Isnin, 2 Jun 2014

"Kayanya Sultan BRUNEI, Tetap Nak Laksanakan HUDUD!" - UAI

Kena Main Dah: Tiada kaitan 'keahlian untuk tanah rancangan' - IPF


Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) menafikan terlibat dengan apa yang dikatakan pendaftaran menjadi ahli untuk dapatkan tanah rancangan pertanian, yang mensasarkan pengundi India Malaysia di Teluk Intan.

Borang itu didakwa diedarkan oleh petugas kempen IPF semasa kunjungan dari rumah ke rumah ketika kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

Borang berbunyi: "Saya memohon menjadi ahli Parti IPF Malaysia di bawah kepimpinan M. V. Mathiyalagan dan serta memohon untuk tanah rancangan pertanian."

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, IPF berkata Mathiyalagan bukan lagi menjadi ahli IPF.
 

The Dyana effect

So Dyana Sofya, the DAP candidate for Teluk Intan’s by-election, lost to Gerakan president Mah Siew Kong. It was a close fight. I am sure it was heartbreaking for her and many other opposition leaders, volunteers and caring Malaysians who campaigned day in day out. This article is written especially for those who have fought hard in this battle.
There are already so many articles out there that are negative, so I thought I should write something that will uplift the spirits of all who strive for a better Malaysia.
Well, Dyana, if I am a voter in Teluk Intan, I would have voted for you. For very logical reasons.
1. I personally believe that DAP made the right choice by fielding a young lady like you. You are educated, smart, energetic, clean and most importantly you embody a true Malaysian. A Malaysian who fights for all Malaysians. A Malaysian who cares for all Malaysians.
2. DAP showed their courage in risking a “safe” seat for a better Malaysia. This is something we have not seen in Malaysia for a very long time. I was quite emotional when I first thought about this. I thought to myself that there are actually people who are not selfish for once. They know they were taking a big risk but yet they still did it because they knew it was a right move and I have to agree it was a brilliant move. Like the saying goes, we lost the battle but won the war. It was all done for a better Malaysia.
3. Some people said that Dyana was made a scapegoat in this by-election. I blame the education system in our country for these people’s illogical thinking. Come on guys, do you think an intelligent person like Dyana is so stupid as to be made a scapegoat? People should be congratulating her for her courage and will to fight on till the very end. And the fact is that Teluk Intan was just the beginning of Dyana. So to all the naysayers, expect to see more of Dyana and also more of others who are inspired by Dyana.
4. YB Lim Kit Siang is a hero to me. I read somewhere that YB camped in Teluk Intan throughout the campaign period. I was very moved by this. We all know that YB Kit Siang is getting old but yet look at him, the fire in him for a better Malaysia still burns so strongly.

Walau tidak bergelar YB, Dyana komited berkhidmat pantau janji BN

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100SHAH ALAM, 2 JUN: Walaupun tidak bergelar wakil rakyat, bekas calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berusaha memastikan Barisan Nasional (BN) mengotakan janji yang dibuat dalam kempen PRK baru-baru ini.
Kata Dyana, ini termasuk janji untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Bahagia yang sudah pun menerima peruntukkan pada 2012 lalu.
“Saya sendiri akan bersama masyarakat Teluk Intan memastikan pembinaan SMK Kampung Bahagia yang diberi peruntukan pada 2012 dan sepatutnya dibina pada 2014 tetapi masih belum dikotakan.
“Sudah tiba masa untuk BN merealisaasikan semua janji pilihan raya termasuk kemudahan jalur lebar, lebuh raya RM5 bilion, universiti dan sebagainya sebelum pilihan raya umum ke 14,” kata Dyana ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Tambah beliau, BN sepatutnya melaksanakan pembangunan secara berterusan, bukan hanya apabila diadakan PRK sahaja.
Ketika menyentuh penglibatan dalam politik pasca PRK Teluk Intan, selain meneruskan khidmat kepada masyarakat Teluk Intan, Dyana juga memfokuskan isu yang menyentuh kepentingan anak muda negara ini.
“Saya akan terus berkhidmat atas platform DAP dan memberi fokus kepada negeri Perak khususnya Teluk Intan, anak muda dan inisiatif impian Malaysia peringkat nasional,” kata Dyana lagi.

Pengguna Islam mahu prosedur halal diperhalusi



Logo Halal
KUALA LUMPUR - Beberapa pengguna Islam menggesa kerajaan mengatasi apa yang dilihat sebagai 'kecelaruan' dalam penentuan status halal produk makanan susulan pengumuman  dua produk coklat susu Cadbury, yang sebelum ini dilapor mempunyai Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi, kini disahkan tiada bahan itu.

Mereka mahukan perkara itu diberi perhatian bagi mengelak kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam berhubung produk makanan. Eksekutif swasta, Nurdzuladlina Masehat, 27, berkata perlu ada keseragaman dalam membuat ujian ke atas produk makanan bagi mengelak perbezaan keputusan yang hanya mengelirukan pengguna.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga perlu membuat pemantauan mengejut secara lebih kerap ke atas pengilang atau pengusaha yang telah mendapat sijil halal bagi memastikan piawaian halal itu sentiasa dipatuhi," katanya kepada Bernama.  

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata analisis makmal Jabatan Kimia terhadap dua produk coklat susu Cadbury - Roast Almond dan Hazelnut (badam dan kacang hazel) - disahkan tiada DNA babi.

Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat itu mengandungi DNA babi.

FOMCA: Kerajaan patut atasi masalah kekurangan minyak masak, tepung gandum

fomca-beliblahSHAH ALAM 2 JUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa menyiasat dan menyelesaikan isu kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum yang didakwa berlaku di utara Semenanjung.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata setakat ini tiada aduan diterima mengenai masalah kekurangan bekalan bahan berkenaan di negeri-negeri lain.
“Pihak KPDNKK kena siasat dengan segera dan bagi maklumat terperinci kenapa perkara ini berlaku.
“Tiba-tiba cerita ini meletup sedangkan di negeri lain tidak ada masalah bekalan kedua-dua barangan keperluan itu,” katanya hari ini dipetik Bernama.
Pengguna di Kedah kini berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu sejak minggu lepas.
Media melaporkan harga barangan itu di Pasar Besar Alor Setar mendapati minyak masak dijual RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.

Dulu peniaga Melayu hebat, kini melukut...!!!

MENJELANG Ramadan, ramai peniaga kecil-kecilan Melayu menempah petak-petak jualan termasuklah di Bazar Ramadan. Sambutan menggalakkan, syabas kepada peniaga Melayu/Islam yang sentiasa gigih berusaha menambah rezeki.
Ya, rezeki tak datang bergolek, usaha keras perlu dilakukan. Selain kerja kuat, doa pun perlu mantap, doa solat duha yang dianggap pembuka rezeki itu antara lain bermaksusd: "Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah."

