Ahad, 8 Jun 2014

HUDUD-Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh

NAJIB DAN HUDUD

Pas lancar kempen ringankan beban penoreh getah

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (dua kanan) selepas merasmikan Kempen Ramadan Datang Lagi, Penoreh Getah Mohon Simpati di ibu pejabat Pas, Kuala Lumpur, hari ini. - SINAR HARIAN ONLINE- NIZAM ZAIN  
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (dua kanan) selepas merasmikan Kempen Ramadan Datang Lagi, Penoreh Getah Mohon Simpati di ibu pejabat Pas, Kuala Lumpur, hari ini. - SINAR HARIAN ONLINE- NIZAM ZAIN
KUALA LUMPUR - Pas hari ini meraikan 30 peneroka getah dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan menjelang sambutan Ramadan pada hujung bulan ini.

AJK Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata, inisiatif Pas melalui Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu bertujuan memberi bantuan dan menyatakan keprihatinan terhadap beban golongan itu yang terkesan teruk akibat kejatuhan harga komoditi itu sejak tahun lalu.

"Golongan ini (peneroka getah) terjejas teruk akibat harga getah semakin jatuh dan jika mengikut data kementerian ia melibatkan seramai 200,000 peneroka.

"Hari raya makin hampir, golongan ini memerlukan bantuan, sebab itu kita  lancarkan kempen ini hari ini untuk membantu golongan ini," katanya kepada pemberita bersempena pelancaran kempen 'Ramadan datang lagi...Penoreh Getah Mohon Simpati' di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

GST: Perniagaan perlu daftar sebelum 31 Disember

PETALING JAYA -  Perniagaan dengan perolehan jualan tahunan lebih daripada RM500,000 perlu mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebelum 31 Disember depan.
Penolong Pengarah Kanan JKDM, Chin Jek Bik berkata, pemilik perniagaan yang gagal mematuhi arahan itu akan didenda sehingga RM20,000.
"Denda pendaftaran lewat akan dikenakan sekurang-kurangnya RM1,500 sehingga maksimum RM20,000 selepas 30 hari pelaksanaan GST pada April tahun depan," katanya di ceramah umum GST di sini, hari ini.
Bagaimanapun, perniagaan dengan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 boleh mendaftar syarikat mereka secara sukarela, tetapi akan tertakluk kepada undang-undang pendaftaran selama dua tahun, melainkan mereka menutup operasi serta syarikat dalam tempoh berkenaan.
Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian di gst.customs.gov.my atau menghantarnya sendiri ke JKDM di Kelana Jaya.
GST akan dilaksanakan pada kadar tetap enam peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang ada sekarang.

Wee Ka Siong akui MCA amal budaya politik sabotaj - Ong Kian Ming


okm

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Serangan tidak berasas Timbalan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong telah membuka pekung bahawa MCA sememangnya tidak mengamalkan politik bersih tapi politik ‘sabotaj’ antara satu sama lain, kata Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming.
Menurut Kian Ming, kenyataan Ka Siong di beberapa portal 6 Jun lalu telah mengesahkan bahawa sejak 40 tahun lalu budaya kotor itu memang sudah menjadi kebiasaan dalam parti komponen BN itu.
“Ka Siong dilihat cuba mengangkat diri sendiri apabila mengatakan kehadirannya di Teluk Intan tempoh hari adalah untuk memastikan tidak ada sabotaj dalaman antara MCA dan Gerakan.
“Kata Ka Siong, buat pertama kali semenjak Gerakan ambil alih kerusi itu dari MCA pada tahun 1974, tidak ada sebarang sabotaj berlaku. Apa yang dibanggakan beliau ini jelas satu lawak jenaka dan pengakuan terbuka bahawa mereka pernah mengamalkan budaya itu.
“Ini menimbulkan pertanyaan sudah berapa banyak kerusi Gerakan telah disabotaj MCA sejak 1974?,” soalnya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Serdang itu juga mengecam dakwaan tidak berasas Ka Siong bahawa DAP dan Pakatan Rakyat cuba mewujudkan perbalahan kaum sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.
Beliau berkata, serangan tidak berasaskan fakta itu bukan saja memalukan tapi jelas menonjolkan kegagalan MCA dan BN sendiri.

Ex-military chief now Egypt's president

MB Johor buat pusingan ‘U’ bentang rang baru, pinda kuasa sebagai penasihat Sultan

Rang undang-undang perumahan kontroversi negeri Johor akan dipinda untuk mengubah keputusan awal dengan memberi kuasa penuh kepada  Sultan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Khaled berkata, peruntukan tersebut akan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 di mana Sultan akan membuat keputusan atas nasihat menteri besar, lapor The Star Online.
Khaled juga dilaporkan berkata, lain-lain klausa dalam Rang Undang-Undang yang menyebut Sultan Johor akan ditukar kepada "kuasa kerajaan negeri".
Rang undang-undang tersebut akan dibentang dalam sidang DUN esok.
Sebelum itu, laporan awal mendedahkan ia akan memberi kuasa penuh kepada Sultan untuk melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, memantau akaunnya dan juga membubarkan lembaga itu.
Malah turut difahamkan, Sultan Johor juga boleh menentukan ganjaran ahli lembaga pengarah, meluluskan pelantikan pengarah dan meluluskan anggaran belanja setiap tahun berikut sebelum mendapatkan kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu.
Pengumuman Khaled tersebut selepas kritikan dua parti Pakatan Rakyat (PR), DAP dan PAS yang mendesak supaya rang tersebut digugurkan kerana ia membelakangi sistem Raja Berperlembagaan dan memberi kuasa eksekutif kepada Sultan.

