Khamis, 5 Jun 2014

'Gadis pailang' akan dituduh 23 Jun ini

  KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata tiga suspek dalam video ‘Gadis Pailang’ akan didakwa.

“Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini,” kata Lee .

Paparan video yang dimuatnaik di YouTube menggemparkan pengguna media sosial di negara ini tentang gejala buli di kalangan anak-anak muda di sekolah.

Video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Kerana Melayu: Umno, Pas Kedah wajar bersatu kata Mukhriz

Mukhriz bersalaman dengan wakil PIBG yang hadir hari ini. - Foto Sinar Harian oleh MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI. 
AYER HTAM - Umno dan Pas wajar bekerjasama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu demi kepentingan politik di negeri ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ia berikutan amalan politiknya tidak keterlaluan seperti negeri lain.

“Kita boleh berbeza pandangan dan pendapat, tetapi cara kita berkomunikasi itu penuh dengan tertib dan saling menghormati.

“Malah, pihak pembangkang juga tidak kutuk kerajaan negeri keterlaluan seperti yang berlaku di Sidang Dun Pulau Pinang sehingga ada wakil rakyat yang mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya ketika merasmikan Program Sarana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Jerlun, di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, di sini, hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan pihak lain seolah-olah perpaduan Melayu itu akan menjejaskan kepentingan kaum lain.

“Kalau ada unsur-unsur untuk menyatukan Umno dan Pas, ada pihak yang bimbang seolah-olah perpaduan itu akan menghakis hak dan kepentingan orang bukan Melayu.

“Sebaliknya, Melayu yang majoriti dalam Umno dan Pas jika bersatu akan memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Sayang jangan bertompok-tompok, benci jangan merata-rata

Kepimpinan yang reput merupakan penyebab berlakunya situasi sekarang ini. Rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya sedang terperangkap dalam situasi hendak kedepan dan mencari kepimpinan yang betul dan baik, mereka tidak berani dan masih terikat dengan perut yang gondol. Hendak berdiam diri pula mereka tahu rakyat ramai akan menghadapi kehidupan yang tidak menentu dan jauh sekali untuk mendapatkan jaminan bagi kesejahteraan masa depan generasi mereka.
Kepimpinan negara diberikan kepada mereka yang terlalu berkehendakan jawatan dalam kerajaan dan kabinet. Itu sebabnya kita mendapati kepimpinan yang tidak semenggah kerana kita memberikannya kepada mereka yang mempunyai 'desperation' untuk menjadi pemimpin negara tanpa mempunyai ciri-ciri kepimpinan sejajar dengan negara yang mahu maju dan rakyat yang bersatu padu.
Apabila sudah menjadi pemimpin mereka akan gagal mentadbir negara kerana sebab peribadi yang keterlaluan. Sememangnya kepimpinan yang mempunyai agenda peribadi yang berlebihan tidak akan berbuat keputusan dengan baik, samada dalam ekonomi mahu pun politik serta pembangunan sosial. Pemimpin yang mendapatkan kepimpinan melalui tagihan dengan berbagai cara politik selalunya akan mendapat kepimpinan yang lemah dan akan terus menggunakan kuasa dan otot untuk mempertahankan jawatan yang enak-enak itu.
Jika sudah ada tanda-tanda penentangan terhadap kepimpinan mereka, puak ini akan diketepikan dengan berbagai cara. Setengahnya dilakukan dengan sistematik dan licik seperti yang dilakukan oleh oleh Dr Mahathir dan ada juga yang bermain dengan cucuk sana dan cucuk sini bagi memecahkan kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka yang sudah lemah itu.
Maka wujudlah ‘vacuum’ yang sangat besar dalam kepimpinan negara terutamanya bagi parti yang sedang berkuasa. Dengan permainan politik seperti ini maka akan lahir barisan kepimpinan yang lemah walaupun hajat mereka yang ingin berkuasa lama itu tercapai. Hasil dari itu maka negara dipimpin seperti pimpinan orang buta yang tidak nampak yang mana satu yang baik dan yang mana yang tidak baik.
Maka wujud kepimpinan negara yang lemah dan mereka seolah-olah seperti manusia pembawa dalil hari hendak kiamat. Salah satu dalil hari akan kiamat ialah yang benar nampak salah dan yang salah diterima sebagai kebenaran. Yang kejam dan yang bermasalah akan dijunjung dan dihormati, dan yang benar serta baik itu akan terhimpit dan dikeji.

Video 'Gadis Pailang' belasah rakan di sekolah

Apa Itu Buli?

'Gadis Pailang' akan didakwa

'Gadis Pailang' akan didakwa

'Gadis Pailang' digantung sekolah

Beli Rumah RM350,000 Pendapatan Gaji Mesti RM5,000 Sebulan. Jikalau Tidak, Sewa Rumah Sahaja Sampai Mati....

Sewa Rumah
Beli Rumah RM350,000 Pendapatan Gaji Mesti RM5,000 Sebulan : Tempoh hari dicanang bahawa sekurang-kurangnya gaji RM5000 adalah pendapatan tinggi di Malaysia (KLIK SINI).
Walaubagaimanapun, kajian terbaru yang dibuat oleh seorang pakar dan penganalisis ekonomi negara menambah bahawa rakyat Malaysia perlu gaji sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk tujuan pembelian rumah yang rata-rata terus melonjak tinggi. Mampu?

Kajian Penganalisis & Pakar Ekonomi Negara : Masalah Kadar Sewa & Harga Rumah di Malaysia

Hasil kajian Prof. Dr. Amir Baharuddin :
  1. Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri
  2. Terpaksa sewa rumah sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di Malaysia semakin meningkat
  3. Tahun 2013, harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30% berbanding tahun tahun 2012
  4. Harga rumah di Malaysia naik lagi pada suku pertama tahun 2014 sekitar 8%
  5. Prof. Dr. Amir Baharuddin menjangkakan orang muda yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terus sewa rumah, sewa flat, sewa kondominimum kerana tidak mampu beli rumah sendiri
  6. Gaji pendapatan RM5,000 sebulan diperlukan untuk melayakkan orang muda membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit
Nampaknya harga rumah di Malaysia terus meningkat walaupun langkah-langkah anti spekulasi dijalankan. Di mana silapnya sehingga memberikan masalah besar kepada rakyat marhaen di bawah?

Kedudukan Purata Harga Rumah di Malaysia : Kuala Lumpur, Sabah, Selangor?

  1. Kuala Lumpur : MYR 620758 (US$ 189,342)
  2. Sabah : MYR413.187 (US $ 126,030)
  3. Selangor : MYR405826 (US$ 123,784)
sewa rumah
Bagi yang menjangkakan harga rumah akan berada pada paras yang stabil, dan tidak akan meningkat terlalu mendadak ia hanya “angan-angan mat jenin sahaja“. Ini kerana, langkah-langkah anti – spekulasi yang dijalankan kerajaan sekarang ini hanya dijangka mengurangkan jumlah transaksi urusniaga sahaja.

Syariat Islam hanya potong tangan?

