Rabu, 28 Mei 2014

Lensa: Walkabout & Ceramah PRK Teluk Intan Hari Ke 9






PRK Teluk Intan: Serangan peribadi terhadap Dyana Sofya adalah strategi tumpul

Aizat Fikri Nasir Fikri


Saya terpanggil mengulas polemik pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan, Perak yang melibatkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mewakili Pakatan Rakyat yang bakal berdepan dengan Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Kong pada 31 Mei ini. Kerusi Parlimen Teluk Intan menjadi rebutan selepas penyandangnya, Seah Leong Peng meninggal dunia pada 1 Mei lalu.
Pengumuman Dyana sebagai calon DAP menjadi perbualan hangat di kalangan pemerhati politik, rakyat Malaysia umumnya dan masyarakat setempat khususnya. Sejak zaman universiti lagi, Dyana ialah aktivis pelajar dan aktif dalam aktiviti perbahasan antara universiti.
Kecenderungan beliau dalam politik terkesan apabila beliau menyertai DAP seputar 2011. Tiada apa yang ketara luar biasa daripada latar belakang calon DAP ini melainkan faktor umur yang relatifnya muda dan kurang pengalaman dalam arena politik berbanding lawannya yang jauh lebih dahulu makan garam serta mahir selok belok politik negara. Justeru, apakah yang menjadi punca riuh rendah dan hiruk pikuk di Teluk Intan?
Serangan peribadi yang dilontarkan terhadap Dyana yang menuduh beliau diperalatkan oleh parti DAP untuk kepentingan pihak-pihak tertentu pada hemat saya adalah strategi tumpul yang menampakkan ketandusan isu untuk diutarakan.
Menggeledah latar belakang keluarga dan menistanya sebagai anak derhaka lantaran tidak mengikut jejak langkah ibunya, Yammy Samat yang bernaung di bawah lembayung panji-panji Umno sejak berusia 18 tahun adalah suatu perbuatan yang sangat tidak wajar. Malah kedapatan juga cubaan mengaitkan beliau dengan foto wanita berbikini yang kemudiannya disahihkan sebagai pelakon Filipina.
Dengan segala kecanggihan yang melatari abad ke-21 ini, ternyata mekanisme dan gerakan jentera politik negara menampakkan kedangkalan yang ketara. Sewajarnya, serangan peribadi tidak dibawa ke pentas perbahasan dan dijaja di pojok-pojok ceramah.

Sultan Perak mangkat, Pakatan tangguh aktiviti kempen di Teluk Intan


TELUK INTAN: Pakatan Rakyat menangguhkan semua aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada malam ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, jentera PAS digalakkan mengadakan majlis tahlil di surau dan masjid.
"PAS mengucapkan takziah dan berasa dukacita atas kemangkatan Sultan Perak dan sehubungan dengan itu, segala aktiviti malam ini ditangguhkan dan disambung semula esok.
"Ahli PAS digalakkan menggantikan segala aktiviti dengan majlis tahlil," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Pengarah Kempen DAP PRK Teluk Intan, Wong Kah Who turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
“Patik sekalian juga ingin mengumumkan segala aktiviti kempen DAP PRK Teluk Intan malam ini akan ditangguhkan sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan baginda,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, calon DAP yang mewakil Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Mohd Daud dalam satu kenyataan juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014.

"Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu esok

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini.
Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya.
Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.
Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang  baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.

Rakyat dukacita kemangkatan Sultan Azlan Shah

PRK Teluk Intan kekal 31 Mei - SPR

Azmin Ali: Mahathir, Duduk Diam-Diam, Ini Anak Muda Pun U Takut Kah?

Dyana Sofya: Perjuangan Ini Adalah Perjuangan Untuk Rakyat Teluk Intan & Rakyat Malaysia

COKLAT INI YANG LANGSUNG TIADA LOGO HALAL BAGAIMANA STATUSNYA??

Rakyat berhak tahu akan status coklat seperti gambar diatas yang sering ditabur merata corok dalam negara ini setiap kalai ada Pilihan Raya Umum (PRU) maupun Pilhan Raya Kecil (PRK).

Sudah pasti sasaran penerimanya ialah Bani Melayu/Islam di luar-luar bandar, pendalaman, desa-desa, kampong-kampong tradisional dan Rancangan-rancangan FELDA.

Coklat-coklat berkenaan langsung tidak ada logo Halal Jakim .. yang ada ialah lambang 1M'sia, logo Dacing, muka Najib Razak, lambang UMNO dan tulisan Wanita UMNO ...

Syarikat pembuat dan apa kandungan (labeling) yang terdapat pada cokelat tersebut langsung tidak dinyatakan.

Sekadar ikut hukum akal logik .. coklat yang diberikan pengiktirafan halal oleh JAKIM pun boleh ada kandungi DNA Babi .. apa jaminan yang tiada logo halal????

Mohon sangat-sangat pihak berwajib memberikan jawapan demi kebenaran dan pencerahan.

Belasungkawa Almarhum Sultan Perak

Salah Laku Rasuah Polis : MyWatch Buat Laporan SPRM

Ugut RELA: Zahid Hamidi Ingkar Peraturan Pilihan Raya

Anwar Ibrahim: Jangan Hina Orang, Jangan Hina Kaum, Jangan Hina Agama, Fahamkah UMNO?

