Rabu, 4 Jun 2014
Analisis Awani: Menguruskan kemasukan pekerja asing
Restoran milik warga asing diserbu
RM50B aliran keluar wang pekerja asing
Dr M Ulas Isu Cadbury, Guru Berpolitik Rugikan BN
JPN tiada kuasa pinda status agama dalam kad pengenalan

Johann Noordin seorang Islam mengikut rekod JPN
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) menegaskan ia tidak mempunyai kuasa untuk meminda status
agama Islam dalam kad pengenalan mana-mana warganegara yang rekodnya
pada jabatan itu disahkan sebagai beragama Islam tanpa sebarang
pengesahan sebaliknya daripada Mahkamah Syariah.
Menurut JPN, sekiranya mana-mana individu mendakwa dirinya bukan beragama Islam tetapi rekod di jabatan itu mengesahkan beliau Islam, keputusan untuk meminda status itu adalah terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Jabatan Pendaftaran Negara bukanlah agensi yang memutuskan seseorang itu telah keluar daripada agama Islam," kata jabatan itu dalam sepucuk surat kepada Astro AWANI.
Kenyataan JPN itu adalah maklumbalas kepada aduan Johann Lim Noordin yang disiarkan oleh Astro AWANI pada 19 Mei lalu.
Lelaki yang didaftarkan dengan nama Johann Lim Noordin bin Billy Noordin itu mendakwa beliau tidak pernah menganut agama Islam dan mahu status agama Islam pada kad pengenalannya ditukar. Beliau mendakwa sudah mengemukakan permohonan kepada JPN sejak tiga tahun lalu.
"Kalau mahu saya bawa 100 saksi bahawa saya bukan Muslim, saya akan bawa. Kalau mahu saya bawa 200 saksi yang melihat saya ke tokong Buddha dan bersama, saya akan bawa. Kalau mahu saya bawa 500 saksi yang nampak saya makan makanan tidak halal, saya akan bawa.

Edaran akhbar kumpulan NSTP terjejas teruk

Edaran akhbar dalam Kumpulan The New Straits Times merosot teruk bagi
tempoh separuh kedua tahun lepas, demikian menurut angka yang
dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulations Malaysia (ABC).
Menurut angka yang dikeluarkan hari ini, jumlah nashkah akhbar-
akhbar kumpulan tersebut yang dijual di Malaysia Barat merosot lebih daripada 260,000 nashkah dari Jun hingga Disember 2013.
Edaran akhbar New Straits Times mengalami kemorosotan terbesar - merosot 32.78 peratus atau hampir 37,885 nashkah dari bulan Jun hingga Disember 2013.
Edaran edisi Ahad, New Sunday Times, juga merosot kira-kira 25 peratus kepada 98,776 salinan pada Disember 2013.
Edaran akhbar berbahasa Melayu kumpulan tersebut, Berita Harian dan Harian Metro juga merosot, masing-masing kira-kira 25 peratus dan 11 peratus.
Harian Metro pernah muncul sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya.
Pada bulan Disember 2013, edarannya ialah 342,689 nashkah, manakala jumlah edaran edisi Ahadnya merosot sebanyak 10 peratus.
Manakala edisi Berita Harian Ahad merosot lebih 26,000 nashkah (14 peratus).

Guru berpolitik hanya rugikan BN kata Tun M
GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru
kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan
merugikan parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.
"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.
"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi.

Pulak Dah..!!: 'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...' - Tun M

Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya.
“Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.
"Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain. Dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran," kata Mahathir.
Kenyataannya itu sangat berbeza dengan pendiriannya sebelum ini berhubung demonstrasi jalanan, yang menurutnya boleh mencetus rantaian rampasan kuasa dan ketidakstabilan.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang siswa dan penjawat awam di Universiti Islam Antarabangsa hari ini.
Saman Betul Atau Acah-Acah?
Perdana Menteri, Najib Razak dan UMNO akhirnya meneruskan tindakan saman
terhadap portal berita Malaysiakini atas penyiaran artikel yang
menghimpunkan komen-komen pembaca mengenai dirinya yang dianggap sebagai
fitnah dan menjejaskan reputasi peribadinya sebagai ahli politik,
Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Komen-komen yang dijadikan artikel itu diterbitkan pada 14 Mei itu adalah berkaitan krisis politik di Terengganu berikutan pertukaran jawatan Menteri Besar daripada Ahmad Said kepada Ahmad Razif Abdul Rahman dengan tajuk "A case of the PM reapings what he sows" dan "How much will Najib spend to keep Terengganu".
Najib dan UMNO sebelum itu telah menghantar notis tuntutan agar Malaysiakini menarik balik, memohon maaf dan tidak mengulangi penyiaran artikel seumpamanya di lain masa. Bagaimanapun Malaysiakini menolak tuntutan itu kerana ia bukan dasar yang biasa mereka amalkan, sebaliknya menawarkan Najib ruang untuk menjawab dan menjelaskan perkara yang sebenarnya.
Sebagaimana Malaysiakini menolak untuk menarik balik dan meminta maaf atas artikel yang telah disiarkannya, Najib juga memilih untuk menolak ruang menjawab yang diberikan oleh portal berita itu.
Lantaran itu, Najib yang memfailkan saman atas kapasiti peribadinya manakala Setiausaha Kerja UMNO, Abdul Rauf Jusoh mewakili UMNO, telah mengemukakan saman terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang, Stevan Gan dan Pengarang Fathi Aris Omar, atas penyiaran artikel tersebut.
Walaupun menjadi hak Najib untuk mengemukakan tindakan saman itu, tetapi mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran artikel berdasarkan pandangan dan luahan hati pembaca, samalah seperti cuba menyekat rakyat daripada menyuarakan pandangan mereka.
Lagi pula, jika pun pandangan pembaca itu tidak dijadikan berita, ia tetap juga boleh dibaca melalui ruangan komen pembaca yang memang disediakan oleh portal berita itu. Hampir semua portal berita juga sekarang ini menyediakan ruang untuk pembaca meluahkan pandangan, sesuai dengan konsep keterbukaan dan langit yang sudah lama terbuka.

