Ahad, 25 Mei 2014

Lensa: Kempen & Ceramah Hari Ke 7 PRK Teluk Intan








DNA babi: PUM gesa boikot produk Cadbury

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa para pengguna dan umat Islam seluruh negara serta negara serantau memboikot keseluruhan produk keluaran Cadbury Malaysia sebagai memberi pengajaran kepada syarikat itu.

Setiausaha Agungnya, Prof. Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, ia sebagai amaran tegas kepada syarikat-syarikat lain yang tidak mematuhi proses pengeluaran produk halal.

Katanya, PUM berasa sangat kesal dengan penemuan DNA khinzir di dalam sampel coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam yang dikeluarkan oleh Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd.

“Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat Cadbury ini dengan mengenakan denda yang berat serta menggantung lesen pensijilan halal kepada syarikat itu sebagai langkah penguatkuasaan halal dikenakan kepada syarikat yang tidak mematuhi pengeluaran produk yang telah diberi sijil halal tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, langkah itu perlu dilakukan sehingga syarikat itu memberi jaminan yang boleh dipercayai serta diyakini agar perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Katanya, pihak berkuasa juga disaran memantau dengan lebih dekat proses pengeluaran produk itu untuk satu tempoh 1 hingga 3 bulan sebelum pensijilan halal diberikan semula kepada syarikat tersebut.

PUM juga, ujar beliau mengalu-alukan masyarakat Islam yang prihatin agar meningkatkan kesedaran halal dengan menjemput mana-mana makmal kimia untuk membuat ujian terhadap sesuatu produk, dan memohon pengesahan daripada Jabatan Makmal Malaysia atau sekiranya terdapat keraguan pada mana-mana produk yang mempunyai sijil halal.

PRK Teluk Intan: Ini hadiah untuk mendiang bapa - Ramkarpal


MP Bukit Gelugor yang baru, Ramkarpal Singh menghadiahkan kemenangannya mengekalkan kerusi DAP itu buat mendiang bapanya, Karpal Singh.

Ramkarpal dalam sidang media selepas keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan lewat malam ini menyampaikan penghargaan kepada ibunya Gurmit Kaur dan juga adik beradiknya, Jagdeep, Gobind, Mankarpal dan Sangeet atas sokongan mereka.

"Ini adalah pilihan raya saya yang pertama dan ia bukan satu pengalaman yang mudah.

"Jika jumlah keluar mengundi lebih besar, majoriti yang kita perolehi juga lebih besar.

"Jika kita lihat pada majoriti, walau dengan jumlah keluar mengundi sedikit, ia adalah kemenangan besar," katanya.

PRK Teluk Intan: Pemuda PR buat laporan polis, Zahid Hamidi ugut anggota RELA


_DSC2791
TELUK INTAN, 25 MEI: Pemuda Pakatan Rakyat (PR) hari ini telah membuat satu laporan polis terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengugut anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Laporan telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji Howard Lee Chuan How dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar di Ibu Pejabat Daerah Hilir Perak, petang tadi.
Fakhrulrazi berkata, Zahid tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mengeluarkan kenyataan demikian.
“Tindakan Zahid mengugut dan menawarkan ganjaran kepada anggota RELA yang mengundi BN dalam PRK Teluk Intan adalah bertentangan dengan etika di sebuah negara demokrasi.
“Beliau sebagai pemimpin sebetulnya harus menunjukkan kepimpinan baik dengan berkempen secara bijak dan bukannya melakukan tindakan sedemikian,” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis.
Howard pula menegaskan, Pemuda Pakatan tidak dapat menerima alasan bahawa Zahid hanya berjenaka dan mencabar beliau supaya menyatakan perundangan mana yang membolehkannya menyemak siapa mengundi BN atau tidak.

