Selasa, 3 Jun 2014

PKR persoal menteri Umno minta guru sokong BN

PKR mempersoalkan tindakan pemimpin BN yang meminta golongan guru kembali memberi sokongan kepada parti perikatan itu pada pilihan raya akan datang.
 
Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil mendakwa gesaan itu menunjukkan Umno-BN semakin ketinggalan dalam politik baru di negara ini.
 
"Kenyataan Tengku Adnan tidak lain dan tidak bukan merupakan langkah untuk menjadikan guru-guru ejen propaganda Umno-BN.
 
"Perkembangan itu tidak sihat untuk masa depan pendidikan negara, malah bertentangan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dicanang menterinya," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
 
Mengulas lanjut, Fahmi mendakwa Umno mengamalkan sikap pilih kasih dengan memberi layanan baik terhadap penjawat awam yang menyokong perjuangan parti pemerintah itu.
 

Skrip Penamat Drama Cadbury

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata laporan awal tersebut tidak tepat dan penyebarannya secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat yang majoriti beragama Islam di dalam negara.
"Kami akan membuat siasatan dalaman.
"Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, pagi ini.

Kenapa Tengku Razaleigh Diketepikan Sempena 40 Tahun Hubungan Malaysia - China?

Minggu lalu Perdana Menteri, Najib Razak mengadakan lawatan enam hari ke negara China. Selain lawatan itu bertujuan merapatkan hubungan diplomatik, perdagangan dan sosio-budaya antara Malaysia dengan China, tujuan besar lawatan kali ini ialah untuk meraikan 40 tahun terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua negara.

Memandangkan permetraian hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China diadakan pada 31 Mei 1974 oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri ketika itu bersama Perdana Menteri China, Zhou Enlai, kunjungan Najib selaku anak Tun Razak untuk meraikan hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu tentulah besar ertinya.

Ia bukan saja sesuatu yang manis dan membanggakan negara, bahkan juga tentunya turut menyentuh perasaan Najib sendiri kerana dapat melihat sendiri kejayaan yang telah diasaskan oleh bapanya dan beliau menjadi penyambungnya pula ketika ini.

Ketika lawatan itu baru dua hari berlangsung, negara dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah di IJN, Kuala Lumpur. Najib segera kembali ke tanahair untuk memberikan penghormatan terakhir di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan pentingnya lawatan ke China itu dapat dilihat apabila Najib kemudiannya kembali semula ke China untuk menyambung aturcara lawatannnya.

Kalaulah lawatan dan hubungan dengan China itu tidak penting, sudah pastilah Najib terus saja berada di Kuala Kangsar sehingga upacara pengkebumian Almarhum Sultan Perak selesai dan menyerahkan kepada menteri-menteri yang mengikuti rombongannya meneruskan program seterusnya.

Tetapi kerana pentingnya hubungan yang telah terjalin selama 40 tahun itu kepada kesejahteraan negara, di samping ada nilai sentimental kepada dirinya selaku anak kepada Tun Razak, maka Najib kembali menyambung acara lawatannya setelah beberapa jam meninggalkan untuk menziarahi Almarhum Sultan Perak.

Pemuda Umno pelawa Dyana Sofya..!! Ha..ha..ha...

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi 
IPOH - Pemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.
 
Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.
 
"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.
 
"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.
 
Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
 

Sistem baru subsidi minyak tambah beban rakyat

minyakKUALA LUMPUR 3 JUN: Kerajaan digesa membentangkan cadangan sistem subsidi baru petrol dan diesel di Parlimen untuk dibahaskan bagi mengambil kira bebanan rakyat yang sedia terbeban akibat menanggung kenaikan harga barang, sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Dalam keadaan harga barang terus meningkat dan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel sudah tentu akan mempunyai kesan berganda kepada harga barang.
“Rakyat perlu diberikan masa secukupnya, sekurang-kurangnya setahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru ini berkuatkuasa, mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barang-barang keperluan lain,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Jadi Barisan Nasional (BN) wajar membentangkan cadangan rombakan sistem ini ke Parlimen sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya lagi dalam kenyataan.
BN dilaporkan kini sedang memuktamadkan satu sistem subsidi baru petrol dan diesel untuk golongan tertentu mengikut kadar pendapatan.
Setakat ini, laporan menyebut jumlah pendapatan yang dipertimbangkan adalah RM5,000 ke bawah, manakala individu berpendapatan lebih RM10,000 sebulan perlu membeli pada harga pasaran.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga bimbang kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka.
“Saya khuatir sekiranya sistem baru subsidi ini tidak diperhalusi dan dibincangkan secara terbuka, apabila dilaksanakan kelak ia

MORRIS MINOR BAHSIN

‘Morris Minor’ adalah jenama kereta buatan British. Entah ada lagi ke atau tidak kini kereta yang berjenama sedemikian aku tidak berapa tahu. Di Malaysia kini sudah tidak lagi kelihatan kereta berjenama sedemikian. Namun waktu dulu-dulu, dalam tahun-tahun 50an dan 60an, jenama ‘Morris Minor’ sangat terkenal di Malaya, terutama zaman sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.
Bahsin pula nama orang. Aku panggil Pak Bahsin. Pelik juga nama itu. Orang kampung aku sememangnya suka memanggil nama yang pelik-pelik, walaupun dalam daftar kelahiran seseorang itu memiliki nama yang mirip nama-nama yang berunusr keislaman. Maka terdapatlah nama-nama seperti Kun ( atuk aku sebelah bapa), Putih (atuk aku sebelah emak) Pandak Kunut, Uda Dasar, Yeop Kentin, Pandak Iring, Tek Putik, Kontak, Pandak U, Ngah Saja dan banyak lagi. Jadi Bahsin adalah nama gelarannya di kampung. Dan aku tidak tahu pula nama sebenarnya.
Pada awal 1950an, yang ada memiliki kereta di kampung aku (sebenarnya bukan kampung aku pun) ialah Pak Bahsin. Dia memiliki Morris Minor. Yang aku dapat bayangkan sehingga kini ialah keretanya beratapkan kain dan dindingnya hanya separuh sahaja. Roda keretanya seperti roda basikal. Maksud aku berjejari. Bukan seperti kereta sekarang ini. Bayangkanlah…..
Aku tidak pernah menaiki kereta Pak Bahsin. Mendekatinya pun aku ‘takut’ kerana Opah melarang aku berbuat demikian, takut tercalar ataupun rosak keretanya nanti. ‘Kita bukan ada duit nak ganti’ kata Opah. Dan Pak Bahsin boleh dikatakan orang berada di kampung Sungai Ati. Berniaga. Dia ada sebuah kedai runcit dan di situlah orang kampung mendapatkan barang keperluan. Ini termasuklah para penduduk dari kampung aku yang bersebelahan dengan Kampun Sungai Ati.
Tidak seorang pun penduduk kampung aku yang memiliki kereta, walaupun seperti kereta Pak Bahsin. Miskin belaka. Mungkin ada juga agaknya yang mampu membeli kereta tetapi disebabkan ketiadaan jalan merentasi kampung aku, maka tentulah tidak ada penduduk kampung aku yang menggunakan kereta. Jalan yang ada pada ketika itu hanyalah jalan untuk pejalan kaki ataupun boleh digunakan oleh basikal. Dan secara kebetulan pada ketika itu, basikal pun belum banyak digunakan di kampung aku. Kebanyakan orang kampung berjalan kaki sekiranya untuk pergi ke bandar yang berhampiran, Padang Rengas. Di Perak ler tu..

