Jumaat, 9 Mei 2014

Mut'ah Talak - Ustaz Azhar Idrus

Lim Hong Siang: Tsunami Cina, Retorik Atau Realiti?

TEH TARIK GST....TAK GUNA SUSU..!!!



A

Bantah Presiden: Pekerja KTM demo dalam hujan

Kantoi Dah: Tak Tipu Bukan Umno Namanya,,,ha,,ha,..!!!


Umno Perlis bergolak, MB diminta tinggalkan kerusi?

MSO

Azlan Man sedang diasak?
Walaupun Umno Perlis hanya ada beberapa orang sahaja Adun dan ahli Parlimen tetapi ia tidak terkecuali juga mempunyai nafsu dan naluri untuk bergolak seperti Umno di negeri-negeri lain. Umno Perlis hanya tiga bahagian sahaja; Arau, Padang Besar dan Kangar. Manakala terdapat 12 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Desas desus yang bertiup dari Utara mendesuskan kedudukan menteri besarnya Azlan Man kini sedang diasak agar meninggalkan kerusi MB. Perlantikannya sebagai MB menjadi isu dan kurang disenangi oleh veteran Umno negeri itu terutamanya bekas MB yang juga Pengerusi Badan Perhubungannya Shahidan Kassim.

Azlan dikatakan tidak memberi komitmen kepada parti disamping tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan walaupun sudah setahun menjadi MB. Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama baik dengan pemimpin Umno bahagian.


Paling menyedihkan katanya, Azlan juga sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis tidak berfungsi dan gagal untuk menghadiri mesyuarat.

Sepanjang tahun ini, tidak lebih dua kali beliau hadir mesyuarat, kegagalan tanpa sebab ini menyebabkan veteran Umno Perlis kecewa terutamanya pengerusinya Shahidan Kassim.

Ekoran itu laporan telah dibuat kepada Presiden Umno Najib Razak agar mengambil perhatian termasuk menggugurkannya sebagai MB. Menurut sumber dalam sudah empat laporan mengenai Azlan dihantar kepada Najib.

Jawapan Dari Sultan Brunei Kepada Pengkritik2 Hudud Di Brunei

Dan berikut di bawah ialah respon dari Brunei mengenai isu pelaksanaan hudud yang heboh diperkatakan di media antarabangsa ;


" Di Negara anda, kononnya anda mengamalkan kebebasan berbicara, kebebasan akhbar, kebebasan beragama, dll. Itu ada dalam konstitusi Negara Anda. Itu sistem politik anda, identiti nasional Anda, hak Anda, cara hidup Anda.

Di negara saya, kami amalkan budaya Melayu, Islam, sistem beraja dan kami akan mula mengamalkan hukum-hukum Islam, Hukum Syariah. Islam itu ada dalam konstitusi kami, identiti nasional kami, hak-hak kami, itu cara hidup kami .

Kami mungkin menemukan kelemahan dalam hukum dan sistem perundangan anda dan Anda mungkin menemukan kelamahan kami, tapi ini adalah negara kami. Sama sepertimana anda amalkan hak anda untuk menjadi gay, dan sebagainya di dunia yang Anda duduki di saat ini, kami juga berhak mengamalkan hak kami untuk menjadi Muslim dunia dan akhirat kami.

Ini adalah sebuah negara Islam yang mempraktikkan hukum Islam. Mengapa tidak anda khawatiri saja tentang anak-anak Anda yang ditembak mati di sekolah-sekolah, khawatiri tentang penjara Anda yang tidak mampu untuk menampung banduan, khawatir tentang tingginya darjah kejahatan Anda dan DUIs , khawatiri juga tentang jumlah bunuh diri dan pengguguran yang tinggi. Khawatirlah dengan apa saja yang Anda harus khawatiri di SANA. Banyak agama menentang homoseksual dan itu bukan perkara baru pun.

Hudud: Parlimen bakal saksi detik bersejarah - Prof Dr Agus

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus  
BANGI - "Rakyat Malaysia akan teruja dan Parlimen Malaysia bakal menyaksikan detik bersejarah seandainya draf persendirian hudud dimeterai di Parlimen kelak," demikian respons Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkenaan isu huhud yang kembali diperdebatkan kini.

"Saya positif terhadap kerjasama antara Pas dan Umno dalam isu hudud.

"Harap jangan lagi ada halangan, tidak kira  sama ada lulus atau tidak di Parlimen.

Menurutnya, yang pastinya rakyat akan teruja, kerana pertama kali dalam sejarah Parlimen Malaysia, negara akan melihat setiap ahli Parlimen akan diberi kebebasan untuk mengundi menerima rang undang-undang persendirian tersebut.

"Mereka (ahli Parlimen) akan berdiri sendiri membawa suara rakyat  di kawasan masing-masing.

"Jadi di situ rakyat akan menilai keikhlasan ahli Parlimen yang mewakili mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Agus berharap permulaan kerjasama antara Umno dan Pas dalam isu hudud ini menjadi titik permulaan untuk negara mencapai ke arah politik yang matang.

Ada Berani: Biro Pengguna KEADILAN cabar Perkasa anjur demo sokong GST

yahya-sahri
KUALA LUMPUR 9 MEI : Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengadakan demonstrasi bagi menyokong langkah kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
ibrahim_ali_anak_didik_mahathirPerkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali perlu menunjukkan sejauh mana tahap sokongan rakyat terhadap cukai tersebut dan dia sendiri yang perlu mengetuai himpunan itu dan bukannya mengarahkan Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs)
“Kita cabar Perkasa adakan himpunan besar-besaran macam kita buat sebelum ni. Kenapa nak suruh Cuepacs pula yang buat himpunan?
“Sebab Perkasa yang selalunya beria-ia sangat dalam hal ini. Kalau berani, sila ke hadapan ketuai demonstrasi tersebut. Jangan suruh pihak lain.
“Kita pun nak lihat juga berapa ramai yang menyokong GST. Saya yakin tidak akan ramai yang turun himpunan tersebut,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Ahli Pas Gombak mahu tanding di Bukit Gelugor..!!!

GEORGETOWN - Dengan niat mahu memastikan hudud dilaksana di Pulau Pinang menjelang 2020, seorang anggota PAS Gombak hari ini menyatakan hasrat bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor.
  
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, yang ditemui pemberita selepas mengambil borang pencalonan di pejabat SPR di sini, juga berkata akan mendapatkan kebenaran berbuat demikian daripada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  
"Saya akan merayu dengan Presiden (Abdul Hadi) untuk bertanding dan saya ingat Presiden tidak ada halangan.
  
"Sekiranya tidak beri (kebenaran) akan bertanding atas tiket Bebas," katanya.
  
Sebelum ini dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan pengurus beberapa inap desa Mohd Yacoob Mohd Noor.

Sebuah badan bukan kerajaan Penang Front Party turut menyatakan hasrat meletakkan calon.
  
Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika mengulas tindakan anggota Pas berkenaan berkata sesiapa sahaja boleh bertanding kerana ini negara demokrasi.
  
Bagaimanapun katanya anggota Pas itu haruslah bertanding atas tiket Bebas.

Ranking universiti Malaysia turun, Muhyiddin dijangkiti sindrom penafian

Universiti_MalaysiaKUALA LUMPUR 9 MEI: Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangkiti sindrom penafian bahawa kedudukan universiti di Malaysia semakin merudum, kata Biro Mahasiswa KEADILAN, Saifullah Zulkifli.
Kata Saifullah, dasar kerajaan BN menghalang autonomi universiti dan mengekang kebebasan mahasiswa adalah punca penurunan ranking universiti di Malaysia.
“Muhyiddin tahu sistem pendidikan dan universiti Malaysia tak mampu capai kedudukan terbaik, kekal di takuk lama dan tiada perubahan.
“Sebab itu dia kata begitu. Muhyiddin dijangkiti sindrom penafian. Tak mahu mengakui bahawa sistem di bawah kementeriannya lemah.
“Apakah jawapan ‘kedudukan ranking universiti tempatan di peringkat dunia bukan asas utama untuk memacu bidang pengajian tinggi negara ke arah kecemerlangan’ wajar datang dari kenyataan Menteri Pendidikan?, kata Saifullah kepada Keadilandaily.
Kata Saifullah, institusi pendidikan tinggi di negara ini lebih menekankan kepada pembangunan infrastruktur,, bukannya meningkatkan keupayaan akademik melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Untuk membangunkan R&D, universiti wajar mempunyai autonomi. Bagaimana mahu menghasilkan penyelidikan akademik yang baik sekiranya kajian-kajian yang dibenarkan hanya bertujuan menyelesakan pemerintah?