Berdasarkan sambutan hangat terhadap petak-petak jualan sempena Ramadan, tentunya sebahagian kita menyakini Melayu/Islam sudah ke depan dalam perniagaan. Tetapi sebelum membuat rumusan itu, tunggu dulu kerana pada ketika peniaga Melayu merangkak, syarikat-syarikat gergasi termasuk firma antarabangsa yang membuka pasar raya besar sudah 'berbatu-batu' di depan dengan pelbagai promosi Aidilfitrinya.
Kehadiran pasar raya hiper ini bukan saja 'melemah' dan 'menjejaskan' peniaga Melayu/Islam tetapi juga kedai-kedai runcit Cina dan Mamak yang terkenal dengan usahawannya yang tidak mengerti putus asa. Mereka turut mengeluh, bayangkanlah orang kampung jauh di pedalaman pun melakukan 'shopping' di Tesco, Aeon, Giant dan Mydin (ini bukan milik asing) dan menjamu selera di restoran KFC dan McDonald's.
Sebagai warga Melaka, saya amat-amati peniaga Melayu di ibu negeri ini 'semakin tenggelam' dilanda arus pemodenan dan globalisasi; dulu 'semasa muda' saya suka mengunjungi gerai-gerai peniaga Melayu di Bazar Mara Padang Nyiru dan di Kampung Jawa tetapi semuanya sudah jadi kenangan. Di atas tapak Bazar Mara itu didirikan kawasan letak kereta manakala Kampung Jawa 'sudah hampir mati'.
Tapak perniagaan baru seperti di Melaka Sentral juga tidak 'membawa berita gembira' kepada peniaga Melayu. Malah, Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan awal tahun ini, mendedahkan 41.9 peratus lot kedai Melaka Sentral diusaha warga asing. Jika warga asing sudah menguasai sebahagian besar lot niaga, kemudian ditambah dengan warga bukan Melayu, bermakna hanya segelintir saja Melayu berniaga di situ sedangkan kerajaan negeri telah menetapkan kuota bilangan peniaga di kompleks itu sebanyak 60 peratus.

Staf portal FMT letak jawatan beramai-ramai

Portal berita Free Malaysia Today (FMT), yang berusia empat tahun,  dilanda peletakan jawatan kakitangannya, termasuk ketua pengarangnya, K Kabilan.

Malaysiakini difahamkan bahawa peletakan jawatan berpunca daripada perbezaan pendapat antara pihak editorial dan pengurusan tingginya berkaitan pelbagai isu.

Sumber-sumber mendakwa bahawa lebih 10 editor dan wartawan akan akan berhenti, meninggalkan hanya tiga hingga empat kakitangan untuk mengendalikan portal tersebut.

Ia juga didakwa bahawa pihak pengurusan tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata pihak pengurusan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu.

Hukum Bayar Penceramah Guna Duit Masjid - Ustaz Azhar Idrus

Apa istimewa Deepak dapat pinjaman tanpa faedah?

PULAU PINANG 2 JUN: KEADILAN mempersoalkan apakah keistimewaan ahli perniagaan yang rapat dengan perdana menteri, Deepak Jaikishan dibenarkan mendapat pinjaman RM32 juta tanpa faedah.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sedangkan pelajar terpaksa meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan dikenakan faedah.
“Pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN dikenakan faedah sebanyak 4 peratus. Jika tak bayar akan disenarai hitamkan.
“Deepak yang berhutang dengan Bank Rakyat pula tidak dikenakan apa-apa faedah walaupun pinjaman RM32 juta yang mahu dibayar selama 10 tahun, lebih banyak daripada seorang pelajar yang berhutang PTPTN,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian mengulas isu pinjaman tanpa faedah oleh Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu, seperti mana didedahkan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik baru-baru ini.
“Kenapa ada perbezaan besar skim pinjaman bank dalam negara ini jika dibezakan antara rakyat biasa dengan Deepak?
“Apa istimewanya Deepak dengan peminjam lain yang meminjam di Bank Rakyat,” soal Saifuddin semasa berucap di Cherok Tok Kun, Pulau Pinang dalam program ceramah isu semasa ‘kebangkitan reformasi 2.0′, semalam.

Teluk Intan: Perlu lebih ramai calon muda

KUALA LUMPUR: Pemilihan calon muda seperti Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan yang lalu adalah suatu langkah yang baik bagi Pakatan Rakyat dalam menarik sokongan pengundi muda.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar berkata ianya juga perlu dijadikan penanda aras oleh Pakatan Rakyat untuk mengetengahkan lebih ramai lagi calon dari golongan muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

"Kami juga akan sentiasa bersedia untuk melahirkan tokoh-tokoh muda agar ditampilkan sebagai calon yang berwibawa sebagai calon daripada PAS.

"Kami juga yakin, pengundi-pengundi muda bersedia memberikan sokongan jika kita bersedia menampilkan calon-calon yang bertenaga dan mampu menjadi pemimpin untuk menyuarakan isu-isu rakyat sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (Dun)," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau mewakili pemuda Pakatan Rakyat Perak mengucapkan terima kasih kepada pengundi muda yang telah mengundi Dyana pada pilihan raya tersebut 31 Mei lalu.

PRK Teluk Intan: Terima kasih kepada petugas PAS

Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera PAS yang bertungkus lumus membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan.

Walaupun bukan PAS yang bertanding, namun PAS tetap 'all out' menggerakkan jentera bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan dikekalkan.

Pemuda PAS melahirkan rasa terharu dengan semangat yang ditunjukkan jentera khususnya daripada negeri-negeri yang tidak putus-putus turun demi mentaati arahan pimpinan.

Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak telah berjaya menjalankan peranannya untuk menyusun gerak kerja disamping mengerah tenaga pemuda untuk turun ke lapangan untuk membantu.

Walaupun gagal mempertahankan kerusi Teluk Intan, kami tetap gembira dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat walaupun berlaku sedikit kemerosotan.

Kegagalan itu adalah sebagai medan muhasabah untuk pimpinan dan jentera melihat dimana kekurangan yang ada namun ianya tidak boleh menjadikan gambaran tentang kesungguhan kerja buat para jentera.

PRK Teluk Intan: Pengundi luar antara faktor kalah

KUALA LUMPUR: Analisis awal Pakatan Rakyat mendapati faktor pengundi luar yang tidak balik mengundi antara faktor kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei lalu.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, tumpuan bagi memastikan pengundi luar balik mengundi tidak diambil satu keperluan utama ketika itu menyebabkan ramai yang tidak pulang mengundi.

"Ini terbukti apabila sasaran kita untuk peartusan keluar mengundi pada 73 peratus tidak tercapai.

"Faktor pengundi luar kita tidak letakkan sebagai keperluan utama untuk memanggil mereka pulang agar peratusan itu tercapai dan ini menyebabkan kita mengalami kekalahan apabila hanya 66.67 peratus sahaja keluar mengundi," jelasnya kepada Harakahdaily.

Pada PRK Teluk Intan lalu, calon BN Datuk Mah Siew Keong menang tipis terhadap calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.