Mansuh 2 tol Shah Alam hanya gimik Umno Selangor


KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi jaminan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat untuk memansuhkan dua plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam hanya gimik politik.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, V Ganabatirau, berkata tindakan itu juga dipercayai turut mempunyai kaitan dengan tekanan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini yang berulang kali menggesa supaya dua plaza tol di lebuh raya berkenaan dimansuhkan segera, lapor Selangor Kini.

Baginya, Noh hanya meneruskan gimik Barisan Nasional (BN).

Beliau percaya perkara itu berpunca daripada tekanan PR yang memaksa Kerajaan Pusat mengkaji semula pemansuhan tol berkenaan.

“Mungkin Noh juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menaikkan namanya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Pakatan perlu jauhi sindrom tuding jari - Dr Dzulkefly

"Jangan tembak menembak dan salahkan antara satu sama lain," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad. 

pakatan gePETALING JAYA: PAS gesa bedah siasat dibuat terhadap punca kekalahan Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya kecil Teluk Intan Sabtu lalu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata bedah siasat perlu dijalankan secara komprehensif.
Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku semasa PRK tempoh hari pastinya melakar sejarah di dalam arena politik di mana keberanian seorang calon wanita muda golongan profesional, yang ditampilkan untuk menandingi seorang ahli politik veteran.
“Apapun faktor kejayaan mahupun kekalahan hanya boleh disebutkan berdasarkan kajian pengetahuan bukan secara lontaran analisa dari kerusi-kerusi empuk.
“Jangan tembak menembak dan salahkan antara satu sama lain,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr. Dzulkefly menambah pihak Pakatan Rakyat tidak wajar berterusan berada dalam keadaan menuding jari.
“Lebih wajar bagi Pakatan Rakyat untuk terus mengukuhkan perpaduan dan kita akan terus bina kekuatan.
Apapun yang telah dapat dijayakan oleh calon kita di Teluk Intan dan khususnya dapat menggamit sokongan rakyat di sana sepanjang tempoh berkempen, itu sudah cukup membanggakan,” katanya..
Dalam PRK tersebut, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menang dengan majoriti 238 undi selepas memperoleh 20,157 undi berban­ding Dyana Sofya 19,919 undi.

Projek 4A: Lagi runding terus untuk kroni - Dr Dzulkefly

KUALA LUMPUR: PAS menyelar tindakan kerajaan yang menganugerahkan Projek 4A, penjanaan berskala besar melalui rundingan terus kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Projek 4A  yang  menggunakan kombinasi melalui gas dengan bermula 1,100 mega watt juga akan diberi secara runding terus tidak lama lagi.

"Kaedah ini sangat menjengkelkan pemain-pemain IPP dalam sektor penjana bebas ini.

"Apabila kita mempersoalkan mengapa rundingan terus, alasan kerajaan adalah keperluan mendesak," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Bagaimanapun, Dzukefly menyangkal kononnya rundingan terus dibuat bagi mengelakkan berlakunya 'outages', ini kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai simpanan margin yang cukup selain mempunyai janakuasa tenaga yang lain.

Malah katanya, Perdana Menteri Najib Tun Razak masih gagal memberi komitmen untuk mengamalkan tender terbuka khususnya dalam industri berkala besar ini.

Misalnya kata beliau, Projek 3B oleh Suruhanjaya Tenaga yang menjana arang batu sebesar 2,000 mega watt yang kononnya diberi secara tender terbuka akhirnya menimbulkan kontroversi.

"Di mana projek itu diberikan kepada 1MDB walaupun membida dengan harga yang paling rendah, tetapi diberi kelebihan dari sudut teknikal," katanya.

Sistem baru subsidi minyak bakal tambah derita rakyat - Rafizi Ramli

Rafizi1-179x300SHAH ALAM, 3 JUN: Barisan Nasional (BN) digesa supaya membentangkan segala butiran berhubung sistem baru subsidi petrol dan diesel yang diwar-warkan selain membahaskannya di Parlimen sebelum sebarang keputusan diambil.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata ia bagi memastikan keputusan yang bakal dilaksanakan itu tidak memberi kesan mendalam kepada rakyat di negara ini.
Katanya, sebarang perubahan drastik terhadap harga petrol dan diesel pasti memberi kesan berganda kepada harga barang terutama rakyat kini berdepan pelbagai kenaikan barangan dengan tangga gaji masih belum berjaya dilonjakkan.
“Rakyat perlu diberi masa yang cukup sekurang-kurangnya satu tahun untuk memberi pandangan sebelum sistem baru subsidi petrol dan diesel ini berkuatkuasa dengan mengambil kira kesusahan yang dialami rakyat akibat kenaikan harga petrol, elektrik, gula dan barangan keperluan lain.
“Saya kerap kali memberi amaran kepada BN supaya sebarang keputusan yang membabitkan kebajikan rakyat perlu dibincangkan dan mengambil pandangan umum supaya keputusan itu tidak membelakangkan hasrat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, kemungkinan wujudnya pasaran gelap petrol dan diesel jika sistem baru subsidi itu tidak diperhalusi serta dibincangkan secara terbuka.
Katanya, tindakan itu sudah tentu akan menimbulkan masalah baru yang lebih besar daripada penyeludupan sedia ada kerana membabitkan lebih ramai orang dan rakyat biasa.
“Jika ini berlaku, kumpulan yang dibenarkan membeli petrol dan diesel pada harga subsidi boleh membeli secara kerap dan menyimpannya kemudian menjual kepada ejen pasaran gelap pada harga yang lebih tinggi.

Teachers encouraged to not get involved with politics - Deputy minister of education

Pemberian projek 4A tidak telus - Dr Dzul

Ancam bakar pejabat DAP: Umno tunggu laporan polis

Najib, Umno sue Mkini over readers' comments

Umno rayu guru kembali berpolitik bila dah terdesak

Umno keluar surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana

Umno beri ibu Dyana Sofya surat tunjuk sebab, kata Ku Nan

Umno memberi surat tunjuk sebab kepada ahlinya, Yammy Samat hari ini kerana menyokong anaknya Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei lalu.


Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah menulis surat tunjuk sebab itu kepada Yammy mengapa beliau tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari Umno berkaitan tindakannya dalam PRK Teluk Intan.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur hari ini, Tengku Adnan berkata, dalam surat itu, beliau juga berkata pihaknya menyedari calon (yang bertanding menentang BN) adalah anak perempuannya, tetapi parti mempunyai disiplin.

Yammy, yang merupakan ahli veteran Umno, mempunyai tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Selepas itu, kata Tengkuk Adnan, sama ada Yammy menjawabnya atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan Umno sebelum ia dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno.

"Majlis Tertinggi Umno kemudiannya akan memutuskan apakah tindakan yang akan diambil," katanya.

Tudung Fareeda: Kegilaan melampau, sanggup jadi gelandangan - Naib Presiden ABIM

Fadhlina Sidek ABIMSHAH ALAM, 3 JUN: Sikap orang ramai yang sanggup menjadi gelandangan hanya kerana ingin mendapatkan tudung jenama Fareeda dilihat sebagai satu sikap keterlaluan, tidak masuk akal dan sangat dikesali.
Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata Islam sebenarnya memberi garis panduan yang begitu mudah untuk diikuti dalam menutup aurat di kalangan wanita.
Katanya, kegilaan itu nyata tertumpu kepada nilai fesyen yang diketengahkan jenama tudung berkenaan sahaja dan bukan bagi memenuhi tuntutan syariat Islam.
2012-12-02 13.13.07“Sebenarnya mahu berfesyen juga tidak salah dalam Islam tetapi harus selaras dengan syariat dan tuntutan iaitu tudung tidak boleh jarang, tidak pendek dan menutupi dada.
“Mungkin peminat tudung ini juga melihat jenama ini sebagai trend hingga mereka menjadi begini obses. Apapun, saya melihat semua ini sebagai satu sikap untuk berlebih-lebihan dan tidak munasabah,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau dihubungi bagi mengulas pelancaran terbaru koleksi Fareeda yang menarik ribuan peminatnya beratur di butik itu semalaman bagi mendapatkan nombor giliran.
Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook juga mendapati ramai yang sanggup tidur dan bermalam di kaki lima membawa anak kecil dalam usaha mendapatkan koleksi terbaru Fareeda.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, masyarakat Islam terutama golongan wanita harus segera disedarkan daripada kegilaan melampau itu.
“Tetapi, hal ini pasti sukar kerana golongan terbabit menganggap tudung Fareeda sebagai fesyen yang mesti dimiliki dan tidak mahu dianggap ketinggalan dalam bergaya.
“Apa yang saya boleh katakan, sangat susah untuk tahan masyarakat daripada kegilaan ini,” katanya.
Ibu pejabat dan butik utama Tudung Fareeda terletak di Bandar Baru Bangi selain terdapat butik di Pulau Pinang dan Kelantan.

Ibu Dyana akan saman pemfitnah

imageIPOH, 3 JUN: Ibu Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnah beliau berhubung kontrak, aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya.
Yammy, 59, berkata demikian ekoran tersebarnya pelbagai maklumat di laman sosial dan menyifatkan tuduhan itu amat berat serta meminta pihak yang menyebarkan fitnah itu mengemukakan bukti.
Katanya, dakwaan itu disifatkan berniat jahat dan fitnah yang bertujuan menjatuh serta menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap beliau.
“Kenyataan di laman sosial itu tidak benar. Jika benar, saya cabar kemukakan bukti dan kalau profesional buat aduan mengikut saluran betul bukan membuat tuduhan melulu.
“Saya cabar kemukakan fakta seperti didakwa bukan hanya membuat tuduhan di laman sosial,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Terdahulu, laman Facebook Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad, berkongsi maklumat yang mendakwa Yammy memiliki pelbagai aset dan memperoleh pinjaman kewangan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dyana : DAP is my family

She said joined the party because she admired the struggle of its leaders, and its principle of multi-culturalism.

KUALA LUMPUR: DAP’s Dyana Sofya Daud said her experience in the party was not similiar to that of former DAP member Tunku Aziz .
She said Tunku Aziz had reportedly made a statement that she will leave DAP when she relised that it is not a it is not a multi-racial party”.
“My experience with the party was never similar to Tunku Aziz’s. I joined DAP as a regular member after getting to know some of the party’s members and leaders. I understand and admire the struggle of its leaders, and its principle of multi-culturalism.
“I appreciate its consistency in standing up for all Malaysians, regardless of race and religion. I believe in its principle of doing what is right, despite the risks and repercussions,” Dyana said..
She said she joined without the intention of being appointed into any position as she simply wanted to be with like-minded people, sharing a vision and mission, and partake in the struggle for a better Malaysia.
“DAP is not merely a political party to me. It is family. My brothers and sisters in DAP have made me realise that it is possible to be a true Malaysian without obliging hypocrisy, unlike the empty “1Malaysia” slogan that supposedly encourages the spirit of being Malaysian, but is nothing more than a front for the continuation of racial politics.” she said.
“Don’t get me wrong, I am proud to be Malay. I am proud of my roots and heritage. However, I don’t believe in abusing it at the expense of other Malaysians,” she said.

Saya tidak sama dengan Tunku Aziz – Dyana Sofya


dyana baby


KUALA LUMPUR, 3 JUN: Mantan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud hari ini membidas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti apabila menyedari bahawa ‘ia tidak berbilang kaum’.
Dyana menegaskan, beliau menyertai DAP kerana memahami serta mengagumi perjuangan pemimpin dan prinsip berbilang budaya parti itu serta pengalamannya sama sekali jauh berbeza Tunku Aziz.
“Saya menghargai kesungguhan DAP yang sentiasa membela semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. Saya percaya dengan prinsip melakukan sesuatu yang betul tanpa mengambil kira kesan dan risiko.
“Saya menyertai DAP tanpa sebarang niat untuk dilantik ke dalam apa-apa jawatan. Saya hanya mahu bersama orang-orang yang berfikiran terbuka, berkongsi visi dan misi serta mengambil bahagian dalam perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik,” tegasnya dalam kenyataan.
Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu menyatakan, beliau sama sekali tidak memandang DAP hanya sebagai sebuah parti politik tapi lebih daripada itu, iaitu sebuah keluarga.
Jelasnya, sebelum menyertai DAP, beliau tidak pernah merasai semangat sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum yang menghormati antara satu sama lain
“Saudara-saudari saya dalam DAP telah membuatkan saya sedar bahawa tidak mustahil untuk menjadi rakyat Malaysia sejati tanpa kepura-puraan.
“Ini berbeza dengan slogan ’1Malaysia’ yang kononnya menggalakkan semangat sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak lebih hanya sekadar usaha meneruskan kesinambungan politik perkauman. Jangan salah, saya bangga menjadi Melayu, namun saya menentang tindakan menyalahgunakannya untuk mengorbankan rakyat lain,” katanya.

