Sabtu, 10 Mei 2014

Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, BN Juga Tak Perlu Tanding Di Teluk Intan

Kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gelugor akibat kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya 17 April lalu, bakal dimenangi secara percuma oleh DAP berikutan MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya, mengambil keputusan tidak mahu bertanding di kerusi tersebut.

Dengan ini, anak Karpal Singh, Ramkarpal yang telah diumumkan sebagai calon DAP oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng sudah boleh menarik nafas lega dan meraikannya kejayaannya lebih awal daripada yang sepatutnya, meskipun penamaan calon hanya akan diadakan pada 12 Mei ini.

Ini kerana jika ada pun calon Bebas yang turut bertanding untuk bersaing dengan Ramkarpal, mereka hanyalah ikan bilis dan bukannya pesaing yang sebenar kepada DAP.

MCA memutuskan tidak mahu meletakkan calonnya di Bukit Gelugor sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Ong Ka Chuan, adalah untuk memberi tumpuan kepada isu hudud dan melindungi Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ong lagi, jika MCA bertanding mungkin akan menyebabkan beberapa isu lain timbul dan seterusnya memesongkan tumpuan parti itu dalam menghalang isu hudud daripada dibentangkan oleh Pas melalui usul persendirian di Parlimen.

MCA sebelum ini bukan saja menentang usul hudud yang mahu dibawa oleh Pas dengan menyediakan 100 peguam bagi tujuan itu, bahkan juga mengancam untuk mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika UMNO mengambil sikap menyokongnya.

Nabi Bux mengaku ahli, PAS rujuk peguam

KUALA LUMPUR: PAS akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Satar yang mengaku sebagai ahli parti itu.

Mohamed Nabi Bux yang mendakwa dirinya bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi Harakahdaily berkata, pencarian telah dilakukan dan mendapati nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung di dalam sistem keahlian PAS.

"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno.

"Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," jelas beliau.

Carian turut mendapati, Mohamed Nabi Bux yang memegang nombor ahli 2700360 merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Banjar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan PAS memandang serius kesalahan tersebut yang merupakan kesalahan jenayah.

Thailand anti-gov't protesters block access to TV station

Pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai

Stop being neutral, professor tells journalists

Mkini chief: Society needs to help bring about change

'Press needs to make business allies'

Hilang Maruah: MCA tak bertanding PRK Bukit Gelugor

Fighting grips Syria's Aleppo

Thai rival protests take hold in Bangkok

Fast & Furious in Ukraine: APCs speed up, ram barricades

Jika restu ahli palsu PAS @ Macai UMNO tanding PRK Bukit Gelugor, PR jelas tidak sepakat kata MCA...ha..ha..ha...!!!



MCA Takut Dan Hilang Maruah Kerana Tidak Berani Bertanding Di Bukit Gelugor

Malaysia ‘kehilangan’ MH370 dan Perdana Menteri

Stealth MH370SHAH ALAM 10 MEI: Dalam tempoh 12 bulan lalu sejak PRU13 Mei lepas, Malaysia telah mengalami dua tragedi ‘kehilangan’ yang mengancam negara.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata kedua-dua ‘kehilangan’ itu merupakan tragedi serius yang menampakkan kelemahan aspek pengurusan kerajaan.
Katanya kehilangan itu adalah pesawat MH370, selepas 64 hari tanpa petunjuk dan tragedi ‘kehilangan Perdana Menteri’.
“Hari ini, adalah hari ke-64 kehilangan Malaysia Airlines Boeing 777 pada 8 Mac, dan walaupun pencarian antarabangsa , carian yang paling lama dan paling mahal terbesar di dunia.
“Ia adalah satu tragedi besar yang selepas dua bulan mencari MH 370 di Laut China Selatan, Selat Melaka , Laut Andaman dan Lautan Hindi ,” kata Kit Siang dalam kenyataan media.
najib-popularKata Kit Siang, tragedi kedua adalah ‘kehilangan’ Perdana Menteri ekoran kegagalan menangani masalah dalam negara khususnya isu perkauman yang dimainkan NGO cauvinis seperti Perkasa dan Isma.
“Untuk berapa lama lagi ‘kehilangan Perdana Menteri’ daripada berlaku sebelum Najib Razak bersedia untuk berhadapan dan mengisytiharkan beliau tidak bersetuju dan menentang sebarang pandangan yang ekstrem perkauman dan agama.
“Adalah penting, pengundi Bukit Gelugor dan Teluk Intan menjadi peneraju kebangkitan rakyat dan mendepani halatuju nasional berhadapan ekstremis perkauman dan agama untuk menyelamatkan negara ini,” katanya.

'Wartawan tidak boleh lagi kekal berkecuali'

Pengamal media semakin mula menyedari bahawa mereka tidak boleh kekal berkecuali dalam persekitaran media yang sentiasa berubah.

Wartawan penyiasatan terkemuka, Mark Lee Hunter, pengarang dan pengarang bersama kira-kira 200 laporan penyiasatan, berkata keadaan ini adalah benar dalam kewartawanan penyiasatan.

"Orang ramai faham bahawa laporan penyiasatan adalah tentang mengubah sesuatu. Anda mahu menjadi jujur ​​tentang fakta, kita tidak mereka fakta untuk melakukan perubahan itu.

"Tetapi kita akan menggunakan fakta-fakta untuk mengatakan apa yang mesti berubah - ini bukalah sesuatu yang baru, tetapi ianya baru dalam konteks ini kerana selama setengah abad, wartawan diberitahu bahawa mereka tidak harus melakukan ini," katanya dalam forum bertajuk 'Memperkukuhkan Demokrasi melalui Kewartanan Penyiasatan' di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, ini semakin berkembang di kalangan NGO yang telah menubuhkan unit-unit media mereka untuk menjalankan siasatan sendiri seperti pergerakan Greenpeace ketika pihak media sudah hilang selera terhadap laporan seumpama itu.

Hunter, yang juga pengasas Global Investigative Journalism Network, menegaskan bahawa pada masa yang sama, media tradisional, walaupun mendukung objektif, tetapi hampir tidak dipercayai orang ramai.

Sebagai contoh, katanya, di Amerika Syarikat, hanya kira-kira 25 peratus populasinya menganggap media objektif.

