Khamis, 15 Mei 2014

Punca 5 Adun Umno Tak Sokong Mat Said Terbongkar

Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.
Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.
Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 September dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.
Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Presiden PAS, Mat Taib di Himpunan Memali 23 Mei



KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan penyokong untuk hadir pada Himpunan Keadilan Untukmu Memali pada 23 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu himpunan tersebut bagi menjelaskan fakta sebenar pada peristiwa berdarah yang berlaku pada 19 November 1985.

"Himpunan ini diadakan berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam pada satu forum di kelantan pada 27 Mac lalu.

"Kenyataan tersebut menimbulkan persoalan kepada rakyat khususnya penduduk Memali yang  menjadi mangsa, kita ingin memberi penjelasan yang sebenar apa sebenarnya berlaku dari fakta yang dipesong," jelas beliau.

Antara yang akan hadir pada himpunan tersebut adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

MAS kerugian bersih suku pertama RM443 juta, kehilangan MH370 tingkat kerugian


Malaysia Airlines yang menanggung kerugian bersih RM443 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2014 berbanding RM279 juta dalam suku yang sama tahun lalu.
Ia berkata, kerugiannya bertambah teruk dengan kehilangan pesawat MH370 yang menyebabkan permintaan untuk perkhidmatan syarikat itu merosot.
"Ketika pencarian untuk MH370 diteruskan hari ini setelah lebih dua bulan hilang, kumpulan kami perlu meningkatkan usaha untuk menambah baik aliran pendapatan serta menguruskan kos yang semakin tinggi sejajar dengan peningkatan kapasiti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya hari ini.
"Keperluan ini menjadi lebih penting untuk kelangsungan hidup Malaysia Airlines dan kemampanan syarikat dalam pasaran yang semakin mencabar," katanya dalam satu kenyataan.
Pesawat MH370 yang membawa 239 orang, termasuk penumpang dan anak kapal, hilang pada pagi 8 Mac lalu.
Pasukan mencari dari pelbagai negara masih berusaha menjejaki pesawat berkenaan yang dipercayai jatuh di Lautan Hindi.
Syarikat itu berkata, tekanan ke atas pendapatan, aktiviti bukan teras yang merugikan serta sentimen negatif ke atas syarikat penerbangan itu, membayangi pertumbuhan trafik udara yang agak tinggi dan usaha penjimatan kos.
Ahmad Jauhari berkata, sebahagian besar kos berkaitan MH370 akan ditanggung syarikat insurans.
"Bagaimanapun, kumpulan kami perlu segera meningkatkan usaha untuk mendapat kembali momentum yang hilang dan meningkatkan pendapatannya," katanya.
Operasi syarikat penerbangan itu merosot untuk beberapa minggu sejak MH370 hilang pada awal Mac.
Aktiviti pemasaran dihentikan sebagai menghormati anggota keluarga mangsa dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu, katanya.

‘DCA did not trust Air Force’s radar data’

A former air force officer says that there were several vital mistakes made in the early stages when flight MH370 went missing.

KUALA LUMPUR: The Department of Civil Aviation made several vital mistakes in the early stages when MH370 went missing over the Gulf of Thailand on March 8, said a retired Air Force officer.
Captain (Rtd) Abdul Rahman Omar said that the most glaring mistake of the aviation department was not following annexe 11 of the International Civil Aviation Organisation (ICAO).
MH 370 New“Annexe 11 relates to communication with an aircraft in distress, between the air traffic controllers (ATC) and the pilot of the plane,” said Rahman.
“The ATC was to have contacted the pilot and directed him to communicate with air traffic controllers in Ho Chi Minh but the procedure underannexe 11 was not followed.”
Rahman believed that it was a mistake on the DCA’s part not to trust the radar data provided by the air force hours after the plane had disappeared.
“I believe the air force received the radar data in Pulau Perak where MH370 was last pinged on the radar. But the DCA did not trust the data,” he added.
‘No crisis communication’
Prime Minister Najib Tun Razak admitted to some missteps in the first days of the MH370 crisis and acknowledged that “we didn’t get everything right”.
Writing in the Wall Street Journal yesterday, Najib conceded that a chaotic public message and slow start to the search and rescue operations in the early days of the plane’s disappearance was a mistake.
Rahman, a former jet-fighter pilot, also pointed out another mistake made by the authorities whereby there was no crisis communication in the first four hours.
“There should have been a crisis communication during the early stages but the director general of DCA did not follow it,” he said.

MAS rugi lebih teruk susulan kes MH370

Malaysia Airlines melaporkan kerugian lebih teruk hari ini dalam laporan suku pertamanya selepas kejadian kehilangan pesawat penerbangan MH370.

Syarikat penerbangan negara itu melaporkan kerugian berjumlah RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.

Dalam kenyataannya, Malaysia Airlines menjelaskan kes kehilangan pesawat tersebut memberi kesan "dramatik" ke atas prestasi kewangannya dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada Mac.

Kehilangan pesawat Boeing 777 dalam perjalanan ke Beijing membawa 239 penumpang dan kru itu "menyebabkan reaksi jangka pendek dalam sikap pengguna, dan syarikat mendapati banyak pembatalan tempahan sedia ada dan pengurangan tempahan jarak jauh untuk tempahan jarak dekat".

"Jualan dari China jatuh ke paras 60 peratus pada Mac, tidak lama selepas kehilangan pesawat tersebut," kata jurucakap syarikat itu lagi.

Cabaran perubahan dan peranan Prof Hamka


Minggu lepas diadakan seminar tentang ‘Buya Hamka yang merupakan tokoh ilmuwan Nusantara yang terbilang. Terima kasih Imam Muda Asyraf yang menjadi penganjur dan turut menjemput saya membentang satu tajuk berkaitan tokoh agung itu.
Saya bincangkan tentang Prof Hamka dan perjuangannya dalam merubah cara fikir masyarakat. Saya ingin kongsikan dalam tulisan kali ini dan yang akan datang tentang usaha pembaharuan yang Prof Hamka menyahut cabarannya.
Jiwa perubahan
Sebenarnya, dalam kalangan manusia ini ada insan-insan yang memang seakan terpilih untuk melakukan tanggungjawab membaiki masyarakat mereka.
Allah bekalkan dalam diri mereka ini jiwa yang besar, keberanian, kesanggupan menghadapi rintangan dan ketidakmampuan berdiam diri melihat kepincangan masyarakat mereka.
Ketika orang lain takut dan tidak sanggup menghadapi reaksi balas masyarakat, atau gagal untuk berfikir ke arah perubahan yang lebih baik, golongan pembaharuan ini tampil membayar harga yang mahal, mengharungi cabaran dan ancaman demi merubah apa yang mereka yakini salah.
Mereka menjadi pejuang yang dalam hayat mereka terpaksa mengharungi pelbagai tribulasi demi misi yang hendak mereka capai.
Ada dalam kalangan mereka yang melihat kejayaan semasa hidup, ada yang hanya dikenang setelah mereka tiada lagi di dunia ini.
Golongan ini akan sentiasa wujud untuk menyelamatkan umat manusia. Mereka adalah kurnia Allah untuk kebaikan insan.
Dalam konteks yang lebih luas, pembaharuan bukan sahaja berlaku dalam kalangan umat Islam, tetapi juga berlaku dalam kalangan mereka yang bukan Muslim.
Allah takdirkan banyak bangkit para pejuang yang cuba menyelamatkan ketidakadilan dan kekejaman yang berlaku dalam masyarakat mereka.
Tokoh-tokoh seperti Martin Luther King, Gandhi, William Wilberforce, Nelson Mandela dan lain-lain merupakan rahmat Tuhan kepada hamba-hambaNYA.
Mereka mengorbankan diri untuk menghalang kezaliman ke atas orang lain. Mereka patut dipuji, dikenang dan disanjung.
Tajdid
Dalam konteks Islam, kita lihat ramai golongan revivalist yang melakukan tajdid ataupun pembaharuan. Dalam pelbagai bidang tokoh-tokoh tajdid dalam umat ini muncul.