Pemandu teksi minta penjelasan SPAD penggunaan kupon

teksi lembah klangSHAH ALAM, 8 JUN : Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan menghantar notis kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi menuntut penjelasan berkaitan peraturan mengesahkan penggunaan sistem kupon dalam perkhidmatan teksi.
Amran dalam satu kenyataan berkata notis itu dihantar melalui syarikat guaman R.Kengadharan & Co pada 6 Mei lalu kepada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau berkata satu salinan turut diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Datuk Mahani Tan Abdullah.
“Sistem kupon ini membebankan serta mengelirukan penumpang tempatan dan asing, di samping memberi imej buruk terhadap mutu perkhidmatan teksi di negara ini.
“Ia tidak selari atau bercanggah dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (teksi mengunakan kadar tambang meter).
“Saya yang menjadi pemandu teksi selama 10 tahun merasa kecewa kerana setelah lebih sebulan berlalu, Pengerusi SPAD kekal berdiam diri serta gagal memberi sebarang maklum balas terhadap tuntutan ini,” katanya.

GERAMM: Saman Najib kepada Malaysiakini untuk tekan media

geramm-logoSHAH ALAM 8 JUN: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memfaikan saman terhadap portal berita Malaysiakini disifatkan sebagai cubaan kerajaan memberi tekanan kepada pengamal media.
Jurucakap Gerakan Media Marah (Geramm), Fazallah Pit berkata, Najib sengaja menggunakan isu teknikal bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.
“Najib menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini. Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media. Kenapa beliau tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu?,” soalnya dipetik Keadilan Daily.
Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal berkenaan.
Tindakan itu menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk daripada badan pemantau kebebasan akhbar yang berpejabat di Paris, Reporters Without Borders (RSF).
RSF dalam kenyataannya kesal kerana perdana menteri memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya menggunakan haknya untuk menjawab kritikan terhadapnya.
Pandangan sama disuarakan Badan Peguam Malaysia yang menyatakan Najib sepatutnya bersedia menerima kritikan dan bukan dengan menyaman media.

Penjelasan GST mulai April tahun depan

Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat.

ahmad-maslan1KOTA BAHARU: Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi fasa kedua melibatkan 134 kawasan parlimen dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem berkenaan yang akan bermula April tahun depan.
Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat.
“Kita akan buat seberapa banyak ceramah sebelum Ramadan ini,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio KelantanFM di sini, hari ini.
GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Ahmad berkata ceramah tersebut akan disampaikan pegawai kastam negeri dan pusat serta dibantu pihak Kementerian Kewangan.
‘Penceramah tempatan’
“Penceramah tempatan yang telah menghadiri kursus mengenai GST bolehlah membantu pegawai kastam untuk memberikan ceramah.

'Enakmen Johor dapat lampu hijau Najib?'

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rang undang-undang kontroversi bagi membolehkan sultan terlibat dapat pentadbiran terus mengundang kritikan pelbagai pihak.
 
Aktivis pembangkang Tamrin Abdul Ghafar berkata, ulasan Najib berhubung perkara itu semalam amat longgar dan menggambarkannya seolah-olah bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
“MB tidak akan berani bertindak sedemikian rupa jika tidak terlebih dahulu dapat lampu hijau daripada Najib.
 
“Atau apakah berkemungkinan Najib, atas sebab-sebab yang  hanya dia sendiri yang tahu, telah mengarahkan Khalid berbuat sedemikian?” soal anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu.

Tamrin berkata demikian melalui SMS kepada Malaysiakini hari ini.
 

Raja-Raja Melayu perlu campur tangan kes bapa muallaf


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) memohon Majlis Raja-Raja Melayu campur tangan dalam kes Ridzuan Abdullah,  seorang mualaf yang diarah Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan anaknya Ummu Habibah yang dibesarkannya dengan pendidikan Islam kepada bekas isteri beragama Hindu , Indra Ghandi.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh kini telah menyebabkan kedudukan pengIslaman dan hak menjaga tiga anak yang telah diIslamkan Ridzuan kini dalam keadaan tidak menentu.

“Salah seorang  anak yang dijaga sendiri oleh Ridzuan iaitu Ummu Habibah  sudah boleh mengamalkan solat dan membaca Al Quran .
“Ridzuan masih tidak mahu menyerah Ummu Habibah kerana patuh kepada keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh.
“Ridzuan telah mendapat keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menetapkan beliau berhak menjaga anak yang telah diIslamkan itu,” jelas Azmi.

Mapim kesal kerana kedudukan anak-anak Ridzuan yang telah diIslamkan kini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Menurut Azmi, hak hadhanah (penjagaan) dan pengIslaman anak-anak tersebut sepatutnya diputuskan oleh Hakim yang mempunyai latarbelakang pengetahuan Islam .
Tambah beliau, adalah tidak mungkin seorang Hakim bukan Islam dapat memahami perundangan Islam untuk menentukan kedudukan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Mapim ujarnya menggesa masyarakat dan institusi keadilan negara agar menghormati keputusan Mahkamah Tinggi  Syariah Ipoh yang memutuskan Ridzuan sebagai penjaga anaknya.

Selepas kritikan, RUU Johor akan dipinda


Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) akan dipinda dengan memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar.
 
Pengumuman berkaitan dibuat Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, kata Anggota DUN Senai Wong Shu Qi (kanan).
 
Wong berkata, pindaan itu termasuk memasukkan peruntukkan supaya anggota lembaga dilantik oleh sultan dengan nasihat menteri besar.
 
