Ahad, 18 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh turut sokong Dyana sebagai Calon DAP..

“Saya tetap ahli UMNO, saya tidak akan sekali-kali keluar UMNO, melainkan saya dipecat oleh UMNO,” kata Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Ipoh itu berkata, walaupun berlainan parti dengan anaknya, sebagai ibu, beliau wajib menyokong dan membantu Dyana Sofya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

Katanya, dengan memberi dan mencurahkan sokongan kepada calon DAP yang juga anaknya, ia tidak bermakna beliau belot kepada parti, malah UMNO harus faham hati seorang ibu.

"Tidak ada seorang pun ibu di dunia ini mahu melihat anaknya tidak berjaya. Saya mahu anak saya berjaya. Oleh itu, untuk pastikan dia berjaya, saya kena turut memberi sokongan dan membantunya.

“Kalau UMNO menganggap perbuatan saya ini melanggar etika parti, terpulang kepada mereka (UMNO) untuk mengambil tindakan. Yang penting, saya mesti tolong anak saya menang,” katanya.


Dyana Sofya, 27, seorang peguam muda dan juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang dipilih pucuk pimpinan DAP sebagai menjadi calon Melayu parti itu pada PRK Parlimen Teluk Intan melawan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Menurut Yammy, beliau tidak bersetuju jika dikatakan sebagai pembelot hanya kerana memberi sokongan kepada anaknya yang berlainan parti, kerana jika mengikut kategori belot, dalam UMNO sendiri pun tidak sedikit yang berbuat demikian.

PRK Teluk Intan: Kita Tukar Wadah, bukan Tukar Aqidah!

Esok malam saya bersama rakan2 lain akan berkempen di Teluk Intan. Saya nak beritahu si anu dari Pulau Pinang- hang jangan dok kata Dyana tak boleh dapat undi Melayu. Orang Melayu akan keluar menyokong Dyana Daud sebab fakta nya dia Melayu lah. Ada 38% pengundi Melayu di Teluk Intan. Jika mereka benar2 berjiwa Melayu bukan berjiwa UMNO- mereka akan sokong Dyana Daud. Sebab yang mereka sokong itu Melayu bangsa nya, Islam agama nya.
Saya gerenti ahli UMNO pun akan sokong Dyana Daud ini. Budak2 pemuda UMNO awal2 lagi kata mereka akan undi Dyana Daud. Ada yang sudah mencari nombor Dyana pun. Orang Cina pun yakin kepada orang Melayu, mengapa orang Melau sendiri tidak yakin pada bangsa nya? cakap Melayukan semua nya dahulu kan?
Memang benar- ibu Dyana ialah ahli UMNO dan masih UMNO pun. Yang orang UMNO hendak maki wa hamun, Yami Samat ini kenapa? Dia ibu kepada calun DAP ini. Sebagai ibu dia akan sokong anak nya. lain kali, dia akan sokong UMNO. Kali ini dia akan sokong anak. Itu pilihan dia. Dan dia bukan mengundi di Teluk Intan- jadi sokongan nya kepada anak nya sekadar sokongan moral. Berdosa orang UMNO jika menyuruh Yami Samat membuang anak nya. Dia mengundi di Ipoh. Calun UMNO bolehlah kempen untuk dapat undi nya.
Ada pemberitaan mengatakan, saya pun jadi MP ditempat majority nya Cina. Saya syorkan sebelum tulis baik buat sedikit research. Raub- majoriti pengundi nya Melayu. Melayu 49%, Cina 44% dan baki nya India dan orang Asli. Jika orang Melayu tidak keluar mengundi dan meyokong, tidak mungkin saya dapat majoriti yang sedikit lebih dari yang pernah di peroleh oleh Ng Yen Yen dalam tahun 2008. Melayu keluar menyokong calun yang mereka pilih kerana kerana mereka Melayu Malaysia, bukan Melayu UMNO.

Dyana di Teluk Intan: Sirih pulang ke gagang


Dyana_ww
Sejak beberapa hari lalu, nama Dyana Sofya tiba-tiba menjadi sebutan hampir semua media sebagai bakal calon untuk mempertahankan Parlimen Teluk Intan yang dimenangi DAP pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.
Desas-desus itu akhirnya menjadi hakikat apabila wanita yang menjadikan Muay Thai sebagai sukan kegemarannya itu dipilih sebagai calon dan namanya diumumkan sewaktu perasmian pusat pilihanraya DAP Teluk Intan, semalam.
Pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 tahun, yang berketurunan Mandailing untuk kerusi parlimen ini menghimbau sejarah awal Teluk Intan.
Teluk Intan dikatakan mendapat nama dari seorang wanita Mandailing iaitu Mak Intan, tokoh penaung kelompok pedagang pada penghujung abad ke-19. Cerita lisan beberapa penduduk di sini mengungkapkan bahawa pada suatu hari, Mak Intan bersama beberapa rakan-rakannya sedang mandi-manda dan bersuka-ria di teluk Sungai Perak, tidak semena-mena pacak intan yang dipakai di sanggulnya terjatuh ke dalam sungai dan hilang.
Dyana_ww2Sejak peristiwa itu, tempat itu mula diberi nama sebagai Teluk Mak Intan, sebelum bertukar nama kepada Telok Anson dan kini Teluk Intan.
Lahir 29 Disember 1987, Dyana adalah anak ketiga daripada empat adik-beradik. Anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan menerima ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 2010.
Di universiti, gadis ini aktif dalam aktiviti fakulti, termasuk menyertai Moot Club (‘kelab mahkamah’) UiTM dan Kelab Undang-Undang Alam Sekitar.
Kecenderungannya pada politik yang sememangnya bermula dari kecil lagi, beliau mengutip pengalaman daripada penglibatan ibunya secara giat dalam arena politik. Ibunya merupakan wanita pertama yang menjawat jawatan sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh Barat sebelum menyertai Semangat 46 pada tahun 1988 dan menyertai semula UMNO pada 1998.
Berselendang hitam dan berbaju kurung putih ketika ditemui di tingkat dua pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan, penampilannya itu cukup sopan dan sedikit-sebanyak mengingatkan saya kepada watak Maida dalam filem Ruma Maida yang ditulis Ayu Utami. Di tengah kerancakan persiapan kempen, beliau kelihatan tenang dan masih sempat bergurau-senda dengan beberapa pemimpin parti serta rakan-rakan.

PRK Teluk Intan: Kemenangan Dyana mampu buat BN mansuhkan GST

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong hari ini meramalkan kemenangan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mampu menyebabkan penangguhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Johor itu berkata, PRK Teluk Intan dilihat sebagai pertandingan paling sengit yang bakal dihadapi DAP namun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melakarkan kejayaan ia dapat memberikan impak ke atas situasi politik dan polisi ekonomi BN.
"Sekiranya DAP menang, maka BN terpaksa merombak pelbagai isu termasuk pelaksanaan GST, tetapi jika kita kalah, kesannya adalah sangat besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi penduduk Melayu yang tinggal di kawasan separuh bandar di Teluk Intan, kebanyakannya berpendapatan rendah dan akan terkesan dengan kenaikan harga minyak, elektrik dan pelaksanaan GST selain masalah kekurangan kerja di kalangan belia.
"Saya dapat meramalkan kemenangan Pakatan bermaksud Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa memikirkan dua kali berkenaan polisi ekonomi.
"Saya tidak akan terkejut sekiranya pelaksanaan GST akan dimansuhkan atau tidak dilakukan sekiranya Dyana menang di PRK," katanya.
Sehubungan itu, katanya, PRK Teluk Intan ini dilihat begitu penting apabila kemenangan PR akan menghantar satu lagi gelombang kepada kerusi separa bandar BN di selatan Kedah dan Perak serta utara Selangor dan Johor yang mempunyai persamaan dalam corak pengundi.
"PRK Teluk Intan merupakan petunjuk penting negara bagi Pilihan Raya Umum ke-14 dan referendum GST di mana ia perlu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia," katanya.

