Sabtu, 7 Jun 2014

PDRM perlu siasat dulu sebelum tangkap - Mywatch

R Sri Sanjeevan  
SHAH ALAM – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan atau membuat tangkapan ke atas mana-mana individu tanpa melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu.

Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (Mywatch), R Sri Sanjeevan mendakwa, pihak polis hanya melakukan tangkapan ke atas suspek bagi sesuatu kes jenayah dan kebiasaannya suspek tersebut bukanlah individu yang melakukan jenayah terbabit.

“Pihak polis IPD Brickfields telah membuat  satu tangkapan pada 5 Jun baru-baru ini berhubung  kes pecah rumah yang berlaku pada 8 April lepas.

“Hasil siasatan mendapati individu terbabit merupakan seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia, individu berkenaan ditahan kerana disabitkan dengan jenayah pecah rumah tetapi setelah direman individu berkenaan tidak disabitkan dengan tuduhan terbabit namun dia didakwa di atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebimbangan disebalik RUU Perumahan Johor


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk dikalangan BN sendiri mula meluahkan kebimbangan dengan rang undang-undang perumahan baharu yang akan dibentang  di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini.

Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014 ini bakal memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan dengan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Menurut laporan, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan.

Ramai melihat, jika perkara ini berlaku, ianya dibimbangi berlaku pertindihan kuasa istana dengan kuasa eksekutif.

The Star dalam laporannya mendakwa, dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang tidak mahu dikenali, mahu Rang Undang-Undang ditangguh untuk membolehkan lebih banyak masa untuk menelitinya.

RUU kontroversi Johor tetap dibentang Isnin

Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor tetap akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini, walaupun mendapat pelbagai reaksi dan tentangan segelintir pihak.
 
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) berkata rang undang-undang baharu itu tidak melanggar konsep Raja Berperlembagaan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
 
"Insya-Allah, kita tengok Isnin nanti... Saya tidak fikir ia akan melanggar konsep Raja Berperlembagaan.
 
"Seperti yang saya sudah jelaskan, rang undang-undang ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Sultan Johor adalah dengan nasihat Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas program Kayuhan Mesra Rakyat di Johor Baharu hari ini.
 
Beliau mengulas sama ada kerajaan negeri akan menangguhkan pembentangan rang undang-undang berkenaan ekoran segelintir pihak menggesa pembentangan itu ditangguh dan diteliti semula.
 
Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas berkata soal pelantikan oleh Sultan Johor menerusi enakmen itu kelak mempunyai banyak persamaan dengan akta di peringkat persekutuan seperti lantikan beberapa jawatan termasuk Ketua Eksekutif Suruhanjaya Koperasi dan Gabenor Bank Negara yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
 

Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr Asri


Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr AsriKUALA LUMPUR: Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan.

"Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini.

"Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI.

Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan.

"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.

"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.

Bapa tegaskan Zarina Islam

Zahid: Zarina's case to be referred to AGC

'No decision yet if cops will act in conversion tussle'

Zahid: I quit biking because of gangsters...!!

Bentang rombakan subsidi minyak di Parlimen

Minyak
SHAH ALAM – Penganalisis bersetuju cadangan PKR agar kerajaan membentangkan sistem baharu berkaitan penjualan diesel dan petrol bersubsidi di Parlimen kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berkata, apabila sistem yang dijangka diperkenalkan 1 September depan itu dibahaskan di Parlimen, baharulah wujud unsur semak dan imbang serta konsensus.

“Pandangan rakyat sebagai ‘stake holder’ atau wakil-wakil mereka di Parlimen atau wakil masyarakat perlu diambil kira,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, sehingga kini masih belum jelas mekanisme yang akan diaplikasikan bagi memastikan subsidi berkenaan sampai kepada golongan sasar.

“... sekarang ini kita masih belum nampak mekanisme yang jelas untuk pastikan bahawa subsidi itu benar-benar sampai kepada golongan sasar dan bagaimana nak elak penipuan berlaku.