Beliau memberitahu Malaysiakini, rang undang-undang itu akan dibentangkan esok dengan pindaan.
 
Sementara itu, Utusan Online melaporkan Khaled sebagai berkata, akan berlaku pindaan khususnya melibatkan peruntukan tentang peranan raja dalam pelantikan lembaga pengarahnya.
 
"Ada fasal yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan raja adalah atas nasihat menteri besar terutama dari segi pelantikan.
 
"Sementara itu, lain-lain fasal semuanya akan ditiadakan. Hanya itu yang akan disentuh oleh raja," beliau dipetik sebagai berkata semasa sesi penggulungan sidang DUN hari ini. 

PAS: Terlibat dengan kuasa eksekutif merendahkan institusi raja

Anak sasar RM1 juta untuk bantu penoreh getah

Presiden PAS: PAS rakam terima kasih

RUU perumahan: Boleh cemar institusi raja

Campur tangan Istana Johor cemar sistem Raja Berperlembagaan, kata PAS

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
PAS membidas campur tangan Istana Johor dalam pentadbiran kerajaan negeri dengan menyifatkannya mencemar sistem Raja Berperlembagaan yang menjadi amalan negara sejak negara Merdeka.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada institusi pemerintahan negara perlu dipertahankan.
"PAS menyokong sistem Raja Berperlembagaan dan perlu dipertahankan.
"Usaha untuk memberi kuasa eksekutif sepatutnya tidak berlaku," kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini.
Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan campur tangan raja dalam pentadbiran kerajaan akan mencemarkan kesucian institusi tersebut.
"Sebarang usaha mengheret institusi Istana akan mencemar dan merendahkan sistem Raja Berperlembagaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman menggesa pembentangan rang undang-undang itu ditangguhkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
"Pengasingan kuasa (separation of powers) perlu wujud dalam rang undang-undang dan kita sedang usaha sebelum pembentangan esok untuk menangguhkannya," katanya.
Mazlan juga memberitahu wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) Johor akan bermesyuarat hari ini bagi membincangkan isu tersebut dan mengambil pendirian.

Umno perlu jelaskan pelaksanaan LPHJ, kata Musa Hitam

Pemimpin Umno negeri dan persekutuan digesa bersatu dalam usaha memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat sehingga ke akar umbi‎ mengenai penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang memberikan kuasa multak kepada Sultan Johor kata Tun Musa Hitam (gambar) lapor New Sunday Times.
Bekas timbalan presiden Umno yang berasal dari Johor itu berkata, penting bagi parti memberi penerangan yang jelas kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keadaan bertambah teruk.
"Pemimpin Umno negeri dan persekutuan mesti turun padang berhubung dengan rakyat untuk menyelesaikan kemelut itu atau ia akan bertambah kritikal," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini.
Beliau yang pernah menjadi menteri besar Johor berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat mempersoalkan pelaksanaan penubuhan LPHJ terutama apabila pelaksanaan itu dikatakan akan memberi kuasa eksekutif kepada Sultan.
"Rakyat berhak tahu adakah ‎benar dakwaan pembentangan Rang Undang-undang LPHJ akan memberi kuasa eksekutif kepada Sultan dalam hal melibatkan pengurusan perumahan dan hartanah.
"Mereka tidak boleh menjangka rakyat berdiam diri kerana ia juga membabitkan rakyat," katanya.
Selain itu, bekas timbalan perdana menteri itu juga mendakwa terdapat sesetengah pihak yang dilihat mengambil kesempatan di atas kekeliruan isu berkenaan.
"Sesetengah mereka ada yang cuba mengambil kesempatan menambahkan lagi kekeliruan maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan parti menjelaskan polemik ini," katanya.

MB Johor akan terpaksa ikut telunjuk Sultan, kata bekas presiden JCorp

Bekas Presiden Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata kenyataan kononnya menteri besar memegang kuasa mutlak walaupun rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) diluluskan tidak benar. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Bekas Presiden Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata kenyataan kononnya menteri besar memegang kuasa mutlak walaupun rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) diluluskan tidak benar. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014. 
Bekas Presiden Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin akan terpaksa mengikut telunjuk Istana Johor jika rang undang-undang kontroversi perumahan diluluskan.
Kenyataan kononnya menteri besar memegang kuasa mutlak walaupun rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) diluluskan tidak benar, bahkan Muhammad Ali berkata berdasarkan pengalamannya, Sultan Johor bebas masuk campur dalam pentadbiran negeri.
"Pengalaman peribadi saya di JCorp jelas membuktikan kuasa mutlak menteri besar selaku Pengerusi Jcorp pernah dikompromikan pemimpin politik negeri.
"Pengerusi JCorp ketika itu, sekali pun berkuasa eksekutif penuh, gagal atau takut menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepadanya dan lebih berminat mematuhi sepenuhnya apa yang beliau katakan sebagai ‘Titah Sultan Johor’,” kata beliau seperti dipetik dalam Malaysia Gazette hari ini.
Beliau juga mengkritik kerajaan negeri Johor yang tidak tegas dalam menangani isu campur tangan Istana Johor dalam pentadbiran.
"Perkara ini sepatutnya tidak timbul jika penguasa politik negeri proaktif, terlebih dahulu bertindak tegas mempertahankan Perlembagaan negara dan tidak mengkrompomikan status Sultan Johor sebagai Raja Berperlembagaan tanpa kuasa mutlak," katanya.
Beliau membayangkan keadaan lebih buruk akan berlaku sekiranya cadangan tersebut diteruskan pada ketika kuasa Sultan sememangnya sudah luas.