ULAMA kontemporari tersohor, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ada menyebut perkara berkenaan di bawah tajuk ‘Kebebasan sebelum pelaksanaan hukum Syariah’ dalam akhbar Ahlan Wasahlan edisi Malaysia versi Arab, edisi 24, 15 Januari 2007. Beliau menegaskan bahawa terdapat beberapa salah faham mengenai perkataan ‘Syariah’ itu sendiri.

Ramai di kalangan orang Islam memahami maksud apabila dilaksanakan hukum Syariat Islam, ia dikaitkan dengan potong tangan kepada pencuri atau hukuman rejam kepada penzina yang telah berkahwin. Seolah-olah hukum Syariat hanya tertumpu kepada persoalan hukuman semata-mata, sedangkan hukuman-hukuman itu datang pada akhir hukuman Syariat Islam diwartakan.
Justeru, Islam sebenarnya datang ke muka bumi ini adalah untuk mengajar orangorang jahil supaya menjadi golongan berilmu, memastikan golongan yang kelaparan dapat menikmati makanan, mengajar penganutnya supaya menutup aurat dengan sempurna dan menyediakan pekerjaan kepada golongan penganggur.
Yang paling utama dan terpenting sekali, Islam datang untuk membentuk sebuah masyarakat yang maju lagi bertamadun dan membangun umat yang cemerlang dalam segenap keperluan hidup mereka. Ia juga datang untuk memperkasa nilai-nilai modal insan yang tinggi, memberikan kebebasan dalam ruang lingkup pemantauan yang dibenarkan Islam, memperkenalkan aspek dan konsep keadilan, kemuliaan dan kasih sayang sesama insan berpaksikan kebenaran agama Islam itu sendiri.
Kebebasan perlu dibajai dalam segenap aktiviti kehidupan Selanjutnya Syeikh al- Qaradhawi menegaskan, bahawa bagi mencapai matlamat kehidupan bermasyarakat seimbang, maka aspek kebebasan perlu dipupuk di semua peringkat dalam masyarakat sebelum hukum-hukum Syariat dijalankan.
Apa yang Islam mahukan daripada sikap orang ramai (dalam masyarakat majmuk), adalah mereka memilih pelaksanaan hukum Syariat kerana mereka rasa bebas mengenainya dan menepati kehendak mereka ketika ia dilaksanakan, iaitu pelaksanaan bukan atas dasar paksaan yang boleh merosakkan gambaran Islam iaitu konsep kebebasan menepati prinsip-prinsip agama Islam, kebebasan beragama, berpolitik, bermasyarakat dan sebagainya.

Hudud bukan seperti seekor gajah

Oleh LANJUSOH
Orang yang tidak faham Kanun Jenayah Syariah bercakap mengenai hukum hudud seumpama orang buta mahu mengenali gajah.Mereka kata gajah seperti tali apabila memegang ekor.Ada yang kata macam kipas ketika pegang telinga.
“Begitu juga mengenai hudud, di mana kita masih berdepan dengan orang yang masih buta agama dan al-Quran. Mereka bercakap tentang agama dalam keadaan buta agama

“Mereka mahu bercakap mengenai hukum hudud lebih teruk daripada orang buta yang nak kenal gajah,” kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) 24 Mei lalu. Perumpamaan itu dilontar bagi menggambarkan keadaan masyarakat di Malaysia.
Ramai yang tidak tahu mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, namun mahu bercakap mengenainya.
Tentunya apabila orang yang bukan ahli bercakap, menambah lagi keliru masyarakat lebih-lebih lagi golongan bukan Islam.
Tambah mengeruhkan lagi keadaan apabila ada  pemimpin besar mendakwa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan sebagai hudud PAS.
Mana hudud Umno Biar pun dituduhnya sebagai hudud PAS, sebaliknya Umno sehingga kini tidak pula menghasilkan hudud versi mereka sendiri.
Bagaimanapun tomahan tersebut sekarang tidak lagi kedengaran. Mereka dilihat lebih berhati-hati berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hudud melibatkan soal akidah.
Mungkin juga tanpa diduga Dr Mahathir, pemimpin Umno yang ada sekarang sanggup membuat u-turn dengan pusingan 360 darjah.
Ketua Umno Jerai, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ketika berucap di parlimen memberitahu pihaknya sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu membentang enakmen hudud.
Malah beberapa pemimpin Umno termasuk Tan Sri Annuar Musa, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato’ Alwi Che Ahmad memberi bayangan awal turut mahu menyokong usul hudud.
Apa yang belaku sekarang mungkin tidak pernah dijangka Dr Mahathir. Beliau tetap istiqomah menentang hudud, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali.
“Nampaknya satu-satunya pemimpin Umno yang istiqomah menentang hudud ialah Dr Mahathir.
Beliau tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang,” katanya ketika mengulas pembentangan hudud.
Sejak nada Umno tibatiba berubah, kompenan Barisan Nasional (BN) pula mengambil langkah sebaliknya.

Jamil minta orang ramai yakin sijil halal Jakim

Sijil halal yang dikeluarkan akan mengambil kira standard makanan yang diuji oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan (KKM).
jamil-khir-parlimenYAN: Orang ramai perlu yakin dengan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi pelbagai produk makanan di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sijil halal yang dikeluarkan pihaknya akan mengambil kira standard makanan yang diuji oleh Jakim dan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dalam hal ini KKM hanya menjalankan ujian sampel makanan dan keputusan tentang status sesuatu makanan itu sama ada halal atau tidak hanya dikeluarkan oleh Jakim.
“Jakim juga ada kumpulan audit yang akan melakukan pemeriksaan di kilang bagi melihat pengurusan, penyimpanan bahan mentah dan pengeluaran makanan. Jika tidak menepati piawaian, sijil halal tidak dikeluarkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan di Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Limau di sini hari ini.
Beliau berkata kumpulan audit terbabit akan melakukan analisis sampel setiap makanan lebih sekali dalam setahun bagi memastikan makanan yang dijual tidak tercemar dengan pelbagai bahan tidak halal seperti Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi.
Tidak akan berulang
Jamil berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga turut terlibat dalam penguatkuasaan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 1972.

KP JAKIM: 'Saya dan pegawai saya juga Islam'

Keputusan analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat keluaran Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - mengesahkan tiada Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, masih belum meredakan orang ramai daripada memperkatakan isu halal coklat berkenaan.
  
Bahkan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berhubung status coklat berkenaan, kerana dianggap mengelirukan umat Islam.
  
Percanggahan keputusan ujian Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Jabatan Kimia terhadap dua coklat berkenaan telah mewujudkan bermacam andaian dan persoalan.
  
Pelbagai tohmahan dan cemuhan dilemparkan kepada JAKIM. Di laman-laman sosial, ada yang menuduh JAKIM kononnya tidak telus, sanggup menipu, makan rasuah dan menyorokkan fakta sebenar, di samping mempertikaikan keputusan analisis Jabatan Kimia, yang dikatakan hanya menimbulkan was-was umat Islam.

Serangan terhadap JAKIM
    

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata serangan bertali arus terhadap JAKIM itu tidak adil memandangkan Jakim telah menjalankan tugas yang diamanahkan sehabis baik.
  
