Sabtu, 31 Mei 2014

Teluk Intan: Dyana Sofya menang dari segi moral

KUALA LUMPUR: Walaupun Dyana Sofya Mohd Daud kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, namun calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu tetap menang dari segi moral.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kekalahan dengan majoriti yang kecil itu membuktikan kekalahan moral kepada calon Barisan Nasional (BN).

BN memenangi PRK Parlimen Teluk Intan dengan majoriti 238 undi, apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19,919 undi.

"Tahniah kepada Dyana kerana saingan yang beliau berikan kepada BN.

"Walaupun kalah tetapi beliau tetap menang dari segi moral dan kemenangan tipis BN ini cukup memalukan apatah lagi yang bertanding merupakan Presiden Gerakan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Katanya lagi, sejak awal lagi Dyana diserang dari pelbagai sudut termasuk daripada agensi kerajaan sendiri, namum beliau mampu menghadapinya.

"Dyana bukan sahaja menghadapi serangan dari jentera BN tetapi dari agensi kerajaan.

"Ketabahan yang beliau tunjukkan ini merupakan satu permulaan baik untuknya bagi meneruskan perjalanan politik pada masa akan datang," katanya lagi.

PRK Teluk Intan: Mah hanya menang 238 undi dengan janji projek berbilion ringgit..!!!

Suasana sebak menyelubungi suasana di pusat operasi kempen DAP Teluk Intan selepas keputusan yang diperolehi malam ini memihak kepada BN.

Para penyokong calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dilihat berpelukan dan mengalirkan air mata semasa menenangkan antara satu sama lain.

Dyana sendiri ketika berdepan dengan kira-kira 200 orang penyokong tersebut pada malam ini berkata ini bukanlah penamat bagi beliau dalam politik.

"Ini bukanlah penamat bagi Dyana Sofya, saya tidak akan kecewakan anda,” kata Dyana yang kelihatan tenang.

Peguam muda itu, yang mengenakan baju kurung warna kundang dan selendang berwarna hitam pada malam ini berkata beliau tidak hanya berusaha untuk bertanding kerusi Parlimen, tapi untuk mencapai tujuan lebih besar.

“Kita perlu menghentikan politik kaum. Saya tidak hanya menentang (Datuk) Mah (Siew Keong), namun seluruh jentera (BN).

"Mah hanya menang (kira-kira) 200 undi,” katanya yang menambah beliau akan terus berkhidmat untuk Teluk Intan walaupun tewas dalam pilihan raya kecil tersebut.

Beliau ditemani penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung Lim Guan Eng dan juga para pemimpin DAP lain yang hadir untuk menyatakan penghargaaan kepada para penyokong.

FAKTA NOMBOR PRK TELUK INTAN : MAGIC OLEH SIAPA?

PRK Teluk Intan: Sebanyak 66.50 peratus atau 39,850 daripada 59,927 pengundi telah keluar mengundi sehingga 5 petang ini - SPR (Bernama)
 59,927 Jumlah Keseluruhan Pengundi Yang Di Sahkan SPR
410 Pengundi Awal
59,517 Pengundi Hadir
392 Pengundi Awal Mengundi (27/5/2014)
39,850 Pengundi Hadir Mengundi  (31/5/2014)
40,242 Jumlah Keseluruhan Kertas Undi Diterima (31/5/2014)
19,919 DAP
20,157 BN
550 Rosak
238 Majoriti
40,626 Jumlah Pengundi (Awal & Biasa) Keluar Mengundi

PERSOALAN TIMBUL???

Bagaimana sejumlah 40,626 undi dikira secara keseluruhan (DAP+BN+Rosak+Awal) sedangkan jumlah Pengundi Awal + Pengundi Hadir yang diisytiharkan adalah 40,242?

Maka, macammana boleh TERRR......LEBIH UNDI sebanyak 384 Undi/Pengundi?

NOTA : BN menang dengan majoriti 238 Undi!

Gulp!