"Jika kita tidak boleh objektif, maka bagaimana kita mahu orang ramai percaya kepada kami? Kita mesti telus," kata Hunter, yang juga profesor adjung dan felo kanan penyelidikan di institusi pengajian terkemuka, Insead, Perancis.

Umno tidak ikhlas sokong hudud, mahu sembunyi kecuaian kendali MH370, kata Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Umno menggunakan isu hudud bagi mengaburi mata masyarakat terhadap isu negara lain yang lebih penting. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2014. 
Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Umno menggunakan isu hudud bagi mengaburi mata masyarakat terhadap isu negara lain yang lebih penting. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Mei, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan Umno tidak ikhlas dalam menyatakan sokongannya kepada cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ketua Umum PKR itu berkata Umno tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan PAS untuk membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.
“Hudud bukan sahaja isu untuk mengalih perhatian MH370 tetapi saya percaya hudud (mereka) tidak ikhlas. Dia nak hudud, kasino bagaimana? Rompakan kekayaan dan penindasan bagaimana?
“Tidak mungkin orang curi ayam (baru mahu) sokong hudud, orang curi balak satu juta hektar dilepaskan. Saya tidak percaya Umno serius tetapi membawa isu ini untuk mengalih pandangan isu lain,” katanya selepas menyampaikan kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini berkata PAS tidak perlu bergabung dengan Umno bagi menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu sebaliknya kedua-dua parti perlu komited untuk melaksanakan hukum Islam itu, lapor Bernama.
Katanya, hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung.
Anwar berkata Umno jelas hanya mahu mempermainkan isu hudud tanpa mempunyai hala tuju sebenar untuk merealisasikan impian kerajaan negeri Kelantan.
Katanya, perkara yang harus dibincangkan Jawatankuasa Teknikal Hudud tidak perlu diperbesarkan kerana kepincangan dalam kerajaan masih berleluasa.
“Saya ingat bukan soal teknikal tetapi prinsip yang penting. Umno hanya nak permainkan isu ini. Hala tujunya tidak ke mana. Dia kena jawab, betul ke dia nak?
“Dia kena betulkan banyak kepincangan yang ada. Saya tidak pakar dalam bidang ini tetapi saya banyak membaca. Semuanya yang dilakukan kerajaan bercanggah.

Wan Azizah: “Tugas ibu ini tak akan habis, selesai bila tutup mata”

Wan Azizah melawat ibu tunggal 01SUBANG JAYA 10 MEI : Golongan wanita hari ini dinasihatkan untuk bijak memainkan peranan dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan, seterusnya membentuk generasi yang baik pada masa hadapan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita bukan sahaja terpaksa menggalas tugas professional di luar tetapi turut menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.
Bagaimanapun keadaan ini, katanya, tidak akan menghalang seorang wanita untuk melakukan yang terbaik demi keluarga tersayang.
“Seperti saya, walaupun dalam keadaan sekarang sudah tua, saya masih lagi kadang kala rasa bersalah andai saya tidak melakukan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kerana saya tinggalkan mereka untuk keluar bekerja.
“Tugas ibu ini tidak akan habis, tugas ibu hanya selesai apabila sudah tutup mata.
“Ketika itu, barulah seorang ibu akan berhenti daripada memikirkan keluarga dan anak-anak,” ucapnya.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin yang diraikan dalam Sambutan Hari Ibu anjuran Pejabat DUN Subang Jaya di Dewan Serbaguna SS15 di sini pagi tadi.

Jihad Di Syria: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi


Eksklusif: Luahan hati Ustaz Mohd Lotfi
KONFLIK di Syria bukan sahaja mendapat perhatian dunia, malah rakyat negara ini yang prihatin terhadap penindasan umat Islam. Namun pelbagai pandangan dilemparkan apabila rakyat negara ini memilih untuk berjuang bersama penduduk tempatan memerangi kezaliman. 
 
Ada yang melabel mereka sebagai orang berjihad, dan syuhada, sementara setengah pihak menganggap mereka pemberontak serta terpengaruh dengan perjuangan militan.
 
Sinar Harian menghubungi Mohd Lotfi Ariffin, yang juga dipanggil Ustaz, yang kini berada di Syria bagi berkongsi pengalaman dan mendapatkan gambaran sebenar apa yang dicari sekumpulan rakyat Malaysia yang kini menghuni bumi Syam itu.

Beliau antara yang mengambil keputusan menyaksikan sendiri pergolakan yang berlaku, dan sehingga kini berdiri teguh sebagai benteng di negara bergolak itu. 
 
SINAR HARIAN: Nama Ustaz antara disebut sebelum ini terlibat dalam aktiviti militan, gara-gara penahanan beberapa individu dipercayai ada kaitan dengan kumpulan itu dalam beberapa serbuan berasingan di Kedah oleh polis Bukit Aman. Apa reaksi Ustaz?
 
MOHD LOTFI: Ternyata dakwaan itu tidak benar kerana sehingga saat ini, saya masih berada di Syria. Ketika itu, saya baru pulang dari Ribat, tiba tiba dikhabarkan rakan konon media Malaysia menuduh saya militan.

Bagi saya, mereka yang buat tuduhan itu tidak tahu bezakan siang atau malam, kemarau dikatanya hujan, pagi dikatanya petang. Saya serah kepada saudara untuk menentukan.
 
SINAR HARIAN: Apa tujuan sebenar dan perancangan Ustaz ke Syria?
 
MOHD LOTFI: Saya mahu berjihad ke jalan ALLAH SWT. Ada kepelbagaian jihad; antaranya,

(1) membantu menyediakan ratusan ribu khemah untuk pelarian Syria yang berada di penempatan selamat di sempadan Turki, Jordan dan lain lain.

(2) Mengagihkan pakaian musim sejuk, selimut, bantal, tilam untuk mereka.

(3) Juga sediakan peralatan memasak di perkhemahan pelarian dan agih bantuan makanan dan minuman, termasuk barangan asas seperti tepung, minyak, gula dan sebagainya.

(4) Ada pihak mengagihkan ubat-ubatan bantu para doktor dan pembantu perubatan dengan menyediakan hospital untuk ribuan rakyat Syria yang parah akibat bom tentera Assad.
 
Kesemuanya adalah Jihad Fisabilillah membantu mereka yang ditindas. Persoalannya, adakah orang yang datang untuk menghalang tentera Assad dari terus meratah, menyeksa dan membunuh kalangan warga tua, wanita dan kanak kanak dikatakan militan dan pemberontak?

