Khamis, 29 Mei 2014

Lensa: Walkabout & Kempen PRK Teluk Intan Hari Ke 10





Paduka Seri Sultan Dr Nazrin Shah: Everything About Perak's New Ruler

PIC: rajanazrin.comPIC: rajanazrin.comHIS Royal Highness Sultan Dr Nazrin Shah, born on 27 November 1956 in Penang, was the Raja Muda (Regent) of the state of Perak.

He is the eldest son of the late Sultan of Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah and the Raja Permaisuri of Perak, Tuanku Bainun. He previously also served as the Regent of Perak from 1989 to 1994 when his father became the ninth King of Malaysia.

In the international arena, His Royal Highness represents the government of Malaysia in his role as Financial Ambassador of the Malaysian International Islamic Financial Centre (MIFC). His Royal Highness is also Malaysia’s Special Envoy for Interfaith and Inter-Civilisational Dialogue.

His Royal Highness is Pro-Chancellor of the University of Malaya; President of the Perak Council on Islam and Malay Customs; Eminent Fellow of the Institute of Strategic and International Studies, Malaysia; Royal Fellow of the Malaysian Institute of Defence and Security; Member of the Chancellor’s Court of Benefactor, University of Oxford and Honorary Fellow of Worcester College, University of Oxford.

He is a Member of the Board of Trustees of the Oxford Centre for Islamic Studies, University of Oxford; Chairman of the Board of Governors of the Malay College, Kuala Kangsar; Royal Patron of the Kuala Lumpur Business Club; and Chairman of the ‘MERDEKA AWARD’ Board of Trustees.
His Royal Highness holds a B.A. (Hons) degree in Philosophy, Politics and Economics from Oxford University; a Master in Public Administration from the Kennedy School of Government, Harvard University; and a Ph.D. in Political Economy and Government from Harvard University.  His research interests are in the areas of economic and political development in Southeast Asia, economic growth in developing countries and economic history.

He has written articles and spoken on a wide range of issues including constitutional monarchy, nation building, Islam, Islamic finance, ethno-religious relations, education and socio-economic development. His Royal Highness was conferred an honorary Master of Business Administration by the Cranfield Institute of Technology, United Kingdom in 1993, an honorary Doctor of Economics by Soka University, Japan in 1999 and an honorary membership of Magdalene College, University of Cambridge, United Kingdom in 2005.

The 426th Armed Forces Council, which convened on 1 April 2004, appointed His Royal Highness as an honorary officer of the Malaysian armed forces, with the rank of Brigadier General.
His Royal Highness is married to Tuanku Zara Salim. They have a son and a daughter.

-Source from rajanazrin.com

Surat terbuka untuk orang Teluk Intan - Dyana Sofya


_DSC4880
Tuan/puan orang Teluk Intan yang baik budi,

Dua minggu sudah begitu memerah tenaga, namun sangat mengujakan. Sejak dinamakan oleh DAP sebagai calon pilihanraya kecil Teluk Intan, saya melalui pelbagai pengalaman dalam masa dua minggu ini jika dibanding dengan usia 27 tahun saya.
Dengan tiba-tiba saya menjadi tumpuan menteri-menteri UMNO yang tidak dapat menahan diri daripada memberi komen tentang rupa paras saya. Datuk Abdul Rahman Dahlan memberitahu tuan-tuan supaya jangan undi saya hanya sebab saya memakai gincu. Datuk Zahid Hamidi pula berkata saya ini tidak lah cantik sangat jika jumpa berdepan. Datuk Ahmad Maslan pula menekankan bahawa isterinya sendiri, bahkan Datuk Tajuddin Abdul Rahman pun boleh menang jika ini satu pertandingan ratu cantik.
Rupa paras saya langsung tidak penting dalam pilihanraya kecil yang sangat penting ini. Saya tidak masuk DAP untuk menyertai pertandingan ratu cantik. Saya menyeru orang Teluk Intan untuk menilai saya melalui nilai, prinsip dan impian saya untuk Malaysia yang lebih baik. Saya mahu memenangi pilihanraya ini bukan kerana rupa paras, tapi kerana kebolehan saya untuk membawa perubahan dalam lanskap politik Malaysia di Parlimen.
Lawan politik saya telah menyerang dengan ganas dan bersembunyi di sebalik blog-blog yang menyokong Barisan Nasional, dan juga risalah-risalah yang menfitnah saya dengan menggunakan gambar palsu dan tuduhan-tuduhan tidak berasas tentang moral dan etika saya. Sewaktu melawat beberapa pasar malam, saya bertemu beberapa pembuli dari kalangan penyokong UMNO yang mengejek-ejek, menggangu malah cuba menghalang laluan kempen.
Terdapat menteri yang malah turut menyebarkan penipuan bahawa saya bukan seorang peguam dan tidak mempunyai ijazah undang-undang. Walaupun saya telah membuktikan bahawa saya telah diiktiraf sebagai peguam pada tahun 2011, itu nampaknya tidak relevan bagi BN, yang begitu terdesak untuk menang dengan apa cara sekali pun.
Serangan paling jahat datang daripada seorang bekas menteri yang menuduh saya ini seorang pengkhianat Melayu. Jelas sekali mereka tidak peduli bahawa pengkhianat sebenar orang Melayu adalah pemimpin BN yang menyalahgunakan kuasa, memperkayakan kroni dan sanak saudara serta melakukan rasuah yang merugikan kita semua.
Taktik kotor dan jahat oleh pihak lawan tidak akan mematahkan semangat saya untuk memperjuangkan hak kesemua rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang terpinggir dan didiskriminasi. Saya tidak akan merasa lemah semangat dan saya tidak akan menjadi pengkhianat kepada rakyat Malaysia.
Sementara pemimpin UMNO melabel saya sebagai pengkhianat orang Melayu, pemimpin Gerakan pula menyerang saya kononnya saya ini ekstremis Melayu kerana dakwaan hubungan saya dengan pertubuhan Perkasa. BN terus melakukan pendekatan pecah dan perintah di mana mereka memberi mesej berbeza kepada kaum-kaum yang berbeza.
Biar saya jelaskan di sini. Pada waktu saya diminta ibu saya untuk membantu dengan tugas-tugas mendaftarkan peserta atau memakaikan bunga kepada VIP sewaktu penubuhan Perkasa ketika saya masih seorang mahasiswa lebih 5 tahun lalu, saya tidak terlibat dengan aktiviti Perkasa, dan saya juga bukan seorang ahli. Bahkan ibu saya sendiri menjauhkan diri daripada Perkasa dan tidak lagi aktif setelah beliau tidak bersetuju dengan aktiviti dan prinsipnya.

Sultan Perak yang baharu bijaksana dan berjiwa rakyat

Sultan pertama di Malaysia yang lulus dari Harvard University.