Katanya masyarakat perlu bertenang dan berfikir secara waras kerana sebagai badan Islam, tidak mungkin Jakim mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Surat untuk rakyat Mesir dari penjara


Mohammed Mursi 

WAHAI bangsa yang bangkit mendukung revolusi yang teguh berdiri, ALLAH telah tentukan revolusi kita yang diberkati, iaitu Revolusi 25 Januari (2011) menghadapi pelbagai kesukaran hingga ke kemuncaknya. Namun ALLAH telah sediakan untuknya rijal-rijal (wira-wira) yang sebenarnya.

Wira-wira yang terdiri dari lelaki dan wanita. Mesir berbangga dengan mereka di hadapan seluruh umat di dunia.

Wahai wira-wira yang merdeka, teruskan perjalananmu di atas landasan tsaurah* secara aman, dengan keteguhan laksana bukit, keazaman laksana guruh kerana tsaurah kamu pasti menang dengan pertolongan yang sangat dekat dan cepat. Inilah keyakinanku kepada Allah.

Dan di belakang kamu majoriti rakyat yang sangat ramai menunggu kamu supaya kamu sediakan untuk mereka suasana tsaurah, untuk mereka dengar gemanya selepas dunia menyepikan suaranya dipentas pemilihan ketua inqilab (kudeta) sebagai Presiden.

Mereka mahu supaya rakyat membisu, namun mereka ditempelak dengan kesedaran rakyat yang akan membuat ubun-ubun mereka tersungkur.

JAIS: Tindakan tatatertib jika bersalah serbu perkahwinan Hindu

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawainya yang didapati ingkar perintah dalam serbuan kontroversi ke atas upacara perkahwinan Hindu, pada Ahad lalu.

"Satu siasatan dalaman mengenai perkara ini sedang dibuat oleh JAIS. Sekiranya didapati pegawai adalah ingkar perintah, tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai berkenaan," kata JAIS dalam satu kenyataan lewat petang ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman.

Kenyataan yang sama juga mengakui bahawa pegawai-pegawai JAIS dimaklumkan bahawa sebarang penguatkuasaan kepada orang bukan Islam perlu mendapat kebenaran Exco kerajaan Selangor dan dimaklumkan kepada pegawai atasan JAIS terlebih dahulu.

Dyana sifatkan Kit Siang pemimpin hebat

“Saya kagum melihat pendirian Lim Kit Siang memperjuangkan hak rakyat Malaysia yang tidak pernah memandang kepada bangsa dan agama.”
Itu jawapan calon DAP yang tewas pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan31 Mei lalu , Dyana Sofya Mohd Daud bila diminta pandangan tentang Penasihat DAP yang juga ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Jelasnya, bukan kerana dia bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Kit Siang untuk berkata demikian tetapi itulah kenyataan yang sepatutnya semua orang tahu.
“Saya masuk DAP hanya sebagai ahli biasa selepas mengenali beberapa pemimpinnya termasuklah Kit Siang.
“Saya faham bagaimana susahnya mereka berjuang untuk rakyat, prinsip yang diamalkan selain budaya daripada rakyat  berbilang kaum. Saya amat yakin dan percaya kejujuran prinsip perjuangan DAP,” katanya.
Ujarnya, biar pun dicemuh dan dikritik seteruk mana sekalipun, Kit Siang dilihat amat tenang dan tahu menyelesaikan semua permasalahan.
“Terus terang saya katakan bahawa saya banyak belajar tentang politik daripada Kit Siang. Dia seorang yang sentiasa bersedia untuk membantu.

Sedarlah Jais - Serbu Murtad Tidak Sama Dengan Serbu Khalwat

Jabatan Agama Islam Selangor atau Jais mengundang kontroversi lagi. Jika dulu Jais menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 300 naskhah kitab Injil berbahasa Melayu kerana bimbangkan agama Kristian cuba disebarkan kepada masyarakat Melayu sehingga menimbulkan kemarahan penganut agama ini, kali ini jabatan itu berbalah berkaitan agama Hindu pula.

Kali ini serbuan di kuil dilakukan kerana percaya ada wanita Islam telah murtad melalui perkahwinan.

Ahad lalu, sekumpulan pegawai Jais dengan diiringi beberapa orang polis telah menyerbu sebuah kuil ketika berlangsungnya majlis perkahwinan seorang wanita, Zarina Abdul Majid dengan pasangannya lelaki yang beragama Hindu. Oleh kerana adanya aduan yang disampaikan kepada Jais, tentunya aduan itu dilakukan beberapa hari sebelum itu, pegawai jabatan itu telah menyerbu kuil tersebut ketika berlangsungnya majlis perkahwinan itu.

Sebagaimana yang yang dilaporkan oleh banyak media, dalam serbuan pada 10 pagi itu, selain mengumpul maklumat daripada pasangan yang hendak berkahwin itu, Zarina juga dibawa ke pejabat Jais di Shah Alam dan hanya dibebaskan pada jam 2.00 petang kemudiannya.

Sehubungan itu, Zarina yang mengaku hanya namanya Islam tetapi tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak lahir, berasa malu dan terganggu dengan serbuan Jais itu, tambahan pula ramai jemputan yang datang akhirnya memilih untuk segera pulang tanpa menjamah hidangan yang disediakan.

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi detik meriah dan manis, akhirnya bertukar menjadi babak hitam dan memalukannya.

Dalam pengakuannya, Zarina berkata, namanya mirip seperti Islam kerana bapanya secara sepihak berbuat demikian sebelum menghilangkan diri tidak lama selepas itu. Ibunya pula tidak menyedari namanya mirip Islam kerana buta huruf. Beliau juga menegaskan sudah berusaha melalui pelbagai cara untuk menukar nama dan status agama pada kad pengenalannya tetapi tidak berhasil meskipun sudah membelanjakan lebih RM20 ribu bagi tujuan itu.

Arab Saudi tarik balik penjualan Cadbury

Kerajaan Arab Saudi menarik semula penjualan beberapa jenis produk Cadbury bagi melakukan ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) berhubung kandungan babi yang dilaporkan baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Eksekutif bahagian Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA), Salah Al -Maiman SFDA berkata, dua jenis coklat ditarik dari pasaran adalah Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Almond.

“Kami menarik semua produk import dari pelbagai negara dengan nombor piawaian berbeza bagi memastikan ia bebas kandungan procine.

“Produk Cadbury keluaran Malaysia tidak berdaftar dengan kami kerana kami mengimport dari Mesir dan Britain,” katanya memetik laporan agensi berita tempatan Arab News.

Arab Saudi merupakan negara kedua yang mengambil keputusan itu selepas Indonesia yang turut menghentikan sementara dari mengimport dua produk keluaran Cadbury.

Pemilihan 2014: Chegubard buat aduan bertulis dakwaan rasuah

 
Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard', telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini, Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu.

Tuduhan itu mendakwa bahawa pengerusi lembaga rayuan pemilihan
parti, Abd Malek Hussin (kiri) telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".

Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, "bos" itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasatnya.

Presiden PAS makin pulih, terima kunjungan pelbagai pihak


KUALA LUMPUR: Sejak dipindahkan ke wad biasa kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak putus-putus menerima kunjungan dari pelbagai pihak.

Semalam, beliau turut menerima kunjungan Sheikh Yussof Nada iaitu salah seorang pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir di zaman Imam Hassan al-Banna.

