Selasa, 27 Mei 2014
PRK Teluk Intan: Poster & Bahan Kempen
PRK Teluk Intan: Dyana lancar manifesto
Janji tubuh universiti di Teluk Intan tidak mampu tangani masalah pekerjaan

Kelmarin, calon BN untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan Dato’ Mah Siew Keong telah mendedahkan manifesto beliau yang antaranya menjanjikan penubuhan sebuah universiti di Teluk Intan jika menang.
Menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari, perkara yang lebih penting untuk ditangani kerajaan Barisan Nasional ialah masalah pengangguran di kalangan belia Malaysia yang lebih buruk berbanding negara-negara jiran.
“Menurut data terkini daripada Bank Dunia, pengangguran belia di Malaysia berada pada kadar 10.3 peratus pada tahun 2012, lebih tinggi daripada negara-negara serantau seperti Thailand (2.8 peratus), Singapura (6.7 peratus) dan malahan Jepun sewaktu kegawatan ekonomi negara itu (8 peratus),” jelas Zairil.
Selain masalah pengangguran, belia juga berdepan dengan masalah memiliki pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Abdul Wahid Omar menjelaskan 15.1 peratus belia Malaysia memiliki pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka sebagai graduan.
PRK Teluk Intan: Pelajar UiTM bukan lagi robot Umno

Ketua Parlimen DAP itu berkata idealisme pelajar dan anak muda tidak akan dapat dibunuh atau dicorakkan oleh bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah yang kini merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
"Dyana Sofya adalah testimoni kegagalan Ibrahim Abu Shah selama sembilan tahun menjadi Naib Canselor UiTM untuk menjadikan pelajarnya sebagai robot Umno dan membunuh idealisme serta impian anak muda Malaysia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
"Mengapa bekas Naib Canselor UiTM itu berani mengeluarkan kenyataan menentang salah seorang alumni UiTM, Dyana Sofya?
"Jawapannya mudah, ia menunjukkan kegagalan beliau," kata Lim.
Lim berkata tidak wajar untuk menyalahkan ibu Dyana, Yammy Samat hanya kerana semata-mata anaknya menjadi calon DAP, membandingkan perkara sama yang berlaku dalam situasi melibatkan anak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Teluk Intan: 'Menteri BN guna logik seperti Hitler'

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, Zahid tidak sepatutnya membuat tanggapan stereotaip ke atas sesuatu komuniti sebagai golongan kaya, sedangan terdapat juga masyarakat Cina yang miskin.
“Bagaimana orang Cina boleh meninggalkan orang Melayu dan India dengan mengundi DAP? Saya tidak tahu apa logik yang digunakan oleh Zahid, melainkan untuk mengatakan bahawa ia logik sama yang digunakan Hitler untuk menjustifikasi penghapusan entik Yahudi.
PRK Teluk Intan: Mkini digesa tarik balik laporan dakwaan 'beli undi' oleh YKN

TELUK INTAN Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menggesa Malaysiakini menarik
balik laporan di mana seorang ibu tunggal mendakwa dia telah diminta
mengundi BN dalam pilihan raya kecil Sabtu ini, selepas diberikan wang
tunai dan barangan keperluan oleh ketua Wanita Umno, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil.
Ketua pegawai eksekutif yayasan tersebut, Datuk Rafek Reshidullah berkata perkara itu tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Shahrizat yang juga pengerusi YKN.
Dalam laporan
yang disiarkan semalam, P Panjalay (kanan) dari Taman Semarak, Teluk
Intan, berkata Shahrizat melawat rumahnya, dan memberi bantuan berupa
wang tunai RM500 dan lampin pakai buang, dan merayunya mengundi calon BN
Datuk Mah Siew Keong.
Panjalay berkata beliau tidak pasti sama ada wang itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau daripada Umno.
Rumahnya adalah satu daripada dua lawatan berjadual yang diatur untuk Shahrizat yang juga penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kebajikan dan hal ehwal wanita.
Shahrizat nafi dakwaan
Shahrizat kemudiannya menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau membuat lawatan dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara.
Ketua pegawai eksekutif yayasan tersebut, Datuk Rafek Reshidullah berkata perkara itu tidak benar, palsu dan satu fitnah terhadap Shahrizat yang juga pengerusi YKN.
Panjalay berkata beliau tidak pasti sama ada wang itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau daripada Umno.
Rumahnya adalah satu daripada dua lawatan berjadual yang diatur untuk Shahrizat yang juga penasihat khas kepada perdana menteri mengenai kebajikan dan hal ehwal wanita.
Shahrizat nafi dakwaan
Shahrizat kemudiannya menafikan dakwaan itu, dan berkata beliau membuat lawatan dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi Yayasan Kebajikan Negara.
PRK Teluk Intan: 95.61% (392) pengundi awal mengundi hari ini

"Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita selepas pusat pengundian awal itu ditutup.
Beliau menggesa penyokong dan parti politik yang bertanding serta calon yang bertanding supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang pilihan raya bagi memastikan keseluruhan perjalanan PRK Teluk Intan berjalan dengan baik.
Kematian Anggota Polis diklasifikasi Kes Bunuh - Ketua Polis Perak
Hukum Buat Rambut Toncang & Ada 'Line' - Ustaz Azhar Idrus
Menantu 'Rimau Akor' - Ustaz Azhar Idrus
Kuliah Israk Mi'raj - Ustaz Azhar Idrus
Inmarsat flight data finally released
Tuntutan insurans MH370 tanpa sijil kematian
KUALA LUMPUR - Anggota Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah bersetuju bahawa sijil kematian tidak akan menjadi syarat semasa mengemukakan tuntutan berhubung penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, disebabkan oleh sifat kejadian itu.
"Kesemua 15 penanggung insurans yang telah memberi perlindungan insurans kepada penumpang dan anak kapal MH370 telah bersetuju untuk mempermudahkan proses dokumentasi dan tuntutan, dan tuntutan akan dibayar dengan cepat," kata Pengerusi PIAM, Chua Seck Guan, dalam satu kenyataan hari ini.
"Industri ini komited menyediakan bantuan yang perlu kepada semua pihak yang terlibat dalam kejadian MH370. Kami ingin menegaskan bahawa syarikat anggota kami berada pada kedudukan yang baik untuk memberikan perkhidmatan dan membayar tuntutan itu dengan segera untuk membantu pihak-pihak yang terlibat menghadapi tempoh-tempoh yang sukar ini," kata Chua.
Penerbangan MH370, berserta 239 orang penumpang dan anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang udara Laut China Selatan.
Ia sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
MH370 hilang 81 hari, akhirnya data satelit mentah didedahkan

Tindakan itu diambil susulan tuntutan daripada waris penumpang supaya firma berkenaan bertindak dengan lebih telus.
“Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis,” kata jabatan itu menerusi kenyataan media.

Laporan berkenaan antaranya mengandungi data log komunikasi meliputi 14 bahagian data dari tujuh pautan ‘handshake’.
Inmarsat pada minggu lalu mendedahkan, data tersebut melibatkan nombor-nombor yang dihantar dan diterima antara pesawat tersebut dengan satelit.
Satu daripada nombor berkenaan membawa maklumat masa, manakala nombor yang seterusnya merujuk kepada kekerapan komunikasi, lapor Reuters.
Kapal terbang Boeing 777 yang menempatkan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac ketika dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Penerbangan tersebut dipercayai berakhir di Lautan Hindi, di luar barat Australia.
PRK Teluk Intan: Dyana simbol pembaharuan politik Malaysia - Anwar