Ambiga Sreenevasan: DAP Is Smart To Pick A Young Talented Candidate

Tamrin Ghafar Baba: UMNO, MCA & Gerakan Merupakan Parti Yang Paling Chauvinist Di Negara Ini

(Superman) Hew Kuan Yau: Gerakan Mainkan Politik Yang Paling Hipokrit

PRK Teluk Intan: Pantun untuk Dyana Sofya

Didedikasikan untuk Dyana Sofya dan pengundi Teluk Intan

Mula belayar di waktu senja
Di lambung ombak tekak meloya
Calon DAP muda remaja
Itulah dia Dyana Sofya

Ubi keledek dibuat pajeri
Gulai lemak itik serati
Otak cerdik bijak bistari
Muka cantik menawan hati

Berjuang hebat luka parah
Pantang undur selagi tak sudah
DAP hebat melakar sejarah
Calonkan Melayu Umno dah gundah

Kompas hebat jadi pedoman
Di bawa bersama sebagai peneman
Hancurkan perjuangan berbau perkauman
Politik baru jadi idaman

Berjuang berjemaah tidak sendirian
Terus istiqamah dalam perjuangan
Dyana Sofya tetap pendirian
Diugut digertak tak makan saman

Gerakan geram gara-gara Umno
Bercakap bohong, mengarut melalut
BN berkempen cara kuno
Janji pembangunan tak lekang di mulut

Tempat ceramah penuh tak muat
Hujah disampai sungguh terhibur
Rakyat Teluk Intan semakin meluat
Gerakan ditolak BN tersungkur

Menara condong banyak riwayat
Tempat berehat pasti diingati
Politik baru Pakatan Rakyat
Diterima pengundi sepenuh hati

Perjuangan rakyat menjadi paksi
Pengundi semua menjadi badi
Teluk Intan menjadi saksi
BN berkubur ditolak pengundi

Perjuangan Pakatan tidak disangsi
Hebat dan mantap lagi kukuh
31 Mei menjadi saksi
Pemerintah zalim dihumban runtuh

~ Sofi Wahab
Melaka

PRK Teluk Intan: PAS sasar kekal undi Melayu untuk DAP

Selepas 10 hari berkempen, PAS positif mampu mengekalkan undi Melayu buat DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

"Kami berhasrat untuk mempertahankan jumlah undi Melayu yang diperolehi DAP (dalam pilihan raya umum lalu)," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media petang ini.

Kenyataan tersebut dikupas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Salahuddin Ayub yang menjelaskan bahawa kempen PAS bertumpu kepada pengundi setia Pakatan Rakyat.

Menurutnya, pengundi Melayu yang tegar mengundi BN dan tidak faham akan dinamik parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak menjadi kumpulan sasaran kempen mereka.

"Pada golongan ini mereka akan jawab (jika DAP menang) tak ada Yang di-Pertuan Agong, nanti kalau DAP perintah, agama Islam terabai dan sebagainya.

"Saya rasa kelompok-kelompok ini PAS tak nak buang masa nak layan, dan kita lupakan sahaja.

"Kalau PAS boleh kekal dengan undi yang kita dapat pada PRU 13 itu dah cukup baik," katanya yang bertindak sebagai pengarah induk jentera PAS untuk pilihan raya kecil Teluk Intan.

PRK Teluk Intan: Umno ‘pening’ PAS kerja kuat pastikan kemenangan Dyana


image (11)


TELUK INTAN, 28 MEI: Barisan Nasional khususnya Umno kini semakin ‘pening’ untuk menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan selepas melihat sokongan padu jentera PAS terhadap calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno sebelum ini berharap PAS tidak akan memberikan sokongan kepada Dyana, terutama selepas hubungan antara PAS dan DAP dilihat tegang ekoran isu hudud.
“Umno harap PAS tak akan sokong Dyana, dengan harapan undi Melayu yang menyokong kami akan pergi kepada mereka.
“Namun kini mereka jadi serabut, selepas melihat kerjasama baik (jentera PAS sepanjang kempen),” katanya ketika sesi ramah mesra bersama media di Kampung Padang Tembak, di sini petang tadi.
Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan komitmen parti itu untuk menggerakkan seluruh jentera untuk berkempen membantu DAP dalam PRK ini.
Presiden PAS itu juga memuji ‘keberanian’ Dyana kerana menyertai DAP yang sering ditohmah sebagai parti ‘chauvinis’.
Program diadakan di kediaman Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Muhaimin Sulam, serta turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Kemangkatan Sultan Perak: SPR putuskan tarikh PRK Teluk Intan kekal 31 Mei ini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan  Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada 31 Mei ini.
Keputusan itu adalah selaras dengan kehendak undang-undang SPR, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 1.30 tengah hari tadi.
Almarhum berusia 86 tahun dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Abdul Ghani menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutamanya parti-parti politik yang bertanding supaya menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berkempen.
“Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya.

