Khamis, 12 Jun 2014

Biarkan KPN bertindak sewenangnya, Zahid perlu letak jawatan


lge


KUALA LUMPUR, 12 JUN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meletak jawatan kerana membiarkan sahaja Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak sewenang-wenangnya, termasuk mengingkari perintah mahkamah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
“KPN telah mencetuskan kemarahan apabila menyatakan polis akan bersikap ‘neutral’ jika ada keputusan bercanggah antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil,” katanya merujuk kes hak penjagaan antara M Indira Gandhi dan bekas suami K Pathmanaban (nama Islam, Mohd Ridzuan Abdullah) dan antara S Deepa dan N Viran (nama Islam, Izwan Abdullah).
Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah menyerahkan hak penjagaan tiga anaknya – Tevi Darsiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa – kepada Mohd Ridzuan. Namun pada Mac 11 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan diberikan kepada Indira.
Pada 1 April 2011, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang dibuat tahun sebelumnya.
Bagi kes kedua, Mahkamah Rayuan pada 27 Mei lalu menolak permohonan Izwan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menyerahkan hak penjagaan kepada Deepa.
Guan Eng berkata, keputusan Abdul Khalid untuk mengingkari perintah mahkamah sivil itu ‘berbahaya’ dan bertentangan dengan Perlembagaan serta boleh memicu tindakan terpilih pihak polis pada masa akan datang.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, polis secara terbuka engkar arahan mahkamah sivil. Ini bukan sahaja boleh menyebabkan kekacauan, tetapi mencetuskan tindakan terpilih polis untuk kes-kes akan datang.
“Selepas ini, apa lagi yang dapat menyekat polis daripada bertindak secara terpilih?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
“Polis diberi kuasa untuk menjalankan dan menguatkuasakan arahan mahkamah sivil. Jika Khalid gagal untuk memahami tugas asas ini, beliau tidak layak menjadi KPN dan perlu meletak jawatan segera. Begitu juga dengan Ahmad Zahid (yang membiarkannya),” katanya lagi.

Segera siasat kes rasuah 2 pegawai tertinggi polis - My Watch


R.Sri Sanjeevan 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyegerakan siasatan ke atas dua kes salah laku rasuah didakwa melibatkan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa sehingga kini, dua pegawai berjawatan tinggi itu masih bertugas seperti biasa sedangkan kertas siasatan ke atas mereka telah dibuka sejak lebih dua minggu lalu.

"Sehingga kini SPRM tidak menghubungi saya tentang perkembangan siasatan itu walaupun banyak bukti telah saya berikan kepada mereka.

"Saya harap SPRM segera bertindak dan memanggil dua pegawai polis berjawatan tinggi itu supaya memberi keterangan salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada 22 Mei lalu, MyWatch mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis memiliki aset melebihi RM2 juta.

Menurut Sanjeevan, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

MCA Mahu 3 Wakil, Najib Dijangka Catat Rekod Lantik Menteri Paling Ramai

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak tahu mengenai ura-ura rombakan kabinet yang heboh diperkatakan ketika ini, hakikatnya perkara itu memang tidak dapat dielakkan lagi.

Pertama, kerana memenuhi janji untuk melantik Presiden Gerakan, Mah Siew Keong yang menang dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, baru-baru ini dan keduanya pula, sebagai memenuhi kehendak perwakilan MCA yang sudah membuat resolusi untuk kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.

Najib mungkin benar-benar tidak tahu atau tidak berniat merombak kabinetnya kalaulah beliau sudah lupa akan janjinya kepada Mah Siew Keong dan juga pengundi Teluk Intan. Begitu juga, beliau mungkin tidak merombak kabinetnya jika beliau juga lupa pelawaannya kepada MCA baru-baru ini agar parti itu kembali bersama-sama menguatkan kerajaan dan terlupa jufa parti itu sudah mengubah resolusi sedia kembali dalam kerajaan.

Namun jika beliau berpegang kepada janjinya, rombakan kabinet terutama untuk membawa wakil daripada MCA dan Gerakan menyertai kabinet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Mengikut laporan media sejak seminggu lalu, Najib dijangka merombak kabinetnya sebelum puasa atau selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jika rombakan itu hanya melibatkan kemasukan wakil daripada MCA dan Gerakan saja, mungkin ia akan dilakukan sebelum puasa ini tetapi jika melibatkan pengguguran beberapa pengguguran wakil daripada UMNO, ia mungkin dilakukan selepas Hari Raya bagi mengelakkan ada yang terkejut dan tidak meriah menyambut lebaran tahun ini.

Dalam penyusunan kabinet selepas pilihanraya umum lalu, Najib telah mengosongkan satu jawatan menteri dan tiga timbalan menteri untuk MCA apabila parti itu sedia mengubah semula resolusi tidak mahu menduduki jawatan dalam kerajaan sebagai tindakbalas terhadap penolakan pengundi Cina terhadap parti itu. Kerusi menteri yang dikosongkan untuk wakil MCA ialah menteri pengangkutan yang kini dipangku oleh sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.

KG. CHUBADAK: ANTARA BANGSA MALAYSIA DAN PANDA..!!!

 
 


Ramadhan nombor satu bola nombor dua - TG Nik Aziz



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

"Waktu sebelum perang Jepun, masa saya belajar di Jerteh, saya main bola sehingga cedera lutut sebelah kanan kena sepak oleh kawan saya.

"Sekarang ini pun, kalau cucu-cucu saya tengok bola dalam televisyen, saya tumpang tengok juga 10 ke 15 minit," katanya.

Mengulas demam piala dunia yang kali ini turut berlangsung dalam bulan Ramadhan, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat khususnya umat Islam perlu pandai membuat keutamaan.

Lebih-lebih lagi kebanyakan waktu perlawan besar berlangsung awal pagi.

"Jangan sampai tubuh kita tak segar kerana bola. Ramadhan ini kita perlu bagun pagi sebelum subuh. Ajar diri, selain tengok bola, kita solat tahajud, witir dan baca al-Quran.

TG Nik Aziz: Tengok bola jangan sampai lupa Ramadhan

Dakwat Tidak Kekal: Buat laporan polis satu kesalahan kata saksi tentera


Seorang saksi memberitahu mahkamah tentera bahawa Mejar Zaidi Ahmad melakukan kesalahan kerana membuat laporan polis ketika memakai pakaian tentera.

Laskar Udara Kanan Mohd Zunaidy Muchtar Ahmad ketika ditanya pegawai pendakwaan berkata anggota tentera melakukan kesalahan jika membuat laporan polis ketika memakai pakaian seragam tentera.

Mohd Zunaidy berkata demikian ketika ditanya oleh Mejar Ahmad Azam Soip dari pendakwaan

Ahmad Azam: Rakan saya yang bijaksana (Hanipa), kata dari awal tindakan Mejar Zaidi (buat laporan polis) bukan satu kesalahan, tapi kamu kata tidak. Boleh kamu jelaskan?

Zunaidy: Dia memperkenalkan diri kepada wartawan dengan memakai uniform nombor tiga.

Zunaidy sebelumnya turut ditanya Hanipa jika beliau ada membaca laporan polis yang dibuat Zaidi dan jika beliau betul-betul pasti Zaidi bercakap pada satu 'sidang media'.

Hanipa: Ada tak awak baca laporan polis dia?