Mahathir claims Boeing aircraft 'dangerous' to fly

Dr M minta S'wak bagi 3 peratus royalti minyak kepada Kedah yang kini diterajui oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Desak Pengerusi SPR letak jawatan: Kenapa guna akta jenayah dakwa 33 peserta himpunan aman?

parlimen10KUALA LUMPUR 9 MEI: Menggunakan undang-undang jenayah terhadap 33 aktivis yang berhimpun secara aman di hadapan bangunan Parlimen pada 26 Jun 2013 adalah penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak rakyat untuk berkumpul secara aman.
Peguam, Michelle Yesudas dalam kenyataan kepada Keadilandaily berkata, dakwaan terhadap 33 aktivis di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) membuktikan bahawa polis mempunyai kuasa untuk mensabitkan tuduhan.
“Polis dan pihak berkuasa anggap mereka (aktivis) seperti penjenayah dan berkuasa untuk mengenakan apa-apa tindakan.
“Sedangkan mereka (33 aktivis) hanya berhimpun secara aman di luar Parlimen bertujuan untuk menyerahkan memorandm,” kata Michelle, salah seorang peguam kepada 33 aktivis yang didakwa.
Hari ini, dalam perbicaraan terhadap 33 aktivis tersebut ditangguhkan ke 13-17 Oktober depan.
Pendakwaan dibuat dibawah seksyen 147 dan 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) dan Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kesemua mereka sebelum ini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang selama satu hari dan dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 seorang.
Pada 24 Jun 2013, kira-kira 200 mahasiswa dan aktivis berhimpun bagi mendesak Pengerusi SPR meletakkan jawatan dan menyerahkan sebuah memorandum kepada wakil ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat.

Fitnah Muslimat: Khairy tidak wajar lari dari tanggung jawab


KOTA BHARU:  Pemuda Umno tidak boleh lari daripada masalah yang dicetuskan anggota parti khususnya Ulama Muda Umno (Ilmu) dengan memberi alasan "ia hanya kenyataan peribadi".
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi berkata, sikap Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak mahu bertanggung jawab dengan kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Ulama Muda Umno Ahmad Radzi Othman amat dikesali.
Menurut Mumtaz, selagi Radzi masih bersama parti itu kenyataannya perlu dipertanggungjawabkan melainkan beliau telah melepaskan jawatan.
Mumtaz mengulas keengganan Radzi memohon maaf atas keceluparannya menyamakan muslimat bertudung labuh yang menghadiri perhimpunan membantah GST 1 Mei lalu sebagai "pelacur kelas atasan".
Mumtaz juga melahirkan kehairanan dengan sikap Ulama Muda Umno yang hanya berdiam diri apabila enam remaja meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan dalam konsert di Stadium Bukit Jalil tetapi begitu sensitif dengan himpunan membantah GST.
“Kenapa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, mengkritik atau menegur mana-mana pihak yang meluluskan program yang benar-benar bercanggah dengan Islam,”soalnya.
Mumtaz yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah penerangan GST anjuran PAS Kawasan Kubang Kerian, di Cabang Empat Binjai di Masjid Binjai, dekat sini malam tadi.

MCA agresif tentang hudud hasil didikan Umno

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada Umno kerana berjaya mendidik rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN), MCA sehingga berani menentang Islam secara agresif.

Beliau berkata, MCA begitu memahami apa yang diajar oleh guru mereka (Umno) sehingga parti itu dan Gerakan boleh melakukan demonstrasi menentang pelaksanaan hukum hudud.

"Lebih 50 tahun MCA, Gerakan bersama Umno di dalam BN dan hasil terbaik mereka adalah bila rakan Umno itu berani menentang hudud secara lantang dan lebih agresif.

"Kerja keras Umno mendidik dan boleh menjadikan Umno sebagai guru terbaik yang tidak pernah ada pada parti lain," jelasnya kepada Harakahdaily.

Justeru, Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik segera wakil MCA dan Gerakan ke dalam kabinet agar mereka lebih lantang mengkritik Islam di peringkat yang lebih tinggi.

Ratusan pekerja KTM demo dalam hujan desak Presiden KTMB letak jawatan

Walaupun hujan lebat dan dentuman guruh, kira-kira 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) tidak berganjak dari bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhimpun untuk mendesak Datuk Elias Kadir melepaskan  jawatan sebagai presiden KTMB.

Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan yang mengetuai kumpulan itu mendakwa Elias Kadir tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau selama dua tahun ini.

"Demonstrasi hari ini menyampaikan rasa tak puas hati dengan Datuk elias kadir yang telah menjawat jawatan presiden selama 2 tahun, beliau tidak melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Tanggungjawab Elias Kadir cari cara naikkan pendapatan (KTMB), kalau dia gagal tambah pendapatan dia boleh berambus!

"Cukup dua tahun cukup lama. Kita kecewa kerana dia tak mampu cetuskan idea," katanya ketika perhimpunan berlangsung petang tadi.

Ketika ditanya media mengenai tindakan selanjutnya sekiranya demonstrasi ini tidak berjaya, Abdul Razak berkata pihaknya merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan di Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Demonstrasi bermula jam 5 petang tadi berlangsung apabila semua penyokong dari sepuluh cawangan kesatuan seluruh negeri berhimpun di Hotel Heritage sebelum berarak ke  depan bangunan KTMB - berdekatan Masjid Negara.

Adun DAP Pulau Pinang tarik balik usul tubuh jawatankuasa transgender


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan tindakan tarik balik usual Adun DAP, Teh Yee Chee adalah berikutan tiada sokongan untuk usul tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Mei, 2014.  
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan tindakan tarik balik usual Adun DAP, Teh Yee Chee adalah berikutan tiada sokongan untuk usul tersebut. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Mei, 2014. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu menarik balik usul yang dibawanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan penubuhan Jawatankuasa Transgender, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Lim dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini berkata, tindakan penarikan usul itu dibuat apabila Adun lain menyeru beliau melakukan tindakan sedemikian ekoran tiada penyokong usul berkenaan.
"Keputusan Teh dibuat atas permintaan Adun dan ahli Parlimen DAP Pulau Pinang dalam satu mesyuarat pada 2 petang di Komtar hari ini," katanya.
Teh sebelum ini mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.
"Teh juga sedar bahawa untuk usul ini dibahaskan, beliau perlukan seorang penyokong, tetapi tidak ada seorang pun Adun Pakataan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang bersedia menyokong usul beliau.
"Isu ini hangat diperalatkan oleh media yang dikuasai Barisan Nasional (BN) untuk mengkritik pendirian parti DAP, walaupun ini bukan pendirian parti DAP, tetapi hanya pandangan peribadi seorang Adun DAP," kata Lim.
Lim juga secara peribadi berkata, beliau pernah menasihati Teh: "Saya menyatakan akan berusaha untuk meminta Teh 'kembali ke pangkal jalan' secara berpasukan DAP dengan menarik balik usul peribadi beliau."
Isu itu juga selesai, katanya, apabila usul berkenaan ditarik balik dan Teh katanya akur terhadap keputusan sebulat suara pimpinan dan wakil rakyat DAP Pulau Pinang.