Mengulas lanjut Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, kebanyakan pengundi luar berasa selesa dengan kemenangan DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dengan majoriti lebih 7,313 undi sehingga merasakan tidak perlu pulang.

"Ini sebagai pengajaran, kita jangan ingat kemenangan yang lepas tidak menjamin kemenangan kita akan datang.

Ridhuan Tee: Orang Islam mungkin termakan babi


Pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran, orang Islam mungkin akan termakan babi daripada produk atau dari premis makanan diusahakan golongan Cina, yang ditakrifkannya sebagai "ultra kiasu".

Beliau memberi amaran tersebut melalui tulisannya dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang bagi mengulas kontroversi mengenai DNA babi yang didakwa ditemui dalam satu produk coklat popular.

Katanya, isu berkenaan menunjukkan golongan "ultra kiasu" tidak boleh dipercayai dan beliau juga bimbang pihak tersebut akan bertindak lebih berani, sekiranya tiada tindakan dikenakan seperti dalam isu coklat tersebut.

"Kita mesti bertegas, tanpa kompromi lagi. Tidak perlu bakar kilang tersebut sepertimana cadangan ekstrem sesetengah pihak.

"Talik balik lesen. Tutup kilang coklat ini. Malaysia tidak akan bankrap jika mengambil tindakan ini," katanya.

Tulisannya disiarkan akhbar tersebut hari ini, tidak lama sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan, tiada DNA babi ditemui dalam produk Cadbury Confectionery.

Istilah "ultra kiasu" itu sering digunakannya untuk merujuk kepada golongan Cina, khususnya yang cenderung kepada pembangkang.

Isu DNA babi: PPIM teruskan boikot

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tetap akan meneruskan kempen boikot ke atas produk keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd walau ujian Jabatan Kimia tidak menemui DNA babi.

Satu kenyataan PPIM menyebut, mereka meneruskan kempen tersebut kerana maklumat awal yang diperolehi berhubung kandungan DNA babi dalam produk berkenaan berpunca dari satu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keputusan ujian Jabatan Kimia itu diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kami menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Jakim. Walau bagaimanapin, kami berpendapat pihak yang perlu mengeluarkan kenyataan untuk menafikan wujudnya penemuan DNA porcine dalam produk Cadbury adalah KKM memandangkan tindakan kami bersama NGO lain adalah berdasarkan kenyataan rasmi KKM.

"Bolehkah Saya Belajar Ilmu Agama Dengan Ustaz?" - UAI

Orang ISLAM Terima Darah Non-Muslim - Ustaz Azhar Idrus

Cara Lupuskan Kad/Kertas Yang Tertulis Basmalah/Ayat Al-Quran - Ustaz Azhar Idrus

Wajibkah Niat Musafir Bila Nak Bermusafir? - Ustaz Azhar Idrus

Suami Hanya Beri Nafkah ZAHIR - Ustaz Azhar Idrus

WAJIBKAH Suami Belanja Isteri Tunai HAJI? - Ustaz Azhar Idrus

Tak Maafkan Orang Yang Santau Sampai Mati - Ustaz Azhar Idrus

Siapa yang tidak mengundi Dyana?


Lebihan 71 undi membawa nasib berbeza untuk Siew Keong, di mana beliau berjaya mengalahkan calon popular, Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP dan menguasai semula kerusi Parlimen Teluk Intan yang pernah dimilikinya sebelum 2008.

Jadi, di mana 7,242 undi (mantan ahli Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng menang dengan 7,313 majoriti, dan penulis menganggap terdapat 71 undi yang berpaling tadah ke Siew Keong) yang sepatutnya memenangkan Dyana Sofya di Teluk Intan?

DAP berusaha habis-habisan untuk memenangkan Dyana. Tetapi mengapa penyokong mereka tidak kembali untuk mengundi?

Silap media pro-pembangkang dan permainan di media sosial

“Dyana pasti menang besar.” – Itulah persepsi yang dibina oleh media pro-pembangkang dan di media sosial seperti di Facebook dan Twitter sebelum Dyana dinamakan sebagai calon lagi.

Dyana diangkat seperti seorang puteri istimewa. Popularitinya bukan sahaja naik mendadak, malah melonjak ke langit dalam sekelip mata.

Mereka yang suka berlegar di Internet, terutamanya mereka daripada kalangan pro-pembangkang akan merasakan kemenangan Dyana sudah pasti, cuma majoriti sahaja yang perlu dirisaukan.

Bahkan, DAP sendiri hanya memberikan ramalan bahawa majoriti kemenangan mereka di Teluk Intan berkemungkinan kurang daripada 1,000 undi.

Perkataan kalah langsung tidak terlintas di minda mereka. Ini juga yang tersemai di minda pengundi luar Teluk Intan.

Melihat bagaimana Ramkarpal boleh meraih jumlah majoriti yang tidak jauh beza daripada jumlah yang dicatat bapanya di Bukit Gelugor meskipun peratusan keluar mengundi hanyalah 56.05 peratus, menyebabkan para pengundi luar Teluk Intan pula merasakan Dyana juga akan selamat kerana DAP menang besar dengan 7,313 majoriti di 2013.

Perasaan tidak perlu kembali mengundi diperhebatkan lagi apabila portal pro-pembangkang pula menceritakan bagaimana sesaknya Teluk Intan di hari terakhir kempen pada Jumaat malam Sabtu.

Malah, ada media pro-pembangkang yang melaporkan bahawa kesesakan jalanraya itu adalah petanda bahawa pengundi luar sedang berpusu-pusu kembali ke kampung halaman mereka untuk mengundi. Ternyata mereka tersilap.

Bukan itu sahaja, para pengundi luar yang baru habis bekerja di lewat petang Jumaat pula disajikan dengan gambar ceramah raksasa DAP yang dihadiri 10 ribu orang berbanding dengan hanya kurang seratus orang di BN yang berlegar di Facebook dan Twitter.

Meski kalah semangat Pakatan Rakyat tidak patah - Pemuda Pas

Pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai ‘penanda aras’ akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti, kata Pemuda PAS Perak.
PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak menganggap kekalahan di dalam pilihan raya kecil  Parlimen Teluk Intan tidak akan ‘mematahkan semangat’ dan ‘ mengikis setiakawan’ di dalam Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Negeri Perak.
Kami mengharapkan semua gerakerja sejak bermula tempoh berkempen hingga selesai PRK Teluk Intan akan membina persafahaman yang lebih jitu serta langkah yang lebih tersusun menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 nanti, kata ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss.
Kepada rakan-rakan di dalam PR iaitu Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Angkatan Muda PKR (AMK) diharapkan agar diperkukuhkan lagi kerjasama untuk membina kekuatan bersama dalam PRU14 akan datang juga, tambah beliau.
Menurutnya, pengenalan calon muda daripada DAP juga sebagai ‘penanda aras’ akan keperluan PR untuk meletakkan calon-calon muda pada PRU14 nanti.
“Ianya sebagai pemangkin agar PR secara menyeluruh bersedia menampilkan calon-calon muda untuk diletakkan kelak. Kami juga akan sentiasa bersedia untuk melahirkan tokoh-tokoh muda agar ditampilkan sebagai calon yang berwibawa sebagai calon daripada PAS.
“Kami juga yakin, pengundi-pengundi muda bersedia memberikan sokongan jika kita bersedia menampilkan calon-calon yang bertenaga dan mampu menjadi pemimpin untuk menyuarakan isu-isu rakyat sama ada di Parlimen mahupun di Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyelidik: GST dilaksanakan inflasi terburuk sejak 2008, harga minyak dijangka naik lagi

