Rabu, 14 Mei 2014

UAI : "Kalu Aku MB, Jambatan Manir 'Aircond'..!"

Kain Tersepit Di 'Underwear' - Ustaz Azhar Idrus (+playlist)

Rasa Bersalah, Rakan Yang Diajak Buat Jahat Mati - UAI

Hukum Ayah Tak Mengaku Anak - Ustaz Azhar Idrus

TAK SOLAT!! Amalan Lain TERGANTUNG..! - Ustaz Azhar Idrus

'LIKE' Gambar Tak Tutup AURAT Di FB..'Mok Aji Selok Kain!' - Ustaz Azhar Idrus

Belajar Ilmu MAKRIFAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Buat BISING Ketika AZAN - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Mandi Junub Bersambung/Berselang Masa - Ustaz Azhar Idrus

PAS tetap desak sidang DUN Khas Terengganu untuk tentukan majoriti sebenar


PAS menggesa DUN Terengganu untuk mangadakan sidang khas berhubung sokongan kepada menteri besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman. – Gambar The Malaysian Insider.PAS menggesa DUN Terengganu untuk mangadakan sidang khas berhubung sokongan kepada menteri besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman. – Gambar The Malaysian Insider.PAS tetap mendesak supaya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas diadakan walaupun ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sudah mengumumkan menarik semula keputusan keluar parti.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata langkah tersebut bertujuan melihat sama ada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mendapat sokongan atau tidak.
"Dengan mengadakan Sidang DUN Khas ini kita akan dapat membuat pengesahan mengenai kedudukan serta sokongan mereka dan ia dapat menentukan kedudukan majoriti BN," kata beliau dipetik daripada Harakahdaily hari ini.
Semalam, PAS juga menggesa sidang DUN diadakan dengan membawa usul undi tidak percaya ke atas menteri besar itu.
Sekiranya majoriti menolak pelantikan Razif, satu pilihan raya negeri bakal diadakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengeluarkan kenyataan sedang bersiap-sedia berdepan dengan segala kemungkinan susulan perkembangan di Terengganu.

Ahmad Said nafi sengaja lengahkan tarikh perkahwinan anak perempuan


Sebuah sepanduk memaparkan tarikh perkahwinan anak perempuan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di hadapan rumahnya di Kemaman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Sebuah sepanduk memaparkan tarikh perkahwinan anak perempuan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di hadapan rumahnya di Kemaman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya beliau sengaja melengahkan tarikh perkahwinan anak perempuannya sehingga bulan Mei.
Beliau berkata tarikh perkahwinan anak perempuannya ditetapkan masing-masing pada 10 dan 17 Mei, selepas mendapat perkenan keberangkatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan 'free' pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya pada sidang media hari ini di kediamannya di Teluk Kalong, Kemaman, hari ini.
Beliau berkata mengikut adat, selepas majlis rasmi yang mendapat perkenan keberangkatan Sultan Mizan pada 10 Mei lepas, maka majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan akan dibuat seminggu selepas majlis rasmi iaitu pada 17 Mei ini di Teluk Kalong.
"Selepas 17 Mei, majlis di Kuala Lumpur pula pada 31 Mei ini. Bukan sengaja pilih tarikh pada bulan ini," katanya.

Rekod Dunia: Ingat MB Paling Singkat....Rupanya Keluar Umno Paling Singkat...!!!

"Gelaran 'Nelang' pada Ahmad Said wajar ditarik balik..." Ujar Wea Datuk Bandor 
(Samseng Hentian Bas MBKT)

Ahmad Said Nelang kembali bersama UMNO....kini jadi lalang pulok...!!


Hanya Di Malaysia...." Kene Doh Harganya Boh "





PRK P.76 Teluk Intan: Dyana Sofya mungkin calon DAP

Setiausaha politik pemimpin DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud mungkin diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dalam cubaan mengambil hati pengundi Melayu berikutan pendirian keras parti itu menolak hudud.

Dyana antara calon yang sedang dipertimbangkan oleh jawatankuasa pilihan calon parti, kata sumber daripada pimpinan pusat DAP.

Sumber itu turut mengesahkan ahli DAP Hew Kuan Yau, setiausaha politik kepada ketua DAP Perak Nga Kor Ming, Chong Zhe Min serta bekas ADUN Jalong Leong Mee Meng; turut dipertimbangkan.

Calon itu mungkin akan diumumkan Sabtu ini, dua hari sebelum penamaan calon PRK Teluk Intan, kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sementara itu, satu lagi sumber pimpinan pusat berkata jawatankuasa tersebut, yang dianggotai pemangku pengerusi parti, Tan Kok Wai, Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang sendiri masih belum membuat keputusan berkenaan calon berkenaan.

Kedua-dua Kit Siang dan Tan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang maklumat berkenaan calon parti itu.

Bekas naib pengerusi DAP Kedah umum bertanding PRK Teluk Intan



Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.
Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan perubatan Islam, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas.
“Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam serta pengundi lain yang tidak berselera dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

PKR dakwa kenyataan Pengerusi MPN Terengganu bersifat peribadi untuk terima Adun Bebas.....


