Selasa, 10 Jun 2014

Malaysia Airlines Rugi Lagi Awal 2014 (RM443 Juta). Khazanah Mahu Jual MAS @ Guna Duit Pembayar Cukai @ Bankrap?

malaysia airlines rugiMalaysia Airlines Rugi Lagi Awal 2014 (RM443 Juta) : Sudah ibarat jatuh ditimpa tangga bagi Malaysia Airlines (MAS). Tidak cukup dengan tragedi MH370 (KLIK SINI) yang telah menggemparkan 27 juta rakyat Malaysia malah seluruh dunia, Malaysia Airlines (MAS) terus menerus dalam keadaan tertekan apabila Malaysia Airlines terus rugi pada suku pertama tahun 2014 sejumlah RM443 juta.
Nampaknya ungkapan prestasi rugi, rugi dan rugi dengan Malaysia Airlines seperti berpisah tiada ibarat irama dan lagu. Sukar untuk dipisahkan sekarang ini…..

Malaysia Airlines (MAS) Rugi Lagi RM443 Juta : Malaysia Airlines VS Singapore Airlines

Jikalau dahulu Malaysia – Singapore Airlines pernah beroperasi pada satu anam sekitar tahun 1963, sekarang ini setelah berpisah :
  • Singapore Airlines terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan keuntungan demi keuntungan diraih.
  • Manakala Malaysia Airlines terus memikul beban kerugian saban masa dan tahun demi tahun
kerugian malaysia airlines
Terbaru, pemegang saham utama Malaysia Airlines iaitu Khazanah Nasional Berhad sudah berkira-kira untuk
  1. menjual Malaysia Airlines (MAS)
  2. suntikan modal (guna wang pembayar cukai iaitu daripada anda)
  3. pengisytiharan bankrap
Ada yang berminat? Adakah Tan Sri Syed Mokhtar berpeluang sekali lagi harta milik kerajaan bagi melebarkan lagi empayar perniagaan (SEPERTI DI SINI) sekaligus menambah hutang yang dijamin kerajaan? Mungkin?

Malaysia Airlines (MAS) : SIA VS Airasia VS Malindo VS MAS

Cuba bandingkan dengan MAS dengan SIA, AirAsia dan Malindo.

Jadikanlah Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri Sampai Mati...

Satu-satunya perkara yang membuatkan orangramai jadi menyampah dan meluat setiap kali BN menang dalam mana-mana pilihanraya kecil ialah apabila para pemimpinnya berebut-rebut mendabik dada membangga diri sambil mengaku gerak kerja yang mereka dilakukan atau oleh kumpulan merekalah yang menyumbang kepada kemenangan itu.

Dalam pilihanraya kecil Teluk Intan yang sudah berlalu hampir dua minggu lalu di mana BN berjaya menewaskan DAP dengan kelebihan 238 undi, jelas dapat dilihat sikap "masuk bakul angkat sendiri" dan amalan membangga diri itu seolah-olah kemenangan itu telah menjamin BN untuk terus berkuasa selama 50 tahun lagi.

Dapat dilihat satu demi satu pemimpin UMNO dan kerajaan membanggakan kemenangan dan menjustifikasikan kejayaan itu adalah dicapai melalui sumbangan masing-masing. Biro penerangan bangga kerja penerangannya, pemuda dengan gerak kerja pemudanya, wanita dengan lawatan rumah ke rumah dan begitu juga dengan puteri dengan sumbangan yang kononnya telah mereka mainkan sepanjang kempen pilihanraya itu.

Pemimpin UMNO negeri dengan hujah penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besarnya, malah MCA yang sebelum itu tidak berani meletakkan calonnya di Bukit Gelugor, turut tidak mahu ketinggalan dan tanpa ada perasaan malu membuat kenyataan bahawa kemenangan BN di Teluk Intan membuktikan penerimaan kembali pengundi Cina terhadap BN.

Sementara Najib dan Muhyiddin hanya menyatakan rasa syukur atas kemenangan itu, para pemimpin lain sebaliknya berlumba-lumba mahu menunjukkan kepada pucuk pimpinan bahawa gerak kerja merekalah yang menjadi penyumbang kepada kemenangan itu sambil melahirkan keyakinan bahawa kejayaan yang lebih besar diyakini dicapai dalam pilihanraya seterusnya.

Pemimpin UMNO terbaru yang mahu menunjukkan bahawa sumbangan beliaulah menjadi penyumbang kepada kemenangan BN di Teluk Intan ialah Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Dalam Negeri yang menyatakan amaran beliau kepada kumpulan kongsi gelap agar jangan masuk campur dalam kempen dan kegiatan mengugut telah menjadi penyumbang kepada kemenangan itu.

MP Kuala Terengganu nafi muflis


 KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menafikan dakwaan kononnya beliau diisytiharkan muflis oleh sebuah mahkamah di Terengganu hari ini seperti yang tersebar di internet.

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad "Saya tidak tahu menahu isu ini dan tidak pernah terima surat saman bank atau apa-apa daripada peguam pun. Jadi macam mana nak isytihar saya begitu? Kes apa? Bank mana? Projek apa?," katanya kepada Bernama menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malam ini.
  
Justeru katanya dakwaan tersebut tidak berasas kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau muflis.
  
Raja Kamarul Bahrin berkata beliau terkejut apabila mengetahui perkara itu dan hairan dengan motifnya apabila ia tersebar luas menerusi beberapa blog serta laman sosial hari ini seolah-olah mahu menjatuhkan maruah dan reputasinya.
"Insya-ALLAH saya akan buat PC (sidang akhbar) pada pukul 11.15 pagi esok di parlimen," katanya.
Pada PRU13, Raja Kamarul Bahrin yang bertanding atas tiket Pas meraih 45,828 undi menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Zubir Embong (35,043) dan calon bebas Maimun Yusof (182) dengan majoriti 10,785 undi.

Anwar: Penguatkuasa Agama Kena Jaga Sensitiviti

Mahasiswa Gesa Mansuh Auku, Akta 174

PR ajak BN 'bebaskan' mahasiswa

Sim Tze Tzin 
KUALA LUMPUR - PR mengajak BN bersama-sama berjuang dalam 'membebaskan' 25 mahasiswa pelbagai universiti yang didakwa menjadi mangsa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Auku) dan Akta Institusi-institusi Pelajaran 1976 (Akta 174).

Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR), Sim Tze Tzin mempertikaikan tindakan tatatertib universiti yang dikenakan ke atas mahasiswa-mahasiswa terlibat.

"Empat mahasiswa Universiti Malaya (UM) dikenakan surat tunjuk kerana mengangkat sepanduk membantah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan hukuman mati di Mesir semasa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berucap di UM pada 27 April lalu.

"Obama pun kata OK, beliau hormat kebebasan bersuara tapi kenapa universiti tersebut sibuk nak kenakan tindakan tatatertib? Ini saya tidak faham," katanya ketika membahas Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 di Parlimen, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak Ahli Parlimen BN untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi menyemak dan meneliti semula Auku.

