Sabtu, 17 Mei 2014

Keberanian DAP Yang Tiada Pada BN

Siapa calon daripada BN dan PR yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, 31 Mei depan sudah pun diketahui. DAP yang mewakili PR telah pun memutuskan untuk meletakkan seorang yang masih muda, Dyana Sofya yang baru berusia 27 sebagai calonnya manakala BN yang diwakili Gerakan pula mengekalkan calonnya yang kecundang dalam pilihanraya umum lalu, Mah Siew Keong sebagai pilihannya.

Dalam pilihanraya umum lalu, calon DAP Seah Leong Peng telah menewaskan Mah Siew Keong dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 7,313 undi. Dengan masing-masing sudah mengumumkan calonnya, pilihanraya kecil ini bukan saja menjanjikan persaingan sengit, lebih penting daripada itu beberapa elemen menarik juga terserlah dalam pilihanraya ini.

Keputusan DAP menukar calonnnya daripada bangsa Cina kepada Melayu dalam pilihanraya kecil ini jelas suatu keberanian yang mengkagumkan. Apa pun hujah yang cuba digunakan untuk memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja untuk membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi juga merupakah suatu transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.

Berbanding BN yang sudah banyak kali mengeluarkan cadangan mahu menukar kebiasaan meletakkan calon daripada parti yang sama berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, malangnya ia tidak pernah dipraktikkan. Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada UMNO, Gerakan atau MIC.

Malah jika yang meninggal atau meletakkan jawatan itu Melayu, maka Melayu juga gantilah. Jika Cina atau India pula yang pergi, yang mengganti juga kaum yang sama.

Laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian. Walaupun banyak desakan akar umbi menuntut perubahan itu, BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama.

Ini jelas berbeza dengan PR. Dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan. Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah Melayu iaitu Dr Wan Azizah yang mengambil alih tempat Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk bertanding.

Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya.

PRK Teluk Intan: Raja Bomoh 1Malaysia muncul untuk 'restui' calon BN

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin hari ini muncul di majlis pengumuman calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk, dan mendakwa dia berada di sana untuk "merestui" calon BN Datuk Mah Siew Keong.

Ibrahim, yang menjadi terkenal selepas melakukan upacara di KLIA kononnya untuk membantu mencari pesawat MH370 yang hilang pada bulan Mac.

Anak kelahiran Perak, beliau juga telah melakukan upacara berhampiran
Kampar, Perak di mana bekas pemimpin DAP Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika perlu, saya akan membantu apa yang saya boleh untuk kemenangan calon BN," katanya kepada Malaysiakini, sambil mengakui tidak mendapat jemputan ke majlis tersebut.

Beliau memakai sut serta bertali leher, bersama tanda namanya dan pin 1Malaysia.

Bagaimanapun, pemangku ketua Gerakan bahagian Teluk Intan, Choo Weng Kee berkata BN tidak menjemput Ibrahim datang ke majlils tersebut.

"Kami tak nampak dia berada di sana, dan kami tidak tahu mengenai kehadirannya hari ini," katanya ringkas.

Ibrahim bagaimanapun tidak menjalankan sebarang upacara dengan Mah dan hanya memantau dari jauh.

PRK Teluk Intan: Dyana's Umno mom stands by her side

PRK Teluk Intan: Bomoh 1M'sia hadir majlis BN, ramal Mah menang

Mah calon BN di Teluk Intan, percaya dirinya 'handsome' untuk berdepan dengan gadis "cantik" dari DAP



TELUK INTAN BN telah menamakan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN untuk berdepan dengan calon muka baru DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Pencalonan veteran politik itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan petang ini.

Tempat pengumuman calon BN itu dibuat tidak jauh dari lokasi di mana DAP mengumumkan pencalonan Dyana tengahari tadi.

Anak tempatan, Mah memewakili Parlimen Teluk Intan antara tahun 1999 hingga 2008 sebelum tewas kepada calon DAP M Manogaran dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis.

Mah bertanding sekali lagi kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum 2013, tetapi kali ini tewas kepada calon DAP Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

Mah mendapat 20,086 undi manakala Seah memperolehi 27,399 undi, Manakala calon tunggal Bebas hanya mendapat 279 undi.

Kerusi Parlimen itu menjadi kosong selepas Seah meninggal dunia pada 1 Mei kerana menghidap kanser.

Pilihan raya kecil Teluk Intan menyaksikan pertembungan pemimpin politik veteran - Mah yang berusia 53 tahun - manakala muka baru dari DAP Dyana, 27, yang bertanding buat kali pertama.

Hari penamaan calon ditetapkan Isnin ini, manakala pengundian pada 31 Mei.

Mat Said power keropok lekor, Tok Him lebai Malang.