PKR menjelaskan kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu Azan Ismail (duduk, tengah) berhubung menerima Adun Terengganu yang isytihar keluar Umno bukan pendirian parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.PKR menjelaskan kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu Azan Ismail (duduk, tengah) berhubung menerima Adun Terengganu yang isytihar keluar Umno bukan pendirian parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.PKR menegaskan kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu Azan Ismail yang bersedia menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno keluar parti bukan merupakan pendirian mereka.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata kenyataan Azan yang menawarkan Adun bebas itu‎ keahlian tidak pernah diputuskan pimpinan tertinggi parti itu.
"Saya merujuk kepada kenyataan Azan mengenai kesediaan menerima Adun bebas Terengganu itu untuk masuk PKR.
"PKR tidak pernah memutuskan perkara tersebut, ia tidak ada dalam perbincangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kenyataan‎ pengerusi PKR Terengganu itu hari ini apabila menyatakan PKR bersedia menerima Adun Barisan Nasional (BN) yang mengisytiharkan keluar Umno.
Azan pada sidang media di Kuala Terengganu, bagaimanapun berkata parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu tidak terlibat dengan tindakan tiga Adun BN sebelum ini.

"Kene Doh Harganya Boh": Dedah politik wang di T'ganu - Bersih


Badan pemantau pilihan raya BERSIH 2.0 menggesa pihak yang mungkin mempunyai maklumat melibatkan rasuah mengenai hubungan politik dalam kemelut di Terengganu agar tampil mendedahkan perkara itu.

BERSIH 2.0 dalam kenyataannya mengesyaki berlaku tipu helah dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda apabila BN kehilangan penguasaan majoriti di DUN Terengganu dalam drama dua hari itu.

Menurut kenyataan itu, BERSIH 2.0 juga mendapati penyelesaian dalam isu tersebut menunjukkan parti politik lebih diutamakan berbanding tadbir urus.

“BERSIH 2.0 menggesa sesiapa yang mengetahui mengenai usaha untuk membeli atau menjual hubungan politik dengan keuntungan kewangan – terutamanya menggunakan dana awam atau kemudahan lain – untuk mendedahkan maklumat kerana rasuah seperti ini pastinya akan memusnahkan negara,” kenyataan itu dipetik.

BERSIH merujuk kepada tindakan tiga orang ADUN BN meletak jawatan dari Umno yang menyebabkan parti itu menjadi kerajaan minoriti di negeri Terenganu.

Bagaimanapun, tidak sampai 48 jam selepas itu, ADUN Bukit Besi Roslee Daud membatalkan perletakan jawatannya dari Umno.

"KENE HARGANYA BOH": AHMAD SAID NELANG SUDAH MENJADI AHMAD SAID LALANG...

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan keputusannya keluar daripada Umno, dalam satu pertemuan di Putrajaya, hari ini.
 
Exco Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata dalam pertemuan itu, Ahmad turut menarik balik surat keluar daripada Umno, serta peletakan jawatannya di dalam parti.
 
Ahmad, yang juga Adun Kijal, turut berjanji dengan perdana menteri untuk menyokong penuh pucuk pimpinan negeri diterajui Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, kata Mohd Jidin kepada Bernama ketika dihubungi menerusi telefon di sini hari ini.
 
Beliau berkata, Adun Ajil Ghazali Taib, yang sebelum ini turut mengambil keputusan keluar daripada parti, memohon maaf kepada Najib, dan menarik balik surat itu.
 
Mohd Jidin berkata, Ahmad dan Ghazali melahirkan rasa kesal mereka ekoran tindakan secara terburu-buru itu.
 

"Kene Harganya Boh": Tak jadi keluar Umno sebab Najib minta maaf, kata Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat peletakan jawatan beliau daripada Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kepada beliau.
Ahmad berkata kepada pemberita di kediamannya di Kemaman, tindakan itu berpunca daripada salah faham berhubung tarikh perkahwinan anak perempuannya yang akan berlangsung 17 Mei ini.
"Kami saling meminta maaf... perdana menteri ingat 10 Mei sudah selesai (perkahwinan anak), tetapi masih ada lagi (majlis) pada 17 Mei.
"Ini melibatkan maruah, saya meletakkan jawatan. Dan akhirnya sebagai pemimpin besar perdana menteri juga akui sama ada sedar atau tidak," katanya.
Ketika sidang media itu, Ahmad turut berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan turut melakukan tindakan sama.

Polis siasat buku 'Reformasi 2.0'

Polis membuka kertas siasatan terhadap buku kecil Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berhubung pertuduhan liwat terhadap kedua terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, dalam siasatan terhadap buku berjudul Reformasi 2.0: Fakta Kes Anwar Ibrahim itu, kenyataannya akan dirakamkan oleh pihak polis pada jam 5 petang ini bawah Akta Hasutan.

“Saya tidak akan gentar dan akan memastikan buku Reformasi 2.0 itu yang kini telah mencecah 20,000 jualannya di seluruh negara akan dicetak dan dijual dengan lebih hebat lagi,” katanya.

Buku itu, menurutnya, memperincikan keterangan-keterangan yang diberikan dalam perbicaraan kes berprofil tinggi itu di Mahkamah Rayuan.

Dalam kenyataan-kenyataan hari ini, Rafizi mendakwa, polis ghairah mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan perkauman dalam negara.

Beliau juga mendakwa, perkembangan itu membuktikan bahawa kaedah undang-undang digunakan untuk menekan dan menakut-nakutkan pimpinan Pakatan.