"Jadi, Yang Berhormat daripada BN, bersama-sama dengan PR, kita perjuangkan, bebaskan 25 orang pelajar yang dihadapkan ke prosiding tatatertib oleh pihak universiti.

Jangan persenda dan hinakan hukum hudud

Puak pembela Islam sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan perlu memberi perhatian dan bangkit terhadap pihak-pihak tertentu khasnya dalam politik yang mempersenda-sendakan hukum hudud. Ada kecenderongan di kalangan golongan politik mempermain-mainkan hukum hudud sebagai modal politik murahan mereka.

Hudud adalah sesuatu ketetapan Allah yang disebut dalam al kitab - al Quran. Sama ada kita hendak melaksanakan atau tidak, itu soal lain. Mempercayainya adalah wajib. Ia bergantung kepada komitmen dan iltizam sesebuah kerajaan. Tetapi janganlah sesekali hukum Allah itu dipersenda-sendakan.

Tidak seharusnya hukum hudud dijadikan alasan dan modal, untuk mendapat sokongan. Hukum hudud juga bukan perkara yang boleh dilakukan begitu seperti isu lembu di kondo, GST atau pun kehilangan MH370. Hudud bukan undang-undang untuk menarik sokongan ataupun sebaliknya. Hudud adalah satu kewajiban.

 Sudah acap kali hukum hudud ini dipersenda-sendakan dan ia menyakitkan hati apabila mendengarnya. Malangnya orang atau pejuang dan pembela Islam tidak berbuat apa-apa, kurang prihatin. Mereka seolah membiarkan orang mempersendakan hukum hudud dan ini sekaligus menjadikan agama Islam sebagai tidak bermaruah. Sensitiviti orang Islam tidak sepeka sensitiviti penganut agama lain.

MAIS-Zarina berdamai, saling puji-memuji

Selepas seminggu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan pengantin kontroversi Zarina Abdullah Majid akhirnya berdamai dalam isu perkahwinannya mengikut upacara Hindu.

Malah, selepas pertemuan kedua-dua pihak hari ini, Pengarah MAIS Datuk Mohamad Adzib dan Zarina mengeluarkan kenyataan bersama yang antara lain memuji tindakan satu sama lain.

Menurut kenyataan itu, wakil keluarga Zarina mengakui siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – badan penguatkuasaan MAIS – dilakukan penuh hormat dan tidak menyinggung perasaan keluarga dan tetamu majlis perkahwinan.

“Pihaknya turut kesal dengan istilah serbuan yang sengaja disensasikan oleh pihak media sehingga menimbulkan ketegangan,” kata Adzib dan Zarina.

Dinyatakan juga, JAIS pula berkata, siasatan mereka mendapat kerjasama baik daripada Zarina dan keluarga.

Keputusan jawatankuasa hudud bebas politik kata Menteri UMNO

Jamil Khir Baharom KOTA BHARU - Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan untuk mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, akan membuat keputusan yang lebih sah dan bebas daripada pengaruh parti politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata jawatankuasa itu memang tidak dianggotai orang politik dan ia berpegang kepada peraturan dan pelaksanaan hukum hudud.
  
"Jawatankuasa tersebut telah pun wujud dan akan melaksanakan tugas secara tangungjawab dalam lingkungan mereka. Orang (anggota jawatankuasa) itu faham undang-undang dan arah mana undang-undang itu hendak dibawa," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Multaqa (pertemuan) Imam, Guru Takmir (agama) dan Jawatankuasa Masjid Mukim negeri Kelantan 2014 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini, hari ini.
  
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
  
Jamil Khir berkata, antara tanggungjawab jawatankuasa itu ialah memberi pandangan arah tuju berkaitan rang undang-undang persendirian (hukum  hudud) sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkannya di Parlimen kelak.

"Jawatankuasa ini juga akan memandu kita apakah perkara yang perlu diberi penambahan dan pindaan," katanya sambil menyatakan tiada tempoh diberikan kepada jawatankuasa itu untuk menyelesaikan tugas mereka.
  

Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

air-syabas_MB1SHAH ALAM 10 JUN: Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik perkembangan terkini penstrukturan air apabila Puncak Niaga menerima tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Selangor
Abdul Khalid dalam kenyataan media mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Selangor kerana sudah berada di peringkat akhir dalam usaha mengembalikan hak air kepada rakyat.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan memulakan proses menawarkan saham air kepada rakyat Selangor yang layak sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai sepenuhnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kerana komitmen dan bantuan kepada Kerajaan Selangor dalam memuktamadkan penyusunan semula industri air Selangor seperti yang dihasratkan WSIA.
Menteri Besar berkata, usaha menggabungkan industri air di Selangor secara bersepadu hampir menjadi kenyataan dan kerana itu, Kerajaan Negeri akan memenuhi komitmen untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2.
Ia seperti yang telah dipersetujui menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) Air yang ditemeterai antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan pada Februari 2014.
Menteri Besar juga akan mempengerusikan bersama mesyuarat Langat 2 dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili pada Khamis ini.
Tawaran Kerajaan Selangor untuk mengambilalih 100 peratus pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan 70 peratus saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah diterima secara prinsip oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga).
Keputusan Puncak Niaga untuk menerima tawaran pengambilalihan PNSB dan SYABAS oleh Kerajaan Selangor telah dimaklumkan kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melalui sepucuk surat bertarikh 6 Jun 2014.

Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

10371385_691664690891024_4835423156573871733_n (1)KUALA LUMPUR 10 JUN: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih prihatin terhadap dua panda yang dipinjam dari China dengan memberi tempat tinggal istimewa mewah dan berhawa dingin, tetapi sanggup mengusir dan merobohkan rumah rakyat.
Suasana cemas itu berlaku di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul apabila penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bertindak mahu meroboh kediaman yang diduduki lebih 60 tahun lalu.
Menurut Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip, situasi cemas berlaku apabila pihak DBKL terus membawa jentolak untuk merobohkan kediaman walaupun menyedari ada penghuni wanita dan kanak-kanak di dalam rumah terbabit.
Menurut Rozan, penduduk tetap bertahan walaupun pihak DBKL memaklumkan bahawa keputusan Mahkamah Sesyen tidak memihak kepada penduduk.
10390411_691667827557377_4482822864544344610_n“Bagaimanapun penduduk memaklumkan, pihak mereka sedang membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi untuk mencari keadilan, lantaran itu mereka meminta budi bicara DBKL dan PTG agar jangan bertindak terburu-buru dalam perkara ini.
“Lebih mengecewakan DBKL dan PTG yang hadir hari ini (9 Jun) gagal mengemukakan sebarang dokumen atau notis untuk meroboh enam rumah penduduk terlibat,” dakwa Rozan.
Jelas beliau lagi, penduduk hanya mahukan keadilan, ini kerana jumlah pampasan yang ditawarkan kepada penduduk terlibat adalah tidak masuk akal, iaitu sebanyak RM7,000 untuk sebuah rumah. Sedangkan ada penduduk kampung berdekatan menerima RM100,000.
Kawasan eksibit khas untuk panda berkeluasan 1.6 hektar itu dianggar menelan kos RM25 juta.“DBKL memaklumkan pihaknya ada menyediakan rumah di blok B Perumahan Rakyat Batu Muda. Datang tanpa notis dan untuk berpindah ke PPRT terlibat, penduduk perlu membayar RM400 deposit dan terpaksa menunggu untuk mendapatkan kemudahan elektrik,” kata Rozan.
Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui – Zaini Abdullah berkata, apa yang berlaku adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ini kerana ada di antara rumah yang terlibat masih lagi dalam kes mahkamah.
“Rumah Halim Hamid,68, dan Hamid Saad,56, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 17 Jun ini, DBKL dan PTG sepatutnya menghormati proses ini.
“Dalam sistem kehakiman kita, pihak yang berwajib sepatutnya tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati kerana proses mahkamah masih berlaku.