“Kalau tanya apa yang perlu kerajaan lakukan, jangan laksanakan GST lah tapi kenakan cukai-cukai mewah. Kerana cukai mewah itu yang sepatutnya mendatangkan lebih pendapatan kepada kerajaan. Sebab kalau GST, semua pihak akan dikenakan cukai dan yang tak sepatutnya terlibat juga akan membayar cukai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, kerajaan tidak boleh hanya bergantung idea daripada BN saja.

“Cadangan untuk dibincangkan dalam Parlimen satu cadangan yang baik kerana apabila ia melibatkan rakyat secara keseluruhannya, maka wajarlah ia dibincangkan.

Presiden PAS dibenar keluar wad pagi tadi


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenar keluar dari wad pagi tadi selepas keadaan kesihatannya semakin baik.

Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan perkara itu melalui laman Facebook Tuan Guru Abdul Hadi petang semalam.

"Alhamdulillah Tuan Guru telah dibenarkan keluar dari wad hospital pada pagi ini.

"Beliau juga dinasihatkan oleh doktor pakar di hospital supaya berehat beberapa hari sehingga pulih sepenuhnya untuk pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat ini," katanya.

Tuan Guru Abdul Hadi menerima rawatan di hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul sejak seminggu lalu selelapas mengalami sesak nafas.

Beliau pada Jumaat lalu dimasukkan ke wad ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa pada Selasa lalu selepas kesihatannya beransur pulih.

USAH BICARA SOAL HUDUD DENGAN UMNO, BAB MAKAN PUN UMNO GAGAL !!

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei lepas mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.
 
Pada Isnin lepas JAKIM mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan tidak mengandungi DNA babi selepas melakukan ujian sampel di makmal Jabatan Kimia.
Mana satu yang betul?  Kedua-duanya dari pihak yang bukan berstatus 'low class".  Kementerian Kesihatan di bawah Menteri Kesihatan.  JAKIM juga di bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  Kedua-dua Menteri ini pula adalah di bawah Najib.  Najib pula Presiden Umno yang juga Pengerusi Bn dan paling utama Najib adalah PM negara ini yang menang dengan sokongan 47% rakyat Malaysia.  Ertikata lain, rakyat Malaysia 'redha' dengan kerajaan Najib.  Maka, redha kah kita dengan apa yang berlaku sekarang?
Jika mahu menghukum secara individu, memang mudah saja.  Di dalam kaedah Islam, apa jua makanan yang meragukan atau was-was elok ditinggalkan.  Tetapi adakah dengan itu kita boleh biarkan pemerintah terus bersandiwara di dalam perkara besar begini?  Jika dibiarkan tidak mustahil mana-mana pihak akan berani mempersendakan makanan orang-orang Islam.
Siapa Menteri yang patut letak jawatan kerana ternyata gagal meyakinkan rakyat di dalam isu ini?  Menteri Kesihatan kah atau Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Jamil Khir?  Menteri Kesihatan mahu lepaskan diri dengan cara mencari 'kambing hitam'.  Jamil Khir pula cuba meyakinkan rakyat JAKIM ini boleh dipercayai sebagaimana beliau cuba yakinkan rakyat sewaktu beliau menggunakan duit zakat untuk menghalang kes Qazaf.  
Jika kita masih tidak peka lagi dengan perkara yang berkaitan dengan hukum, tidak pelik jika Umno/Bn akan terus berkuasa di negara ini.  Usah bicara soal Hudud dengan Umno kerana di dalam soal makanan halal pun Umno gagal tangani dengan baik.  Jangan main gila untuk berbaik dengan Umno setelah banyak kali Allah tunjukkan Umno ini tidak boleh diharapkan untuk membela Islam di negara kita.  Jika ada yang masih yakin dengan Umno, maka terimalah apa yang berlaku sekarang.  
 

Cinta Nepal: Ayu kembali ke pangkuan keluarga

Isu Cadbury: Hanya KP Jakim Ada Kuasa Jawab..!!!