Tolong diam, kenyataan anda menyakiti negara, kata Dr Mahathir kepada Isma


Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan buku 'Reminiscences of Insurrection - Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.  
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan semasa sidang media selepas melancarkan buku 'Reminiscences of Insurrection - Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014. Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising.
Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif.
Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai 'penceroboh' dan menggesa agar hukum hudud dikenakan kepada semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja umat Islam.
"Dia sepatutnya simpan sahaja pandangannya. Mereka tidak membantu keadaan negara ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle against Terrorism 1960-1990 oleh Leftenan Kolonel Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows hari ini.

Thai protesters demand removal of government

World Cup deadline looms for Brazil stadium

Thai protesters rally to try to topple caretaker government

Menilai Wanita Pada Pakaiannya? - Dr Zaharuddin

Hukum Hudud Untuk Muslim & Non Muslim Lepas?- Dr. Zaharuddin

Majlis Peguam perlu segera prosiding siasat peguam ubah SD PI Bala

sivarasaKUALA LUMPUR 9 MEI: Majlis Peguam perlu segera menggantikan tempat peguam kanan Lambert Rasaratnam yang menarik diri dari prosiding tatatertib terhadap peguam korporat Tan Sri Cecil Abraham berhubung akuan berkanun (SD) penyiasat pensendirian mendiang P Balasubramaniam.
Malaysian Insider melaporkan, sumber yang biasa dengan prosiding itu enggan menjelaskan lebih terperinci apa yang menyebabkan Lambert Rasaratnam menarik diri daripada mewakili pihak majlis, pengadu kes.
Ahli parlimen Subang, Sivarasah Rasiah ketika dihubungi menyatakan prosiding tersebut harus disegerakan kerana ia bukan meliibatkan kes salahlaku disiplin biasa, tetapi ia bukti penting dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Majlis Peguam Malaysia“Ini bukan kes salahlaku biasa. Kes ini melibatkan pembunuhan Altantuya. Lebih teruk dari itu dakwaan wujud campur tangan dari Perdana Menteri Najib Razak.
Abraham sedang disiasat Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) dibawah Seksyen 94 Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976 bagi “kelakuan atau kegagalan dalam tindakan seorang peguam dalam tindakan profesional yang membawa kepada ketidaksopanan yang mendalam” kerana salah laku profesional.
Salah laku ini berhubung tindakan Abraham yang didakwa mendraf perakuan bersumpah (SD) untuk Balasubramaniam, semasa penyiasat persendirian itu bukan menjadi anak guamnya
Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu sebelum ini mendedahkan perbalahan mengenai SD tersebut apabila beliau membaca kenyataan disediakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 Majlis Peguam Malaysia tahun lalu.
Kata Americk, “Tan Sri Cecil Abraham mengaku kepada saya dia adalah orang yang menggubal akuan bersumpah kedua”.

Hudud: Pemimpin adil dapat naungan Arasy Allah

Brunei melalui pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang syariah fasa pertama mula dikuatkuasakan dan ia akan dikuti dengan fasa-fasa berikutnya. Fasa pertama dan kedua bermula tahun ini manakala fasa seterusnya akan bermula tahun depan.
Bagi fasa pertama, hukuman penjara dan denda akan dilaksanakan antaranya untuk pesalah yang tidak menghadiri solat Jumaat dan hamil di luar nikah. Pada lewat tahun depan, hukuman seperti rejam dengan batu kerana kesalahan meliwat dan zina akan diperkenalkan.

Ketegasan pemerintah Brunei untuk melaksanakan hukuman Allah sekalipun mendapat kecamanan organisasi dan masyarakat antarabangsa, amat mengharukan kita; kita terkesan dengan sebuah hadis yang menyatakan antara satu daripada tujuh golongan yang mendapatkan naungan Arasy Allah SWT di hari kiamat adalah pemimpin adil. Pemimpin adil dan berwawasan bukanlah ‘bekerja’ untuk ‘memuaskan nafsu’ rakyat dengan ‘menimbunkan’ kemewahan material seperti wang bertimbun dan makanan berlebihan kepada mereka tetapi berusaha keras menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Ini berpandukan doa yang sering kita mohonkan kepada Allah – ‘Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar’ yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.” (QS. Al-Baqarah 201)

Ranking The Safest Countries tidak adil untuk nilai keberkesanan hudud

Oleh Dr Zuhdi Marzuki
Saya berpandangan tidak adil menjadikan ranking The Safest Countries yang lazimnya berdasarkan Global Peace Index bagi menilai keberkesanan undang-undang Islam (hudud) untuk mencegah jenayah.
Indeks tersebut berdasarkan banyak parameter bukan sekadar kadar jenayah. Termasuk dalam parameter indeks keamanan global itu ialah kadar insiden keganasan, insiden konflik dalaman, hubungan harmoni dengan negara jiran, jumlah perbelanjaan pertahanan, jumlah anggota pasukan keselamatan dan sumbangan terhadap misi keamanan PBB.

Kalau berdasarkan parameter ini memanglah Arab Saudi dan Pakistan tertinggal ke belakang, kerana negara ini dijadikan medan untuk menghadapi pengganas oleh kuasa besar sendiri. Hubungan Pakistan dengan India sampai sekarang hampir mustahil boleh distabilkanOleh itu, mengambil indeks ini menilai keberkesanan Islam dan hukumnya untuk mengekang jenayah adalah tidak tepat. Sepatutnya lebih sesuai diambil secara spesifik kadar jenayah yang berlaku dalam 100,000 penduduk sesuai dengan tujuan hukum jenayah Islam (hudud) adalah berkaitan dengan jenayah.
Kalau diambil kadar jenayah negara yang dikatakan paling selamat itulah yang tertinggal, sebagai contoh kadar rogol berdasarkan statistik 2009:
a. Sweden berada di kedudukan kedua dengan 53.2 kes per 100,000 penduduk.
b. New Zealand di kedudukan ketiga dengan 30.9 kes.
c. Ireland di kedudukan kelima dengan 22.3 kes.
d. Iceland di kedudukan keenam dengan 21.6 kes.

Saya Cina dan beragama Kristian, dan saya okay dengan hudud

Oleh Francis Paul Siah
Apa itu hudud? Mudah – ia kanun jenayah Islam. Orang Islam tertakluk dengannya kerana kepercayaan mereka. Hudud sebahagian daripada ajaran yang perlu menjadi cara hidup. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka wajar dihukum berdasarkan hukum Islam.
Mudah. Tetapi yang sulitnya adalah hujah berhubung hudud dan kita jangkakan respon kurang bijak daripada pelbagai pihak, terutamanya dari golongan ahli politik.

Penggubal undang-undang, samada beragama Islam atau bukan Islam, bertanggungjawab menjadikan perkara ini satu kecelaruan. Allah tentu dukacita. (Saya orang Sarawak dan boleh menggunakan kalimah Allah, bukan?) Mengapa perlu ahli politik yang menjadikan perkara sebegini mudah menjadi sesuatu yang begitu rumit lagi sulit? Jawapannya sekali lagi, amat mudah. Ahli poltik mahu menjaga kepentingan sendiri dan berjuang bagi mendapatkannya. Kita – saya dan anda – tidak mempunyai objektif seperti mereka. Maka bagi kita, isu ini sebenarnya agak jelas.
Saya lega kerana seorang ahli politik, atau ahli parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof berkongsi pendapat yang sama apabila menulis di Malaysiakini baru-baru ini. Katanya, beliau perlu memberi keadilan bagi isu negara Islam serta hudud kerana terlalu banyak pihak dengan kepentingan peribadi memberi pandangan kabur tentangnya. Isu tersebut ditampilkan sebagai berunsur politik tanpa penjelasan yang sewajarnya.
Jadi, kita ada ahli politik yang menyalahkan ahli-ahli politik yang lain – yang bertanggungjawab menyebabkan seruan Rasulallah (saw) menjadi pertelagahan politik. Ini jelas menghina agama, fikir saya.
Isu ini lantas menjadi lebih kabur akibat persengketaan ahli politik kita.
PAS mahukannya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata “bukan sekarang”. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata “Malaysia belum bersedia”.
Dari pandangan mata saya, PAS satu-satunya parti yang konsisten tentang perkara ini. Pemimpin PAS tidak berganjak, dan sebagai seorang Kristian, saya turut kagum dengan pendirian mereka. Islam merupakan asas perjuangan dan seharusnya begitu. PAS ialah Islam dan Islam ialah PAS. Tanpa Islam, PAS wajar dibubarkan.
Saya memberitahu rakan-rakan, sekiranya saya Melayu dan beragama Islam dan berminat di dalam arena politik, saya akan sertai PAS. Saya kurang minat parti berasaskan perjuangan bangsa sambil hanya mempergunakan Islam.
Jelaskan pada saya, parti Melayu mana yang konsisten sebagaimana PAS di dalam memperjuangkan Islam? Jika ada, saya sanggup menjadi khadamnya.

