Khamis, 22 Mei 2014

Lakonan murahan Pemuda Umno di P Pinang, pejabat DAP kata Pemuda PAS

KUALA LUMPUR: Reaksi Pemuda Umno yang bertindak keterlaluan di Dun Pulau Pinang dan usaha untuk membakar ibu pejabat DAP adalah tidak lebih dari siri lakonan murahan pemuda Umno semata-mata.

“Tujuannya adalah membangkitkan agenda perkauman dan membodek pimpinan atasan.

“Pemuda Umno memang sentiasa mencari peluang berlakon dalam agenda perkauman,” ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mereka faham sebahagian sokongan masyarakat Melayu khususnya di luar bandar dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lepas adalah disebabkan oleh agenda perkauman kononnya DAP akan berkuasa melalui Pakatan Rakyat.

Katanya, rakyat yang terpesona dengan agenda ini telah terpengaruh dengan permainan Umno.

Beliau pernah bertemu dengan pengundi yang berkata "saya rela bayar tol lebih, rela barang naik asalkan Cina tidak memerintah".

Dengan itu, tambahnya agenda perkauman mesti sentiasa dipanaskan agar Umno terus berkuasa.

'Buat sekali lagi, HQ DAP akan hangus' kata Pemuda UMNO Wilayah

Ahli Pemuda Umno memberi amaran keras kepada DAP, dengan mengancam akan membakar ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur jika wakil rakyatnya membuat lagi kenyataan yang menghina parti mereka.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii
memberi amaran kepada DAP bahawa penghinaan seterusnya akan mengundang padah.

"Ingat, sekali lagi kami dengar anda hina parti (kami), kami akan bakar bangunan ini."

Kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

Mereka juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN  Rayer "anak haram" dan "tolol".

Satu lagi kain rentang berbunyi, 'Jangan biar celaka bertukar menjadi malapetaka. Adun DAP biadap'.

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan.

Kemarahan itu juga dinyatakan dalam memorandum yang dibawa mereka atas nama Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Menteri BN gesa Peguam Negara siasat kenyataan hina Umno..........Macai UMNO@BN hina orang lain ok eh..!!!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ‎(gambar) menggesa Peguam Negara Tan Sri Gani Patail segera menyiasat kenyataan menghina Umno dan ahlinya di bawah Akta Hasutan.
Katanya tindakan tegas perlu dikenakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima RSN Rayer yang membuat kenyataan menghina, "celaka Umno" ketika ucapannya di dewan  semalam.
Shahidan berkata tindakan itu bukan sahaja dilihat melanggar undang-undang tetapi lebih daripada itu kerana ia turut menghina Melayu secara keseluruhannya.
"Kalau mereka kata sudah menarik balik kenyataan, tidak bermakna perkara itu sudah dianggap selesai.
"Peguam Negara perlu menyiasat dan mengenakan tindakan di bawah Akta Hasutan. Jika ia benar maka pemimpin DAP melanggar undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam reaksi kekecohan yang berlaku di Pulau Pinang melibatkan DAP dan Umno di Sidang Dewan Negeri, Shahidan turut menyatakan kesal apabila Speaker negeri itu Datuk Law Choo Kiang tidak memainkan peranannya dalam menghalang insiden itu daripada berlaku.





(SIRI PENGHINAAN MACAI UMNO@BN TERHADAP PEMIMPIN PR YANG DIHALALKAN..!!!)

"Ia tidak sepatutnya berlaku. Saranan saya, mana-mana negeri selepas ini tidak kira pembangkang atau tidak, perlu melantik Speaker yang tidak memihak mana-mana parti.
"Seperti di Parlimen, Speaker amat adil. Tidak kita siapa dan mana-mana parti yang melakukan kekecohan atau bertindak menghasut, amaran dan tindakan akan dikenakan," katanya.

LEBIH BAIK JADI PANDA DARI JADI RAKYAT..!!







Lensa: Rusuhan Pemuda UMNO Wilayah Depan Pejabat DAP.






Rusuhan Pemuda Umno: DAP buat laporan polis


samseng umno
KUALA LUMPUR, 22 MEI: DAP membuat laporan polis sejurus selepas rusuhan Pemuda Umno di hadapan ibu pejabat parti itu petang tadi.
Laporan dibuat Ahli Parlimen Serdang Dr. Ong Kian Ming dan diiringi beberapa staf ibu pejabat di Balai Polis Pudu, kata Pegawai Komunikasi dan Media DAP Medaline Chang.
Kian Ming dalam kenyataannya sebelum itu menyifatkan rusuhan itu sebagai tidak bertamadun kerana berbaur ugutan serta merosakkan harta benda.
“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun dan mengugut oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan (WP).
“Kami menyokong hak mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan aman, namun kelakuan mereka sama sekali tidak boleh diterima. Bukan sahaja mereka memaki-hamun saya dan pegawai lain, mereka juga memusnahkan papan tanda DAP dan mengugut untuk membakar pejabat kami.
“Mereka tidak menghantar pun memorandum kepada saya, namun mengoyakkannya dan melemparnya kepada muka saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Rusuhan itu bermula kira-kira tiga petang tadi, apabila lebih 50 ahli Umno, diketuai Ketua Pemuda Umno WP Mohd Razlan Muhamad Rafii berarak sambil melaungkan ‘hidup Melayu’ dan ‘hancur DAP’.
Mohd Razlan juga mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP apabila berkata, “Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” sambil disambut sorakan yang lain.
Sehubungan itu, Dr. Ong mendesak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf di atas kelakuan ahli-ahlinya.

Zunar dedah konspirasi terhadap Anwar dalam buku baru


KUALA LUMPUR: Sesuai slogan berjuang melalui kartun, Zunar mendedahkan konspirasi penguasa untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib.

Buku berjudul  "Komplot Penjarakan Anwar - Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip", menampilkan 59  kartun baru yang mengkritik keras tingkah laku tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, tukang sumpah, polis dan Peguam Negara.

"Semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah tuan-tuan politik untuk terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik mereka," kata Zunar.

Menurut beliau, semua espisod yang disampaikan dalam buku ini ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu.

"Anwar adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa. Tetapi dalam melaksanakan skrip konspirasi, penguasa telah mengeheret institusi kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur. Kesannya akan menimpa semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat," tambah beliau.

Tentera Thailand umum rampasan kuasa ke-12 sejak 1932

rampasan kuasaBANGKOK 22 MEI: Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan mengumumkan pihak Tentera kini mengambil alih sepenuhnya semua premis kerajaan dalam satu rampasan kuasa.
Sebelum ini, Tentera Thailand mengumumkan Undang-Undang Tentera dilaksanakan di negara itu ekoran pergolakan politik tanpa kesudahan yang berlarutan selama enam bulan.
Ketua Tentera Thailand itu beri jaminan rampasan kuasa tidak menjejaskan hubungan antarabangsa dalam satu pengumuman media ke seluruh negara itu.
“Dalam usaha untuk mengembalikan keamanan Jawatankuasa Keamanan Nasional terdiri daripada tentera, Angkatan Tentera Thai, Tentera Udara Diraja dan polis perlu merampas kuasa pada 22 Mei pada jam 4.30 petang,” katanya.

Macai Terdesak: Kenderaan Pusat Khidmat MP Bukit Gantang dikhianat


TELUK INTAN: Satu lagi provokasi dicetuskan, kali ini pacuan empat roda Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi sasaran.

Kenderaan itu menjadi sasaran khianat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cat dengan menulis "mana hudud? di bahagian belakangnya.

Kejadian itu berlaku di hadapan Bilik Operasi Petugas PAS PAS Bukit Gantang yang menjadi tempat berkumpul jentera pilihanraya daripada kawasan itu.

Ianya disedari oleh seorang petugas yang ingin keluar memulakan tugas pilihanraya menggunakan pacuan empat roda itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut adalah amalan politik yang tidak bertamadun.

Samseng UMNO: 'Mereka koyak memo lempar atas muka saya' kata MP DAP

KUALA LUMPUR: Semalam sidang DUN Pulau Pinang diceroboh, hari ini pula sekumpulan pemuda Umno memberi amaran untuk membakar ibu pejabat DAP di Pudu.

Sekumpulan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan  mengadakan bantahan di luar ibu pejabat DAP itu sekaligus menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP juga dirobohkan.

Kehadiran mereka itu sebagai membantah komen Adun Pulau Pinang RSN Rayer yang menyifatkan 'Umno celaka'.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming (gambar) yang turut berada di situ menerima kehadiran sekumpulan pemuda Umno berkenaan.

Bagaimanapun katanya, mereka menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kasar bahkan mengancam untuk membakar bangunan ibu pejabat DAP.

"Mereka menolak-nolak ahli-ahli kami dan anggota polis yang berada di sana bagi menyekat kemasukan mereka. Mereka cuba memusnahkan papan tanda DAP, dan membakar beberapa bendera DAP," katanya yang dipetik daripada laman Facebooknya.

Kian Meng juga membenarkan pemuda Umno terbabit untuk bercakap dengannya dan bersedia menerima memorandum daripada mereka.

Lensa: Sidang Media & Pelancara Bilik Gerakan Batu 12, Teluk Intan, Perak





Lensa: Kempen di Pasar Malam Taman Ros , Teluk Intan, Perak



Mei dan angka 17 bertuah untuk DAP di Teluk Intan

Oleh Tan Jooi Long
Peristiwa ini berlaku pada 17 Mei 1997 - 17 tahun yang lalu - DAP merampas kerusi Parlimen Teluk Intan daripada BN buat pertama kalinya dalam tempoh 28 tahun.Kemenangan yang diperolehi dalam pilihan raya kecil berikutan kematian penyandang Ahli Parlimen Parti Gerakan. 

Sebelum itu, DAP telah memenangi kemenangan pertamanya hanya di Teluk Intan (Teluk Anson kemudian) pada bulan Mei 1969 apabila ia menewaskan Menteri Kesihatan MCA Dr Ng Kam Poh daripada pilihan raya umum. Secara kebetulan atau tidak, tarikh itu sama dengan pemilihan dan penamaan calon DAP berlangsung Sabtu lalu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan. Kekosongan kerusi tersebut disebabkan oleh kematian wakil rakyat akibat barah kanser dalam otak.
Mendiang Seah Leong Peng yang juga Ahli Parlimen dan ahli DAP itu telah dipilih rakyat dalam pilihanraya umum Mei lalu. Pengundian bagi pilihan raya kecil ini adalah 31 Mei Sabtu depan.
DAP menyertai pilihan raya kecil dengan tenang. Dengan 42% majoriti asas pengundi kaum Cina, 38% Melayu dan 19% India, Teluk Intan adalah di tengah kawasan Parlimen dianggarkan begitu mudah untuk menewaskan BN.
Ia adalah pertandingan antara segar dan lapuk. 27 tahun berbanding 53 tahun. Antara baru dan veteran.
Ia adalah Dyana Sofya Mohd Daud berbanding Datuk Mah Siew Keong.
Setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempertahankan kerusi yang disandang oleh parti itu untuk tempoh enam tahun yang lalu.
Pencabar beliau adalah Presiden Gerakan yang merupakan ahli Parlimen bagi dua penggal dari 1999 sehingga beliau telah disingkir keluar oleh DAP pada 2008.
Dengan Mah cuba buat kali ketiga dalam masa enam tahun untuk memenangi kembali kerusinya yang lama, ia adalah pertempuran antara lama dan baru dalam lebih ways daripada satu-satu.
Pengarah kempen Teluk Intan DAP Tony Pua mengakui bahawa membariskan orang Melayu di kawasan majoriti Cina tengah-tengah kontroversi hudud boleh menyerang semula calon.
Walaupun satu permainan dan percubaan menukar penuh dengan risiko, ia adalah sesuatu yang mesti diambil untuk mengejar cita-cita DAP di Malaysia, katanya.

DAP mahu raih kepercayaan Melayu, kata penganalis

Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata DAP berbuat demikian agar pengundi Melayu terutamanya tidak lagi melihat DAP sebagai parti kaum Cina. 

DAP ElectionKUALA LUMPUR: Tindakan DAP meletakkan calon Melayu bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan antara lain bertujuan meraih kepercayaan orang Melayu, sekali gus mengukur sejauh mana sokongan orang Melayu terhadap mereka.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata DAP berbuat demikian agar pengundi Melayu terutamanya tidak lagi melihat DAP sebagai parti kaum Cina.
“DAP cuba menggambarkan bahawa mereka membuang imej parti yang dianggap sebagai parti kaum Cina dengan meletakkan calon Melayu di kawasan Parlimen yang majoritinya kaum Cina. Namun begitu, jika diteliti kepimpinan tertinggi DAP sebenarnya masih didominasi oleh kaum tersebut.
“Selain itu kepimpinan DAP mungkin melihat dengan meletakkan calon Melayu ia mampu mengurangkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP kerana begitu lantang menentang pelaksanaan hukum hudud,” katanya kepada Bernama.
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
DAP sasar pengundi muda Melayu

PRK Teluk Intan: Dyana seru pengundi luar kawasan pulang 31 Mei

KUALA LUMPUR: Dyana Sofya Mohd Daud menyeru pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang melaksanakan tanggungjawab dan mengabaikan kenyataan bersifat rendah diri daripada Datuk Mah Siew Keong, lapor Roketkini.

“Di sini saya ingin menyeru pengundi Teluk Intan yang berada di luar kawasan untuk balik 31 Mei ini, bukan kerana kenyataan Mah tapi demi melaksanakan hak mereka," ujar Dyana Sofya yang juga calon DAP mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Menurutnya, pada PRK Teluk Intan ini, DAP adalah ‘underdog’ kerana Mah selaku calon BN merupakan seorang yang berpengalaman yang juga bekas timbalan menteri dan pernah menang di Teluk Intan.

“Sebab itu kita sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan undi daripada semua pengundi tanpa mengira bangsa,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, hari ini.

Akhbar The Star hari ini menyiarkan kenyataan Mah yang mendakwa kepulangan pengundi akan menyukarkannya memenangi PRK Teluk Intan.

PRK Teluk Intan, UiTM dan pendidikan

Mohammad Abdul Hamid


Dalam kerancakan kempen pilihan raya kecil Teluk Intan, nama Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi sebutan ramai pihak kerana calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, merupakan graduan undang-undang universiti tersebut.
Ini secara tidak langsung membuktikan keupayaan UiTM sebagai satu institusi pendidikan yang mampu melahirkan pemimpin daripada kalangan generasi muda.
Sedia maklum UiTM sekian lama melahirkan ramai graduan Melayu yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara sejak ia ditubuhkan puluhan tahun yang lalu. Kita berharap UiTM akan dapat terus melonjak dan melahirkan generasi masa hadapan yang lebih hebat. Bagaimanapun, sedikit sebanyak pencalonan Dyana Sofia sebagai wakil DAP mengejutkan ramai pihak kerana keturunan dan latar belakang pendidikan beliau.
Lanjutan itu juga, timbul kontroversi berhubung kemasukan kaum lain ke UiTM. Seperti isu-isu lain di tanah air, kemungkinan besar kontroversi ini akan tamat apabila pemenang Teluk Intan diumumkan pada hujung bulan nanti. Apa pun, mungkin ada baiknya juga. Sekurang-kurangnya isu tersebut dibincangkan dalam tempoh beberapa minggu ini.
Apa yang kita mahu lihat ialah perbincangan yang sihat dan rasional untuk kebaikan sistem pendidikan negara khasnya dan pembangunan negara secara amnya. Sesuai perkembangan semasa, pemimpin dan ahli politik daripada parti berlainan perlu berani berbincang di medan terbuka secara berhemah dan saling menghormati, termasuk dalam perkara yang dianggap sensitif.
Di sebalik kerancakan kempen pilihan raya kecil Teluk Intan dan bicara berkenaan politik, elok juga kita merenung kembali dan mengetengahkan semula latar belakang dan status pendidikan yang merupakan tonggak penting dalam pembangunan negara. Dalam hal ini, konteks berikut perlu diberi perhatian sewajarnya:

Cerita ibu: Dyana, Karpal Singh dan UiTM

BETUL kata orang tua-tua, untuk mengenali anak, dekatilah ibu yang mengandungnya.

Itulah kaedah yang aku gunakan untuk mengetahui lebih lanjut tentang gadis Melayu pilihan DAP untuk menjadi calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Sebelum ini aku diceritakan oleh ibu Dyana, Yammy Samad tentang bagaimana beliau pernah bertekad dan berdoa agar anaknya ini yang ketika itu baru menjengah dunia 70 hari, akan bangkit melawan Umno.
(Antara gambar Dyana waktu kecil yang diikongsi ibunya kepada Harakahdaily)

Doa itu akhirnya termakbul pada usia Dyana 27 tahun, apabila anak perempuan tunggal itu benar-benar terjun dalam politik menjadi calon PRK Teluk Intan melawan BN.

Pertemuan kali kedua dengan makcik Yammy berlaku secara kebetulan ketika aku menikmati makan tengahari di sebuah restoran di Teluk Intan sejurus selesai penamaan calon 19 Mei lalu.

Ketika itu, aku baru sampai ke kedai itu lalu dipelawa bekas Ahli Parlimen Kota Bharu dari PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Cikgu Rahim) yang sedang makan semeja dengan keluarga Dyana, untuk duduk bersama.

"Assalamualaikum makcik, pakcik. Tadi kita dah jumpa waktu penamaan calon," aku memaklumkan.

"Sempat ke berbual dengan Dyana tadi," tiba-tiba celah si ibu.

"Tak sempat, nak masuk rapat pun tak boleh, ramai sangat orang berkerumun," jawabku dalam nada kecewa.

"Alang-alang dah jumpa pakcik dan makcik ni, tak jumpa Dyana pun tak mengapa dah," sambung saya memancing untuk perbualan panjang.

MCA Kata UMNO Barbarik, Memang UMNO Barbarik!

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.

Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.

"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.

"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.

BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.

Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.

Ahli Pemuda Umno berkelakuan seperti samseng semasa protes depan Pejabat DAP

DAP mengutuk kelakuan sekumpulan ahli Pemuda Umno yang mengugut membakar ibu pejabat parti pembangkang itu, berkata mereka tidak berbeza berbanding "samseng".
Mereka juga menggesa parti Melayu dan pemimpinnya mengecam para ahlinya kerana "tindakan tidak bertamadun" dengan membuat ancaman itu dan memusnahkan papan tanda DAP yang memaparkan logonya.
Ia juga mahu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta maaf atas kelakuan ahli-ahlinya itu.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata walaupun beliau menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka, cara Pemuda Umno lakukan adalah tidak sopan.
"Mereka seperti samseng dalam menyatakan pandangan mereka, ia kasar dan tidak berbeza dengan samseng.
"Ini sikap tipikal Pemuda Umno yang ganas, kurang ajar dan kasar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Thailand's military announces government takeover

"UMNO CELAKA": Pemuda Umno Buat Kecoh Depan Pejabat DAP

"UMNO CELAKA": Umno lempar memo bantahan di muka MP DAP

"Umno Celaka": Memo untuk dibaling, tak takut dipenjara kata Pemuda Umno

Menteri BN kata Hudud boleh jejas perpaduan kaum


Serbu Dun P.Pinang: Rakaman Penuh Tindakan Pemuda UMNO P.Pinang


Serbu Dun P.Pinang: Pembangkang masih enggan sokong usul kerajaan

Serbu Dun P.Pinang: Perbahasan usul oleh KM

Samseng Politik: Pemuda UMNO WP merusuh, ancam bakar bangunan ibu pejabat DAP


image (8)
KUALA LUMPUR, 22 MEI: Lebih 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Pudu di sini kira-kira jam tiga petang tadi.
Mereka juga bertindak biadap dengan mencetuskan provokasi perkauman apabila membawa banner bertulis ‘RSN Rayer anak haram!’ dan ‘Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!’ dan melaungkan ‘hidup Melayu’ dan ‘hancur DAP’.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengancam untuk membakar bangunan DAP.
Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut bertindak melampau apabila menggumpalkan kertas memorandum bantahan dan membalingnya ke arah muka Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming.
Tindakan biadap itu berlaku ketika Mohd Razlan ingin menyerahkan memorandum bantahan kepada DAP, berikutan kenyataan ‘Umno celaka’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selasa lalu.
Beliau juga memaki hamun Kian Ming dan wakil parti yang lain, antaranya Pegawai Komunikasi dan Media DAP Medaline Chang.
“Ingat, sekali lagi saya dengar anda hina parti, saya akan bakar bangunan ini,” jeritnya selepas itu.
“Kalau mereka boleh kata kita celaka, apa salahnya kalau kita bakar bangunan ini,” jerit Mohd Razlan dan disambut sorakan peserta lain.

SAMSENG POLITIK: MACAM MENONTON FILEM PURBAWARA.. BILA UMNO TELAH TERDESAK..!!

Suasana seperti yang digambarkan dalam filem-filem bercorak purbawara, masyarakat Melayu lama semacam sudah muncul semula pada awal kurun ke 21. Kebiasaannya suasana yang aku maksudkan itu dapat dilihat hanya melalui filem-filem bercorak purba tetapi kini sudah dapat dilihat ‘lakonan’ dalam bentuk ‘real’. Bukan lagi lakonan tetapi keadaan sebenarnya berlaku.
Jikalau dalam filem lama keluaran Jalam Ampas, watak itu biasanya dilakonkan oleh A.Rahim atau Salleh kamil atau Sharif Dol, pelakon watak jahat yang sukar dicari ganti. Sekiranya A.Rahim atau Salleh Kamil berlakon sudah pasti watak yang akan dilakonkan oleh mereka adalah watak jahat. Mereka akan melakonkan watak sebagai ketua samseng yang akan menggunakan tenaga anak buahnya untuk memeras ugut orang kampung ataupun sebagai ‘orang kuat’ Sultan atau Tok Penghulu yang tugasnya memastikan orang kampung membayar cukai kepada Sultan atau Tok Penghulu. Dan ‘anak buah’nya akan patuh tentang apa saja yang disuruh arah oleh boss mereka. Mereka tidak perlu banyak soal tentang ‘arahan’ yang disampaikan oleh boss.
Itu merupakan gambaran masyarakat Melayu feudal  seperti yang digambarkan dalam filem-filem Melayu. Namun ‘drama’ sedemikian seolah-olah berulang tayang dalam awal Kurun ke 21. Dan yang menghairankan kita ialah suasana sedemikian bukan lagi merupakan sebuah drama purba tetapi keadaan sebenarnya berlaku di hadapan mata kita. Bukan lagi lakonan seperti yang dilakonkan oleh A.Rahim itu tetapi perbuatan sebenar yang dilakukan oleh ‘pelakon’ sebenar.
Akhir-akhir ini sudah begitu banyak sekali ‘lakonan’ sedemikian ‘dipentaskan’. Bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi telah merebak ke Pulau Pinang. Mungkin juga ada ‘drama-drama’ sedemikian dipentaskan di temat-tempat lain yang diarahkan oleh ‘pengarah’ yang sama, namun tidak dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar atau TV arus perdana.
Seingat aku beberapa tahun lepas telah ‘dipentaskan’ ‘drama’ berjodol,’memijak kepala lembu’ di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Dan selepas itu sebuah ‘drama’ lagi ‘dipentaskan’ di hadapan rumah Datok Ambiga. Drama dihadapan rumah Dato Ambiga agak lebih canggih lagi kerana diselang selikan dengan ‘drama-tari’ yang ditarikan oleh ‘penari-penari’ veteran. Dan semalam sebuah ‘drama’ lagi dipentaskan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Lagi hebat. Kebiasaannya drama-drama sedemikian dipentaskan di panggung-panggung tetapi ‘drama’ yang ‘dipentaskan’ semalam berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Kejadian Petang Ini Bila Samseng UMNO Serang Pejabat DAP Di Jalan Pudu

