Jumaat, 23 Mei 2014

Agenda Awani: Generasi muda & media sosial

Isteri WAS-WAS Teruk - Ustaz Azhar Idrus

Nilai SATU PAHALA Yang Diberikan oleh ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Dunia Bukan Tempat Balasan..'Gaji Tok Imam vs Gaji Raja Lawak' - UAI

Hanya ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Hanya ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Semua Kena TAUBAT...'Bantuan Banjir UAE' - Ustaz Azhar Idrus

PRK Teluk Intan: Perang poster lambat panas, calon guna pendekatan jumpa pengundi

Linangan air mata pemimpin Ikhwan sambut bantuan PAS


Salahuddin (kanan) menyampaikan sumbangan PAS kepada Dr Jamal sambil diiringi Dr Syed Azman (kiri) dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Nasaei Ismail.
KUALA LUMPUR: Air mata mengalir deras di pipi pemimpin Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Jamal Abdul El-Sattar ketika menerima sumbangan PAS untuk saudara se-Islam yang kini ditindas regim tentera Mesir.
Sumbangan yang disampaikan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub itu diharap dapat membantu membeli ubat-ubatan, pakaian, makanan, membiayai anak-anak yatim, ibu tunggal dan sebagainya.
"Kepimpinan PAS di bawah Ustaz Abdul Hadi telah banyak membantu kami di waktu senang dan susah.
"Kami amat menghargai sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bahagi dari PAS kepada Ikhwan.
Kami akan terus  membuktikan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian," kata Dr Jamal dalam kunjungan singkatnya di ibu negara, semalam.
Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir itu menyifatkan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi PAS kepada Ikhwan telah memberi semangat yang kuat kepada sahabat-sahabat di Mesir bagi meneruskan agenda perubaha secara aman walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian yang amat berat.

Ikhwanul bukan lawan rakyat Mesir tapi melawan Zionis Israel

Sebahagian penyokong Mursi dibicarakan, kelmarin. 
KAHERAH - MESIR. Ikhwanul Muslimin tidak pernah berniat untuk bertempur dengan rakyat Mesir, mereka sebaliknya bertekad melawan orang Yahudi.

Mursyidul Am Ikhwanul Mohamed Badie mengeluarkan kenyataan itu ketika perbicaraan di mahkamah, kelmarin lapor akhbar Agensi.

“Kami tidak pernah melakukan kekerasan terhadap rakyat sendiri. Kami bertarung melawan Yahudi selepas Institut Pengkajian Strategi Israel melabelkan Ikhwanul sebagai musuh terbesar mereka,” katanya.

Sementara itu, sebuah mahkamah Mesir menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap 54 penyokong Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi atas kesalahan cubaan membunuh ketika rampasan kuasa tentera Julai lalu.

Selain itu, sebanyak 104 individu yang lain termasuk tiga pelajar dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.

Panda: Bukan keutamaan kita - Cassa

Ada banyak lagi isu yang lebih penting berbanding isu membawa masuk pasangan panda ini 

Jacob George 01PETALING JAYA: Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr Jacob George kesal dengan tindakan pihak kerajaan yang membawa dua ekor pasangan Panda Gergasi dari China iaitu Fu Wa dan Feng Yi.
Katanya, sepatutnya pihak kerajaan lebih mengutamakan, menghargai, dan memfokuskan haiwan dan hidupan liar yang berada di tanah air sendiri yang semakin lama semakin terancam.
“Haiwan dan hidupan liar seperti orang utan, gajah, dan burung enggang sepatutnya lebih menjadi keutamaan pihak kerajaan. Hal ini seolah-olah haiwan dan hidupan liar di negara kita telah di anaktirikan,” ujarnya swaktu dihubungi oleh FMT.
Katanya, pihak kerajaan telah melakukan pembaziran kerana membelanjakan jutaan ringgit bagi membina sangkar dan membayar sewa kepada Negara China selain perlu menanggung kos penjagaan yang tinggi.
“Adakah dengan membawa pasangan panda dari China ini dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah-malasah yang berlaku seperti kenaikkan harga barang, harga rumah yang tidak munasabah, masalah sosial yang semakin meruncing dan masalah-masalah lain?” soalnya.
Ujar Dr Jacob lagi, rakyat kini tidak sama lagi seperti rakyat 30 tahun lepas, kerana rakyat pada masa kini semakin bijak.
“Ada banyak lagi isu yang lebih penting berbanding isu membawa masuk pasangan panda ini. Kita seolah-olah tidak realistik dan apakah kelebihannya terhadap masyarakat,” katanya.
Jelasnya lagi, kos untuk membawa pasangan panda ini sangat tinggi dan telah  menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat.
Kerajaan gemar membazir
Dalam pada masa yang sama, jelas menunjukkan bahawa sikap kerajaan yang gemar membazir terhadap sesuatu perkara yang bukannya menjadi keutamaan.