Hudud: Senario yang tidak ingin kita lihat

Apa agaknya yang akan berlaku kepada negara ini jika PAS bertegas dengan rancangannya untuk melaksanakan hudud di Kelantan dan mendapat sokongan Umno, manakala DAP dan MCA yang menentangnya pula akan keluar Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN)?
Itulah yang dipersoalkan penganalisis politik Kelantan, Dr Kamarul Yusof yang menganalisis perkembangan berikutan cadangan Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Susulan pengumuman Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub bahawa negeri itu akan membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, pelbagai polemik tercetus.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke meminta PAS meninggalkan PR jika mahu meneruskan agenda itu, kerana ia bukan dasar bersama PAS, PKR dan DAP.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata partinya akan mengkaji kedudukannya dalam BN jika Umno menyokong hudud.
Beberapa ahli Parlimen Umno pula menyatakan sokongan kepada cadangan Kelantan itu, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berjanji Putrajaya akan membantu mana-mana negeri yang mahu melaksanakan undang-undang itu.
Melalui akaun Facebooknya, Kamarul yang mendapat Ijazah Kedoktoran dalam kajian mengenai PAS menulis: “Diandaikan perkara-perkara ini (walaupun kemungkinan untuk ia berlaku adalah terlalu samar) terjadi:

Apa jadi dengan siasatan pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, soal DAP


Ahli DAP, Teresa Kok dan Ong Kian Ming bersama mangsa sindiket penyelupan kereta di Langkawi melibatkan penjawat awam semasa di sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Mei, 2014.  
Ahli DAP, Teresa Kok dan Ong Kian Ming bersama mangsa sindiket penyelupan kereta di Langkawi melibatkan penjawat awam semasa di sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 9 Mei, 2014. Selepas setahun kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim, sehingga kini tiada sebarang perkembangan mengenai siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi daripada pihak polis, kata ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.
Pemimpin DAP itu berkata, sehingga kini siasatan bagi kes pembunuhan Shaharuddin yang berlaku April lepas menjadi tanda tanya seolah-olah seperti tergantung tanpa sebarang maklumat terbaru mengenai suspek pembunuhan.
"Kita tertanya-tanya apa terjadi dengan siasatan kes tersebut, kerana sudah masuk setahun pihak polis hanya mendiamkan diri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur hari ini.
Katanya dengan ketiadaan maklumat atau perkembangan terbaru kes pembunuhan Shaharuddin, ia jelas bertentangan dengan‎ kenyataan bekas ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar yang menyatakan pihak berkuasa tidak dapat menerima apabila terdapat pegawai tertinggi kerajaan menjadi mangsa.
Shaharuddin ditembak mati di Putrajaya pada 26 April tahun lepas, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
‎Beliau yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri pada masa itu hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.
Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan dan sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam, dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Dakwa guna PAA, AG ikut skrip politik BN

bukhairy_bard_edyKUALA LUMPUR 9 MEI: Tindakan Pejabat Peguam Negara (AG) meneruskan dakwaan terhadap aktivis menggunakan Akta Perhimpunan Aman (PAA) hanya meneruskan ‘skrip’ arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Keputusan yang dibuat oleh AG bukan berdasarkan undang-undang, tapi ia adalah permainan politik. Mereka terus salah guna kuasa.
“Apa yang dibuat AG hanyalah betul-betul membaca skrip sahaja,” kata penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin yang lebih dikenali sebagai CheguBard.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Keadilandaily di mahkamah selepas perbicaraan semula di bawah seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan himpunan Turun di Dataran Merdeka pada ambang tahun baru 2014.
Selain CheguBard, turut didakwa semula ialah Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd. Bukhairy Sofian dan Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Ridhuan kerana gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Dang Wangi, 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.
Mengikut pertuduhan kesemua mereka boleh dihukum didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000
Tiga aktivis tersebut yang sebelum ini dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 April setelah mahkamah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan menerima waran 7 Mei lalu supaya hadir hari ini untuk pendakwaan semula.

Siapa yang bayar semua ni?


Obama visit protest lands students in trouble

Pemilihan KEADILAN Neg. Sembilan & W. Persekutuan bermula esok

pemilihan 2014
KUALA LUMPUR 9 MEI: Pengundian Pemilihan KEADILAN 2014 peringkat Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan akan bermula esok (Sabtu), 10 Mei 2014.
Manakala bagi negeri Selangor, pengundian akan dijalankan pada hari Ahad, 11 Mei 2014.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) KEADILAN 7 Mei lalu memaklumkan 17 Cabang didapati bermasalah.
JPP membuat keputusan bahawa 17 Cabang tersebut akan mengadakan pemilihan bagi peringkat Cabang dan/atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada hari Sabtu 17hb Mei 2014:
Berikut adalah kedudukan undi terkini sehingga 4 Mei 2014 bagi jawatan utama.
Keputusan Semasa Jawatan Timbalan Presiden:
Mohamed Azmin Ali (9,876)
Abd Khalid Ibrahiim (6,217 )
Saifuddin Nasution Ismail (5,717)
Keputusan Semasa Jawatan Naib Presiden
Nurul Izzah Anwar (13,013 )
Tian Chua (11,845 )
Mohd Rafizi Ramli (10,561 )
Baru Bian (7,210 )
Shamsul Iskandar (7,161 )
Dr Xavier Jayakumar (6,776 )
Fuziah Salleh (5,955 )
Lee Chin Cheh (4,814 )
Mustafa Kamil Ayub (4,381 )
N Surendran (2,533)
Dr R Summugan (2,306)
Keputusan Semasa Jawatan Ketua Wanita
Zuraida Kamaruddin (3,180 )
Rodziah Ismail (2,626)

Naib presiden PCM umum bertanding PRK Bukit Gelugor


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei.
Huan, 53, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.
"Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas naib presiden Gerakan dan ahli Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.
"Malah ketika bukan lagi bergelar ahli Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.
Katanya, manifesto pilihan raya dan slogan PCM yang akan digunakannya nanti akan diumum selepas hari penamaan calon, Isnin depan.
"Jentera pilihan raya PCM juga bersiap sedia dan kami sudah mula turun berjumpa penduduk di sekitar Bukit Gelugor serta mendapat maklum balas yang baik, kita akan pergiat kempen selepas penamaan calon Isnin ini," katanya.

ISMA: Hadkan pembabitan politik Cina tapi cukai mereka

Laporan MCA tak tanding di Bkt Gelugor hanya spekulasi

'Pendatang' tiada hak halang Malaysia sebagai negara Islam - ISMA

Pemikiran Dua Pemimpin Pemuda Yang Merbahaya Kepada Masa Depan UMNO

Isu pemansuhan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan terus menjadi isu hangat dalam UMNO dan di kalangan orang Melayu. Sejak pengumuman mengenai perkara itu yang menimbulkan kontroversi sehingga kemudian Perdana Menteri, Najib Razak menafikan adanya sebarang pemansuhan diputuskan oleh kerajaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu juga diarahkan meminta maaf, isu yang terus menjadi perbualan ialah sikap dan pendirian dua pemimpin Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naibnya, Khairul Azwan Harun mengenainya.