GST Grafik BaruKUALA LUMPUR, 2 JUN: Inflasi dijangka meningkat antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus pada 2015, yang tertinggi sejak 2008, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan dengan kadar 6.0 peratus dilaksanakan pada 1 April 2015.
Firma penyelidik, RHB Research dalam notanya hari ini, berkata inflasi dijangka kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan akan datang berikutan perubahan dalam harga pentadbiran oleh kerajaan, dengan kadar purata antara 3.0 peratus dan 3.4 peratus pada 2014.
Katanya komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan fiskal melalui rasionalisasi subsidi telah meningkatkan kadar inflasi melepasi paras 3.0 peratus sejak Disember 2013.
“Kami membayangkan sekurang-kurangnya satu lagi pusingan kenaikan harga minyak pada separuh kedua tahun 2014 berikutan kerajaan telah mencadangkan untuk mengurangkan jumlah subsidi sebanyak RM7.3 bilion dalam Bajet 2014,” katanya dipetik Bernama.

Cadbury DNA babi kejap ada kejap tiada, pengguna ragu-ragu

cadburrybab
SHAH ALAM 2 JUN : Walaupun dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini namun rata-rata pengguna masih meragui untuk membeli produk terbabit.
Tinjauan di laman media sosial Facebook dan Twitter mendapati pengguna masih ragu akan produk makanan itu malah ada diantara mereka yang mempersoalkan pihak berkuasa yang tidak memandang serius dalam isu
Malah ada yang berpendapat untuk mengambil tindakan memboikot produk dari syarikat terbabit dan menyalahkan pihak Jakim kerana membuat kenyataan U-turn.
Tidak kurang juga ada pengguna yang berpendapat ia berlaku disebabkan permainan politik dan wang.
Bagi KayRule SyazWan, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada Cadbury kerana mendatangkan perasaan was-was seterusnya serba salah untuk membeli.
“Ada atau tidak, Cadbury sudah tiada lagi dalam kamus coklat hati..sebab ni dah mendatangkan perasaan was-was yang menyebabkan serba salah..memang tidak akan makan..Selamat Tinggal Cadbury…Selamat Datang Kurma.
Selain itu, bagi Atok brutal pula berpendapat pihak berkuasa seharusnya mengambil serius apabila membabitkan isu makanan dan minuman.
Katanya, sijil Halal merupakan satu jaminan sesuatu makanan boleh dimakan, oleh itu ia perlu diuji sesuatu produk secara menyeluruh.
“Sepatutnya bab halal dan haram ni pihak berkuasa perlu ambil serius tambahan pula berkaitan makanan dan minuman yang menjadi darah daging.

Kurikulum pendidikan Yik diguna di 4 negara



KOTA BHARU: Kurikulum pendidikan Yayasan Islam Kelantan (Yik) turut diguna pakai di sekolah-sekolah agama di Singapura, Brunei, Thailand dan Kempuchea.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, selain itu ramai ibu bapa dari luar Kelantan berminat menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama di bawah Yik.

“Setiap tahun permintaannya begitu tinggi sekali, malah melebihi kuota yang ditetapkan Yik bagi pengambil pelajar-pelajar baru dari luar Kelantan.

“Ini secara jelas menggambarkan usaha yang dilakukan bagi memartabatkan bidang pendidikan agama di Kelantan turut mendapat perhatian masyarakat dari luar,” katanya pada perasmian penutup Seminar Antarabangsa Pendidikan Islam 2014 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Seminar terbabit membabit peserta dan pembentang dari Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan England. Peserta tempatan pula mewakili institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Yik, badan bukan kerajaan serta individu.

Yammy tak kisah dipanggil 'pengkhianat'

Yammy Samat, ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, tidak kisah dengan kenyataan gabungan penulis blog Umno yang hari ini sekali lagi mendesak supaya beliau dipecat daripada Umno.

Gabungan itu kecewa dengan Yammy, yang merupakan seorang ahli Umno, kerana berkempen untuk anak perempuannya itu yang mewakili DAP bertanding dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menentang BN.

"Itu terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno tentukan kedudukan saya. Terpulang pada mereka,: katanya kepada Malaysiakini.

Yammy mengulangi pendirian bahawa beliau akan kekal dalam Umno.

"Tetapi jika Majlis Tertinggi Umno tidak mahu saya lagi, maka tiada apa lagi yang boleh saya buat," katanya.

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (kanan) hari ini menggesa supaya Yammu dipecat, dua hari selepas BN berjaya menawan semula kerusi Parlimen Teluk Intan.

Tun Faisal, yang merupakan seorang penulis blog utama Umno, mengeluarkan satu kenyataan yang disokong oleh 44 penulis blog yang pro-BN yang menuduh Yammy sebagai "pengkhianat".

Mengenai kekalahan Dyana, Yammy berkata, beliau tidak tahu mengapa anaknya kalah pilihan raya kecil itu, tetapi menegaskan bahawa beliau hanya menemani anaknya berkempen.

Tertinggal SATU Rakaat SOLAT JUMAAT - Ustaz Azhar Idrus

Tak Tunaikan NAZAR - Ustaz Azhar Idrus

Saf Belum Penuh Tapi Buat Saf Baru - Ustaz Azhar Idrus

Berkawan Mengikut ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

Apa Beza Nama ALLAH Dengan Sifat ALLAH? - Ustaz Azhar Idrus

Teluk Intan: Di mana keadaan tidak dapat dirungkai

Oleh Ng Kee Seng
Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang mencuri hati rakyat Malaysia tidak mampu memenangi pilihanraya kecil Teluk Intan.Kemungkinan beliau tumpas di tangan kempen Barisan Nasional yang terlalu hebat, dengan pemberian buah tangan serta janji Perdana Menteri bahawa presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong bakal menjadi menteri jika menang di kerusi parlimen itu.