DAP tangguh kempen PRK Teluk Intan hormati kemangkatan Sultan Perak


DAP hari ini mengumumkan segala kegiatan kempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan ditangguhkan buat sementara waktu bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah.
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata segala hal berkaitan kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan diumumkan kemudian.
“Kempen ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak dan tiada acara berkaitan media sehingga dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu mesej pesanan ringkas kepada pemberita.
Malam ini, Dyana dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya mengadakan kempen di Kampung Bahagia namun ia tidak diteruskan.
Jika tiada sebarang halangan, PRK Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung PRK ini sama ada akan diteruskan atau ditunda.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan Sultan Perak  mangkat pada jam 1.30 petang hari ini pada usia 86 tahun.
Baginda meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.
Seorang lagi putera, Raja Ashman Shah meninggal dunia pada 2012.

Kerajaan Selangor ucap takziah kemangkatan Sultan Perak

agungSHAH ALAM, 28 MEI: Kerajaan Selangor dan seluruh rakyat negeri itu merakamkan sembah takziah atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Sha, kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Ucapan takziah itu disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui laman sosial Twitter dan Facebook miliknya.
Selain Abdul Khalid, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Almarhum Sultan Perak melalui statusnya di Twitter.
“Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Perak, Tuanku Azlan Shah yang baru mangkat. Sepanjang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Almarhum pernah hadir (ke MCKK) sebanyak empat kali dan saya sempat bersua muka dengan baginda,” katanya.
Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan ke-34 menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Ketika kemangkatan baginda, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah turut berada di sisi.
Berikutan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan berita kemangkatan baginda dan seluruh negeri berkabung.
Selama tempoh perkabungan, bendera Negeri Perak perlu dikibarkan separuh tiang selama 100 hari, manakala bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tempoh perkabungan tujuh hari.
Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, selepas Asar esok (29 Mei).

PRK Teluk Intan: Semua Ceramah PR Malam Ini Di Batalkan - Al Fatihah


Dewan Negara Perak bakal lantik Sultan baru

Satu persidangan khas Dewan Negara Perak bakal diadakan bagi melantik penganti Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Menurut Pengarang Adat Pusaka, Raja Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, Adib Vincent Tung Abdullah, pertemuan itu akan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.
Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), menteri besar dan mufti.
Ia turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan Negara.
Adib berkata Bendahara (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) akan mempengerusikan sidang itu.
Beliau berkata mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah di antara Raja Muda dan Raja di Hilir.
Katanya, Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana empat Raja-Raja Bergelar.
Keempat Raja-Raja bergelar adalah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah and Raja Kechil Bongsu dan dua kedudukan terkini adalah kosong.
Ketika ini, Raja Nazrin Shah adalah Raja Muda dan Raja Di Hilir pula adalah Raja Jaafar Raja Muza.
Kedua calon ini akan meninggalkan bilik mesyuarat supaya ahli lain boleh membuat keputusan.
Adib berkata Bendahara akan mengumumkan pelantikan Sultan baru selepas beliau menerima pelantikan.
Tugas seterusnya bagi Dewan Negara adalah menguruskan upacara pengebumian.

Dyana Sofya rakam ucapan takziah kepada keluarga Diraja Perak

Dyana Sofya Mohd Daud hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah hari ini.
Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri dan ditempatkan baginda di kalangan orang yang soleh dan bertakwa.
“Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada hari ini.
“Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan bertakwa,” katanya melalui akaun Facebook hari ini.
Dyana Sofya melahirkan rasa dukacita ke atas kemangkatan Sultan Perak kerana baginda merupakan lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan sembah takziah di atas kemangkatan Almarhum Sultan Perak menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
“Mudah-mudahan Allah SWT memberikan keampunanNya dan melimpahkan rahmatNya buat Al-Marhum Sultan Azlan. Al Fatihah,” ujar beliau dalam kenyataannya.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan Sultan Perak  mangkat pada jam 1.30 petang hari ini pada usia 86 tahun.
Baginda meninggalkan isteri, Raja Permaisuri Tuanku Bainun Muhammad Ali, seorang bekas guru, dan empat anak mereka iaitu Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah; Raja Datuk Seri Azureen Shah, Raja Eleena dan Raja Yong Sofia.

Sultan Perak Mangkat: Kerajaan Kelantan rakam ucapan takziah

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan dan rakyat Kelantan melahirkan rasa dukacita di atas kemangkatan baginda yang merupakan seorang yang cukup berjasa.

“Jasa baginda tidak dilupakan ketika baginda menjawat jawatan sebagai Ketua Hakim Negara dan Yang Di-Pertuan Agung satu ketika dahulu,” katanya di sini.

Pada 1.30 petang tadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan kemangkatan Sultan Azlan Shah.

Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan (26 April 1989- 25 April 1994). Sebelum itu baginda bertugas sebagai Ketua Hakim Negara pada 12 November 1982.

Ustaz Ahmad berkata, kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan kepada negara ini khususnya kepada rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

“Takziah saya rakamkan kepada seluruh ahli kerabat baginda dan semoga roh baginda ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh,” katanya.

Sultan Perak mangkat, Presiden KEADILAN ucap takziah

KEADILAN merakamkan sembah takziah di atas kemangkatan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah hari ini.
Mudah-mudahan Allah SWT memberikan keampunan-Nya dan melimpahkan rahmat-Nya buat Al-Marhum Sultan Azlan.