IPOH: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana dan berjiwa rakyat.
Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University, baginda diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah sebelum istiadat pemakaman ayahanda baginda.
Keputusan melantik baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak petang semalam yang dipengerusikan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin berikutan kemangkatan Sultan Azlan Shah semalam.
Sultan Nazrin Shah, yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri Raja Nazira Safya, dua tahun, dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Feb 1984.
Mengikut hirarki sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar adalah di tempat ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik sebagai Sultan.
Sementara itu, kedudukan di bawah Raja Kecil Besar adalah Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu.
Pada 1987 apabila Raja Muda Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, Raja Di-Hilir pada masa itu telah memberi laluan kepada Sultan Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia.
Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak mulai April 1989 hingga 1994.

'Malaysia pentingkan panda berbanding janda?'

 
  Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata dana RM60 juta untuk memelihara beruang panda dari kerajaan China itu lebih bermanfaat jika disalurkan untuk membantu golongan tidak bernasib baik.

Katanya, jumlah RM60 juta yang perlu dibelanjakan untuk menempatkan haiwan tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk membantu ibu tunggal dan janda yang dalam kesusahan.

"Apa manfaat yang boleh didapati negara? Ikut bancian 2010, lebih 880,000 orang janda dan ibu tunggal ada di negara ini.

"Kerajaan Malaysia lebih pentingkan panda dari janda? " katanya dengan nada berjenaka dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini mendakwa kedatangan pasangan haiwan tersebut akan menguntungkan Malaysia dan juga menjadi tanda hubungan dengan China.

"Tetapi kita kena bayar RM60 juta dan China tak bayar apa-apa," katanya.

Oleh yang demikian, tindakan tersebut Mahfuz menyifatkan kerajaan Malaysia sebagai "kerajaan bahlol" kerana membuat perjanjian seperti itu.

"Ini perjanjian paling tolol dari kerajaan bahlol," kata beliau lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel minggu lalu mengumumkan, jumlah kira-kira RM60 juta itu termasuk kos untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta.

Pemborong & peruncit boikot produk Cadbury

Hierarki pewarisan takhta Perak

Kenali Sultan Perak baharu, Sultan Nazrin Shah

3 beranak antara suspek kes rogol beramai-ramai

U.S. Navy: MH370 pings not from black box

Jenazah Almarhum Sultan Perak selamat dimakamkan



Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa ke Masjid Ubudiah dengan pedati khas ‘Seraja Diraja’ dari Istana Iskandariah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 Mei, 2014. 
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa ke Masjid Ubudiah dengan pedati khas ‘Seraja Diraja’ dari Istana Iskandariah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 29 Mei, 2014.

 Jenazah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar di Kuala Kagsar pada 6.40 petang.
Jenazah baginda disemadi di antara makam Sultan Idris II dan Raja Ashman Shah.
Keadaan cuaca mendung dan suasana sedih menyelubungi kerabat Diraja, orang kenamaan dan rakyat jelata yang mula membanjiri pekarangan masjid seawal 1.30 tengah hari.
Jenazah Almarhum tiba di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan dengan pedati khas "Seraja Diraja" berwarna kuning pada 4.30 petang untuk disembahyangkan.
Pedati khas itu diusung 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia secara bergilir-gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah.
Sebanyak 86 das tembakan dilepaskan ke udara daripada dua meriam oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke masjid.
Ribuan rakyat jelata beratur di sepanjang jalan ke masjid berkenaan bagi melihat jenazah Sultan yang dikasihi buat kali terakhir.
Selepas disembahyangkan, jenazah Almarhum dibawa ke Makam Diraja yang terletak bersebelahan masjid berkenaan untuk istiadat pemakaman.
Solat jenazah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim manakala talkin dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Tahniah buat DYTM Raja Nazrin yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak – Dyana Sofya


10345834_778134762209066_2486191151646760130_n
Calon DAP bagi PRK Parlimen Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, merakam tahniah kepada DYTM Raja Nazrin yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak

Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada DYTM Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada hari ini 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.
Patik berdoa agar DYTM Paduka Seri menerajui negeri Perak Darul Ridzuan dengan penuh bijaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Patik dengan dukungan dan sokongan pimpinan serta ahli DAP dan Pakatan Rakyat yakin DYTM Paduka Seri akan memenuhi impian dan harapan rakyat Perak Darul Ridzuan.
Pada masa yang sama patik mengulangi rasa dukacita dan sedih di atas pemergian ayahanda DYTM yakni Almarhum DYMM Sultan Azlan Shah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas baginda.

PRK Teluk Intan: Taktik samseng UMNO-BN, paksa ahli DAP keluar parti



_DSC5139
TELUK INTAN, 29 MEI: Shantini a/p Subramaniam hari ini menafikan sepenuhnya laporan pelbagai portal bahawa beliau telah keluar dari DAP.
Hadir dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan petang tadi, beliau menegaskan tidak pernah keluar parti tapi telah dipaksa dan ditipu oleh beberapa orang ahli BN dalam sebuah majlis, dua hari lalu.
Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui mengapa dan untuk apa dirinya dijemput ke majlis di Taman Desa Bakti itu.
“Saya telah dipanggil untuk datang ke ceramah dan mereka kata akan ada pemberian hamper.
“Sesampainya saya di sana bersama enam orang kenalan lain, mereka menyuruh saya duduk dan memaksa supaya memakai baju BN.
“Saya tolak, tapi disebabkan ramai ahli BN berada di sekeliling, kerana takut, saya memakainya,” katanya dalam sidang media bersama Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar.
27 Mei lalu, beberapa portal telah melaporkan seramai 150 orang ahli DAP di sini telah keluar dari parti dan menyertai BN dalam satu majlis yang dihadiri Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan serta Ketua Wanita MIC Mohana Muniandy.
Salah seorang dari mereka, iaitu Shantini, telah diarahkan supaya meletakkan bendera DAP ke bawah sebagai simbolik meninggalkan parti.

