and distrustful and show no respect for them as they are often also perceived to be cheats and corrupt.
This is why in this country most persons of so called standing and repute don't really command the respect and admiration of the people.
It is notable, at this point, to take the prime minister, Najib Tun Razak as an example.
When he assumed office as prime minister, his ratings were very high and he was popular with the people simply because of advocating populist policies.
Now just take a look at his ratings and the joy Malaysians savour at bashing him and blaming him for all the ills of the country. Most Malaysians have really lost all respect for the man.
This is why change has to come, if not now, eventually. And this change it is perceived will be to the extent of the appointment of Malaysia's first non-Malay, non-Muslim prime to reflect truly that democracy is at work in Malaysia.
It is building up to such a scenario because more and more Malay's and bumiputra's realize that a non-Malay, non-Muslim prime minister is better for the well-being of the country than any half baked Malay-Muslim character doing the job.
Getting Malaysian democracy back on track

Pemilu: Populariti Prabowo-Hatta meningkat

JAKARTA: Populariti pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden bulan depan, terus meningkat walaupun kedua-dua tokoh berkenaan dikaitkan dengan pelbagai isu negatif, menurut tinjauan beberapa badan kaji selidik Indonesia.
  
Hasil tinjauan yang dikumpul Nurjaman Center for Indonesian Democracy (NCID) daripada kaji selidik yang dilakukan Survey Focus Indonesia (FSI), Survey and Polling Indonesia (SPIN) dan Indonesia Survey Institute (LSI), menunjukkan bahawa kredibiliti Prabowo-Hatta semakin unggul.
  
Pengarah Eksekutif NCID, Jajat Nurjaman berkata populariti Prabowo-Hatta yang dinamakan calon presiden dan naib presiden pada Pemilu itu oleh pakatan yang diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) meningkat berikutan pasukan kempen Joko Widodo atau Jokowi-Jusuf Kalla dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sering memburuk-burukkan pasangan berkenaan.
  
"Masyarakat mulai bosan dengan gaya kempen yang dilakukan pasukan pasangan Jokowi dan Jusuf Kalla serta cara mereka yang cenderung memburukkan pasukan lain menerusi satu isu sahaja," kata Jajat kepada pemberita, Khamis.
  
Hasil kaji selidik FSI menunjukkan Prabowo-Hatta unggul dengan 45.7 peratus sedangkan Jokowi-Jusuf memperoleh 45.2 peratus, manakala keputusan tinjauan SPIN memperlihatkan Prabowo-Hatta memperoleh 44.9 peratus sementara Jokowi-Jusuf 40.1 peratus.

Fake ICs not from Sabah, claims NGO

An NGO wants Jeffrey to prove the fake ICs discovered in the peninsula are linked to Sabah.

KOTA KINABALU: The fake Sabah identity cards (ICs) circulating in the peninsula are not from Sabah, claims Pakatan Pro BN, an NGO.
“Those caught with fake Sabah ICs in the peninsula are not from Sabah and have never been to the state,” says Pakatan Pro BN president Zulkarnain Mahdar.
“They obtained their fake Sabah ICs from syndicates operating outside the country,” he said.
mykad-baruHe cited the recent example of an Indonesian with a fake Sabah IC who shot dead a woman bank employee in the peninsula. Police did not reveal from where the Indonesian obtained his fake Sabah IC.
Zulkarnain said that he wanted to challenge Star Sabah president Jeffrey Kitingan’s recent statement in the media linking the fake Sabah ICs in peninsula to Sabah.
However, he could not produce any evidence that the fake Sabah ICs detected in the peninsula came from outside the country and not from Sabah.
“It’s embarrassing to genuine Sabahans when the fake Sabah ICs in the peninsula are linked to Sabah,” said Zulkarnain. “We hope that Facebook users stop posting such news in the social media.”

Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat

Pemilihan 2014SHAH ALAM, 13 JUN: Veteran PKR, Dr Syed Husin Ali akan memulakan tugas sebagai ketua pasukan siasatan kes rasuah berprofail tinggi dalam Pemilihan PKR 2014 sebaik sahaja pulang dari luar negara dalam masa terdekat.
Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata siasatan yang melibatkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar itu akan dimulakan dengan mengumpulkan semua maklumat kes berkenaan.
“Biro Politik setuju lantik Dr Syed Husin untuk mulakan siasatan tetapi sekarang saya difahamkan Dr Syed Husin berada di luar negara.
“Kami juga sudah mendapatkan persetujuan beliau,” kata Dr Kee Kwong ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Jelas Dr Kee Kwong, Dr Syed Husin yang juga bekas Timbalan Presiden itu merupakan satu-satunya lantikkan baru bagi mengendalikan siasatan itu.
Sebelum ini, Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin dalam aduan bertulisnya kepada Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) PKR, mendakwa terdapat cubaan merasuah pengerusi JAP oleh individu yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden.
Badrul Hisham percaya perbuatan merasuah itu dilakukan bagi pihak seorang ketua kem yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

Hudud: Kelantan contohi Qatar

Mohd Amar (duduk,tengah) bersama rombongan pertama pegawai pendidikan dan pensyarah yang akan menyertai kursus selama seminggu di Qatar.  
Mohd Amar (duduk,tengah) bersama rombongan pertama pegawai pendidikan dan pensyarah yang akan menyertai kursus selama seminggu di Qatar.
KOTA BHARU – Kemungkinan besar kerajaan Pas Kelantan akan menjadikan pelaksanaan hudud di Qatar dan Emirates Arab Bersatu sebagai negara contoh dalam melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pelbagai maklumat diperoleh mengenai kebaikan dan sistematik pelaksanaan hudud di negara tersebut yang dikatakan memberi kesan yang sangat positif.

