Isnin, 19 Mei 2014

Lensa: Penamaan Calon PRK P.076 Teluk Intan - Part 4









BN, DAP submit their nomination forms

Thousands of Pakatan, BN supporters face off in Teluk Intan

Ramkarpal spotted as Dyana arrives at nomination center

PRK Teluk Intan: DAP Lawan BN, Bebas Tak Hadir....

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka pada 9 pagi ini di Sekolah Menengah Seri Perak di Teluk Intan.

Proses akan berlangsung selama sejam sebelum pusat penamaan calon ditutup pada 10 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding dalam PRK itu, sebelum 11 pagi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Salahudin Ayub ketuai jentera PAS di Teluk Intan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub akan mengetuai jentera PAS bagi membantu kempen DAP berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

"Beliau juga akan dibantu oleh jentera PAS Perak yang diketuai Pesuruhjaya (PAS Perak), Razman Zakaria.

"PAS akan memastikan calon Pakatan Rakyat daripada DAP menang pada PRK ini," katanya.

Sementara itu, hari ini berlangsungnya penamaan calon bagi PRK tersebut.

DAP mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofia Mohd Daud sebagai calon mereka.

Sebelum ini, bagi PRK Bukit Gelugor pula, PAS telah melantik timbalan presidennya Mohamad Sabu bagi mengetuai jentera PAS dengan dibantu jentera PAS Pulau Pinang.

PRK Teluk Intan: Wanita DAP minta Shahrizat cermin diri


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menghamburkan pelbagai tuduhan kepada calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan membuktikan pembunuhan karektor (character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa.
Ahli Parliamen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto (gambar) dalam satu kenyataan media berkata, sebahagian besar rakyat negara ini pastinya tidak menyenangi kata-kata kesat yang dihamburkan oleh Shahrizat yang semata-mata mahu menunjukkan kesetiaan kepada ‘tangan yang menyuap beliau’.
Menurut Kasthuri, tuduhan Sharizat kononnya beliau bersimpati kepada calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya kerana “menjadi alat dan boneka DAP” sekali lagi membuktikan pemimpin BN gemar mengeluarkan kenyataan lucu.
“Sebenarnya bukan Sharizat yang perlu bersimpati kepada Dyana malah rakyat Malaysia seharusnya bersimpati kepada Shahrizat dan menyatakan belas kasihan kerana beliau telah digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 tahun lalu,” tingkah Kasthuri.
Beliau menambah, Shahrizat seharusnya mengingati tarikh 8 April 2012 apabila beliau meletakkan jawatan sebagai senator dan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
“Hakikatnya Shahrizat bukan menjadi aset malah bebanan kepada Umno-BN, tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan  terbabit dalam salah satu skandal terbesar negara namun kemudian kembali menjawat jawatan kerajaan,” kata Kasthuri.
Beliau mempersoalkan mengapa Shahrizat tidak terpilih sebagai calon dalam PRU lalu atau diberi peluang untuk bertanding.
Setelah kalah di Lembah Pantai pada PRU 2008 di tangan calon muda Nurul Izzah Anwar, beliau telah dilantik penasihat khas kepada Perdana Menteri bagi wanita, keluarga dan hal ehwal pembangunan sosial.

Lensa: Penamaan Calon PRK P.076 Teluk Intan - Part 3







Lensa: Penamaan Calon PRK P.076 Teluk Intan - Part 2


 

PRK Teluk Intan: Selain perubahan imej, Dyana diharap mampu tenangkan perpecahan DAP Perak

Besar harapan yang diletakkan di bahu Dyana Sofya Mohd Daud.
Bukan saja DAP mahu Dyana menjadi wajah dalam pertarungan menentang politik berasaskan kaum, mereka juga berharap beliau dapat menjadi penawar kepada keretakan politik dalam DAP Perak, yang sehingga ada masanya, mengancam untuk memisahkan kepimpinan parti di negeri itu.
Satu pihak diketuai pasangan sepupu dan peguam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, sementara satu lagi membabitkan pemimpin lama yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat, N Kulasegaran.
Ngeh yang juga penasihat negeri dan Nga yang menjadi pengerusi sering dituduh oleh lawan mereka – iaitu selalunya tuduhan daripada ahli parti sendiri – mengendalikan pentadbiran parti negeri seperti “kawasan jajahan mereka sendiri”, akan tetapi kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Walaupun nama Dyana dicalonkan kepimpinan pusat, pasangan itu berpendapat Dyana akan membantu mengurangkan pengaruh musuh ketat mereka, Kulasegaran, sementara akar umbi di kawasan separuh bandar itu marah kerana parti tidak meletakkan anak tempatan sebagai calon.
Ini mungkin menjejaskan kemenangan mudah kepada kepimpinan DAP, tetapi ia juga berkemungkinan menjadi permulaan kepada keadaan DAP negeri yang lebih tenang.
“Kami tidak mahu kalah tetapi jika kalah, kami harap ia adalah bagi permulaan sesuatu yang lebih baik,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Sumber dalaman parti berkata, kem Ngeh-Nga mencadangkan pembantu Nga, Chong Ze Min sebagai calon kerusi itu manakala Kulasegaran menamakan penceramah popular Hew Kuan Yew.
Mungkin bimbang perpecahan di Perak semakin parah, Ketua Wanita DAP, Chong Eng mencadangkan nama Dyana dan beliau disokong oleh parti di peringkat negeri.
Keadaan itu boleh difahami kerana kepimpinan negeri akan menerima calon yang neutral.
Ramai maklum Nga dan Hew tidak sehaluan, yang menjadi antara punca pemerintahan singkat pakatan pembangkang di Perak pada 2009.
Bagaimanapun, Dyana berdepan dengan tugasan sukar di depannya.

