Selasa, 13 Mei 2014

Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar Umno..Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
  
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
  
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
 
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
  

Perjalanan politik Ahmad Said sejak 1975

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Said yang dilahirkan pada 1957 merupakan Menteri Besar Terengganu sejak 2008 hingga 12 Mei 2014.

Beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Terengganu dan merupakan bekas ahli UMNO.

Ahmad Said merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Bin Mohamad dan Wook Binti Ali dimana beliau telah dilahirkan pada 15 Februari 1957 di Teluk Kalung, Kemaman, Terengganu.

Zaman persekolahan Ahmad bermula pada tahun 1964 di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman, Terengganu. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari tahun 1970 hingga 1974.

Ahmad Said yang merupakan graduan jurusan sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mula menceburi bidang politik seawal tahun 1975 iaitu di usia 19 tahun beliau dilantik sebagai Naib Ketua UMNO Cawangan Telok Kalong, Kemaman.

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1978 sehingga dilantik menjadi ADUN Kijal pada 1990.

Susulan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi undian majoriti di Terengganu sekaligus memegang 24 daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, dengan PAS memenangi baki lapan kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Ahmad Said menang dalam kawasan DUN Kijal menewaskan calon PAS, Hazri Jusoh dengan majoriti 3,157 undi. Beliau memperoleh 8,169 undi manakala Hazri 5,012 undi.

Semasa pembentukkan kerajaan baru di Terengganu, kerajaan pusat yang pada masa itu diketuai Tun Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan pelantikan semula Datuk Seri Idris Jusoh untuk penggal kedua sebagai Menteri Besar.

Kontroversi pelantikan MB Terengganu bermula selepas Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu enggan melantik semula Idris sebagai MB negeri itu. Kontroversi sama pernah terjadi di Perlis dimana pilihan Perdana Menteri pada waktu itu ditolak dan akhirnya kuasa membuat keputusan pada waktu itu diberi sepenuhnya kepada Raja Perlis.

Krisis politik T’ganu: Umno jangan gertak atau sogok

KUALA LUMPUR: Umno BN diingatkan agar jangan sekali-kali menggunakan tindakan yang tidak demokratik untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Terengganu sekarang, seperti intimidasi atau perbuatan menakut-nakutkan orang, gertak atau sogokan.

Sebaliknya, Umno BN perlu bertindak 'gentleman' untuk menyelesaikan kemelut tersebut dengan melakukan tindakan yang menepati prinsip demokrasi yang diamalkan di negara kita.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kerajaan BN Terenganu kini sudah hilang majoriti apabila tiga Adun Umno BN mengambil tindakan keluar daripada parti itu semalam dan hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri juga tidak mempunyai majoriti yang mempunyai 15 kerusi, 14 daripadanya dimiliki oleh PAS dan 1 PKR.

Oleh kerana itu, kata beliau politik Terengganu sekarang menjadi tidak stabil.

"PAS dan Pakatan Rakyat sedang mengikuti perkembangan ini dengan penuh cermat bagi melihat perkembangan selanjutnya," katanya.

Antara keluhuran perlembagaan dan panasnya politik Terengganu

terengganu_DUNKRISIS di Terengganu yang berlaku kini pada pandangan saya memberi peluang undang-undang perlembagaan yang berkaitan perlantikan Menteri Besar diperharui atau diharmonikan semula.
Tentu semua masih ingat bagaimana pada 9 Februari 2010 Mahkamah Persekutuan yang dipaneli oleh lima hakim, (Alauddin Mohd Sheriff PCA, Arifin Zakaria CJ (Malaya), Zulkefli Ahmad Makinudin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff and Abdul Hamid Embong FCJJ) telah membuat satu keputusan perundangan yang mengejutkan ramai pihak dalam kes Nizar v Zambry.
Secara politiknya, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut sememangnya telah dijangka. Namun dari kaca mata perundangan perlembagaan, ia amat mengejutkan.
Dalam penghakiman sebulat suara yang dibacakan oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria, Nizar telah diishtiharkan bukan lagi Menteri Besar yang sah setelah Duli Yang Maha Mulia DYMM Sultan membuat perlantikan baru.
Zambry pada ketika itu dilantik menjadi Menteri Besar Perak setelah tiga ADUN bebas menyatakan sokongan kepada beliau sekaligus meletakkan BN kedudukan mejoriti di Dewan Undangan Negeri Perak.
Apa yang menjadi titik hitam dalam perundangan perlembagaan pada ketika itu adalah tatkala Mahkamah Persekutuan seolah-olah memberikan kuasa baru kepada DYMM Sultan.
Secara perundangan mantap yang dicatatkan sebelum 9 Februari 2010, DYMM hanyalah mempunyai kuasa prerogatif atau kuasa istimewa dalam dua keadaan. Ianya bilamana DYMM Sultan ingin melantik seorang Menteri Besar sebaik pilihan raya umum dijalankan dan/atau menolak permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri oleh Menteri Besar.

Tolak kebencian, mesej 13 Mei 21 NGO

Sebanyak 21 NGO hari ini tampil mendesak rakyat Malaysia menolak keganasan, kebencian dan keganasan daripada kehidupan awam apabila mengenang kembali sejarah berdarah rusuhan kaum 12 Mei 1969.

Malaysia, menurut mereka, patut menjadi sebuah negara yang aman, penuh kasih sayang dan menjunjung prinsip kebebasan.

“Negara ini sebagai bangsa pelbagai etnik, agama, bahasa dan warisan budaya direstui untuk semua, bukan terus disumpah kesilapan masa lalu.