YB Tony Pua - Ceramah PRK Teluk Intan | 20 Mei 2014

YB Gobind Singh Deo - Ceramah PRK Teluk Intan | 20 Mei 2014

Lensa: Sidang Media & Kempen Hari Ke 5





Cover Line: MAS nafi abaikan waris MH370, maklumat terbatas kerana perundangan

Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menafikan mengabaikan kebajikan waris anak kapal MH370, sebaliknya mendakwa penyaluran maklumat terbatas kerana faktor undang-undang.
MAS berkata proses undang-undang yang berjalan menyebabkan mereka terikat kepada profesionalisme, khususnya selepas firma undang-undang, Ribbeck Law Chartered mengesahkan pelantikan mereka selaku wakil kepada waris MH370.
"Bagaimanapun pada 3 Mei 2014, firma undang-undang Ribbeck Law Chartered memberitahu peguam MAS mereka dilantik sebagai wakil perundangna kepada beberapa waris anak kapal dan membekalkan bukti yang mereka sedang dapatkan daripada keluarga ini," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Ekoran pelantikan itu, MAS berkata mereka perlu menghormati proses undang-undang dan bukan mengabaikan mana-mana waris MH370.
"Sebaik wakil perundangan dilantik, etika profesionalisme dan peraturan perlu dipatuhi dan sebarang perhubungan perlu dilakukan menerusi peguam mereka," kata MAS.
MAS juga mengesahkan peguam mereka mengadakan perbincangan dengan peguam Amerika Syarikat bagi membolehkan berhubung secara langsung dengan waris anak kapal MH370.

PRK Teluk Intan: Petugas DHPP ditahan reman

TELUK INTAN: Seorang petugas Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ditahan polis berhubung insiden merampas bendera membabitkannya dengan ahli parti Makkal Sakhti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Suria Narayanan, bekas Naib Ketua DHPP Pusat ditahan malam tadi mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan atas dakwaan mengugut ahli parti Makkal Sakti selepas ada dari kalangan mereka mencabut bendera DAP.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, menurut maklumat, penahanan ini akan dilanjutkan selama dua hari dan kemungkinan esok akan dilepaskan bergantung kepada siasatan.

Beliau mendapat pengesahan tersebut daripada Balai Polis Hilir Perak, Teluk Intan.

Najib mungkir janji, kata NGO Bantah TPPA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa memungkiri janji apabila mengatakan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan dimuktamadkan penghujung tahun ini, kata Pengerusi Bantah TPPA Nizam Mashar (gambar).
Nizam dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini berkata, kerajaan menerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebelum ini berjanji TPPA hanya akan dimuktamadkan apabila kesemua 75 bahagian Garis Merah yang diketengahkan Bantah TPPA mendapat perhatian sepenuhnya.
Laporan agensi berita nasional Bernama pada 23 Mei yang menyatakan Najib mengumumkan TPPA perlu dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.
"Kami menganggap pengumuman itu sebagai mungkir janji," kata Nizam dalam kenyataan itu.
Beliau turut berkata, Bantah TPPA ingin mengingatkan Najib akan janji beliau sebelum ini yang berkata, TPPA hanya akan termeterai menurut terma yang ditentukan oleh Malaysia.
"Panggilan untuk menyelesaikan rundingan yang melibatkan 12 negara dalam tempoh 12 bulan tanpa memikirkan langsung kepastian maklum balas, penglibatan aktif dan ketelusan yang sepatutnya bagi orang awam dan pihak berkepentingan yang berkaitan jelas menunjukkan Najib tunduk menyerah kepada tuntutan-tuntutan pihak lain tanpa menghirau hak-hak kebenaran rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.
Nizam berkata, Najib perlu bersedia untuk menarik diri daripada rundingan TPPA kerana ia hanya membuang masa untuk meneruskan perjanjian yang tidak menjamin kedaulatan negara.
Bantah TPPA juga katanya meminta perdana menteri itu  untuk tidak sentiasa menyebut perjanjian ini mempunyai lebih banyak faedah berbanding dengan kos pelaksanaannya di Malaysia.