Selepas kekang dengan akta, Najib beri tekanan dengan saman media

Tindakan saman ini disifatkan sebagai cubaan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pengamal media di negara ini.
Jurucakap Gerakan Media Marah (Geramm), Fazallah Pit ketika dihubungi mendakwa Najib sengaja menggunakan isu teknikal bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.
“Najib menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini.
“Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media,” tegasnya.
Malah Fazallah turut mempersoal mengapa Najib tidak menggunakan ruang yang diberi portal berita tersebut untuk membuat penafian terhadap artikel yang disiarkan.
“Kenapa beliau tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu?” soalnya.
Tindakkan saman tersebut difaikan di Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu oleh Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno.
Ia dibuat ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.
Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun depan.
Kementerian Tegur Guru: Tulisan di FB hak individu, kata NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran
apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook.
Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.
"(Tulisan)
Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh. (Kalau) dia
sentuh dia tak faham apa maksud kebebasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook.
Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek.
"Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi.
Bagaimanapun, guru berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika mereka memuatkan perkara yang bersifat menghasut.
Ditanya
mengenai seruan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor semalam agar para guru kembali ke pangkuan BN, Hashim
berkata perkara itu juga tertakluk kepada kebebasan individu.
Katanya, mana-mana guru yang berminat untuk menyertai politik boleh memilih parti yang disukai, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.
Namun, guru berkenaan perlu memastikan bahawa mereka kekal profesional pada setiap masa.
"Harap mereka profesional dalam perkara ini, jangan (biar) fahaman politik disalahgunakan masuk bilik darjah disebarkan masa mengajar, katanya.
Sekatan ke atas golongan guru dari menyertai politik secara aktif digugurkan pada tahun 2010.
Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.
Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook.
Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek.
"Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi.
Bagaimanapun, guru berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika mereka memuatkan perkara yang bersifat menghasut.
![]() |
Kalau Guru Jadi Macai UMNO@BN Semua Halal..!! |
Katanya, mana-mana guru yang berminat untuk menyertai politik boleh memilih parti yang disukai, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.
Namun, guru berkenaan perlu memastikan bahawa mereka kekal profesional pada setiap masa.
"Harap mereka profesional dalam perkara ini, jangan (biar) fahaman politik disalahgunakan masuk bilik darjah disebarkan masa mengajar, katanya.
Sekatan ke atas golongan guru dari menyertai politik secara aktif digugurkan pada tahun 2010.
KIDEX: S'gor sedia kerjasama dengan Suhakam...Lebuhraya termahal RM148 juta sekilometer..!!
Selangor sedia berbincang dengan Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia (Suhakam) jika organisasi itu mendapati terdapat
pencabulan hak asasi manusia dalam projek lebuh raya Kinrara-Damansara
Expressway (Kidex).
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian sewaktu ditanya mengenai kesediaan Suhakam untuk menyiasat sebarang pencabulan hak asasi dalam projek itu jika penduduk setempat tidak dirunding terlebih dahulu.
"Jika Suhakam rasa ia sebahagian daripada tugas mereka, kita berbesar hati untuk membuka pintu perbincangan," katanya pada sidang media di Shah Alam, petang ini.
Kidex adalah projek lebuh raya bertingkat sepanjang 14.9 kilometer dengan kos RM2.42 bilion.
Dengan jarak tersebut, Kidex adalah lebuh raya termahal di negara ini dengan kos purata RM148 juta untuk setiap kilometer.

Pesawat pejuang tercanggih AS, F-22 Raptor di Malaysia untuk latihan dengan TUDM

F-22 Raptor
Buat
pertama kali dalam sejarah, pesawat pejuang tercanggih Amerika
Syarikat, F-22 Raptor akan berlegar di ruang udara negara ini apabila ia
terlibat dalam latihan dengan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) menerusi Eksesais Cope Taufan 2014.
F-22 Raptor dan pesawat pejuang F-15C/D Eagle akan berada di Malaysia selama sebulan untuk latihan itu.
Ini adalah kali pertama pesawat pejuang generasi kelima Amerika
Syarikat terbang di ruang udara Malaysia dan Asia Tenggara dalam misi
latihan, walaupun sebelum ini ia pernah berada di Singapura untuk
pameran.
Walaupun diperakui sebagai sekutu paling rapat Amerika Syarikat di
Asia Tenggara, pesawat F-22 Raptor itu tidak pernah terlibat dalam
latihan dengan pesawat-pesawat Singapura, Filipina mahupun Thailand
setakat hari ini.
Pengumuman mengenai kehadiran Raptor di Malaysia itu dibuat oleh
jurucakap Barnes Air National Guard Kolonel James J. Keefe yang berkata,
sejumlah pesawat pejuang F-15C/D serta lebih 100 kakitangan daripada
unit 104th Fighter Wing telah berada di Malaysia sejak Sabtu lepas untuk
sesi latihan dengan TUDM.
Unit 104th Fighter Wing katanya, akan menyertai pesawat F-22 Raptor
daripada Massachusets Air National Guard yang telah berada di Malaysia
untuk latihan yang sama.
MH370: Petunjuk Terbaru Ini Bakal Merungkai Misteri Kehilangan
Sekumpulan saintis antarabangsa sedang mengkaji satu bunyi misteri
berfrekuensi rendah bawah laut yang dikesan pada masa yang sama ketika
pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dilaporkan dikesan
kali terakhir oleh radar satelit.
Ia percayai telah merentasi Lautan Hindi dan telah dikesan oleh dua alat
penerima (receiver) sekitar pesisiran pantai dan selatan Perth,
Australia, lapor laman berita United Kingdom, Telegraph.
Namun lokasi asal isyarat itu adalah hampir lima ribu kilometer dari
barat laut Australia, yang mana lokasinya tidak sama dengan lokasi
carian MH370 di Australia yang dibuat berdasarkan data satelit Firma
British, Inmarsat sebelum ini.
Walau bagaimanapun, kekuatan bunyi tersebut adalah di luar lingkungan pendengaran manusia.
Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli
Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.
Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus
peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak
8 Mac yang lalu.
“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari
pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan
kepada New York Times.
Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.
Sementara itu, dalam laporan yang sama dari Telegraph menyatakan bahawa
seorang wanita British, Katherine Tee, 41 memberitahu Thailand Gazette
bahawa dia dan suaminya ada terlihat sebuah pesawat terbakar ketika
belayar dari Lautan Hindi ke Thailand.
Tee mendakwa kejadian berkenaan disaksikan olehnya pada 8 Mac namun hanya membuat laporan mengenainya pada keesokan harinya.
“Ketika itu saya nampak sebuah pesawat terbakar, seluruh badan pesawat diselubungi api yang marak dan asap hitam berkepul-kepul.
“Saya fikir mungkin saya hilang akal seketika, objek tersebut menarik
perhatian saya. Ia kelihatan berwarna jingga terang dan bersaiz lebih
panjang dari kapal terbang biasa” beritahu Tee kepada Thailand Gazette.
Menurut Tee lagi, pada masa yang sama dia terlihat pesawat lain
berdekatan dan menyangka mereka pasti telah membuat laporan berkenaan
pesawat yang terbakar itu.
“Ada dua pesawat di bawah kapal terbang yang terbakar itu, dan mereka
bergerak ke arah lain ketika itu. Mereka mempunyai lampu navigasi
normal. Saya masih ingat ketika itu saya terfikir bahawa dua pesawat
tersebut pasti sudah melaporkan mengenai kapal yang terbakar itu” cerita
Tee lagi.
Pada 29 Mei, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) menyimpulkan
bahawa pesawat MH370 tidak hilang di kawasan empat isyarat ping dikesan
sebelumi ini.
Kawasan laut dalam di Lautan Hindi yang menjadi tumpuan operasi
pencarian pesawat MH370 selepas empat isyarat ping yang dipercayai
datang dari kotak hitam pesawat diiystiharkan sebagai bukan kawasan
pesawat MH370 hilang.~awani
PHUKET - THAILAND - Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
Katherine Tee , 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.
"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.
Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti menjadi gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."
Ketika kejadian, Tee sedang dalam pelayaran dari India ke Phuket. Turut sama belayar, suaminya, Marc Horn, 50. Tambah Tee, dia tidak memberitahu suaminya selepas melihat kejadian itu.
Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing. ~sinar
Cukai & GST: Presiden Cuepacs Baru Tahu Gomen UMNO@BN Ni Menambah Beban Penjawat Awam..!!!
Potong gaji cukai tambahan, tak kena masa
4 Jun 2014