Najib, Umno saman Mkini berhubung komen pembaca

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung pembaca komen yang disiarkan oleh portal berita itu.

Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan; Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun.

Ugut guru muat naik poster calon DAP, kerajaan UMNO keterlaluan

abas awang 4KUALA LUMPUR 3 JUN: Gangguan pegawai kanan Kementerian Pendidikan terhadap guru yang memuat naik poster calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan di facebooknya adalah tindakan keterlaluan.
Ini berlaku apabila pegawai berkenaan menghubungi guru tersebut dan turut memberi ‘nasihat’.
Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, tindakan tersebut yang dianggap beliau sebagai ugutan itu menyekat kebebasan guru untuk bersuara.
“Ini tindakan terkebelakang, kementerian tidak seharusnya menyekat kebebasan guru untuk menyatakan pendirian mereka.
“Dengan sekatan itu, bermakna Kementerian sedang menjadikan mutu guru merosot,” kata Abbas kepada Keadilan Daily.
Media melaporkan, seorang guru yang tidak mahu namanya disiar mendakwa dihubungi seorang pegawai kanan kementerian yang meminta guru berkenaan menutup laman facebooknya dan menyatakan beliau sedang ‘diawasi’.
Guru yang berkhidmat 16 tahun itu mendakwa, kementerian lebih berminat memantau laman sosialnya berbanding mengambil tindakan terhadap sebilangan guru yang terlibat dalam masalah lebih serius.

DNA babi: Sampel mungkin dicemari, kata KKM....

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis di makmal sebelum ini.
  
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu memang diambil di pasaran, bukan dari kilang dan kemungkinan berlaku pencemaran mungkin ada.

"Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang," katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Noor Hisham berkata KKM dalam pada itu akan menyiasat untuk mengenal pasti punca pencemaran berkenaan.

Sehubungan itu KKM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengeratkan kerjasama dalam pemantauan dan usaha bersama untuk menyeragamkan penilaian makmal kepada tanda aras yang disahkan oleh Standard Malaysia seperti yang telah dinyatakan, katanya.

DNA babi: Menteri UMNO siasat laporan bocor..!!!

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahya berkata satu siasatan sedang dijalanakan untuk mengesan individu yang membocorkan laporan awal berhubung ujian kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury.

Katanya, pihak berkenaan tidak seharusnya membocorkan maklumat awal tersebut sebelum siasatan lanjut dijalankan ke atas bahan makanan terbabit.

Tambahnya, orang ramai juga boleh meyakini siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui ujian Jabatan Kimia, yang tidak menemui DNA babi dalam bahan tersebut.

"Orang ramai harus percaya pada laporan Jakim," katanya.

Kerangka perkauman mampu dipecahkan – Zairil


zairil


KUALA LUMPUR, 3 JUN: Biarpun tewas dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, saingan hebat yang ditunjukkan Dyana Sofya Mohd Daud merupakan petanda bahawa satu permulaan politik baru negara akan muncul, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.
Beliau berkata, penglibatan Dyana sepanjang kempen yang begitu konsisten menentang politik perkauman jelas hampir membuahkan hasil jika tidak kerana pelbagai taktik kotor yang dimainkan BN.
“Biarpun kalah, saya melihat Teluk Intan sebagai satu permulaan untuk kita (DAP) dan juga Pakatan Rakyat ke arah politik baru, yang merentasi perkauman.
“Jika tidak kerana politik kotor seperti cara mereka berkempen, menyerang calon kami secara peribadi, menyalahguna kuasa kerajaan secara besar-besaran dan menabur janji-janji manis, kita sudah hampir berjaya untuk menang serta meruntuhkan tembok perkauman yang ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu juga yakin bahawa satu masa nanti, benteng perkauman mainan pemerintah tetap akan berjaya dipecahkan oleh generasi muda yang memiliki semangat penuh kecintaan pada negara.

Dr Kian Ming bidas Khairy degil pohon maaf secara terbuka


samseng umno


KUALA LUMPUR, 3 JUN: Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming membidas kedegilan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang enggan memohon maaf secara terbuka berhubung insiden rusuhan Pemuda Umno di ibu pejabat DAP 22 Mei lalu.
Khairy menyebut semalam bahawa permohonan maaf kepada Kian Ming melalui pesanan peribadi di twitter sebelum ini sudah memadai.
“Kenyataan Ketua Pemuda Umno itu menunjukkan beliau sememangnya tiada niat jujur untuk memohon maaf di atas insiden di ibu pejabat DAP,” katanya kepada Roketkini.
Kian Ming dalam kenyataannya turut memaklumkan, ‘permohonan maaf’ Khairy itu sebenarnya hanyalah bagi papan tanda DAP yang dirosakkan, bukannya berhubung isu utama – kelakuan tidak bertamadun dan ugutan ahli Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP.
“Kegagalannya untuk memohon maaf, walaupun secara peribadi, berhubung ugutan untuk membakar ibu pejabat DAP dan perlakuan samseng mereka, adalah tidak kena dengan kedudukannya selaku Ketua Pemuda yang selalu berkata-kata hal yang baik baik ketika berhadapan dengan pihak yang lebih ‘liberal’ dan antarabangsa.
“Namun pada masa sama beliau tiada keberanian untuk mengakui dan mengecam perlakuan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pemimpin Pemuda di bawahnya sendiri,” katanya.
Pada 22 Mei lalu, lebih 50 samseng Pemuda Umno merusuh di hadapan ibu pejabat DAP akibat tidak berpuas hati dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang menyelar beberapa pemimpin pemuda Umno Pulau Pinang sebagai “celaka” dalam sidang DUN Pulau Pinang.
Ketika insiden itu, mereka mematahkan papan tanda DAP di hadapan pintu masuk, serta mengugut untuk membakar bangunan ibu pejabat parti itu.
Justeru itu, beliau berharap Khairy dapat menunjukkan contoh yang baik selaku pemimpin dengan memohon maaf secara terbuka dan mengecam perlakuan anak-anak buahnya.
“Jika ahli DAP pergi ke ibu pejabat Umno, rosakkan harta benda dan kemudian menghantar surat peribadi kepada Perdana Menteri, adakah itu dapat diterima?

Apabila Pegawai Tinggi Kerajaan Menganggap Rakyat Otak Kartun

Oleh Mummy Rokiah
Visual kartun iklan GST yang dibelanjakan puluhan juta ringgit oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar nampaknya dihentam hebat oleh beberapa pihak. Di antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. Selain dari Irwan Siregar seorang lagi pegawai yang yang berotak kartun ialah Setiausaha Bahagian Analisa Cukai Perbendaharaan, Datuk Siti Halimah Ismail.