Memorandum SAMM Johor kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor

20140608-143612-52572959.jpgSolidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor pada pagi ini. Memorandum ini telah diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Johor dan juga Ketua Pembangkang DUN Johor. Memorandum tersebut meliputi 3 isu iaitu Rayuan terhadap pemilikan Pulau Batu Putih, penjualan hartanah dan pasir kepada entiti milik negara luar dan perumahan di negeri Johor terutamanya di Bandaraya Johor Bahru.
SAMM Johor menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor agar Nusajaya membuat rayuan berhubung pemilikan Pulau Batu Putih. SAMM Johor menyeru agar Nusajaya mendesak Putrajaya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dan menyediakan laporan lengkap berhubung akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Pejabat Peguam Negara cuai semasa perbicaraan di ICJ. Nusajaya perlu membuat siasatan lengkap dan memastikan tidak ada sebarang unsur sengaja melepaskan pulau tersebut sebelum rayuan dikemukakan kepada ICJ.
SAMM Johor juga mendesak Nusajaya untuk mengambil usaha dan tindakan proaktif bagi memastikan Pulau Pisang, Pontian tidak mengalami nasib seperti Pulau Batu Putih.
SAMM Johor menyeru Nusajaya untuk menjaga aset-aset hartanah, pasir dan perniagaan strategik di Negeri Johor tidak dijual kepada entiti milik negara luar dengan mudah khasnya di Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia.
Adalah sangat menjolok mata dan tidak masuk akal jika Johor menjual pasir kepada Singapura yang mana digunakan oleh negara tersebut untuk projek penambakan laut. Ini bukan sahaja menggugat sempadan perairan negara, malah mengganggu ekosistem dan punca hasil nelayan tempatan. Jika pasir ini datang daripada negeri lain maka, Nusajaya perlu mengemukakan nota bantahan kepada negeri-negeri tersebut.
Pemberian tanah-tanah dan penjualan aset perniagaan strategik kepada entiti milik negara luar dengan tidak terkawal juga menghakis kedaulatan negeri ini selain daripada mengetepikan peluang anak negeri untuk merasai nikmat kemajuan dan kemakmuran pembangunan di bumi Johor.

Kalaulah Harakah dan Keadilan lapor seperti Utusan ni.. kena cop 'Menderhaka' lah jawabnya..

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan apakah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlalu lemah pentadbirannya sehingga terpaksa mewujudkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kerajaan negeri?

Dalam Analisis Mingguan akhbar itu, Awang Selamat berkata, ramai pihak gusar apabila Khaled menegaskan bahawa Rang Undang-Undang bagi menubuhkan LPHJ akan tetap dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, esok.

“Cuma yang menjadi persoalan, lemahkah pentadbiran negeri sehingga terpaksa mewujudkan LPHJ dengan penglibatan Sultan?” soal akhbar itu dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

“Apakah ada jaminan tiada campur tangan Sultan walaupun menteri besar menekankan bahawa beliau tetap ada kuasa eksekutif? Bab inilah yang lebih dikhuatiri.” Menurut Awang Selamat, tindakan Khaled bercanggah dengan suara pelbagai pihak, termasuk badan-badan bukan kerajaan, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah kepada negarawan.

“Jika mahu mengambil semangat demokrasi memandangkan isu tersebut mempunyai implikasi besar, elok ia ditangguhkan.

“Tidak rugi apa-apa dan untuk apa tergesa-gesa. Dapatkanlah terlebih dahulu maklum balas pelbagai pihak, terutama rakyat Johor sama ada mahu berpegang kepada Raja Berkuasa Mutlak atau Raja Berperlembagaan,” katanya.

Menurut Awang Selamat, desas-desus berlegar di Johor bahawa Khaled dikatakan terikat tangannya dan lebih akur kepada banyak campur tangan istana, terutamanya dalam pembangunan hartanah.

“Awang tidak pasti sejauh manakah kesahihannya. Mungkin ada asas kebenaran, atau ia sekadar persepsi yang berlegar begitu meluas. Tetapi sebahagian rakyat Johor resah dengan perkembangan di negeri itu.

“Mereka berkongsi banyak cerita dalam sektor hartanah dan kebocoran maklumat daripada para pegawai awam negeri yang membuak-buak rasa tidak senang. Lalu timbul dakwaan liar merumuskan Khaled lemah dan asyik tunduk,” katanya.

SPAD: Pemandu teksi berdemontrasi bakal dikenakan tindakan

Seramai 33 pemandu teksi mengadakan demonstrasi Rabu lepas, di Bukit Bintang.
taxidriversprotestKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap 33 pemandu teksi yang dikenalpasti menyertai demonstrasi Rabu lepas, di Bukit Bintang di sini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti pemandu teksi lain yang turut menyertai demonstrasi itu sehingga menghalang lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan serta mengganggu ketenteraman awam.
“SPAD memandang serius sikap pemandu tersebut dan tindakan tegas seperti menggantung kad pemandu atau membatalkan lesen pengendali teksi yang terlibat akan diambil,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau megingatkan semua pemandu teksi dan pengangkutan awam darat supaya tidak menyertai sebarang demonstrasi yang menyalahi undang-undang.
“Demonstrasi yang merupakan kali kedua dilakukan kumpulan teksi Bukit Bintang itu telah menyebabkan trafik di kawasan berkenaan sesak selama tiga jam selepas demonstrasi yang pertama dua tahun lepas,” katanya.
Rabu lepas, pemandu teksi mengadakan demonstrasi itu kerana dipercayai tidak berpuas hati berhubung isu penguatkuasaan.
Pada 2012, pemandu teksi membuat bantahan terhadap pengenalan perkhidmatan bas percuma Go KL yang didakwa mengganggu pendapatan mereka terutamanya kekurangan penumpang daripada kalangan pelancong.