“Ketika lawatan ke negara tersebut sebelum ini, kenderaan dibiarkan tidak berkunci, malah kunci juga ditinggalkan. Ini salah satu contoh yang sengat baik.
“Dari segi pemerhatian dan maklumat yang diperoleh, ramai pemimpin yang mengatakan dua negara tersebut adalah contoh terbaik. Saya belum tengok lagi tentang teks kanunnya. Cuma kita akan pastikan wakil-wakil kita akan dapatkan maklumat lebih lanjut lagi selepas ini,” katanyaselepas memberi taklimat ringkas kepada pegawai pendidikan negeri, semalam.

Ahmad Maslan bagi teori GST suka hati

"Jangan sembunyi impak GST ke atas rakyat" - Khalid Samad

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" - Rafizi Ramli

PM jamin hutang negara kekal..!! Menteri Kewangan Paling Bijak Berhutang.....

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa hutang negara kekal dan tidak akan melebihi 55 peratus supaya ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat.

Katanya, dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah, pastinya bebanan hutang dapat dikurangkan.

"Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang bertanggungjawab dan kita perlu tambah perbelanjaan supaya ekonomi kita berkembang, tetapi kita mesti lakukan dalam lingkungan, tidak menambahkan beban dengan cara berbelanja secara berhemah, dan pastikan ekonomi kita terus berkembang.

"Jika ekonomi kita berkembang, peratusan hutang dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat kita kekalkan pada paras tidak melebihi 55 peratus. kita jangka tahun ini dan tahun akan datang Insya-ALLAH kita akan kekalkan di bawah 55 peratus," katanya yang mengikuti sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Najib (BN-Pekan) berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang meminta beliau beri perancangan kerajaan untuk tidak membenarkan hutang melebihi 55 peratus.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanyakan mengenai langkah kerajaan mengurangkan kadar pengangguran, Najib berkata, kerajaan menyedari perkara tersebut dan masih berusaha untuk mengurangkannya.

"Saya tidak nafikan masih ada cabaran, memang ada cabaran kos sara hidup, cabaran menambahkan pekerjaan dan untuk meninggikan permintaan dan sebagainya.

"Secara keseluruhannya kita tidak dapat nafikan pencapaian ekonomi Malaysia amat memberangsangkan," katanya.

Kes Mejar Zaidi: Saksi mengaku tak baca laporan polis


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad hari ini meyaksikan saksi pendakwaan, Laskar Udara Kanan (LUK) Mohd Zunaidy Muchtar diasak peguam pasukan pembelaan, Hanipa Maidin.

Ia bermula dengan keterangan Zunaidy semalam berhubung seorang wanita yang hadir bersama Mejar Zaidi sewaktu membuat laporan polis, yang bercanggah dengan keterangan semasa siasatan.

Hanipa berkata, Zunaidy dalam keterangannya ketika sisasatan mengenal pasti wanita tersebut sebagai isteri kepada Zaidi.

Namun dalam keterangan semalam, Zaidy hanya menyebut sebagai "wanita tidak dikenali", lapor Malaysiakini.

Ekoran bercanggahan itu, Hanipa bertanyakan Zaidi adakah beliau bercakap benar.

Menjawab soalan itu Zunaidy berkata beliau tidak kenal isteri kepada Mejar Zaidi.

Hanipa berkata, sudah tentu pada keterangan itu ada satu yang betul dan satu lagi adalah salah.

KDNK: Cubaan nakal kerajaan UMNO@BN kelirukan rakyat


 Rafizi Ramli 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen PR mendakwa pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus bagi tempoh suku pertama 2014 belum menentukan perkembangan ekonomi negara yang baik.

Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata, ekonomi negara yang tidak rancak pada akhir tahun 2013 yang lalu telah menyumbang kepada pencapaian itu

"Kalau kerajaan nak berbangga dengan pertumbuhan 6.2 peratus (KDNK kasar suku pertama 2014), itu bagi saya satu cubaan nakal untuk mengelirukan rakyat.

"Kalau dikatakan suku ini bertambah sebanyak 6.2 peratus, itu tidak bermakna bahawa ekonomi negara kita berkembang dengan baik. Itu bermakna, pada suku yang lepas, ekonomi tidak rancak.

"Jadi, kalau orang berbelanja lebih sedikit dalam suku tahun ini, sudah tentu berlaku pertambahan lebih baik," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat berkata, ekonomi negara menunjukkan aliran memberangsangkan dalam tempoh suku pertama 2014 dengan pertumbuhan KDNK 6.2 peratus iaitu kadar tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku keempat 2012.