Lembaga Lebuhraya Malaysia batal taklimat Kidex dengan Selangor

Penduduk di kawasan cadangan Lebuhraya Kidex membantah pembinaan lebuh raya itu dan mendesak kerajaan negeri Selangor tidak meneruskan projek itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Penduduk di kawasan cadangan Lebuhraya Kidex membantah pembinaan lebuh raya itu dan mendesak kerajaan negeri Selangor tidak meneruskan projek itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) membatalkan taklimat yang dijadualkan pada hari ini dengan kerajaan negeri Selangor bagi menjelaskan mengenai pembinaan Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex) yang mendapat bantahan penduduk setempat.
Pembatalan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi tarikh taklimat semula akan diadakan semula tidak diketahui.
Pentadbiran Khalid ketika ini berdepan tekanan daripada penduduk dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang mendesak supaya projek diluluskan Putrajaya dua tahun lalu itu tidak diteruskan.
Lebuh raya sepanjang 14.9km dengan pegangan konsesi selama 48 tahun itu akan dibangunkan oleh syarikat milik peguam Umno, Datuk Hafarizam Harun dan keluarga bekas Ketua Hakim, Tun Zaki Azmi.

Selangor arah Jais pulang kitab Injil kepada PBM

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pihaknya akan mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor untuk memulangkan semula lebih 300 kitab yang dirampas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2014.‎
Kerajaan negeri Selangor hari ini meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulangkan semula kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM), selepas Peguam Negara menutup kes tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya akan mengarahkan Jais untuk memulangkan semula lebih 300 kitab itu.‎
"Kerajaan negeri meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Salehen Mukhyi dan Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman untuk membantu Jais memulangkan semua barang kes tersebut," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Xavier beri masa 48 jam kepada Malaysiakini

Menerusi laporan tersebut, saya dapati ia berniat jahat, fitnah dan tidak benar sama sekali

KLANG:  Ketua Cabang PKR Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar  memberi masa 48 jam kepada portal MalaysiaKini yang mengeluarkan artikel mengaitkan beliau dengan kes rasuah bersama dengan Abdul Malek Hussin (Pegawai Komiti Pilihanraya PKR).
Dr Xavier Jeyakumar“Saya merupakan ahli paling lama di dalam Parti Keadilan selama 15 tahun, saya telah menghabiskan tenaga dan masa saya dalam menegakkan keadilan di Malaysia dan pada masa yang sama saya turut perjuangkan kebebasan dalam media.
“Saya amat yakin PKR mampu membawa perubahan positif di negara kita. Saya telah memperjuangkan dan masih memiliki kudrat untuk terus berjuang untuk kebebasan  media. Menerusi laporan tersebut, saya dapati ia berniat jahat, fitnah dan tidak benar sama sekali. Artikel tersebut telah mencemarkan nama baik saya,” katanya.
Menurutnya, demi mempertahankan maruahnya, beliau meminta peguam, David Samuel dari Chambers of Firdaus Advocates & Solicitors untuk mengambil tindakan segera terhadap semua penerbitan media cetak dan elektronik yang telah menyiarkan artikel tersebut.
“Letter of Demand telah dihantar kepada MalaysiaKini, Saudara Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Tamil Malar dan kami akan membuat susulan selanjutnya dalam beberapa hari lagi. Saya beri tempoh 48 jam kepada mereka untuk mohon maaf,” ujarnya.

Salah guna logo halal: Denda RM1 juta- RM5 juta

Logo Halal
KUALA LUMPUR - Individu yang didapati menyalahgunakan logo halal pada produk mereka berdepan dengan denda RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda tidak kurang RM5 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata perkara itu diperuntuk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

"Sebenarnya yang tetapkan barangan halal ataupun tidak halal itu tanggungjawab Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia), namun jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusannya maka pengeluar akan didakwa menurut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai produk 'Bihun Istimewa Cap Masjid' keluaran sebuah kilang di sini yang mengguna pakai logo halal pada pembungkusannnya sedangkan syarikat tidak mempunyai pensijilan halal Jakim.

Isu itu terbongkar susulan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun yang dibuat dalam keadaan kotor dan jijik menerusi laman sosial.

Sementara itu, mengulas barangan kawalan sempena Aidilfitri, Hasan berkata pihaknya sedang meneliti senarai barangan yang berkenaan.

"Kami akan umumkan secepat mungkin selepas senarai dimuktamadkan," katanya yang ditemui selepas  melancarkan buku 'Patent Drafting Manual for Beginners' yang diterbitkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Bernafaskah Demokrasi di Dunia Internet?


internet-100016261-large

Oleh Ahmad Tajuddin Abdullah
Membaca komentar Pengarah Hal Ehwal Politik Allianz SE, Katinka Barysch mengenai kebuntuan dunia internet untuk menyediakan lapangan demokrasi yang sihat kepada penggunanya begitu membuka minda untuk berfikir sejenak. Bagi para marhaen yang optimis internet merupakan jalur kepada mereka untuk menyuarakan hasrat nurani dan membebaskan mereka dari sebarang cengkaman pihak pemerintah, ujar Katinka, wajar untuk mengkoreksi semula optimisme mereka.
Sebelum kita melompat jauh ke dalam perbincangan ini, lagi elok untuk kita memahami konteks dunia internet di Malaysia. Menurut laporan yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh International Telecommunication Union (ITU), Malaysia menduduki tangga keempat dari 180 buah negara dalam peratusan jumlah penduduk yang menggunakan internet dari keseluruhan populasi, iaitu 13.4%. Angka penduduk yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan populasi pada tahun 2010 berjumlah 28.3 juta orang. Jika ditimbang secara kasar, kira-kira 4 juta rakyat Malaysia mempunyai sambungan internet, tidak kira sama ada melalui telefon bimbit, Wi-Fi di rumah dan sebagainya.
4 juta merupakan angka yang besar untuk negara ini, maka tidak hairanlah laporan mengatakan Malaysia berada di tangga keempat dunia bagi penggunaan digital. Jika disukat mengikut sisi tesis ini, sewajarnya Malaysia jauh lebih terkehadapan dari sudut kematangan demokrasinya, sejajar dengan terbuka nya minda rakyat Malaysia terhadap dunia maklumat dan kebebasan untuk bersuara yang lebih dijamin oleh Facebook berbanding Utusan Melayu. Itu pun jika kita melihat dari sudut optimisnya marhaen yang mengharapkan internet menawarkan sesuatu yang tiada di dunia luar. Namun benarkah begitu realitinya ketika ini?
Freedom House – sebuah badan bebas yang menjalankan kajian mengenai kebebasan internet dan media – melaporkan, Malaysia masih dikategorikan sebagai negara separa bebas bagi penggunaan internet. Kita memuji langkah kerajaan yang mahukan rakyatnya terdedah dengan dunia internet, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu rakyat negara ini terdedah dengan maklumat. Internet merupakan alat, jika internet kerjanya sekadar untuk permainan atas talian maka akan lahirnya sekumpulan badut-badut yang diikat tengkuknya dengan rantai oleh tuan mereka.

Johor – Pengulangan Sejarah Lampau?


SISTEM KANGCU DI JOHOR


Oleh Mahdzir Ibrahim
Secara ringkasnya, pada tahun 1844, sistem Kangchu diperkenalkan di Johor sebagai satu sistem pembangunan ekonomi yang membuka kerjasama secara formal antara Kerajaan Johor dan kaum Cina.
Dari fakta sejarah secara bertulis dan lisan yang menjadi tradisi penyampaian sejarah orang Melayu, sistem Kangchu ini pada asalnya juga bertujuan untuk membendung kemasukan kaum Cina dari Singapura yang menetap dan menjalankan perniagaan di negeri Johor.
Maka diperbuat satu sistem yang mana sistem ini bukan sahaja dapat membendung masalah-masalah sosial dan ekonomi tempatan malah ia dapat membantu meningkatkan lagi laba ekonomi kerajaan negeri dengan membuat kerjasama secara formal dan sistematik dengan mewujudkan perjanjian dalam aspek pembangunan tanah pertanian dan kawasan penempatan bagi kaum Cina.
Sistem ini hanya menumpukan pada aspek pertanian dan pembangunan tanah. Satu perjanjian diperbuat yang dikenali sebagai ‘surat sungai’ dengan maksud memberi izin secara sah untuk tinggal dan mengerjakan tanah secara besar-besaran dan tersusun mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian ‘surat sungai’ itu.
Maka, projek penanaman gambir dan lada hitam telah berjaya mengkayakan kedua-dua pihak hingga Johor dikenali sebagai pengeluar utama gambir dan lada hitam yang bermutu seantero Asia. Bukit Gambir antara tempat awal yang dibangunkan pada ketika itu. Nama-nama tempat yang menggunakan perkataan ‘Kangkar’ punya sejarah yang mana perkataan ini membawa maksud ‘ladang’ yang merujuk kepada ladang gambir dan lada hitam.
Ini telah menyinarkan lagi imej Johor sebagai negeri terkaya dan termaju, membantu meningkatkan ekonomi tempatan, dan mengawal kemasukan kaum Cina di negeri Johor hingga kononnya terselamatlah Johor daripada huru-hara sosial.
Saya sebutkan konon kerana ia tidak lain hanyalah ‘anggapan’ yang menjadi slogan tambahan atas gembar-gembur kejayaan sistem Kangchu.
Hakikatnya, sistem Kangchu berjaya juga kerana faktor lain yang signifikan iaitu “kekurangan di pihak lain.”