Ia berjaya dilakukan Umno-BN bagi memperkukuhkan undian terhadapnya samada dari kalangan penyokong sendiri, atau juga pengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu. Tiada alasan bagi kekalahan Dyana kepada Mah dengan majoriti 238 undi, kerana Pakatan gagal menangani hak rakyat Malaysia yang akhirnya dimenangi golongan bigot dan taksub.
Undi rosak sebanyak 550 juga lebih daripada kadar majoriti. Ini merupakan pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen, maka sudah tentu kerajaan persekutuan punyai kelebihan.
Sebanyak 66.7 peratus pengundi keluar dengan jumlah 40,236 daripada 60,438. Ini kadar yang rendah berbanding 80.7 peratus pada PRU13 yang lalu.
Apa yang lebih mustahak ialah bagi kedua-dua belah pihak menjalankan bedah siasat bagi mengetahui sebab sebenar kemenangan atau kekalahan.
theantdaily tepat di dalam dua ulasan polihanraya kecil itu “Teluk Intan merupakan ujian asid buat Gerakan” (11 Mei) dan “Mampukah kempen lelaki budiman Mah memenangi hati pengundi?” (21 Mei).
Ia menyatakan dengan jelas mengapa Mah dan BN mampu menang tipis di Teluk Intan jika presiden Gerakan itu dapat memulihkan keyakinan para pengundi di situ.
Bagaimanapun, Mah perlu merendah diri dan melaksanakan transformasi bagi partinya selepas ini.
Mah dan Gerakan telah membayangi MCA dan DAP di dalam menangani isu Hukum Hudud,
Mah wajar meneruskan kerja kerasnya dan menumpukan usaha bagi pilihanraya umum akan datang.
Beliau juga perlu ingat bahawa BN dengan mudah boleh kecundang di Teluk Intan beberapa tahun akan datang.
Kemenangan Mah juga satu tamparan buat MCA yang kecundang di PRK Kajang, satu kawasan dengan taburan pengundi yang hampir sama.

Samseng Politik: Permohonan maaf sudah memadai - KJ

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada DAP kerana permohonan maafnya secara peribadi dua minggu lalu sudahpun memadai.

"Sama ada ia secara peribadi ataupun umum, ianya perkara sama. Saya sudahpun katakan, bagi isu kerosakan kepada harta DAP, saya sudahpun sampaikan permohonan maaf dan kesediaan untuk membaya.

“Saya fikir perkara itu sudah memadai," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau diminta mengulas tuntutan melalui MP DAP Ong Kian Ming yang berkata permohonan maaf seperti itu tidak memadai.

Khairy berkata beliau sudahpun mengirim permohonan maaf kepada Ong melalui mesej Twitter, atas tindakaan anggota Pemuda Umno yang menyebabkan kerosakan pada papan tanda DAP.

Peserta demonstrasi yang bertindak ganas itu turut mengancam untuk membakar ibu pejabat DAP.

Ditanya mengenai siasatan ke atas kejadian tersebut, Khairy berkata perkara itu pada lazimnya dijalankan oleh lembaga disiplin, yang boleh menjawab soalan seperti itu.

Menteri belia dan sukan itu berkata demikian ketika merasmikan majlis konvokesyen Institut Kemahiran Belia Nasional pagi ini.

Penganalisis Politik Dedah Punca Sebenar Kekalahan DAP Di PRK Teluk Intan

Mereka memberitahu The Malaysian Insider, jangka masa setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlalu pendek bagi pengundi untuk kecewa dengan PR dalam menguruskan beberapa isu yang kebanyakannya berpusat di Selangor atau pengundi Teluk Intan “menghukum” gabungan pembangkang itu.
Lagipun, bukan semua pengundi luar Teluk Intan menetap di Selangor di mana PR menguasai kerajaan negeri untuk penggal kedua yang berdepan dengan masalah air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban serta lebuhraya kontroversi.
"Satu tahun kekecewaan berbanding dengan lebih 60 tahun daripada apa yang pada dasarnya pemerintahan rasuah BN, saya tidak fikir hujah ini boleh dipakai," kata penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun kepada The Malaysian Insider.“Peratusan keluar mengundi rendah mungkin disebabkan mereka berfikir DAP sudah pasti akan memenangi kerusi tersebut,” tambahnya.
Sebaliknya, penganalisis dari Sekolah Pengajian Hubungan Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura itu percaya DAP kalah kepada jentera BN yang kuat di Teluk Intan."DAP biasanya menang dengan rayuan media massa, tetapi dalam perlumbaan rapat seperti ini, jentera pilihan raya benar-benar penting, jadi DAP perlu bekerja keras mengukuhkan jentera di kawasan ini," kata Oh.
Terdapat juga dakwaan keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon menyebabkan ketidakpuashatian di kalangan jentera yang mahukan calon tempatan, walaupun ini sudah dijelaskan oleh pemimpin parti itu pada awal waktu berkempen.

Tiada DNA babi dalam dua coklat keluaran Cadbury - Jamil Khir


Himpunan Aman Membantah Kenaikan Cukai Pintu MBKT Pada 4 Jun 2014

JAKIM sahkan tiada DNA babi dalam coklat Cadbury

PR gesa Umno Selangor bawa usul mansuh tol ke Parlimen

PR Telah Lama Mendesak  Tol Batu 3 Dan Sg Rasau Dimansuhkan
SHAH ALAM – PR menyambut baik usaha Umno Selangor membuat rayuan kepada Kerajaan Persekutuan supaya cadangan memansuhkan plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dipertimbangkan semula.

Ahli Parlimen Pas-Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyokong hasrat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk berbuat demikian memandangkan perkara itu semakin membebankan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup khususnya di bandar.

“Plaza tol yang lain pun membebankan rakyat dan menyebabkan kos harga barang naik akibat pertambahan kos pengangkutan.

“Saya sokong kalau dia hendak merayu kepada kerajaan pusat supaya ianya dimansuhkan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dahulu,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Tanjung Karang itu mengulangi pendirian Umno Selangor untuk berusaha merayu kepada Kerajaan Persekutuan memansuhkan dua plaza tol.

Noh juga berjanji, beliau akan membawa usul tersebut ke dalam sidang Dewan Rakyat akan datang.

Keluarga bimbang kes Riduan ulangi tragedi Natrah

KOTA BHARU: Seorang saudara baru Muhammad Riduan Abdullah, 45 kini berdepan saat getir apabila Mahkamah Tinggi Ipoh mengarahkan anaknya yang membesar dalam suasana Islam diserah kepada bekas isterinya beragama Hindu.

Hakim Lee Swee Seng memberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk menyerahkan anaknya, Ummu Habibah, 6, dan sekiranya tidak berbuat demikian dianggap sebagai menghina mahkamah.

Hakim terbabit juga memerintahkan Riduan membayar RM30,000 sebagai kos mahkamah dan RM5,000 kos mengesannya selepas waran tangkap dikeluarkan.

Bagaimanapun beliau tidak hadir pada perbicaraan itu atas faktor keselamatan.

Keluarga angkat Riduan di sini berkata, mereka bimbang keputusan hakim tersebut boleh mengundang tragedi Natrah yang pernah berlaku pada 1950 di Singapura.

Pada peristiwa berdarah itu orang Melayu segenap negeri di semenanjung datang ke Singapura bagi membantah keputusan mahkamah merampas Natrah daripada ibu angkatnya, Che Aminah selepas menganut Islam.

Natrah nama asalnya Bertha Hertogh diberi oleh ibunya kepada Che Aminah ketika berlaku pendudukan Jepun di Indonesia.