Oleh Abang Ahmad Kerdee [Ambm]

Pengantin 'Dok Tahu Kebende' - Ustaz Azhar Idrus

Menantu 'Dok Mayang' - Ustaz Azhar Idrus

Salah Pilih, Suami Kaki 'SmackDown' - Ustaz Azhar Idrus

DAP dissapointed by Teluk Intan defeat

Keluarga marah terus diperbodoh dalam perkembangan terkini misteri MH370


Waris penumpang dan anak kapal MH370 mahu tahu perkara sebenar, bukan lagi penipuan dan penafian pihak berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.Waris penumpang dan anak kapal MH370 mahu tahu perkara sebenar, bukan lagi penipuan dan penafian pihak berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 rasa tertipu susulan daripada pengumuman terkini, selepas dua bulan operasi mencari pesawat itu, pencari mungkin mencarinya di lokasi yang salah.
“Mereka sudah tahu perkara ini. Mereka ada keraguan mengenai lokasi di mana MH370 kali terakhir ‘dikesan’ sejak dari awal.
“Kami sudah tahu. Pendedahan terbaru mengenai ping dan kenyataan daripada Australia membuktikan keraguan dan kecurigaan kami mengenai kedudukan terakhir pesawat itu,” kata Zahida Hasnan kepada The Malaysian Insider.
Zahida dari Singapura adalah kakak kepada Mohd Hazrin Hasnan, seorang daripada 12 anak kapal MH370 yang lesap pada 8 Mac bersama 227 penumpang itu.
Katanya, lokasi itu, berdasarkan kepada data satelit syarikat British, Inmarsat dan ping yang didakwa pihak berkuasa datang dari kotak hitam pesawat berkenaan, hanya ‘plot’ untuk mengalih perhatian dunia daripada kebenaran.
“Mereka tahu sesuatu tetapi tidak beritahu saya,” kata Zahida.
Pegawai Australia semalam mengesahkan pesawat MH370 tidak berada di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.
Zahida berkata, beliau penat bersabar dan ‘dibuli’ oleh pihak berkuasa yang terus menipu keluarga.
“Saya penat dengan semua ini. Kami perlu pembabitan penyiasat persendirian. Kami perlu ketelusan dan perkongsian maklumat dengan cepat,” kata Zahida.

Tiada unsur rasuah dalam kes pinjaman Bank Rakyat, kata SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dikesan berkaitan isu pinjaman tanpa faedah Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan, Deepak Jaikishin.
Kenyataan SPRM hari ini menyebut penelitian awal mendapati ia lebih kepada isu tadbir urus bank.
"Bagaimanapun, SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya, termasuk memanggil pihak yang berkaitan, jika menerima maklumat baru," katanya.
Laporan beberapa media baru-baru ini mendakwa Bank Rakyat meluluskan pinjaman sebanyak RM32 juta tanpa faedah kepada seorang ahli perniagaan.
Bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik (gambar) dilaporkan mendakwa ahli perniagaan terbabit mendapatkan campur tangan seorang ahli politik bagi menyelesaikan pinjaman itu.
SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.
"Akta SPRM 2009 hanya menyediakan peruntukan untuk menyiasat kes berunsur rasuah.
"Sehubungan itu, SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada," katanya.

Polis Filipina dakwa ‘wang tebusan yang besar dibayar untuk bebaskan tebusan Cina’


Laman Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pembebasan dua wanita yang diculik di Semporna April lalu. Beliau berkata tiada wang tebusan dibayar tetapi polis Filipina dilaporkan mengulas yang sebaliknya.Laman Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pembebasan dua wanita yang diculik di Semporna April lalu. Beliau berkata tiada wang tebusan dibayar tetapi polis Filipina dilaporkan mengulas yang sebaliknya.Pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar", lapor Reuters hari ini.
Laporan itu bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.
Semalam dalam tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China: "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."
"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."
Bagaimanapun, sumber polis Filipina memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar bagi membebaskan kedua-dua wanita itu.
"Ia jarang berlaku bagi Abu Sayyaf untuk melepaskan orang yang diculik tanpa wang tebusan yang dibayar," kata laporan itu.
Tetapi laporan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai wang tebusan yang dikatakan itu, seperti jumlah yang dibayar dan sumber dana.
Kumpulan pengganas itu sebelum ini menuntut 500 juta peso Filipina (RM36.8 juta) untuk melepaskan Gao, tetapi tidak membuat sebarang permintaan wang tebusan untuk Dayawan.
Pada 2 April, tujuh lelaki bersenjata memasuki resort kira-kira 10.30 malam dan menculik Gao, 29, dari Shanghai dan Dayawan, 40, dari resort itu.
Dilaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia percaya Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di selatan Filipina, bertanggungjawab atas penculikan itu dan mereka mendapat bantuan dari dalam.

KEADILAN doakan Abdul Hadi cepat sembuh

Anwar bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pagi iniKUALA LUMPUR 31 Mei : KEADILAN mendoakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan sihat.
Anwar bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Ketika ini Abdul Hadi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul, Turki akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil memaklumkan sejurus menerima berita itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Pejabat Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki.
Ekoran itu, Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi.
Seluruh saf kepimpinan dan keluarga KEADILAN mendoakan agar Abdul Hadi akan cepat sembuh dan pulih.
Dalam perkembangan lanjut, keadaan kesihatan Abdul Hadi  dilaporkan semakin pulih selepas diberi rawatan oleh doktor pakar.
Memetik kenyataan ringkas Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar melalui aplikasi WhatsApps sebentar tadi, beliau memberitahu paru-paru Abdul Hadi memberi respon positif setelah diberikan ubat.
“Kira-kira jam 2.30 petang tadi (waktu Malaysia) paru-paru beliau memberi respon yang sangat positif terhadap ubat yang diberikan.
“Alhamdulillah, saya masih di hospital dan menunggu sebarang perkembangan daripada doktor,” katanya lapor Sinar Harian.
Semalam, Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital di Istanbul.

Presiden PAS dirawat di Turki, Anwar hubungi Erdogan

KUALA KUMPUR: Seluruh saf kepimpinan dan keluarga PKR mendoakan agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang menerima rawatan di Istanbul akan cepat sembuh dan pulih.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata PKR menerima berita itu malam tadi bahawa Abdul Hadi sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi akibat masalah kesihatan serius yang beliau alami.

Katanya, sejurus menerima berita itu, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menurutnya, Pejabat Perdana Menteri Turki telah memberi jaminan untuk memberi bantuan sebanyak mungkin kepada Abdul Hadi.

Tak rasmi: BN umum kemenangan

Proses pengundian berakhir pada jam 5 petang dengan peratusan pengundian yang agak rendah - 66.5 peratus atau 39,850 pengundi.

Ini lebih rendah daripada sasaran DAP sebanyak 70 peratus, yang diharapkan parti itu akan memberi kemenangan kepada calon muka barunya, Dyana Sofya Mohd Daud yang berdepan dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Pada 2013, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan ialah 80.4 peratus.

DAP menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 7,313 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka memulakan proses penjumlahan rasmi pada jam 6.30 petang di Dewan SM Abdul Rahman Talib.

LAPORAN LANGSUNG

9.09pm: ADUN Canning Wong Kah Woh meminta para penyokong dan berikrar bahawa DAP akan berusaha lebih keras dalam pilihan raya umum ke-14.

Katanya, DAP akan meneliti kemungkinan untuk menjalankan kiraan semula undi.

7.51pm: Pemimpin GERAKAN mengumumkan menang pilihan raya kecil dengan majoriti hanya 238 undi.


7.57pm: Keputusan tidak rasmi

DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238


7.55pm: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di ibu pejabat Gerakan Teluk Intan dengan tersenyum lebar dan berjabat tangan dengan penyokongnya.

Beliau dijulang oleh penyokongnya dengan laungan "Mah Siew Keong!" Berulang-ulang kali.