Catatan Ringkas ke Selatan Teluk Intan

Oleh Aliff Fikri
Menara Condong, itulah perkataan yang akan muncul di kalangan orang ramai jika disebut tentang Teluk Intan. Hampir dua minggu menatap menara ini sambil mencari apakah keistimewaan yang ada selain kecondongannya, ia membuatkan fikiran saya yang vertikal turut condong untuk lekas mencari bantal dan katil.
Pada saya menara yang dibina oleh Leong Choon Cheong sebagai tangki air jika berlaku kemarau dan ‘time keeper’ yang kemudian menyondong akibat banjir besar pada 1889 dan 1895 tidaklah seunik mana, perkataan ‘unik’ itu hanya muncul kerana ia condong, kalau tidak sudah tentu diroboh penguasa seperti Penjara Pudu. (Alangkah bagusnya jika Penjara Pudu juga condong.)
Maya Lin dan Avianti Armand (atau anda) pasti punya pendapat yang berbeza.
Hampir setiap hari saya berputar ulang di sekitar Teluk Intan di kawasan Pasir Bedamar dan Changkat Jong untuk melaporkan kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan harapan dia akan menang dan diangkat sebagai Ahli Parlimen di sini supaya dapat membuka lembaran baru dalam arus politik negara. Ketika sedang melangut melihat Menara Condong sambil melahap Sate ‘manis’ Wak Teni, tak semena-mena, satu ‘email’ masuk di telefon saya, tertera ayat seperti berikut:
Jadual Dyana 28 Mei 2014
“1300 Walkabout in Southern Teluk Intan with Zairil Khir Johari, meeting point: Main Ops Centre. Menuju Kampung Sungai Samak, Kampung Pulau Ganda Suli, Ladang Ulu Basir dan Ladang Ulu Bernam”
Tanpa perlu membakar rokok saya teringat sajak The Quest oleh Wystan Hugh Auden yang berkisar tentang pencarian manusia memaknai perjuangan hidup dan melakukan perjalanan untuk menghilangkan kebencian. Macam tak ada kena-mengena, tapi entah mengapa, itulah yang muncul. Atau mungkin ada kena-mengena? Terpulang.
Saya bergegas pulang, mandi, berehat dan melupakan segala-galanya untuk perjalanan jauh esok hari.
Hari kempen ke Selatan Teluk Intan, saya sempat mendengar omelan Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah tentang kejahilan pimpinan tertinggi UMNO-BN yang telah mengeluarkan kecaman seksis terhadap Dyana. Dengan pantas saya catit dan terus hantar pada editor kerana 15 minit lagi perlu berangkat bersama rombongan calon, wakil PAS dan tentunya petugas-petugas DAP ke lokasi seperti mana tertera dalam jadual.
Cuaca di Teluk Intan seperti biasa, panas dan terik. Kami sekitar 10 buah kereta mula bergerak sekitar jam 1.15 tengah hari. Saya menumpang kereta seorang rakan. Perjalanan dari Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan ke lokasi pertama mengambil masa kira-kira satu jam di atas jalan batu kerikil dan tidak rata.
Menghampiri lokasi, kami disertai oleh 3 buah kenderaan pacuan empat roda dengan bendera Pakatan Rakyat. Sebaik tiba di Markas PAS Kampung Sungai Samak, rombongan kami bersama calon DAP Dyana Sofya disambut oleh hampir 40 orang penduduk kampung. Senator PKR Syed Husin Ali dan Pengarah Pusat Penyelidikan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad turut hadir.
Seperti kebiasaannya, Dyana kelihatan tenang untuk bersalam-salam, menanda tangan buku mahupun baju dan berbual-bual ringkas dengan penduduk, walaupun kelihatan sedikit penat hari ini.
“Saya datang ke sini untuk memperkenalkan diri dan mengharapkan tuan-tuan serta puan-puan semua dapat memberikan sokongan serta memenangkan Pakatan Rakyat 31 Mei ini.
“Melalui sokongan tuan-tuan, puan-puan, saya seikhlas mungkin akan membantu menyuarakan keluhan semua di Parlimen. Memang tidak mudah untuk memenangi Teluk Intan, tapi saya yakin kita mampu.

PRK Teluk Intan: Kempen terkawal walaupun terdapat insiden kecil kata Timbalan KPN

Perjalanan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan masih terkawal, walaupun beberapa insiden kecil yang tidak diingini berlaku, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (gambar).
Katanya, sebanyak 18 laporan polis diterima setakat ini dan lima kertas siasatan dibuka berhubung PRK itu.
Selain itu, polis sentiasa memantau aktiviti perjudian sepanjang PRK Parlimen Teluk Intan melalui penubuhan pasukan Ops Cantas Khas, katanya kepada pemberita selepas taklimat PRK Parlimen Teluk Intan, hari ini.
Beliau berkata setakat ini tiada laporan mengenai kegiatan perjudian itu  di kawasan pilihan raya kecil itu.
"Kami sentiasa memantau setiap apa yang berlaku semasa pilihan raya berlangsung dan akan bertindak segera sekiranya mempunyai bukti," katanya.
Katanya, polis melakukan persediaan rapi menjelang hari pengundian pada 31 Mei nanti bagi memastikan tempat pengundian dikawal dengan baik dan berjalan lancar.
"Kita memberi jaminan penduduk di sini dapat menunaikan tanggungjawab itu dengan selamat," katanya.
PRK Parlimen Teluk Intan Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

PRK Teluk Intan: DAP tumpu peniaga Cina dengan kempen berbisik

Perhatian pada peringkat akhir kempen di Teluk Intan kini tertumpu pada pengundi Melayu yang dijangka akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, Sabtu depan.

Sejumlah 38 peratus daripada keseluruhan 60,349 pengundi berdaftar ini – dua kali ganda daripada jumlah pengundi India – akan menentukan sama ada DAP mampu menghantar seorang wakil rakyat Melayu ke Parlimen.

Sasaran tersebut dinyatakan dengan jelas melalui pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu parti itu meningkatkan sokongan dari pengundi Melayu dari 25 peratus dalam pilihan raya umum lalu kepada 40 peratus.

DAP mahu merealisasikan impian tersebut melalui calon mereka, peguam muda berusia 27 tahun Dyana Sofya Mohd Daud.

Dalam suasana kempen yang hanya berbaki dua hari, DAP nampaknya berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran tersebut.

Ia boleh dilihat berdasarkan kenyataan rakan sekutunya, PAS yang hanya menetapkan sasaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang sudah sedia menyokong Pakatan Rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata strategi berkenaan sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan.

Katanya lagi, pengundi Melayu yang bersama BN "boleh dilupakan" sahaja kerana mereka sudah terlalu lama dimomokkan dengan propaganda BN.

Katanya, golongan berkenaan sudah lama termakan dengan dakwaan, antaranya seperti tuduhan kononnya DAP akan mengancam kedudukan agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Pemerhatian berhubung peluang DAP dalam meningkatkan sokongan Melayu itu juga berdasarkan kekangan yang dihadapi kem BN.

PRK Teluk Intan: Kempen hari ke-11 sepi

TELUK INTAN - Suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan hari ini begitu sepi berikutan parti-parti politik yang bertanding menangguhkan aktiviti bagi menghormati kemangkatan dan pengebumian Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah.
  
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud turut ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah.
  
Jalan raya di sekitar bandar Teluk Intan juga agak lengang dengan banyak premis perniagaan ditutup berikutan cuti umum yang diisytihar di seluruh negeri Perak hari ini.
  
Semalam, Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kempen pilihan raya kecil BN ditangguhkan serta-merta sehingga selesai istiadat pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah petang ini.
  
Dyana Sofya turut membatalkan beberapa program yang dijadualkan hari ini.

Coklat tercemar DNA babi ‘halal dimakan’, kata Fatwa Majlis Kebangsaan...


Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu "halal dimakan", demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.
"Dalam kes produk siap diproses dan dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai halal tetapi kemudian didapati berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.
"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.
DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.
Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

Rakyat Malaysia pilih Internet luah tidak puas hati kegagalan pencarian MH370

Kegagalan operasi pencarian MH370 masih terus dipersoalkan masyarakat dunia. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014.  
Kegagalan operasi pencarian MH370 masih terus dipersoalkan masyarakat dunia. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014. 