PRK Teluk Intan perlu contohi Bukit Gelugor


image (7)


BUKIT GELUGOR, 25 MEI: BN harus menjadikan proses Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang aman sebagai contoh dalam menjalankan kempen mereka di PRK Teluk Intan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memuji perjalanan kempen di sini yang jauh berbeza dengan suasana di Teluk Intan.
“Saya harap proses (kekal) lancar dan aman. Di sini, tiada ugutan. Keadaan ini perlu dicontohi (dalam PRK akan datang) di seluruh negara.
“Ini lain sekali dengan Teluk Intan.   Misalnya, ada cubaan membeli undi. Tidak kira dengan wang atau uniform baru, ia tetap salah,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di SMJK Chung Hwa Confucian tadi.
Beliau merujuk kenyataan kebudak-budakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam, yang menjanjikan uniform baru kepada 8639 anggota Rela yang mengundi di Teluk Intan, jika calon BN, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong menang.
Setiausaha Agung DAP itu juga menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil tindakan berhubung kenyataan itu.

PRK Bukit Gelugor: Ramkarpal menang, semua calon lawan hilang deposit


Boew91JIAAA-K1z


GEORGE TOWN, 25 MEI: Keputusan tidak rasmi setakat jam 8.15 malam memberikan kemenangan bergaya kepada Ramkarpal Singh dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor.
Beliau yang bersama keluarga termasuk abang-abangnya Gobind Singh Deo Ahli Parlimen Puchong dan Jagdeep Singh Deo ADUN Datuk Keramat serta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyambut kemenangan tersebut di pusat operasi utama DAP di Green Lane.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ram menerima 41,236; manakala calon PCM Datuk Huan Cheng Guan menerima 3,507 undi.
Dua calon bebas yang lain, Mohamad Nabi Bux menerima 756 undi, manakala Abu Backer Sidek 218 undi; dengan jumlah undi rosak sebanyak 539.
Ketiga-tiga penentang Ramkarpal kecundang dan turut kehilangan wang deposit.
Peratusan mengundi pada PRK kali ini menurun kepada 56 peratus.

DAP kekal Bukit Gelugor, Calon lawan hilang deposit


Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.

Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 799
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

Penyokong DAP melaungkan "Celaka! Celaka! Celaka!" untuk meraikan kejayaan Ramkarpal mengekalkan kerusi Bukit Gelugor untuk parti itu.

Makian "celaka" itu merujuk kepada satu kenyataan ADUN DAP yang mencetuskan siri protes anti-DAP minggu ini.

Sementara itu, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata jumlah pengundi yang kurang itu ekoran BN tidak bertanding.

Katanya, keputusan itu menunjukkan penyokong Ramkarpal tidak mendapat undi secukupnya dari kawasan Melayu.

"Undi diperolehi PCM dan Bebas adalah dari penyokong BN, pastinya jumlah keluar mengundi lebih besar jika BN bertanding," katanya.
 
Jumlah keluar mengundi adalah 46,099 (56.04 peratus).

Anwar: Zaman edan, Dyana terpaksa berhati-hati


Umno, Umnolah; Melayu, Melayulah, kata Anwar

PRK Teluk Intan: Saya hanya bergurau dengan ahli RELA kata Zahid

PRK Teluk Intan: Kerana Dyana, Menara Condong 'tegang' di petang Ahad


Anwar: Kenapa kenyataan Rayers jadi isu kepada Umno?

KAJANG – Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Umno menjadikan isu terhadap kenyataan Adun DAP (Seri Delima) RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dalam Sidangan Dun Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurutnya, andai kenyataan itu disifatkan bermasalah, Rayer sepatutnya ditegur di dalam sidang itu dengan membawa usul bukan dengan cara menyerang dan mengugut.

“Mengapa kenyataan Rayers menjadi masalah kepada Umno? Kalau ya pun masalah, tegurlah. Bawa usul. Jangan bawa cara tindakan biadab.

“Ini nak cuba pertahankan serangan terhadap Dun kerana satu kenyataan. Kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita harus serang Parlimen kerana sikap dan kenyataan biadab pimpinan Umno dan menteri? Tapi kita tak boleh lakukan begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis meraikan perkahwinan anak perempuannya, di sini.

Beliau juga menyebut mahu menanti tindakan pihak berkuasa terhadap serangan tersebut.

“Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil. Tapi saya yakin... saya sendiri berpengalaman, baling batu pada bas ketika saya berkempen, apa tindakan? Tidak ada,” katanya.

Malah Anwar mengingatkan pemimpin Umno bahawa dirinya sendiri telah dihina sejak berpuluh tahun lamanya.