Cukai tambahan penjawat awam tampung kerugian RM3.1 bilion

abdullahsani400pxKUALA LUMPUR 8 JUN: Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) terhadap penjawat awam hanya bertujuan menampung kerugian kerajaan sebanyak RM 3.1 bilion.
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, jumlah itu merupakan pengecualian cukai oleh kerajaan terhadap syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX).
“Kerajaan dah rugi RM3.1 bilion daripada pengecualian cukai tersebut.
“Jadi apa yang kerajaan cuba lakukan adalah mengutip balik cukai itu daripada penjawat awam dengan mengenakan potongan cukai tambahan secara ansuran pula. Pastinya ini menambahkan bebanan kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum ini Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menggesa kerajaan meneliti semula perlaksanaan cukai korporat termasuk pengecualian cukai kepada syarikat–syarikat berstatus TRX.
Ini kerana keputusan memberikan pengecualian 100 peratus cukai pendapatan kepada bank-bank yang berpindah ke TRX dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah disifatkan tidak rasional.
Pengecualian tersebut mengakibatkan negara kehilangan sumber pendapatan kira–kira RM 3.1 bilion sekiranya tiga bank tempatan iaitu CIMB, Maybank dan RHB berpindah ke TRX.

Anugerah RM16j untuk cari MH370


IndieGogo, laman web pengumpul dana, melancarkan kempen mendapatkan AS$5 juta (RM16.065 juga) daripada orang awam untuk dianugerahkan kepada mana-mana firma atau individu yang dapat membekalkan maklumat penting bagi membolehkan pesawat hilang MH370 ditemui.
 
Laman untuk sumbangan itu akan dilancarkan hari ini, dijadual pada jam 8 malam, kebetulan tiga bulan selepas pesawat Malaysia Airlines itu hilang dari radar awam apda 8 Mac.
 
Dalam kenyataan hari ini, pihak yang melancarkan program itu berkata, sebuah secure website akan dilancarkan seminggu daripada sekarang, atau 15 Jun, bagi mengendalikan kesemua makluman berhubung lokasi pesawat itu.
 
Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada awal pagi pada 8 Mac ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing.

Anomali perlembagaan: RUU Johor mungkin lepas


Agak sukar untuk membuktikan sama ada rang undang-undang kontroversi Johor yang memberikan peranan kepada sultan dalam pentadbiran, sebagai tidak sah.
 
Ini ekoran “kejanggalan” dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini.
 
Katanya, perlembagaan tidak pernah mentafsirkan maksud raja berperlembagaan dan tiada apa dilakukan oleh kerajaan memerintah bagi menyingkirkan “kejanggalan besar” itu.
 
Beliau juga membangkitkan soal lantikan anggota yang tidak dipilih untuk menguruskan kerajaan, yang menurutnya sama bermasalah seperti Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu.
 
Rang undang-undang itu jadual dibentang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor esok.
 
“Dalam kerajaan sekarang terdapat peruntukan membenarkan anggota bukan dipilih menjadi exco.
 
“Ini salah daripada sudut pandang sebuah kerajaan bertanggungjawab dan telah digunakan untuk berhujah menentang rang undang-undang Johor.
 

Saman Malaysiakini hak asasi Najib kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Suami KEDEKUT - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan Meminang Lelaki - Ustaz Azhar Idrus

Kena Pilih Suami - Ustaz Azhar Idrus

Surat Terbuka Rakyat Johor Kepada MB Johor Mengenai Isu Kontroversi RUU (LHPJ)

SURAT TERBUKA
KEPADA MENTERI BESAR JOHOR
DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:0127931148)

Tarikh: 7hb Jun 2014

Kepada
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor

YAB Datuk Seri,
Asalamualaikum Saudara,

PER:RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.
2. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).
3. Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-
(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;
(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu;
(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;
(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.
4. Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.
5. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
6. Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!

Pakar Perlembagaan bimbang konflik wujud jika Istana terlibat dalam pentadbiran

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata rang undang-undang baru itu akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata rang undang-undang baru itu akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak konflik akan wujud antara Istana dan kerajaan sekiranya diberikan kuasa langsung dalam pentadbiran.‎
Aziz berkata tindakan tersebut akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan.
"Bagaimanapun, rang undang-undang ini memberi kuasa tertentu kepada Raja. Ini yang menimbulkan konflik.
"Inilah sebenarnya kebimbangan yang disuarakan; bahawa rang undang-undang ini berpotensi mengelirukan dan menyukarkan konsep pertanggungjawaban kerajaan kepada dewan," kata Aziz dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.
Aziz menegaskan menteri besar dilantik secara majoriti dalam DUN dan bukan menerusi perkenan Istana, maka merupakan satu kesalahan untuk seorang menteri besar tunduk kepada kuasa Raja.
"Konsep ini adalah konsep asas dalam kabinet berlandaskan sistem Westminster seperti Malaysia.
"Ini juga sebabnya mengapa salah untuk seorang menteri besar bergantung kepada Istana. Di sisi Perlembagaan, kekuatan perdana menteri atau menteri besar ialah sokongan majoriti dalam dewan, bukan perkenan Istana," katanya.
Menurut Aziz, sekiranya langkah tersebut diteruskan, tidak mustahil imej Istana juga akan tercemar.
"Saya lihat keterlibatan yang keterlaluan dalam hal-hal rutin dan duniawi hanya akan mengotorkan jiwa dan peribadi Raja," katanya.
Dalam pada itu, tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim, yang juga bekas Presiden Johor Corporation (JCorp) juga mengkritik langkah kerajaan negeri Johor untuk memberi kuasa kepada Raja.

