Sabtu, 24 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Politik samseng tiada tempat di Malaysia - Dyana

TELUK INTAN - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, menegaskan bahawa amalan politik samseng seharusnya ditolak oleh semua rakyat Malaysia.

Jelas Dyana Sofya, ini kerana  amalan politik samseng tidak mencerminkan kematangan dalam berpolitik.

"Saya beberapa kali di kacau oleh samseng politik ketika berkempen.

"Ada yang guna motor untuk kacau kempen saya,ada yang pasang muzik kuat-kuat ketika saya sampaikan ceramah.

"Entahlah saya pun tidak tahu, benci sangat mereka dengan saya, tetapi bagi saya janganlah guna taktik samseng dalam berpolitik.

"Oleh itu, satu sahaja pesanan saya, amalan politik samseng tiada tempat di Malaysia, kerana rakyat akan melihat dan menilai, kalau mengamalkan budaya samseng, kelak rakyat tolak kamu," katanya ketika menyampaikan ceramah di Padang Anson semalam.

Sementara menggulas mengenai tawaran Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Shabery Chik kepada penduduk Teluk Intan sekiranya memilih calon BN Datuk Mah Siew Keong penduduk akan menikmati kemudahan Wifi, Dyana berkata itu sememangnya menjadi tanggunjawab menteri tersebut.

"Undi Gerakan dapat Wifi, tidak kisah Wifi itu memang kerja kamu, itu hak rakyat," katanya.

Fake bikini photo distributed in Teluk Intan villages


Drama Kontot Lagi: Abu Backer tarik diri dan dedahkan Konspirasi Najib menangkan DAP di Bukit Gelugor

Hari tu dia menangis-nangis dan merajuk serta hampir tarik diri bila dirinya kurang mendapat liputan media..

Bagaimanapun setelah mendapat liputan besar-besaran dari berbagai media setelah melakukan aksi stunt keatas kereta Guan Eng, dia nak tarik diri juga..

Alasannya ialah dia dah kecewa dengan sistem Pilihanraya negara ini dan paling menarik dia buat pendedahan kononnya Najib mahu DAP menang..

Menurutnya sumber 'tertinggi' (tinggi mana entahlah samada setinggi Komtar atau KLCC hanya dia yang tahu) memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.

Kah..kah..kah... pandai dia ni cari populariti nak fitnah Guan Eng kononnya kereta Guan Eng langgar dia tak boleh pasal ada rakaman video.. dia cari pasal dengan Najib pulak...

Najib dan BN nak bagi laluan kepada DAP?.. kirim salam la.. Kalau Najib nak bagi laluan kepada DAP, Dyana Sofya tak terima serangan bertali arus la...

Laporan berkaitan...

TG Hadi: Tak tahu hudud, jangan cakap


Hadi Awang

KOTA BHARU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.

Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

"Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan... Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya... Saya tak tuju kepada sesiapa.

 "Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa... pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

 Turut hadir Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

  Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.   

Lensa: Di Pasar Malam Menara Condong Teluk Intan.






Polis kes Memali minta maaf pada Hadi, akui ketua paksa bertindak zalim

hadi awangBALING, 24 MEI: Pemimpin yang terbabit dengan keputusan menyerang Memali sehingga mengorbankan 14 nyawa perlu bertaubat, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bercakap pada ceramah di Himpunan Keadilan Untukmu Memali, di sini, malam tadi, beliau menjelaskan, tindakan pihak berkuasa ketika itu jelas salah dan berlaku zalim.
Beliau berkata, Allah meletakkan membunuh adalah termasuk dosa besar walaupun membunuh satu nyawa dikira seperti membunuh manusia seluruhnya.
“Apa yang dibuat Umno dalam peristiwa Memali ini jenis apa. Tidak syak lagi ia satu peristiwa kezaliman.
“Bagi kita orang Islam, wajib pemimpin terbabit bertaubat. Yang masih duduk dalam Umno tinggallah Umno,” katanya di hadapan hampir 20,000 hadirin.
memaliKatanya, peristiwa berdarah yang berlaku hampir 29 tahun lalu itu adalah berpunca daripada ketegangan yang diwujudkan kerajaan dan Umno sendiri.
Katanya, sehari sebelum kejadian, Ustaz Yusof Rawa yang juga Presiden PAS ketika itu menghubungi beliau memaklumkan pihak polis mungkin akan datang memintanya memujuk Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan menyerah diri.
“PAS ketika itu membuat keputusan bukan Ustaz Ibrahim serah diri, tapi kerajaan mesti mengaku salah dan membatalkan keputusan untuk menahan beliau dan semua rakannya di bawah ISA,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Orang Melayu Islam pakai serban lawan perundangan syariah


KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biar pun DAP tidak bersetuju terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun mereka boleh diajak berbincang.