 “Cara menyerang ini cara biadab. Menggunakan samseng untuk mengugut orang. Saya tidak anggap tindakan menyerbu Dun ini ringan.

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya bukanlah cantik sangat, kata Zahid Hamidi kepada polis Teluk Intan


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.

Tidak ada gunanya mengundi calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden Umno itu memberitahu kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan hari ini bahawa beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana‎ sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.
"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?" tanya Zahid dalam majlis bersama anggota polis tersebut di sini.
"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berhadapan dengannya dan ‎berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat! Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," katanya yang mencetuskan ketawa daripada hadirin yang kebanyakannya adalah lelaki.
Katanya kepada hadirin malah "isteri Tuan Goh" lebih cantik daripada Dyana, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Polis Hilir Perak Penolong Komisioner Goh Kak Liang.
"Isteri Tuan Goh lebih cantik! Semasa dia muda. Tetapi dia masih cantik. Adakah dia ada di sini?" kata Zahid berjenaka.
"Tetapi saya tidak berkempen. Hanya memilih sesiapa sahaja, asalkan orang itu sama seperti saya , " katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbar kemudian, Zahid menafikan dakwaan DAP kurang daripada 10,000 polis ditugaskan memerangi jenayah, dan sebahagian besar pasukan polis ditugaskan melindungi ahli politik.

PRK Teluk Intan: Menara Condong 'tegang' di petang Ahad...dimana ada BN pasti buat hal...!!

Dataran Menara Condong Teluk Intan petang ini panas seketika apabila pertengkaran tercetus di antara penyokong BN yang mendirikan khemah di situ, dengan penyokong Pakatan Rakyat yang menantikan kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk sesi 'selfie' di kawasan yang sama.
 
Kekecohan bermula sekitar jam 4 petang apabila penceramah BN yang diperkenalkan sebagai pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim berceramah di bawah khemah BN, dengan bahasa badan dan intonasi pidato seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
 
Pada masa sama, ceramah Faizal itu disiarkan melalui sistem pembesar suara dengan salah satu pembesar suara dihalakan ke arah kumpulan yang menanti kehadiran Dyana, yang berada dalam jarak kurang 10 meter dari khemah itu.
 
Kira-kira sepuluh minit Faizal berceramah, seorang remaja lelaki dari kumpulan yang menanti Dyana berjalan ke arah Faizal dengan wang kertas RM1 dihulurkan kepadanya, isyarat untuk memperolok-olokkan beliau sebagai individu yang boleh 'dibeli'.
 
Tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan seorang penyokong BN di bawah khemah yang meluru ke arah remaja itu dan menyuruhnya berundur ke belakang.
 
Penyokong BN itu kemudian disusuli oleh beberapa orang penyokong BN lain yang turut menyerbu remaja lelaki itu.
 
Pada masa sama, beberapa remaja lelaki dari kumpulan penyokong Pakatan bergegas ke arah penyokong-penyokong BN yang menyerbu remaja lelaki itu.
 
Tiada 'selfie', cuma bergambar
 
Tolak-menolak dan jerit-menjerit ke arah satu sama lain tercetus di antara kedua-dua kumpulan tersebut selama kira-kira dua minit dengan penyokong BN (berpakaian putih) yang mula meluru ke arah remaja itu menjerit, "Ini kawasan Teluk Intan! Jangan buat kacau di sini!".
 
Keadaan kembali terkawal apabila penyokong BN itu ditarik rakan-rakannya untuk kembali ke bawah khemah BN dan remaja lelaki penyokong Pakatan itu ditarik jauh dari kawasan pertengkaran tercetus.
 