Al-Fatihah.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
28 Mei 2014

Merafak takziah dari calon DAP PRK Parlimen Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, atas kemangkatan DYMM Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014.
Patik dengan dokongan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.
Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih di atas pemergian Paduka Seri yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan.

Dyana Sofya Mohd Daud

DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN TELAH MANGKAT - AL FATIHAH



AL-FATIHAH..

Dengan dukacitanya adalah di maklumkan bahawa Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat pada jam 1.30 tengahari sebentar tadi.Semoga Allah merahmati Roh Baginda.


Pautan kekal imej terbenam

Pengumuman dari Menteri Besar Negeri Perak berkenaan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Dyana Sofya: Mesej Yang Amat Jelas Kita Nak Hantar Kepada Kerajaan UMNO@BN

CADBURY..Benarkah Ada Lemak Babi? - Ustaz Azhar Idrus

PKR siasat kongsi gelap sabotaj pemilihan parti

Ceroboh Dewan Negeri: Hukuman Penjara Seumur Hidup kepada samseng samseng UMNO

PRK Teluk Intan: BN takut Pakatan buat hatrik

Oleh Zulkifli Yahaya
‘HARAM hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud’. Demikian fatwa politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik daripada kenyataan Dyana bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka akan jadi kufur.
Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya, maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato’ Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil, Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah. Jika mengundi calon DAP dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja yang me ngundi?
Niat sebenar fatwa songsang tadi hanya untuk ditujukan kepada pengundi Islam yang bercadang untuk mengundi Pakatan Rakyat. Apabila penyokong Islam daripada Pakatan tidak mengundi sesiapa, sedang Melayu BN semua mengundi calon daripada Gerakan itu – maka menanglah BN. Itu saja matlamat fatwa tersebut disebarkan.

PRK Teluk Intan: "Lawan Tetap Lawan" - Dyana Sofya

PRK TELUK INTAN: PUTERI UMNO CUBA NAK BELI SOKONGAN DENGAN SEKILO TEPUNG GANDUM?




1kg Tepung gandum, 2kg minyak masak, sebungkus biskut kering, 1kg gula pasir kasar, 1 peket teh boh, 5kg beras tempatan.

Itu jer nilainya Puteri UMNO Malaysia kepada warga Teluk Intan yang dikategorikan sebagai warga berpendapatan rendah.

PRK Teluk Intan: Ahli DAP terkejut diumum sokong BN, Projek Menteri BN Kantoi..!!

Nurul Izzah: Pengkhianat Utama Adalah Meraka Mengunakan Politik Perkauman Untuk Mendapat Undi

PRK Teluk Intan: Dua NGO kecam kenyataan seksis menteri BN kepada Dyana Sofya

Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengecam kenyataan menteri Kabinet yang terus menjadikan gender sebagai modal menyerang calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Persatuan Wanita untuk Wanita Perak (PWW) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor meminta pihak yang berkenaan segera menghentikan serangan berbentuk seksis kepada Dyana Sofya sebaliknya memfokuskan kepada isu kempen pilihan raya.
"Ia kenyataan daripada menteri Persekutuan. Bagaimana kita berharap lebih wanita menunjukkan kebolehan mereka dalam politik jika dikritik berdasarkan gender.
"Kenyataan menteri melihatkan beliau menitikberatkan kecantikan Dyana. Tiada yang melihat kita sekarang ketandusan pemimpin. Mereka tidak menunjukkan keyakinan terhadap Dyana," kata Naib Presiden PWW, Sumathi Sivamany pada satu sidang media di Teluk Intan, hari ini.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin menyifatkan Dyana tidaklah secantik seperti yang dilihat dalam gambar dan telvisyen.
Dua hari sebelumnya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adakah Dyana patut diundi kerana memakai gincu dan bersolek.

PRK Teluk Intan: 'Siapa bertanding, Dyana atau ibunya?'

Walaupun dianggap menipu, kontroversi sekitar keanggotaan ibunya dalam PERKASA nampaknya tidak akan menjejaskan peluang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya kecil Teluk Intan.

Kewibawaan Dyana mungkin sedikit tercalar, bagaimanapun dengan hanya tiga hari sebelum pengundian, kesannya mungkin tidak banyak menjejaskan sokongan pada peguam muda itu.

Malah, sesetengah pengundi masih tidak tahu menahu tentang isu itu.

Terdapat juga pengundi yang menganggap perkara itu tiada kena mengena dengan Dyana.

“Siapa yang bertanding? Dyana atau ibunya?” soal seorang pemilih.

Masih ramai juga yang mengambil berat berhubung masalah setempat dan membangkitkan persoalan sama ada Dyana akan tinggal di Teluk Intan jika menang.

Mereka juga mengambil kira calon mana yang akan membawa pembangunan ke kawasan itu.