Sebaliknya kata beliau berbeza dengan MCA dan Gerakan mereka juga menentang tetapi tidak mahu ketika diajak berbincang.

Malah, menurutnya PAS dan kerajaan Kelantan menerima kunjungan pelbagai pihak lain termasuk NGO berdialog mengenai perundangan syariah.

“Pada peringkat awal sebelum dibawa ke persidangan Dun enakmen tersebut dibincang dengan pelbagai pihak. Malah saya masih ingat kita juga jemput wartawan-wartawan asing berdialog mengenainya.

“Setelah selesai gubal rang undang-undang itu kita bentangkan kepada umum lagi bagi mendapatkan pelbagai pandangan. Perkara seperti ini tidak pernah dibuat di negara-negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Putik petang tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menurut  Ahli Parlimen Marang itu juga program dialog dengan masyarakat bukan Islam akan diteruskan bagi membolehkan mereka mendapat gambaran yang lebih jelas.

Ditanya masih ramai bukan Islam menyuarakan bantahan, katanya perkara itu menjadi kebiasaan memandangkan mereka belum dapat melihat kesannya kerana ia belum lagi dilaksanakan.

Ketika berucap sebelum itu kata beliau pada peringkat awal ketika pengubalan draf mengenainya semua pihak dijemput menghadiri seminar, perbincangan dan bengkel.

“Mereka yang hadir termasuk orang bukan Islam, NGO dan parti-parti politik kecuali Umno,” ujarnya.

Lensa: Kempen Hari Ke 6 PRK Teluk Intan











Samseng Politik: Ancaman bakar oleh Pemuda Umno satu balasan buat DAP, kata Zahid Hamidi

Ancaman yang dibuat Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP pada Khamis lalu adalah satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membernarkan ahlinya mengeluarkan perkataan menghina, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Tindakan Pemuda Umno itu mencerminkan kemarahan pemimpin mereka. Mereka sakit hati, itu tak dapat nak elak," kata Zahid yang juga naib presiden Umno kepada pemberita di Teluk Intan hari ini.
"Saya nak beri amaran kepada semua parti sila hormati parti lain dan jangan guna perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.
"Saya bimbang harga balasan yang perlu dibayar jika kamu salah guna perkataan seperti YB Rayes.
Kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan protes di hadapan bangunan DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur pada Khamis lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming.
Selain memegang sepanduk, mereka juga mengugut membakar bangunan DAP selain merosakkan papan tanda parti.
Protes itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer kerana mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa sidang Dewan Pulau Pinang Selasa lalu.

PRK Teluk Intan: Saya tahu siapa tak undi, kata Zahid pada RELA

Undi Kini Tidak Rahsia Lagi....

Bukit Gelugor di hari terakhir kempen

Aedi Asri

rehat-WIRA8557 (1)
Suasana pagi Sabtu di Pasar Air Itam cukup sesak. Orang ramai membeli barang keperluan, kedai-kedai kopi penuh dengan pelanggan. Beberapa petugas DAP pula sibuk mengedarkan risalah.
Hari ini adalah hari terakhir kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang bermula 13 Mei lalu.
Calon DAP Ramkarpal Singh tiba kira-kira jam 10.30 pagi. Orang ramai sudah mula melambai-lambaikan tangan ketika beliau masih di dalam kereta, ketika mencari ruang parkir.
Seperti siri ‘walkabout’ sebelum ini, beliau seperti biasa bersalam dan berbual ringkas dengan hampir semua yang ada di sana.
Namun, beliau kelihatan sedikit tergesa-gesa daripada biasa.
“Ini adalah hari terakhir kempen. Kita harap dapat kunjungi semua tempat dalam kawasan Parlimen. Dan saya rayu, agar semua pengundi dapat keluar esok untuk sokong saya,” katanya ketika ditemui.
Sememangnya itulah tema utama kempen sejak hari pertama – keluar mengundi.
Ketika ditanya wartawan tentang soal meningkatkan majoriti, beliau berkata, “Ada peluang, tapi isu utamanya adalah peratusan keluar mengundi.”
“Ini adalah perkara yang kami tekankan. Kami juga berharap pengundi luar dapat balik esok,” katanya lagi.
Peratusan besar tidak mustahil
Beliau percaya sasaran jumlah pengundi yang besar akan dapat dicapai, memandangkan kesedaran pengundi yang semakin meningkat yang terlihat jelas sepanjang tempoh kempen.
Perkara itu turut dipersetujui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Itam Wong Hon Wai yang turut serta.

Tidak Sokong UMNO: Orang Orang yang tidak Bersyukur

Sanggup atau tidak kita menggelar bapa kemerdekaan , Tunku Abdul Rahman sebagai tidak bersyukur? Dia dulu UMNO, jadi presiden UMNO, jadi PM. Keluar UMNO sedudah mencapai semua itu. Tentulah Tengku Abdul Rahman manusia yang tidak bersyukur, beterima kasih. UMNO dah jadikan dia presiden, jadi PM, tapi dia keluar juga. Tunku Abdul Rahman, manusia yang tidak bersyukur.
Hussein Onn jadi presiden UMNO, dan jadi PM. Keluar UMNO dan mati pun bukan dalam UMNO. Hussein Onn pun manusia yang tidak tahu bersyukur.
Tan Sri Mohamad Mohd Taib, jadi naib presiden UMNO. Jadi ketua bahagian. Jadi MB Selangor. Keluar UMNO masuk PAS. Tan Sri Mat Tyson manusia yang tidak tahu bersyukur.
Manusia yang paling tidak berterima kasih dan tidak bersyukur ialah Nabi Musa Alaihissalam. Semasa kecil, hanyut dalam sungai. Di selamatkan oleh permaisuri Firaun. Membesar oleh ehsan dan kasih sayang firaun dan isteri. Akirnya menentang Firaun yang dianggap Tuhan oleh rakyat Mesir ketika itu.
Kalau kita selidiki dengan halus, pemberontakan, penolakan dan melawan UMNO oleh 3 tokoh Malaysia sama dengan prinsip disebalik pemberontakan, penentangan Nabi Musa terhadap Firaun.
Semua mereka menjadi penegak kebenaran dan melawan pemerintah yang menganiaya dan membohongi rakyat. kerajaan yang rasuah dan menunggang atas nama agama, bangsa dan tanah air untuk merompak kekayaan negara.

PRK Teluk Intan: Gambar bikini palsu Dyana Sofya ditemui di masjid, kampung Melayu

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.

Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.
“PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.
"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.
DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.
Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

PRK Teluk Intan: Gambar palsu Dyana berbikini dikesan di masjid...musuh politik makin terdesak


DAP petang ini mendakwa gambar palsu calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berbikini yang telah dinafikannya sebelum ini diedarkan di Masjid Kampung Banjar, Teluk Intan semalam.
 
"Saya difahamkan ada satu stack gambar ini dijumpai dalam masjid dan kalau ini bukan biadab, saya tak tahu apa lagi itu biadab," kata MP Batu Kawan, Kasthuri Patto.
 
Beliau berkata demikian selepas mengiringi ADUN Pasir Pinji, Lee Chuan How yang bertindak sebagai wakil calon bagi Dyana.
 
"Perkara ini telah dibawa ke perhatian kami semalam semasa mesyuarat dengan Pakatan Rakyat oleh PAS.
 
"Mereka yang jumpa risalah ini di kawasan Changkat Jong dan mereka bawa kepada perhatian kami," kata Lee selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Hilir Perak, petang tadi.
 
Tanpa menuding jari kepada BN sebagai dalang di sebalik penyebaran gambar itu, Lee menggesa calon BN, Datuk Mah Siew Keong agar mengecam penyebaran gambar itu, selaras dengan kempen bersih dan adil yang dijanjikannya sebelum ini.
 