“Saya bimbang apabila anak yang sudah Islam diberi semula hak penjagaan kepada ibunya beragama Hindu menyebabkan Islam yang sudah sebati dalam dirinya luntur.

“Masyarakat Islam di negara ini tidak boleh memandang enteng isu tersebut kerana ia melibatkan masalah aqidah yang perlu dipertahankan,” katanya yang mahu dikenali sebagai Ustaz Zaini.

Riduan nama asalnya K Patmanathan menganut Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian ketiga-tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), Abu Bakar (Karan Dinish), 16 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 17 turut diIslamkan.

Teluk Intan: Battle lost but war to be won

If DAP's objective is to reach out beyond the hardcore support base to all races, not just in Teluk Intan but throughout Malaysia, then fielding a qualified Dyana Sofya despite the known risks is the progressive step to take. 

Teluk IntanComment by Tony Pua

I spent 17 consecutive days camped in Teluk Intan as the campaign director for the recently concluded by-elections where DAP’s candidate, Dyana Sofya lost by 238 votes.
Understandably, the analysis and criticisms has been published hard and fast, and more will come over the next few days.
Many were surprised we lost. Some argued that we have been complacent and arrogant. Of course, some believed that we made strategic mistakes.
There is no question that the campaign execution has plenty of room for improvement, and the team will certainly be carrying out our post-mortem over the next few days to ensure that future campaigns can be even better.
However, we certainly never expected an easy campaign. The fact that it took the party leadership “forever” to decide on the candidate was precisely because we knew that the risk of losing the seat was high.
Regardless of the candidate, the Teluk Intan by-election was never going to be a walk in the park like Bukit Gelugor, where Barisan Nasional did not even have the courage to put up a fight.
Even before the candidate decision, the party was well briefed by our grassroots that the word on the street was that many in the Chinese community will give their vote to Gerakan president Mah Siew Keong. The argument was compelling.
“We voted Pakatan for ‘Ubah’ in the 13th General Election (GE). But since this by-election has no impact on ‘Ubah’, we will vote Mah for three years’ worth of ministerial benefits, and vote ‘Ubah’ again in the 14th GE.”
What’s more, we were also aware that there was little motivation for the thousands of outstation voters to return to Teluk Intan to vote since there wasn’t a chance of “Ubah” with just one seat at stake.
This was before we took into consideration the amount of goodies that will be dished out during the campaign by the BN machinery to buy votes, as proven by the various police and press reports during the campaign.
Hence, some leaders had lamented that either choice of candidate – Malay or Chinese – will lose. Some argued that only a “well-known” Chinese candidate could possibly win. I was of the opinion that a Malay candidate may not necessarily lose while a Chinese candidate may not necessarily win.
Regardless of the differences of opinion, the party leaders were all fully cognizant of serious challenges we face in retaining the seat.
Even our most experienced party leader Lim Kit Siang announced that we faced the uphill task with only 40% of support at the start of the campaign.
Hence did we make the “strategic misstep” of nominating Dyana Sofya for this by-election because we did not understand the “local sentiments” in Teluk Intan?

Teluk Intan: Ramai anak muda sokong PR tidak pulang mengundi

IPOH – Kemerosotan jumlah undi masyarakat setempat dipercayai antara faktor utama kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata, penurunan peratusan undi tersebut melibatkan golongan anak-anak muda tempatan yang bekerja di luar Teluk Intan dan tidak berkesempatan balik mengundi.

Menurutnya, peratusan undi kali ini dimonopoli penduduk setempat yang sememangnya bermastautin di Teluk Intan.

“Peratusan undi kepada PR kali ini kita dapati agak rendah. Kebanyakan penyokong PR ini melibatkan golongan muda dan mereka ini rata-ratanya bekerja di luar Teluk Intan berbanding penyokong BN yang rata-ratanya golongan berusia yang sememangnya menetap di sini (Teluk Intan).

“Bagaimanapun keputusan ini hanya keputusan pilihan raya kecil, ia masih belum memadai untuk menggambarkan sokongan rakyat terhadap PR secara keseluruhannya,” katanya.

Sementara itu, Boon Chye berkata, PR akan terus meletakkan calon-calon berkaliber khususnya dari kalangan golongan muda pada masa hadapan.

“Secara keseluruhannya, faktor agama, kaum serta latar belakang bukanlah satu kepentingan bagi memilih calon. Ianya terpulang kepada kawasan,” katanya.

Jakim sahkan Cadbury bebas DNA babi..!!!

( Laporan Rasmi KKM  Pada 27 Feb-2014)

BANGI 2-Jun-2014,  Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12 dan 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Jangan panggil kami YB, kata MP Padang Serai

Amalan merujuk kepada ahli-ahli Parlimen sebagai 'YB' di luar Dewan adalah "memalukan dan tidak masuk akal " kerana mereka adalah pekhidmat awam dan bukan sebaliknya, kata
MP Padang Serai,  N Surendran.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak mengangkat diri mereka mengatasi rakyat dan menghentikan amalan itu.

Katanya, dalam tatanegara bebas dan demokratik, wakil rakyat tidak seharusnya meletakkan diri mereka lebih tinggi dari rakyat melalui gelaran kehormat hanya kerana dipilih ke jawatan tersebut.

Menurut Surendran, ia tidak selaras dengan hakikat bahawa wakil rakyat yang dipilih adalah 'penjawat awam ' dan bukan tuan.

Ahli Parlimen bagi penggal pertama, yang juga naib presiden PKR itu berkata amalan tersebut adalah memalukan, tidak perlu dan agak tidak masuk akal.

Ia  juga tidak diamalkan di negara-negara Komanwel yang lain , katanya.

Istilah ' Yang Berhormat (YB), jelas beliau, digunakan oleh ahli Parlimen antara satu sama lain di Dewan semasa perbahasan.

"Orang ramai hanya perlu memanggil ahli Parlimen alamat sebagai ' encik ', ' cik ' atau 'puan'," kata Surendran.

Malangnya, kata beliau, ramai wakil rakyat mereka mempunyai tabiat memanggil antara satu sama lain 'YB' di luar Parlimen atau Dewan Undangan Negeri .
Dr Oh Ei Sun berkata punca kekalahan DAP di Teluk Intan kepada Barisan Nasional adalah kerana terlalu yakin terhadap kemenangan, bukannya kerana pengundi menolak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan isu-isu yang berpusat di Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014. Dr Oh Ei Sun berkata punca kekalahan DAP di Teluk Intan kepada Barisan Nasional adalah kerana terlalu yakin terhadap kemenangan, bukannya kerana pengundi menolak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan isu-isu yang berpusat di Selangor. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Jun, 2014. DAP kalah di Teluk Intan kerana terlalu yakin dan bukannya kerana pengundi menolak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan beberapa isu sehingga menyebabkan parti pembangkang itu hilang kerusi yang dikuasai selama enam tahun kepada Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider, jangka masa setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlalu pendek bagi pengundi untuk kecewa dengan PR dalam menguruskan beberapa isu yang kebanyakannya berpusat di Selangor atau pengundi Teluk Intan “menghukum” gabungan pembangkang itu.
Lagipun, bukan semua pengundi luar Teluk Intan menetap di Selangor di mana PR menguasai kerajaan negeri untuk penggal kedua yang berdepan dengan masalah air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban serta lebuhraya kontroversi.