Teluk Intan by-election: How Dyana’s win may force BN to postpone GST

Liew Chin Tong


The Teluk Intan by-election is one of the toughest battles ever faced by DAP. But if Pakatan prevails, the by-election will have a huge impact on the national political scene and on Barisan Nasional’s economic policies.
If Pakatan-DAP emerges a victor, Barisan Nasional will have to go back to the drawing board on almost everything including GST. If Pakatan-DAP loses, the repercussions are huge.
Dyana Sofya Mohd Daud is fighting an uphill battle against a very strong opponent – the president of a BN component party, backed by the full brunt of UMNO-Barisan Nasional's financial war chest and government machinery.
We are worried about the outcome of the by-election but at the same time we are excited about the opportunity to chart a new future for Malaysia.
If Pakatan-DAP prevails on May 31, 2014 and increases its vote share among young Malays without losing much non-Malay support, UMNO-Barisan Nasional will have to be worried about all similar semi-urban seats in the South Perak-North Selangor belt.
The 2013 election was an urban tsunami that saw huge swings among all ethnic groups in favour of Pakatan Rakyat in urban centres but the waves stopped short at semi-urban areas due to lukewarm response from Malay voters in those seats.
On the Perak border, Barisan Nasional won P075 Bagan Datok with a 6% margin and P077 Tanjong Malim with 8%; and across the Selangor border, P096 Kuala Selangor and P093 Sungai Besar with 1% each respectively, and P92 Sabak Benam with a 5% margin.
A win by Dyana Sofya Mohd Daud with additional support from young Malay voters in this semi-urban seat while not losing Pakatan's existing support base means an immediate threat to the cluster of BN marginal seats in the South Perak-North Selangor belt.
It also means that semi-urban seats in Northern Johor such as Muar, Ledang, Sekijang, Segamat dan Labis are within sight of Pakatan Rakyat.
Southern Kedah also has a cluster of seats with a similar pattern.

Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera

Flight MH370 
SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.

Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.

MAS Didakwa Enggan Beri Kerjasama Berhubung Insiden MH370

Mh370 crew's kin grateful to Hisham

MAS unplugged 'lifeline', says MH370 crew's kin

'Tudung soal peribadi, ramai pemimpin juga tak pakai' - Dyana

Dyana nafi DAP peralatkannya pikat pengundi Melayu

DAP's Superman will campaign for Dyana

Dyana: Mah a tough opponent, but I'm not backing out

MH370: K'jaan Malaysia Didakwa Menipu, Inmarsat Nafi Kenyataan Hishamuddin


Inmarsat nafi dakwaan Hishammuddin bahawa ia tidak dedahkan data asal MH370

Syarikat satelit INMARSAT yang terlibat dalam memberi petunjuk laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 menafikan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa ia tidak menyerahkan data asal yang diperolehinya kepada pihak penyiasat.

Firma dari United Kingdom itu berkata semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.

“Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat,” kata naib presiden INMARSAT Chris McLaughlin dalam satu temubual dengan saluran berita CNN.

INMARSAT mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa data asal pesawat tersebut masih berada dalam tangan Inmarsat.

"Data asal itu tidak ada bersama pihak , Malaysia, Australia ataupun Malaysia Airlines. Ia berada bersama pihak INMARSAT dan hanya INMARSAT boleh mendedahkan data tersebut," kata Hishammuddin pada sidang media hari Khamis.

PRK Teluk Intan: Dyana, awek cun menggugat!

Izmil Amri

Malaysia selalunya dihidangkan dengan paparan ahli politik dalam beberapa keadaan yang jelik dan tidak menyelerakan. Rakyat selalunya tidak tertarik untuk mengenali sosok seseorang ahli politik kerana beberapa faktor. Mereka ini selalunya berusia pertengahan empat puluhan, sudah beranak-pinak, buncit dan juga mempunyai gaya serta fesyen yang memualkan.
Jarang sekali rakyat Malaysia menegakkan tempat duduk dan membuntangkan mata apabila melihat mana-mana ahli politik muncul ke tengah khalayak, apatah lagi sewaktu pilihanraya. Bagi banyak dari kalangan kita, ahli politik harusnya tua, punya pengalaman luas, duit berbakul-bakul dan sudah penuh lemak perut.
Ini selalunya kita lihat kedapatan di kalangan wanita UMNO, dengan tudung merah, gincu merah tebal dan baju kurung besar yang menyembunyikan tubuh yang kian gempal.
Secara tiba-tiba, budaya ahli politik buruk dan tidak menarik ini digugat sekali lagi dengan hadirnya seorang anak gadis Melayu yang dipertaruhkan DAP sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan.
Sebenarnya ini bukan pertama kali arena politik Malaysia menerima kehadiran ‘awek cun’ yang mendobrak dan menggawatkan keadaan. Sudah ada ramai ‘awek cun’ lain yang hadir meramaikan suasana hambar politik negara yang balik-balik berbicara soal rasuah, perkauman sempit dan hal-hal curi lembu.
Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal lembu juga pernah tewas di tangan seorang ‘awek cun’ di Lembah Pantai. Nurul Izzah Anwar hampir tidak perlu penat berkempen. Berdiri sahaja di pentas, orang ramai sudah bertepuk tangan dan membetulkan duduk mereka.
Poster kempen Nurul Izzah juga selalunya hilang dalam masa kurang 24 jam; dengan dawai pengikatnya sekali ghaib.
Sama halnya dengan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin. Dengan perawakan yang disebutnya sebagai ‘swag’, menantu Pak Lah ini menjadi kegilaan ramai anak gadis bertudung merah jambu yang berbondong-bondong isi borang Puteri UMNO.
Khairy turut menghadirkan kelainan ke dalam parti tersebut yang rata-rata dihuni pakcik-pakcik berperut buncit. Perut Khairy tidak begitu kelihatan dan kemas tersembunyi di balik baju batik Jawa yang digayakannya dengan seluar jeans.

PRK Teluk Intan: Di mana tempat anak muda berusia 27 tahun di dalam Umno?

BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang sangat mengkagumkan.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, walau apa pun hujah yang digunakan bagi memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi merupakah transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.
Berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang sering kali menyatakan ingin melakukan trasformasi dengan meletakkan calon berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, tidak pernah dipraktikkan.
“Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada Umno, Gerakan atau MIC,”
Tambahnya, malah jika ada yang meninggal atau meletakkan jawatan itu berbangsa Melayu, maka bangsa Melayu jugalah bakal penggantinya, dan jika bangsa Cina atau bangsa India pula yang pergi, yang menggantikannya juga dari kaum yang sama.
Jelasnya, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian walaupun banyak desakan dari akar umbi menuntut perubahan itu.
“BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama,” katanya.
Hal Ini jelas berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR), dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan.

PRK Teluk Intan: Dyana utamakan isu perpaduan kaum

Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud berkata beliau akan meletakkan usaha untuk membina perpaduan kaum sekiranya sebagai agenda utamanya jika berjaya dipilih mewakili parlimen Teluk Intan.

Dyana yang gemarkan cabaran itu berkata, beliau juga meletakkan isu penglibatan belia dan wanita sebagai keutamaannya.

"Jika saya terpilih, fokus saya berkaitan penglibatan belia dan isu kewanitaan. Tetapi daripada semuanya, hasrat terbesar saya adalah (membina) perpaduan kaum," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu mengakui beliau kurang berpengalaman dalam politik dan menghargai bantuan serta tunjuk ajar dari pemimpin utama DAP, termasuk dua MP parti tersebut, Tony Pua dan Teo Nie Ching.

"Saya ada pemimpin-pemimpin ini untuk membantu saya, mereka sentiasa bersiap siaga," katanya yang masih teruja apabila namanya dicalonkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

PRK Teluk Intan: DAP jangka berdepan saingan sengit

TELUK INTAN - DAP akan menghadapi saingan sengit dalam kempen PRK Parlimen Teluk Intan kerana memilih wanita Melayu muda sebagai calonnya.
  
Ketua Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mengakui parti itu mengambil risiko dengan mencalonkan peguam Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon untuk kerusi panas berkenaan.
  
Langkah itu bagi mengubah persepsi orang ramai dan membuktikan bahawa DAP sebuah parti yang tidak didominasi kaum Cina, katanya kepada pemberita selepas mengiringi Dyana Sofya, Setiausaha Politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang melakukan tinjauan mesra di pasar Pekan Baru, di sini hari ini.
  
Apabila ditanya sama ada gadis kelahiran Ipoh itu dijadikan sebagai bahan uji kaji bagi melihat sambutan orang ramai terhadap langkah parti itu mengubah imej menjadi sebuah parti berbilang kaum, Pua berkata: "Beliau bukan bahan uji kaji tetapi lebih kepada pelaburan parti bagi memastikan kelestariannya (DAP),".

"Kita (DAP) mungkin kehilangan peperangan (PRK) demi untuk memenangi peperangan (untuk menukar parti)," katanya.
  
Memandangkan calonnya tidak dikenali dalam kalangan pengundi Teluk Intan, Pua berkata DAP akan turun padang dan bertemu dengan pengundi melalui tinjauan mesra, perhimpunan dan dialog, dalam tempoh dua minggu ini.
   
"Ia bagi menjelaskan kepada pengundi bahawa rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, harus mengundi seorang anggota Parlimen (MP) berdasarkan prestasi dan keupayaan," katanya.
  
DAP memulakan kempen semalam sebaik mengumumkan Dyana Sofya, sebagai calonnya meskipun hari penamaan calon, esok.

I OWE UMNO NOTHING! Young & intelligent Dyana teaches old & passe Shahrizat a LESSON IN HONESTY & INTEGRITY

I am tickled that my candidacy by the DAP for the by-election of the parliamentary seat of Teluk Intan has immediately ruffled the feathers of Wanita UMNO and Puteri UMNO. The statement by the chief of Wanita UMNO Shahrizat Jalil that my candidacy is simply a show by the DAP is indicative of the failure of Wanita UMNO in promoting its own women members into positions of leadership in its party and in government.
Instead of lauding the DAP for the courage and the political will to field me, a young Malay woman in a seat traditionally contested by a Chinese representative from BN, Shahrizat Jalil has instead belittled me and the DAP.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she sympathized with Dyana Sofya as Dyana doesn’t realize that she is just being made used by DAP. “Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan” she said.
It is precisely this sort of negative attitude that originates from the crop of BN women leaders that has constantly robbed women of opportunities to lead in this nation.
The DAP honours women, both young and old, recognizing that women has to take on a bigger role in our government to bring about the much needed balance in male-female representation, and it does this by being bold enough to nominate more and more women candidates in every election. Women’s role in politics should not be confined to play the second fiddle, serving food and drinks to party workers and visiting voters in their houses dishing out goodies.
I have been in the party long enough to see for myself that the party values individual ability and character in its application of meritocracy, and not that of race, religion, region or gender.
The DAP has been consistently promoting youthful candidates regardless of race in elections – such as Teo Nie Ching and Liew Chin Tong in 2008, Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto and Alice Lau in 2013 as well as many others.
Shahrizat must learn from my mother

Sultan Mizan titah Terengganu sedia perancangan strategik daulatkan syariah


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (gambar) menyarankan kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa.
"Beta menyeru semua umat Islam di negeri ini bersatu padu kerana hanya dengan perpaduan sahaja akan mampu mengekalkan kekuasaan Islam di Terengganu," titah baginda ketika merasmikan sambutan tiga abad pentadbiran Islam di Kuala Terengganu, hari ini.
Baginda bertitah, institusi pentadbiran hal ehwal Islam sedang melalui proses penyusunan semula ke arah memperkasa pelaksanaan ajaran Islam dan maslahat ummah di negeri Terengganu.
Keberangkatan tiba Sultan Mizan bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh.
Program selama lima hari itu adalah inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dalam menyambut ulang tahun ke-300 pentadbiran Islam dengan kewujudan institusi kesultanan Terengganu yang bermula pada tahun 1708.
"Beta berharap sambutan ini dapat memaparkan sejarah perkembangan syiar Islam di Terengganu kepada seluruh rakyat jelata dan orang luar Terengganu," titah baginda. – Bernama

MH370: Waris dakwa MAS enggan kerjasama

MH370: Waris dakwa MAS enggan kerjasama 
 Maira Elizabeth Nari,Calvin Shim,Melanie Antonio,Jacquta Gonzales,Elaine Chew Oai Poh dan Lee Khim Fatt diantara ahli keluarga krew MH370 yang hadir membuat sidang media berkaitan isu MAS yang tidak menyalurkan perkembangan terkini terhadap nahas MH370. - Foro Sinar Harian AFIQ RAZALI
SUBANG - Keluarga krew pesawat MH370 mempersoalkan tindakan pihak MAS yang enggan memberikan kerjasama dalam  pengagihan maklumat serta perkembangan terbaru berkenaan dengan kehilangan pesawat terbabit.

Menurut suami kepada Christine Tan, Calvin Shim, hampir dua minggu lalu,  pihak MAS memaklumkan kepada  keluarga krew MH370 bahawa mereka harus berurusan dengan peguam syarikat MAS untuk sebarang pertanyaan termasuklah berita mengenai kehilangan pesawat tersebut.

Ianya menyebabkan mereka terpaksa mengupah seorang peguam mewakili  keluarga anak kapal MH370 untuk berurusan dengan peguam syarikat MAS.

"Kami kesal dengan layanan pihak MAS yang seolah-olah meminggirkan kami sebagai keluarga anak kapal MH370, kami ingin tahu maklumat dan perkembangan mengenai insiden ini, namun pihak langsung tidak memberi apa-apa maklumbalas kepada kami.

MAS ‘abai’ keluarga anak kapal MH370 yang minta bantuan guaman

Keluarga anak kapal pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berkata Malaysia Airlines (MAS) “mengabaikan” mereka kerana mereka bertemu dengan firma guaman asing untuk mendapatkan bantuan guaman. Keluarga tujuh daripada 12 anak kapal terbabit berkata, syarikat penerbangan negara itu menghantar emel dua hari lalu meminta mereka mengarahkan peguam untuk berurusan dengan pasukan undang-undang syarikat untuk semua permintaan berkaitan dengan pesawat yang masih belum ditemui itu.
Jacquita Gonzales, isteri kepada penyelia pesawat Patrick Francis Gomes, berkata emel terbaru dihantar lebih daripada seminggu selepas penjaga mereka diarahkan untuk berhenti menghubungi mereka.
“Kami tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi apabila saya tidak mendengar apa-apa daripada penjaga yang saya anggap sebagai kawan rapat selama dua hari, saya menghubunginya.
“Pada masa itu beliau beritahu saya mereka diarahkan berhenti menghubungi keluarga anak kapal,” kata Gonzales pada sidang media di Subang Jaya, Selangor, hari ini.
Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dalam perjalanan ke Beijing ketika ia hilang daripada radar awam ketika melintasi Laut China Selatan.
Radar tentera Malaysia mengesan pesawat itu berpatah balik kea rah barat hingga ia hilang daripada kawasan liputan di Laut Andaman.

PRK Teluk Intan: DAP gagal letak calon tempatan kerana krisis dalaman, kata MCA.....Tapi gagal letak calon BN di Bukit Gelugor tanda MCA nak berkubur...!!


Seorang Lagi Bekas Menteri BN Pakai Otak Kontot..!!
MCA hari ini berkata tindakan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kerana mereka gagal mencari calon tempatan.
Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata MCA turut melihat tindakan DAP meletakkan calon Melayu itu bagi menyelesaikan pertelingkahan dalam kalangan pemimpin tempatan yang berebut ingin menjadi calon PRK berkenaan.
"Dalam parti mereka (sendiri) berpuak-puak dan masing-masing berebut untuk jadi wakil rakyat, akhirnya (Penasihat parti) Lim Kit Siang menggunakan dakyah beliau untuk selesaikan masalah.
"Tapi rakyat Teluk Intan lebih pentingkan perubahan dan pembangunan, tidak mahu ambil tahu masalah dalaman DAP yang tidak dapat cari satu wakil rakyat yang baik dari Teluk Intan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Ibu Pejabat MCA Bandar Tun Razak dan Pusat Komuniti Masyarakat di Kuala Lumpur.
Dyana Sofya, 27, yang juga setiausaha politik Lim, diumum DAP sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi itu dalam PRK yang dijadualkan 31 Mei ini.

PRK Teluk Intan: Shahrizat adalah contoh bagaimana Umno mengecewakan wanita, kata Dyana Sofya


Calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dicium ibunya majlis majlis mengumumkan pencalonannya semalam. Gambar fail.Calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud dicium ibunya majlis majlis mengumumkan pencalonannya semalam. Gambar fail.Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyelar semula Datuk Seri Shahrizat Jalil, dengan berkata kenyataan memperkecilkan dirinya adalah bukti kegagalan Wanita Umno menaikkan wanita dalam politik.
“Kenyataan ketua Wanita Umno mengenai pencalonan saya sekadar wayang DAP adalah petunjuk kegagalan Wanita Umno menaikkan ahli wanita mereka ke kedudukan barisan kepimpinan dalam partinya dan kerajaan.
“Beliau sepatutnya memuji DAP kerana berani dan ada keinginan politik untuk meletak saya, seorang wanita Melayu muda di kerusi yang secara tradisinya ditandingi wakil Cina daripada Barisan Nasional, tetapi sebaliknya Shahrizat memperkecilkan saya dan DAP.
“Ini adalah sikap negatif yang diturunkan daripada barisan pemimpin wanita BN yang secara terus-terusan merompak peluang wanita untuk memimpin di negara ini,” kata Dyana dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Shahrizat melahirkan rasa kasihan kepada Dyana yang dikatakan tidak sedar beliau adalah boneka yang diperguna oleh DAP untuk merampas kuasa.
Tetapi, hari ini Dyana mempertikaikan kenyataan itu dan berkata DAP menghormati wanita dan mengiktiraf wanita perlu memegang jawatan lebih besar dalam kerajaan untuk memberi keseimbangan wakil lelaki dan wanita.

PRK Teluk Intan: Komitmen Dyana terhadap Bangsa Malaysia membimbangkan UMNO

KUALA LUMPUR, 18 MEI – Serangan UMNO terhadap Dyana Sofya, calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan, adalah tanda-tanda bahawa parti tersebut gerun untuk berdepan dengan beliau di Parlimen kelak.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mendakwa bahawa pencalonan Dyana hanyalah bersifat kosmetik dan anak gadis berusia 27 tahun itu dijadikan boneka DAP.
Mengulas komen tersebut, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Teresa Kok menyifatkan serangan Shahrizat tersebut sebagai serangan yang sememangnya biasa ditujukan terhadap orang Melayu yang menyertai DAP atau bertanding atas tiket parti ini.
“Namun UMNO pastinya gerun dengan dua sifat yang dipamerkan Dyana – keberanian beliau dan komitmennya untuk mengutamakan bangsa Malaysia,” ujar Teresa dalam satu kenyataan.
“Jika dilantik sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan, beliau pastinya akan menjadi antara Ahli Parlimen Pembangkang yang paling digeruni UMNO di Parlimen,” tambah Ahli Parlimen DAP Seputeh itu lagi.
Menurut beliau lagi, pertarungan melawan politik perkauman UMNO memerlukan momentum berterusan, maka kemenangan DAP di Teluk Intan adalah sangat penting.
“Kemenangan Dyana akan turut menjadi kemenangan bagi konsep Malaysian first” ujar Teresa lagi.

PRK Teluk Intan: Sikap pemimpin wanita BN rampas peluang wanita untuk memimpin kata Dyana Sofya


_DSC7060

TELUK INTAN, 18 MEI – Calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Teluk Intan Dyana Sofya menyatakan rasa kesal dengan tindakan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan kemampuan wanita.
Shahrizat dilaporkan berkata, “Kita semua tahu perjuangan DAP yang sebenarnya dan sebenarnya, saya amat kesian kepada Dyana Sofya yang sanggup membiarkan dirinya diperalatkan.”
Menurut Dyana, Shahrizat tidak seharusnya memperkecilkan kemampuan beliau untuk membezakan antara perjuangan BN dan DAP serta sebaliknya memuji DAP kerana mempunyai keberanian untuk meletakkan seorang wanita muda Melayu di kerusi yang biasanya ditandingi oleh pemimpin kaum Cina dari BN.
“Sikap negatif seperti ini yang selalu ditunjukkan oleh para pemimpin wanita BN telah menyebabkan kaum wanita terlepas peluang untuk memimpin negara ini,” ujar Dyana.
Berdasarkan pengalaman dalam DAP, Dyana yakin bahawa parti itu lebih mengiktiraf wanita dan meyakini kemampuan mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam pentadbiran negara.
“Jika saya memilih UMNO, pastilah saya tidak akan berada di kedudukan sekarang,” tambah beliau yang memilih untuk menyertai DAP pada tahun 2011.

PRK Teluk Intan: Raja Bomoh sokong calon Gerakan-BN.!!

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang memeluk mesra Ibrahim pada majlis perisytiharan calon BN di Teluk Intan.

TELUK INTAN: Kemunculan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong menarik perhatian ramai pihak.

Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac lalu dilapor Malaysiakini hadir untuk membantu kemenangan calon BN.

Selepas dirakam menjalankan ritual ditepi pantai dengan beberapa pembantunya untuk 'mencari' serpihan pesawat MH370, Ibrahim yang menetap di Perak dirakam hadir di lebuh raya utara-selatan arah utara untuk menghalau puaka yang diyakini beliau menjadi punca nahas mengorbankan Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pembantunya pada 17 April lalu.

"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.

Walaupun pemangku Ketua Gerakan Bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee mengakui pihaknya tidak menjemput Ibrahim, namun foto Raja Bomoh itu berpelukan mesra dengan  Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang disiarkan blog Omak Kau!!!!

Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara pada majlis itu dan hanya memerhatikan perjalanan majlis.-

PRK Teluk Intan: GERAKAN-BN Tertekan Bila DAP Umum Dyana Sebagai Calon

Dyana Sofya Mohd. Daud akan menjadi Ahli Parlimen wanita keturunan Melayu yang pertama dari DAP jika peguam muda tersebut berjaya menewaskan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, DAP pernah meletakkan wanita Melayu pada 1974 tetapi calon tersebut ditewaskan dalam pilihan raya.

Kor Ming berkata, kemenangan Dyana di Teluk Intan sekaligus akan menjadi peristiwa bersejarah dalam DAP.

"DAP pada kali ini mewujudkan kejutan dengan meletakkan seorang wanita Melayu untuk bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan," katanya.

Menurutnya lagi, pelantikan Dyana sebagai calon DAP semestinya merupakan sesuatu yang `gempak' di mana keadaannya tidak lain seperti Pas meletakkan calon keturunan Cina unuk bertanding.

"Sebelum ini, ramai yang mengatakan bahawa PRK Teluk Intan sebagai pilihan raya yang biasa. Dengan meletakkan Dyana, PRK Teluk Intan akan menjadi PRK luar biasa," katanya.

Sementara itu China Press melaporkan, keputusan DAP meletakkan Dyana sebagai calon telah memberi tekanan kepada Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber BN, keadaan itu akan menyebabkan persaingan sengit untuk undi Melayu yang menjadi perebutan BN dan DAP dalam PRK Teluk Intan.


"Pemimpin BN dijangka menambah kekuatan untuk berkempen di kawasan Melayu di Teluk Intan."

Kes saya lebih mudah dari kes Sosilawati dan Hussain Najadi kata Sanjeevan

Beliau masih hidup untuk memberi maklumat kepada polis hingga tertangkapnya suspek berbanding kes Sosilawati dan Hussain Ahmad Najadi. 

PETALING JAYA: Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan  (gambar) mendakwa beliau gagal mendapat keadilan bilamana kes ini akhirnya diklasifikasikan sebagai tidak ada tindakan lanjut (NFA).
Katanya, sepatutnya, kes tembak beliau ini lebih mudah diselesaikan kerana beliau masih hidup untuk memberi maklumat kepada polis hingga tertangkapnya suspek berbanding kes Sosilawati dan Hussain Ahmad Najadi.
sanjeevan“Lebih mendukacitakan lagi, ramai sahabat saya dan penyampai maklumat MyWatch yang ditahan kerana penyiasatan kes tembak saya lebih berkisar kepada penyiasatan mengenai apa yang dilakukan MyWatch dan rancangan masa depan MyWatch, bukannya penyiasatan untuk mencari suspek penembak,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Pada tarikh 2 Mei lalu, beliau telah menerima satu surat daripada IPD Jempol yang menyatakan bahawa siasatan kes tembak beliau pada 27 Julai 2013 yang lalu telah selesai dijalankan dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).
Dinyatakan alasan pihak polis menutup kes ini adalah kerana tiada pengecaman terhadap suspek yang menembak beliau tempoh hari.
“Saya sehingga hari ini optimis mengatakan bahawa kes tembak ini ada kaitannya dengan pendedahan jenayah dadah yang saya bongkarkan sebelum saya ditembak. Yang mana terdapat penglibatan pegawai kanan polis dalam sindiket dadah tersebut,” dakwanya.
Katanya lagi, suspek bermotorsikal yang menembak beliau dari jarak dekat memang bertujuan untuk “shoot to kill” dan bukannya semata-mata mahu memberi amaran.

PRK Teluk Intan: 'Shahrizat perlu belajar dari ibu saya' kata Dyana


 
Calon DAP untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menggesa ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil belajar daripada ibunya, Yammy Samat yang memberi sokongan kepadanya walau berbeza parti.

"Saya minta beliau belajar daripada ibu saya yang juga seorang anggota Umno tetapi menyedari bahawa pencalonan saya oleh DAP memberi peluang kepada wanita muda dalam politik, terutama wanita Melayu muda, yang sering terhalang dengan struktur kebapaan dalam Umno.

"Apa yang saya capai sekarang disebabkan oleh keluarga, ibu saya, dan kerja keras... dan keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya," kata Dyana dalam satu kenyataan hari ini.

Ibu Dyana, seorang anggota Umno, ketika hadir sebagai tanda sokongan kepada anaknya itu semasa pengumuman calon pilihan raya kecil tersebut semalam berkata kini tiba masanya untuk golongan muda memikul lebih bertanggungjawab.

Yammy merupakan wanita pertama yang menjadi setiausaha wanita Umno bahagian dan kini kekal menjadi anggota Umno di Ipoh.

Shahrizat semalam berkata beliau bersimpati dengan Dyana yang didakwanya diperalatkan oleh DAP dan menjadi "boneka" DAP.

Teresa Kok: Dyana will be a formidable MP

Umno is fearful of the Teluk Intan by-election candidate because of her courage and Malaysian-first commitment, says the Seputeh parliamentarian
PETALING JAYA: Seputeh MP Teresa Kok believes that Umno is frightened of DAP’s Teluk Intan by-election candidate Dyana Sofya Mohd Daud for her courage and her Malaysian-first commitment.
Kok was commenting on Umno Wanita chief Shahrizat Abdul Jalil who had claimed that Dyana was only a DAP puppet.
“Such line of attacks are typical of Umno against Malays who have joined DAP or contested in general elections as DAP candidates.
“If elected as the Teluk Intan MP, she will surely become one of the Opposition MPs whom Umno fears most in Parliament.
On Dyana who was labelled a traitor for suggesting a UiTM-type university to be set up to help needy non-Malays, Kok pointed out how Dyana had stood her ground and “roared like a tigress”.
“In her rebuttal, she pointed out that while UiTM had a noble objective, which is to help needy students, its purpose had changed over the years.”
Kok said that Umno has been able to maintain its Malay support by various ways such as unfair constituency delineation and manipulation of race politics.
“The battle against Umno’s politics of race and hence against Umno’s political power requires sustained momentum and a DAP victory in the Teluk Intan by-election is very important.
“Dyana’s victory will also be a victory for the Malaysian First concept,” said Kok.

Shahrizat an example of how Umno has failed women, says Dyana Sofya

Dyana Sofya Mohd Daud says that DAP‎ honoured all women instead of belittling their achievement. – The Malaysian Insider pic, May 18, 2014.  
Dyana Sofya Mohd Daud says that DAP‎ honoured all women instead of belittling their achievement. – The Malaysian Insider pic, May 18, 2014.

DAP's Teluk Intan candidate Dyana Sofya Mohd Daud ‎today hit back‎ at Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, saying that the ‎latter's belittling remarks against her were testament to Wanita Umno's failure to promote women in politics.
"The statement by Wanita Umno head Shahrizat Jalil that my candidacy is simply a show by the DAP is indicative of the failure of Wanita Umno in promoting its own members into positions of leadership in the party and in government.
"Instead of lauding DAP for the courage and the political will to field me, a young Malay woman in a seat traditionally contested by a Chinese representative from Barsian Nasional, Shahrizat Jalil has instead belittled me and DAP‎," Dyana said in a statement today.
‎"It is precisely this sort of negative attitude that originates from BN woman leaders that has constantly robbed women of opportunities to lead in this nation."
Yesterday, Shahrizat ‎expressed pity towards Dyana for allegedly being unaware that she was a puppet being used by the DAP to grab power.
‎But Dyana said today DAP‎ honoured all women and recognised that women had to take on a bigger role in the government to balance out male-female representation.

Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat PRK Teluk Intan & Ceramah Perdana 18-5-2014




Ini Harta Siapa Punya: UITM Ni UMNO@BN Yang Punya..!! Ramai Alumni UITM Gigit Tangan Tau...



PRK Teluk Intan: Polis Perak tubuhkan ‘pasukan cantas’, pastikan suasana aman


Polis Perak mengambil pelbagai langkah termasuk menubuhkan "pasukan cantas" bagi memastikan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung dalam suasana aman.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata peranan pasukan itu ialah memintas sebarang cubaan menimbulkan kekacauan oleh pihak tertentu.
"Semua 'pasukan cantas' ini digerakkan ke semua lokasi yang dikenal pasti," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini.
Katanya "pasuukan cantas" itu juga bertujuan mencegah kejadian jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap.
"Selain itu, pihak risikan Jabatan Siasatan Jenayah juga mendokumentasikan individu yang dikenal pasti terbabit dalam beberapa insiden pergaduhan semasa pilihan raya umum ke-13," katanya.
Menurut Acryl Sani, polis juga meningkatkan kehadiran dan rondaan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti.
Mengenai proses penamaan calon esok, beliau menasihati parti-parti bertanding agar mengingatkan penyokong masing-masing menjaga kelakuan dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Orang ramai juga dinasihati tidak menggunakan Jalan Changkat Jong yang dijangka dijadikan kawasan berhimpun calon dan penyokong parti-parti bertanding, katanya.
PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Penamaan calon ditetapkan esok, 19 Mei, manakala pengundian awal pada 27 Mei dan hari pengundian 31 Mei. – Bernama,

PRK Teluk Intan: BN Gagal Kemuka Calon Masa Depan, DAP Lebih Berani Untuk Generasi Baru

Sudahlah kawasan Parlimen Teluk Intan adalah kawasan DAP, BN pula gagal mengemuka calon yang punya peluang untuk menang.
Calon BN adalah Presiden Gerakan, calon yang ditolak pengundi kawasan itu bagi PRU-12 dan PRU-13. Memang beliau mantan MP kawasan itu, namun itu dahulu. Mantan MP tidak semestinya diberi peluang lagi. 
Melihat penolakan pengundi kepada calon itu, seharusnya BN peka, dan pada kali ini mengemukakan calon masa depan, bukan calon mengenang nostalgia.
Memang diakui, bahawa kemenangan seseorang calon bukan sepenuhnya terletak kepada unsur peribadi, melainkan parti yang diwakilinya. Akan tetapi melihat senario yang berkisar pada calon BN itu, beliau adalah calon yang ditolak, meskipun sebelum ini merupakan wakil rakyat kawasan itu.
Sekiranya BN mengemukakan seorang calon baru, mungkin penerimaan pengundi berlainan. 
Calon BN Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kong berdepan dengan calon muda DAP Dyana Sofya Daud.
Pencalonan Dyana memecah tradisi parti itu, yang selalunya mencalonkan calon kaum cina. 
Walaupun Dyana adalah melayu, atas dia adalah calon DAP, maka pengundi cina dijangka akan memberikan sokongan besar. 
Pada PRK kali ini, dijangka majoriti yang akan diperolehi Dyana akan mengatasi majoriti yang diperolehi mendiang Seah Leong Peng pada PRU-13 lalu, iaitu 7,313 semasa berdepan dengan calon yang sama.

PRK Teluk Intan: Dyana temui petugas pilihan raya PAS

TELUK INTAN: Tanpa mahu membuang masa, calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan,  Dyana Sofya Mohd Daud memulakan gerakan prakempen pilihan raya dengan bertemu para petugas Pakatan Rakyat.
Malam tadi, peguam lulusan Universiti Teknologi Mara berusia 27 tahun itu bertemu dengan para petugas jentera pilihan raya PAS Teluk Intan bagi memperkenalkan diri.
Pertemuan berlangsung di Markas Induk PRK PAS Kawasan Teluk Intan di kampung Padang Tembak, dekat sini.
Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Nie dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Anuar Sudin.
Dyana yang berbaju kurung dan berselendang hitam mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan sokongan yang ditunjukkan para aktivis PAS terhadap beliau.
Berjanji untuk terus memperjuangkan suara rakyat, beliau berikrar memberikan khidmat terbaik jika terpilih mewakili Teluk Intan ke Parlimen.
Dyana turut menghormati PAS yang dianggap sebagai parti yang telah lama berjuang untuk rakyat dan mempunyai ahli-ahli yang komited dengan perjuangan.

PRK Teluk Intan: Dyana hanya kosmetik DAP kata Wanita Umno.....BN dah habis komestik ker...!!!

 Dyana hanya kosmetik DAP
Bekas Menteri UMNO Yang Makin Dilupakan
GEORGETOWN – Pengumuman calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan yang dibuat semalam dianggap lakonan biasa oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya berasa  simpati dengan Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, kerana membiarkan dirinya diperalatkan.

“Pelantikan itu dianggap sekadar lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.

Razif: Saya bukan MB T'ganu sementara..!!


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menolak dakwaan beliau menjawat jawatan tersebut dalam tempoh sementara dan menafikan wujudnya sebarang perjanjian yang memerlukan beliau berundur apabila tiba masanya.

Sambil menegaskan perkara tersebut tidak timbul kerana tidak ada perjanjian seumpama itu seperti yang didakwa, Ahmad Razif berkata beliau juga tidak tahu menahu mengenai sebarang perjanjian berkaitan perkara itu.

"Saya bukan menteri besar sementara... Selagi khidmat saya diperlukan saya akan terus memberi yang terbaik sedaya upaya untuk rakyat, parti dan kerajaan negeri.

"Apa yang bakal berlaku pada masa depan kita tidak tahu, tetapi selepas saya diberi amanah dan kepercayaan yang tidak pernah saya duga ini, saya akan pikul dengan penuh rasa tanggungjawab. Itu janji saya," kata dalam wawancaranya dalam Berita Harian edisi mingguan hari ini.

Beliau menjawab soalan dalam akhbar bahasa Melayu itu berhubung dakwaan kononnya beliau hanya menjadi menteri besar sementara dan mungkin berdepan nasib yang sama seperti bekas menteri sebelum ini.

Menjawab soalan sama ada beliau bersedia untuk berundur daripada jawatan itu pada masanya, Ahmad Razif berkata beliau akan memberi khidmat terbaik selagi diperlukan sebagai menteri besar.

Menurutnya lagi, sama ada panjang atau pendek tempoh perkhidmatannya sebagai menteri besar merupakan kententuan Allah bukan ditentukan oleh manusia.

Laksana tugas sebaiknya

"Kita orang politik ini tidak ada masalah sebab apabila diberi tugas dan tanggungjawab, kita akan laksana dengan sebaiknya.

Krisis Terengganu angkara ‘Tok Dalang’, dakwa pengarang Utusan

Pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar hari ini mendakwa krisis  yang berlaku di Terengganu akibat daripada peralihan jawatan menteri besar di negeri itu berpunca daripada campur tangan “Tok Dalang”.
Kata Zulkiflee “Tok Dalang” tersebut yang begitu rancak merancang strategi memastikan pengunduran Datuk Seri Ahmad Said bukan sahaja menyebabkan tercetusnya krisis politik Umno di Terengganu malah mendedahkan parti itu dengan risiko kehilangan kuasa di Terengganu.
"Penulis difahamkan sepatutnya perubahan pucuk pimpinan kerajaan negeri Terengganu daripada Datuk Ahmad Said kepada Datuk Ahmad Razif Rahman berjalan lancar.
"Tiada sebarang kontroversi apatah lagi kemelut memandangkan Ahmad Said memahami perjanjian beliau lakukan dengan pucuk pimpinan parti," katanya seperti yang dipetik pada akhbar itu.
Tidak diketahui siapakah “Tok Dalang” yang dimaksudkan penulis Utusan itu.
Namun, seorang pegawai kanan Ahmad Said, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang mengetuai Terengganu Incorporated memohon bersara pilihan dan diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu dua hari selepas hari kejadian iaitu 14 Mei 2014.
Wan Ahamad dikatakan memohon bersara pilihan mulai 12 Ogos 2014.
Pada 12 Mei, Ahmad Said ditamatkan khidmat sebagai menteri besar Terengganu apabila menteri besar baru Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik.

Berhujah dengan pembaca lebih sesuai berbanding tindakan saman, kata peguam kepada Najib


Ancaman Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman Malaysiakini ekoran komen pembaca yang didakwa memfitnah itu adalah satu langkah yang mungkin menyusahkannya dan mendapat ejekan, kata pakar undang-undang.
Mereka berkata walaupun Najib mempunyai hak mempertahankan dirinya, langkah yang lebih sesuai adalah menerima tawaran Malaysiakini untuk menjawab dan berdiskusi dengan pembaca.
Peguam perlembagaan Edmund Bon (gambar) berkata, ia lebih baik kerana langkah itu hanya akan "memakan diri" kepada mana-mana ahli politik.
"Dalam era internet ini, ada positif dan negatif daripada maklum balas pembaca. Ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat. Oleh itu, mereka harus sudah menjangka akan terdedah kepada penilaian masyarakat. Berbanding mengambil tindakan saman, baik mereka membuat penjelasan dan memperbaiki tingkah laku mereka," katanya.
Malaysiakini melaporkan semalam Najib mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka atas penerbitan komen pembacanya berkenaan cara pengendalian beliau terhadap kebuntuan politik di Terengganu.
Portal berita itu berkata, tindakan undang-undang perdana menteri dimulakan atas kapasiti peribadi dan bersama dengan Umno melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Surat tuntutan dihantar dengan tangan kepada portal berita dalam talian itu pada Rabu lalu, yang menyatakan: "Komen dua pembaca dalam ruangan pembaca 'Yoursay’ yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu 'Kes PM tuai apa yang dia tanam' dan 'Berapa yang perlu Najib belanjakan untuk mengekalkan Terengganu?' adalah fitnah."
Mereka menuntut permohonan maaf tanpa syarat dalam tempoh 48 jam daripada pengeluaran surat dan penarikan balik artikel fitnah itu.
Bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata seperti mana-mana individu lain, Najib berhak mengambil tindakan untuk melindungi hak-hak undang-undangnya dan ia pernah berlaku di Singapura yang melibatkan perdana menteri republik itu.
"Bagaimanapun, terdapat persoalan sama ada beliau harus melakukan ini semasa menjadi perdana menteri yang melibatkan masanya yang berharga dan tenaga yang terganggu oleh apa-apa tindakan undang-undang tahap rendah.

‘Seseorang sedang sembunyikan sesuatu’, teori konspirasi baru MH370 Dr Mahathir


Dr Mahathir Mohamad menuntut Boeing menjelaskan ‘sistem pendaratan auto anti keganasan’ bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mei, 2014. 
Dr Mahathir Mohamad menuntut Boeing menjelaskan ‘sistem pendaratan auto anti keganasan’ bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Mei, 2014.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia Airlines (MAS) dan Malaysia bukan pihak yang patut dipersalahkan ekoran kehilangan pesawat MH370, tetapi menurut beliau, "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu."
Tanpa menyebut siapa seseorang itu, bagi beliau, dengan alasan tertentu, media tidak akan menyiarkan apa-apa melibatkan Boeing yang menjadi pembuat pesawat ini dan juga Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika.
Dr Mahathir berkata demikian dalam kolumnya Chedet hari ini.
Kenyataan Dr Mahathir ini membangkitkan teori baru konspirasi tentang kehilangan pesawat yang mendapat fokus seluruh dunia ini.
Sebelum ini, ketika Malaysia menghadapi krisis kewangan, Dr Mahathir juga mempunyai teorinya sendiri apabila mendakwa George Soros menyebabkan mata wang Malaysia jatuh merudum.
Dalam kes ini, Dr Mahathir berkata, apa yang naik pasti akan turun.
"Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas.
"Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tulis Dr Mahathir merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang kini sudah lebih dua bulan hilang.

Utusan UMNO kata Mkini ancam keselamatan negara



Satu tulisan dalam Mingguan Malaysia mendakwa portal Malaysiakini harus dikategori sebagai ancaman kepada keselamatan, antara lainnya kerana didakwa turut bersama dengan usaha menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Tulisan pengarang dalam pojok itu mendakwa, Malaysiakini tidak akan berhentu dairpada meneruskan usaha seperti itu.

“Pada Awang, Malaysiakini sudah boleh dikategorikan sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Buatlah kajian untuk melihat hakikatnya.

“Antara portal itu dan tentera siber, Red Bean Army milik parti pembangkang, tidak banyak bezanya. Sama bahaya,” tulisan dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu dipetik.

Ia seterusnya mendakwa, Malaysiakini berselindung di sebalik nama kebebasan bersuara dengan menyekat komen yang bersifat positif kepada kerajaan dan Umno.

“Reaksi pembaca dikawal dengna menyiarkan rata-rata komen yang menghentam, memburuk-buruk dan memfitnah kerajaan dan Umno, malah ke tahap menghina Islam, Raja-raja Melayu dan Melayu.

“Komen positif disekat, jika ada pun dilepaskan satu dua sahaja sekadar mengaburi mata,” kata pengarang itu lagi dalam tulisannya.

PRK Teluk Intan: Utusan UMNO kata Dyana akan kecewa, keluar DAP

Pengarang Mingguan Malaysia dalam tulisan pojok akhbar itu meramalkan pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan bertahan lama dan akan meninggalkan parti tersebut dalam penyesalan.

Tulisan pojok tersebut meramalkan demikian dengan menyebut nama beberapa tokoh Melayu, antara puluhan yang didakwa meninggalkan parti kerana “menyedari terpedaya” dengan agenda DAP.

“Seperti bekas ahli DAP Melayu lain, Awang percaya suatu hari inanti Dyana Sofya akan meninggalkan parti dengan dipukul rasa penyesalan.

“Biarlah saat ini dia dilambung-lambung oleh DAP sebelum terhempas ke lumpur yang ketika itu nanti sudah tiada harganya,” tulisan dalam akhbar milik Umno itu dipetik.

Stop attacking Dyana Sofya and focus on important issues, Guan Eng tells Umno

DAP secretary-general Lim Guan Eng introducing Dyana Sofya Mohd Daud yesterday as the party's candidate in the Teluk Intan by-election. He has urged Barisan Nasional to stop the personal attacks against Dyana and focus instead on issues that affect the people. – The Malaysian Insider pic, May 18, 2014. 
DAP secretary-general Lim Guan Eng introducing Dyana Sofya Mohd Daud yesterday as the party's candidate in the Teluk Intan by-election. He has urged Barisan Nasional to stop the personal attacks against Dyana and focus instead on issues that affect the people. – The Malaysian Insider pic, May 18, 2014.

The DAP has warned Umno to stop the personal attacks against the party’s Teluk Intan by-election candidate Dyana Sofya Mohd Daud.
DAP secretary-general Lim Guan Eng said real issues that matter – such as the people's livelihood, rising prices of goods, the fight against corruption, freedom and justice – should be the focus of the by-election campaign, not attacks against the party's young female lawyer.
He said attacks against the 27-year-old Perak-born lawyer, who is also the political aide of DAP stalwart and Gelang Patah MP Lim Kit Siang, had come not only from men but women as well, including Umno wanita chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat had said that Dyana had allowed herself to be used by the DAP to further its political agenda.
Lim said the DAP had taken a risk by fielding a Malay female candidate in a Chinese seat with 23,301 Malay voters (38.6%), 25,310 Chinese voters (41.9%) and 11,468 Indian voters (19%).
He said this was the first time in history the party had made such a decision.
"This is an effort by the DAP to demonstrate that the party fights for a Malaysian's Malaysia, unlike Barisan Nasional (BN) that is a race-based coalition.
"We are showing a Malaysian image, that Malay election candidates can speak up for the Chinese and that Chinese candidates can also speak up for the Malays.
"For the sake of inclusiveness, diversity, freedom and justice, and the focus on issues that matter to the people, we will take the risk... because the battle of the soul of Malaysia will be determined by the people," Lim said today.

PRK Teluk Intan: Calon DAP adalah ‘underdog’, kata Guan Eng

DAP mendakwa calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai "underdog" untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng (gambar) berkata pilihan raya ini bukan mengenai rupa atau sama ada calon merupakan anak tempatan ataupun tidak, tetapi penentunya adalah mengenai isu rakyat.
Beliau berkata punca pendapatan penduduk di Teluk Intan harus menjadi keutamaan dan Dyana mempunyai keupayaan untuk berkhidmat.
"Kami adalah 'underdog' berbanding calon BN di Teluk Intan tetapi kami akan terus berjuang dan mengubahnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di pasar Air Itam yang turut disertai calon DAP PKR Bukit Gelugor Ramkarpal Singh Deo di George Town hari ini.
Lim juga mendakwa Mah yang juga Presiden Gerakan seorang yang kaya sedangkan Dyana tidak, namun mempunyai keberanian untuk berjuang demi rakyat.
PRK Teluk Intan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Teluk Intan pesat membangun

TELUK INTAN - Teluk Intan adalah sebuah bandar lama di daerah Hilir Perak yang kini semakin pesat membangun.

Sinonim dengan sejarah Malaysia terutama zaman ketika pasca merdeka, bandar tersebut merupakan bandar pelabuhan utama bagi Negeri Perak pada zaman dahulu.

Berkeluasan 126.9 kilometer persegi dengan kepadatan seramai 100,000 penduduk, Teluk Intan dahulunya dikenali sebagai Teluk Mak Intan bagi mengenang sejarah awal penerokaan Teluk Intan oleh seorang janda cantik kaum Mandahiling yang bernama Mak Intan.

Teluk Mak Intan kemudian diubah kepada Teluk Anson sempena dengan nama pemangku Gabenor Negeri Selat, General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925) ketika British menjajah Tanah Melayu.

Atas cadangan dan perkenan DYMM Almarhum Sultan Idris II pada 1982, nama Teluk Anson dimansuhkan dan diganti dengan nama Teluk Intan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir orang lama terutama nya di Kampung Gajah masih menggunakan nama Teluk Ensen (Anson).

Secara geografi, kota itu didirikan di tebing Sungai Perak yang membentuk tasik ladam dan sering dilanda banjir meskipun terdapat pintu air dan sistem perparitan sejak dahulu

PRK Teluk Intan: Sokong calon DAP, ibu Dyana rela dipecat Umno

Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP Teluk Intan mendapat restu ibunya, Yammy Samat pemimpin akar umbi Umno. Katanya ibunya yang dilapor Roketkini.
“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.
“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
“Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan,”
“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.
“Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia,” ujarnya.
Akhbar Umno Mingguan Malaysia pula menyebut, Yammy menyifatkan DAP bakal berdepan risiko besar dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calon.
““Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu.
“”Dia orang muda dan bukan semua parti memberi peluang dan kepercayaan kepada generasi muda untuk berada di tempat sepertinya pada hari ini.
“Sebagai ibu, saya akan sentiasa berada di sampingnya,” kaya Yammy ketika mengiringi Dyana Sofya.
“Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,” kata ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat itu.

PRK Teluk Intan: Pemilihan Dyana Sofya tepat kata Prof Madya Dr Mohd Nor Mat Yazid

Keputusan DAP meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, pada PRK Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan tepat.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Nor Mat Yazid berkata, DAP juga dilihat menggunakan kaedah serampang dua mata apabila memilih calon Melayu bertanding kerusi itu.

“Bukan mudah DAP memilih calon Melayu. Dengan meletakkan Dyana di situ, pengundi Melayu akan turut menyumbangkan undi selain Cina yang sudah pasti memberi sokongan penuh kepada DAP.

“Teluk Intan boleh saya katakan sebagai kubu DAP kerana mereka menang dengan majoriti yang agak besar sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, walaupun kemungkinan Dyana masih hijau dalam arena politik, namun melihatkan kepada sokongan terkini, DAP mungkin dapat mengekalkan kerusi itu.

“DAP tidak akan sukar dapatkan undi walaupun terpaksa berdepan dengan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, namun orang Cina di kawasan itu pastinya mengundi calon DAP.

“Senario politik sekarang sangat berbeza, pengundi sekarang bukannya memilih calon berdasarkan pengalaman, sebaliknya mereka akan melihat kepada perjuangan parti, jadi soal pengalaman tidak jadi masalah,” katanya.

PRK Teluk Intan: Setiap calon punyai kelebihan

Penganalisis politik melihat situasi PRK Parlimen Teluk Intan sesuatu yang menarik apabila kedua-dua calon daripada PR dan BN mempunyai kelebihan tersendiri.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, DAP mempertaruhkan calon muda sementara Gerakan meletakkan calon berpengalaman untuk pertemuan kali ini.

“Sebab DAP memilih setiausaha politik kepada Lim Kit Siang (Dyana Sofya Mohd Daud) sebagai calon PR mungkin kerana mahu menarik pengundi muda dan memberi keyakinan kepada pengundi Melayu yang parti itu bukanlah parti Cina semata-mata.

“Gerakan pula memilih presidennya (Datuk Mah Siew Keong) sebagai calon BN disebabkan pengalamannya menjadi calon di kawasan itu sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Namun menurutnya, BN perlu menyusun strategi sebaiknya bagi memenangi PRK itu, agar mengelak kekalahan seterusnya dikritik kerana tidak dapat mengalahkan calon muda yang tiada kepentingan politik sebelum ini.

PRK Teluk Intan: Ibu terus sokong Dyana Sofya walaupun dicemuh.

Dyana Sofy  
Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.
TELUK INTAN - Walaupun dicemuh masyarakat, sebagai seorang ibu calon, Yammy Samat, 51, akan tetap berdiri teguh menyokong anaknya Dyana Sofya Mohd Daud.

Yammy berkata beliau tidak  akan ‘membuang’ anaknya, kerana perbezaan parti.

Anaknya meminta izinmenyertai DAP dan beliau memberikan kebebasan kepadanya untuk memilih mana-mana parti diminati kerana itu adalah hak peribadinya.

Menurutnya, beliau gembira kerana anak perempuannya itu diberikan kepercayaan oleh DAP sebagai calon dalam PRK .

“Saya terharu DAP memberi perhatian kepada kebolehan anak dan kalau parti saya sendiri, susah mahu memberikan peluang kepada calon berusia 27 tahun untuk bertanding dalam PRK.