50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan 2014 tidak dibatalkan


Ahmad Jufliz Faiza (tengah) mengetuai sekumpulan ahli PKR berhimpun di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya untuk melahirkan ketidakpuasan dengan pemilihan parti baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 14 Mei, 2014.Ahmad Jufliz Faiza (tengah) mengetuai sekumpulan ahli PKR berhimpun di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya untuk melahirkan ketidakpuasan dengan pemilihan parti baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 14 Mei, 2014.Sekitar 50 ahli PKR hari ini berhimpun di hadapan ibu pejabat parti bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti itu.
Ahmad Jufliz Faiza yang mengetuai kumpulan itu berkata mereka tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk membatalkan pendaftaran parti selepas banyak kecelaruan semasa pemilihan parti itu berlangsung.
"Untuk mengelak perkara yang lebih serius berlaku, ada anggota parti akan membawa perkara ini kepada RoS yang memungkinkan PKR dibatalkan.
"Kami mendesak seluruh proses pemilihan dikaji semula termasuk menyaring pengawas pemilihan yang tetlibat.
“Mana-mana pengawas yang terbukti tidak amanah hendaklah dipecat serta-merta," katanya pada satu sidang media berhampiran dengan Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini.
Semasa pemilihan PKR hujung minggu lalu, berlaku kekecohan di beberapa cabang sehingga peti undi dipecahkan dan berlaku kekasaran di kalangan ahli parti reformasi itu.

Terkejut MB kena tukar punca ADUN Bukit Besi keluar Umno


Ahmad Said: Najib mohon maaf, saya begitu jua


Air Turn Back: Krisis Terengganu selesai, Ahmad Said menyesal keluar Umno

Hebat Dok Aku...Ha..Ha..Ha...!!
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kekesalannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keluar daripada Umno, kata Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Tengku Putera memberitahu pemberita, presiden Umno itu bercakap dengan Ahmad menerusi telefon dan bekas menteri besar itu kesal kerana menimbulkan kekecohan di negeri itu sejak semalam.
Najib mengadakan pertemuan dan makan tengah hari dengan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tengah hari ini.
Bagaimanapun, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad tidak dapat ke Kuala Lumpur kerana tidak sihat.
Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut hadir dan bertemu media selepas perjumpaan dengan Najib.
"Kekecohan di Terengganu tidaklah sehebat dilaporkan sebelum ini. Banyak pihak cuba mengambil kesempatan dengan melakarkan imej negatif mengenai insiden tersebut," kata Ahmad Razif kepada media.

"Kene Harganya Weh": Ahmad Said tak hadir pertemuan dengan PM


Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak akan hadir ke pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan krisis terbaru negeri itu.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Ahmad memaklumkan kepada Malaysiakini, bosnya itu tidak akan melibatkan diri dalam pertemuan di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, memetik sumber Berita Harian melaporkan, seorang ADUN Terengganu, Ghazali Taib didakwa bertukar fikiran dan bakal menarik balik perletakan jawatannya.

Akhbar berkenaan melaporkan, ADUN Ajil yang juga anggota Exco tersebut akan kembali menyertai Umno dan memberi majoriti kerusi kepada BN.

Sekiranya beliau benar-benar berbuat demikian, bermakna hanya Ahmad yang masih kekal dengan keputusan keluar Umno.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, ADUN Bukit Besi Roslee Daud telahpun menarik balik keputusannya untuk meletak jawatan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Ghazali dan Roslee berhubung perkara itu.

Air Turn Back: Ahmad, Ghazali Mengalah, Kembali Bersama Umno..!!


PUTRAJAYA: Selepas dua hari Terengganu berdepan kemelut politik akibat tindakan tiga wakil rakyatnya keluar Umno, jalan penyelesaian dicapai apabila Datuk Seri Ahmad Said dan Ghazali Taib kembali bersama parti itu.
Menteri Besar Terengganu yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata walaupun kedua-duanya tidak hadir pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada tengah hari Selasa, mereka akan menarik balik surat keluar parti itu.
Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan Ajil itu akan mengadakan sidang media khas berhubung perkara itu di Kuala Terengganu, petang Rabu.
"Ahmad Said menghubungi Perdana Menteri dan memaklumkan keputusan beliau dan Ghazali untuk menyertai Umno semula dan akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa hari ini (Rabu).
"Beliau juga memaklumkan kesal atas apa yang berlaku," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bersama wakil rakyat negeri berkenaan di Perdana Putra di sini.