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan Arahan CP38 (potongan cukai tambahan secara ansuran) bermula 16 Jun ini sebagai tidak kena pada masanya dan hanya menambah beban kepada penjawat awam.
Presidennya, Azih Muda berkata, kaedah Pemotongan Cukai Berjadual (PCB) sedia ada sudah cukup memberi tekanan kewangan kepada kumpulan pekerja ini yang menjangkau 1.4 juta orang.
"Cuepacs merasakan (PCB) yang sedia ada kepada penjawat awam masih belum selesai. Mereka dipaksa bayar awal kepada LHDN dan selaraskan kemudian. Kalau terlebih bayar, lambat pula dipulangkan.
"Kami merasakan dengan kekangan kos yang semakin meningkat dan pelaksanaan GST (Cukai Barangan dan Jualan) tak lama lagi, kerajaan (seharusnya) mempertimbangkan pelepasan cukai pendapatan sehingga gaji RM8,000 dalam bajet 2015," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam LHDN mengeluarkan kenyataan berhubung Arahan CP38 kepada majikan bertujuan melunaskan tunggakan cukai sedia ada.
Dalam kenyataan itu, LHDN berkata arahan itu akan dikenakan kepada 156,158 pembayar cukai individu melibatkan amaun tunggakan cukai berjumlah hampir RM418 juta.
Mengulas lanjut, Azih berkata lebih wajar jika tindakan itu ditangguh dan diperhalusi dahulu serta difikirkan semula sama ada ia benar-benar sesuai untuk dilaksanakan.
"Kerajaan minta tingkatkan produktiviti, prestasi, tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada mereka.
"Sedangkan golongan penjawat awam terpaksa memikirkan pasal harga rumah yang mahal, pendidikan anak-anak, kos sara hidup meningkat dan sebagainya," katanya. - Bernama
Penjawat awam sertai demo GST pengkhianat
1 Mei 2014
JITRA - Penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka hari ini dianggap sebagai pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat dalam perhimpunan yang menentang kerajaan itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.
"Sebelum ini saya sudah maklumkan bahawa penjawat awam tidak boleh terlibat dalam apa jua perhimpunan yang menentang kerajaan kerana mereka telah pun melafazkan Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan...jadi suka atau tidak mereka perlu akur.
"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini hari ini yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Azih berkata penjawat awam yang menyertai perhimpunan GST hari ini boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati bersalah.
"Jangan pula cakap mereka dianiaya sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Ini salah mereka sendiri kerana mahu menyertai perhimpunan ini sedangkan awal-awal lagi saya telah mengeluarkan kenyataan supaya penjawat awam tidak boleh turut serta.
"Perdana Menteri sentiasa membuka pintu kepada Cuepacs mendengar rintihan dan keluhan pekerja dalam sektor awam, yang mampu menyelesaikan sedikit sebanyak tekanan hidup dan melihat apa yang diperlukan dalam sektor awam. Jadi tidak perlu melibatkan diri dalam perhimpunan," katanya.
Beliau berkata Najib turut meminta penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan paling penting mengharapkan agar penjawat awam dapat membantu usaha menyuntik pendapatan negara bagi menampung kos sara hidup penjawat awam.
"Bagi meningkatkan pendapatan negara, produktiviti daripada semua penjawat awam diperlukan dan bagi mengekalkannya, semua pihak perlu menggembleng tenaga.
"Cuepacs dan kerajaan masing-masing mahukan sesuatu jadi di sini kita perlu bersama-sama berusaha untuk memenuhi kehendak satu sama lain," katanya. - Bernama
CUEPACS MAHU GAJI NAIK 30% HADAPI GST
Utusan Malaysia
Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my
20 /5/2014
Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my
20 /5/2014
LIMBANG 20 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan 30
peratus gaji penjawat awam bagi membolehkan mereka menikmati agenda dan
transformasi kerajaan dengan baik.Presidennya, Azih Muda berkata, kenaikan itu membolehkan penjawat
awam bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan
(GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April 2015.

Beliau berkata
demikian dalam sidang akhbar semasa menghadiri Seminar
Transformasi CUEPACS yang turut disertai Pengerusi CUEPACS negeri,
Cecilia Yong.Dalam perkembangan lain, Azih berkata, kerajaan dan
setiausaha
kerajaan negeri diminta melaksanakan segera 81 skim perkhidmatan untuk
penjawat awam di Sarawak kerana telah diluluskan pada 1 Julai
2013.Katanya, pelaksanaan itu adalah wajar kerana ramai penjawat awam di
negeri itu masih menunggu tarikh dan pelaksanaan sebenar skim tersebut.