Kedua-dua mereka ini didesak supaya bersara awal kerana menurut Puad papan iklan GST kartun gagal membawa mesej yang berkesan kepada rakyat.
Menurut beliau paparan visual iklan kartun GST di tepi jalan raya adalah satu perkara yang amat memalukan sebab orang ramai tidak sempat membaca kerana hurufnya yang sangat kecil membuatkan pembaca pening kepala kecuali mereka memberhentikan kenderaan beberapa minit untuk membacanya.
Inilah akibatnya jika ada pegawai-pegwai yang menganggap rakyat boleh diyakinkan dengan watak-watak kartun. Hakikatnya kartun telah mengusai bukan setakat anak-anak remaja tetapi kini kartun juga telah menguasai pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Spiderman, Superman, Doraeman, Angry Bird, Sponge Bob dan lain-lain adalah kartun-kartun yang hidup dalam kehidupan seharian masyarakat kita.
Mungkin atas pertimbangan ini Irwan Serigar dan Siti Halimah mudah diyakini pakar perunding iklan untuk berbelanja jutaan ringgit bagi memahaman rakyat bahawa GST bukan cerita kartun.
Persoalannya bukan setakat Irwan Serigar dan Halimah yang perlu bersara awal tetapi juga Menteri Keewangan dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan juga harus dipertanggung jawabkan dalam memperkartunkan rakyat dalam hal GST ini. "Ada berani?". WASALLAM.

Umno celaka: Jika mahu saya tarik balik, biar dalam sidang DUN kata Rayer

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer berkata tiada sebab baginya untuk menarik balik ungkapan ‘Umno Celaka’ secara terbuka kerana perkataan itu dilafazkan dalam DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata jika ada pihak yang mendesaknya mahu menarik balik ungkapan itu, maka ia juga harus dibuat dalam sidang DUN yang akan datang.

“Benda ini sudah berlaku di dalam Dewan. Habis juga di dalam Dewan. Kalau hendak tarik balik pun, tarik balik di dalam Dewan. Sekarang persidangan Dewan sudah habis.“Kalau saya tidak tarik balik, mereka boleh rujuk saya kepada tindakan disiplin melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Mereka patut berbuat begitu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semasa berkempen di Teluk Intan pada minggu lalu mendesak Rayer untuk menarik balik ungkapan ‘Umno Celaka’.

Katanya, jika Umno celaka, parti Melayu itu tidak akan mampu memerdekakan negara dan menjadi pemimpin kepada parti komponen dalam BN.

“Saya hendak beritahu Adun DAP yang menuduh Umno celaka. Di hadapan ini ada parti komponen, jika Umno celaka, Malaysia belum merdeka pada saat dan ketika ini. Umno bukan parti celaka.

“Presiden Umno enam orang silih berganti. Ketua DAP seorang, tidak ganti-ganti. Presiden Umno jadi perdana menteri kepada orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Itu dia presiden Umno.

“Kalau Umno celaka, ia tidak mengeluarkan presiden yang baik menjadi perdana menteri kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita minta Rayer minta maaf dan tarik balik kenyataan,” kata Ahmad.

Rayer berkata pada dasarnya pemimpin Umno Pulau Pinang yang mula menyalahkan DAP tentang insiden 13 Mei semasa membuat perarakan di negeri itu.

Stok minyak masak peket habis..bila nak puasa dan raya ia berulang lagi..!!

Mohd Rezuan menunjukkan rak minyak masak peket yang kosong dan kehabisan kira-kira dua minggu lalu. 
PETALING JAYA - Bekalan minyak masak peket di kedai-kedai runcit dan pasar mini dilihat berkurangan dan mula mencetuskan kebimbangan pengguna.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Raya Mini Max Valu sekitar Damansara Damai mendapati, minyak masak peket habis dijual berbandingan bekalan minyak masak botol.

Menurut Pengurus Cawangan Max Valu Damansara Damai, Joshua Raj, masalah kekurangan bekalan minyak masak paket berlaku sejak dua minggu lalu walaupun beberapa tempahan dibuat kepada pengedar.

“Biasanya kita akan tempah 10 karton. Akhir-akhir ini bukan sahaja bekalan lewat sampai tetapi kurang dari tempahan. Ada berlaku dapat dua karton saja. Memang masalah sebab permintaan pelanggan banyak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Masalah sama turut dihadapi untuk bekalan tepung gandum hingga terpaksa membuat tempahan lebih dari biasa. Bagaimanapun, bekalan bahan itu sudah kembali pulih.

DI KLANG, peniaga kedai runcit dan pasar mini turut berdepan masalah stok minyak masak dalam peket.

Cadbury: Kenyataan baharu kelirukan pengguna

SEREMBAN -  Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kedua-dua sampel coklat Cadbury bebas Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine), mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA babi dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambahnya, sebagai pakar dalam hal ini, pihak berkenaan perlu meneliti dan memastikan fakta diperoleh benar-benar sahih sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA babi, sekejap kata bebas.

"Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya.

DAP kaji failkan petisyen keputusan PRK Teluk Intan

SHAH ALAM, 3 JUN: Pasukan kempen DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengkaji sama ada akan memfailkan petisyen terhadap keputusan PRK yang dikatakan bercelaru sebelum membuat sebarang keputusan.
Bekas calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, berkata pasukan yang akan menjalankan kajian terperinci sama ada wujud sebarang unsur penipuan dalam PRK itu akan diketuai Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.
“Pasukan kempen PRK Teluk Intan yang diketuai Tony Pua akan menyemak perkara ini sebelum membuat keputusan untuk failkan petisyen ataupun tidak. Kajian dibuat membabitkan semua aspek termasuk benarkah wujud kesilapan atau penipuan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Katanya, pasukan itu turut mengambil kira kepentingan masyarakat Teluk Intan yang mahu wakil rakyat yang mewakili mereka dipilih secara sah dan adil dalam kajian itu nanti.

Guru diawasi kerana posting Facebook oleh Kerajaan UMNO@BN

Tindakan memuat-naik poster calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ke dalam Facebook, antara lain, telah mengundang masalah kepada seorang guru.

Menurut guru tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan, seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan menghubunginya sejak minggu lepas untuk "memberi nasihat" kepadanya supaya membuang posting tersebut kerana ia dianggap "anti- kerajaan".

Beliau mendakwa bahawa dalam panggilan terbaru dan SMS yang diterimanya, seorang pegawai khas kepada ketua pengarah pelajaran telah memintanya supaya menutup laman Facebooknya dan mengatakan dia akan "diawasi".

"Dia berkata: 'Kami akan memantau dari semasa ke semasa'.

"Bolehkah anda faham maksudnya?  Tak mengapa. Saya akan tunggu dan lihat (apa yang mereka akan lakukan). Tidak mustahil, mungkin saya akan dapat surat pertukaran minggu depan," katanya ketika dihubungi.