UMNO Celaka: Dua Naib Presiden UMNO Berbeza Pendapat

Menteri Dalam Negeri, juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap protes Pemuda Umno Wilayah Persekutuan di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan ugutan bakar bangunan adalah “harga yang perlu dibayar” oleh DAP.
Menurut Zahid, kengganan wakil rakyat DAP RSN Nayer memohon maaf kerana memanggil UMNO Celaka dalam sidang DUN Pulau Pinang telah menimbulkan kemarahan orang Melayu. Inilah akibatnya bila wakil rakyat DAP menggunakan perkataan yang jijik dan berbaur kebencian.
“Apabila perasaan marah mula membara, inilah harga yang terpaksa dibayar. Beliau sengaja melakukan provokasi, menghina dan memaki hamun orang lain.”
Zahid yang menang sebagai Naib Presiden nombor 1 dalam pemilihan UMNO lalu menyatakan dalam negara demokrasi, kita boleh berbeda pendapat dan pegangan tapi jika kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggunakan perkataan yang jijik maka anggapan kepada orang yang menggunakan perkataan itu adalah tidak matang, tidak bertamadun, dan tidak menghormati orag lain.
“Bagaimana orang lain hendak menghormatinya jika orang itu juga tidak menghormati orang lain.Bagaimana mereka yang mewakili parti itu mengharapkan hendak dihormati, sedangkan orang itu tidak belajar menghormati orang lain. Hal yang dilakukan Pemuda UMNO merupakan manifestasi api kemarahan yg diperlihatkan oleh pemimpin muda dalam UMNO dan tentunya rasa terhiris ini merupakan sesuatu yg tidak dapat dielakan.
Justeru itu Zahid mengingatkan DAP agar menghormati parti lain dan jangan gunakan sebarang perkataan yg boleh menghiris perasaan mana-mana parti.
“Saya khuatir harga yang mahal terpaksa dibayar jika tersalah mngunakan perkataan seperti yang digunakan YB Rayer.”
hishamSementara itu Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO nombor 3, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien ketika menjawab pertanyaan mengenai protes pemuda Wilayah Persekutuan di pejabat DAP beberapa hari lalu mahukan mereka yang bertanggungjawab terhadap keganasan dan ugutan bakar ibu pejabat DAP diambil tindakan.
Malaysiakini melaporkan Hisham akan meminta Pemuda UMNO menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit terutamanya individu yang mengugut untuk membakar.
Defence Minister Hishammuddin Hussein has demanded to find those responsible for Umno Youth’s violent protest at DAP’s headquarters this week and those who threatened to burn it down.
“I will advise them to investigate. Don’t go on emotions, probe as deep as possible to find out who the perpetrator was,” he said, adding that it is not proper for Umno Youth to threaten arson.

Tindakan guna kata-kata kesat adalah tak bertamadun, matang - Ahmad Zahid


Kenyataan 'gincu' menteri UMNO@BN hina kaum wanita


Kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam bahawa hanya orang bodoh sahaja mengundi berdasarkan rupa paras mengundang kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
 
“Adakah Abdul Rahman cupa menghina wanita? Soal Lim semasa lawatannya ke pasar Teluk Intan hari ini.
 
“Saya tuntut beliau memohon maaf kepada kesemua wanita di Malaysia dan Teluk Intan.”
 
Katanya, walaupun menteri kabinet itu masih muda, kenyataan itu menunjukkan pemikiran konservatif ekoran kenyataannya seolah-olah membayangkan memakai gincu suatu kesalahan.
 
Merujuk kepada calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, Rahman semalam berkata, pengundi tidak harus memilih calon berdasarkan soal remeh-temeh, seperti memakai gincu, pandai senyum dan berhias lawa. 
 
Dyana berdepan calon BN Mah Siew Keong yang juga presiden Gerakan dalam pertembungan satu lawan satu.