Menurutnya, prestasi meyakinkan ini disokong oleh aktiviti ekonomi domestik dan langkah positif program transformasi kerajaan yang dilaksanakan sejak tahun 2009.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, paras simpanan domestik yang tinggi, simpanan antarabangsa yang kukuh, perbankan yang teguh dan kadar pengangguran yang rendah menjana momentum terbaik kegiatan pelaburan dalam negara yang menyumbang kepada keadaan ini berlaku.

“Dalam tempoh suku pertama 2014, pelaburan swasta pada harga semasa berkembang 16. 7 peratus kepada RM 44.4 billion menyumbang 66.5 peratus kepada jumlah pelaburan,” katanya.

Malaysia Kita: Remaja dirogol dan disamun oleh anggota tentera


Enam tentera yang sepatutnya menerima latihan bukan sahaja mencuri keluar dari kem malahan bertindak menyamun sepasang kekasih masing-masing berumur 16 dan 13 tahun yang bersiar-siar di pantai.
 
Seorang daripada mereka yang berada di bawah pengaruh dadah juga bertindak merogol gadis tersebut manakala seorang lagi memaksanya melakukan seks oral.
 
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi di kawasan pantai Pontian pada 10 Jun lalu.
 
Tiga suspek termasuk dua askar  yang disyaki melakukan jenayah seksual dikenal pasti berada di bawah pengaruh dadah.
 
Selain memfitnah remaja itu berkhalwat, askar juga memukul dan menampar remaja lelaki selain memaksanya menghisap lima batang rokok.
 
Telefon bimbit milik remaja lelaki turut disamun oleh enam askar itu.

Malaysia Kita: 6,275 pelacur pelbagai negara ditahan Januari hingga April tahun ini

6,275 pelacur pelbagai negara ditahan Januari hingga April tahun ini
KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini.

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16).

Tempat Wuduk Sekali Dengan Tandas - Ustaz Azhar Idrus

Wajibkah Nafkah Untuk Isteri TAK SOLAT? - Ustaz Azhar Idrus

Makmum Masbuk, Takbir Ketika Imam Rukuk - Ustaz Azhar Idrus

Selalu Terlepas SOLAT SUBUH - Ustaz Azhar Idrus

Barang Naik! - Ustaz Azhar Idrus

KAPITALIS BANGSAT: MELAYU DIMANGSAKAN....!!!








(DBKL ROBOH PADA JUN-2014)

(PERCUBAAN DBKL MAHU ROBOH PADA FEB-2014)

UMNO Pertahan UiTM demi kroni bukan demi Melayu sebenarnya..

Apa yang kita perlu faham mengenai isu ini ialah ianya menyerlahkan kepada semua betapa bijaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang menguasai pentadbiran negara dalam membantu kroni mereka untuk semakin kaya..

Sebabnya demi kroni mereka sanggup membayar berbillion-billion untuk menyewa sedangkan kos untuk membina lebih murah..

Kos untuk membina enam kampus cawangan dianggarkan hanya RM1.8 Bilion tetapi demi kroni pihak terbabit memperbodohkan diri mereka dengan menyewa dari kroni mereka..

(Kroni dalam hal ini ialah kaum keluara atau kawan-kawan mereka bukannya macai yang makan rumput dan semakin ramai berkeliaran dalam Blog ini..)

Dan menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun serta bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Oleh itu ianya menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat kroni terbabit adalah RM8.6 Bilion.

RM8.6 Billion itu adalah wang yang diperolehi dari cukai yang dikenakan terhadap rakyat kecuali macai..

Jadi.. faham-fahamlah kenapa UMNO/BN begitu takut kehilangan kuasa...

DAP tidak pernah salahkan PAS berikutan kekalahan PRK Teluk Intan - Lim

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan media mengenai Gobind Singh Deo baru-baru ini yang dikatakan menyalahkan PAS berhubung kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah tidak benar.

Menurut Lim, kenyataan Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong itu telah disalah tafsir dan isu hudud bukanlah punca utama DAP gagal mempertahankan kerusi berkenaan.

“Apa yang ditulis dalam akhbar bahawa DAP ada menyalahkan pemimpin PAS atas kekalahan kami di Teluk Intan itu tidak benar. Sebenarnya Gobind mengucapkan terima kasih kepada PAS atas sokongan dan usaha mereka dalam PRK Teluk Intan.

“Gobind tidak mengatakan hudud merupakan isu utama dalam PRK. Namun, tidak dinafikan isu hudud akan menjadi lebih besar pada masa akan datang tetapi itu bukan punca utama kekalahan kami di Teluk Intan,” kata Lim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Yayasan Pemikiran Tok Guru pada Khamis.

Dalam pertemuan ringkas beliau bersama calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud menjelaskan kepada Nik Aziz berhubung kenyataan Gobind itu.

Menurut beliau, Nik Aziz menyambut baik dan memahami situasi sebenar yang berlaku.