Pelajar UiTM Sabah terima 11 pertuduhan kerana status di Facebook

Isu demo di kampus: Pelajar kesal universiti gantung pengajian

Akhlak mulia elak gejala sosial remaja

Oleh HASWANI HASSAN
DEWASA kini terdapat pelbagai gejala tidak sihat terus bernanah menjadi ‘penyakit masyarakat’.Banyak pihak menyuarakan pandangan dan pendapat mengenai cara atau kaedah bagi membendung permasalahan ini.
Bagaimanapun, usaha itu tidak meninggalkan kesan dan masyarakat terus diganggu kes culik, bunuh dan rogol bukan saja di kalangan dewasa, malah kanakkanak bawah umur. Jika keadaan ini dibiarkan, akan membawa kesan kepada pembangunan bangsa Malaysia yang sedang bangkit menuju kemajuan.

Strategi mencapai tahap negara maju yang diimpikan dalam wawasan perdana memerlukan kerjasama semua pihak bagi menjana kemajuan seiring proses pembangunan rohani masyarakat. Nasihat-menasihati dan ingatmengingati antara satu sama lain supaya tidak tergelincir daripada landasan Islam sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim.
Tanggungjawab itu bergantung kepada keupayaan diri seseorang.
Firman Allah yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, mengerjakan amalan salih dan nasihat menasihati agar mentaati kebenaran dan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Sesuai keadaan mengejar kemajuan yang begitu drastik, wajar kesedaran semua pihak dipertingkatkan memandangkan kemajuan yang dicita-citakan adalah tanggungjawab bersama. Justeru, tugas membendung dan membanteras gejala sosial perlu dipikul bersama.
Hadis Rasulullah menyatakan setiap mukmin perlu membuat teguran dan perubahan kepada sebarang bentuk kemungkaran yang berlaku depan mata sama ada dengan lidah, tangan dan jika tidak mampu, dengan bisikan hati menyatakan kebencian dan kejelekan terhadap kemungkaran yang berlaku.
Ibu bapa dan penjaga anak dalam usia remaja, pengawasan ketat dengan kebebasan fleksibel perlu dirangka dan dilaksanakan bagi mengelak mereka mudah terjerumus ke dalam pelbagai gejala sosial yang tidak langsung mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Bukan setakat mengawasi dan mengawal pergerakan mereka, ibu bapa perlu mengisi kehidup an berkeluarga dengan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan diiringi nilai kasih sayang yang berpanjangan.

GST: Agong ambil maklum keluhan rakyat

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Foto Bernama 
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah mahu semua rakyat berganding bahu dan bersatu tenaga dengan pihak pemerintah supaya segala yang dirancang dan dicita-citakan menjadi kenyataan.

Seri Paduka bertitah tidak ada mana-mana negara dalam dunia ini yang mampu mencapai kemajuan dan mencipta nama hanya dengan bergantung kepada inisiatif pemerintah dan pentadbir sahaja tanpa sokongan warganya.

"Tanggungjawab mempertahan, membangun dan mendaulatkan negara yang bertuah ini terletak di bahu setiap warganya.

"Beta percaya dengan sokongan padu dan kerjasama yang erat antara pemimpin dan rakyat, pelbagai kejayaan akan terus dilakar oleh negara pada masa depan," titah Tuanku Abdul Halim di istiadat menghadap dan pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena hari ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka di Istana Negara di sini, hari ini.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut menghulurkan salam takziah kepada seluruh kerabat diraja dan rakyat Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan Shah dan berdoa semoga ALLAH memberi ketenangan, ketabahan dan kekuatan kepada kerabat-kerabat diraja Perak.

Seri Paduka berdua turut mendoakan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 supaya diberi kekuatan dalam menghadapi situasi yang sukar.

Majlis Peguam: Terima kritikan, bukan saman media


Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.
“Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya,” kata presidennya Christopher Leong (kanan).
 
Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu.
 
Katanya, ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang perdana menteri menyaman pihak media atas dakwaan memfitnah.
 
“Perkara ini menetapkan duluan dan memberi mesej yang salah,” kata Leong lagi.

MP Lumut percaya MH370 di Laut China Selatan

Imran Abd HamidKUALA LUMPUR 6 JUN : Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.
Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.
Tambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ,” ujarnya.
“Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?,” soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.
Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.
Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.
Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.
Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu “berakhir di Lautan Hindi”.
Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.