PRK Teluk Intan: Lempar kecaman seksis terhadap Dyana, UMNO-BN tidak hormati wanita


empower
TELUK INTAN, 28 MEI: Persatuan Wanita Perak (PWW) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) kesal dengan pimpinan tertinggi UMNO-BN yang mengeluarkan kecaman berbaur seksis serta misoginistik terhadap Dyana Sofya Mohd Daud.
“Kenyataan menteri-menteri ini yang hanya tertumpu pada rupa paras dan bukan terhadap polisi Dyana jelas menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati wanita,” kata mereka dalam sidang media bersama di sini, tengahari tadi.
Pada 25 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa Dyana “tidaklah cantik sangat.”
Dua hari sebelumnya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan juga telah memperlekehkan Dyana dengan kenyataan “Adakah kita undi seseorang hanya kerana dia memakai gincu? Kerana dia senyum dan memakai solekan serta lebih cantik dari Mah?”
Pengarah Eksekutif Empower Maria Chin Abdullah berkata, tindakan menteri-menteri UMNO-BN ini menyukarkan lagi wanita untuk menceburi dunia politik yang sudah sememangnya sudah terbelenggu dengan unsur-unsur seksis.
“Kami ingin memberi peringatan kepada semua bahawa insiden-insiden itu bukanlah terpencil.

Lim Kit Siang: On 31st Of May, Teluk Intan Will Make History

PRK Teluk Intan: Patut sebut ‘hidup Melayu’, bukan ‘Cina tidak bersyukur’

Zainulfaqar Yaacob


Dalaman Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan nampaknya meledak gara-gara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan melafazkan “Cina tidak bersyukur”.
Gerakan dan MCA mendesak naib presiden Umno menjelaskan mengenai dakwaannya itu.
Mendesak Zahid hampir sama seperti mencabar akar umbi Umno yang kononnya mempunyai 3 juta ahli untuk akur, mungkin.
Tetapi, tiada pun kedengaran rusuhan samseng asabiah parti berkenaan seperti di DUN Pulau Pinang baru-baru ini.
Malah, tidak kedengaran pun juak pelampau terbabit berteriakan “Hidup Melayu” sepanjang kempen PRK itu.
“Menara Condong pun akan terus condong kalau puak Perkasa atau Isma atau Umno melaungkan ‘Hidup Melayu’ di Teluk Intan,” seloroh Ahli Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim dalam siri kempennya di Teluk Intan, malam tadi.
Saya bertanya, apa kena mengena bangunan warisan yang menjadi ikonik Teluk Intan itu dengan laungan ‘hidup Melayu’?
“Mah (Siew Keong) akan ‘mati’ (tewas pilihan raya) sebab ‘hidup Melayu’ akan menghidupkan (mendorong kemenangan) Dyana Sofya,” seloroh Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang berkenaan lagi.
Politik perkauman mungkin lebih relevan pada era zaman sebelum merdeka, kerana penentangan kaum pribumi itu adalah penjajah.
Zaman selepas merdeka, penjajah tiada lagi. Kalau ada pun, boneka penjajah. Tidak perlulah saya menyebut siapa bekas askar British yang dibonekakan untuk memimpin ‘Umno lama’.
Yang ada, adalah rakyat yang merdeka, tidak kira Melayu, Cina, India, Sarawakian dan Sabahan. Semua adalah rakyat.
DAP berbeza dengan Umno. Pakatan Rakyat pun berbeza dengan Barisan Nasional kerana menolak amalan politik asabiah zalim.

Anggota kongsi gelap antara yang sabotaj pemilihan PKR, kata JPP


Siasatan mendapati anggota kongsi gelap melakukan kekecohan ketika pemilihan PKR, Kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul. Gambar fail The Malaysian Insider.Siasatan mendapati anggota kongsi gelap melakukan kekecohan ketika pemilihan PKR, Kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul. Gambar fail The Malaysian Insider.Anggota kumpulan kongsi gelap merupakan antara individu luar yang dikenal pasti mensabotaj dengan melakukan kekecohan ala hooligan (samseng) semasa pemilihan PKR, kata Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Pengerusinya, Datuk Johari Abdul, berkata kehadiran anggota kumpulan kongsi gelap itu dapat disahkan ketika proses pengundian di cabang Kota Raja dan Kuala Langat.
"Daripada beberapa siasatan mendalam ketika sesi pendengaran sejak 17 Mei hingga ke hari ini beberapa penemuan mengenai bukti kehadiran orang luar dalam proses pemilihan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, JPP juga mengenal pasti modus operandi yang digunakan orang luar ketika melakukan kekecohan semasa proses pengundian berlangsung.
"Kita dapati lebih separuh insiden sabotaj berlaku selepas jam 2.30 petang selain mereka merempuh masuk ke dalam dewan pengundian dan menimbulkan kekecohan.
"Sasaran pensabotaj ini juga adalah tong-tong undi," katanya.

Dari Bukit Gelugor ke Teluk Intan

Dr Mujahid Yusof Rawa

Calon kita
PAS telah melantik saya sebagai pengarah operasi pilihan raya kecil Bukit Gelugor dalam mesyuaratnya pada bulan awal Mei untuk menerajui jentera pilihan raya PAS.
Saya menerimanya apatah lagi sebagai yang dipertua PAS Bukit Gelugor dan anak tempatan Bukit Gelugor perasaan ingin berkhidmat merangsang saya untuk menerimanya.
Apalah sangat PRK Bukit Gelugor untuk PAS kerana ia hanya bertindak sebagai kumpulan sokongan sahaja kepada gerak kerja utama yang diterajui oleh DAP Pulau Pinang.
Walaupun demikian saya meletakkan gerak kerja PAS seolah-olah PAS yang bertanding manakala pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga timbalan presiden PAS mengeluarkan kenyataan awal bahawa “calon PAS” yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor dan beliau hanya memakai lambang roket sahaja.
Kenyataan itu mempunyai makna yang mendalam kerana ia adalah deklarasi sokongan penuh PAS kepada calon DAP iaitu Ramkarpal Singh.
Kenyataan itu mempengaruhi gerak kerja kami dan saya menyampaikan hasrat itu beberapa kali dalam mesyuarat operasi jentera pilihan raya.
Masa yang tepat
PRK Bukit Gelugor diadakan atas kematian penyandangnya Karpal Singh yang maut dalam kemalangan. Beliau memenangi dengan majoriti besar hampir 42 ribu dalam pilihan raya umum yang lepas.
Entah apa hikmahnya PRK kali ini datang dalam suasana PAS dan DAP bertegang leher buat sekian kalinya tentang isu hudud yang muncul semula setelah agak lama menyepi.
Ia pada satu tahap telah meretakkan hubungan Pakatan Rakyat yang selama ini terbina atas persefahaman Common Policy Framework (CPF) yang ditandatangani pada tahun 2009 di Shah Alam.
Menyedari situasi ini pengarahan supaya jentera PAS keluar semaksima tenaga membantu calon DAP diharapkan dapat meredakan keadaan.
Begitulah jentera kami didorong untuk bekerja demi PR dan memberi gambaran yang meyakinkan bahawa isu hudud di Kelantan tidak akan menjejaskan hubungan ini.
Teluk Intan pula
Dalam kesibukan menyediakan tapak bekerja bagi Bukit Gelugor, satu lagi PRK terpaksa dijalankan atas kematian penyandang dari DAP juga iaitu di Parlimen Teluk Intan.
Di atas kepentingan strategi, kerana PAS mempunyai satu Dun di bawah Parlimen Teluk Intan yang dimenanginya pada PRU 2008 dan kemudian kalah pada PRU 2013, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat memutuskan untuk membahagikan petugasnya dari seluruh negara antara PRK Bukit Gelugor dan Teluk Intan.
Dengan strategi itu saya sebagai pengarah operasi PRK Bukit Gelugor hanya menerima empat buah negeri untuk bertugas di Bukit Gelugor iaitu Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan.
Lagipun kerja kami lebih tertumpu kepada empat daerah mengundi yang majoritinya adalah pengundi Melayu yang terdiri daripada 11 ribu pengundi.

PRK Teluk Intan: Program 150 ahli DAP masuk BN berakhir dengan kekeliruan dan kantoi..!!

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyampaikan kemeja T BN kepada seorang tetamu dalam majlis perpindahan ahli DAP ke BN di Teluk Intan, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Mei, 2014.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyampaikan kemeja T BN kepada seorang tetamu dalam majlis perpindahan ahli DAP ke BN di Teluk Intan, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Mei, 2014.Program perpindahan kira-kira 150 ahli DAP menyertai Barisan Nasional (BN) berakhir dengan kekeliruan apabila tiada bukti kukuh mengenai pertukaran parti yang ditunjukkan dalam program itu malam semalam.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dalam ceramahnya berkata orang ramai yang berada di depannya adalah ahli DAP yang didakwa sudah letih dengan parti tersebut dan tidak sabar untuk menyertai BN.
Bagaimanapun, untuk menyempurnakan acara tersebut, tiga bekas "ahli DAP" yang didakwa keluar parti itu berdiri di depan penonton sambil menyarung kemeja T biru BN.


Kemudian Ahmad menyerahkan bendera DAP kepada salah seorang daripada mereka untuk menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera BN.
"Kami amat gembira kerana mempunyai rakan dahulunya menyokong DAP namun malam ini memihak kepada BN.
"Terima kasih kerana memikirkan masa depan BN, untuk anak-anak dan cucu kita," katanya dalam ceramah di Taman Desa Bakti, Teluk Intan.
Beliau yang juga timbalan menteri kewangan berkata, acara malam tadi sebagai detik bersejarah namun ketika media menemubual orang ramai yang hadir mendakwa mereka sememangnya penyokong BN dari dahulu.
Malah salah seorang daripada tiga yang didakwa menyertai BN memberitahu pemberita beliau diarahkan untuk menghadiri acara malam berkenaan tetapi mendakwa masih lagi ahli DAP.