“Perbezaan ini memperkayakan dan membolehkan kita saling belajar antara satu sama lain serta lebih berdaya saing di peringkat global, melalui pemahaman lebih baik berhubung tamadun-tamadun besar dunia,” kata mereka.

Kenyataan itu antaranya disokong oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaran), Majlis Gereja Malaysia (CCM), Islamic Renaissance Front (IRF), Malaysians for Teoh Beng Hock dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Ia turut disokong persatuan-persatuan persaudaraan dan kebebasan media.

"Air Turn Back" : Seorang Adun Bebas Terengganu kembali kepada Umno, kata Shahidan.....


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas telah kembali kepada parti tu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.
"Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.
Awal pagi ini, Adun Bukit Besi, Roslee Daud menyertai Ahmad dan Ghazali untuk keluar dari Umno.
Spekulasi mengatakan Roslee merupakan Adun yang kembali menyertai kerajaan BN Terengganu.

SIDANG MEDIA KHAS PAS: ISU POLITIK TERENGGANU


Ahmad Said Di Ugut Hafis Faisal Dedahkan Salahlaku Politik Wang ..!!!

Hafis Faizal / Ahmad Said
Siapa Hafis Faisal..??

Orangni pun tak kenal...

Dalam posting statusnya di FB nampaknya hebat mengugut dan menghentam Ahmad Said berkaitan kiash Ahmad Said keluar UMNO berikutan isu panas kerajaan UMNO BN Terengganu.
AKU BERI AMARAN KEPADA MANA2 YB DUN TERENGGANU YG BERHASRAT UNTUK LOMPAT PARTI TERUTAMANYA DS AHMAD SAID SILA TERUSKAN AKU AKAN DEDAHKAN VIDEO n GAMBAR2 SALAHLAKU POLITIK WANG MELIBATKAN DS AHMAD SAID SERTA ORANG2 BESAR PARTI!!!!! aku hanya diatara kepimpinan kerdil akar umbi.
Malangnya status ini telah di deletekan setelah mendapat amaran dari seseorang...

Kerajaan Perpaduan (UG): Bekas MB Perak minta PAS berhati-hati dengan BN

Bekas MB Perak minta PAS berhati-hati dengan BNKUALA LUMPUR: Kepimpinan PAS telah diseru untuk berhati-hati dengan Barisan Nasional semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu berikutan keputusan oleh tiga ahli DUN untuk meninggalkan UMNO dan mengisytihar diri mereka ahli bebas.

Bekas Menteri Besar Perak (MB) Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau bimbang PAS kemungkinan akan mencapai persefahaman dengan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu.

"Bimbang peribadi saya sekarang adalah ... (Perdana Menteri Datuk Seri ) Najib (Razak) akan panggil presiden saya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) ... supaya PAS akan bersepakat dengan UMNO," kata Nizar kepada Atro AWANI.

Nizar, yang disingkirkan sebagai MB Perak semasa krisis perlembagaan 2009 di negeri itu berkata pemimpin-pemimpin PAS di Terengganu mungkin terpengaruh jika BN- lagi menggunakan hujah "sentimen Melayu” supaya kedua-dua pihak bekerjasama untuk masyarakat tersebut.

"Saya bimbang pemimpin-pemimpin PAS yang terbabit dalam situasi ini. Sesetengah mungkin akan terpengaruh," katanya.

Krisis di Terengganu tercetus selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang merupakan ADUN Kijal, tiba-tiba meletak jawatan dari UMNO bersama-sama dengan ahli dewan untuk Ajil, Ghazali Taib, dan Bukit Besi Roslee Daud.

Walaupun ketiga-tiga telah mengisytiharkan diri mereka bebas, mereka masih belum mengumumkan kecenderungan politik mereka dengan jelas.

Krisis politik Terengganu: Reaksi Pensyarah Kanan UMT

Krisis Terengganu: Mengimbau krisis di Perak pada tahun 2009

Terengganu: Pas Mahu MB Baharu Bubar Dun

Tarik Adun Bebas Terengganu sertai PAS bukan keutamaan, kata Pesuruhjaya

PAS Terengganu merasakan belum ada keperluan untuk menarik tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri itu menyertai mereka, memandangkan keutamaan mereka adalah untuk mendesak pilihan raya negeri diadakan semula, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat.
Satiful ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, keadaan tetap tidak berubah meskipun ketiga-tiga Adun berkenaan tidak menyertai PAS ekoran majoriti kerusi yang diwakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berkurang.
"Buat masa sekarang itu (menarik mereka menyertai PAS) bukan keutamaan kita," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu lewat petang tadi.
"Kita tumpu untuk pilihan raya negeri diadakan," katanya yang juga Adun Paka.

Najib terpaksa jumpa Adun BN malam ini, mahu redakan ketegangan politik Terengganu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Putrajaya malam ini bagi meredakan ketegangan politik yang berlaku di negeri itu, lapor The Star Online.
Sumber memberitahu portal berkenaan, semua wakil rakyat kini dalam perjalanan ke Putrajaya untuk berjumpa Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN.
"Semua Adun dipanggil menghadiri mesyuarat malam ini bagi membincangkan mengenai pergolakan politik di negeri itu," katanya.
Portal itu juga melaporkan perjumpaan akan turut membangkitkan perbincangan mengenai beberapa kemungkinan, antaranya pembubaran DUN.
Khabar angin mengenai pembubaran DUN dan pilihan raya negeri Terengganu semakin hangat di media sosial apabila Datuk Seri Ahmad Said digantikan dengan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar Terengganu semalam.

PAS: Krisis Perak takkan berulang di T'ganu


PAS berikrar tidak akan menjatuhkan kerajaan Terengganu dengan memujuk tiga wakil rakyat BN yang keluar parti untuk bersama mereka, seperti dilakukan BN di Perak pada tahun 2009.