Selain itu Tuan Guru Abdul Hadi juga dikunjungi bekas Menteri Tenaga Turki, Recei Kutan dan dihubungi sendiri oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob juga turut menziarahi beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi dimasukkan ke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.

Proton SAGA Baru - Ustaz Azhar Idrus

"Dunia Sudah Tua, Islam Kembali Dagang" - Ustaz Azhar Idrus

Kaabah Qadiani & Syiah - Ustaz Azhar Idrus

"Hukum ALLAH Sesuai Sepanjang Zaman" - Ustaz Azhar Idrus

Sedekah Babi - Ustaz Azhar Idrus

MP PAS: Zarinah perlu diberi pembelaan, keadilan

Jika tidak, undang-undang negara ini akan dilihat menzalimi hak seorang rakyatnya menentukan masa depan depannya.

PETALING JAYA: Zarinah Abdul Majid yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung bersama pasangannya, seorang lelaki beragama Hindu mesti mendapat pembelaan di mahkamah Syariah.
Iaitu dengan memohon menetapkan status agama Islamnya berpandukan kepada ia sudah tidak beramal dengan Islam lagi, kata ahli parlimen PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa.
zarinah2Zarinah memerlukan satu jawapan dalam kerangka perundangan yang ada untuk menentukan masa depannya, kata beliau.
“Jika tidak, undang-undang negara ini akan dilihat menzalimi hak seorang rakyatnya menentukan masa depan depannya termasuk mendirikan rumah tangga dan menjadi rakyat yang setia kepada negara ini,” katanya hari ini.
Beliau menambah, isu murtad mesti dibezakan antara yang asal Islam dan yang memeluk Islam kerana berkahwin atau namanya dan status agamanya ditukar menjadi Islam sedangkan dia beramal dengan agama lain.
Katanya, pilihan terbaik untuk menerima Islam ialah dengan pilihan sendiri atas kesedaran sendiri dan kerana keyakinan sendiri sebab Islam terbina atas ‘tiada paksaan’.
“Memelihara kaedah agung Islam ini lebih utama daripada menjaga sensitiviti atau sentimen kerana Islam tidak terbina atas menyiksa mana-mana pihak tetapi Islam wajib memberi keadilan dengan kaedah dan prinsip yang telah ditetapkan,” tambah ahli parlimen PAS Parit Buntar dan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.
Beliau dipercayai merujuk kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahannya ketika majlis perkahwinan tersebut sedang berlangsung bersama pasangannya, seorang lelaki beragama Hindu.
Laporan menyebut wanita berusia 32 tahun yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan oleh pasukan anggota JAIS di Petaling Jaya pada kira-kira jam 10 pagi.
Beliau seterusnya dibawa ke ibu pejabat pihak berkuasa tersebut untuk siasatan, pada Ahad lalu.

Berikut artkel penuh Dr Mujahid:

Tutup loji Lynas


pix for lynas najib putar belit


Malaysia patut meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia dengan mendahulukan rakyat sebelum keuntungan, dengan menutup loji nadir bumi Lynas dan bukannya memberikan lesen operasi sementara atau tetap, serta membatalkan cadangan membina dua loji tenaga nuklear. Agensi kawal selia, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) perlu menerangkan sama ada mereka meluluskan permohonan lesen operasi tetap Lynas berikutan krisis kewangan syarikat tersebut dan ketidakpatuhan kepada syarat yang ditetapkan dalam lesen operasi sementara.
Bulan lepas, Lynas Corp. merancang untuk menangguhkan pembayaran beberapa hutang dan menjual sehingga A$40 juta sahamnya selepas nilai sahamnya merudum. Lynas membelanjakan sekitar A$1 bilion ($930 juta) untuk loji pemprosesan nadir bumi di Kuantan. Lesen operasi sementara dua tahun yang dimilikinya akan luput pada 2 September 2014.
Di bawah syarat perlesenan seperti yang dicadangkan dalam laporan International Atomic Energy Agency (IAEA), Lynas dikehendaki mengemukakan pelan fasiliti pembuangan sisa tetap (Permanent Disposal Facility, PDF) untuk bahan buangan radioaktifnya sebelum lesen tersebut diberikan. Lynas telah gagal berbuat demikian sebelum pemberian lesen sementara namun pihak AELB memberikan keringanan dengan memberikan tempoh 10 bulan selepas ia memulakan operasi untuk mematuhi keperluan tersebut.
Di ambang tarikh tamat 10 bulan tersebut, Lynas mengemukakan pelan konsep PDF terbabit sementara Timbalan Menteri MOSTI, Dato’ Abu Bakar Mohd Diah dalam jawapan parlimennya memberitahu bahawa Lynas sudah mengenal pasti tapak dan pelan untuk PDF tersebut namun enggan mendedahkan tempatnya. Ini jelas menunjukkan bahawa Lynas gagal untuk mematuhi syarat yang ditetapkan dalam lesen operasi sementara.

Pandangan Gobind mengenai kekalahan Dyana Sofya tidak matang - Penganalisis

Pandangan Gobind mengenai kekalahan Dyana Sofya tidak matang - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Isu hudud yang terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan sekali lagi menjadi pertikaian antara PAS dan DAP.

Kali ini bukan pertikaiannya bukan disebabkan usaha PAS untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen tetapi kerana kekalahan calon DAP di Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Umum mengetahui, DAP gagal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam pilihan raya kecil yang diadakan pada 31 Mei lepas setelah Dyana Sofya tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis, 238 undi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, DAP memenangi kerusi parlimen Teluk Intan menerusi calonnya, mendiang Seah Leong Peng yang menewaskan Mah dengan majoriti 7,313 undi.

Selepas Dyana tewas, ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang kecewa. 'Dyanamania' tidak mampu untuk mengekalkan kerusi Teluk Intan.

Yang paling kecewa tentunya pemimpin DAP kerana mereka hilang satu kerusi parlimen. Punca kekalahan mula dicari dan ada antara pemimpin DAP mula menyalahkan PAS dengan mengatakan isu hudud adalah penyebab Dyana Sofya tewas.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo antara pemimpin DAP yang menyatakan pandangan bahawa isu hudud merupakan punca kekalahan DAP di Teluk Intan.

Dalam tulisannya, Gobind berkata  "I am of the view that the controversy around the implementation of hudud by PAS contributed significantly to our loss in Teluk Intan." (Saya berpandangan bahawa kontroversi yang meliputi perlaksanaan hudud oleh PAS menjadi penyumbang besar kepada kekalahan kami di Teluk Intan.)

Cadbury pikat pengguna dengan iklan halal dalam akhbar tempatan

Cadbury pikat pengguna dengan iklan halal dalam akhbar tempatanKUALA LUMPUR: “Segalanya baik. Kembali ceria bersama kami”

Begitulah mesej yang disampaikan oleh pengeluar coklat Cadbury Malaysia yang terpampang di dada akhbar-akhbar utama Malaysia dalam usaha mereka menawan kembali hati pelanggan.

Mungkin ini cara terbaik untuk mengembalikan semula keyakinan penggemar coklat Cadbury terutamanya yang  beragama Islam terhadap produk keluaran mereka.

Cadbury dalam iklannya berkata pengguna di Malaysia telah mempercayai mereka selama 40 tahun dan boleh terus melakukannya.