Tempoh kritikal kerajaan Terengganu berlalu, kata penganalisis


Selepas 24 jam, kerajaan negeri Terengganu nampaknya berjaya melepasi tempoh kritikalnya selepas tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Putrajaya, menggoncang politik di negeri itu.
Bekas pensyarah sains politik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok daripada PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar), berkata tempoh kritikal kerajaan Terengganu sudah berakhir.
"Saya rasa tempoh kritikal kerajaan Terengganu sudah berakhir namun harapan untuk kerajaan yang ada bertukar tangan masih ada kerana Ahmad sendiri berkata akan membuat keputusan akhir selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ahmad meletakkan semua jawatannya dalam Umno pada jam 1 pagi kelmarin selepas diketepikan daripada jawatan menteri besar Terengganu walaupun merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tempoh khidmatnya dilanjutkan sehingga majlis perkahwinan anaknya selesai.
Ini kerana semua urusan majlis itu siap diatur dan kad jemputan sudah dicetak dengan menamakan Kediaman Menteri Besar Terengganu, Telok Kalong, Kemaman sebagai lokasi majlis.
Ahmad keluar Umno serentak dengan saudara dekatnya yang juga Adun Ajil, Ghazali Taib beberapa jam selepas Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah di depan Sultan Terengganu.
Keesokan harinya, Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengumumkan keluar Umno dan memilih menjadi Adun Bebas, namun Roslee menarik balik surat keluar partinya, malam tadi.
Syed Azman yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya berkata, dalam sesuatu krisis, tempoh 24 jam pertama adalah sangat penting.
"Ketika itulah peluangnya. Jika tidak berlaku apa-apa perubahan bermakna tempoh kritikal berlalu," katanya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, jika tidak berlaku apa-apa dalam tempoh itu, maka pihak yang bermasalah, dalam kes ini Umno, sudah tentu berjaya mengawalnya dengan pelbagai tawaran kepada mereka yang terlibat.
Pada peringkat awal, Ahmad berkata, ada ramai lagi Adun yang akan menyertai beliau meninggalkan Umno.
Menurut sumber, Ahmad mendakwa, ada tujuh Adun akan menyertai beliau.

"Air Turn Back @ Kene Harganya Weh"

Pesawat N25 Bukit Besi Airways penerbangan dari Lapangan Terbang Barisan Nasional menuju ke Lapangan Terbang Bebas yang semalam gagal dikesan radar, berjaya dicerap kembali oleh radar malam ini setelah mendapat bantuan dari Satelit NajibSat.. Pesawat dikesan telah membuat `Air Turn Back` menuju kembali ke Lapangan Terbang Barisan Nasional dan tidak menuju ke Lapangan Terbang Bebas. Dikhabarkan bahawa Satelit NajibSat akan membayar bonus kerana kecekapan juruterbang melakukan Air Turn Back dengan sempurna. Pesawat dipandu oleh juruterbang Kapten Roslee Daud (Seli Dayok)

Sementara itu, 2 lagi pesawat Kijal Airlines dan Air Ajil yang masing-masing dipandu oleh Kapten Ahmad Said dan Kapten Ghazali Taib masih gagal dikesan oleh Satelit NajibSat dan dirasakan sudah berakhir di Selatan Lautan Bebas

Dalam perkembangan lain, 3 pesawat lain yang dijangka akan berlepas dari Lapangan Terbang Barisan Nasional menuju ke Lapangan Terbang Bebas dalam masa terdekat telah diberi kata dua oleh Satelit NajibSat untuk tidak berbuat demikian. Bayaran pampasan akan dibuat oleh Takaful Rosmah Insurance jika pesawat tidak berlepas ke Lapangan Terbang Bebas.

Gaya Salam MB SAR Air Ganu Kite


Umno T’ganu yakin Ahmad kembali ke pangkuan parti....

Saya harap jangan ganggu Ahmad kerana beliau sedang sedih, kecewa dan terguris hati setelah digantikan, kata Ketua Penerangan Umno negeri.
Datuk Abdul Rahman BakarPETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno Terennganu, Datuk Abdul Rahman Bakar yakin bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan kembali ke pangkuan Umno.
Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai ramai tidak menganggu Ahmad yang sedang  kecewa setelah jawatannya dilucutkan Isnin lalu.
Jawatan menteri besar Terengganu kini disandang Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
“Saya harap jangan ganggu Ahmad kerana beliau sedang sedih, kecewa dan terguris hati setelah digantikan.
“BIar beliau (Ahmad) bertenang dulu… saya percaya dia akan kembali kepada kepada Umno. Ahmad dan Ghazali Taib adalah pejuang Umno tulen.
“Dia tidak marah Umno, BN atau pun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi kecewa kerana tidak dihargai,” tambah Abdul Rahman.

Ahmad Said cipta sejarah baru di Terengganu

DR AZMAN IBRAHIM

PAS tidak menangguk di air keruh tetapi ‘cerdiknya’ Mat Said and The Gang, keruhkan air kemudian tangguk sendiri.

Dari awal pagi semalam lagi pelbagai komentar telah kita terima.

Apalah PAS Terengganu ni, lembab, tak bijak berpolitik, tak pandai mengurus krisis, peluang terhidang di depan mata, gi lah bawak Mat Said jumpa Tuanku, putus segera calon MB dari PAS dan macam-macam lagi.

Sebahagian dari komentar ini menyebabkan kita tersenyum membacanya. Saya selalu ingat pesan Almarhum Ustaz Hassan Shukri, “Orang yang ikut kita kerana marah, sampai masa bila rasa marah dah reda, dia akan pusing balik… Kalau orang ikut kita kerana faham, dia akan kekal istiqamah.”

Kenapa Mat Said and The Gang yang 3 orang tu tulis surat keluar Umno? Tentunya kerana kecewa dan marah sampai tersalah ejaan dalam surat. Sampai bila dia nak marah? Tak kan sampai ke mati! Umno dah jadi darah daging mereka. Rezeki mereka Umno yang bagi! Hati kecik saya dari semalam lagi berkata, mustahil awok-awok ni akan tinggalkan Umno! Ternyata telahan saya tak menyimpang jauh. Surat keluar Umno tersebut tak bertahan lebih dari tempoh 24 jam. Tentunya penarikan balik surat tersebut bukan dengan percuma. Bijak sungguh mereka keruhkan air kemudian tangguk sendiri. Mat Said pun tak ada keluar sebarang kenyataan menyatakan akan sokong PAS. Kita pun tak terhegeh-hegeh.