Ketua aktivis PPIM didakwa cederakan aktivis pengguna


KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (gambar) dan seorang ahli persatuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang aktivis pengguna, Mac lalu.
              
Nadzim, 54, dan Tengku Faezah Raja Fuad, 32, kedua-duanya Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah.
              
Kedua-dua mereka didakwa mencederakan Adam Mikail, 43, yang juga pemegang kerakyatan tetap di Perancis, di Tingkat 3, Kondominium Villa Puteri, Jalan Tun Ismail, di sini pada pukul 12 tengah hari, 28 Mac lalu.
              
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
              
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak perlu ada sebarang jaminan kerana kes ini membabitkan kes saman.

Usul hudud S'gor mungkin diterima untuk bahas


Speaker Selangor Hannah Yeoh masih mempertimbangkan usul anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang bagi meihat kebarangkalian melaksanakan hudud di negeri itu.

Beliau menegaskan keputusan akhir masih belum dibuat.

“Saya masih mempertimbangkan tetapi mungkin tidak menolaknya kerana ia hanya untuk mendesak kerajaan negeri mengkaji kemungkinan hudud di Selangor,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Yeoh berkata, menurut Arahan Tetap 27(5), speaker diberikan kuasa untuk menolak atau membenarkan mana-mana usul.

Anggota DUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik dilaporkan sebagai memberitahu usul itu diserahkan minggu lalu.

Mengapa UMNO bercakap tentang hudud setelah jadi pembangkang?


KUALA LUMPUR: Umno diminta melaksanakan hudud di negeri-negeri yang diperintah oleh BN dan bukannya mengusulkan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu ketika menjadi pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.
Mengulas usul yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud, Iskandar menyifatkannya sebagai “hanya bermain politik”.
“Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?
“Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?” ulas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Menurut beliau, PAS telah mengadakan penerangan kepada rakyat tentang hukum jenayah syariah dan meluluskan enakmen berkaitan sebaik sahaja mendapat kuasa di Kelantan.
“Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekali lagi menegaskan bahawa Umno perlu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri yang dikuasai mereka jika benar-benar ikhlas ingin mendaulatkan syariat Islam dan tidak hanya bermain politik.

Mahasiswa tuntut mansuh Auku, batal pertuduhan terhadap pelajar

serah pada AnwarKUALA LUMPUR 10 JUN: Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku/Akta 174 (GMMA/174) menggesa agar Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menyemak dan meneliti tuntutan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran 1976 (Akta 174).
Gesaan itu antara terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk BN di lobi Parlimen pagi tadi.
Pengerusinya, Khairol Najib Hashim berkata, setiap Ahli Parlimen perlu mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan pihak universiti yang menggunakan Auku dan Akta 174 ke atas 25 mahasiswa.
“Kita mahu semua Ahli Parlimen menggesa Naib Censelor universiti terbabit agar membatalkan segala pertuduhan, hukuman dan prosiding tatatertib terhadap mereka secara serta merta,” katanya, lapor Harakah Daily.
Beliau mengulas kes 25 pelajar yang dikenakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti, tiga darinya dari Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang digantung pengajian satu semester, lapan dari universiti sama diberi amaran serta dibuang dari kolej kediaman dan lima masih lagi dalam prosiding.
Sementara itu, lapan dari Universiti Malaya (UM) telah diberi surat tunjuk sebab kerana menyertai himpunan tanpa kebenaran pihak berkuasa di hadapan Parlimen pada 8 April lalu.

Terima kasih MP Pokok Sena - Penggulungan Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

MP PKR Lumut Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

Isteri MERAJUK, Suami Tak PUJUK - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Tak Layan Suami Kerana Sibuk BERFACEBOOK - Ustaz Azhar Idrus

MP PAS Kota Raja Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

Rakyat Didulukan.."Myvi Celup Tepung..!" - Ustaz Azhar Idrus

MP DAP Tanjong Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

MP PKR Bayan Baru Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

MP DAP PJ Utara Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

Minister: KLIA2 world's best in construction cost, time

'Isma, why silent on Umno's royal rumble?'

Wholesale fuel licence applications suspended for 6 months

ANTARA PANDA DAN PENDUDUK KG. CHUBADAK TAMBAHAN SIAPA LEBIH BERNASIB BAIK.....


MALAPETAKA BUAT RAKYAT!

Pagi semalam, dua buah rumah penduduk Kg Chubadak Tambahan dirobohkan melalui operasi DBKL. Ada 50 keluarga di sana. Khabarnya, khamis ini lebih banyak rumah akan menyembah bumi.

Walhal, kes masih dalam bicara Mahkamah Tinggi, DBKL bulldoze tanpa memikirkan nasib rakyat yang selama ini begitu setia kepada UMNO.

Pengerusi Ngo Anak Warisan, Lawyer Zamri memaklumkan kepada saya, kejadian berlaku begitu pantas dan ada penghuni dalam rumah.

Bagi BN ia bukan zalim, proses biasa pembangunan!


Tak silap penduduk telah mengambil peguam umno untuk bertindak? 






SUMBER

Panda pun dapat rumah RM25 juta. Ini wajah penduduk Kg Chubadak Tambahan, Sentul. Akibat rumah dihuni lebih separuh abad diroboh DBKL-PTGWPKL siang tadi, mereka berbuka puasa di bangsal. 

Malam ini tidur berbumbungkan langit. Ini wajah rakyat marhaen dikerjakan semahunya kerajaan Umno-BN. Zalim. Kerajaan BN zalim!

CADANGAN UNTUK PROTON DAN TUN MAHATHIR

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Pertama sekali, saya bukan orang yg benar-benar arif tentang automobil, kereta dan tidak pula pernah memegang apa-apa jawatan dalam Proton. Tulisan ini adalah sebagai cadangan yang difikirkan munasabah setelah letih mengkritik dan membaca kritikan terhadap Proton.

2) Proton sudah berusia hampir 30 tahun. Seringkali Proton dipandang lekeh dan hampeh kerana kualiti yang tidak sepadan dengan harganya yg mahal dan juga kritikan terhadap harga yg tinggi dijual kepada rakyat sendiri berbanding di negara lain.