SPRM gesa isytihar derma politik

Parti Politik Malaysia Paling Banyak Terlibat Amalan Rasuah - Kajian

Parti politik Malaysia paling banyak terlibat amalan rasuah - Kajian
Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akbar Satar
Parti politik di negara ini dilihat sebagai institusi yang paling banyak terbabit dalam amalan rasuah.

Ia berdasarkan laporan kajian Barometer Rasuah peringkat nasional yang dilaksanakan Transparency International Malaysia.

Presidennya, Datuk Akbar Satar menyifatkan fakta itu sebagai unik kerana buat julung kalinya parti politik menduduki tempat pertama kedudukan yang lazimnya diduduki polis sebagai institusi paling banyak mengamalkan rasuah di peringkat global.

Daripada 2,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden, 45 peratus daripada mereka melihat parti politik mengamalkan rasuah tertinggi diikuti polis dengan 42 peratus.

Ia berbeza dengan Barometer Rasuah Global tahun lalu, di mana 78 peratus rakyat Malaysia percaya polis paling tinggi dalam mengamalkan rasuah di Malaysia.

Persepsi masyarakat terhadap gejala rasuah bagaimanapun secara keseluruhan didapati berkurangan manakala 38 peratus rakyat Malaysia merasakan usaha itu  tidak berkesan.

'Dr M, jadilah orang tua yang segera bertaubat' - Saif

Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.
Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.

Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir.

Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.

Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat.

Dr Mahathirlah yang mereka (tuduhan) fitnah liwat terhadap Anwar.

Mangsa fitnah

Terkini: 10 wakil rakyat BN Sarawak umum keluar parti


KUCHING: Seramai 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) isytihar keluar parti untuk menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang menyokong BN.Mereka ialah enam dari SPDP yang diketuai Presidennya, Tan Sri William Mawan dan empat lagi dari SUPP diketuai Pengerusi Cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh.
Mawan berkata, kumpulan itu akan menyertai parti pelbagai bangsa yang diluluskan pendaftarannya baru-baru ini dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).
“Kami letak semua jawatan kami dalam parti lama dan akan bekerjasama meneroka perjalanan baru dengan Wong yang diberi peranan untuk mendapatkan sokongan orang Cina terhadap parti baharu itu,” katanya.

Beliau berkata, parti baharu itu akan dibuka kepada ahli SPDP dan SUPP yang berdepan masalah untuk menyuarakan perjuangan mereka.

Selain itu, Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George LAgong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelagus.

Lima lagi ahli SPDP termasuk ADUN Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Gumbang (Batu Danau), Sylvester Entrie (Marudi) dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau.
Sementara itu, ahli SUPP termasuk ADUN Bengoh, Dr Jerip Susil, Dr Johnical Rayong (Engkilili) dan Ranum Mina (Opar).

Ahmad Said "Lebong" dipujuk sertai PAS


Ganung ‘Three Stooges’ buktikan kajian MCB 2014 tepat

SHAH ALAM, 15 MEI: Aksi keluar masuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno dalam tempoh masa 24 jam semalam seakan mengiyakan hasil kaji selidik terbaru Malaysian Corruption Barometer (MCB) 2014 yang menunjukkan ahli politik dipercayai paling banyak terbabit rasuah.
Tiga ADUN itu temasuk Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said; Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Ajil).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata tiada sesiapa akan mempercayai bahawa krisis kepimpinan di Terengganu itu berlaku hanya disebabkan ketidakpuasan hati berhubung majlis perkahwinan anak perempuan bekas menteri besar berkenaan.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pegangan kucar kacir ahli Umno itu yang mendorong masyarakat beranggapan ahli politik yang boleh dipercayai dan disandarkan kini tidak wujud lagi.
“Bekas Ketua Pengarang News Straits Times, Datuk A Kadir Jasin sempat membangkitkan persoalan taktik licik dan politik kotor dalam isu ini.
“Beliau siap membayangkan tiga ahli Umno yang menjadi ADUN bebas itu boleh berubah fikiran semula jika ‘kena pada harganya’. Teori ‘kena pada harganya’ oleh Kadir Jasin itu akhirnya terbukti benar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hasil kaji selidik terbaru MCB menunjukkan 45 peratus daripada 2,000 responden percaya salah laku rasuah paling banyak diamalkan ahli politik diikuti pasukan polis (42 peratus), pegawai dan penjawat awam (31 peratus) dan parlimen dan badan perundangan (23 peratus).
Ini adalah kali pertama ahli politik dilihat sebagai paling korup berbanding hasil kajian sebelum ini yang sering diungguli pasukan polis.

Pemuda PAS: Trio Umno tiada prinsip

Tindakan tiga ADUN Terengganu yang mengumumkan untuk kembali kepada Umno tidak lama selepas keluar parti menerima ejekan dari Pemuda PAS yang menganggapnya sebagai satu gimik semata-mata.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat juga berkata, tindakan itu menunjukkan tiga wakil rakyat tersebut, termasuk bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said, tiada prinsip yang teguh dalam politik.

Dengan sinis, beliau turut mengumpamakannya seperti slogan satu iklan biskut popular – "sekejap ada, sekejap tiada".

"Bagi para politikus berjawatan ADUN, ahli Parlimen atau pemimpin dan aktivis di posisi mana sekali pun kita berada, berpeganglah kepada prinsip perjuangan yang luhur untuk membela rakyat.

"Prinsip yang mampu menjadi benteng ampuh dari bahana sindrom 'Sekejap ada, sekejap tiada'," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan tiga ADUN tersebut tidak lebih daripada satu "gimik dan rutin politik semata-mata".

501: Polis dedah gambar suspek pukul wartawan



Polis hari ini mendedahkan gambar sebelas individu yang disyaki memukul wartawan semasa perhimpunan anti-GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Kuala Lumpur 1 Mei lalu.