Katanya, pencalonan Dyana sekaligus menolak tuduhan Umno bahawa DAP adalah parti berasaskan kaum Cina semata-mata.
“Walaupun saya tidak mengenali Dyana secara dekat, saya bangga dan gembira kerana saya percaya dengan pilihan DAP.
“Graduan dari UiTM ini pandai dalam pengajiannya. Beliau juga berani kerana baru dua minggu jadi calon dah kena hentam dengan Umno.
“Kita betul-betul menghargai pengorbanan beliau dan sehingga hari ini beliau masih bertahan,” kata Anwar di hadapan 7,000 rakyat pada Ceramah Perdana di Jalan Selat, Kampung Terenganu, Durian Sebatang, Ahad lalu.
Kit Siang: Zahid is the ingrate
PRK Teluk Intan:‘Cina tidak bersyukur’ - MCA, Gerakan minta Zahid beri penjelasan...!!
Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".
Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.
Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.
"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.
"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.
Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka.
PRK Teluk Intan: Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam
Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. |
Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.
"Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.
"Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam," jelasnya.
Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.
Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.
Politik Perkauman Dan Fitnah: BN sangat terdesak di Teluk Intan
Keadaan BN benar-benar terdesak untuk merampas balik kerusi
parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini. Keterdesakan ini nampak jelas
apabila tukang-tukang kempen BN memainkan apa saja isu asalkan boleh
dijadikan daya tarikan untuk meraih undi.
BN akan melakukan apa saja untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dengan cara samseng dan jahat. Kekalahan dalam pilihan raya ini memberi indiksi kepada BN parti itu masih gagal untuk memulihkan prestasinya selepas kalah teruk dalam pilihan raya lalu.
Kekalahan di Teluk Intan nanti akan menjadi kekalahan ketiga selepas di Kajang dan Bukit Gelugur. Kekalahan di Teluk Intan memabsahkan bahawa parti Cina dalam BN tidak mendapat sokongan lagi. Di Kajang baru-baru ini naib presiden MCA Chew Mei Fun telah dihumban ke dalam longkang, sekiranya di Teluk Intan ini Presiden Gerakan Mah Siew Keong pula dicampak ke dalam sungai sesuatu yang malang buat BN. BN akan terus demam tanpa kebah.
Api kehebatan kedua parti itu selama ini mungkin akan terpadam dan DAP akan mengambil alih menjadi parti nombor satu orang Cina di negara ini sepenuhnya.
Implikasi itulah menyebabkan BN akan melakukan apa saja. Calon BN, berlembut mengatakan dia akan berkempen secara baik dan teratur, tetapi apa yang berlaku disebaliknya. Kempen BN di Teluk Intan adalah antara yang terhuduh dan terkeji. Siew Keong tidak mampu melunakkan keadaan dengan kata-kata, sedang perbuatan (kempen) BN kotor.
Gambar yang direkacipta kononnya calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud memakai bikni juga diguna sepenuhnya. Katanya gambar bintang filem Filipina yang dianggap Dyana itu disebar di serta masjid di Teluk Intan. Tindakan ini jelas keterdesakan BN dan sudah hilang kewarasan berpolitik. Sekiranya ia dilakukan oleh rakan Gerakan, iaitu Umno dimanakah nilai dan maruah Umno sebagai parti Melayu yang beragama Islam.

DYANA MANIA : ANAK MUDA MENINGGALKAN UMNO
Satu waktu dulu pernah aku tulis membayangkan
kemungkinan UMNO akan senasib dengan dinosaur, sejenis binatang yang gagah dan
kuat yang ditakuti oleh semua binanatang di atas bumi ini, akhirnya hilang dan
lenyap. Oleh itu aku membayangkan apakah UMNO juga akan serupa nasibnya dengan
dinosaur. Kini sudah mula muncul satu ‘petunjuk’ yang dinamakan ‘Dyana Mania’
dalam PRK Teluk Intan. Apakah ‘Dyana Mania’ akan menjadi pemangkin kepada
proses penghijrahan anak muda Melayu khususnya meninggalkan UMNO.
Apakah Tun Mahathir yang merupakan pemimpin UMNO
begitu lama sudah dapat membayangkan keadaan sedemikian akan berlaku. Mungkin
agaknya Tun sudah dapat merasakan keadaan sedemikian akan berlaku dan hanya
sekadarkan beliau tidak mahu menyebutnya dan mungkin juga terlalu gerun untuk
melafazkannya. Jikalau tidak begitu ‘ramalan’nya tentulah tidak mungkin beliau
begitu gabra meperkatakan tentang penampilan anak muda bernama Dyana dalam PRK
Teluk Intan.
Mungkin pemimpin UMNO yang lain tidak dapat
nampak apa yang ‘dilihat’ dan ‘direnung’ oleh Tun Mahathir. Pastinya Tun
Mahathir amat bimbang tentang perkembangan yang berlaku kini. Apa tidaknya.
Dulu DAP adalah dianggap sebagai parti kaum Cina. Dan sehingga kini DAP
sentiasa dianggap dan diwar-warkan sebagai parti rasis yang memperjuangkan kepentingan
Cina dan anti Melayu. Tetapi dengan kehadiran beberapa pemimpin Melayu dalam
DAP, tohmahan dan anggapan sebegini pastinya akan hilang dengan sendirinya.
Yang paling merunsingkan para pemimpin UMNO ialah
hilangnya label UMNO yang sentiasa dikatakan bahawa UMNO sahajalah yang akan
memperjuangkan orang Melayu. Kini sudah ada tiga parti yang kuat dan kukuh
yang bukan sahaja memperjuangkan orang
Melayu tetapi juga kaum Cina, India, Kadazan, Dayak dll Maknanya lama kelamaan
orang Melayu yang berpendidikan akan lebih selesa dengan parti yang
berorientasikan bangsa Malaysia, yang berteraskan orang Melayu.
Hakikat ini yang pada fikiran aku amat
membimbangkan pemimpin UMNO terutama Tun Dr. Mahathir. Dan kemunculan Dyana
mungkin merupakan ‘catalyst’ dan ‘game changer’ yang akan mencetuskan
berbagai-bagai perkembangan selepas ini. Mungkin….
PRK Teluk Intan: Biar Dyana Sofya Menang
Oleh esmael
"Pengundi di Parlimen Telok Intan sepatutnya memberi kemenangan kepada calon DAP iaitu Sofya. Kalau kemenangan Sofya menjadi realiti, ini membuka lembaran baru dalam lanskap politik negara.
Transfomasi yang didendangkan Najib semenjak dua menjak, inilah dia. Kuasa politik yang dimonopoli oleh golongan tua dan kebanyakkan yang tidak sedar diri dengan kuasa, menyalahguna kuasa, menggunakan kedudukan untuk merembat harta tanpa kira dosa pahala.
Ramai penumpang perahu berada di parlimen kini. Wakil rakyat berotak beku dan lesu atau tukang angguk adalah senario dalam parlimen kita terutama wakil dari pihak pemerintah.