Calon presiden Indonesia akan mula berdebat Isnin ini

Calon presiden Indonesia akan mula berdebat Isnin iniJAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia menetapkan lima pusingan debat menjelang pemilihan presiden dan naib presiden republik itu pada 9 Julai ini.

Lima pusingan debat itu melibatkan dua kali debat antara calon presiden, sekali debat antara calon naib presiden dan dua kali debat antara regu calon, lapor Kompas.com baru-baru ini.

Debat itu akan menyentuh topik demokrasi, integriti, kedaulatan undang-undang, keselamatan, ekonomi, sosial, politik antarabangsa, pendidikan, modal insan serta teknologi dan alam sekitar.

Pemilihan presiden pada 9 Julai ini menyaksikan pertembungan antara gabenor Jakarta, Joko 'Jokowi' Widodo dengan bekas jeneral tentera era Suharto, Prabowo Subianto.

Jokowi berganding dengan bekas ketua umum Parti Golkar, Jusuf Kalla yang sebelum ini pernah jadi Naib Presiden. Prabowo pula bergabung dengan bekas Menteri Koordinator Ekonomi, Hatta Rajasa.

Debat pusingan pertama melibatkan pasangan calon presiden dan naib presiden akan diadakan pada Isnin ini. Topik debat ialah "Pembangunan Demokrasi, Pemerintahan yang Bersih dan Kepastian Undang-undang".

JK Teknikal Hudud Pusat jadi tanda tanya..!!

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Men teri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tanda tanya, apabila tiada perkembangan selanjutnya se hingga kini.
Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku jika Umno dan Kerajaan Pusat jujur dengan janjinya untuk turut membantu kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan Kanun Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan di negeri itu.

Pemangku Timbalan Ke tua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, di peringkat kerajaan Kelantan segalanya telah tersedia dan hanya menunggu tindakan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan penubuhan jawatankuasa itu. Menurut beliau, panel kerajaan Kelantan kini telahpun bersedia untuk meletakkan nama-nama me reka yang akan menganggotai jawatankuasa itu bagi mewakili kerajaan negeri.
“Kita berharap Tan Sri Muhyiddin dapat mengotakan apa yang dikatakannya itu. Cadangan penubuhan jawatankuasa itu mulanya datang dari Kerajaan Pusat sendiri.
“Jadi kita minta Tan Sri Muhyiddin atau Kerajaan Pusat jujur dengan apa yang dikatakannya itu dengan menyegerakan pelaksanaan penubuhan jawatankuasa itu.
“Seluruh rakyat Malaysia kini sedang menunggu perkembangan tentang ca dangan itu,” katanya ketika dihubungi
Menurut Dr Mahfodz, di peringkat kerajaan Kelantan, pra jawatankuasa itu dipengerusikan Dato’ Dr Mohamad Fadzli Hassan yang juga Exco Kerajaan Kelantan, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah selaku Pengerusi Jawantankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Beliau berkata, setelah persetujuan bagi penubuhan jawatankuasa itu di capai oleh kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat, Muhyiddin sepatutnya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom mengadakan langkah selanjutnya ke arah penubuhannya.
“Tetapi sehingga sekarang saya sendiri pun tak tahu perkembangan selanjutnya, sehingga saya sen diri pun tertanya-tanya mengenai cadangan pe nubuhan jawatankuasa itu sama ada jadi atau tidak,” jelas beliau.

Apa yang terkandung dalam rang undang-undang LPHJ?


KUALA LUMPUR: Walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pihak dalaman parti, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tetap dengan keputusan membentangkan rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini.
Menurut Khaled, enakmen baharu tersebut tidak melanggar konsep Raja Berpelembagaan yang digunakan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.
“Insya-Allah… kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan, saya tidak fikir ia begitu.
“Seperti saya katakan, enakmen ini mesti dibaca bersama-sama Undang-undang Tubuh Negeri Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Tuanku adalah dengan nasihat Menteri Besar,” katanya seperti dilapor media tempatan semalam.
Bagaimanapun pandangan Khaled tidak dikongsi bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Johor (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Dalam satu kenyataan media semalam, Muhammad menjelaskan, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.
“Pengalaman peribadi saya di JCorp jelas membuktikan kuasa mutlak Menteri Besar selaku Pengerusi Jcorp pernah dikompromikan pemimpin politik negeri.
“Pengerusi Jcorp ketika itu, sekali pun berkuasa eksekutif penuh, gagal atau takut menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepadanya dan lebih berminat mematuhi sepenuhnya apa yang beliau katakan sebagai ‘Titah Sultan Johor’,” jelas beliau.
Sehubungan itu, RUU LPHJ ujarnya adalah cadangan yang tidak dapat diterima rakyat kerana bercanggah dengan Perlembagaan, juga satu duluan (precedent) pentadbiran yang berbahaya kerana ia pasti merosakkan kepentingan besar rakyat dan negara.
Media tempatan melaporkan bahawa Rang Undang-undang Enakmen LPHJ 2014 ini akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Petikan daripada enakmen setebal 36 muka surat yang dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 menjelaskan lagi kebimbangan pelbagai pihak terhadap campurtangan istana dalam pentadbiran negeri.
Antara peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang LPHJ 2014 adalah:

Status SIJIL SIMPANAN PREMIUM - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Ambil Pokok Di Kubur Letak Di Kubur Lain - Ustaz Azhar Idrus

Dosa Pinjam RIBA & Nasib Pemakan RIBA - Ustaz Azhar Idrus

Lemahkah MB Johor hingga wujudkan LPHJ, libatkan Sultan, soal Utusan Malaysia

Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan Khaled Nordin yang melibatkan Sultan Johor dalam pentadbirannya. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan Khaled Nordin yang melibatkan Sultan Johor dalam pentadbirannya. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014. 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan apakah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlalu lemah pentadbirannya sehingga terpaksa mewujudkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kerajaan negeri?
Dalam Analisis Mingguan akhbar itu, Awang Selamat berkata, ramai pihak gusar apabila Khaled menegaskan bahawa Rang Undang-Undang bagi menubuhkan LPHJ akan tetap dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, esok.

“Cuma yang menjadi persoalan, lemahkah pentadbiran negeri sehingga terpaksa mewujudkan LPHJ dengan penglibatan Sultan?” soal akhbar itu dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

“Apakah ada jaminan tiada campur tangan Sultan walaupun menteri besar menekankan bahawa beliau tetap ada kuasa eksekutif? Bab inilah yang lebih dikhuatiri.”

Menurut Awang Selamat, tindakan Khaled bercanggah dengan suara pelbagai pihak, termaasuk badan-badan bukan kerajaan, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah kepada negarawan.

“Jika mahu mengambil semangat demokrasi memandangkan isu tersebut mempunyai implikasi besar, elok ia ditangguhkan.

“Tidak rugi apa-apa dan untuk apa tergesa-gesa. Dapatkanlah terlebih dahulu maklum balas pelbagai pihak, terutama rakyat Johor sama ada mahu berpegang kepada Raja Berkuasa Mutlak atau Raja Berperlembagaan,” katanya.

Menurut Awang Selamat, desas-desus berlegar di Johor bahawa Khaled dikatakan terikat tangannya dan lebih akur kepada banyak campur tangan istana, terutamanya dalam pembangunan hartanah.

Utusan Malaysia enggan menghadap Sultan Johor jika dipanggil

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang lantang mengkritik tindakan kerajaan negeri Johor melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) dalam pentadbiran melalui kolumnisnya Awang Selamat enggan menghadap pemerintah negeri itu sekiranya dipanggil.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat‎ " kolumnis itu menyatakan sekiranya Sultan Johor ingin membuat teguran atau mendapatkan penjelasan, cukuplah dilakukan dengan menghantar wakil berjumpa dengan Utusan Malaysia.
"Adalah tidak sesuai bagi Sultan mencemar duli berurusan secara langsung dengan mana-mana editor jika timbul situasi yang tidak menyenangkan‎.
"Awang pun kalau menjadi bos media tidak mahu datang sekiranya dipanggil menghadap untuk tujuan seperti itu melainkan jika diundang untuk berbuka puasa atau hal-hal lain yang kita semua boleh merasa selesa," katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Selain itu, Awang Selamat juga menafikan ‎terdapat arahan daripada pihak Istana agar Utusan Malaysia menghadap Sultan Johor berhubung isu tersebut.
Kolumnis itu berkata, media harus berhenti terlalu risaukan akan teguran sekiranya menyentuh mengenai perihal institusi Diraja.
"Itulah pertanyaan biasa dalam kalangan orang media setiap kali ada isu sensitif yang menyentuh istana Johor. Apa yang Awang boleh tolong jawabkan bagi pihak Utusan - tiada.
‎"Keresahan orang media terhadap perkara seperti itu patut dihentikan. Sebenarnya tiada sebab dalam era moden terutama landskap media yang baru, pembesar istana boleh sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi untuk dimarahi. Itu bukan cara wajar,"  katanya sepertimana dipetik dalam akhbar itu hari ini.
Awang Selamat juga percaya Sultan Johor juga tidak akan sesekali merendahkan nilai darjatnya sebagai seorang Raja dengan bertindak memanggil pihak Utusan Malaysia untuk menghadapnya.

Penguasa politik Johor lemah – Tan Sri Muhammad Ali


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor  2014 (LPHJ) yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Isnin ini turut mendapat kritikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar).
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Muhammad menyifatkan tindakan memberi kuasa undang-undang kepada Sultan Johor untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri secara langsung akan mencemarkan kedudukan Sultan dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
“Ia juga akan memburukkan lagi kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran di negeri Johor, yang sejak kebelakangan ini banyak terjejas setelah terdapat campur tangan secara langsung atau tidak langsung Istana Johor.
“Jika dibiarkan, kecelaruan ini pasti merosakkan kepentingan besar rakyat Johor, terutama apabila terdapat campur tangan dalam pentadbiran tanah atau urusan GLC negeri,” ujar beliau.
Menurut Muhammad,  rakyat Johor semakin bimbang melihat tanah dan harta serta perniagaan strategik milik Johor terlepas kepada kepentingan asing atau milik individu terpilih, dengan mengetepikan kepentingan jangka panjang rakyat dan negara.
Beliau yakin kecelaruan ini berpunca daripada kecuaian kepimpinan serta kelemahan tindakan penguasa politik Johor.
“Perkara ini sepatutnya tidak timbul jika penguasa politik negeri proaktif, terlebih dahulu bertindak tegas mempertahankan Perlembagaan negara dan tidak mengkrompomikan status Sultan Johor sebagai Raja Berperlembagaan tanpa kuasa mutlak,” tegas beliau.
Menurut Muhammad, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.