Orang yang paling malang di Malaysia ialah Ibrahim Ali. Mat Said keluar UMNO tidak sampai 24 jam, diterima semula masuk UMNO. Setahu saya kalau hendak masuk UMNO kembali,  kena bawa borang kemasukan kepada MKT . Setelah MKT bersidang, keputusan di buat. Boleh jadi, surat perletakan jawatan mat said tidak dikira surat rasmi. UMNO boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.
Tun Dr Mahathir Muhamad pun, tatkala masuk UMNO semula menyerahkan borang keahlian kepada Dato Najib. Agak nya, permohonan tersebut telah dibawa kepada MKT dan diperakui. Atau main kira terima sahajalah.
Ibrahim Ali pula sudah lakukan semua untuk membuktkan keUMNOan nya. Hentam pas sudah. Hentam Anwar pun sudah. Bahkan dia mendoakan supaya Anwar masuk jel secepat mungkin dan dia akan buat kenduri meraikan pengejelan Anwar.
Sudah bergelimpangan Tok Him lakukan segala nya- tarik baju, tarik rambut, berguling diatas lantai, namun UMNO tidak mahu terima. Tapi Tok Him masih mesra UMNO. Hanya UMNO tidak mesra Ibrahim Ali.
Mungkin kalau Tok Him nak masuk UMNO, borang nya terpaksa diperkakui oleh Persidangan Agung UMNO.
Sehingga Ibrahim menubuhkan PERKASA. Mengikut Ibahim, kalau tidak kerana PERKASA, UMNO akan kalah lagi teruk dalam PRU13. Perkara itu pun tidak diendahkan oleh UMNO.
Jadi lebih elok PERKASA tukar jadi parti politik dan lawan dengan UMNO untuk tahu siapa menjaguhi perjuangan orang Melayu.

Tarif TNB Naik : Bagi SUBSIDI untuk IPP boleh, nak bagi SUBSIDI untuk RAKYAT haram tak boleh..!!


  Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan", kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Bekas menteri kewangan berkata, walaupun subsidi barangan pengguna bukan cara terbaik menangani kos sara hidup yang tinggi, ia masih lagi dapat diterima.

"Perkara yang tidak boleh dimaafkan dan berdosa adalah betapa mudahnya pihak berkuasa memberikan subsidi kepada pembekal tenaga nasional, pembekal tenaga bebas, dan organisasi bukan berkaitan tenaga yang lain.

"Yang menyedihkan adalah sewaktu pembekal tenaga ini berterusan menikmati harga petrol disubsidi, petroleum kepada pengguna - yang didakwa menelan belanja RM14 bilion pada tahun 2011 di pihak kerajaan - dihentikan sebahagiannya baru-baru ini," kata Tengku Razaleigh di ibu kota semalam.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran buku Malaysia Kaya Rakyat Miskin tulisan Anas Alam Faizli yang mengulas tentang tenaga, ekonomi, dan sistem pendidikan Malaysia.

MH370: Inmarsat nafi selindung maklumat

Syarikat satelit Inmarsat menolak dakwaan pihak kerajaan Malaysia bahawa pihaknya tidak menyerahkan data asal yang diperoleh kepada pasukan penyiasat yang terlibat dalam siasatan kehilangan pesawat MH370.

Naib Presiden Inmarsat United Kingdom, Chris McLaughlin berkata, semua data asal telah diserahkan kepada pihak berkuasa sejak awal lagi.

“Kami telah kongsikan segala maklumat yang kami ada dan bagaimana atau bila maklumat tersebut didedahkan terpulang kepada pihak penyiasat.”

“Kami amat yakin terhadap analisis data ini yang juga telah dikaji oleh pasukan penyiasat rasmi,” katanya dalam satu temubual dengan saluran berita CNN.

Dalam pada itu, ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370 terus menggesa kerajaan Malaysia mendapatkan data asal yang belum diproses daripada Inmarsat supaya data itu dapat dikongsi bagi membolehkan ianya dianalisis oleh pakar-pakar penerbangan.

Rakyat tidak terbeban jika TNB henti beli elektrik IPP

syed husin ali 01SHAH ALAM, 17 MEI: Rakyat di negara ini tidak perlu berdepan kenaikan tarif elektrik yang melampau jika Kerajaan Pusat menamatkan perjanjian yang memerlukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli elektrik dengan harga tinggi daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali, berkata IPP memperoleh sekurang-kurangnya RM20 bilion subsidi daripada kerajaan dengan tujuan ‘melindungi’ dan ‘menyelamatkan’ syarikat itu.
Katanya, ekoran itu TNB ‘dipaksa’ membeli bekalan elektrik daripada syarikat berkenaan walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi dan akan membebankan rakyat.
“Najib (Datuk Seri Najib Razak) kata dia tiada pilihan melainkan terpaksa naikkan tarif elektrik. Jika kerajaan hentikan TNB daripada beli mahal (elektrik) dengan IPP tentu harga tidak perlu naik.
“Memang ingin selamatkan IPP yang dapat subsidi RM20 bilion sebab kalau ikut perjanjian yang Tun Mahathir buat, TNB kena beli eletrik mahal daripada IPP. Rugilah. Rakyat beban!” kata Syed Husin di twitternya.

PRK Bukit Gelugor: Mohamed Nabi Bux tetap bertegas beliau adalah ahli PAS


Calon Bebas PRK Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar tetap bertegas beliau adalah ahli PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.Calon Bebas PRK Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar tetap bertegas beliau adalah ahli PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar tetap menegaskan beliau adalah ahli PAS dan percaya pemimpin parti itu enggan mengakuinya kerana takut penyokong PAS di kawasan berkenaan menyokongnya.
Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau tidak kisah dengan penafian keanggotaannya oleh pemimpin tertinggi PAS kerana mempunyai bukti yang sahih dan jelas beliau adalah ahli parti itu.
"Saya ada baca dalam akhbar hari ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali masih menafikan keahlian saya. Memang sedih tetapi saya sebenarnya percaya pemimpin tertinggi parti itu sekarang ini sudah melatah dan takut mengakuinya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen di Flat Kampung Melayu, Air Itam di George Town, hari ini.

BN perlu berhati-hati, kedudukan Terengganu rapuh, kata Ahmad Said


Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (dua dari kanan) kelihatan gembira menyambut tetamu pada majlis perkahwinan anaknya hari ini di Kuala Terengganu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Mei, 2014.Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (dua dari kanan) kelihatan gembira menyambut tetamu pada majlis perkahwinan anaknya hari ini di Kemaman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Mei, 2014.Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) untuk lebih berhati-hati mengendalikan kerajaan negeri itu kerana ia rapuh.
Ahmad yang ditemui di kediamannya pada majlis perkahwinan anak perempuannya di Kemaman, Terengganu berkata, dalam tempoh empat tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pelbagai perkara boleh berlaku kepada negeri itu.
"Keadaan politik Terengganu rapuh, uruskan dengan cermat, macam-macam boleh berlaku dalam empat tahun," katanya kepada pemberita.
Ketika ditanya maksud "rapuh" yang dikatakannya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal itu hanya berkata:"Kamu pemberita, sepatutnya kamu tahu, (kedudukan kerusi) 15:17."
BN kini memiliki 17 daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, dengan baki 15 lagi menjadi milik Pakatan Rakyat (PR).
Tindakan Ahmad bersama Adun Bukit Besi, Roslee Daud dan Adun Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan diri menjadi Adun Bebas memberikan risiko BN kehilangan Terengganu pada 13 Mei lalu.
"Kalau kita bawa barang dalam kapal terbang, barang itu rapuh, kita perlu balut betul-betul, dan letakkan pelekat 'mudah pecah',” katanya.

Pengerusi PAC cadang Putrajaya jual kepentingannya dalam MAS


Malaysia Airlines mengalami kerugian berganda susulan kejadian malang kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Malaysia Airlines mengalami kerugian berganda susulan kejadian malang kehilangan MH370 sejak 8 Mac lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini berkata Putrajaya patut pertimbang untuk menjual kepentingannya dalam Malaysia Airlines (MAS) dan membuka syarikat penerbangan kebangsaan itu kepada pelabur asing, walaupun syarikat itu berusaha sedaya upaya untuk bertahan di sebalik bayang krisis MH370.
Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, baru-baru ini berkata kerajaan “memasukkan duit” ke dalam MAS menerusi bon daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Pada tahun 1990-an, kerajaan cuba menswastakan MAS tetapi syarikat itu berdepan masalah kewangan dan kerajaan terpaksa membantu.
“Sekarang MAS berdepan masalah besar susulan isu MH370 dan kerajaan patut pertimbang semula kepentingannya dalam syarikat itu untuk memastikan ia terus bertahan,” katanya dipetik daripada Star Online hari ini, merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac dengan 239 penumpang.

PRK Teluk Intan: Dyana mahu runtuhkan tembok perkauman untuk membina politik baharu

Dyana Sofya Mohd Daud 2013TELUK INTAN 17 MEI: Calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.
“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.
“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.
“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.
Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti, lapor Harakahdaily.
Dyana, 27 ialah Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan menyertai DAP pada 2012.
Lulusan sarjana muda undang-undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), pencalonan Dyana dianggap pemerhati politik sebagai usaha DAP mengikis imej chauvinis kaum yang cuba dipalitkan lawan politik parti kerabat Pakatan Rakyat itu.

PRK Teluk Intan: Tolak politik perkauman, perkukuh semangat kekitaan – Dyana Sofya

TELUK INTAN, 17 MEI: “Saya menentang politik perkauman dan memegang teguh pada prinsip semangat kekitaan,” kata calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud.
Dalam sidang media yang diadakan di pusat operasi pilihanraya PRK Teluk Intan selepas diumumkan sebagai calon hari ini, Dyana menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai persamaan yang mendalam berbanding perbezaan-perbezaan dangkal.
“Saya ingin supaya semua rakyat lebih memahami antara satu sama lain. Tembok perkauman mesti dirobohkan, barulah sebuah bangsa Malaysia boleh dilahirkan.
“Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya pastinya menjulang tinggi dua unsur ini. Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai kedudukan istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan dipertahankan DAP,” jelasnya,
Tambah graduan undang-undang UiTM itu lagi, sebagai calon generasi muda beliau juga mendukung amalan politik baru.
Beliau mengemukakan teh tarik yang digemari oleh semua kaum di Malaysia sebagai perlambangan bagi unsur-unsur yang menyatukan masyarakat.
“Marilah bersama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, orang Malaysia,” ujarnya.

PRK Teluk Intan: BN tandus calon, terpaksa namakan Presiden Gerakan untuk bertanding kali ke 5

Mah Siew Keong 
TELUK INTAN - Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dipilih sebagai calon BN bagi PRK Teluk Intan.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dalam satu program di Rumah Rehat Teluk Intan, di sini.

Ia sekaligus menutup spekulasi kononnya BN akan mengikut jejak langkah DAP untuk meletakkan calon Melayu pada PRK Teluk Intan kali ini.

Tarif elektrik naik lagi, cara ‘baik’ tampung hutang negara

1yahya-1024x460SHAH ALAM, 17 MEI: Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan baru-baru ini dilihat satu keperluan bagi menampung hutang negara yang semakin melonjak.
Pengerusi Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri, berkata kerajaan terpaksa mencari sumber bagi menampung hutang negara yang melonjak.
Katanya, dengan kenaikan tarif elektrik ia boleh membantu kutipan bulanan dengan lebih cepat.
“Jika hendak harapkan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia lambat lagi dilaksanakan. Jadi dengan cara ini, ia lebih cepat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Yahya berkata, kerajaan juga terpaksa menampung kos pencarian pesawat MH370 yang masih hilang ketika ini, selain hutang negara yang meningkat.
“Kita juga tidak tahu kos sebenar pencarian MH370 yang masih menjadi teka-teki,” katanya.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, yang mendakwa tarif elektrik naik demi masa depan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan negara, Yahya menyifatkan Najib sepatutnya meletakkan jawatan kerana ia bukan satu alasan yang kukuh.

Mkini nafi dakwaan enggan terima notis tuntutan PM

Malaysiakini menafikan laporan oleh media milik Umno bahawa portal berita itu enggan menerima notis tuntutan berkaitan dengan dakwaan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno.
                            
Surat tuntutan itu diserahkan kepada portal berita tersebut pada hari Khamis melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak berhubung komen enam pembaca Malaysiakini dalam dua artikel 'Yoursay' yang diterbitkan oleh lamanweb itu.

Wakil firma guaman itu, Raihanah Ariffin kemudiannya dipetik oleh Umno Online sebagai menuduh Malaysiakini pada mulanya berkeras tidak mahu menerima notis tuntutan itu apabila mahu diserahkan di pejabatnya di Bangsar Utama.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan (kiri) berkata  dakwaan Raihanah itu tidak benar sama sekali dan lamanweb itu telah membangkitkan perkara itu dalam jawapan rasminya kepada surat tuntutan tersebut, yang dihantar kepada firma guaman Najib semalam.

"Pengurus hal-ehwal undang-undang kami, apabila bertemu dengan Raihanah, memintanya menunggu sekejap supaya surat tuntutan itu dapat ditunjukkan kepada mereka yang dialamatkannya," kata Gan.

"Terdapat tiga pucuk surat - satu kepada Malaysiakini dan dua lagi kepada saya sebagai ketua pengarang kumpulan dan Fathi Aris Omar, sebagai ketua pengarang.

"Setelah meminta Raihanah menunggu di kaunter penyambut tetamu pejabat, pengurus halehwal undang-undang kami naik ke tingkat atas di mana bilik berita terletak, untuk memaklumkannya kepada saya dan Fathi.
 

PRK Teluk Intan: Ibu restui Dyana Sofya dan puji keberanian DAP bawa perubahan

_DSC7248
TELUK INTAN, 17 MEI: Pencalonan Dyana Sofya membuktikan DAP berpegang teguh pada prinsip kepelbagaian untuk semua, kata Puan Yammy Samat, ibu kepada calon DAP untuk Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) Teluk Intan.
“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.
“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
“Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan,” katanya ketika ditemui di pusat operasi pilihanraya DAP disini.
Beliau turut menyeru warga Teluk Intan terutama golongan veteran supaya berfikir berulang-kali sebelum mengundi.
“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.
“Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia,” ujarnya.
Dyana Sofya, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP-Pakatan Rakyat tengahari tadi untuk menghadapi PRK Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei nanti berikutan kematian wakil rakyat sebelum ini, Seah Leong Peng, pada 1 Mei lalu.

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya Calon Generasi Muda Untuk Politik Baharu






Dyana Sofya yang merupakan seorang peguam berkata cabaran yang akan dihadapinya akan lebih hebat dan ia akan mendewasakan perjuangan demokrasi yang dijunjungnya selama ini.

"Malaysia memerlukan politik baharu dan meninggalkan politik perkauman. Saya memilih untuk ikut haluan serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik," kata Dyana Sofya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak dan lulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu berkata sebagai calon muda beliau sentiasa menyokong amalan politik baharu yang melampaui benteng perkauman.

"Ibarat minuman teh tarik yang tidak mengenal sempadan warna, umur dan segala-galanya, teh tarik terus digemari seluruh rakyat Malaysia. Begitulah perjuangan kita di tanah air tercinta, bersama-sama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, rakyat Malaysia," katanya.

PRK Teluk Intan: Ucapan Sulung Dyana Sofya Selepas Diumumkan Calon DAP

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya, dari keluarga UMNO kepada bintang muda DAP


Ulang Siar WAWANCARA Malaysia Kini Pada 1.Sept.2103
 
Bertempat di lobi sebuah hotel, Dyana Sofya Mohd Daud bersiap sedia untuk diwawancara selepas seharian berkunjung ke rumah-rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di sekitar Johor Bahru.

Mengenakan baju kurung merah hati dihiasi kerongsang berwarna keemasan, Dyana sebenarnya baru selesai memenuhi jemputan rumah terbuka mewakili majikannya, Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

NONEBerasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu.

Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.

"Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.

"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

'Emak saya masih Umno'

Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan.  

Walaupun kini bergerak bersama DAP, Dyana sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang aktif di dalam Umno.

NONE"Emak saya masih lagi ahli Umno sehingga sekarang. Beliau adalah setiausaha bahagian wanita yang pertama di Malaysia. Malah, bapa saudara-bapa saudara saya juga terlibat dalam politik (Umno).

"Mereka akan berbincang tentang politik sewaktu perjumpaan keluarga. Saya dengar cerita-cerita mereka dan saya membesar dengan cerita-cerita itu," katanya.

Ditanya tentang reaksi ibunya sewaktu beliau melahirkan hasrat menjadi ahli DAP, Dyana berkata ibunya bersikap memahami dan merestui pilihan beliau.

"Kata ibu kalau itu perkara yang kita percaya, lakukan sahaja kerana kadang-kala elok juga untuk kita melawan arus bagi membuat satu kenyataan," kata peguam muda itu yang mempunyai firma guaman di Cyberjaya.

Stigma curiga DAP


Ops cantas khas pantau perjudian PRK Bukit Gelugor

Kegiatan pertaruhan 'siapa yang akan menang' pada pilihan raya pernah berlaku dan polis sentiasa memantau keadaan itu.

Bukit GelugorGEORGE TOWN:  Polis menubuhkan pasukan Ops Cantas Khas untuk memantau aktiviti perjudian sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata kegiatan pertaruhan ‘siapa yang akan menang’ pada pilihan raya pernah berlaku dan polis sentiasa memantau keadaan itu.
“Kami memantau setiap apa yang berlaku semasa pilihan raya dan satu daripada pengalaman kami dahulu ialah perkara sedemikian rupa (perjudian bertaruh siapa yang menang).
“Sekiranya ada bukti yang nyata kami akan membuat serbuan-serbuan tertentu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar sama, berkata lapan laporan polis berhubung pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diterima setakat ini dan dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 24A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
`Dua kertas siasatan dibuka’
“Dua kertas siasatan yang dibuka membabitkan kes perkauman dan kes parti membawa alat muzik semasa proses penamaan calon,” katanya.

PRK Teluk Intan: MIC yakin raih 70 peratus undi India dan memberikan kemenangan besar kepada BN.

Datuk Seri G. Palanivel 
TELUK INTAN - MIC yakin memperoleh 70 peratus undi masyarakat India pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini, sekali gus memberi kemenangan besar kepada BN.
  
Presidennya Datuk Seri G. Palanivel berkata MIC akan berdepan dengan pengundi India di kawasan taman perumahan dan ladang khususnya untuk menarik sokongan kaum itu kepada BN.
  
"Di sini (Teluk Intan) kita mempunyai 20 peratus pengundi India, Melayu 37 peratus... kita yakin pengundi India akan meningkat untuk beri sokongan kepada BN," katanya.
  
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada pelajar India dan Anugerah Kecemerlangan 2013 peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia di sini hari ini.
  

PRK Bukit Gelugor: 'Jangan ambil maknanya secara literal' - Ramkarpal

BUKIT GELUGOR Calon DAP di Bukit Gelugor Bukit Ramkarpal Singh berkata makna tulisan 'Saya Karpal Singh' pada banner dan poster DAP tidak seharusnya diambil secara 'literal'.

"Jangan ambil secara literal, apa yang kita mahu ialah supaya rakyat meneruskan semangat itu dan supaya mereka tahu bahawa kami akan meneruskan perjuangan Karpal," kata Ramkarpal selepas menghadiri gotong-royong di Desa Mawar, Air Itam pagi ini.

"Semua orang kata mereka adalah Karpal Singh tetapi sebenarnya
tiada siapa pun yang boleh jadi beliau, hanya ada seorang Karpal Singh," kata anak ketiga mending MP Bukit Gelugor itu.

Ramkarpal merujuk kepada aduan calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar yang menggesa majlis tempatan supaya tidak mengamalkan 'double standard' apabila merampas sepanduknya "Hudud di Pulau Pinang 2020'.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas sepanduk Mohamed Nabi Bux kerana memaparkan lambang negeri Pulau Pinang, yang menyalahi undang-undang, kerana beliau didakwa tidak mendapat sebarang kebenaran untuk menggunakannya.

Calon bebas itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya turut bertindak terhadap sepanduk DAP 'Saya Karpal Singh'.

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya tekad robohkan tembok perkauman dan membawa obor generasi muda

TELUK INTAN - DAP hari ini mengumumkan Setiausaha Politik kepada anggota Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu semasa perasmian Pusat Operasi Utama PRK Teluk Intan di sini.

Lim dalam ucapannya berkata: "Jawatankuasa membuat keputusan memilih Dyana Sofya sebagai calon berdasarkan tiga sebab iaitu sudah tiba masanya untuk pilih orang muda, memberi peluang kepada golongan wanita untuk kesaksamaan gender dan mahu tonjolkan prinsip DAP yang berbilang bangsa."

Sementara itu Dyana Sofya yang merupakan seorang peguam berkata cabaran yang akan dihadapinya akan lebih hebat dan ia akan mendewasakan perjuangan demokrasi yang dijunjungnya selama ini.

"Malaysia memerlukan politik baharu dan meninggalkan politik perkauman. Saya memilih untuk ikut haluan serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik," kata Dyana Sofya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak dan lulusan Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu berkata sebagai calon muda beliau sentiasa menyokong amalan politik baharu yang melampaui benteng perkauman.

"Ibarat minuman teh tarik yang tidak mengenal sempadan warna, umur dan segala-galanya, teh tarik terus digemari seluruh rakyat Malaysia. Begitulah perjuangan kita di tanah air tercinta, bersama-sama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, rakyat Malaysia," katanya.

Kenapa orang Islam murtad?

Dr Sheikh Yasir Qadhi  
Dr Sheikh Yasir Qadhi ketika menyampaikan ceramah umum di Dataran Ilmu Kumpulan Media Karangkraf, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Orang yang beragama Islam meninggalkan Islam bukan kerana merasa agama lain itu lebih bagus daripada Islam, kata Dekan Hal Ehwal Akademik AlMaghrib Institute di Texas, Amerika Syarikat, Dr Sheikh Yasir Qadhi.

Menurutnya, kebanyakannya individu itu lahir dalam keluarga Islam namun tidak menjadi orang Islam yang sebenar.

"Orang Islam yang meninggalkan Islam dan menganut agama lain sebenarnya mereka tidak pernah mempraktiskan Islam yang sebenar.

"Mereka lahir dalam keluarga Islam dan diberi nama Islam tapi dia tak pernah menjadi Islam yang sebenar," katanya pada ceramah umum di Dataran Ilmu Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Hudud: Antara jalan lurus dan jalan berliku

Oleh Hanipa Maidin
Siapa yang menyatakan Umno tidak inginkan faedah politik dalam isu hudud adalah mereka yang naif dalam politik. Umno adalah parti yang boleh berlakon di sebelah pagi menyokong hudud dan di sebelah petang menentang pula hudud.
Adakah Umno benar benar serius dalam isu hudud ini. Untuk kenal sikap Umno, kita bandingkan dulu sejarah PAS dan Umno dalam isu hudud ini. Daripada sejarah ini kita boleh buat kesimpulan siapakah yang lebih serius dan ikhlas dalam isu hudud ini.

Kita pergi dulu kepada PAS. Terdapat dua kerajaan negeri yang dikuasai PAS dan pernah dikuasai PAS iaitu Kelantan dan Trengganu. Kedua dua negeri ini menjalankan tanggungjawabnya menggubal enakmen Syariah yang merangkumi undang-undang hudud. Bagi Kelantan setiap tahun mereka menyambut "Hari Hudud" bagi menerangkan tentang hukum hudud. Berapa ramai pemimpin PAS di seluruh peringkat yang berceramah, berforum, berseminar tentang hudud, berdialog dengan mereka yang faham dan yang tidak faham tentang hudud, berwacana dengan penyokong dan penentang hudud sejak sekian lama. Malahan penyokong PAS yang bukan Islam dari Dewan Perhimpunan PAS juga tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga mereka dalam isu hudud ini.
Saya masih ingat kerajaan Trengganu di bawah PAS pernah mengadakan seminar dan dialog dengan pelbagai kumpulan politik dan bukan politik dengan meminta mereka memberi pandangan dan kritikan terhadap deraf enakmen Syariah yang PAS ingin bentangkan dalam DUN Negeri Trengganu.Malahan Umno juga dijemput meskipun mereka tidak hadir.
Saya juga masih ingat saya bersama-sama Datuk Wan Mutalib Embung dan Almarhum Datuk Harun Taib pernah berdialog dengan golongan NGO Wanita termasuk Sisters in Islam di Century Paradise, Kuala Lumpur berkenaan isu hudud. Hatta PAS juga berdialog dengan DAP dan golongan bukan Islam dalam isu hudud.Pokoknya PAS sudah buat apa yang terdaya di dalam kemampuannya mengenai hudud ini.
Kita lihat pula Umno. Meskipun lama berkuasa tidak pernah sekalipun mana mana negeri yang diperintah oleh Umno menggubal jauh sekali membentang rang undang-undang hudud di mana mana DUN yang Umno perintah. Semua orang tahu meskipun Umno menguasai media massa sama ada media bercetak dan elektronik, Umno tidak pernah berusaha memberi penerangan kepada rakyat mengenai kebaikan dan kelebihan hukum hudud.

Jangan harapkan PBB bebaskan Palestin – Presiden PAS

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, negara-negara umat Islam yang dibayangi oleh kuasa besar dunia masih terpengaruh dengan agenda barat untuk membebaskan Palestine.

Tegasnya, tanggungjawab untuk membebaskan Palestine khususnya Baitulmaqdis mestilah atas dasar nama Islam.

Umat Islam katanya, hendaklah mengelakkan diri daripada aspek perkauman, memecah belahkan umat dan mazhab serta kepentingan lain untuk menggagalkan pembebasan Palestine.

"Menjadi satu kesilapan besar apabila negara umat Islam beri kepercayaan kepada kuasa besar yang menganggotai PBB untuk selesaikan masalah Palestine,"katanya dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Pembebasan Masjid Al-Aqsa dan Golongan Tertindas anjuran Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Mapim.

Malangnya tegas Abdul Hadi, hingga kini seluruh negara umat Islam yang mencapai kemerdekaan masih terikat dengan penyelesaian yang dirangka oleh barat di mana bercanggah dengan kewajiban umat Islam mempertahankan bumi Palestine.

"Kita menerima penyelesaian Palestine dengan mewujudkan dua negara iaitu Palestine dan Israel.

Nasihat Karpal, krisis Terengganu dan politik biskut ..

Suhaizan Kaiat


“Truly there are no permanent friends nor enemies in politics. But there must be permanent principles” – Karpal Singh (1940-2014).

Situasi politik Terengganu baru-baru ini mencuri perhatian seluruh warga tanah air khususnya bagi mereka yang cakna dan mengikuti perkembangan politik semasa.
Apa tidaknya, dalam “kemeriahan” warga Malaysia membincangkan isu hudud yang dilemparkan kerajaan pusat dan disambut oleh kerajaan negeri Kelantan, datang isu pertukaran menteri besar Terengganu disulami gimik “selamat tinggal Umno” para Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka.
Ia barangkali suatu rutin politik. Muncul momentum Kajang Move yang disifatkan langkah “check-mate” oleh PKR dan Pakatan Rakyat, dileyapkan dengan keputusan bersalah Anwar Ibrahim dalam isu liwat 2 oleh Mahkamah Rayuan. Ia tidak terhenti di situ.
Gelombang Reformasi 2.0 pula cuba digembleng namun dilenyapkan pula oleh isu kehilangan pesawat MH370. Teori demi teori diketengahkan berhubung kehilangan misteri pesawat ini namun ia menjadi suram semula dengan kedatangan isu perlaksanaan hudud di Kelantan. Kini, orang sudah mula juga diam dengan hudud lantaran berkocaknya politik kerajaan negeri Terengganu!
Rakyat dikejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu pada 12 Mei 2014 diikuti pengumuman beliau keluar Umno pada keesokan harinya bersama-sama Adun Ajil Ghazali Taib.
Keadaan bertambah buruk buat Umno apabila Adun Bukit Besi Roslee Daud pula membuat pengumuman keluar Umno pada hari yang sama. Kerusi DUN Terengganu ketika itu menjadi kritikal dengan 14 BN, 14 PAS, 1 PKR dan 3 Bebas.
Maka, pelbagai teori muncul lagi. Dari para politikus elit, penganalisis, pakar perundangan sehinggalah pengulas politik “kedai kopi” mulalah membuat jangkaan terhadap implikasi-implikasi dan kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku dalam krisis politik melibatkan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu ini.

Suhakam kesal konsep hak asasi disalah anggap


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kesal bahawa konsep hak asasi manusia telah disalah anggap sebagai satu bentuk ancaman baru kepada Islam dan kepercayaan terasnya adalah berdasarkan kepada "kemanusiaan, sekularisme dan juga liberalisme".

"Walaupun Suruhanjaya mengiktiraf bahawa setiap orang berhak memberi pendapat sendiri, ia kesal bahawa konsep kesejagatan hak asasi manusia sekali lagi, disalah anggap sebagai nilai 'sesat' yang terhad kepada promosi hak untuk kebebasan beragama atau kepercayaan dan juga hak kumpulan LGBT dalam konteks tuntutan hak," kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam.

Katanya, ini tidak benar kerana konsep kesejagatan seperti yang termaktub dalam Piagam PBB dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), yang mana Malaysia, selaku ahli PBB yang bertanggungjawab harus menegakkannya.

Hasmy berkata, ia merangkumi nilai dan prinsip yang diterimapakai oleh keseluruhan masyarakat antarabangsa, termasuk negara-negara Islam yang juga meratifikasi atau menyertai banyak perjanjian teras hak asasi manusia, mungkin dengan beberapa reservasi yang mereka berhak untuk membuat, atau tanpa sebarang reservasi.

Najib hanya pentingkan imejnya, kata Syed Rosli

Najib perlu lebih peka isu berkaitan hak istimewa orang Melayu.

Syed Rosli Syed Harman al JamalulailPETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak lebih mementingkan perkara remeh apabila beliau mengeluarkan notis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal Malaysiakini.
Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman Al-Jamalulail (gambar), Najib perlu lebih peka dengan isu-isu lain berbanding mengambil pusing akan isu yang boleh dianggap remeh ini.
“Saya berasa amat terkejut dengan surat amaran yang dikeluarkan kepada portal Malaysiakini berkenaan artikel krisis Umno Terengganu baru-baru ini,” luahnya.
Peguam, Datuk Muhd Hafarizam Harun, mewakili Umno dan Najib mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata- kata berunsur fitnah.
Dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?” mengandungi mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.
Menurut notis yang dikeluarkan, artikel itu seolah-olah bertujuan menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti kerajaan BN yang mentadbir negara Malaysia.
Kenapa Najib gusar
Syed Rosli berkata kenapa Najib gusar dengan penyiaran rencana itu kerana yang komen adalah pembaca dan bukannya penulis artikel.
“Sepatutnya dia menjawab artikel itu kerana jika portal itu tidak beri peluang kepadanya menjawab, barulah dia dapat teruskan notis saman itu,” katanya.

Yes, it’s Dyana Sofya for Teluk Intan

DAP secretary-general Lim Guan Eng unveils candidate for Teluk Intan by-election

Dyana Sofea Teluk IntanDAP adviser Lim Kit Siang’s political secretary Dyana Sofya Mohd Daud, 27, has been named the candidate for the Teluk Intan parliamentary by-election.
DAP secretary-general Lim Guan Eng announced the candidate at the opening of the party’s operation centre in Teluk Intan.
Naming Dyana as a candidate proves that the party wants to discard its image of being predominantly Chinese.
Dyana, who received her degree in Legal Studies from UiTM, said many people had encouraged and believed in what she was doing.
Lim guan eng“It is Malaysians who have been attacking me that give me even more reason to continue my war,” said Dyana in a statement yesterday.
If elected, Dyana will be the third Malay MP after Zairil Khir Johari (Bayan Baru) and Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub).
Teluk Intan has 60,349 voters comprising 25,310 (41.9%) Chinese, 23,301 (38.6%) Malays and 11,468 (19%) Indians.
The by-election is called following the death of Seah Leong Peng, 48, of cancer last May 1.
In the 13th general election, Seah won the seat with a majority of 7,313 votes against Barisan Nasional’s Mah Siew Keong and an independent candidate, Moralingam Kannan.
Nomination will be on May 19, while polling is on May 31.

DAP names Dyana Sofya as Teluk Intan candidate

Political greenhorn Dyana Sofya Mohd Daud is the DAP candidate for the May 31 Teluk Intan parliamentary by-election, days after she was subjected to an online smear campaign.
The 27-year-old Perak-born lawyer edged out another potential candidate – experienced ceramah speaker Hew Kuan Yew, more popularly known by his moniker Superman due to his penchant for wearing shirts bearing the superhero's motifs and images.
The announcement was made by DAP secretary-general Lim Guan Eng at the DAP operations centre today.
The political secretary to party veteran Lim Kit Siang is expected to face experienced Barisan Nasional candidate Datuk Mah Siew Keong, who is the Gerakan president, in the by-election.
Mah won the seat in the 1999 and 2004 general elections but lost to DAP's M. Manogaran and Seah Leong Peng in 2008 and 2013 with a 1,470 and 7,313-vote majority respectively. Seah’s death due to cancer on May 1 triggered the by-election.
By fielding Dyana, DAP is aiming to shed its Chinese-centric image and woo the Malay voters in the constituency, which formed nearly 39% of the total 60,349 voters.
The seat has 23,301 Malay voters (38.6%), 25,310 Chinese voters (41.9%) and 11,468 Indian voters (19%).
Nomination for the by-election is on May 19 and early voting on May 27.

Peguam muda Melayu calon DAP di Teluk Intan

Seperti yang telah diramalkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 (foto) telah diumumkan calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen P76 Teluk Intan yang hari penamaan calon 19 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lewat tengah hari ini di Teluk Intan.

Pengumuman Dyana Sofya seorang peguam muda itu menunjukkan keberanian dan kelainan DAP dalam politik. Parti itu senantiasa membuat peralihan dan perubahan yang dinamaik khasnya dalam pemilhan calonnya.

Disaat parti lain masih meletakan calon-calon lama yang sudah luruh gigi, atau sering berak-berak tetapi DAP mendahului dan pantas membaca selera rakyat khasnya generasi baru yang inginkan calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan berketrampilan dengan mengambil generasi muda.

Bagi DAP parti itu tidak meletakkan calon berdasarkan soal lama atau baru (sinioriti) tetapi lebih mengutamakan kepada keserlahan bakat kepimpinan kepada seseorang. Dyana baru menyertai DAP 2012. Keberanian DAP mempertaruhkan Dyana Soyfa ini dilihat penerusan parti itu dalam memilih bakal-bakal pemimpin masa depan.

"SAYA MENDOKONG AMALAN POLITIK BARU YANG MERUNTUHKAN BENTENG PERKAUMAN, MENGHARGAI PERSAMAAN DAN MERAIKAN PERBEZAAN." - DYANA SOFYA

"Sokong dan semangat seluruh warga Malaysia yang mendukung prinsip demokrasi, amanah, akauntabiliti, ketelusan dan integriti akan sentiasa menjadi pendorong kepada saya untuk menghadapi segala cabaran dengan berani...
"Malaysia memerlukan politik baru, dan perlu meninggalkan politik perkauman. Saya memilih untuk ikut serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik melalui falsafah demokrasi sosial serta terus berusaha demi mencapai impian Malaysia...
"Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya pastinya menjulang tinggi dua hal ini. Tambahan pula, kedua-duanya mempunyai kedudukan istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang dipertahankan oleh DAP...
"Sebagai seorang anak jati negeri Perak, saya berikrar untuk menumpahkan segala yang termampu untuk masyarakat Teluk Intan sekiranya diberi peluang...
"Sebagai calon generasi muda, saya sentiasa mendokong amalan politik baru yang meruntuhkan benteng perkauman, menghargai persamaan dan meraikan perbezaan."
 

Dyana Sofya Peguam Muda Mengalas Harapan Anak Muda Di PRK Teluk Intan

Peguam berusia 27 tahun lulusan UiTM, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini diumumkan sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat pengumuman itu di pusat gerakan pilihan raya kecil DAP di Bandar Baru Teluk Intan hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi membuktikan kepelbagaian DAP sebagai sebuah parti politik.

Dalam ucapannya, Dyana menyentuhkan usaha memecahkan halangan kaum dan agama, dan mencari formula yang sesuai untuk "teh tarik' Malaysia yang digemari semua orang.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.

Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Dyana Sofya calon generasi baru di PRK Teluk Intan

Walaupun masih baru dalam dunia politik, Dyana Sofya Mohd Daud dipilih sebagai calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan  pada 31 Mei ini, beberapa hari selepas dikutuk dalam kempen memburuk-burukkan beliau di laman sosial.
Berusia 27 tahun, peguam kelahiran Perak itu terpilih menewaskan calon berpotensi lain termasuk penceramah berpengalaman Hew Kuan Yew, yang lebih dikenali sebagi Superman kerana kegemaran beliau memakai baju dengan motif dan imej adiwira ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis di pusat operasi DAP hari ini.
Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang itu dijangka berdepan dengan calon berpengalaman Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan pada PRK nanti.
Mah memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 namun kalah kepada calon DAP, M. Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013, masing-masing dengan majoriti 1,470 dan 7313 undi.
Kematian Seah akibat kanser pada 1 Mei mencetuskan PRK ini.
Dengan meletakkan Dyana, DAP berhasrat untuk mengubah partinya berasaskan Cina bagi menarik pengundi Melayu di kawasan pilihan raya itu, yang membentuk hampir 39% daripada 60,349 pengundi.

Dyana Sofya tekad runtuhkan tembok perkauman

TELUK INTAN, 17 MEI: Calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan beliau bersedia menghadapi segala cabaran mendatang dan tidak sekali-kali akan berundur walau diserang dengan palbagai cara.
“Saya berbesar hati dan sangat berterima kasih terhadap pencalonan ini.
“Sebagai anak negeri Perak, saya akan memberikan segala tenaga atas amanah yang diberikan pucuk pimpinan untuk meruntuhkan tembok perkauman, menghargai perbezaan dan menjunjung tinggi prinsip perlembagaan.
“Saya juga merakamkan setinggi penghargaan kepada sokongan tidak berbelah tanpa mengira penat dari kedua ibu-bapa saya. Marilah kita bersama membentuk Malaysia yang lebih baik untuk semua,” kata Dyana dalam ucapannya selepas diumumkan sebagai calon.
Majlis pengumuman ini diadakan serentak dengan pembukaan rasmi pusat operasi pilihanraya DAP Teluk Intan oleh pimpinan tertinggi parti.