Sama ada pemansuhan itu benar-benar diputuskan oleh kerajaan atau sebaliknya tidaklah lagi penting tetapi yang pentingnya Najib akhirnya menyedari bahawa beliau dan kabinet telah membuat kesilapan mengenai perkara itu. Berikutan reaksi negatif yang diterimanya dan untuk mengelakkan ia menjadi isu yang berlanjutan di kalangan orang Melayu, Najib dengan pantas menafikan adanya sebarang perubahan mengenai perkara itu.

Seharusnya dalam isu seperti ini, membincangkannya pun tidak perlu kerana keperluan mengisi identiti kaum berkaitan secara langsung dengan hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana jika ianya ditanggalkan, lebih memungkinkan bangsa Melayu terus tercicir, diketepi dan ditinggalkan.

Maknanya, keperluan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan akan terus dikekalkan, begitu juga keperluan mengisinya, sesuai dengan keadaan negara yang berbilang kaum serta masih mengekalkan hak-hak istimewa orang Melayu.

Bagaimanapuan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan yang kemenangannya dalam pemilihan lalu dengan cara pengiraan undi beberapa kali serta kalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian di Pasir Salak, telah cuba menunjukkan sikap liberal dan terbuka mengenai isu ini dengan menulis di twitternya yang berbunyi, "Bukan nama bangsa pada borang jadi penentu survival dan kejayaan kaum Melayu."

Kemudian beliau menulis lagi, "Bangsa akan berjaya kalau pengisian jati diri dengan ilmu dan semangat waja berterusan. Kemelayuan bukan sekadar dalam borang. Melayu itu luas"

DAP tuntut jawapan Putrajaya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi


DAP hari ini ‎menuntut jawapan daripada Putrajaya berhubung  sindiket penyeludupan kereta di Langkawi memandangkan ramai dilaporkan menjadi mangsa apabila tidak menyedari membeli kenderaan yang di bawa keluar daripada pulau tersebut.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar) berkata, kebanyakkan mangsa tertipu dengan sindiket kemudiannya diberitahu kenderaan itu daripada Langkawi  di mana mereka perlu membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia  untuk mendapatkan kembali kereta mereka.
Katanya laporan juga sudah diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sindiket tersebut namun badan tersebut hanya mendiamkan diri.
Katanya bukan sahaja SPRM, malah pihaknya juga bertindak menulis surat kepada kementerian berkaitan termasuk ‎ Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low bagaimanapun tiada maklum balas diterima.
"Ramai yang menjadi mangsa daripada sindiket tersebut apabila mereka semua tidak menyedari membeli kereta daripada Langkawi kerana semasa transaksi itu pembelian berdasarkan dokumen sahih.
"Malah, permohonan peminjaman ‎bagi pembelian kereta juga diluluskan oleh pihak bank melalui dokumen yang diberikan pengedar kereta, bagaimana selepas hampir dua tahun pihak Kastam memaklumkan bahawa kereta tersebut merupakan'barang belum lulus Kastam’ dan pembeli diminta untuk membayar duti," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur.
Beliau berkata aduan tersebut menimbulkan kerugian apabila pihak Kastam mendakwa kereta terpakai tersebut diklasifikasikan sebagai "barang belum lulus" walhal ia sudah dibawa keluar daripada Langkawi.

Mereka tidak memahami hudud - Kumutha


KUALA LUMPUR: Tindakan Wanita MCA membuat laporan polis berhubung hasrat PAS Kelantan membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap hukum tersebut.
Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Kumutha Raman, berpandangan tindakan itu disebabkan mereka bukan beragama Islam dan tidak memahami secara jelas berkaitan hukum jenayah Islam.
"Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang hudud. Sebab itu mereka bimbang dan mendakwa akan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Jika mereka faham apa itu hudud, saya fikir mereka tidak mempunyai masalah dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang menyokong pelaksanaan hukum hudud menambah, jika rakyat bukan Islam di negara ini diberikan penerangan secara terperinci berkaitan hudud, ia tidak menimbulkan pelbagai kerisauan dan persoalan di kalangan mereka.
Berdasarkan pengalaman beliau menjadi salah seorang panelis pada majlis forum berkaitan hudud di Sabak Bernam, minggu lalu, beliau mendapati kebanyakan hadirin bukan Islam yang membangkitkan persoalan berkaitan hudud akhirnya jelas dan faham dengan penerangan yang diberikan pada majlis tersebut.
"Saya ditemui hadirin selepas tamat forum hudud tersebut yng akhirnya mengakui faham tentang hudud ini. Malah ada di kalangan mereka yang berasakan pelaksanaan hudud ini boleh membantu mencegah kegiatan jenayah yang semakin berleluasa," jelas beliau.

Hudud untuk semua, bukan umat Islam saja, kata Isma


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman gesa hukuman hudud untuk semua, tidak terhadap kepada Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman gesa hukuman hudud untuk semua, tidak terhadap kepada Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mei, 2014.Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa hukuman hudud tidak dikuatkuasakan kepada umat Islam sahaja tetapi kepada masyarakat bukan Islam juga.
Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata hudud dilaksanakan demi kesejahteraan negara dan ia mampu menghalang pesalah daripada melakukan jenayah.
"Ya, ia patut untuk semua. Bagi umat Islam ia penghapusan dosa dan kepada bukan Islam ia demi kepentingan negara dan keselamatan awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Isma di Bangi, Selangor, hari ini.
Abdullah berkata, pencuri yang melakukan jenayah curi perlu menerima hukuman yang sama tanpa mengira latar belakang kaum.
"Dengan ini, kaum Cina tidak boleh mencuri daripada orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Tidak adil jika hanya satu kaum dihukum dan yang lain tidak dihukum kerana mencuri, " katanya.

TG Nik Abdul Aziz bidas pensyarah kata hudud gagal

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan pensyarah yang mengatakan hukum hudud gagal ekoran kegagalan pelaksanaan hukum jenayah syariah itu di beberapa buah negara.

Bagi beliau, tindakan pensyarah seperti itu bukannya mahu menghidupkan Islam sebaliknya mematikan agama itu.

"Ni pensyarah macam ni, para hadirin semua, pensyarah yang orang panggil nak perhidup Islam dak, nak mapuh Islam," ujarnya ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu, di sini pagi tadi.

Beliau berkata, pensyarah yang menyatakan demikian kerana dia berfikir 'cara orang' dan tidak memikirkan 'cara Allah'.

"Para hadirin semua, kalau hudud ni gagal, sembahyang ni, kerana apa kita sembahyang?" tanya beliau kepada para hadirin.

Jelasnya, sembahyang boleh menyekat manusia daripada melakukan perkara keji.

Bagaimanapun, katanya dalam suasana orang mengerjakan sembahyang tetapi perkara yang keji seperti berjudi, rasuah dan masalah dadah berlaku juga.

Can activists be re-charged under PAA?

Thai anti-government protesters rally

Cina penceroboh: Isma enggan mohon maaf, kenyataan itu satu amaran


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman tetap enggan memohon maaf atas kenyataannya mendakwa orang Cina penceroboh di Tanah Melayu. Gambar fail.Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman tetap enggan memohon maaf atas kenyataannya mendakwa orang Cina penceroboh di Tanah Melayu. Gambar fail.Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman enggan mengemukakan permohonan maaf atas kenyataannya yang mendakwa kaum Cina sebagai pendatang.
Beliau berkata, tindakan agresif bukan Islam seperti membuat laporan polis terhadap dakwaannya dilihat sebagai tindakan menghalang hak keistimewaan Melayu dalam Perlembagaan.
"Mereka bimbang ia akan menghalang usaha mereka untuk mengubah identiti negara yang jauh daripada hak Melayu dan mengenepikan kedaulatan Melayu dan Islam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Isma, di Bangi hari ini.
Abdullah berkata, kenyataannya sebelum ini bertujuan memberi amaran dan peringatan kepada bukan Islam supaya tidak lagi mengkritik mengenai hal ehwal Islam.
Sebelum ini, beliau mendakwa pendatang China yang dibawa British ke Tanah Melayu merupakan penceroboh malah kewarganegaraan dan kemewahan yang diperoleh mereka juga boleh dipersoalkan.