Lensa: Penamaan Calon PRK P.076 Teluk Intan - Part 1









PRK Teluk Intan simbol politik baru negara

TELUK INTAN: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud dari kaum Melayu merupakan simbol politik baru negara ini.

Beliau yang turut hadir pada program pelancaran jentera Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan turut meminta agar Umno-BN menjadikan ia sebagai contoh untuk mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mahu semua bersatu padu dalam apa jua bentuk politik yang kita lakukan.

"Kita mahu politik yang baru, Dyana adalah contoh calon muda dan sepatutnya dia di sokong oleh Wanita Umno.

"Kenapa Umno perlu hina, kita percaya kepada pimpinan pemudi pemuda di Malaysia, mereka ada kualiti dan berkaliber untuk memimpin negara ini," ucap beliau.

Menurut Kit Siang, jika kepercayaan diberikan kepada pimpinan muda seperti Dyana, sejarah bakal tercipta pada 31 Mei nanti.

"Kita perlu letak kepercayaan untuk pemimpin muda, kita boleh cipta sejarah pada 31 Mei nanti.

PRK Teluk Intan: Pencalonan saya bukti Pakatan Rakyat martabatkan wanita – Dyana

TELUK INTAN: Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pencalonan beliau pada PRK kali ini membuktikan Pakatan Rakyat memartabatkan kaum wanita serta menghormati anak muda.

Beliau yang berucap pada pelancaran jentera Pakatan Rakyat di Kampung Bahagian turut menegaskan pencalonan beliau turut membuktikan bahawa DAP tidak mengamalkan politik perkauman seperti mana tuduhan Umno selama ini.

"Ini membuktikan dengan jelas, Pakatan Rakyat menaikkan martabat kaum wanita serta menghormati anak muda dan menolak politik perkauman," ucap beliau.

Beliau yang turut mencabar Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan calon wanita muda bagi mewakili Umno pada pilihan raya akan datang sebagai membuktikan parti itu menghormati kepimpinan anak muda.

"Shahrizat kata saya belum sedar, terima kasih atas nasihat beliau. Cuma saya nak tanya adakah beliau boleh meletakkan calon pimpinan anak muda yang sebaya dengan saya pada pilihan raya nanti.

"Kalau boleh lakukan mungkin saya boleh mendengar Shahrizat memberi nasihat lagi pada masa akan datang," sambung beliau.

Jadikan PRK Teluk Intan referendum rakyat

TELUK INTAN: PAS menyatakan pendirian untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada DAP bagi memastikan parti itu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada program pelancaran jentera Pakatan Rakyat menyatakan PAS akan mengerahkan seluruh jentera dari semua peringkat bagi membantu DAP mengekalkan kemenangan di kerusi Teluk Intan.

"Kami dari PAS akan bekerja kuat seperti kita yang bertanding, kita kerah seluruh tenaga untuk membantu DAP mengekalkan kerusi yang dimenangi sebelum ini.

"Di peringkat pusat mahupun negeri dan kawasan ini sendiri, kita akan bergabung bagi memastikan rakan kita DAP menang dan ini janji kita," ucap beliau.

Tambah beliau lagi, PRK kali ini perlu dijadikan satu referendum rakyat dalam membantah penyelewengan yang berlaku di negara ini terutamanya dalam soal ketirisan dan pembaziran.

"Kita kena jadikan PRK ini sebagai permulaan baru untuk kita mengambilalih Putrajaya, kita tahu BN melawan kita bukan dengan cara berhujah.

"Mereka akan guna pelbagai muslihat serta tuduhan, tetapi saya yakin pengundi Teluk Intan khususnya Melayu mulai sedar apa yang BN lakukan selama ini, mereka akan buat perubahan," sambung beliau lagi.

PRK Teluk Intan: Dyana, calon dan anak yang baik, tidak rugi mengundi beliau

Penyertaan Dyana Daud, sebagai calon DAP dalam pilihanraya Telok Intan memberikan banyak kesimpulan yang jelas. Saya adalah orangnya yang membawa Dyana hampir dan akhirnya menjadi calon DAP dan saya begitu bangga dengan kehadiran beliau dalam arena politik negara. Saya begitu rapat dengan ibu dan bapanya dan saya hampir secara peribadi mengenali dengan Dyana sejak Dyana masih dalam buaian lagi. Daud, bapanya, serta ibunya Yammi Samat adalah sahabat keluarga dan tidak pernah berpecah kerana keikhlasan keluarga ini bersahabat dengan keluarga saya.
Saya begitu bersukacita dengan pencalonan beliau itu kerana beliau mungkin dapat membersihkan nama DAP sebagai parti hanya untuk kaum Cina, malahan salah satu dari sebab kenapa DAP dan Pakatan tidak berjaya dalam pilihanraya yang lepas ialah kerana isu bangsa yang menjadi isu yang hangat semasa itu. PAS telah berhadapan dengan isu nama Allah yang disebut-sebut oleh rakan kongsinya DAP dan DAP pula telah menunjukkan sikap chauvinistik nya kerana apa yang digambarkan parti itu sebagai parti untuk semua bangsa tidak dilaksanakan oleh DAP semasa itu.
DAP hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen Melayu iaitu Ariff Sabri di Dewan Legislatif Parlimen. Jika kita semua iktiraf Zairil sebagai Melayu maka DAP hanya mempunyai dua orang wakil Melayu walaupun telah mengakui parti itu sebagai parti semua kaum. Nyata itu merupakan kudis bagi DAP dalam PRU yang akan datang kerana DAP telah berbohong dan tidak dapat membuktikan yang ia adalah sebenarnya parti berbilang kaum.
Dengan terpilihnya Dyana sebagai calon DAP di Telok Intan ini mungkin DAP secara beransur-ansur dapat membuktikan dan meyakinkan orang ramai yang kali ini DAP tidak berbohong lagi. Tetapi DAP hanya akan dapat membuktikan yang mereka serius untuk menjadikan parti itu sebagai parti berbilang kaum dalam PRU yang akan datang.
Saya merasakan yang Dyana akan memenangi PRK Telok Intan ini dan ramai yang menghubungi saya untuk memberikan undi menyokong Dyana secara moral untuk Dyana menjejak kaki ke Dewan Parlimen dan memainkan peranan untuk memperjuangkan 'multiracilism' sebenarnya dalam DAP itu.

Teluk Intan Bandar Menara Condong tiba-tiba sibuk…

Bandar Teluk Intan tiba-tiba sibuk!...Apakah ini kena mengena dengan Menara Condongnya? 
Teluk Intan sebenarnya sedang menggalas tugas mengendali sebuah pilihan raya kecil (PRK) - pergelutan antara calon BN dengan DAP bagi merebut sebuah kerusi Parlimen.
Kini, keadaan bandar di hilir Perak ini semakin rancak dengan persiapan untuk menghadapi hari penamaan calon hari ini.
Ketenangannya selama ini agak tergugat dengan jumlah kereta dan pengunjung yang tiba-tiba bertambah dengan mendadak hingga hampir kesemua hotel dan inap desa habis ditempah. 
Bandar yang terletak berhampiran Sungai Perak ini, yang pada kebiasannya sunyi selepas 9 malam, dengan tiba-tiba meriah dengan kehadiran pemimpin dan penyokong parti yang akan bertanding pada PRK ini.
Penyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) Amannullah Mustapha, 43, yang berasal dari Segamat, Johor dan pertama kali menjejaki bandar ini, berkata Teluk Intan kini sudah agak membangun.
Ia merupakan sebuah bandar cukup unik dan menarik, katanya.
Warga Pulau Pinang, S.Mohan Kumar, 29, yang ke Teluk Intan untuk membantu kempen calon DAP, tidak melepaskan peluang menaiki Menara Condong yang sering ditampilkan di ruang-ruang iklan untuk promosi program pelancongan.
Sementara itu, bagi penduduk tempatan Teluk Intan, kesesakan di bandar itu mula dirasai sejak minggu lepas dengan perayaan penganut Hindu, Cittirai Paurnami, yang berakhir semalam.
Bagi pekedai runcit Lim Ah Keong, 57, kesesakan di bandar itu amat dirasai sejak dua tiga hari ini apabila ramai penganut Hindu dari luar datang untuk perayaan tersebut.