Azam itu dinyatakan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat (kanan) pada sidang media di Kuala Terengganu, petang ini.

"Kita tetap dengan dasar kita dan kita akan bincang balik dengan kepimpinan (pusat) - kita tidak berminat lagi untuk itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau ditanya jika PAS berminat untuk 'melamar' bekas menteri besar dan dua ADUN Umno yang dilaporkan menghantar surat keluar parti.

PAS menurutnya akan memberikan masa kepada menteri besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengembalikan majoritinya sebelum merencana tindakan seterusnya.

Krisis UMNO: Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

SHAH ALAM, 13 MEI : Krisis kepimpinan yang berlaku di kalangan Umno Terengganu dilihat satu lagi kegagalan kepimpinan presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail, berkata Najib harus mengikut jejak langkah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk meletak jawatan.
Katanya, krisis yang berlaku menunjukkan betapa Najib lemah dalam pentadbirannya hingga memecah belah sebuah kerajaan negeri.
“Kalau di peringkat persekutuan, mungkin Najib ada ramai pembantu yang tolong dia mentadbir dan menguruskan pelbagai hal.
“Tetapi nampaknya tidak di peringkat negeri. Ini salah Najib kerana melakukan keputusan secara tergesa-gesa dan langsung tidak fikir kepentingan rakyat.
“Patutnya dia juga letak jawatan, ikut Ahmad Said,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.
Beliau dihubungi bagi mengulas tindakan letak jawatan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam diikuti upacara angkat sumpah jawatan itu oleh penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Ahmad Said yang juga ADUN Kijal turut mengisytiharkan keluar Umno dan berkata keputusan itu dibuat ekoran tidak puas hati dengan masa pertukaran Menteri Besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya, pada 17 Mei ini.

Darul Runtuh: Umno Terengganu perlu elak pilihan raya negeri

Dr Mohamed Mustafa Ishak
SHAH ALAM - Pihak Umno harus mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda bagi mengelakkan berlakunya Pilihan Raya Negeri Terengganu yang nyata akan memberi cabaran hebat kepada BN.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, jika pembubaran Dun berlaku dan pilihan raya diadakan, pertemuan tiga penjuru antara Umno, Pas dan calon Bebas akan berlaku dan Umno bakal berdepan dengan kehilangan kuasa untuk terus memerintah di Terengganu.

"Dalam PRU lalu, Umno hanya meraih kemenangan tipis menentang Pas, jika pilihan raya negeri dijalankan, Umno harus bersiap sedia menghadapi segala komplikasi yang bakal timbul termasuklah kemungkinan untuk kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Jika pilihan raya berlangsung, Pas sudah ada kelebihan tersendiri dan semestinya akan berusaha untuk tawan kembali Terengganu," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya lagi, pihak Umno harus mengambil pendekatan yang lebih memberi manfaat kepada parti sendiri dan tidak menjejaskan kepimpinan parti tersebut.

"Jalan penyelesaian pasti bukan mudah bagi Umno, namun jika mereka mahu 'selamat' harus cari cara untuk berdepan dengan kemelut ini, lebih cepat selesai lebih baik.

Ingkar janji cetus kemelut UMNO di Terengganu

Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu.
  
Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam.
  
Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
  
Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.
  
Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu.
  
Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13.
  
Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar.
  
Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008.

Apa bakal terjadi di Terengganu... BN 14, PR 15, Bebas 3

SPR masih belum terima notis pembubaran DUN Terengganu - Abdul Aziz

PAS to give new T'ganu MB a chance before making a move

PM Najib Razak tiada hati perut, kata Ahmad Said

KUALA TERENGGANU 13 MEI: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang tidak berhati perut.
Katanya, tindakan Najib ‘mamaksanya’ meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar keterlaluan kerana menganggu majlis perkahwinan anak perempuanya yang dirancang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu.
“Kalau saya sahaja tak apa. Ini melibatkan anak saya. Kalau saya sahaja saya boleh tahan, tapi ini melibatkan anak saya,” kata Ahmad Said dipetik dari wawancara bersama Astro Awani hari ini selepas beliau sah meletak jawatan.
Ahnad Said akan mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya di kediaman rasmi Menteri Besar di Kemaman s17 Mei depan.
“Saya minta tangguh sehingga selesai majlis, itu sahaja. Sebagai orang tua takkan dia tak faham? Saya cakap anak saya nak kahwin minnggu depan, takkan tak boleh bincang?
“Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri. Kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)
Namun katanya, majlis itu terganggu kerana tindakan Perdana Menteri menggesa menyegerakan pertukaran Menteri Besar negeri itu.
Bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan awal hari ini keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
BN Terengganu kini hanya diwakili 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

PAS T’ganu saran Dun dibubar

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu hari ini menggesa agar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu BN tidak lagi mempunyai majoriti di negeri itu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan  Negeri (Adun) mengumumkan keluar dari BN menjadi Adun Bebas.

"Kita baru sahaja bermesyuarat membincangkan perkara tersebut dan kita akan membuat makluman setelah keputusan diperolehi.

"Dalam keadaan sekarang BN tidak lagi mempunyai majoriti untuk mentadbir negeri ini dan seharusnya ia diserahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan," jelas beliau.

Namun menurut beliau, berdasarkan kejadian di Perak sebelum ini BN tidak mempunyai kuasa untuk membubar Dun kerana tidak mempunyai kuasa majoriti dalam membuat keputusan.

"Sekarang Pakatan Rakyat memperolehi undi majoriti dan kalau ikut dasar kita dapat memerintah negeri ini.