Perjuangan Kita- dipihak mana kita berdiri?

Negara kita berbilang bangsa. Antara satu kesan negative ialah ianya membolehkan pihak yang tidak bertanggung jawab melagakan satu kaum dengan satu kaum yang lain. Tentangan DAP misalnya terhadap BN yang didominasi oleh parti Melayu UMNO , segera dilihat sebagai penentangan suatu kumpulan cina terhadap sebuah kerajaan Melayu. For all intents and purposes, dan kita tidak perlu menipu diri sendiri, kerajaan hari ini dilihat sebagai sebuah kerajaan Melayu. Maka apa sahaja tentangan terhadap nya, disamakan sebagai penentangan terhadap bangsa Melayu. 
Ianya tidak betul, tapi itulah hakikat nya.
Tapi apa jadi, jika semua penduduk negara ini Melayu? Bagaimana kita kategorikan tentangan terhadap kerajaan nya? durhaka? Murtad bangsa? Pembelot?
Adakah atas nama bangsa , kita akan lupakan sahaja salahguna kuasa, penindasan, incompetence, rompakan khazanah negara, pemiskinan rakyat majority? Ynag menindas ialah Melayu, yang kena tindas, baki yang majoriti semua nya Melayu. 
Dalam keadaan ini, soalan yang releven ialah kita berdiri dipihak mana? Dipihak penindas atau yang kena tindas?
Saya keluar UMNO dan masuk DAP- itu penghijrahan yang tidak begitu penting- yang penting ialah pilihan untuk menjadi jurucakap pihak siapa? saya tetap juga bercakap mengenai perkara2 yang saya cakap hari ini. Antara nya, bagaimana kerajaan UMNO yang neo feudal hari ini di ketuai oleh barisan pemimpin yang mengayakan diri diatas nama bangsa Melayu.
Jual tanah melayu, jual harta benda, songlap duit  rakyat, buat projek dengan agenda mengayakan diri dan kawan2 cina dan india, rompak harta rakyat, ujudkan monopoli, lari dari bayar cukai. Ini semua dilakukan oleh kerajaan Melayu. Jika dalam keadaan demikian, saya mahu dicap apa? Barua siapa? Yang saya tentang ialah kezaliman.  Jika sekarang saya disebut sebagai barua cina, maka dalam keadaan dimana perkara yang saya sebut belaku dalam negara kita yang semua nya Melayu- maka saya mestilah barua Melayu.

Apabila Membodek Tak Menjadi, Ali Baharom @ Ali Tinju Ketua Tarian Bontot Keluar UMNO...

Saya Mohd Ali Hj Baharom

Selaku Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Ahli UMNO dgn ini keluar menjadi ahli UMNO dan menyokong kuat kerajaan Barisan Nasional

Pemimpin UMNO perosak orang2 Melayu, dlm Islam tolak perbuatan begini..."

"Kadang kala ku fikirkan kembalikan kekuatan UMNO tetapi yg berkuasa pecahbelah kekuatan ahli2 Umno Sebab tak menyokong kemenangan...

Selamat tinggal UMNO tapi aku undi BN"

Begitulah bunyi ayatnya didinding laman sosialnya Facebook .. keluar beliau dari UMNO tidak mengurangkan kelemahan yang sedia ada .. kehadirannya dalam UMNO pun tidak memberi kekuatan sedikit pun. Ini adalah kenyataan .. sebaliknya tiada beliau dalam UMNO lebih baik untuk UMNO kerana beliau sudah dianggap liabiliti .. hanya kerjanya ialah buat tarian punggung dan pertahankan bermati-matian Rosmah Mansor... sekali sekala buat demo catuan air. -omakkau


‘Butt exercise’ protest leader quits Umno

PETALING JAYA: Malaysian Armed Forces Veterans president Mohd Ali Baharom of “butt exercise” fame has announced his resignation from Umno due to issues with the party’s leadership.

Mohd Ali, who made headlines after leading a group of veterans in doing “butt exercises” in front of Bersih founder Datuk S Ambiga’s house in 2012, made the announcement on Facebook late Tuesday night.

“Umno leadership is ruining Malays, in Islam we must reject such doings,” he said.

“I sometimes consider restoring the strength of Umno but those in power split the strength of Umno members because they do not support victory.”

However, Mohd Ali underlined his firm support for the Barisan Nasional.

“Farewell Umno, but I vote BN,” he said.

Raikan Hari Kebebasan Akhbar bersama Pak Samad, 10 Mei

BATU: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan PAS Kawasan Batu akan meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 pada 10 Mei ini, jam 9.00 malam di Dewan Orang Ramai, Taman Gombak bersebelahan Taman Gombak Ria.

Program yang dikenali sebagai "Temu Mata Dato' A Samad Said Bersama Facebooker, Bloggers, Wartawan & Penulis" turut mengundang Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Yang DiPertua PAS Batu, Ishak Surin sebagai gandingan panelis dalam "gebang-gebang santai" mengenai kebebasan media di negara ini, selain tokoh Sasterawan Negara.

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diraikan pada 3 Mei setiap tahun.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Marzuki Zakaria, semua facebooker, bloggers, wartawan, penulis dan orang ramai yang berminat sekitar Lembah Klang dijemput hadir bagi menggerakkan satu perbincangan media menuju PRU14 akan datang.

"Mereka yang datang awal, ada disediakan nasi Arab kambing.

"Lokasi dewan masuk ikut Greenwood menuju ke Taman Melewar. Dewan betul-betul berhadapan SMK Taman Gombak selepas selekoh tajam," ujarnya.

Sedia Atau Tidak: Wacana Sinar perjelas isu hudud

MUKADIMAH

Hampir keempat-empat panel menyokong pelaksanaan hudud yang akan diusulkan Kelantan dalam Wacana Sinar Harian siri ke 27 berjudul Hudud: Bersediakah Kita?

Bagaimanapun mereka mahukan perincian secara jelas berkenaan hukum tersebut supaya tidak timbul kekeliruan yang akhirnya menyebabkan undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan.

Ikuti perbincangan ini yang dikupas oleh empat panel iaitu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bekas mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Timbalan Pengarah Institut Wastiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong yang dipengerusikan oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Dr Asri : Sebagai orang Muslim tiada orang akan pertikaikan hudud kerana ia adalah perkara yang disebut ALLAH SWT dalam al-Quran.

Itu prinsip awal yang saya mahu jelaskan, cuma apa yang kita mahu bincangkan adakah sudah sampai masanya boleh atau tidak untuk kita laksanakan hudud.

Saya buat perkara yang mudah untuk difahami, zakat adalah kewajipan, tapi bukan semua yang wajib, hanya orang yang mampu sahaja diwajibkan, pergi haji adalah satu kewajipan, tapi kalau ada puting beliung dalam perjalanan, wang tidak cukup, tidak diwajibkan, sembahyang wajib berdiri, tapi kalau kita sakit, patah kaki kita tidak diwajibkan berdiri.

Bukan mempertikaikan hukum, tapi bagaimana hukum itu akan dilaksanakan. Saya sebut yang pertama adalah sejarah pelaksanaan hudud bukan mudah.

Contohnya ada pengkaji mengatakan sejak zaman Abasiyah lagi hudud tidak ditekankan, mereka dapati daripada golongan pengembara yang mengatakan bahawa hudud sudah tidak diberikan penekanan.

Kesukaran itu, bukan tidak mahu buat. Dalam keadaan sekarang yang moden ini, kita ada Pakistan, Libya, Nigeria, Sudan yang cuba buat, tapi kesemua negara ini menghentikan hudud yang mereka buat kerana perubahan keadaan.