MH370: Tubuhkan segera RCI- Tian Chua

Tian-Chua1
KUALA LUMPUR 7 JUN: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen (PSC) perlu ditubuhkan segera walaupun kotak hitam pesawat MH370 masih belum ditemui.
Jelasnya lagi, penubuhan Jawatankuasa tersebut tidak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam kerana ia melibatkan isu keselamatan rakyat dan perlu disiasat segera.
“Kita tak boleh bergantung kepada penemuan kotak hitam, baru nak tubuhkan RCI, sebab RCI itu adalah Jawatankuasa Khas yang penting untuk membuat siasatan terhadap MH370.
“Isu ini melibatkan keselamatan rakyat, pemantauan dan sistem radar juga perlu disiasat, sebab itu kita kata RCI ini penting dan perlu ditubuhkan segera,
“Jangan tunggu jumpa kotak hitam baru nak tubuhkan RCI, itu tindakan yang sangat tidak betul,” katanya ketika dihubungi.
Pada Mac lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Putrajaya akan mempertimbangkan penuubuhan RCI dan PSC untuk menyiasat kehilangan MH370, hanya selepas kotak hitam dijumpai.

MH 370: Kerajaan perlu telus dedah kos, pembiaya misi

yahya shari 01SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Pusat dituntut untuk mendedahkan kos yang dibelanjakan setakat ini dalam usaha mencari pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang, sejak 8 Mac lalu.
Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata Kerajaan Pusat bukan sahaja perlu bersikap telus dalam mendedahkan perkembangan misi pencarian MH370 tetapi juga kos yang digunakan.
Katanya, Kerajaan Pusat juga perlu mendedahkan pihak yang bertanggungjawab membiayai dana misi pencarian sama ada MAS, pihak insurans atau wang pembayar cukai.
“Kita menyokong penuh usaha mencari yang dijalankan tetapi merasakan jumlah kos terbabit wajar didedahkan. Disebabkan kelemahan pengurusan keselamatan negara, akhirnya perbelanjaan besar terpaksa diperuntukkan untuk menutupi kelemahan itu.
“Jika kita tidak leka dengan pengurusan keselamatan, pasti semua ini dapat dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Pada 5 Jun lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata kawasan pencarian pesawat MH370 yang hilang akan diperluas di Koridor Selatan.
Beliau berkata, terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu.
Baru-baru ini juga, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mendedahkan bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi itu bukan kawasan senar ia hilang.

Kerajaan BN digesa dedah senarai produk dikenakan GST

Gst biasaSHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) digesa supaya membuat pendirian tegas dan muktamad dengan mendedahkan senarai produk serta perkhidmatan yang akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebelum dikuatkuasakan mulai 1 April 2015.
Hal itu berikutan kerajaan BN sehingga hari ini dilihat masih berdolak-dalik berkenaan senarai akhir produk dan perkhidmatan yang akan diwartakan di bawah Akta GST untuk dibentangkan di Parlimen walaupun pelbagai asakan dibuat, kata Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, senarai itu juga harus menerangkan dengan terperinci sama ada bahan api seperti petrol dan diesel turut dikenakan cukai enam peratus seperti yang diwar-warkan yang akan menjadi sumber hasil paling besar untuk Kerajaan Pusat.
“Jika banyak produk dikecualikan cukai GST, maka Kerajaan Pusat akan kurang mendapat hasil tetapi tidak terlalu membebankan rakyat, tetapi kalau mahu mendapatkan hasil yang lumayan contohnya daripada bahan api tentu mereka akan dapat pungutan cukai yang banyak.
“Putrajaya dan Perdana Menteri perlu diingatkan bahawa GST hanya akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
“Maka, bagi membuktikan ketelusan atau kebertanggungjawaban kerajaan, maka Najib perlu memuktamadkan apa yang masuk dan tidak (dalam senarai GST) serta perlu digazet serta dibentangkan di Parlimen,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

NKRA antirasuah syor dana politik diisytihar

Selepas berdepan masalah mewujudkan badan pemantau dana politik berikutan kurangnya kerjasama parti-parti politik, pihak Bidang Keberhasihan Utama Negara (NKRA) Mencegah Rasuah kini bercadang untuk mengkaji keperluan mewujudkan satu akta baharu untuk tujuan itu.