Bagi aku ‘drama’ di Pulau Pinang itu ataupun serangan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bukan perkara kecil yang hanya dipandang ringan. Kerajaan semestinya memandang perkara ini sebagai isu serious yang semestinya diambil tindakan keras dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan ‘menodai’ bangunan yang mulia. Dewan Undangan Negeri adalah setaraf dengan Parlimen dan seharusnya dihormati oleh rakyat. Para Ahli Dewan Undangan Negeri adalah merupakan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Dengan demikian sesiapa sahaja yang menceroboh dewan yang mulia ini adalah sebagai penceroboh dan amat kurang sopan.

MyWatch Dakwa Anak Ketua Polis Sabah Miliki Kekayaan Luar Biasa

DAP: Isma are 'male chauvinists' who objectify women

"UMNO CELAKA": Jangan main- main dengan Melayu, kata Umno Wilayah

"UMNO Celaka" : Pemuda Umno kepada DAP, Saya cakap 'you' diam..!!

"UMNO CELAKA": Pemuda Umno ancam bakar pejabat DAP

Isu ‘Umno celaka’ selesai, wakil UMNO@BN mohon maaf ahlinya ceroboh dewan


Tindakan Ketua Pembangkangkan DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mohon maaf atas tindakan pencerobohan semalam menyelesaikan kekecohan berkaitan isu 'celaka Umno'. Gambar fail.Tindakan Ketua Pembangkangkan DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mohon maaf atas tindakan pencerobohan semalam menyelesaikan kekecohan berkaitan isu 'celaka Umno'. Gambar fail.Walaupun bermula dengan kekecohan, akhirnya isu dakwaan 'Umno celaka' selesai apabila ketua pembangkang memohon maaf berhubung insiden rempuhan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang oleh sekumpulan penyokong Umno.
Awalnya Barisan Nasional (BN) menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Seri Delima, R S N Rayer membuat permohonan maaf kerana mengeluarkan kenyataan "celaka Umno" dalam ucapannya di Dewan, manakala Pakatan Rakyat (PR) mahu BN turut membuat permohonan maaf kerana ahlinya merempuh dewan.
Selepas perdebatan yang begitu panjang, Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid membuat permohonan maaf atas tindakan sekumpulan individu yang merempuh masuk ke DUN semalam sekali gus mencetuskan kekecohan.
"Tindakan itu salah dan melanggar peraturan. Kami bersedia memohon maaf.
"Untuk menyelesaikan masalah ini, kita mengakui banyak kesilapan yang berlaku oleh penceroboh. Itu jelas dari mula lagi.
"Tetapi ia juga salah apabila menggunakan perkataan kasar, lalu kami meminta Rayer memohon maaf," katanya.
Muhammad Farid Saad ( BN- Pulau Betong) juga menyokong tindakannya, dan berkata penunjuk perasaan membuat permohonan maaf semalam.
Beliau berkata, permohonan maaf itu dibuat apabila tiga wakil daripada rusuhan bertemu Speaker Datuk Law Choo Kiang, ahli exco dan beberapa wakil BN secara tertutup.