PRK Teluk Intan: Surat Terbuka kepada Pengundi


lge
Surat Terbuka kepada Pengundi Teluk Intan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 28 May 2014
Mempertahankan harapan dan masa depan bersama
BN dan UMNO menguruskan pilihanraya Teluk Intan dengan cara yang sama mereka menguruskan negara, dengan memainkan perasaan anda terhadap ketakutan dan segala yang buruk dengan menggunakan pembohongan, kata makian dan kebencian. Cubaan mencemarkan karakter calon wanita muda kami, Dyana Sofya dan juga ibunya, menunjukkan BN dan UMNO telah jelas kehilangan mandat untuk mentadbir dan kehilangan hak untuk mewakili rakyat Teluk Intan.
BN hanya tahu menyebarkan kebencian kerana hanya inilah sahaja justifikasi terhadap rasuah dan salahguna kuasa yang mereka lakukan. BN hanya tahu bagaimana untuk bermain dengan ketakutan anda demi menutup kesalahan mereka mentadbir ekonomi dan mengakibatkan fenomena Barang Naik termasuk kenaikan harga petrol, gula, elektrik dan bayaran insuran kenderaan serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bukannya 1Malaysia, tetapi sebaliknya 1MDB yang mendapat puluhan bilion ringgit dana rakyat dalam pelaburan berisiko hanya untuk kepentingan kroni. Berbanding menguruskan kesengsaraan akibat kenaikan harga barang, rakyat Malaysia disuruhnya makan kangkung. Berbanding melakukan sesuatu untuk menaikkan bayaran gaji, lebih ramai pula pekerja asing dibawa masuk. Daripada membela hidup rakyat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad pula dinaikkan darjatnya dengan kenaikan tarif elektrik supaya menambah keuntungan dan nilai sahamnya.

PRK Teluk Intan: Ibu yang bekas ahli Perkasa, bukan Dyana. Apa masalahnya?

TELUK INTAN, 28 MEI: Dakwaan parti Gerakan bahawa Dyana berbohong tentang hubungannya dengan Perkasa  diselar Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching yang menyuruh parti tersebut  menyemak fakta terlebih dahulu.
Calon DAP bagi PRK Teluk Intan Dyana Sofya telah pun  memberitahu dalam sidang media satu minggu lalu bahawa beliau tiada kena mengena  dengan pertubuhan ultra-Melayu, Perkasa.
“Dalam sidang media semalam, ibu Dyana, Yammy Samat, turut mengulangi bahawa beliau  meninggalkan Perkasa sebelum mesyuarat agung pertama pertubuhan itu,” kata Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini.
Puan Yammy turut menegaskan semalam bahawa beliau sudah lama tidak bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan terbabit.
“Ketika ditanya sama ada ibunya memegang jawatan dalam perkasa dalam sidang media 21 Mei, Dyana berkata beliau tidak tahu dan berkata lebih baik (media) bertanya kepada ibunya  sendiri,” tambah Nie ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.
Malahan kata Nie Ching, setelah membesar dalam keluarga UMNO, Dyana tetap membuat  keputusan untuk menyertai DAP.
“Ini memperlihatkan bahawa Dyana benar-benar tidak bersetuju dengan prinsip mereka. Jadi kenapa perkaitan ibunya dengan Perkasa atau mana-mana organisasi dijadikan isu?” tambah beliau lagi.

PRK Teluk Intan: Rakan peguam Dyana dedah putar belit UMNO


bukti2
KUALA LUMPUR, 28 MEI – Menjawab tohmahan beberapa laman blog pro-UMNO kononnya calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya bukanlah seorang peguam, rakan peguam beliau tampil mengemukakan bukti.
Menulis di laman sosial Twitter, peguam Afiq Mohamad Noor mempamerkan sijil perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013.
“Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan seorang peguam atau tidak?”
“Saya mengesahkan bahawa Dyana Sofya adalah rakan kongsi, peguam dan rakan sekerja saya di sebuah firma di Cyberjaya,” tulis beliau di Twitter.
bukti3
bukti1
Afiq yang juga seorang peguam Lawyers for Liberty, menunjukkan dua sijil amalan guaman tahunan Dyana bagi tahun 2012 dan 2013 yang kedua-duanya ditandatangani Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mohd Khushairy Ibrahim.
“Dyana telah bersama dengan firma kami sejak 9 November 2011 sehingga 30 Disember 2013,” tambah beliau lagi.

PRK Teluk Intan: Orang India penentu keputusan 31 Mei


Dengan baki tiga hari sebelum hari mengundi pada pilihan raya kecil Teluk Intan, penduduk India di bandar ini mungkin memegang kunci dalam menentukan parti mana yang bakal menang kelak.

Dengan majoriti daripada 42 peratus penduduk berketurunan Cina dijangka menyokong BN dan majoriti daripada 38 peratus penduduk berketurunan Melayu dijangka menyokong BN, pengundi India kini akan menentukan sebarang peralihan sokongan buat kedua-dua parti.

"BN tahu yang mereka sukar untuk memenangi undi orang Cina. Dan kebarangkaliannya juga agak rendah buat DAP mendapat peralihan sokongan pengundi Melayu BN dengan meletakkan calon Melayu kali ini.

"Oleh itu, undi orang-orang Indialah yang akan menjadi rebutan sekarang," kata MP Batu Gajah, V Sivakumar kepada Malaysiakini.

PRK Teluk Intan: MIC nasihati pemimpin BN agar 'jaga mulut'

TELUK INTAN: Timbalan presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berkempen bagi pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan supaya berhati-hati dengan kata-kata mereka tentang kumpulan 'tertentu' di negara ini.
  
Beliau berkata dengan tinggal empat hari sahaja lagi akan tiba hari pengundian, apa jua tindakan yang diambil perlulah yang boleh meningkatkan sokongan pengundi atau sekurang-kurangnya boleh mengekalkan jumlah sebelum ini.
  
"Pendekatan yang digunakan perlulah bersifat terangkum," katanya kepada pemberita ketika melawat Hospital Teluk Intan di sini.
  