Umat Islam perlu berhati-hati beri pendapat mengenai hudud, bimbang akidah terjejas kata Mufti Kelantan


Umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.
Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (gambar) berkata seseorang Islam tidak boleh berkata beliau menolak hudud atau pelaksanaannya kerana hudud merupakan undang-undang Allah yang wajib dilaksanakan.
"Jika dia berkata dia tidak menolak hudud tetapi menolak pelaksanaan hudud sekali pun, ia tidak boleh. Sebaliknya katakanlah bahawa hudud itu akan dilaksana tetapi dengan ruang-ruang dan perbincangan antara sekutu sehingga ia boleh dilaksanakan dengan persetujuan semua.
"Dalam konteks negara kita yang berbilang kaum ini, hudud itu dikatakan tidak sejajar dengan perlembagaan tetapi ia perlu jua dilaksanakan apabila ada ruang persetujuan antara pihak berkenaan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Shukri berkata hukuman hudud bagi orang Islam adalah wajib seperti solat, haji dan puasa, namun katanya atas sebab-sebab tertentu ada juga yang tidak mengamalkan solat, puasa atau haji.
"Ada juga orang Islam yang tak solat, tetapi dia tak tolak solat. Ada yang tak buat haji walaupun dia mampu tapi dia tak tolak haji.
"Begitu juga hudud, pelaksanaannya juga tidak boleh ditolak sebaliknya terus dibincang sehingga boleh dilaksanakan," katanya.
Mohamad Shukri juga menasihatkan agar umat Islam negara ini berhati-hati ketika membincangkan tentang hudud sama ada di laman sosial atau sebagainya untuk mengelak akidah terkena 'virus' atau menjejas syahadah.

PRK Teluk Intan: Orang bodoh saja undi sebab lawa kata Menteri BN dari UMNO

Populariti luar biasa calon DAP di Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud akibat rupa parasnya mungkin semakin menggusarkan BN.

Hari ini, sebelum hari pengundian Ahad depan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman berkata, hanya orang bodoh sahaja mengundi berdasarkan kecantikan.

Dyana (kanan), gadis Melayu muda berusia 27 tahun itu menggalas tugas berat menentang Presiden Gerakan Mah Siew Keong dalam pertembungan satu lawan satu.

“Kita bukan mahu jadikan pilihan raya Parlimen ini sebagai memilih calon kerana soal yang remeh- temeh, sebab Mah tak pakai lipstik mungkin, dia tidak pakai make up, maka tidak mahu undi dia.

“Hanya kerana dia pakai lipstik maka kita pangkah? Hanya kerana dia pandai senyum, pakai make up lawa sedikit daripada Datuk Mah.

“Orang bodoh saja yang akan buat begitu,” katanya.

PRK Teluk Intan pada pandangan TG Nik Aziz


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan kuliah yang lain.

2. Berhubung pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. Pas tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak dari hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi Pas. Bersama-sama DAP dan juga PKR, Pas telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi Pas sebagaimana yang dilakukan Umno sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan Pas dengan DAP. Dalam hal ini, Pas sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat Pas ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat Pas dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah Umno yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen Umno sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

Samseng Politik: Jika saya masih Pemuda, harus kami bakar bangunan DAP, kata Veteran Umno

Veteran Umno hari ini menyokong tindakan sayap pemuda parti Wilayah Persekutuan yang mencetuskan kekecohan dan mengugut mahu membakar Ibu Pejabat DAP.
Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya’akub berkata, jika beliau masih berada dalam sayap Pemuda, bukan sahaja ugutan yang akan diberikan tetapi ibu pejabat parti tersebut benar-benar akan dibakar.
“Kalau zaman saya pemuda Umno lebih teruk daripada itu lagi. Harus kami bakar bangunan itu. Nasib baiklah mereka tidak bertindak seagresif itu. Bukan masalah tidak sopan atau melanggar undang-undang tetapi sebagai bukti menunjukkan kemarahan.
"‎Jika orang kata rasis, kita duduk senyap, orang hina Melayu dan raja kita senyap, sebab itulah mereka berani kata macam-macam kepada kita,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah kepada veteran Umno di Kampung Bahagia di Teluk Intan hari ini.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini berkata pihaknya bersedia menanggung kerugian yang ditanggung DAP akibat tindakan ganas Pemuda Umno Wilayah Persekutuan semalam.
Katanya, satu permohonan maaf secara peribadi dikemukakan kepada Dr Ong Kian Ming, bagaimanapun ahli parlimen Serdang itu enggan menerimanya, lapor portal berita.
Mustapha tidak bersetuju jika apa yang dilakukan pemuda Umno itu disifatkan sebagai mencetuskan huru-hara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang memulakannya.
Katanya, apa yang dikatakan Rayer sangat kurang ajar dan tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
“Pemuda Umno berhak menyatakan kemarahannya terhadap komen Rayer yang melabelkan ‘Umno celaka’. Ini satu perkataan sangat kurang ajar yang dilahirkan oleh seorang bukan Melayu terhadap bangsa Melayu.

Samseng Politik: DAP nasihatkan ahli bertenang hadapi provokasi



KUALA LUMPUR: DAP menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak membuat sebarang provokasi ekoran tindakan biadap sekumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang mengancam membakar ibu pejabat parti itu semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng percaya ancaman pemuda Umno itu bertujuan untuk mengacau perjalanan kempen DAP bagi dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Kita tahu ini bertujuan untuk mengacau PRK kita, sehingga Dyana Sofya pun diugut.