Badan itu berpendapat peruntukan undang-undang diperlukan untuk mewajibkan parti-parti politik mengisytiharkan sumber dana politik masing-masing agar ketelusan dapat diwujudkan.

Pengarah NKRA Mencegah Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata pihaknya sedang melihat kepada keperluan untuk mewujudkan akta baharu itu atau mencadangkan pindaan kepada akta sedia ada di beberapa agensi kerajaan yang terlibat dalam penyeliaan parti-parti politik.

"Pihak kami juga bercadang untuk meneliti beberapa akta lain seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Akta Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), bagi melihat keperluan untuk mencadangkan pindaan-pindaan," katanya kepada Bernama  di Kuala Lumpur.

Jakim elak jawab isu demo makan coklat 'babi'

Terkena SIHIR - Ustaz Azhar Idrus

Roboh Masjid Lama Untuk Bina Masjid Baru - Ustaz Azhar Idrus

Bagaimana Untuk Berlapang Dada Dengan Ujian/Dugaan? - Ustaz Azhar Idrus

DOSA Dengan ALLAH Tak Apa?? - Ustaz Azhar Idrus

Berimamkan Imam 'Foreigner' Yang Bergerak-gerak Dalam SOLAT - UAI

DULU, KINI DAN SELAMANYA...SAMA DAN SERUPA...HA..HA..HA..!!!


GST: Pakar ramal harga barang, inflasi naik


Pihak berkuasa perlu memantau harga barang agar tidak bebankan pengguna. 

KUALA LUMPUR - Pakar ekonomi tidak menafikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi negara dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan.

Ketua Penyelidikan Ekonomi, Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata, kenaikan juga bakal berlaku pada sektor makanan dan minuman.

“Sebagai contoh, difahamkan ketika ini terdapat kurang 5,000 restoran di seluruh negara mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) iaitu sebanyak enam peratus. Bagaimanapun sebaik GST dilaksanakan bilangan restoran yang mengenakan cukai GST dijangka meningkat kepada 15,000.

CHETTY MEMBELI TANAH MELAYU

Aku masih ingat lagi tentang cerita tanah Chetty (Chettiar) yang berselerak di kawasan kampung aku. Seingat akulah, untuk sampai ke dusun durian atuk aku ( Changkat Ponggin namanya), terpaksa melalui tanah-tanah orang Melayu ( dulunya) yang telah dijual kepada golongan Chetty. Pada ketika itu aku tidak tahu ‘biji buahnya) tentang ‘tanah Chetty’ ini. Yang aku tahu ialah orang kampung sentiasa mengatakan bahawa ‘di situ tanah Chetty’, ‘di sini tanah Chetty’, ‘tanah di baruh tu tanah Chetty’. Kebanyakannya tanah chetty.

Lama kelamaan barulah aku tahu bahawa tanah-tanah orang Melayu di kampung aku telah banyak terjual kepada Chetty. “The term Chettiar or Chetty is a title used by various mercantile castes in South India, especially in the states of Tamil Nadu and Kerala. In Tamil Nadu, 14% of the population is Chettiar” Wikipedia. Dan aku yakin bahawa tentulah tanah-tanah orang Melayu di tempat-tempat lain pun banyak juga yang telah terjual kepada orang asing, terutama golongan Chetty ini.

Pada awal kurun ke 20, orang Melayu telah mengalami ‘culture shock’ dengan perkembangan sistem ekonomi wang yang diperkenalkan oleh British. Orang Melayu menjadi ‘gelabah’ dan ‘haru biru’ dengan kemasukan budaya baru ini. Kebanyakan orang Melayu pada ketika itu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang ia itu dengan cara menjual tanah-tanah pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang terdahulu. Dan pada ketika inilah orang asing terutamanya golongan Chetty mengambil kesempatan diatas ‘kesulitan’ yang dialami oleh orang Melayu. Mereka telah membeli tanah-tanah kepunyaan orang Melayu dengan harga yang terlalu amat murah. Apatah lagi dengan keadaan orang Melayu yang kebanyakannya buta huruf pada ketika itu, mereka telah ‘dieksploitasi’ dengan secukupnya oleh golongan Chetty. Dengan kata lain orang Melayu telah ditipu…..