DAP gesa MB T'ganu serah pentadbiran negeri pada PAS

Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang menggesa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman agar menyerahkan pentadbiran negeri kepada PAS.

MP Gelang Patah itu berkata demikian sewaktu mengulas 'krisis Perlembagaan' di negeri pantai timur itu ketika tiga pemimpin Umno negeri bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

"Razif sepatutnya menyerahkan segera mandat kepada PAS untuk mentadbir Terengganu memandangkan komposisi kerusi sekarang adalah PAS menguasai 14 kerusi, PKR satu kerusi, Umno 14 kerusi dan tiga kerusi Bebas," kata Lim di Pulau Pinang.

"Kami dengar ramai lagi akan keluar Umno untuk jadi Bebas," kata Lim lagi.

"Kami harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menghilang atau masuk campur seperti dilakukannya di Perak," kata Lim lagi.

Krisis Terengganu: Pilihanraya baru jalan terbaik


_DSC4402


KUALA LUMPUR, 13 MEI: Pilihanraya Negeri (PRN) yang baru adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis di Terengganu, ekoran bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang mengumumkan keluar daripada parti itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ini bagi memulangkan hak memilih kerajaan kepada rakyat Terengganu sendiri, tambahan pula tiada pihak yang memiliki majoriti besar untuk membentuk kerajaan pada masa ini.
BN kini hanya memiliki 14 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berbanding Pakatan Rakyat dengan 15 kerusi, selepas Ahmad Said, diikuti dengan Adun Umno Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Umno Ajil Ghazali Taib mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
“Ada beberapa senario yang mungkin berlaku. Pertama, Menteri Besar baru Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengakui bahawa beliau sudah hilang majoriti di DUN serta mandat sebagai Menteri Besar.
“Kedua, kemungkinan Pakatan Rakyat yang memiliki lebih satu kerusi DUN membentuk kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

PKR akan mesyuarat, sedia hadapi pilihan raya Terengganu, kata Azmin

Pakatan Rakyat (PR) bersedia bila-bila masa sekiranya berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan sehingga memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan, kata Mohamed Azmin Ali.
Menurut timbalan presiden PKR itu, pihaknya mahu menunggu keputusan DUN dahulu sebelum mengadakan mesyuarat dengan parti mengenai isu di Terengganu.
"Saya akan memanggil supaya diadakan perjumpaan dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu dan pimpinan tertinggi PKR untuk berbincang mengenai kedudukan parti serta calon," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Menurut Azmin, setakat ini masih belum ada perbincangan antara parti dalam PR, namun menjangkakan mesyuarat tergempar Majlis Presiden akan diadakan dalam masa terdekat.
Mengulas mengenai krisis di Terengganu, Azmin berkata Umno sepatutnya menghormati mandat rakyat dan menggesa agar diadakan pilihan raya semula.
"Itu merupakan jalan terbaik selepas Umno gagal menyelesaikan masalah mereka sendiri dan kita sendiri tidak mahu peristiwa krisis perlembagaan di Perak berulang," katanya.

SAMM: Kembalikan hak memilih kepada rakyat Terengganu

SAMMMelihat kepada situasi politik terkini di Terengganu di mana pesta keluar parti begitu rancak setelah Datuk Seri Ahmad Said digulingkan dari jawatan Menteri Besar yang disandangnya, maka tersebarnya pelbagai khabar mengenai peluang Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan negeri tersebut melalui jalan belakang.
Suasana politik negara tidak harus disemarakkan dengan pelbagai tindakan dan keputusan yang tidak berlandaskan jalan demokratik. Pemilihan sebuah kerajaan itu haruslah dilakukan oleh rakyat sendiri melalui pilihanraya dan bukanlah melalui rundingan atau percaturan pemimpin politik.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Datuk Seri Ahmad Said dan rakan-rakan beliau yang lain untuk turut meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi DUN masing-masing, bukannya menggunakan kesempatan ini sebagai “bargaining power” untuk memusatkan dendam amarah mereka apabila digulingkan.
Rakyat di kawasan tersebut telah membuat keputusan untuk memilih mereka melalui parti yang mereka dokong dan tindakan untuk keluar parti dan menjadi bebas adalah satu lagi siri pengkhianatan terhadap amanah rakyat.
Jika sebelum PRU 13 yang lepas, apabila beberapa politisi oposisi memilih untuk keluar parti, maka kedengaranlah suara-suara dari blok Pakatan Rakyat mendesak mereka-mereka ini melepaskan kerusi masing-masing, maka prinsip ini jugalah yang harus ditegaskan dalam krisis politik Terengganu ini. Masih segar di ingatan, bagaimana PR melaungkan slogan Kerajaan Haram sewaktu krisis di Perak dulu, apakah kini PR akan menggunakan cara yang sama untuk memegang kuasa?

Kerajaan Umno jangan mangsakan rakyat Terengganu lagi

KUALA TERENGGANU 13 MEI: Kecelaruan politik yang berlaku di Terengganu membuktikan bahawa Umno-BN kerap memangsakan rakyat negeri itu demi mengekalkan kuasa, kata Pengerusi Majlis Pimpunan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
“Masalah itu berpunca dari Umno sendiri, tindakan mereka sendiri yang membuatkan BN hilang majoriti.
“Jangan mangsakan kepentingan rakyat Terengganu kerana hanya mahu selamatkan maruah Umno semata-mata,” kata Azan yang juga Ahhli Dewan Undangan Negeri Bandar.
Tambah Azan, Umno Terengganu perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan majoriti dalam DUN dan tidak lagi layak mentadbir negeri itu.
“Seharusnya kuasa memerintah itu dikembalikan kepada kita supaya pentadbiran negeri dapat dijalankan dengan lancar demi kepentingan rakyat,” tegasnya.
Kerajaan Umno Terengganu roboh apabila tiga wakil rakyat dari BN termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengisytiharkan mereka keluar daripada Umno lewat malam tadi.
BN Terengganu kini hanya diwakili 14 Adun berbanding Pakatan Rakyat yang menguasai 15 kerusi dengan tiga lagi kerusi merupakan kerusi bebas.

‘Three scenarios can happen in T’ganu’

Lim Kit Siang says there is no other way to resolve the political impasse in Terengganu except to hold a fresh election.

lim kit siangKUALA LUMPUR: Three possible scenarios can happen from the Terengganu political crisis with no effective solution in two of them, DAP national adviser Lim Kit Siang said today.
Lim said in the first scenario the new menteri besar, Ahmad Razif, conceding that he had lost the majority in the state assembly and the mandate given to him to form a new state government.
“Second, the possibility of Pakatan Rakyat forming the state government. Pakatan Rakyat now has 15 seats compared with Barisan Nasional’s 14.
“Third, is to have elections to decide the political future of the state. There is no solution in the first two and a state election is needed to resolve the impasse,” he added.
The standoff came after three Umno assemblymen from Terengganu, including former Menteri Besar Ahmad Said, declared themselves independents just a day after Razif was sworn in as menteri besar.
“With the resignation of Ahmad Said, Ghazali Taib and Roslee Daud, from Umno, there is no political party with a working majority,” said Lim.
The number of BN assemblymen had dropped from 17 to 14 and the opposition had 15 members in the state legislative assembly.

‘Have fresh polls to avert T’ganu crisis’

Power should be given to the people to choose again, says political analyst Khoo Kay Peng.

Khoo Kay PengPETALING JAYA: The way forward for Terengganu is to hold fresh elections so that the Perak crisis will not be repeated, says political analysts.
Political analyst Khoo Kay Peng told FMT that the democratic process must be respected and power given to the people.
Kijal assemblyman Ahmad Said resigned as the menteri besar yesterday and declared himself as an independent after quitting Umno.
University of Nottingham political analyst Zaharom Nain said the only logical and moral thing to do was to dissolve the state assembly and hold fresh elections.
Comparing the current crisis in Terangganu to that in Perak in 2009, Zaharom said it was the Perak crisis “coming back to bite Barisan Nasional.”
The Perak crisis back then saw three Pakatan Rakyat state assemblymen defecting and the Sultan of Perak’s refusal to dissolve the state assembly.
“This time around he (Ahmad Said) sulked because he could not conduct a kenduri (festivity) for his child as menteri besar.
“It’s true what they say, two important things for the Malays are power and festivities,” said Zaharom.
He said there would be a lot of bargaining in the background and advised people to “eat popcorn and enjoy the unfolding drama”.

Speaker: Dun Terengganu tak bubar hari ini

SHAH ALAM - Ketika pembubaran Dun Terengganu semakin hebat diperkatakan akan berlaku hari ini,  Speaker Dun, Mohd Zubir Embong dalam jawapan ringkasnya berkata "tidak".
Beliau menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) Sinar Harian Online kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Sinar Harian Online bertanyakan kemungkinan Dewan akan tetap dibubarkan hari ini ekoran kemelut yang melanda Dun berkenaan.

Terdahulu, beliau sudah menafikan khabar angin yang tersebar luas menerusi SMS dan aplikasi WhatsApp bahawa Dun Terengganu akan dibubarkan hari ini susulan tiga wakil rakyatnya keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya kepada Bernama.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.

Perkasa dakwa Najib gopoh gugurkan Ahmad Said


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh menukar menteri besar Terengganu hingga menjejaskan kedudukan Barisan Nasional di negeri itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh menukar menteri besar Terengganu hingga menjejaskan kedudukan Barisan Nasional di negeri itu. Gambar fail The Malaysian Insider.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gopoh dalam membuat pertukaran menteri besar di Terengganu sehingga menyaksikan Barisan Nasional (BN) hampir hilang kuasa di negeri itu.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata Najib sewajarnya menimbangkan permintaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya tidak lama lagi.
“Difahamkan beliau (Ahmad) ada minta tangguh selepas selesai anaknya kahwin. Najib kata tidak setuju. Kalaulah betul itu yang diminta, Najib patut timbang dan tidak gopoh menerima peletakan jawatan Ahmad.
“Kena bijak buat keputusan yang menggembirakan semua pihak. Sekarang nasi sudah jadi bubur,” katanya melalui pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Darul Runtuh: Pemimpin dan ahli BN diminta bertenang, kata Shafie Apdal

"Karma Krisis Politik Perak"
Pemimpin dan ahli Barisan Nasional (BN) diminta bertenang berikutan perkembangan terbaru politik di Terengganu kerana parti itu masih kekal memerintah kerajaan negeri, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata ahli BN perlu berdiri teguh dengan kepimpinan menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bagi memastikan kekuatan parti untuk memerintah kerajaan Terengganu dapat dipertingkatkan.
"Dari segi perlembagaan, kita (BN) masih lagi kerajaan di situ dan sudah ada pengganti selaku menteri besar. Selagi tiada makluman daripada (Speaker) Dewan Undangan Negeri (DUN) atau tuanku, keadaan masih lagi O.K.," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman beliau di Ipoh hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said keluar parti dan menjadi wakil Bebas.
Mohd Shafie berkata kerajaan BN masih kekal memerintah negeri Terengganu apabila speaker DUN turut dikira bersama 14 Adun BN yang masih tinggal, selepas tiga Adun keluar parti dan menjadi wakil Bebas.

'Ahmad Razif MB baru yang tak banyak pilihan' kata Peguam Perlembagaan

Dilantik sebagai menteri besar baru Terengganu malam tadi, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman tidak mempunyai banyak pilihan.

Jika tidak kena gayanya, bekas exco itu boleh mencatat rekod sebagai menteri besar dengan tempoh perkhidmatan terpendek di negara ini.

Peguam yang mahir dalam bidang perlembagaan Syahredzan Johan (kanan) berkata, dengan komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang, beliau boleh tewas dalam usul undi tidak percaya.

Jika itu, berlaku, tambahnya lagi, menteri besar hanya mempunyai pilihan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri atau meletakkan jawatannya bersama-sama barisan exconya.

“Sekiranya pilihan kedua diambil, maka DYMM Sultan harus melantik MB yang baru yang pada hematnya mendapat sokongan majoriti ahli DUN,” kata timbalan pengerusi undang-undang perlembagaan Majlis Peguam itu.

Bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said awal pagi tadi bersama dua lagi ADUN Umno mengisytiharkan keluar parti dan menjadi bebas.

Penentuan luar DUN

Ia ekoran tidak puas hati dengan kaedah pertukaran menteri besar negeri itu. Beberapa ADUN lagi dijangka mengikut jejak langkah itu.

Ia mencetuskan krisis politik baru apabila BN kini menjadi kerajaan minoriti dengan 14 kerusi dalam DUN berbanding Pakatan (15) dan bebas (3).

Menulis dalam blognya, Syahredzan berkata, berdasarkan kes Nizar v Zambry di Perak, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa sokongan terhadap seseorang MB boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN.

Menurut kes itu juga, kata Syahredzan lagi, jika menteri besar dan exco tidak letak jawatan selepas hilang sokongan, jawatan mereka dianggap kosong dengan sendirinya.

“Sekiranya MB Terengganu tidak hilang sokongan sekalipun, sebuah kerajaan minoriti akan menghadapi pelbagai masalah, antaranya jika mereka membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan oleh DUN.

“Dan juga mereka sentiasa punya risiko tewas undi tidak percaya/tidak dapat sokongan majoriti ADUN.

“Senang cerita, situasi di Terengganu sekarang 'havok, havok',” tulisnya lagi.

13 Mei Terengganu: " AJIL XBOH PENGKHIANAT PARTI UMNO!!!! .. UMNO TETAP SETIA!!! "


" AJIL XBOH PENGKHIANAT PARTI UMNO!!!! .. UMNO TETAP SETIA!!! " ... SILA LETAK JAWATAN SBG YB ... PERJUANGAN MESTI IKHLAS ... TIDAK SETIA PADA PARTI UMNO .... YB TIADA PRINSIP .... YB TIDAK IKHLAS ..

Begitulah sebahagian dari ayat yang ditulis di kain rentang dan plakad oleh beberapa penyokong UMNO marah kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said kerana keluar UMNO menjadi ADUN Bebas.

Kalau ya pun nak buat demo bantahan .. angkutlah ramai sikit boh .. kalau setakat tidak sampai 15 orang apa barang punya demo ni.

Cuba ikut contoh teladan yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat .. buat demo puluhan ribu turun .. kalau setakat 12-13 orang bikin malu betullah.

Perbandingan krisis politik di Terengganu dan Perak- Ulasan Peguam UMNO


Paksa Letak Jawatan: Kekecewaan Ahmad Said terhadap Najib


Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

najib mugshot interview 01SHAH ALAM, 13 MEI: Kepincangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu kian memuncak apabila satu demi satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu mula mengikut jejak langkah bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A Kadir Jasin menyifatkan tindakan luar jangka daripada beberapa pemimpin Umno itu adalah satu lagi ‘bala’ buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau juga berpendapat, perkara itu pastinya memberi tamparan hebat buat kepimpinan Najib yang dianggap Perdana Menteri Malaysia ‘paling kurang bernasib baik’.
“Secara teknikal, BN kini kekurangan tiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan meletakkan ia setanding dengan Pakatan Rakyat (PR).
“Pelbagai perkara mustahil boleh berlaku iaitu sama ada PAS menyertai Umno dalam membentuk kerajaan campuran di negeri itu atau BN akan kehilangan Terengganu.
“Atau adakah Terengganu berkemungkinan akan terperangkap dalam satu lagi krisis politik yang berlaku pada tahun 1960-an dan 70-an?” tulisnya di blog.

13 Mei Terengganu: Ulasan Perlembagaan - Jawatan MB Dan Kedudukan Kerajaan Negeri

13 Mei Terengganu: Bubar Dun atau kerajaan campuran?

Membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) atau meneroka kemungkinan membentuk kerajaan campuran antara saranan pemerhati politik dalam menangani perkembangan terbaru politik di negeri itu sekarang.

Menyifatkan perkembangan politik yang mendepani kerajaan negeri itu lebih kepada krisis 'peribadi' berbanding parti, mereka berpandangan, perkembangan itu perlu ditangani segera.

Timbalan Dekan di Universiti Sains Malaysia (USM) Dr S.K Sivamurugan Pandian berpendapat langkah membubarkan Dun wajar diambil sekiranya pendekatan memujuk tiga wakil rakyat daripada Umno yang mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, gagal.

"Jalan segera untuk menyelesaikan isu ini ialah untuk memujuk tiga wakil rakyat itu untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi jika gagal, BN tidak ada pilihan melainkan membubarkan dewan undangan negeri," katanya kepada Bernama.

Terengganu menjadi tumpuan sejak semalam selepas Datuk Seri Ahmad Said yang juga Adun Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil Bebas.

Ini menjurus kepada komposisi BN di Dun yang mempunyai 32 kerusi kini berkurangan daripada 17 kepada 14 manakala pembangkang mempunyai 15 anggota serta Bebas tiga.

Speaker nafi khabar angin DUN Terengganu dibubarkan

Speaker nafi khabar angin DUN Terengganu dibubarkanKUALA TERENGGANU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong hari ini menafikan khabar angin kononnya dewan undangan negeri dibubarkan berikutan perkembangan politik terbaru di negeri ini.

Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya.

"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.

"Bagaimana nak bubarkan Dun, sedangkan saya sebagai Speaker Dun pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Khabar angin tersebar luas melalui SMS dan aplikasi Whatsapp kononnya Dun Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini dan pilihan raya negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari.

Pilihanraya Negeri: DUN Terengganu dibubar esok?

Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.

Datuk RazifKUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka dibubar esok berikutan tiga ADUN telah keluar dari Umno.
Menurut sumber, Menteri Besar, Datuk Razif Abdul Rahman dijangka menasihati istana untuk membubarkan DUN berikutan perkembangan politik terkini.
Malam tadi tiga ADUN telah mengumumkan keluar dari Umno iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.
Kini BN mempunyai 14 kerusi sama banyak dengan PAS. Bebas 3 orang dan PKR 1 orang.
“Menteri Besar sedang menunggu arahan darti Putrajaya untuk membubarkan DUN,” kata sumber itu kepada FMT.
Sementara itu ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman telah menafikan akan keluar dari Umno.
Menurut Ahmad Said, tiga orang ADUN lagi akan menyebelahi beliau dan jika ia berlaku kerajaan BN akan tumbang.
PAS pula sedang mengadakan mesyuarat berikutan perkembangan terkini di Terengganu.
“Justru itu pilihan terbaik bagi Razif ialah menasihati istana untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat,” katanya lagi.

13 Mei Terengganu: Pas ada tiga pilihan

SELEPAS beberapa jam Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar baharu Terengganu, berlaku krisis politik apabila Datuk Seri Ahmad Said selaku Adun Kijal dan Ghazali Taib selaku Adun Ajil dan Roslee Daud (Bukit Besi) mengisytiharkan keluar daripada Umno serta menjadi Adun bebas.

Hal ini menjadikan BN mempunyai bilangan Adun yang sama dengan pembangkang iaitu 15 - 15.

Kekuatan kerajaan BN ada pada 1 undi penentu pada Speaker.Ini merisikokan kejatuhan kerajaan BN di Terengganu.

Ahmad Said yang meletakkan jawatan sebagai MB petang semalam untuk memberi laluan kepada Ahmad Razif menjadi MB bertindak sebagai seorang ahli politik yang bijak kerana tindakannya itu bakal menjadikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu yang paling pendek tempoh pentadbirannya yang mungkin tidak menjangkau satu hari.

Apakah tindakan terbaik Pas dalam suasana sebegini?

Di hadapan terbentang tiga pilihan.

Pertama, jika Ahmad Said dan Ghazali bersedia menjadi adun bebas yang menyokong Pas dan PKR maka penubuhan kerajaan baru boleh diusahakan.

Namun, keadaan ini akan menjadikan kerajaan negeri tidak stabil.

Kedua-dua adun bebas boleh pula menarik sokongan dan ia akan merisikokan kerajaan baru pula.

Pelbagai polisi pentadbiran negeri boleh terencat. Ketidakstabilan ini bukan pilihan terbaik rakyat Terengganu.

13 Mei Terengganu: PAS hanya boleh bentuk kerajaan baru jika MB baru letak jawatan, kata penasihat undang-undang Umno


Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) kekal menteri besar Terengganu dan PAS hanya boleh membentuk kerajaan baru jika beliau letak jawatan, kata penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam‎ Harun hari ini.
Kemelut Terengganu tercetus selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno mengumumkan keluar parti.
"Melainkan jika undi tidak percaya dibuat di Sidang Dewan Undangan Negeri, MB Razif masih lagi MB yang sah.
"PAS tidak boleh membentuk kerajaan baru melainkan dilantik Sultan. Untuk melantik, MB Razif perlu letak jawatan," kata Hafarizam kepada The Malaysian Insider dalam satu pesanan khidmat ringkas.
Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada Umno ialah bekas menteri besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).
Susulan perkembangan tersebut, bilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam DUN.
Dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, BN menang 17 kerusi DUN berbanding PR 15 kerusi dan mendapat separuh daripada 8 kerusi Parlimen di negeri yang kaya dengan minyak itu.
Adun Seberang Takir, Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu di depan Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Cendering pada jam 9.25 malam semalam.
Pelantikannya dilakukan beberapa jam selepas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan Ahmad sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai menteri besar.
"BN masih mempunyai kuasa eksekutif/MB. Penasihat undang-undang Terengganu mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan pandangan saya," kata Hafarizam.

13 Mei Terengganu: Kronologi krisis politik UMNO@BN

Berikut kronologi krisis politik Terengganu.

12 Mei:

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.


* 13 Mei:    

- 1 pagi : Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : Adun Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi Dun Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

13 Mei Terengganu: Speaker belum terima surat untuk bubar DUN

KUALA TERENGGANU - Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd Zubir Embong hari ini menafikan khabar angin kononnya dewan undangan negeri dibubarkan berikutan perkembangan politik terbaru di negeri ini.
  
Dewan Undangan negeri hanya boleh dibubarkan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, katanya.
"Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mesti menghadap Tuanku Sultan untuk memperkenankan pembubaran Dun Terengganu dan setakat ini ia masih belum berlaku.
"Bagaimana nak bubarkan Dun, sedangkan saya sebagai Speaker Dun pun masih belum terima sebarang surat untuk membubarkannya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Khabar angin tersebar luas melalui SMS dan aplikasi Whatsapp kononnya Dun Terengganu dibubarkan secara rasmi hari ini dan pilihan raya negeri Terengganu akan diadakan dalam masa 60 hari.
Mohd Zubir turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

13 Mei Terengganu: Media 'berkampung' di luar Istana Nur Nadhirah tunggu MB mengadap Sultan

KUALA TERENGGANU - Media mula berkumpul di hadapan Istana Nur Nadhirah di sini menantikan kemungkinan Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Wakil media berkumpul sejak 11 pagi menunggu ketibaan menteri besar yang dijangka mengadap Sultan Mizan dipercayai bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
  
Ahmad Razif dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan, semalam.
  
Jangkaan pembubaran Dun itu dibuat selepas tiga anggota Dun termasuk Ahmad yang juga Adun Kijal, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) membuat keputusan untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
  
Susulan daripada itu, Barisan Nasional kini memegang 14 kerusi daripada 32 kerusi Dun, diikuti Pas (14), PKR (satu) dan Bebas (3).

Muhyiddin ke Terengganu untuk selesai krisis, kata sumber


Kemelut politik dalaman Barisan Nasional (BN) di Terengganu memaksa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun berjumpa dengan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Muhyiddin (gambar) dijangka tiba petang ini di Terengganu dan akan mengadakan pertemuan dengan Ahmad bagi mencari jalan penyelesaian.
"Bukan Perdana Menteri, tapi TPM (Timbalan Perdana Menteri) yang ke Terengganu, dijangka tiba petang ini.
"Beliau (Muhyiddin) akan berjumpa dengan Ahmad nanti," kata sumber Umno Terengganu kepada The Malaysian Insider menafikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan hadir.
Sumber juga memberitahu Ahmad sepatutnya mengadakan sidang media petang ini bagi mengumumkan peletakan jawatan, akan tetapi terpaksa ditangguhkan dengan kedatangan Muhyiddin.
"Hari ini tiada sidang media Ahmad tapi jumpa Muhyiddin dahulu," kata sumber itu dengan syarat namanya tidak didedahkan.
Sumber juga memberitahu langkah PAS untuk memanggil satu sidang khas bagi mendapatkan undi tidak percaya ke atas BN tidak boleh dilaksanakan selagi Ahmad tidak membuat pengumuman rasmi keluar parti.
"Nak buat sidang khas kena sahkan dahulu Ahmad keluar parti. Setakat ini Ahmad belum tampil belum buat pengumuman rasmi," katanya.
Sumber juga memberitahu khabar angin mengatakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar parti tidak benar, sebaliknya ia masih dalam keadaaan "status quo" dengan tiga sahaja wakil rakyat Umno menjadi Adun Bebas.

PAS, DAP mahu pilihan raya semula di Terengganu

Dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa satu pilihan raya semula diadakan di Terengganu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata kepada The Malaysian Insider kerajaan sementara perlu dipilih melalui saluran yang betul iaitu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kita tidak boleh dengan mudah membentuk kerajaan negeri seperti mana berlaku di Perak pada 2008. Kita mesti kembali kepada Perlembagaan dan mengikut proses yang betul.
"Menteri besar Terengganu dilantik dan kedudukannya sah. Maka apa-apa yang dilakukan PAS mesti melalui DUN.
"Jika kami mahu mengambil alih, kami akan mengusulkan undi tidak percaya di sidang DUN. Ia bukan hanya tukar begitu sahaja," katanya.

13 Mei Terengganu: Speaker nafi DUN bubar


Speaker DUN Terengganu Datuk Zubir Embong menafikan khabar angin bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dibubarkan susulan tiga wakil rakyat termasuk bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

"(Itu) khabar angin. Tak betul. OK, terima kasih," kata Zubir ringkas ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 1.22 petang ini.

Kemelut politik Terengganu kembali tercetus susulan jawatan menteri besarnya yang sebelum ini dipegang oleh Ahmad bertukar kepada exconya Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dalam majlis angkat sumpah semalam.

Tidak lama selepas itu Ahmad dan juga ADUN Kijal mengumumkan keluar Umno dan menjadi bebas. Turut mengikuti jejaknya ialah ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud.

Hal demikian menyebabkan kedudukan BN di Dewan Undangan Negeri tinggal 14 daripada 32 kerusi . Manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi dan bebas pula 3 kerusi.

13 Mei Terengganu: Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin


Ahli Dewan Undangan Negeri boleh bertukar fikiran dan kembali kepada parti jika kena pada harganya, kata bekas ketua pengarang NST, Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Dewan Undangan Negeri boleh bertukar fikiran dan kembali kepada parti jika kena pada harganya, kata bekas ketua pengarang NST, Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST),  Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".
Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.
Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Ini hanya perkembangan awal.
"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

13 Mei Terengganu: Surat keluar Umno belum diterima, BN kekal kerajaan kata Peguam UMNO

Umno masih belum menerima sebarang surat daripada tiga anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang dilapor keluar dari Umno dan menjadi wakil rakyat, kata penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Justeru katanya, BN masih mempunyai kuasa eksekutif dan menduduki pejabat menteri besar.

"Sebarang tindakan menjadi bebas dengan keluar BN atau Umno oleh wakila rakyat BN hanya berkuatkuasa apabila surat mereka diterima oleh setiausaha agung BN atau Umno.

"Sehingga ke hari ini, tiada sebarang surat diterima," katanya.