 Rakyat Malaysia lebih senang menjadikan portal berita dan laman media sosial bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap kegagalan penemuan bagi operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines  (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.
Tidak lama selepas The Malaysian Insider memuat naik berita pesawat berkenaan tidak dijumpai di dalam kawasan carian, pengguna dalam talian menuntut mengetahui lokasi terakhirpesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.
Dalam menyatakan kekecewaan terhadap berita terkini, pengulas dengan nama pengguna “Takadil” berkata: "Usaha yang sia-sia lagi. Apa yang kami mahu adalah kebenaran, apakah pihak berkuasa Malaysia memberinya, kami mahu pengakhiran untuk meneruskan hidup."
"Sekarang anda memberitahu kami... selepas 2 setengah atau hampir 3 bulan...sekarang .. jadi di mana pesawat itu sekarang?... Jibby adakah anda akan menukar kenyataan anda?” kata seorang pengulas lain bernama Fungshui1, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sebelum ini bahawa Boeing 777- 200ER berakhir di bahagian selatan Lautan Hindi.
Najib berkata, ia berdasarkan kepada data daripada syarikat satelit Britain, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.
Pengulas “tiuniasin” melahirkan kebimbangan terhadap penggunaan wang pembayar cukai untuk mencari pesawat.

Bukan babi saja haram, rasuah penyelewengan juga haram, kata ahli Parlimen PAS


Persepsi babi-itu-haram menunjukkan tahap kelemahan mentaliti Melayu-Islam yang duduk di bawah pemerintahan Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (gambar).
Khalid berkata, ‎melalui hasil didikan songsang Umno, sensitiviti lain yang menjurus kepada hukum haram tidak ditekankan.
"Soal sensitiviti jangan isu babi sahaja, banyak lagi benda haram seperti ‎isu rasuah, penyelewengan, perkauman, kezaliman‎ yang langsung tiada sensitiviti dalam masyarakat.
"Isu pinjaman Bank Rakyat –Sabbaruddin Chik, Koperasi Fidlot Nasional (NFC) ini pun haram juga," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
Beliau menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan menasihat masyarakat Islam supaya tidak terlalu mengikut perasaan dan mengeluarkan pandangan tidak masuk akal, termasuk menukar darah yang tercemar akibat memakan coklat Cadbury mengandungi porcine.
Katanya, Majlis Fatwa diberi tempoh masa sehingga tiga hari mengeluarkan kenyataan supaya kekeliruan dihentikan.
"Kita minta alim ulama kalau nak selamatkan imej Islam yang nampak sulit biarlah mereka memberikan kenyataan dalam soal ini.
"Jangan cepat bertindak atas emosi, NGO lain tidak perlu buat kenyataan mengarut," katanya.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritius Tan Sri Dr Abd Shukor Husin pada semalam dilaporkan berkata, pihaknya masih belum menjatuhkan sebarang hukum lagi terhadap dua produk Cadbury yang tercemar dengan DNA babi.

Mat Sabu: Samseng Masuk DUN Penang Adalah Perbuatan Paling Biadap & Celaka Dalam Sejarah Malaysia

Sim Tze Tzin: Kita Hantar Mesej Bahawa Orang Teluk Intan Tolak Barisan Nasional

Liew Chin Tong: Barisan Nasional Hanya Membantu Kroni-Kroni Mereka

Nga Kor Ming:Kita Bangkit Untuk Menolak Samseng, Bangkit Untuk Menolak Politik Gila

Lim Guan Eng: Kita Perlu Ada Politik Baru, Kita Boleh Jaga Satu Sama Lain

Perjanjian Panda : Mahfuz Gelar Kerajaan Pusat Tolol,Bahalul

PRK Teluk Intan: DAP minta pengundi luar balik untuk mengundi

"Jika kalah, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya" kata Mah

Organiser: DAP to BN 'conversion' bash hijacked

DAP supporter 'pressured' to wear BN t-shirt at 'joining BN' bash

Goodies giveaway: Mah dares DAP to report to the EC

Ahmad Maslan flees waiting pressmen

Dyana berselendang: Umno yang hipokrit, kata Khalid

PRK Teluk Intan: Ahmad Maslan lari langkah parit, elak wartawan soal kes tipu ahli DAP masuk BN.....!!!

Ketua penerangan Umno Datuk Seri Ahmad Maslan enggan bertemu para wartawan Malaysiakini pada malam tadi untuk mengulas mengenai satu acara ganjil anjuran BN sebelum ini.

Menteri tersebut malah mengelak daripada meninggalkan majlis melalui pintu utama dan sanggup menyeberangi satu parit demi mengelak dari bersemuka dengan wartawan Malaysiakini dan KiniTV yang menunggunya.

Drama tersebut berlangsung pada kira-kira jam 10.40 malam tadi, selepas Ahmad menyampaikan satu ucapan berhubung cukai barangan dan perkhidmatan kepada kira-kira 50 orang di Kampung Padang Tembak Dalam, Teluk Intan.

Terdahulu semasa beliau sedang berucap, seorang lelaki memakai baju kempen BN mendekati wartawan Malaysiakini dan meminta pengenalan daripada mereka.

Lelaki tersebut kembali ke tempat duduknya tanpa sepatah kata selepas mendapat tahu bahawa wakil Malaysiakini sedang membuat liputan majlis tersebut dan dilihat mencatat sesuatu di atas sekeping kertas.

Beliau seterusnya dilihat menyampaikan nota berkenaan kepada Ahmad yang sedang berucap. Ahmad selepas itu membacakan nota berkenaan dengan kuat "Malaysiakini sedang rakam ucapan".

PRK Teluk Intan: BN sogok rakyat dengan hamper untuk undi Mah, DAP gesa SPR segera lakukan siasatan


_DSC5096


TELUK INTAN, 29 MEI: DAP hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyiasat dan menahan sesiapa saja yang telah melakukan kesalahan serta melanggar undang-undang pilihanraya seperti ditetapkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Bedamar Terence Naidu berkata, gesaan itu dibuat berikutan kejadian semalam yang menunjukkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong telah memberikan hamper makanan kepada keluarga miskin yang menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
“Semalam, 28 Mei, kira-kira jam 5.26 petang, saya bersama ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran telah tiba di Jalan Laksamana selepas menerima panggilan daripada seorang penduduk yang bimbang apabila melihat Mah, beberapa ahli BN dan penyokong menyogok hamper makanan kepada penduduk.
“Kami dengan jelas dapat mendengar pengacara menggesa orang ramai untuk mengundi Mah, sebelum beliau berhenti apabila Rajiv mengeluarkan telefonnya untuk merakam acara itu.
“Dalam kes ini, BN dan Mah sendiri telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya tahun 1954 dan seksyen berikutnya kerana merasuah untuk mendapat undi,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan.

PRK Teluk Intan: Lebih ramai Melayu sokong DAP - Tinjauan awal

Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universit swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.

Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.

"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.

Sementara iut, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.

Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.