Selain itu, dalam iklan itu juga Cadbury berkata, produk mereka yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mendapat pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Coklat Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia telah mendapat pengiktirafan sijil halal. Anda mempercayai kami selama 40 tahun dan anda boleh terus melakukannya.

“Terima kasih Malaysia di atas kepercayaan anda," pesanan Cadbury dalam iklan tersebut.

Saya akan terus desak PKR demi keadilan – Chegu Bard


“Sekali pun keahlian saya digantung, saya tidak akan mengalah untuk berjuang mendapatkan keadilan dan akan terus mendesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kebenaran terbukti bahawa mereka melakukan kesilapan.”
 
Itu tegas Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard selepas dimaklumkan tentang penggantungan keahliannya berkuat kuasa serta merta berikutan aduan salah laku selepas pemilihan selesai.
 
“Saya tidak kisah kena gantung keahlian tetapi saya PKR adalah sebuah parti reformasi dan saya pasti akan mendapat keadilan satu hari nanti.
 
“Sebenarnya saya masih lagi menunggu surat rasmi daripada parti berhubung tindakan penggantungan sama ada betul atau tidak sebab saya hanya mendengar daripada cerita wartawan,” katanya.
 
Semalam, Lembaga Disiplin PKR memaklumkan Chegu Bard yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) digantung keahlian sehingga siasatan berkenaan aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai.
 
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, berkata keputusan menggantung keahlian Chegu Bard diputuskan lembaga displin parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismil dalam mesyuarat biro politik, kelmarin (27 Mei).
 
Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran kesalahan mengingkari arahan surat penggantungan.

Difitnah blogger Umno, Surendran buat laporan polis

n surendranSHAH ALAM, 5 JUN : Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ekoran beberapa kenyataan palsu di Twitter yang mengaitkan dirinya berhubung kes kematian seorang anggota polis di Perak pada Mei lalu.
Menerusi Twitternya, Surendran memaklumkan laporan polis ke atas blog pro Umno yang dikenali sebagai Sejarah Melayu itu dibuat kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Turut mengiringi beliau adalah peguam peribadinya, Eric Paulsen dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
“Terlalu lama penulis blog pro-BN telah memfitnah pemimpin pembangkang dengan sewenang-wenangnya.
“Saya berhasrat untuk menjejaki mereka ini sehingga ke bawah dan membuat mereka menjawab bagi jenayah yang dilakukan,” kata Surendran menerusi Twitter.
Antara tweet berbaur fitnah itu adalah seperti “polis yang terbunuh itu sudah tentu tidak mengikut SOP yang betul ketika bertugas” dan “hampir setiap hati anggota polis terbunuh di India, tetapi di Malaysia bila polis terbunuh ia akan menjadi isu besar.”
Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Serai juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali blog berkenaan kerana bertindak melampaui batas.

'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab' - Aziz Bari


Pakar perlembangaan Abdul Aziz Bari berkata cadangan enakmen baru yang memberi kuasa yang luas ke atas Sultan Johor dalam satu lembaga perumahan adalah satu perkara aneh.

Aziz berkata ia bertentangan dengan prinsip tanggungjawab, di mana kerajaan negeri memikul tanggungjawab ke atas kesemua dasar pentadbiran, kecuali bagi hal berhubung agama.

"Masalah dengan aturan seperti ini ialah bagaimana, atau siapa, yang perlu dipertanggungjawabkan? Siapa yang perlu menjawab atau memikul kesalahan jika berlaku apa-apa?," kata Aziz kepada Malaysiakini.

Katanya, kedudukan Sultan tidak dicipta untuk menjadikan ketua negeri itu bertanggungjawab memberi penjelasan kepada DUN.

"Sebab itulah kita ada tanggapan kerajaan yang bertangggungjawab di bawah sistem demokrasi berparlimen atau Westminster.

"Ia untuk menjadikan kerajaan bertanggungjawab. Ia juga bermaksud pembayar cukai (ada saluran) penyelesaian," katanya.

Rang undang-undang baru yang akan dibentangkan di DUN Johor pada hari Isnin ini akan membuat kuasa meluas kepada Sultan untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Pembangkang Kelantan sedia sokong usul royalti 20%



GUA MUSANG: Pertubuhan R Kelantan yang konsisten memperjuangkan royalti petroleum turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah di sini.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, perbincangan selama lebih dua jam turut mendapat sokongan Adun BN terbabit bagi memperjuangkan royalti demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Wakil rakyat BN terbabit turut menyatakan kesediaan menyokong usul menuntut royalti 20 peratus seperti diluluskan pada persidangan Dun Sarawak.

“Beliau turut menyifatkan perjuangan menuntut royalti perlu dipertingkatkan supaya benar-benar menjadi kenyataan,” katanya di sini semalam.

Pada 6 Mei lalu Dun Sarawak meluluskan usul memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti minyak dan gas daripada lima peratus kepada 20 peratus.

Papa Gomo mohon tangguh bayar RM850,000 kepada Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Polis patut bertindak dalam kes S Deepa - Nancy Shukri

Lagi majikan kejam: Lapar sampai telan duit


Gambar hiasan mangsa pemerdagangan manusia.
Gambar hiasan mangsa pemerdagangan manusia.
Tiga lelaki Myanmar yang dipercayai merupakan mangsa pemerdagangan manusia terpaksa menahan lapar beberapa hari selepas 'dicampakkan' oleh majikan mereka di Seberang Perai.
 
Tiga lelaki itu bekerja di sebuah kapal nelayan milik warganegara Thailand selama 10 bulan tanpa menerima satu sen tetapi hanya diberi satu set nasi sebesar genggaman tangan setiap hari.
 
Apabila perkhidmatan mereka tidak diperlukan, majikan tidak menyediakan makanan selama dua hari berturut-turut dengan tujuan 'memeningkan' mereka.
 
Majikan kejam tersebut kemudian 'mencampakkan' tiga lelaki itu di Seberang Perai dan 'menyediakan' kereta menghantar mereka ke satu tempat tidak dikenali.
 

Malaysia Kita: Majikan kejam, ejen lagi kejam

Muka depan China Press melaporkan penemuan mayat bayi di gaung di Genting Highlands. Bulatan merah merupakan tempat bayi ditemui. Gambar paling kanan ialah suspek.
Muka depan China Press melaporkan penemuan mayat bayi di gaung di Genting Highlands. Bulatan merah merupakan tempat bayi ditemui. Gambar paling kanan ialah suspek.
Seorang pembantu rumah bukan sahaja dirogol sehingga mengandung malahan dipaksa memperdagangkan anaknya.
 
Pembantu rumah tersebut dirogol sehingga mengandung zuriat majikan, sementara ejen memaksanya menjual bayi yang dilahirkan.
 
Tanpa disangka, bayi lelaki berumur enam bulan di bawah 'jagaan' ejen telah mati dan ejen itu terpaksa membungkus mayat sebelum membuangnya ke kawasan hutan di sekitar Genting Highlands.
 
Polis yang menerima maklumat telah menemui mayat bayi lelaki tersebut dan menahan ejen haram keturunan Cina bersama isterinya.
 