“ Tetapi jual tanah ini tidak terhad kepada orang rakyat sahaja. Raja pun sering menjual tanah takluknya. Demikian Pulau Pinang dijual kepada British. Kemudian Seberang Prai. Dinding di Perak juga dijual. Dan Singapura.Dinding tidak berguna kepada British dan dikembalikan kepada Perak. Apabila cadangan Malaya Union dibuat oleh British Pulau Pinang, Seberang Prai dan Melaka dirancang sebagai sebahagian dari Union tersebut. Singapura dikecualikan kerana ianya strategik bagi British. Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang anti Malayan Union dikalangan orang Melayu tidak menuntut Singapura sebagai Wilayah Persekutuan. Apa yang berlaku kemudian adalah sejarah” Tun Dr.Mahathir dalam blog ‘CHE DET’ berjodol “JUAL TANAH” bertarikh May30th 2014

Laman facebook bantah rang undang-undang hartanah Johor sasar 100,000 Like


Laman Facebook membantah usaha kerajaan negeri Johor hendak membentangkan rang undang-undang penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014, mensasarkan 100,000 Like sebelum Ahad ini.
 
Laman Facebook dengan tajuk " 100,000 Rakyat Johor Bantah Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014", diwujudkan hari ini dan sehingga 6 petang telah mendapat 940 Like daripada pengunjung laman sosial itu.
 
"Tujuan page ini adalah untuk mengumpul 100,00 dan lebih Like dari seluruh rakyat Johor bagi membantah Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014," menurut kenyataan di dalam laman Facebook terbabit.
 
Salah satu posting pengendali laman Facebook itu menyebut, Persekutuan Malaysia adalah sebuah persekutuan yang mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan di mana Raja Berperlembagaan menjadi pengimbang antara semua institusi demokrasi, seperti Parlimen dan mana-mana suruhanjaya bebas.
 
"Sultan Johor perlu memberikan kebebasan urusan tanah negeri itu kekal di bawah seliaan kerajaan negeri dan baginda masih boleh memberikan pandangan sekiranya melihat sebarang kepincangan berlaku," menurut salah salah satu post pengendali laman itu.
 

Petrol diesel juga dikenakan GST - Rafizi

KUALA LUMPUR: Semakan keatas senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kadar cukai sifar (zero-rated) dan dikecualikan (exempt) secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN  akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Menurut beliau, sehingga kini kerajaan BN masih berdiam diri dan mengelak dari menjawab soalan beliau sama ada GST akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel oleh rakyat.
“Ini sudah tentu akan menaikkan lagi harga petrol dan diesel tanpa disedari oleh rakyat seperti yang saya jelaskan dalam kenyataan akhbar sebelum ini.
“Satu lagi siri kenaikan harga petrol dan diesel akan melonjakkan lagi inflasi dan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Rafizi menganggarkan bahawa kerajaan BN akan mengutip sekurang-kurangnya RM3.1 bilion setahun dalam bentuk cukai GST yang dikenakan ke atas petrol dan diesel berdasarkan masklumat yang diperolehinya daripada jawapan kerajaan di Dewan Rakyat.
Menurutnya, jika jumlah penggunaan petrol setahun bagi 2013 adalah 14.05 bilion liter dan penggunaan diesel setahun (2013) adalah 9.64 bilion liter, jumlah keseluruhan penggunaan minyak (petrol dan diesel) setahun adalah 23.69 bilion liter.