Gerakan dakwa mereka menang di Teluk Intan melalui kiraan tidak rasmi


Pegawai Suruhanjaya Pilhan Raya membawa peti undi PRK Teluk Intan ke pusat mengira di SMK Abdul Rahman Talib hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.Pegawai Suruhanjaya Pilhan Raya membawa peti undi PRK Teluk Intan ke pusat mengira di SMK Abdul Rahman Talib hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.
Gerakan sudah mendakwa mereka menang dalam pilihan raya kecil Teluk Intan apabila calonnya Datuk Mah Siew Keong didakwa mendahului calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan 150 undi.
Pusat Operasi DAP pula menganggap mereka kalah dalam pilihan raya ini. Namun mereka sedang menunggu kiraan rasmi dan mungkin memohon kiraan semula.
Berdasarkan kiraan tidak rasmi DAP, calon mereka mendapat 19,919 manakala BN mendapat 20,157 manakala undi rosak adalah 550. Majoriti adalah 238 undi.
SPR telah memaklumkan, 66.5% keluar mengundi dari 60,438 pengundi berdaftar.
Ketika pengundian awal pada 27 Mei, 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.
DAP menyiarkan keputusan tidak rasmi secara langsung melalui tv internetnya, ubah.tv.
Orang ramai memenuhi markas besar DAP di Teluk Intan bagi menyaksi siaran langsung keputusan itu yang disiarkan satu persatu mengikut saluran mengundi.
SPR menjangkakan keputusan rasmi akan disiarkan menjelang jam 9 malam ini.
Keputusan pula sentiasa turun naik dengan kebanyakan masa Dyana berada di depan berbanding Mah namun di hujungnya Mah dilaporkan mendahului calon DAP itu.

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 9 (Tutup Jam 5 Petang - 66.50% ( 39,850 Dari 59,927 Keluar Mengundi)









PRK Teluk Intan: Pengundian tamat, semua berdebar tunggu keputusan

TELUK INTAN Teluk Intan akan memilih anggota Parlimen baru hari ini yang menyaksikan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun bersaing dengan calon BN, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun.

Pencalonan Dyana, seorang calon wanita Melayu muda yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mencetuskan minat luar biasa di kalangan pengamat politik tempatan.

Mah Siew Keong, seorang ahli politik veteran yang pernah menjadi MP selama dua penggal, melakukan percubaan kali ketiga untuk merampas kembali kerusi Teluk Intan yang terlepas dari tangan beliau pada tahun 2008.

Jika menang, Mah selaku presiden Gerakan akan memberi nafas kepada parti itu yang kelihatan terpinggir dari politik nasional sejak kalah pada tahun 2008.

Jika kalah, ia adalah kekalahan 'hattrick' buat anak kelahiran Teluk Intan ini.

Seah Leong Peng dari DAP menewaskan Mah pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 7,313 undi namun kerusi itu kembali kosong pada 1 Mei lalu dengan kematian Seah akibat kanser.

Pengundi berdaftar di Parlimen Teluk Intan adalah seramai 60,483 orang dan 421 pengundi awal membuang undi pada 29 Mei lalu.

Pengundi Cina meliputi 42 peratus daripada jumlah pengundi sementara pengundi Melayu pula adalah sebanyak 38 peratus dan pengundi India seramai 19 peratus.

Sebanyak 37 buah pusat mengundi akan dibuka dan proses membuang undi akan bermula pada jam 8 pagi sehingga 5 petang.

Proses mengira undi akan diadakan di SMK Abdul Rahman Talib bermula pada jam 5 petang dan jika segalanya lancar, keputusan rasmi dijangka bakal diumumkan pada jam 9 malam.
  
Parlimen Teluk Intan meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.
  
Dalam pengundian awal 27 Mei lepas, sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.
  
Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak Ahmad Adli Abdullah berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mampu mencecah 80 peratus, sama seperti peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

PRK Teluk Intan: Dyana melawat pusat pengundian jumpa pengundi


image (15)

TELUK INTAN, 31 MEI: Calon DAP Dyana Sofya mula melawat pusat pengundian kawasan Parlimen Teluk Intan pagi ini.
Beliau tiba di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz, Jalan Padang Tembak di sini kira-kira jam 10.30 pagi tadi dengan berkurung songket merah jambu dan dilengkapi selendang hitam.
Beliau meluangkan masa untuk beramah mesra dan bersalam dengan pengundi dan juga pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Turut mengiringi beliau adalah Ahli Parlimen Batu kawan Kasthuri Pato dan Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar Terence Naidu.
Beliau dijadualkan melawat kebanyakan pusat mengundi sepanjang hari ini.

PRK Teluk Intan: Pergaduhan hampir tercetus di SK Kampung Bahagia


image (14)


TELUK INTAN, 31 MEI: Pergaduhan hampir tercetus di antara penyokong BN dan Pakatan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, sebelum berjaya dihalang polis bertugas.
Sebelum itu, perang mulut berlangsung antara mereka dengan penyokong Pakatan melaungkan ‘BN panda’ dan ‘Tajuddin pencuri’ – merujuk kepada Ahli Parlimen BN Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang singgah di sini pagi tadi – manakala penyokong BN pula dengan ‘pengkhianat’ dan ‘barua’.
Selain beberapa minit yang tegang itu, suasana di sini aman dan meriah, dengan polis yang lebih banyak tersenyum melihat gelagat penyokong kedua-dua pihak.
Turut melawat pusat pengundi di sini adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhaimin Sulam.
Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia termasuk dalam unit peti undi kampung Tunku, di mana majoriti pengundi adalah Melayu dan kempen Pakatan diterajui PAS.

PRK Teluk Intan: Tajuddin penghasut Pemuda Umno jadi agresif, dakwa Teresa Kok


Penyokong Barisan Nasional menjerit slogan di luar pusat mengundi SK Kampung Bahagia, Teluk Intan petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.Penyokong Barisan Nasional menjerit slogan di luar pusat mengundi SK Kampung Bahagia, Teluk Intan petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.DAP hari ini percaya tindak-tanduk Pemuda Umno yang berkempen secara liar di Kampung Bahagia, Teluk Intan semuanya didalangi oleh Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata pemuda kedua-dua parti sebenarnya boleh duduk bersama tetapi atas hasutan itu, kata-kata kesat saling dilemparkan.
"Saya rasa ini dihasut Pasir Salak. Timbalan menteri. Lelaki enam juta ringgit. Kita boleh bersama tanpa ada pergaduhan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, keadaan yang tenang pada 3 petang di Kampung Bahagia kembali tegang apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengadakan lawatan ke kawasan itu.
Pemuda Umno melemparkan kata-kata kesat kepada Lim namun Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak berkecil hati dan mengalu-alukan sorakan itu.
"Saya percaya majoriti pemimpin Umno tidak berfikiran macam ini. Ini tidak akan memberi imej baik kepada orang Melayu malah Umno sendiri.
"Jika pucuk pimpinan tahu, saya rasa mereka pun malu. Tapi nampaknya mereka hilang kawalan kerana Tajuddin ada di sini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lim berkata ridak hairanlah jika Umno berdepan dengan keruntuhan moral jika sayap pemudanya bertindak liar sedemikian.

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 8 (Setakat Jam 4 Petang - 63.67% ( 38,158 Dari 59,927 Keluar Mengundi)











3:45PM: BN supporters chant "DAP babi"

PRK Teluk Intan : ''Terserah kepada Rakyat Untuk Buat Pilihan'' - Dyana Sofya

Dyana terus jadi tumpuan pada hari pengundian

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 7 (Setakat Jam 3 Petang - 58.36% ( 34,974 Dari 59,927 Keluar Mengundi)








Teluk Intan by-election: No untoward incidents so far, says Election Commission

PRK Teluk Intan : Keadaan Pusat Mengundi Terkawal - PDRM

PRK Teluk Intan: 'Perang mulut' perayu undi

TELUK INTAN: Proses pembuangan undi secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun ada kekecohan kecil di beberapa tempat.

Sejak bermula proses mengundi, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud telah mula melawat tempat-tempat pembuangan undi.