Mayat bayi lelaki pula dihantar ke hospital untuk mengenal pasti sama ada ia terbunuh akibat penderaan oleh ejen kejam tersebut.
 

Jangan jadikan 'catu' alasan naik harga barang

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) yakin menjelang musim perayaan terutamanya sambutan hari raya akan timbulnya isu kekurangan barang keperluan harian dan terdapat juga isu kenaikan barangan keperluan tersebut.

"Walaupun baru-baru ini kita telah dikejutkan ianya telah pun bermula berlakunya di Negeri Kedah setelah dilaporkan oleh media bahawa minyak masak dan tepung gandum khasnya telah mula berkurangan dan telah dilaporkan juga ada pihak yang telah menaikkan harga yang amat terkesan kepada pengguna semenjak minggu lepas," ujar Pengerusinya, Asmuni Awi (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, terdapat juga maklumat, perkara yang sama telah berlaku di Daerah Kerian, Negeri Perak dan kemungkinannya akan turut berlaku di seluruh Perak berikutan menjelangnya bulan Ramadhan pada tahun ini.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) yakin menjelang musim perayaan terutamanya sambutan hari raya akan timbulnya isu kekurangan barang keperluan harian dan terdapat juga isu kenaikan barangan keperluan tersebut.

Walaupun baru-baru ini kita telah dikejutkan ianya telah pun bermula berlakunya di Negeri Kedah setelah dilaporkan oleh media bahawa minyak masak dan tepung gandum khasnya telah mula berkurangan dan telah dilaporkan juga ada pihak yang telah menaikkan harga yang amat terkesan kepada pengguna semenjak minggu lepas.

Terdapat juga maklumat, perkara yang sama telah berlaku di Daerah Kerian, Negeri Perak dan kemungkinannya akan turut berlaku di seluruh Perak berikutan menjelangnya bulan Ramadhan pada tahun ini.

Oleh kerana dengan alasan kekurangan ataupun dengan istilah catuan barangan keperluan bersubsidi ini, banyak pihak menjadikannya alasan untuk menaikkan harga di pasaran yang sekaligus akan membebankan pengguna.

Jika di Kedah, tinjauan harga barangan itu di Pasar Besar, Alor Setar mendapati minyak masak dijual dengan harga RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.

Manakala di Parit Buntar pula, tepung gandum bersubsidi kini dijual pada harga RM1.50 sekilogram berikutan kesukaran untuk memperolehinya.

Spekulasi rombakan Kabinet babitkan tiga menteri UMNO

China Press meramalkan tiga menteri UMNO akan diganti dalam rombakan Kabinet
China Press meramalkan tiga menteri UMNO akan diganti dalam rombakan Kabinet
Spekulasi rombakan Kabinet semakin panas dengan surat khabar dan portal berita tidak ketinggalan membuat ramalan masing-masing.
 
China Press melaporkan MCA mungkin memboikot jawatan dalam Kabinet sekiranya hanya diberi peluang untuk mengisi satu kekosongan dalam Jemaah Menteri.
 
MCA pada masa yang sama bagaimanapun tidak terlalu optimis untuk menerima lebih daripada dua jawatan menteri walaupun parti itu pernah mengemukakan formula 3+5 yakni tiga menteri dan lima timbalan menteri.
 
"Walaupun MCA meminta 3+5, tetapi sumber memberitahu bahawa MCA paling banyak akan memperolehi 2+2 iaitu dua menteri dan dua timbalan menteri," lapor China Press.
 
Apa yang paling dibimbangkan MCA ialah kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mengumumkan satu jawatan menteri untuk parti tersebut.
 

Saman Media: Najib ditegur tak guna hak untuk menjawab


Terbaru datangnya daripada badan pemantau kebebasan akhbar yang berpejabat di Paris, Reporters Without Borders (RSF), yang menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai satu "bencana " terhadap kebebasan maklumat di Malaysia.

"Kami kesal perdana menteri telah memilih untuk mengambil tindakan undang-undang dan bukannya menggunakan haknya untuk menjawab," kata Benjamin Ismaïl, ketua meja RSF Asia Pasifik, dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu bencana terhadap kebebasan maklumat di Malaysia kerana ia bermakna mana-mana punca berita boleh disaman apabila ia membenarkan pembacanya menyuarakan pandangan mereka.

Sehubungan itu, RSF menggesa perdana menteri menarik balik tindakannya itu, dan sebaliknya bersedia menerima kritikan rakyat terhadapnya.

Pandangan itu disokong oleh NGO Aliran, yang berkata saman itu menunjukkan kecenderungan kerajaan untuk menutup mulut dan bukannya bekerjasama dengan media.

UMSKAL: Demo di kampus, 3 pelajar digantung pengajian


Tiga pelajar tahun akhir di kampus Universiti Malaysia Sabah Labuan (Umskal) telah digantung pengajian selama satu semester semalam kerana berdemonstrasi di kampus Februari lalu.

Menurut NGO hak asasi manusia, Suaram, mereka dikenakan tindakan itu selepas jawatankuasa disiplin UMS mendapati mereka bersalah melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti  AUKU).

Berikutan itu, katanya,  ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak dapat menduduki peperiksaan akhir mereka minggu depan. Mereka sepatutnya menamatkan pengajian semester ini.

Penggantungan mereka berkuatkuasa serta-merta kerana menganjurkan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran Umskal pada 21 Februari kerana membantah keputusan universiti itu untuk mengambil balik pengurusan sebuah kedai di kampus.

Kumpulan pelajar telah beroperasi di kedai ini selama enam tahun.

Ketiga-tiga mereka adalah antara 16 pelajar yang berdepan dengan siasatan tatatertib pada 22 Mei lalu, di mana lapan daripadanya telah dibuang daripada kolej kediaman masing-masing bagi kesalahan yang sama .

Tun Mahathir: Nik Aziz saudara saya, tetapi kalau dia salah saya tidak terima ..!!

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menganggap bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai saudara, namun tetap akan menegur beliau sekiranya beliau bersalah.

“Nik Aziz adalah saudara saya tetapi sekiranya beliau membuat sesuatu yang salah, saya tidak boleh menerima. Ini adalah sebab mengapa saya berbeza (pendapat) daripada beliau,” katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini pada Rabu.

Dr Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan salah seorang peserta Syarahan Perdana itu, yang mencadangkan bekas Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat membimbing umat Islam bersama Dr Mahathir  kerana terdapat banyak persamaan antara mereka berdua.

Menjawab soalan itu, Dr Mahathir berkata prinsip utama undang-undang adalah untuk mencapai keadilan.

“(Tetapi) Umat  Islam lebih berminat ke atas hukuman.

“Hukuman boleh dijatuhkan tetapi ia mestilah adil. Kalau anda berkata hudud adalah hanya untuk orang Islam, itu tidak adil.

“Kalau dua orang yang mencuri tertangkap dan kamu memotong tangan salah seorang daripada mereka kerana dia Islam dan seorang lagi dipenjarakan dua bulan, adakah itu adil?

“Itu tidak adil,” katanya.