Skandal Bank Rakyat: Menteri mahu jumpa Mahfuz

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek ingin bertemu dengan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu membabitkan isu skandal Bank Rakyat.

Hasrat itu dinyatakan Hasan melalui satu nota ringkas yang diletakkan di atas meja Mahfuz di dalam Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pelawaan itu Mahfuz berkata, beliau berterima kasih kepada Hasan yang mehu bertemunya berhubung isu penyelesaian mudah RM32 juta seorang ahli perniagaan kepada Bank Rakyat yang dibangkitkan beliau sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik untuk Hasan menjelaskan perkara itu di dalam Dewan Rakyat supaya semua orang dapat mengetahuinya dengan lebih jelas.

"Saya ucap terima kasih kepada menteri kerana bagi nota ini untuk jumpa dengan saya, beliau sepatutnya jelaskan di dalam Dewan Rakyat bukan hanya kepada saya.

"Saya minta beliau tampil beri penjelasan di dalam Parlimen agar semua mengetahui," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semalam berhubung isu pinjaman mudah itu yang disifatkannya sebagai cuba mengalihkan jawapan dari persoalan asas.

Taib bukan raja, siasatan SPRM diteruskan kata Paul Low

 
Bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak mendapat kekebalan daripada siasatan rasuah apabila dilantik sebagai yang dipertua Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low.

Low berkata, ini kerana yang dipertua negeri tidak terangkum bawah takrif “raja”, walaupun menjalankan fungsi raja, seperti digariskan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu peruntukan berhubung mahkamah kas tidak terpakai bagi seorang yang dipertua negeri,

“Sehubungan itu, prosiding bagi seorang yang dipertuan negeri atas sifat peribadinya boleh dibawa di mahkamah umum,” katanya.

Low berkata demikian dalam jawapan bertulisnya sebagai balasan kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang mahu tahu sama ada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Taib akan bersambung selepas beliau menjawat jawatan baru.

Dalam jawapan sama juga, Low berkata, SPRM juga boleh menjalankan siasatan terhadap yang dipertua, perdana menteri dan menteri kabinet jika terdapat kesalahan bawah Akta SPRM 2009.

“Manakala siasatan SPRM terhadap Abdul Taib Mahmud masih diteruskan atas arahan Jabatan peguam Negara,” katanya lagi.

MP PKR Bayan Baru Bahas Bajet Tambahan Kem. Pertanian (2014) 2014

Hudud motion in Selangor State Assembly - CM: We respect Democracy

Pengerang walker catches Wee by surprise

Teresa: What if there's a threat to kill Zahid?

MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan Kem. Pertanian (2014) 2014

MP PAS Pasir Puteh Bahas Bajet Tambahan Kem. Pertanian (2014) 2014

Pengerang man walks 500km to protest at Parliament

Menteri (3) Gulong Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Mahfuz: Govt deflecting Bank Rakyat issue

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) : Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter?

Minyak Petrol RON95 NaikKenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) – Petrol 13 sen Seliter (RON95) & Diesel 12 sen Seliter : Pelik! Cukai Barang & Perkhidmatan (cukai GST) bakal dilaksanakan bermula April 2015 tetapi apabila dicampakkan dengan persoalan samada minyak petrol dan diesel dikenakan GST ataupun, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan masih lagi terkial-kial mencari jawapan. Ha?
Hakikatnya sememangnya kerajaan memerlukan pendapatan tambahan sekurang-kurangnya berbelas-belas bilion ringgit (BUKTINYA DI SINI) bagi menampung perbelanjaan berlebihan dalam erti kata lain boros ketika menguruskan dana negara. Sekarang ini….

Kenaikan Harga Minyak Naik 1 April 2015 (Cukai GST 6%) VS Jumlah Pendapatan Cukai GST?

  • Kerajaan Malaysia mensasarkan pendapatan tambahan melalui kutipan cukai GST antara RM21 Bilion hingga RM27 Bilion.
  • Dijangka RM3 bilion setiap tahun datang daripada hasil cukai GST kepada minyak petrol dan diesel bersamaan 12% hingga 14% sekaligus menjadi sumber pendapatan terbanyak dalam GST
Ini sekaligus memberikan tekanan kuat kepada rakyat Malaysia terhadap masalah inflasi (SEPERTI DI SINI) yang akan terus melonjak tinggi kelak dek kerana beban rantaian kenaikan kos bahan api sekaligus menaikkan lagi harga barang dan kos sara hidup di Malaysia apatah apatah lagi barang keperluan awam seperti petrol dan diesel; yang akan mengundangkan inflasi yang mendadak ke atas harga barang dan perkhidmatan yang lain dikenakan cukai GST. 
Cukai Minyak Petrol

Cukai GST Terhadap Harga MInyak petrol & Diesel : Harga Minyak Naik @ Isipadu Berkurangan?

Apa yang bakal kerajaan Malaysia lakukan terhadap harga minyak Petrol & Diesel apabila cukai GST dilaksanakan kelak yang mana ada 2 pilihan di sini iaitu  :

Buatlah apa Nabi suruh...

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
IMAM Bukhari meriwayatkan sebuah hadis sampai kepada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Semua umatku akan masuk syurga, melainkan yang enggan. Para sahabat bertanya; wahai Rasulullah, siapakah gerangan mereka yang enggan (untuk dimasukkan dalam syurga?
Baginda menjawab: Sesiapa yang mentaati aku (memuliakan baginda, menghormati, mengikutnya) akan masuk syurga, adapun yang menentangku (memperlekeh, menghina, mentertawakan) baginda maka sesungguhnya mereka enggan untuk masuk syurga.” Hadis sohih Benarkah seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. yang wujud selepas kewafatan baginda termasuk kita yang hidup pada hari ini diberi keistimewaan untuk dimasukkan dalam syurga Allah SWT?

Manusia yang hidup pada hari ini terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa, sama ada yang Islam atau bukan Islam, individu Islam yang beramal dengan amalan-amalan atau ajaranajaran yang dikemukakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. mereka adalah golongan yang bersedia untuk bersama Nabi dalam syurga. Sementara yang bukan Islam pula, yang diberikan Allah akal fikiran yang waras, termasuk banyak sumber atau cara mereka boleh memahami kebaikan dan kebenaran ajaran agama Islam, tetapi masih tidak mahu memahami atau menerimanya, maka mereka tidak ada tempat di sisi Nabi Muhammad pada hari kiamat kelak
Memang benar, terdapat di kalangan orang Islam, bukan sahaja pada hari ini, malah telah terdahulu daripada mereka yang menyatakan bantahan atau penentangan terhadap baginda Rasulullah s.a.w.
Kalaupun tidak berlaku pada zaman hayat baginda, ia berlaku selepas itu. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka wujud di sepanjang zaman, antara mereka yang jelas enggan masuk syurga lantaran penentangan terhadap ajaran Rasulullah s.a.w. seperti Musailamatul Kazzab, Abdullah bin Ubai Ibnu Salul, Abdullah bin Saba’, Abu Lahb dan Abu Jahl.

Salahuddin, Dr Syed Azman bakal iringi Presiden pulang

ISTANBUL: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad kini berada di istanbul menziarahi Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ustaz Abdul Hadi kini semakin pulih dan dinasihati berehat oleh doktor sementara menunggu urusan kepulangan ke tanah air di waktu yang terdekat.

Salahuddin memaklumkan bahawa Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Dr Syed Azman kini sedang menguruskan urusan perjalanan pulang Ustaz Abdul Hadi ke tanah air.

Sementara itu Presiden PAS terus di kunjungi pelbagai pihak termasuk wakil Kerajaan Turki dan gerakan Islam Timur Tengah yang amat prihatin terhadap kesihatan beliau.

Salahuddin bagi pihak PAS merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik yang tidak henti-henti mendokan kesihatan Ustaz Abdul Hadi.
"Begitu juga dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Kedutaan Malaysia di Istanbul yang sentiasa prihatin terhadap kesihatan Presiden PAS," ujar beliau.

Pemuda PAS: Henti roboh Kg Chubadak Tambahan

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia dalam kenyataan medianya, melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar mengecam tindakan DBKL yang bertindak merobohkan rumah di Kampung Chubadak Tambahan beberapa hari lalu.

Bagi Pemuda PAS insiden itu merupakan sesuatu yang malang yang menimpa warga negara yang terpaksa merempat di negara sendiri.

“Apalah nasib malang yang menimpa warga negara sendiri yang terpaksa merempat di bumi mereka sendiri.  Yang untung akhirnya adalah pemaju dan golongan atasan yang akan meraih keuntungan berlipat kali ganda.” Demikian kenyataan media oleh Pemuda PAS melalui Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar, Pemuda PAS Malaysia

Yang berikut ialah kenyataan penuh Pemuda PAS Malaysia.


Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar Pemuda PAS Malaysia (LTPB PPM) mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk merobohkan Kampung Chubadak Tambahan hari ini. Penduduk kampung menyaksikan kehadiran petugas DBKL dengan peralatan mereka untuk merobohkan kampung mereka hari ini tanpa mereka dapat menghalangnya.

Saya merasa kesal kerana DBKL tidak memberikan notis dan tempoh secukupnya kepada penduduk kampung serta berunding dengan cara yang baik sebelum mengambil tindakan merobohkan kampung mereka. Semalam, saya dan beberapa orang peguam hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memohon mahkamah membenarkan permohonan menangguhkan saman  dan kami mendapat kebenaran mahkamah menangguhkan pendengaran saman tersebut sehingga 26 Jun 2014. Menyedari tindakan drastik yang akan diambil oleh pihak penguasa, pada hari ini juga pasukan peguam berdiri di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah Injunksi menghalang DBKL dari merobohkan rumah-rumah penduduk sehingga mahkamah selesaikan sepenuhnya kes saman ini dahulu.

SPR sengaja tidak daftar pengundi baru, elak tambah kerusi bandar?


okm


KUALA LUMPUR, 12 JUN: Adakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sengaja memperlahankan usaha pendaftaran pengundi baru kerana tidak ingin menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama di kawasan bandar yang memihak kepada Pakatan?
Dalam satu kenyataan media hari ini, Strategis Pilihanraya DAP Ong Kian Ming berkata, tindakan SPR yang tidak memperbaharui status Pembantu Pendaftar (ARO) parti politik yang berperanan mendaftar pengundi menyebabkan bilangan pengundi baru merosot secara konsisten sejak suku pertama 2013.
“Berdasarkan data, jumlah pengundi baru pada suku pertama 2013 adalah 104,222. Sejak itu, jumlah itu berkurangan pada setiap suku. Untuk suku kedua, pertambahan pengundi adalah 47,671 dan suku ketiga pula hanya 8434.
“Bermula suku keempat 2013, jumlah pertambahan adalah negatif iaitu -7941, yang bermakna jumlah pengundi dalam daftar berkurang. Yang terbaru, iaitu untuk suku pertama 2014, jumlahnya adalah -11565,” katanya.
Katanya lagi, antara sebab jumlah pengundi berkurang adalah kerana SPR tidak aktif mendaftarkan pengundi baru, serta tiada lagi ARO yang banyak membantu SPR dalam menjalankan pendaftaran.
“Sebelum ini, SPR banyak bergantung kepada ARO parti politik. Namun kini kami tidak boleh lagi mendaftar pengundi baru.

DAP minta Petronas peka sentimen penduduk Pengerang


lct 8594 (3)


KUALA LUMPUR, 12 JUN: DAP hari ini menyokong penuh usaha Chua Peng Siang yang datang ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap projek Rapid Pengerang kepada Presiden Petronas Tan Sri Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, jika Petronas merupakan syarikat korporat yang bertanggungjawab, beliau perlu menerima segala bantahan dikemukakan Ah Chai.
“Saya minta Petronas dan Presidennya peka pada sentimen penduduk Pengerang.
“Sesuatu projek itu tidak boleh dijalankan tanpa merujuk terlebih dahulu pada persekitaran penduduk setempat dan tanpa mempertimbangkan masalah yang akan dihadapi mereka,” kata Pengerusi DAP Johor itu dalam sidang media di Lobi Parlimen sebelum menerima memorandum dari Ah Chai.
Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa juga menyokong tuntutan Ah Chai yang mewakili penduduk Pengerang itu.

Ah Chai serah memorandum bantah projek Rapid Pengerang kepada wakil rakyat Pakatan


Ah Chai 2 - Kampungku Suaraku


KUALA LUMPUR, 12 JUN: Penduduk tempatan Pengerang Chua Peng Siang yang telah berjalan kaki dari Pengerang, Johor, ke Kuala Lumpur hari ini telah menyerahkan memorandum kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat memohon sokongan agar menghentikan pencerobohan tanah perkuburan Cina di sana.
Beliau berkata, setelah tiga kali rundingan antara Gabungan Persatuan Kubur Cina Pengerang bersama wakil Kerajaan Johor dan wakil Petronas, keputusan kini bergantung kepada pihak syarikat korporat petroleum itu
untuk menghentikannya.
“Saya menyeru Petronas agar menghentikan pencerobohan ini kerana 3 daripada 5 tanah perkuburan itu mengandungi kubur yang berusia lebih 100 tahun.
“Adakah (perkuburan itu) berbaloi untuk dimusnahkan dan memberi laluan kepada sebuah pembangunan yang hanya mempunyai jangka hayat selama 15 tahun?” soalnya di Lobi Parlimen.
Beliau juga mempersoalkan alasan Petronas untuk menceroboh kawasan seluas 0.6 peratus itu untuk projek pembangunan Rapid Pengerang.
Menurut beliau, projek Rapid Pengerang ini telah mendorong Kerajaan Johor membuat pengumuman bahawa kubur-kubur tersebut disenarai sebagai kubur tanpa waris.
“Tindakan ini satu perkara yang serius kerana ia memberikan implikasi yang berat kepada waris si mati.

Rebut mayat: Mahkamah putuskan Teoh bukan Islam

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang memutuskan bahawa Teoh Cheng Cheng seorang bukan Islam.

Hakim Zaim Mohd Yudim memutuskan Teoh bukan Islam ketika kematiannya pada 7 Jun ekoran percanggahan tarikh permohonannya menukar agama pada 1997.

Hakim berkata, pengakuan saksi juga menunjukkan si mati tidak pernah mengamalkan ajaran Islam semasa hayatnya.

Mahkamah justeru mengarahkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) memulangkan mayatnya kepada keluarga.

Dakwat Tak Kekal: Jawatan baru Mejar Zaidi tiada dalam rekod

Mahkamah tentera hari ini diberitahu, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan ke satu jawatan yang tiada dalam rekod pengkalan selepas pegawai itu membuat laporan polis berkenaan dakwat kekal pada 1 Mei 2013.

Saksi ketiga pendakwaan, Kapten Norashikin Mohd Azmi yang bertugas sebagai pegawai perkhidmatan anggota di Pengkalan Udara Butterworth berkata, jawatan yang dimaksudkan itu adalah penolong pegawai eksekutif pengkalan.

"Perjawatan penolong pegawai eksekutif pengkalan – sebenarnya perjawatan ini tiada dalam rekod jawatan pengkalan," katanya sewaktu menjawab soalan peguam bela, Hanipa Maidin.

Hanipa sebelum itu meminta beliau membandingkan jawatan baru itu dengan jawatan lama Zaidi sebagai Pegawai Memerintah No 12 Skuadron.

Norashikin sebelum itu memberitahu mahkamah yang beliau bertugas "menyelenggara, mengemaskini serta menyimpan dokumen semua pegawai dan anggota lain-lain pangkat".

Dakwat Tidak Kekal: Peguam asak saksi isu 'isteri' Mejar Zaidi

Seorang saksi pendakwaan diasak bertalu-talu oleh peguam Mejar Zaidi Ahmad atas kenyataannya di mahkamah tentera semalam, yang berbeza dengan keterangan sewaktu siasatan 28 Ogos 2013.

Peguam Hanipa Maidin meminta Laskar Udara Kanan (LUK) Mohd Zunaidy Muchtar menjelaskan mengenai identiti wanita yang hadir bersama Zaidi sewaktu pegawai tersebut membuat laporan polis pada 1 Mei 2013.

Menurut Hanipa, Mohd Zunaidi dalam "cabutan keterangan" bertarikh 28 Mei 2013 mengenalpasti wanita tersebut sebagai isteri kepada Zaidi.

Bagaimanapun, Mohd Zunaidi hanya merujuk wanita tersebut sebagai "wanita tidak dikenali" ketika memberi keterangan di mahkamah semalam.

Hanipa: Semalam LUK ada menyatakan semasa berada di restoran, di bawah khemah, nampak seorang lelaki dan wanita bersama Mejar Zaidi.

Kalau tidak tahu perempuan tersebut, mengapa dalam cabutan keterangan, LUK Mohd Zunaidy menyatakan, dalam cabutan keterangan bertarikh 28 Ogos 2013 yang ditandatangani, ada dinyatakan beberapa kali Mejar Zaidi bersama isteri?

Maka pada 28 Ogos, dah tahu dah Mejar Zaidi bersama isteri, mengapa semalam tak ada dinyatakan langsung tentang isteri?

Bukankah ini menunjukkan LUK tak bercakap benar?

Zunaidy: Sebab saya tak kenal isteri dia.

Hanipa: Macam mana semalam kata tak kenal, 28 Ogos kata tahu LUK.

Maka salah satu mesti tak betul, betul (atau tidak)?

Zunaidy: Kenyataan saya tetap seorang perempuan tak dikenali juga, semua adalah betul.

Menteri: Tarif elektrik disemak 6 bulan sekali

Isteri Tak Masak, Nak Ajar Suami Tak Bertanggungjawab - Ustaz Azhar Idrus

Cara Tegur Bacaan/Kesalahan Imam Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Kenapa Anjing & Babi Diharamkan? - Ustaz Azhar Idrus

Benarkah Allah Tak Terima SOLAT Kalau Makan Masakan Orang Tak SOLAT? - UAI

Mosti grant recipient to earn RM68mil in a year

PKR: Gov't paying 5 times more for UiTM campuses

'IRB will turn investment body with amendment'

TNB untung RM4.58 bilion tetapi masih tidak cukup, kata menteri..!!! Berapa banyak nak untung..??

Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Putrajaya mengakui keuntungan bersih 2013 yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM4.58 bilion masih tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi projek penjanaan baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata  jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan kos projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 billion.
"Tidak dinafikan TNB memperoleh keuntungan bersih pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2013 sebanyak RM4.58 bilion, namun jumlah itu masih belum mencukupi menampung kos pelaburan membiayai projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 bilion," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau brekata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mengenai justifikasi kerajaan terhadap kenaikan tarif elektrik pada Januari 2014 dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang.

Rapid: Wee kelu di depan penduduk Pengerang

Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong nampak tidak bersedia ketika didekati seorang penduduk Pengerang, Johor yang berjalan kaki 500km ke Kuala Lumpur bagi membantah perpindahan perkuburan Cina di sana.

Wee kelihatan berlalu tanpa mengucap sepatah pun kata selepas bersemuka dengan Chua Peng Sian, yang berada di parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahannya.

Chua, yang tidak gembira dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas, menuntut Wee menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu.

Ini ekoran Wee dikatakan akan menyertai kabinet tidak lama lagi.

Wee yang juga anggota parlimen Ayer Hitam hanya tersenyum selepas mendengar kata-kata Chua dan kemudiannya berlalu.

Sebanyak 3,400 kubur akan dipindahkan daripada perkuburan di Pengerang dalam berperingkat Mac lalu bagi memberi laluan kepada Rapid.

Chua, pemangku pengerusi kumpulan Save Pengerang NGO Alliance, memulakan protes berjalan kaki itu 12 hari lalu dan bermalam di Dataran Merdeka malam tadi.

Beliau mengetuai 40 orang berjalan kaki ke parlimen pagi ini dan menyerahkan memorandum kepada anggota Parlimen Pakatan Rakyat sebelum menyambung perjalanan ke menara berkembar Petronas untuk bertemu ketua pegawai eksekutif Rapid.

MP: Sewa kampus lagi mahal dari bina sendiri

MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) hampir lima kali ganda lebih mahal berbanding jika membinanya sendiri

Rafizi mendakwa kos membina enam kampus cawangan UiTM dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion sahaja sedangkan jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat itu selama 23 tahun sebanyak RM8.6 bilion.

Bercakap dalam sidang media, beliau mendakwa syarikat konsesi itu dimiliki "pemimpin Umno, kroni rapat atau yang memegang jawatan dalam Umno" dan beliau akan mendedah serta memperincikannya bermula Isnin depan.

"Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan, malah sekarang Umno menggunakan UiTM dengan cara membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengayakan pimpinan-pimpinan Umno dan kroni mereka," katanya.

MP bimbang LHDN jadi macam 1MDB

MP Kelana Jaya Wong Chen mengingatkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal menjadi badan pelaburan seakan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan cadangan meminda Akta LHDN 1995.

Wong berkata dalam pindaan Rang Undang-undang LHDN, menteri kewangan bercadang untuk penubuhan panel pelaburan badan itu bagi menggunakan wang pembayar cukai membeli bon, hutang atau harta lain yang difikirkan patut.

"Jika rang undang-undang itu diluluskan, ia pada dasarnya akan mengubah LHDN kepada satu badan pelaburan seakan 1MDB di bawah kawalan peribadi Menteri Kewangan.

"Inisiatif ini oleh menteri kewangan/perdana menteri adalah sangat luar biasa, melemahkan demokrasi dan tidak mempunyai ketelusan dan akauntabiliti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Antara alasan beliau menolak cadangan pindaan itu ialah semua cukai dan pendapatan mesti diambil kira dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan, maka pembentukan panel pelaburan dalam LHDN melanggar amalan tersebut, kata Wong.

"Cadangan ini akan mengambil kuasa pelaburan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kuasa ini diberikan kepada Panel Pelaburan di mana 6 daripada 7 ahli adalah dilantik secara langsung olehnya (menteri kewangan).