"Satu tahun kekecewaan berbanding dengan lebih 60 tahun daripada apa yang pada dasarnya pemerintahan rasuah BN, saya tidak fikir hujah ini boleh dipakai," kata penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun kepada The Malaysian Insider. “Peratusan keluar mengundi rendah mungkin disebabkan mereka berfikir DAP sudah pasti akan memenangi kerusi tersebut,” tambahnya.
Sebaliknya, penganalisis dari Sekolah Pengajian Hubungan Antarabangsa S Rajaratnam di Singapura itu percaya DAP kalah kepada jentera BN yang kuat di Teluk Intan.
"DAP biasanya menang dengan rayuan media massa, tetapi dalam perlumbaan rapat seperti ini, jentera pilihan raya benar-benar penting, jadi DAP perlu bekerja keras mengukuhkan jentera di kawasan ini," kata Oh.
Terdapat juga dakwaan keputusan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon menyebabkan ketidakpuashatian di kalangan jentera yang mahukan calon tempatan, walaupun ini sudah dijelaskan oleh pemimpin parti itu pada awal waktu berkempen.
Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga berkata, walaupun sesetengah pengundi mungkin kecewa dengan masalah PR di Selangor dan juga kelemahan gabungan itu menggendalikan isu kontroversi hudud, tidak semua pengundi dari kerusi separa bandar itu tinggal atau bekerja di negeri terkaya dan termaju itu.
Beliau menegaskan salah satu daripada sebab yang menyumbang kepada kemenangan BN adalah kerana DAP menggunakan strategi yang salah dan menambah, parti itu dilihat angkuh dan terlalu yakin menjelang pilihan raya kecil itu.
"Keyakinan mereka 'kemenangan sudah pasti’ dan jumlah lebih besar orang yang menghadiri ceramah sebagai tanda kemenangan adalah salah," katanya.
Pada ceramah akhir menjelang hari pengundian, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa 20,000 menghadiri ceramah mereka; pada masa sama, portal berita Malaysiakini melaporkan hanya 70 orang menghadiri ceramah BN.
"Pada saat akhir, beberapa pemimpin memberi amaran Dyana hanya mempunyai 47% peluang untuk menang dan menggesa pengundi luar untuk kembali, tetapi mesej itu terlambat," kata Khoo.
Dyana yang masih baru dalam politik dikalahkan dengan tipis oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Mah yang juga presiden Gerakan mendapat 20,157 undi berbanding Dyana yang hanya mendapat 19,919 undi. Terdapat 550 undi rosak.
Mah merupakan ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Selepas itu, beliau kalah kepada M Manogaran (pada 2008 dengan majoriti 1,830 undi) dan Seah Leong Peng 2013, dengan majoriti 7313 undi), kedua-duanya merupakan calon DAP.
Peratusan keluar mengundi rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 66.7% berbanding 80.7% pada PRU13 dan ini memudaratkan DAP kerana ia merupakan isyarat pengundi  tidak menganggap pilihan raya kecil serius.
"Perlu ada alasan kukuh untuk pulang mengundi dan pengundi tidak melakukannya untuk pilihan raya kecil. Ia tidak seperti pilihan raya umum, di mana pengundi mengetahui mungkin terdapat perubahan kerajaan," kata Profesor Dr James Chin dari Monash University Malaysia.
Kedua-dua Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia dan Dr Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak merasakan DAP tidak begitu gigih meyakinkan pengundi luar Teluk Intan untuk pulang mengundi.
Jayum berpandangan ia berlaku kerana faktor baik PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei, di mana DAP menang kerusi tersebut dengan mudah sementara Puyok mengatakan DAP terlalu tertumpu kepada Dyana berbanding isu setempat yang menjadi kebimbangan utama pengundi kawasan separa bandar itu.
Tetapi Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming memberi amaran kekecewaan dengan prestasi PR selepas PRU13 tidak boleh ditolak sebagai punca peratusan mengundi yang lebih rendah.
"Pakatan perlu mempertimbangkan arah keseluruhan gabungan itu untuk bergerak ke hadapan bagi mengelakkan pengundi tidak keluar mengundi dalam PRU kerana kecewa dengan kedua-dua BN dan PR," katanya.
Ong juga tidak percaya keputusan PRK Teluk Intan adalah disebabkan pengundi bertindak balas kepada masalah kerajaan Selangor atau ketidakupayaan PR menguruskan PAS yang berdegil untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Hasrat PAS melaksanakan hudud di Kelantan mendapat tentangan sengit daripada DAP dan parti komponen Cina BN.
Setakat ini, rancangan itu ditangguhkan sehingga satu kajian dilakukan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada Putrajaya, PAS dan kerajaan Kelantan. – 2 Jun, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-kalah-di-teluk-intan-kerana-terlalu-yakin-kata-penganalisis#sthash.RssBe77V.dpuf

BN menang di Teluk Intan hanya kerana 'nasib baik' kata Perkasa

Perkasa mengatakan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanyalah bernasib baik kerana peratusan keluar mengundi yang rendah. 

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali turut berkata, calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seharusnya lebih banyak "memaki hamun" Perkasa untuk menang di kerusi tersebut.

"Kemenangan BN lebih bernasib baik kerana masyarakat Teluk Intan belum boleh terima calon muda yang jelas masih mentah dalam politik dan belum cukup matang untuk perjuangkan nasib rakyat.

"Apa pun, jika jumlah keluar mengundi lebih tinggi, pasti DAP menang. Jelas penyokong DAP terlalu yakin akan menang jadi ramai berfikiran begitu, akhirnya mereka tidak keluar mengundi," kata Syed Hasan.

Beliau turut berkata, Dyana Sofya dan ibunya, Yammy Samat seharusnya membuktikan mereka berada sangat jauh daripada Perkasa dengan membakar bendera pertubuhan tersebut untuk memenangi sebarang pilihan raya sekiranya kembali dicalonkan.

"Dyana Sofya masih boleh ke hadapan dan berjaya atas tiket DAP masa hadapan. Dia perlu lebih kuat maki hamun Perkasa. Kena lebih kuat pertikai hak Melayu dan kena sebut semua rakyat negara ini kena terima kesamarataan dengan lebih tegas, perlu bersuara tegas peruntukan pembangunan Islam dengan agama-agama lain mesti sama banyak, tidak boleh hanya tumpu Islam sahaja.