Disebabkan keadaan yang tidak sama antara zaman nabi dan zaman sekarang bagi yang memerlukan perkara baru perlu dilihat.

Kerana memerlukan ijtihad-ijtihad baru, tapi yang masih berjalan (hudud) adalah di Arab Saudi.

Jadi kita tahu negara yang tidak takutkan kekerasan seperti Pakistan, Libya dan Sudan yang melihat kematian dan darah setiap hari pun tidak dapat meneruskan hudud.

Jadi kemudian Brunei yang mahu laksanakan, dan Kelantan juga mahu melaksanakannya. Tentu sebagai Muslim kita tidak tentang hudud ini, tetapi persoalan yang mungkin kita bincang sebagai ahli ilmuan bagaimana ia dilaksanakan sehingga mencapai keadilan yang dikehendaki Rasulullah.

Jadi saya lihat perbahasan kita hari ini adakah kita mahu laksanakan hari ini, kita perlu kemas kini atau landasan ia masih jauh dan kita perlu tahu suasana hari ini.

Sebelum Rasulullah melaksanakan hudud ia memastikan beberapa perkara antaranya sukar untuk seseorang dikenakan hudud, nabi memudahkan yang halal dan memayahkan yang haram.

Nabi ketika memotong tangan orang mencuri, langsung tiada kepentingan untuk dirinya, kita ingat apa yang nabi sebut bahawa binasa orang-orang yang sebelum kamu kerana apabila orang-orang mulia mencuri, orang-orang ada nama mencuri dibiarkan. Tapi jika orang-orang biasa mencuri ditegakkan hudud.

Baginda bersabda bahawa demi ALLAH jika Fatimah binti Muhammad, anak nabi mencuri, aku potong tangannya.

Sehingga manusia sama di hadapan undang-undang dalam satu masyarakat yang ada golongan yang tidak boleh disentuh, tidak boleh dibawa ke mahkamah, hudud tidak boleh dibuat kerana ada orang yang tidak sama di hadapan undang-undang.

Di Arab Saudi sendiri pun ada orang-orang tidak boleh dibawa ke mahkamah, saya mengalu-alukan Brunei, tapi saya rasa enakmennya pun ada undang-undang yang tidak boleh membawa seseorang ke mahkamah.

Sehingga nabi bersabda, bahawa Demi Fatimah binti Muhamad jika mencuri akan dipotong tangan, sehingga suasana itu berlaku, yang berada di istana sama sahaja yang berada di rumah buruk dibawa mahkamah, hudud akan berfungsi, jika tidak maka binasa pelaksanaannya.

Mohd Amar : Kita tahu kerajaan Kelantan akan melaksanakan hudud dan enakmen 1993 yang diluluskan Kelantan. Isunya bukan kita mahu potong tangan orang, tapi isunya yang besar adalah untuk menjadikan undang-undang jenayah Islam ini sebagai sebahagian dalam undang-undang negara kita.

Kita di Malaysia undang-undang ini belum diterima lagi, kita belum cakap mahu potong tangan orang, tapi kita mahu letakkan undang-undang jenayah Islam ini pada tempatnya.

Kalau kita boleh guna analogi, kita sekarang baru mahu beli kereta, bukan memandu kereta lagi, jadi masalah besarnya kita belum ada kereta lagi, yang disebut Dr Asri itu takut langgar orang, langgar lampu isyarat, tapi itu jika sudah ada kereta, tapi sekarang kereta belum ada lagi, jadi apa yang kita mahu buat di Kelantan sebagai sebahagian daripada undang-undang negara ini, untuk melaksanakan hudud ini kita perlu tengok dulu, Dr Asri pun saya yakin tahu ada syarat-syarat yang ketat untuk potong tangan, rejam orang berzina, orang yang mencuri kerana miskin, kerana desakan hidup tidak akan dipotong tangan, ini berlaku pada zaman Saidina Umar.

Beberapa kes yang disebut dalam sejarah, apa yang penting biarlah kita orang Islam meletakkan undang-undang Islam di tempatnya yang diiktiraf sebahagian undang-undang dalam negara ini walaupun hanya untuk orang-orang Islam sahaja.

Bukan pertandingan siapa paling kuat tolak hudud

KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa semua ahli Parlimen tidak terperangkap dengan sindrom Islamofobia yang kini sedang menjadi alat menyekat apa sahaja unsur yang beraliran Islam.

Bagi Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, MCA dan Gerakan yang meraih kesempatan untuk menyerang dan mencabar DAP untuk mengugut PAS dalam isu hudud adalah suatu politik kebudak-budakan.

“Ternyata dalam isu ini kematangan politik hampir dipupuskan oleh mereka yang cuba menjuarai isu antihudud, seolah-olah ada suatu agenda pertandingan, siapa paling kuat menolak hudud sedang diperlihatkan dalam medan politik negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) merumuskan reaksi panik yang ditampilkan terhadap hudud oleh MCA dan Gerakan yang menjadi rakan anggota Umno dalam BN, jelas membuktikan Umno gagal memahamkan mereka mengenai undang-undang jenayah syariah walaupun setelah selama 56 tahun negara ini merdeka.

Semua anggota BN nampaknya tidur sekelambu tetapi tidak dibenarkan bermimpi dengan mimpi yang sama. Akhirnya akibat bersekutu tetapi sarat dan tebal dengan perasaan asobiyah menyebabkan prasangka bersarang apabila isu hudud ditampilkan.

Oleh itu, tidak terlalu mengejutkan reaksi mereka sedemikian rupa sehingga pandangan negatif ditunjukkan kepada cadangan PAS mahu membentang bil persendirian mengenai hudud pada sidang Parlimen yang akan datang.

Malah sikap negatif terhadap hudud yang diperlihatkan oleh pemimpin Umno sendiri selama inilah telah menyemaikan persepsi negatif malah fobia terhadap hukum Islam dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Putrajaya tidak layan kami dengan adil, kata Adun Sarawak


Adun Kota Sentosa, Chong Chieng Jen berkata Putrajaya usah pandang ringan keperluan Sarawak. Gambar fail The Malaysian Insider.Adun Kota Sentosa, Chong Chieng Jen berkata Putrajaya usah pandang ringan keperluan Sarawak. Gambar fail The Malaysian Insider.Jika referendum dibuat untuk menentukan sama ada perlu atau tidak Sarawak kekal di Malaysia dilakukan hari ini, 75% penduduk Sarawak akan minta pemisahan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Chong Chieng Jen hari ini.
Adun DAP itu berkata, "rompakan" sumber hasil bumi Sarawak seperti minyak dan gas di negeri itu berbanding semenanjung Malaysia menyebabkan penduduk Sarawak tidak berpuas hati terhadap Putrajaya.
Beliau turut memberi amaran kepada Putrajaya untuk tidak memandang ringan perkara itu.
"Jangan perkecilkan sentimen ini," katanya ketika membentangkan usul meningkatkan royalti minyak dan gas daripada 5% kepada 20% yang dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri.