Kini
nilai baru harus diberi, harapan baru harus disalurkan oleh pengundi
kepada calon yang lebih berkualiti dan berjiwa rakyat. Tidak keterlaluan
jika kita sandarkan harapan ini kepada mereka yang lebih jujur, lebih
muda, lebih bertenaga dan lebih memandang ke depan daripada situa badut
dan gendut yang lebih banyak berkhayal atau tidur-tidur ayam ketika
parlimen bersidang. Perahu UMNO dipenuhi oleh wakil yang garu tak gatal
tapi ada kertas projek jangka panjang dan pendek. Wakil rakyat yang
dikitar semula ini sesungguhnya hanya membuang karan sahaja.
Lawan
Sofya seorang apek yang menjadi ketua kepada sebuah parti yang sedang
reput dan menunggu mati. Ketua lamanya telah meninggalkan parti ini
mungkin kerana parti yang dipimpimnya sudah hilang harapan. Parti
Gerakan hanya seperti sebuah rumah usang, tiada berpenghuni. Yang
tinggal di dalamnya hanyalah hantu dan jembalang yang telah terlupa
bahawa pusingan dunia ini telah berubah. Senario politik sekarang
memerlukan yang lebih cair dan basah. Bak kata pepatah ‘Ayam tak patuk,
Itik pun tak sudu’ begitulah nasib parti ini yang masih diulit igauan
kuasa masa silam.
Parti
ini pernah memerintah sebuah negeri yang majoritinya penduduknya Cina.
Masa berubah, parti ini telah dicampak ke laut di utara pulau
tersebut oleh para pengundi mereka. Kini BN seolah sudah lupa dan
masih menyandarkan harapan perjuangan kepada bangkai bernyawa. Justeru
meletakkan calon Gerakan di Teluk Intan merupakan testimoni BN kepada
parti komponennya bahawa kekalahan kali ini bermakna parti ini tiada
lagi dalam senario politik akan datang. Parti ini akan diusung dalam
keranda sejarah yang ditulis tidak pernah betul itu.
PRK Teluk Intan: Dyana akan tewas?
Oleh Timmy Say
31 Mei 2014 – Apakah Dyana Sofya akan menang? Meskipun berbekalkan majoriti 7,000 di Mei 2013, DAP masih beranggapan mereka masih di belakang berbanding BN.
Di sebelah BN, mereka juga menganggap calon mereka, Presiden Gerakan Mah Siew Keong sebagai 'underdog'. Tetapi gerak-geri Umno-BN memberikan isyarat jelas bahawa mereka terbau ada peluang keemasan untuk merampas kerusi Teluk Intan.
Pengundi Cina
DAP sebenarnya berdepan dengan dua masalah yang tidak dijangkakan di kalangan pengundi Cina.
Pertama, DAP mungkin menghadapi kemerosatan undi Cina kerana sabotaj dalaman sendiri.
Pencalonan Dyana tidak diterima baik oleh DAP Perak. Namun, perkara ini ditutup dengan rapi oleh serangan bertubi-tubi pada peribadi Dyana.
Ada yang merasakan para pemimpin tertinggi DAP perlu diberi pengajaran untuk menyedarkan mereka bahawa mereka perlu menghormati hasrat akar umbi. "You just cannot do it the way you like and as you wish."
Bagi golongan ini, mereka merasakan tiada apa yang perlu dikesalkan jika kerusi ini jatuh ke tangan Gerakan.
Malah daripada sudut politik dalaman, kekalahan di Teluk Intan akan menyebabkan para pemimpin tertinggi DAP berfikir dua kali sebelum campur tangan di bahagian negeri.
Selain itu, DAP juga berdepan dengan permainan perkauman daripada pengundi Cina sendiri.
Persoalan yang berlegar di minda para pengundi Cina konservatif ialah apakah jaminan kerusi ini jatuh kembali ke tangan wakil rakyat berbangsa Cina sekiranya ia bertukar tangan ke bangsa lain?
Sentimen ini semakin mendalam apabila PRK Teluk Intan terpaksa diadakan tidak lama selepas PRK Kajang yang memperlihatkan kerusi Cina jatuh di tangan Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Api ini sudahpun ditiup dan merebak di kedai kopi, dan DAP semestinya sedar kewujudan sentimen ini.
Perlu diingat golongan yang terkesan dengan sentimen ini ialah warga Cina yang duduk di Teluk Intan dan bukan daripada kalangan muda-mudi yang sudah berhijrah di bandar.
Oleh itu, DAP sudahpun memulakan gerakerja ‘Jom Balik Mengundi’.
Gerakerja ini pula disusulkan dengan kenyataan yang memberikan gambaran kedudukan DAP kini berada dalam keadaan bahaya di Teluk Intan sebagai ‘galakan’ untuk memotivasikan golongan muda-mudi yang sering berlegar di ruang Internet ini untuk balik mengundi.
Kemerosotan undi Cina sudah pasti berlaku, yang diharapkan DAP ialah kejatuhan itu tidaklah sehingga menjejaskan peluang Dyana untuk meraih kemenangan.
Ini Gerakan, bukan MCA