Pada 22 November tahun lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali
Hamsa menyatakan bahawa kerajaan telah selesai melakukan kajian semula
terhadap 81 skim, membabitkan perkeranian dan penguat kuasa manakala 100
skim lagi sedang diteliti.
- Utusan
Peratus keluar mengundi rendah, faktor utama kalah di Teluk Intan

Hal ini telah dibangkitkan awal-awal lagi oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan diperkuatkan lagi oleh Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kiang Ming empat hari sebelum hari mengundi.
Dr Ong menekankan bahawa kadar pengundi yang keluar adalah faktor penting dalam menentukan menang-kalah calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Beliau menyebut bahawa sekiranya pengundi tidak terpanggil untuk keluar mengundi sepertimana yang terjadi dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor dan peratus keluar mengundi pula jatuh di bawah 65 peratus, DAP pastinya akan kehilangan kerusi Teluk Intan.
Lebih setahun lalu, dalam PRU ke-13, pengundi Teluk Intan keluar berbondong-bondong sehingga mencecah 80.6% berbanding sekadar 70% sewaktu tsunami politik Mac 2008 berlangsung. Namun kali ini, peratusan keluar mengundi hanyalah sekadar 67.4% dan menyebabkan Dyana tewas dengan majoriti yang begitu tipis.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dalam satu kenyataannya meluahkan keresahan beliau pada minit-minit akhir waktu mengundi 31 Mei lalu.
“Kami sangat bimbang apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya memberitahu pada saat-saat akhir, sebelum jam 5 petang, bahawa kurang daripada 70% pengundi Teluk Intan telah keluar mengundi,” kata Ahli Parlimen Seputeh itu.
Lim Kit Siang pula ketika ditemui memberitahu bahawa beliau optimis apabila melihat sekitar 10% pengundi keluar setiap jam sejak awal pagi sehingga waktu makan tengah hari.
MB: JAIS perlu dapat pandangan MMKN isu libat komuniti bukan Islam

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata JAIS perlu mematuhi ketetapan SOP (Standard of Procedure) yang disediakan dan tindakan akan diambil kepada mana-mana pegawai yang gagal berbuat demikian.
Katanya, Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan JAIS menjalankan pemeriksaan ke atas seorang wanita sewaktu majlis perkahwinannya baru-baru ini.
“Menurut JAIS itu bukan serbuan, menurut polis itu satu serbuan, menurut kami itu adalah perkara yang memalukan.
“Kita perlu ada sedikit rasa hormat kerana perkahwinannya biasanya adalah sesuatu yang besar,” katanya selepas mempengerusikan MMKN hari ini.
Terdahulu, beliau serta barisan anggota Exco yang lain mendengar penerangan daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIS berhubung pemeriksaan yang dijalankan di majlis perkahwinan wanita itu, Zarina Abdullah Majid.
Selepas perbincangan, Abdul Khalid berkata JAIS menyatakan kesediaan untuk membantu Zarina menyelesaikan masalah berhubung status agamanya.
“JAIS memaklumkan bahawa siasatan awal menunjukkan bahawa wanita yang terlibat didaftarkan atas nama Islam oleh bapanya atas faktor peribadi tetapi tidak pernah mengamalkan cara hidup dan ajaran Islam.
JAIS perlu berhemah, elak salah faham

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohammad Noor Manuty ketika dihubungi berkata ia perlu bagi mengelakkan berlakunya salah faham berkenaan Islam di kalangan orang bukan Islam.
Beliau dipetik sebagai mengulas insiden serbuan yang dilakukan JAIS di majlis perkahwinan bukan Islam di Petaling Jaya baru-baru ini.
“JAIS perlu lebih berhati-hati dalam membuat operasi membabitkan orang bukan Islam , kita dikuatiri akan timbul salah sangka.
“Mungkin dalam kes melibatkan permasalah akidah seperti ini, JAIS boleh menggunakan cara lain yang lebih berkesan berbanding melakukan serbuan di majlis perkahwinan tersebut,” jelasnya lagi.
KEADILAN berpendirian, untuk meleraikan hal-hal seperti ini secara tuntas dan jangka panjang, suatu mekanisme komunikasi yang berkesan berasaskan semangat muhibbah dan hormat-menghormati di kalangan rakyat Malaysia pelbagai agama, perlulah disuburkan.
“Tindakan segera yang bersifat terbuka, dengan mengadakan konsultasi dan dialog persefahaman, hendaklah digiatkan. Andai ada pihak yang dianggap melanggar peraturan dan undang-undang, biarlah pihak mahkamah yang memutuskan,”jelasnya.
Oleh itu, KEADILAN mencadangkan agar JAIS mewujudkan sebuah unit khas, bagi mengenalpasti kelompok-kelompok berisiko tinggi (yang dibawah kuasa dan tanggungjawabnya), supaya bertindak secara proaktif dan awalan.
MB: JAIS sedia bantu pengantin Hindu tukar nama
Kerajaan Selangor dan Jabatan Agama Islam
selangor (JAIS) sedia membantu pengantin perempuan yang mengamalkan
agama Hindu tetapi mempunyai nama Islam untuk menyelesaikan masalah
tersebut, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Setelah berbincang teliti isu tersebut, JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) menyatakan kesediaan untuk membantu wanita berkenaan selesai masalah status agama beliau.
"Dia boleh membuat pertukaran jika kita dapat selesaikan nama kepada nama yang beliau inginkan.
"Itu jika perlu diuruskan, kita akan uruskan," katanya dalam sidang media petang ini.
Ditanya jika bantuan yang dimaksudkan meliputi tindakan kerajaan Selangor menyokong permohonan pengantin itu untuk menukar namanya di Jabatan Pendaftaran Negara, Khalid menjawab: "Jika status itu memang patut diselesaikan, kita akan selesaikan".
Ahad lalu, JAIS menyerbu majlis perkahwinan Zarena Abdul Majid, 32, yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, seorang pemuda Hindu.
Masalah Zarena bermula apabila bapanya memeluk Islam dan ekoran tindakan itu, status agamanya dalam sijil kelahiran dan MyKad juga dirakam sebagai seorang Islam.

Zarena malu, sakit hati dengan tindakan JAIS

Laporan The Malaysian Insider menyebut, Zarena Abdul Majid, 32, berkata beliau berasa malu kerana tindakan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu malah menyebabkan tetamunya meninggalkan majlis tanpa menjamah hidangan.
“Kebanyakan tetamu saya terkejut dan meninggalkan majlis tanpa menjamah makanan. Sangat memalukan dan menyakitkan hati,” katanya.
Beliau juga kecewa kerana telah menghabiskan RM30,000 untuk majlis perkahwinan berkenaan, demi mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, seorang pemuda Hindu.
Katanya, beliau nekad untuk meneruskan upacara mengikut adat Hindu itu kerana tidak berjaya menukar status agamanya selepas membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk tujuan itu.
“Saya sudah tidak takut lagi. Saya sudah bosan dan tidak boleh tunggu lebih lama. Usia saya sudah meningkat dan saya mahu keluarga saya sendiri,” katanya seperti dipetik laman berita tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Zarena berusaha menggugurkan status agama Islam dalam kad pengenalannya sejak 2007 melalui proses di Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara.
MB: Serbuan JAIS memalukan, rosakkan majlis kahwin
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim
menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis
perkahwinan seorang pengantin perempuan beragama Hindu dengan nama
Islam sebagai "memalukan" dan "merosakkan majlis perkahwinan".
Beliau berkata demikian sewaktu ditanya jika kerajaan negeri menganggap tindakan JAIS menyoal siasat pengantin itu, Zarena Abd Majid, 32 tahun sebagai satu "serbuan".
"Menurut JAIS ia bukan serbuan, menurut polis ia satu serbuan, menurut kami ia perkara yang memalukan.
"Majlis kahwin adalah acara yang gemilang dan mereka sepatutnya tidak merosakkannya," kata Khalid pada sidang media di Shah Alam, petang ini.
Menurut Khalid, JAIS juga sudah diberi amaran agar memastikan serbuan pihak berkuasa agama Islam ke atas premis orang bukan Islam itu tidak berulang untuk kali yang keempat.