"Terdapat guru-guru yang terlibat dalam skandal seks, guru yang tak hadir ke kelas, sekolah yang tidak mempunyai kemudahan dan mereka mahu menghabiskan masa memantau Facebook."

Guru, yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu, berkata beliau diberitahu bahawa terdapat aduan yang dibuat terhadapnya.

Ketika dihubungi, pegawai khas itu mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi guru berkenaan setelah diarahkan oleh Ketua Pengarah Khair Mohamad Yusof (kiri), tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak boleh komen kerana saya seorang penjawat awam. Anda perlu menghubungi ketua Pengarah," katanya.

Cadbury: MAPIM gesa perjelaskan kekeliruan fakta

KUALA LUMPUR: Akibat perbezaan dapatan hasil ujian sampel coklat Cabbury, MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) mengesa kekeliruan isu kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury yang tercetus akibat dua laporan yang berbeza dan bertentangan antara dua Agensi kerajaan iaitu JAKIM yang memperolehi keputusan makmal dari Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan, diperjelaskan segera.

“Kami mengesa Panel Pengesahan Halal Malaysia melihat semula cara serta proses sesuatu fakta dikeluarkan yang berkenaan dengan kehalalan sesuatu produk ditentukan. Sehingga kesahihan dan ketepatan maklumat ditentukan, semua pihak perlu berhati-hati dan merujukan kepada fakta secara objektif.” tegas MAPIM dalam kenyataan akhbarnya.

Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam berhubung status dua produk coklat Cadbury yang sebelum ini dikatakan tercemar DNA babi sangat mengejutkan kerana sebelumnya Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan maklumat yang berlawanan.

Noor Hisham mempertahankan kesahihan yang dibuat oleh makmal Kementerian Kesihatan Malaysia. Apatah lagi sampel yang diuji diambil secara rawak di pasaran.

Sementara itu menurut Jamil Khir, Jabatan Kimia Malaysia (JKM) telah menguji sampel bagi dua produk coklat Cadbury yang diserah oleh JAKIM mendapati sampel tersebut iaitu :

Bahawa Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut mengikut nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2;  dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1, mengistiharkan laporan makmal Jabatan Kimia untuk kedua sampel itu  tidak dikesan mengandungi DNA babi.

Mulai 1 September, Tiada subsidi Petrol bagi Individu berpendapatan lebih RM5,000.. sebab dianggap kaya oleh kerajaan UMNO..!!!

Inilah hasilnya apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata hanya bersandarkan kepada andaian semata-mata.

Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh Pegawai & Kakitangan Bank Negara Malaysia menunjukkan :

Rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah

Manakala rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 diletakkan sebagai golongan berpendapatan sederhana.

Dan rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas dianggap sebagai berpendapatan tinggi..

RM5,000 diangap berpendapatan tinggi?..  angka ini mungkin sesuai digunapakai 10 atau 15 tahu yang lalu, hakikatnya buat masa dan ketika ini adalah tidak logik untuk dikatakan RM5,000 itu sebagai berpendapatan tinggi.

RM5,000 tolak EPF, tolak SOCSO dan ditolak pula dengan cukai pendapatan berapa yang tinggal agaknya?

Cukupkah dengan baki sebanyak lebih sedikit dari RM4,000 itu untuk menampung hidup di sebuah bandar besar?

Itu belum lagi ditolak dengan sewa rumah, bill api dan elektrik, ansuran bulanan kereta, minyak kereta, bayar tol dan berbagai lagi.. berapakah yang tinggal?

Malangnya golongan yang berpendapatan RM5,000 yang dianggap sebagai berpendapatan tinggi itu yang kini semakin terhimpit kehidupan sehariannya dengan bebanan kenaikkan harga barang.. sekali lagi akan terbeban kehidupan mereka.

Rupanya Felda Dan Boustead Holding Antara Pemegang Saham Cadbury..Patut ler Ada Yang Sayang...!!!

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.
Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.
Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.
Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.
Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.
Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.
Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.
"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.
Jakim menghantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan kesemuanya disahkan tidak memiliki DNA babi.
"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.
Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.
"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.
Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.
"Orang ramai perlu memahami kita tidak boleh terus mengambil tindakan terhadap Cadbury apabila tidak ada bukti kukuh," kata Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim baru-baru ini. ~tmi
Siapa pemegang saham dalam Cadbury? 

Klik untuk besarkan imej

Hal ini menjadi persoalan selepas seorang pemimpin PKR mendakwa Felda sebagai antara pemegang saham terbesar dalam Cadbury. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pihak Felda dengan menyatakan bahawa Felda hanya memegang 9.87% saham Cadbury.
Bagi menyokong kenyataan itu, portal Feldavoice turut melampirkan paparan skrin SSM yang menunjukkan pemegang saham Cadbury Confentionery Malaysia Sdn Bhd. Selain Felda, syarikat itu turut disokong oleh Boustead Holding, Trebor Basset Limited dan Cadbury Schweppes Overseas Ltd.

Pakatan padu, perkauman masih membara

KERJASAMA erat yang ditunjukkan oleh PAS dalam tiga pilihan raya kecil – Kajang, Bukit Gelugur dan terkini di Teluk Intan, membuktikan kegagalan Barisan Nasional untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Sejauh ini, PAS dan DAP lah yang paling banyak dihadapkan serangan oleh BN dengan pelbagai isu, terutama isu hudud dan isu perkauman yang tidak habis-habisna diketengahkan oleh mereka.

Semuanya ini dengan tujuan yang satu untuk memecahbelahkan Pakatan, umpamanya apabila PAS keluar daripada Pakatan, maka pada teori mereka, hancur berkecailah Pakatan dan mudahlah BN terus mengekalkan kuasanya.

Namun sepanjang tiga pilihan raya kecil ini, jentera PAS memberikan bantuan sepenuhnya kepada calon PKR dan DAP yang bertanding di tiga kawasan pilihan raya itu, walaupun kawasan itu PAS tidak bertanding. Ini kematangan politik yang luar biasa.

Inilah juga jawapan paling tepat yang sangat mengecewakan BN yang selama ini sentiasa ingin melihatkan perpecahan dalam Pakatan.

Saya mengunjungi bilik gerakan PAS di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan ketika kempen PRK itu dan bertemu dengan para petugas serta Pengarah Pilihan Raya PAS untuk PRK Teluk Intan, saudara Salahuddin Ayub dan menyaksikan petugas PAS di situ bertungkus lumus mengatur program dan menggerakkan jentera kempen untuk memenangkan calon DAP, Dyana Sofya.

“Kami bekerja di sini, seolah-olah PAS yang bertanding,” kata Salahudin dan menambah, “mereka bekerja 24 jam silih berganti.”