PRK Teluk Intan: Dyana sembah tahniah pelantikan Sultan Nazrin Shah


KUALA LUMPUR: Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud merakamkan sembah tahniah kepada Sultan Perak yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diisytiharkan petang tadi.
Di masa yang sama beliau turut mengulangi rasa dukacita dan sedih atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan mendoakan agar Allah  SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan ingin merakamkan ucapan tahniah kepada DYMM Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan ke-35 pada hari ini 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.
"Patik berdoa agar DYMM Paduka Seri menerajui negeri Perak Darul Ridzuan dengan penuh bijaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan media.
Dyana berkata, pimpinan serta ahli DAP dan Pakatan Rakyat yakin Sultan Nazrin akan memenuhi impian dan harapan rakyat Perak Darul Ridzuan.
Pengisytiharan perlantikan Sultan Nazrin diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.

PRK Teluk Intan: BN terdesak, elak jawab isu tetapi serang peribadi Dyana


TELUK INTAN, 29 MEI – Barisan Nasional (BN) disaran untuk berkempen secara terhormat dan menjawab isu serta permasalahan rakyat, bukannya berpolitik
secara jijik dengan menyerang peribadi calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini mengulas serangan-serangan peribadi oleh pemimpin-pemimpin BN yang disifatkannya sebagai
usaha untuk mengelak daripada menjawab isu-isu yang lebih penting.
“Adakah BN begitu terdesak sekali sehingga sanggup merendahkan maruah mereka sendiri ke tahap sedemikian demi mengelak daripada terpaksa menjelaskan isu kenaikan harga gula, petrol, elektrik dan insuran kenderaan, termasuk isu gangsterisme dalam kalangan ahli UMNO,” soal Guan Eng.
“Dengan menggunakan taktik yang tidak jujur ini, BN telah menunjukkan yang mereka tidak lagi layak untuk mentadbir Malaysia,” kata Ahli Parlimen Bagan itu lagi.
“Menang bermartabat, atau kalah terhormat; BN seharusnya menangani isu dan bukannya menghina diri dengan melakukan pembunuhan karakter terhadap seorang anak gadis,” ujar beliau.
BN dalam kempennya menghujani Dyana dengan serangan-serangan peribadi sejak sebelum penamaan calon lagi.

PRK Teluk Intan: Hamper makanan BN satu bentuk rasuah pilihanraya

Barangan Yang Diagihkan Kepada Pemgundi Teluk Intan Oleh Petugas BN
 Seorang ADUN DAP mendakwa BN melakukan rasuah pilihan raya melalui program agihan hamper makanan percuma kepada kira-kira 100 orang dalam satu majlis pada petang semalam di Teluk Intan.

ADUN Bukit Gasing, R Rajiv mendakwa demikian selepas menyaksikan calon BN Datuk Mah Siew Keong hadir di majlis tersebut dan berjabat tangan dengan hadirin yang beratur untuk menerima hamper makanan tersebut.

"Kira-kira 100 orang beratur untuk hamper itu dan Mah berdiri di sana dan berjabat tangan dengan orang ramai.

"Ini adalah satu bentuk rasuah," katanya pada sidang media di pusat operasi pilihan raya kecil DAP, hari ini.

Rajiv kemudian menunjukkan gambar dan video yang dirakam oleh Rajiv di tempat kejadian.

Malaysiakini sudah menghubungi Mah untuk mendapatkan maklum balas beliau.

Penipuan BN Terbongkar: Penganjur majlis sokong BN muncul di sidang media DAP


Penganjur kepada satu acara kontroversi di Teluk Intan, yang kononnya bagi mengumumkan tindakan sekumpulan anggota DAP keluar parti pada Selasa malam lalu, tampil menjelaskan duduk perkara sebenar mengenai program aneh tersebut.

Penganjur tersebut, Yusof Abdul Manaf mendakwa, majlis tersebut pada awalnya dirancang sebagai wadah untuk calon BN, Datuk Mah Siew Keong berjumpa pengundi di kawasan Taman Desa Bakti.

"Tujuan asal nak suruh Datuk Mah hadir tunjuk kewibawaan dia mesra sama rakyat tapi dia tak hadir, dia tipulah," katanya.

Beliau berasa marah apabila dimaklumkan oleh para petugas jentera kempen Mah bahawa calon BN itu tidak dapat hadir pada saat terakhir.

"Kita dah buat majlis itu untuk BN, tapi dia cakap, dia lima minit pun tak boleh (luangkan masa)," kata Yusof, 46.

Oleh yang demikian, mereka memutuskan untuk memanggil calon pihak lawan, Dyana Sofya Mohd Daud, katanya.

"Kami cakap 'khemah ini sila angkat, kami tak nak buat, kami akan panggil Dyana'," katanya yang juga timbalan pengerusi Persatuan Pemandu Kereta Sewa Jalan Selat.

Tegasnya lagi, barangan yang diagihkan kepada hadirin malam itu juga disediakan penganjur sendiri tanpa peruntukan daripada BN.

Dakwanya, tindakan itu bertujuan untuk menghantar mesej kepada Mah yang pernah menjadi MP Teluk Intan selama dua penggal tetapi hanya turun berkempen selepas MP DAP mati.

"Kita bagi (barang), (untuk) bagi malu macam mana pihak BN, dia tak boleh bela nasib penduduk Teluk Intan,

"Sekarang ini kenapa dia muncul semula? DAP punya orang dah meninggal, kenapa dia hadir balik," tanya beliau.

Pilihan raya di Teluk Intan paling kotor, kata calon BN yang macam tak tau..!!!


Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong mengalami pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014. 
Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong mengalami pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan pilihan raya paling kotor kerana banyak provokasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak lawan, kata Datuk Mah Siew Keong.
Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata, sepanjang pengalamannya menyertai pilihan raya sejak 1995, PRK Teluk Intan memberi pengalaman pahit dan terpaksa berdepan dengan kempen kotor.
“Saya menyertai pilihan raya sejak 1995 tetapi tidak pernah merasai pengalaman pilihan raya seperti ini sebelumnya. Semua pengalaman sebelum ini adalah pengalaman yang baik.
“Dua pilihan raya lepas apabila saya berdepan Manogaran dan mendiang Seah Leong Peeng, ia berlaku dalam keadaan aman tanpa provokasi. Tetapi kali ini pilihan raya sangat kotor di Teluk Intan,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi Gerakan di Teluk Intan hari ini.
Mah pada minggu lalu berkata, posternya disembur dengan cat hitam di Jalan Changkat Jong namun masih menasihatkan jenteranya agar menjaga etika kempen.
Katanya, BN berpeluang memburuk-burukkan calon parti lawan apabila banyak menerima bahan untuk memburuk-burukkan mereka tetapi tidak akan berbuat demikian.
Dalam sidang media hari ini, Mah berkata beliau dan Dyana pada hari pertama kempen bersetuju untuk tidak mengggunakan taktik kotor tetapi ternyata ia tidak menjadi kenyataan.
Katanya, DAP mahu mengubah landskap politik di Teluk Intan tetapi apa yang mereka lakukan hanya memberi imej buruk kepada pengundi.