Manakala penyokong daripada kedua-dua belah pihak bersama-sama merayu undi dalam usaha terkahir memujuk pengundi sebelum masuk ke pusat pengundian.

Kemeriahan terasa di semua pusat pengundian dengan pelbagai gelagat daripada perayu undi dengan aksi-aksi masing-masing.

Walaupun berlaku 'perang mulut' antara kedua-dua belah pihak, namun tidak ada kekecohan besar terjadi sebaliknya masing-masing bertindak matang menghadapi suasana tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima beberapa laporan tentang provokasi yang berlaku namun ia dapat dikawal oleh pihak keselamatan.

BN dilihat kekurangan modal apabila masih mengharapkan 'seluar dalam' untuk menarik sokongan pengundi.

PRK Teluk Intan: Penyokong BN menyamar jadi DAP, tindakan terdesak macai

PRK intanSHAH ALAM 31 MEI: DAP kesal wujudnya pihak menyamar sebagai ahli DAP di beberapa pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan bagi meraih undi bagi pihak Barisan Nasional (BN).
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching berkata, kejadian yang berlaku di pusat mengundi majoriti pengundi Cina itu dipercayai dilakukan penyokong BN sendiri yang memakai pakaian merah iaitu warna yang sinonim dengan DAP.
“Kami dah kenal pasti mereka bukan ahli DAP tetapi ada ahli kumpulan yang mengenakan baju merah itu mendakwa mereka dari DAP dan meminta pengundi Cina undi calon Cina bagi mengelirukan pengundi khususnya penyokong Pakatan Rakyat (PR).
“Kita tahu BN meletakkan calon berbangsa Cina dan ini bermakna mereka berkempen untuk memenangkan BN. Mereka sepatutnya berkempen secara sihat, bukan dengan menyamar seperti ini,” kata Nie Ching ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Kata Nie Ching lagi, tindakan ini membuktikan BN semakin terdesak dan masih lagi tersepit dalam politik perkauman bagi meraih kepercayaan pengundi dalam PRK Teluk Intan kali ini.
“DAP dan PR berusaha menyemai politik sihat yang tidak berasaskan perkauman dan kalau kita lihat DAP sendiri meletakkan calon seorang anak muda Melayu di Teluk Intan yang majoriti pengundinya Cina tetapi BN masih lagi terperangkap dalam mentaliti lama,” kata Nie Ching lagi.

PRK Teluk Intan: Ahli Parlimen pakai baju logo BN masuk pusat mengundi

Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mendapati ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memakai baju berlogo BN untuk masuk ke pusat mengundi. – Gambar The Malaysian Insider, 31 Mei, 2014.  
Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mendapati ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman memakai baju berlogo BN untuk masuk ke pusat mengundi. – Gambar The Malaysian Insider, 31 Mei, 2014.

Dyana Sofya Mohd Daud hari ini memaklumkan bahawa ahli Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Tajuddin Abdul Rahman memasuki pusat mengundi memakai baju berlogo BN.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan itu berkata kejadian itu berlaku ketika beliau membuat lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia hari ini.
"Kita ada gambar dan pengawal keselamatan sekolah di sini boleh sahkan. Ahli Parlimen Pasir Salak memakai baju penuh dengan dacing melawat pusat mengundi.
"Dengan lambang begitu sememangnya tidak boleh melepasi pagar," katanya ketika ditemui media di Kampung Bahagia hari ini.
Sementara itu, penyokong BN dan Pakatan Rakyat terus mengeluarkan kata-kata yang boleh mencetuskan provokasi sejak pagi walaupun dikawal ketat oleh pihak polis.
Setakat jam 1 tengahari,  peratusan keluar mengundi sebanyak 46.55% bersamaan 27,955 pengundi.

Laporan PRK Parlimen Teluk Intan setakat jam 02:00 petang - Awani

BN campaign worker blocks media from taking anti-Dyana flyers

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 6 (Setakat Jam 2 Petang - 52.21% ( 31,286 Dari 59,927 Keluar Mengundi)