Kenapa hanya empat jihad yang disebut itu disepakati sebagai Jihad Fisabilillah, tetapi yang terakhir itu bukan jihad?
 
SINAR HARIAN: Apakah takrif Ustaz terhadap aktiviti jihad? 

MCA parti ‘flip-flop’


PETALING JAYA: MCA perlu menjelaskan pendirian kukuh mereka dalam membuat keputusan menyertai semula kabinet seperti yang ditegaskan parti itu sebelum ini.
Ia ekoran jurang perbezaan pandangan yang semakin melebar antara MCA dan Umno berhubung beberapa isu mutakhir negara.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penerimaan MCA ke dalam kabinet Kerajaan hanya daripada ehsan Perdana Menteri.
“Jadi adakah mereka ini punya agenda dua agenda? Satu nak jadi menteri, satu tak nampak boleh bekerjasama dengan BN,” kata Wong Chen ketika ditemui Selangor Kini.
Dalam Pilihan Raya Umum-ke 13, MCA cuma mampu pertahan 7 kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi dalam PRU12 daripada 40 kerusi yang ditandingi.
Bagi kerusi negeri, MCA cuma dapat 11 kerusi dalam PRU13, berbanding 31 kerusi dalam PRU12 daripada 90 kerusi yang diperuntukkan oleh BN sehingga ada yang menggelarkan MCA sebagai ‘parti 7-Eleven’.

PRK Bukit Gelugor: Sejambak bunga untuk ibu mengiringi perjuangan Ramkarpal


_DSC4684


GEORGE TOWN, 10 MEI – Sejambak bunga untuk ibu, itulah simbol kasih sayang seorang anak yang bakal menggalas tanggungjawab meneruskan perjuangan ayahnya.
Pengumuman anak ketiga tokoh DAP mendiang Karpal Singh, Ramkarpal, sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor kebetulan bertepatan dengan hari lahir ibunya, Gurmit Kaur, selain hari ibu yang jatuh pada esok hari.
Ram menyerahkan jambangan bunga tersebut kepada ibunya sejurus selepas berucap dalam majlis pengumuman calon dan pelancaran pusat operasi utama PRK Bukit Gelugor, di sini hari ini.
Beliau kemudian bergerak ke dalam pusat operasi untuk mempersembahkan poster pilihanrayanya dengan berlatarkan ayat ‘I AM KARPAL SINGH’ (Saya Karpal Singh) sebagai simbolik menyahut kata-kata keramat tokoh DAP itu bahawa “Seorang Karpal gugur, Seratus Karpal bangkit.”
Gurmit, 66, telah melahirkan dan mendidik lima orang anak, iaitu Jagdeep Singh Deo (EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang), Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong), Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur dan Man Karpal.

Ahli Parlimen DAP pertahan Isma daripada tindakan Akta Hasutan


Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bercakap kepada wartawan selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Isma pada Rabu lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bercakap kepada wartawan selepas membuat laporan polis berhubung kenyataan Isma pada Rabu lalu. Gambar fail The Malaysian Insider.Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempertahankan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) daripada dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menganggap pertubuhan itu hanyalah boneka politk yang dimainkan golongan ultra perkauman dalam Umno.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, berkata adalah tidak wajar bagi Isma disiasat mengikut sebuah akta rimba yang digubal oleh penjajah untuk menyekat kebebasan bersuara dan memberi pandangan, serta menindas lawan politik mereka.
Lim berkata, DAP sebagai parti yang tegas berprinsip mengutuk sebarang usaha untuk menyiasat dan mendakwa Isma mengikut Akta Hasutan.
Katanya, peruntukan lain dalam Kanun Keseksaan sudah lebih daripada cukup untuk digunakan  mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dan menggugat perpaduan masyarakat.
“Saya menyeru supaya Isma janganlah dijadikan mangsa oleh akta yang ditentang oleh DAP untuk sekian lama.

PAS dan Umno tidak perlu bergabung kerana hudud, kata MB Kelantan


PAS tidak perlu bergabung dengan Umno, yang dilihat menyokong cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, sebaliknya kedua-dua parti perlu komited untuk melaksanakan hukum Islam itu.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata hukum hudud adalah tuntutan dalam Islam dan isu penggabungan kedua-dua parti itu tidak perlu dibangkitkan langsung.
"Yang penting Majlis Tertinggi yang dianggotai orang Muslim (PAS dan Umno) perlu tunjukkan satu komitmen yang mereka mahu undang-undang Islam, itu sahaja.
"Tiada isu yang berbangkit sehingga PAS perlu masuk Umno atau Umno masuk PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-4 Pertubuhan Kebajikan Penyokong Setia Tok Guru, di Dewan Jubli Perak di Kota Baharu, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Facebooknya yang menyebut PAS tidak akan bergabung dengan Umno walaupun Umno bersetuju untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

TUMPU HUDUD: MCA ANGKAT BENDERA PUTIH TIDAK BERANI BERTANDING PRK BUKIT GELUGOR..!!

Beberapa jam selepas DAP mengumumkan Ramkarpal Singh sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerusi itu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan dilaporkan dalam SMS Sin Chew Daily sebagai berkata MCA tidak akan bertanding dalam PRK tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada isu hudud.

Akhbar itu melaporkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden di Ipoh hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam nahas jalan raya bulan lalu.

Anak ketiga, Ramkarpal, telah dipilih oleh DAP untuk mempertahankan kerusi itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon MCA Teh Beng Yeam tewas di tangan Karpal dengan majoriti besar sebanyak 42,778 undi.

Anwar: “Tak payah buat penilaian, Universiti kita memang terbaik dunia?”

AnwarSHAH ALAM 10 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem pendidikan tinggi universiti di negara ini memerlukan reformasi total bagi mengembalikan keupayaan institusi pendidikan membangunkan modal insan berkualiti.
Anwar berkata, seorang pensyarah di Eropah sendiri mencadangkan agar berlaku perubahan dalam sistem pendidikan di Universiti Harvard.
“Baru tadi Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa kita tidak akan ambil peduli terhadap sebarang penilaian berkenaan standart kualiti universiti. Ini berbeza.
“Ini Universiti Harvard pun diminta untuk ditegur agar diperbaiki untuk cemerlang.Tetapi di Malaysia ada menteri berkata universiti di negara ini adalah yang terbaik. Ini dia masalahnya.
“Jadi kita kena cetuskan perubahan dalam pemikiran rakyat,” kata Anwar dalam Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Shah Kuala Lumpur, malam tadi.
Anwar berkata beliau menggesa mahasiswa perlu menyelami kesusahan rakyat di kawasan pinggir bandar.
“Apa makna kekayaan sesebuah negara tetapi tidak ada peningkatan pendapatan rakyat malahan pendapatan golongan kaya meningkat tetapi beban rakyat semakin meningkat,” kata Anwar.