Cadbury: Jakim kata halal, rakyat tetap tolak
KUALA LUMPUR: Tindakan tergesa-gesa Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan status halal
dua produk coklat Cadbury tetap menimbulkan keraguan kepada pengguna.
Kajian undian Harakahdaily yang dilakukan mulai 2 Jun lalu mendapati 94.2 peratus tidak akan membeli produk tersebut walaupun ia telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sementara itu, 5.8 peratus pula akan membelinya berhubung kajian secara undian dengan soalan 'JAKIM sahkan tiada DNA Babi dalam coklat Cadbury. Adakah anda akan membelinya seperti biasa' membabitkan 1,828 pengunjung.
Jamil Khir yang mengumumkan status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat mengenai kandungan DNA itu.
Jakim sebelum ini mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.

NGO mahu mufti tampil jelaskan isu coklat
JMM ikrar pertahan individu bocor laporan 'coklat babi'
Coklat babi: Haram, halal, haram jadah, kata NGO
Dia dipecat dari Parti Keadilan Rakyat..!!
Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan
berkenaan beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota.
Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh
3hb Jun 2014 yang dipengerusikan YB DS Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN,
dan dihadiri anggota-anggota Biropolitik yang lain.
Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:
1) Sdr AZRAI BIN ABDULLAH (Cabang Hulu Langat)
Beliau telah menyalahguna kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan
sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.
Sdr AZRAI BIN ABDULLAH dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat.
2) Sdr JOL JOLHI BIN BEE (Cabang Batang Sadong)
Beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa
bertanding, dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu
proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.
Sdr JOL JOLHI BIN BEE akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.
3) Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU (Cabang Selayang)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31hb Mei 2014.
Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu
proses pengundian di Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.
Sdr SHANMUGANATHAN A/L VELU dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.
4) Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN (Cabang Selayang)
Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31hb Mei 2014.
Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu
proses pengundian di Cabang Selayang pada 11hb Mei 2014.
Sdr PATMANATHAN A/L NADARAJAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.
Sesi pendengaran bagi yang berikut telah diadakan pada 31hb Mei 2014.
Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden, Biropolitik telah
bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan
keanggotaan bagi:
5) Sdr NORIZAN BIN OMAR (Cabang Selayang)
6) Sdr AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)
Dato' Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN
4hb Jun 2014
Diantara Yammy dengan Dr Mahathir, Yammy lebih setia kepada UMNO
Aspan Alias
Hasil dari penyertaan Dyana Sofia
sebagai calon DAP dalam pilihanraya Teluk Intan yang baru selesai, ibu kepada
Dyana menjadi isu besar kepada UMNO. Ramai dari dalam UMNO mahu Yammy diambil
tindakan atau di pecat dari keahliannya dari UMNO. Yammy dituduh berkempen
habis-habisan untuk anaknya calon DAP itu dan kata mereka (UMNO) Yammy patut
dipecat dari parti kerana dikatakan sebagai ahli yang tidak setia kepada UMNO
itu.
Saya berpendapat kita wajar
memberikan definasi ‘setia’ itu dahulu. Kita mesti memahami apakah dia yang
dikatakan kesetiaan kepada UMNO itu sebelum kita menuduh Yammy sebagai tidak
setia kepada parti.
Bagi saya jika seseorang itu
setia kepada parti ia perlu menjaga kebersihan perjuangan parti itu. Bagi saya
seseorang ahli atau pemimpin UMNO yang rasuah dan salah menggunakan kuasa itu
juga adalah ahli atau pemimpin yang tidak setia. Seseorang yang setia tidak
akan melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa. Seseorang yang setia kepada
parti tidak akan membunuh partinya seperti yang berlaku kepada UMNO itu pada
tahun 1988 dahulu.
Bagaimana kita hendak menganggap
setia kepada UMNO itu jika mereka berunding untuk membunuh parti itu dan
menggantiklannya dengan parti yang baru? Yang lebih mengelirukan parti yang
baru itu menggunakan nama parti yang dibunuhnya. Katakan kepada saya, setiakah
pemimpin yang saya maksudkan ini?
Yammy tidak ada rekod meminta
UMNO asal itu dibunuh, malahan beliau telah bertungkus lumus bersama saya
semasa UMNO terbunuh itu untuk menghidupkan UMNO asal itu. Kami telah meminta
rakyat menyokong Semangat 46 yang menjanjikan untuk menghidupkan UMNO asal itu
jika mendapat mandate rakyat. Tetapi rakyat dikelirukan maka parti Semangat 46
tidak berjaya untuk memenangi pilihanraya 1990 dahulu untuk menghidupkan UMNO
yang dibunuh oleh mereka yang mengaku setia kepada parti itu.
Maka wujudlah parti baru yang
juga diberikan nama UMNO dan terus memerintah negara sehingga hari ini. Sejak
itu rasuah berluas-luasa dilakukan oleh pimpinan UMNO yang kini menuduh Yammy
Samat sebagai tidak setia. Kita tahu jika pemimpin UMNO itu rasuah maka itu
merupakan tindakan ‘insubordination’ terhadap UMNO kerana UMNO ditubuhkan untuk
melaksanakan pentadbiran negara yang baik pada asalnya.
Bagi saya apa sahaja tindakan
yang menghasilkan beliau menjadi seperti hari ini adalah disebabkan beliau
setia kepada UMNO dan menentang segala kemunghkaran politik dan ekonomi yang
dilakukan oleh pimpinan-pimpinan UMNO hari ini.
Setelah Dyanamania, kerajaan BN dijangkiti Dyanafobia
KUALA LUMPUR, 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu
menghentikan segera penyakit ‘Dyanafobia’ yang dialami kerajaan Umno BN,
seperti yang dilihat pada tindakan seorang pegawai kanan Kementerian
Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya
selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di
laman itu..
Guru terbabit juga diberitahu bahawa beliau akan dipantau ekoran tindakan itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengkritik tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu.
“Sangat ironi apabila ketika Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor menyeru para guru untuk kembali terlibat dalam politik di bawah BN, pegawai tinggi Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada seorang guru yang meletakkan poster kempen Dyana di Facebook.
“Adakah ini yang Najib maksudkan apabila beliau dengan penuh yakin berkata ingin menjadikan Malaysia ‘demokrasi terbaik di dunia’ – di mana guru hanya berhak terlibat dalam politik jika menjadi ‘penggerak utama’ BN dan bukannya Pakatan?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Saya ingin tahu sama ada Najib dalam mesyuarat kabinet esok (hari ini) akan menghentikan ‘Dyanafobia’ ini, atau beliau juga akan tunduk kepadanya,” katanya lagi.
Menurut laporan Malaysiakini semalam, pegawai khas itu mengaku bahawa beliau bertindak selepas menerima arahan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Khair Mohamad Yusof.
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, ketakutan terhadap Dyana Sofya adalah petanda paling jelas akan berakhirnya pemerintahan Umno BN di negara ini.