Menteri akui GST ke atas petrol, diesel belum diputus


PUTRAJAYA: Kerajaan belum memutuskan sama ada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas pembelian petrol dan diesel, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kemungkinan perkara itu akan diputuskan apabila kerajaan mengumumkan mekanisma baharu rasionalisasi subsidi bahan api tidak lama lagi.
Beliau berkata perkara itu itu perlu menunggu keputusan Kabinet yang juga kini sedang memperhalusi senarai 255 barangan yang mungkin dikecualikan atau dikenakan GST serta mekanisma rasionalisasi subsidi bahan api.
"Jadi saya tidak mahu cakap sama ada minyak akan ada GST atau tidak," katanya pada sesi soal jawab di taklimat GST Media Sosial di sini semalam.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dilaporkan mendakwa harga bahan api itu akan naik selepas pengenalan GST pada April tahun depan.
"Itu hanya spekulasi, tetapi akan ada skim rasionalisasi subsidi bahan api untuk memastikan subsidi yang disalurkan hanya kepada golongan yang memerlukan," katanya.
Ahmad meminta orang ramai mendapatkan maklumat tepat mengenai pelaksanaan GST dengan melayari laman web Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Dalam perkembangan lain, Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata parti itu masih menunggu jawapan daripada surat tunjuk sebab yang dihantar kepada Yammy Samat, Selasa lalu, kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan baru-baru ini.
"Surat sudah dihantar...terpulang kepada dia dan bagaimana jika dia menjawab atau tidak menjawab kita akan pertimbang lagi kerana itu prosedur yang ada dalam Umno," katanya. - Bernama

Ganjaran US$3 juta kepada pemberi maklumat MH370

Ganjaran US$3 juta kepada pemberi maklumat MH370
GANJARAN: US$2 juta akan digunakan untuk membiayai penyiasat persendirian 
 
KUALA LUMPUR: Hampir tiga bulan selepas kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), waris penumpang dari beberapa negara akan melancarkan kempen pendanaan orang ramai (crowd-funding) untuk mengutip US$5 juta (RM16 juta) pada Isnin melalui laman web Indiegogo.

Daripada jumlah itu, RM$3 juta (RM9.6 juta) akan menjadi ganjaran kepada pemberi maklumat tentang kehilangan pesawat itu. Baki US$2 juta (RM6.4 juta) adalah untuk membiayai penyiasat persendirian yang dapat memberikan maklumat baharu.

Kempen yang dikenali sebagai "Reward MH370: The Search for the Truth", adalah usaha bersama waris penumpang dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, Perancis dan India kerana kecewa dengan kekurangan makluamat dan bukti yang kukuh tentang pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.

Sarah Bajc, seorang warganegara Amerika Syarikat dimana teman lelakinya, Philip Wood, 50, merupakan salah satu penumpang yakin bahawa "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."

"Kami mengambil initiatif sendiri. Jika terdapat bukti bahawa pesawat itu terhempas di dalam air, atau kusyen tempat duduk, saya akan mengambil pendekatan yang  berbeza. Tetapi  tiada apa-apa ditemui,” kata Bajc, 48, kepada akhbar USA Today.

Melampau & Ekstrem: Najib Perlu Tangkap Segera Pemimpin ISMA...

Walaupun pernah dikritik oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad agar berdiam diri dan menyimpan saja segala pandangannya, para pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia atau Isma terus juga mengeluarkan suaranya yang ekstrem, melampau dan kadangkala tidak masuk akal mengenai isu-isu politik negara ini.

Tetapi tidak seperti Perkasa yang jelas hala tujunya untuk memperjuangkan kepentingan Melayu dan hak Bumiputera dan pemimpinnya juga dikenali ramai, sebaliknya Isma ini bukan saja tidak begitu dikenali latar belakang pemimpinnya, malah apa inti perjuangannya pun tidak jelas.

Jika mengikut namanya, ia seperti memperjuangkan hal-hal berkaitan Islam dan umat Islam tetapi serangannya yang keterlaluan kepada bangsa dan kaum lain secara semberono kadangkala bertentangan dengan nilai-nilai Islam itu sendiri. Islam tentunya tidak pernah mengajar seperti apa yang dilakukan oleh Isma ini.

Dalam mereka mengkritik bangsa lain dan pemimpin pembangkang, kadangkala juga diragui jika Isma ini ditaja oleh UMNO atau Perdana Menteri kerana dalam banyak kenyataan yang dikeluarkannya jelas sekali tidak menguntungkan UMNO dan menjarakkan lagi sokongan bukan Melayu terhadap kerajaan dan juga Najib Razak.