"Oleh itu, ini adalah satu percubaan mengambil alih kuasa pelaburan wang pembayar cukai oleh menteri kewangan dengan menggunakan nama baik LHDN. Tindakan ini bakal melemahkan demokrasi kerana ia akan menyembunyikan wang cukai rakyat daripada penelitian Parlimen.

PKR bantah pelan kerajaan labur cukai rakyat

Wong Chen ajak semua wakil rakyat menentang pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995.  
Wong Chen ajak semua wakil rakyat menentang pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995.
KUALA LUMPUR - PKR menentang rancangan Kementerian Kewangan untuk pelencongan wang pembayar cukai melalui pembentukan Panel Pelaburan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengerusi Biro Perdangan dan Pelaburannya, Wong Chen mendakwa, penubuhan panel ini akan mengubah LHDN kepada satu badan pelaburan seakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah kawalan peribadi Menteri Kewangan.

"Tujuan Panel Pelaburan dalam LHDN ini ialah menggunakan wang pembayar cukai memberli saham, bon, hutang dan apa-apa harta lain yang difikirkan patut.

"Cadangan ini terkandung dalam rang undang-undang pindaan kepada LHDN 1995. Ia mungkin akan dibahaskan minggu depan," katanya dalam sidang media di lobi bangunan Parlimen, hari ini.

Menurutnya, PKR menentang rang undang-undang tersebut ekoran apabila dilaksanakan ia akan melemahkan demokrasi kerana akan menyembunyikan wang cukai rakyat serta mengganggu data fiskal.

Panda tiada dalam al-Quran dan hikayat Melayu

Oleh H FANSURI
“Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorekngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimanakah cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku...” ~ (Al-Maidah, ayat 31)
“If the bee disappears from the surface of the earth, man would have no more than four years to live. No more bees, no more pollination ... no more men!” ~ Albert Einstein.
SELAIN penciptaan haiwan sebagai makanan dan tunggangan manusia, Tuhan menciptakan mereka sebagai pengajaran kepada kita. Atas hal ini, maka karya persuratan al-Quran telah menyeru umat agar menjadikan sikap haiwan-haiwan ini sebagai bahan pengajaran. “Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan seperti nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu...” ~ (Al-Baqarah, ayat 26)
Sastera lisan Melayu juga banyak menampilkan kisah burung, pelanduk sebagai tujuan asuhan, didikan dan pengajaran berguna. Memang panda tiada wujud di dalam hikayat Melayu.
Panda juga tiada disebutkan wataknya di dalam al-Quran seperti mana burung gagak disebut peranannya sebagai ‘guru’ kepada salah seorang anak Adam yang sudah berlaku zalim terhadap saudaranya sendiri.
Pada tahun 1846, sebuah buku dikarang Munsyi Abdullah berjudul ‘Bahawa Ini Hikayat Binatang’ dalam tulisan rumi.
Ia mengisahkan soal jawab mengenai pelbagai jenis haiwan yang bermula seawal penciptaan Adam dan Hawa dan seterusnya mengenai pelbagai haiwan seluruh dunia.
Sehingga kini, tidak diketahui adakah panda disebut atau tidak dalam buku terjemahan Inggeris-Melayu oleh Munsyi Abdullah itu. Jika panda wujud dalam hikayat itu, maka Munsyi Abdullah antara yang terawal memperkenal panda di Alam Melayu ini. Kalau sebaliknya, maka sejarah patut mencatatkan bahawa Najib Razak yang terawal memperkenal panda dengan menghabiskan wang negara.
Apa pun, Najib Razak tiada falsafah dalam urusan pembelian panda ini. Jika Najib ada pemikiran Islami, setidaktidaknya beliau merancang untuk membeli haiwan yang pernah disebut di dalam al-Quran ~ unta, anjing, keldai lalu diletakkan firman Tuhan yang berkaitan dengannya di Zoo Negara.
Contohnya, di kandang unta, dipamerkan firman Tuhan, “...tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (al-Ghashiyah, ayat 17).

Anjuran Menegur Pemerintah - Ustaz Azhar Idrus

Kula: GDP grew, but why is the economy worse Mr Prime Minister?

Bajet tambahan tapi banyak dibazirkan seperti PPSMI

Lebuhraya pun jem, apa kaedah penyelesaian?

Maximus: TNB profits not enough to sustain operations

MP PAS Tumpat Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

MP PKR PJ Selatan Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

MP PKR Kapar Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

MP PKR Wangsa Maju Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

MP DAP Seputeh Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

MP DAP Jelutong Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

DR 12 Jun 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Penswastaan UiTM Melalui Sistem Konsesi Menguntungkan Kroni Dan Merugikan Rakyat

Salah satu belanja besar yang dimasukkan di dalam Belanjawan Tambahan kali ini ialah bayaran sewa tahunan kepada pemegang konsesi bagi enam kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Pada tahun 2014, pemegang-pemegang konsesi ini akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dipohon di dalam Belanjawan Tambahan yang sedang dibahaskan.
Saya telah membidas kaedah pembiayaan melalui sistem konsesi untuk membina kampus-kampus cawangan UiTM dalam sesi-sesi perbahasan yang lepas. Dalam jawapan Parlimen sebelum ini yang bertarikh 10 April 2014, Perdana Menteri mengakui bahawa:
1. Di antara tahun 2009 hingga 7 Mac 2014, 6 syarikat telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina 6 kampus cawangan UiTM di Pasir Gudang (Johor), Jasi (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).
2. Kos untuk membina setiap kampus ini hanyalah di antara RM280 juta ke RM315 juta.
3. Walau bagaimana pun, kerajaan telah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap satu.
Ini bermakna, Kerajaan Persekutuan selepas ini terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun (mengambil sewa tahunan purata setiap kampus sebanyak RM62.5 juta untuk 6 kampus cawangan) selama 23 tahun.
Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada 6 syarikat terbabit selama 23 tahun adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat.
Sedangkan kos untuk membina 6 kampus cawangan ini dianggarkan hanyalah sebanyak RM1.8 bilion sahaja (mengambil kos purata iaitu RM298 juta setiap kampus untuk 6 kampus cawangan) sekiranya Kerajaan Persekutuan membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat-syarikat melalui sistem konsesi.

SEKIRANYA TUN DR ISMAIL MASIH ADA

Aku teringat pula tentang kisah dalam zaman kerajaan Melayu Melaka apabila Hang Jebat mengamuk disebabkan tindakan Sultan Melaka membunuh Hang Tuah, sahabat karibnya ekoran daripada fitnah yang dilemparkan terhadap Hang Tuah. Hang Jebat begitu marah dengan tindakan Sultan itu lalu mengamuk di istana. Terlalu sukar untuk menewaskan Hang Jebat. Tidak ada hulubalang yang ada di Melaka pada ketika itu yang boleh menewaskan Hang Jebat selain daripada Hang Tuah yang dikatakan menderhaka kepada raja itu. Sehinggalah Baginda Sultan mengeluarkan kata-kata,’ sekiranya Hang Tuah masih hidup……..”

Dan melihatkan kepada berbagai peristiwa yang ‘pelik-pelik’ berlaku di Malaysia kini teringat pula aku kepada Tun Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman, yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Hati kecil aku berkata, “Sekiranyalah Tun Dr. Ismail masih hidup……….”

Membaca buku ‘Looking Back’ hasil tulisan Tunku Abdul Rahman, terlalu banyak diceritakan oleh Tunku mengenai Tun Dr. Ismail yang merupakan tokoh yang pintar dan ikhlas dalam menjalankan apa tugas yang diserahkan kepadanya. Dan yang paling banyak disentuh ialah mengenai ketegasannya dalam menangani perkara-perkara penting yang diserahkan kepadanya. Pernah diceritakan oleh Tunku tentang pelantikan Tun Dr. Ismail sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan (zaman penjajahan British) yang lebih kurang sama dengan kabinet pada hari ini. Dr. Ismail enggan menerima pelantikan itu, sehingga menyebabkan Tunku ‘memaksa’ beliau menerimanya. Beliau setuju tetapi meletakkan syarat bahawa hanya untuk satu tahun sahaja.