Kenaikan Harga Petrol & Diesel Dari Pelaksanaan GST Dan Rombakan Subsidi
Perancangan Barisan Nasional untuk melaksanakan rombakan sistem
subsidi petrol dan diesel seperti yang dilaporkan minggu ini akan
membawa kesan kenaikan harga barang berganda terutamanya apabila GST
dilaksanakan kelak.
Barang keperluan awam yang paling terkesan dengan keputusan melaksanakan GST dan merombak sistem subsidi ini tidak lain dan tidak bukan adalah petrol dan diesel; yang akan mengundangkan inflasi yang mendadak ke atas harga barang dan perkhidmatan yang lain.
Sehingga kini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak menafikan bahawa GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel.
Semakan ke atas Senarai Pembekalan Berkadar Sifar dan Senarai Pembekalan Dikecualikan seperti yang diisytiharkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais (senarainya disertakan bersama) menunjukkan bahawa petrol dan diesel tidak termasuk di dalam senarai pembekalan (iaitu barang atau perkhidmatan) yang berkadar sifar atau dikecualikan.
Ini bermakna petrol dan diesel akan dikenakan GST seperti barang dan perkhidmatan yang lain.
Walau bagaimana pun, saya mengesyaki Barisan Nasional akan berselindung di sebalik kurangnya pengetahuan rakyat mengenai pelaksanaan GST untuk mengelirukan rakyat seolah-olah harga petrol dan diesel tidak naik setelah pelaksanaan GST.
Ini boleh dilakukan oleh Barisan Nasional dengan cara berikut:
1. Mengekalkan harga petrol bersubsidi pada RM2.10 seliter dan harga petrol tidak bersubsidi pada RM2.80 seliter TANPA GST. Dengan cara ini, tidak ada sebarang perubahan harga petrol dan diesel yang perlu diumumkan; dan
2. Menetapkan peraturan supaya resit pembelian petrol dan diesel yang dikeluarkan pam minyak menyenaraikan harga TERMASUK GST
Ini bermakna pengguna akan mendapat isipadu petrol atau diesel yang lebih sedikit pada harga yang sama walaupun tiada sebarang kenaikan harga minyak akan diumumkan oleh Barisan Nasional.
Perbandingan ini boleh ditunjukkan di dalam jadual berikut (mengambil kira perbandingan bagi setiap pembelian RM50 petrol):

Isu cadbury: Tiada unsur sabotaj kata Timb Menteri
PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan menolak kemungkinan ada unsur sabotaj pada laporan awal mengenai coklat Cadbury.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah kenapa tempoh ujian itu mengambil masa yang lama.
“Kita tidak nampak ada unsur sabotaj. Bagaimanapun siasatan dalaman sedang dijalankan, termasuk kenal pasti kenapa ujian itu mengambil masa sehingga tiga bulan.
“Kita kecewa perkara itu didedahkan melalui saluran yang salah (iaitu laman sosial). Dalam siasatan, kita akan lihat semua sudut,” katanya selepas Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa 2014 semalam.
Dr Hilmi ditanya adakah kebocoran maklumat itu disebabkan ada pihak mahu menjatuhkan nama baik mana-mana pihak.
Sejak kelmarin, laman sosial heboh mengaitkan kes itu dengan tujuan menjatuhkan pihak tertentu apabila Felda Holdings Sdn Bhd antara syarikat yang disebut mempunyai pegangan saham dalam Cadbury.
Menurut Dr Hilmi, pada kebiasaannya sesuatu ujian itu hanya mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan pengesahan.
Pada 24 Mei lalu, kementerian itu mengesahkan terdapat DNA babi dalam dua produk coklat susu Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.
Berikutan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk tersebut sementara siasatan lanjut dijalankan.
Menurut laporan yang didedahkan di laman sosial, ujian ke atas dua produk itu dibuat pada 27 Februari lalu.

Subsidi: Golongan berpendapatan tinggi kena terima hakikat
CADANGAN
kerajaan untuk menghadkan pembelian bahan api bersubsidi hanya kepada
mereka yang berpendapatan kurang RM5,000 dan kenderaan kurang daripadda
2,000cc menimbulkan reaksi yang pelbagai. Reaksi itu kebanyakannya
datang daripada kumpulan kelas pertengahan yang purata pendapatan antara
RM6,000 hingga RM10,000.
Alasan
yang diberikan seperti biasa adalah alasan klise iaitu di Malaysia
sekarang gaji RM6,000 pun masih tidak cukup. Masih tidak mampu menampung
keperluan harian yang perbelanjaannya semakin meningkat.
Itu
alasan kumpulan tersebut yang bimbang jika langkah itu dilaksanakan
kerajaan mereka tidak lagi dapat menikmati minyak bersubsidi.
Tetapi
mereka tidak sedar bahawa tujuan kerajaan melaksanakan sistem subsidi
itu adalah untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang
mana dalam kes ini kemungkinan yang bergaji RM5,000 dan ke bawah.
Bagi
kumpulan yang gaji agak selesa yang mampu memiliki rumah dan kereta
lebih dari sebuah dan setiap tahun mampu melancong ke luar negara,
mereka kena sedar bahawa mereka kini sudah mampu berdikari tanpa perlu
bergantung kepada subsidi kerajaan.
Malah
ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendapatan tambahan dari rumah
yang disewakan, tetapi dalam hal membabitkan keperluan hidup sendiri
seperti petrol dan diesel mereka amat berkira.
Yang
menariknya, kumpulan ini langsung tidak berkira jika duit mereka itu
digunakan untuk urusan keseronokan dan hiburan. Sebab itu mereka mampu
melanggan pakej maksimum rangkaian televisyen berbayar yang yuran
bulanannya ratusan ringgit.
Mereka
juga tidak berkisah untuk membayar bil-bil telefon yang digunakan untuk
melayari media-media sosial. Tetapi apabila membabitkan bahan keperluan
seperti petro dan diesel rungutan demi rungutan muncul.
Sebenarnya,
pengurangan dan penghapusan subsidi oleh kerajaan itu perlu digunakan
oleh golongan kelas menengah ini untuk berjimat cermat dan berbelanja
ikut kemampuan.
RON95 naik 20 sen tahun ini?