Dan kalau pula kenyataan demi kenyataan yang kontroversi itu dikeluarkan semata-mata untuk menarik perhatian Putrajaya, memperolehi nama, beroleh imbuhan atau jawatan, namun sehingga ini tidak pula kelihatan ada pemimpin UMNO dan kerajaan yang memberi layanan karpet merah kepada Isma dan para pemimpinnya.

Jadi, apa tujuan pemimpin Isma ini melalak tidak henti-henti mengenai Cina dan bukan Melayu serta menyerang secara melampau pemimpin-pemimpin parti bukan Melayu?

Di antara kenyataan Isma yang agak kontroversi sebelum ini ialah apabila membangkitkan soal kedatangan kaum Cina ke negara ini sebagai penceroboh sehingga membangkitkan kemarahan banyak pihak, malah beberapa laporan polis atas dakwaan menghasut juga turut dibuat.

Pengguna masih ragu Cadbury, walaupun pengiklanan telah dilakukan

Hingga kini masih was-was sebab sesetengah pihak kata haram, dan sesetengah pihak pula kata halal.
PETALING JAYA: Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut.
Kini, bagi mengembalikan keyakinan pengguna, pihak Cadbury telah mengambil inisiatif untuk mengiklankan status halal produk tersebut di dalam dada-dada akhbar tempatan.
CadburyAntara akhbar yang telah mengiklankan iklan produk tersebut adalah akhbar Sinar Harian, Sin Chew Daily, Malaymail dan beberapa akhbar tempatan lain.
Namun demikian, beberapa orang pengguna masih ragu tentang status halal produk tersebut.
Bagi Nur Syamilah Mat Isa, 24, dirinya masih ragu-ragu dan tidak yakin serta keliru dengan status produk tersebut ekoran terdapat beberapa percanggahan pendapat dari beberapa pihak.
“Hingga kini masih was-was sebab pihak ni cakap haram, dan pihak ni pula kata halal. Keliru,” komennya.
Bagi Eksekutif Sumber Manusia dan Kewangan, Dyana Amin, 24 pula berkata, dia masih teragak-agak walaupun pihak Cadbury telah mengeluarkan iklan tersebut bagi mempromosikan semula produknya.
Terpulang kepada diri
Walaubagaimanapun, Dyana turut berpendapat bahawa itu terpulang kepada diri masing-masing.
“Kalau rasa was-was jangan makan tetapi sekali masyarakat sudah hilang kepercayaan, maka mereka tidak akan percaya lagi,” katanya.

Sarawak Goyang: Adenan campur jika jejas BN akibat lompat parti..!!


 

Adenan Satem
KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem akan hanya masuk campur untuk menangani tindak-tanduk beberapa ahli politik yang keluar daripada dua parti komponen BN dan menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), apabila keadaannya boleh menjejaskan kedudukan BN.

Adenan berkata, sebagai pengerusi BN negeri, beliau tidak boleh mencampuri urusan dalaman mana-mana parti komponen. Bagaimanapun, beliau berkewajipan berbuat sesuatu dalam isu itu dengan kedudukannya sebagai penasihat.

Adenan berkata demikian kepada pemberita dalam perjumpaan khas dengan media bersempena 100 hari beliau menjadi ketua menteri.

Ia merujuk kepada isu lima anggota dewan undangan negeri dan seorang anggota parlimen daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), dan empat anggota dewan undangan negeri daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), menyertai Teras.

Apabila diminta mengulas tentang permohonan Teras untuk menyertai BN, beliau berkata: "Kami akan buat keputusan mengenainya apabila sampai masanya".

Adenan berkata baru-baru ini, beliau memberi taklimat tentang isu itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini juga beberapa pemimpin SPDP dan SUPP menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Teras dan meminta BN tidak menerima parti itu sekiranya ia memohon untuk menjadi parti komponennya.

Cara Mantapkan AQIDAH - Ustaz Azhar Idrus

Bolehkah QADHA SOLAT Dalam Keadaan DUDUK? - Ustaz Azhar Idrus

Adakah Ingatan Kepada Keluarga Di SYURGA? - Ustaz Azhar Idrus

SOLAT Subuh Pukul 10 - Ustaz Azhar Idrus

Rugi Tak Baca Al-Quran - Ustaz Azhar Idrus