Raja Nazrin Shah ditabal Sultan Perak yang baharu

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.
Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah yang dijadual selepas Asar nanti.

Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35.

Istiadat perlantikan dan pengisytiharan itu turut disiar secara langsung oleh beberapa stesyen televisyen negara.

Raja Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang baru


Paduka Seri Sultan Nazrin (berselempang kuning) semasa pengebumian diraja ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hanoor Hussain, 29 Mei, 2014. 
Paduka Seri Sultan Nazrin (berselempang kuning) semasa pengebumian diraja ayahandanya, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hanoor Hussain, 29 Mei, 2014.

Raja Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak Darul Ridhwan yang ke-35 tepat jam 3.15 petang ini yang membawa kepada gelaran Paduka Seri Sultan Nazrin.
Pengumuman pelantikan itu diumumkan oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (Bersara) Tan Sri Mohd Zainuddin di sebelah jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar petang ini.
Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah.
Baginda adalah anak tertua kepada Sultan Azlan Shah dan menjadi Raja Muda Perak sejak 1984.
Sultan Azlan, 86, mangkat pada jam 1.30 semalam di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.
Paduka Seri Sultan Nazrin, 57, mempunyai ijazah pertama dalam Filosofi, Politik dan Ekonomi daripada Worcester College, Oxford.
Baginda juga mempunya ijazah Master dalam Pentadbiran Awam daripada Kennedy School of Government, Harvard dan mendapat ijazah doktor falsafah dalam bidang Ekonomi Politik dan Kerajaan daripada Universiti Harvard.
Baginda juga biasa menulis dan memberi syarahan dalam pelbagai bidang termasuk peranan dalam raja berperlembagaan di Malaysia, pendidikan, Islam, hubungan antara kaum dan pembangunan ekonomi.
Baginda dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya sejak 1989 dan Pengerusi Lembaga Gabenor Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Paduka Seri Sultan Nazrin berkahwin dengan Zara Salim Davidson dan mendapat sepasang cahaya mata Raja Azlan Muzaffar dan Raja Nazira Safya Shah.

Lensa: Istiadat Perhormatan Almarhum Sultan Azlan Shah Oleh Pimpinan PR Di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.








Skandal pinjaman Bank Rakyat RM32 juta: Menteri elak wartawan



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek enggan bertemu media untuk menjawab soalan berhubung kontroversi kelulusan pinjaman Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek enggan bertemu media untuk menjawab soalan berhubung kontroversi kelulusan pinjaman Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Francais Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan hanya melambaikan tangan kepada wartawan yang bertanya tentang skandal itu.
Pegawainya memberitahu media, beliau perlu tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan untuk menyertai satu lagi acara lain.
Semalam ketika The Malaysian Insider menghubunginya, beliau memberitahu:"Saya sedang makan, saya tidak boleh menjawab panggilan semula."
Beliau tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan ringkas SMS yang dihantar.

Di Malaysia, hudud hanya gimik politik, bukan isu agama


Isu pelaksanaan hudud menjadi gimik dalam permainan politik negara, sedangkan golongan Islamik mahu ia dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara Islam. Gambar fail The Malaysian Insider.Isu pelaksanaan hudud menjadi gimik dalam permainan politik negara, sedangkan golongan Islamik mahu ia dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara Islam. Gambar fail The Malaysian Insider.Golongan Islamik mahu undang-undang jenayah Islam dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara Islam tetapi bagi ahli politik dan penganalisis, hudud hanyalah satu 'bola' untuk memenangi pilihan raya sahaja.
Ahli politik dan penganalisis juga yakin, hudud bertujuan untuk mendapatkan manfaat politik dalam menghadapi lawan masing-masing antara kedua-dua kem politik, Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara dan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah tiga negeri.
"Jelas ia hanya untuk kepentingan politik bukan kerana Islam," kata Wan Saiful Wan Jan, ketua Institut Demokrasi dan hal ehwal Ekonomi (Ideas).
Debat mengenai hudud atau Undang-undang Jenayah Syariah kembali berkumandang apabila seorang menteri Umno menawarkan untuk menyokong jika lawan politiknya, PAS mahu melaksanakan undang-undang itu di Kelantan.
Apabila PAS mengumumkan cadangannya mahu membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat Jun ini, ia menghasilkan pendebatan nasional apakah ia akan menukar kedudukan undang-undang tertinggi di negara ini iaitu Perlembagaan Persekutuan.
Langkah ini juga membuka perselisihan antara PAS dengan rakan kongsinya dalam PR iaitu DAP dan PKR. Umno juga dikritik oleh rakannya MCA dan Gerakan kerana mahu membantu PAS.
Ada sesetengah pemerhati berpendapat, tawaran Umno itu bertujuan untuk mewujudkan perpecahan dalam PAS dan rakannya dalam PR.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kemudiannya memaklumkan pembentangan rang undang-undang persendirian itu ditangguhkan bagi memberi laluan untuk Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan tugasnya.
Wan Saiful berkata, cara kontroversi ini dimanipulasi juga menunjukkan bagaimana setiap perkongsian lebih mementingkan kekuasaan berbanding kepercayaan.
"Sasaran kritikan juga patut diambil kira. Lihat, MCA akan menyasarkan serangannya kepada DAP, begitu juga sebaliknya," katanya ketika ditemui di majlis forum bertajuk “Emerging Perspectives on Hudud” oleh Intitut Kajian Kepimpinan Asian (Asli).

Teluk Intan is all about character assassination

 
 YOURSAY ‘Is there anything wrong with different posters of Dyana?’

Fair Play: Truthfully, I didn't even know how many “faces” DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud has until Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir pointed it out.

But then, I am not him and never paid much attention to her 'looks' but only see her as a right-thinking Malaysian who can make a difference for our children's future.

Multi Racial: I totally agree with Mukhriz. We have to vote leaders who are consistent and who do not speak different things to different audiences, like many BN leaders, particularly our PM and deputy PM.

So far I cannot see any inconsistency in Dyana. Her photos with different dressing and different images are fine. Nothing wrong with her to have different posters, some dressed in modern garb and some wearing a headscarf. At least, it represents her real personality.

Negarawan: Mukhriz, it looks like you are more confused than your father. The only person in your family who is not confused is your sister, Marina. If you are so confused over such a small thing, then you're not fit to be MB.

What have you achieved for Kedah so far, apart from putting up posters with your face everywhere? Kedahans too are confused about your posters, and why you waste so much public funds on them.

Humored: Obviously intelligence is not hereditary.

Chitrāngadā: Speak for only yourself, Mukhriz. We are not confused at all and we were never confused in the last two weeks.

I have very strong doubts over your ability to govern a state let alone the country if just mere clothes can confuse and confound you so very much.

Gerakan ekstrem halang hudud, Umno sila jawab

NOTIS GERAKAN
TELUK INTAN: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Umno menjelaskan pendirian mereka dengan tindakan biadab Gerakan terhadap usaha PAS melaksanakan hukum hudud selama ini.