Pasukan itu menyiarkan gambar berkenaan di Facebook sejak petang ini bagi membolehkan orang ramai mengecam suspek terbabit untuk membantu siasatannya.

"Pihak polis mengambil kesempatan untuk menyeru mereka yang terbabit atau mana-mana orang yang mengenali mereka yang terdapat di dalam gambar untuk memberikan maklumat bagi membantu pihak polis menyelesaikan penyiasatan kes ini," kenyataan itu dipetik.

Menurut polis, mereka bertindak selepas menerima aduan dari seorang wartawan akhbar bisnes Focus Malaysia pada malam hari kejadian.

Test Power: Presiden SPDP umum keluar parti....spesis Mat Said "Lebong"

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan keluar parti hari ini.

Turut mengumumkan tindakan sama ialah pemimpin kanan SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh.

Dua orang menteri kanan negeri itu akan menyertai parti mesra BN, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Sidang media pengumuman peletakan jawatan tersebut sedang berlangsung di bangunan DUN Sarawak.

Mawan sebelum ini terlibat dengan perebutan kuasa dengan timbalannya Tiong King Sing manakala Wong pula terlibat dengan satu pertikaian dengan SUPP.

Kecewa MB Terengganu ditukar punca Adun Ajil keluar Umno..!! Terlanjur, Terkejut, Kecewa..!!!


Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil Ghazali Taib kelihatan sebak semasa menjelaskan keputusannya untuk keluar Umno beberapa hari lalu bersama bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mei, 2014.Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil Ghazali Taib kelihatan sebak semasa menjelaskan keputusannya untuk keluar Umno beberapa hari lalu bersama bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mei, 2014.Kecewa dan terkejut dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menukar bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dengan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil meninggalkan Umno.
Ghazali Taib berkata, beliau amat terkejut dengan perkara itu dan mengambil keputusan mengikut jejak Ahmad Said mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas kerana simpati dengan bekas menteri besar itu.
"Saya tidak kesal kerana saya membela satu insan ketika itu. Langkah saya betul ketika itu, saya tidak sanggup melihat beliau kesedihan," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu lewat petang tadi.
Ghazali menuruti jejak langkah Ahmad Said yang juga Adun Kijal dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan diri mereka sebagai Adun Bebas sehari selepas Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru.
"Saya tidak pernah meragui keputusan saya mengikutnya kerana yakin beliau 'pandai terbang dan pulang ke pangkal'.
"Saya amat rapat dengan dia. Saya yakin beliau tidak akan jual Umno demi pangkat. Saya fikir tidak mengapa saya hilang kuasa daripada saya hilang kawan," katanya.
Krisis politik di Terengganu bermula pada 13 Mei namun selesai kurang 48 jam berikutnya selepas kesemua Adun dan bekas menteri besar itu menarik balik tindakan mereka.
Ahmad Said ketika ditemui pemberita di kediamannya berkata, perkara itu berlaku disebabkan salah faham antara beliau dan Najib berhubung tarikh perkahwinan anaknya.

JPP: Pemilihan semula 27 Cabang akan ditetap pada tarikh baru

JohariKUALA LUMPUR 15 MEI: Semua 27 Cabang KEADILAN yang diminta untuk mengadakan pemilihan semula akan menjalani proses itu pada satu tarikh baru yang akan ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul berkata, mesyuarat Biro Politik pada 14 Mei lalu memutuskan, Cabang-Cabang di Sabah, Sarawak dan Semenanjung hendaklah diberi ruang yang lebih untuk membuat persiapan.
“Ini termasuk persiapan logistik, mengenalpasti premis tempat pemilihan yang lebih kondusif, serta penyediaan jumlah pengawas dan petugas yang lebih ramai bagi memastikan proses pemilihan lebih lancar.
“Tumpuan dan penelitian yang lebih juga akan diberikan kepada Cabang-Cabang yang mempunyai jumlah anggota yang ramai,” kata Johari dalam kenyataan.
Sebelum ini, JPP menetapkan 17 Mei ini untuk mengadakan pemilihan semula bagi peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit Pengerang, Tenggara, Tenom dan Keningau.
Empat lagi kawasan terlibat adalah Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani.
“Pihak JPP berharap pemilihan semula Cabang-Cabang ini akan dapat dilaksanakan dalam kadar yang munasabah,” kata Johari.

Biro politik perlu tegas isu hina keluarga Anwar, kritik Kerajaan Selangor

ChegubardSHAH ALAM, 15 MEI: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan Lembaga Displin dan Biro Politik PKR yang memutuskan untuk menggantung keahlian lima ahlinya kerana mengkritik parti secara terbuka berhubung isu Pemilihan PKR 2014.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, tindakan memburukkan parti di media akan menyebabkan musuh luar PKR mengambil kesempatan bagi menyerang dan melemahkan parti.
Beliau menggesa,Lembaga Displin dan Biro Politik PKR turut bersikap tegas terhadap pihak yang menghina keluarga Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memburukkan Kerajaan Selangor sehingga membuka peluang pihak musuh menyerang parti itu.
Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRSaya sebagai ahli parti menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan sama ada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Lembaga Displin juga Biro Politik. Saya percaya kalau daripada dahulu sudah bertegas, banyak perkara boleh dielakkan.
“Saya juga akan cuba ingatkan pihak bertanggungjawab bagaimana media digunakan pihak tertentu termasuk media musuh untuk menyerang peringkat tertentu Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, bahkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pemilihan 2014, Datuk Kamarul Baharin pernah keluar media elektronik minta menteri besar berhenti.
“Saya yakin dengan ketegasan JPP seterusnya Lembaga Disiplin PKR dan Biro Politik untuk melakukan tindakan yang sama. SZaya juga akan hantar laporan iaitu kelompok tertentu yang mempertikaikan bukan sekadar JPP tetapi lebih teruk menghina keluarga Ketua Umum, pada 19 Mei ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Rakyat hilang wadah untuk tumbangkan Umno-BN sekira PR berpecah

KUALA LUMPUR: Sekiranya Pakatan Rakyat berpecah hanya disebabkan isu hudud yang dijadikan modal pihak lawan untuk memutuskan hubungan antara ketiga-tiga parti, ia akan menyebabkan rakyat kehilangan wadah untuk menamatkan kuasa Umno-BN, tegas AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau, bukan sahaja rakyat tiada wadah untuk menentang kuasa Umno-BN, malah ketiga-tiga parti kembali sebagai pembangkang sampai bila-bila dan cita-cita untuk menguat kuasa Enakmen Syariah II akan gagal.

Beliau menjelaskan, PAS telah sedaya upaya menerangkan dan meyakinkan rakan-rakan Pakatan Rakyat perjuangan PAS tetap kekal komited ‘menegakkan keadilan untuk semua’ serta ‘mewujudkan sebuah negara berkebajikan’. Di samping itu katanya, PAS juga menekankan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat, matlamat PAS juga untuk bersama-sama menamatkan kezaliman Umno-BN dan kebobrokan tadbir urus yang sarat dengan rasuah, pemborosan dan pembolotan kekayaan negara.
“Atas dasar-dasar dan matlamat itu kita dapat jalinkan muafakat politik dalam tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat dan DAP serta   merangka ‘Dasar Bersama’ atau ‘Common Policy Framework’.