Kerajaan BN diminta jelaskan pencerobohan kapal perang China di perairan negara

Kenyataan menteri bercanggah dengan kenyataan TLDM

kapal perag chinaPETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan diminta memberi penjelasan penuh mengenai kemasukan tiga buah kapal perang China di perairan Sarawak pada bulan Januari tahun ini.
Menurut ahli parlimen Batu Gajah, V.Sivakumar, ini adalah penting untuk keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.
Katanya, Kerajaan Persekutuan tidak boleh lupa kepada Perjanjian Malaysia 1963 yang menjanjikan perlindungan keselamatan kepada Sabah dan Sarawak.
“Perjanjian ini dibuat oleh pemimpin-pemimpin Malaya, Sabah dan Sarawak. Perkara keselamatan Sabah dan Sarawak adalah salah satu syarat penyertaaan dan penubuhan Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak masih tidak faham kenapa tentera laut kita gagal bertindak ke atas kehadiran kapal laut China yang memasuki perairan Sarawak?
“Kerajaan harus bertanggungjawab dan memberi jawapan yang dikehendaki untuk menjaga kepentingan dan kedaulatan negara kita ini,” katanya.
Katanya lagi, kerajaan juga harus mengambil segala langkah-langkah keselamatan supaya pencerobohan seperti ini tidak akan berlaku pada masa hadapan dan bertindak tegas terhadap sesiapa jua yang melanggar memasuki sempadan negara kita.
Pencerobohan kapal perang Republik Rakyat China dalam kawasan perairan negara di Laut China Selatan berlaku hampir setiap tahun semenjak tahun 2011.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, pada tahun 2013 berlaku peningkatan pencerobohan oleh aset-aset Republik Rakyat China yang tertumpu di kawasan Beting Patingi Ali, Beting Raja Jarom dan Beting Serupai (James Shoal). Semuanya terletak dalam kawasan Zon Ekonomi Ekslusif Malaysia (ZEE).
Sepanjang tahun 2013 sehingga Februari 2014 sebanyak tujuh pencerobohan dikesan yang melibatkan 16 buah aset-aset tentera laut yang dikenali sebagai People’s Liberation Army Navy dan juga China Coast Guard.

Pemuda Umno Pulau Pinang cabar MCA keluar dari BN

MCA sepatutnya menilai kekuatan diri sendiri dalam BN.

GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengecam kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Wee Ka Siong yang berbaur ugutan untuk menilai semula kedudukan MCA dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya Umno menyokong perlaksanaan hukum hudud di negara ini.
Rafizal Abdul RahimMenurut ketuanya, Rafizal Abdul Rahim, Pemuda Umno Pulau Pinang ingin memberi kata dua kepada beliau supaya tidak mencemarkan keharmonian yang terbina  dalam keluarga BN atau keluar saja dari BN.
“Sepatutnya beliau perlu merujuk kepada Umno dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional dan menilai terlebih dahulu kekuatan MCA dalam BN dan perlu memberi tumpuan terhadap gerak kerja menarik kembali sokongan golongan muda Cina kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Beliau juga mengutuk kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak bersetuju terhadap perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.
“Inikah cara pimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dicanang-canangkan??? Pihak kami ingin mencabar Mohamad bin Sabu (Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) supaya menyatakan pendirian segera terhadap isu ini termasuklah pemimpin Islam dan Melayu dalam PKR,” tegasnya.
Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, hukum hudud merupakan undang-undang terbaik yang diturunkan kepada manusia.
“Kepada semua pihak, jangan sesekali kurang ajar dan biadap dengan memperlekeh serta menghina undang-undang tertinggi umat Islam ini dalam menjaga Maqasid Syar’iyah,” katanya lagi.

MH370: Keluarga bersatu, gesa kerajaan keluarkan data kasar satelit


Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 masih tidak putus asa dan gesa kerajaan tiga negara beri data kasar satelit untuk dianalisis pihak ketiga. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang dan anak kapal MH370 masih tidak putus asa dan gesa kerajaan tiga negara beri data kasar satelit untuk dianalisis pihak ketiga. Gambar fail The Malaysian Insider.Keluarga penumpang pesawat MH370 – menggelar diri mereka Voice370 – menghantar surat terbuka kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia, minta menganalisa semula dan mengeluarkan data satelit terdahulu dan sebarang maklumat, ketika misi pencarian Boeing 777-200ER itu melepas tempoh dua bulan tanpa hasil.
Voice270 berkata, ia mewakili lebih 300 ahli keluarga 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac dan dianggap terhempas di Lautan Hindi.
Pada 28 April, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata pencarian pesawat hilang itu memasuki “fasa baru” selepas operasi mencari bawah laut tidak menemui apa-apa.
“Berikutan tiada bukti fizikal MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, keluarga mendesak kesimpulan, berdasarkan data analisis Inmarsat, menyatakan pesawat itu berakhir di lautan,” kata Voice370, menggesa tiga kerajaan berkenaan untuk mempertimbang semula ketepatan data Inmarsat.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perjalanan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dan kesimpulan tu dibuat berdasarkan kepada data dan analisis daripada firma satelit British, Inmarsat.
Voice370 berkata,”jika analisis Inmarsat tidak dapat mengenepikan kemungkinan laluan pesawat lain, fakta itu perlu diambil kira”.

‘Legal ah long’: Bank Negara sleeping

Bank Negara's inaction has indirectly 'sanctioned' creditors and even top corporates to hire villainous debt collection agencies to act on their behalf.

PETALING JAYA: The rising menace of debt collectors is caused by the lackadaisical attitude of Bank Negara, said the Consumers Association of Subang and Shah Alam (Cassa).
Speaking to FMT, Cassa president Jacob George said that as the regulator, Bank Negara was supposed to reprimand banks which use dubious methods to collect overdue payments from customers.
legal ah longs“But why is Bank Negara keeping quiet? Nobody is protecting the consumers. Probably it will only act when some big shot politicians get harassed by debt collectors,” said an upset George.
Yesterday, several people came forward and told FMT on the harassment, threats and intimidation they suffered from debt collectors.
Some of the debt collectors even gatecrashed customers’ homes and humiliated them in full view of their neighbours for not making payments on time. They had even gone as far as shaming the customers at their work place.
It is said that these debt collectors from registered agencies are third parties hired by banks, well known corporates or other credit companies to collect debts on their behalf.
George said that there were three types of debt collectors; namely the licensed collectors, those who outsource the collection to call centres and lastly those linked to the underworld.
Bank Negara’s approach despicable
However, George questioned on how the creditors could reveal private data of a customer to a third party despite Malaysia having enacted the Personal Data Protection Act 2010.
He also claimed that some bank employees sell personal details of their customers to third parties for hefty payments.
“If you ask me, Bank Negara’s approach to this is despicable. How could the banks simply give away their customers’ personal data just like that?”he asked.
On the debt collectors, George said that his group had received numerous complaints from consumers on the former’s harassment, with one case even leading to suicide.
“Last year, a man took his own life before Deepavali as he could not stand the harassment by the debt collectors,” he said.

Bantah TPPA: 3 siswa UM terima surat tunjuk sebab


Tiga pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab kerana mengadakan protes sewaktu lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke kampus tersebut.

Ketiga-tiga pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan timbalan setiausaha Leong Yu Sheng.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP) UM semalam melalui emel kepada mereka.

Pelajar itu mengadakan protes ringkas mengenai Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan sokongan kepada rakyat Mesir semasa presiden itu datang ke universiti itu pada 27 April lalu di mana beliau bertemu peserta Young Southeast Asian Leadership Initiative.

"Kami menerima surat yang mendakwa kami melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis 'No TPPA' dan logo pasal kes di Mesir," kata Leong ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurutnya lagi, Leong berkata mereka diberi masa selama tujuh hari daripada tarikh surat itu untuk menjawab surat daripada pihak HEP.

Katanya, pihaknya akan mengadakan sidang media berhubung isu ini 3 petang ini.

Hudud: PAS K'tan tak ganjak walau ditentang hebat


Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mahmood menegaskan parti itu tidak akan berganjak untuk melasanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 walau ditentang hebat DAP dan MCA.

Beliau turut mengakui ada halangan dan tiada kata sepakat dalam Pakatan Rakyat namun ia tidak menjadi masalah besar kerana perkara itu masih dalam proses penjelasan terperinci untuk memberikan pemahaman, lapor Sinar Harian hari ini.

“Ini peringkat permulaan, memanglah bukan sahaja DAP dan MCA yang berkeras tidak mahu hudud malah orang Islam sendiri pun takut kerana ramai masih tidak memahami perkara sebenar.

“Kita tidak berasa ini sebagai ancaman terhadap usaha Kelantan, yang telah mendapat sokongan Umno untuk melaksanakan hukuman hudud di negara ini.