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Najib Mesti Jadi 'Jantan' Untuk Selesai Krisis Di Terengganu

Walaupun ADUN Bukit Besi, Roslee Daud sudah membuat pusingan U dengan kembali kepada UMNO, hanya setelah beberapa jam mengumumkan keluar daripada parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, kedudukan kerajaan negeri masih lagi tidak stabil dan kekal terumbang-ambing.

Dengan Ahmad Said dan Ghazali Taib sehingga ini kekal sebagai ADUN Bebas, komposisi dalam DUN Terengganu sekarang ialah BN 15, PR 15 dan Bebas 2.

Sehingga ini penasihat undang-undang UMNO, penasihat kerajaan negeri dan Menteri Besar baru Terengganu, Ahmad Razif sendiri seolah-olah ingin kerajaan negeri terus berjalan seperti biasa dengan menggunakan kelebihan satu lagi undi daripada Speaker.

Melalui "undi betina" daripada Speaker yang bukan merupakan ADUN itu, UMNO dan BN beranggapan dan berkhayal kedudukan dalam DUN Terengganu sebenarnya kalah 16-15-2 dan seolah-olah selamat.

Tetapi logiknya, kedudukan itu pun masih tidak selamat bagi BN. Apa kata jika tiba-tiba Ahmad Said dan Ghazali Taib memihak kepada PR?

Sebagai ADUN Bebas, Ahmad Said yang sudah terluka hatinya dengan Najib, manakala Ghazali Taib pula mempunyai pertalian saudara dengannya, bila-bila masa saja boleh melakukan tindakan yang diluar jangkaan.

Mereka mungkin menolak untuk memberi sokongan terhadap sebarang pindaan akta atau undang-undang oleh kerajaan negeri. Kedua mereka juga boleh bersikap "gila" dengan menolak untuk meluluskan perbelanjaan yang memerlukan kelulusan DUN. Bahkan jika PR yang mempunyai 15 undi mahu membawa usul menukar Speaker, bagaimana jika kedua-dua mereka memihak kepada usul tersebut?

MB baru kata tiada krisis di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan krisis dalam parti yang menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar dari Umno selepas meletakkan jawatan Menteri Besar Isnin lalu.

Sebaliknya beliau berkata, apa yang berlaku hanya satu persepsi.

"Saya menganggap tiada krisis dalam parti, ia hanya persepsi," katanya pada sidang media pertama sebagai menteri besar hari ini.

Krisis politik BN Terengganu menjadi panas selepas Ahmad Said dan dua lagi iaitu Adun Bukit Besi Roslee Daud serta Adun Ajil Ghazali Taib mengumumkan keluar Umno dan menjadi bebas.

Bagaimanapun Roslee dilaporkan telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno setelah dipercayai dipujuk rakan-rakan Umno.

Dalam pada itu Ahmad Razif dijangka mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jam 12 tengah hari ini di Putrajaya.

MB baru sahkan barisan exco Terengganu tidak berubah


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bercakap kepada media pada sidang akhbar di bangunan Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bercakap kepada media pada sidang akhbar di bangunan Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan tidak akan melakukan rombakan anggota exco kerajaan negeri Terengganu buat masa ini.
Ahmad Razif berkata, tidak timbul isu berhubung perkara itu memandangkan Barisan Nasional (BN) masih akan memerintah Terengganu.
"Tidak buat masa ini," katanya ketika ditanya apakah beliau akan melakukan rombakan exco.
"Banyak persepsi melalui media," katanya kepada pemberita pada sidang media di pusat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini.
Ahmad Razif memulakan tugas rasmi sebagai menteri besar hari ini dan dijangka bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya petang ini bersama barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu yang lain.

"Kene Harganya Weh": Media berkumpul di dua lokasi Putrajaya....

Petugas media berkumpul di perkarangan Perdana Putra dan Seri Perdana di Putrajaya, hari ini, menanti pertemuan Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilapor berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Wakil media mula berkumpul sejak 8 pagi di kedua-dua lokasi, yang berkemungkinan menjadi lokasi pertemuan berkenaan.
Urusan di kawasan Perdana Putra iaitu Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia berjalan seperti biasa.
Kenderaan rasmi yang membawa perdana menteri dilihat memasuki perkarangan kompleks Perdana Putra kira-kira 9 pagi.
Kenderaan rasmi yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet mula memasuki kawasan perkarangan beberapa minit kemudian.
Kebiasaannya hari Rabu berlangsungnya mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri.
Menteri besar Terengganu dilapor berkata di Kuala Terengganu hari ini beliau dan Adun Terengganu akan mengadakan perjumpaan bersama Najib di Putrajaya hari ini.

MH370: Najib akui tersalah langkah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui tersalah langkah dalam pencarian pesawat MH370 dan menggesa negara lain mengambil pengajaran daripada insiden itu.

Katanya, kesilapan itu berlaku walaupun Malaysia melakukan yang terbaik dalam “keadaan hampir mustahil” dalam menggembleng usaha 26 negara dalam misi itu.

“Dalam beberapa hari pertama pesawat itu hilang, kami terlalu menumpukan kepada cubaan mencari pesawat dan tidak mengutamakan aspek komunikasi.