Mulut Jahat: Pembangkang hanya bela penjenayah, kata Zahid kepada pengundi polis Teluk Intan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar pihak pembangkang yang dikatakan tidak berminat memperjuangkan hak polis semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar pihak pembangkang yang dikatakan tidak berminat memperjuangkan hak polis semasa berucap di Ibu Pejabat Polis Taktikal (Martek) hari ini. – GambarThe Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.Pakatan Rakyat hanya memperjuangkan hak penjenayah, barangkali kerana mereka ditaja kumpulan jenayah semasa pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Bercakap di hadapan kira-kira 200 anggota polis di Teluk Intan, Zahid berkata pembangkang tidak berminat memperjuangkan hak polis apabila bekas ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh tidak menziarah anggota polis di kawasannya yang terkorban semasa bertugas.
"Seorang polis mati di tangan gengster di Melaka dan kebetulan dia orang Bukit Gelugor.
"Apabila jenazahnya dibawa balik ke Pulau Pinang, ahli parlimen itu tidak pernah datang melawat.
"Siapa yang pergi? Hanya mereka yang ambil berat pergi. Mereka yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia tidak pernah datang jenguk sekali pun semasa anggota polis itu cedera. Ini bermakna mereka hanya bela penjenayah.
"Mereka bela ‎kerana orang itu juga yang tolong mereka, mungkin semasa PRU lalu.
"Mereka tak pernah datang melawat polis lain yang terkorban, tak mengapa beri saja bantuan kepada anak-anak yatim," katanya dalam program bersama polis.
Katanya, semasa berbahas mengenai tahanan tanpa perbicaraan di Parlimen, Karpal menggesa agar hak penjenayah dilindungi.
"Saya tanya dia bagaimana pula dengan hak polis? Apa yang akan terjadi?
"Bagaimana jika polis ditembak atau dicederakan? Hak polis perlu diutamakan dulu, bukan hak penjenayah," tegasnya.

PRK Bukit Gelugor: DAP menang majoriti sama walaupun pengundi keluar merosot

Pegawai SPR mengumumkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Mei 2014. 
Pegawai SPR mengumumkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Mei 2014

Calon DAP, Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan jumlah majoriti hampir sama tahun lepas walaupun jumlah pengundi merosot, menurut keputusan tidak rasmi.
Ketua komunikasi parti, Ng Wei Aik berkata DAP menerima 43,500 undi manakala tiga lagi calon Bebas memperoleh 1,500 undi keseluruhan.
Jumlah pengundi tidak rasmi yang keluar menunaikan tanggungjawab adalah 56%.
Setakat jam 6.30 petang, Ramkarpal memperoleh 5,478 undi manakala lawannya daripada Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan memperoleh 677 undi.
Dua calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar masing memperoleh 50 dan 148 undi.
Dengan perkembangan ini, Ramkarpal dijangka memenangi kerusi yang sebelum ini disandang bapanya, Karpal Singh yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, jumlah pengundi yang keluar mengecewakan harapan DAP untuk menang dengan jumlah majoriti lebih besar berbanding tahun lalu.
Dalam pilihan raya umum tahun lalu, Karpal menang dengan majoriti 41,778 undi berbanding calon MCA, Teh Beng Yeam (Barisan Nasional), dengan jumlah pengundi yang keluar sebanyak 85%.
Awal hari ini, Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Geng berkata jumlah pengundi yang kecil sememangnya sudah dijangka memandangkan Ramkarpal sejak awal lagi diramal akan menang kerusi tersebut tersebut, yang juga dianggap kubu kuat DAP sejak 2004.
Terdapat 82,431 pengundi di Bukit Gelugor,  74.33% (61,267) Cina, 14.45% (11,913) Melayu, 10.73% (8,848) India dan 0.49% (403) pengundi lain-lain.

Anwar: Kami tak pernah pun serang Parlimen macam UMNO


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menghadapi sebarang kenyataan yang tidak digemari tidak harus menggunakan keganasan, seperti serangan yang berlaku terhadap pejabat DAP dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
 
“Pertahan serangan pada DUN, kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita (Pakatan Rakyat) harus serang Parlimen Malaysia kerana sikap dan kenyataan biadab Umno dan menteri? 
 
“Tetapi kita tidak boleh lakukan begitu,” kata ketua pembangkang, seperti dilaporkan KiniTV.
 
Mengulas reaksi terhadap Anggota DUN (ADUN) Seri Delima daripada DAP RSN Rayer yang menggelarkan pemimpin Umno celaka, Anwar berkata, Umno sepatutnya membawa usul terhadapnya di Parlimen.
 
Anwar juga menolak kenyataan yang seoalah-olah mewajarkan protes itu atas alasan Rayer “biadap”.
 
Katnaya, walau apa pun, kedaulatan undang-undang harus dipertahan dan menteri dalam negeri harus menjamin keselamatan semua pihak.
 