Petugas PAS itu datang dari seluruh negara dengan belanja sendiri dan ini pengorbanan yang sangat besar ertinya.

Pegawai JAKIM sedia makan coklat Cadbury untuk buktikan halal..!!

Pegawai JAKIM sedia makan coklat Cadbury untuk buktikan halal
KUALA LUMPUR: Bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya ketika kepada Astro AWANI menerusi AWANI745 malam tadi.

Mohd Amri berkata keputusan yang dibuat oleh Jakim terhadap coklat Cadbury itu adalah sama dengan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia.

Katanya, ini bermakna JAKIM membuat keputusan berdasarkan apa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kimia dan prosedur lain yang perlu dipatuhi.

ISU CADBURY DAN DNA BABI; ANTARA AUTA, FATWA DAN TAQWA.

 
Isu DNA babi yang ditemui di dalam dua perisa coklat Cadbury telah menimbulkan perdebatan yang hangat di tanah air. Respon yang diberikan oleh masyarakat, sekurang-kurangnya memberikan gambaran bahawa umat Islam khasnya di Malaysia amat sensitif dengan isu haram di dalam makanan, walaupun kurang sensitif dengan isu haram pada perkara lain seperti rokok, pengurusan kewangan dan lain-lain. Di saat artikel ini ditulis, JAKIM menerusi Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru sahaja membersihkan produk Cadbury itu daripada DNA babi.
Saya dan keluarga pernah melawat ke kilang tempat lahirnya syarikat besar dunia ini. Ianya terletak di Bourville, Birmingham, United Kingdom. Secara peribadi, saya amat percaya dengan kualiti kebersihan dan ketelusan bahan-bahan yang digunakan oleh Cadbury di dalam menghasilkan coklat mereka. Bahkan saya lebih percaya dengan kualiti dan ketelusan mereka berbanding sebahagian kecil restoran dan pengeluar produk makanan bangsa sendiri. Dan saya juga yakin bahawa piawaian yang sama digunapakai oleh kilang-kilang Cadbury seluruh dunia. Mereka amat profesional, dan sensitif dengan kandungan yang membabitkan isu vegetarian, halal, kosher dan alahan.
Walaupun bidang penyelidikan saya bukan membabitkan industri halal di Malaysia, saya menulis atas kapasiti seorang professional trainer in halal industry peringkat kebangsaan, setelah mengikuti kursus HDC dan mendapat markah tertinggi di dalam ujian kursus tersebut. Saya akan cuba memberikan pendapat berdasarkan 3 perkara, iaitu auta, fatwa dan taqwa.
1. AUTA
Sejak dari awal lagi isu ini dihebahkan, satu perkara yang agak AUTA ialah mengapakah ada pegawai daripada Kementerian Kesihatan melakukan ujian DNA babi ke atas bahan makanan. Berdasarkan pengamalan industri halal, Kementerian Kesihatan tiada autoriti, walaupun bebas untuk melakukan eksperimen, untuk melakukan dan menghebahkan keputusan DNA babi di dalam makanan. Satu-satunya jabatan kerajaan yang ada kuasa ialah Jabatan Kimia, dan antara makmal yang paling berautoriti ialah makmal Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) di Universiti Putra Malaysia. Kementerian Kesihatan bukan pemegang taruh utama di dalam industri makanan halal di Malaysia.
Tambah AUTA lagi, apabila ada pegawai yang tidak amanah membocorkan gambar keputusan makmal tersebut ke media sosial. Ujian dilakukan pada bulan Februari, gambar dibocorkan pada bulan Mei. Maka terpaksalah pegawai-pegawai agensi terlibat, membuat kenyataan separuh masak bagi menangani isu ini.
Yang lebih AUTA lagi, ialah ada beberapa NGO beraliran keras yang telah keluar daripada sempadan fiqh Islam, dengan mengeluarkan fatwa songsang supaya Cadbury menanggung kos pembersihan darah Muslim Malaysia yang sudah tercemar dengan DNA babi. Ada pula yang meminta supaya kos samak mulut dan perut ditanggung oleh mereka. Saya juga mengagak akan ada pensyarah yang mula berkira-kira membuat kapsul samak perut sebagai bahan komersial mereka nanti.
Semua ini mengarut, kerana memprojekkan betapa susahnya agama Islam itu. Bagi mereka yang mula berjinak dengan Islam, mereka akan terpaksa fikir berkali-kali, kerana selepas perlu di’sunat’kan anu mereka itu, terpaksa pula menanggung kos penyucian darah. Bukankah itu menjauhkan mereka dengan Islam?

Sayang Betul Jamil Khir Dengan Cadbury!!

Tidak seperti yang dijanjikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha beberapa hari lalu bahawa keputusan analisis Jabatan Kimia terhadap dua jenis coklat keluaran Cadbury yang didakwa mengandungi DNA babi hanya akan diumumkan pada Rabu, sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah mengumumkannya dua hari lebih awal daripada yang sepatutnya.

Dalam pengumuman yang dibuatnya hari ini (Isnin), Jamil Khir berkata, analisis Jabatan Kimia terhadap dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang itu mendapati ia bebas daripada DNA babi sebagaimana yang diperolehi oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Sehubungan itu, Jamil berharap dengan keputusan ini akan meredakan kerisauan orangramai berhubung status coklat tersebut yang heboh menjadi perbualan sejak beberapa hari lalu.

Wujud beberapa persoalan berhubung pengumuman Jamil Khir ini. Kenapakah begitu cepat Jamil Khir mengumumkan keputusan analisis Jabatan Kimia itu sedangkan Ketua Pengarah Jakim sudah mengumumkan sebelum ini ia hanya dapat diketahui pada hari Rabu?

Tak bolehkah ditunggu sehingga hari Rabu? Sayang sangatkah Jamil Khir dan Jakim dengan Cadbury ini sehingga seperti tidak sabar-sabar mahu membersihkan syarikat itu?

Adakah ini untuk melindungi Cadbury yang telah terjejas penjualan coklatnya atau untuk menjaga kepentingan umat Islam sehingga hari Ahad pun kakitangan Jabatan Kimia terpaksa bertugas untuk menganalisis kandungan DNA babi itu? Apalah salahnya ditunggu sehingga Rabu supaya beberapa ujian lagi dapat dilakukan terhadap sampel coklat itu?

Ada juga yang berseloroh bahawa kiranya pengumuman status halal dan bebas daripada DNA babi ini tidak juga berjaya meyakinkan umat Islam mengenai produk Cadbury itu, mungkin tidak mustahil juga selepas Jamil Khir dan beberapa pengurusan Jakim akan melakukan adegan makan coklat pula secara terbuka bagi meyakinkan lagi halalnya produk syarikat itu.