“Pengendali trafik udara juga mengambil masa empat jam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat,” kata Najib.

Perdana menteri berkata demikian dalam tulisannya yang disiarkan di Wall Street Journal semalam.

Krisis T'ganu: Pemimpin Umno salahkan Ku Nan


Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad menyalahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang didakwanya gagal menguruskan isu peralihan jawatan menteri besar Terengganu.

Mohamad Azli mendakwa Tengku Adnan perlu bertanggungjawab berhubung perkara itu yang menyaksikan bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan dua ADUN bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas, lapor Utusan Malaysia hari ini.

“Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya selaku delegasi (wakil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit.

“Kita tahu Datuk Seri (Ahmad Said) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?

" Kene Harganya Weh": Roslee, Ghazali dijangka temui Najib

 
Seorang lagi ADUN Terengganu, Ghazali Taib didakwa bertukar fikiran dan bakal menarik balik perletakan jawatannya, lapor Berita Harian yang memetik sumber tidak dinamakan.

Akhbar berkenaan melaporkan, ADUN Ajil yang juga anggota Exco tersebut akan kembali menyertai Umno dan memberi majoriti kerusi kepada BN.

Sekiranya beliau benar-benar berbuat demikian, bermakna hanya bekas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang masih kekal dengan keputusan keluar Umno.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, ADUN Bukit Besi Roslee Daud telahpun menarik balik keputusannya untuk meletak jawatan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan pengesahan daripada Ghazali dan Roslee berhubung perkara itu.

Laporan di portal Berita Harian hari ini menyebut, kedua-dua wakil rakyat berkenaan dijangka akan mengadakan satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Seorang pembantu Roslee ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan wakil rakyat berkenaan berada di Putrajaya pada hari ini.

Sekiranya perletakan jawatan Rosleen dan Ghazali tidak diambil kira, BN kini menguasai 16 kerusi DUN manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi.

Dakwaan Tidak Wujud: Chegubard, dua aktivis dilepas tanpa bebas daripada PAA


Chegubard dan dua lagi aktivis hadir dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Gambar fail The Malaysian Insider.Chegubard dan dua lagi aktivis hadir dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Gambar fail The Malaysian Insider.Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan tiga aktivis yang menganjurkan perhimpunan aman pada malam tahun baru berikutan dakwaan terhadap mereka tidak lagi wujud.
Hakim Ahmad Bache berkata, beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April iaitu hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak mengikut perlembagaan.
“Oleh itu, dakwaan itu tidak berasas dan saya melepaskan tertuduh tetapi tidak dibebaskan,” katanya.
Pada 9 Mei, pihak pendakwaan memfailkan pertuduhan terhadap Mohd Bukhairy Sofian, Edy Noor Ridzuan dan Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 setelah gagal memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan kepada polis.
Bagaimanapun, peguambela Gobind Singh Deo dan Eric Paulsen membantah pertuduhan yang dibaca kepada tertuduh kerana mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes tersebut.

Suami penumpang MH370 kecewa, antara realiti dan harapan


Sudah lebih lapan minggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lenyap bersama 239 penumpang dan sejak itu harapan keluarga semakin pudar. The Malaysian Insider menemuramah beberapa keluarga dengan harapan rakyat Malaysia tidak akan melupakan mereka.
Chandrika Sharma, 51, warganegara India adalah salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac, 2014.Chandrika Sharma, 51, warganegara India adalah salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac, 2014.K S Narendran ingat dengan jelas detik-detik terakhir bersama isterinya, Chandrika Sharma sebelum berlepas ke Chennai, India menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing kemudian ke Ulan Bator, Mongolia.
Pada 7 Mac itu, mereka berbicara berkenaan pelbagai isu termasuk membina rumah di lereng Nilgiris di Tamil Nadu untuk mendekati alam sekitar bersama satu-satunya anak mereka, Megha yang kini belajar di sebuah kolej di New Delhi sejauh 2,000 km dari rumah.
Pakar runding berusia 50 tahun tidak pernah menjangkakan itulah kali terakhir dia akan menemui isterinya.
Chandrika, 51, adalah antara lima warga India menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang pada 8 Mac.
“Isteri saya ke Beijing untuk menaiki pesawat seterusnya ke Ulan Bator. Kuala Lumpur dan Beijing hanyalah hentian sebelum ke destinasi terakhir," kata Narendran.
Sudah lebih 60 hari sejak Chandrika bersama 226 penumpang lain dan 12 anak kapal pesawat hilang. Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat berkenaan kehilangan pesawat itu.
Narendran berkata, walaupun Chandrika sentiasa sibuk dengan urusan tugas, meskipun perkahwinan mereka sudah berusia 25 tahun, kehilangan tanpa kepastian kepulangan isterinya itu amat menyukarkan.

Hanya Di Malaysia...!!


Krisis Politik: Zahid ingatkan ahli Umno sentiasa bersiap sedia


Ahli Umno, terutama di Terengganu, diingatkan supaya sentiasa bersiap-sedia dalam menghadapi apa jua situasi politik yang melanda parti itu.
  
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketaatsetiaan ahli-ahli Umno di peringkat umbi akar umbi sedang diuji.
  
"Oleh itu kepentingan parti harus mendahului kepentingan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas kemelut politik yang tercetus di Terengganu.
  
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, yang merupakan ADUN Kijal, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas pada awal pagi Selasa bersama ADUN Ajil, Ghazali Taib.
  