3) Saya tidak mahu ulas penyelewengan, pengagihan tender kepada kroni, suapan kepada kroni dan apa saja spekulasi politik terhadap Proton. Sudah beberapa kali Proton cuba bangkit dengan mengeluarkan model-model yang gempak bermula dengan gen-2, satria neo... namun hanya hangta-hangat tahi ayam. Pengguna tidak segan silu mengutuk kualiti Proton. Proton cuba bangun lagi dengan kereta Inspira, juga dikritik menciplak. Pujian daripada beberapa kerat peminat Proton tidak mengubah fakta ini.

4) Proton cuba bangkit lagi dengan produk terbaru Preve dan Suprima S. Kualiti diperkemas. Model dikatakan diterima masuk pasaran Eropah. Namun harga pula tidak menyebelahi pengguna. Juga dikritik pengguna. Pasaran kereta import dibandingkan dengan Proton, sekali lagi Proton kebingungan sehingga terpaksa melantik kuda tua, Tun Dr Mahathir untuk mengemudi semula Proton.

5) Amat tidak disukai pengguna, apabila Tun M yang baru dilantik itu mengumum untuk menaikkan harga kereta Proton, kerana mahu meningkatkan kualitinya. Sudahlah mahal, dinaikkan pula harga.

LGE: Kenapa samseng Umno tidak ditahan

Kenapa undang-undang ini tidak digunakan terhadap samseng-samseng Umno yang ternyata jelas telah menceroboh dan menjejaskan institusi demokrasi.

unnamedKUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa agar samseng-samseng Umno yang menceroboh Dewan Undangan Pulau Pinang dikenakan tindakan undang-undang.
Menurutnya, mereka seharusnya dikenakan tindakan undang-undang dan boleh disabitkan kesalahan dibawah Kanun Keseksaan seksyen 124B.
“Telah dinyatakan dengan jelas dalam kanun tersebut sesiapa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja menjejaskan demokrasi parlimen boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun,” katanya sewaktu ditemui media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan agar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai peraturan yang jelas dan tersendiri untuk menghukum pihak-pihak yang merempuh masuk ke dalam DUN.
“Kenapa undang-undang ini tidak digunakan terhadap samseng-samseng Umno yang ternyata jelas telah menceroboh dan menjejaskan institusi demokrasi,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.
Tambah Guan Eng, jika benar sekiranya ingin menegakkan institusi demokrasi berparlimen, maka tindakan undang-undang perlu diambil terhadap samseng-samseng Umno.
Hal ini sendiri telah diperakui oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, katanya.
“Beliau (Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang) telah meminta maaf bagi pihak parti pembangkang. Pencerobohan samseng-samseng Umno itu telah menyebabkan mesyuarat sidang DUN tertangguh hampir dua jam,” katanya.

Dyana Sofya: Saya masih Setiausaha Politik Kit Siang


Dyana Sofya Mohd Daud (tengah) berbual dengan Anwar Ibrahim.
"Kamu terkejut melihat saya di sini (Parlimen)?” kata calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kepada sekumpulan wartawan yang membuat liputan sidang Parlimen hari ini.
 
"Saya ke sini mengiringi Lim Kit Siang (Penasihat DAP). Saya masih Setiausaha Politiknya," kata beliau yang kemudian meninggalkan kumpulan wartawan untuk bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi Parlimen.
 
Dyana Sofya yang kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum itu turut mengadakan sidang media, bagi membersihkan namanya yang telah disalahgunakan oleh pihak tertentu ketika berkempen pada PRK Teluk Intan baru-baru ini.
 
"Ada beberapa akaun laman sosial facebook dan twitter dibuka menggunakan nama dan gambar saya untuk mengkritik parti gabungan Pakatan Rakyat (PR), sedangkan akaun itu bukan yang saya secara peribadi.
 

Dakwat Tidak Kekal: Pertuduhan dipinda, Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini diketepikan selepas bantahan awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru hari ini.

Zaidi yang juga Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibaca di Mahkamah TUDM di Sungai Besi pagi ini.

Semua pertuduhan berkait dengan dakwaan beliaui memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, lima pertuduhan yang diketepikan dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.

Bagaimanapun kesemua pertuduhan itu hari ini dipinda kepada Seksyen 51 akta sama.

Hari ini mahkamah sepatutnya turut mendengar dua lagi pertuduhan yang tinggal iaitu menghantar SMS berbaur politik ketika PRU13.

Peguam mewakili Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa adalah tidak adil untuk meminda pertuduhan terhadap anak guamnya apabila lima pertuduhan telah diketepikan sebelum ini.

Sambil menyifatkan ianya satu tindakan prejudis, Hanipa turut memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tuduhan yang dipinda itu.

Yang Dipertua Mahkamah Kolonel Saadon Hasnan bagaimanapun menangguhkan perbicaraan kepada jam 9 pagi esok selepas pihak pendakwaan memohon masa untuk membuat persiapan akhir.

Selain Saadon, lima lagi anggota mahkamah yang mendengar kes tersebut adalah Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mejar Mohd Khuzairi Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S. Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Berjalan kaki dari Pengerang untuk bertemu CEO Petronas


Ah Chai 2 - Kampungku Suaraku


MANTIN, 10 JUN: Dalam misi untuk mempertahankan warisan nenek moyangnya, seorang penduduk tempatan nekad untuk berjalan kaki dari Pengerang ke Kuala Lumpur untuk menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Untuk misi ini, Chua Peng Sian, 49, atau lebih mesra dengan nama Ah Chai telah memulakan perjalanannya dari Pengerang pada 1 Jun lalu dan dijangka tiba di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 11 Jun ini.
Beliau dijadualkan ke Menara Berkembar Petronas pada 12 Jun untuk bertemu dengan Shamsul Azhar bagi menyampaikan bantahannya berkaitan isu pemindahan tanah perkuburan Sungai Kapal untuk membuka laluan kepada projek Rapid di Pengerang.
Tanah Perkuburan Cina di Sungai Kapal, Pengerang, yang berusia ratusan tahun dan dianggap sebagai warisan penduduk setempat telah dipindahkan oleh kontraktor atas arahan Pejabat Daerah Kota Tinggi.
Ah Chai adalah antara waris yang tidak berpuas hati dan melancarkan misi nekad ini untuk menyampaikan bantahan kepada pihak Petronas.
“Saya berharap CEO Petronas sudi bertemu untuk mendengar sendiri keluhan dan bantahan waris serta penduduk Pengerang,” ujar Ah Chai ketika dihubungi Roketkini.
Pada hari ke-10 misi tersebut, Ah Chai telah sampai ke Tampin dan beliau dijangka sampai ke Semenyih pada hari ini dan seterusnya akan berehat dan bermalam di sana.
Ah Chai yang juga dikenali sebagai salah seorang penggerak utama Gabungan NGO Pengerang terlibat membantah secara konsisten projek Rapid di Pengerang sejak dua tahun lalu. Usaha kali ini adalah inisiatif beliau sendiri dengan dibantu oleh beberapa penduduk kampung di Pengerang.

Dakwat Tidak Kekal: Mahkamah tentera pinda 5 tuduhan Mejar Zaidi

Mahkamah tentera meminda lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi Ahmad berhubung dakwaan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13.

Ia melibatkan pindaan lokasi kesalahan dalam dua pertuduhan dan pertukaran seksyen untuk lima daripada pertuduhan.