Anwar: Tolak pemimpin rakus sanggup tipu pemilihan, politik wang

pemilihan 2014KUALA LUMPUR, 10 MEI: Ahli PKR yang mengundi pada pusingan terakhir hari ini dan esok disaran menolak pemimpin yang rakus mengejar jawatan sehingga sanggup mengamalkan politik wang dan menipu dalam Pemilihan PKR 2014.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, memilih pemimpin sedemikian hanya merosakkan organisasi parti sekaligus mengkhinati perjuangan menentang kezaliman, rasuah dan penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Jadi kalau kita bersengkokol dengan cara sedemikian maka rakyat dan ahli-ahli mesti menolak.
“Kalau orang bagi, kamu sokong saya kerana habuan, maka kalau saudara terlibat dengan cara sedemikian saudara khianat dengan idealisme perjuangan.
“Caranya adalah dengan memastikan orang yang rakus tidak ikut peraturan, langgar tatasusila dan etika, itu mesti dijatuhkan dalam kepimpinan,” kata Anwar dalam ceramahnya di Majlis Makan Malam Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelab Diraja Selangor di sini, malam tadi.
Tambah beliau lagi, memilih pemimpin yang bersih merupakan tanggungjawab ahli PKR dalam pemilihan kali ini.
“Orang yang nak berhempas pulas memegang jawatan jangan lupa ramai yang terkorban, ramai yang sengsara kerana benci dgn kezaliman, benci dengan rasuah, benci dengan politik wang, benci dengan penipuan SPR, badan kehakiman.
“Kita harus ingat kerana ini adalah amanah,” kata Anwar lagi.

PM kata tiada pertukaran MB dakwa UMNO Terengganu


Datuk Seri Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar Terengganu seperti mana dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, 25 April lepas, menurut Badan Perhubungan Umno Terengganu hari ini.

Ketua Penerangannya Datuk Abdul Rahman Bakar mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa tiada pertukaran mana-mana Menteri Besar di negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN).

Selain itu, beliau mendakwa tiada perjanjian antara Ahmad dan Perdana Menteri bagi memegang jawatan itu untuk tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas.

"Perdana Menteri kata, beliau tidak akan tukar mana-mana Menteri Besar di semua negeri...beliau buat kenyataan itu selepas mesyuarat MT Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua minggu lepas," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini Jumaat.

Menurutnya laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa Ahmad akan digantikan sebagai Menteri Besar adalah andaian penulisnya semata-mata.

PRK Bukit Gelugor: Mohamad Nabi bukan ahli PAS

BUKIT GLUGOR: PAS Pulau Pinang menafikan Mohamad Nabi Bux Mohd Nabi Sathar 68  adalah seorang ahli PAS yang menyuarakan hasrat bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Glugor pada 25 April ini.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Bukhori Ghazali menyifatkan, Mohamad Nabi Bux sekadar mahu mengambil kesempatan mencari publisiti murahan dengan mengakui ahli PAS.

"JPN dah cari maklumat dan akhirnya menemui jawapan. Semasa mesyuarat dengan PAS Kawasan Sungai Glugor malam tadi nama beliau tiada dalam senarai ahli mana-mana cawangan sebaliknya maklumat diperoleh beliau ahli Umno bernombor 02700360 Bahagian Gombak manakala keahlian di Cawangan Kampung Banjar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia," tegasnya.

Pada mulanya pihak JPN jelas beliau, tidak mahu melayan isu ini tetapi terpaksa menjawab kembali untuk mengelakan prasangka atau kekeliruan yang bakal timbul.

Tambah Bukhori lagi, hasil siasatan tersebut, sah beliau bukan ahli PAS dan tidak timbul kenyataan yang mahu bertanding.

Sebelum itu, Mohamad Nabi Bux menyeru Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bertanding mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Glugor yang ditinggalkan ekoran kematian Karpal Singh dan jika tidak beliau akan bertanding sebagai calon bebas.

Hudud dalam psike masyarakat Cina



Jiwa dan minda adalah perkara yang sangat penting kerana ia akan membuat tafsiran kepada logik yang akan menjadi sikap seseorang terhadap sesuatu isu. Banyak faktor yang mempengaruhi minda seseorang terhasil daripada persepsi yang diterimanya.

Artikel ini cuba meneroka jiwa dan minda dalam logik masyarakat Cina secara khusus merujuk kepad isu hudud yang hangat diperbincangkan mutakhir ini dalam usaha cuba memahami apa yang dibimbangi, dibincangkan dan dipolemikkan mengikut psike (psyche) masyarakat Cina.

Psike Cina

Psike atau situasi jiwa dalam dan minda sesebuah masyarakat berbeza daripada satu kaum kepada satu kaum yang lain. Situasi psike banyak dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi turun temurun serta nilai-nilai moral yang menentukan tindak-tanduk sesebuah masyarakat.

Masyarakat Cina mempunyai psikenya yang tertentu dan oleh kerana sejarah mereka yang panjang serta diaspora Cina tersebar ke seluruh dunia maka kehendak secara semulajadi memelihara budaya dan gaya hidup mereka dalam lautan masyarakat yang ada psikenya tersendiri menjadikan pertembungan budaya sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan perasaan yang disepakati bersama dalam masyarakat Cina ialah kebimbangan pencairan berlaku di atas sebab ‘pemaksaan secara sistematik’ sesuatu yang mereka tidak memahaminya.

Isu hudud perlu diletakkan dalam perspektif psike ini dan ia tidak ada kena mengena penerimaan atau penolakannya atas sebab membenci Islam atau suka kepada Islam tetapi ia dihamparkan atas premis sama ada psike mereka dapat menerimanya atau tidak dan ia terpulang kepada sejauh mana kita dapat temukan psike Melayu dan Cina di atas jalur dan kerangka yang lebih konstruktif dan objektif.

Psike Bahasa Mandarin

Bahasa memainkan peranan penting untuk membentuk sesuatu kefahaman dan sebab itu setiap penghuraian konsep akan dimulakan definisi secara bahasa dan istilah. Istilah menerangkan secara tepat dan padat keseluruhan kerangka konstruktif kepada sesuatu konsep dan kategori-kategori yang kemudiannya dihuraikan.

Dalam isu hudud dan istilah Islamik yang lain, psike Bahasa Mandarin yang terbenam dalam kefahaman pembacanya turut mempengaruhi cara mereka memahami sesuatu istilah.
Contohnya agama Islam dalam Bahasa Mandrin yang dipakai ialah “Hui Chjow” yang membawa maksud “agama kaum Hui”. Kaum Hui difahami sebagai etnik Cina yang memeluk Islam sejak zaman-berzaman.

Islam tidak dipakai dalam maksudnya yang asal tetapi dikaitkan kepada sesuatu etnik di negara China. Parti Islam SeMalaysia (PAS) contohnya diterjemahkan sebagai “Hui Chjow Tang” yang membawa maksud “Parti Agama Kaum Hui”.

Meskipun demikian, usaha-usaha untuk mempopularkan perkataan Islam secara terus dan literal iaitu “Ye Si Lan” dalam fonetik bahasa Mandarin sedang giatkan dilakukan. PAS juga mestilah dikenali dalam bahasa Mandarin sebagai “Ye Si Lan Tang” iaitu Parti Islam. Ia penting kerana sesuatu perkataan itu mesti sampai mengikut psike bahasa asalnya dan bukan psike penterjemahnya.

Hudud

Memahami kebimbangan masyarakat Cina kepada undang-undang hudud ialah dengan kita cuba memahami terlebih dahulu apakah terjemahan kepada Bahasa Mandrin bagi istilah ‘hudud’.

PDI-P secara rasmi diisytihar pemenang pemilu Parlimen Indonesia 2014


Wakil parti sedang memerhati pengiraan undi semalam. – Gambar oleh AFP, 10 Mei, 2014  
Wakil parti sedang memerhati pengiraan undi semalam. – Gambar oleh AFP, 10 Mei, 2014 Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputeri secara rasmi disahkan sebagai pemenang dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen yang diadakan bulan lepas.
Pada pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) tengah malam semalam, PDI-P meraih 19% atau 23.68 juta undi daripada keseluruhan 124.97 juta pemilih berdaftar.
Keputusan rasmi tersebut tidak banyak berbeza dengan kiraan awal yang dilakukan pelbagai badan kaji selidik sejurus selepas pilihan raya tersebut pada 9 April lepas.
Parti Golongan Karya (Golkar) yang dipimpin Aburizal Bakrie kekal di kedudukan kedua apabila meraih 14.8% atau 18.43 juta undi.
Parti yang diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya atau Gerindra pula di tempat ketiga dengan memperoleh 11.8% atau 14.76 juta undian.
Parti Demokrat yang dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada pada kedudukan keempat setelah meraih 10.2% atau 12.72 juta undi.
Dalam pada itu, daripada 12 parti politik yang bertanding pada pilihan raya itu, dua parti iaitu Parti Bulan Bintang (PBB) serta Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia (PKPI) gagal memperoleh jumlah undi minimum sebanyak 3.5% untuk membolehkan kedua parti itu mendapat kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau Parlimen Indonesia.

Ramkarpal bakal pertahan kerusi Bukit Gelugor

Dalam majlis yang gilang gemilang, Ramkarpal Singh diumumkan sebagai calon DAP-Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

Pengumuman tersebut dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serentak dengan pelancaran pusat operasi utama di sini, hari ini.

Ramkarpal adalah anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh.

Dalam wawancara khas bersama Roketkini, Ram menyatakan kesediaannya untuk meneruskan perjuangan mendiang ayahnya dan berkhidmat untuk rakyat, bukan sahaja di Bukit Gelugor malah rakyat di seluruh negara tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau status ekonomi.

Ditanya sama ada beliau berbangga untuk menggantikan tempat mendiang ayahnya, Ram dengan senyum menjawab, “Mustahil seorang yang begitu istimewa boleh dicari ganti.”

“Saya percaya dengan perjuangan dan agenda beliau serta berikrar untuk mengikut jejak beliau meneruskannya,” kata Ram lagi.

Baginya, kawasan parlimen Bukit Gelugor bukanlah tempat yang asing lagi memandangkan beliau sentiasa mengikuti mendiang Karpal Singh membuat lawatan selain menguruskan kempen beliau sebelum ini.

PRK Bukit Gelugor: PAS dan PKR turut ‘hantar calon’ - Mat Sabu

GEORGE TOWN, 10 MEI – PAS akan menghantar calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor yang bakal berlangsung dari 12 hingga 25 Mei ini.
Berucap di majlis perasmian pusat operasi utama PRK Bukit Gelugor, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, calon PAS pada kali ini akan bertanding dengan membawa logo roket.
“PAS akan hantar calon, iaitu calon yang dihantar oleh DAP,” umumnya disambut sorakan hadirin.
Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, sesiapa yang mengaku ahli PAS dan menghantar borang pada hari penamaan calon adalah bukan ahli PAS dan bukan calon yang direstui.
“Calon PAS hanya bawa simbol roket!” kata beliau.
Mat Sabu menyifatkan pilihanraya kecil Bukit Gelugor adalah simbol perjuangan demokrasi dan perlembagaan dan pengundinya pula mewakili keseluruhan rakyat Malaysia.
Menurutnya PAS akan bekerja keras bersama-sama jentera Pakatan Rakyat untuk memenangkan calon yang dihantar oleh DAP.
Sebelum itu, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato’ Mansor Othman turut menyatakan kesiapsiagaan jentera parti tersebut untuk membantu memenangkan calon DAP.
“Calon DAP ialah calon PKR, calon PAS dan calon Pakatan Rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Ramkarpal Singh calon DAP PRK Bukit Gelugor


Anak ketiga mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini.
Peguam kelahiran Pulau Pinang berusia 38 tahun diumumkan sebagai calon oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebentar tadi.

Ucapan sulung Sdr Ramkarpal selepas diumum sebagai calon Bukit Gelugor

Thomas Piketty: Hero baru dunia ekonomi


pikkety


Thomas Piketty adalah ahli ekonomi yang disebut-sebut ketika ini. Cendekiawan kelahiran Perancis itu mula mendapat tumpuan seluruh dunia setelah menulis buku ‘Capital For The 21st Century’. Buku ini dianggap sebagai hasil dapatan yang paling serius dan komprehensif untuk memahami kapitalisme dan krisis ekonomi dunia.
Akhbar-akhbar terkemuka dunia daripada New York Times hingga The Guardian, The New Yorker hingga Der Spiegel berulang-ulang memberi ruang dan komentar tentang Piketty.
Dia disambut gemilang oleh golongan kiri. Ada yang mengangkat Piketty sebaris tokoh ekonomi penting dunia seperti John Maynard Keynes dan John Kenneth Gailbraith.
Bagaimanapun, kajian Piketty boleh dikatakan inklusif ideologi. Dia menyebut bahawa ‘inequality’ bukan lagi tentang soal kiri dan kanan. Piketty juga terpengaruh dengan hasil kerja pemikir liberal seperti John Rawls dan pada masa yang sama mengembangkan teori ‘orang kiri’ yang sentiasa benci pada pasaran.
Apa istimewanya Piketty? Kenapa dia dianggap jelmaan semula Marx dan Keynes?
Kebanyakan peminat Piketty menganggapnya sebagai ‘lebai google’ dalam bidang ekonomi. Piketty bukan sembang kosong tentang idealisme tanpa bukti yang utuh.
Kajiannya terhadap peningkatan ketidaksamarataan ekonomi seluruh dunia dilampirkan dengan kajian dan data yang lengkap. Mesejnya mudah: kesan asasi daripada sistem kapitalisme adalah peningkatan ketidaksamarataan ekonomi (rising inequality).
Tumpuan kajian Piketty adalah terhadap kekayaaan dan ketidaksamarataan. Menurut ringkasan yang dimuatkan Amazon.com, dapatan yang dikemukakan oleh Piketty bakal mencetuskan debat baru tentang masalah kapitalisme mutakhir ini.

Pekerja KTMB berpiket tuntut Presiden dipecat


piket2


KUALA LUMPUR, 9 MEI: Kira-kira 700 pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhimpun di hadapan ibu pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu bagi menuntut perkhidmatan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir ditamatkan.
Piket itu adalah anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (Railwaymen’s Union of Malaya – RUM) – antara kesatuan pekerja yang pertama di Malaysia.
Presiden RUM Abdul Razak Md Hassan berkata, Elias mencatatkan sejarah terburuk kepimpinan KTMB dan menyebabkan prestasi badan itu semakin merosot.
“RUM memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar segera campurtangan dan menamatkan khidmat Elias.
“Penilaian kami dalam tempoh dua tahun ini, tiada sebarang pemulihan dilakukan beliau, malah (prestasi KTMB) boleh dianggap lebih teruk daripada takuk lama.
“Gelaran yang sesuai adalah ‘non-performing president’,” katanya dalam kenyataan.
Katanya lagi, Antara bukti kegagalan Elias adalah campurtangan Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad dalam urusan pengurusan di bawah tanggungjawab Elias, kegagalan ‘business plan’ 2014 yang kini telah pun dimansuhkan, kehilangan ramai pakar yang meletakkan jawatan dan tiada arah tuju yang jelas.

Perutusan Hari Ibu Presiden KEADILAN

wan-azizah-390x300Bersempena dengan Hari Ibu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan sejunjung kasih dan tahniah kepada ibu-ibu di seluruh negara, di atas kesungguhan serta pengorbanan tinggi mereka di dalam mencorak masa depan anak-anak.
Jika sesebuah negara inginkan suatu bentuk masyarakat yang berakhlak mulia, berpendidikan tinggi dan cemerlang di dalam kerjaya, semuanya itu tidak akan berlaku dengan sekelip mata, tanpa sentuhan insan yang bernama ibu.
Sesungguhnya, peranan ibu, didikan ibu, air tangan ibu dan belaian kasih sayang ibulah, yang membentuk keperibadian kita semua, membentuk anak-anak sehingga mampu menggapai kedudukan yang tinggi di dalam apa jua bidang yang diceburi.
Asasnya, para ibu bukan sahaja merupakan denyut nadi yang mencorak keluarga, malah peranan ibu jauh lebih besar dan mempunyai kesan yang berganda untuk membentuk masa depan masyarakat dan negara, kerana ibulah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya berperanan mencorakkan mereka.
Ini bersesuaian dengan penegasan Allah di dalam al-Quran menerusi firman-Nya:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
[al-Ahqaf 46:15]
Islam menegaskan terdapat beberapa sebab, para ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah, antaranya, ialah, seorang ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandungkan anak dan ibu juga menghadapi kesusahan paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut.
Namun begitu, peranan ibu di dalam membentuk kehidupan, dilengkapkan dengan peranan bapa, di mana kedua-duanya harus diingati di hari ini sebagai gandingan yang tidak boleh dipisahkan dalam mencapai sebarang agenda pembangunan masyarakat dan negara.

Wan Azizah: Dulu rawat pesakit, kini rawat masalah rakyat di Kajang

longkang 1KAJANG 10 MEI: Tanggungjawab Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada masyarakat tetap berterusan. Jika dahulu doktor mata ini pernah menyumbang bakti kepada pesakit, kini beliau berkhidmat untuk penduduk Kajang, sejurus menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, 23 Mac lalu.
Sebaik memenangi Pilihan Raya Kecil DUN itu, Wan Azizah yang mesra dipanggil ‘Kak Wan’ menumpu gerak kerja pertama terhadap penyelesaian masalah pengurusan sampah yang sudah 10 tahun menghantui penduduk Kajang.
Perkara itu juga dibangkitkan beliau pada penampilan pertamanya di persidangan Dewan Negeri Selangor, bulan lalu.
Masalah berkenaan turut dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mencari tapak pelupusan sampah yang baru.
Kak Wan juga telah beberapa kali turun padang meninjau ke tapak tersebut selain mengadakan siri pertemuan bersama pihak berwajib, termasuk Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Terbaharu petang semalam, beliau bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat meninjau kawasan Sungai Sekamat dan Kantan Permai yang terjejas akibat banjir.
Pemerhatiannya mendapati, longkang di Sungai Sekamat sumbat dan dipenuhi sampah sarap.
“Alhamdulillah wakil Jabatan Kejuruteraan MPKj yang hadir sama dalam lawatan Kak Wan, berjanji akan bertindak segera menyelesaikan masalah penduduk.
“MPKj berjanji akan mendalamkan longkang dan membersihkan segala sampah sarap yang ada, bagi memastikan tiada lagi longkang tersumbat, dengan itu ia boleh membantu mengelakkan banjir,” kata Kak Wan.
Masalah serupa turut dialami masyarakat Kantan Permai. Dalam lawatan beliau juga bersama Dr Rosli serta ahli-ahli majlis mendapati, banjir tersebut akibat kecuaian pemaju projek di kawasan berhampiran.
“Kak Wan meminta MPKj bertegas memantau kerja-kerja pemaju untuk memastikan operasi mereka tidak menjejaskan rakyat.

Yang bermasalah tidak boleh menggantikan kerajaan bermasalah

Isu hudud telah melarikan isu yang sebenar dan penting yang kita hadapi sekarang. Isu hudud ini sudah sampai ketahap yang merbahayakan Pakatan Rakyat kerana sudah terdengar dengan terbuka dan lantang pemimpin DAP mahu PAS meninggalkan ‘coalition’ pembangkang sekarang ini. Jika ketiga-tiga parti ini tidak dapat membendung kemarahan dan perbezaannya perpecahan sudah nampak datang dengan deras terhadap Pakatan Rakyat.
Pemimpin DAP dan segelintiran pemimpin dari parti-parti PAS dan parti-parti dalam BN menyatakan ini adalah tektik BN untuk memecahkan Pakatan Rakyat bagi kepentingan kuasa yang ada ditangan mereka. Bagi saya niat ini adalah ‘mutual’ kerana Pakatan Rakyat pun berniat dan mahu melihat BN itu pecah dan lemah dan kerana kelemahan pimpinan BN itulah yang menyebabkan DAP khususnya telah mendapat 38 kerusi, sepuluh lebihan kerusi dalam PRU yang lepas.
Hakikatnya pertambahan kerusi Pakatan Rakyat melalui DAP dalam pilihanraya yang lepas itu hanya kerana kelemahan MCA khususnya dan bukannya kerana kekuatan Pakatan Rakyat itu. Buktinya jelas kerana PKR mendapat kekurangan sebanyak dua kerusi berbanding dengan PRU 2008 dan PAS telah kekurangan satu kerusi jika dibandingkan dengan PRU 2008 itu. PKR hanya mendapat 30 kerusi dari 32 sebelumnya makala PAS ,emdapat 20 kerusi dari 21 dalamm PRU sebelumnya.

Sistem pendidikan negara gagal, perlu perubahan radikal, kata Ku Li


Sistem pendidikan negara sedia ada tidak berkesan bentuk negara maju, kata veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Gambar fail The Malaysian Insider.Sistem pendidikan negara sedia ada tidak berkesan bentuk negara maju, kata veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Gambar fail The Malaysian Insider.Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata sistem pendidikan negara sedia ada sekarang tidak berkesan membentuk negara maju sehingga memerlukan perubahan yang drastik dan radikal.
Selain gagal dalam penilaian antabangsa, pemimpin veteran Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Li mendakwa sistem pendidikan gagal memupuk integrasi kaum serta gagal menghasilkan modal insan berilmu, berprinsip dan mampu berfikir.
"Kita memerlukan sistem pendidikan yang dikagumi dan diidami; sistem di mana ibu bapa berebut dan berlumba untuk mendapat tempat bagi anak mereka di sekolah awam aliran kebangsaan yang tinggi nilai ekonominya dan sekali gus tidak menghiraukan sistem persekolahan saingan.
"Diharapkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 mengambil kira pandangan ini dengan maksud untuk melaksanakannya," katanya ketika berucap di majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Kewangan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, hari ini.

Masih ramai pemimpin Umno tidak sedar diri, kata Utusan Malaysia


Ahli Umno perlu sedar diri dan berhenti bertelagah sesama sendiri sehingga boleh melemahkan parti itu dalam pilihan raya. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Umno perlu sedar diri dan berhenti bertelagah sesama sendiri sehingga boleh melemahkan parti itu dalam pilihan raya. Gambar fail The Malaysian Insider.Sempena ulang tahun penubuhan Umno ke-68, akhbar Utusan Malaysia hari ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin parti itu 'tidak sedar diri' apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga menimbulkan rasa muak rakyat kepada parti itu.
Melalui ruangan rencana akhbar milik Umno itu,Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perbuatan berebut jawatan dan bertelagah sesama sendiri masih wujud sehingga melemahkan Umno dalam pilihan raya.
"Sehingga ke hari ini, masih ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat cawangan, bahgaian mahupun negeri bertelagah sesama sendiri.
"Sama ada Umno akan terus kukuh dan unggul seperti mana dihasratkan oleh Najib, bergantung kepada sejauh manakah pemimpin dan ahli Umno bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan demi memastikan parti itu terus relevan pada setiap zaman," katanya dalam ruangan komentar merujuk kepada hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Umno harus mengakui persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14) ke-14 sangat mencabar dan perlu dilakukan dari sekarang.

MCA Kelantan: 'Say No To Pas Hudud'

MCA Kelantan: 'Say No To Pas Hudud'
KOTA BHARU - MCA Kelantan tetap dengan pendirian tidak menyokong pelaksanaan hudud di negeri ini, sekali gus membantah hasrat Pas membentangkan rang undang-undang itu ke Parlimen demi perpaduan kaum.

Timbalan Presiden MCA Kelantan, Tan Ken Ten mendakwa, Pas seolah-olah mahu memperdayakan pengundi Cina kerana pada sebelum PRU13, parti itu tidak menyentuh isu pelaksanaan hudud.

“Pas seolah-olah mahu menipu rakyat. Sebelum PRU13, Pas kata akan tubuh negara kebajikan untuk tingkat undi kaum Cina. Ramai yang percaya tetapi selepas pilihan raya berubah pula untuk bawa hudud.

“Dahulu masa pilihan raya, guna negara berkebajikan sebab itu dapat undi daripada bukan Islam.

“Kini kita sepakat tolak dan tidak akan beri sokongan dalam isu ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Say No To Pas Hudud’ di sini, yang menyasarkan 3,000 orang menurunkan tandatangan sehingga 20 Mei depan.

Hadir sama, Pengerusi Wanita MCA Kota Bharu, Saw Ooi Leng.

Dalam pada itu, Ken Ten berkata, pihaknya sedar hudud hanya diguna untuk orang Islam tetapi undang-undang perlu terperinci kerana negara mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa dan agama.

“Ia juga boleh jadi kekeliruan, apa yang berlaku jika berlaku masalah membabitkan orang Islam dan bukan Islam, bagaimana nak selesaikan hal-hal keadilan.

Anwar Ibrahim: Orang Yang Rakus & Tak Ikut Peraturan Mesti Dijatuhkan Dalam Pimpinan Kita

Anwar Ibrahim: Tak Payah Buat Penilaian, Universiti Kita Memang Terbaik Didunia.??

Rafizi Ramli: Process Untuk Bawa Reformasi & Perubahan Mesti Dipimpin Oleh Satu Simbol

Tian Chua: Kita Jangan Lupa Pada Asalnya, Kenapa Kita Dalam Parti?

Nik Nazmi: Musuh Kita Sebenar Ialah UMNO Barisan Nasional

Nurul Izzah: Kita Diberikan Peluang Untuk Melakukan Sesuatu Yang lebih Baik Buat Masa Depan

TG Nik Aziz harap hudud berjaya dilaksana

Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap kerajaan Pas Kelantan berjaya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) di negeri ini walaupun terdapat tentangan daripada pelbagai pihak.

Katanya, sejak rang undang-undang itu diumumkan untuk dibentangkan di Parlimen, pelbagai asakan negatif diterima, namun itu bukan halangan untuk hukum tersebut dilaksanakan.

“Kita doakan hudud ini berjalan dengan molek (lancar). Kalau gagal, boleh jadi satu punca, iaitu takwa kepada ALLAH tidak ada.

"Islam ini, solat ke, hudud ke, kahwin dan cerai ke, mesti berangkai dengan takwa kepada ALLAH,” katanya dalam ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Menurutnya, hukuman sivil yang diguna pakai di Malaysia sekarang ini tidak mempunyai kesan kepada penjenayah, terutama melibatkan kes yang boleh dikenakan hukuman ke tali gantung.

Beliau menyifatkan anggapan sesetengah golongan akademik bahawa hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan, sebagai tidak waras.

“Baru-baru ini ada pensyarah universiti kata hudud ini gagal kerana negeri yang buat hudud ini sudah gagal semua.

10 peratus rakyat Sarawak hidup bawah garis kemiskinan

miskinKUCHING 9 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Sarawak, Chong Chieng Jen dalam sidang Dewan Undagan Negeri Sarawak semalam mendedahkan, kira-kira 270,000 rakyat Sarawak hidup dengan pendapatan dibawah paras garis kemiskinan.
Jumlah itu katanya, lebih 10 peratus dari keseluruhan penduduk Sarawak yang berjumlah kira-kira 2.4 juta orang.
Chong yang juga ahli parlimen Kuching memetik perincian dari jawapan yang diperolehinya di parlimen Malaysia bahawa sehingga September 2013 jumlah keluarga miskin dan miskin tegar di Sarawak berjumlah 24,973 keluarga.
Dari suku kaum Iban, Melayu (12,727 keluarga), Bidayuh (4,855 keluarga), Melanau (4,038 keluarga) dan Penan (3,045 keluarga), lapor Malaysiakini.
“Kalau sebuah keluarga ada lima orang bermakna 270,000 orang hidup dibawah paras kemiskinan tegar
“Jumlah ini kira-kira 10 peratus dari penduduk Sarawak,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak.

AirAsia Kenakan Yuran KLIA2 Sebanyak RM3, MAHB Nafi Terlibat




SEPANG: AirAsia mengenakan bayaran sebanyak RM3 sebagai 'bayaran KLIA2' bagi setiap tiket yang ditempah pada Jumaat, bagaimanapun Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menafikan pihaknya terlibat dalam mengenakan bayaran itu.
"Tiada sebarang bayaran untuk menggunakan KLIA2 oleh MAHB. Bayaran menggunakan lapangan terbang telah disekatakan dan semua syarikat penerbangan dikenakan bayaran yang sama di KLIA2," katanya dalam satu kenyataan.

"Kami telah meminta AirAsia memberi penerangan lanjut mengenai bayaran tambahan sebanyak RM3 yang dikenakan kepada orang ramai," katanya ketika mengulas mengenai bayaran yang dikenakan oleh AirAsia itu.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dalam satu temubual telah mengakui AirAsia telah memindahkan kos tersebut kepada semua penumpang syarikat penerbangan tersebut, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

"Kami telah membuat kira-kira berdasarkan kos yang dikenakan oleh MAHB. Bayaran sebanyak RM3 termasuk kos pembinaan 'aerobridge', sistem daftar masuk dan beberapa ciri baru yang diperkenalkan yang mana ia tidak ada di LCCT," katanya.

Dua Artis Terima 'Datuk Naning' Marah Dikutuk

Pian Cecupak (dari kiri), Nash dan Boy Iman menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk oleh pengamal adat pepatih Naning.
PETALING JAYA: Dua artis yang menerima penganugerahan yang membawa gelaran Datuk daripada puak adat pepatih Naning berasa terkilan apabila ia dipersendakan oleh sesetengah pihak.

Kedua-dua artis berkenaan iaitu Pian (Cecupak) dan Boy Iman menjelaskan adalah tidak wajar mereka dijadikan bahan jenaka kerana keputusan menerima gelaran itu hanya sebagai menghormati permintaan puak tersebut.

“Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

“Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya,” ujar Pian dengan nada kesal kepada mStar Online.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan pelakon komedi Pian (Cecupak), Boy Iman dan penyanyi Nash dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk.

Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning  Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei lalu.

Persenda Hudud, Harith Iskander Mohon Maaf


harith iskander 2

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Harith, 43, berkata, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan  dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.


harith iskander twit
Inilah status mengenai Hudud pada Twitter Harith yang mengundang kemarahan orang ramai.

"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Mekap Berlebih-lebihan Ke Tempat Kerja - Ustaz Azhar Idru

JIMAK Dalam IDDAH - Ustaz Azhar Idrus

Bergerak/Menggaru Banyak Kali Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

JIN ROGOL Wanita Mandi TELANJANG?? - Ustaz Azhar Idrus