PAS pujuk Mat Said ke Mat Said pujuk PAS ?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kata Ahmad Said atau Mat Said ketika dia "hilang akal" dua tiga hari lepas ada pemimpin Pas datang memujuk dia agar membuat keputusan cepat. Ketupusan apa? Dia juga kata kalau dia tak halang ramai lagi Adun Umno akan keluar parti menyebabkan Umno akan hilang kuasa memerintah.

Benarkah orang Pas yang pergi pujut Mat Said, atau sebaliknya. Kalau boleh Mat Said sebutlah seorang dua yang pergi pujuk dia itu. Atau pun dia sahaja yang berasan. Kita tidak yakin orang Pas jadi selemah dan sepelahap itu untuk pujuk Mat Said. Pas selamanya bermain politik cara baik dan politik munafik bukan cara Pas.

Apa yang didapati Mat Said ada hantar orang dia pergi berjumpa dengan orang Pas. Tetapi pihak Pas tidak berapa layan sebab tidak yakin kepada Mat Said. Mungkin kerana malu dengan keadaan itu dan untuk menghalalkan tindakan masuk balik Umno selepas tidak sampai 48 jam istyhar jadi bebas Mat Said kata Pas pujuk dia.

Mat Said sebenarnya tidak baca yang Najib Razak akan buat keputuan cepat untuk menukarnya dengan Ahmad Razif Abdul Rahman. Dia mengira Najib akan perlewatkan sebabkan itu Mat Said berdalih dan memberi alasan kerana kenduri kahwin anaknya. Tetapi Najib sudah membaca kilat dalam kilau.

Tahu-tahu Najib atur majlis angkat sumpah secara senyap dan Mat Said "selak terkangkang". Najib katanya tahu rancangan Mat Said yang dikatakan hendak bawa dua tiga orang Exco keluar Umno dan berpakat dengan Pas. Dari mana Najib dapat tahu itu kebijaksanaan Najib. Seorang perdana menteri tentu mempunyai info dari berbagai dimensi. Tetapi kalau bukan salah seorang Exco atau orang yang rapat dengan Mat Said memberi tahu, siapa lagi.

Berprinsipkah aku?

Oleh CY MOHAMMAD FAIZAL
DALAM kitab Sahihnya, Imam Bukhari ada menukilkan perihal ketegasan yang digambarkan pada Nabi Yusuf AS dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW menyebut peri pentingnya seorang itu mempertahankan prinsip dalam apa jua keadaan.

Dengan menyandarkan kisah Nabi Yusuf AS, Rasulullah SAW pernah mengisahkan bagaimana ketika Nabi Yusuf AS mempertahankan prinsipnya ketika saat baginda ingin dikeluarkan dari penjara.

Ketika hendak dilepaskan daripada tahanan, Nabi Yusuf AS tidak segera keluar bahkan menanyakan kepada pegawai yang diutus raja Mesir tentang wanita-wanita yang terpotong jarinya sejurus sebelum baginda dipenjarakan.
Jika diteliti sehalus-halusnya, kisah yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW ini amat hebat pengajarannya. Bagi Nabi Yusuf AS, pembebasan baginda dari penjara bukanlah matlamat paling utama. Yang paling penting, baginda perlu memastikan baginda dibersihkan dan dibebaskan daripada segala tuduhan jahat dan fitnah yang direka.

Ia dapat difahami apabila baginda tidak segera keluar sebaik dilepaskan. Bahkan menanyakan perihal wanita-wanita yang terpotong jarinya kerana wanitalah yang membawa baginda dipenjara. Dalam keadaan manusia biasa, apalah lagi nak dikesahkan cerita lama? Yang penting hanyalah keluar dari penjara dan bebas daripada kurungan.

13 Mei di Terengganu

Oleh YUSOF HARUN
MENJELANG 13 Mei, anak watan Kemaman yang juga MB Terengganu  Ahmad Said meletak jawatan. Pada malam sama dua peristiwa penting tercatat sebagai sebahagian rekod sejarah. Pertama pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai MB baharu.

 Kedua, menjelang tengah hari keesokannya iaitu pada hari 13 Mei, Ahmad dan rakan-rakannya, Adun Ajil, Ghazali Taib, serta Roslee Daud, Adun Bukit Besi keluar Umno dan menjadi calon Bebas.
 
Dua lagi Adun, Jidin Shafie (Permaisuri) dan Rosli Othman (Kemasik), yang dikait dengan kem ini bagaimanapun menafikan mereka terlibat. Dalam tempoh beberapa jam menjadi wakil rakyat tidak berparti, Roslee menarik balik surat peletakan jawatan.

Pada sebelah petang 13 Mei, suhu politik Terengganu kembali hampir normal. Gempar bakal berlaku pilihan raya negeri tidak menjadi kenyataan apabila Speaker Dun Zuber Embong menafikan. Zuber tidak menemui Tuanku Sultan menyembah memohon agar Dun Terengganu dibubarkan.

Pas mungkin sedar itu tidak lebih sekadar sebuah drama kekeluargaan. Ia tidak memungkinkan jatuhnya kerajaan BN seperti yang mereka atau penyokong harap-harapkan.

Justeru walaupun mesyuarat khas Pas negeri diadakan pada pagi Selasa, namun menurut Pesuruhjayanya Saiful Bahri Mamat, Pas tidak akan melamar tiga Adun berkenaan.

Walaupun kedudukan BN kekal dengan 16 wakil rakyat di Dun Terengganu berbanding Pas 15, PKR 1, dan Bebas 2, krisis politik di negeri itu pada kadar sekarang dianggap selesai. Secara teknikalnya BN masih memerintah tetapi tidak bererti Ahmad kalah.

Sejak pagi, Perdana Menteri menjadi perhatian. Di Terengganu setiap kali nama Ahmad Said disebut begitu juga nama Najib Razak. Walau lebih ramai berdiri menyokong pendirian Najib berhubung kedudukan Ahmad, ia tidak sama seperti apa yang tersirat.

Pemimpin Yang Mengadai Prinsip Dan Maruah

Oleh Abu Hassan Adam
Aku tidak tahu apa ‘hukuman’ yang perlu dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin yang bertindak diluar batas normal (dalam politik) melainkan dengan meletakkan satu ‘tanda’ ke atas mereka bahawa mereka telah menggadaikan maruah diri dan bangsa Melayu.
Dan tentulah tidak juga boleh dipersalahkan mereka sepenuhnya kerana bertindak sedemikian rupa kerana mereka juga mengikuti jejak langkah pemimpin terdahulu yang juga bertindak sebagaimana yang mereka lakukan. Maknanya mereka juga seperti gelagat Pak Pandir (dalam cerita Pak Pandir) yang selalu mengatakan ungkapan yang berbunyi, ‘bukan anak aku sorang ….”