Melihat hudud daripada perspektif budaya, masyarakat mula tunjuk tolerans

Oleh Dinsman
Polemik hukum hudud yang berlangsung selama beberapa bulan ini meliputi pelbagai aspek, ragam, sudut, perspektif dan dimensinya. Suatu hal yang cukup menarik untuk diperhatikan.
Masyarakat Malaysia dalam pelbagai nada dan rentak, walaupun ada yang agak emosional dan menunjukkan kemarahan, kebencian dan kebosanan, namun secara keseluruhannya boleh dianggap berjaya memperkatakan dan berbincang mengenai isu agama yang sensitif ini secara agak munasabah dan bertoleransi, dalam suasana demokratik.

Agak memeranjatkan juga bagaimana kita boleh mencapai toleransi dan demokratik hingga ke tahap tinggi yang seperti itu. Masyarakat yang dikatakan sangat liberal dan demokratik di Amerika Syarikat pun, terutamanya di Hollywood dan Beverly Hills, begitu cepat melatah dan menunjukkan ‘kuasa’ mereka dengan aksi memboikot perniagaan (hotel) Sultan Brunei di sana, kerana tidak bersetuju sultan itu melaksanakan hukum hudud di Brunei. Begitu juga dengan tokoh usahawan British seperti Richard Branson yang memiliki Virgin Group itu. Mereka nampaknya langsung tidak tahu menunjukkan sedikit pun rasa hormat kepada budaya dan agama orang lain yang berbeza daripada mereka.
Dalam hal ini kita sangat bersyukur dengan masyarakat kita yang pelbagai kaum, agama dan budaya ini, walaupun dalam berpolitik kita masih belum mencapai tahap kematangan yang serupa. Barangkali kerana politik itu berhubungan dengan kuasa dan perebutan, pemilikan, penunjukan serta manipulasi kuasa. (Kuasa selalu menggoda dan menuntut manusia supaya menguasai orang lain secara tidak demokratik).
Saya sendiri pun tidak menduga implikasinya yang sebaik dan sesihat itu di peringkat awalnya apabila kerajaan negeri Kelantan menyatakan rancangan untuk membawa usul pelaksanaan hudud di Kelantan itu ke Parlimen (Rang Undang-Undang Persendirian).
Situasinya hingga ke saat ini, saya perhatikan, tanpa memikirkan implikasi politiknya (apakah akhirnya Umno-BN yang akan mengaut untung darinya atau Pakatan Rakyat akan berpecah kerananya), adalah sangat baik untuk masyarakat kita. Ia membuka medan perbincangan dan medan persefahaman bersama, berasaskan suatu hukum agama yang dianuti oleh sebahgian besar rakyat negara ini.

Brunei dan masa depan hukum Islam

Oleh JAUHAR RIDLONI MARZUQ
AWAL bulan ini, dunia antarabangsa dimeriahkan dengan berita Brunei Darussalam memulakan pelaksanaan hukum jenayah syariah di negara itu.
Negara kesultanan yang terletak di wilayah utara Kalimantan itu secara rasmi menguatkuasakan hukum jenayah Islam sejak 1 Mei 2014 atau 1 Rejab 1435, sesuai dengan titah Sultan Hassanal Bolkiah yang disampaikan pada 30 April 2014 lalu.

Ini adalah penguatkuasaan Kanun Hukuman Jenayah Syariah fasa pertama, yang meliputi hukuman denda atau penjara atas pelanggaran seperti kehamilan di luar nikah, meninggalkan solat Jumaat dan mengajarkan agama tanpa izin. Tahapan kedua rencananya akan dikuatkuasakan sebelum akhir tahun ini, yang meliputi hukuman potong tangan bagi pencuri dan sebat bagi pemakai barang-barang yang memabukkan.
Sementara tahapan ketiga akan dikuatkuasakan 12 bulan kemudian, yang meliputi hukuman lebih berat lagi, seperti hukuman mati dengan cara rejam untuk perlakuan jenayah seperti homoseksual, sodomi dan perzinaan setelah menikah.
Dengan mulai berkuatkuasanya fasa pertama kanun jenayah syariah ini, maka Brunei telah menjadi negara pertama yang menerapkan hukum jenayah Islam di Asia Tenggara pada era moden ini.
Keputusan Brunei untuk menerapkan hukum jenayah Islam tentu tidak terlepas daripada kritikan. Sebelumnya, hari Khamis 8 Mei lalu, media-media internasional memberitakan adanya ancaman boikot daripada para selebriti Holywood terhadap jaringan hotel termasuk The Beverly  Hills Hotel yang dimiliki Sultan Hassanal Bolkiah.
Beberapa waktu sebelumnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Amerika Syarikat juga telah memberikan peringatan kepada Brunei agar menilai semula keputusan penerapan hukum jenayah Islam ini. Kesemuanya itu didasarkan pada alasan bahawa hukum jenayah Islam dianggap bertentangan dengan nilai-nilai hak asasi manusia (HAM).
Tentu, HAM yang dimaksud oleh Barat adalah HAM berdasarkan perspektif mereka.
Kesalahan Barat selama ini adalah memaksakan idea-idea mereka agar menjadi idea global dan harus diikuti oleh seluruh dunia, termasuk masalah HAM ini. Padahal, jika dinilai dengan lebih mendalam, HAM Barat memiliki banyak perbezaan dengan HAM dalam Islam.

Felixia Yeap minta diberi ruang, akan buang gambar lama

Felixia Yeap 
MUNGKIN akibat terlalu banyak desakan peminat, Felixia Yeap akhirnya dalam proses membuang gambar-gambar lamanya di laman sosial Facebook.

"Gambar-gambar lama tu saya akan delete (padam), tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) ...kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu," kata beliau di Facebook.

"Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam," tambah beliau lagi.

Menurut Yeap, gambar-gambar lama beliau merupakan bukti perubahan dirinya dan diharap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

"Diminta janganlah 'Like' gambar-gambar lama tu. Yang itu (gambar) adalah dulu, saya sekarang dah bertaubat," ujarnya lagi.

Yeap juga berharap peminat tidak terlalu mendesak dan tekanan dari orang ramai berkurangan.

Rata-rata respon peminat menyarankan Yeap bersabar dengan dugaan yang

"Be strong Felixia Yeap. Kadangkala ALLAH hilangkan mentari... kemudian Dia datangkan guruh...puas kita menangis... mencari mana mentari kita... rupa-rupanya ALLLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah. Oleh itu sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan. InsyaALLAH.." antara respon pelayar yang membaca luahan hati bekas model tersebut.

Elak Jejas Akidah Dan Syahadah: Waspada keluar kenyataan hudud

Hudud
MARAN - Umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah.
Ketua Dewan Pemuda Pas Maran, Mujahid Mohd Nor berkata, tanpa pengetahuan tepat boleh menjejaskan orang lain yang tidak memahami undang-undang Islam itu.

Menurutnya, cadangan kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan perlaksanaan hukum hudud lebih difahami masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini disambut baik.

“Jika isu ini tidak diselesaikan dikhuatiri akan merumitkan langkah pelaksanaan malah dibimbangi menjadi bahan gurauan.

“Jika semua pihak dapat bersatu dan menerima hudud dalam pentadbiran negara ini, saya percaya kita mungkin dapat menolak ketirisan dan kepincangan yang berlaku dalam apa jua bidang sekali pun,” katanya pada kembara ziarah anak muda, di sini.

Mujahid berkata, beberapa siri kembara ziarah itu tujuan mengeratkan silaturahim antara pimpinan dan ahli pemuda Pas.

Kembara ziarah satu melibatkan Dun Kuala Sentul iaitu bermula Felda Jengka 5, Jengka 7 dan berakhir jamuan rakyat   bersama penduduk Jengka 4.

Jais bersikap seperti ‘Taliban’, kata bekas mufti Perlis

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya negara kini menuju ke arah "Talibanisasi". 

Mohd Asri mempertikaikan tindakan Jais itu yang dikatakan akan menyebabkan imej Islam tercemar.
"Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini.
"Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Asri juga mengkritik tindakan Jais sebagai tidak bijak yang kemudian akan menimbulkan pelbagai salah sangka di kalangan masyarakat di Malaysia.
"Ini semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga umat Islam sendiri.
"Ia sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri sendiri," katanya.
Pendakwah terkenal itu juga mempersoalkan keperluan Jais untuk menyerbu pada ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung dan tidak memanggil dan menyiasat sebelum itu.
"Sepatutnya Jais boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak buat," katanya.
Beliau berkata, Jais sepatutnya menyelesaikan perkara tersebut secara profesional dan bukan dengan menyerbu secara melulu.

Sorok barang untuk naik harga Kerajaan Pusat patut bertindak

fomca-GST(gula1)Kerajaan Pusat perlu membendung tindakan menyorok barang keperluan asas oleh peniaga menjelang Ramadan dan musim perayaan ini.
Ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan Tantawi berkata walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan kenyataan ia mencukupi, namun ia bukan satu jaminan.
Katanya, kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap perbuatan itu kerana tindakan itu menyebabkan peniaga mengambil kesempatan dan menaikkan harga sesuka hati.
“Beberapa laporan berita berkenaan isu penawaran bahan-bahan keperluan asas seperti gula, tepung dan minyak masak dalam pasaran.
“Namun ia berbeza pula dengan apa yang berlaku di Kedah apabila dilaporkan bahawa sejak minggu lepas lagi para pengguna berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu,” katanya dalam kenyataan.
Nasaruddin berkata perbuatan menyorok dan menjual dengan harga tinggi bagi mengaut keuntungan itu memperlihatkan perbuatan buruk dan menyalahi etika perniagaan.
“Kesan daripada perbuatan ini khususnya oleh pemborong akan menyebabkan para peruncit pula terpaksa mengehadkan penjualan kepada para pembeli dan ada pula sebahagian daripada mereka yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion Langgar Had Siling 55%. Kadar Faedah Hutang Melonjak Tinggi. Alternatif Pendapatan? GST 6%!

hutang negara malaysia
Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion (Cukai sebelum PRU13 KLIK SINI): Cukai yang ada sekarang SST (Sales & Service Tax) yang mana merujuk kepada cukai jualan atau cukai perkhidmatan masing-masing membawa nilai kepada 10% dan 6%. Cukai SST ini sangat berlainan dengan cukai GST. Masakan boleh….
Masakan boleh disamakan dalam iklan yang ditayangkan di media-media arus perdana sekarang ini? Kenapa membazir wang begitu sahaja sedangkan mesej yang disampaikan tidak tepat untuk difahami rakyat Malaysia?

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion : Sales Tax (Cukai Jualan) VS Cukai GST?

  • Cukai jualan dikenakan hanya pada nilai produk yang dikeluarkan kilang (contohnya RM0.30 x 10% = ?)
  • Manakala cukai GST dikenakan kepada harga produk yang dijual kalangan peruncit kepada pengguna (contohnya RM1.00 x 6% = ?)
  • Cukai jualan hanya hanya dikenakan kepada beberapa jenis barangan yang disenaraikan
  • Cukai GST, semua urusniaga akan dikenakan cukai kecuali beberapa jenis produk dan perkhidmatan yang dikecualikan
  • Tidak kiralah anda miskin, kaya, cacat, menganggur, tua,muda, lelaki, perempuan, penyokong Barisan Nasional, penyokong Pakatan Rakyat semuanya tidak akan terlepas dikenakan cukai
  • Beli kasut? Bayar cukai GST. Gunting rambut? Bayar cukai GST. Beli kereta? Bayar cukai GST
  • Contoh lain, peniaga restoran beli meja kena GST, bayar elektrik kena GST, beli tisu kena GST, sewa restoran kena GST, packaging baru yang. Semua ini menambah kepada kos operasi restoran. Jadi adakah harga makanan minuman masih sama selepas GST dilaksanakan kelak?
Dan Berita Semasa cukup kecewa bagaimana iklan yang terus menerus merendahkan tahap pemikiran rakyat Malaysia. Mengapa?
hutang negara
Sumber : BNM (Nilai hutang negara pada suku pertama 2014)
Berita Semasa tidak menafikan cukai GST adalah sistem cukai yang paling efisen untuk tujuan menambah jumalah pendapatan kepada negara. Tetapi mengapa sekarang?

Hutang Negara Malaysia 2014 RM677.736 Bilion VS GST 6% (Pendapatan Tambahan Kepada Kerajaan)

Mengapa disaat rakyat dihimpit kos sara hidup yang terus melonjak tinggi, mahasiswa yang tercari-cari peluang pekerjaan, nilai subsidi rakyat Malaysia ditarik sedikit demi sedikit, gaji dan pendapatan rakyat Malaysia tidak meningkat naik begitu ketara dan juga cukai pendapatan untuk rakyat tidak dikurangkan kadarnya bagi pertimbangan yang setara dengan pengenalan cukai GST sejumlah 6%. Mengapa memperkenalkan sejumlah 6% pada saat kerajaan mahu memperkenalkan GST? Mengapa?

Ada 3 Dna Dalam Ratu Dap Dyana Sofya Selamatkan Mah Siew Keong

Oleh Mummy Rokiah
PRK Teluk Intan berakhir meninggal bekas yang mendalam kepada generasi hadapan. Dyna Sofya ibarat ratu DAP dengan sikapnya yang lemah lembut ketika dilucahkan oleh musuh-musuh politik pro BN/UMNO.

Realitinya Dyana memiliki raut wajah yang sedikit manis berbanding dengan putri dan wanita UMNO yang kebanyakan obes dan bermake-up tebal. 

Tokoh ujikaji politik DAP ini berkata beliau akan terus melekat dalam DAP kerana DAP sudah seperti keluarganya. Menurut Dyana DAP telah berjaya membangkitkan rasa semangat sebagai rakyat Malaysia perasaan yang  tidak pernah beliau rasai selama ini.

Mungkin di dalam maksud yang lebih tepat DAP telah menyekolahkan beliau dalam ilmu politik yang sebenar dan tidak lain mahaguru nya ialah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. LKS dan LGE ternyata lebih berjaya mendidik ilmu politik beliau dari ibunya sendiri. Ibu nya Yammy Samat yang telah bertahun di dalam UMNO  gagal menyemarakakan darah UMNO di dalam jiwa Dyana.

Dyana masih muda, kini berusia 27 tahun masih ada banyak masa untuk mengambil alih kepimpinan DAP daripada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
 

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Panglima Qa'qa Bin Amar bersamaan 1000 mujahideen