Menurutnya, Gerakan bertegas menolak hudud secara tidak demokratik apabila menyerahkan notis saman terhadap PAS untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke parlimen.

Gerakan juga kata beliau telah membuat demonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di samping mengugut untuk membuat benteng manusia di hadapan parlimen bagi menghalang Ahli Parlimen PAS membawa masuk rang undang-undang itu.

"Adakah Umno sedar Gerakan yang mereka sokong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ini lebih teruk menolak hudud dengan cara penentangannya sangat merbahaya dan ekstrem yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat di negara ini?

"Saya minta Umno jawab adakah mereka bersetuju dengan segala tindakan Gerakan itu," katanya ketika ditemui Harakah di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, semalam. Turut serta ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Mahfuz menjelaskan, Umno perlu tahu calon mereka di Teluk Intan adalah presiden kepada parti yang sangat biadab dalam menentang hukum hudud dan bukannya hanya melihat kepada DAP semata-mata.
LORI ANTI HUDUD MCA

Tegas beliau, Umno perlu sedar Gerakan lebih teruk menentang hudud berbanding DAP yang menolak atas dasar perlembangaan dengan semangat sistem demokrasi.

Jelas beliau, calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya masih membuka ruang demokrasi dalam pendiriannya tentang hudud berbanding Gerakan yang menafikan hak rakyat PAS untuk membawa rang undang-undang melalui sistem demokrasi.

PRK Teluk Intan: Gerak kerja PAS capai tahap 80%

TELUK INTAN: Gerak kerja daripada jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah mencapai tahap yang sangat memuaskan iaitu 80 peratus.

Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, jentera di semua peringkat yang diarah daripada seluruh negara telah memberikan komitmen yang tinggi untuk turun membantu kempen walaupun PAS tidak bertanding disitu.

Menurutnya, jentera dan operasi di peringkat induk serta seluruh Unit Peti Undi (UPU) beroperasi dengan baik dan segala perancangan program berjaya dilaksanakan dengan baik.

"Baki dua hari yang akan datang ini saya yakin akan dapat melebihi daripada gerak kerja sekarang untuk memastikan kemenangan terhadap calon DAP," katanya ketika ditemui Harakahdaily di majlis ramah mesra bersama media anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat di Padang Tembak, dekat sini, semalam.

Naib Presiden PAS itu menyatakan, dalam pilihan raya ini PAS telah merancang pendekatan eksklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.

Selain itu, PAS katanya mempergiatkan program-program seperti ziarah, santuni rakyat, dan ceramah kelompok dalam baki tempoh kempen ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada DAP.

Bagaimanapun, ujarnya PAS menangguhkan aktiviti kempen semalam sebagai menghormati kemangkatan Sultan Azlan Shah yang akan dimakamkan selepas solat Asar nanti.

Janji Dyana di Teluk Intan

ABD SHUKUR HARUN 


MENGIKUTI sehari suntuk kempen calon DAP/Pakatan Rakyat untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyaksikan bagaimana beliau dalam waktu paling singkat menjadi begitu popular, begitu ramai hendak bersalaman dan mengajaknya bergambar.

Berdasarkan situasi yang telah saya saksikan itu dan mendengar pendapat orang ramai yang ditemui, saya kira, rating Dyana terus meningkat dan mempunyai potensi untuk menang.

Beberapa orang yang ditemui di Dataran Menara Condong Teluk Intan itu, membertahu saya bahawa Dyana adalah calon yang perlu diberi sokongan. Kata mereka, calon ini berpendidikan tinggi, muda, cerdas dan mampu mewakili penduduk Teluk Intan.

Calon ini disambut meriah oleh rakyat di Teluk Intan di mana-manapun beliau pergi, sama ada di kawasan Cina, di kawasan Melayu mahupun di kawasan India dan semuanya hendak bersalaman dan bergambar dengannya.

Dyana mewakili generasi baru, tetapi menariknya beliau kelihatan diterima baik oleh kalangan generasi lama yang ditemuinya, malah golongan wanita berebut-rebut bersalaman dengannya dan mengajaknya bergambar.

Jadual kempennya padat tetapi calon ini tidak kelihatan letih bahkan sentiasa mengukir senyun, kadang-kadang tertawa. Selama sehari suntuk beliau dan rombongan kempen, mengadakan lawatan jauh di pedalaman Teluk Intan hingga ke sempadan negeri Selangor.

Beliau menemui pengundi di Taman Cicerly, Markas Besar PAS Jalan Padang Tembak, beramah mesra dengan pengundi di Ulu Bernam, Estet Sungai Samak dan Kampung Sungai Samak dan beberapa tempat lagi.

Sultan Azlan lambang perpaduan rakyat Perak - Dyana


TELUK INTAN: Calon DAP Pilih Raya Kecil P.076 Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan menzahirkan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda.

Beliau menyifatkan Alllahyarham Tuanku adalah lambang perpaduan dan persaudaraan bagi rakyat Perak.

"Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Paduka Seri.

"Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan bertakwa," katanya.

Semalam juga Pakatan Rakyat turut mengumumkan pembatalan segala aktiviti kempen PRK tersebut sehingga selesai majlis pemakaman Allahyarham Tuanku Sultan selesai.

PRK Teluk Intan: Laman Facebook palsu burukkan imej Dyana Sofya


fake page
KERJA JAHAT MACAI UMNO@BN YANG TERDESAK...
TELUK INTAN, 29 MEI – Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.
Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan ‘like’ cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli.
Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum.
Bukan itu sahaja, ia turut cuba menjatuhkan imej Dyana dengan satu perkongsian mengenai UiTM, namun menggunakan Bahasa Inggeris yang salah.
Pun begitu masih ramai yang terkeliru dan tertipu, sedangkan laman Facebook rasmi Dyana yang mempunyai lebih 67 ribu bilangan ‘like’ telah pun mendedahkan hal terbabit.
Laman sebenar yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasof dalam perkongsian semalam menyatakan terdapat banyak lagi laman palsu yang dihasilkan dengan tujuan memburukkan imej Dyana.
“Sebarang ‘posting’ rasmi tentang Dyana dan kempennya hanya akan dikongsi di laman ini,”
“Kami merayu semua kawan-kawan untuk membantu melaporkan laman palsu tersebut yang sedang menyebarkan fitnah tentang Dyana,” tulis pengendali laman rasmi tersebut.