Sehari dua ini rakyat Malaysia telah dipertontonkan dengan babak-babak yang mengelirukan, bercampur antara persaan sedih, lucu dan marah. Keliru apabila melihatkan watak-watak yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin seorang demi seorang merelakan diri mereka ‘dihina’ oleh masyarakat dan bangsa mereka. Aku tidak tahu apakah ungkapan yang paling tepat untuk diberikan kepada mereka yang boleh mengubah prinsip pendirian dalam masa yang tidak sampai 48 jam. Sudah diludah dijilat balik. Begitulah bunyinya peribahasa Melayu lama untuk menggambarkan tindakan beberapa orang pemimpin Terengganu yang sudah kembali semula ke pangkuan diiringi senyum lebar membayangkan seolah-olah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku sebelumnya. Hanya semalam, para ‘pemimpin’ di negeri Terengganu Darul Iman telah melafazkan ungkapan yang kurang enak terhadap pemimpin tertinggi mereka, namun dalam masa yang kurang dari 48 jam semuanya sudah baik seperti biasa. ‘Air ludah’ yang semalam telah pun ‘dijilat semula’ pada hari ini. Dan masing-masing melafazkan kata-kata keramat orang tua-tua, ‘ biduk lalu kiambang bertaut’.
Bagi aku kemelut yang berlaku di Terengganu itu memberikan kesan yang amat besar kepada hati dan perasaan rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia keturunan Melayu amnya. Sebenarnya ‘derita dan pedih’ yang dirasakan oleh rakyat Perak beberapa tahun yang lalu masih belum ‘sembuh’ seperti sediakala. Masih terasa lagi ‘pedihnya’ dan ternampak ‘parutnya. Memang belum pulih sepenuhnya. Kini timbul pula peristiwa yang hampir serupa berlaku di Terengganu, yang pastinya menambahkan lagi derita dan luka perasaan rakyat Malaysia yang sentiasa memikirkan tentang prinsip dan maruah.

PKR perlu tegas dengan pengacau dalam parti

Tindakan PKR menggantungkan lapan orang anggotanya termasuk bekas ahli parlimen kerana melakukan berbagai kesalahan semasa pemilihan parti minggu lalu dikira sebagai langkah tepat dan perlu dihormati oleh semua pihak dalam parti berkenaan.

Penggantungan itu tentu untuk kebaikan parti.

Mereka digantungkan melakukan berbagai kesalahan, paling ramai ialah apabila menghebuhkan masalah dalam parti ke media massa dan juga laman sosial.

Penggantungan mereka dibuat semalam apabila Jawatankuasa Disiplin yang bermesyuarat semalam dipengerusikan Mohamed Azmin Ali. Turut sama hadir dalam mesyuarat itu ialah Anwar Ibrahim dan Abdul Khalid Ibrahim.


Sewajarnya kalau mereka diambil tindakan kerana mendedahkan masalah parti kepada umum perbuatan yang keji seperti meluduh ke langit. Mereka berbuat begitu juga tidak sayangkan parti dan lebih bertujuan untuk memburuk-burukkan parti. Apakah kemungkinan mereka sebenarnya agen yang dihantar oleh musuh PKR?

Kalau pun ada ahli yang tidak berpuas hati berhubung sesuatu membabitkan pentadbiran dan pengurusan parti, ahli parti sepatutnya mencari makenisme lain yang lebih konstruktif.

PRK Teluk Intan: Dyana Sofia tidak gentar, “Ini Dyana lah…”

Dyana SofyaSHAH ALAM 15 MEI: “Ini Dyana lah,” tulis Dyana Sofia Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang ketika memberikan reaksi serangan blogger Umno dengan penyebaran gambar untuk memburukkan reputasinya.
“Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah.
“Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium,” tulis beliau di Twitter.
Dyana merupakan antara nama yang disenarai pendek oleh DAP untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 Mei.
Dyana twitWalaupun hanya baru cadangan, namun Diana yang berumur 27 tahun dilihat mewakili golongan anak muda yang mampu memberikan ancaman politik kepada calon Barisan Nasional.
Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gusar dengan sebarang tekanan.
Dyana dalam tulisannya ‘Satu Jam bersama Obama’ berkata, anak muda harus mencari platform dan mengatur strategi dengan baik dengan melibatkan diri dengan organisasi atau kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.
“Anak muda mempunyai kuasa untuk menegakkan demokrasi. Kita perlu sedar keupayaan kita dan impak yang kita boleh mempunyai di dunia.
“Bersama-sama, kita boleh menjadi satu kuasa yang disegani,” tulisnya.
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata DAP akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Rafizi pertahan buku Reformasi 2.0, sedia ke mahkamah

rafizi_reformasi2KUALA LUMPUR 15 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempertahankan buku terbitannya, ‘Reformasi 2.0: Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Intergriti Mahkamah?’ dan sedia menjawab lanjut persoalan berkaitan penulisannya itu di mahkamah jika didakwa.
Tegas Rafizi, penerbitan buku itu bukan suatu kesalahan kerana apa yang ditulis adalah berdasarkan fakta kes mengikut perbicaraan mahkamah.
“Penulisan buku itu tidak ada yang salah, kerana saya hanya menyatakan fakta kes yang dibentangkan di mahkamah, dan saya tidak kira itu sebagai satu kesalahan, malah saya melihat ia sebagai satu keperluan kerana media massa melaporkan perkara yang langsung tidak berlaku di mahkamah,” katanya.
Beliau membidas laporan media yang cuba memesongkan isu sebenar yang akhirnya memberi persepsi salah kepada umum mengenai Fitnah II ke atas Anwar.
“Ada perbezaan yang nyata bagaimana persepsi rakyat mengenai Anwar dibina dan bagaimana kes itu berjalan di mahkamah, sebab itu saya lihat keperluan untuk perbetulkan balik persepsi yang salah itu untuk membentangkan secara jelas dengan fakta-fakta kes di mahkamah,” katanya.
Oleh sebab itu, beliau antara lain menjelaskan dalam buku tersebut bahawa Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang didakwa kononnya diliwat sebenarnya tidak pernah dibuktikan berada di kondominium pada hari yang didakwa berlaku kejadian iaitu 26 Jun 2008.

Selepas Ahmad "Lebong": Giliran siapa pula jadi mangsa?

Jika kena gaya dan bodeknya, mungkin Datuk Seri Najib Razak bermurah hati memberikan jawatan lain kepada Ahmad Said.