PRK Teluk Intan: Masyarakat Cina, India Kecam Keceluparan Zahid Hamidi
Pemimpin MIC hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak memberi kenyataan menghina sensitiviti pelbagai kaum kerana ia memberi kesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.
"Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.
"Ia perlu tindakan seimbang dan kita perlu menjaga keseimbangan dengan tindakan paling optima," katanya kepada pemberita di Hospital Teluk Intan hari ini.
Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.
PRK Teluk Intan: Kerusi Parlimen dan DUN milik siapa?
Hamri Ibrahim
Kurang seminggu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan bakal berlangsung dan bahang kehangatannya kian dirasai di seluruh Malaysia.
PRK P76 Teluk Intan dilakukan susulan kematian penyandangnya daripada parti DAP, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei yang lalu.
Seah Leong Peng memenangi kerusi ini pada PRU13 setelah mengalahkan lawannya dari Gerakan, Mah Siew Keong dengan majoriti 7,313 undi.
Untuk rekod kesemua PRK ini dimenangi oleh parti yang disandang oleh calon terdahulu.
Terbaru, kemenangan Ramkarpal Sigh di Parlimen Bukit Gelugor berjaya mengekalkan penguasaan DAP di Parlimen berkenaan sejak sekian lama.
Ramkarpal Singh menggantikan ayahnya Karpal Sigh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Persoalannya, adakah PRK yang kerap kali dilakukan ini menguntungkan rakyat? Atau adakah sekadar memberi keuntungan kepada rakyat di Parlimen atau DUN yang terlibat sahaja?
Jika kita meninjau sistem demokrasi di negara jiran, Indonesia, maka kita akan dapati tidak wujud istilah pilihan raya kecil dalam kamus mereka. Mengapa ini terjadi?
Jawapannya mudah sahaja, kerana di Indonesia kerusi Parlimen dan DUN (di Indonesia disebut sebagai DPR dan DPRD) adalah milik parti, bukan milik individu.
Ini bermaksud jika seseorang wakil rakyat (DUN dan Parlimen) meninggal dunia atau melompat parti, maka tempatnya akan digantikan oleh calon lain daripada parti yang sama tanpa melalui proses pilihan raya kecil.
Calon tersebut akan ditentukan oleh presiden parti politik yang terlibat. Kerusi milik parti ini merupakan sebahagian daripada sistem "Proportionatal Representation" yang diamalkan di Indonesia.
Berdasarkan sistem ini, ahli Parlimen dan DUN yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda pembangunan negara dan kebajikan rakyat tanpa perlu memikirkan kemungkinan akan berlakunya pilihan raya kecil.
Mereka juga dapat menggunakan masa, tenaga dan modal berkempen untuk pilihan raya kecil kepada program-program yang lebih menguntungkan rakyat.
PRK Teluk Intan: Beban kos hidup antara manifesto Dyana
TELUK INTAN: DAP meletakkan sasaran empat agenda utama dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan manifesto tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di Bandar Baharu sebentar tadi.
Jelas
Dyana, manifesto ini dibentuk dari hasil pandangan yang diambil dari
400 pengundi Teluk Intan dari segenap lapisan masyarakat di kampung
mahupun di bandar.
"Sebelum memulakan kempen PRK ini, kami telah menjalankan sebuah kajian tinjauan bebas dan hasil dari tinjuan tersebut menunjukkan hampir 60 peratus penduduk Teluk Intan mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.
"Ia lebih rendah daripada purata minima kebangsaan yang berasa pada tahap RM4,025," jelasnya.
Tambah beliau, empat agenda tersebut meliputi kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.
"Dalam agenda kos sara hidup kita melihat bebanan rakyat dari dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan, kita akan melawan dasar kerajaan yang membebankan rakyat seperti cukai GST.
"Selain itu juga kita akan memastikan perbelanjaan negara diurus dengan lebih berhemah," katanya.
Menurut beliau lagi, bagi memastikan tadbir urus yang lebih bersih, beliau akan memastikan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang negara dapat ditangani sepertimana pentadbiran bersih dari Kerajaan Pakatan Rakyat.
Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan manifesto tersebut pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di Bandar Baharu sebentar tadi.

"Sebelum memulakan kempen PRK ini, kami telah menjalankan sebuah kajian tinjauan bebas dan hasil dari tinjuan tersebut menunjukkan hampir 60 peratus penduduk Teluk Intan mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.
"Ia lebih rendah daripada purata minima kebangsaan yang berasa pada tahap RM4,025," jelasnya.
Tambah beliau, empat agenda tersebut meliputi kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.
"Dalam agenda kos sara hidup kita melihat bebanan rakyat dari dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan, kita akan melawan dasar kerajaan yang membebankan rakyat seperti cukai GST.
"Selain itu juga kita akan memastikan perbelanjaan negara diurus dengan lebih berhemah," katanya.
Menurut beliau lagi, bagi memastikan tadbir urus yang lebih bersih, beliau akan memastikan isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang negara dapat ditangani sepertimana pentadbiran bersih dari Kerajaan Pakatan Rakyat.
Mah: Not my fault if ministers hand out goodies..??
PRK Teluk Intan: 85.6% pengundi awal keluar setakat 2.30 petang

Pengundi
awal Lans/Kpl Salmi Suhana Abdullah mencelup jari pada dakwat kekal
semasa proses pengundian sempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk
Intan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Dearah Hilir, Perak di Teluk
Intan, hari ini. - Foto Bernama
TELUK INTAN - Sejumlah 351 orang atau 85.6 peratus daripada 410
pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan keluar
mengundi setakat pukul 2.30 petang ini.Penolong Pengawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Shafie Abdul Karim berkata pengundian awal pada sebelah petang di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak berjalan lancar dan baik.
"Setakat ini tiada apa-apa isu kecuali ada seorang pengundi tadi yang namanya tiada senarai pengundi awal. Bila kita semak semula, dia adalah pengundi bagi kawasan Parlimen Pasir Salak, jadi tiada masalah," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata pusat pengundian awal itu akan ditutup pada jam 5 petang ini.
"Jumlah pengundi lebih ramai pada sebelah pagi memandangkan mereka akan bertugas. Pada sebelah petang ini kita anggarkan mereka akan tunggu sehingga saat terakhir sebelum pusat pengundian ditutup," katanya.
Skandal RM40 juta: Penyelesaian pinjaman Deepak belakangi keputusan lembaga pengarah, kata Sabbaruddin Chik
Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menjelaskan
keputusan memberikan penyelesaian pinjaman menerusi cek "post-dated"
kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan yang didedahkan semalam
membelakangi keputusan awal yang dibuat oleh lembaga pengarah.
Sabbaruddin berkata pada awalnya lembaga pengarah menolak cadangan tersebut tetapi kemudiaannya terpaksa akur susulan campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut.
"Cuma saya hendak terangkan sekali lagi, yang tidak bersetuju itu bukan saya tapi yang tidak bersetuju adalah keputusan keseluruhan oleh lembaga pengarah, bukan saya tidak bersetuju," kata Sabbaruddin kepada The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Sabbarudin, lembaga pengarah mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan mengenai hutang yang belum dilangsaikan oleh Deepak.
Dalam mesyuarat itu, lembaga pengarah sebulat suara menolak kaedah penyelesaian mudah kepada Deepak.
"Mereka (Bank Rakyat) kena jelaskan, bagaimana fungsi kaedah sedemikian kerana si penghutang membayar jumlah yang dipinjamnya sama dengan jumlah asalnya yang dipinjam," katanya.
Dalam pendedahan The Malaysian Insider semalam, Sabbaruddin mendakwa Deepak diberikan kelonggaran menyelesaikan baki hutangnya bernilai RM32 juta menerusi 120 keping cek "post-dated" untuk tempoh 10 tahun.