Hadapi krisis kredibiliti, lebih ramai anak muda tolak BN

mtaib-kajangBALING, 24 MEI: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan peristiwa berdarah Memali menjejaskan imej kerajaan Umno-BN keseluruhannya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, dengan pendedahan terbaru bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam dan diakui sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad, maka ‘krisis kredibiliti’ sedang berlaku.
“Ada satu krisis kredibeliti sekarang, krisis kewibawaan. Maka, ini kena ada satu penyelesaian segera,” katanya pada ceramah Himpunan Keadilan Untukmu Memali, di sini, semalam.
Memetik Harakah Daily, Mat Taib berkata, jika kerajaan BN masih tidak mahu memperbetulkan fakta sejarah Memali, maka parti itu perlu bersedia untuk menerima hakikat lebih ramai anak muda akan menyanggah perjuangan BN.
“Seperti calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya dan lebih ramai lagi anak muda akan lahir menyuarakan pendapat mereka serta menyanggah perjuangan BN kerana krisis kredibiliti ini,” katanya.
memaliKatanya, satu lagi perkara yang menjadi bahan lawak kepada rakyat adalah cara kerajaan menangani isu Memali ini juga kata beliau.
Mat Taib berkata, hal itu tidak ubah seperti isu panda, kangkung dan membeli seekor ayam dengan harga RM1 yang kini menjadi bahan ejekan rakyat kepada kerajaan BN.
“Bagaimana kerajaan boleh buat cerita fitnah bunuh begini. Saya baca dalam al-Quran, kalau kita bunuh orang beriman akan masuk dalam neraka dan kekal di dalamnya,” katanya.
Katanya, peristiwa Memali yang mengorbankan 14 orang termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud atau ustaz Ibrahim Libya berlaku setahun sebelum beliau menjadi menteri besar Selangor.
Beliau berkata, ia adalah satu tindakan kezaliman dan kerajaan perlu segera meminta maaf dan membetulkan segera fakta itu.

Samseng Politik: 'Protes harga yang perlu dibayar DAP' kata Menteri KDN


Protes Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang menyerbu ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur adalah "harga yang perlu dibayar" DAP akibat wakil rakyatnya menggunakan perkataan yang "jijik dan berbaur kebencian".
 
"Apabila perasaan marah mula membara, inilah harga yang terpaksa dibayar apabila salah guna perkataan.
 
"Apabila YB KJ (Khairy Jamaluddin) mencabar wakil rakyat itu ulang perkataan yang sama di luar dewan (undangan negeri), beliau tidak berani mengulanginya dan ia kelihatan seperti beliau meyalah guna kekebalan dewan," katanya pada sidang media petang ini, di Teluk Intan.
 
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas tindakan Pemuda Umno menyerbu ibu pejabat DAP di Jalan Pudu, Kuala Lumpur selepas ADUN Seri Delima di Pulau Pinang, RSN Rayer dalam sidang dewan menggunakan istilah "celaka" terhadap beberapa pemimpin Umno.

"Dalam sebuah negara demokrasi kita boleh berbeza pendapat dan pandangan tetapi kalau kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggnakan perkataan jijik, maka anggapan kepada orang yang guna perkataan itu (adalah) tidak matang dan tidak menghormati orang.
 
"Bagaimana nak harap dihormati orang lain kalau orang itu tak menghormati orang lain.
 
"Tentunya rasa terhiris ini sesuatu yang tak dapat dielakkan," katanya pada sidang media selepas Program Sepetang Menteri Dalam Negeri bersama warga RELA Teluk Intan.
 
Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yassin menyifatkan serbuan itu sebagai "reaksi semulajadi" Pemuda Umno dalam "mempertahankan imej parti apabila dicabar dan tercabar".
 

Habuan Politik Dan Undi Tidak Rahsia: Zahid janji uniform baru untuk Rela jika Gerakan menang PRK Teluk Intan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini berkata beliau akan menaja uniform baru bagi 8,639 anggota Rela yang layak mengundi di Teluk Intan bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong memenangi pilihan raya kecil pada 31 Mei ini.
Menteri Dalam Negeri itu menyatakan bukan semua anggota Rela yang hadir di program petang ini di Kampung Selaba, Teluk Intan memakai uniform baru yang berwarna hijau muda.
"Saya menyedari terdapat perbezaan dalam uniform  – ada yang memakai hijau gelap, yang lain hijau muda – Saya berjanji  kepada pengundi di Teluk Intan, jika Mah menang, saya akan segera membelikan anda uniform  baru " katanya yang mendapat sorakan 4,000 orang yang hadir.
"Jika dia tidak menang, anda mesti membeli sendiri. Tetapi saya yakin dengan kerjasama kita, kerja keras dan komitmen yang tinggi, kita akan memastikan Mah Siew Keong memenangi kembali kerusi Parlimen Teluk Intan, " kata Zahid.
Beliau menambah sementara lebih 8,000 anggota Rela di Teluk Intan layak mengundi, beliau memberi amaran kepada mereka bahawa beliau sedar siapa yang tidak mengundi dalam  pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.
"Pada pilihan raya umum ke-13, seramai 2,019 anggota Rela tidak mengundi. Saya periksa satu demi satu, dan saya tahu siapa yang tidak keluar mengundi.
"Jangan bimbang, mereka tidak berada di sini pada majlis ini. Tetapi kita mesti memastikan mereka mengundi kali ini," kata Zahid.
Walaupun identiti pengundi sepatutnya rahsia, Zahid, yang juga naib presiden Umno memberitahu orang ramai beliau mampu memeriksa peti undi untuk melihat siapa yang mengundi.