Petrol RON95 dijangka naik sebanyak 20 sen pada tahun ini daripada RM2.10 kepada RM2.30 setiap liter.
China Press melaporkan, mengikut rancangan kerajaan, subsidi perlu dikurangkan setiap tahun dan RON95 juga tidak terkecuali.
Sumber memberitahu, Pilihan Raya Umum Ke-13 mendorong kerajaan
menundakan rancangan kenaikan harga RON95 kepada 3 September 2013 iaitu
daripada RM1.90 kepada RM2.10 satu liter.
"R0N95 dijangka naik sebanyak 20 sen pada tahun ini, ia merupakan
sebahagian daripada rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan," katanya
kepada China Press.
Kerajaan pada 12 Mei 2009 memperkenalkan RON95 menggantikan RON92.
Harga RON95 pada masa itu ialah RM1.75 seliter tetapi dinaikkan kepada
RM1.80 pada 1 September 2009.
DNA babi: Nak selamatkan syarikat atau umat Islam?
ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz
Omar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan
penjelasan tentang kekeliruan yang timbul ekoran pengumuman terbaru
berkaitan dua produk coklat susu Cadbury Roast Almond dan Hazelnut
disahkan tiada DNA babi.
Menurut
Mahfuz, walaupun Jakim membuat mengesahan tersebut, sampel yang diambil
oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini adalah daripada pasaran,
manakala yang diambil oleh Jakim pula adalah terus dari kilang seperti
yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Jamil Khir Baharom.
"Kita mahukan penjelasan dari Jakim memandangkan terdapat kekliruan di sini. Kita mahukan kepastian bilakah trikh sampel itu diambil dari kilang, adakah selepas isu ini timbul bila Kementerian Kesihatan meembuat pengumuman terdapat DNA babi atau sebelum daripada itu lagi.
"Kalau sebelum terbit isu pendedahan dari Kementerian Kesihatan, ada kemungkinan kita boleh terima. Kita bimbang sekiranya sampel ini diambil terus dari kilang selepas isu ini timbul, sudah tentu kilang buat pembesersihan dan bila Jakim datang ambil sampel mereka akan berikan sampel yang bersih atau yang baru dan tiada DNA babi, perkara ini yang Jakim kena jelaskan," ujarnya pada sidang media di Markas PAS Kawasan Pokok Sena, semalam.
Mengulas lanjut, Mahfuz juga mahukan penjelasan sama ada selepas pengumuman terbaru yang dibuat Jakim, maka Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan mereka sebelum ini.
Katanya, perkara ini penting kerana ianya akan terus menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam di negara ini.
"Bila Jamil Khir kata ada banyak makmal di negara ini dan hanya makmal kimia di Petaling Jaya yang diiktiraf Jakim, adakah Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan sebelum ini atau mereka mengatakan tidak ada DNA babi. Keraguan ini akan berterusan menghantui orang Islam, satu kata ada, satu lagi kata tak ada.

Skandal Subsidi Minyak: Najib terus pekakkan telinga?
Oleh Zulkifli Yahaya
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) bertanggungjawab terhadap skandal s
ubsidi minyak yang menyebabkan rakyat Malaysia menanggung kos berjumlah RM131.3 bilion pada tahun 2010.
Ani yang memilih untuk melepaskan jawatan beliau daripada menandatangani perjanjian berat sebelah, yang melihat penciptaan generasi pertama IPP, seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff semasa pentadbiran Mahathir.
EPU memaksa Tenaga untuk membeli kuasa daripada pengeluar bebas elektrik (independent power producer – IPP), yakni Genting Sanyen, sebanyak 14sen/kWh walaupun terdapat penawaran sebanyak 12sen/kWh; dan IPP mengenakan bayaran sebanyak 16sen/kWh.
Rupa-rupanya “black out” di seluruh negara pada tahun 1992 adalah sengaja dirancang untuk mewujudkan IPP. Jika kita masih ingat black out tersebut telah menyebabkan kematian apabila sebuah keluarga menggunakan generator sebagai alternatif ketiadaan bekalan elektrik.
Asap tebal generator telah menyebabkan berlaku kematian.
Kerugian besar yang dialami oleh syarikat swasta, rakyat dan kematian adalah harga yang dibayar untuk mewujudkan IPP.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan bahawa khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak.
Individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah. Individu itu berhutang dengan bank tetapi merundingkan penyelesaian dengan Umno. Begitulah mudahnya penyalahgunaan kuasa dan kedudukan mengambil tempat dalam kebanyakan penyelesaian kewangan di bawah BN.
Tanpa berselindung, Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.
Pendedahan lebih besar yang berlaku sebelum itu ialah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan berlaku selepas 29 tahun peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali.
Dalam Wikipedia juga peristiwa Memali dicatatkan.
“Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China,” dan kini terbukti laporan itu salah.

PRK TELUK INTAN: Inilah Yang Umno Suka...
Oleh kopiahijau
"PRK Teluk Intan telah berlalu. Semua dah tahu akan keputusannya yang tidak memihak DAP. Episod salah menyalah dalam PR
sudah
bermula dengan serangan YB Gobind terhadap PAS. Bagi penyokong
PR..episod ini kalau tidak di selesai secara baik akan memburukkan
keadaan.
Media BN sudah mulakan gendangnya. Jika ini berterusan PRU14 jangan harap PR nak tawan Putrajaya...objektif UMNO memburukkan DAP sangat berjaya.
Walaupun sambutan ceramah di Teluk Intan dikuasai PR. cybertrooper UMNGOK juga dilihat sangat bersemangakali ini sehingga sukar menangkis persepsi buruk terhadap DAP. Apa sahaja peluang yang ada di belasahnya sehingga menjejaskan peluang calon muka baharu DAP untuk.menang disitu. Dimana silapnya hingga berlaku begini.
Kita tidak nafikan kesungguhan PR untuk kekalkan kemenangan disini namun apakan daya keputusan ini perlu ditelan walaupun pahit. Apa yang penting bagi PR ialah perlu duduk semeja dan bincang bersama.
Saya tidak pasti pimpina PAS Kelantan ada atau tidak semasa di PRK TELUK INTAN....jika tiada atau kurangnya sokongan pimpinan PAS di PRK ini maka persepsi pihak lawan terhadap isu isu yang dimainkan oleh puak BN sememangnya ada kebenaran. Amat malang jika episod ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian segera.
Kami pendokong PR melihat pihak UMNO cukup gembira dengan situasi ini..inilah yang mereka mahukan sebenarnya...oleh itu lakukanlah post mortrm yang terbaik supaya episod duka sementara PRK Teluk Intan tidak berulang lagi..rakyat seolah tidak kisah apa yang kerajaan buat..GST.RASUAH, PEMBAZIRAN dan banyak isu nasional dipekakkan oleh rakyat yang kurang bermaklumat..apa apa pun syabas buat semua petugas PR yang berjuang dengan penuh keikhlasan tanpa jemu...wallahualam.