Kenapa Kenyataan Rayers Jadi Masalah Kepada Umno- Anwar

Cover Line: I was only joking - Zahid on Rela


Lensa: Kempen & Pelancaran Trak "Ubah"







Guan Eng: We are still behind in Teluk Intan


Dyana Sofya: Saya Sudah Lali Dikecam


Lensa: Selfie Bersama Dyana Dan Nurul





PRK Teluk Intan: BN Dah Lupakan Pengundi Cina, Sasaran Lebih Kepada Melayu

Setelah hampir seminggu kempen pilihanraya kecil Teluk Intan berjalan, BN didapati masih kekurangan sokongan daripada pengundi Cina yang meliputi 42 peratus daripada 60,483 jumlah pengundi keseluruhan di kawasan itu. Pengundi Cina dikesan masih selesa bersama-sama dengan DAP yang sudah menguasai kawasan itu sejak dua kali pilihanraya lalu.

Walaupun kali ini DAP meletakkan calon berbangsa Melayu iaitu Dyana Sofya tetapi rata-rata pengundi Cina tidak mengambil ianya sebagai isu besar kerana sebelum ini iaitu dalam pilihanraya 2008, calon DAP yang bertanding dan menang di Teluk Intan juga adalah berbangsa India, M Manogaran.

Lebih dari itu, salah satu DUN dalam kawasan Teluk Intan iaitu Pasir Bedamar turut pernah diwakili oleh calon DAP berbangsa Melayu, Fadzlan Yahya selama tiga penggal.

Oleh itu, isu calon DAP bukan daripada bangsa Cina bukanlah masalah besar bagi majoriti pengundi Cina di Teluk Intan. Sebagaimana dua pilihanraya sebelum ini, pada 31 Mei ini juga mereka akan memberikan sokongan kepada DAP. Salah seorang pengundi Cina yang ditemui, sambil berseloroh berkata, "kami sudah lama mengamalkan 1Malaysia".

Menyedari keadaan itu, BN kini terpaksa mengalih tumpuan untuk meraih sebanyak mungkin undi daripada kalangan pengundi Melayu yang berjumlah 38 peratus yang sebahagiannya berada di dalam DUN Changkat Jong. Pengundi Cina bukan lagi keutamaan dan akan sedikit demi sedikit dilupakan oleh BN.

Hanya pengundi Cina yang dikesan pengundi putih BN saja akan diberi perhatian selepas ini.

Bukan saja jentera kempen, terutama daripada luar Teluk Intan lebih memberi perhatian kepada pengundi Melayu, malahan kedatangan menteri-menteri dan pemimpin daripada Kuala Lumpur juga lebih memberi tumpuan kepada sasaran yang sama.

PRK Teluk Intan: Kemudahan awam untuk kegunaan semua, tolak politik kotor - Bersih

Bersih 2.0 menggesa semua institusi dan pihak berkuasa kemudahan awam supaya berlaku adil dalam tugas mereka kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Teluk Intan, Perak.
Khususnya, Bersih 2.0 merujuk kepada keputusan Kementerian Pendidikan membenarkan parti Barisan Nasional (BN) untuk menggunakan sebuah sekolah di Teluk Intan sebagai tempat ceramah. Kemudahan awam ialah hak semua, maka peluang yang sama harus diberi kepada pihak lawan dengan mengenakan syarat-syarat yang sama.
Dalam pada itu, Bersih 2.0 kecewa kerana banyak kesalahan serius yang mengganggu ketenteraman awam dan suasana kempen masih tidak ditangani pihak polis.
Gangguan penunggang motorsikal yang dirakamkan oleh Pemantau pada Pilihan Raya Umum ke-13 masih berlaku dan kelihatannya disasarkan kepada calon wanita. Pihak polis harus tegas dalam mengambil tindakan segera untuk menangkap samseng sebegini, jika tidak mereka akan kian berleluasa.
Kedua-dua perkara ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa di bawah pentadbiran BN masih berat-sebelah dan belum memahami pesanan 54% pengundi Malaysia yang mahukan perubahan dan keadilan. Umum sudah pun mengetahui bahawa BN hanya berjaya menguasai Parlimen kerana, antara lainnya, pengaruh yang tidak wajar, penyalahgunaan jentera dan harta kerajaan serta institusi awam, manipulasi persempadanan kawasan pilihan raya, kepincangan Daftar Pemilih dan undang-undang yang berat-sebelah, yang kesemuanya menyumbang kepada padang permainan yang tidak serata. Pihak berkuasa patut insaf dan balik ke pangkal jalan dengan menunjukkan bahawa mereka berkhidmat untuk rakyat dan negara.
Menyentuh mengenai padang permainan yang serata, Bersih 2.0 menegaskan bahawa tempoh kempen seharusnya dilihat sebagai masa minima untuk calon dan parti untuk mendekati pengundi. Tidak logik jika tempoh kempen bertujuan untuk menghadkan interaksi antara calon dan pengundi, kerana pengundi berhak mendapatkan sebanyak maklumat mengenai semua calon secepat mungkin supaya mereka berdaya membuat keputusan terbaik dalam pemilihan wakil mereka. Maka, Bersih 2.0 berharap pihak berkuasa tidak akan mengambil tindakan terhadap calon pilihan raya kecil yang menjalankan kempen awal.