Politik Ugut: Saya tahu siapa tak undi, kata Zahid pada RELA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) turun beramai-ramai mengundi di Teluk Intan dan menyokong calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
 
Menurutnya, Umno Bagan Datoh berkempen di kawasan unit peti undi Pekan Baru, Teluk Intan dan beliau akan 'tahu' identiti anggota RELA yang tidak turun mengundi kelak.
 
Menurutnya, RELA Teluk Intan mempunyai 35,217 anggota dan jumlah yang layak mengundi adalah seramai 8,639 orang.
 
Namun, lebih 2,000 orang anggota jabatan sukarelawan di bawah Kementerian Dalam Negeri itu didapati tidak turun mengundi pada pilihan raya umum lalu.
 
"Jangan main-main dengan saya. Saya tahu siapa yang mengundi dan siapa yang tak mengundi," katanya berjenaka sewaktu berucap di sekolah Kebangsaan Kampung Selabak, Teluk Intan.
 
Janji Zahid, sekiranya calon BN, Datuk Mah Siew Keong menang di Teluk Intan, semua anggota RELA yang belum dapat pakaian seragam baru akan diberikan seragam itu dengan segera.
 
"Kalau Datuk Mah Siew Keong menang di Teluk Intan, saya bagi dengan segera pakaian celoreng ini.

Lim: Rahman's 'lipstick' slur an insult to women


Ramkarpal: Last ditch SMS sabotage won't work

'Don't vent anger against Umno in by-election' - Gerakan

 

Lensa: Walkabout Di Medan Selera, Jalan Speedy, Teluk Intan, Perak






HIsham: Umno Youth's threat to burn down DAP HQ 'not proper'

Simpanlah UiTM kamu itu dalam kelambu.......

uitm_M-600x350
Marah betul orang Melayu ni kalau dicuit hak miliknya. Tak percaya, cuba usik isteri siapa-siapa. Mau dihambatnya kamu dengan parang. Jadinya orang Melayu ini ada sifat ‘ketuanan’. Ini sifat fitrah manusia, cumanya sifat ini di kalangan orang Melayu lebih tebal dan kuat adanya. Maka yang jadi haknya jangan diusik. Kalau tidak, buruk padahnya.
Universiti Teknologi MARA juga hak Melayu. Sekurang-kurangnya itulah yang didakwa beberapa pihak. Walaupun kadang kala tidak disebut hak Melayu, tapi ditulis ‘Hak Bumiputera’; supaya yang di Sabah dan Sarawak tidak tersalah sangka. Hak Bumiputera, sepertimana yang lain-lainnya juga tidak boleh diganggu gugat.
Jangan ada yang mencabar UiTM yang diperakui haknya oleh yang Melayu dan Bumiputera. Kalau cabar, nescaya dikerah seluruh tenaga kerja UiTM bersekali dengan anak-anak mahasiswanya untuk mempertahankan benteng terkahir umat Melayu, eh salah, Bumiputera itu. Puluhan ribu akan turun ke jalanraya, pantang undur, rela bermandi darah sekiranya hak Melayu, eh Bumiputera, dicabar. Payung jangan lupa, takut nanti hujan.
Maka untuk yang begitu sekali berkehendak dengan UiTM itu sebagai harta miliknya, ambillah. Simpanlah UiTM hak kamu itu dalam kelambu. Belailah ia di malam sunyi sewaktu payah mahu tidur sambil bernanyi lagu ‘Anak kecil main api’, hingga terlena dipangku bantal yang lencun dibasahi air mata patriotisme.