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang perkara yang perlu ditangani secara berhati-hati semasa berkempen.
  
Subramaniam bagaimanapun tidak menafikan bahawa kadangkala, kerana terlalu bersemangat, pemimpin mungkin mengucapkan sesuatu yang tidak sepatutnya diucapkan.

"Kata-kata begitu mungkin terkeluar. Sebenarnya, mereka hendak katakan sesuatu yang mereka rasa boleh memberi sokongan kepada sesuatu kumpulan, tapi akhirnya menimbulkan penentangan daripada kumpulan lain pula. Kita perlu kekalkan keadaan yang seimbang," katanya.
  
Dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, calon BN Datuk Mah Siew Keong berdepan dengan Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP.

Dosa rasuah lebih besar daripada makan babi, kata bekas mufti


Masyarakat Islam di negara ini perlu sedar dosa perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Masyarakat Islam di negara ini perlu sedar dosa perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya dengan sesetengah umat Islam di negara yang terlalu kisahkan mengenai keharaman babi tetapi mendiamkan diri dengan dosa lebih besar seperti rasuah.
Beliau berkata, masyakarat Islam seperti tidak menyedari dosa dan mudarat dalam perkara yang jelas haram seperti riba dan rasuah adalah lebih besar daripada makan babi.
"Malangnya, kita tidak pula bising habis-habisan bagi perkara jelas haram seperti riba, korupsi, salah guna harta awam dan seumpamanya.
"Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi tetapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar," katanya dalam tulisannya di Facebook hari ini.
Selain itu, katanya, umat Islam yang termakan makanan haram tanpa sengaja tidak dikira berdosa malah Allah juga tidak akan menghukum seseorang itu atas perkara luar daripada maklumat dan kemampuannya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden kandungan DNA babi yang dikesan dalam coklat Cadbury dan menyelar reaksi sesetengah pihak yang disifatkan sebagai melampau dalam agama.
Katanya, sifat Islam itu sendiri tidak pernah menyuruh atau menyusahkan seperti itu.
"Membantah hak pengguna itu sesuatu yang bagus supaya pengguna tidak diperdaya.
"Teteapi berlebihan dalam hukum seperti suruh samak mulut atau tukar darah adalah unsur ghuluw atau melampau dalam Islam," katanya dipetik daripada laman Facebooknya hari ini.

MCA kata Hukum hudud pertandingan Umno dan PAS..!!

PRK Teluk Intan: Zahid Hamidi Sempitkan Lagi Harapan Calon BN

Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi adalah pemimpin UMNO yang paling kerap dan rajin turun berkempen di Teluk Intan. Boleh dikatakan seetiap hari atau selang hari, kelibatnya akan kelihatan di bandar ini. Keadaan ini bukan saja disebabkan kedudukannya sebagai pemimpin kanan UMNO yang mahu memastikan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong tetapi mungkin juga disebabkan kawasan Parlimen yang diwakilinya, Bagan Datoh adalah bersebelahan dengan Teluk Intan.

Ahmad Zahid juga paling banyak program serta paling banyak bercakap dengan media. Dalam masa yang sama, beliau juga paling banyak mengeluarkan mengeluarkan kenyataan sensasi dan kontroversi di Teluk Intan ini.

Beliau bercakap mengenai anggota RELA yang tidak mengundi dalam pilihanraya umum lalu dan memberi amaran agar menunaikan tanggungjawab kali ini. Ini kerana, dakwanya, beliau tahu siapa mereka itu.

Beliau juga menawarkan janji memberi uniform baru kepada anggota RELA jika calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini tetapi jika BN kalah, "belilah sendiri".

Ketika semua media dan jentera kempen banyak memperkatakan calon DAP, Dyana Sofya yang dianggap cantik dan muda, berbeza dengan calon BN, Mah Siew Keong yang dianggap agak tua dan kitar semula, Ahmad Zahid juga berkata, "Dyana Sofya bukanlah cantik sangat. Dia hanya cantik dalam gambar dan cantik sikit ketika muncul dalam televisyen tapi tidaklah cantik sangat secara realitinya".

Mengenai pengundi Cina pula, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO melabelkan mereka sebagai golongan yang tidak bersyukur dan gembira jika calon BN kalah kerana mereka adalah golongan kaya dan mempunyai pelbagai jenis perniagaan.

Katanya, beliau, orang Melayu dan India akan sedih jika DAP menang lagi di Teluk Intan ini tetapi pengundi Cina tidak terkesan apa-apa kerana mereka sudah kaya sedangkan dengan bantuan orang Melayu dan India yang membeli barangan merekalah, maka mereka menjadi kaya.

Semalam pula, Zahid sekali lagi menimbulkan sensasi dengan memberi amaran kepada golongan kongsi gelap dan penjenayah agar tidak mengambil kesempatan sepanjang kempen pilihanraya kecil Teluk Intan ini.

"Jangan ugut orang, jangan cuba campurtangan dalam politik. Saya tahu muka mereka, saya tahu nama mereka, saya mereka duduk di mana dan lari ke mana. Saya bukan sekadar beri amaran, tapi tahu macam mana nak lakukan," katanya dalam ceramah malam tadi.