"Kita lihat dari Pulau Pinang, Teluk Intan sampai ke Kuala Lumpur. Umno sekarang banyak samseng. Mereka berkelakuan begitu biadap sekali," katanya dalam sidang media sejurus berakhirnya sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Guan Eng menyifatkan tindakan pemuda Umno itu satu perbuatan yang sangat bahaya dan mendesak pihak polis menghadapkan mereka ke mahkamah.

"Kita amat terkejut dengan ugutan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan datang ke ibu pejabat DAP dan bertindak begitu biadap. Apabila datang hantar memorandum boleh cucuk hidung salah seorang ahli DAP.

Samseng Politik: Telur & kung fu melayang ke pejabat DAP Kuantan

Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti itu di Kuantan pula hari ini menjadi sasaran serangan sekumpulan individu.

Identiti mereka setakat ini belum jelas tetapi berdasarkan kain rentang yang dipamer dan jaketnya menggambarkan kumpulan itu aktivis NGO dan anggota Pemuda Umno Bentong.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.

Memakai kain ikat kepada mereka, mereka mengibarkan bendera Pahang dan membawa plakad dan kain rentang menyifatkan DAP sebagai “rasict” (sic) dan “celaka”.

Antara kain rentang dikesan juga bertulis: Jangan bermain dengan api, orang Melayu jangan dicabar”.

Berdasarkan video yang dimuat naik, kelihatan seorang lelaki meluru ke arah pintu pejabat dan menendangnya ala kung fu.

Kelihatan juga seorang lelaki menggunakan kayu untuk memukul papan tanda DAP.

Saksi kejadian Kamarul Hatta Mohamed Ali berkata, perhimpunan jam 3 petang itu disertai pemimpin Pemuda Umno Indera Mahkota.

Kamarul berkata, protes itu “agak ganas” dan kira-kira 20 biji telur dibaling.

KJ deflects 'no control' over Umno Youth claim

Dyana Soyfa - Ceramah PRK Teluk Intan | 20 Mei 2014

Undi BN demi jalur lebar lebih baik: Dyana bidas Shabery

Muhyiddin is a patron of political hooliganism, says Lim

Samseng Politik: Pejabat DAP Kuantan pula dibaling telur


Selepas ibu pejabat DAP semalam, pejabat parti itu di Kuantan pula hari ini menjadi sasaran serangan sekumpulan individu.

Identiti mereka setakat ini belum jelas tetapi berdasarkan kain rentang yang dipamer menggambarkan kumpulan itu aktivis NGO dan anggota Pemuda Umno Bentong.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini berkata telah mengarahkan anggota sayap kanan parti itu untuk bertenang.

Menurut organ DAP Rocket, peserta perhimpunan melempar pejabat parti itu dengan telur dan merosakkan papan tanda dan pintunya.

Memakai kain ikat kepada mereka, mereka mengibarkan bendera Pahang dan membawa plakad dan kain rentang menyifatkan DAP sebagai “rasict” (sic) dan “celaka”.

Antara kain rentang dikesan juga bertulis: Jangan bermain dengan api, orang Melayu jangan dicabar”.

Dalam Ini Malaya....Tiada Di Negara Lain Tau..!!!





3 Dyanas... Dyana Sofya, Dyana Qystina Mysara, Dyana Qystina Batrysya...!!


PRK Teluk Intan: Hamper untuk warga estet, Kulasegaran mohon BN henti sogok pengundi


photo (3)

TELUK INTAN, 23 MEI – Barisan Nasional terus menyalahgunakan media, wang dan jentera kerajaan untuk berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.
Kali ini perbuatan tersebut disaksikan sendiri oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran, ketika pasukan perayu undi yang diketuainya melawat estet Nova Scotia.
“Sambil kami berkempen, kami nampak banyak kereta diletakkan berhampiran sebuah dewan. Ketika kami mendekati dewan tersebut, kami lihat orang ramai sedang keluar dengan membawa hamper yang bernilai lebih kurang RM150 setiap satu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Kami diberitahu bahawa majlis tersebut ditaja oleh penyokong BN, dan hamper diberikan kepada orang tempatan yang juga pengundi kawasan Teluk Intan,” tambah beliau.
Menurutnya lagi, sebelum itu kumpulannya dihalang daripada memasuki kawasan estet. Namun setelah berhujah bahawa rakan-rakan BN sudah pun masuk ke estet tersebut, mereka dibenarkan masuk.
“Di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya, sebarang perbuatan sogokan untuk membeli undi adalah satu kesalahan,” ujar Kula yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.
Namun katanya pihak penguatkuasa jarang-jarang sekali menggunakan undang-undang terbabit bagi mendakwa mereka yang melanggarnya.
“Saya pasti perbuatan sogokan begini memang banyak berlaku. Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan,” tambah beliau lagi.
Kula justeru menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengarahkan juru kempen BN supaya bersaing secara adil, dalam pilihanraya yang bersih dan bebas.
Undi Dyana, Mah akan dilantik menteri

MH370: Kacau Bilau 4 Jam Pertama Semasa Kehilangan Didedahkan..

Hishammuddin Hussein dalam mempertahankan ketiadaan tindakan tentera dalam sejam pertama M370 hilang menimbulkan kemarahan keluarga penumpang dan anak kapal dan ada antara mereka menuntut beliau meletakkan jawatan.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dalam satu temubual dengan program Four Corners oleh Australia Broadcasting Corp yang disiarkan pada 19 Mei lalu, berkata tentera Malaysia diberitahu untuk mengawasi kapal terbang itu tetapi membenarkannya hilang dari radar mereka selepas menimbangkan ia bukan musuh.
Kenyataan beliau menarik perhatian keluarga yang dihubungi oleh The Malaysian Insider dan mereka berkata kenyataan itu mendorong lebih banyak persoalan daripada memberikan jawapan kepada kejadian itu.
Warganegara India, Pralhad Shirsath, suami kepada seorang penumpang MH370 mempersoalkan bagaimana pesawat itu dibenarkan melalui ruang udara Malaysia tanpa apa-apa tindakan diambil, sedangkan pada masa sama tentera tahu M370 hilang atau bermasalah.
Beliau berkata, kenyataan menteri itu hanya menunjukkan ia adalah sebahagian daripada 'pelan' untuk membuat kapal terbang itu hilang dengan tujuan tertentu.
"Menteri pengangkutan berkata, 'Jika kamu tidak akan menembak, apa gunanya penghantaran tersebut?'.
“Dia harus faham menghantar pesawat tentera tidak bermakna menembaknya, setiap masa, tetapi menyiasat risiko dan mengambil tindakan (apabila ia sudah dikenal pasti sebagai jet komersial dan bukan musuh tetapi melalui wilayah Malaysia tanpa kebenaran).
“Daripada segi memberi maklum balas kepada orang yang menguasai kapal terbang (saya anggap tentera tidak tahu ia adalah pembawa bendera Malaysia pada masa itu). Atau ia adalah OK untuk terbang ke atas wilayah Malaysia tanpa kebenaran/pelepasan sebelumnya," katanya.
Shirsath percaya kerajaan Malaysia menyembunyikan lebih banyak maklumat daripada keluarga dan orang ramai berikutan kenyataan terkini itu.

‘Black out’ 1992: Sengaja atau tidak, wujudkan IPP khianati rakyat

blackout-Getty
SHAH ALAM 23 MEI: Langkah Kerajaan Pusat menjadikan alasan kejadian ‘black out’ seluruh negara pada 1992 untuk mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) swasta merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mengkhianati rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ini berikutan Kerajaan Pusat ketika itu mempunyai kemampuan tanpa perlu bergantung kepada syarikat swasta untuk menambah kapasiti tenaga yang diperlukan negara.
“Tidak kira sama ada blackout 1992 itu sengaja dirancang atau tidak, tetap bukan alasan untuk mewujudkan IPP kerana Kerajaan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) masa itu mempunyai kemampuan untuk menambah penjanaan kapasiti tenaga mereka sendiri seperti melalui pinjaman atau simpanan yang ada.
ani“Usaha untuk menswastakan penjanaan tenaga dan kemudiannya dijual pula dengan harga yang tinggi dengan mendapat subsidi pula lagi daripada kerajaan adalah satu tindakan khianat,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Kata Khalid lagi, ekoran tindakan Kerajaan Pusat pada masa itu, bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan.
“Maka sebab itulah (bekas) Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatannya kerana protes tetapi tindakan ini tidak dijelaskan kepada rakyat bagi kerajaan menghalang rakyat mengetahui keadaan sebenar.

Perkasa dan pemuda Umno amal politik samseng

SHAH ALAM 23 MEI : Tindakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyokong pemuda Umno menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menunjukkan beliau bersetuju dengan politik samseng bermaharajalela di negara ini.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata tindakan pemuda Umno itu bukan sahaja disebabkan kenyataan Rayer, malah kemarahan terbabit mula terkumpul apabila DAP memperkenalkan calon Melayu bagi Pilihan Raya Teluk Intan, Dyana Sofea.
“Seperti biasa Umno menganggap orang melayu mesti menjadi calon kepada parti Melayu, oleh itu mereka mula memainkan isu perkauman.
“Tindakan mereka itu juga berbeza dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerapkan perpaduan kaum. Retorik itu digagalkan oleh mereka sendiri di Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan media.
Semalam, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, R.S.N Rayer.
Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.
Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Serang Pejabat Ibupejabat: KJ minta maaf, DAP kata tak cukup


DAP menolak permohonan maaf Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin atas ancaman dan tindakan anggota pergerakan itu yang melakukan kerosakan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Pemimpin DAP Ong Kian Ming berkata, permohonan maaf yang dibuat Khairy secara peribadi padanya tidak dapat diterima dan mereka mahu ia dibuat secara terbuka.

Khairy berkata, beliau telah memohon maaf kepada Ong melalui pesanan peribadi di Twitter yang mempertahankan hak anggotanya memprotes tetapi memohan maaf atas kejadian vandalisme yang berlaku.

Dyana: Saya bukan boneka DAP



Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menafikan bahawa dia menjadi "boneka" parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

"Bukan, ia bukan satu isu," kata Dyana menjawab soalan dalam satu sidang akhbar mengenai label itu yang diberikan kepadanya kerana dilaporkan tidak dapat menjawab sendiri soalan kontroversi.

Sebaliknya, kata Dyana, beliau telah diberi peluang untuk menyuarakan apa yang mahu dikatakannya.

"Seperti yang anda boleh lihat, dalam ceramah, sidang akhbar dan artikel-artikel saya sebelum ini, semuanya diperkata dan ditulis oleh saya," katanya.

Guan Eng cabar Umno pecat ahli bertindak samseng



GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Umno agar memecat 12 anggota parti itu yang bertindak samseng menceroboh Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang kelmarin.
Ini kerana, setelah dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang bertaraf VIP, 12 samseng Umno itu semalam tanpa rasa bersalah ingin mengulangi tindakan mereka dengan berkumpul di luar Dun.
"Bagi pihak kerajaan negeri, kami ingin mengutuk ahli-ahli Umno yang bertingkah laku macam samseng mahu merusuh di luar perkarangan Dun Pulau Pinang.
"Kami menghargai kehadiran polis untuk menjaga ketenteraman tetapi meminta tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap mereka," ujar Guan Eng ketika menggulung perbahasan sidang Dun.

Ceroboh DUN Pulau Pinang: Kami tahu apa perlu dilakukan, kata KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis mengetahui kesalahan apa dilakukan perusuh yang menceroboh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tempoh hari.
Beliau berkata rakyat tidak seharusnya beranggapan polis tidak mengambil serius insiden tersebut.
Khalid berkata, pihaknya menerima beberapa laporan berhubung insiden itu dan siasatan dijalankan sekurang-kurangnya di bawah tiga seksyen Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan adalah 147, 427, dan 448 atas kesalahan menceroboh.
Kesalahan merusuh boleh dijatuhkan hukuman dua tahun penjara, atau denda, manakala menceroboh membawa hukuman setahun penjara, denda atau kedua-duanya.
Ditanya mengapa polis tidak menyiasat suspek dengan lebih banyak kesalahan, beliau berkata polis mengambil serius perkara itu.
"Kami tahu di bawah seksyen mana kes perlu disiasat," katanya.
Beliau berkata, polis akan berbincang dengan timbalan pendakwaraya berkenaan kesalahan dilakukan perusuh dan sekiranya terdapat pihak yang mempunyai cadangan, mereka boleh membawa perkara itu ketika kes dibawa ke mahkamah.

Kena Main Dah: Selepas UMNO cadangkan JK Teknikal, Muhyiddin kata hudud masalah PAS dan DAP pula..!!!


Setelah mencadangkan Jawatankuasa Teknikal untuk membincangkan isu pelaksanaan hudud, di Teluk Intan hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) berkata, isu hudud sebenarnya adalah masalah antara PAS dan DAP yang mempunyai pandangan serta pendirian berbeza.
Beliau berkata kegagalan pakatan itu untuk menjelaskan isu pelaksanaan hukum hudud sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan membuktikan PAS dan DAP tidak tahu pendirian yang perlu diambil untuk menangani isu berkenaan.
"Yang menjadi masalah adalah di kalangan mereka kerana ada pertembungan pandangan dan perbezaan yang agak ketara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Dewan Kampung Orang Asli Erong di Teluk Intan hari ini, lapor Bernama.
Beliau ditanya media berhubung tindakan pakatan pembangkang yang dilihat seolah-olah melarang calon dan pemimpin Pakatan itu membincangkan dan berhujah mengenai hudud kepada pengundi.
Muhyidin adalah pemimpin Umno yang mencadangkan agar satu jawatankuasa teknikal dibentuk bagi mengkaji pelaksanaan hudud di Kelantan.
Ia dicadangkan selepas mengunjungi Mursyidul Am PAS yang juga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, Kelantan.
Ekoran cadangan Umno itu, PAS memutuskan untuk menangguhkan keputusannya membawa usul peribadi ke Dewan Rakyat bagi meminta kebenaran membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Ia bertujuan memberikan ruang seluasnya kepada Jawatankuasa Teknikal antara dua kerajaan iaitu kerajaan negeri Kelantan dan persekutuan membincangkan hal itu.

"Tindak Balas Spontan": Muhyiddin kini penaung samseng, kata Kit Siang

Justifikasi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin susulan ancaman Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP menunjukkan beliau adalah seorang penaung samseng, kata penasihat DAP Lim Kit Siang, hari ini.
"Adalah salah untuk ancam membakar mana-mana bangunan. Adakah Muhyiddin mengakui dia seorang penaung samseng? Jawapan beliau menunjukkan kita kehilangan seni bersetuju untuk tidak bersetuju," kata Lim pada sidang media di Teluk Intan, hari ini.
"Adakah  mengancam serangan sudah menjadi kebebasan untuk bersuara? Kebebasan seseorang untuk bersuara berakhir apabila anda mengancam keselamatan orang lain,” katanya.
Awal hari ini, Muhyiddin menyifatkan bantahan Pemuda Umno sebagai "tindak balas spontan" ekoran imej parti mereka dicemar.
"Ini hanya reaksi spontan, mereka berasa terpanggil untuk mempertahankan maruah parti apabila seseorang berkata parti mereka celaka," Muhyiddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini.
Timbalan presiden Umno itu enggan menjawab soalan pemberita apabila ditanya adakah tidak salah untuk Pemuda Umno mengugut untuk membakar bangunan.
Dengan membawa sepanduk, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membuat bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew di Kuala Lumpur semalam sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang yang juga strategis DAP, Dr Ong Kian Ming.
Mereka mengugut untuk membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa perusuh itu memusnahkan papan tanda parti.

Guan Eng: Kuala Lumpur,Teluk Intan dan Pulau Pinang-UMNO Sekarang Banyak Samseng

DAP: Umno Youth members will be arrested

RSN Rayer: Panggil paria pun, saya tak kisah.

DAP: FT Umno Youth Chief threatened to burn down HQ four times

Ancam bakar bangunan DAP lakonan murahan Pemuda Umno, bodek pemimpin atasan

Pemuda PAS mengkritik tindakan ganas sekumpulan Pemuda Umno yang mengancam untuk membakar bangunan DAP semalam sebagai lakonan murahan untuk membodek pemimpin atasan.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, berkata tindakan tidak beradab itu bertujuan membakar agenda perkauman yang sinonim dengan perjuangan Umno.
"Tujuannya adalah membangkitkan agenda perkauman dan membodek pemimpin atasan.
"Pemuda Umno memang sentiasa mencari peluang berlakon dalam agenda perkauman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, ancaman tersebut lebih kepada usaha untuk menambah panas agenda perkauman Umno demi kuasa.
"Agenda perkauman mesti sentiasa dipanaskan agar Umno terus berkuasa," katanya.
Beliau berkata, ancaman sedemikian hanya akan memberikan peluang kepada kumpulan ekstrem seperti  Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang menyokong agenda perkauman.
"Aksi ganas di DUN atau cubaan untuk membakar pejabat DAP adalah ramuan yang cukup untuk Perkasa dan Isma menyambut lakonan Pemuda Umno," katanya.

Samseng Politik: Pemuda Umno bila gagal guna ‘otak’ berhujah, guna ‘otot’ bergaduh

SHAH ALAM, 23 MEI : Serangan bersiri ‘keganasan’ Pemuda Umno di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak baru-baru ini terus dikecam masyarakat setempat termasuk pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis politik di laman sosial.
Rata-rata mereka yang memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan melampau kumpulan terbabit dan cubaan provokasi ahli Umno yang jelas menunjukkan budaya samseng kian menular di dalam parti itu.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengkritik tindakan ganas Umno yang memulakan serangan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Teluk Intan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP di ibu kota.
Beliau berkata tiga serangan terbabit jelas menunjukkan parti itu tidak lagi relevan untuk diterima rakyat kerana sering menggunakan kekuatan fizikal untuk merusuh dan bergaduh berbanding berhujah atau berbincang secara berhemah.
“Itulah Umno dan Barisan Nasional (BN) bila gagal guna ‘otak’ untuk berhujah, mereka guna ‘otot’ untuk bergaduh.
“Penyokong Umno serang Dun Pulau Pinang, lakukan provokasi apa komen Datuk Seri Najib Razak? Polis pula takkan bisu tengok sahaja?
“Ketika merusuh, Umno jerit perkataan kesat yang jelas berbentuk perkauman. Najib harus bertanggungjawab,” katanya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard di twitter.

Kes Rayer jadi platform Umno bangkit isu perkauman?


 Suhaizan Kaiat 

SHAH ALAM - Tindakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan memberi amaran akan membakar pejabat DAP semalam serta insiden menyerbu masuk ke persidangan Dun Pulau Pinang oleh NGO dan Pemuda Umno negeri baru-baru ini adalah keterlaluan.

Malah menurut Pemuda Pas, tindakan itu juga jelas bertujuan untuk membangkitkan agenda perkauman selain mengampu pimpinan tertinggi Umno.

"Pemuda Umno memang sengaja mencari peluang untuk membangkitkan agenda perkauman kerana mereka faham sokongan masyarakat Melayu khususnya di luar bandar terhadap pemimpin Melayu.

"Mereka menyebarkan dakwaan dalam PRU13 lepas bahawa kononnya DAP akan berkuasa jika sokong PR, sebab itulah rakyat tidak mengundi PR," ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat menerusi satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, Umno sememangnya sentiasa mencari peluang untuk menyuntik agenda perkauman dalam minda masyarakat tempatan untuk meraih sokongan rakyat.

"Sejarah telah membuktikan peristiwa 13 Mei 1969 atau tangkapan ISA akibat isu perkauman sebelum ini menguntungkan Umno, rakyat tidak harus membiarkan Umno terus mempengaruhi pemikiran kita sehingga menyebabkan perpecahan kaum dan kacau-bilau," katanya.

Tak Boleh Takbir Sebab Geli Hati..'Ketawa Dalam Solat' - Ustaz Azhar Idrus

Pinjaman ISLAMIK - Ustaz Azhar Idrus

"Muslim Democrat -the Case of Malaysia-" by Datuk Seri Anwar Ibrahim

What the greedy Umno elite fear most has arrived: DYANA THE GAME CHANGER


The by-election battle for the parliamentary constituency of Teluk Intan is not only going to be hotly-contested with DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud expected to face fierce opposition from the Barisan Nasional (BN) candidate but it is also a reflection of race issues in Malaysia.
Dyana is Malay but fielded by the DAP in an apparent bid to show that the party is multi-racial. While the move is risky, DAP leaders are confident Dyana will fare well in DAP's bid to assert itself as a multi-racial party to Malaysians.
Will Dyana as a Malay get the support of Chinese votes and will the Malay's vote for a DAP candidate even though she is one of their own? It awaits to be seen in this by-election which is set to be a real game changer in Malaysia.
Racial issues have taken centre stage
But meanwhile, from this by-election, it can be witnessed how race plays an important part in Malaysian life.
While DAP, by fielding Dyana, wants the issues of race and religion to be blurred so that it does not matter, the fact is that the race and religion of a person is a big issue in this demarcated country.

The hard, harsh reality of life in this country is that your race and religion determines how far and what you can achieve in life in this country.
This certainly means an unfair advantage has been built up by the majority Malay-Muslim to oppress those of the minority races and religions in this country.
When will fair play, meritocracy and justice be really in place for all Malaysians?
Is the oppression of minority races a "perception" or reality in this country?
Perception - naive or wishful thinking
Malaysian prime minister Najib Tun Razak is of the opinion that the oppression of minority races in this country is really a negative perception. In his view, Malaysians of all walks of life are treated fairly and equally in this country.
But ask any Malaysia watcher and they will beg to differ. In fact, these pundits will offer a view on the contrary and state openly and in no uncertain terms that ever since the May 13, 1969 riots and affirmative action for bumiputras put in place the minority races have suffered a great injustice.

PRK Teluk Intan: 'Umno tak sesuai dengan jiwa saya' kata Dyana

TELUK INTAN - "Saya bukan tidak pernah untuk mendekati Umno, tetapi apabila saya sertai program mereka, acap kali tarikan parti tersebut tidak sampai kepada saya," demikian respon calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya tentang Umno.

Dyana berkata, sejak di zaman universiti lagi beliau aktif menyertai program yang dianjurkan oleh Umno di universiti.

"Saya sering berkongsi-kongsi idea bersama rakan-rakan ketika menyertai program yang Umno jalankan.

"Namun saya rasa Umno tidak sesuai dengan jiwa saya," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Pusat Operasi Utama DAP, di sini, hari ini.

Sementara itu ketika disoal mengenai bagaimana beliau boleh tertarik untuk menyertai DAP, gadis manis ini berkata, program minum petang bersama pemimpin parti itu membuatkan beliau jatuh hati kepada parti berkenaan.

"Saya mula mengenali DAP secara dekat sejak pertemuan dengan setpol Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ketika itu YB Zairil Khir Johari.

"Sejak itu, saya sering bertukar-tukar pandangan dengan pemimpinnya. Bermula dari pertemuan itu, saya semakin dekat dengan DAP sehinggalah sekarang," katanya.

Nama Dyana turut dikaitkan dengan parti terbesar itu berikutan beliau lahir dalam keluarga yang menyokong Umno sejak sekian lama.