GST: Ahmad Maslan kata harga barang turun tapi Pakar ramal harga barang dan inflasi naik..

Hujung tahun 2013 yang lalu, dalam usahanya untuk terus memperbodohkan rakyat mengenai GST, Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri Kewangan yang terkenal dengan hujah-hujah bodohnya telah berkata..

"Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015".

Menurut ketua penerangan Umno itu lagi, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,”

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya.. sepenuhnya silalah baca di SINI

Itu kata Ahmad Maslan tentang GST.. sebagaimana yang berulang kali telah disebut oleh bekas Presiden UMNO sendiri iaitu hanya orang-orang yang bodoh kini bersama UMNO..

Maka tak perlulah kita semua merasa hairan kenapa hujah yang diberikan oleh pemimpin UMNO itu mengenai GST kelihatan kurang cerdik.

Hakikatnya harga barangan pasti akan meningkat dengan perlaksanaan GST itu kerana kita perlu mengeluarkan belanja tambahan sebanyak 6% lagi bagi setiap barangan yang dikenakan GST..

Baca apa pendapat pakar..

KUALA LUMPUR - Pakar ekonomi tidak menafikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi negara dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan.

Prestasi pelajar lemah sebabkan jurang ekonomi di Malaysia, kata PIBGN

Pelajar yang menghadapi kesukaran untuk berprestasi baik di sekolah mungkin akan menjadi golongan kelas berpendapatan rendah dan akhirnya membesarkan lagi jurang sosio-ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Pelajar yang menghadapi kesukaran untuk berprestasi baik di sekolah mungkin akan menjadi golongan kelas berpendapatan rendah dan akhirnya membesarkan lagi jurang sosio-ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014. 

Malaysia berada dalam keadaan bahaya kerana sejumlah besar golongan muda berdepan dengan kesukaran di sekolah dan tampak cenderung untuk menjadi golongan kurang bernasib baik dan kelas berpendapatan rendah sementara para guru terlalu mengejar markah tinggi, kata persatuan ibu bapa dan guru.
Mereka berkata, kumpulan ini akan meninggalkan sistem pendidikan dan hanya akan mempunyai sedikit harapan bagi mobiliti sosial dan menyumbang kepada jurang yang semakin meningkat antara golongan berada dan kurang berada di negara ini.
“Kerajaan mesti membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi, kerana itulah yang sedang berlaku,” kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Muhammad Ali Hassan kepada The Malaysian Insider.
Muhammad Ali berkata, pelajar lemah kebiasaannya datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan menyediakan makanan berkhasiat kepada anak sedang membesar.

“Kita tidak seharusnya hanya melabur kepada yang cemerlang, tetapi juga kepada yang paling lemah. Mereka tidak boleh dipinggirkan kerana turut mempunyai potensi untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Beliau mengulas tentang laporan The Malaysian Insider semalam tentang ramai pelajar sekolah menengah berprestasi rendah di sekolah-sekolah bermasalah di Malaysia yang  berada pada tahap purata dua hingga tiga tahun di belakang rakan sekelas mereka yang lebih baik.
Teach for Malaysia (TFM) yang merekrut golongan profesional muda dan graduan baru, mendapati selepas dua tahun bertugas sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah bahawa kebanyakan pelajar yang ketinggalan gred ini datang daripada keluarga berpendapatan rendah.‎
Pada masa yang sama, para guru mereka tidak dapat memberikan mereka perhatian tambahan yang diperlukan disebabkan tekanan di luar bilik darjah seperti kerja-kerja pentadbiran dan arahan untuk melengkapkan sukatan pelajaran kelas.

BN, Pakatan harus bersatu halang usaha jadikan Malaysia monarki mutlak

Amin Iskandar

Negara dikejutkan apabila media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru, Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
Lebih mengejutkan lagi apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mendapatkan pandangan Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang juga merupakan calon PKR untuk kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berhubung tindakan kerajaan negeri Johor itu.
Ini merupakan perkara yang jarang berlaku kerana Utusan Malaysia sendiri pernah menyerang Aziz sehingga menyebabkan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menyaman akhbar tersebut kerana didakwa memfitnahnya.
Dalam laporan itu, Aziz berkata pemberian kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran negeri bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Utusan Malaysia juga menyiarkan laporan yang menentang tindakan kerajaan Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri.
Laporan Utusan Malaysia ini jelas menunjukkan Umno tidak bersetuju dengan tindakan Umno Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan dalam pentadbiran negeri yang berjiran dengan Singapura itu.
Tindakan Umno Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan Ibrahim (gambar) untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan isyarat bahawa Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti itu terlalu lemah sehingga berlaku tindakan membelakangkannya dalam urusan yang penting seperti ini.
Sebagai perdana menteri, Najib juga dilihat gagal untuk menunjukkan bahawa Putrajaya kuat dan perlu dirujuk sebelum negeri-negeri, apatah lagi yang diperintah oleh partinya sebelum membuat sesuatu keputusan penting.
Atau atas kelemahannya, Najib sendiri perlukan campur tangan Istana untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang?
Tindakan Najib membiarkan Umno Johor juga bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.

Ust Rosli Jabar - Fi Sabilillah

Ust Rosli Jabar - Sakinah Dalam Perjuangan