PRK Teluk Intan: Dyana terus dapat sokongan pengundi Melayu, isu perkauman BN ditolak

TELUK INTAN, 24 MEI: Isu perkauman yang cuba dimainkan jentera kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Barisan Nasional (BN) di kawasan majoriti Melayu gagal menarik minat pengundi kawasan terbabit.
Hal itu dapat dilihat apabila kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud di beberapa kawasan pengundi Melayu dan ceramah yang diadakan mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata keadaan itu bertambah mudah apabila DAP sendiri meletakkan calon daripada kaum Melayu dalam PRK kali ini.
“Mengikut penelitian kita, sambutan pengundi Melayu khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong yang majoritinya Melayu terhadap calon DAP amat memberangsangkan. Tidak ada masalah besar walaupun ada sedikit gangguan tetapi pengundi menerima dengan baik.
“Kita tidak bersusah payah mematahkan isu perkauman kali ini kerana ternyata tidak menarik minat pengundi dengan keadaan calon DAP sendiri Melayu. Malah, sebenarnya BN tidak boleh memainkan isu perkauman,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Menyentuh kejadian gangguan penyokong tegar BN terhadap Dyana di sebuah pasar malam baru-baru ini, Dr Hatta berkata, jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) bertindak bijak dengan tidak melayani perbuatan provokasi pihak terbabit.

Zahid mesti tegas heret samseng Umno ke muka pengadilan - Anwar

BUKIT GELUGOR 24 MEI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti bertindak tegas mengheret samseng Umno yang terlibat dalam insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini ke muka pengadilan dan tidak berat sebelah terhadap perbuatan memalukan itu. serbu 2“Sama ada Zahid suka atau tidak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tindakan samseng Umno itu terbukti jelas mencemarkan sistem demokrasi negara.
“Sekiranya kerajaan tidak mampu pertahankan peraturan undang-undang, lebih baik berundur daripada menjadi kerajaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 1,000 hadirin pada Ceramah Mega Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Air Itam malam tadi.
Pada 21 Mei lalu, kumpulan diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin itu menyerbu masuk sidang DUN Pulau Pinang kira-kira jam 2 petang.
Kumpulan kira-kira 100 orang itu merempuh pagar utama DUN bagi membantah kenyataan ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang didakwa menggelar pemimpin Umno sebagai ‘celaka’.
serbuMereka juga menjerit nama Rayer hingga menimbulkan suasana bingit. Manakala sebahagiannya memanjat meja Speaker dan mengancam membaling telur kepada Rayer.
Turut bersama kumpulan itu, Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Rizuad Azudin serta Ghani Jiman yang pernah menghantar kek berbentuk najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2011. Tindakan biadap itu menyebabkan sidang DUN ditangguhkan selama sejam.
Anwar selanjutnya mempersoal pendirian polis dan pasukan keselamatan dalam menangani serangan tersebut.

PRK Teluk Intan: Salahuddin gesa perkuat jentera PAS


TELUK INTAN: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub masih belum berpuas hati dengan jentera PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pengarah Induk PAS PRK Teluk Intan itu menggesa jentera sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk terus turun beramai-ramai memperkuatkan jentera khususnya di dalam kawasan Dun Changkat Jong.

"Semua Dewan digesa dapat gerakkan lagi jentera di semua untuk memperkuatkan lagi gerak kerja pilihan raya.

"Saya harap jentera dapat turun semaksima mungkin hingga ke hari pembuangan undi," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS PRK Teluk Intan, Padang Tembak dekat sini.

Beliau melahirkan keyakinan dan percaya bahawa berdasarkan pada perkembangan semasa laporan-laporan mesyuarat jawatankuasa induk, prestasi Pakatan Rakyat di parlimen tersebut akan meningkat berbanding keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Jelasnya, kerusi PAS, Dun Changkat Jong yang berada di dalam parlimen Teluk Intan akan dapat dianjakkan prestasinya apabila PRU13 lalu agak merosot sokongan daripada rakyat.