Pindaan bagi pertuduhan pertama dan kedua menyaksikan tempat kesalahan didakwa dilakukan Mejar Zaidi ditukar daripada "perkarangan balai polis IPD Kepala Batas..." kepada "perkarangan surau balai polis IPD Kepala Batas... ".

Tuduhan pertama dan kedua kini dibaca sebagai "di perkarangan surau balai polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013 melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, Discipline and Security - Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces," bawah perenggan 5 dan perenggan 13.

Pertuduhan yang pada asalnya dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 dipinda kepada Seksyen 51 akta sama, bagi semua lima pertuduhan.

Umat Islam wajib sokong hudud, kata Gerakan..!!

Surat Amaran Gerakan Pada April 2014
Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berpendapat rakyat beragama Islam wajib menyokong usaha PAS dan Umno melaksanakan hukum hudud.
Bagaimanapun, katanya, parti itu tidak menyokong undang-undang yang bertentangan dengan Perlem‎bagaan Persekutuan.
Liang berkata, ‎PAS dan Umno perlu menyelesaikan isu teknikal hudud yang mencetuskan krisis Perlembagaan sebelum meneruskan hasrat mereka.
"Kami bukan anti Islam tetapi harus dikaji secara teknikal sama ada dua Rang Undang-Undang (RUU) jenayah‎ dibenarkan di bawah satu perlembagaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menggesa MCA dan Gerakan menangguhkan rombakan Kabinet sehingga isu hudud selesai.

Selepas Kelantan UMNO mahu hudud di Selangor pula...!!


Selepas Kelantan, isu hudud sekarang melanda sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, Selangor, yang dipimpin PKR.

Gobind Singh, timbalan pengerusi DAP Selangor, seperti bapanya mendiang Karpal Singh, bagaimanapun berikrar tidak akan membiarkannya menjadi kenyataan.

Usaha itu kali ini tidak dicetuskan oleh PAS tetapi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sendiri dengan mengusulkan kebarangkalian melaksanakan undang-undang Islam itu.

Dalam kenyataan hari ini, Gobind berkata, DAP Selangor akan menentang mana-mana usaha memperkenalkan hudud di negeri itu.

“Kami dalam DAP sudah banyak kali berkata, kami berpandangan bahawa sebarang undang-undang untuk melaksanakan hudud bertentangan dengan perlembagaan.

Daripada salinan usul itu, ia dicadangkan bawah peraturan 26 Peraturan Tetap DUN untuk dikemukakan pada persidangan pada masa depan.

Usul yang dikemukanan oleh ADUN Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik itu berbunyi:

“Bahawa dewan yang mulia ini menggesa agar kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama persekutuan.”

Kongsi gelap: Zahid jangan sekadar cakap politik

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengakui amaran beliau kepada kumpulan kongsi gelap telah membantu kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

"Mereka menjangkakan majoriti di Teluk Intan daripada 12,000 turun ke 6,000, turun ke 2,000. Alhamdulillah kita dapat majoriti 238.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.

"Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz meminta Ahmad Zahid menjelaskan adakah tangkapan dilakukan pihak polis berhubung amaran yang dilakukan beliau ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata terdapat maklumat memberitahu pihak lain mengaut keuntungan melalui pilihan raya kecil itu.

Tiga pilihan MAS: Suntik modal, jual atau isytihar bankrap

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) selaku pemegang saham terbesar Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) sedang menimbang tiga pilihan dalam usaha menyelamatkan syarikat penerbagan kebangsaan itu.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokthar berkata, tiga pilihan itu adalah menjual syarikat tersebut, menyuntik tambahan modal atau mengisytiharkan bankrap.

Semua pilihan itu kata beliau, bergantung kepada kesannya ke atas kewangan MAS serta kepentingan sosial dan imej negara.

Beliau juga menjelaskan bantuan kepada MAS oleh Khazanah adalah menggunakan wang pembayar cukai dan perkara itu juga harus dipertimbangkan dalam membuat keputusan.

"MAS merupakan pelaburan teras Khazanah kerana syarikat itu menjaga kepentingan negara," katanya pada sidang akhbar sempena persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini.

Dilaporkan MAS kerugian RM1.2 bilion pada tahun 2013 manakala kerugian bersih pada suku pertama 2014 adalah sebanyak RM433.4 juta.

Imej syarikat penerbangan itu juga semakin terjejas selepas tragedi kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Mac lalu.

Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

anwar pc close 01SHAH ALAM 10 JUN: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.
“Jika Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting,” katanya.
Beliau merujuk kepada kritikan disuarakan pemimpin Umno dan akhbar itu ke atas rang undang-undang yang pada awal memberi kuasa kuasa pentadbiran Sultan Johor dalam lembaga perumahan.
Rang undang-undang itu diluluskan di DUN Johor semalam dengan pindaan menggugurkan kuasa sultan.
“Apa yang mendiang Karpal Singh kata mengenai Sultan (sehingga didakwa mengikut Akta Hasutan) lebih ringan berbanding apa yang Utusan dan Umno lakukan,” kata Anwar dipetik Malaysiakini.
Anwar juga menegir pasukan penguatkuasa agama Selangor dan Pulau Pinang dalam menangani isu mutakhir ini.
“Ini ada petanda yang berbahaya kepada Malaysia, bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi kepada orang Islam yang tenang dan tidak mahu dianggap angkuh.
“Janganlah dilihat seperti menghina kaum lain,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Muktamar PAS di Johor suatu sejarah

Oleh Abd Shukur Harun
PAS Negeri Johor diberi kepercayaan dan amanah untuk menjadi tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-60 bulan September ini.Ini satu peghormatan besar dan bersejarah kepada PAS Johor di bawah pimpinan Pesuruhjaya barunya, saudara Aminolhuda Hassan.

Khabarnya, PAS Johor sedang membuat persiapan serapi mungkin untuk menyambut saf pimpinan, tetamu, perwakilan dan pemerhati yang mungkin mencecah 5,000 orang.

Selama ini Johor dikenal sebagai kubu kuat Umno, justeru parti nasionalis Melayu itu lahir di Johor, sebuah negeri di selatan tanah air yang muka buminya lebih banyak kawasan pertanian dan dipenghuni oleh pelbagai suku kaum – Melayu, Jawa, Bugis, Banjar selain Cina dan India.

Dalam Pilihan Raya Umum tahun lalu, PAS memenangi empat buah kerusi Dun - DAP 13, PKR 1 dan PAS 4. Kerusi yang dimenangi PAS ialah Maharani (Muhd Taslim), Sungai Abong (Sheikh Ibrahim Saleh), Puteri Wangsa (Ustaz Abdullah Husein) dan Parit Yaani (Aminolhuda Hasan).

Tentu saja para muktamirin yang akan datang ke muktamar di Johor Bahru nanti akan menyaksikan manifestasi kebangkitan PAS di negeri paling selatan tanah air itu.