"Jangan biarkan elemen kemusnahan oleh musuh dalam dan luar parti menguasai pertimbangan politik kita," katanya.
  
Ahmad Zahid berkata ahli Umno perlu memastikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan hendaklah menjadi tonggak kepada semua lapisan kepimpinan dan ahli-ahli, demi memperkasakan keutuhan parti.
  
Berikutan tindakan Ahmad Said bersama Ghazali keluar Umno, maka kedudukan kerusi BN di 32 kerusi DUN Terengganu kini menjadi 16 kerusi (termasuk kerusi Speaker DUN Terengganu) manakala PAS mempunyai 14 kerusi, PKR (1) dan dua Bebas.

TINDAKAN PAS MENGHADAPI KRISIS POLITIK DI TERENGGANU AMAT TERPUJI

Ditinjau kenyataan yang dibuat oleh rakyat Malaysia melalui blog, facbook, tweeter mengenai krisis politik di Terengganu kini menyatakan (secara menyindir) bahawa  ‘ringgit’  boleh menyelesaikan krisis politik di Terengganu. Ini persepsi rakyat. Dan rakyat melalui sosial media sudah berani melahirkan fikiran mereka dengan berani mengatakan bahawa kebanyakan pemimpin di Malaysia kini hanya mementingkan ‘ringgit’ dan bukan lagi seperti pemimpin-pemimpin terdahulu yang begitu mementingkan prinsip perjuangan. Walaupun tidak semua yang berperangai begitu, namun persepsi rakyat mengatakan bahawa ramai pemimpin yang bersikap demikian.

Setiap tindakan pemimpin diperhatikan dengan penuh minat oleh rakyat. Cuma ada dikalangan pemimpin yang merasakan bahawa rakyat di Malaysia masih tidak cerdik dan tidak dapat menilai apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Keadaan ini dikaburi oleh tindakan setengah media arus perdana yang merasakan bahawa apa yang dilaporkan oleh mereka sentiasa ‘dipercayai’ oleh rakyat. Suasana kini sudah tidak begitulah lagi keadaannya, apatah lagi dengan kemunculan media sosial yang berbagai-bagai bentuk yang boleh dilayari dimana saja.

Persepsi rakyat merasakan bahawa wang memainkan peranan yang cukup penting dalam menyelesaikan krisis seperti di Terengganu itu. Dan mereka terus menyatakan bahawa keadaan yang berlaku di Terengganu ini adalah sama dengan keadaan krisis yang berlaku di Perak dan terus terang menyatakan bahawa wang berperanan dalam menyelesaikan krisis berkenaan, walaupun mereka tidak dapat melengkapkan hujah mereka dengan bukti kukuh.

Sekiranya majoriti rakyat beranggapan sedemikian rupa, memberikan pengertian bahawa prinsip perjuangan dan maruah sudah diketepikan oleh kebanyakan pemimpin di negara ini. Maknanya kebanyakan pemimpin kita hanya ‘bertuhankan’ wang ringgit. Maknanya apa yang diperjuang dan diperkatakan oleh bakal pemimpin itu hanya sebagai ‘perhiasan’ untuk melayakan diri mereka bergelar pemimpin dan tidak lebih dari itu.

Walaupun majoriti rakyat tidak dapat memberikan bukti bahawa politik wang sedang bermaharajalela di Malaysia, namun dapat dirasakan bahawa fenomena sedemikian berlaku di mana-mana. Rakyat tentulah tidak sebodoh sebagaimana yang dianggapkan sehingga tidak dapat melihat ‘ kelibat ikan di air yang pastinya akan tahu jantan betinanya’. Dan rakyat juga tentulah tidak membuat tuduhan melulu sekiranya ternampak ‘pokok bergoyang yang pastinya ada angin yang meniupnya’. Bak kata orang putih,’there is no smoke without fire’.

PRK Bukit Gelugor: Sokongan DUN Air Itam ‘solid’ untuk calon DAP, Ramkarpal


_DSC4876


AIR ITAM, 13 MEI – Kalau diukur daripada sambutan rakyat Air Itam kepada calon DAP-Pakatan untuk pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, pagi ini, beliau kelihatan akan menang bergaya pada 25 Mei nanti.
Pasar Air Itam memang merupakan tempat rakyat daerah ini berkumpul saban hari untuk membeli barang-barang keperluan, maka Ram memulakan sesi suai-kenal bersama pengundi Bukit Gelugor di sini seawal jam 8 pagi.
Rata-rata peniaga dan pengunjung pasar serta kawasan sekitarnya sudah kenal betul dengan anak ketiga mendiang Karpal Singh ini.
Mereka bersalaman dan bertegur seperti kawan-kawan lama.
Ram turut mencuba membuat apam balik di sebuah gerai yang terletak di simpang masuk Masjid Jamek Paya Terubong. Tuan kedai turut memimpin tangan peguam bujang berusia 38 tahun ini.
Sesi melawat kawasan hari ini turut disertai Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari serta Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Lazimi kopitiam kegemaran mendiang Karpal
Selesai sesi bertemu pengundi, Ram mengimbau kenangan bersama mendiang ayahnya yang sentiasa pulang ke kawasan dan mengadakan sidang media di kopitiam Joo Huat.
“Di sinilah ayah saya biasanya mengadakan sidang media setiap hujung minggu.
“Dua hari lalu saya bertemu tuan punya kedai dan beliau bersetuju untuk membenarkan kami meneruskan kelaziman tersebut, sekiranya DAP terus menang,” ujarnya kepada media.
Ram turut berkata bahawa pasar Air Itam ini membuatkan beliau berasa seperti balik kampung, dan beliau begitu selesa sekali di kawasan itu.