Persoalan juga timbul apabila Jakim mengatakan sampel ujian yang mereka lakukan ini diambil terus dari kilang dan bukannya daripada pasaran sebagaimana yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini. Tidak mungkinkah sampel itu merupakan sampel yang sudah dipilih dan ditentukan oleh Cadbury sendiri?

Anti-perkauman: Kini kita ada Dyana


_DSC6315
Tipis atau tidak, hakikatnya DAP kalah di Teluk Intan. Kalah atau menang, hakikatnya parti ini telah membuat satu lonjakan besar untuk menegaskan bahawa hari baru politik Malaysia telah bermula.
Analisis penuh keputusan PRK Teluk Intan akan segera ditulis. Namun, setakat ini sudah cukup untuk kita membuat satu kesimpulan, iaitu bahawa hampir 20,000 orang telah mengundi untuk politik baru yang merentasi garis kaum. Sememangnya inilah subuh buat politik baru.
Tidak sedikit orang ragu bahawa DAP meletakkan Dyana Sofya kerana ia sungguh-sungguh mahu menamatkan riwayat politik perkauman. Apabila beberapa pemimpin parti ini menyebut bahawa DAP mungkin kalah di Teluk Intan, tidak banyak orang percaya. Padahal, itu juga satu hakikat.
Setahu saya, sejak dini lagi perkiraan telah dibuat bahawa mencalonkan Dyana tidak lebih menjamin undi daripada nama-nama lain yang muncul ketika itu. Justeru, apabila nama gadis itu dicalonkan tidaklah menghairankan jika ahli-ahli DAP mula menyimpulkan keyakinan bahaw sentimen perkauman telah dimainkan tanpa segan-silu, oleh Umno-BN, Perkasa, ISMA dan a mengedepankan Dyana adalah langkah yang benar.
Semenangnya ia langkah yang bukan sekadar wajar, malah benar. Dari satu segi, DAP memperjudikan kerusi parlimen yang bukan saja milik parti, malah boleh dianggap sebagai milik bersama Pakatan. Namun, perjudian itu jadi genting untuk dibuat kerana mutakhir inibanyak kelompok lain. Dalam keadaan sedemikian, kebetulan terjadi pilihanraya kecil bagi kerusi yang dipegang DAP – satu kebetulan yang amat baik.

Teluk Intan: Kalah tempur, menang perang

Tony Pua

Saya berkampung selama 17 hari di Teluk Intan sebagai Pengarah Kempen untuk pilihanraya kecil di Teluk Intan yang baru berkesudahan dengan kekalahan calon DAP Dyana Sofya dengan beza undi tipis sebanyak 238 undi.
Beberapa analisis telah dibuat dan kritikan telah dilontarkan, malah lebih banyak lagi akan muncul dalam tempoh beberapa hari mendatang. Banyak orang terperanjat dengan kekalahan DAP. Sebahagian menganggap DAP alpa dan angkuh. Sebahagian yang lain menganggap DAP telah tersalah strategi.
Tidak diragui bahawa masih banyak ruang boleh diperbaiki dalam soal pelaksanaan kempen. Pasukan pengurusan kempen akan mengadakan bedah siasat sepanjang beberapa hari mendatang untuk memastikan kempen pilihanraya di masa depan dapat dikendalikan dengan lebih baik.
Bagaimanapun, memang sejak awal kita tidak mengharapkan kempen yang mudah. Malah, pucuk pimpinan parti mengambil masa yang cukup lama untuk memutuskan nama calon kerana kemungkinan untuk kerusi parlimen Teluk Intan terlepas dari genggaman sememangnya tinggi.
Tidak kira siapa calonnya, pilihanraya kecil kali ini tidak akan menjadi semudah pilihanraya kecil Bukit Gelugor. Di sana, Barisan Nasional bahkan tidak berani pun untuk bertanding.
Sebelum nama calon diputuskan, pucuk pimpinan parti telah dimaklumkan oleh para penyokong di peringkat bawah tentang khabar angin bahawa masyarakat Cina akan memberi undi kepada Presiden Gerakan Mah Siew Keong. Hujah mereka memang menarik.
“Kami undi ‘Ubah’ dalam Pilihanraya Umum ke-13. Tetapi memandangkan pilihanraya kecil ini tidak akan memberi dampak kepada ‘Ubah’, maka kami akan mengundi Mah agar kami mendapat manfaat selama 3 tahun beliau menjadi menteri. PRU14 nanti kami akan undi ‘Ubah’ semula.”
Selain itu, DAP juga sedar bahawa para pengundi yang tinggal di luar Teluk Intan tidak begitu bersemangat untuk pulang mengundi kerana “Ubah” tidak akan berlaku dengan hanya mempertahankan satu kerusi parlimen.
Selain dua faktor yang disebutkan di atas, kita juga tahu bahawa jentera BN akan melambakkan ‘gula-gula’ sepanjang kempen untuk meraih undi, seperti yang terbukti menerusi pelbagai laporan polis dan akhbar sepanjang kempen di Teluk Intan.

Peningkatan sokongan Melayu terhadap DAP isyarat baik runtuhkan politik perkauman


_DSC4861
TELUK INTAN, 2 JUN – Walaupun tidak berjaya mengekalkan kerusi parlimen Teluk Intan, DAP melihat banyak hikmah yang tidak dijangka di saat peratusan keluar mengundi begitu rendah sekali.
Analisa oleh Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming mendedahkan bahawa sokongan orang Melayu kepada DAP dan Pakatan Rakyat di Teluk Intan ternyata meningkat berbanding ketika pilihanraya umum Mei 2013.
“Berita baik di sebalik kekalahan ini ialah meningkatnya sokongan orang Melayu daripada 25% dalam PRU ke-13 kepada 28% dalam pilihanraya kecil kali ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.
“Dalam 6 pusat mengundi majoriti Melayu, DAP mengalami peningkatan sokongan secara keseluruhan antara 0.7% hingga 3.4%,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang.
Menurut Dr Ong, ini adalah isyarat yang sangat menggalakkan dalam keadaan DAP tidak menjangka sokongan orang Melayu akan bertambah.
Dr Ong turut melihat bahawa keterujaan yang diperlihatkan sepanjang tempoh kempen di kalangan orang muda Melayu belum pernah terjadi dalam sejarah.
“Seorang mahasiswa Malaysia di Oxford menulis tentang bagaimana anak muda Melayu meninggalkan UMNO, dan merujuk Dyana sebagai satu contoh. Marina Mahathir pula memuji Dyana atas kecerdikannya berfikir dan menulis,”
“Di peringkat akar umbi, Dyana menerima sambutan hebat dari kalangan anak muda ke mana sahaja beliau pergi. Ramai antara mereka yang belum lagi boleh mengundi, namun pastinya akan menjadi pengundi pada masa akan datang. Dyana berada di posisi yang baik untuk memenangi hati mereka,” ujar Dr Ong.