Isnin, 12 Mei 2014

Ahmad Razif angkat sumpah, sah MB ke 9 Terengganu

Ahmad Razif angkat sumpah, sah MB Terengganu 
 Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, malam ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Sains,  Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
  
Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam.
  
Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.
  
Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.
  
Ketika ditemui pemberita, Razif berkata beliau bersyukur kerana majlis  peralihan kuasa kerajaan negeri berjalan dengan lancar.

Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan perancangan yang dibuat Ahmad.
  
"Segala perancangan program untuk kebaikan rakyat, kita akan  teruskan. Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said yang banyak mengajar saya.
    

Pertukaran Menteri Besar Terengganu, Apakah UMNO Bakal Berhadapan Krisis?

BY KUNTAKINTE MALAYSIA

Pengumuman pertukaran Menteri Besar Terengganu sebentar tadi merupakan satu kejutan kerana Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini pernah memberi isyarat tidak akan berundur dari jawatan tersebut. Namun hari ini Sinar Harian memetik sumber Setiausaha Agung UMNO menyatakan bahawa Sultan Terengganu telah memperkenankan perletakan jawatan Ahmad Said.
Beberapa jam selepas pengumuman tersebut, Perdana Menteri mengumumkan perlantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
matsaid17Sungguhpun spekulasi penggantian ini telah dimulakan oleh media arus perdana sejak minggu lalu, namun ia tidak dijangka akan berlaku berdasarkan komen Ahmad Said bahawa keadaan genting Barisan Nasional Terengganu 17-15 sewajarnya tidak diganggu-gugat.
Namun hari ini spekulasi tersebut tetap menjadi kenyataan. Hakikat Setiausaha Agung UMNO terpaksa turun ke Terengganu berjumpa dengan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional menunjukkan ada peralihan ini tidak selicin yang dijangka.
Beberapa ADUN dilaporkan tidak gembira dengan perubahan ini dan enggan berjumpa Setiausaha Agung UMNO tersebut. Sehingga petang tadi dilaporkan hanya 9 daripada 17 ADUN telah berjumpa. Ini memberi persepsi bahawa 8 ADUN lagi mungkin membuat keputusan yang mengeruhkan keadaan.
Sebenarnya kedudukan DUN Terengganu sangat genting, sekiranya dua ADUN membuat keputusan tidak mengiktiraf perubahan ini dan disokong oleh Pas, Terengganu bakal berhadapan krisis pentadbiran dan politik yang sangat luar biasa.
Jika Ahmad Said membuat keputusan untuk terus menjadi Menteri Besar dan Pas sebulat suara menyokong beliau, maka DUN akan menjadi tergantung. Ini mungkin memaksa satu pilihan raya negeri diadakan bagi menyelesaikan keadaan 16-16 tersebut. Jika Ahmad Said berjaya memujuk beberapa ADUN BN bersamanya, beliau akan kekal menjadi menteri Besar bebas dengan sokongan Pas.
Senario ini bergantung sepenuhnya kepada Ahmad Said. Mengetahui keberanian Ahmad Said dalam politik, langkah-langkah seperti ini bukanlah luar biasa.
Punca Pertukaran

Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik MB Terengganu

Kuala Terengganu - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.
  
"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.
 
"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.
  
Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.
  
Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

Jangan pesong fakta GST, kata Najib

SIAPA TIPU SIAPA..!!!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan fakta mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walhal pada hakikatnya cukai baru itu akan meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat.
Najib berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan sistem cukai baru itu kerana kebanyakan barangan keperluan dan perkhidmatan asas harian tidak akan dikenakan GST.
"Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, keretapi, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu," katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hari ini, di Kuala Lumpur.
Cukai tersebut, bakal dilaksanakan pada kadar 6% pada 1 April 2015, akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dan bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.
Beliau berkata cukai tersebut merupakan satu sistem pencukaian yang lebih sistematik dan berasaskan jumlah pembelian barangan seharian.
Najib, yang juga menteri kewangan, memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa mendengar maklum balas dari rakyat tentang keputusan melaksanakan GST ini.
"Saya mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyebarluaskan fakta yang benar mengenai GST melalui penganjuran seminar dengan memanggil pelbagai pihak, terutama daripada negara-negara yang  berjaya dalam cukai ini, supaya rakyat dapat kefahaman yang sebenar dan sahih," katanya.

Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi?

Silap Mat Said tertanda tangan perjanjian.
MSO
Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United apabila hari ini beliau disahkan telah melepaskan jawatan MB Terengganu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini.

Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini.

Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan.

Perletakan jawatan Ahmad itu sempena hari ulang tahun Umno ke 86 menyebabkan ia memberi signifiken tersendiri buatnya.

Persoalan kini apakah Ahmad akan mengosongkan Dun Kijal yang dimenanginya itu? Kalau beliau bersedia untuk beundur sebagai MB, apa guna lagi untuk beliau kekal di Dun Kijal. Berlaku sedikit gangguan perasaan kepadanya, sebelum ini ditempatkan di kerusi pertama di dalam Dun Terengganu, tetapi apabila jadi ahli biasa kerusinya akan berubah.

Nasib Ahmad sama dengan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Dun Kelantan hari ini, tempat duduk berubah sebagai Adun biasa selepas tidak lagi menjadi MB. Elok kalau kedua-duanya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil?

Penyamun ganti Penyamun?

Buh lah sape pun kalau sikap "menyamun" tak berubah...sama jer lah..

“Laksana hudud pada Menteri Kabinet, pimpinan atasan dahulu”

hududKUALA LUMPUR 12 MEI : Aktivis hak wanita, Zainah Anwar mencadangkan hukuman hudud dilaksanakan terhadap Menteri Kabinet dan pimpinan atasan negara terlebih dahulu sebelum dilaksanakan secara keseluruhan.
Jelasnya, ia selaras dengan keterbukaan pimpinan kerajaan khususnya yang kelihatan bersikap positif terhadap undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas sebelum ini.
“Kita bercakap tentang hudud di negara lain seperti Arab Saudi, Sudan, Somalia, Pakistan dan lain-lain negara.
“Kalau betul-betul nak laksanakan hudud, kita cuba dulu perlaksaaan undang-undang tersebut kepada pimpinan atasan seperti menteri kabinet, ahli parlimen dan semua pimpinan atasan,” kata Zainah.
Beliau berkata demikian dalam sebuah forum hudud dianjurkan MCA 11 Mei lalu yang turut dihadiri Exco Pemuda Umno, Fathul Bari dan ahli parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
“Sebab kita tahu mereka membenarkan undang-undang tersebut dilakukan, sedangkan tidak ada mana-mana menteri pun yang mengesahkan tentang pelaksanaan tersebut sehingga hari ini, ” katanya, seperti disiarkan KiniTV.

Anwar: Tolak kebencian atas nama kaum & agama

download-copyKUALA LUMPUR 12 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang percubaan untuk menimbulkan kebencian atas nama agama mahupun kaum terhadap kaum dan penganut agama lain harus ditentang sama sekali
“Keadilan sosial dan perpaduan negara hanya dapat direalisasikan dengan adanya ruang demokrasi dan kebebasan untuk berdialog, bukannya dengan menghina dan mencerca,” katanya dalam perutusan Hari Wesak 2014.
Anwar turut menyeru rakyat Malaysia bersama menghayati falsafah ajaran Buddha yang menitikberatkan unsur kasih sayang, toleransi dan kemuliaan insan.
“Sifat mulia dan kasih sayang sesama manusia yang didokong oleh Gautama Buddha sepanjang hidupnya merupakan prinsip yang penting yang wajar diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Sejajar dengan nilai yang kami perjuangkan selama ini, kepedulian terhadap hak dan kebajikan rakyat jelata, khususnya golongan miskin dan yang terpinggir, harus dibela.
“Kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia, saya ucapkan selamat menyambut Hari Wesak bersempena kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu,” kata Anwar dalam ucapannya.

'Hudud boleh bendung pendakwaan terpilih?'

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong mempersoalkan kemampuan pelaksanaan hukum hudud di Mahkamah Syariah dalam membendung masalah pendakwaan terpilih, walau ia memperuntukkan hukuman yang lebih berat.

Sedangkan, masalah pendakwaan terpilih itu juga berlaku di mahkamah sivil, katanya dalam satu forum anjuran biro perundangan Pemuda MCA di Kuala Lumpur semalam.

Leong berkata demikian dalam sesi kedua forum itu, yang turut menampilkan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang dan Pengerusi jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam Firdaus Husni.

Beliau turut mengulas hujah dari pemimpin Umno mengenai pelaksanaan hukum hudud itu, yang mengemukakan pandangan dari sudut agama bahawa pelaksanaan undang-undang hudud perlu digantung jika keadaan tidak sesuai.

"Jika terdapat pakatan sulit dalam membawa pertuduhan yang merupakan pendakwaan terpilih, dan anda tidak ada badan kehakiman yang bebas rasuah, adakah itu satu persekitaran yang kondusif (untuk melaksanakan undang-undang hudud?)

Rang Undang-Undang Hudud uji keikhlasan Umno dan PAS

A Kadir Jasin


Ada pembahas bertanya pendapat saya mengenai perbahasan hudud yang sedang berjalan sekarang. Sejak hal ini dibangkitkan berdekad-dekad lalu, saya telah banyak kali mengulas mengenainya.
Isu pokoknya sama. Hudud dan qisas adalah asas kanun  jenayah Islam. Itulah kefahaman umum mengenainya. Daripada sudut politik ia adalah antara perjuangan pokok Parti Islam se Malaysia (PAS). PAS juga mengidamkan penubuhan negara Islam.
Namun ada beberapa perbezaan dalam pusingan terbaru perbahasan isu ini. Antaranya, ia adalah tindak balas langsung kepada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 dan perkembangan-perkembangan yang berkaitan dengannya.
Semua parti politik nasional yang dalam Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengalami kejutan besar dalam PRU 5 Mei tahun lalu akibat isu-isu agama dan kaum yang dimainkan.
Kepemimpinan politik hilang kawalan ke atas isu-isu berkenaan, termasuk yang mereka sendiri ketengahkan, akibat kebanjiran media dan penyertaan cergas badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Umno terkejut besar, marah dan kecewa apabila BN ditolak oleh pengundi bukan Melayu, khususnya Cina, yang diberikan dan dijanjikan pelbagai habuan dan peruntukan. Akhirnya orang Melayu luar bandar yang menyelamatkan Umno dan BN daripada dihanyutkan oleh tsunami Cina. Parti-parti Cina dan India BN ditolak oleh kaum mereka sendiri. Kalau tidak kerana Melayu kampung dan anak negeri Sarawak dan Sabah, BN telah kecundang.
PAS pula mula menyedari bahawa persekongkolan dengan DAP dan PKR membawa padah kepadanya. Ia terpaksa menyampingkan agenda-agenda Islamnya demi mendapatkan penerimaan DAP dan PKR, tetapi keputusan PRU 2013 tidak memihak kepadanya. PAS muncul sebagai parti paling lemah dalam PR di segi bilangan kerusi Parlimen.
Jadi PAS terpaksa memikirkan semula pendiriannya mengenai hudud. Pelaksanaan hudud di Kelantan adalah agenda yang boleh menyegarkan semula parti itu tanpa bergantung kepada DAP dan PKR. Kelantan telah pun meluluskan Rang Undang-Undang Hudud dan sudah pun mewartakannya. Cuma ia tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah – ultra vires - dengan Perlembagaan Persekutuan.

Putrajaya pertahan GTP turunkan kadar jenayah dan tangani rasuah..!!


Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat terus bersatu menyokong GTP kerana perubahan hanya  berkesan apabila setiap individu turut mengambil bahagian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014. 
Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat terus bersatu menyokong GTP kerana perubahan hanya berkesan apabila setiap individu turut mengambil bahagian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014.Putrajaya mempertahankan Program Transformasi Kerajaan (GTP) kerana berjaya menurunkan kadar jenayah serta menangani rasuah, selepas diperkenalkan pada 2009.‎
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan hebat setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana gagal menangani jenayah yang berleluasa khususnya melibatkan kes tembakan.
"Saya berharap agar rakyat Malaysia terus bersatu menyokong GTP kerana perubahan hanya berkesan apabila setiap individu turut mengambil bahagian.
"Transformasi nasional merupakan aspirasi yang bermakna bagi semua rakyat Malaysia. Dengan kerjasama yang kukuh, kita boleh merealisasikan cita-cita ini dan mewujudkan kerajaan yang lebih cekap," kata Najib selepas melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional (NTP) 2013 di Angkasapuri, malam ini.
Dalam laporan yang dibentangkan hari ini, Putrajaya berkata Ops Cantas yang diperkenalkan berjaya mengurangkan kadar jenayah 6.23%.
Kes jenayah yang dicatatkan sepanjang tempoh April hingga Ogos 2013 adalah 52,320 kes  tetapi selepas 116 hari Ops Cantas diperkenalkan pada Ogos hingga Disember 2013, ia berjaya  menurunkan kadar jenayah kepada 49, 059 kes.
Jenayah ganas berjaya diturunkan 11.85% sepanjang tempoh tersebut daripada 13,710 kepada 12,085 kes.
Jenayah hartanah berjaya diturunkan kepada 4.24% daripada 38,610 kepada 36,974 kes.

Ahmad Razif diperkenan Sultan sebagai MB baru Terengganu

Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman 
KUALA TERENGGANU -  Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenan pelantikan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said berkuatkuasa mulai tarikh mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

MB Terengganu Baru Dilantik Malam Ini

ADUN Seberang Takir Abdul Razif (kiri) dijangka mengangkat sumpah malam ini bagi menggantikan Ahmad Said (kanan) sebagai Menteri Besar Terengganu. ADUN Seberang Takir Abdul Razif (kiri) dijangka mengangkat sumpah malam ini bagi menggantikan Ahmad Said (kanan) sebagai Menteri Besar Terengganu. KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dijangka akan mengangkat sumpah malam ini sebagai Menteri Besar Terengganu, lapor The Star Online.

Ahmad Said yang memegang jawatan itu selama dua penggal dijangka akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Isnin.
Ia sekaligus menjawab spekulasi yang timbul berhubung pertukaran menteri besar di negeri itu sejak minggu lalu.
Sebelum ini media melaporkan, perubahan mengenai jawatan Menteri Besar Terengganu dipercayai timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada pilihan raya umum lalu.
Menurut laporan itu, surat berkenaan ditandatangani Ahmad kira-kira dua minggu selepas pilihan raya pada 5 Mei 2013.
BN hanya memenangi 17 kerusi negeri manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat manakala ia berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan Ahmad tempoh penangguhan selama setahun selepas pilihan raya kerana beliau mahu pemimpin Terengganu yang mempunyai keperibadian yang bersesuaian untuk bersama dengan rakyat.
Razif, 49, turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi; Alam Sekitar, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri.

DARUL RUNTUH: BUMBUNG SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU RUNTUH...!!


SMK Seri Nilam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kubang Tangga, Kuala Terengganu, Malaysia.

Terengganu MB Ahmad Said resigns



Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

PEMUDA UMNO JADI MANGSA TERPAKSA MOGOK LAPAR SELAMA SEMINGGU..!!!


Ahmad Said letak jawatan, Razif MB baru Terengganu kata The Star


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.
Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

JPP: 10 Cabang Selangor dibatal keputusan, undi semula belum ditetapkan


PETALING JAYA 12 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Johari Abdul berkata, pemiliham melibatkan 10 Cabang KEADILAN di Selangor semalam dibatalkan.
Cabang-cabang tersebut ialah Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kapar.
johari-abdulJohari pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini berkata, proses pengundian semula melibatkan 10 cabang yang dibatalkan tidak akan diadakan dalam masa yang terdekat.
“Kita tidak akan tergesa-gesa. Kita akan pastikan semua masalah yang timbul ini diselesaikan.
“Setiap aduan kita akan lihat dan teliti. Kita tidak akan membuat keputusan dalam keadaan tergesa-gesa,” kata Johari pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
“Kita lihat balik perlembagaan, kalau ia mengambil masa dalam satu ke dua bulan, apa salahnya.
“Kita akan dapat kerjasama dari semua yang terlibat sama ada di Selangor atau negeri-negeri yang terlibat dan mereka akan memberikan kerjasama,” katanya.
Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menjelaskan, KEADILAN mempunyai masa sehingga November 2014 sebelum penggal ini berakhir.

PRK Bukit Gelugor: BN jangan berselindung di sebalik calon bebas

Zamri
BUKIT GELUGOR 9 MEI: Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk berkempen menentang Pakatan Rakyat dengan berselindung di sebalik calon-calon bebas dalam polihan raya kecil Bukit Gelugor.
Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak jangan menjadikan calon bebas sebagai kambing hitam berikutan kegagalannya meletakkan calon dari komponen BN iaitu parti MCA.
“Najib dan Umno jangan berselindung disebalik calon Bebas dan menjadikan mereka sebagai kambing hitam setelah MCA sendiri tidak mampu untuk mencari seorang pun calon dari sejumlah besar pimpinan mereka.
“Sebenarnya mereka tak berani untuk berdepan dengan rakyat,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Kedah, Ir Zamri Yusof .
Tambahnya, penarikan diri BN dari PRK Bukit Gelugor bukan saja membuktikan ketidakmampuan untuk mencari calon, bahkan menambah syak wasangka orang ramai bahawa BN akan menjadikan calon bebas sebagai kambing hitam dalam PRK kali ini.

Azmin cadang BN tak tanding di PRK Teluk Intan

RamKarpal_Azmin
Azmin menyarungkan baju khas PRK Buit Gelugor kepada Ram Karpal
BUKIT GELUGOR 12 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mencadangkan kepada Barisan Nasional untuk tidak bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.
“Kita berharap BN akan konsisten dan mengulangi pendirian mereka untuk tidak turut bertanding di Parlimen Teluk Intan dalam PRK yang akan diadakan hujung bulan ini,” kata Azmin selepas proses penamaan calon PRK Bukit Gelugor, hari ini.
BN berpura-pura menarik diri dari PRK Bukit Gelugor, sebaliknya meletakkan ‘proksi’ melalui Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam persaingan empat penjuru tersebut.
“Jangan pandang enteng calon Bebas Bukit Gelugor kerana mereka sebahagian dari BN yang tidak berani turun padang dalam pertandingan kali ini.
“Walaupun kita menjangkakan PCM adalah sebahagian dari BN yang akan membela parti tersebut, kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini merupakan mesej penolakan BN bukan sahaja di Bukit Gelugor, tetapi juga di Teluk Intan nanti,” katanya.
Beliau sebelum itu merasmikan Bilik Gerakan Utama KEADILAN PRK Bukit Gelugor hari ini.
Beliau turut mengambil kesempatan menyarungkan baju khas sempena PRK Bukit Gelugor kepada calon DAP, Ram Karpal.
Tambahnya lagi, calon DAP merupakan calon Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan tetap turun padang dengan pelbagai jentera yang diatur khususnya di kawasan Gelugor yang mempunyai ramai pengundi Melayu bagi memastikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

RTM tangguh siaran wacana Hudud, 5 soalan buat menteri

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin malam semalam mendapat makluman daripada RTM bahawa rakaman wacana yang sepatutnya disiarkan malam tadi telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Saya juga mendapat maklumat bahawa rakaman itu masih belum ditonton oleh Menteri Penerangan," ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Pada hari Khamis yang lepas (9 Mei) saya telah dijemput oleh RTM untuk menjadi salah seorang ahli panel program wacana nasional dengan tajuk hudud.

Selain saya, wakil DAP iaitu Ahli Parlimen Kluang, YB Liew Chin Tong , wakil Umno, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, YB Datuk Che Alwi dan wakil ahli akademik iaitu Dr Zubaidah dari Universiti Malaya juga dijemput menjadi ahli panel. Moderator wacana tersebut adalah Syed Munawwar.

Semasa forum itu saya juga ada menyentuh jika Umno ikhlas dalam isu hudud ini maka Umno perlu jelaskan kepada rakyat mengapakah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibicarakan di bawah undang-undang Islam di Mahkamah Syariah kerana tuduhan ke atas beliau adalah melibatkan kesalahan di bawah undang undang hudud.

Wacana berlangsung selama sejam di mana para ahli panel telah mengemukakan hujah masing masing dan perbahasan meskipun adakalanya panas namun masih dalam suasana yang harmoni dan tidak beremosi.

Saya harus mengucapkan tahniah kepada tuan moderator yang berjaya menghidupkan dan mengawal suasana perdebatan dengan cemerlang.

Selepas selesai program rakaman kami dimaklumkan rakaman wacana tersebut akan disiarkan tanpa penyuntingan (edit) pada 11 Mei (semalam) jam 11 hingga 12 malam.

Pada malam semalam lebih kurang jam 10 malam saya mendapat makluman dari pihak RTM bahawa rakaman yang sepatutnya disiarkan malam tadi telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Hudud: Komen TGNA Terhadap Pensyarah Yang Hanya Pandai Bercakap

MP bangkitkan kenapa RTM tak siar forum hudud..!!


Anggota Parlimen Sepang daripada PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini membangkitkan kenapa RTM masih belum menyiarkan forum berkaitan hudud yang diadakan pada 9 Mei lalu.

Mendakwa dimaklumkan menteri penerangan belum menontonnya, beliau membangkitkan sama ada perkara itu benar dan kelulusannya diperlukan sebelum siaran.

“Adakah menjadi amalan biasa setiap program wacana politik di RTM seperti wacana hudud ini perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak menteri sebelum dibenarkan untuk disiarkan?” soalnya.

Dalam kenyataannya, beliau juga mahu jaminan sama ada penyuntingan akan dilakukan walaupun dimaklumkan sebaliknya sejurus selesai rakaman.

Menurut Hanipa, selain beliau, turut menjadi ahli forum, ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (DAP), ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Che Alwi (Umno) dan seorang ahli akademik Universiti Malaya.

Ia, menurut Hanipa, ia dijadual disiarkan tanpa suntingan pada jam 11 malam tadi selama sejam dan penangguhannya cuma dimaklumkan sejam sebelum program.

'Parti Cari Makan' proksi BN..!!


Walaupun tidak meletakkan calonnya, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mendakwa BN menggunakan proksi dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor.

Ini kerana, perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Abdul Razak tidak dapat mencari calon bertanding dalam pilihan raya Parlimen itu.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penyertaan calon Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diejeknya sebagai “Parti Cari Makan”.

Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan antara yang bersaing dengan tiga lagi calon bagi merebut kerusi di Pulau Pinang itu.

"Kami tidak minta mereka cari 10 orang, hanya seorang dan itu pun mereka tidak mampu mereka lakukan.

“Sebaliknya mereka lantik Parti Cinta Malaysia untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat operasi PKR di Bukit Gelugor.

Siapakah calon Bebas mesra BN di Bukit Gelugor?

KUALA LUMPUR: Menjadi calon Bebas mesra BN bukan saja membuatkan calon itu berkempen seolah-olah mewakili BN, bahkan mungkin mendapat bantuan kewangan dan pemimpin-pemimpin parti itu akan turut berkempen sama.

"Soalnya siapakah calon Bebas mesra BN itu?" tulis Shahbudin Husin di dalam blognya sebagai respons kepada calon-calon yang bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

DAP yang meletakkan Ramkarpal Singh sebagai calon mendapat sokongan sepenuhnya daripada parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tiga calon Bebas yang turut bertanding ialah Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohamad Jan.

"Mungkinkah Mohamad Nabi Bux merupakan calon mesra BN itu?

"Atau ianya adalah Huan Cheng Guan daripada PCM itu? Atau barangkali Abu Backer?" tanya Shahbudin.

PRK Bukit Gelugor: Jangan pandang mudah BN tidak letak calon

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat harus bekerja kuat dalam PRK Bukit Gelugor walaupun BN tidak meletakkan calon mereka dalam pilihan raya ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata Pakatan Rakyat jangan menganggap mereka sudah mencapai kemenangan apabila BN gentar untuk meletakkan calonnya.

Bagaimanapun beliau khuatir jumlah pengundi akan berkurangan kerana ketiadaan BN dalam PRK ini.

"Pengundi akan mengurangkan rasa untuk mengalahkan BN, khuatir pengundi-pengundi PR ambil jalan mudah untuk tidak keluar mengundi.

"Saya seru pengundi kena ambil serius dengan keluar mengundi bagi menghantar isyrat jelas bagi mengekalkan kerusi ini untuk PR, keputusan majoriti yang lebih besar akan memberi isyarat kepada BN," katanya kepada Harakahdaily.

Melihat PRK ini tanpa calon BN, Hatta melahirkan rasa pelik kerana BN sepatutnya mengambil sikap untuk bertanding kerana kekosongan kerusi Bukit Gelugor disebabkan kematian penyandangnya Karpal Singh.

Bukan seperti situasi di PRK Kajang, jelas Hatta BN membantah pilihan raya itu kerana peletakkan jawatan oleh calon PKR tetapi dalam masa yang sama BN tetap mengambil bahagian.

"Kali ini di Bukit Gelugor BN tidak berkeyakinan untuk menang dan tidak mahu menggalas risiko yang besar dibimbangi kalah teruk.

"Tetapi dalam masa yang sama Perdana Menteri memberi amaran memastikan Pakatan Rakyat ditentang dalam Bukit Gelugor," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Ini bermakna, jelas Hatta, BN akan berpihak kepada mana-mana calon termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas yang turut serta dalam pertandingan ini nanti.

Hudud: MCA anggap PAS bermuslihat

Bukit Gelugor: Demeaning words rule the day

Election Commission to lodge police report against those violating election rules

PRK Bukit Gelugor: Kenyataan calon Bebas cetus kekecohan

Perutusan Hari Wesak 2014

Kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia saya ucapkan selamat menyambut Hari Wesak bersempena kelahiran Gautama Buddha ribuan tahun yang lalu.
Sifat mulia dan kasih sayang sesama manusia yang didokong oleh Gautama Buddha sepanjang hidupnya merupakan prinsip yang penting yang wajar diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Sejajar dengan nilai yang kami perjuangkan selama ini, kepedulian terhadap hak dan kebajikan rakyat jelata, khususnya golongan miskin dan yang terpinggir, harus dibela.
Sebarang percubaan untuk menimbulkan kebencian atas nama agama mahupun kaum terhadap kaum dan penganut agama lain harus ditentang sama sekali kerana keadilan sosial dan perpaduan negara hanya dapat direalisasikan dengan adanya ruang demokrasi dan kebebasan untuk berdialog, bukannya dengan menghina dan mencerca.
Saya menyeru agar seluruh rakyat bersama menghayati falsafah ajaran Buddha yang menitikberatkan unsur kasih sayang, toleransi dan kemuliaan insan.

ANWAR IBRAHIM

Penjelasan tentang hudud akan memakan masa bertahun-tahun

Keputusan PAS untuk menangguhkan pembentangan dua bill persendirian di Parlimen adalah langkah yang baik asalkan sahaja tidak melupakan hasrat untuk perlaksanaan hudud di negara kita khususnya di Negeri Kelantan Darul Naim. Blog ini telah memberikan pandangan agar perlaksanaannya jika akhirnya di luluskan untuk perlaksanaan itu mestilah satu perlaksanaan yang tepat bukan sahaja dari pertentangan dengan perlembagaan negara, tetapi lebih penting lagi ia tepat dengan kehendak agama yang suci kita.
Lebih dari itu perlaksanaannya nanti akan membuktikan yang hukum hudud itu adalah hukum yang akan difahami dan diterima oleh semua rakyat Malaysia sebagai undang-undang yang akan diterima oleh semua rakyat untuk dijadikan asas terhadap perlaksanaan kehidupan Islam di negara ini.
Kita perlu memberikan kefahaman yang hudud bukan semata-mata isu potong tangan dan rejaman batu kepada penzina dan sebagainya seperti yang ditakuti oleh rakyat bukan Islam. Ia sepatutnya melibatkan semua bidang kehidupan agar apa yang diperjuangan oleh agama untuk menerima Islam itu sebagai 'addin' atau 'cara hidup' itu benar-benar terlaksana dan akan diterima baik oleh semua pihak.

Krisis MAS: Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan

PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu mStar Online,  sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

"Pelbagai faktor ini menyebabkan kakitangan semakin tidak bersemangat untuk terus berkhidmat dengan syarikat hingga sejumlah besarnya berhenti tanpa mengambil kira sumbangan syarikat yang membiayai sepenuhnya latihan bagi mendapat tauliah Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

MB Terengganu: Tengku Adnan jumpa semua ADUN BN petang ini

Perjumpaan itu diadakan di Hotel Primula, Kuala Terengganu pada jam 3.30 petang ini.

Tengku Adnan MansorPETALING JAYA: Pertukaran menteri besar di Terengganu hampir pasti berlaku apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan akan menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) petang ini.
Menurut sumber, perjumpaan di Hotel Primula, Kuala Terengganu akan berlangsung pada jam 3.30 petang ini.
“ Tengku Adnan akan memberi taklimat kepada semua ADUN BN mengenai perletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said,” katanya.
BN kini mempunyai 17 orang ADUN manakala Pakatan Rakyat mempunyai 15 orang ADUN.
Sumber itu menambah, Tengku Adnan akan memaklumkan kepada ADUN BN pilihan istana yang akan menjadi menteri besar yang baru,
Minggu lepas, The Star menyebut dua nama sudah dihantar ke istana untuk menggantikan Ahmad Said iaitu ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.
Menteri Besar baharu dijangka mengangkat sumpah di Istana Maziah pada hari Rabu kerana esok hari cuti Wesak.

MB Terengganu: Kenapa salahkan Razif?

Bukannya Razif yang mencanangkan dirinya bakal MB menggantikan Ahmad Said sebaliknya akhbar yang buat spekulasi.

PETALING JAYA: Apabila Mingguan Malaysia melalui kolum Awang Selamat mengatakan dua orang menteri besar (MB) bakal ditukarkan, tiba-tiba nama MB Terengganu yang disebut-sebut bakal ditukarkan. Manakala MB seorang lagi tidak pernah disebut akhbar.
Che Azmi Abdul RahmanSetiap hari nama Datuk Seri Ahmad Said dicanang bakal ditukarkan oleh akhbar-akhbar harian. Tiba-tiba The Star pula menyebut dua nama ADUN Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman dan ADUN, Wan Hakim Wan Mokhtar sebagai pengganti Ahmad Said.
Ramai yang melenting apabila The Star memetik sumber dari Putrajaya. Ahmad Said enggan mengulas tetapi Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Rahman Bakar berkata berita itu tidak benar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan tidak ada pertukaran MB di Terengganu.
Yang lucunya kenapa nama Razif dipersalahkan. Bukannya Razif yang mencanangkan dirinya bakal MB menggantikan Ahmad Said sebaliknya akhbar yang buat spekulasi.
Semalam abang Razif, Che Azmi Abdul Rahman  (gambar) menjelaskan isu ini. Beliau yang juga bekas ahli parlimen Kuala Nerus tampil meminta semua pihak berhenti mengaitkan adiknya dengan khabar angin itu.
Che Azmi berkata, adalah tidak adil adiknya itu dijadikan sasaran kerana spekulasi bakal menteri besar bukan berpunca daripada Ahmad Razif sendiri atau orang lain yang dekat dengannya.
“Kita pun tak tahu dari mana datangnya cerita ini, jadi saya minta janganlah jadikan dia (Ahmad Razif) sasaran, janganlah dia dipersalahkan. Dia sendiri tidak tahu menahu (hal pertukaran menteri besar).
“Berilah peluang untuk beliau terus berkhidmat dengan selesa. Cerita ini banyak menjejaskan dirinya, kredibilitinya sebagai wakil rakyat. Ada orang kata dia yang teringin nak jadi menteri besar,” katanya.

PERKASA salahkan orang tengah harga getah jatuh..!!


NGO pendesak Melayu, PERKASA menyalahkan kartel saudagar getah yang didakwa bekerjasama dengan pihak berkuasa komoditi itu, bagi memastikan harga getah jatuh teruk.

"Harga getah jatuh teruk disebabkan industri getah telah berkurun dikuasai oleh kartel seperti Lee Rubber, Lam Seng dan lain-lain.

"Difahamkan pakatan mereka ini telah menyebabkan harga getah jatuh, pekebun kecil tidak mendapat fair price (harga yang wajar) untuk keluaran getah mereka," kata presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Menurutnya, saudagar-saudagar ini menjual getah tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi kepada syarikat antarabangsa namun, membelinya pada harga yang jauh lebih rendah daripada pekebun kecil.

Akibatnya, pekebun kecil getah berasa tertindas dan perasaan itu dimanipulasi untuk menghasut mereka membenci kerajaan, seperti Peristiwa Baling 1974, katanya lagi.

"Apabila pekebun kecil getah merasakan mereka tertindas, maka ia boleh disifatkan sebagai satu usaha terancang untuk menghasut rakyat luar bandar membenci kerajaan.

'Raja boleh dilucut takhta jika langgar hudud' - Aziz Bari


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa hudud juga boleh dilaksana ke atas sultan dan raja-raja Melayu, malah golongan itu boleh dilucutkan takhta sekiranya tidak mematuhi undang-undang Islam atau melakukan dosa besar.

Katanya, perkara itu dinyatakan secara tersirat dalam perlembagaan persekutuan dan ada di antara butirannya itu dinyatakan dalam perlembagaan negeri masing-masing.

“Sultan boleh dilucut takhta sekiranya mereka melakukan tindakan yang dianggap sebagai uzur sharie, yang mendedahkan kelemahan peribadi mereka, dari sudut pandangan Islam.

“Faktor ini juga penting untuk menentukan sama ada pewaris takhtanya boleh dilantik sebagai sultan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, majlis perajaan di setiap negeri bagaimanapun terlepas pandang peruntukan tersebut, yang menimbulkan masalah pada hari ini.

JPP: Re-polling for 10 PKR divisions in Selangor

Azmin mahu JPP baru urus pemilihan PKR

Hudud bukan isu besar dalam Pakatan, kata Azmin

PRK Bukit Gelugor: Jangan main-main, tak tanding tapi hantar proksi, kata Lim

PRK Bukit Gelugor: Gagal bawa deposit, calon Bebas hilang kelayakan

PRK Bukit Gelugor: SPR dukacita penyokong bawa gendang iringi calon

PRK Bukit Gelugor: Ramkarpal yakin menang majoriti lebih besar

PRK Bukit Gelugor: Calon Bebas nafi ditaja BN, perkenalkan diri mereka

Siapakah Kuda Bakal Tajaan BN Di Bukit Gelugor?

Semalam Najib Razak menyatakan meskipun MCA memutuskan tidak tidak mahu meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor, tetapi BN tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP yang meletakkan anak Karpal Singh, Ramkarpal dalam pilihanraya itu.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, akan ada calon lain yang bakal bertanding dan keputusan mengenainya akan dibuat bila tiba masanya nanti.

Katanya, calon yang akan disokong oleh BN itu bukan daripada parti komponen BN, tetapi mungkin daripada pihak-pihak lain yang bertanding sebagai calon Bebas.

MCA sebelum ini telah memutuskan tidak akan meletakkan calonnya di Bukit Gelugor bagi berhadapan dengan DAP atas alasan mahu menumpukan kepada penentangannya mengenai isu hudud yang bakal dibentangkan oleh Pas. Tetapi dengan Pas sudah menangguhkan pembentangan usul hudud sehingga mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan antara UMNO dan Pas, keengganan MCA bertanding lebih dilihat kerana bimbang kalah dengan lebih teruk lagi.

Dengan gambaran yang diberi oleh Najib ini jelas sekali membayangkan bahawa akan ada seorang calon Bebas yang mesra BN akan bertanding di Bukit Gelugor. Ia seperti mengulangi seperti apa yang berlaku di Pasir Mas dalam pilihanraya umum lalu di mana UMNO tidak meletakkan calonnya di kawasan itu tetapi mengambil sikap memberi sokongan kepada calon Bebas, Ibrahim Ali yang turut dianggap mesra BN.

Menjadi calon Bebas mesra BN bukan saja membuatkan calon itu berkempen seolah-olah mewakili BN, bahkan mungkin juga mendapat bantuan kewangan daripada BN dan pemimpin-pemimpin BN barangkali akan turut berkempen sama.

Logikkah Alasan MCA Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Penamaan calon telah selesai dengan calon DAP Ramkarpal Singh, akan ditentang oleh Huan Cheng Guan (Presiden PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan.
MCA tidak meletakkan calonnya. Alasannya yang diberikan oleh Setiausaha Agong dan Presidennya adalah kerana mahu memberi tumpuan pada isu hudud yang dihadapi sekarang. Alasan ini tidak masuk akal.

Mengapa begitu ya sikap pemimpin politik ini, sering memberi alasan yang rendah kualitinya? Selalunya inilah yang berlaku menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan pemimpin sebegini. Lebih teruk lagi jika pemimpin sebeginilah nanti yang dilantik menjadi menteri. Jika sayalah dikehendaki berhujah, saya akan katakan melihat kepada keputusan PRU-13, MCA tidak mempunyai sokongan yang kuat di kawasan ini.
Oleh itu, MCA merasakan wajar untuk mengukuhkan dahulu kedudukan parti di kawasan ini daripada bertanding.
PM pula memberi alasan BN tidak meletakkan calonnya kerana MCA dalam proses konsolidasi untuk mengukuhkan partinya.
Alasan PM hujah diplomatik yang baik. Cuma, kata PM lagi, BN mungkin akan menyokong calon yang mesra BN. Siapakah calon itu? Wajarkah BN menyokong calon Bebas?

Bukit Gelugor, mengapa Umno tak bertanding?

Oleh Timmy Say
Jika dibandingkan antara Kajang dan Bukit Gelugor, sebenarnya lebih wajar untuk MCA bertanding di pilihanraya kecil Bukit Gelugor daripada Kajang.Ini kerana PRK Kajang dibuat dengan sengaja untuk tujuan politik PKR, manakala PRK Bukit Gelugor terpaksa diadakan kerana kematian ahli parlimennya iaitu Karpal Singh.
Atas nama mempertahankan demokrasi sebagaimana hujahnya untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan daripada hudud di Kelantan, MCA wajar boikot PRK Kajang dan turun di Bukit Gelugor sekiranya parti ini masih konsisten antara tindakan dengan hujahnya.

Ini tidak. MCA memilih untuk melarikan diri daripada berdepan dengan kekalahan yang lebih teruk. Pendirian ini juga bertentangan dengan kata-kata mereka selepas PRK Kajang di mana MCA mendabik dada menyatakan bahawa mereka berjaya meningkatkan sokongan orang Cina kembali kepada BN selepas mengurangkan undi majoriti kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bukan itu sahaja, pendirian tidak bertanding MCA juga melanggar saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan Barisan Nasional perlu menurunkan calon di Bukit Gelugor meskipun tahu itu adalah kawasan hitam bagi BN.
Memandangkan MCA tidak berani turun selari dengan persepsi awam yang ada pada presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalannya Datuk Wee Ka Siong, mengapa Umno tidak mengambil peluang ini untuk bertanding di Bukit Gelugor untuk mengukur keberkesanan propaganda mereka pada DAP dan juga minda orang Melayu?
Di Bukit Gelugor, terdapat 11,880 pengundi orang Melayu yang boleh dijadikan ukuran populariti Umno.

Walau pemilihan 27 cabang ditunda, PKR masih anggap berjaya

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul  bercakap kepada wartawan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Mei, 2014.  
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul bercakap kepada wartawan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Mei, 2014.

Walaupun pemilihan 27 daripada keseluruhan 198 Cabang PKR ditunda ekoran kekecohan antara penyokong dan kelemahan pengendalian sistem undi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul tetap mempertahankan perjalanan pemilihan parti itu setakat ini yang dianggap sebagai paling baik dan berjaya.
Johari berkata, banyak perubahan sistem dibuat sejak pemilihan 2010 yang disifatkannya lebih telus selain menerima pencalonan lebih ramai.
"Tahun 2004 hendak cari calon pun payah, tetapi sekarang ramai yang hendak jadi pemimpin, maknanya ini cabaran bagi JPP supaya lebih proaktif dan menambahbaik sistem dari semasa ke semasa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Johari berkata, setakat ini keputusan rasmi daripada JPP menggantung 10 cabang PKR Selangor; Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor, dan Kapar.
Manakala cabang lain termasuk Kuala Langat, walaupun menerima bantahan rasmi namun pihaknya masih menerima jumlah kiraan undi dan mengiktiraf kemenangan calon.

Tiada aduan rasmi Khalid Ibrahim beri rasuah RM50, kata JPP PKR


Pengerusi Panel Bantahan (JPP) bagi PKR, Abdul Malek Hassan bercakap kepada wartawan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara, Selangor pada 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Mei, 2014. 
Pengerusi Panel Bantahan (JPP) bagi PKR, Abdul Malek Hassan bercakap kepada wartawan semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di Damansara, Selangor pada 12 Mei, 2014. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 Mei, 2014.Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR masih tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan calon Timbalan Presiden Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengamalkan politik wang semasa mengundi di Cabang Kuala Selangor semalam.
Pengerusi Panel Bantahan JPP Abdul Malek Hussin berkata, setakat ini tidak ada pihak yang datang tampil mengemukakan aduan atau bantahan terhadap menteri besar Selangor itu.
"Setakat ini tidak ada aduan politik wang... bagi calon yang berjawatan negeri, termasuk Exco, kehadiran mereka dalam majlis rasmi negeri tidak disifatkan sebagai satu bentuk kempen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Bekas ahli Parlimen Kapar yang juga calon Ketua Cabang Hulu Selangor, S Manikavasagam mendakwa Khalid memberi wang suapan kepada pengundi sebanyak RM50 seorang.
"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah sebanyak RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.
"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya kepada media semalam.
Namun perkara itu dinafikan Khalid, sebaliknya mengakui menaja pengangkutan bagi kemudahan pengundi ke tempat pusat mengundi.

Huru-hara pemilihan PKR menampakkan konflik kepimpinan, kata pemerhati


Pekerja pilihan raya mengira kertas undi semasa pemilihan parti PKR untuk Bandar Tun Razak di Cheras. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014. 
Pekerja pilihan raya mengira kertas undi semasa pemilihan parti PKR untuk Bandar Tun Razak di Cheras. – Gambar The Malaysian Insider, 12 Mei, 2014.

Suasana huru-hara dalam pilihan raya PKR di Selangor hujung minggu lepas mencerminkan tahap krisis kepimpinannya, di mana pemimpin utama mereka berebut untuk menerajui parti berusia 15 itu untuk menawan Putrajaya, kata pemerhati politik.
Ini pula boleh memberi kesan kepada cara parti ini maju ke hadapan dan bagaimana ia akan berfungsi dengan efektif dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) dan dalam kerajaan, kedua-dua negeri dan Persekutuan, tambah mereka.
Seorang pemerhati juga mengatakan kegagalan parti itu untuk melangsungkan pilihan raya yang lancar akan menjejaskan imejnya sebagai penyokong demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil.
Menurut ahli PKR, pilihan raya ini sepatutnya menghentikan pergaduhan antara dua ikon terbesar parti itu, Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kedua-dua personaliti peringkat nasional itu sebahagian daripada generasi akan datang yang akan mengambil alih kepimpinan parti jika apa-apa terjadi kepada pemimpin de factonya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sesiapa yang memenangi jawatan timbalan presiden yang direbut ramai akan dapat merangka hala tuju parti itu, termasuklah bagaimana PAS dan DAP dapat berfungsi dengan efektif sebagai rakan PR.
Difahamkan berlaku banyak kekecohan dan pergaduhan antara ahli parti antara kem Khalid dan Azmin semasa proses undian semalam di kebanyakan daripada 22 cabang di Selangor.
Selangor memiliki keahlian lebih daripada 30%, iaitu 16,000 daripada jumlah keseluruhan ahli PKR seramai 500,000.

Pemilihan 2014: Azmin mahu jawatankuasa baru urus pemilihan


Penyandang Timbalan Presiden Azmin Ali mahu satu jawatankuasa khas pemilihan menggantikan  Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dilihat gagal mengurus proses pemilihan dengan efisyen.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih di peringkat perbincangan PKR Pusat dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

"Saya telah cadangkan satu unit jawatankuasa khas untuk mengurus proses pemilihan dengan lebih baik.

"Ada baiknya jika jawatankuasa itu bebas dan dibantu pegawai yang profesional," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perasmian Bilik Gerakan Keadilan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, di Pulau Pinang.

Berkata juga berkata sudah menjangka kekecohan dan pembatalan keputusan pemilihan lebih setengah cabang parti itu di Selangor akan berlaku.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Kami pasti akan bertanding di Teluk Intan, kata Gerakan

Tidak seperti rakan Barisan Nasional (BN), MCA yang memilih untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor, Gerakan tidak akan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei.
Setiausaha Agung Liang Teck Meng berkata hari ini, kawasan tersebut biasanya ditandingi oleh majoriti Cina dalam parti berbilang kaum, oleh itu mereka dapat melawan DAP habis-habisan.
"Kami sudah pasti akan bertanding, ini kerusi kami dan presiden kami adalah calon dalam pilihan raya umum sebelum ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Presiden Datuk Mah Siew Keong yang memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada M. Manogaran dari DAP dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan beza 1,470 dan 7,313 undi majoriti.
Pilihan raya ini dijalankan selepas Seah mati akibat kanser Khamis lepas.
Walaupun BN belum menamakan calonnya lagi, ia merupakan rahsia terbuka bahawa Mah dijangka akan diletakkan sebagai calon.
Pengarah Operasi Pilihan Raya dan bekas presiden Datuk Chang Ko Youn berkata jentera parti itu sedang sibuk di atas padang bersiap-sedia untuk PRK ini.
Beliau percaya isu nasional seperti masalah parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) tentang hudud akan menjadi tumpuan ramai dalam PRK akan datang.
Beliau yakin parti itu akan dapat meraih undi Cina disebabkan isu hudud, tetapi mereka masih meneliti angkanya.
Beliau mengatakan pengundi Cina yang membentuk 42% daripada pengundi, DAP melarikan diri dengan cuba memburukkan MCA dan Gerakan menggunakan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

MCA tidak tanding Bukit Gelugor kerana penolakan Cina Pulau Pinang, kata Zulkifli Noordin

Keputusan MCA untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor membuktikan bahawa parti itu kini tidak lagi mendapat sokongan pengundi Cina, kata Datuk Zulkifli Noordin.
Bekas naib presiden Perkasa itu berkata MCA menggunakan hudud bagi menutup kelemahan parti Cina itu yang kini cuba bangkit setelah mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.
“Mereka tidak mahu membuka pekung bahawa pengundi Cina di sana tidak lagi menerima MCA.
“Pada saya alasan (hudud) itu hanyalah satu gimik dan retorik politik semata-mata kerana mereka tahu wakil yang bertanding tidak boleh memenangi sebarang pertandingan menentang DAP," katanya seperti dilapor akhbar Utusan Malaysia.
DAP hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut kerana tidak meletakkan calonnya dalam PRK Bukit Gelugor dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayangkan bakal ada calon ‘mesra BN’.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata adat dalam sesuatu pertandingan akan ada pihak yang menang dan ada pula yang kalah.
“BN menjadikan ini sebagai permainan. Saya fikir bijak bagi mereka untuk tidak bertanding,” katanya sewaktu ditemui media di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di Georgetown hari ini.
Zulkifli berkata penolakan kaum Cina kepada MCA bukan hanya berlaku di Pulau Pinang, tetapi terbukti dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebelum ini.
“Naib Presidennya sendiri, Datin Paduka Chew Mei Fun tumbang di tangan calon PKR. Malahan jumlah undi yang diperoleh MCA semasa PRU13 di Kajang semakin menurun di dalam PRK Kajang.
“Meletakkan calon di kubu kuat DAP di Bukit Gelugor hanyalah menjadi medan kekalahan dan akan memberi kesan terhadap kelangsungan politik MCA," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

PRK Bukit Gelugor hanya akan menambah badi kekalahan MCA, kata penganalisis

Penganalisis mengatakan alasan menumpukan isu hudud oleh MCA untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sebagai "lawak besar", sebaliknya menegaskan kekalahan sememangnya menanti parti itu.
Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, MCA mengetahui sekiranya mereka terus bertanding ia hanya akan menambah malu mereka, tambahan mereka sedang bersiap-sedia untuk masuk semula ke dalam Kabinet.
"Hanya segelintir akan mengundi MCA di Bukit Gelugor kerana simpati dan rasa hormat mereka kepada sumbangan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh," kata Prof Dr Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
"PRK ini mudah buat DAP, dan Barisan Nasional (BN) tahu tentang ini.
"MCA tidak mahu bertanding kerana mahu lawan hudud? Hahaha. Satu alasan yang lawak," katanya tertawa.
Sabtu lalu, MCA mengumumkan tidak akan bertanding di Bukit Gelugor untuk menumpukan kepada isu melibatkan Perlembagaan berpunca daripada tindakan kerajaan PAS Kelantan memperkenalkan hudud.
Bagaimanapun, PAS semalam mengumumkan penangguhan pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut, memandangkan Putrajaya menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk membincangkan isu tersebut.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata mengakui keputusan tersebut diambil memandangkan prestasi buruk parti tersebut, sebaliknya menegaskan mereka perlu menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum nanti.
"MCA tiada peluang untuk menang di Bukit Gelugor. Jadi, lebih baik mereka undur diri daripada memalukan diri sendiri pada ketika mereka mahu masuk ke dalam Kabinet," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Center.

PRK Bukit Gelugor: Ramkarpal yakin menang majoriti lebih besar

Kepimpinan DAP berikrar bekerja keras dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor dan tidak akan mengambil mudah berdepan tiga calon bebas yang mencuba nasib di kawasan itu kali ini.

Walaupun begitu, calon mereka Ramkarpal Singh sendiri yakin akan mendapat undi majoriti lebih tinggi berbanding mendiang bapanya Karpal Singh.

Jangkaan itu dibuat ekoran sokongan pengundi dan sekutu DAP dalam Pakatan Rakyat.

“Kesemua anggota Pakatan jangka menang. Saya tidak nampak kenapa tidak (untuk tambahkan majoriti),” katanya dalam sidang media di Dewan Sri Pinang, tempat penamaan calon berlangsung hari ini.

Selain Ramkarpal, tiga lagi calon akan bersaing dalam pilihan raya kecil itu, iaitu, pemimpin Parti Cinta Malaysia (PCM) Huan Cheng Guan dan dua calon bebas Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Karpal Singh akibat kemalangan jalan raya.

DAP memang selesa dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti lebih 40,000 undi.

PRK Bukit Gelugor: Salah faham 'pariah' berangkan orang ramai terhadap calon bebas


Akibat salah faham, sekumpulan anggota DAP dan wartawan berbangsa India hari ini naik angin dan cuba berdepan seorang calon bebas dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Ia berlaku apabila Abu Backer cuba menjelaskan bahawa beliau antara peguam yang tidak sependapat dengan bekas pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga, dalam isu demonstrasi, yang disertai pelbagai kaum.

Beliau bagaimanapun berkata tidak bersetuju dengan sesetengah gelaran yang diberikan kepada mereka seperti Melayu “bangsat”, Cina “tak berguna” dan India “pariah”.

Bagaimanapun, ketika menjelaskan perkara, sekumpulan individu yang marah mara kepadanya dan menuntut penarikan balik kenyataan “pariah” itu.

“Kenapa kamu guna perkataan pariah, kenapa kamu kata pada Ambiga?

“Kami calon, macam mana kamu cakap macam ini? Ini rasis dan menghina,” jerit mereka sambil mengancam membuat laporan polis jika beliau enggan memohon maaf.