Itulah rupa ‘manusia’ yang bernama Tun Dr. Ismail. Dan aku bandingkan pula dengan keadaan pemimpin masa kini. Ada yang terpaksa ‘menyembah’ dan ‘meminta’ supaya dilantik menjadi menteri, walaupun dari segi kelayakan dan kebolehan amat jauh bezanya berbanding dengan pemimpin-pemimpin pada zaman kempimpinan Tunku Abdul Rahman dahulu. Dan apabila memegang jawatan menteri ramai juga yang tidak dapat memenuhi kehendak jawatan berkenaan. Amat menyedihkan dan berlaku kini.

Tambahan RM4b: Tidak cekap urus kewangan negara


Point Perbahasan:

1. Perbekalan tahun 2013 merekodkan peruntukan tambahan sebanyak dua kali yang berjumlah lebih RM17 bilion.

RM14 bilion - September 2013
RM2.4 bilion - Mac 2014
_____________________

2. Pada hari ini, Dewan Rakyat sekali lagi menyaksikan kerajaan meminta peruntukan tambahan sejumlah RM4 bilion lagi bagi tahun ini. Saya bimbang, sikap ini secara tidak langsung mencerminkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.

3. Kesemua perbelanjaan tambahan bagi enam item yang tersenarai dalam RUU Perbekalan Tambahan 2014 ini, sebenarnya turut tersenarai dalam perbelanjaan tambahan 2013. Contohnya, Kementerian Pendidikan, Perbendaharaan dan Kementerian Luar Negeri.

4. Kementerian Pendidikan telah meminta perbelanjaan tambahan 2013 sebanyak RM323 juta manakala pada kali ini meminta sebanyak RM634 juta.

5. Walhal, ia telah mendapat RM38.7 bilion pada tahun 2013 dan menokok kepada RM54.6 bilion dalam Bajet 2014. Soalnya, adakah perbelanjaan yang besar ini memberikan pulangan yang terbaik dalam sektor pendidikan di negara kita?

6. Kita akui isu pendidikan sentiasa dinamik dan berlaku perubahan, supaya para pelajar dan tenaga pendidik boleh mengadaptasi cabaran semasa pada hari ini. Tapi, itu tidak bermakna, polisi-polisi yang digubal boleh sentiasa berubah sehingga ia dilihat tiada perancangan yang teliti dan dilihat tidak matang.

7. Contohnya, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 kemudian dimansuhkan pada tahun 2012 setelah mendapat pelbagai kritikan termasuk dari kalangan para guru sendiri.

Sultan Johor: Beta tak campur tangan hal negeri

Sultan Johor Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, untuk kegembiraan rakyat, baginda tidak akan campur tangan dalam hal ehwal negeri.

Dalam wawancara disiarkan New Straits Times (NST) hari ini, sultan bertitah, Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 tidak akan menafikan nasihat menteri besar pada baginda.

Menurut rang undang-undang itu, sultan diberi kuasa melantik empat anggota lembaga tetapi hanya atas nasihat menteri besar.

Harian itu juga melaporkan, anggota Dewan Undangan Negeri akan mengadakan siri jelajah di Johor bagi menjelaskan perkara itu kepada rakyat yang masih bimbang.

“Tiada campur tangan. Beta mahu rakyat beta memahami enakmen ini dan gembira dengannya.

“Beta malah mendapatkan nasihat menteri besar berhubung jelajah itu. Beliau berkata ia langkah yang baik,” Sultan Ibrahim dipetik sebagai bertitah.

NST melaporkan, sultan masih belum menandatangani rang undang-undang itu dan akan menunggu sehingga penentangan terhadapnya berakhir.

Hudud: Bila MCA nak demo depan HQ Umno, soal DAP

DAP mempersoalkan MCA sama ada parti itu menentang keras jika Umno terus mengesyorkan hudud di Selangor.

“Sekarang Umno, rakan mereka dalam gabungan (BN), juga membangkitkan supaya hudud dikaji di Selangor, adakah MCA beralih daripada kempen 'katakan tidak pada hudud PAS' kepada 'katakan tidak kepada hudud Umno' di Selangor?

“Adakan MCA kini akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu?” soal anggota Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Dalam kenyataannya hari ini, Yeo berkata, MCA berterusan menyalahkan DAP kerana menyokong PAS walaupun parti itu mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya lagi, MCA terus mengelak mengulas berhubung langkah Umno yang menggalakkan PAS meneruskan usaha itu, malah membentuk jawatankuasa teknikal bersama Kelantan-pusat.

Speaker S'gor benarkan bahas usul hudud yang dikemukakan oleh UMNO

Usul daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.

Ia dijangka dibentangkan minggu depan.

Bercakap dalam sidang media di pusat khidmatnya di Subang Jaya hari ini, Yeoh berkata, beliau menerima empat usul untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Kesemua usul itu, tambahnya, datang daripada BN.

“Daripada keempat-empat usul ini, saya terima tiga (dan) tolak satu.

“Salah satu yang diluluskan juga adalah usul membahaskan hudud. Saya terima (untuk dibahas),” katanya.

Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.

Tolak politik ugut dan wang- Saifuddin

Saifuddin NasutionKUALA LUMPUR 12 Jun : Anggota KEADILAN digesa menolak amalan politik wang dan ugut kerana gaya politik begini hanya melemahkan parti yang mendukung agenda reformasi.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang percaya ahli-ahli KEADILAN adalah golongan yang bijak dalam membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin parti.
“Undi kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh amalan politik wang, politik ugut dan politik habuan. Amalan politik seumpama ini akan hanya melemahkan parti.
“Pemimpin yang menang melalui cara ini tidak akan mampu memimpin parti pada tahap yang dihormati oleh lawan dan kawan. Jauh sekali daripada mendapat kepercayaan rakyat,” katanya yang sedang menyambung kursus pendek di London yang diikuti sejak Disember 2013 lalu.
Beliau juga anggota KEADILAN menolak mana-mana calon yang mengamalkan politik sedemikian.
Tegasnya, memelihara wibawa parti, membina kekuatan parti dan meneruskan cita-cita dan idealisma parti adalah jauh lebih penting daripada seseorang individu yang menang dengan cara amalan politik wang, ugut dan habuan.
Saifuddin dalam pada itu memaklumkan beliau masih lagi merupakan calon yang bertanding dalam pemilihan Timbalan Presiden dan menolak dakwaan yang beliau sudah menarik diri.

MH370: Negara manakah tanggung kos paling tinggi? Kenapa negara orang lebih banyak dari Malaysia..!!

KUALA LUMPUR: Vietnam telah membelanjakan sekurang-kurangnya USD$8 juta (RM25.7 juta) bagi usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, iaitu hanya 7 peratus kurang daripada perbelanjaan yang ditanggung Malaysia.

Menurut Time.com yang memetik sumber media, jumlah tersebut bagaimanapun masih belum disahkan oleh pegawai Vietnam.

Malaysia telah menanggung kos RM27.6 juta setakat ini di dalam fasa pertama operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan Malaysia MH370 yang hilang.

pics

Manakala Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak sebanyak USD$11.4 juta atau RM36.6 juta dan China pula setakat ini membelanjakan sekurang-kurangnya USD$100,000 (RM321,000).

Australia pula merupakan yang tertinggi dengan perbelanjaan kos untuk misi pencarian tersebut sebanyak USD43 million atau (RM138 juta).

Menurut Konvensyen mengenai Penerbangan Awam Antarabangsa, sesebuah negara diperlukan untuk membantu pesawat yang menghadapi masalah di dalam wilayahnya, dan negara di mana pesawat itu didaftarkan turut diberikan peluang untuk membantu.

Coklatnya halal tetapi geli tekak mahu makan

Oleh Subky Latif
Jika kita tidak yakin terhadap status halal dari Jakim, apa yang kita hendak makan? Tiada yang dapat kita makan. Sama ada kita betul-betul yakin kepada kelulusan halal Jakim atau cuba meyakininya, kita mesti terima apa yang Jakim putuskan, jika tidak kita tidak dapat makan.
Cara mana Jakim kompiten menentukan sesuatu itu halal, Jakim mesti meyakinkan orang ramai yang kini berada dalam suasana krisis keyakinan terhadap Jakim.
Demi bersangka baik, semuanya tidak mentakwil sangat penemuan dua jenis coklat Cadbury yang dihebohkan itu adalah halal. Dan boleh dimakan.
Bukti ia halal boleh ditunjukkan pegawai tinggi Jakim makan dua coklat itu. Jakim boleh usahakan siaran Dr Masitah Ibrahim dan Jamil Khir Baharom makan coklat. Semua stesyen TV siarkan dari semasa ke semasa seperti promosi eloknya GST.
Sekadar mereka makan belum menghilangkan tanda tanya umum tentang relevennya Jakim. Mungkin Jakim kena cari kalau boleh dapatkan Sheikh Yusuf Qardawi makannya jika boleh bagi mengembalikan keyakinan terhadap coklat itu dan Jakim sendiri.
Persepsi orang ramai payah diubat. Mungkin bos Jakim terpaksa berkorban berubah ke perkhidmatan lain, bagi laluan kepada orang yang lebih diyakini mengepalai Jakim. Bukan disebabkan bos yang ada itu kurang kelayakan tetapi dalam mengurus persepsi umum, pengorbanan seperti itu membantu menenangkan orang ramai.
Kita boleh menerima coklat itu adalah halal, tetapi apakah kita dapat memaksa tekak manusia. Ikan pari dan sembilang adalah halal, tetapi ramai orang Terengganu tidak lalu menelannya. Berbelas-belas tahun nelayan Terengganu membuang ke laut pari tangkapannya. Nelayan sungai pula membuang ke sungai sembilang yang dibubu.

WAKE UP PAS! Your Hudud has been HIJACKED by the 'greatest robber' - Umno!

by Iskandar Dzulkarnian 
 
WAKE UP PAS! Your Hudud has been HIJACKED by the 'greatest robber' - Umno!
PAS wants to implement Hudud laws in Kelantan. They are at a loss, as to why there is so much opposition towards it. After all, it is only for Kelantan State, where 95 percent of the population are Muslims, and PAS has made it very clear that Non Muslims would not be subjected to it.
PAS is the state government in Kelantan, while UMNO is the Opposition. Unlike UMNO, There are those who believe that PAS is quite contented to just being a regional party and it does not harbour any big ambitions.
They would rather stick to regional politics than to dive headlong into national politics. Given that the East Coast States are their strongholds, being able to govern and consolidate power in these two Malay provinces would already be quite an achievement.
Being Muslims, the Malays in general understand their aspirations and ambitions to implement Hudud, even though there are many who does not support the idea.
However, for the Non Muslims it comes as a big shock, with many dead-set against it, out of fear that the imposition of Hudud will indirectly affect their future.
The paralysing fear of creeping Islamic fundamentalism that will restrict their personal freedoms, their religious beliefs and their way of life, will always make them treat Hudud with contempt.
PAS aspirations
As a Muslim political party, their aspirations to implement these Divine Laws, has taken a heavy toll on their political struggle, and cost them a fair number of seats in the past. Lambasted by a relentless BN campaign through the sheer might of its mainstream media, the party’s image has taken a brutal beating.
The MSM has always portrayed PAS as nothing more than a fanatical religious party, run by Mad Mullahs who cannot wait to chop of hands or stone you to death. They have been slandered as Muslim Extremists who cannot think straight, dressed in green robes and serbans out to impose their fiery brand of Islam on Non Muslims.
In the Memali incident, PAS members were depicted as blood thirsty terrorists, frothing at the mouth, carry ‘parangs’ and running amok. Malaysians are asked to avoid them at all cost and to never give them the opportunity to turn Malaysia into an Islamic State.
Surprisingly, when I see the ugliness perpetrated by the mushrooming of these radical NGO’s, it reminds me of all the accusations that were unfairly levelled against PAS. Everything that is happening today in this country seems like a manifest of what UMNO has accused PAS of.
Therefore, it is not uncommon for many Malaysians to continue harbouring distrust for PAS.
Old fears die hard

Bihun Masjid: Kedai depan tutup, kilang belakang masih operasi


Laporan Sinar Harian semalam. 

SHAH ALAM - Sungguhpun arahan sudah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menutup secara keseluruhan operasi kilang bihun di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, namun hasil tinjauan Sinar Harian semalam mendapati kilang tersebut masih beroperasi.

Sinar Harian yang menghubungi kilang tersebut kira-kira jam 11 pagi semalam, mendapat respons apabila salah seorang pekerja wanita di situ memberitahu operasi kilang masih dilakukan seperti biasa.

Walaupun agak pelat berbahasa Melayu, tetapi, pekerja wanita itu memahami setiap persoalan yang diajukan.

Kedengaran suaranya tersekat-sekat dan teragak-agak untuk menjawab pertanyaan berhubung lokasi dan operasi kilang bihun berkenaan.

Pekerja wanita itu juga cuba mengelak untuk menjawab kerana menurutnya, arahan yang diterima hanya melibatkan kedai sahaja.

Skandal Bank Rakyat: Jawapan menteri tidak meyakinkan

KUALA LUMPUR: Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berhubung skandal Bank Rakyat yang membabitkan ahli perniagaan bukan sahaja tidak menjawap persoalan yang dibangkit tetapi turut menimbulkan banyak pertanyaan.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin ketika ditemui memberitahu jawapan Ahmad tidak dijelaskan secara menyeluruh terutamanya kenapa bank tidak memerlukan keuntungan dalam urusan pinjaman yang diberikan.

"Kalau urusan pinjaman tetapi bayaran balik tidak memerlukan keuntungan ia adalah satu yang gagal dilakukan bank.

"Ini menunjukkan bank memberi pinjaman tanpa memikirkan keuntungan, dalam setiap urusan intitusi itu perlu memikirkan pendeposit dan mereka ada hak dalam setiap pelaburan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Ahmad ketika penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 memberitahu ia menjadi prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapat balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar 'Non Performing Loan' (NPL)

Selangor: MCA, Gerakan desak ADUN Umno tarik balik cadangan usul hudud

MCA dan Gerakan menggesa seorang ADUN Umno supaya menarik balik cadangan untuk membentangkan usul berhubung hukum hudud apabila persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor disambung pada 16 Jun.
  
Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun berkata beliau kesal dengan tindakan ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik yang dilaporkan akan membentangkan usul itu kerana tiada kesepakatan antara parti komponen BN berhubung pelaksanaan hudud sehingga sekarang.
  
"Ketika wakil rakyat dari Umno itu bercadang untuk membentangkan usul itu, beliau tidak ragu-ragu lagi masuk perangkap yang dipasang oleh Pakatan, terutama PAS," kata beliau dalam kenyataan.
  
Chew percaya Selangor tidak memerlukan sebarang bentuk pelaksanaan hukum hudud atau pun menjadi tajuk perbahasan pada mana-mana persidangan DUN.
  
Beliau berkata negara mempunyai undang-undang jenayah dan Kanun Keseksaan yang komprehensif dan mempunyai dua set undang-undang akan menimbulkan kekeliruan dan konflik.

"Politik ialah mengenai menangani urusan semua orang. Pelaksanaan sebarang dasar hendaklah diukur dari sudut pandangan nasional," katanya.
  
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Selangor, David Ang Chin Tat berkata parti itu membantah keras tindakan Kamarol Zaki untuk membentangkan usul itu.