Zambry Hassan AdnanPETALING JAYA: Walaupun Datuk Seri Ahmad Said kehilangan jawatan dan diaibkan kerana kenduri kahwin anaknya pada hujung minggu ini selain tidak lagi bergelar Menteri Besar, tetapi dalam sidang akhbarnya petang semalam ketika mengumumkan penarikan balik surat keluar Umno dan kekal sebagai ADUN Kijal,  Ahmad Said masih lagi ceria dan mampu tersenyum.
Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, dalam hati Ahmad Said mungkin berkata, beliau hanya kehilangan jawatan tetapi masih ada lagi kehidupan yang bebas dan tidak perlu untuk berhadapan dengan proses undang-undang atau turun naik ke mahkamah selepas ini.
“Jika kena gaya dan bodeknya, mungkin Datuk Seri Najib Razak bermurah hati untuk memberikan jawatan lain kepada Ahmad Said, seperti bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dijadikan Pengerusi Sime Darby dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),” katanya. 
Tambahnya, sebelum pengguguran Ahmad Said menjadi isu, turut dikaitkan ialah pertukaran beberapa pemimpin negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Najib dikhabarkan ingin menukar menteri besar di negeri-negeri tersebut bagi memberi nafas baru untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Ujarnya, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang sudah berusia dan sudah lama memimpin negeri itu, dikatakan bakal digantikan dengan Timbalan Pengerusi Umno Pahang, Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga kini menjadi Exco kerajaan negeri. Pertukaran Adnan dengan Sharkar yang lebih muda dipercayai dapat membantu penerimaan rakyat yang lebih baik dan menyuntik semangat baru menjelang PRU ke 14 nanti.

'Hanya 10% barangan pengguna naik dan 42% turun harga' kata Ahmad Maslan

Tiada kenaikan harga akan berlaku ke atas 48 peratus lagi barangan manakala harga untuk 42 peratus lagi barangan akan menurun, katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kenaikan harga ke atas bahan keperluan harian selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan melibatkan 10 peratus daripada kesemua barangan.

Menurutnya, hanya 10 peratus dari kira-kira 1,000 barangan yang disenaraikan akan mengalami kenaikan harga.

Tiada kenaikan harga akan berlaku ke atas 48 peratus lagi barangan manakala harga untuk 42 peratus lagi barangan akan menurun, katanya.

Tambahnya, harga bagi 90 peratus barangan keperluan harian pengguna akan kekal dan diturunkan, katanya dalam sidang media selepas satu forum untuk mempromosi GST hari ini.

Katanya lagi, kehidupan rakyat boleh diteruskan seperti biasa dan tidak akan terjejas langsung dengan GST, yang dijangka akan mengutip RM9 bilion dalam bentuk hasil tambahan untuk kerajaan.

Ahmad seterusnya menyenarakan kedai yang tidak terjejas dengan GST – pasar malam, pasar tani pada hari Rabu dan Jumaat dan juga pasar ikan.

"Makan asas dikecualikan cukai – beras, tepung, gula, garam, dhal. Begitu juga daging – daging lembu, kambing, ayam, itik dan babi – kesemuanya dikecualikan... telur, sayur, makanan laut seperti ikan bilis, ikan masin dan bekalan air isi rumah juga dikecualikan," katanya.

Orang tolak GST kerana jahil kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan mengumpamakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan seperti hukum hudud yang menurutnya perlu diperjelas sebelum boleh diterima umum.

Katanya, kerajaan akan meneruskan usaha menerangkan GST dengan program melibatkan dana RM250 juta.

"Tidak ramai yang memahami GST dan jika anda tidak faham, janganlah berarak di jalanan... Jangan protes dan kata GST tidak baik," kata Ahmad kepada pemberita.

Katanya, hudud yang diperdebat sejak 20 tahun lalu juga masih bergelut dengan pelbagai kontroversi.

"Jika anda baca satu buku, dalam satu hari, anda boleh faham hudud. Begitu juga dengan GST – dalam satu jam anda boleh faham.

"Namun jika anda tidak dapat maklumat betul, sehingga tahun 2020 pun anda tidak faham GST," katanya lagi.

Ahmad turut menggesa orang ramai agar tidak mempercayai "penipuan" mengenai GST dan mempromosi dua laman rasmi kerajaan yang menurutnya perlu dikunjungi untuk memahami cukai tersebut.

PAS tidak buat tawaran kepada Ahmad Said yang ‘flip-flop’, kata pesuruhjaya Terengganu

PAS Terengganu tidak pernah membuat apa-apa tawaran kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said untuk menyertai parti itu ketika berlakunya krisis politik dalaman Umno di negeri itu kerana beliau merupakan seorang individu yang "flip-flop."
Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali.
Katanya, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali ekoran kredibiliti beliau yang diketahui sebagai individu yang "flip-flop."
"PAS tidak berjumpa Ahmad Said. Kenyataan itu bohong. Kita tidak pernah menawarkan apa-apa. Kalau ada membuat tawaran sepatutnya saya selaku pesuruhjaya," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka.
"Dalam isu ini, kita sedar Ahmad ini liabiliti... beliau kita ketahui seorang yang 'flip-flop."
"Saya sendiri tidak pernah bercakap dengan beliau," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Terengganu hari ini.
Satiful bagaimanapun menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Ahmad meninggalkan Umno semata-mata isu perkahwinan anak perempuannya.
"Dari Umno beliau datang kepada Umno beliau kembali," katanya, dan menambah rakyat seharusnya boleh menilai kualiti yang dimiliki kepimpinan Umno ini.
"Kita terkilan juga alasan yang diberikan, yang mana termasuk isu peribadi," tambahnya.
PAS Terengganu juga kata Satiful dari awal menyatakan dengan tegas tidak mahu apa yang berlaku di Perak berulang di Terengganu.
"Sebagaimana awal kita katakan, mandat itu perlu kita serahkan kepada rakyat," katanya.
Ditanya sama ada PAS akan tetap mendesak pilihan raya negeri diadakan di Terengganu, Satiful berkata, parti Islam itu akan mengadakan perbincangan dalam hal itu.
"Dengan suasana perkembangan ini, kita beri ruang dan tahniah kepada Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai menteri besar baru," katanya.
"Rakyat sebenarnya menilai kualiti kepimpinan Umno, dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

ADUN PAS Batu Burok dakwa Ahmad 'berbohong'

ADUN Batuk Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said "berbohong" berhubung dakwaan pihaknya  memujuk beliau menyertai parti Islam itu .

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad itu, Dr Syed Azman sebaliknya mendakwa "pihak Ahmad Said" yang menghubungi PAS untuk menyertai dan menyokong parti itu.

“Ini (dakwaan Ahmad dipujuk sertai PAS) pembohongan semata-mata, PAS tidak pernah sekali-kali berbuat demikian.

"Di kalangan pemimpin PAS memang tiada (tidak pernah menghubungi atau bertemu Ahmad Said).

"Bahkan pimpinan tertinggi parti tidak akan terburu-buru mempelawa Ahmad Said menyertai PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebaliknya Dr Syed Azman berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada "pihak" Ahmad sejurus selepas beliau membuat keputusan keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

"Malah saya mengesahkan pihak Ahmad Said yang berkali-kali (menghubungi pimpinan PAS Terengganu) 'mempelawa diri sendiri' menyertai dan menyokong PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata Dr Syed Azman.