PRK Teluk Intan: BN masih mendahului DAP - Guan Eng

TELUK INTAN: Dengan tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan berbaki enam hari lagi, pemimpin DAP hari ini mendakwa mereka masih di belakang berbanding BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa, keadaan itu berpunca daripada tindakan BN yang memainkan politik wang dalam kempen PRK tersebut.

"Kita tahu kita masih di belakang, BN masih mendahului DAP kerana mereka banyak guna taktik kotor.

"Main politik wang, gertak ahli Rela bahawa hanya bila BN menang baru dapat uniform baru.

"Itulah nilai undi BN, sama sehelai uniform baru," katanya pada sidang media selepas melancarkan lori ‘Trak Ubah untuk Dyana’ di Bandar Baru Teluk Intan di sini tengah hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dalam pada itu turut mengecam penyebaran gambar palsu berbikini calon DAP Dyana Sofya, di beberapa tempat termasuk masjid semalam.

"Tak pernah belaku dalam PRK, calon difitnah setahap ini, hanya kerana seorang perempuan, seorang muda, dan graduan UiTM. Sungguh menjijikkan.

"Saya rasa mereka akan guna bayak lagi taktik politik wang untuk beli undi rakyat Teluk Intan," ujarnya.

Anwar: Umno not the defender of Malays


Anwar: Dyana's not on a leash


Hina Umno bukan hina Melayu, kata Anwar


Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan semasa perkahwinan anak perempuannya di Dataran Prima di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014.  
Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan semasa perkahwinan anak perempuannya di Dataran Prima di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 25 Mei, 2014. Tindakan menghina Umno tidak bermakna menghina masyarakat Melayu-Islam secara keseluruhannya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, ‎walaupun menghargai pejuang Umno terdahulu tetapi beliau tidak mengiktiraf pemimpin Melayu yang merompak tanah rakyat sendiri sebagai pejuang bangsa.
"Apa pula Umno (itu) Melayu. Umno, Umnolah. Melayu, Melayulah.
"Saudara jadi perampas harta Melayu tetapi diangkat jadi pejuang Melayu," katanya kepada pemberita di majlis persandingan anak perempuannya di Dataran Saujana Prima di Kajang hari ini.
Katanya, tindakan pemimpin Umno menyokong kumpulan Pemuda Umno menyerang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang juga dianggap tidak wajar walaupun wakil DAP menghina Umno.
"Kalau itu jadi ukuran, sudah berapa kali kita harus serang Parlimen Malaysia kerana bersikap biadap (terhadap Pakatan Rakyat)," katanya.

PRK Teluk Intan: Santai Petang Ahad & Berselfie Dengan Calon..!!!




ANDA NAK HADIR PROGRAM MANA PETANG NII..!!!

PRK Teluk Intan: Tolak politik wang, pilihlah secara bijak

TELUK INTAN, 25 MEI: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi menyeru para pengundi supaya tidak terperdaya dengan politik wang yang dimainkan UMNO-BN untuk memenangi Parlimen Teluk Intan.
Beliau berkata, jika rakyat terperangkap dengan mainan politik kotor itu, maruah negara negara mungkin tergadai.
“DAP berasa sangat terharu dengan sokongan yang diberikan semua penduduk Teluk Intan. Kami juga sedar bahawa BN setakat masih mendahului dari segi sokongan.
“Namun amat kesal kerana mereka memilih cara kotor dengan menggunakan politik wang.
“Saya berharap pengundi tidak akan terpedaya  dengan amalan politik wang ini kerana wang tidak boleh membeli masa depan negara dan maruah Malaysia tidak boleh digadaikan begitu saja,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran treler Ubah, disini, tengah hari tadi.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mengugut dan menyogok politik wang kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, semalam.
“Zahid semalam telah mengarahkan anggota RELA untuk mengundi calon BN dengan menawarkan pakaian seragam baru kepada mereka jika Mah Siew Keong menang.

PRK Teluk Intan: DAP lancar treler Ubah


telukintan truck
TELUK INTAN, 25 MEI: DAP hari ini melancarkan treler Ubah untuk mengiatkan lagi usaha serta memudahkan kempen enam hari sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung.
Treler mudah alih berwarna putih dan berlatar belakangkan wajah calon DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di sebelah kira dan tiga pimpinan utama Pakatan iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Treler yang dilancarkan oleh kepimpinan Guan Eng di Pejabat Perhubungan Jawatankuasa Parlimen DAP Teluk Intan akan digunakan dalam program ceramah sepanjang PRK kempen berlangsung.
Dyana berkata, beliau begitu berbesar hati dengan perasmian treler yang pernah digunakan dalam PRU ke 13 lalu untuk kempen kali ini.
“Saya amat berbesar hati dan berharap saudara-saudari boleh mengikuti ceramah-ceramah kita dengan treler Ubah ini sepanjang minggu ini, ” sebelum majlis pelancaran.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan barisan kepimpinan lain.

PRK Teluk Intan: Jentera Wanita Pakatan mahu pastikan Dyana menang

TELUK INTAN: Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat bersatu hati menggerakkan jentera dalam misi memenangkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang diwakili DAP.

Dalam Himpunan Jentera Wanita Pakatan Rakyat yang diadakan di Markas Operasi Induk PAS, Padang Tembak dekat sini pagi tadi, seluruh jentera berikrar akan bekerja keras dalam baki tempoh kempen.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, penyatuan gerak kerja Pakatan Rakyat yang sangat utuh ketika ini khususnya wanita sangat digeruni oleh Umno.

Mereka katanya sangat takut apabila pelbagai usaha dan dakyah yang dibuat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat menghasilkan kegagalan sebaliknya jentera Pakatan Rakyat tetap kekal semangat setiakawannya.

"Jangan ada dari kalangan kita khususnya Muslimat PAS yang terpengaruh dan mudah dilagakan oleh Umno antara sesama kita.

"Ini semua jarum-jarum daripada musuh untuk memecah belahkan sesama kita," katanya ketika berucap dalam majlis tersebut.

PRK Bukit Gelugor: Sekitar hari pengundian

Dyana: Politik Samseng Tiada Tempat Di Malaysia

PRK Teluk Intan: TPM lancar projek RM5 bilion, PRK paling mewah dan mahal dalam sejarah..!!


TELUK INTAN Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil peluang dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini untuk melancarkan satu projek lebuh raya menghubungkan Banting dan Taiping.

Projek Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yang akan disiapkan dalam tempoh lima tahun itu diumumkannya dalam satu majlis di bawah jambatan Teluk Intan-Sitiawan pagi ini.

Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 233 kilometer itu diumumkan buat pertama kali oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada tahun 2010 dalam Belanjawan 2011.

Lebuh raya itu akan melalui Bagan Datoh, Teluk Intan, Lekir dan Sitiawan sebelum berakhir di Taiping.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata beliau yakin Teluk Intan dan kawasan sekitarnya akan mengalami pembangunan pesat apabila lebuh raya itu siap nanti.

Turut berucap ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Kadir yang berkata lebuh raya itu telah dirancang pembinaannya sejak ia diumum perdana menteri dan ia hanya "kebetulan" dilancarkan hari ini.