PRK Teluk Intan: Hebatnya Dyana Sofya hasil produk Umno

Datuk Nur Jazlan Mohamed
 (MP Umno Pulai)\

Apa hebatnya Dyana Sofya Mohd Daud, 27, setiausaha politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan (P76) sehingga mengundang pelbagai amarah, celaan serta fitnah daripada Umno jika dibandingkan dengan dua ahli Parlimen DAP berbangsa Melayu yang ada sekarang iaitu Zairil Khir Johari dan Datuk Mohamad Ariff Sabri Mohd Aziz.
Jika dibandingkan Dyana Sofya dengan Zairil dan Ariff Sabri atau nama bloggernya, Sakmongkol AK47, Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Ahli Parlimen Raub ini, mempunyai pengaruh kuat Umno dalam diri masing-masing tetapi tetap memilih untuk bertanding atas tiket parti yang sering dilabelkan 'cauvinis' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Zairil anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Khir Johari, yang memberikan sumbangan besar dalam dunia pendidikan negara selain pernah menjawat jawatan setiausaha agung Umno.
Manakala Ariff Sabri pula pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Pulau Manis dalam Parlimen Pekan serta dipilih Datuk Seri Najib Razak selaku ketua Umno Bahagian Pekan untuk menjawat jawatan ketua penerangan Umno Bahagian Pekan dari 2004-2008.
Bagaimanapun, harus diakui Zairil dan Ariff Sabri tidak mengalami apa yang dihadapi Dyana Sofya pada ketika ini, yang tiba-tiba menjadi selebriti politik khususnya dalam media sosial sehingga satu Malaysia mahu mengenali gadis Melayu ini. Jadi, apa hebatnya Dyana Sofya yang ibunya, Yammy Samat pernah dipilih sebagai setiausaha Umno Bahagian Ipoh sekitar lewat 1970-an jika dibandingkan dengan dua Ahli Parlimen DAP yang berbangsa Melayu itu.
Adakah disebabkan Dyana Sofya atau lebih senang dengan nama panggilan Dyana, seorang wanita muda Melayu berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang sepatutnya kukuh jati diri sebagai orang Melayu memilih perjuangan DAP dengan konsep 'Malaysian Malaysia' menyebabkan ramai orang Umno khususnya pucuk pimpinan parti rasa terancam.
Umno khususnya pucuk pimpinan parti tidak perlu melatah dan marah dengan strategi DAP mencalonkan Dyana sebagai calon mereka di Teluk Intan, jika mereka sedar ia adalah semata-mata untuk meraih sokongan masyarakat Melayu dalam PRK P76.
Jika dikaji dengan mendalam saya amat percaya strategi DAP itu sebenarnya, mahu menguji atau dengan kata lain 'test the water' sokongan pengundi separa bandar yang mempunyai majoriti pengundi daripada bangsa Cina.
Dengan seramai 60,349 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini, dan sebanyak 23,301 atau 35.58% merupakan pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina (41.93%) manakala pengundi India pula 11,468 orang atau 19.05%, DAP berhasrat untuk memecahkan 'sempadan' kaum, agama dan gender sekali gus berusaha keras membuktikan parti berkenaan mewakili semua kaum di Malaysia dan tidak hanya eksklusif kepada orang Cina semata-mata.
Pada masa sama, dalam sedar atau tidak, DAP cuba membuktikan kepada ahlinya atau rakyat Malaysia parti berkenaan sentiasa mengiktiraf bakat politik yang ada dan mereka tidak perlu menaiki tangga dalam parti untuk dipilih sebagai calon wakil rakyat dan diketengahkan.
Saya sebenarnya, ada terserempak dengan Dyana ketika berkempen dalam PRU13 lalu, apabila 'bossnya' Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah yang terletak bersebelahan dengan kawasan saya iaitu Parlimen Pulai.
Ketika itu, saya mendengar Dyana sememangnya menggunakan aset beliau sebagai wanita muda Melayu profesional untuk menarik sokongan pengundi Melayu Gelang Patah terutama sekali mereka yang tinggal di kampung-kampung.
Dyana tidak segan silu menyatakan beliau adalah lulusan UiTM dan ibu bapanya, ahli Umno tetapi beliau memilih untuk berjuang bersama DAP dan ia menyebabkan ramai pakcik-pakcik dan makcik-makcik di kampung-kampung di Gelang Patah yang tercengang dan kehairanan kerana bagi mereka selama ini, DAP adalah milik kaum Cina semata-mata.
Sehingga pada satu tahap saya mendengar Dyana mengeluarkan kad pengenalan untuk ditunjukkan kepada pengundi Melayu Gelang Patah beliau adalah orang Melayu tetapi ahli DAP dan pemimpin pujaannya ketika ini, adalah Lim Kit Siang.
Jadi itukah kehebatan Dyana sehingga dipilih DAP untuk menjadi calon ahli Parlimen mereka menentang calon BN yang juga seorang Cina iaitu Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. Disebabkan Dyana seorang Melayu, lulusan UiTM dan muda?

Menilai politik maki dan cela di Malaysia

Muhammad Nuruddin Bashah


Marah benar Pemuda Umno apabila parti mereka dikatakan celaka. Malah seperti biasa istilah celaan kepada parti mereka dihubung kait pula dengan bangsa Melayu untuk meraih simpati masyarakat Melayu kepada pertubuhan Umno yang kian suram sokongan di kalangan Melayu cerdik.
Misalnya pada 2011, isu celaan pemimpin DAP Perak terhadap susuk tubuh menteri besar dengan gelaran hitam metalik dan ungkapan sinis pemimpin DAP cara pentadbiran Barisan Nasional (BN) Perak seperti Perak Darul Kartun.
Maka beraraklah ayahanda-ayahanda yang konon mewakili Melayu bertempik membuat kacau di Pejabat DAP Perak dengan alasan DAP menghina Melayu dan kedaulatan negeri Perak.
Baru-baru ini pula Adun DAP Seri Delima, RSN Rayer mencela Umno dengan gelaran Celaka Umno. Tidak perlu dikupas sebab musabab istilah ini diungkap kerana kebiasaan makian dan celaan ada dalam mana-mana persidangan DUN dan Parlimen selagi mana akhlak dan etika bercakap tidak diasuh di kalangan rakyat dan pemimpin. Ini lumrah.
Sebelum dikupas lanjut, mari bersama kita menilai kewajaran mengeluar ungkapaan celaan antara parti lawan. Adakah ia benar-benar asing dalam budaya politik negara kita?
Mari kita senaraikan celaan yang ada untuk dinilai.
Umno adalah parti yang tidak mampu mengawal akhlak ahlinya. Memang parti lain juga sukar mengawalnya, namun Umno kelihatan lebih dahsyat kerana asas perkauman yang menjadi ‘berhala’ Umno cukup menjadikan pejuang Umno taksub dan meluap-luap apabila terbit sahaja isu perkauman.
Lihat sahaja bagaimana mereka bereaksi dengan isu ungkapan ‘Celaka Umno’.
1. Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak melakukan cubaan provokasi.
2. Tindakan ganas Umno yang memulakan serangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merempuh pintu DUN.
3. Mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP di ibu kota.
4. Menyerang pejabat DAP Kuantan.
5. 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".
6. Hantar memorandum ke pejabat DAP Kuala Lumpur kemudian mengoyak memorandum di hadapan penerima dengan cara biadab.
7. Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Dungun buat laporan polis kononnya ungkapan Celaka Umno adalah menghina melayu.
Bagaimana pula ungkapan Umno kepada DAP, PAS dan PKR?