1MDB: Yang tidak kita ketahui, dan yang tidak pula kita peduli......!!

Tahukah anda lagi bahawa 1MDB kini dibebani hutang bernilai lebih USD11 bilion atau RM30 bilion? Dan tahukah anda juga bahawa hutang berbilion ringgit ini dijamin separuhnya oleh Kerajaan Malaysia?
Sebagai marhaen yang tidak pandai bab-bab wang ringgit dan bisnes, apalah yang kita tahu soal dana kekayaan negara. Namun apabila dikhabarkan bahawa semua ini ada kaitannya dengan hutang negara yang kian memuncak dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mungkin banyak antara kita yang mula tersentak.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita berbincang seketika mengenai dana kekayaan negara atau yang disebut dalam bahasa Inggeris ‘sovereign wealth fund’.
Di seluruh dunia, dana kekayaan negara ini adalah dana yang dimulakan dengan keadaan sesebuah negara itu tidak mempunyai hutang. Ia ditubuhkan dengan dana daripada belanjawan lebihan, dan selalunya apabila sesebuah negara itu bergantung kepada eksport barang mentah seperti minyak.
Setakat itu sahaja kita boleh faham bahawa dana kekayaan negara ini adalah a) milik negara, dan b) negara dalam keadaan kaya, tidak berhutang.
Namun berbeza dengan negara-negara lain itu, 1MDB wujud dalam keadaan hutang negara berada pada tahap 53.8% daripada KDNK sekadar kurang 1.2% daripada kadar hutang yang dibenarkan undang-undang, iaitu sebanyak 55% daripada KDNK.
KDNK ini benda apa pula? KDNK ini singkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Gross Domestic Product. Ini nilai yang digunakan untuk mengukur ekonomi sesebuah negara berdasarkan nilai keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam satu-satu masa.
Ukuran KDNK ini pula meletakkan, secara asasnya negara manakah yang lebih kukuh ekonominya dari segi hasilan tahunan. Sebagai contoh mudah, berdasarkan bacaan Bank Dunia pada tahun 2012, Singapura dan Brunei meninggalkan Malaysia jauh di tangga ke-4 dan ke-5 berbanding kita yang berada di tangga ke-48 dalam hal KDNK ini.
Maka asasnya sekarang ialah, Malaysia punya KDNK yang tidak seberapa; dan nisbah hutang negara kepada KDNK itu pula sudah lebih daripada separuh. Negara yang ekonominya sedemikian rupa boleh dibandingkan dengan rakyatnya yang siang malam membanting tulang bekerja hanya untuk membayar hutang-hutang kereta, rumah dan sebagainya. Kata pepatah moden, “Gaji, dari bank kau datang, kepada bank kau kembali.”
Dalam keadaan ekonomi yang sedemikian itu, Perdana Menteri kita yang bijak bistari, Datuk Seri Najib Razak, membuat keputusan untuk menubuhkan 1MDB, sejajar dengan penjenamaan semua benda dengan kalimat 1Malaysia. 1MDB disebut sebagai makhluk hybrid antara dana kekayaan negara dan syarikat pelaburan swasta.
Umno serlah politik kuno, Ku Nan mahu guru jadi propaganda

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata kenyataan terbaru Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam menyerlahkan politik kuno Umno-BN yang diamalkan sekian lama.
Katanya, keadaan ini sama sekali tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara selain bertentangan dengan falsafah asas atau raison d’etre Pelan Pembangunan Pendidikan.
“Hingga ke hari ini hanya ahli-ahli politik Umno-BN yang punyai ‘kuasa’ untuk memasuki sekolah-sekolah, sedangkan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) dihalang walau untuk program kebajikan.
“Oleh itu, ketidakadilan yang wujud akan bertambah teruk apabila guru-guru yang berpihak kepada Umno-BN mungkin akan menerima layanan yang baik.
“Manakala yang berpihak kepada PR atau tidak mahu berpihak pula mungkin ditukar tempat kerja, dilambatkan kenaikan pangkat atau lebih teruk dari itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, dalam satu Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, Tengku Adnan menggesa para penjawat guru kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) dan berkata keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan.
Tengku Adnan juga berkata guru yang tidak menyertai politik boleh melemahkan BN kerana golongan itu sejak awal lagi merupakan penggerak parti.
Fitnah Yammy: Ahli Parlimen Langkawi dakwa FB diceroboh

Nawawi ketika dihubungi berkata, sepanjang minggu lalu beliau berada di China dan tidak mengakses akaun Facebook kerana ia disekat di negara itu.
“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.
“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.
“Saya tak pasti ini kerja siapa... sebelum itu saya sudah tukar password dan tiada siapa pun tahu password Facebook saya,” katanya.
Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Yammy, beliau enggan memberi sebarang komen kerana akan berbincang perkara itu dengan peguam terlebih dahulu.
Falling flat on a pretty face
DAP's loss of Teluk Intan was the price it paid for over-confidence.
Preliminary analyses of the Teluk Intan by-election indicate a silver lining in DAP’s loss of the seat as there seems to be a 3% increase in Malay support for the Chinese-dominated party compared to the outcome in the 13th general election.
Nevertheless, an important question to ask is: Why did so many voters from the other major races decide to vote for BN this time around? Chinese support for DAP plunged by 15% and Indian support by 10%.
At first sight, the strategy of fielding Dyana Sofia Mohd Daud for the race seemed a brilliant move to prove that DAP is indeed a multiracial party. Although a political greenhorn, Dyana was the ideal Malay candidate to win a seat that the party was already confident of retaining, considering the large majority it got in the general election. Who could be more Malay than a graduate of UiTM and a member of an Umno household? And she’s pretty to boot.
Unfortunately, that face alone was not enough to help her win the seat although it must have mesmerised some of the attendees at her campaign rallies.
More unfortunate still, DAP did not seem informed enough about her past affiliations.
For starters, the ambitious young woman started getting involved in politics as a member of the BN Supporters’ Club and her decision to switch sides could be construed as lack of loyalty. In this connection, it must be highlighted that Perak is unique in that voters there have learned to be extra vigilant because they paid a hefty price for choosing perfidious characters in the 12th general election.
Additionally, Dyana was observed to be inconsistent in responding to allegations that she played an active role in Perkasa. After vehemently denying that she was not affiliated with the group, she admitted that her mother was a member.
Not many voters have forgotten that Ibrahim Ali won his former Pasir Mas seat on a PAS ticket and Zulkifli Noordin was a founding member of PKR.
A vague manifesto
Langgan:
Catatan (Atom)