"Dyana Sofya terlupa perjuangkan golongan LGBT masa kempen tempoh hari. Lain kali kalau ada peluang bertanding lagi dia perlu mengajak pejuang-pejuang LGBT bersama dalam kempen. Jika semua di atas dilakukan, Dyana Sofya boleh lebih tegas pasti akan menang dengan mudah, bukan Islam dan bukan Melayu akan sokong 100%," kata Syed Hasan merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

MH370: Grand Finale

PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam serta seluruh Itrah Ahli Baitnya dari awal dan akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan akan menerima payung syafaat Baginda Rasulullah di hari akhirat kelak, insyaALLAH.

"Wamakaru WamakaraALLAH, WALLAHu Khairul Maakirin. Dan mereka melaksanakan rencana dan ALLAH juga merencana, dan perencanaan ALLAH itulah sebaik-baik perencanaan." QS Ali Imrah: 54.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayatNYA, saya berjaya juga menyiapkan artikel "Grand Finale" ini disini pada malam ini, iaitu tepat jam 2.58 pagi waktu Malaysia diteratak saya tempat saya sering berfikir dan menganalisa. Setelah lebih 20 hari saya meneliti dan menganalisa, akhirnya saya temui jawapan mengenai misteri MH370 ini. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana, daripada DIA jualah saya mendapat ilham dan juga jalan untuk menyelesaikan misi pencarian saya mengenai MH370 ini.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi saya ini dan kepada semua yang pernah bersama saya sepanjang saya mencari jawapan tentang MH370 ini, SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada anda semua kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pembaca yang setia menanti artikel saya ini diterbitkan. Terima kasih tak terhingga kepada semua authorized personyang telah banyak membantu saya dalam misi saya.

Akhirnya, selesai juga artikel saya tentang MH370. Semoga dengan tertutupnya cerita ini di blog saya dapat merungkaikan kesulitan dan juga keanehan yang terjadi sepanjang hilangnya MH370. Untuk makluman, saya telah menganalisa hampir kesemua berita semasa daripada 9 Mac 2014 sehingga semalam (29 Mei 2014), iaitu lebih kurang selama 81 hari. Saya telah meneliti hampir kesemua teori dan juga rumours berkenaan MH370 termasuklah hal Diego Garcia, Kazakhstan, Mongolia, teori Philips Wood, teori berpatah balik, teori rampasan, teori teroris, dan pelbagai lagi yang tak dapat saya nyatakan kesemuanya disini.

Ku Li persoal pembayaran pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada Deepak

Deepak Hebat Warga Asing Berkuasa Penuh Terhadap Najib Dan Rosmah..!!!
Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.
“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.
Putera Raja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.
“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?

“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.

Walaupun kalah, DAP terus ketengahkan calon Melayu - Pua

TELUKINTANDYANA_200514_TMIAFIF_016_yammy_540_360_100SHAH ALAM, 2 JUN: DAP sedia meletakkan calon Melayu dalam mana-mana pilihan raya walaupun calon Melayu mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tewas tipis kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong di Parlimen yang majoriti pengundi Cina itu.
Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, DAP lebih mementingkan calon yang mampu berkhidmat kepada masyarakat dengan mendukung imej dan prinsip perjuangan parti yang mementingkan keharmonian masyarakat negara ini.
“DAP tidak pernah menentang atau menghalang calon daripada kalangan bukan Cina dalam DAP. Kita ada ramai wakil rakyat India dan kita juga ada dua Ahli Parlimen Melayu.
“Bagaimanapun dalam PRK pencalonan calon Melayu di kawasan majoriti Cina dengan mudah menjadi tumpuan. Keadaan ini menjadi perhatian utama serangan dan manipulasi oleh BN
“Selepas ini kalau ada pencalonan yang sesuai dari kalangan aktivis DAP kita akan ketengahkan. Kita tidak kira bangsa asalkan dapat mendukung imej dan prinsip perjuangan parti dan berkerja keras untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Pua ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Kata Pua, masyarakat negara ini juga perlu dididik menerima politik berteraskan nilai dan menolak politik perkauman yang menjadi senjata utama BN untuk mengekalkan kuasa mereka.
Dalam PRK Parlimen Teluk Intan yang berlangsung 31 Mei, menyaksikan BN dilihat ‘berjaya’ memanipulasi politik perkauman dengan mesej berbeza bagi meningkatkan undi di kawasan majoriti Melayu dan juga kawasan majoriti Cina.

Teluk Intan: Janji Bernilai RM6 bilion Untuk 71 Undi...Ada ke duit tue...!!!

Untung orang Teluk Intan,boleh dapat universiti,boleh dapat limbungan kapal,boleh dapat lebuhraya pesisir pantai.Orang Teluk Intan tak payah pergi KL ,Teluk Intan menawarkan peluang pekerjaan. Labur 6 bilion BN hanya mampu tambah 71 undi saja. Pada tahun 2013,Mah dapat 20,086 ,pada PRK 2014 Mah dapat 20,157.Dalam tempoh setahun,dengan kempen bantuan agensi kerajaan,media perdana ,BN  hanya mampu tambah undi 71 sahaja...

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
PARLIMEN
NEGERI : PERAK

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : P.076 - TELOK INTAN
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. SEAH LEONG PENG DAP27,399MENANG
2. MAH SIEW KEONG BN20,086
3. MORALINGAM A/L KANNAN BEBAS279HILANG DEPOSIT

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:60,483

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:885

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:48,649

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:48,839

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:190

PERATUS PENGUNDIAN:80.70%

MAJORITI:7,313
5/5/2013
 31/5/2014

Kes 38 perogol : Suspek ke-15 ditahan polis

Suspek dikawal ketat polis di mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.  
Suspek dikawal ketat polis di mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.
KOTA BHARU - Seorang pelajar berusia 17 tahun, suspek ke-15 ditahan polis berhubung kes dua remaja perempuan yang didakwa dirogol 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, di sini, minggu lalu.

Suspek ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong, Machang, pada jam 3.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek berasal dari Kampung Bonggol Chicha, Kok Lanas, di sini, adalah pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Kota Bharu.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun perintah reman terhadapnya tetap dikenakan bagi membantu siasatan kejadian rogol tersebut.

Semalam, suspek dibawa ke mahkamah pada jam 11 pagi untuk mendapatkan perintah tahanan reman di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen, Rashid Mustafa.

“Suspek direman enam hari berkuat kuasa hari ini (semalam) di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan dengan penahanan suspek menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan setakat ini seramai 15 orang,” katanya.

Ibu dakwa Dyana kena fitnah

TELUK INTAN - Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.
Yammy Samat
“Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.

“Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Yammy berkata, walaupun macam-macam dilakukan oleh pihak lawan terhadap anaknya, beliau akan tetap bersama Umno.

Katanya, terpulang kepada Umno sama ada mahu menyingkirnya kerana menyokong anaknya yang mewakili parti lawan.

“Saya mahu tunjukkan walaupun berlainan parti dalam satu keluarga, hubungan antara ibu dan anak tak akan terputus,” katanya.

Menurutnya, beliau menerima kekalahan Dyana Sofya dalam PRK itu dan menganggap anaknya berdepan dengan nama besar.

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut.

Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.
Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited.