Selasa, 20 Mei 2014

Dyana to Shahrizat: I won't betray the people


Dyana: Adakah keuntungan RM4.6 bilion TNB tak mencukupi?

Pakatan top guns shoot down Dyana's detractors

Pemimpin BN Perlu Cermin Diri Dulu Sebelum Kutuk Dyana - Kadir Jasin

Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji trend anak Melayu muda dan berpendidikan tinggi menyertai parti DAP daripada terus menghentam calon Pakatan Rakyat (PR) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press.
Datuk A Kadir Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.

"Ketika penulis blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?

"Daripada menutup kelemahan dengan menyalahkan orang lain, mereka perlu nilai semula diri mereka dan tidak sepatutnya menghina rakyat," katanya dalam tulisan di blognya hari ini.

Kadir tidak menolak kemungkinan wujudnya faktor daya tarikan kuat yang menyebabkan anak muda Melayu seperti Dyana yang mempunyai latar belakang keluarga Umno berminat menyertai DAP secara aktif.

"Sebelum ini bekas menteri Umno menyatakan program latihan DAP menarik minat ramai peserta Melayu muda dan kebanyakannya berpendidikan tinggi," katanya.

PRK Teluk Intan: Lensa Kempen & Ceramah






DYANA SOFYA – KEHADIRANNYA MENGGEMPARKAN

Ramai yang tidak sedar dan meluapai peribahasa Melayu lama yang berbunyi, ‘sekali air bah sekali pasir berubah’. Dan kehadiran serikandi anak Perak (negeri aku tu)  untuk bertanding dalam PRK Teluk Intan merupakan tindakan yang agak menepati peribahasa berkaitan. Cuma ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak berapa sedar bahawa ‘air’ sudah bah tetapi ‘pasir’ yang tidak mahu berubah.

Kemunculan Dyana ‘mengejut dan memeranjatkan’ banyak pihak terutama UMNO (BN). Ia merupakan satu kemunculan luar biasa. Serupa juga dengan kemunculan Nurul Izzah dalam PRU12 yang lalu. Media sosial telah memberikan liputan yang cukup meluas kepadanya yang menyebabkan media arus perdana seolah-olah ‘terkapai-kapai’ cuba mengahadapi gelombang yang luar biasa ini. Samada media sosial tajaan UMNO (BN) atau media arus perdana hanya boleh ‘menentang’ dan ‘menghentam’ dari berbagai-bagai sudut mengenai Dyana sedangkan media sosial bebas pula terus menerus ‘menaja’ calon ini dengan memamaprkan kualiti yang
dimiliki oleh calon berkenaan tanpa menokok tambah.

‘Excitement’ yang luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kini dengan kemasukan Dyana Sofya dalam ’ring’ di Teluk Intan ini mungkin juga disebabkan rakayat terlampau mengharapkan akan terjelma suatu keadaa politik tanah air yang ‘menyamankan’. Ini berkemungkinan bermakna bahawa rakyat sudah agak bosan melihatkan telatah wakil rakyat yang rasuah dan tidak menjalankan tugas dalam erti kata yang sebanrnya. Maka dengan kehadiran Dyana mereka mengharapkan agar memberikan tambahan tenaga baru kepada yang sedia ada seperti Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Pada peringkat awal Dyana telah menunjukkan kematangannya apabila berhadapan dengan kritikan-kritikan (yang melampau) dari pihak lawan apabila sudah muncul blog-blog yang cuba memfitnah beliau dengan menampailkan gambar seorang model Filipina  dalam keadaan yang agak menjolok mata, yang dituduh sebagai gambar beliau. Cara tindakannya menangani isu berkenaan telah memberi keyakinan banyak pihak bahawa ‘anak muda’ ini akan melangkah lebih jauh.

DYANA MENYEBABKAN PEMIMPIN UMNO (BN) GABRA

Pencalonan Dyana sebagai calon Pakatan Rakyat kawasan  pilihan raya Teluk Intan telah menimbulkan suasana panik dan cemas dikalangan pemimpin UMNO yang merasakan bahawa kehadirannya akan menggugat ‘status quo’ yang ada sekarang. Walaupun tidak dinyatakan tentang kerisauan yang melanda UMNO (BN) namun dilihat dari segi tindakan beberapa orang pemimpin jelas menampakkan bahawa kehadiran Dyana sememangnya ‘menggugat’. Ada semacam persamaan suasana ketika DS Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding dalam PRK kajang tempoh hari.

Yang menghairankan mengapa kehadiran Dyana dalam politik begitu diambil perhatian oleh masyarakat di Malaysia. Mungkin rakyat tahu jawapannya mengapa DS Anwar Ibrahim dibimbangi bertanding di PRK Kajang, tetapi ramai rakyat masih belum dapat memberikan jawapan yang tepat mengapa anak muda bernama ‘DYANA” begitu ‘dirunsingkan’ oleh setengah pihak dan disanjungi oleh banyak pihak lain.

Sebenarnya rakyat di Malaysia sudah agak ‘runsing’ dan kecewa dengan keadaan negara kini dan sentiasa menunggu kedatangan  suatu ‘petunjuk’ yang boleh mententeramkan perasaan rakyat yang  dalam ‘keadaan duka lara’ itu. Rakyat menunggu kehadiran pemimpin yang boleh mencetuskan suasana perubahan dalam negara dan yang boleh mengangkat dan mengubah kehidupan yang dikira agak ‘statik’ ini, sesuai dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat yang hidup dalam Kurun ke 21.

Idealisme dan prinsip perjuangan Dyana dapat menambat hati rakyat Malaysia dari berbagai keturunan. Beliau diterima dengan sepenuhnya oleh orang Melayu dan kaum-kaum lain yang merasakan bahawa beliaulah merupakan tokoh ‘tulin’ yang akan memperjuangkan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan warna kulit. Namun begitu kesediaannnya untuk terus membela rakyat miskin terutamanya orang Melayu di kampung semangnya mendapat pujian semua pihak.

PRK Teluk Intan: Siapa mengkhianati siapa?

Sakmongkol AK47


Tidak syak lagi Umno bankrap modal untuk bahan kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Malam tadi, ada desas-desus Umno atau penyokong mereka akan sebar video ibu calon bercium dengan lelaki. Inikah yang terbaik dapat Umno lakukan?
Tapi kepala biul Umno, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menang.
Tidak ada yang mustahil dengan parti yang lebih rela berkawan dengan syaitan daripada malaikat.
Yang bertanding ialah anak, yang jadi mangsa ialah emaknya.
Ini betul-betul macam perlakuan golongan feudal zaman dahulu, jika anak dituduh bersalah, habis satu keluarga dimusnahkan.
Perbuatan yang Umno lakukan sama seperti yang dilakukan oleh golongan feudal zaman dahulu, disebabkan fakta bahawa Umno itu sebetulnya, sebuah parti politik feudal.
Modal besar Umno dalam PRK Teluk Intan ialah isu perkauman. Dyana Sofya Mohd Daud diletak sebagai hiasan oleh DAP.
Hiasan tak hiasan, memang objektif DAP ialah meningkatkan keyakinan orang Melayu. Sama seperti Umno letak MCA, MIC dan Gerakan.
Semua itu perhiasan untuk Umno untuk tujuan yang sama – memancing pengundi bangsa bukan Melayu.
Kenapa ianya boleh dilakukan oleh Umno tapi tidak boleh dilakukan oleh parti DAP? Ianya bukan suatu jenayah.
Inilah pemikiran orang Melayu peringkat JKKK. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis, tidak beri Melayu masuk DAP.
Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa.
Mengenai bab pengkhianat ini orang Umno memang cukup handal. Sebab mereka pengkhianat bangsa Melayu yang paling besar.

Jawapan Ibu Dyana Sofya Kepada Tun Mahathir


Calon Pilihanraya Paling Kelakar Dalam Dunia..!!



Jika hendak pecat hubungi saya, kata ibu Dyana kepada Umno


Yammy Samad (tengah), ibu calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Soya Mohd Daud ditemani ibunya pada hari pertama kempen di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014. 
Yammy Samad (tengah), ibu calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Soya Mohd Daud ditemani ibunya pada hari pertama kempen di Pasar Pagi Jalan Woo Saik Hong dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad menggesa U‎mno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya‎ dilucutkan.
Yammy berkata tiada masalah jika veteran Umno serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi.
"Ada desakan veteran untuk memecat saya. Itu terpulang. Jika betul, hubungi saya. Mereka asyik menyalak sahaja.
"Kenapa tidak hubungi saya terus dan saya akan berikan jawapan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Media melaporkan Setiausaha Agung veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.
Katanya, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat.

Mengapa Dyana Sofya jadi ancaman kepada Umno?


Calon DAP bagi PRK Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini menjadi sasaran kutukan Umno kerana beliau melambangkan generasi muda yang tidak lagi membezakan diri mengikut kaum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.Calon DAP bagi PRK Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini menjadi sasaran kutukan Umno kerana beliau melambangkan generasi muda yang tidak lagi membezakan diri mengikut kaum. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Mei, 2014.Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan sepatutnya diadakan untuk merebut kerusi Parlimen tetapi kini menjadi medan pertempuran antara Dyana Sofya Mohd Daud dengan Umno apabila pencalonannya di atas tiket DAP dipertikaikan.
Kemunculan Dyana mencetuskan kebimbangan beberapa pemimpin Umno, daripada Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kedua-duanya mempertikaikan penyertaan orang baru dalam politik itu kerana tidak menyertai Umno.
Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga menggunakan "tangan kotornya" masuk campur dengan menggesa Gerakan menggunakan gambarnya bersama calon muda berusia 27 tahun itu sebagai bahan kempen.
Namun Gerakan menolak cadangan menggunakan gambar itu sebagai kempen untuk memenangkan presidennya Datuk Mah Siew Keong, juga calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK 31 Mei ini.
Mengapa Umno terlalu gentar dengan graduan undang-undang daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, yang ibunya juga merupakan ahli Umno?
Beberapa alasan mungkin boleh menjadi sebabnya.
Pertama. Pencalonan Dyana Sofya di atas tiket DAP membuktikan bukan Umno sahaja parti untuk Melayu, selain daripada PKR dan PAS.
Lebih-lebih lagi apabila semakin ramai rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai bangsa Malaysia dan tidak lagi membezakan diri mengikut kaum.
Semakin banyak perkara ini terjadi, Umno dan parti berasaskan kaum lain termasuk pertubuhan seperti Perkasa akan kekurangan ahli dan mungkin semakin pupus, malah menjadi semakin tidak relevan di Malaysia.

Calon bebas PRK Bukit Gelugor tergolek ala Bollywood


PRK Teluk Intan: Kit Siang rayu sokongan untuk Dyana

Penasihat DAP Lim Kit Siang beranggapan, walau Dyana Sofya Mohd Daud popular, calon untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan itu masih belum berpeluang untuk menang.

“Tentulah kita pasti menang jika pilihan raya dijalankan di media sosial... tapi (pengguna media sosial) bukan pengundi di Teluk Intan.

“Saya menghantar semboyan SOS... Bagaimana warga maya dapat membantu kami, untuk berkongsi impian mereka dalam kempen ini, untuk memberitahu kepada pengundi Teluk Intan," katanya dalam sidang media di pusat operasi DAP di Bandar Baru.

Lim bermaksud agar pengundi dapat memulakan kitaran perubahan politik dalam pilihan raya kecil itu, dan menunjukkan kesungguhan untuk memecahkan batas kaum dengan mengundi Dyana Sofya.

Peliknya Kenyataan Pemimpin

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Apabila munculnya isu dalam negara, sama ada itu kenaikan harga barang, isu kenaikan cukai atau isu kenaikan tarif, maka muncullah kenyataan yang pelik dari para pemimpin. Kali ini pula adalah tentang isu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, sesorang gadis muda lulusan undang-undang dari UiTM.

Kenyataan pemimpin di bawah ini tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?

Kita membina universiti bertujuan untuk mendidik anak-anak kita menjadi rakyat yang berguna untuk masyarakat dan negaranya. Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima telah membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik.

Saya fikir tidak salah untuk Dyana Sofya membuat pilihan politiknya. Cumanya, jika kita mahu mahasiswa hari ini menyokong kerajaan yang memerintah, berubahlah pendekatan kita dalam memahami aspirasi anak muda. Janganlah suka sangat membuat kenyataan yang pelik-pelik.
 

Dyana Sofya: Langkah politik segar Malaysia

Oleh Nazil Nuhairi Ismail
Tiba-tiba semua mata mencuri tumpuan kepada calon DAP untuk bersilat di dalam PRK Teluk Intan nanti. Dyana Sofya Mohd Daud graduan undang-undang daripada UiTM, menjadi pertaruhan DAP untuk merebut kerusi. Umur 27 tahun mungkin terlalu muda bagi sesetengah pihak menimbang untuk seseorang bergelumang dengan sepak terajang politik yang ganas, apatah lagi seorang wanita muda "bergetah".
Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pelbagai pihak. Positif dan negatif adalah lumrah alam. Ada berpendapat DAP mempertaruh kecantikan rupawan melebihi ketokohan. Manakan tidak, kecantikan wanita menjadi magnet untuk seseorang mendekatkan diri. Persis sebuah kereta, reka bentuk luaran menjadi faktor utama seseorang ingin dekat diri mengetahui lebih lanjut mengenai kereta tersebut. Bukan "performance" yang menjadi faktor awal penarik.
Apa pun tujuannya, langkah meletakkan "wanita muda" sebagai calon membuka banyak ruang berfikir strategis dan memecah budaya politik usang. Fikiran bahawa ahli politik perlu berwatakan "elitis" dan berumur matang dapat dikikis.
Biar pun calon itu tidak "perform", namun stigma masyarakat yang takut untuk melakukan perubahan menukar "orang lama" merencatkan atmosfera politik. Orang politik dibarisi oleh muka-muka tua dan kurang bertenaga. Seperti daun pisang, walaupun sudah layu kering, tetap tidak gugur dari dahannya, demi mempertahan "kepisangan" mereka.
Landskap politik Malaysia harus berubah, perlu disegarkan oleh idea dan energi politikus muda. Orang muda, pemikirannya kritis, tenaganya kuat, ideanya pelbagai. Golongan muda ini harus diberi tempat di dalam kerangka politik untuk membina ketokohan dan menonjolkan bakat dengan tunjukajar orang lama.

Teluk Intan kan kerusi bukan Melayu…

Oleh Timmy Say
Presiden Gerakan Mah Siew Keong akan bertempur dengan setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Pertandingan di Teluk Intan dijangka menjadi pertandingan yang sengit dan bermakna untuk rakyat Malaysia berbanding dengan PRK Kuala Besut, Sungai Limau dan Kajang yang sudah selesai dan Bukit Gelugor yang sedang berjalan.

Mari kita melihat aspek-aspek penting di PRK Teluk Intan. Umno, Perkasa, Isma
Cara Umno, Perkasa dan Isma berkempen akan menjadi fokus di PRK Teluk Intan. Setiap serangan pada Dyana boleh mendedahkan lagi hipokrisi mereka. Ironisnya, faktor terbesar yang menyukarkan kempen di PRK Teluk Intan kerana bangsa Dyana Sofya ialah Melayu.
Kempen ketiga-tiga ini bermula pada langkah yang salah. Serangan bertalu-bertalu yang dilancarkan terhadap Dyana telah membantu melonjakkan nama gadis ini di persada politik negara.
Belum lagi hari pencalonan, Dyana sudah dituduh dengan pelbagai label dan nama. Yang paling kelakar ialah tuduhan bahawa Dyana adalah boneka DAP.
Jika Dyana adalah boneka DAP, Mah Siew Keong boneka siapa? Tepuklah Gerakan, tapi tanyalah Umno.
Sekiranya Dyana menang, ahli parlimen berbangsa Melayu bertambah seorang lagi. Akan tetapi jikalau Mah Siew Keong yang menang, ahli Parlimen berbangsa bukan Melayu pula yang akan bertambah.
Selama ini, Perkasa dan Isma selalu khuatir kuasa Melayu terancam. Jika benar itu kebimbangan mereka, mereka patut bertepuk tangan menyokong langkah DAP untuk menambah ahli Parlimen berbangsa Melayu melalui PRK Teluk Intan.
Jika Perkasa dan Isma tidak mahu dilihat hipokrit, mereka perlu mengutuk Umno kerana membiarkan Gerakan meletakkan calon mereka kerana DAP berani meletakkan calon Melayu.
Bukan itu sahaja, bahkan mereka patut mendesak Umno untuk merampas kerusi bukan Melayu daripada ditandingi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyumbang langsung di PRU13.

Dyana A New Political Phenomena

By A Kadir Jasin
ALTHOUGH I am 9989.2 km away from home on my annual extraterritorial grandfather duty and will be missing the Bukit Gelugor and Telok Intan parliamentary by-elections, it hard for me to escape Dyana Sofya craze. When I woke up this morning, I saw five messages from a former Umno divisional secretary on my cellular telephone. 

One reads: “Dyana is said to be the latest state of the art Samsung 5s (sic) while Mah is Nokia. Sigh!” My friend, the Nokia bit is an insult. I am a user of the pre-smart phone era Nokia E52. It’s good enough to roam the world and for you to send me SMS.
Nokia E52
 He was comparing the Barisan Nasional’s canditate for the Teluk Intan parliamentary by-election, Mah Siew Keong, and his DAP’s challenger, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya A Phenomena 
Mah Has Testicular Gumption
Mah is the Gerakan President and an incumbent BN candidate while Dyana Sofya is Lim Kit Siang’s Political Secretary. Bravo Gerakan After chickening out from a similar poll in Bukit Gelugor, thanks to the koro syndrome of the MCA, the BN in back in the running.

Dyana Sofya: Rakyat bertumbuk dengan rakyat, politikus tepuk tangan

Oleh Ahmad Tempe
Juak Melayu Umno/BN selalu “berdakwah” politik dengan kata seperti “Orang Melayu mesti bersatu, jangan bergaduh sesama sendiri. Nanti Melayu bergaduh dengan Melayu, Cina tepuk tangan.”
Saya tidak berminat untuk berbincang tentang isu lapuk seperti ini.Kita sendiri boleh berfikir guna akal yang ada, baik atau buruk. Setiap daripada kita punyai pandangan masing-masing.

Memang setiap bangsa itu ada yang berminat dengan nasionalis, ada yang sosialis, ada yang anarkis, ada yang lagak demokrat tulen. Apa salahnya? Itu lumrah.
Sejak akhir-akhir ini, saya jarang bermain Facebook atau Twitter. Tetapi, dua hari lepas tergerak hati untuk buka dan “layan” seketika.
Apabila buka sahaja Twitter, terus terdetik, “Sudah! Minah ini pulak jadi bahan politik! Gempar politik Melayu!”
Saya dan kawan-kawan terus tergelak dan tepuk dahi. Dyana Sofya Daud yang merupakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang menjadi “spotlight” kerana menjadi calon DAP bagi kawasan Teluk Intan.
Meriah sungguh laman sosial berbincang pasal beliau.
Saya tidak pelik apabila sesetengah juak Melayu Umno bising tentang Sofya, tetapi saya pelik bila juak Pakatan Rakyat sibuk hendak defensif tentang isu ini.
Pertamanya, kita harus terima realiti bahawa Malaysia sedang mengalami satu perubahan politik baru.
Sampai satu masa nanti, orang Melayu tidak akan tertumpu pada Umno, PAS dan PKR sahaja.
Politik akan menjadi satu industri bila mana ia tidak akan punyai harga yang mahal. Jika ada pemimpin Melayu Umno yang kata kemasukan Dyana Sofya dalam DAP itu harganya 50 sen, memang betul. Saya sokong!

PRK Teluk Intan: Kerana Umno, harapan Mah semakin tipis

Oleh Ng Kee Seng
Jika presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pernah mempunyai apa-apa peluang bagi merampas Teluk Intan bagi Barisan Nasional (BN), dia sedang kehilangannya. ‘Terima kasih’ kepada Umno, kemungkinan Mah mendapatkan kemenangan sedang direnggut oleh taktik serangan peribadi kolot yang dilontarkan kepada calon DAP, seorang peguam berusia 28 tahun bernama Dyana Sofya.

Tidak syak lagi Umno tidak mempunyai pemimpin yang boleh dipercayai, tetapi mempunyai golongan seperti ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil, dan ahli Umno lain yang melontarkan serangan peribadi hanyalah ibarat tindakan bunuh diri politik. 
Apabila Umno melancarkan "serangan bikini" terhadap Dyana, peguam muda ini memaparkan kematangan dalam reaksinya.

Beliau berjenaka: "Saya hanya boleh berharap untuk memiliki badan secantik itu" 
“Pahlawan kekunci” Umno telah memanipulasi gambar seorang personaliti Filipina berbikini bagi mempersoalkan kedudukan Dyana sebagai seorang penganut Islam di Facebook. 
Sekarang, Wanita Umno dan pemimpin Umno telah mengamuk dan menggelarkan Dyana bodoh kerana membenarkan dirinya dipergunakan oleh DAP.
Serangan seperti itu pasti tidak akan diterima baik oleh kebanyakan pengundi. Lihat di mana pemimpin muda wanita DAP hari ini berbanding Puteri Umno?
Dyana menulis: "Saya gelihati yang pencalonan saya oleh DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Teluk Intan telah menaikkan marah Wanita dan Puteri UMNO. 
"Kenyataan ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil bahawa pencalonan saya hanyalah sebuah persembahan oleh DAP, menunjukkan kegagalan Wanita UMNO dalam menggalakkan ahli mereka sendiri ke jawatan kepimpinan parti dan kerajaan.
"Shahrizat Jalil telah sebaliknya memperkecilkan saya dan DAP, daripada menyambut baik keberanian dan kesungguhan politik DAP dalam memberi peluang kepada saya, seorang wanita Melayu muda, untuk bertanding di sebuah kawasan yang secara tradisinya ditandingi wakil BN kaum Cina.
"Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, “Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan”.
"Ini adalah contoh terbaik sikap negatif pemimpin wanita BN yang sentiasa merompak peluang wanita untuk menerajui negara ini.

PRK Teluk Intan: Lensa Ceramah Dyana Di Stesen Bas Teluk Intan





PRK Teluk Intan: Shahrizat telah ditolak rakyat, tiada hak gelar Dyana boneka – Kasthuri




Calon DAP untuk pilihanraya kecil Teluk Intan Dyana Sofya tidak perlu selak kain dan menggunakan kata-kata yang kasar untuk mendapatkan kepercayaan dan rasa hormat rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto dalam kenyataannya hari ini mempertahankan Dyana daripada serangan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dilihat cuba menagih simpati orang ramai terhadap dirinya yang digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional pada PRU ke-13 tahun lalu.
“Hakikatnya, Shahrizat, bukan sahaja anda banyak bercakap kosong, anda menjadi beban kepada UMNO-BN. Anda tidak ada kualiti pemimpin dan terpalit dengan skandal terbesar negara,” ujar Kasthuri, merujuk skandal pinjaman mudah NFC bernilai RM250 juta yang menyebabkan Shahrizat meletakkan jawatan menteri pada tahun 2012.
Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada 8 April 2012, jawatan lantikan yang dipegangnya meski kalah kepada Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.
Shahrizat kini adalah penasihat khas yang bertanggungjawab memantau usahawan wanita dan profesional dengan gaji berjumlah RM27,227.20 sebulan, atau RM326,726.40 setahun.

PRK Teluk Intan: Kenaikan harga barang akan jadi isu pertama dibawa Dyana ke Parlimen


_DSC9305


TELUK INTAN, 20 MEI: Calon Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyatakan bahawa isu kenaikan harga barang adalah isu pertama akan dibawanya ke Parlimen.
“Jika pengundi Teluk Intan memberikan peluang kepada saya untuk mewakili rakyat Malaysia di Parlimen, isu pertama yang saya akan bentangkan dalam ucapan saya adalah isu harga barang naik,” ujar beliau.
Menurut Dyana, isu kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup jelas merupakan isu paling penting bagi rakyat Teluk Intan, namun ia tidak dipedulikan oleh kerajaan Barisan Nasional dan ia terbukti apabila empat hari lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mengemukakan alasan untuk mewajarkan peningkatan tarif elektrik.
“Saya menyesali pendirian Perdana Menteri kerana nampaknya keuntungan Tenaga Nasional Bhd adalah lebih penting daripada penderitaan rakyat jelata. Apatah lagi, penyata kewangan TNB menunjukkan secara jelas keuntungan berbilion-bilion setiap tahun sebelum ini.

PRK Teluk Intan: Siapa kata Dyana lawan hudud?

Mana punya mamat sudah memandai-mandai sebar khabar kononnya Dyana Sofya lawan hudud. Konon Dyana bukan Muslim sejati, ternoda Islam dan imannya kerana melawan perintah Tuhan supaya berhukum dengan hukum Al-Quran. Kalau boleh mahu saja dikafirkan Dyana kerana dakwaan penolakannya terhadap hudud itu.
Dengan sekelip mata aura ‘awek cun’ Dyana mendung seketika dan anak gadis calon DAP Teluk Intan itu hilang kerlipannya. Hanya kerana dituduh melawan kehendak Tuhan dan dihakimi sekalian umat penyokong UMNO yang dengan tiba-tiba menjadi pembela hukum hudud.
Juak-juak UMNO ini lupa mungkin kata-kata tok ketuanya dulu yang bukan setakat melawan hukum Tuhan, malah mempersendakannya lagi. Ya, itu orang tua itu yang marah-marah kononnya ibu Dyana gagal mendidik anaknya supaya taat kepada UMNO.
Orang tua itu yang anaknya sendiri tidak jadi Ahli Parlimen UMNO, malah turun demonstrasi Bersih.
Orang tua ini dulu melawan hukum Tuhan, seolah-olah Tuhan ini kawan-kawan. Juak-juak dan balaci UMNO lupa kerana, seperti kata tok ketua itu dulu, ‘Melayu mudah lupa’.
Tetapi Dyana bukan Melayu macam Melayunya juak-juak UMNO. Dyana bukan Melayu ‘lima kupang’ seperti beberapa kerat Melayu yang lari menangis-menangis tinggalkan DAP kerana katanya tidak menghargai Melayu. Dyana bukan Melayu macam calon bebas Bukit Gelugor yang hari ini berguling-guling bawah kereta Lim Guan Eng setelah semalam meroyan menitis air mata kerana media tidak pedulikan dia.
Dyana tidak menentang hudud. Dyana membantah pelaksanaannya. Ada beza di situ. Siapa tidak nampak perbezaan ini ceroi sangat lah.

PRK Teluk Intan: UiTM bukan UMNO punya – Dyana

Apakah dengan menjadi mahasiswa Universiti Teknologi MARA, seseorang itu secara langsung menjadi ahli UMNO?
Itulah persoalan yang dilontarkan Dyana Sofya, calon DAP di pilihanraya kecil Teluk Intan, dalam responnya terhadap serangan daripada Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim.
Razali hari ini mencabar Dyana untuk menyatakan pendirian tentang Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), sebuah universiti yang menurutnya dimonopoli kaum bukan-Melayu, memandangkan wanita muda itu didakwa mengkritik dasar UiTM yang hanya menerima mahasiswa Melayu.
Malang bagi Razali, cabarannya itu dipatahkan oleh ahli jawatankuasa pusat MCA Gan Ping Sieu yang menyuruh Razali sebuah ‘buat kerja rumah’ kerana UTAR sebenarnya terbuka kepada semua kaum.
Dalam sebuah wawancara tahun lalu, Dyana mencadangkan supaya satu lagi institusi pengajian tinggi seperti UiTM ditubuhkan bagi memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan yang berhak mendapatpendidikan bermutu tanpa mengira kaum.
“Sewaktu belajar di UiTM, saya menyedari bahawa anak-anak pemimpin UMNO yang kaya mendapat tempat di UiTM.
“Walhal mereka yang lebih miskin namun berkelayakan tetapi tidak mempunyai pertalian dengan UMNO tidak mendapat tempat,” ujar Dyana dalam satu kenyataan.
Menurut Dyana lagi, peluang saksama kepada semua rakyat Malaysia yang berhak tidak bermakna bahawa orang Melayu akan dirompak.
Sebaliknya ia akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang lebih berhak tanpa mengira kaum, termasuk banyak anak Melayu yang tidak menyokong UMNO

PRK Teluk Intan: Lensa Kempen Hari Ke 2





PRK Teluk Intan: Dyana Mula Raih Undi

PRK Teluk Intan : Penyokong BN Bertindak Menyerang Anggota Polis

PRK Bukit Gelugor: Abu Backer Buat Kecoh Lagi...Gila Glamour Dah Calon Bebas Ni..!!!


PRK Bukit Gelugor: Calon bebas 'langgar' kereta Guan Eng

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan membuat kecoh di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini hanya untuk berjumpa Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Beliau yang menunggu di hadapan DUN sejak jam 12:30 tengah hari bertindak nekad menahan Lim yang mahu beredar dengan kereta kira-kira jam 2 petang.

Selepas 10 minit Backer yang dihalang oleh sekumpulan pengawal keselamatan DUN kemudiannya 'melanggar' kereta Mercedes Lim dan terus terbaring di atas jalan raya.

Hal ini menyebabkan kesesakan di Lebuh Light, di hadapan DUN.

Lim, pemandu dan pembantu peribadi beliau terus beredar tanpa turun dari kereta itu.

Abu Backer kemudian mendakwa dilanggar dan mengadu sakit di bahagian rusuk kanannya.

Ambulans tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.

Pembantu beliau memberitahu Malaysiakini beliau akan membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

Sebelum ini Abu Backer mendakwa Guan Eng enggan bertemu beliau walaupun beliau mencuba setiap hari sejak minggu lalu.

Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN.

"Tidak adil. Saya tak puas hati. Kenapa Ram boleh masuk dan saya tak?

"DAP kata mereka kerajaan berkebajikan. Saya calon. Kenapa susah sangat nak berjumpa ketua menteri saya?" kata beliau sebelum menahan kereta Lim.