Saya sendiri sebagai anak kelahiran Johor merasa sangat terharu atas kemenangam PAS di negeri kubu kuat Umno sejak lebih setengah abad. Ini adalah kerja kuat pemimpin dan pendukung PAS Johor dengan segala usaha dan pengorbaanan mereka hingga runtuhnya kubu kuat Umno itu di mana suatu masa dulu, pendukung Umno dengan angkuh berkata, “Jangan mimpilah PAS hendak bertapak di Johor, baliklah ke Kelantan, Terengganu.”

Lalu pendukung PAS bekerja kuat untuk menyahut cabaran Umno itu dan akirnya berjaya. Hal Ini menyebabkan kedudukan PAS Negeri Johor tidak lagi jauh dihujung dan terpinggir, tetapi sudah berada di tengah arus perdana jemaah PAS sendiri di mana ahlinya kini mencapai lebih 1.3 juta orang.

Umno jangan mudah lupa budi institusi kesultanan Melayu.!!

Oleh Nur Jazlan
Di sebalik usaha akhbar Utusan Malaysia untuk menangguhkan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), rang undang-undang berkenaan akhirnya, diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam selepas tiga jam dibahaskan.
Rang undang-undang berkenaan yang secara tiba-tiba menjadi kontroversi apabila disiarkan di muka depan akhbar berkenaan bermula Jumaat lalu, dikatakan secara langsung membabitkan campur tangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim dalam pentadbiran kerajaan Johor melalui penubuhan LPHJ.

Utusan Malaysia dalam siri laporan mengenai LPHJ secara langsung mempertikaikan pembabitan Tuanku Sultan Johor dalam LPHJ dengan mendapatkan pandangan beberapa pakar undang-undang termasuk daripada Dr Aziz Bari daripada PKR yang juga calon PKR dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13. Berikutan itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terpaksa membuat pembetulan dalam beberapa fasa rang undang-undang berkenaan yang menyebut mengenai Sultan dan menggantikannya dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa negeri bagi mengelakkan rang undang-undang berkenaan terus disensasikan.
Bagaimanapun, ramai juga pemerhati yang membuat kesimpulan apabila Utusan Malaysia membuat siri laporan mengenai LPHJ terutama sekali menentang pembabitan Sultan Johor dalam lembaga berkenaan, ia sama sekali menunjukkan sifat hormat terhadap institusi kesultanan Melayu yang menjadi tiang seri kepada Sistem Demokrasi Raja Berpelembagaan turut terhakis.
Apa yang dilakukan Khaled untuk membetulkan rang undang-undang LPHJ sebelum ia dibentangkan dalam sidang DUN adalah langkah yang tepat, tetapi ia juga memberikan pelbagai tafsiran atau dalam kata lain, 'damage has been done'.
Saya bukan pakar undang-undang atau pakar dalam Perlembagaan namun, sebagai Ahli Parlimen Pulai di kawasan Iskandar Malaysia dalam Jajahan Takluk Tuanku Sultan Johor, laporan Utusan Malaysia yang setiap hari dipaparkan di muka depan akhbar berkenaan sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan positif terhadap institusi Diraja Johor.
Seharusnya, Prinsip Kedua dalam Rukun Negara, iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara perlu didokong semua pihak dalam memberikan pandangan serta tafsiran terhadap pembentangan rang undang-undang berkenaan, termasuk menjaga sensitiviti institusi kesultanan Melayu.
Adalah sesuatu yang begitu ironi apabila institusi kesultanan Melayu dalam hal ini, Istana Johor diheret dalam polemik ini, sedangkan yang membentangkan rang undang-undang berkenaan adalah menteri besar Johor bukannya Sultan Johor.

Anwar: Jabatan Agama perlu bijak tangani isu agama

AnwarKUALA LUMPUR 10 JUN: Jabatan Agama perlu bijaksana dan sensitif terhadap sesuatu isu keagamaan supaya ia dapat diselesaikan tanpa menyinggung mana-mana kaum di negara ini.
Tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu perlu ekoran pendekatan yang diambil oleh beberapa Jabatan Agama Negeri dalam menangani isu berkaitan adalah kurang wajar dan memuaskan.
“Perlu kaedah yang bijaksana dalam menangani soal agama tanpa mengira agama sekalipun.
“Perlu jaga sensitiviti agama dan jika ada bukti yang jelas, kaedah rundingan harus dilaksanakan,” katanya pada kenyataan.
Beliau merujuk tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dikecam kerana menghentikan satu majlis perkahwinan agama mengikut adat Hindu dan menahan pengantin perempuan didakwa penganut Islam, di Petaling Jaya 1 Jun lalu.
Kejadian serupa turut berlaku di Pulau Pinang semalam apabila pasukan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) menghentikan upacara pengebumian seorang wanita Cina dan membawa mayat berkenaan untuk disimpan di sebuah bilik mayat.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hal seumpama itu memberi isyarat bahaya kepada semua masyarakat berbilang agama.

Kawal pemilikan hartanah oleh warga asing - PAS Johor


JOHOR BAHRU: PAS Johor menyarankan kerajaan negeri menggubal mekanisme kawalan kemasukan pelabur asing sama ada sebagai pembeli hartanah kediaman ataupun sebagai pemaju perumahan bagi mengelak harga hartanah kediaman yang melambung tinggi seperti dialami di wilayah Iskandar Malaysia (IM).

Pesuruhjaya PAS negeri, Aminolhuda Hassan (gambar) berkata, langkah ini wajar bagi memastikan keseimbangan pembangunan di IM khususnya di antara pemilik tempatan dan warga asing.

"Kita memang memerlukan pelabur asing datang ke negara kita bagi merancakkan ekonomi serta sektor hartanah. Walaubagaimanapun perlu ada mekanisme kawalan kemasukan pelabur asing dalam negara sama ada sebagai pembeli hartanah kediaman atau sebagai pemaju perumahan.

"Jika kawalan tidak dilakukan maka kesannya akan ditanggung oleh rakyat tempatan dalam bentuk kenaikan kos sara hidup disamping harga hartanah kediaman akan melambung tinggi seperti yang kita alami sekarang ini di IM," ujarnya ketika bangun berucap membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Dyana nafi mahu rejimen askar Melayu dibubar


Setiausaha Politik bagi MP Gelang Patah Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Dyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu," katanya yang juga calon DAP di Teluk Intan.

Laman sosial itu antara lain mendakwa Dyana mengeluarkan kenyataan bahawa RAMD perlu dibubarkan atau dibuka untuk semua kaum kerana tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak kepada bangsa tertentu sahaja.

Dyana berkata dakwaan itu turut dibangkitkan oleh ahli parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar dalam Dewan Rakyat semalam.

Dihentam orang awam

Mengulas lanjut, Dyana menggesa supaya Noh yang juga pengerusi Umno Selangor supaya membuat pengesahan maklumat yang diterimanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Banjir Di Kuantan, BALA Atau KETENTUAN ALLAH? - Ustaz Azhar Idrus

Takbiratul Ihram - Ustaz Azhar Idrus

Ada penyelesaian bagi kes rebut anak, kata Ketua Hakim

2014 World Cup will be first to use goal line technology

MP PAS Pokok Sena Bahas RUU Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014

DR 10 Jun 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

MP PAS Pokok Sena Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014

PAS tetap bersama Dyana

Dyana Sofea boleh menjadi jambatan bagi mendekatkan hubungan antara PAS dan DAP.

dyana-sofya-pasPETALING JAYA: Bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif berpendapat biarpun calon DAP, Dyana Sofya tewas dalam PRK Teluk Intan, orang ramai di luar masih berteka-teki mengenai hala tuju wanita itu.
Katanya, ada yang meramalkan Dyana bakal meninggalkan DAP seperti yang diagak oleh seorang raja yang pernah diberi kedudukan tinggi dalam pimpinan DAP.
Katanya, beliau sangka Dyana juga sepertinya untuk terus tidak berpolitik lagi. Namun, Dyana sendiri tegas betapa dia tidak putus asa atas kekalahan kecilnya di PRK Teluk Intan yang lalu.
“Saya bersetuju dengan pendirian Dyana yang mahu kekal sebagai setiausaha politik Lim Kit Siang dan jika diizinkan waktu, Dyana perlu diberi peluang sekali lagi untuk merebut jawatan Ahli Parlimen pada PRU-14 kelak,” katanya dalam kolum mingguannya dalam sebuah portal milik PAS,
Subky yang juga wartawan veteran berkata timbalah sebanyak mana pengalaman dalam DAP dan beliau fikir kiranya dia kekal di situ, Dyana akan muncul kembali dengan kekuatan baru pada PRU akan datang.
Katanya, Dyana perlu seimbangkan dan mengukuhkan akidahnya bagi mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat.
“Rapat dan ikuti program PAS sebagaimana ADUN DAP Sekincan lakukan. Dyana harus mencontohi Liew Chin Tong, MP DAP Kluang yang tahu mendalam tentang pemikiran politik Islam yang dianuti PAS,” ujarnya.

Anwar: ISMA tak melenting dengan Umno


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

"Jik Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting," katanya.

Beliau merujuk kepada kritikan yang disuarakan oleh pemimpin Umno dan akhbar tersebut ke atas rang undang-undang terbabit, yang pada awalnya memberi kuasa kuasa pentadbiran kepada Sultan Johor dalam lembaga perumahan tersebut.

Rang undang-undang tersebut diluluskan di DUN Johor semalam dengan pindaan yang menggugurkan kuasa sultan.

"Apa yang mendiang Karpal Singh kata mengenai sultan (sehingga didakwa mengikut Akta Hasutan) lebih ringan berbanding apa yang Utusan dan Umno lakukan," katanya.

Siswa dihalang masuk Parlimen, tapi samseng UMNO dibiar ceroboh DUN

siswaKUALA LUMPUR 10 JUN: Sekumpulan mahasiswa terpaksa menunggu hampir dua jam dan dibasahi hujan kerana dihalang memasuki bangunan Parlimen hari ini.
Mereka yang dihalang di jalan menuju ke bangunan itu bagaimanapun dibenarkan masuk setelah beberapa Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat yang sedang bersidang dalam Dewan Rakyat keluar menemui siswa terbabit.
“Mahasiswa nak masuk Parlimen kena tunggu hampir dua jam di jalan dan di bawah hujan. Itupun MP kena keluar untuk bawa mereka masuk baru dibenarkan masuk.
“Pelik macam mana samseng-samseng boleh masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dengan mudah sekali,” kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim di twitter pagi ini.

Tak perlu paksa guru sokong kerajaan Umno@BN kata TPM

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan guru tidak perlu dipaksa untuk menyokong kerajaan kerana mereka mengetahui tanggungjawab dan tugas mereka.

Malah menurutnya, tiada usaha khusus Kementerian Pendidikan untuk meyakinkan guru supaya memberi sokongan padu kepada kerajaan.

"Sebenarnya tidak ada satu usaha khusus dibuat untuk tujuan itu kerana profesion perguruan adalah satu profesion yang mulia.

"Mereka faham tentang tugas dan tanggungjawab mereka bukan saja kepada profesionnya tapi juga kepada sekolah dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang diutarakan ahli Parlimen Jelebu (BN), Zainuddin Ismail, hari ini.

Muhyiddin yakin pegawai kerajaan telah memiliki sikap setia kepada kerajaan yang memerintah hari ini.

"Saya tidak fikir ada keperluan untuk meyakinkan bahawa mereka ini perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan kerana mereka sebagai pegawai kerajaan biasanya bersikap setia kepada kerajaan hari ini.

"Ini bukan saja berlaku kepada kementerian pendidikan sahaja tapi juga kepada perkhidmatan awam yang lain," katanya.

Malah beliau tidak bimbang dengan sebarang tohmahan yang dilemparkan kepada guru-guru di negara ini.

LPHJ: Pakatan Rakyat Johor kecewa enakmen diteruskan


Dr Boo Cheng Hau 

NUSAJAYA - Pemimpin pembangkang negeri ini kecewa dengan penubuhan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Negeri, semalam.

Ketua Pembangkang, Dr Boo Cheng Hau berkata, pembentangan pindaan rang undang-undang itu seharusnya ditangguhkan ke persidangan akan datang bagi membolehkan ia diteliti dengan lebih jelas dan tidak dipersoalkan.

Adun Bukit Batu, Jimmy Phua Wee Tse mempersoalkan enakmen itu yang tidak menyatakan soal pelantikan tiga wakil kerajaan persekutuan seperti diperuntukkan di dalam Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962.

Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan berharap penubuhan LPHJ tidak memberi jalan mudah kepada kerajaan negeri untuk ambil semula tanah milik rakyat tanpa pampasan munasabah.

“Saya harap jangan gunakan enakmen ini untuk ambil hak rakyat sewenangnya tanpa pampasan berbaloi,” katanya.

Jeffrey mahu Putrajaya tangani kad pengenalan palsu di Sabah

Bilakah kerajaan persekutuan akan mengambil tindakan tegas untuk menyelesaikan masalah ini.
John Joseph
Datuk Dr. Jeffrey KitinganKOTA KINABALU: Keengganan kerajaan Persekutuan untuk bertindak mengatasi masalah pengenalan palsu di Sabah telah digambarkan oleh Ketua Parti Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap Sabah.
Beliau bertanya bilakah kerajaan persekutuan akan mengambil tindakan tegas untuk benar-benar membasmi dan menyelesaikan masalah ini.
Beliau juga berkata bahawa terdapat kad pengenalan palsu dan penduduk asing yang menyamar sebagai orang Sabah di seluruh Semenanjung Malaysia.
“Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang keturunan pendatang haram ini yang dilahirkan di Malaysia akan berada dalam angka berjuta-juta,” kata Jeffrey, yang juga ADUN Bingkor, dalam suatu perbualan dengan FMT.
“Pada masa itu, masalah ini akan berada di luar kawalan dan imej rakyat Sabah akan tercemar oleh warga asing haram yang memiliki kad pengenalan palsu.”
Beliau mengulas laporan bahawa 18 daripada 22 rakyat Filipina yang ditangkap di Perak baru baru ini telah mengaku bersalah memiliki kad pengenalan Sabah palsu manakala empat yang lain telah mengaku menggunakan kad pengenalan orang lain di Perak.
“Ia tidak lagi akan menjadi tentang jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini malahan hak-hak rakyat Malaysia yang tulen akan terjejas oleh warga asing ini memuncak dalam mereka mentadbir kerajaan pada masa akan datang,” tambah beliau.
“Adakah ini yang diinginkan oleh pemimpin kerajaan persekutuan? Ia adalah satu pengkhianatan jika mereka tidak melakukan apa-apa.”
Terdapat juga kes rakyat Sabah palsu yang di katakan menyamar sebagai seorang doktor di Melaka, kata Jeffrey.

Rasuah dan boros kerajaan BN punca bajet tambahan

najib bermewahKUALA LUMPUR 10 JUN: Tindakan kerajaan memohon peruntukan bagi bajet tambahan sebanyak RM4.112 bilion berpunca dari salah urus kerajaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail ketika dihubungi menyelar tindakan tersebut yang jelas menurutnya
menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara dengan baik.
“Ini berpunca daripada rasuah dan sikap boros kerajaan, mereka sama sekali gagal mengurus kewangan negara dengan baik dan berhemah.
“Akibatnya mereka sering memohon belanjawan tambahan,” jelas Azan yang juga Pengerusi KEADILAN Terengganu.
Permohonan bagi belanjawan tambahan itu dibuat hanya selepas lapan bulan kerajaan membentangkan belanjawan fiskal berjumlah RM264.2 bilion untuk tahun 2014.
“Tindakan terbaru itu menyebabkan hutang negara mengatasi 55 peratus paras siling hutang yang dibenarkan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya.

Ulama Thailand sifatkan TG Nik Aziz 'murabbi ummah'



KOTA BHARU: Ulama Thailand menyarankan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) memainkan peranan sehingga ke negara luar memandangkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang Murabbi Ummah.

Anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selatan Thailand, Abdul Rahman Abdul Samad berkata, ilmu agama dan pengalaman politik Islam dimiliki Mursyidul Am PAS itu sukar dicari ganti.

“Penduduk Islam di luar Kelantan termasuk di selatan Thailand sentiasa memerlukan seseorang tokoh yang mempunyai ilmu agama yang luas.

“Ceramah dan kuliah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu disebarkan lebih luas. Lagi pun Tok Guru begitu terkenal di Thailand sebagai murabbi ummah yang berpengaruh,” katanya di sini semalam.

Pemimpin MCA, Gerakan sertai Kabinet Jumaat ini?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri baharu dalam penyusunan semula Kabinetnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan menteri baharu dalam penyusunan semula Kabinetnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melantik beberapa pemimpin MCA dan Gerakan dalam Kabinetnya pada Jumaat dalam apa yang dinamakan sebagai mini penyusunan semula Kabinet, namun tidak ada menteri yang akan diberhentikan.
Perdana menteri kini berada di Turkmenistan dalam rangka lawatan rasmi dua hari dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Khamis.
Mesyuarat Kabinet dijangka diadakan pada Jumaat.
The Malaysian Insider menjangkakan empat ahli Parlimen daripada MCA dan dua ahli Parlimen Gerakan akan dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong disahkan akan dilantik menjawat jawatan menteri.

Pairin persoal kenapa MCA terima Hiew tanpa konsensus

Ia mengelirukan anggota komponen BN yang lain yang memegang prinsip konsensus.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (gambar) mempersoalkan kenapa MCA menerima Ahli Parlimen Bebas Luyang, Hiew King Cheu dalam parti itu tanpa mendapat persetujuan daripada parti-parti komponen dalam Barisan Nasional negeri Sabah.
download(1)“Adakah ini disebabkan mereka (MCA) tidak berjaya memperolehi banyak kerusi di Semenanjung? Kenapa apabila mereka diberi peluang untuk bertanding di Bukit Gelugor mereka tidak melakukannya?,” katanya mengulas mengenai kemasukan Hiew dalam BN melalui MCA.
Beliau merujuk kepada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor di Pulau Pinang pada 25 Mei yang mana BN tidak mengetengahkan sebarang calonnya. Pilihan raya diadakan berikutan kematian Anggota Parlimen Karpal Singh pada 17 April. Pilihan raya itu dimenangi anak Karpal Singh, Ramkarpal Singh.
Dua hari yang lalu, Presiden MCA Datuk Dr Liow Tiong Lai memberitahu bahawa kemasukan Hiew dalam partinya mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
MCA yang mengalu-alukan permohonan Hiew berkata, parti itu akan memproses permohonan mengikut prosedur.
Sebelum meletak jawatan daripada Parti DAP Sabah pada tahun lalu, Hiew berkata, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti BN dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas.
Menurut Pairin, perkembangan terbaru itu bukannya sesuatu yang baik tetapi mengelirukan anggota komponen BN yang lain yang memegang prinsip konsensus.
Oleh itu PBS katanya, akan menulis kepada kepimpinan pusat BN berhubung perkara itu dengan menekankan semangat konsensus yang menjadi tunggak utama perpaduan BN tidak diamalkan.
“Saya akan suarakan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN nanti. Saya sedar bukan saya seorang sahaja yang mempersoalkan perkara ini. Anggota komponen lain juga turut menekankan semangat konsensus perlu diguna pakai sebelum membuat sesuatu keputusan.

MH370: Kalau Sampai Ke Tahap Ini, Memang Parahlah Reputasi Kerajaan UMNO@BN!

Keluarga hilang kepercayaan terhadap SAR, kumpul dana ganjaran
Sewaktu usaha mencari dan menyelamat yang diterajui Malaysia hanya melibatkan retorik, jaminan dan janji-janji, saudara-mara lima penumpang pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac telah mengambil tindakan proaktif.
Mereka melancarkan projek "Reward MH370" di laman web ‘crowdsourcing’ Indiegogo pada 8 Jun, bertujuan untuk mengumpulkan AS$5 juta (RM15.9 juta) untuk diberi kepada pemberi maklumat dengan pengetahuan lokasi Boeing 777 MAS itu.
Dan sehari selepas itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari mempengerusikan taklimat akhbar mengenai MH370.
Kesimpulan taklimat tersebut: "Sebagai kesimpulan, kami ingin mengulangi komitmen kami terhadap operasi mencari di Fasa Peralihan ini. Dalam fasa ini, rakan-rakan saya dan saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi pihak kerajaan Malaysia. Untuk mengulangi YB Dato 'Seri Hishammuddin, "Kami akan meneruskan operasi mencari sehingga kami telah meliputi sepenuhnya kawasan carian. Kami akan berusaha untuk menerokai semua pilihan yang mungkin dalam usaha mencari MH370. Terima kasih. "
Dengan taklimat diplomatik sebegitu yang tidak memberitahu apa-apa, melainkan perkembangan mengenai apa yang sedang dijalankan, adalah ia satu keajaiban bahawa lima keluarga ini telah hilang kepercayaan terhadap SAR?
Malahan permintaan senang oleh jawatankuasa waris (Voice 370) untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat diatur dengan segera.
Respon SAR: "Mesyuarat ini akan diatur dalam masa yang sewajarnya dan kami berharap untuk mewujudkan sebuah templat kerja dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Voice 370."