Rabu, 21 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Pemuda BN akan siasat dakwaan kes ganggu calon DAP




TELUK INTAN - Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dipercayai dihalau ketika menjalankan kempen di tapak pasar malam Rumah Awam, Kampung Padang Tembak, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, Dyana Sofya yang hadir bersama pimpinan tertinggi  DAP termasuk Lim Kit Siang menerima kecaman daripada sebuah kumpulan yang mengeluarkan kata-kata mengusir.

Sinar Harian dimaklumkan, sebelum kejadian, rombongan berkenaan diganggu dengan bunyi bising motosikal.

Antara perkataan yang diterima rombongan kempen itu termasuklah menyatakan kampung berkenaan kawasan Melayu dan dilarang membawa masuk orang bukan Melayu.

Keadaan itu menimbulkan sedikit ketegangan apabila turut mendapat perhatian peniaga di tapak berkenaan.

Bagaimanapun, kempen tetap berlangsung dengan edaran poster dan risalah calon.

Provokasi diterima Dyana Sofya pada hari ketika berkempen itu dikatakan dilakukan sekumpulan pemuda yang memakai pakaian mempunyai lambang BN.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kebenaran berikutan tiada laporan polis dibuat sehingga berita ini ditulis.

Difahamkan, Taman Perumahan Awam Padang Tembak itu merupakan kawasan kubu kuat BN.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya akan membuat semakan dan siasatan sekiranya benar insiden itu membabitkan Pemuda BN.

"Saya dah terima laporan itu, kita akan pastikan sama ada yang ganggu dia itu, pakai baju  BN atau tidak.

"Apa-apa pun kita akan semak, jika benar akan ambil tindakan," katanya ketika ditemui dalam program walk about di Menara Condong, di sini.

PRK TELUK INTAN: LENSA MENARIK KEMPEN HARI KE 3









PRK TELUK INTAN: POSTER CALON DAP






















PRK Teluk Intan : Dyana Tak Layak Jadi Pemimpin Kata Penyokong UMNO@BN


Vote us out after GST, BN man jokes

Tidak perlu tekankan kebaikan GST - Rafizi

Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 2

Wacana GST Siapa Untung Siapa Rugi Bhg 1

RM3 juta setahun bayar panda, pembaziran Malaysia keterlaluan

Najib panda
KUALA LUMPUR 21 MEI: Ketibaan pasangan panda China yang dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun tidak dialu-alukan kerana ia merupakan satu lagi bukti pembaziran keterlaluan kerajaan.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.
“Keputusan membawa Panda yang kononnya atas dasar setiakawan serta pinjaman ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, ia tak lebih sekadar hiburan,” katanya ketika dihubungi.
Dengan kehadiran kedua-dua ekor panda itu, bermakna Malaysia untuk tempoh 10 tahun, perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Antara beruang panda, berwang dan pandai

MOHD NOR HAMZAH 

Selamat datang diucapkan kepada Fuwa dan Fengyi pasangan beruang panda yang baru tiba hari ini ke Malaysia dari negara China. Semoga selesa tinggal di Malaysia bagi menghabiskan percutian selama 10 tahun atas perjanjian pinjaman antara Malaysia dan China sebagai lambang keutuhan persahabatan selama 40 tahun. Begitulah yang dilaporkan.

Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!

Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.

Sekiranya panda tersebut melahirkan anak, maka Zoo Negara sekali lagi mesti membayar sebanyak RM2 juta kepada China dan setelah dua tahun, anak tersebut mestilah diserahkan kembali kepada China.

Keseluruhan bagi 10 tahun kos pembiayaan panda ini ialah sebanyak RM70 juta jika mereka mandul. RM72 juta jika beranak dan jika sekiranya tanah itu bernilai RM250,000 seekar, maka jumlah keseluruhan pasangan panda itu dan seekor anaknya ialah RM73 juta. Satu jumlah yang sangat besar bagi perjanjian membawa binatang tinggal, makan dan beseronok-seronok di “rumah” kita.
Sekiranya diberikan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jumlah wang sebanyak itu, berkemungkinanan rakyat Kuala Terengganu terselamat daripada kenaikan cukai pintu. Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Dan perlu diingat semua kos ini anda semua yang bayarkan. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan GST, tarif elektrik, harga petrol dan lain-lain lagi. Faham?

Rayer tidak akan mohon maaf tentang kenyataan ‘Umno celaka’

Peserta menjalankan protes dalam Dewan Himpunan Negeri Pulau Pinang berkenaan DUN Seri Delima R S N Nayer semasa mesyuarat himpunan semalam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 21 Mei, 2014.  
Peserta menjalankan protes dalam Dewan Himpunan Negeri Pulau Pinang berkenaan DUN Seri Delima R S N Nayer semasa mesyuarat himpunan semalam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 21 Mei, 2014.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R S N Rayer berkata beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya "pemimpin Umno celaka".
Rayer berkata kenyataan itu dikeluarkan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri dan hanya merujuk kepada pemimpin-pemimpin parti itu, oleh itu ia harus diselesaikan dalam DUN.
"Setiap orang Adun (anggota dewan undangan negeri) mempunyai kebebasan untuk berucap dalam persidangan DUN (dewan undangan negeri), jadi dalam hal ini saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan saya tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan itu," katanya kepada pemberita hari ini.
Semalam, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) DUN Pulau Pinang mengecam tindakan Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dengan menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka' ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid dalam sidang akhbar petang ini, berkata 10 Adun BN akan minta ketetapan melalui DUN supaya Rayer menarik balik kata-katanya dan memohon maaf kepada semua anggota Umno.

Penjelasan mengapa Dyana Sofya kelihatan lebih cun berdasarkan teori ‘Backdrop Effect’

CursingMalay


Beberapa hari ini, nama Dyana Sofya menjadi bualan hangat. Kita pun sebenarnya tahu mengapa.
Sebab dia hot la juga jika dibandingkan dengan ahli politik yang selalu kita nampak.
Aku jelaskan awal-awal, aku tidak rasa dia hot... sebab pada aku dia biasa sahaja.
Tapi apabila sudah diletakkan sebaris dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain (sorry bro, especially Mat Sabu!) membuatkan dia nampak macam bidadarilah.
Ini pun ilusi sama yang terhasil apabila kau nampak satu group perempuan jalan ramai-ramai, mesti ada seorang yang hot dan yang selebihnya nampak seperti backdrop untuk "mencantikkan" lagi yang hot tu.
Adakah kau seorang backdrop?
Kau cuba tengok siapa kawan-kawan kau dalam group kau. Kalau kau nampak ada seorang yang outstanding sikit, itu bermaksud.... kaulah backdrop dia.
Kalau hendak confirmkan, kau perhatikan, bila dia hendak pergi keluar mana-mana saja, mesti dia ajak kau.
Apa yang aku gemar mengenai lantikan Dyana Sofya sebagai calon ini adalah menunjukkan yang parti belah Pakatan lebih mudah memberi laluan kepada orang muda berbanding parti BN.
Sebab berdasarkan pandangan rambang aku saja la, aku nampak kebanyakan calon-calon daripada Pakatan jauh lebih muda berbanding calon-calon daripada BN.
Jika kau ada statistik purata umur calon BN dan Pakatan, beritahu aku, kita boleh compare betul-betul.
Itulah persoalan aku selama ni. BN cuba mendekati anak muda.
BN buat konsert belia, hari belia, minggu belia, pertubuhan belia.... tetapi apabila waktu hendak bagi peluang menjadi pemimpin, yang dicarinya adalah orang tua atau orang yang sudah berumur.
Dalam BN sendiri peluang Pemuda Umno untuk naik ke atas seolah-olah agak malap kalau aku lihat sejarahnya.
Hendak naik, kena tunggu tua, tunggu berumur, atau pemimpin yang lama KO. Bila sudah tua, macam mana kau hendak dekat dengan pengundi muda?
Setakat menari sikit-sikit dikonsert tidak dapat bang. Malu orang muda tengok. Kalau ada yang percaya pun, itu mesti yang jenis macai-macai yang tidak ada kemampuan berfikir sendiri dan suka dengan pendidikan 'spoonfeeding'.
Sekarang ini kita tengok kerajaan selalu kata UiTM adalah kilang pengeluar Melayu yang berjaya.
UiTM adalah pusat di mana Melayu masa depan dilatih untuk jadi pemimpin. Tetapi mengapa pula graduan UiTM perlu melalui tiket parti "Cina Komunis DAP" untuk dapat peluang jadi wakil rakyat?
Apa usaha BN untuk buka ruang lebih besar supaya pemimpin-pemimpin yang sudah berhabuk ni diganti dengan orang muda yang lebih segar?
Kau cuba tengok balik berapa umur pemimpin kita ketika merdeka dahulu dan compare dengan sekarang.
Mengapa average age pemimpin sekarang ini jauh lebih tinggi? Sedangkan pada satu masa dulu, belia berumur belasan tahun, 20-an, 30-an sudah mampu jadi suara kepada rakyat?
Sekarang ni golongan macam tu, Kerajaan BN ajak pergi konsert! Pergi layan K-pop!

PRK Teluk Intan: Dyana dapat sokongan penuh DAP Perak, kata penasihat negeri


Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meberi ucapan semasa sidang media dengan calon DAP untuk Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014.  
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming meberi ucapan semasa sidang media dengan calon DAP untuk Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014. DAP Perak menafikan spekulasi bahawa parti di negeri itu kini di ambang perpecahan selepas Dyana Sofya Mohd Daud dipilih sebagai calon parti bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, seluruh pemimpin DAP negeri akan memberi sokongan sepenuhnya dan berkempen demi kepentingan alumni UiTM itu menjadi wakil rakyat bagi Teluk Intan.
“Memang dia dapat sokongan sepenuhnya DAP Perak. Saya akan sepenuh masa di sini setiap hari.
“Seluruh jawatankuasa di negeri Perak diminta memberi sokongan, masa dan kewangan sepenuhnya,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Media sebelum ini melaporkan pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan dibuat bagi menutup perpecahan dalaman DAP Perak membabitkan kumpulan Nga Kor Ming dan M Kulasegaran yang bertelagah.
Ngeh berkata Dyana Sofya adalah calon negeri yang paling layak dan tidak terlalu muda untuk menjadi wakil rakyat di Teluk Intan.

PRK Teluk Intan: BN nekad pastikan kempen bersih..ha..ha..Samseng UMNO dah mengamuk hari ni..!!!


TELUK INTAN - Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan visi dan misi calonnya, Datuk Mah Siew Keong, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan bagi memastikan kempennya berjalan dengan bersih dan positif.
Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata BN tidak akan memainkan isu yang boleh mengkritik mana-mana pihak secara keterlaluan sepanjang kempen PRK ini.
"BN mahu melakukan pendekatan yang lebih berhemah dan tidak melakukan pendekatan yang keterlaluan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Ayer Hitam di sini, hari ini.
Berikutan itu, beliau berkata BN mengambil pendekatan menawarkan pakej mengenai calonnya untuk membolehkan rakyat membuat pilihan wakil rakyat mereka.
Zambry turut memuji perjalanan kempen PRK Teluk Intan yang berjalan lancar setakat ini.
"Saya harap keadaan begini dapat diteruskan atas semangat demokrasi yang kita amalkan dalam negara dengan  memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak menjelaskan dan menyampaikan pelan dan program masing-masing,"  katanya.
Ditanya sama ada sokongan pengundi Melayu terhadap BN akan merosot berikutan  DAP meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud, pada PRK itu, Zambry berkata: "BN tidak menggunakan pendekatan kaum untuk mempromosikan calon."
Beliau berkata ini kerana BN telah membuktikan bahawa calon bukan Melayu juga boleh memenangi pilihan raya di kawasan Melayu.
Zambry turut berkata pelbagai faktor perlu diambil kira bagi memastikan kemenangan BN pada PRK itu.
"Ini bukan soal calon muda atau tua. Ini tentang landskap politik di Teluk Intan. Kita mendekati pengundi yang mempunyai latar belakang demografi berbeza," katanya.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya dengan pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala pengundian pada 31 Mei.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian  penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat  kanser pada 1 Mei lepas. - Bernama

GST: Pengguna perlu lihat kos akhir



Wacana: GST
SHAH ALAM - Rakyat diingatkan supaya memahami pengecualian sesetengah barangan daripada dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan meneliti kos akhir sesuatu produk yang dipasarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, kerajaan BN sering kali mengelirukan rakyat dengan memberi alasan GST tidak akan membebankan dengan adanya pengecualian itu.

"Dengan 40 barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan gula yang dikecualikan cukai itu digunakan sebagai alasan bahawa GST itu tidak akan bebankan rakyat.

"Akhirnya apabila GST dilaksanakan, kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai disebabkan barangan asas itu dijual di restoran makanan," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri Ke-28 bertajuk 'GST: Siapa Untung, Siapa Rugi' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut konsep GST yang hanya melindungi kepentingan pengilang, pemborong dan peniaga dalam membuat tuntutan semula kepada kerajaan sedangkan rakyat terpaksa menanggung bayaran cukai setiap peringkat itu termasuk kenaikan harga yang tidak terkawal dan melonjaknya inflasi.

PKR bidas kadar cukai GST dikelirukan

Wacana: GST
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, terdapat pihak tertentu yang cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lebih tinggi daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rafizi mendakwa, cubaan itu digunakan untuk menggambarkan apabila GST dilaksanakan, akan berlaku penurunan yang banyak sedangkan SST pada masa ini dikenakan mengikut dua kadar sama ada 10 peratus atau enam peratus.

"SST dan GST tidak sama, SST dikenakan kepada pengeluar produk antara 10 peratus atau enam peratus, bukan 16 peratus.

"Ia diulang-ulang seolah-olah berlaku penurunan cukai yang tinggi, itu tidak betul," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri Ke-28 bertajuk 'GST: Siapa Untung, Siapa Rugi' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan panel wacana, Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof  Dr Faridah Hassan yang mengatakan kadar SST pada masa ini dikenakan pada kadar 16 peratus dan GST lebih rendah iaitu enam peratus.

Pelaksanaan GST perlu telus


Rafizi Ramli  

SHAH ALAM - Rakyat diingatkan supaya memahami pengecualian sesetengah barangan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan meneliti kos akhir sesuatu produk yang dipasarkan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, kerajaan BN sering kali mengelirukan rakyat dengan memberi alasan GST tidak akan membebankan dengan adanya pengecualian itu.

"Dengan 40 barangan keperluan asas termasuk tepung, beras dan gula yang dikecualikan cukai itu digunakan sebagai alasan bahawa GST itu tidak akan bebankan rakyat.

"Akhirnya apabila GST dilaksanakan, kebanyakan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai disebabkan barangan asas itu dijual di restoran makanan," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri Ke-28 bertajuk 'GST: Siapa Untung, Siapa Rugi' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

GST boleh sebabkan kerajaan bertukar, kata Fomca


Muhammad Sha'ani Abdullah bercakap di forum GST: Siapa Untung Siapa Rugi di Karangkraf, Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 21 Mei, 2014.  
Muhammad Sha'ani Abdullah bercakap di forum GST: Siapa Untung Siapa Rugi di Karangkraf, Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Faisal Salehhuddin, 21 Mei, 2014. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menukar kerajaan pemerintah.
Mengambil contoh negara seperti Kanada, Muhammad Sha'ani berkata, kerajaan negara itu bertukar sejurus selepas memperkenalkan GST.
"Di Kanada, GST menewaskan kerajaan. Sampai parti itu terpaksa gulung tikar. Lebih baik kerajaan telus dalam pentadbiran," katanya dalam Wancana Sinar bertajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi" anjuran Karangkraf di Shah Alam hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut menasihati kerajaan agar tidak terburu-buru mengambil keputusan untuk memperkenalkan kaedah percukaian tersebut.
Mewakili golongan pengguna, Muhammad Sha'ani menegaskan mereka menyokong prinsip GST, namun perlu menangani gejala ketirisan, ketelusan dan rasuah untuk membantu penjimatan kerajaan.
"GST amat berkesan untuk menangani medium cukai. Kenapa tidak mulakan GST dengan kadar yang lebih rendah supaya rakyat boleh dapat faham," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kapasiti penduduk di negara ini, hanya 1.2 juta rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan.
"Manakala 80% pekerja berpendapatan kurang RM3,000," katanya.
Wacana hari ini turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Professor Pengurusan Strategi dan Pemasaran Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Prof Dr Faridah Hassan, dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Wacana GST: Siapa untung siapa rugi




Wacana: GST
KURANG setahun sahaja lagi kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan di negara ini.

Meskipun begitu, masih ramai di kelangan rakyat kurang jelas mengenai cukai baru yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu.

Malah ramai yang membuat kesimpulan sendiri bahawa GST hanya akan membeban dan menindas rakyat yang berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi membawakan Wacana Sinar Harian Siri ke-28 dengan membawa tajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi".

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran, Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr Faridah Hassan dan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ni Abdullah.

Wacana akan dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Terknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.


2.40 petang:  Orang ramai mula memenuhi Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam untuk menyaksikan wacana "GST: Siapa Untung, Siapa Rugi".

3.00 petang: Wacana Sinar Harian akan bermula sebentar sahaja lagi. Panelis sudah mengambil tempat masing-masing.

3.12 petang: Wacana Sinar Harian Siri ke-28 bermula. Moderator perkenalkan para panelis.

3.20 petang: Wacana bermula dengan moderator berharap GST akan beri keuntungan besar kepada rakyat. Beliau minta panelis jelaskan apa itu GST, manfaat dan kepentingan kepada negara.

3.22 petang: Menurut Faridah, GST bermaksud cukai barang dan perkhidmatan. Ada satu lagi kefahaman katanya, GST adalah cukai kepenggunaan.

"Banyak lapisan yang akan terlibat. Pengusaha, pemborong, peruncit, pembeli dan semua lapisan masyarakat terlibat," ujar beliau.

- Ujar Faridah, GST yang akan dilaksanakan di Malaysia April depan adalah yang terendah iaitu 6 peratus. GST di Taiwan misalnya 5 peratus.

- Jika dibandingkan dengan negara maju katanya seperi Norway yang mengenakan GST sebanyak 21 peratus.

- Menurut Faridah lagi, hasil cukai GST itu paling penting perlulah dikembalikan kepada rakyat. Bukan hanya menerusi pendidikan, sektor awam malah kepada sektor swasta.

- Dalam hujahnya, Faridah turut menjelaskan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan kepada rakyat sekarang ialah 16 peratus berbanding GST hanya 6 peratus.


3.30 petang: Panelis kedua, Rafizi pula memulakan hujahnya.

- Menurut Rafizi, SST dan GST adalah dua perkara yang berbeza. Gambaran salah diberikan kononnya GST beri penurunan cukai yang tinggi. Padahal ia tidak betul.

"Soal GST adalah soal kewajaran, pendapatan Malaysia banyak, kenapa perlu perkenalkan cukai pada masa sama rakyat susah dengan kenaikan kos tinggi," ujar beliau.

Rafizi: Tegas Rafizi, dasar kerajaan yang menarik subsidi menyebabkan harga barang naik dan kini rakyat dibebankan pula dengan cukai baru.

"Terdapat tiga cukai yang tidak dikenakan di Malaysia. Kenapa tidak dikenakan kepada orang kaya pendapatan berjuta sebulan, cukai tidak dikenakan tinggi

"Sebab itu soal GST bukan sama ada baik atau tidak, 90 peratus yang sebelum ini tidak kena cukai (lepas ini) kena cukai," bidasnya.

Lensa: Walkabout Di Pekan Rabu, Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak