Jumaat, 16 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya dijangka calon DAP

Selepas pelbagai pertimbangan dan pengiraan, DAP memutuskan untuk mencalonkan muka baru Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya dalam pilihanya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa jawatankuasa pemilihan calon, yang dianggotai Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Kok Wai, memutuskan untuk memilih Dyana.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua, dalam satu kenyataan media petang ini, berkata parti itu akan diumumkan calonnya pada jam 12.30 tengahari esok.

Dyana Sofya merupakan setiausaha politik kepada Kit Siang. Sebelum ini, kebanyakan bekas setiausaha politik Kit Siang dipilih sebagai wakil rakyat.

Mereka termasuk ahli exco kanan Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan ahli exco Ean Yong Hian Wah, exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow, MP Seputeh Teresa Kok, dan MP Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Dyana menyertai parti itu pada tahun 2012 dan kemudian membantu kempen Kit Siang dalam pilihan raya umum ke-13 di Gelang Patah.

Beliau secara terbuka diperkenalkan oleh Kit Siang pada konvensyen DAP sebagai setiausaha politiknya yang baru selepas PRU13.

Berusia 27 tahun dan menjadi ahli politik sepenuh masa, Dyana berasal dari Ipoh, tetapi kini bertugas di kawasan pilihan raya Kit Siang di Parlimen Gelang Patah.

Keluarga Dyana, terutama ibunya dilaporkan bekas orang kuat Wanita Umno di Perak yang kemudiannya menjadi penyokong DAP.

NAJIB HERO TNB (Tenaga Najib Berhad) @ IPP, KEUNTUNGAN BERBILION KRONI DILINDUNGI...!!!

 RAKYAT DIPERBODOHKAN DAN DIBAHALOLKAN OLEH KERAJAAN MINORITI
RAKYAT MALAYSIA BUTA DAN TULIKAN...OLEH KERAJAAN MINORITI..!!!
  


PM minoriti: Samanlah setiap seorang daripada kami...

Edwin Michael

Wahai perdana menteri (PM) kerajaan minoriti, terbaca berita betapa dengan angkuhnya kau dan parti regim kau mengancam hak kebebasan bersuara rakyat dengan menyaman Malaysiakini hanya kerana keegooan kau enggan menerima pandangan rakyat marhaen. Sudahlah menindas kami dengan cukai GST yang memiskinkan kami, kini hak kebebasan bersuara pun kau ragut daripada kami.
Bukankah dakwaan komen daripada tujuh pembaca dalam artikel berkaitan isu krisis Terengganu dalam Malaysiakini yang menggambarkan Umno sebagai parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber itu hakikatnya satu gambaran realiti? Sejak bila pula Umno memiliki kapasiti moral yang tinggi dan kredibiliti kepimpinan yang bersih? Sejak bila pula Umno pernah mengambil berat pada bangsa lain? Sejak bila wahai PM minoriti?
Ketika Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Perkasa menggugut  mereka yang bukan Islam, menghina setiap anak bangsa bukan Islam dan waktu itu ke manakah hilangnya Umno yang kononnya mengambil berat pada bangsa lain? Menyorok seperti pengecut atau bersekongkol dengan puak pelampau ini?
Jika benar kau mahu lenyapkan bicara rakyat semata-mata untuk memastikan legasi pemerintahan regim kau terus berkuasa maka harus aku nyatakan di sini inilah percaturan politik kau yang amat dungu dan mengesahkan betapa rendahnya tahap pemikiran para penasihat PM minoriti ini!
Seorang PM seharusnya memiliki karektor yang boleh ditegur dan dikritik malah harus bersedia berdialog, berdebat, berwacana dengan rakyat marhaen. Katakan kepada kami wahai PM minoriti, apa pernah berdialog dengan rakyat marhaen? Apa pernah berdebat dengan pemimpin pembangkang? Semuanya tidak pernah tetapi mahu menyaman? Kamu ini bagaimana sebenarnya?

TARIF ELEKTRIK NAIK KERANA LINDUNGI TNB DARI RUGI KATA NAJIB

Kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya, kata perdana menteri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

“Jika (TNB) menanggung kerugian, apa kemudiannya? Terdapat pelbagai implikasi...

“Pada akhirnya, kita akan belanjakan dana awam untuk mensubsidi TNB. Adakah ini yang kita mahu?

“Kita tidak mahu membebankan rakyat, tetapi hakikatnya kita tiada pilihan,” katanya.

Najib berkata demikian kepada kakitangan TBN dalam acara sempena hari pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu

MH 370: Meletak jawatan adalah harga menebus kesilapan

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia akhirnya mengakui kesilapan atau ‘tersalah langkah’ dalam misi pencarian pesawat MH370. Kenyataan beliau diperjelaskan dengan pengakuan bahawa kerajaan tidak mengutamakan aspek komunikasi, malah mengakui bahawa pengendali trafik udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Pengakuan beliau hanya berlaku selepas usaha mencari dan menyelamat berlangsung selama lebih dua bulan dengan melibatkan beberapa puluh buah negara dan membelanjakan berjuta ringgit untuk mencari pesawat yang hilang itu. Kesudahannya sehingga sekarang pesawat itu belum ditemui.

Pengakuan PM bererti kerajaan khususnya pasukan keselamatan telah melakukan sesuatu yang silap apabila lambat bertindak apabila memulakan operasi hanya selepas empat jam daripada maklumat kehilangannya. Dalam aspek keselamatan negara, segala perkara perlu dipantau dan dikawal ketat terutama yang melibatkan pergerakan udara. Apabila ada sebuah pesawat yang hilang dari radar, sepatutnya dalam masa beberapa minit tindakan segera perlu dibuat untuk mengesannya kembali termasuk operasi mencari dan menyelamat. Membiarkan selama empat jam untuk menggerakkan operasi dianggap terlalu lewat kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan ratusan nyawa boleh melayang dalam tempoh tersebut. Barangkali pesawat mampu untuk dikesan jika operasi mencari dan menyelamat digerakkan cepat dan dan tidaklah ia hilang seperti mana sekarang.

Dyana Sofya, wanita melayu pertama jadi setiausaha Lim Kit Siang

Sejak penyebaran sekeping foto palsu Dyana Sofya yang dikatakan hanya berbikini bersama beberapa rakan lain di kolam renang, beliau telah menerima kecaman teruk dari masyarakat.

Ini merupakan rentetan kepada tomahan yang diterima Dyana Sofya selepas menyertai parti DAP tahun lalu dan menjadi wanita melayu pertama dilantik sebagai setiausaha politik kepada penasihat parti itu, Lim Kit Siang.

Difahamkan, tujuan kemasukannya ke dalam parti DAP ialah bagi memperjuangkan agenda penghapusan hak istimewa yang diterima kumpulan bumiputera di Malaysia.

Memandangkan nama wanita graduan UiTM ini menjadi bahan bualan hangat peminat sejak semalam maka penulis ingin berkongsi biodata ringkas Dyana untuk informasi kita bersama.

Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia

Tindakan SPDP, SUPP cabar skil kepimpinan ketua menteri Sarawak

Tindakan dua menteri Kabinet kanan negeri, 8 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), seorang ahli Parlimen dan beberapa setiausaha politik keluar daripada parti masing-masing iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), dilihat akan menguji kepintaran Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dalam arena politik. Adenan, yang dikatakan bertanggungjawab menyusun langkah strategic Barisan Nasional di negeri itu sepanjang 30 tahun lalu, kini berdepan cabaran cuba untuk menyelesaikan masalah dari zaman pemerintahan bekas ketuanya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Ujian pertamanya adalah Teras, parti baharu yang disertai dua menteri kanannya – Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh – bagi “menyelesaikan” masalah yang membarah dalam bekas parti mereka.
Mawan, bekas presiden SPDP, keluar parti semalam ketika wujud langkah untuk menyingkirkannya oleh timbalannya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Wong, bekas Ketua SUPP Sibu, keluar parti sebagai jalan penyelesaian menamatkan permusuhan sejak sekian lama dengan presidennya, Tan Sri Peter Chin.
Sementara DAP percaya Adenan berdepan dengan cabaran dan kedegilan menteri kanannya dan beberapa ahli dalam gabungan BN itu, Saintis Politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis berkata, Wong dan Mawan tidak akan mengambil tindakan itu jika tidak mendapat jaminan Adenan parti baharu mereka itu akan dimasukkan ke dalam BN negeri.
“Soalan penting yang ramai orang patut tanya sekarang ialah bahawa Adenan hendak mengendali parti baharu itu dan kemarahan pemimpin SPDP dan SUPP.
“Menguruskan permohonan Teras untuk menyertai BN negeri juga menjadi masalah Adenan,” katanya.
Parti baharu itu yang sekelip mata mempunyai 9 wakil rakyat – 8 Adun dan seorang ahli Parlimen – berdepan halangan untuk menyertai BN berikutan peraturan “persetujuan sebulat suara”.
Secara ringkasnya ialah, semua parti dalam BN negeri perlu bersetuju membenarkan Teras menyertai gabungan itu.

Tiga syarikat konsesi air setuju tawaran Selangor, kata MB


Tiga daripada empat syarikat konsesi air bersetuju dengan tawaran pengambilalihan kerajaan negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Tiga daripada empat syarikat konsesi air bersetuju dengan tawaran pengambilalihan kerajaan negeri Selangor bagi penstrukturan semula industri air, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.Tiga daripada empat syarikat konsesi air hari ini bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri Selangor mengambil alih ekuiti, aset dan liabiliti bagi tujuan penstrukturan semula industri air di Selangor, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, syarikat terbabit adalah dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas persetujuan dicapai antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid pada mesyuarat pagi tadi.
"Mengikut persetujuan tersebut, PNHB menerima tawaran Selangor untuk mengambil alih segala ekuiti, aset dan liabiliti PNSB dan Syabas masing-masing berjumlah RM2.47bilion dan RM3.11 bilion.

Najib threatens to sue Malaysiakini

Tak bijaksana dakwa pemilihan Umno lebih baik - SUA PKR

Anwar Ibrahim: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tegas, Bukan Seperti SPR

Terkejut Keluar Parti: Selepas episod T'ganu, drama Sarawak peningkan Najib


Mawan bersama 10 wakil rakyat BN dalam sidang media mengumumkan tindakan keluar parti dan penubuhan parti baru mesra BN, Teras, semalam.

KUCHING: Kecewa dengan pergolakan dalaman yang melanda parti masing-masing, beberapa wakil rakyat BN negeri ini mengambil keputusan nekad meninggalkan parti masing-masing bagi membentuk parti baru.
Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) itu diketuai bekas Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom yang disokong 10 wakil rakyat daripada dua parti komponen BN negeri iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Pekerja Sarawak (SWP).
Mawan berkata, kesebelasan wakil rakyat itu membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing yang menghadapi masalah dalaman. Bagaimanapun mereka tetap setia kepada BN.
Adun Pakan itu mendakwa kumpulan mereka mengambil risiko kerana mungkin tidak diterima menyertai BN, bagaimanapun yakin kesepaduan mereka mampu "memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat".
Mawan yang juga Ahli Parlimen Saratok diiringi 10 wakil rakyat terbabit dalam satu sidang media sebaik berakhirnya sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam.
Antara wakil rakyat dari SPDP yang hadir ialah Adun Marudi, Datuk Sylvester Entri (Pembantu Menteri Kemudahan Awam); Adun Tasik Biru, Datuk Peter Nansian (Menteri Khidmat Masyarakat); Adun Bekenu, Rosey Yunus (Pembantu Menteri Pelajaran dan Pembangunan Keluarga); Adun Batu Danau, Paulus Ngumbang; dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.
Dari SUPP, ialah Menteri Kewangan Sarawak, Datuk Sri Wong Soon Koh yang juga Adun Bawang Assan; Pembantu Menteri Kesihatan Awam, Dr Jerip Susil (Adun Bengoh); Adun Opar, Ranum Mina; dan Adun Engkilili, Johnica Rayong.
Adun Pelagus, George ialah satu-satunya wakil rakyat SWP yang menyertai Teras.

Perutusan Hari Guru Presiden KEADILAN

wan-azizah-390x300Selain daripada kedua ibu bapa, guru adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita, berperanan mencorak pemikiran dan masa depan kita.
Guru adalah insan yang mengajarkan kita dan mendedahkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan, dengan pengetahuan itulah yang membentuk kita mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam mengejar cita-cita.
Hasil didikan guru, menjadikan seseorang itu berjaya mendapat pendidikan yang cemerlang, berjaya di dalam kerja dan menggapai kemahsyuran dalam kehidupan.
Walau tinggi mana pun darjat dan pangkat seseorang, mereka harus ingat bahawa mereka, merupakan seorang ‘bekas pelajar’ yang tetap terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mendidik mereka pada masa dahulu.
Menghormati guru dan memuliakan mereka, sebagaimana kita memuliakan kedua-dua ibu bapa kita, adalah bersesuaian dengan tuntutan Islam dan kepercayaan sejagat.
Kita dididik untuk memberi tumpuan kepada ilmu yang diajarkan, melaksanakan arahan guru dan meninggalkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah.
Kita juga dididik untuk sentiasa mengucapkan salam hormat setiap kali bertemu dengan guru, bercakap dengan mereka dengan sopan santun dan membantu guru tatkala mereka memerlukan pertolongan.
Oleh kerana itu, bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2014, adalah disarankan agar, semangat ini harus kita teruskan.
Penghormatan terhadap guru, harus kekal disanubari kita.

KEADILAN akan kaji semula skim perkhidmatan dan rangsangan guru

WAWI RayaKUALA LUMPUR 15 MEI: KEADILAN akan mengkaji semula skim perkhidmatan dan menambah skim rangsangan bagi guru yang berkhidmat di pedalaman sebagai usaha untuk memartabat golongan itu dan sistem pendidikan negara.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEADILAN juga mahu menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan masa.
“Kita akan berjuang untuk berusaha meningkatkan mutu pendidikan guru, bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
“KEADILAN dan Pakatan Rakyat juga bertekad, untuk menyediakan sebuah sistem pendidikan yang mapan, bermutu tinggi dan menjamin peluang yang saksama kepada seluruh rakyat,” katanya pada perutusan Hari Guru 2014.
Sempena sambutan itu hari ini, Wan Azizah berkata, KEADILAN mengharapkan para guru terus berperanan, berusaha mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan daya intelek.
Beliau berkata, peranan guru amat besar kepada generasi sekarang dan juga yang akan datang kerana guru adalah pendidik anak-anak selain daripada ibu bapa.
“Guru adalah insan yang mengajarkan kita dan mendedahkan kita dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan, dengan pengetahuan itulah yang membentuk kita mempunyai daya pemikiran yang kreatif dalam mengejar cita-cita.

Kenyataan Media: Pemilihan KeADILan 2014

Pimpinan KEADILAN mengamati situasi perjalanan Pemilihan parti yang telah berjalan tiga minggu berturut-turut dengan cukup serius. Seperti yang telah disebut dalam sidang media saya sebelum ini, sekiranya ada isu cacat cela dalam proses pengundian – termasuk penipuan, gangsterisme, dan disiplin – maka siasatan penuh wajib dijalankan dan tindakan disiplin harus diambil. Harus ditegaskan bahawa JPP dan Lembaga Disiplin KEADILAN telah diarah supaya tidak melindungi mana-mana anggota pun.
Semalam kita telah saksikan seramai lapan anggota KEADILAN yang telah digantung keanggotaan bagi membantu siasatan berkaitan Pemilihan parti, dan saya difahamkan Lembaga Disiplin kini bermesyuarat setiap hari bagi mempercepat proses siasatan.
Pada masa yang sama, saya telah meminta ketiga-tiga calon Timbalan Presiden KEADILAN untuk bersama saya pagi ini mewakili kesemua anggota KEADILAN memberi sokongan penuh kepada JPP untuk terus bergerak dan menambahbaik proses pemilihan parti.
Pimpinan KEADILAN amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutamanya sewaktu proses pengundian di Selangor. Berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto, didapati terdapat elemen bukan anggota parti yang telah menceroboh pusat-pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian. Saya juga difahamkan ramai daripada elemen-elemen ini telah masuk KEADILAN sejurus sebelum daftar pemilih ditutup dan disahkan pada 15 Mac yang lalu.
Oleh yang demikian, pimpinan KEADILAN telah mengarahkan JPP dan Lembaga Disiplin untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan tindakan disiplin yang cukup keras mesti diambil, bagi memastikan elemen-elemen ini dibanteras dan dibuang dari parti.

ANWAR IBRAHIM
16-5-2014

Erti kemenangan Pakatan di Bukit Gelugor dan Teluk Intan


pakatan


Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dan Teluk Intan yang akan diadakan beberapa minggu lagi amat penting, terutama bagi mengekalkan laungan bantahan ke atas dasar-dasar dan perlakuan kerajaan Barisan Nasional.
Kita sedar, pentadbiran BN baik di peringkat negeri mahu pun pusat tidak memiliki satu pun idea yang jelas bagi menangani masalah rakyat. Malah, pada banyak masa mereka seakan tidak tahu ke mana arah tuju kapal bernama ‘Malaysia’ ini.
Suara-suara pelampau dibiar bermaharajalela. Tiada sebarang tindakan mahu pun teguran terhadap Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) misalnya, yang dengan angkuh melabel masyarakat Cina sebagai ‘penceroboh’.
Suara sebegitu tentunya minoriti sahaja. Namun dengan kelantangan yang dibiarkan berleluasa, kenyataan-kenyataan jahat mereka seolah-olah mewakili orang Melayu di negara ini.
Bagaimana pula dengan masalah yang terus-terusan menghenyak bahu rakyat, iaitu kos sara hidup yang meningkat. Sudahlah kerajaan seperti pejam mata sahaja dengan kenaikan pelbagai harga barang, mereka ingin pula menambah beban dengan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun hadapan. Alasannya cuma satu – untuk menambah isi poket kerajaan yang kosong akibat ketirisan.
Di Bukit Gelugor, perjuangan ‘Harimau Jelutong’, terutama keadilan di bawah undang-undang dan prinsip demokrasi dalam kenegaraan, perlu diteruskan. Ini semua adalah hal-hal yang sentiasa ditentang BN. Pemergian tragik Karpal Singh bulan lalu mesti dijadikan pembakar semangat agar obornya terus menyala.

PRK Teluk Intan: Masalah pengangguran perlu jadi agenda utama


kula


KUALA LUMPUR, 15 MEI: Masalah pengangguran yang sudah lama membelenggu penduduk Teluk Intan perlu menjadi fokus utama kepada Pakatan Rakyat jika ingin mengekalkan kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) akan datang.
Naib Presiden DAP M Kulasegaran berkata, kesukaran peluang pekerjaan menyebabkan penduduk di sana, terutama anak muda dan masyarakat India berhijrah ke bandar yang lebih besar.
“Peluang pekerjaan sangat kurang di Teluk Intan sehingga ramai yang berhijrah. Ini masalah paling utama dan perlu diberikan tumpuan (dalam PRK nanti).
“Harga kelapa sawit dan getah yang turun juga tidak banyak membantu, sedangkan di sini pertanian adalah sumber utama,” katanya ketika dihubungi.
Parlimen Telok Intan mempunyai 60,636 pengundi, 42 peratus daripadanya pengundi Cina, 38% Melayu dan 19% India.
Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen selama sepenggal di sana menambah, isu itu diburukkan lagi dengan kurangnya sistem pengangkutan awam, antaranya laluan keretapi.
“Tiada apa yang baru di sini. Kalau dulu, ada laluan keretapi yang menghubungkan Teluk Intan dan Tapah. Saya pernah bangkitkan di Parlimen agar laluan ini diadakan semula.

Anwar: PKR sedia pecat ahli

Video khas Hari Guru

Kekecohan Semasa Proses Mengundi Berpunca Dari Pihak Luar : Anwar

PKR shows united front amid polls irregularities

PRK Bukit Gelugor: Suasana tenang, kempen hebat tanpa BN

Keputusan BN tidak meletakkan calonnya pada Pilihan raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sedikit sebanyak mengundang rasa terkilan dalam kalangan ahli-ahli Umno di kawasan parlimen itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dalam beberapa sesi berkempen ketika ini beliau mendengar rungutan di kalangan petugas BN kerana mereka tidak dapat berkempen dalam PRK kali ini.

Beliau yang sedang menjalankan kempen di Bukit Gelugor berkata, petugas-petugas BN dukacita sebab mereka tidak boleh menyumbang tenaga untuk berkempen sekali gus tidak ada imbuhan buat mereka.

"Umno di sini agak kecewa bila BN tidak bertanding, mereka tidak dapat duit poket, mereka melahirkan rasa terkilan," katanya kepada Harakahdaily.

Malah beliau percaya suasana hambar di Bukit Gelugor kerana BN tidak boleh membawa masuk projek-projek 'mi segera' disebabkan mereka tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil ini.

Keadaan ini katanya, tidak sama dengan PRK lain apabila BN bertanding maka banyak projek bernilai jutaan runggit dijanjikan untuk memenangi hati pengundi walaupun hakikatnya projek belum tentu dilaksanakan.

Walaupun tidak ada projek mi segera yang selalu dijanjikan oleh BN setiap kali mereka bertanding dalam PRK, tegas Hatta ianya tidak menjejaskan undi untuk PR.

"Kita masih ada kerajaan negeri yang bertanggungjawab bukan hanya untuk PRK tetapi untuk setiap masa, tidak ada masalah BN tidak ada," katanya.

Anwar: Kekecohan pemilihan bukan dilakukan ahli PKR

Pemilihan 2014PETALING JAYA 16 MEI: Siasatan insiden kekecohan yang berlaku sepanjang proses pengundian Pemilihan PKR 2014 membuktikan ia dilakukan bukan daripada ahli PKR yang menceroboh pusat pengundian.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak terbabit dipercayai sengaja menimbulkan kekacauan termasuk dengan menendang peti undi seperti yang berlaku dalam proses pengundian di Cabang Kuala Langat 11 Mei lalu.
“Pimpinan PKR amat prihatin tentang insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku, terutamanya sewaktu proses pengundian di Selangor.
“Berdasarkan maklumat yang diterima serta bukti video dan foto didapati terdapat elemen bukan anggota parti yang menceroboh pusat pengundian dengan niat memburukkan imej parti dan menggagalkan proses pengundian,” kata Anwar di sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Kata Anwar, PKR juga mendapati sesetengah mereka yang terlibat dengan perbuatan khianat itu hanya mendaftar sebagai ahli PKR di saat akhir sebelum daftar pemilih PKR ditutup dan disahkan pada 15 Mac lalu.
Anwar bagaimanapun tidak menyatakan sama ada tindakkan membawa masuk anasir luar itu didalangi pihak dalaman PKR sendiri.

Anwar: Calon Timbalan Presiden PKR sepakat tindakan pecat pihak langgar disiplin

PETALING JAYA 16 MEI: Kesemua calon Timbalan Presiden PKR hari ini sepakat menyokong tindakan tegas termasuk memecat diambil terhadap pihak yang melanggar disiplin, melakukan penipuan dan kekerasan sepanjang Pemilihan PKR 2014 dijalankan.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan keras perlu diambil bagi memelihara nama baik PKR di mata masyarakat umum.
“Kami sepakat sama ada calon-calon ini, mahupun Biro Politik memberi sokongan kuat pada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pecat serta merta mana-mana ahli melanggar disiplin ataupun melakukan kekerasan.
“Saya ulangi pendirian tegas ini termasuk Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution dan pemimpin kanan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama dalam hal ini kerana kita bersaing secara persahabatan.
“Perakuan mereka cukup menyenangkan demi memantapkan lagi PKR,” kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Turut sama dalam sidang media itu, Abdul Khalid, Mohamed Azmin dan Saifuddin.

PRK Teluk Intan:DAP, BN cuba beli jiwa pengundi Melayu

PRK Teluk Intan 
KETIKA beberapa pihak termasuk NGO mahu BN meletakkan calon Melayu pada PRK Teluk Intan, DAP sudah pun bersedia  mempertaruhkan wakil mereka pada PRK kali ini dalam kalangan orang Melayu.

Paling hangat, nama Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud menjadi sebutan bakal calon pilihan DAP, biarpun ada beberapa nama lagi sudah disenarai pendek.

Mungkin mahu membuktikan DAP sebuah parti berbilang kaum, mereka cuba meletakkan anak muda itu sebagai calon di kawasan yang majoriti pengundinya bukan Melayu.

Sejarah pernah membuktikan DAP pernah menang menerusi  calon Melayu iaitu Fadzlan Yahya di Dun Pasir Bedamar (dalam kawasan Parlimen Teluk Intan) pada 1986 malah  beliau menang untuk tiga penggal berturut-turut.

Peletakan calon Melayu mewakili DAP pada PRK kali ini mungkin dilihat tepat dalam usaha parti itu meraih dan menambah lagi sokongan orang Melayu ketika kontroversi isu hudud hangat diperkatakan.

Justeru, percaturan DAP Pusat yang dijangka meletakkan Dyana Sofya sebagai calon akan sedikit mengecewakan pimpinan DAP negeri yang sudah pun menyediakan calon mereka sendiri.

Antara nama disebut-sebut disenaraikan sebagai calon sebelum ini adalah bekas Adun Jalong, Leong Mee Meng, bekas Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin dan Ahli DAP, Hew Kuan Yan.

Ada apa pada Muslim moderat?

KENYATAAN penuh kontroversi oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, (Isma), saudara Abdullah Zaik Abdullah Rahman memenuhi dada-dada akhbar dan media alternatif pada ketika ini. Antara kenyataan beliau yang paling mendapat perhatian ramai ialah label penceroboh yang digunakan ke atas warganegara Tionghua.

Berikutan kenyataan tersebut, ramai rakan bukan Islam saya bertanya; “kenapa tidak ramai Muslim Melayu moderat (moderate Malay Muslims) yang bangun menjawab kenyataan sebegitu rupa?”

Sebelum menjawab persoalan tersebut, terdetik pula persoalan di hati kecil saya: apakah itu Muslim moderat?

Rata-rata jika kita mencari definisi Muslim moderat kita akan terjumpa pelbagai telahan yang mencurigakan. Antara definisi yang ada ditemui termasuk: seorang Muslim yang menolak keganasan dan fahaman extremis; dan juga seorang Muslim yang mendukung fahaman atau polisi Barat.

Sama ada disedari ataupun tidak, takrifan-takrifan sebegini memberikan gambaran tidak tepat kepada agama Islam itu sendiri.

Hakikatnya, terma Islam moderat atau Muslim moderat seolah-olah menyatakan bahawa majoriti umat Islam berfahaman ekstremis, dan menyokong keganasan yang dilakukan atas nama Islam.

Adakah pandangan ekstrem ataupun keganasan selaku prasyarat sebelum menjadi seorang Muslim yang bertakwa dan menurut perintah ALLAH? Adakah seseorang Muslim itu memerlukan terma moderat sebagai syarat yang diterima pakai oleh masyarakat majmuk?

Perkataan Islam membawa makna begitu indah; antaranya termasuklah maksud selamat, berada dalam keadaan penuh kedamaian. Islam adalah rahmatan lil alamin, rahmat kepada semua.Islam tidak menganjurkan kebencian antara satu sama lain.

Ucapan berbaur hasutan: Bekas pengerusi SMM diperintah bela diri

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang@Talib membela diri terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei tahun lepas.
Dalam keputusannya, Hakim Norsharidah Awang mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Safwan, 25, di akhir kes pendakwaan selepas mahkamah mendengar keterangan empat saksi.
Ketika membuat keputusan itu, Norsharidah berkata mahkamah berpuas hati dengan kes pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Noorazmir Zakaria yang mewakili Muhammad Safwan untuk menangguhkan prosiding membela diri anak guamnya sementara menunggu keputusan rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, yang dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Noorazmir berhujah bahawa kes anak guamnya itu berkait rapat dengan kes Nik Nazmi, berhubung Akta Perhimpunan Aman itu yang akan didengar di Mahkamah Persekutuan pada 27 Mei ini dan keputusan mahkamah tertinggi itu nanti akan diguna pakai dalam kes Muhammad Safwan.
Norsharidah kemudian menetapkan 5 Jun untuk sebutan kes itu.

UIA halang, siswa berforum hudud di lantai

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) didakwa menghalang sebuah acara membincangkan isu pelaksanaan hudud, menyebabkan pesertanya terpaksa berforum di lantai di luar sebuah dewan kuliah kampus itu di Gombak, Selangor.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS mendakwa, forum malam kelmarin yang turut melibatkan pengarah jabatan itu Noorazmir Zakaria tidak dijalankan dengan sempurna apabila dewan tempat ia patut berlangsung dikunci.

“Akibat daripada itu, pihak penganjur terpaksa menghampar tikar di luar dewan kuliah untuk meneruskan sesi forum tersebut memandangkan ramai hadirin yang telah hadir,” kata Noorazmir (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga dimaklumkan oleh penganjur acara itu bahawa pihak keselamatan UIA memberikan alasan namanya disenarai hitam oleh polis.

“Saya ingin menegaskan bahawa alasan oleh pihak pentadbiran UIAM ini adalah suatu fitnah yang jahat dan bertujuan untuk menghina saya.

“Saya pohon pihak universiti untuk menunjukkan bukti bahawa saya telah disenarai-hitam oleh pihak polis sedemikian rupa,” katanya.

Kenapa paranoid topik hudud?

BAHAYA Sembunyikan KEBENARAN - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Hawa NAFSU..'Mung Ringan, Rakyat Berat!' - Ustaz Azhar Idrus

Razif diminta kaji semula dasar Ahmad Said

PKR polls: Anwar admits flaws, to banish troublemakers

Mat Said "Lebong" dakwa dipujuk PAS sekadar nak tunjuk ada harga

Dakwaan Datuk Seri Ahmad Said kononnya beliau dipujuk menyertai parti itu dan dijanjikan jawatan menteri besar hanya sekadar mahu menunjukkan beliau 'ada harga' walaupun keluar Umno.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat ketika menafikan perkara itu berkata bekas menteri besar itu sebenarnya hanyalah berbohong.

"(Dakwaan dipujuk) ini nak tunjuk dia ada harga sahaja," katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri semalam.

Prinsip PAS katanya, bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti itu, namun langsung tidak berminat untuk memujuk rayu kepada Ahmad supaya menyertai PAS.

“Dalam isu ini, kita berpendapat Ahmad ini liabiliti, pemimpin yang banyak masalah, banyak isu, 'kluk-klek' pun ada.

"Kita memang sudah jangka dia akan buat u-turn, ” katanya.

Krisis Terengganu: Umno, Najib ancam saman Malaysiakini


Datuk Seri Najib Razak dan Umno mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.

Dalam notis tuntutan yang diserahkan petang semalam, tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Umno dan Najib, atas kapasiti peribadinya, mendakwa dua artikel yang disiarkan pada 14 Mei lalu mengandungi kata-kata fitnah jahat pada anak guamnya.

Peguam Datuk Muhd Hafarizam Harun merujuk dua artikel bertajuk “A case of the PM reaping what he sows” and “How much will Najib spend to keep Terengganu?”.

Katanya, komen daripada tujuh pembaca dalam artikel itu antaranya menggambarkan Umno sebuah parti politik tidak berintegriti, rasis, tidak mengambil berat pada bangsa lain, tidak mempunyai moral yang baik serta tidak berkaliber.

“Segala tuduhan yang dibuat oleh pengguna-pengguna di laman web Malaysiakini.com adalah tidak berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti yang kukuh dan adalah amat serius dengan niat jahat (mala fide) untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej anak-anak guam kami.

Di sebalik insiden, PKR tampilkan perpaduan dalam parti


Di balik insiden dan ketegangan sempena pemilihan timbalan presidennya, PKR hari ini cuba menonjolkan perpaduan antara tiga tokoh yang berentap merebut kerusi itu.

Dalam sidang media parti itu hari ini, ketiga-tiga calon jawatan nombor dua itu tampil menyatakan sikap masing-masing.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kepimpinan utama bersama-sama mengutuk kekecohan yang menyebabkan penggantungan pemilihan di beberapa cabang PKR di Selangor minggu lalu.

“Ini pertandingan adik beradik, kita bulan melawan Umno di sini. Kita masih bersama-sama,” kata Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Katanya, kepimpinan parti, termasuk tiga calon itu bersetuju bahawa individu yang melanggar peraturan pemilihan parti patut dipecat.

JPP KEADILAN tegas, bukan seperti SPR – Anwar

PETALING JAYA 16 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tohmahan blogger Umno yang menyatakan pemimpin KEADILAN tidak layak mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kekecohan kecil dalam pemilihan KEADILAN baru-baru ini.
Jelas Anwar, tindakan blogger pro Umno tersebut menyamakan apa yang berlaku dalam PRU lalu dengan apa yang berlaku dalam pemilihan parti adalah salah.
“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bukan macam SPR. SPR kita tuduh terlibat dalam proses penipuan pilihan raya.
“JPP sebaliknya apabila dapat aduan terus mengambil tindakan tegas tanpa mengira individu tersebut penyokong siapa,” tegasnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Anwar turut menegaskan bahawa JPP dan lembaga disiplin parti sama sekali tidak bertindak melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan pelanggaran disiplin semasa proses pemilihan dijalankan.
Pada Khamis lalu, lapan anggota Keadilan digantung keahlian bagi membantu siasatan berkaitan salah laku dalam pemilihan parti.

Anwar: PKR ambil tindakan tegas pihak cetus kekecohan pemilihan

PC HQPETALING JAYA 16 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR tidak akan melindungi individu yang menyebabkan berlakunya kekecohan dalam pemilihan baru-baru ini.
Anwar berkata ada beza antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa terlibat dlm proses penipuan bersama UMNO.
“Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR 2014 tidak terlibat dan tidak melindungi melindungi penipuan,” kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Turut sama dalam sidang media itu ketiga-tiga calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution.
“Kita telah mengambil tindakan tegas termasuk menggantung dan memecat anggota yg didapati terlibat dalam penipuan dan kekecohan.
” Bagi kes yang tidak jelas, Jawatankuasa Disiplin akan mengambil masa untuk menyiasat,” kata Anwar.

Khalid Ibrahim ‘diserang’ ahli cabang, digelar ‘penipu’, ‘rasuah’


Suasana di perkarangan Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya kecoh seketika apabila calon Timbalan Presiden PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) “diserang” secara lisan oleh ahlli cabang Kuala Selangor.
"Khalid penipu! Khalid rasuah," sergah ahli cabang tersebut, Zulkifli Abdullah‎ kepada Khalid yang baru sahaja keluar daripada sidang media.
Keadaan itu menyebabkan Khalid terpinga-pinga, namun terus bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan premis PKR.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berada bersebelahan Khalid turut menenangkan ahli cabang tersebut.
"Sudah, tenang," katanya.
Zulkifli dipercayai bersama kumpulan calon ketua cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam yang hadir ke pejabat PKR untuk mengemukakan surat ‎rayuan kerana digantung keahlian oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.
"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.
MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.
Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac.
Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.

ISMA dakwa DAP mampu cetus 13 Mei sekali lagi..!!!


NGO kontroversi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini mendakwa, perjuangan DAP dan kaum Cina jika dibiarkan mampu memecah-belah dan mencetuskan huru-hara di Malaysia.

Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mat Dali berkata, ia ekoran perjuangan DAP berpaksikan ideologi sosialis, sekular, hak sama rata semua kaum di samping membawa konsep Malaysian Malaysia.

Semua fahaman itu, menurutnya, jelas sekali bertentangan dengan Islam dan Perlembagaan, lapor laman web pertubuhan itu.

“Dalam masa yang sama mereka turut mengatur langkah untuk mencair dan mengubah identiti Malaysia sebagai negara Islam kepada negara berstatus bukan Islam.

“Jadi jika terus dibiarkan, kelak ia mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969,” Abdul Rahman dipetik sebagai berkata.

Anwar akui kelemahan pemilihan PKR, dakwa keganasan dilakukan ‘orang luar’


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengakui kelemahan proses Pemilihan PKR 2014 ‎termasuk insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku di beberapa cabang.
Mendakwa perbuatan itu juga dilakukan orang luar dan bukannya ahli parti, Anwar berjanji untuk mendedahkan bukti video kepada umum setelah selesai proses siasatan J‎awatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
"Saya bersetuju secara telus bukti video disiarkan. Itu pendapat saya.
"Usul Mesyuarat Biro Politik semalam ialah mendedahkan semua maklumat kepada awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Ganung ‘Three Stooges’: Jika Mat Said "Lebong" tidak ditukar, BN tumbang lebih cepat sebenarnya....

PAS Terengganu menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menukar kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri itu adalah wajar memandangkan sikap bekas menteri besarnya Datuk Seri Ahmad Said yang dikenali sebagai seorang beremosi, gopoh, dan kasar, kata Pesuruhjaya PAS negeri, Satiful Bahri Mamat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka itu memberitahu The Malaysian Insider, PAS sudah mendengar ura-ura pertukaran Ahmad dan tidak terkejut apabila beliau digantikan dengan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, memandangkan Barisan Nasional (BN) bakal menanggung risiko kekalahan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika Ahmad masih menerajui pucuk kepimpinan negeri itu.
"Munasabah kalau beliau ditukar ... kalau mereka kekalkan Ahmad, kejatuhan kerajaan BN dalam PRU14 mungkin lebih cepat," katanya dalam temubual eksklusif di Ibu Pejabat PAS Kuala Terengganu, Terengganu semalam.
"Kita tidak terkejut (Ahmad ditukar) kerana PAS menjangkakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), prestasi kepimpinan Ahmad gagal di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Kemenangan PAS dan PKR yang mencecah hampir separuh,  hampir berjaya menumbangkan kerajaan beliau," katanya.
Satiful juga berkata, Ahmad turut memberikan layanan buruk kepada PAS  apabila beliau secara terbuka berazam menjadikan Terengganu kawasan "sifar PAS", sedangkan ketika pemilihan Umno lalu, kebanyakan kepimpinan akar umbi yang bersama Ahmad dilihat gagal mempertahankan kedudukan mereka.
"Kadang-kadang beliau ikut emosi, perbincangan sering bertelagah, sikap gopoh dan kasar yang terlalu ikut emosi.
"Hasrat beliau mensifarkan PAS itu gagal. Dulu beliau berazam PAS sifar, malah serangan beliau terhadap PAS sungguh luar biasa berbanding kepimpinan sebelum ini.

PRK Bukit Gelugor: 'Nabi Bux, sokong Ramkarpal jika ahli PAS' - Mahfuz


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menggesa calon bebas Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar untuk menyokong calon DAP Ramkarpal Singh dalam pilihan raya kecil itu.

Mahfuz berkata, Nabi Bux patut mendengar nasihat PAS jika beliau terus mengakui dirinya anggota parti Islam itu.

“Sekarang dia bertentang bertentangan dengan pendirian parti, iaitu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil,” kata Mahfuz ketika ditemui di Taman Bunga Raya, Pulau Pinang selepas ceramah malam tadi.

Mahfuz bagaimanapun menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa Nabi Bux anggota PAS dan namanya tidak terdapat dalam senarai anggota berdaftar mereka.

PRK Bukit Gelugor: Penat tapi seronok, kata Ramkarpal

Calon Pakatan Rakyat dari DAP, Ramkarpal Singh Deo Karpal Singh berkata beliau bersemangat berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang masih berbaki sembilan hari.

"Saya seronok dengan kempen setakat ini, penat tapi mesti. 9 hari lagi perlu dilalui sebelum hari mengundi. Tidak akan perlahankan (memontem ini)," katanya melalui twitter.

Ramkarpal bakal berdepan tiga calon iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, Wan Abu Backer Sidiq (Bebas) dan Muhamed Nabi Bux Mohamed Sathar (Bebas).

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor akan diadakan pada 25 Mei ini berikutan kematian penyandangnya, Karpal Singh.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi, mengalahkan calon BN Teh Beng Yeam.

PRK Bukit Gelugor: Ram nafi DAP amal nepotisme, anggap dirinya layak


PRK Bukit Gelugor: DAP boleh menang sokongan Melayu sederhana


PRK Bukit Gelugor: Beri masa, Karpal ambil 40 tahun cipta nama - Ram


Dyana Sofya kematangan politiknya mengatasi usia

Politik tidak bermoral dan banjingan tidak mudah dihakiskan daripada diamalkan di negara ini walaupun negara ini berstatus Islam. Negara ini yang ditunggaki oleh orang Melayu beragama Islam tidak memberi jaminan politik negara ini terasing daripada politik di sesetengah negara Barat yang membenarkan politik "rakusime" dan "huduhisme."

Begitu juga pendekatan Islam wastaiyyah diperkenalkan Najib Razak tidak sedikit pun mengubah cara dan corak bangsa Melayu berpolitik. Tampaknya pemain politik negara ini tidak terkesan dengan seruan Najib agar bersikap sedarhana dan tidak melampau. Mungkin mereka menjadi galak kerana ada pembelaan asalkan mereka tidak memburuk dan menghuduhkan individu Umno?

Sebenarnya politik jelek ini bermula sejak lama dulu dan ia memuncak dizaman Dr Mahathir Mohamad. Apa yang menimpa ke atas Anwar Ibrahim adalah pemulaan bagaimana politik kotor dan huduh di negara ini. Berbagai-bagai keburukan hingga tidak masuk akal dilakukan kepada Anwar hanya semata-mata seorang insan ingin mengekalkan kekuasaan dan melindungi dirinya.


Dyana bersama ibunya dalam satu majlis politik di Selangor.
Kegiatan politik buruk ini seolah-olah mendapat lesen daripada Mahathir. Bermula dari situlah serangan batang tubuh (character assosinate) banjingan ini makin galak dan ia dibantu oleh peralatan canggih dewasa ini seperti media baru facebook, blog dan sebagainya. Character assosinate menjadi senjata utama dalam politik Malaysia.

Terbaru bakal calon DAP di Teluk Intan yang disebut-sebut Dyana Sofya Mohd Daud, telah mula dileset dengan air najis dan air kencing Iblis dan Syaitan apabila Dyana 27 digambarkan sedang memakai bikni di kolam renang wahal gambar sebenarnya ialah bintang filem Filipina, Pauleen Luna bukan Dyana. Mereka yang memiliki gambar lucah begitu tentulah juga di kalangan ahli dan penggemarnya sahaja dan sering menjadikan gambar-gambar lucah sebagai daya inspirasi untuk memfitnah.

Mat Said "Lebong" & Ganung ‘Three Stooges’


Rekod Dunia Ganung "Three Stooges"
Walaupun Krisis Dewan Undangan (Dun) Terengganu dikatakan telah selesai, dengan Kembalinya Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno MENJILAT LUDAH-LUDAH mereka dengan berbagai Gaya dan Cara. Namun ada Penganalisa Politik berkata bahawa Krisis Dun Terngganu adalah Permulaan kepada Krisis-krisis yang akan Mendatang.

Benar atau pun Tidak Benar apa yang dikatakan oleh Penganalisa Politik tersebut adalah, ianya hanya Benar jika ada lagi Krisis berlaku dan Tidak Benar jika Dun Terengganu tidak Bergolak sehingga lah ke Piliha Raya Umum Ke-14 (PRU14). Walau apa pun Menariknya sepanjang tak sampai 48 Jam Krisis Dun ialah berbagai Rekod Dunia telah Tercipta.

Itu lah yang Menarik nya beb... bila sesuatu perkara melibatkan satu Bangsa yang bernama Umno, bukan nya mudah dan adalah sesuatu yang Agak Mustahil ianya dapat dilakukan oleh Bangsa lain selain dari Bangsa Umno. Hanya mengambil dalam masa kurang dari 48 Jam namun Bangsa Umno telah Berjaya Mencipta berbagai Rekod Dunia sewaktu Krisis Dun.
Antaranya ialah Kerajaan Umno/Bn Negeri Terengganu tidak RUNTUH walaupun Kedudukan Kerusi Dun yang dimiliki oleh Umno sama banyak dengan yang dimiliki oleh Pembangkang, namun Umno mendapat Tambahan Kerusi Dun iaitu Dun Speaker. Mungkin benar yang Speaker ada mempunyai Satu Undi semasa sesuatu Pengundian sedang dijalankan.

Falling on the right side of history - Dyana Sofya

It is Malaysians like those who have been attacking me that give me even more reason to continue the 'perjuangan'.


Dyana SofyaMy mother was active in politics. As her kids, my brothers and I were exposed to politics at a very young age. We would frequently meet our politician uncles and aunts during dinners, teh tarik sessions, Hari Raya open houses and birthday parties. Some of them made it to ministerial posts in later years, while some were not as lucky.
Growing up observing my mother taught me many, many things. With the good came also the bad. I soon learned that politics was a dog eat dog world which required one to have nerves of steel and skin as thick as oak before one could even begin to participate.
My older brothers in particular saw what my mother endured. They read the books she brought home from work. They saw the dirty games and Machiavellian tactics that my mother had to put up with in the name of “perjuangan.” For the party. For the country.
They also saw how she was betrayed by her own comrades and best friends for the sake of position and power. As a result, they have sworn themselves off from the world of politics.
It all began in the late 1980s, when my mother was an Umno worker. She had loyally served the party for years, but all her sacrifice and hard work counted for nothing when the newly constituted Umno Baru of Dr Mahathir Mohamad decided not to rehire staff that had been inclined towards the ‘Team B’ of his opponent, Tengku Razaleigh Hamzah, during the 1987 Umno election.
At the time, she was just about to return to work after maternity leave. She had just given birth to me.
A new kind of politics
Twenty years later in 2007, I began the first year of my Bachelor in Legal Studies at UiTM. Malaysia had moved on from Mahathir by then, the Prime Minister being Abdullah Ahmad Badawi, a former ‘Team B’ man.
As social movements in Malaysia began to gather pace – such as Hindraf, Bersih and anti-ISA rallies, my friends and I began to get interested in politics.
We Googled, we read, and we became aware. The next obvious step was to begin attending political ceramahs of various parties and groups. Some were pro-establishment, but mostly were anti-government.
When my mother found out, she asked me: “Aren’t you afraid? You might get arrested for being pro-opposition.”
It was the same thing some of my friends said to me. My only reply was to say that some of these “anti-establishment” leaders who fought long and hard for what they believed in despite suffering under detention were now prominent leaders and would be, when history is written 50 years from now, be seen as heroes.
Only cowards fear the judgment of history.

3 calon presiden FAM perlu diberi peluang sewajarnya - Annuar Musa


Annuar Musa

SEMUA calon presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya diberikan peluang yang sewajarnya bagi memenuhi keperluan dalam kepimpinan sukan bola sepak negara.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dipetik laman sosial Facebooknya berkata, tidak mustahil jika peluang diberikan kepada ketiga-tiga calon presiden bagi memegang jawatan  dipertandingkan mengikut keperluan sedia ada.

“Calon presiden pula dari satu keluarga dan berada dalam satu status yang tertentu, kita harus hormati semua, malah saya terfikir alangkah baiknya kalau ketiga-tiga (calon) ini yang secara suka rela sanggup berkorban untuk bola sepak negara diberikan tempat,”katanya.

Annuar membayangkan alangkah bagus jika ketiga-tiga calon itu ‘berunding’ sesama mereka dan memilih menerajui persatuan bola sepak berbeza.

Ramkarpal: Saya ada keupayaan tersendiri

Ramkarpal  
Calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan bersalaman dengan calon DAP, Ramkarpal Singh semasa mereka bertembung ketika membuat kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di pasar Farlim, Jalan Air Itam di Georgetown hari ini. - Foto Bernama
GEORGETOWN - Calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo berkata, beliau mempunyai kredibiliti dan keupayaan tersendiri untuk menerajui kawasan itu tanpa dibayangi mendiang bapanya Karpal Singh.

Ramkarpal Singh berkata adalah sangat tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menilainya hanya sekadar sebagai anak Karpal Singh tanpa melihat kewibawaannya untuk mengekalkan majoriti di Parlimen Bukit Gelugor.
  
"Saya bukan setakat anak Karpal Singh sahaja. Ada juga keupayaan saya yang lain yang saya boleh buat. Adalah tidak adil untuk membuat kesimpulan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Basah Farlim, di sini hari ini.