PRK Bukit Gelugor penting untuk PRK Teluk Intan


_DSC6203


AIR ITAM, 13 MEI – Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor bukan sebarangan pilihanraya. Ia adalah medan yang amat penting demi agenda perubahan di seluruh negara.
Meskipun MCA gagal menyertai dan memberikan persaingan dalam pilihanraya kali ini, ia tidak bermakna DAP boleh mengharapkan kemenangan mudah kerana kempen Bukit Gelugor bakal memberikan kesan kepada pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan serta agenda perubahan yang tersekat, di seluruh negara.
Demikian kata Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mengulas keadaan semasa yang disifatkannya sebagai ‘tergantung’ kerana pilihanraya setahun lalu tidak pun menyelesaikan soal perubahan utama.
“Negara masih tersangkut dan tidak mempunyai sebarang hala tuju jelas,
“Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menghadirkan Malaysia yang lebih baik,” ujarnya.

PAS Teluk Intan: Undi DAP, tolak politik kotor UMNO@BN


WIRA4962


TELUK INTAN, 14 MEI: PAS menyeru pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan agar tidak terpedaya dengan mainan kotor UMNO dan terus memberi sokongan penuh kepada siapa saja calon yang diletakkan DAP nanti.
Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Mohd Anuar Sudin berkata, UMNO tidak mustahil mengulangi taktik penipuan kerana begitu terdesak untuk membuktikan bahawa partinya masih relevan walaupun semakin ditolak seluruh pelusuk negara.
“Antara kempen jahat UMNO pada PRU lalu di sini adalah mengeluarkan risalah fitnah mendakwa DAP sebagai parti komunis dan anti-Melayu.
“Kita juga mempunyai bukti bahawa mereka meletakkan ahli-ahli UMNO sebagai petugas kira undi SPR dan memindahkan pengundi dari Pasir Bedamar ke Changkat Jong. Satu lagi adalah melalui sogokan wang.
“Atas sebab itu, kita (PAS Teluk Intan) akan memulakan gerak kerja awal sebaik saja calon diumum untuk memberi penerangan pada pengundi dan menangkis taktik jahat UMNO, sekaligus memenangkan DAP serta Pakatan sekali lagi,” katanya yang juga Bendahari PAS Teluk Intan.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Khairul Anuar Ismail pula menyarankan kepada pengundi agar tidak termakan agenda kurang jelas UMNO berkenaan hudud.

PRK Bukit Gelugor: Ramkarpal mahu teruskan 'tradisi kopi kedai'


Jika dia menang pilihan raya kecil Bukit Gelugor, calon DAP Ramkarpal Singh  berjanji untuk meneruskan tradisi mengadakan sidang akhbar mingguan di sebuah kedai kopi di Air Itam.

Bapanya, mendiang Karpal Singh, bertemu dengan pihak media hampir setiap hari Sabtu di Joo Huat, kedai kopi kegemarannya, yang terletak dekat pasar Air Itam dan Kek Lok Si yang terkenal.

"Bapa saya suka datang ke sini, dia akan adakan sidang akhbarnya,
bersarapan dan kemudian pergi ke pejabat di Greenhall.

"Saya akan meneruskannya jika saya menang, bagi menyambung memori di kedai kopi ini," katanya kepada pemberita semalam.

Ketika bercakap kepada media, Ramkarpal duduk di tempat yang sama kali terakhir diduduki bapanya sebelum mendiang meninggal dunia dalam kemalangan pada 17 April.

Karpal adalah penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya sebanyak tiga kali sejak tahun 2004.

Sementara itu, lawannya, Datuk Huang Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia pula berkempen dengan memainkan isu-isu dalam akhbar setiap hari.

Analisis Awani: Pilihan Raya Kecil P51 Bukit Gelugor

New T'ganu MB to meet PM today

PC: T'ganu state assembly will not be dissolved

DUN Terengganu tidak akan dibubarkan, kata MB baru


Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat tangan kepada jurugambar ketika memasuki kenderaan rasmi meninggalkan pejabatnya di Wisma Darul Iman, Terengganu untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat tangan kepada jurugambar ketika memasuki kenderaan rasmi meninggalkan pejabatnya di Wisma Darul Iman, Terengganu untuk menghadiri mesyuarat di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN)  tidak akan dilakukan walaupun berlakunya krisis politik di negeri tersebut.
Beliau berkata, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) yang mengisytiharkan keluar parti itu juga masih belum menghantar sebarang notis rasmi kepada Speaker DUN berkenaan tindakan mereka sekali gus menyaksikan mereka masih lagi ahli Umno.
"Secara rasmi dua Adun itu masih ahli Umno. Speaker tidak terima apa-apa secara rasmi.
"Pembubaran DUN bukan pilihan di Terengganu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, hari ini.
Ahmad Razif yang memulakan tugas sebagai menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bermula hari ini berkata, desakan PAS untuk membubarkan DUN juga bukan perkara baru.
"PAS minta bubar itu kerja mereka. Dulu, kini, dan selamanya.