"Kalau bayar 120 post-dated cek selama 10 tahun, belum pernah ada individu berhutang buat sedemikian," kata Sabbaruddin.
Kaedah pembayaran cek "post-dated" bermakna bank hanya boleh menunaikan cek tersebut pada tarikh yang tertulis di atas cek dan wang akan ditolak daripada akaun penghutang.
Sabbaruddin berkata pada awalnya lembaga pengarah menolak cadangan tersebut tetapi kemudiaannya terpaksa akur susulan campur tangan seorang menteri dalam isu tersebut.
"Cuma saya hendak terangkan sekali lagi, yang tidak bersetuju itu bukan saya tapi yang tidak bersetuju adalah keputusan keseluruhan oleh lembaga pengarah, bukan saya tidak bersetuju," kata Sabbaruddin kepada The Malaysian Insider hari ini.
Dalam mesyuarat itu, lembaga pengarah sebulat suara menolak kaedah penyelesaian mudah kepada Deepak.
"Mereka (Bank Rakyat) kena jelaskan, bagaimana fungsi kaedah sedemikian kerana si penghutang membayar jumlah yang dipinjamnya sama dengan jumlah asalnya yang dipinjam," katanya.
Dalam pendedahan The Malaysian Insider semalam, Sabbaruddin mendakwa Deepak diberikan kelonggaran menyelesaikan baki hutangnya bernilai RM32 juta menerusi 120 keping cek "post-dated" untuk tempoh 10 tahun.
"Kalau bayar 120 post-dated cek selama 10 tahun, belum pernah ada individu berhutang buat sedemikian," kata Sabbaruddin.
Kaedah pembayaran cek "post-dated" bermakna bank hanya boleh menunaikan cek tersebut pada tarikh yang tertulis di atas cek dan wang akan ditolak daripada akaun penghutang.
Politik Perkauman: MIC beri amaran BN kalah Teluk Intan jika terus hina kaum lain
Pemimpin MIC hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN)
agar tidak memberi kenyataan menghina sensitiviti pelbagai kaum kerana
ia memberi kesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.
"Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.
"Ia perlu tindakan seimbang dan kita perlu menjaga keseimbangan dengan
tindakan paling optima," katanya kepada pemberita di Hospital Teluk
Intan hari ini.
Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.
"Apa pun situasi yang terjadi, bagaimana kita (pemimpin) perlu membaca secara politik, tetapi... kita mesti harus memperlihatkan tindakan yang boleh diterima semua orang. Ini merupakan salah contoh isu yang perlu dielakkan daripada terjadi," katanya.
Beliau berkata empat hari akan datang adalah amat penting bagi PRK Teluk Intan dan pemimpin BN perlu fokus dalam mempertahankan undi dan meningkatkan sokongan.
"Elakkan serangan peribadi, kita mempunyai banyak kemajuan positif bagi semua aspek demokrasi di negara ini dan kita sepatutnya menggunakan kelebihan daripada cuba melakukan perkara yang mungkin menjejaskan peluang kita," katanya.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.
"Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.
Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.
"Apa pun situasi yang terjadi, bagaimana kita (pemimpin) perlu membaca secara politik, tetapi... kita mesti harus memperlihatkan tindakan yang boleh diterima semua orang. Ini merupakan salah contoh isu yang perlu dielakkan daripada terjadi," katanya.
Beliau berkata empat hari akan datang adalah amat penting bagi PRK Teluk Intan dan pemimpin BN perlu fokus dalam mempertahankan undi dan meningkatkan sokongan.
"Elakkan serangan peribadi, kita mempunyai banyak kemajuan positif bagi semua aspek demokrasi di negara ini dan kita sepatutnya menggunakan kelebihan daripada cuba melakukan perkara yang mungkin menjejaskan peluang kita," katanya.
Dyana lancar manifesto memperkasa kebajikan rakyat Teluk Intan

Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.
“Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat.
“Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan belanjawan negara diurus secara berhemah,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, di sini.
Mengulas mengenai pembangunan anak muda, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau akan melawan pemusatan pembangunan yang hanya tertumpu di Kuala Lumpur supaya Teluk Intan
dapat dimajukan.
“Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, lebih 70 peratus rakyat berusia kurang daripada 40 tahun.
“Di Teluk Intan, saya perhatikan kebanyakan anak muda terpaksa mencari rezeki di negeri lain akibat dasar pemusatan hanya di Lembah Klang oleh kerajaan.
Hina pengundi Cina: Zahid perlu mohon maaf, kata Kit Siang

Ketua parlimen DAP itu berkata rakyat adalah tuan dan golongan yang tidak bersyukur adalah mereka yang diberikan mandat memerintah tetapi penghinaan kepada rakyat pula dilontarkan.
"Ini satu lagi contoh menteri mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir dan secara ekstremis yang tidak membantu pembinaan negara.
Semalam, Zahid menggelar kaum Cina di Malaysia yang masih mengundi DAP sebagai tidak bersyukur setelah kukuh dalam kedudukan ekonomi.
"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan semalam.
Dalam perkembangan lain, Lim menggesa pengundi luar Teluk Intan agar kembali ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab Sabtu ini.
Katanya, PRK Bukit Gelugor menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah dan Teluk Intan perlu membuktikan sebaliknya.
Yammy Samat isytihar keluar PERKASA

Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan.
Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan.
Ditanya mengenai pembabitan awalnya dengan PERKASA, Yammy berkata beliau menyertai NGO tersebut kerana Umno dilihat lemah pada masa itu.
"Saya akui saya terlibat dalam PERKASA untuk bantu orang Melayu, sebab kita tengok Umno dah lemah dah dalam membela Melayu.
"Apabila dia dah ditubuhkan, (saya seperti melihat) akhirnya PERKASA lari daripada tujuan awal. Bukan saya seorang saja yang keluar (dari PERKASA)," katanya.
PRK Teluk Intan: MIC beri amaran pada Zahid Hamidi isu pengundi "tidak mengenang budi"

Timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kenyataan seperti itu akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil 31 Mei.
Tambahnya, ahli politik juga harus berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti kaum lain dalam keghairahan mereka untuk meraih sokongan.
Subramaniam berpendapat Zahid silap langkah kerana menyifatkan golongan Cina yang menyokong DAP sebagai orang tidak mengenang budi dalam satu ceramah di kampung Melayu di Teluk Intan semalam.
"Isu seperti ini kita perlu elak seboleh mungkin...," kata menteri kesihatan itu.
Langgan:
Catatan (Atom)