'Krisis tak selesai, saya kenal siapa Mat Said' kata Wahid Endut



KUALA LUMPUR: Pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu hakikatnya masih belum selesai kerana krisis itu melibatkan banyak masalah di peringkat dalaman, demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut.

"Kalau dikatakan selesai ianya berpura-pura sahaja sebenarnya tidak selesai lagi. Mungkin yang hendak diselesaikan kenduri kahwin anak Ahmad Said sahaja,"katanya.

Masalah dalaman yang gagal diselesaikan, katanya akan turut menjejaskan kerajaan sehinggakan tidak boleh menumpukan sepenuhnya kepada soal kelancaran dalam pentadbiran.

"Umno di peringkat pusat tidak tahu pergolakan sebenar yang berlaku di dalam Umno Terengganu, sebab itu mereka kata berjaya selesaikan krisis negeri ini dalam masa 48 jam.

"Mungkin bagi Umno, kembalinya Ahmad Said kepada Umno maka selesailah krisis di Terengganu. Krisis ini sebenarnya bukan setakat itu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Oleh kerana itulah, katanya sesebuah kerajaan yang lemah sukar untuk berfungsi dengan baik dan ianya harus dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka pilih.

Mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan Umno berjaya menyelesaikan krisis politik Terengganu kurang daripada 48 jam, Abdul Wahid dengan spontan memberi komen "air yang tenang jangan disangkakan tiada buaya'.

PAS: Ahmad Said berbohong @ lebong, tiada lamaran untuk Umno



Kami memang tak pernah percaya pada Ahmad Said, kata Hanafiah

Pas tidak mahu bergantung kepada ADUN lompat

Dakwaan yang mengatakan PAS telah mempelawa bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk menyertai parti tersebut telah dinafikan oleh Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu.
“ PAS konsisten dari awal. Pemilihan kerajaan harus dilakukan oleh rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri. Kita nafi apa yang disebut oleh Ahmad Said, kami tak pernah pelawa dia,” tegasnya.
Sehubungan itu, Satiful menyifatkan Ahmad Said sebagai liabiliti, malahan PAS tidak pernah berharap agar Ahmad Said menyertai mereka.
“PAS telah membuat pendirian tidak mahu bergantung kepada ADUN lompat jika berpeluang membentuk kerajaan”, katanya
Ahmad Said mendakwa dipelawa oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti itu selepas beliau mengumumkan keluar Umno.
Ahmad Said ( ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) antara tiga ADUN BN yang bertindak keluar daripada Umno sejurus selepas perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar baharu.
Akan tetapi, mereka telah mengumumkan untuk menyertai Umno semula sekaligus menamatkan pergolakan politik di Terengganu.
Kedudukan kerusi berubah seketika apabila Pakatan Rakyat memiliki (15), BN (14) dan Bebas (3).
Sementara itu ADUN Chukai, Hanafiah Mat  mengesahkan Ahmad Said menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek (Haji Dol) untuk berunding kerajaan campuran dengan PAS kerana bekas Menteri Besar itu mendakwa enam orang Exco akan keluar dari Umno.
Sebaliknya tiga orang sahaja yang keluar dan tiga lagi menafikannya iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Lembaga Disiplin PKR gantung keahlian anggota hebah kemelut kepada media dan menipu


Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam, PKR bertindak menggantung keahlian lapan anggotanya bagi meneliti kes berkaitan tatatertib dan disiplin susulan beberapa kontroversi yang tercetus semasa pemilihan baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014.  
Dalam mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam, PKR bertindak menggantung keahlian lapan anggotanya bagi meneliti kes berkaitan tatatertib dan disiplin susulan beberapa kontroversi yang tercetus semasa pemilihan baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014. 

 PKR bertindak menggantung keahlian lapan anggotanya selepas Lembaga Disiplin parti bermesyuarat semalam bagi meneliti kes berkaitan tatatertib dan disiplin susulan beberapa kontroversi yang tercetus semasa pemilihan baru-baru ini.
Lima anggota PKR digantung keahlian kerana mengeluarkan kenyataan kepada media dan disiarkan kepada umum.
Selain kesalahan tersebut, ada di kalangan mereka yang digantung juga didapati melanggar peraturan pemilihan parti, antaranya membuat ugutan dan menipu pengundian.
Mesyuarat semalam dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan turut dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta beberapa anggota biro politik lain.
Antara yang digantung kerana menggunakan saluran media bagi menyatakan rasa tidakpuashati mereka adalah bekas ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan empat anggota PKR lain iaitu Bobinath Vello, Sarimah Abdul Ghani, Md Yusop Kamaruddin dan Ahmad Jufliz Faiza.
PKR menyifatkan tindakan menghebahkan kepada media tersebut melanggar peraturan pemilihan parti.

Hudud dibentang di Parlimen September ini, kata timbalan MB Kelantan


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014.  
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014.

Rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan akan dibentangkan di Parlimen pada September ini selepas beberapa isu berkaitan dapat diselesaikan, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan.
"Kita tidak boleh tergesa-gesa kerana perlu melihat hasil perbincangan jawatankuasa kebangsaan. Keputusan akhir berhubung isu ini akan dibuat oleh mereka.
"Kami menunggu kerajaan persekutuan memaklumkan bilangan mereka yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu," katanya seperti dilaporkan akhbar milik MCA, The Star.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan rang undang-undang hudud kerajaan negeri Kelantan tidak akan dibentangkan pada Jun.
Katanya, penangguhan itu bagi memberikan masa yang cukup kepada jawatankuasa teknikal hudud yang dianggotai kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang itu di negeri Kelantan.

PKR gantung keahlian Manikavasagam, SU politik MB S'gor


Keanggotaan bekas ahli parlimen Kapar S Manikavasagam digantung serta merta dari PKR kerana mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim terlibat dalam politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor sehingga ke pengetahuan media.

Pengerusi Lembaga Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata kenyataan Manikavasagam terhadap Khalid itu telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam akhbar Utusan Malaysia pada keesokan hari.

"Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu 'Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum'," kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Manikavasagam mencabar Khalid merebut jawatan ketua cabang Kuala Selangor pada pemilihan kali ini.

Serang Anwar: Mahathir, jadilah warga emas yang segera bertaubat

(Oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN)

Terserlah ketakutan Mahathir Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.
Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.
Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.
Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh  beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.
Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar.
Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang Al-Quran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.
Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk  melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar.
Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil “membunuh” Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/BN boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/BN malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini' yang disebar Macai UMNO


Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para peminatnya mengajukan soalan tersebut di laman sosial.

"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Pulang Paku Buah Keras: Ketegasan PM saksikan MB berjaya ditukar kata Idris Jusoh

Kantoi Lagi: Mat Said sendiri yang offer kepada PAS rupanya.. !!

Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno.

Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka bertiga. Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan.

Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu.

Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 Mei dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada.

Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei.

Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu.

Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama. Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu.

PAS tidak pernah harap kepada "Mat Said Lalang"



KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kononnya beliau dipujuk menyertai PAS dan ditawar jawatan Menteri Besar, ketika dalam tempoh dua hari menjadi Adun bebas.

Pesuruhjaya PAS  Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, dalam krisis yang berlaku itu, PAS telah membuat pendirian tidak mahu bergantung kepada Adun lompat jika berpeluang membentuk kerajaan.

Sebaliknya kata beliau, PAS konsisten dari awal dengan menegaskan bahawa urusan pemilihan kerajaan harus dikembalikan kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri.

"Kita nafi apa yang disebut oleh Ahmad Said itu, kita tak pernah pelawa dia.

"Kita tahu dia (Ahmad) ini liabiliti. Kita tak pernah harapkan kepada dia. Dari awal kita konsisten," katanya kepada Harakahdaily.

Ahmad pada sidang media sejurus kembali ke pangkuan Umno semalam mendakwa ada didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti itu selepas beliau mengumumkan keluar Umno.

Malah beliau juga mendakwa diberi janji akan dikekalkan sebagai menteri besar.

Selepas "Ahmad Said Nelang" Dijinakkan, Lebih Mudah Najib Tukar MB Yang Lain

Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik. Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng, gedebe dan ala-ala samseng, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas.

Jika menurut apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, pantasnya beliau membuat "air turn back" adalah disebabkan adanya kes SPRM yang melibatkan dirinya serta usahanya menghantar wakil menemui Pas bagi membentuk kerajaan campuran tidak mendapat sambutan yang sewajarnya daripada parti Islam itu.

Menyedari kerajaan canpuran tidak mungkin menjadi kenyataan, malah jika terus membiarkan kemarahan terhadap Najib menguasai dirinya boleh juga menyebabkan dirinya keseorangan dan mungkin juga berhadapan dengan proses undang-undang, pilihan yang ada hanyalah kembali kepada UMNO dan meminta maaf kepada Perdana Menteri.

Walaupun kehilangan jawatan dan diaibkan kerana kenduri kahwin anaknya pada hujung minggu ini beliau tidak lagi bergelar YAB Menteri Besar, tetapi dalam sidang akhbarnya petang semalam ketika mengumumkan penarikan balik surat keluar UMNO dan kekal sebagai ADUN BN, Ahmad Said masih lagi kelihatan ceria dan senyum.

Dalam hatinya mungkin berkata, beliau hanyalah kehilangan jawatan tetapi masih lagi ada kehidupan bebas yang tidak perlu berhadapan dengan proses undang-undang atau turun naik mahkamah selepas ini.

Ali Rustam Setiausaha Agung Umno yang baru?

Ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu 

Ali RustamPETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.
Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan.
Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.
Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam.
“Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu kepada FMT.

MH370: Najib dan Hishamuddin patut letak jawatan macam PM Korea Selatan

Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak1KUALA LUMPUR, 14 MEI: Mantan Panglima, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein segera meletakkan jawatan.
Hal itu berikutan pengakuan Najib sendiri menyatakan tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 yang juga sesuatu memalukan negara.
“Nak tunggu apa lagi? Jadi Perdana Menteri bermaruah sikit. Macam Perdana Menteri Korea yang letak jawatan sebab bertanggungjawab dalam insiden feri karam membabitkan rakyat,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Najib dalam tulisannya yang disiar Wall Street Journal mengakui kesilapan dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu,
Najib berkata, Kerajaan Pusat tidak mengutamakan aspek komunikasi, bahkan mengakui bahawa pengendali trafik udara mengambil masa selepas empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.
Imran yang juga bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, setiap radar harus berfungsi dan merekod semua pesawat yang melalui udara.

Kajian buktikan rakyat hilang kepercayaan pada sistem demokrasi negara, kata pengkritik


Dalam tinjauan Transparency International Malaysia (TI-M), rakyat Malaysia menunjukkan tanda-tanda mereka hilang kepercayaan kepada sistem demokrasi negara, sementara Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan rakyat Malaysia mendakwa pernah berdepan dengan situasi rasuah yang kecil mahupun besar. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014. Dalam tinjauan Transparency International Malaysia (TI-M), rakyat Malaysia menunjukkan tanda-tanda mereka hilang kepercayaan kepada sistem demokrasi negara, sementara Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan rakyat Malaysia mendakwa pernah berdepan dengan situasi rasuah yang kecil mahupun besar. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014. Hasil tinjauan Transparency International Malaysia (TI-M) yang menunjukkan parti politik dianggap sebagai paling dirasuah dalam negara, memperlihatkan petanda rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi negara, kata badan anti rasuah dan penganalisis.
Kesedaran itu timbul berikutan kos kehidupan semakin meningkat selain capaian akses Internet yang memberi pendedahan kepada rakyat tentang kesan amalan rasuah yang menjejaskan hidup mereka.
Badan tinjauan bebas Merdeka Center berkata hasil kajian TI-M itu padan dengan keputusan yang dijalankan mereka.
Pengarahnya Ibrahim Suffian berkata rakyat Malaysia mendakwa pernah berdepan dengan situasi rasuah daripada sekecil-kecil kes apabila polis meminta 'duit kopi' sehingga sebesar-besar rasuah (melibatkan ahli politik) sebagai masalah serius.
Laporan Barometer Rasuah Malaysia (MCB) 2014 yang dikeluarkan TI-M semalam mendapati rakyat Malaysia melihat parti politik tempatan lebih kuat rasuah berbanding polis, penjawat awam, ahli Parlimen dan badan perundangan.
Kajian menemubual 2,000 rakyat Malaysia sebagai responden, 45% daripadanya berkata parti politik paling dirasuah, dengan polis (42%), pegawai dan penjawat awam (31%) dan ahli Parlimen serta pengamal undang-undang (23%).

" Kena Doh Harganya Boh": Kemelut selesai, saya akan hadir kenduri kahwin anak Ahmad Said kata Najib

PUTRAJAYA: Kemelut politik Terengganu yang bermula selepas bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan keluar dari UMNO disifatkan berpunca daripada masalah komunikasi semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia kini disifatkan selesai di atas semangat cintakan parti yang mengatasi segala-galanya.

‎"Memang tarikh kenduri kahwin anaknya (Ahmad Said) tidak dimaklumkan. Kami fikir kenduri 10 Mei selesai, kami tidak dimaklumkan ada satu lagi majlis pada 17 Mei.
"Ini semua masalah komunikasi. Semuanya sudah diatasi dan semua sudah memberi penjelasan. Sebenarnya Ahmad Said juga berkata dia terlalu cinta pada UMNO dan tidak dapat melupakan UMNO," katanya semasa sidang media selepas perasmian Auto Forum 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Najib turut mengumumkan akan menghadiri majlis perkahwinan anak Ahmad Said pada 17 Mei ini.